116
KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH RENDAH (KPLI SR) INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA Berkuat kuasa pada Oktober 2010 MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

Modul Pendidikan Alam Sekitar

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Kursus Perguruan Lepasan Ijazah Sekolah Rendah (KPLI SR)

Citation preview

  • KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH RENDAH (KPLI SR)

    INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA

    Berkuat kuasa pada Oktober 2010

    MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

  • i

    Falsafah Pendidikan Kebangsaan

    Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggung jawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

    Falsafah Pendidikan Guru

    Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.

    Cetakan Oktober 2010 Kementerian Pelajaran Malaysia

    Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

  • ii

    Cetakan Oktober 2010 Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia

    MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH RENDAH (KPLI SR). MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PEMBELAJARAN

    BAGI PROGRAM TERSEBUT.

  • iii

    KATA ALU-ALUAN

    Peningkatan kualiti pendidikan guru merupakan satu usaha berterusan untuk

    melahirkan guru yang kreatif, berketerampilan dan berakhlak mulia. Pendidikan

    Guru adalah bersifat dinamik dan senantiasa disemak dan diubah suai bagi

    memenuhi keperluan semasa pendidikan negara seperti yang termaktub dalam

    Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) di bawah Program Transformasi

    Negara (GTP).

    Modul ini merupakan usaha Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran

    Malaysia dalam meningkatkan kualiti pendidikan guru selaras dengan perubahan

    semasa dalam arena pendidikan dalam dan luar negara. Dengan pembaharuan

    pembelajaran yang menggunakan modul akan dapat menggalakkan pembelajaran

    kendiri yang lebih efektif dan berupaya mengkekalkan kualiti seperti dalam

    pembelajaran bersemuka. Justeru itu tujuan modul ini digubal adalah untuk

    menggantikan interaksi bersemuka antara pelajar dengan pensyarah.

    Modul Pengajian Asas Pendidikan Alam Sekitar Kursus Perguruan Lepas I jazah

    Sekolah Rendah (KPLI SR) menuntut pelajar membuat anjakan minda untuk

    melahirkan guru permulaan yang kompeten dari segi pengetahuan, kemahiran dan

    nilai profesionalisme serta berjiwa pendidik yang mampu bersaing di persada

    global.

    (DATUK DR. HAILI BIN DOLHAN) Rektor Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia Oktober 2010

  • iv

    Modul ini disediakan untuk membantu pelajar menguruskan pembelajaran secara bestari (pembelajaran arah kendiri, akses kendiri dan kadar kendiri). Pembelajaran arah kendiri memerlukan pelajar membuat keputusan tentang corak dan gaya pembelajaran mereka. Adalah lebih berkesan jika pelajar menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian mereka. Modul ini ditulis mengikut susunan tajuk. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu pelajar mengingat semula apa yang telah pelajari atau membuatkan pelajar memikirkan tentang apa yang telah baca. Bagi latihan-latihan yang diberikan, adalah lebih membantu jika pelajar berbincang dengan rakan- rakan. Jumlah kandungan modul ini adalah untuk satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi bersemuka dalam bilik kuliah. Modul pembelajaran ini adalah untuk menggantikan interaksi dalam kelas dan untuk menyiapkan tugasan bagi mata pelajaran pengajian asas Pendidikan Alam Sekitar. Walau bagaimanapun, pelajar digalakkan berbincang dengan pensyarah atau rakan pelajar jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini. Di dalam modul ini beberapa ikon digunakan untuk menarik perhatian pelajar agar pada sekali imbas pelajar akan tahu apa yang harus dibuat. Lampiran B menerangkan kepada pelajar makna-makna ikon tersebut. Semua latihan dan aktiviti di dalam senarai semak hendaklah disiapkan dan dihantar dalam satu folio pembelajaran Pendidikan Alam Sekitar. Tip untuk membantu pelajar melalui kursus ini.

    1. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri pembelajaran pelajar. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan.

    2. Luangkan masa yang mencukupi untuk membaca dan menyiapkan tugasan

    serta latihan dalam modul.

    3. Rujuk sumber lain yang relevan daripada apa yang telah diberikan kepada pelajar. Teliti maklumat yang diterima.

    4. Sediakan folio pembelajaran untuk mengumpul semua tugasan dan latihan

    yang lengkap sebelum dihantar kepada pensyarah.

    PANDUAN PELAJAR

  • v

    Falsafah Pendidikan Kebangsaan i

    Falsafah Pendidikan Guru i

    Kata Alu-Aluan Rektor iii

    Panduan Pelajar iv

    Pengenalan viii

    Agihan Tajuk Modul ix

    Ujian Pra x

    Tajuk Pembelajaran

    Tajuk 1.0: Pengenalan Kepada Pendidikan Alam Sekitar 1

    Sinopsis 1

    Hasil Pembelajaran 1

    Kerangka Tajuk 1

    1.1 Sejarah Pendidikan Alam Sekitar 2

    1.2 Matlamat Pendidikan Alam Sekitar 7

    1.3 Objektif Pendidikan Alam Sekitar 8

    Tajuk 2.0: Pengenalan Kepada Ekologi Asas 12

    Sinopsis 12

    Hasil Pembelajaran 12

    Kerangka Tajuk 13

    2.1 Komponen Alam Sekitar 13

    2.2 Biosfera dan Ekologi 17

    2.3 Ekosistem 18

    Tajuk 3.0: Isu Alam Sekitar 25

    Sinopsis 25

    Hasil Pembelajaran 25

    Kerangka Tajuk 25

    KANDUNGAN MUKA SURAT

  • vi

    3.1 Isu Alam Sekitar 26

    3.2 Punca Isu Alam Sekitar 29

    3.3 Kesan Isu Alam Sekitar 33

    3.4 Menangani Isu 39

    Tajuk 4.0: Pembangunan Lestari 44

    Sinopsis 44

    Hasil Pembelajaran 44

    Kerangka Tajuk 45

    4.1 Konsep Pembangunan Lestari 45

    4.2 Tujuan Pembangunan Lestari 46

    4.3 Strategi Pembangunan Lestari 49

    4.4 Organisasi Kerajaan, Bukan Kerajaan dan Badan Korporat Terhadap Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar

    50

    Tajuk 5.0: Warga Alam Sekitar 52

    Sinopsis 52

    Hasil Pembelajaran 52

    Kerangka Tajuk 53

    5.1 Gaya Hidup Lestari 54

    5.2 Penglibatan Individu Dalam Usaha Pemeliharaan dan pemuliharaan Alam Sekitar 56

    Tajuk 6.0: Pendidikan Alam Sekitar Merentas Kurikulum 60

    Sinopsis 60

    Hasil Pembelajaran 60

    Kerangka Tajuk 61

    6.1 Konsep Pendekatan Sekolah Secara Menyeluruh 61

    6.2 Pendekatan Kurikulum 62

    6.3 Penerapan Pendidikan Alam Sekitar Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 64

    6.4 Pendekatan Ko-kurikulum 69

    6.5 Audit Hijau di Kampus IPG/Sekolah 73

    6.6 Program Penghijauan 83

  • vii

    Ujian Pasca 89

    Bibliografi 92

    Lampiran A: Ikon Modul 94

    Lampiran B: Senarai Semak 95

    Lampiran C: Cadangan Kerja Kursus Pendek 97

    Panel Penulis Modul 100

    Panel Pemurnian Modul 102

  • viii

    PENGENALAN Modul Pengajian Asas Pendidikan Alam Sekitar ini digubal bagi pelajar Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI SR) Major Prasekolah. Modul ini merupakan modul pembelajaran kendiri yang berjumlah satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi bersemuka dalam bilik kuliah.

    Agihan tajuk dalam modul ini adalah mengikut sukatan pelajaran Pendidikan Alam Sekitar Asas Dinamika Guru KPLI SR dan disusun mengikut enam tajuk utama iaitu Pengenalan Kepada Pendidikan Alam Sekitar, Pengenalan Kepada Ekologi Asas, Isu Alam Sekitar, Pembangunan Lestari, Warga Alam Sekitar dan Pendidikan Alam Sekitar Merentas Kurikulum.

    Bagi setiap tajuk, nota ringkas untuk membantu pelajar meningkatkan kefahaman terhadap isi kandungan kursus. Selain daripada mempelajari bahan dalam modul ini, pelajar digalakkan merujuk kepada pelbagai sumber lain yang relevan kepada mata pelajaran Pendidikan Alam Sekitar. Terdapat beberapa tugasan, latihan dan aktiviti dalam modul ini yang perlu dilengkap dan dikumpulkan dalam folio pembelajaran pelajar untuk disemak oleh pensyarah. Semoga modul ini dapat memberikan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan ke arah kecemerlangan pendidikan.

  • LAMPIRAN 2

    ix

    Maklumat Agihan Tajuk Dalam Sukatan Pelajaran Nama Kursus: PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

    AGIHAN TAJUK

    Kandungan modul ini berjumlah satu kredit iaitu bersamaan dengan 15 jam bagi menggantikan interaksi bersemuka. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk untuk pembelajaran melalui modul.

    Bil. Tajuk Interaksi Bersemuka

    (jam)

    Modul (jam)

    Jumlah Jam

    1 Pengenalan Kepada Pendidikan Alam Sekitar

    1 1

    2 Pengenalan kepada Ekologi Asas 2 2

    3 Isu Alam Sekitar 3 3

    4 Pembangunan Lestari 2 2

    5 Warga Alam Sekitar 1 1

    6 Pendidikan Alam Sekitar Merentas Kurikulum

    6 6

    JUMLAH 15 15

  • PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

    x

    UJIAN PRA PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

    Arahan: Jawab semua soalan dan tandakan jawapan anda dalam kotak yang disediakan.

    No Pernyataan Betul

    Salah

    1.

    Lapisan ozon adalah penting untuk kehidupan di bumi.

    2.

    Lebih 5% sulfur yang berada di atmosfera adalah disebabkan oleh aktiviti peletusan gunung berapi.

    3.

    Salah satu kebaikan menggunakan kereta hibrid ialah dapat menjimatkan penggunaan bahan bakar dan mengurangkan pelepasan asap.

    4.

    CFC dan lain-lain bahan karbon berklorida telah memusnahkan lapisan ozon di kawasan Antartik and Artik.

    5.

    Sinaran matahari yang banyak adalah baik untuk anda.

    6.

    Karbon dioksida daripada pembakaran bahan api fosil merupakan hasil keluaran terbesar masyarakat terkini.

    7.

    Aerosol yang mengandungi CFC merosakkan lapisan ozon.

    8.

    Kereta akan menggunakan kurang bahan bakar jika ia bergerak pantas dalam masa yang singkat.

    9.

    Bahan api fosil terhasil daripada tumbuhan dan haiwan yang tertanam di dalam bumi berjuta-juta tahun dahulu.

    10.

    Lapisan ozon wujud antara 20 dan 50 km dari bumi.

    11.

    Lapisan ozon menapis hampir semua radiasi ultraviolet yang merbahaya daripada matahari.

    12.

    Adalah selamat untuk membuang semua bahan yang tidak diperlukan ke dalam longkang.

  • PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

    xi

    No Pernyataan Betul

    Salah

    13.

    Semua barangan buangan boleh dikitar semula.

    14.

    Penggunaan pendingin hawa menyumbang kepada pemanasan global.

    15.

    Pendedahan kepada bunyi yang kuat pada suatu jangkamasa yang panjang tidak memberi kesan kepada kita.

    16.

    Kita membuang lebih banyak plastik berbanding kaca.

    17.

    Kita mengitar semula kebanyakan tin minuman yang digunakan.

    18.

