38
pusat perkembangan kurikulum kementerian pendidikan malaysia 2005 ® ® m o d u l p e m b e l a j a r a n grafik berkomputer dan produksi multimedia Adobe Photoshop cs

Modul pembelajaran photoshop cs

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Modul pembelajaran photoshop cs

pusat perkembangan kurikulumkementerian pendidikan malaysia

2005

® ®

m o d u l p e m b e l a j a r a n

g r a f i k b e r k o m p u t e rd a n

p r o d u k s i m u l t i m e d i a

Adobe Photoshop cs

Page 2: Modul pembelajaran photoshop cs

Cetakan Pertama 2003Cetakan Kedua 2005Kementerian Pelajaran Malaysia

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Pesiaran Duta off Jalan Duta, 50604 Kuala Lumpur..

Perpustakaan Negara Malaysia Data Penkatalogan Dalam Penerbitan

Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum Modul Pembelajaran Grafik Berkomputer Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia 1. Modul Adobe Photoshop 2. Aplikasi Perisian Grafik 3. Judul

1

Page 3: Modul pembelajaran photoshop cs

PENDAHULUAN

2

Setiap murid berupaya untuk menguasai perkara yang dipelajari dan tahap penguasaan ini adalah bergantung kepada pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan. Pengajaran dan pembelajaran bermodul merupakan satu pendekatan yang memberi peluang kepada murid untuk maju mengikut kebolehan dan kadar pembelajaran mereka sendiri. Dengan ini, murid-murid akan dapat mempertingkatkan penguasaan pembelajaran ke tahap yang maksima.

Modul ini mengandungi penerangan dan tata cara melaksanakan sesuatu arahan dalam perisian Adobe Photoshop. Adalah diharapkan ia dapat membimbing dan membantu guru dan murid untuk menguasai pengetahuan dan kemahiran aplikasi Adobe Photoshop.

Penting:Bagi tujuan pentaksiran mata pelajaran Grafik Berkomputer dan Produksi Multimedia, guru-guru adalah diingatkan supaya merujuk kepada kompetensi-kompetensi yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Page 4: Modul pembelajaran photoshop cs

3

KANDUNGAN

UNIT 1 muka suratPaparan dan Toolbar 1

UNIT 2Marquee, Magic Wand dan Move Tool 4

Unit 3Lasso, Paintbrush dan Airbrush Tool 7

Unit 4History Brush, Rubber Stamp dan Pencil Tool

10

Unit 5Dodge, Blur & Sharpen dan Type Tool 12

Unit 6Pen, Gradient dan Measure Tool 14

Unit 7Eye dropper, Paint Bucket, Zoom dan Hand Tool 16

Unit 8Menu Edit : Transform dan Adjust 18

Unit 9Menu Imej: Variation dan Menu Layer: Style

23

Page 5: Modul pembelajaran photoshop cs

ObjektifSelepas mengikuti unit pembelajaran ini, murid dapat:

memulakan aplikasi Adobe Photoshop. menetapkan setting untuk canvas baru. mengetahui penggunaan Menu Bar, Tool Bar, Tool Box dan Paparan Kotak Layer. Mengetahui fungsi layer

Aktiviti 1:

Memulakan aplikasi Photoshop.

Untuk memulakan aplikasi Adobe Photoshop, pengguna perlu mengklik pada menu Start, pilih program, dan klik pada Adobe Photoshop.

Aktiviti 2:

Menetapkan setting

Aplikasi Adobe Photoshop akan dibuka dan klik pada menu File dan klik New untuk memaparkan dialog box berikut.

UNIT 1 : PAPARAN DAN TOOLBAR

Page 6: Modul pembelajaran photoshop cs

Tetapkan setting seperti di bawah. 1. Berikan nama fail yang sesuai dalam ruangan Name. 2. Untuk Saiz Imej, tetapkan kelebaran (Width) dan ketinggian imej (Height), resolusi

(Resolution) dan Mode dan Contents

i) Pastikan saiz imej sesuaiii) Resolusi yang sesuai untuk paparan monitor adalah 72 iii) Mode RGB sesuai untuk tujuan paparan di monitor manakala mode CMYK sesuai untuk cetakan iv) Content white = kanvas akan berwarna putih

Content background color = kanvas akan mengikut warna latarbelakang yang telah dipilih

Content transparent = kanvas tidak mempunyai sebarang warna latar3. Setelah menetapkan setting, klik OK.

