97
TAJUK 6: PENGURUSAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN K AUNSELING (2 Kredit,30 jam) SINOPSIS: Pengenalan menyeluruh mengenai pengurusan perkhidmatan bimbingan dankaunseling yang menekankan kepada perkembangan pelajar,perancangan dan Penilaian Program Bimbingan dan Kaunseling sebagai dasar pengurusan dan pentadbiran di sekolah rendah. OBJEKTIF: Di akhir komponen ini pelajar akan dapat: 1. Mengenalpasti jenis-jenis pengurusan dalam Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. 2. Merancang dan melaksanakan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling 3. Menilai keberkesanan program Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. 4. Mengendalikan penyelidikan dalam Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. TAJUK DAN PERUNTUKAN MASA 1. Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling a. Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling ( 3 Jam) i. Penubuhan jawatankuasa ii. Penyediaan kertas verja (termasuk anggaran perbelanjaan) iii. Penyediaan bilik Bimbingan dan Kaunseling iv. Penyediaan laporan Kaunseling Individu Kaunseling kelompok Aktiviti Bimbingan 2. Jenis dan Peranan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling a. Inventori Individu dan Rekod ( 2 jam) i. Mengenalpasti keperluan murid: I. Ujian psikologi 1

Modul Pengurusan Bk

  • Upload
    fia-era

  • View
    290

  • Download
    11

Embed Size (px)

DESCRIPTION

BIMBINGAN DAN KAUSELING

Citation preview

Page 1: Modul Pengurusan Bk

TAJUK 6: PENGURUSAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN K AUNSELING (2 Kredit,30 jam)

SINOPSIS:

Pengenalan menyeluruh mengenai pengurusan perkhidmatan bimbingan dankaunseling yang menekankan kepada perkembangan pelajar,perancangan dan Penilaian Program Bimbingan dan Kaunseling sebagai dasar pengurusan dan pentadbiran di sekolah rendah.

OBJEKTIF:Di akhir komponen ini pelajar akan dapat:

1. Mengenalpasti jenis-jenis pengurusan dalam Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.

2. Merancang dan melaksanakan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling3. Menilai keberkesanan program Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.4. Mengendalikan penyelidikan dalam Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.

TAJUK DAN PERUNTUKAN MASA1. Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

a. Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling ( 3 Jam)i. Penubuhan jawatankuasaii. Penyediaan kertas verja (termasuk anggaran perbelanjaan)iii. Penyediaan bilik Bimbingan dan Kaunselingiv. Penyediaan laporan

Kaunseling Individu Kaunseling kelompok Aktiviti Bimbingan

2. Jenis dan Peranan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunselinga. Inventori Individu dan Rekod ( 2 jam)

i. Mengenalpasti keperluan murid:I. Ujian psikologi

Ujian Minat Kerjaya Ujian Personaliti Senarai Semak Money

ii. Pemerhatianiii. Temudugaiv. Sosiometriv. Soal selidikvi. Rekod profilvii. Rekod prestasiviii. Rekod Anekdotix. Rekod maklumat murid

1

Page 2: Modul Pengurusan Bk

b. Perkhidmatan Pengumpulan dan Penyebaran Maklumat (1 jam)

i. Jenis-jenis dan kategori maklumatii. Sumber maklumatiii. Kaedah mengumpul maklumativ. Strategi penyebaran maklumat

c. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling ( 2 jam)i. Bimbingan

a. Individub. Kelompok

ii. Kaunselinga. Individub. Kelompok

iii. Kategori masalaha murida. Peribadib. Sosialc. Akademikd. Kerjaya.

iv. Perkhidmatan Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah (2 jam)

1. Penyebaran mallumat bahaya penyalahgunaan dadaha. Pameranb. Ceramahc. Kempend. Perhimpunane. Lawatanf. Perkhemahang. Merentas kurikulumh. Ujian dadah

v. Konsultasi dan Rujukan ( 1 jam)

1.Peraturan dan prosedur memberi perkhidmatan mengikut Pekeliling Kementerian Pendidikan Malaysia.2. Sumber rujukan:

a. Pakarb. Institusi

vi.Perkhidmatan Konferens dengan ahli keluarga /Penjaga (2 jam)

1. Keperluan konferens2. Prosedur3. Kemahiran Komunikasi4.Kepelbagaian budaya

vii. Sistem fail,rekod dan dokumentasi ( 2 jam)1. Jenis-jenis fail2. Sistem menyimpan fail

2

Page 3: Modul Pengurusan Bk

3. Mendokumentasi aktiviti

3. Penilaian Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling ( 4 jam)

i. Jenis-jenis penilaianii. Kaedah penilaianiii. Membuat laporan

4. Perancangan Program Bimbingan dan Kaunseling a. Perancangan Program Bimbingan dan Kaunseling (8 jam)

i. Analisis dan Penilaian keperluan murid ( 2 jam)ii. Perancangan Program Bimbingan dan Kaunseling ( 3 jam)

Perancangan tahunan Perancangan mingguan Perancangan haraian

b. Latihan menyediakan Perancangan Program Tahunan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah ( 3 jam)

5. Penyelidikan dalam Bimbingan dan Kaunseling.i. Difinisi Penyelidikanii. Tujuan Penyelidikaniii. Penyelidikan Tindakan.