    Mengitar semula kertas dapat membantu menghentikan penebangan hutan hujan.

    19.

    Penangkapan ikan yang menggunakan jaring berlubang kecil merupakan satu strategi penangkapan ikan secara mampan.

    20.

    Tanam tanaman seperti pudina untuk menghindarkan serangga perosak.

    21.

    Tenaga nuklear tidak menghasilkan bahan buangan toksik.

    22.

    Kebanyakan bahan buangan adalah kertas ataupun hasil kertas seperti kadbod.

    23.

    Semua pencemaran air adalah disebabkan oleh aktiviti manusia.

    24.

    Menurunkan suhu sebanyak 10 -20 C dapat mengurangkan pencemaran udara.

    25.

    Kadangkala doktor menggunakan plastik terbiodegradasi dalam tubuh kita.

    26.

    Lampu mentol menggunakan tenaga elektrik yang kurang daripada lampu pendaflour kerana ianya lebih kecil.

    27.

    Mengitar semula tin aluminium memerlukan tenaga yang lebih banyak berbanding proses menghasilkannya.

  • PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

    xii

    No Pernyataan Betul

    Salah

    28.

    Hujan asid akan memusnahkan hutan.

    29.

    Kita boleh mengurangkan antara 40% hingga 90% bahan buangan di tempat pembuangan sampah, jika kita mengitar dan mengkompos buangan domestik sebanyak yang boleh.

    30.

    Stesen janakuasa nuklear tidak akan menambah kandungan karbon dioksida yang boleh meningkatkan pemanasan global.

    31.

    Petrol tanpa plumbum adalah baik untuk lapisan ozon.

    32.

    China merupakan negara yang paling banyak melepaskan karbon dioksida di Asia.

    33.

    Pernafasan boleh meningkatkan kesan rumah hijau.

    34.

    Leptospirosis ialah sejenis penyakit yang merebak melalui air kencing manusia.

    35.

    Matahari adalah sumber tenaga utama bagi manusia.

  • MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

    1

    TAJUK 1.0 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN

    ALAM SEKITAR

    Sinopsis

    Tajuk satu ialah Pengenalan Kepada Pendidikan Alam Sekitar. Tajuk ini

    meliputi tiga sub tajuk iaitu Sejarah Pendidikan Alam Sekitar, Matlamat

    Pendidikan Alam Sekitar dan Objektif Pendidikan Alam Sekitar.

    Hasil Pembelajaran

    (i) Menjelaskan asal usul Pendidikan Alam Sekitar di peringkat

    antarabangsa dan Malaysia.

    (ii) Mengenal pasti penubuhan/kewujudan program Pendidikan Alam

    Sekitar.

    (iii) Mencari maklumat daripada internet dan media cetak.

    Kerangka Tajuk

    Rajah 1.1: Kerangka Tajuk Satu

    Pengenalan Kepada Pendidikan Alam

    Sekitar

    Sejarah Pendidikan

    Alam Sekitar

    Matlamat Pendidikan

    Alam Sekitar

    Objektif Pendidikan

    Alam Sekitar

  • MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

    2

    1.1 Sejarah Pendidikan Alam Sekitar

    Pernahkan anda membaca tentang sejarah Pendidikan Alam Sekitar?

    Siapakah pula yang diberi gelaran sebagai pengasas kepada Pendidikan

    Alam Sekitar? Menurut sejarah, pengasas atau Bapa Pendidikan Alam

    Sekitar ialah Sir Patrick Geddes (1854-1933) manakala orang yang

    pertama menggunakan nama istilah Pendidikan Alam Sekitar ialah

    Thomas Pritchard semasa persidangan IUCN di Paris dalam tahun 1958.

    Beberapa persidangan di peringkat antarabangsa seperti

    Persidangan Stockholm (1972), Tbilisi (1977), The Belgrade Charter

    (1975), Malta (1991), Agenda 21 (1992) sehinggalah terhasilnya

    Laporan Kabinet (1979) di Malaysia. Ini merupakan faktor pencetus

    kepada arena perbincangan tentang alam sekitar dunia serta peranan

    Pendidikan Alam Sekitar dalam memastikan keseimbangan alam sekitar.

    Ekoran daripada Persidangan Stockholm serta beberapa persidangan

    lain ini akhirnya telah berjaya merangka suatu garis panduan, prinsip,

    matlamat dan juga objektif Program Pendidikan Alam Sekitar.

    Persidangan Stockholm telah diadakan pada 5-16 Jun, 1972 di

    Stockholm, Sweden dengan tema Prinsip dan Alam Sekitar Manusia

    (Human Environment and Principles) dan dianjurkan oleh United Nations.

    Tujuan persidangan ini adalah untuk mencapai satu keputusan tentang

    pendekatan global yang diperlukan bagi mencari penyelesaian terhadap

    situasi kemerosotan alam sekitar yang semakin hari semakin bertambah.

    Persidangan Tbilisi pada tahun 1977 merupakan persidangan

    Pendidikan Alam Sekitar yang pertama di dunia dan melibatkan ramai

    pemerintah atau kerajaan di seluruh dunia. Persidangan ini dikendalikan

    oleh United Nations Education, Scientific and Cultural Organization

    (UNESCO) dengan kerjasama U.N. Environment Programme (UNEP)

  • MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

    3

    dan diadakan di Tbilisi, Georgia (USSR) pada 14-26 Oktober 1977.

    Persidangan ini telah dihadiri oleh 265 delegasi dan 65 pembentang

    serta pemerhati termasuk 3 organisasi antara kerajaan dan 20 organisasi

    bukan kerajaan antarabangsa. Dalam persidangan ini, garis panduan,

    matlamat, serta objektif Pendidikan Alam Sekitar merentas kurikulum dan

    latihan dalam dan pra-perkhidmatan bagi guru-guru telah diputuskan.

    Kesinambungan dengan itu, satu Seminar Latihan Alam Sekitar

    telah diadakan di Malta pada tahun 1991 di bawah anjuran UNESCO.

    Seminar ini mengesyorkan bahawa matlamat utama Pendidikan Alam

    Sekitar adalah untuk membantu masyarakat sarwajagat menyedari dan

    memahami isu-isu alam sekitar di samping dapat menguasai kemahiran

    dan kesungguhan dalam usaha mengatasi isu-isu alam sekitar serta

    dalam masa yang sama dapat mengekalkan kualiti alam sekitar dan

    secara langsung dapat meningkatkan kualiti kehidupan manusia.

    Di Malaysia, Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun

    1974 untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan Kebangsaan dengan

    tujuan untuk memperbaiki pelaksanaannya supaya matlamat untuk

    melahirkan satu masyarakat yang bersatu padu dan berdisiplin serta

    memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan

    negara. Hasil Laporan Jawatankuasa ini telah diterbitkan dalam tahun

    1979 memutuskan pelaksanaan Pendidikan Alam Sekitar merentas

    kurikulum dalam struktur Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan

    Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).

  • MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

    4

    KBSR mula menerapkan Pendidikan Alam Sekitar merentas

    kurikulum bermula dengan subjek Alam & Manusia bagi pelajar tahun 4

    hingga 6. Penerapan Pendidikan Alam Sekitar merentas kurikulum juga

    dilakukan dalam subjek lain seperti Matematik, Muzik, Bahasa Melayu,

    Bahasa Inggeris dan Agama Islam. Sehubungan dengan itu juga pihak

    Pusat Perkembangan Kurikulum telah membina satu garis panduan

    untuk guru-guru dengan mengeluarkan satu buku bertajuk Buku

    Panduan Guru Pendidikan Alam Sekitar Merentas Kurikulum KBSR

    pada tahun 1998.

  • MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

    5

    Latihan Sejarah Pendidikan Alam Sekitar

    Langkah 1: Cari dan akses bahan-bahan rujukan dan maklumat

    tentang sejarah Pendidikan Alam Sekitar daripada beberapa media cetak dan internet. Kumpulkan bahan-bahan tersebut dan catatkan sumber rujukannya.

    Langkah 2:

    Bina satu jadual rumusan yang menunjukkan aliran tarikh, tempat, peristiwa-peristiwa dan fakta-fakta penting yang telah diputuskan bagi setiap Persidangan Alam Sekitar bermula dengan Persidangan Stockholm (1972), Tbilisi (1977), The Belgrade Charter (1975), Malta (1991), Agenda 21 (1992) sehinggalah terhasilnya Laporan Kabinet (1979) di Malaysia. Jadual 1 adalah contoh yang boleh digunakan dan diubahsuai mengikut kreativiti anda.

    Langkah 3: Masukkan bahan-bahan yang telah siap dihasilkan ke

    dalam Folio Pembelajaran Pendidikan Alam Sekitar.

  • MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

    6

    Jadual.1: Contoh Kronologi Persidangan Antarabangsa Pendidikan Alam Sekitar

    Tarikh/Tahun Persidangan

    Nama Persidangan

    Tempat Persidangan

    Tujuan Keputusan

    1972 Stockholm

    1977 Tbilisi

    RUMUSAN/KESIMPULAN

  • MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

    7

    1.2 Matlamat Pendidikan Alam Sekitar

    Bilakah matlamat, objektif dan prinsip Pendidikan Alam Sekitar

    ditetapkan? Semasa Deklarasi Tblisi 1977, Pertubuhan Bangsa-Bangsa

    Bersatu telah bersetuju menetapkan matlamat, objektif dan prinsip

    Pendidikan Alam Sekitar bagi negara-negara di seluruh dunia. Matlamat

    Pendidikan Alam Sekitar ialah untuk:

    (i) Menggalakkan kesedaran dan keprihatinan terhadap ekonomi,

    sosial, politik, and saling bergantungan ekologikal di bandar

    dan luar bandar.

    (ii) Menyediakan peluang kepada semua orang untuk

    memperoleh pengetahuan, nilai, sikap, komitmen dan

    kemahiran untuk melindungi dan memperbaiki alam sekitar.

    (iii) Menghasilkan corak tingkah laku baru terhadap alam sekitar

    dalam kalangan individu, kumpulan dan masyarakat

    seluruhnya.

    Menurut UNESCO (1976), matlamat utama Pendidikan Alam Sekitar adalah seperti kenyataan berikut.

    . to develop a world population that is aware of and concerned about environment and its associated problems and which has the knowledge, skills, attitudes, motivation and commitment to work individually and collectively towards the solution of its current problem and prevention of new ones.

    (UNESCO, 1976)

  • MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

    8

    1.3 Objektif Pendidikan Alam Sekitar Persidangan Tbilisi 1977 juga telah menetapkan lima objektif Pendidikan

    Alam Sekitar seperti berikut:

    (i) Kesedaran: untuk membantu kumpulan sosial dan individu

    memperoleh kesedaran dan sensitiviti terhadap alam sekitar

    seluruhnya dan permasalahan alam sekitar.

    (ii) Pengetahuan: untuk membantu kumpulan sosial dan individu

    memperoleh pelbagai jenis pengalaman dan kefahaman asas

    terhadap alam sekitar dan permasalahan alam sekitar.

    (iii) Sikap: untuk membantu kumpulan sosial dan individu

    memperoleh satu set nilai dan perasaan keprihatinan terhadap

    alam sekitar dan motivasi untuk aktif terlibat dalam

    pemeliharaan dan pembaikan alam sekitar.

    (iv) Kemahiran: untuk membantu kumpulan sosial dan individu

    memperoleh kemahiran untuk mengenal pasti dan

    menyelesaikan masalah alam sekitar.

    (v) Penglibatan: untuk menyediakan peluang kepada kumpulan

    sosial dan individu terlibat secara aktif pada semua peringkat

    bagi menghasilkan resolusi terhadap masalah alam sekitar.