Aktiviti 3:

Pembentangan Menu Bar, Tool Bar, Tool Box dan Paparan Kotak Layer.

Satu paparan baru akan muncul. Secara lalainya (default) paparan akan kelihatan seperti dalam di bawah.

Ruang Kerja (Canvas)

Paparan Layer

Tool Box

Tool Bar

Menu Bar

2

Page 7: Modul pembelajaran photoshop cs

Ruang-ruang kanvas yang digunakan akan dipaparkan dalam paparan layer sebagai lapisan-lapisan yang berlainan mengikut jumlah kanvas yang digunakan. Contohnya, jika kita menggunakan tiga gambar dan satu imej teks dalam sesuatu penghasilan kerja, maka empat layer akan terpapar dalam paparan layer. Layer yang pertama akan merujuk kepada background kanvas.

Berikut merupakan paparan Toolbox.

Move Tool

Magic Wand

Slice Tools

Pencil Tools

History Tools

Paint Bucket Tool

Dodge Tools

Type Tools

Rectangle Tools

Eyedropper Tools

Zoom Tools

Rectangular Marquee Tool

Lasso Tool

Crop Tool

Clone Stamp Tool Tool

Blur Tool

Pen Tools

Hand Tool

Healing Brush Tool

Eraser Tool

Path Selection Tool

Audio Annotation Tool

Foreground ColorBackground Color

3

Page 8: Modul pembelajaran photoshop cs

Refleksi

Melabelkan tool berdasarkangambarajah di bawah:

UNIT 2 : MARQUEE, MAGIC WAND DAN MOVE TOOL

4

Page 9: Modul pembelajaran photoshop cs

ObjektifSelepas mengikuti unit pembelajaran ini, murid dapat:

menggunakan Marquee Tool untuk memilih sesuatu kawasan (area) dari sesuatu image.

menggunakan Magic Wand untuk memilih sesuatu kawasan (area) warna dari sesuatu imej mengikut setting tolerans.

menggunakan Move Tool untuk memindahkan imej yang dipilih.

Aktiviti 1:

Menggunakan Marquee Tool

Dalam Marquee Tool terdapat 4 jenis marquee iaitu:

a. Rectangular Marquee Toolb. Elliptical Marquee Toolc. Single Row Marquee Toold. Single Column Marquee Tool

Rectangular Marquee Tool digunakan untuk memilih kawasan imej secara segiempat tepat.

Elliptical Marquee Tool pula digunakan untuk memilih kawasan imej secara membulat.

Single Row Marquee Tool pula digunakan untuk memilih kawasan imej secara baris melintang (Horizontal line).

Single Column Marquee Tool digunakan untuk memilih kawasan secara baris menegak (Vertical line).

Menggunakan Rectangular Marquee Tool

Kumpulan alat Marquee membenarkan anda membuat pilihan secara menyeret dengan tetikus. Dengan alat yang sesuai, pilihan berbentuk segiempat tepat atau bulatan boleh dibuat. Bagi pilihan bentuk segiempat tepat atau bulatan:

Segitiga Kecil menandakan terdapat beberapa tool yang lain di dalam paparanTool Box.

5

Page 10: Modul pembelajaran photoshop cs

1. Pilih alat Rectangular Tool atau Elliptical Tool.

2. Tetapkan kursor di atas kawasan imej yang dipilih, kemudian klik dan seret.

3. Setelah melepaskan kursor, segiempat tepat atau bulatan bergariskan titik-titik akan kelihatan menandakan kawasan pilihan.

4. Anda boleh memindahkan pilihan anda ke lokasi lain jika perlu.

Pastikan alat berkenaan masih dipilih, letakkan kursor dalam pilihan (kursor

bertukar bentuk) , kemudian klik dan seret. Dengan alat yang masih dipilih, anda boleh membatalkan pilihan ini dengan mengklik di luar atau di dalam pilihan.

Aktiviti 2:

Menggunakan Magic Wand

segiempat tepat atau bulatan bergariskan titik-titik

6

Page 11: Modul pembelajaran photoshop cs

Alat ini berguna untuk memilih bahagian warna imej yang sama warna. Setting tolerans yang rendah akan menghadkan kawasan pilihan warna manakala yang tinggi akan memilih julat piksel yang lebih luas. Magic Wand sesuai untuk memilih bahagian warna yang tekal. Sebelum memilih alat Magic Wand, semak setting tolerance.