3

Page 4: Modul Pengurusan Bk

BAB 1LATARBELAKANG PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING.(3jam)

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling mula diperkenalkan di dalam sistem persekolahan pada tahun 1960an.Perkhidmatan ini lebih menitik beratkan bimbingan kerjaya dan pelajaran. Untuk memberi perkhidmatan bimbingan kerjaya dan pelajaran di sekolah-sekolah, kursus pendedahan selama seminggu diadakan dari masa ke semasa oleh Bahagian Sekolah untuk guru-guru yang menjalankan tugas-tugas bimbingan.

Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) menegaskan tentang pentingnya perkhidmatan bimbingan dipertingkatkan lagi di sekolah-sekolah seperti dinyatakan dalam Perakuan 79.

Adalah diperakukan Perkhidmatan Panduan Pelajaran dan Kerjaya di sekolah hendaklah dengan sepenuhnya.Perkhidmatan ini hendaklah menitikberatkan kegiatan-kegiatan dan tidak semata-mata kegiatan panduan kerjaya sahaja.

Kementerian Pendidikan telah berusaha Sejas tahun 1969 lagi untuk memberi latihan kepada guru-guru yang menjalankan kegiatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah mereka.Beberapa jenis kursus telah diperkenalkan, antaranya ialah:

Mulai tahun 1969 guru-guru bimbingan diberi peluang menghadiri kursus pendedahan bimbingan dan kaunseling anjuran Kementerian Pendidikan selama seminggu dalam masa cuti penggal persekolahan.Kursus ini dijalankan sehingga tahun 1982.

Mulai tahun 1980 Institut Perguruan Ilmu Khas memperkenalkan kursus khas selama setahun bagi guru-guru bimbingan untuk mendapatkan Sijil Perguruan Khas Bimbingan dan Kaunseling.

Mulai tahun 1980 Universiti Kebangsaan Malaysia memperkenalkan kursus Diploma Kaunseling selama dua semestre bagi guru-guru bimbingan yang berijazah.

Mulai tahun 1982 Universiti Pertanian Malaysia mula memperkenalkan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling ) selama 4 tahun.Keutamaan diberi kepada guru-guru yang mempunyai Sijil Perguruan Khas Bimbingan dan Kaunseling serta berpengalaman mengajar selama 5 tahun.

Mulai tahun 1982 juga,Bahagian Pendidikan Guru mula memperkenalkan Kursus Dalam Cuti (KDC) bagi guru-guru bimbingan selama 7 atau 8 minggu semasa cuti penggal persekolahan. Beberapa pusat KDC telah diwujudkan bagi menjayakan rancangan tersebut.

Mulai tahun 1984, Institut Perguruan Ilmu Khas mula memperkenalkan kursus khas selama 6 bulan bagi guru-guru bimbingan yang sudah menghadiri kursus KDC dan lupus pangkat cemerlang untuk mendapatkan Sijil Perguruan Khas Bimbingan dan Kaunseling.

4

Page 5: Modul Pengurusan Bk

Mulai tahun 1987, Institut Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim memulakanKursus Diploma Bimbingan dan Kaunseling selama setahun bagi guru-guru bukan siswazah.

Mulai tahun 1988, Kursus Kejurulatihan Program Pembimbing Rakan Sebaya dimulakan oleh Institut Aminuddin Baki,Genting Hinglands. Kursus ini selama tiga bulan termasuk praktikum.

Mulai tahun 1989 kursus Perguruan Khas Bimbingan dan Kaunseling, Institut Perguruan Ilmu Khas, Cheras, Kuala Lumpur dipindahkan ke Institut Perguruan darul Aman,Jitra, Kedah.

Mulai tahun 1996, Universiti Putra Malaysia mengadakan program Pengajian Jarak Jaun (PJJ) kepada guru-guru dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling.

Mulai bulan Ogos 1996, Kumpulan pertama guru-guru yang mempunyai ijazah, diploma dan sijil dalam bidang bimbingan dan kaunseling dilantik sebagai kaunselor pelajar sepenuh masa di sekolah-sekolah menengah seluruh negara.