    Menurut Muthoka (1985), objektif utama Pendidikan Alam Sekitar

    adalah untuk memperbaiki kesedaran, membangkitkan prihatin yang

    berupaya membawa kepada perubahan komitmen dan mengambil

    tindakan. Pendidikan Alam Sekitar merupakan satu proses pendidikan

    sama ada secara formal atau tidak formal untuk mengubahsuai

    kefahaman dan sikap manusia agar lebih prihatin terhadap alam yang

    telah banyak berjasa kepadanya (Abdul Manaf Muda, 1993).

  • MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

    9

    Semasa Persidangan Tbilisi 1977 juga terdapat 12 prinsip

    Pendidikan Alam Sekitar telah ditetapkan iaitu:

    (i) Mengambil kira keseluruhan alam sekitar termasuklah alam

    sekitar semula jadi dan buatan, teknologi dan sosial seperti

    ekonomi, politik, sejarah, budaya, etika dan estetika.

    (ii) Menjadi satu proses sepanjang hayat, bermula dari

    peringkat prasekolah dan disambung sehingga peringkat

    pendidikan formal dan bukan formal.

    (iii) Menggunakan pendekatan merentas kurikulum dengan

    menerapkan nilai-nilai alam sekitar kepada mata pelajaran

    khusus setiap disiplin dalam bentuk perspektif yang holistik

    dan seimbang.

    (iv) Menilai isu-isu utama alam sekitar dari pandangan tempatan,

    nasional dan antarabangsa.

    (v) Memfokuskan kepada potensi situasi alam sekitar terkini

    dengan mengambil kira perspektif sejarah.

    (vi) Mempromosikan nilai dan keperluan berasaskan tempatan,

    nasional dan kerjasama antarabangsa dalam mencegah dan

    menyelesaikan masalah alam sekitar.

    (vii) Mengambilkira dengan terperinci setiap aspek alam sekitar

    dalam plan pertumbuhan dan pembangunan.

    (viii) Membolehkan pelajar berperanan dalam merancang

    pengalaman pembelajaran dan mendapat peluang untuk

    membuat dan menerima keputusan bersama.

    (ix) Menghubungkait sensitiviti alam sekitar, pengetahuan,

    kemahiran penyelesaian masalah dan nilai yang jelas

    kepada semua peringkat umur dengan memberi penekanan

    khusus terhadap sensitiviti alam sekitar.

    (x) Membantu pelajar meneroka simptom dan penyebab bagi

    masalah sebenar alam sekitar.

  • MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

    10

    (xi) Menekankan kompleksiti masalah alam sekitar dan

    keperluan untuk membina pemikiran kritikal dan kemahiran

    penyelesaian masalah.

    (xii) Menggunakan pembelajaran alam sekitar secara pelbagai

    dan pendekatan pendidikan yang meluas bagi mengajar,

    belajar tentang dan dari alam sekitar dengan menekankan

    kepada aktiviti praktikal dan pengalaman sebenar.

    Memikir: Buat refleksi tentang mengapa Pendidikan Alam Sekitar perlu diintegrasikan dalam setiap mata pelajaran di sekolah.

    Rehat

    Buku Rujukan

    Abdul Manaf Muda. (1993). Pendidikan Alam Sekitar. Jurnal Akademik

    Maktab Perguruan Kuala Terengganu. 8: 67-75. Bahagian Pendidikan Guru. (2003). Modul Pendidikan Alam Sekitar:

    Kursus Pendek Kelolaan Maktab (KPKM). Malaysia: Kementerian Pendidikan Malaysia.

    Bahagian Pendidikan Guru. (1997). Huraian Sukatan Pendidikan Alam

    Sekitar Diploma Perguruan Malaysia. Malaysia: Kementerian Pendidikan Malaysia.

    Kartini Abdul Mutalib. (2008). Keberkesanan modul pengajaran

    Ekosistem Hutan Tropika dalam meningkatkan pengetahuan dan sikap pelajar. Tesis Phd. Fakulti Pengajian Alam Sekitar. UPM. Serdang. Tidak diterbitkan.

    Barraza, L., Duque-Aristizabal, A.M. dan Robolledo, G. (2003).

    Environmental Education: from policy to practice. The Journal of Environmental Education. 9(3): 347-357.

  • MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

    11

    Hart, E.P. (1981). Identification of key characteristics environmental education. The Journal of Environmental Education. 13(1): 12-16.

    Hungerford, H.R. dan Volk, T.L. (1990). Changing learner behaviour

    through environmental education. The Journal of Environmental Education. 21(3): 8-12.

    Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998). Buku panduan guru: Pendidikan Alam Sekitar merentas kurikulum KBSR. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.

    Palmer, J. dan Neal, P. (1994). The handbook of environmental

    education. London and New York: Routledge. Rozita Ibrahim. (2001). Pendidikan alam sekitar: Isu dan cabaran. Dlm,

    Jamaluddin Md Jahi dan Mohd Jailani Mohd Nor. Environmental management 2001. Proceeding national seminar on environmental management: Current development and future planning (hlm. 23-30). 14-15 Ogos 2001, Bangi, Selangor.

    UNESCO-UNEP. (1978). Final Report: Intergovernmental Conference on

    Environmental Education (Tbilisi, USSR). Paris: UNESCO.

    Bahan Bacaan

    Untuk bacaan tambahan, sila rujuk laman sesawang berikut: http://en.wikipedia.org/wiki/United_Nations_Conference_on_the_Human_

    Environment http://en.wikipedia.org/wiki/Agenda_21 http://unesdoc.unesco.org/images/0013/001334/133472eo.pdf http://www.gdrc.org/uem/ee/tbilisi.html

    http://www.un.org/documents/ecosoc/cn17/2000/ecn172000-8.htm

    http://www.unep.org/Documents.Multilingual/Default.asp?DocumentID=97 http://www.un-documents.net/unchedec.htm http://www.un-documents.net/rio-dec.htm http://www.un.org/esa/dsd/agenda21/

  • MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

    12

    TAJUK 2.0 PENGENALAN KEPADA EKOLOGI ASAS

    Sinopsis Tajuk dua adalah Pengenalan kepada Ekologi Asas. Tajuk ini

    dibahagikan kepada tiga sub tajuk iaitu Komponen Alam Sekitar,

    Biosfera dan Ekologi dan juga Ekosistem.

    Hasil Pembelajaran

    (i) Mengumpulkan maklumat tentang konsep alam sekitar dan

    komponennya dari pelbagai sumber.

    (ii) Menerangkan dan memberi contoh komponen alam sekitar.

    (iii) Membanding beza konsep biosfera dan ekologi.

    (iv) Mengenal pasti dan melukis satu ekosistem di kawasan kampus.

    (v) Menerangkan proses pemindahan tenaga dalam rantaian

    makanan.

    (vi) Membina satu rantai makanan.

    (vii) Melukis beberapa kitaran semulajadi.

  • MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

    13

    Kerangka Tajuk

    Rajah 2.1: Kerangka Tajuk Dua

    2.1 Komponen Alam Sekitar

    Setiap hari kita menyebut tentang alam sekitar, tetapi apakah

    sebenarnya yang dimaksudkan dengan alam sekitar? Alam sekitar

    adalah dunia di sekeliling kita. Untuk memelihara komponen-komponen

    alam sekitar, kita perlu memahami alam sekitar secara menyeluruh. Alam

    sekitar terdiri daripada tiga komponen yang utama iaitu:

    (i) alam sekitar semulajadi (natural environment)

    (ii) alam sekitar buatan (man-made environment)

    (iii) alam sekitar sosiobudaya (socio-cultural environment)

    Alam sekitar semulajadi meliputi matahari, air, udara, bumi, dan

    kitaran fizikal yang menyokong kehidupan (seperti kitar oksigen, nitrogen,

    karbon dan air) serta sistem biologi dan ekologi (benda hidup yang saling

    berinteraksi).

    Pengenalan Kepada Ekologi Asas

    Komponen Alam

    Sekitar

    Biosfera dan Ekologi

    Ekosistem

  • MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

    14

    Rajah 2.1 : Alam sekitar semulajadi

    Alam sekitar buatan merangkumi manusia dan persekitaran

    buatan manusia. Alam sekitar buatan merujuk kepada persekitaran fizikal

    binaan atau ciptaan manusia iaitu alam sekitar yang dibina oleh manusia

    seperti taman herba, taman burung, taman orkid, taman bunga, zoo dan

    lain-lain.

    Alam sekitar sosiobudaya merujuk kepada alam sekitar yang

    berkaitan dengan bagaimana manusia berinteraksi dan menyusun diri

    mereka dalam kumpulan seperti keluarga, pendidikan, pekerjaan,

    kesihatan, politik, kerajaan, ekonomi, kesenian, agama dan budaya. Ia

    merangkumi hubungan ataupun pertalian rapat antara manusia dengan

    budayanya ataupun budaya di sekelilingnya termasuk etika persekitaran

    buatan manusia itu sendiri. Semua komponen ini adalah saling

    berhubungkait dan tidak boleh dilihat sebagai satu entiti tersendiri. Kualiti

    saling hubungan ini menggambarkan alam sekitar yang sihat dan

    seimbang.

  • MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

    15

    Latihan Aktiviti 1: Mengenali Alam Sekitar Di Sekeliling Anda

    Cari tiga contoh gambar yang menunjukkan komponen-komponen alam sekitar semulajadi, alam sekitar buatan dan alam sekitar sosiobudaya. Tampalkan gambar tersebut dalam satu bentuk pengurusan grafik dan kenal pasti setiap entiti yang ada dalam ketiga-tiga komponen tersebut.

    Kumpulkan bahan-bahan tersebut ke dalam Folio Pendidikan Alam Sekitar.

  • MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

    16

    Perbincangan Aktiviti 2 : Mengenal Pasti Definisi Yang Betul

    Arahan: Padankan istilah berikut dengan definisi yang betul. Masukkan jawapan anda ke dalam folio pembelajaran.

    Ekologi Hubungan pemakanan dalam bentuk satu turutan organisma di mana setiap organisma dalam turutan itu makan organisma yang sebelumnya.

    Spesies Benda hidup seperti tumbuhan, haiwan dan mikrob.

    Populasi Benda bukan hidup seperti cuaca, geologi, air, udara, nutrien dan matahari.

    Habitat Kawasan daratan seperti kawasan padang pasir, tundra, hutan tropika, gurun dan padang rumput yang mencirikan keadaan cuaca dan jenis tumbuhan yang beradaptasi secara spesifik di kawasan tersebut.

    Komuniti Terdiri daripada beberapa rantai makanan yang saling berhubung antara satu sama lain.

    Ekosistem Cabang sains yang mengkaji habitat dan interaksi antara benda hidup dengan alam sekitar.

    Biosfera Sekumpulan organisma yang serupa dan boleh saling membiak antara satu sama lain untuk melahirkan anak yang subur.

    Komponen Biotik

    Segala aktiviti yang dilakukan oleh sesuatu organisma di habitatnya. Ini merangkumi segala aspek cara hidupnya terutama sekali cara pemakanannya.

    Komponen Abiotik

    Tempat kediaman sesuatu organisma.

    Biom Organisma sentiasa saling bertindak antara satu sama lain dengan persekitarannya.

    Nic Dikenali sebagai zon kehidupan di atas muka bumi yang menyatukan semua kehidupan and hubungan antara kehidupan termasuklah interaksinya dengan elemen-elemen litosfera, hidrosfera, ekosfera dan atmosfera.

    Rantai makanan

    Sekumpulan organisma sama spesies dan hidup di habitat yang sama.