1. Klik alat Magic Wand. Masukkan satu nilai tolerance dari 0 – 255. Jika nilai maksimum 255 dimasukkan, anda akan memilih setiap piksel dalam imej.

2. Klik pada bahagian imej di mana piksel dengan warna yang sama akan dipilih. Semasa mengguna alat Magic Wand, mula dengan setting ketentuan 32.

3. Untuk membatalkan sesuatu pilihan ketika alat Magic Wand masih dipilih, klik di dalam pilihan. Jika anda klik di luar pilihan, suatu pilihan lain akan terhasil.

.

Aktiviti 3:

Menggunakan Move Tool

Luar Pilihan

Dalam Pilihan

7

Page 12: Modul pembelajaran photoshop cs

Anda boleh mengalihkan satu pilihan (bukan sempadan pilihan saja) ke lokasi lain. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan alat move.

1. Buatkan suatu kawasan pilihan (kawasan a) dengan menggunakan alat marquee, pilih alat move kemudian letakkan kursor di dalam kawasan pilihan.

2. Klik dan seret untuk mengalih kawasan pilihan tadi (kawasan a). Piksel gambar yang dipindahkan dengan cara ini, yang menjadi kawasan pilihan terapung adalah berguna dan penting. Ketika kawasan pilihan terapung diaktifkan, kawasan a akan terapung di atas piksel gambar di bawahnya tanpa menggantikan kawasan pilihan b.

UNIT 3 : LASSO, PAINTBRUSH DAN AIRBRUSH TOOL

Kawasan a

Kawasan a

Kawasan b

8

Page 13: Modul pembelajaran photoshop cs

ObjektifSelepas mengikuti unit pembelajaran ini, murid dapat:

menggunakan alat-alat seperti Lasso, Paintbrush dan Airbrush Tool untuk membuat sunting atau mengubah sesuatu imej.

menggunakan Paintbrush Tool meletakkan warna dalam sesuatu kawasan imej. menggunakan Airbrush Tool untuk meletakkan warna dalam sesuatu kawasan

imej berdasarkan warna latar belakang atau latar depan.

Aktiviti 1

Menggunakan Lasso Tool

Alat Lasso digunakan untuk membuat pilihan bentuk bebas melalui klik dan seret. Terdapat 3 jenis Lasso Tool iaitu:a. Lasso Toolb. Polygonal Lasso Toolc. Magnetic Lasso Tool.

a. Lasso Tool digunakan untuk menandakan kawasan melalui kaedah mengheret tetikus secara bebas sambil menekan tetikus.

b. Polygonal Lasso Tool pula digunakan untuk menandakan sesuatu kawasan secara mengklik dan mengheret tetikus mengikut kawasan yang dikehendaki.

c. Magnetic Lasso Tool pula digunakan untuk menandakan sesuatu kawasan mengikut sempadan yang dikehendaki dengan kaedah “gliding” mengikut sempadan tersebut.

Untuk alat Lasso:

1. Klik Lasso Tool untuk memaparkan palet opsyen di menu bar.

2.

2. Setkan opsyen Feather dan Anti-Aliased. Masukkan satu nilai Feather dari 0 – 250 pixel. Jika nilai Feather 20 px dimasukkan, kesan Feather akan terhasil apabila kawasan yang dipilih dibuang (delete). Jika Nilai Feather 0 dimasukkan maka kesan Feather tidak akan kelihatan.

9

Page 14: Modul pembelajaran photoshop cs

3. Letakkan kursor di atas imej, maka kursor bertukar ke bentuk Lasso Tool.

4. Klik dan seret untuk menyurih bahagian kawasan imej yang hendak dipilih secara bebas. Pastikan kursor anda balik semula ke titik permulaan.

Jika kursor dilepaskan sebelum itu, Photoshop akan melengkapkan pilihan dengan garis lurus. Sempadan bertitik menunjukkan bahagian terpilih.

Untuk alat Polygonal Lasso:

Alat Polygonal Lasso digunakan dengan cara klik mencipta pilihan bentuk bebas bergaris lurus.

1. Pilih alat Polygonal Lasso dan letakkan kursor di atas kawasan imej yang hendak dipilih.

2. Klik secara berterusan sehingga bertemu semula ke titik permulaan untuk melengkapkan pilihan.

Anda boleh mengalihkan satu pilihan (bukan sempadan pilihan saja) ke lokasi lain. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan alat move.

