Upload
phungnhu
View
248
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
MODUL PENGAJARAN KENDIRI (MPK) BERTAJUK KONSEP MOL
TINGKATAN EMPAT KBSM BERASASKAN STRATEGI PEMBELAJARAN
MASTERI
YAU SEET TING
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan
(Kimia)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2009
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan :
Nama Penulis : YAU SEET TING
Tarikh : April 2009
iii
DEDIKASI
Kepada Tuhan yang Maha Esa dan Maha Kuasa,
Suami yang tercinta,
Ayah dan ibu yang amat saya hormati,
Abang, kakak dan adik yang amat saya kasihi.
iv
PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada penyelia PSM 1 saya Encik
Juhazhren Bin Junaidi, dan juga penyelia PSM 2 saya PM Mohamad bin Bilal Ali atas
tunjuk ajar yang diberikan di samping tidak jemu memberikan bantuan sepanjang
melaksanakan kajian ini. Tidak dilupakan kepada semua pensyarah Fakulti Pendidikan
Pendidikan khususnya Dr. Shaharom Noordin yang banyak memberi pandangan dan
nasihat kepada saya dalam menjayakan kajian ini.
Setinggi penghargaan juga dirakamkan kepada guru-guru berpengkhususan
kimia yang sudi memberi kerjasama, nasihat dan memudahkan proses penilaian modul
yang telah dibangunkan.
Selain itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan
saya yang sudi menbantu dan memberi nasihat serta tunjuk ajar kepada saya bagi
melengkapkan bab-bab dalam projek sarjana muda.
Penghargaan juga tidak lupa dirakamkan kepada suami, ayah, ibu dan adik-
beradik yang amat saya sayangi atas sokongan moral dan bantuan kewangan yang
diberikan. Akhir sekali, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
semua pihak yang terlibat secara lansung atau tidak dalam memberikan sokongan,
cadangan dan sebagainya.
v
ABSTRAK
Pembelajaran adalah bersifat individu kerana setiap pelajar mempunyai tahap
keupayaan pembelajaran dan latar belakang yang berbeza-beza. Modul merupakan salah
satu media yang mementingkan proses P&P secara individu. Justeru itu, sebuah modul
pengajaran kendiri (MPK) yang bertajuk Konsep Mol tingkatan empat KBSM telah
dibangunkan berdasarkan silibus Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). MPK yang
dihasilkan berasaskan strategi pembelajaran masteri dan menggunakan bahasa Inggeris
sebagai media penghantar. Modul ini bersaiz A4 dan mengandungi tiga submodul dalam
penyampaian isi kandungannya, iaitu The Mole and the Number of Particles, The Mole
and the Mass of Substances dan The Mole and the Volume of Gas. Penentuan status
kesesuaian MPK adalah melalui penilaian formatif iaitu Penilaian Formatif Satu dengan
Satu (PFSS) sahaja. Tiga orang guru pakar isi kandungan yang berpengalaman dalam
subjek kimia dan seorang pakar reka bentuk model modul telah ditemubual. Satu draf
modul dan senarai semak tentang pengujian kualiti MPK telah disediakan. Hasil analisis
penilaian telah menunjukkan MPK yang dihasilkan mempunyai reka bentuk maklumat,
isi kandungan, reka bentuk persembahan, strategi pembelajaran, sifat mesra pengguna
dan unsur motivasi yang mengikuti spesifikasi yang telah ditetapkan. Modul ini juga
konsisten dari segi reka bentuk dan penggunaan warna. Namun, terdapat juga komen
dan cadangan daripada pakar yang perlu diberi perhatian iaitu mempelbagaikan strategi
pembelajaran, tulisan modul diperbesarkan lagi dan modul dijadikan tiga submodul yang
berasingan. Diharap dengan adanya MPK ini, pelajar akan menjadi lebih
bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri dan menjadikan pembelajaran
Konsep Mol salah satu tajuk yang senang dikuasai dalam subjek kimia.
vi
ABSTRACT
Learning process is individual since each student possesses different level of
learning ability and background. Module is one of the medium that emphasis on the
individualized teaching and learning (T&L) processes. Therefore, a self-instructional
module (SIM) entitled Mole Concept for Form Four Chemistry KBSM was developed
according to the syllabus of Ministry of Education. This SIM is constructed based on the
mastery learning strategy and use English medium in content delivery. This module is
A4 in size and divided into three submodules which are The Mole and the Number of
Particles, The Mole and the Mass of Substances and The Mole and the Volume of Gas.
In determining the effectiveness and appropriateness of this SIM, a formative evaluation
through one to one evaluation has been conducted. Three content experts who are well-
experienced in teaching chemistry and a module designed expert had been interviewed.