Mulai tahun 2001,Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Institut Aminuddin Baki telah mengendalikan Kursus Diploma Perguruan Bimbingan dan Kaunseling selama 6 bulan. Ia bertujuan untuk menampung kekurangan kaunselor pelajar sepenuh masa di sekolah menengah.

Pada tahun 2001, Kementerian Pendidikan Malaysia telah meluluskan perjawatan guru bimbingan dan kaunseling berdasarkan bilangan pelajar.

Bil . Pelajar Bilangan Guru Bimbingan dan Kaunseling500 1

501-1000 21001-1500 31501-2000 42001-2500 52501-3000 6

Pada Oktober 2001,Bahagian Pendidkan Guru dengan kerjasama maktab-maktab perguruan seluruh negara telah menjalankan kursus 14 minggu bimbingan dan kaunseling kepada guru-guru sekolah rendah. Ia bertujuan untuk dilantik sebagai guru bimbingan sepenuh masa di sekolah rendah.

Pada September 2002,kumpulan pertama guru-guru sekolah rendah telah dilantik sebagaiguru bimbingan sepenuh masa.

5

Page 6: Modul Pengurusan Bk

RASIONAL,OBJEKTIF DAN PRINSIP BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Rasional.

1) Usaha-usaha pencegahan peringkat awal persekolahan dapat membantu mengatasi gejala sosial diperingkat remaja. Oleh itu mengenalpasti masalah di peringkat awal dan mencegahnya begitu perlu daripada berlarutan hingga ke sekolah menengah.

2) Kepentingan sekolah rendah sebagai asas pembentukan masa depan murid dari segi akademik, kerjaya, psikososial dan pembangunan rohani.

3) Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sepenuh masa dapat memberi ruang kepada murid untuk mengenali dan membangunkandiri sendiri.

4) Cabaran masa kini mendesak perkhidmatan bimbingandan kaunseling yang berkualiti,sistematik dan efisen.

Objektif

1) Merancang, menyelaras, melaksanakan, mengawal danmenilai perkhidmatan dan aktiviti bimbingandan kaunseling ke arah mencapai hasrat Falsafah Pendidkan Kebangsaan.

2) Memberi khidmat kesuburan dan pengayaan meliputi semua aspek perkembangan diri pelajar dengan menyediakan peluang, kemudahan dan pengalaman yang selaras dengan kemampuan dan potensi pelajar.

3) Memberikan khidmat pencegahan iaitu menghindarkan pelajar daripada terlibat dalam perbuatan salah laku seperti tingkah laku tidak berdisiplin, penggunaan dadah, merokok, laku musnah, peras ugut, menyertai prtubuhan haram dan perbuatan anti sosial yang lain.

4) Memberi khidmat bersifat pemulihan dengan tujuan mengorientasikan semula pelajar yang bermasalah supaya mereka mampu menghadapi dan mengatasi masalah sendiri.

5) Memberi khidmat kaunseling krisisi kepada pelajar yang memerlukan.6) Memberikan perkhidmatan ke arah membangun dan memajukan sekolah dari

segi akademik, sahsiah dan kokurikulum.7) Menyediakan perkhidmatan dari segi akademik, psikososial dan kesejahteraan

mental, kerjaya, keibubapaan dan pembangunan murid kepada semua murid.

Prinsip

1) Bimbingan dan Kaunseling adalah proses pendidikan yang terancang dan berterusan .Pelajar dididik atau dibimbing untuk mendapat dan mempelajari pengalaman, nilai, sikap, perlakuan dan kemahiran yang sesuai dengan kehendak masyarakata majmuk di Malaysia.

2) Bimbingan dan Kaunseling adalah untuk semua pelajar. Tiap-tiap pelajar memeprolhi peluang bagi mendapat pertolongan tanpa mengira latar belakang kaum, agama atau kepercayaaan.

3) Semua pelajar mempunyai hak untuk mendapatkan pertolongan apabila mereka memerlukannya. Pada ketika tertentu seorang pelajar mungkin memerlukan pertolongan, sokongan dan bimbingan dalam proses perkembangan dirinya.

6

Page 7: Modul Pengurusan Bk

4) Bimbingan dan Kaunseling adalah untuk melayan keperluan pelajar bagi perkembangan potensi dan kebolehan mereka. Program bimbingan dan kaunseling adalah untuk melayan keperluan individu supaya berkembang dengan kadar optimum mengikut tahap perkembangan dirinya.

5) Bimbingan dan Kaunseling adalah untuk menolong pelajar memahami dirinya dan orang lain dengan mendalam, menjelajah tujuan-tujuan hidupnya dan menolong memilih serta merancang hidunpnya dengan berkesan.