    Jaringan makanan

    Kesemua organisma yang hidup di sesuatu habitat .

  • MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

    17

    2.2 Biosfera dan Ekologi

    Planet bumi adalah tempat tinggal manusia dan juga tempat

    tinggal bagi pelbagai hidupan yang lain. Gunung yang tinggi, cerun dan

    tanah rata, pinggir lautan dan di dalam sungai mahupun lautan adalah

    juga merupakan tempat tinggal bagi hidupan.

    2.2.1 Konsep Biosfera

    Biosfera adalah semua tempat yang berhampiran dengan kita

    ataupun semua tempat lain di muka bumi ini di mana ada pelbagai

    bentuk kehidupan. Biosfera meliputi semua ekosistem global. Ia juga

    dikenali sebagai zon kehidupan di atas muka bumi. Dalam konteks yang

    lebih luas, biosfera adalah sistem ekologi global yang menyatukan

    semua kehidupan dan hubungan antara kehidupan termasuklah

    interaksinya dengan elemen-elemen litosfera, hidrosfera, ekosfera dan

    atmosfera. Biosfera dipostulatkan telah mengalami evolusi melalui proses

    biogenesis lebih kurang 3.5 billion tahun dahulu.

    Rajah 2.2: Biosfera

  • MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

    18

    2.2.2 Konsep Ekologi

    Ekologi berasal daripada perkataan Greek oikos yang bermaksud

    rumah atau tempat untuk tinggal dan logos yang bermaksud kajian.

    Oleh itu ekologi adalah satu kajian hubungan dalam alam semulajadi

    (Miller & Spoolman, 2009). Ekologi adalah satu bidang kajian saintifik

    berkaitan dengan taburan, kelimpahan dan hubungan antara organisma

    dan interaksinya dengan alam sekitar. Ekologi juga ditakrifkan sebagai

    kajian tentang hubungan antara organisma dengan persekitaran fizikal

    dan biologinya. Ekologi termasuk kajian mengenai populasi tumbuhan

    dan haiwan, komuniti tumbuhan dan haiwan serta ekosistem.

    2.3 Ekosistem

    Apakah pula yang dikatakan sebagai ekosistem? Alam sekitar

    terdiri daripada komuniti-komuniti berbagai jenis tumbuhan dan haiwan,

    hidup dalam satu kawasan yang sama, berinteraksi dan mempunyai

    pengaruh antara satu sama lain. Contohnya di kawasan paya bakau,

    sungai, kolam di mana terdapat organisma hidup yang besar dan

    mikroskopik yang hidup bersama yang dinamakan sebagai ekosistem

    biotik.

    Apakah maksud

    ekologi?

    Mari kita teruskan bacaan

    kita...

  • MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

    19

    Ekosistem biosis atau biotik adalah komponen yang hidup, iaitu

    komuniti dalam suatu ekosistem. Ekosistem abiotik ialah komponen

    bukan hidup. Contohnya air, udara, tanah, suhu, nilai pH, cahaya,

    topografi, kelembapan dan iklim mikro. Kombinasi komuniti biotik dengan

    alam sekitar abiotik dipanggil sebagai ekosistem.

    Rajah 2.3: Ekosistem

    Ekosistem adalah satu set interaksi antara organisma dengan

    bahan bukan hidup serta tenaga di alam sekitarnya iaitu di dalam suatu

    kawasan (Miller & Spoolman, 2008). Satu ekosistem terdiri daripada

    semua organisma hidup (komuniti biologi) dalam satu kawasan tertentu

    bersama benda bukan hidup (abiotik) dan komponen fizikal alam sekitar

    yang mana organisma berinteraksi bersama-sama, seperti udara, tanah,

    air dan matahari.

    Jadual 2.1: Komponen abiotik dan biotik dalam suatu ekosistem

    KOMPONEN ABIOTIK KOMPONEN BIOTIK

    Cahaya matahari Pengeluar

    Suhu Herbivor

    Taburan hujan Karnivor

    Air dan kelembapan Omnivor

    Tanah Detritivor

  • MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

    20

    Setelah memahami maksud ekosistem. Mari kita mengenal pasti

    pula maksud bagi istilah nic. Apakah sebenarnya nic? Nic adalah

    peranan suatu organisma, yang dikategorikan mengikut cara ia

    mendapatkan makanan. Nic ekologi merupakan peranan atau pekerjaan

    suatu spesies dalam suatu komuniti dan ekosistem. Nic ekologi

    organisma boleh berubah-ubah semasa peringkat hidupnya. Contohnya

    berudu tinggal dalam air dan makan plankton tetapi katak dewasa tinggal

    di darat dan menangkap serangga sebagai makanan. Pelbagai jenis

    hidupan boleh berkongsi di habitat yang sama tetapi melakukan nic atau

    pekerjaan/peranan/fungsi yang berbeza-beza. Di dalam ekosistem hutan

    hujan tropika contohnya, harimau memburu kancil tetapi ulat beluncas

    memakan daun tumbuh-tumbuhan.

    Dalam suatu ekosistem juga terdapat pelbagai jenis rantai

    makanan dan siratan makanan. Rantai makanan adalah satu laluan yang

    menunjukkan bagaimana tenaga dipindahkan daripada pengeluar

    kepada pengguna. Rantai makanan berbentuk satu arah dan bermula

    dengan pengeluar (tumbuhan) sehingga kepada pengguna primer,

    pengguna sekunder dan pengguna seterusnya. Setiap peringkat dalam

    rantai makanan ditunjukkan dengan menggunakan anak panah () yang

    bermaksud dimakan oleh.

    Memikir Cuba bezakan antara kedua-dua jenis rantai makanan berikut.

    Rajah 2.3: Dua jenis rantai makanan

  • MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

    21

    Berbeza dengan rantai makanan, siratan makanan merupakan

    satu jaringan yang terdiri beberapa rantai makanan.

    Memikir Cuba kira berapakah rantai makanan yang ada dalam siratan makanan berikut.

    Rajah 2.4: Contoh siratan makanan

    Bagaimanakah pula perpindahan tenaga berlaku dalam rantai

    makanan dan siratan makanan dalam suatu ekosistem?

  • MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

    22

    Latihan Aktiviti 3: Kajian Lapangan Ekosistem Di Kawasan Kampus

    Kenal pasti satu kawasan ekosistem di kampus anda. Bina satu siratan makanan semulajadi dan terangkan bagaimana proses pemindahan tenaga berlaku di ekosistem tersebut. Rajah 2.5 berikut boleh membantu penerangan anda. Simpan hasil kajian ini ke dalam folio pembelajaran anda.

    Rajah 2.5: Aliran tenaga dalam rantai makanan

    Satu ekosistem akan berada dalam keseimbangan apabila

    komponen benda hidup (biotik) dan abiotik (bukan hidup) berada dalam

    keseimbangan. Ini bermakna pada keadaan seimbangan, semua nutrien

    dapat berkitar dengan berkesan, dan tiada komuniti organisma ataupun

    fenomena semula jadi yang mengganggu aliran tenaga dan kitar nutrien

    ke bahagian lain dalam ekosistem. Sebahagian keseimbangan ekosistem

    melibatkan kawalan populasi organisma hidup.

    Layari Internet Cuba layari internet dan cetak nota tambahan berkaitan dengan keseimbangan ekosistem. Baca nota tersebut.

  • MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

    23

    Dalam konteks biologi, kitar nutrien adalah satu konsep yang

    menerangkan bagaimana nutrien bergerak daripada alam sekitar fizikal

    kepada organisma hidup, dan kemudian dikitar kembali kepada alam

    sekitar fizikal. Pergerakan nutrien merupakan satu keperluan untuk hidup

    iaitu daripada alam sekitar kepada tumbuhan dan haiwan dan kembali

    semula ke alam sekitar merupakan satu fungsi penting ekologi dalam

    mana-mana kawasan. Di dalam satu alam sekitar semulajadi yang

    khusus, kitar nutrien mestilah dalam keadaan seimbang dan stabil

    supaya organisma yang tinggal di dalamnya sentiasa subur, berupaya

    berkembang dan membiak serta kekal dalam populasi yang seimbang.

    Mengumpul Maklumat Aktiviti 4: Kitar Semulajadi

    Cari dan akses maklumat tentang kitar semula jadi iaitu kitar nutrien, kitar karbon, kitar nitrogen dan kitar hidrologi daripada beberapa media cetak dan internet. Kumpulkan bahan-bahan tersebut dan catatkan sumber rujukannya. Lukiskan kitar semulajadi tersebut dan nyatakan kepentingan setiap kitaran kepada keseimbangan ekosistem. Masukkan hasil aktiviti ini ke dalam folio pembelajaran anda.

    Memikir Refleksi: Apakah komponen-komponen utama bagi suatu ekosistem? Cuba ingat kembali dan catatkan semula. Layari laman sesawang berikut dan belajar membina siratan makanan melalui permainan yang disediakan. http://www.vtaide.com/png/foodwebFF.htm

    Rehat

  • MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

    24

    Rujukan

    Enger, E.D., Ross, F.C. dan Bailey, D.B. (2007). Concepts in biology.

    (12th ed.). New York: Mc Graw Hill Higher Education. Garg, R. (1994). Environment Quiz Book. Malaysia: S.Abdul Majeed dan

    Co. Publishing Division. Institute of Islamic Understanding Malaysia. (2004). The environment: A

    gift of God. (2nd ed.). Kuala Lumpur: IKIM Publishing Unit. Lewis, R., Gaffin, D. Hoefnagels, M dan Parker, B. (2004). Life. (5th ed.).

    New York. Mc Graw Hill. Miller, G.T. (2004). Environmental Science: Working with the earth. (10th

    ed.) Canada: Thompson Learning, Inc. Miller, G.T dan Spoolman, S. (2008). Environmental Science: Principles,

    connections and solutions. (12th ed.). Canada: Brooks/Cole Cengage Learning.

    Raven, P, H., Johnson, G. B., Losos, J.B. dan Singer, S.R.(2005).

    Biology. (7th ed.). Boston: McGraw Hill. Starr, C., Taggart, R., Evers, C. dan Starr, L. (2009). Biology: The unity

    and diversity of life. (12th ed). USA: Brooks/Cole Cengage Learning.

    Bahan Bacaan

    Untuk bacaan tambahan, sila rujuk laman sesawang berikut: http://www.kzoo.edu/biology/courses/bio115/PPTs/5_Biosphere

    http://www.rapidlearningcenter.com/biology/Preview/RL201/PT/CB

    http://www.sciencebob.com/questions/q-food_chain_web.php http://www.vtaide.com/png/foodchains.htm http://en.wikipedia.org/wiki/Food_chain http://en.wikipedia.org/wiki/Natural_environment

  • MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

    25

    TAJUK 3.0 ISU ALAM SEKITAR

    Sinopsis Tajuk tiga adalah tentang Isu Alam Sekitar. Tajuk ini terdiri daripada

    empat bahagian yang utama iaitu Jenis Isu, Punca Isu Alam Sekitar,

    Kesan Isu Alam Sekitar dan juga Menangani Isu Alam Sekitar.

    Hasil Pembelajaran

    (i) Merancang dan menjalankan satu eksperimen untuk mengesan

    isu-isu alam sekitar seperti pencemaran bunyi dan udara di

    kawasan kampus.

    (ii) Membuat inferens dan meramal punca, masalah dan kesan

    pencemaran alam sekitar kepada manusia.

    (iii) Membincangkan isu yang dikesan dan mengenal pasti punca isu

    itu.

    (iv) Memberi cadangan dengan menggunakan pengurusan grafik

    untuk menangani isu alam sekitar.