Aktiviti 2

Brush Tool

Alat ini digunakan untuk mendapatkan kesan berus pada lukisan. Anda boleh memilih saiz ketebalan berus pada menu Brush .

Alat Polygonal Lasso

Titik – titik telah bersambung

10

Page 15: Modul pembelajaran photoshop cs

Pilih dan tentukan Mode, Opacity dan Flow yang berada di bawah menu bar utama.

Latihan

1. Buka satu fail yang mengandungi imej yang sesuai.2. Layari dan gunakan Alat Brush ini sambil memilih efek-efek yang sesuai

yang terdapat pada sub menu Mode, Opacity dan Flow ini dan perhatikan efek-efek yang dihasilkan

Aktiviti 3

Airbrush Tool

Alat Airbrush (Berus Sembur Angin) bertujuan untuk memberi kesan menyembur cat dengan alat penyembur angin. Alat ini mewarnakan dengan mengambil warna latar depan di dalam Tool Box pada Foreground Color ( rujuk pada mukasurat 3 ). Untuk mewarna dengan menggunakan alat Airbrush, pilih dan tentukan Mode, Opacity dan Flow yang berada di bawah menu bar utama.

Contoh:

Klik dan seret melintasi imej untuk mengisikannya dengan warna latar depan ( Foreground Colour ). Sekiranya nilai Opacity di kurangkan kesan warna yang disembur akan kelihatan pudar. Berbeza dengan perubahan Flow yang dilakukan. Sekiranya nilai Flow dikurangkan maka kesan keamatan warna berkurangkan dan kelajuan anda menyeret berus juga mempengaruhi keamatan warna.

Mode

Pilihan saiz Brush Flow

Opacity

UNIT 4 : HISTORY, RUBBER STAMP DAN PENCIL TOOL

Gambar asal

Airbrush Tool boleh didapati setelah anda

klik pada Brush Tool

Brush Tool

11

Page 16: Modul pembelajaran photoshop cs

Objektif Diakhir pembelajaran modul ini, pelajar akan dapat:

menggunakan History Brush Tool untuk mengesan segala aktiviti yang telah dilakukan sebelumnya.

menggunakan alat Rubber Stamp Tool untuk menyalin sesuatu imej agar mendapat klon yang serupa atau melahirkan beberapa bentuk yang serupa.

menggunakan Pencil Tool untuk mencipta garisan secara bebas.

Aktiviti 1

History Brush Tool

Berperanan untuk mengimbas kembali arahan-arahan yang telah dilakukan terhadap Tool Brush. Jika anda terlupa jenis peralatan yang telah digunakan, melalui kemudahan ini anda boleh memanggil semula Tool yang digunakan. Melalui Tool Box yang disediakan, klik pada alat yang berkenaan. Terdiri daripada 2 sub-tool iaitu History Brush Tool dan Art History Brush.

Aktiviti 2

Pelajar dapat menggunakan alat Clone Stamp Tool untuk menyalin sesuatu imej agar mendapat klon yang serupa atau melahirkan beberapa bentuk yang serupa.

Clone Stamp Tool

Alat Clone Stamp, boleh digunakan untuk memperkemaskan imej secara menyalin sebahagian imej anda. Untuk menyalin sebahagian imej, klik alat Clone Stamp untuk

memaparkan palet opsyennya yang berada di bawah Menu Bar utama.

1. Menetapkan saiz berus yang sesuai. 2. Pilih Clone Stamp dan bawa kursor ke

bahagian imej yang hendak disalin. Kursor akan bertukar dalam bentuk ikon bulat

3. Tekan butang kekunci Alt, kursor akan bertukar kepada ikon target.

4. Klik pada bahagian imej yang hendak disalin.

5. Alih kursor ke tempat lain, kemudian klik dan seret tanpa melepaskan tetikus, imej yang hendak disalin tadi akan terpapar.

O

12

Page 17: Modul pembelajaran photoshop cs

Aktiviti 3

Pencil Tool

Berada bersama-sama dengan menu Brush Tool. Anda boleh menggunakan alat pensil untuk:

1. melukis garis dengan bebas,

2. melukis dengan warna latar depan (foreground). Klik alat dan palet opsyennya akan terpapar, dan

3. menentukan mod paduan serta setting saiz pensil, Opacity, Mode dan Auto erase. Klik dan seret untuk menghasilkan satu garis. Tekan kekunci Shift ketika melukis garis lurus.