A draft of module and a checklist were distributed to the content-expert for evaluation.
The analysis of the evaluation showed that the SIM being constructed has fulfilled the
specification fixed in terms of information design, contents, visual presentation, learning
strategy, user-friendly and motivation. This module also has a good consistency in terms
of design and colour using. However, there are some comments and suggestions that
need to be paid attention such as use various learning strategies, increase the font size
and separate the module into three submodules. Anyway, sincerely hope that by using
this module, students can become more responsible towards their studies and realise that
the topic of Mole Concept is actually one of the topic that easy to master in Chemistry.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xv
SENARAI RAJAH xvi
SENARAI SINGKATAN xviii
SENARAI LAMPIRAN xx
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 5
1.3 Pernyataan Masalah 8
1.4 Objektif Kajian 9
1.5 Kepentingan / Rasional Kajian 9
1.5.1 Latihan Individu 10
viii
1.5.2 Mewujudkan Kerjasama 10
1.5.3 Membantu Pelajar Lemah 11
1.5.4 Memotivasikan Pelajar 11
1.6 Skop / Batasan Kajian 11
1.7 Definisi Kajian 12
1.7.1 Modul 12
1.7.2 Modul Pengajaran Kendiri (MPK) 13
1.7.3 Pengajaran Individu/Kendiri 13
1.7.4 Kimia Tingakatan Empat KBSM 13
1.7.5 Konsep Mol 14
1.7.6 Pembelajaran Masteri 14
1.7.7 Motivasi 14
1.8 Penutup 14
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 16
2.2 Perkembangan Sistem Pendidikan di Malaysia 16
2.2.1 Kritikan terhadap Buku Teks 17
2.2.2 Sistem Pendidikan Tradisi 18
2.2.3 Pengajaran Individu dan Modul Pengajaran 20
2.2.3.1 Modul Pengajaran 20
2.2.3.2 Cara-cara Melayani Perbezaan
Individu 21
ix
2.3 Pendidikan Kimia di Malaysia 22
2.3.1 Masalah dalam Pendidikan Kimia 23
2.4 Definisi-definisi Modul Pengajaran Kendiri (MPK) 24
2.5 Status MPK Di Malaysia 25
2.5.1 Kajian Mengenai Kesan Penggunaan MPK
terhadap Pencapaian Akademik 26
2.6 Ciri-ciri MPK 28
2.7 Unsur-unsur Dalam MPK 29
2.7.1 Unsur-unsur Multimedia 29
2.7.1.1 Teks 29
2.7.1.2 Grafik 31
2.7.2 Motivasi 32
2.7.2.1 Model Motivasi: Model ARCS 33
2.8 Model Reka Bentuk Pengajaran Dalam
Pembangunan MPK 34
2.8.1 Model ADDIE 1987 35
2.8.1.1 Analisis (Analysis) 35
2.8.1.2 Reka Bentuk (Design) 36
2.8.1.3 Pembangunan (Development) 36
2.8.1.4 Pelaksanaan (Implementation) 36
2.8.1.4 Penilaian (Evaluation) 37
2.9 Model Pembangunan MPK 39
2.9.1 Model Teras Cabang Shaharom (1994) 40
x
2.9.1.1 Pengenalan 41
2.9.1.2 Isi Kandungan 42
2.9.1.3 Penilaian Kendiri 42
2.9.1.4 Pengukuhan 43
2.9.1.5 Maklum Balas 43
2.9.1.6 Rujukan 43
2.10 Strategi Pembelajaran Masteri 45
2.10.1 Taksonomi Bloom 1956 dan Tatatingkat
Pembelajaran (Learning Hierarchy) 46
2.11 Kaedah-kaedah Pengajaran dalam MPK Bercetak 46
2.12 Penutup 47
3 REKA BENTUK MODUL
3.1 Pengenalan 48
3.2 Rasional Pemilihan Model ADDIE 49
3.3 Fasa Analisis 49
3.3.1 Pengenalpastian Masalah 49
3.3.2 Penentuan Matlamat Pembinaan Modul 50
50
50
3.4
bela ran
3.3.3 Skop Isi Pelajaran
3.3.4 Pengguna Sasaran
Fasa Reka Bentuk 51
3.4.1 Objektif Pembelajaran 51
3.4.2 Kaedah dan Strategi Pem ja 51
xi
3.5
n
ri
s
3.5.2 R n Mo el Ter
57
3.6 Fasa P
61
62
n dala Pembangunan
62
4 HASIL PEMBANGUNAN MODUL
Pengenalan 64
Fasa Pembangunan 52
3.5.1 Model Teras-Cabang Shaharom 52
3.5.1.1 Pengenalan 52
3.5.1.2 Isi Kandunga 54
3.5.1.3 Penilaian Kendi 55
3.5.1.4 Pengukuhan 55