    Kerangka Tajuk

    Rajah 3.1: Kerangka Tajuk Tiga

    Isu Alam Sekitar

    Jenis Isu

    Punca Isu Alam

    Sekitar

    Kesan Isu Alam

    Sekitar

    Menangani

    Isu

  • MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

    26

    3.1 Isu Alam Sekitar

    Adakah anda sedar? Pada masa kini, seluruh dunia termasuk negara kita

    Malaysia sedang mengalami pembangunan yang amat pesat sekali.

    Aktiviti-aktiviti manusia lebih mementingkan pembangunan dan

    pertumbuhan ekonomi dengan kemajuan sains dan teknologi. Akibatnya

    kesemua negara-negara seluruh dunia menghadapi pelbagai masalah

    dan isu-isu yang berkaitan dengan alam sekitar seperti isu pertambahan

    penduduk, pelupusan spesies flora dan fauna, penebangan hutan,

    penghapusan paya, peningkatan gurun, hakisan tanah, pencemaran air,

    udara, bunyi dan darat, penipisan ozon, pemanasan bumi, kekurangan

    bekalan sumber api, galian dan air serta pemendapan asid di permukaan

    bumi. Modul ini walau bagaimanapun akan memberi tumpuan kepada

    tiga contoh isu alam sekitar iaitu pertambahan penduduk, penipisan

    lapisan ozon dan juga hujan asid.

    Apakah yang dimaksudkan dengan pertambahan penduduk?

    Bagaimana pertambahan penduduk boleh berlaku? Pertambahan

    penduduk merujuk kepada perubahan dalam bilangan penghuni yang

    sedang berlaku di kawasan-kawasan tertentu, sama ada di kawasan

    setempat dalam negeri atau secara global. Pertambahan penduduk

    berlaku akibat pertambahan bilangan penduduk atau pengurangan

    bilangan penduduk. Cuba cari maklumat apakah faktor-faktor yang

    mempengaruhi pertambahan bilangan penduduk di sesuatu tempat.

    Apakah fungsi lapisan ozon? Mengapa lapisan ozon semakin

    menipis? Ozon secara kimianya merupakan gas yang mengandungi tiga

    atom oksigen (O3). Lapisan ozon berkedudukan di atas lapisan awan dan

    dikenal pasti sebagai lapisan stratosfera. Jaraknya adalah lebih kurang

    antara 20-50 km daripada bumi. Ia berperanan sebagai pelindung bagi

    sinaran bahaya ultra ungu (UV).

  • MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

    27

    Rajah 3.2: Kedudukan lapisan ozon dari bumi

    Kini, lapisan ozon dunia didapati semakin menipis. Pada Oktober

    1987, penyelidikan NASA mendapati lapisan ozon di Antartika menipis

    sebanyak 95% terutama bagi musim bunga manakala di Artik dan

    ruangan angkasa Greenland pada musim salji. Lapisan ozon di

    bahagian Ottawa, Kanada juga didapati menipis kira-kira 25%

    penerimaan sinar UV berbanding tahun 1950-an. Lubang ozon di atas

    Kutub Selatan pada tahun 2006 membuktikan bahawa kerosakan lubang

    ozon masih terus berlanjutan sampai saat ini yang luasnya mencapai 29

    juta km2.

    Rajah 3.3: Lubang ozon di Antartika yang digambarkan oleh NASA pada tahun 2006

  • MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

    28

    Mengumpul Maklumat Cuba cari berapa besarkah lubang ozon pada masa kini di Antartika.

    Fenomena penipisan lapisan ozon stratosfera oleh bahan kimia

    chlorofluoromethane (atau biasa disebut sebagai chlorofluorocarbon

    CFC) pertama kali disampaikan oleh dua orang ilmuwan Amerika,

    Rowland dan Molina, dalam Jurnal Nature pada tahun 1974. Penipisan

    lapisan ozon merupakan salah satu masalah alam sekitar yang harus

    segera ditangani kerana setiap penipisan lapisan ozon sebesar 10%

    akan menyebabkan kenaikan intensiti sinar ultra violet (UV) sebanyak

    20%.

    Hujan asid adalah istilah yang diperkenalkan oleh seorang

    inspektor kilang dalam pertengahan abad yang lalu di Manchestor,

    United Kingdom. Apakah di yang dimaksudkan dengan hujan asid?

    Hujan asid adalah satu istilah yang umum berkaitan dengan asid dan

    bahan-bahan pencemaran yang bersifat asid dalam hujan, salji dan wap

    awan. Istilah ini membayangkan komponen semulajadi dan juga

    komponen buatan manusia.

    Bagaimana pertambahan keasidan boleh berlaku dalam air hujan?

    Pertambahan keasidan air hujan diakibatkan oleh pertambahan

    kepekatan gas-gas berasid ke dalam atmosfera seperti gas sulfur

    dioksida dan nitrogen dioksida. Pertambahan keasidan hujan juga adalah

    disebabkan oleh buatan manusia yang mengeluarkan gas-gas buangan

    daripada kilang, ekzos kenderaan, penjanaan kuasa elektrik dan juga

    bahan api fosil serta aktiviti perindustrian yang menghasilkan gas klorin.

    Oleh yang demikian bukan hanya air hujan didapati bertambah berasid

    tetapi juga hujan ais dan kabus. Jadi mendapan asid adalah satu istilah

  • MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

    29

    yang biasanya digunakan bagi semua keasidan yang diakibatkan oleh

    wap, gas dan zarah.

    Rajah 3.4: Hujan asid

    3.2 Punca Isu Alam Sekitar

    Setelah mengetahui tentang isu-isu alam sekitar semasa, kita

    perlu pula mencari maklumat tentang punca-punca bagi isu alam sekitar.

    Antara puncanya ialah disebabkan oleh pertambahan penduduk,

    penggunaan teknologi, bencana alam, politik dan peperangan, budaya

    dan etika serta pengguatkuasaan undang-undang. Untuk mengkaji lebih

  • MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

    30

    lanjut tentang punca-punca alam sekitar, mari kita gunakan kaedah

    pengajaran dan pembelajaran (P&P) secara inkuri dengan cara mengikuti

    langkah-langkah seperti ditunjukkan dalam Rajah 3.5 berikut.

    Mengenal pasti masalah

    Membuat andaian/Hipotesis

    Merancang strategi penyelesaian

    Mengumpul maklumat yang berkaitan

    Mengkaji dan menganalisis maklumat yang dikumpulkan

    Membuat generalisasi atau rumusan

    Cadangan penyelesaian dan pelan tindakan

    Rajah 3.5: Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Melalui Inkuiri

    Berikut adalah dua contoh hasil kajian yang boleh dijadikan

    panduan bagi membuat laporan apabila menggunakan kaedah P&P

    inkuiri.

  • MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

    31

    MASALAH 1: TANAH RUNTUH DI KAWASAN LERENG BUKIT HIPOTESIS: Tanah runtuh di lereng bukit disebabkan

    pembangunan STRATEGI: Mengkaji

    struktur tanah

    kecerunan kawasan

    tekstur tanah-kelekitan

    jenis tumbuhan tutup bumi

    MENGUMPUL MAKLUMAT: Pemerhatian

    pemasangan paip air utama

    pemotongan lereng tidak terancang

    tidak berteres

    kawasan terlalu cerun

    tiada tindakan susulan - gagal menanam semula tumbuhan

    - tiada cerucuk sebagai penahan tanah

    tanah terdedah

    tekstur tanah - tanah liat dan tanah pasir - berstruktur kering dan longgar akibat terdedah langsung

    kepada iklim

    jenis tumbuhan - tiada tumbuhan tutup bumi - kurang tumbuhan berakar yang boleh mencengkam tanah

    ANALISIS:

    cerun yang terdedah tanpa struktur penyokong akan mengakibatkan larian air dan hakisan

    RUMUSAN

    Pembangunan kurang terancang dan terkawal menyebabkan tanah runtuh

    CADANGAN PENYELESAIAN

    1. Pastikan sebarang pembangunan mendapat kelulusan EIA 2. Kurangkan aktiviti pembangunan di lereng bukit 3. Lakukan pemantauan yang kerap 4. Tindakan pencegah tanah runtuh perlu disegerakan.

  • MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

    32

    MASALAH 2: PENCEMARAN BAU HIPOTESIS:

    Tangki septik

    Pembuangan sampah

    Air bertakung STRATEGI:

    Lawatan ke sekitar kawasan

    Temubual dengan pekerja dan pengurus

    MENGUMPUL MAKLUMAT

    pemerhatian lawatan ke - kawasan longkang - tangki septik - stor simpan sampah

    temubual - pengurusan - pekerja

    DAPATKAN MAKLUMAT

    bau berpunca daripada tangki septik (hasil temuramah)

    sebab-sebab tangki septik sudah lama tidak dikosongkan

    air mandian panas masuk ke dalam tangki septik dan mengeluarkan bau

    HASIL PEMERHATIAN

    longkang dan tangki septik septik berbau

    dapur dan stor sampah tidak berbau

    RUMUSAN

    Bau dari tangki septik

    CADANGAN PENYELESAIAN

    laporkan kepada Majlis Daerah

    kuatkuasakan jadual pembersihan tangki

    asingkan sisa mandian daripada tangki septik

  • MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

    33

    Latihan Aktiviti 1: Pengajaran dan Pembelajaran Melalui Inkuiri

    Secara berpasangan, gunakan kaedah inkuiri seperti contoh yang telah ditunjukkan untuk melaksanakan kajian berkaitan satu isu alam sekitar di kawasan kampus atau sekolah anda. Sediakan laporan lengkap tentang kajian itu dan masukkan laporan tersebut ke dalam folio pembelajaran.

    3.3 Kesan Isu Alam Sekitar

    Sejauhmanakah alam sekitar kita memberi keselesaan kepada

    kehidupan dunia adalah bergantung kepada tindak-tanduk penduduk

    dunia sendiri. Penggunaan sumber semula jadi yang berleluasa tanpa

    memikirkan akibatnya akan memberikan kesan yang mendalam dan

    mungkin tidak boleh diperbaiki. Sebenarnya, pada masa kini kita juga

    telah menghadapi banyak masalah yang berkaitan dengan kesan akibat

    alam sekitar yang tercemar. Seperti yang kita telah bincangkan di atas

    tentang pelbagai punca isu alam sekitar, bolehkah anda nyatakan kesan

    isu-isu tersebut? Aktiviti berikut akan membolehkan anda mengetahui

    lebih mendalam lagi tentang kesan isu alam sekitar.

    Latihan Aktiviti 2: Mengkaji Isu Alam Sekitar

    Petikan 1 dan 2 adalah keratan akhbar yang menunjukkan beberapa isu alam sekitar di Malaysia.

  • MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

    34

    (i) Teliti petikan tersebut dan kenal pasti punca, masalah dan kesan isu yang dinyatakan. (ii) Cadangkan tiga cara bagaimana isu alam sekitar tersebut dapat diatasi. Masukkan cadangan tersebut ke dalam folio pembelajaran anda.