UNIT 5 : DODGE, BLUR & SHARPEN DAN TYPE TOOL

Imej asal yang hendak disalin

Hasil imej yang telah disalin (clone)

13

Page 18: Modul pembelajaran photoshop cs

Dodge tool

Objektif

Diakhir pembelajaran modul ini, pelajar akan dapat: menggunakan Dodge Tool, untuk mengubah kecerahan sesuatu imej. menggunakan Alat Blur dan Sharpen Tool, untuk mengimbangi kontras warna di

antara piksel sesuatu imej. menggunakan Type Tool untuk menaip perkataan di dalam aplikasi Photoshop.

Aktiviti 1

Dodge Tool

Untuk mendapatkan sebahagian imej yang lebih cerah, pilih alat Dodge.

1. Pilih saiz dan jenis berus yang sesuai. (Airbrush memberikan kesan hasil yang paling halus).

2. Klik Dodge Tool untuk memaparkan Opsyen palet iaitu Brush, Range, dan Exposure.

3. Klik Dodge Tool dan klik kursor pada imej, kemudian seret untuk menjadikan piksel imej lebih cerah. Lepaskan tetikus, kemudian seret lagi untuk meningkatkan keamatan kesannya.

Klik untuk mendapatkan menu pilihan bagi

saiz dan jenis berus

14

Page 19: Modul pembelajaran photoshop cs

Aktiviti 2

Blur Tool

Alat blur dan sharpen ialah dua alat fokus. Alat Blur (Kabur) akan mengurangkan kontras di antara piksel dan amat berguna untuk memperkemas pinggir bergerigi dan melembutkan tepi antara dua bentuk.

1. Klik Blur Tool untuk memaparkan Tool Option di menu bar utama.

2. Tentukan Mode, Strength dan saiz berus.

3. Letakkan kursor di atas imej, kemudian klik dan seret untuk untuk mengkaburkan piksel.

Aktiviti 3

Type Tool

1. Pilih Type Tool, letakkan kursor di atas imej atau ruang kerja canvas dan klik.

2. Ini menandakan titik bermulanya untuk anda menaip. Kotak dialog Type Tool akan terpapar.

3. Tetapkan settingnya bagi jenis Font Family, Font Style, Font Size, Leading, Spacing, Colour dan Alignment.

4. Pilih satu atau lebih style untuk teks anda. Opsyen Anti-aliased dipilih secara lalai (default).

Objektif

UNIT 6 : PEN, GRADIENT DAN MEASURE TOOL

Imej yang terhasil setelah menggunakan dodge tool

15

Page 20: Modul pembelajaran photoshop cs

Diakhir pembelajaran modul ini, pelajar dapat: menggunakan Pen Tool, untuk melukis bentuk secara bebas. mengenali dan menggunakan Gradient Tool, untuk menghasilkan ton warna yang

berbeza. mengenali dan menggunakan Measure Tool, untuk melukis imej mengikut

spesifikasi dengan tepat.

Aktiviti 1

Pen Tool

Pen Tool digunakan untuk menghasilkan garis lurus dan lengkungan yang sempurna. Sebelum menggunakan Pen Tool, adalah penting untuk memahami bagaimana lorong (path) dibina. Lorong (path) yang dibina akan menghasilkan Point segmen. Setiap Point Segmen dapat diubah atau dibetulkan agar lorong atau lengkungan lebih sempurna. Pen Tool dibahagikan kepada beberapa sub menu :-

1. Pen Tool2. Freeform Pen Tool3. Add Anchor Point Tool4. Delete Anchor Point Tool5. Convert Point Tool

Aktiviti 2

Gradient Tool

Alat Gradient digunakan untuk menghasilkan perubahan warna yang berubah dari satu warna ke warna yang lain secara linear atau jejari.

1. Klik alat gradient untuk memaparkan Gradient Tool Options di bawah Menu Bar utama.

2. Pilih jenis-jenis Gradient sama ada Linear Gradient, Radial Gradient, Angle Gradient, Reflected Gradient, Diamond Gradient dan tentukan opsyen opacity dan Mode.