3.5.1.5 Maklum Bala 56
3.5.1.6 Rujukan 56
asional Pemiliha d as
Cabang Shaharom
elaksanaan 58
3.7 Fasa Penilaian 59
3.8 Pemilihan Teks, Grafik dan Warna dalam MPK
Bercetak
3.9 Penggunaan Unsur Motivasi dan Mesra Pengguna
dalam MPK Bercetak
3.10 Perisian yang Digunaka m
MPK Bercetak
3.11 Penutup 63
PENGAJARAN KENDIRI (MPK)
4.1
xii
4.2 Kriteria / Komponen MPK 64
4.2.1 Pengenalan 67
4.2.1.1 Rasional 67
4.2.1.2 Aktiviti Utama 68
4.2.1.3 Praujian 68
4.2.2 Isi Kandungan 70
4.2.2.1 Objektif Pembelajaran dan Isi
Kandungan 70
nos
4.2.2.2. Aktiviti Pembelajaran Teras 74
4.2.3 Penilaian Kendiri 75
4.2.3.1 Ujian Diag tik 75
4.2.4 Pengukuhan 77
4.2.4.1 Pemulihan 77
4.2.4.2 Pengayaan 79
4.2.5 Maklum Balas 80
4.2.6 Rujukan 82
4.3 Strategi Pembelajaran Masteri 82
4.3.1 Pemecahan kepada Unit Kecil 83
4.3.2 Ujian-ujian dalam Setiap Unit 83
4.3.3 Unsur Pengukuhan 84
4.4 Unsur Motivasi 84
4.4.1 Penggunaan Model ARCS 85
4.4.1.1 Attention 86
4.4.1.2 Relevance 87
xiii
4.4.1.3 Confidence 87
4.4.1.4 Satisfaction 88
4.5 Sifat Mesra Pengguna 88
4.6 Penilaian Formatif oleh 89
4.6.1 Penilaian Formatif oleh
Pakar
Pakar
89
4.6.2
91
4.7
KESIMPULAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 93
96
Isi Kandungan
Penilaian Formatif oleh Pakar Reka
Bentuk Model Modul
Penutup 92
5
5.2 Perbincangan 93
5.2.1 Ulasan Hasil Penilaian Pakar 94
5.2.2 Kekuatan MPK 95
5.2.3 Kelemahan MPK 96
5.2.3.1 Justifikasi terhadap Komen Pakar
Isi Kandungan dan Pakar Reka
Bentuk Model Modul
5.3 Rumusan Modul 98
5.4 Cadangan 100
5.4.1 Cadangan untuk Penambahbaikan MPK 100
xiv
5.4.2 Cadangan untuk Rujukan pada Kajian
101
5.5 Refleks
UJUKAN 104
113-122
Masa Hadapan
i 102
5.6 Penutup 103
R
LAMPIRAN A-D
xv
SENARAI JADUAL
NO. TAJUK HALAMAN
2.1 Model-model pengajaran kendiri 39
3.1 Senarai Objektif Pembelajaran bagi setiap submodul 54
3.2 Pengagihan item dalam senarai semak 60
4.1 Pengagihan soalan Praujian dalam ketiga-tiga submodul 69
4.2 Senarai subtopik dalam Isi Kandungan setiap submodul 71
4.3 Taburan unsur-unsur tambahan dalam Isi Kandungan MPK 73
4.4 Taburan pelbagai Aktiviti Pembelajaran Teras dalam MPK 74
4.5 Taburan soalan bagi Ujian Diagnostik dalam MPK 76
4.6 Taburan isi kandungan dan aktiviti bagi Pemulihan dalam MPK 78
4.7 Taburan isi kandungan dan aktiviti bagi Pengayaan dalam MPK 79
4.8 Hasil analisis maklum balas oleh tiga orang guru pakar terhadap lima aspek utama dalam bahagian B (35 item)
senarai semak 90
xvi
SENARAI RAJAH
NO. TAJUK HALAMAN
2.1 Aliran kerja model ADDIE 35
2.2 Model Teras-Cabang Shaharom (1994) 40
2.3 Carta aliran model Teras-Cabang Shaharom 44
4.1 Muka depan MPK bertajuk Konsep Mol 65
4.2 Muka hadapan Submodul 1 bertajuk The Mole and
the Number of Paticles 66
4.3 Paparan Rasional dalam submodul 67
4.4 Paparan Aktiviti Utama bagi Submodul 1 68
4.5 Sebahagian paparan Praujian Submodul 1 70
4.6 Paparan Objektif Pembelajaran dan Isi Kandungan dalam
Submodul 1 72
4.7 Contoh unsur-unsur seperti Science Gallery, Smart Tip,
dan Root of Words dalam Isi Kandungan MPK 73
4.8 Aktiviti Crossword Puzzle dalam Submodul 1 75
4.9 Paparan Ujian Diagnostik bagi Submodul 1 76
4.10 Paparan ringkasan konsep yang bersifat arrow back
dalam bahagian Pemulihana bagi Submodul 1 78
xvii
4.11 Paparan ringkasan konsep yang bersifat arrow out dalam
bahagian Pengayaan bagi Submodul 1 80
4.12 Paparan Maklum Balas untuk penyemakan jawapan pelajar 81
4.13 Paparan Rujukan sebagai sumber tambahan 82