6) Bimbingan dan Kaunseling berorientasikan masa sekarang dan masa depan. Usaha-usaha bimbingan dan kaunseling ialah untuk menjadikan pelajar itu lebih tegas diri, pandai menyesuaikan diri dan memahami implikasi tindakan-tindakannya sekurang-kurangnya digunakan dalam jangka masa panjang.

7) Bimbingan dan Kaunseling menolong individu menyedari kelemahan dan memberi fokus kepada kekuatannya.Dalam bimbingan dan kaunseling fokus adalah pada memperkukuhkan lagi kekuatanyang ada padanya melalui aktiviti-aktiviti perkembangan dan pencegahan.

8) Bimbingan dan kaunseling adalah tanggungjawab bersama. Dalam melaksanakan prolgram dan aktiviti bimbingan dan kaunseling, semua pihak di sekolah iaitu pentadbir, guru bimbingan dan kaunseling, guru-guru alain, ibu bapa dan pelajar patut bekerjasama dan saling berunding antara satu sengan lain.

9) Bimbingan dan kaunseling memerlukan pemahaman yang mendalam dan meyeluruh mengenai pelajar. Segala maklumat mengenai pelajar adalah perlu uantukmembolehkan guru bimbingan dan kaunseling memahami pelajar secara menyeluruh supaya dapat memberi bimbingan dan kaunseling yang berkesan.

10) Setia individu berbeza dalam gaya, ketangkasan dan doroangan utnuk relajar. Secara amnya cara belajar seseorang itu berbeza mengikut:10.1 Orientasi Deria

Melalui dria sentuhan, penghiduapan, penglihatan, pendengaran dan rasa.

10.2 Gerak Balas (Response)Ada individu lebih selesa belajar secara bersendirian, dalam kelompok atau melalui pemerhatian sahaja.

10.3 Corak PemikiranCara individu mengumpul dan memperoses maklumatuntuk mencapai tujuan tertentu.

11) Pembentukan individu dipengaruhi oleh keseluruhan pengalaman dalam alam persekitarannya. Misalnya seorang pelajar yang dibesarkan di luar bandar, akan dapat dikesan sebagai berasal dari luar bandar, demikian juga sebaliknya. Oleh itu, bimbingan dan kaunseling boleh merupakan intervensi untuk mengurangkan perbezaan, tetapi ini bergantung kepada nilai, jangka masa dan di peringkat mana khidmat itu dimulakan. an kaunseling dijalankan supaya individu berkemampuan untuk mempuat penyesuaian diri.

12) Bimbingan dan kaunseling adalah untuk pengetahuan dan kesepaduan psikofizikal pelajar. Ini bermakna pelajar tidak boleh dilihat sebagai hanya manusia kognitif. Ia harus dilihat sebagai individu yang mempunyai perasaan, sikap, mental dan rohani. Sebarang aktiviti dan program bimbingan adalah untuk mewujudkan kesepaduan diri.

13) Bimbingan dan Kaunseling hendaklah dijalankan berdasarkan etika kaunseling. Mematuhi etika adalah untuk tujuan memelihara kebajikan pelajar.

7

Page 8: Modul Pengurusan Bk

KOD ETIKA GURU BIMBINGAN DAN KAUSELING

1) Kod Etika ini bertujuan untuk menyediakan satu garis panduan bagi kaunselor dan juga menjadi asas dalam menyelesaikan isu etika yang timbul dari dianggap menyeleweng daripada piawaian perlakuan kaunselor. Kod Etika ini menggariskan piawaian perlakuan dalam menjalin perhubungan profesional dengan klien, rakan-rakan kaunselor, majikan, individu dan profesion lain serta masyarakat keseluruhannya. Ia juga merangkumi etika perlakuan yang piawai mengenai tatalaku yang sesuai dengan kedudukan dan identiti sebagai seorang kaunselor.

2) Kod Etika ini berasaskan kepada nilai-nilai utama perkhidmatan kaunseling dan memberi penekanan terhadap penghargaan kendiri, dignitif dan keunikan individu termasuk hak-hak dan peluang-peluang mereka. Ia juga berasaskan kepada profesion kaunseling itu sendiri yang mengutamakan nilai-nilai murni.

3) Apabila menghadapi situasi yang memerlukan intervensi, kaunselor hendaklah menunaikan tanggungjawab etika dengan memberi pertimbangan berasakan kepada ke semua prinsip yang terkandung dalam Kod Etika.

4) Kod Etika ini tidak menggariskan semua peraturan mengenai perlakukan kaunselor dalam menghadapi keadaan yang begitu kompleks dalam melaksanakan tanggungjawabnya.

5) Kod Etika ini tidak seharusnya digunakan sebagai instrumen untuk menyekat peluang dan kebebasan kaunselor dalam mengamalkan khidmat kaunseling. Ia juga tidak harus digunakan untuk mengenakan tindakan disiplin kepada kaunselor tanpa diberi hak perlindungan dan kadilan yang maksima.