3. Letakkan kursor di permulaan bahagian berlakunya

perubahan Gradient,

4. Kemudian klik dan seret.

5. Sudut dan jarak kursor diseret untuk menentukan sudut dan jarak perubahan.

16

Page 21: Modul pembelajaran photoshop cs

Aktiviti 3

Measure Tool

Berfungsi untuk membuat pengukuran sesuatu objek mengikut spesifikasi yang dikehendaki. Dengan ini kita akan memperolehi imej yang sebenar berdasarkan kemahuan kita. Manakala ukurannya pula terdiri daripada piksel, inci dan sentimeter.

Objektif

Diakhir pembelajaran modul ini, pelajar akan dapat: menggunakan Eyedropper Tool, untuk memilih sesuatu kawasan (area) warna dari

sesuatu imej.

UNIT 7 : EYE DROPER, PAINT BUCKET, ZOOM DAN HAND TOOL

17

Page 22: Modul pembelajaran photoshop cs

menggunakan Paint Bucket Tool, untuk mewarnakan sesuatu kawasan imej. menggunakan Zoom Tool untuk membesarkan atau mengecilkan imej. menggunakan Hand Tool untuk menggerakkan sesuatu imej di dalam paparan

Photoshop®.

Aktiviti 1

Eyedropper Tool

1. Memilih dengan segera warna latar belakang atau depan dari kawasan imej aktif, atau dari tetingkap imej Photoshop yang tidak aktif.

2. Untuk menetapkan warna latar depan, klik alat penitis (eyedropper tool). Letakkan alat penitis pada bahagian kawasan yang ingin dipilih warnanya.

3. Klik sekali lagi bagi mendapatkan warna latar depan yang diingini.

Aktiviti 2

Paint Bucket Tool

Alat Paint Bucket membolehkan anda mengisi warna dalam sesuatu kawasan yang mempunyai tolerance yang sama.

1. Aktifkan kawasan yang ingin diisikan warna, contohnya dengan menggunakan polygonal tool ataupun marquee tool

2.Tukarkan warna yang dikehendaki pada foreground color.

3.Dwiklik pada foreground color untuk mendapatkan paparan color picker ,klik pada warna yang dikehendaki dan klik butang OK.

Foreground color

18

Page 23: Modul pembelajaran photoshop cs

4.Klik pada tool paint bucket, bawa ke dalam kawasan yang telah diaktifkan dengan garis putus-putus dan klik butang kiri tetikus.

Aktiviti 3

Zoom Tool

1. Berfungsi untuk membesarkan atau mengecilkan imej sebanyak 100%

2. Untuk fungsi pembesaran, aktifkan ikon zoom tool

dan bawa pada bahagian imej yang ingin diperbesarkan dan klik tetikus..

3. Untuk fungsi mengecilkan imej, klik sebelah kiri tetikus seiring dengan menekan kekunci Alt dan ianya akan mengecil 100% pada setiap kali tetikus diklik.

Aktiviti 4

Hand Tool

Alat hand tool ialah suatu alat yang digunakan untuk menggerakan imej sesuatu objek di dalam paparan Photoshop.

Klik pada sebahagian paparan tanpa lepas dan seret ke arah kanan, kiri, atas atau bawah mengikut kehendak pengguna.

Objektif

Diakhir pembelajaran modul ini, pelajar akan dapat: menggubah bentuk objek menggunakan menu Edit > Transform.

UNIT 8 : MENU EDIT - TRANSFORM DAN ADJUST

19

Page 24: Modul pembelajaran photoshop cs

mengguasai sebahagian sub menu Image, untuk mewarnakan sesuatu kawasan imej.

Aktiviti 1 - Edit

Menu Edit- Transform

1. Antara sub menu yang terdapat ialah Scale, Rotate, Skew, Distort, Perspektive, dan Rotate.

20

Page 25: Modul pembelajaran photoshop cs

Aktiviti 1.1

Sebelum Scale Selepas Scale

Aktiviti 1.2

Sebelum Rotate Selepas Rotate

21

Page 26: Modul pembelajaran photoshop cs

Aktiviti 1.3

Sebelum Skew Selepas Skew

Aktiviti 1.4

Sebelum Distort Selepas Distort

Aktiviti 1.5

Sebelum Perspective Selepas Perspective

22

Page 27: Modul pembelajaran photoshop cs

Aktiviti 2 - Imej

Aktivit 2.1 : Image-Brightness/Contrast

1. Pilih Image > Adjust > Brightness/Contrast

Sub Menu Brightness/Contrast digunakan untuk melaras Brightness dan Contrast

23

Page 28: Modul pembelajaran photoshop cs

Aktiviti 2.2 – Menyunting Warna

Gambar Asal Setelah disunting dengan menggunakan bringhtness/Contras

1. Laraskan Brightness dan Contrast pada imej yang hendak disunting mengikut kesesuaian.

2. Klik OK setelah pilihan dibuat.

24

Page 29: Modul pembelajaran photoshop cs

Objektif

Diakhir pembelajaran modul ini, pelajar akan dapat:

menggubah warna mengikut kehendak dan kesesuaian masing-masing dengan enggunakan fungsi Image- Variation.