4.14 Contoh kata-kata motivasi yang merentasi budaya
tempatan untuk memotivasikan pelajar 85
4.15 Lagu bertajuk Happy Mole Day sebagai attention
kepada pelajar 86
4.16 Contoh-contoh analogi yang digunakan dalam MPK 87
4.17 Ikon Help yang membantu dalam navigasi pelajar 89
xviii
SENARAI SINGKATAN
SINGKATAN NAMA PENUH
ABM Alat Bantu Mengajar
ADDIE Analysis, Design, Development, Implementation dan Evaluation
ARCS Attention, Relevance, Confidence dan Satisfaction
FPK Falsafah Pendidikan Kebangsaan
ICT Teknologi Maklumat dan Komunikasi
ISD Instructional System Design
INSPIRE Integrated System of Programmed Instruction Suited for Rural
Environment
JERIS Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek, dan Sahsiah
KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
KBSR Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
KPM Kementerian Pelajaran Malaysia
MMI Module-mediated Instruction
MPK Modul Pengajaran Kendiri
P&P Pengajaran dan Pembelajaran
PFKK Penilaian Formatif Kelompok Kecil
PFSS Penilaian Formatif Satu Dengan Satu
PMI Peer-mediated Instruction
xix
PPK Pusat Perkembangan Kurikulum
PSM Projek Sarjana Muda
SEAMEO Southeast Asian Ministers for Education Organization
TMI Teacher-mediated Instruction
UTM Universiti Teknologi Malaysia
xx
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Borang senarai semak untuk pakar
isi kandugan/reka bentuk model modul 113
B Carta aliran MPK 117
C Surat pengesahan diri pelajar 120
D Surat kebenaran EPRD 121
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Dewasa ini, dalam keghairahan negara menongkah arus kemajuan serta usaha
untuk mencapai Wawasan 2020, sistem pendidikan negara turut mendapat kesan dan
terus berkembang seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang ingin
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek,
dan sahsiah (JERIS). Maka dengan hasrat ini adalah sepatutnya sistem pendidikan
negara diperbaharui dari semasa ke semasa.
Justeru itu, demi mencapai hasrat yang dicitakan, terdapat pelbagai aspek dalam
bidang pendidikan yang perlu dirombak secara beransur-ansur dan di antaranya ialah
pembaharuan dalam bidang kurikulum. Ini telah memberi kesan terhadap penulisan buku
teks. Buku teks merupakan alat penting dan luas digunakan oleh para pelajar dan
pendidik dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Namun, peranan buku teks
masih lagi menimbulkan banyak persoalan khususanya tentang keberkesanannya
terhadap proses pembelajaran para pelajar (Norliana dan Shaharom, 2005).
Era globalisasi telah membuka cabaran baru kepada sektor pendidikan negara
dalam meningkatkan daya saing P&P di negara ini setaraf dengan negara membangun
lain. Penggunaan teknologi maklumat secara tidak langsung menjadi pemangkin kepada
2
peningkatan kualiti dalam bidang ini. Penerbitan secara elektronik juga telah
memberikan kaedah baru untuk menyampaikan pengetahuan terutama kepada institusi
pendidikan (Walker, 1998). Teknologi-teknologi baru yang diperkenalkan telah
memantapkan teknik pengajaran dan melicinkan proses P&P di sekolah. Walaupun
penggunaan buku teks, papan tulis dan kapur telah menjadi bahan asas pengajaran yang
mungkin tidak dapat diketepikan, tetapi kemunculan teknologi komputer khususnya
microkomputer serta alat pamer grafik warna yang berelaian tinggi telah memberikan
kesan yang lebih efektif dalam proses pembelajaran (Norhashim, Mazenah dan Alinda,
1996).