    Letters to the Editor The Star Thursday 26 August 2004

    Save environment before its too late

    The recent efforts of The Star to highlight the massive pollution of Tasik Chini and the gradual extinction of the fireflies in Kuala Selangor must be highly commended. For far too long, the apathetic attitude of our authorities to prevent or reduce such degradation of our environment has only served to encourage the more selfish members of the populace to continue to abuse and damage our natural heritage. These are but two of the cases highlighted. All we have to do is look around us and we can see examples of such abuses daily. The indiscriminate dumping of rubbish, the uncontrolled clearing of hills and water catchment areas. The list goes on. Just take a cruise up the Straits of Malacca and you would not fail to notice the large, unsightly patches of rubbish (mainly plastic bags and polystyrene materials) floating in the sea off the mouths of the many waterways flowing from the Malaysian coast. Why are all these to go on? At the national level, we have a ministry specifically tasked with protecting the environment and every state we have an executive councilor in charge of the environment. They should be proactive and have in place programmes and systems to monitor any potential damage to the environment and highlight these problems to the relevant enforcement agencies for corrective actions to be taken before more damage is done. They should not wait for the media to highlight the problem and the Sultan to reprimand them before they would act. I agree with the views of the Malaysian Nature Society that a holistic approach is needed. Apart from the policing and controlling of pollution, an integrated approach to address the polluting factors should be implemented. In addition, educating and even rewarding good environmental practice should be encouraged.

    Mah Chee Wah, Johor Baru

    Petikan 3.1: Keratan akhbar Selamatkan alam sekitar

  • MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

    35

    Just the spark we need to protect natures wonder Firstly, I would like to congratulate The Star for being at the forefront of environmental journalism. Your recent articles on Tasik Chini and the fireflies coupled with your weekly environment articlesin StarTwo are well researched and objective. Twenty years ago, scientists had warned the loss of beaches to development and the continued consumption of turtle eggs will lower the turtle count in Malaysian waters. Today leatherback turtle landins are fewer than 100 per year while successful hatchlings have not been recorded in the last few years. Worse still, the once common hawksbill turtle is now also in danger of extinction. A little less than 10 years ago, scientists and NGOs had warned about the threats to the fireflies. The fireflies of Kuala Selangor are only one of two colonies in the world, which flash synchronously. Previously, this phenomenon occurred along 6 km of the Sungai Selangor. Today they are barely visible in two spots along the river. Today, a controversy is raging on Pulau Tioman. Previously labeled as one of the most beautiful islands in the world, Tioman now lives in the shadow of having been scarred by development. Adding insult to injury, plans are already afoot to put in a multi million ringgit marina and new airstrip. Coral reefs have been earmarked for destruction and locals are being asked to leave. If we are to repeat these mistakes notwithstanding the vindicating evidence of recent past, then we deserve to be called a third world nation. How ironic it is that while we can build skyscrapers, high tech townships, bridges kilometers long and put satellites in orbit, we can still fail to protect a colony of fireflies which is so unique in the world The Dugong Dude, Kuala Lumpur

    Petikan 3.2: Keratan akhbar Lindungi alam semulajadi

  • MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

    36

    Memikir Adakah Bumi Kita Selamat?

    Arahan: Baca petikan berikut.

    Bumi milik kita bersama. Walaupun kita berbeza bangsa, bahasa atau agama, bumi tempat tinggal kita. Anehnya banyak perkara yang tidak wajar telah kita lakukan terhadap bumi. Atas dasar pembangunan, kita memusnahkan hutan dan mencemari udara, sungai serta laut. Tindakan ini bukan sahaja membahayakan nyawa kita tetapi generasi akan datang. Banyak spesis tumbuhan dan haiwan telah diancam kepupusan dan ada yang telah pupus. Dalam keghairahan mengejar kemajuan, kejahilan mengenai alam dan sifat tamak akan menyebabkan kerosakan yang berkekalan. Kita mestilah menggunakan sumber semulajadi dengan bijak supaya hidupan terus hidup. Kita mesti belajar menghargai nilai kehidupan, alam semulajadi dan kita harus menggunakan teknologi dengan bijak agar tidak membahayakan diri sendiri dalam jangka masa panjang kerana hanya bumi tempat tinggal yang kita miliki.

    Petikan 3.3: Adakah bumi kita selamat?

    Latihan Aktiviti 3: Kartun Isu-Isu Alam Sekitar

    Pepatah ada mengatakan bahawa suatu gambar boleh memberikan beribu perkataan dan makna. Gambar juga boleh mencetuskan pelbagai imaginasi kita. Majalah, suratkhabar dan buku tentang alam sekitar serta bahan daripada organisasi alam sekitar merupakan sumber gambarfoto, lukisan dan gambarajah yang boleh digunakan untuk membina, membangun dan meransangkan pengetahuan serta imaginasi pelajar. Secara berpasangan, perhatikan gambar kartun berikut dan jawab soalan yang berkaitan dengannya. Hantar jawapan ke dalam folio pembelajaran anda.

  • MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

    37

    Rajah 3.6: Situasi 1

    Rajah 3.7: Situasi 2

  • MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

    38

    Rajah 3.8: Situasi 3

    Rajah 3.9: Situasi 4

    Rajah 3.10: Situasi 5

  • MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

    39

    Rajah 3.11: Situasi 6

    (i) Apakah masalah alam sekitar yang dapat diperhatikan pada setiap situasi dalam rajah berikut? Rajah 3.6: Rajah 3.7: Rajah 3.8: Rajah 3.9: Rajah 3.10: Rajah 3.11: (ii) Nyatakan punca-punca masalah tersebut. (iii) Apakah kesan-kesan akibat daripada masalah tersebut? (iv) Bagaimanakah anda dapat mengatasi masalah tersebut sekarang dan di masa hadapan? 3.4 Menangani Isu Apakah strategi yang patut dilakukan untuk kita menangani isu-isu

    berkaitan dengan alam sekitar? Strategi ini bukan hanya menjadi

    tanggungjawab seseorang individu sahaja tetapi memerlukan juga

    penglibatan komuniti serta penguatkuasaan undang-undang dan akta.

  • MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

    40

    Memikir Menangani Isu Alam Sekitar

    Arahan: Baca artikel berikut dan senaraikan peranan yang boleh dimainkan oleh individu dan komuniti dalam menangani isu alam sekitar yang dinyatakan. Bagaimanakah undang-undang dan akta dapat dikuatkuasakan?

    With less than 5% of the worlds population, the U.S. is responsible for more than 20% of worlds greenhouse emissions. A car with a fuel efficiency of 20 miles per gallon releases 1 pound of carbon dioxide per mile. Since Dec. 2004 there are 13.7 million cars in Malaysia (1/2 Malaysian population) reduce emissions of carbon dioxide by using fuel-efficient

    vehicles, car-pools and public transportation. As electricity is generated in fossil fuel fired power plants, so are tremendous quantities of carbon dioxide, sulphur dioxide and nitrogen oxides released into the atmosphere.

    use renewable energy sources such as wind and solar power.

    to conserve electricity, purchase more efficient appliances.

    turn off unused computers and lights.

    replace incandescent with fluorescent light bulbs.

    insulating and weatherproofing our homes.

    incorporating solar energy features into new homes.

    planting deciduous trees near our houses to provide shade reduce fuel consumption while cutting back on air -conditioning costs.

    recycling 95% of energy used to produce an aluminium can from raw materials is conserved support reforestation efforts to replace trees.

  • MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

    41

    Mengumpul Maklumat Akta dan Undang-Undang

    Berikut adalah contoh-contoh saranan yang telah diputuskan

    semasa Persidangan Global Earth Summit yang menjadi asas kepada

    pembentukan akta dan undang-undang berkaitan dengan alam sekitar.

    Kyoto Protocol 1997

    160 nations proposed a treaty to curb carbon dioxide emissions. If ratified, the treaty will commit industrialized nations to reduce carbon dioxide emissions to about 5 % low 1990 levels by 2012. India and China are not bound by the Kyoto agreement. Many observers are concerned that the benefits of the treaty could be overwhelmed by emissions from such nations, which are home to more than one-third of Earths people as they strive to industrialize and increase their standard of living.

    Vienna Convention 1985

    The Vienna Convention for the protection of the ozone layer was adopted on 22 March 1985 in Vienna, Austria. The Convention pledges the Parties commitment to protect human health and the environment from the effects of ozone depletion and provides for participating countries to cooperate in research, observations and information exchange.

    The Montreal Protocol 1987

    The Montreal protocol on substances that deplete the Ozone layer was adopted on 16 September 1987 in Montreal, Canada. Under the Montreal Protocol, the production and consumption of controlled (ozone depleting) substances are to be reduced and phase-out and the development and introduction of alternatives and other processes are stepped up.

  • MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

    42

    Latihan Aktiviti 4: Selamatkan Bumi Kita

    Pepatah juga ada mengatakan Kita tidak mewarisi bumi ini daripada nenek moyang kita sebaliknya kita meminjam daripada anak cucu kita. Oleh itu sejauhmanakah anda bersedia untuk berkorban bagi menyelamatkan bumi kita? Mari kita jalankan aktiviti untuk mengukur sebanyak manakah karbon dioksida dan gas rumah hijau yang telah kita hasilkan dalam aktiviti seharian.

    Dalam aktiviti ini kita menggunakan carbon footprint calculator yang boleh di dapati pada beberapa laman sesawang. Berikut dicadangkan beberapa laman sesawang yang sesuai dilawati:

    (i) Carbon footprint calculator di http://www.bp.com/extendedsectiongenericaticle.do?categoryld=9 05627&contentld=7029058 (ii) The Nature Conservancy di http://www.nature.org/initiatives/climatechange/calculator/. (iii) Environment and greener living di http://www.direct.gov.uk/en/environmentandgreenerliving/actonco2 /DG067197

    Sumber (i) dan (ii) mempunyai soalan yang mudah. Sumber (iii) mempunyai animasi tetapi banyak soalan.

    Contoh menggunakan sumber (i).

    Langkah 1: Buat pilihan negara anda. Pilih Singapura jika Malaysia tidak disenaraikan. Langkah 2: Kira untuk seluruh penggunaan isi rumah.

    Purata penghasilan karbon untuk setiap penduduk Malaysia adalah 7 tan.

    Purata penghasilan karbon untuk negara perindustrian adalah sebanyak 11 tan.

    Purata penghasilan karbon seluruh dunia adalah 4 tan.

  • MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

    43

    Memikir Refleksi:

    Pada pandangan anda, bagaimanakah cara untuk mengurangkan kadar penghasilan karbon di udara?

    Adakah saya perlu menggunakan kereta yang kecil?

    Adakah saya perlu menggunakan pengangkutan awam?

    Adakah saya perlu menggunakan alat yang menjimatkan tenaga?

    Adakah gaya hidup anda sekeluarga perlu diubah supaya bumi boleh menjadi tempat yang selamat untuk dihuni?

    Rujukan

    Garg, R. (1994). Environment Quiz Book. Malaysia: S.Abdul Majeed dan

    Co. Publishing Division. Institute of Islamic Understanding Malaysia. (2004). The environment: A

    gift of God. (2nd ed.). Kuala Lumpur: IKIM Publishing Unit. Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar Malaysia. (1991). Isu-Isu

    Semasa Sains dan Teknologi. Petaling Jaya: Koperasi Pencetakan Malaysia Berhad.

    Bahan Bacaan

    Untuk bacaan tambahan, sila rujuk laman sesawang berikut: http://en.wikipedia.org/wiki/Ozone_layer http://www.nepa.gov.jm/resource-material/pdf/The_Ozone_Layer...

    http://en.wikipedia.org/wiki/Acid_rain http://www.epa.gov/acidrain/effects/

    Rehat

  • MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

    44

    TAJUK 4.0 PEMBANGUNAN LESTARI

    Sinopsis Tajuk empat ialah Pembangunan Lestari. Sub tajuk bagi Pembangunan

    Lestari ialah Konsep Pembangunan Lestari, Tujuan Pembangunan

    Lestari, Strategi Pembangunan Lestari serta Organisasi Kerajaan, Bukan

    Kerajaan dan Badan Korporat Terhadap Pemuliharaan dan

    Pemeliharaan Alam Sekitar.