menggubah bentuk kesan dan objek melalui menu Layer, Layer-Style

Aktivit 1 : Membuka menu Image-Variations

1. Pilih Image > Adjust > Variations…

UNIT 9 : IMAGE: VARIATON DAN LAYER: STYLE

25

Page 30: Modul pembelajaran photoshop cs

Paparan berikut akan ditujukan pada skrin:

Pilihan Variasi Warna (Variations)

26

Page 31: Modul pembelajaran photoshop cs

Aktiviti 2 Menu Layer- Style

Aktiviti 2.1

Antara sub menu yang disajikan ialah Drop Shadow, Inner Shadow, Outer Glow, Inner Glow, Bevel and Emboss, Satin, Color Overlay, Patern Overlay dan Stroke.

1. Klik pada menu bar layer>layer style>blending options. Kekotak layer style akan dipaparkan.

27

Page 32: Modul pembelajaran photoshop cs

2. Klik salah satu blending option yang dikehendaki dan kesan efek dapat dilihat pada kekotak preview disebelah kanan.

3. Klik Ok setelah anda membuat pilihan yang sesuai.

Aktiviti 2.2

Layer Style – Drop Shadow

Sebelum kesan Drop Shadow Selepas kesan Drop Shadow

Aktiviti 2.4

Layer Style – Inner Shadow

Sebelum kesan Inner Shadow Selepas kesan Inner Shadow

Aktiviti 2.5

Layer Style – Bevel and Emboss

Sebelum kesan Bevel and Emboss Selepas kesan Bevel and Emboss

UNIT 10 : FILTER

PilihanBlending Option

Hasil efek setelah membuat pilihan di ‘blending option’

28

Page 33: Modul pembelajaran photoshop cs

Objektif

Diakhir pembelajaran modul ini, pelajar akan dapat menghasilkan imej yang menggunakan beberapa jenis filter.

Aktiviti 1 : Meneroka menu bar filter (penapis)

1. Menu bar Filter digunakan bertujuan untuk membuat beberapa efek dan perubahan yang dikehendaki kepada mana-mana bahagian imej.

2. Sebagai contoh, kita akan gunakan filter>render>lens flare pada imej dune.tif

3. Klik pada menu bar filter>render>lens flare. Kekotak lens flare akan dipaparkan.Letakkan bulatan bercahaya sebagai punca cahaya .

Diakhir pembelajaran modul ini, pelajar akan dapat:

Membuat beberapa efek khas pada sesuatu imej menggunakan menu Filter

29

Page 34: Modul pembelajaran photoshop cs

4. Pilih kecerahan (brightness) serta lens type.Sebagai contoh, bulatan di sudut atas kanan, brightness140 dan lens type 35 mmprime.

5, Anda akan dapat melihat preview efek yang terhasil dari aktiviti 4. Klik OK.

6. Imej akan mempunyai kesan seolah-oleh disinari matahari.

30

1

Page 35: Modul pembelajaran photoshop cs

7. Berikut adalah beberapa efek yang terhasil dari penggunaan filter yang lain

a) Filter > noise > add noise

b)Filter > distort > zigzag

c) filter > brush strokes > dark strokes

31

2

Page 36: Modul pembelajaran photoshop cs

d) filter > stylize > tiles

Latihan

i) Terokai efek-efek yang akan terhasil dengan penggunaan lain-lain filter

323

Page 37: Modul pembelajaran photoshop cs

Ahli Panel Penulis Modul Pembelajaran Grafik Berkomputer Dan Produksi Multimedia (2002-2005)

Penaung: Pengarah PPKTimbalan Pengarah PPK

Penasihat : Ketua Bidang, Bidang Pendidikan Teknologi dan Vokasional (2005)Ketua Unit, Unit Mata Pelajaran Vokasional (2005)