Sekiranya kita imbas kembali, sistem pendidikan di negara kita sebelum ini
mengamalkan proses pendidikan secara tradisi. Dalam sistem pendidikan secara tradisi,
alat bantu mengajar (ABM) yang digunakan adalah amat terhad dan hanya melibatkan
dua entiti iaitu guru dan pelajar. Sistem pendidikan tersebut lebih cenderung kepada
pengajaran berpusatkan guru. Menurut Norhashim, Mazenah dan Alinda (1996), guru
yang terlibat dalam sistem pendidikan tradisi akan mengajar pelajarnya secara lisan dan
pelajar akan cuba untuk menghafal fakta-fakta yang disampaikan oleh guru. Proses P&P
yang bercorak ‘teko dan cawan’ ini telah mengurangkan interaksi di antara guru dan
pelajar, lebih-lebih lagi dalam sesebuah kelas yang bilangan pelajarnya adalah ramai.
Menurut Jamalludin dan Zaidatun (2003), dalam situasi sebegini, pelajar yang
kurang aktif akan menjadi seorang yang pasif. Selain itu, interaksi pelajar dengan subjek
yang dipelajarinya turut terbatas kerana kesukaran guru dalam menyediakan pengajaran
yang mengikut keperluan pelajarnya yang mempunyai tahap keupayaan pembelajaran
yang berbeza-beza. Pembelajaran merupakan suatu proses yang bersifat individu. Setiap
pelajar mempunyai latar belakang dan keupayaan yang berbeza-beza. Tanggapan setiap
pelajar terhadap pembelajaran dan masa yang diperlukan untuk menguasai sesuatu topik
atau kemahiran adalah berbeza bagi setiap individu. Kebanyakan media dan ABM yang
ada pada hari ini kurang mementingkan P&P secara individu (Jamalludin dan Zaidatun,
2003).
3
Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff (1981) dalam Sidek Mohd Noah dan
Jamaludin Ahmad (2005), modul adalah salah satu media yang lebih berkesan sekiranya
disampaikan secara individu. Menurut beliau, modul merupakan bahagian-bahagian
kecil yang tersendiri tetapi lengkap dan berkait rapat antara satu bahagian kecil dengan
bahagian kecil yang lain.Terdapat dua jenis pengajaran individu iaitu pengajaran yang
menggunakan modul dan pengajaran terancang. Pengajaran yang menggunakan modul
telah mula digunakan di beberapa buah maktab perguruan di Malaysia dan dipercayai
maktab-maktab tersebut akan memperbanyakkan lagi bahan bacaan berbentuk modul
untuk melatih bakal guru. Pembelajaran menggunakan modul membawa banyak manfaat
dan lebih senang disediakan berbanding dengan pengajaran terancang. Justeru, guru
hendaklah berkemahiran dan berkebolehan dalam penyediaan bahan P&P berbentuk
modul (Sharifah Alwiah Alsagoff,1984).
Terdapat pendapat yang berbeza-beza berkaitan dengan jenis-jenis modul.
Namun, menurut Sidek Mohd Noah dan Jamaludin Ahmad (2005), modul secara
umumnya dikelaskan kepada dua jenis iaitu modul berbantukan fasilitator dan modul
tidak berbantukan fasilitator. Modul berbantukan fasilitator memerlukan modul
dilaksanakan dengan bantuan fasilitator yang meliputi modul latihan, modul motivasi,
modul perkembangan dan sebagainya. Sementara itu, modul tidak berbantukan
fasilitator adalah modul lengkap yang penggunanya tidak memerlukan bantuan
fasilitator atau guru atau pengajar untuk mempelajari dan menguasainya. Modul jenis ini
meliputi modul pengajaran dan modul akademik. Individu yang melalui modul ini
mengikuti sendiri modul berkenaan secara sendirian.
Modul pengajaran biasanya berfokus kepada P&P di sekolah-sekolah rendah,
menengah, kolej dan juga pusat pengajian tinggi. Modul jenis ini diperkenalkan untuk
membantu pelajar yang lemah dalam akademik. Modul pengajaran lebih berfokus
kepada pengajaran individu iaitu pelajar akan melaksanakan modul ini secara
persendirian tanpa dampingan daripada guru sepanjang masa sehingga pelajar tamat
mengikuti modul jenis ini (Sidek Mohd Noah dan Jamaludin Ahmad, 2005).