SKOP KAUNSELING

1) Perkhidmatan Kaunseling ialah perkhidmatan yang memberi peluang kepada klien untuk berkembang ke arah kehidupan yang lebih bahagia dan bermakna.Ia merangkumi usaha kerja dengan individu atau kumpulan. Objektif perhubungan kaunseling berbeza mengikut klien.

2) Skop perkhidmatan kaunseling meliputi isu-isu perkembangan analisis dan penyelesaikan masalah, membuat keputusan, mengangani krisis,mengembangkan persefahaman kendiri, meningkatkan ketahanan emosi semasa menghadapi konflik dalaman atau memperbaiki dan mempertingkatkan hubungan interaksi dengan individu lain.

3) Kaunselor berperanan sebagai fasilitator kepada klien dalam menangani isu dan masalah yang dihadapi dengan menghormati mertabat diri, nilai dan keupayaannnya.

8

Page 9: Modul Pengurusan Bk

KOD TATALAKU

1) Kaunselor hendaklah mejaga tatalakunya demi memelihara piawaian dan identiti sebagai seorang kaunselor dan intergriti profesion kaunseling.

2) Kaunselor hendaklah sentiasa berusaha meilai dan meningkatkan pengetahuan, kecekapan dankemahieran dalam bidang profesionnya.

3) Kaunselor hendaklah menjalan tuganya dengan penuh tanggungjawab, objektif dan jujur selaras dengan profesion kaunseling.

4) Kaunselor mestilah diawasi serta dinilai tugas kaunselingnya oleh penyelia profesional melalui penyeliaan lazim (regular supervision) dan sokongan perungdingan (consultative support).

A. TA NGGUNGJAWAB KAUNSELOR TERHADAP KLIEN.

1) Kaunselor bertanggungjawab untuk mengutamakan kepentingan klien, sama ada klien individu atau kelompok.

2) Kaunselor hendaklah menghormati privasi klien dan merahsiakan segala maklmat yang diperolhi semasa kaunseling melainkan maklumat yang akan membahayakan klien atau orang-orang di persekitarannya.

3) Kaunselor hendaklah memahami dan menghormati latar belakang sosio-budaya klien.

4) Semasa menjalankan sesi kaunseling, kaunselor hendaklah memelihara kesejahteraan fizikal dan psikologi klien dan tidak memperalatkan klien untuk kepentingan diri sendiri sama ada dari aspek kewangan, seksual, emosi dan sebagainya.

5) Kaunselor hendaklah membimbing klien ke arah pembentukan sikap bertanggungjawab terhadap tingkah lakunya. Kaunselor juga perlu menghormati keputusan atau penentuan kendiri yang dibuat oleh klien.

6) Kaunselor hendaklah berkhidmat dengan penuh dedikasi, ikhlas ,jujur dan membuktikan kemahiran serta kecekapan profesionalismenya.

7) Kaunselor tidak boleh mengamalkan, mempersetujui atau menggalakkan diskriminasi berasaskan ras, jantina, agama, status ideologi, kecacatan fizikal, mental atau diskriminasi dalam bentuk apa sekali pun.

8) Kaunselor hendaklah menjelaskan kepada klien mengenai keperluan, proses dan implikasi perkhidmatan kaunseling.

9) Kaunselor hendaklah mencapai persetujuan dengan kliennya di peringkat awal sesi kaunseling mengenai balasan unsur kerahsiaan.

10) Persetujuan antara kaunselor dan klien mengenai kerahsiaan boleh disemak semula dan diubah dengan persetujuan bersama.

11) Dalam kes yang jelas terbukti bahawa klien atau orang lain berada dalam keadaan bahaya, kaunselor hendaklah menggunakan budi bicaranya untk menjaga kepentingan klien dan orang lain yang terlibat.

12) Kaunselor tidak digalakkan memberi perkhidmatan kaunseling kepada saudara mara, kawan karib atau sesiapa yang mempunyai hubungan intim dengannya atau mempunyai hubungan dengan pihak pentadbiran yang membuat penilaian.

13) Kaunselor tidak boleh menghalang klien yang hendak menamatkan sesi kaunseling atau ingin bertukar kepada kaunselor yang lain.

14) Kaunselor hendaklah memastikan bahawa kliennya tidak menjalani kaunseling dengan kaunselor yang lain pada masa yang sama.

9

Page 10: Modul Pengurusan Bk

15) Sekiranya mengikut pertimbangan kaunselor, klien memerlukan perkhidmatan luar daripada bidang kepakarannya kaunselor hendaklah merujuk klien tersebut kepada pihak yang berkenaan.