    Hasil Pembelajaran

    (i) Menerangkan konsep pembangunan lestari dan kepentingan

    untuk kemandirian hidupan.

    (ii) Menjelaskan konsep pemeliharaan dan pemuliharaan.

    (iii) Memberi cadangan aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan alam

    sekitar secara bijaksana.

    (iv) Membina senario kesan kepada alam sekitar jika pembangunan

    lestari tidak dipraktik.

    (v) Menjelaskan tujuan pembangunan lestari.

    (vi) Membuat peta minda yang menunjukkan bahan-bahan mengikut

    konsep 5R.

    (vii) Membanding beza tenaga yang boleh diperbaharui dengan tenaga

    yang tidak boleh diperbaharui.

    (viii) Menganalisis jenis pembangunan ekonomi negara mengikut lunas

    pembangunan lestari.

  • MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

    45

    Kerangka Tajuk

    Rajah 4.1: Kerangka Tajuk Empat

    4.1 Konsep Pembangunan Lestari

    Konsep pembangunan lestari muncul ekoran daripada kesedaran tentang

    kepentingan pemuliharaan dan pemeliharaan sumber alam sekitar. Isu

    pembangunan lestari telah dibincangkan secara serius dalam Sidang

    Kemuncak bumi yang diadakan di Rio De Janerio pada tahun 1992 dan

    di Johannesburg pada 26 Ogos hingga 4 September 2002. Persidangan

    pada tahun 1992 telah merintis pada wujudnya Agenda 21 yang

    merupakan plan tindakan yang mengandungi satu set prinsip-prinsip

    yang menyeluruh untuk membantu pihak kerajaan dan institusi dalam

    Pembangunan Lestari

    Konsep Pembangunan

    Lestari

    Tujuan Pembangunan

    Lestari

    Strategi Pembangunan

    Lestari

    Organisasi

    Kerajaan, Bukan Kerajaan dan

    Badan Korporat Terhadap

    Pemuliharaan dan

    Pemeliharaan Alam Sekitar

  • MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

    46

    melaksanakan dasar-dasar dan program-program pembangunan lestari

    di negara masing-masing.

    Apakah yang dimaksudkan dengan Pembangunan Lestari?

    Pembangunan Lestari didefinisikan sebagai pembangunan yang

    dilaksanakan untuk menghindari pelupusan sumber dan memastikan

    kerosakan minimum ke atas alam semulajadi. Pembangunan Lestari

    mengikut definisi UNESCO (2002) diertikan sebagai balancing the

    fulfillment of human needs with the protection of the natural environment

    so that these needs can be met not only in the present, but in the

    indefinite future.

    Pembangunan Lestari adalah kemampuan untuk memberi

    sokongan untuk memelihara sistem kehidupan sepenuhnya dalam

    manusia dan kehidupan lain di planet ini iaitu kemampuan untuk

    menyalurkan keperluan-keperluan untuk hidup secara berterusan dalam

    semua jenis benda hidup. Dalam konsep pembangunan lestari,

    penekanan diberikan kepada keseimbangan antara memenuhi keperluan

    manusia dengan keupayaan sistem semulajadi untuk membekalkan

    produk dan perkhidmatan tanpa degradasi.

    4.2 Tujuan Pembangunan Lestari

    Pembangunan Lestari bertujuan untuk memastikan penggunaan

    sumber-sumber semulajadi mencukupi buat masa kini dan untuk masa

    depan bagi manfaat semua jenis kehidupan di muka bumi ini. Oleh itu

    pembangunan lestari amat bergantung kepada pemuliharaan dan

    pemeliharaan kesejahteraan manusia dan ekosistem secara bersama.

    Polisi Malaysia mengenai pembangunan lestari jelas disebut di

    dalam Rancangan Malaysia ketujuh. Plan tersebut juga menerangkan

  • MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

    47

    langkahlangkah yang diambil untuk memberi penekanan terhadap

    pembangunan lestari semasa awal tempoh Rancangan Malaysia.

    Langkahlangkah baru telah dimulakan semasa Rancangan Malaysia

    ke7 (1996 2000) bagi meningkatkan kebolehan Malaysia untuk

    membangun secara lestari.

    Latihan Aktiviti 1: Penangkapan Ikan Secara Lestari

    Anda mempunyai sebuah kolam ikan air tawar. Kolam ini dapat menampung maksima 16 ekor ikan sahaja. Jika bilangan melebihi had ini, ikan akan mati atau tidak membiak. Anda diminta menangkap ikan dari kolam ini dan cara tangkapan terpulang kepada kreativiti masing-masing. Bilangan ikan yang boleh ditangkap bagi setiap tangkapan boleh menjadi antara 0 hingga 16 ekor. Selepas setiap tangkapan, bilangan ikan yang sama dengan baki ikan dalam kolam mesti ditambah dengan syarat tidak melebihi 16 ekor. Buat 4 kali tangkapan dengan bilangan yang ditetapkan bagi setiap tangkapan. Kira jumlah ikan yang ditangkap dan ikan yang masih ada di dalam kolam pada akhir kesemua tangkapan. Senaraikan faktor-faktor yang boleh menghadkan bilangan maksima ikan yang boleh ditampung oleh kolam tersebut. Kesan pencemaran air dan penangkapan ikan secara lestari juga boleh dibincangkan. Masukkan semua hasil perbincangan ke dalam folio pembelajaran anda.

  • MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

    48

    Memikir Pembangunan Lestari

    Rajah 4.2: Pembangunan lestari

    Perhatikan gambar kartun yang ditunjukkan dalam Rajah 3.2. Apakah kesimpulan yang boleh dibuat?

  • MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

    49

    Memikir Cerita Seorang Budak dan Permainan

    Arahan: Baca petikan cerita ini dan nyatakan apakah implikasinya terhadap pembangunan lestari. Pada suatu hari, seorang bapa diganggu oleh anaknya ketika sedang asyik membaca suratkhabar. Untuk menghindari gangguan anaknya sementara dia habis membaca suratkhabarnya, bapanya pantas berfikir dan mendapat satu idea.

    Dia mengeluarkan satu halaman daripada suratkhabarnya yang mempunyai peta dunia di dalamnya. Halaman itu dikoyakkannya kepada beberapa keping untuk membentuk permainan mencantum kepingan. Setelah mengacaunyanya, kepingan itu diserahkan kepada anaknya untuk dicantumkan semula. Dia begitu pasti bahawa anaknya akan mengambil masa yang agak lama untuk mencantumkan semula kepingan kepingan itu. Namun selepas beberapa minit, anaknya muncul semula dengan gembira sambil menunjukkan peta dunia yang lengkap ditampalkan. Bapanya berasa sungguh hairan kerana anaknya dapat menyelesaikannya dengan begitu cepat. Apabila ditanya, anaknya menjawab, Ini kerja yang mudah sekali kerana di belakang halaman itu terdapat gambar besar seorang manusia. Saya membetulkan manusia itu dan dengan sendirinya dunia dapat dipulihkan. Buat refleksi terhadap pernyataan berikut :

    Saya membetulkan manusia itu dan dengan sendirinya dunia dapat dipulihkan.

    4.3 Strategi Pembangunan Lestari Strategi-strategi yang boleh dilaksanakan untuk pembangunan

    lestari adalah seperti kitar dan guna semula bahan, konsep 5R,

    penggunaan sumber tenaga yang boleh diperbaharui, pembangunan

    ekonomi yang terancang, pengelolaan kempen cinta alam sekitar dan

    penguatkuasaan undang-undang serta melalui konvensyen

    antarabangsa.

  • MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

    50

    Latihan Aktiviti 2: Program Cintai Alam Sekitar

    Rancang dan jalankan satu program mencintai alam sekitar dengan pasangan anda. Anda perlu mengemukakan satu kertas kerja yang diluluskan oleh pihak sekolah sebelum melaksanakan program tersebut. Sediakan buku program dan satu laporan refleksi beserta gambar sebagai bukti pelaksanaanya.

    Latihan Aktiviti 3: Akta dan Konvensyen Antarabangsa

    Salah satu daripada strategi pembangunan lestari adalah dengan penguatkuasaan undang-undang dengan mewujudkan akta dan konvensyen antarabangsa seperti Langkawi Declaration 1989, Agenda 21 (Earth Summit), Kuala Lumpur Accord (1992), UN Commision on Sustainable Development (UNCSD) dan International Whaling Commission (IWC). Kenal pasti strategi pembangunan lestari yang dinyatakan dalam akta dan konvensyen tersebut.

    4.4 Organisasi Kerajaan, Bukan Kerajaan dan Badan Korporat Terhadap Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar

    Adakah anda tahu bahawa pemeliharaan dan pemuliharaan alam

    sekitar merupakan tanggungjawab bersama antara Organisasi Kerajaan,

    Bukan Kerajaan dan juga Badan Korporat? Mari kita cari apakah fungsi

    dan peranan mereka melalui aktiviti berikut.

  • MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

    51

    Latihan Aktiviti 4: Fungsi dan Peranan Organisasi Kerajaan, Bukan Kerajaan dan Badan Korporat

    Cari dan kumpulkan brosur dan maklumat mengenai fungsi dan peranan organisasi-organisasi berikut: i) kerajaan, ii) bukan kerajaan dan iii) korporat dalam memelihara dan memulihara alam sekitar

    Rehat

    Rujukan

    Bahagian Pendidikan Guru. (2002/2003). Modul Pendidikan Alam

    Sekitar: Kursus Pendek Kelolaan Maktab (KPKM). Malaysia: Kementerian Pendidikan Malaysia.

    Jabatan Alam Sekitar Malaysia. (2006). Era Hijau. Keluaran 1. Putrajaya:

    Harian Zulfadzli Sdn. Bhd.

    Bahan Bacaan

    Untuk bacaan tambahan, sila rujuk laman sesawang berikut:

    http://teknologialam.blogspot.com/2009/01/indikator-pembangunan-lestari

    http://www.iab.edu.my/Jurnal/Jurnal%202007/Lestari.pdf

    http://www.doe.gov.my/en/taxonomy/term/676/all

  • MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

    52

    TAJUK 5.0 WARGA ALAM SEKITAR

    Sinopsis Tajuk lima adalah Warga Alam Sekitar. Tajuk ini terdiri daripada dua sub

    tajuk iaitu Gaya Hidup Lestari dan Penglibatan Individu Dalam Usaha

    Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar.

    Hasil Pembelajaran

    (i) Menjalankan penilaian kendiri tentang amalan harian individu

    mengikut amalan mesra alam.

    (ii) Mengenal pasti dan mengelaskan produk yang mencemarkan

    alam sekitar dan produk yang diperbuat dari spesies yang hampir

    pupus dan implikasi kepada alam sekitar.

    (iii) Merancang dan mengendalikan kempen atau aktiviti pemeliharaan

    dan pemuliharaan alam sekitar di kampus.

    (iv) Mengelaskan projek alam sekitar di kampus dan komuniti.

    (v) Mengenal pasti organisasi yang berasaskan alam sekitar.

  • MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

    53

    Kerangka Tajuk

    Rajah 5.1: Kerangka Tajuk Lima

    Apakah maksud warga alam sekitar? Warga alam sekitar atau

    Environmental Citizenship ditakrifkan sebagai

    a notion of civic virtue (Dobson, 2003) that manifests in the

    behavior, attitude, values, and action of an individual. It

    involves both the exercising of environmental rights and

    carrying out ecological responsibilities.

    (Ho Yuek Ming, 2007)

    An environmental citizen is an environmentally responsible

    individual who displays responsible environmental behaviour.