4
Selain itu, Shaharom Noordin dan Yap (1991) menjelaskan bahawa modul
pengajaran ialah pembelajaran yang bertujuan untuk membolehkan pelajar belajar secara
sendiri. Modul ini berbeza dari segi panjang, kandungan serta formatnya. Modul jenis ini
membolehkan pelajar meneruskan proses pembelajaran mereka mengikut kecepatan
sendiri (self-pacing). Ini kerana kesedaran bahawa kejayaan yang dicapai oleh pelajar itu
bukanlah pada kadar yang sama dan mereka juga sebenarnya tidak mempunyai tahap
kesediaan untuk belajar pada masa yang sama. Antara contoh-contoh modul jenis ini
ialah modul pengajaran bahasa Melayu, modul pengajaran Pengajian Am, dan Modul
Pengajaran Kendiri (MPK) mata pelajaran Fizik.
Pada masa kini, MPK dalam bentuk perisian berpotensi menarik perhatian dan
menjadi pilihan dalam pelaksanaan pelbagai program pendidikan di institusi pengajian
tinggi di negara kita termasuk dalam program pendidikan jarak jauh (Shaharom Noordin,
2000). MPK yang benar-benar bermutu adalah MPK yang dapat membantu proses
pembelajaran mengikut sesuatu topik. Bahan dalam modul sepatutnya boleh berdiri
sendiri (self-contained) dan membolehkan pelajar belajar sendiri. Setiap pelajar boleh
belajar mengikut keperluan dan kadar kebolehan secara individu (Meyer, 1988).
Tambahan pula, bahan MPK juga didapati mempunyai kesan pembelajaran yang
terjamin kerana setiap bahan MPK yang dibina dengan teliti di mana isi pengajarannya
adalah terancang dan disusun mengikut prinsip-prinsip pengajian terancang dan objektif-
obkektif yang mesti dicapai oleh pelajar. Lebih-lebih lagi, objektif-objektif pengajaran
akan dapat dicapai dalam masa yang lebih singkat jika MPK yang bermutu digunakan
(Koh,1984).
Secara ringkasnya, MPK merupakan pakej P&P kandungan kendiri yang
mempunyai beberapa komponen pendidikan berketerampilan dan menggunakan strategi
pembelajaran penguasaan yang bertujuan untuk membolehkan para pelajar belajar
sendiri berdasarkan pada kecepatan diri. Ia berasaskan pada teknologi pendidikan dan
boleh dalam bentuk bercetak atau bukan bercetak atau gabungan kedua-duanya.
5
1.2 Latar Belakang Masalah
Sains merupakan ilmu pengetahuan yang teratur dan sistematik dan boleh diuji
atau dibuktikan kebenarannya (Kamus Dewan, 1993). Menurut Shaharir (1987) sains
merupakan ilmu pengetahuan yang berasaskan cerapan, kajian eksperimen, ujikaji dan ia
menganalisis sesuatu fenomena secara bersistem, mantik dan objektif dengan kaedah
khusus bagi mewujudkan pengetahuan baru yang boleh dipercayai. Secara
keseluruhannya, sains merupakan cabang ilmu pengetahuan yang berdasarkan kebenaran
atau kenyataan meliputi fizik, kimia dan biologi yang diperoleh melalui pemerhatian,
eksperimen dan secara taakulan induktif atau deduktif.
Kimia merupakan satu kajian terhadap tabii, sifat dan struktur jirim yang
terkandung dalam semua bahan yang dijadikan tuhan dalam dunia dan alam adalah bukti
langsung kecerakinan dan komponen yang menjadi tabii sains. Oleh itu, pendidikan
kimia dianggap sebagai salah satu komponen teras dan nadi P&P sains. Menurut
Mariapan (1999), salah satu daripada dapatan kajiannya telah merumuskan bahawa
penggunaan ABM adalah faktor utama dalam mewujudkan suasana P&P sains yang
paling kondusif. Namun, ABM masa kini kurang mementingkan P&P secara individu
(Jamalludin dan Zaidatun,2003).
Kurikulum Kimia sekolah menengah di Malaysia pada peringkat menengah atas
terdiri daripada tiga bahagian besar iaitu kajian tentang jirim, interaksi antara bahan
kimia dan penghasilan bahan-bahan buatan (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2001).
Kebanyakan konsep yang terkandung dalam kurikulum kimia tergolong dalam kategori
yang sukar difahami oleh pelajar. Misalnya, dalam kajian tentang jirim terdapat banyak
konsep yang sukar difahami oleh pelajar seperti konsep atom, konsep mol dan konsep
perubahan keadaan jirim (Finely, et al. 1982; Georgewerner, 1989, dalam Abd. Rahman
Mat 2005). Kenyataan ini disokong oleh kajian-kajian yang telah dijalankan oleh ramai
penyelidik (Duncan & Johnstone, 1971; Larson, 1997; Johnsten, 2000; Furio et al., 2002;
dalam Meor Ibrahim Kamaruddin, et al., 2001) yang mendapati tajuk Konsep Mol
adalah satu cabaran kepada guru dan pelajar kerana tajuk ini melibatkan banyak
6
pengiraan matematik, istilah-istilah kimia yang baru dan fakta-fakta yang abstrak yang
sukar dikuasai oleh kebanyakan pelajar terutamanya pelajar yang lemah dalam
kemahiran matematik (Gabel & Sherwood, 1984; Niaz, 1996; Reid et al., 2002; dalam
Meor Ibrahim Kamaruddin, et al., 2001).