16) Kaunselor hendaklah menyediakan tempat yangselesa dan private untuk sesi kaunseling .Klien tidak seharusnya diperhatikan oleh orang luar melainkan dengan kebenarannya, termasuk juga sesi kaunselingyang dirakam atau dipita videokan.

B.TANGGUNGJAWAB KAUNSELOR TERHADAP RAKAN PROFESIONAL

1) Kaunselor hendaklah saling berusaha meningkatkan tahap kecekapan profesionalnya.2) Kaunselor hendaklah menunjukkan sikap menghormati, adil dan terbuka

terhadap rakan profesionalnya.3) Kaunselor bertanggungjawab untuk mencegah, mendedahkan serta

memperbetulkan perlakuan rakan kaunselor yang tidak beretika.4) Kaunselor hendaklah bersedia untuk mempertahankan,membantu serta

membela rakan kaunselor yang teraniaya akibat tudauhan dan tomahan perlakuan yang tidak beretika.

C.TANGGUNGJAWAB KAUNSELOR TERHADAP MASYARAKAT.

1) Kaunselor hendaklah memahami dan menghormati unsur sosio-budaya masyarakat di mana dia berkhidmat.

2) Kaunselor hendaklah mematuhi undang-undang negara dan melaksanakan tugasannya berlandaskan undang-undang tersebut.

D) TANGGUNGJAWAB TERHADAP ORGANISASI DAN MAJIKAN

1) Kaunselor hendaklah mematuhi persetujuan komitmen yang ditandatangani dengan organisasi tempat dia berkhidmat.

2) Kaunselor hendaklah berusaha untuk mengikuti polisi dan prosedur serta meningkatkan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan organisasinya.

3) Kaunselor hendaklah bertindak untuk mencegah berlakunya diskriminasi dalam organisasi dan dalam perlaksanaan polisi amalan pekerjaan.

4) Kaunselor tidak boleh menyalahgunakan kemudahan dan sumber organisasinya.

5) Kaunselor hendaklah menjelaskan bidang kepakaran dan tahap kecekapan profesionalnya.

6) Kaunselor hendaklah mewujudkan hubungan interpersonal dan persetujuan kerja dengan penyelia dan stafnya mengenai khidmat kaunseling khususnya mengenal unsur kerahsiaan, perbezaan antara fakta umum atau peribadi, beban kerja dan akauntibiliti.

7) Kaunselor hendaklah memberitahu kepada pihak majikan tentang keadaan yang boleh menyebabkan konflik yang merosakkan atau menyekat keberkesanan perkhidmatannya.

8) Kaunselor hendaklah membenarkan dirinya dinilai secara profesional dari masa ke masa.

9) Kaunselor hendaklah bersama-sama bertanggungjawab ke atas peningkatan kerjaya untuk dirinya dan stafnya.

10

Page 11: Modul Pengurusan Bk

E) TANGGUNGJAWAB PENTADBIR (PENGETUA/GURU BESAR)

1) Terhadap Bimbingan dan Kaunseling.

1.1 Memberi taklimat, penerangan dan bimbingan berkaitan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah, khususnya kepada guru bimbingan dan kaunseling yang baru dilantik.

1.2 Berbincang mengenai budaza sekolah, visi dan misi sekolah serta keperluan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang mampu memenuhi kecemerlangan sekolah keseluruhannya.

1.3 Berbincang dari semasa ke semasa berhubung senarai tugas, bidang tugas danprogram yang hendak dijalankan.

1.4 Membantu dalam proses pembentukan konsep kendiri, keyakinan diri, personaliti dan penampilan diri guru bimbingan dan kaunseling.

1.5 Memantau dan menilai kemampuan dan penampilan guru bimbingan dan kaunseling dari pandang semua pihak dari semasa ke semasa dan berusaha meningkatakannya.

1.6 Memastikan guru bimbingan dan kaunseling menjalankan perkhidmatannya berasaskan Buku Panduan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Sekolah-sekolah.

1.7 Melaporkan segera pergerakan guru bimbingan dan kaunseling ke Jabatan Pendidikan berdasarkan borang pelaporan yang diberikan.(Rujuk Borang Pelaporan Pergerakan)

1.8 Memastikan guru bimbingan dan Kaunseling tidak diberi jadual waktu mengajar dan tugas lain yang boleh menjelaskan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling, seperti Penyelaras Kokurikulum, Ketua Jurulatih Permainanan, Ketua Penasihat Kelab, Guru Biasiswa, dan kerja-kerja perkeranian yang lain.

1.9 Membantu peningkatan tahap profesionalisme guru bimbingan dan kaunseling.

1.10 Menggalakkan guru bimbingan dan kaunseling menjalankan kajian bagi mengenalpasti keperluan perkhidmatan, punca masalah, strategi kecemerlangan dan data-data terkini mengenai sesuatu kes.