Ketua Panel: En. Abdul Wahab b. Ibrahim (2003) PPKEn. Shamsul Bahri b. Baharudin (2003) PPKEn. Mazlan b. Haji Talib (2004-2005) PPK

Panel Penulis (2002-2003)En. Jusni bin Nasirun Institut Perguruan DarulamanEn. Tuan Rosdan b. Tuan Muda Institut Perguruan DarulamanEn. Shukri b. Mansor Institut Perguruan DarulamanEn. Ishak b. Othman(Allahyarham) Institut Perguruan DarulamanEn. Zain Hazmi b. Zain Baharin Maktab Perguruan IpohEn. M. Nadarajan Maktab Perguruan IpohEn. Yahya b. Mohamad SMK Kulim, KedahEn. Abdul Jasheer b. Abdullah Maktab Perguruan Persekutuan, P.PinangPn. Nik Ruslah bt. Nik Ab. Rahman SMK Alor Janggus, Alor SetarPn. Nor’ain bt. Sulaiman SMK Jitra, KedahEn. P. Sarjit Singh SMK Taman Ria Jaya, Sg. PetaniEn. Ibrahim b. Mat Aris SMKA Al-Irshad, Kepala BatasEn. Zairudin b. Ahmad SMK Datuk Hj. Ahmad Badawi, Kepala BatasEn. Mohd. Nawi b. Haron SMK Laloh, Kuala Krai, KelantanCik Rozilah bt. Mohd. Yusof SMK Permas Jaya, Johor BaharuPn. Normiza bt. Mohd. SMK Anderson, IpohEn. Nordin b. Awang Nor SMK Manek Urai, Kuala Krai, KelantanEn. Arman bin Ishak SMK Raja Lope Nor Rashid, PerakPn. Siti Rohana bt. Abu Bakar SMK Convent, PerakEn. Mahfudz b. Haji Ahmad SMKA Slim River PerakPn. Nor Hadzlin bt. Mohd. Nor SMK Putra, Perlis

Panel Penulis (2005)Pn. Suraya bt. Hashim SMK Seri Titiwangsa, Kuala LumpurEn. Abdul Karim b. Hamid SMK Kg. Jawa, KelangY.M. Tg. Norazlan Tg. Sulaiman SMK Merchang, K. TerengganuEn. Ramlee b. Mat Rani SMK Tg. Mizan Zainal Abidin, K.TrengganuPn. Samsuriyani bt. Ismail SMK Taman Tun Dr Ismail, K.LumpurPn. Arlina Hasmanizar bt. Che Ahmad SMK Segambut Jaya, Kuala LumpurEn. Abd. Majid b. Yusoff SMK Taman Dato Harun, P.Jaya, SelangorEn. Abdul Halim b. Awang SMK Bkt.Gambir, MuarPn. Haidaturayani bt. Md. Noor SMK Khir Johari, BeranangPn. Suhaila bt. Abd. Rahman SMK Bukit Baru, MelakaPn. Sarina bt. Zainuddin PPD Kota Setar, Alor Setar, KedahEn. Ramesh a/l Kanapathy SMK Alam Megah, Shah Alam SelangorPn. Wong Siew Fong SMK Seri Titiwangsa, Kuala LumpurCik Siti Nurhasni bt. Nordin SMK ABI, Jln.Pdg.Melangit, KangarCik Siti Amrah bt. Zakaria SMK Dato' Hj. Mohd. Redza, SerembanPn. Noor Azrina Jasmi SMK Tmn Perumahan Bedaun, WP LabuanPn. Khairul Azlina Khairi SMK Dato, Seri MaharajaLela, Kg. Gajah, PerakEn. Mohamad Nazri b. Zuhir SMK Tok Muda Abdul Aziz,Sg. Siput, PerakEn. Haizul Faried Iskandar A.Halim SMK Khir Johari, Sg. Petani, KedahEn. Haziq b. Ruslan SMK Jeram, Selangor

Penyunting(2003)En. Rozairi bin Taib Jabatan Pelajaran MelakaEn. Razali bin Suman SMK Anjung Batu , MersingEn. Azhar bin Kamarudin SMK Gombak Setia, SelangorEn. Badrolhisam Hj. Abd. Ghani EPRD, KPM

Urus SetiaEn. Abu Sulaiman bin Ibrahim PPKEn. Abd. Rahman bin Ismail PPKEn. Mohd. Zubir b. Abdul Rahman PPK

1 Disember 2005

33

Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia

4