    He or she takes action in solving environmental problems

    either at the individual level or in a group and when necessary

    initiates legislative or political actions.

    (Azizi Muda, 2007)

    Pembangunan Lestari pula adalah satu cara praktikal untuk

    memastikan kesejahteraan masyarakat dan alam sekitarnya secara

    menyeluruh. Perubahan ke arah gaya hidup yang mendokong

    masyarakat lestari sangat bergantung kepada individu sebagai

    Warga Alam Sekitar

    Gaya Hidup Lestari

    Penglibatan Individu Dalam Usaha Pemeliharaan dan

    Pemuliharaan Alam Sekitar

  • MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

    54

    permulaan. Demi kepentingan menjaga alam sekitar adalah amat baik

    sekiranya lebih ramai orang sedar tentang bagaimana sikap, nilai dan

    tindakannya akan memberi kesan terhadap persekitaran iaitu sama ada

    mesra alam ataupun tidak. Pepatah ada mengatakan bahawa sekiranya

    setiap individu membuat satu perubahan walaupun kecil secara

    berkumpulan, ini akan membawa kepada kesan positif yang besar.

    5.1 Gaya Hidup Lestari Antara gaya hidup lestari yang boleh diamalkan adalah amalan 5R

    dan tidak membazir dalam pengurusan perbelanjaan harian yang

    berhemah. Mari kita jalankan aktiviti berikut untuk meneroka lebih lanjut

    tentang maksud dan amalan gaya hidup lestari.

    Latihan Aktiviti 1: Gaya Hidup Lestari

    Masyarakat Lestari hanya dapat dibentuk jika Gaya Hidup Lestari dapat diamalkan. Adakah anda mengamalkan gaya hidup lestari? Sila jawab semua soalan-soalan berikut dan masukkan jawapannya ke dalam folio pembelajaran anda. (i) Apakah yang dimaksudkan dengan gaya hidup lestari? (ii) Bandingkan jawapan anda dengan rakan sejawat di sekolah? (iii) Untuk mengamalkan gaya hidup lestari, perkara pertama yang kita

    perlu lakukan ialah memeriksa gaya hidup sedia ada kita yang berkait rapat dengan keperluan hidup.

    (iv) Lengkapkan Jadual 5.1 berikut.

    Jadual 5.1: Lembaran mengkategori keperluan kita

    Perlu untuk terus Hidup

    Perlu demi Kesejahteraan

    Perlu demi Kesenangan

    Kemewahan

    Makanan Pakaian Telefon Kondominium

  • MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

    55

    5. Pilih satu item dari setiap kategori berikut (Jadual 5.2) dan buat analisa serta lengkapkan jadual tersebut berdasarkan sumber dan cirinya sama ada item tersebut mesra alam atau sebaliknya.

    Jadual 5.2: Lembaran menilai keperluan kita

    Item Mesra Alam Tidak Mesra Alam Kesimpulan

    R B RC NP NR NB NRC P

    (Catatan: R= Boleh diperbaharui, B= Boleh terbiodegradasikan, RC= Boleh dikitar semula, NP= Tidak mencemarkan, NR= Tidak Boleh diperbaharui, NB = Tidak Boleh terbiodegradasikan NRC= Tidak boleh dikitar semula dan P= Mencemarkan).

    6. Dengan meneliti ciri-ciri setiap item keperluan kita, kita dapat

    menilai sama ada sesuatu produk itu mesra alam atau pun tidak. Sekiranya tidak mesra alam, kita boleh menghentikan penggunaannya. Bolehkah kita menghentikan penggunaannya tanpa perubahan gaya hidup kita?

    7. Apakah implikasi-implikasi perubahan ini dari segi ekonomi, kesejahteraan hidup, kesihatan dan kesenangan hidup?

    Memikir Membuat kesimpulan

    Perhatikan gambar kartun yang ditunjukkan dalam Rajah 5.2. Apakah kesimpulan yang boleh dibuat?

    Rajah 5.2: Amalan Warga Alam Sekitar

  • MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

    56

    Rehat

    5.2 Penglibatan Individu Dalam Usaha Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar Kesedaran untuk terus memulihara dan memelihara alam sekitar

    harus bermula dari dalam diri kita sendiri. Malaysia memiliki

    kepelbagaian biologi yang tidak ternilai dengan wang ringgit. Justeru,

    usaha harus dipergiatkan untuk memastikan penglibatan individu

    menjaga amanah Tuhan yang sangat bermakna ini. Marilah kita

    bersama-sama terus memainkan peranan serta fungsi masing-masing

    sebagai warga yang bertanggungjawab untuk memelihara dan

    memulihara alam sekitar kurniaan Tuhan. Mulakan langkah pertama hari

    ini dengan menjaga alam di sekeliling kita agar menjadi pemangkin ke

    arah pemeliharaan dan pemuliharaan alam yang lebih berkesan di

    peringkat global dan juga glokal.

    Latihan Aktiviti 2: Kaedah Permainan Dalam P&P

    Permainan 1 dan 2 adalah contoh permainan yang boleh dijalankan di dalam kelas anda. Cetak dan laksanakan permainan tersebut. Catatkan maklumbalas daripada murid-murid bagaimana permainan ini dapat menerapkan nilai-nilai murni alam sekitar. Masukkan catatan tersebut ke dalam folio pembelajaran.

  • MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

    57

    Rajah 5.3: Permainan Kompos

  • MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

    58

    Rajah 5.4: Permainan Ular dan Tangga

  • MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

    59

    Rujukan

    Jabatan Alam Sekitar Malaysia. (2007). Era Hijau. Keluaran 2.

    Putrajaya :Harian Zulfadzli Sdn. Bhd. Jabatan Alam Sekitar Malaysia. (2007). Era Hijau. Keluaran 3.

    Putrajaya :Harian Zulfadzli Sdn. Bhd. Jabatan Alam Sekitar Malaysia. (2006). Era Hijau. Keluaran 1.

    Putrajaya :Harian Zulfadzli Sdn. Bhd.

    Bahan Bacaan

    Untuk bacaan tambahan, sila rujuk laman sesawang berikut:

    http://chem.eng.utm.my/staff/zaini/images/DOCUMENTS/gaya-hidup-lestari-1ogos2008.pdf

    Rehat Mari dengar lagu Heal the world nyanyian Michael Jackson.

  • MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

    60

    TAJUK 6.0 PENDIDIKAN ALAM SEKITAR MERENTAS KURIKULUM

    Sinopsis Tajuk Enam adalah tentang Pendidikan Alam Sekitar Merentas Kurikulum.

    Tajuk ini terbahagi kepada enam sub topik iaitu Konsep Pendekatan

    Sekolah Secara Menyeluruh, Pendekatan Kurikulum, Penerapan

    Pendidikan Alam Sekitar Dalam Pengajaran dan Pembelajaran,

    Pendekatan Kokurikulum, Audit Hijau di Maktab/Kampus dan Program

    Penghijauan.

    Hasil Pembelajaran

    (i) Menghuraikan konsep pendekatan sekolah secara menyeluruh.

    (ii) Menjelas dan mengaplikasikan tiga pendekatan kurikulum melalui

    subjek sekolah.

    (iii) Merancang dan menyediakan Rancangan Persediaan Harian yang

    mengintegrasikan Pendidikan Alam Sekitar dalam subjek sekolah.

    (iv) Mengenal pasti dan menyenaraikan penerapan unsur-unsur

    Pendidikan Alam Sekitar dalam pelbagai aktiviti kokurikulum.

    (v) Menjalankan aktiviti audit dengan menggunakan Borang Audit

    Hijau.

    (vi) Menjalankan Program Penghijauan di kampus atau sekolah.

    (vii) Menganalisis dan mencadangkan satu cara yang teratur ke arah

    resos kampus atau sekolah yang lestari.

  • MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

    61

    Kerangka Tajuk

    Rajah 6.1: Kerangka Tajuk Enam

    6.1 Konsep Pendekatan Sekolah Secara Menyeluruh

    Tahukan anda, apakah yang dimaksudkan dengan Konsep

    Pendekatan Sekolah Secara menyeluruh? Konsep Pendekatan Sekolah

    Secara menyeluruh merujuk kepada penglibatan warga sekolah

    termasuk pihak pentadbir, staf sokongan, guru-guru dan para pelajar

    sekolah. Konsep ini merujuk kepada proses membudayakan Pendidikan

    Alam Sekitar kepada warga sekolah dengan menerapkan nilai murni

    alam sekitar dalam aspek pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan

    penghijauan secara berterusan bagi mewujudkan amalan hidup yang

    selaras dengan konsep pembangunan lestari. Konsep Pendekatan

    Sekolah Secara menyeluruh ini merupakan payung kepada aktiviti

    Pendidikan Alam Sekitar yang sedang dan akan dilaksanakan di sekolah.

    Pendidikan Alam Sekitar

    Merentas Kurikulum

    Konsep

    Pendekatan Sekolah Secara

    Menyeluruh (Whole School

    Approach)

    Pendekatan Kurikulum

    Penerapan Pendidikan

    Alam Sekitar Dalam

    Pengajaran dan

    Pembelajaran

    Pendekatan Kokurikulum

    Program

    Penghijauan

    Audit Hijau di Kampus

    IPG/ Sekolah

  • MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

    62

    Latihan Aktiviti 1: Konsep Pendekatan Sekolah Secara Menyeluruh

    Nyatakan peranan-peranan yang dimainkan oleh warga sekolah yang melibatkan elemen Pendidikan Alam Sekitar. Cadangkan penambahbaikan untuk meningkatkan lagi pencapaian konsep Pendekatan Sekolah Secara Menyeluruh.

    6.2 Pendekatan Kurikulum

    Apakah yang dimaksudkan dengan pendekatan kurikulum

    Pendidikan Alam Sekitar? Pendidikan Alam Sekitar adalah satu proses

    pembelajaran yang berupaya meningkatkan pengetahuan dan kesedaran

    manusia tentang alam sekitar serta mengukuhkan pemikiran kritikal,

    kemahiran penyelesaian masalah dan membuat keputusan yang efektif.

    Ia juga mengajar individu untuk menilai pelbagai isu alam sekitar supaya

    dapat membuat keputusan yang bermakna dan bertanggungjawab.

    Environmental education is a learning process that

    increases people knowledge and awareness about the

    environment and associated challenges, develops the

    necessary skills and expertise to address the challenges,

    and fosters attitudes, motivations, and commitments to

    make informed decisions and take responsible action.

    (UNESCO, Tbilisi Declaration, 1978)

    Pendekatan Pembelajaran Pendidikan Alam Sekitar di Malaysia

    seperti mana yang ditulis oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (1998)

    serta Bahagian Pendidikan Guru (2002/2003) di dalam Modul Pendidikan

    Alam Sekitar Kursus Pendek Kelolaan Maktab menunjukkan bahawa

    terdapat tiga elemen penting dalam pendekatan pembelajaran

  • MODUL PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

    63

    Pendidikan Alam Sekitar yang menjadi dasar ataupun asas kepada

    perancangan kurikulum Pendidikan Alam Sekitar iaitu pendidikan

    mengenai alam sekitar, pendidikan untuk alam sekitar dan pendidikan

    melalui ataupun dalam alam sekitar itu sendiri (Kartini Abdul Mutalib,

    2008).

    Menurut Palmer dan Neal (1994), ketiga-tiga elemen ini iaitu

    pendidikan untuk alam sekitar, pendidikan mengenai alam sekitar serta

    pendidikan melalui alam sekitar merupakan komponen yang saling kait

    mengait. Saling hubungan antara ketiga-tiga elemen perlu