1.11 Bagi sekolah yang mempunyai lebih dari seorang guru bimbingan dan kaunseling, pihak pentadbiran hendaklah mengagihkan tugas-tugas tersebut di antara mereka.

2) Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

2.1 Membantu dan bekerjasama dalam usaha awal perkhidmatan bimbingan dan kaunseling seperti penubuhan jawatankuasa, pemilikan bilik, kemudahan perkhidmatan lain dan perancangan program.2.2. Memantau buku rekod perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekurang- kurangnya sekali seminggu, seperti guru akademik lain.2.3 Membantu usaha mewujudkan sebuah bilik bimbingan dan kaunseling yang kondusif,strategik, teraputik dan memenuhi kualaiti Jabatan Pendidikan.2.4 Memantau perkhidmatan bimbingan dan kaunseling secara keseluruhannya berdasarkan penilaian Anugerah Terbilang, sekurang-kurangnya dua kali setahun iaitu bulan Jun dan November.

11

Page 12: Modul Pengurusan Bk

2.5 Memberikan sokongan,kerjasama dan bantuan untuk menjalankan aktiviti, program dan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.2.6 Memastikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dijalankan secara optimum dan menyeluruh, serta dapat menyumbang ke arah kesejahteraan dan kecemerlangan sekolah.2.7 Memastikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dijalankan berdasarkan senarai tugas, bidang tugas dan tidak melanggar Kod Etika Kaunseling Sekolah.2.8 Memastikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dijalankan berdasarkan Buku Panduan Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Sekolah-sekolah.

PENGUKURAN DAN PENILAIAN

1)Kaunselor hendaklah memberi penerangan yang lengkap mengai ujian supaya keputusan ujian itu dapat diterima oleh klien dalam perspektif yang betul.2)Kaunselor hendaklah berhati-hati dari segi penggunaan ujian. Ujian yang digunakan hendaklah berdasarkan kepada kelayakan dan kemahirannya dari segi pentadbiran dan interpretasi keputusan ujian dan tujuan. Kegunan keputusan ujian hendaklah diberitahu kepada klien sebelum ujian diberi melainkan dalam kes di mana pengecualian hak yang eksplisit telah dipersetujui terlebih dahulu.3)Kaunselor hendaklah memberi keterangan yang tepata apabila taklimat tentang ujian dan pengukuran kepada orang awam.4)Kaunselor hendaklah mengawasi supaya keputusan ujian tidak disalahfaham atau disalahgunakan.

12

Page 13: Modul Pengurusan Bk

PENDEKATAN BIMBINGAN DAN KAUSELINGI. Pendekatan Bimbingan dan Kaunseling boleh dibahagikan kepada 4

pendekatan berikut:

a. Pendekatan Krisisb. Pendekatan Pemulihanc. Pendekatan Pencegahand. Pendekatan Perkembangan

a. Pendekatan KrisisPendekataan ini mengendalikan kes krisis yang timbul secara mendadak dan memerlukan perhatian serta tindakan segera dari guru bimbingan dan pihak pentadbir sekolah.Misalnya pelajar yang bergaduh di sekolah,mengalami histeria, menangis dengan tiba-tiba, cuba membunuh diri,menggunakan dadah ataau yang sedang mengalami peristiwa cemas seperti kematian anggota keluarga, perceraian ibu bapa atau penderaan.

b. Pendekatan Pemulihan.Pendekatan ini memberikan fokus kepada keluarga atau masalah yang dapat dikenal pasti dari masa ke semasa. Langkah mengatasi dijalankan dengan harapan pelajar mengubah perlakuan untuk mengelakkan berlakunya peristiwa krisis. Misalnya pelajar ponteng sekolah, merokok,melawan guru atau berkelahi. Mereka dikumpulkan untuk mengikuti sesi kaunseling kelompok atau menghadiri sesi kaunseling individu.

c.Pendekatan PencegahanPendekatan ini berasaskan andaian bahawa satu-satu masalah itu mungkin timbul dan sebelum masalah itu meruncing, usaha dijalankan untuk menghalangnya. Misalnya, kempen dan pendidikan pencegahan penggunaan dadah, kempen anti merokok,kempen dan pendidikan pencegahan AIDS.

d.Pendekatan PerkembanganPendekatan ini merupakan satu usaha untuk mengenal pasti keperluan pelajar di alam persekolahan supaya mereka dilengkapi dengan pengetahuan, kemahiran, pengalaman serta akhlak yang mulia. Tugas dan perlakuan pembelajaran dikenal pasti dan dijelaskan kepada pelajar.Kemudian aktiviti bimbingan dirancang untuk melengkapi kurikulum akademik.Pelajar diberi peluang untuk belajar mengenali diri mereka dan orang lain sebelum timbul masalah dalam hidup mereka. Misalnya taklimat persediaan menghadapi peperiksaan, teknik menjawab soalan peperiksaan,ceramah motivasi dan kem jaya diri.