Dalam konteks kurikulum masa kini yang berorientasikan peperiksaan, proses
P&P masih lagi berpusatkan kepada guru (Abu Hassan, 2003). Ramai guru mempercayai
pandangan bahawa pelajar tidak mempunyai sebarang idea mengenai sesuatu konsep
kimia maka mereka cendurung untuk mengamalkan P&P yang berpusatkan guru dengan
mengehadkan penglibatan aktif pelajar (Abu Hassan, 2001; Bah et al., 2002;
Mohammad Yusof et al., 2002). Pendekatan P&P yang sedia ada memberikan perhatian
dan penekanan dalam bidang kognitif aras rendah iaitu penghafalan, ingatan kembali
dan kefahaman (Gabel, 1983).
Penekanan untuk memperkembangkan kemahiran kognitif seperti mencari idea,
menganalisis, mengaplikasi, mensintesis, membuat penilaian dan menyelesaikan
masalah adalah sangat terhad (Browen & Bunce, 1997) Akibatnya, pelajar menjadi
kurang aktif, perkembangan terbatas, tidak kritis dan kreatif dalam perbincangan
walaupun mempunyai gred pencapaian yang baik dalam peperiksaan (Ali & Shaharom,
2003). Pendekatan P&P yang berpusatkan guru atau secara tradisi telah menyebabkan
pelajar baru aliran sains yang mengambil mata pelajaran kimia sering menghadapi
kesukaran dalam memahami sesuatu konsep yang abstrak.
Selain daripada kurikulum yang terlalu berorientasikan peperiksaan, satu lagi
masalah ketara yang berlaku dalam sistem pendidikan di negara kita ialah terlalu bersifat
spoon feeding. Pelajar-pelajar menerima apa-apa sahaja yang diberikan oleh
guru. Lebih-lebih lagi, oleh sebab kekangan waktu dan jumlah bilangan pelajar yang
ramai dalam sesuatu kelas, peluang untuk pelajar-pelajar berinteraksi dan berbincang
dengan guru adalah sangat terhad. Sekiranya pelajar menghadapi masalah dalam
pembelajaran, mereka terpaksa berjumpa guru berkenaan pada waktu lain. Bagi pihak
guru pula, mereka tidak dapat meluangkan masa untuk membantu pelajar-pelajar kerana
7
dibebani oleh tugas-tugas lain di sekolah. Oleh itu, guru hanya dapat memantau
kemajuan pelajar pada waktu mata pelajaran itu dijalankan sahaja.
Dalam menangani masalah kelas besar dan kesuntukan masa, kaedah pengajaran
modul merupakan salah satu penyelesaian yang sesuai (Esah Sulaiman, 2003).
Kenyataan ini disokong oleh Shaharom dan Yap (1991) yang menyatakan bahawa MPK
merupakan pilihan terbaik guru untuk kelompok pelajar yang besar. Penggunaan kaedah
modul merupakan satu pendekatan popular dalam P&P memandangkan pelajar dapat
melakukan sesuatu dengan mengikut kebolehan dan kecepatan sendiri. Selain itu,
penggunaan modul dapat membawa kepuasan kepada para pelajar dalam menangani
sesuatu, sekurang-kurangnya dapat membantu mereka untuk memenuhi keperluan
sendiri (Mohd. Faudzi, 1988). Pernyataan ini disokong oleh Sidek Mohd Noah dan
Jamaludin Ahmad (2005), yang menyatakan bahawa modul diciptakan kerana wujudnya
tahap perbezaan pencapaian pelajar dan biasanya modul mempunyai pelbagai aktiviti
bagi menarik minat pelajar. Keadaan semasa menunjukkan bahawa MPK dapat
memenuhi keperluan pelajar hari ini dengan lebih baik sama ada dari segi mutu
pembelajaran dan juga kandungan (Shaharom dan Yap, 1991).
Di Malaysia, penggunaan buku teks masih diamalkan dalam proses P&P di
sekolah. Namun, terdapat kritikan yang menyatakan bahawa buku teks yang digunakan
pada masa kini adalah terlalu ringkas dan tidak mencabar minda pelajar (Kassim Abbas,
2006). Maka langkah bijak haruslah diambil untuk menangani masalah ini. Antara
langkah penyelesaian yang sesuai untuk dilaksanakan bagi memperbaiki keadaan ini
adalah dengan menggunakan MPK yang mengambil kira perbezaan individu di kalangan
para pelajar di mana mereka boleh belajar mengikut tahap kebolehan masing-masing
yang tersendiri serta memilih cara pembelajaran yang paling sesuai untuk diri mereka
(Shaharom dan Yap, 1991).
MPK amat diperlukan bagi melancarkan pengajaran guru. Ini jelas menunjukkan
bahawa penggunaan MPK di dalam pendidikan Sains sememangnya sesuai digunakan
dalam pembelajaran pada masa kini seperti yang telah dinyatakan oleh Koh (1984)
8
bahawa keberkesanannya adalah terjamin, maka penggunaan MPK dalam pendidikan
Sains amat diperlukan untuk membantu pelajar kerana rata-rata pelajar tempatan
mempunyai tahap minda yang agak lemah dan memerlukan bahan pembelajaran
tambahan seperti MPK. Justeru itu, penggunaan MPK dalam subjek kimia adalah
digalakkan bagi membolehkan pengilbatan aktif para pelajar dalam proses P&P
berbanding dengan pengajaran berpusatkan guru.
Kesimpulannya, bagi mengatasi masalah-masalah seperti penglibatan pelajar
yang kurang aktif dalam proses pembelajaran secara tradisi yang melibatkan
pemahaman konsep kimia, saiz kelas yang besar, kesuntukan masa guru dan pelajar,
serta isi kandungan buku teks yang ringkas dan tidak menggalakkan penggunaan minda
pelajar, maka salah satu cara penyelesaian yang baik ialah dengan membina sebuah
MPK yang membolehkan para pelajar belajar mengikut masa dan kecepatan sendiri.
Justeru, pembina telah memilih untuk membina sebuah MPK bercetak bagi subjek
Kimia tingkatan empat bertajuk Konsep Mol yang menggunakan bahasa Inggeris
sebagai bahasa penghantar dan isi kandungannya bersesuaian dengan silibus subjek
Kimia tingkatan empat. Modul ini dibangunkan berdasarkan strategi pembelajaran
masteri dan bertepatan dengan kehendak pelajar tingkatan empat Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah (KBSM).
1.3 Pernyataan Masalah
Konsep Mol adalah salah satu subtopik bagi subjek kimia tingkatan empat yang
merupakan satu cabaran kepada guru dan pelajar kerana ia melibatkan banyak pengiraan
matematik, istilah-istilah kimia yang baru dan fakta-fakta yang abstrak yang sukar
dikuasai oleh kebanyakan pelajar terutamanya pelajar yang lemah dalam kemahiran
matematik (Gabel & Sherwood, 1984; Niaz, 1996; Reid et al., 2002; dalam Meor
Ibrahim Kamaruddin, et al., 2001). Selain itu, Konsep Mol juga merupakan subtopik
yang menjadi asas bagi tajuk-tajuk berikutnya dalam subjek Kimia, misalnya unsur
9
jadual berkala, ikatan kimia, elektokimia, asid dan bes, dan garam. Namun, menurut
pemerhatian dan pencarian pembina, tidak terdapat satu MPK bercetak yang khas untuk
tajuk tersebut. Bagi memenuhi keperluan ini, MPK yang khas untuk subtopik tersebut
perlu dibangunkan. Oleh yang demikian, pembina telah memilih untuk membina sebuah
MPK bercetak bagi subjek Kimia tingkatan empat bertajuk Konsep Mol berasaskan
strategi pembelajaran masteri. MPK bercetak ini bersesuaian dengan kehendak dan
keperluan pelajar serta bertepatan dengan silibus bagi subjek Kimia tingkatan empat
KBSM.
1.4 Objektif Kajian
Objektif bagi kajian ini ialah membangunkan sebuah MPK bercetak bertajuk
Konsep Mol bagi subjek Kimia tingkatan empat KBSM yang mempunyai ciri-ciri seperti
yang berikut:
i. berasaskan strategi pembelajaran masteri.
ii. mempunyai reka bentuk maklumat yang menepati silibus KPM
iii. mempunyai persembahan visual yang menarik
iv. menggunakan medium bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
v. mengandungi unsur motivasi.
vi. bersifat mesra pengguna
1.5 Kepentingan / Rasional Kajian
Penggunaan MPK sememangnya diperlukan pada dewasa ini bukan hanya
sekadar melancarkan pengajaran guru malah membolehkan pelajar membuat latihan
mengikut tahap kebolehan masing-masing serta merangsang minda dan semangat pelajar