13

Page 14: Modul Pengurusan Bk

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN.

Pengenalan

Pengurusan dan pentadbiran aspek penting dalam sesuatu organisasi atau unit.Ia menentukan kecekapan, kelancaran dan keberkesanan sesuatu perkhidmatan yang diberikan. Tanpa pengurusan dan pentadbiran yang cekap, perkhidmatan tidak dapat dimanfaatkan secara optimum dan keberkesanan sukar dibuktikan.

Organisasi Sekolah

Organisasi unit Bimbingan dan Kaunseling merupakan tunggak utama penggerak dan penentu perkhidmatan. Ia jelas meletakkan guru bimbingan dan kaunseling di bawah Pengetua atau Guru Besar, tetapi di bawah barisan guru-guru penolong kanan yang lain. Kelulusan, kebenaran, peruntukan dan segala keputusan penting adalah di tangan Pengetua atau Guru Besar. Semua aktiviti,program dan perkhidmatan yang hendak dilaksanakan mestilah mendapat kebenaran dari Pengetua atau Guru Besar.Namun begitu program yang melibat bidang tugas guru penolong kanan akademik, mestilah melalui Penolong Kanan Hal Ehwal murid. Kerjasama dari guru-guru penolong kanan sangat penting bagi mematikan perkhidmatan yang diberikan berjalan lancar dan memberi impak positif terhadap sasaran.

Organisasi Unit

Setiap unit mestilah mempunyai anggotanya, begitu juga unit bimbingan dan kaunseling. Pengetua atau Guru Besar merupakan pengerusi organisasi unit, dianggotai oleh guru-guru penolong kanan dan guru bimbingan kaunseling sebagai setiausaha. Ahli jawatankuasa unit ini merupakan personel yang terlibat secara langsung dengan senarai dan bidang tugas perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.Ini bertujuan agar perancangan aktiviti merangkumi semua aspek pembangunan murid, menggunakan kepakaran sedia ada bagi menjalankan perkhidmatan dan mewujudkan pasukan kerja yang mantap dan telus.

Ahli Jawatankuasa

Ahli jawatankuasa boleh dibahagikan kepada sepuluh bidang. Di antaranya bidang akademik, kerja, keibubapaan, psikososial kesejahteraan mental, pendidikan pencegahan dadah, inhalan dan rokok, pembimbing rakan sebaya (PRS), pembangunan murid, penerbitan dan kajian, pendidikan pencegahan HIV/AIDS, kelab bimbingan dan kerjaya atau kelab kerjaya.

14

Page 15: Modul Pengurusan Bk

ASAS CARTA ORGANISASI SEKOLAH.

PENGETUA / GURU BESAR

KELOMPOK /BILIK

MESYUARATELAB BIMBINGAN DAN KAUNSELING

GURU PENOLONG KANAN HAL

EHWAL MURID

GURU PENOLONG KANAN

KOKURIKULUM

PENYELIA PETANG

GURU BIMBINGAN DAN

KAUNSELING

15

Page 16: Modul Pengurusan Bk

CARTA ORGANISASI UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING RENDAH

GURU BESAR

GURU PENOLONG KANAN 1

GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID

GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

PENYELIA PETANG

GURU BIMBINGAN 1

16

GURU PENDIDIKAN ISLAM

KETUA (WARDEN)

GURU PENYELARAS KOKURIKULUM

GURU PENYELARAS TAHUN 2

GURU PENYELARAS TAHUN 4

GURU PENYELARAS TAHUN 6

KETUA GURU DISIPLIN

GURU BIASISWA/KEBAJIKAN

GURU PENYELARAS TAHUN 1

GURU PENYELARAS TAHUN 3

GURU PENYELARAS TAHUN 5

GURU PRA SEKOLAH

AHLI JAWATANKUASA

GURU AUDIT SEKOLAH

BENDAHARI

NAIB-NAIB PENGERUSI

PENOLONG SETIAUSAHA

SETIAUSAHA

GURU BIMBINGAN 2

TIMBALAN PENGERUSI

PENGERUSI

Page 17: Modul Pengurusan Bk

JAWATANKUASA UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

UNIT BIMBINGAN DAN

KAUNSELING

AKADEMIK KERJAYA KEIBUBAPAANPSIKOSOSIAL

KESEJAHTERAAN MENTAL

PENDIDIKAN PENCEGAHAN

DADAH/ROKOK

PEMBIMBING RAKAN SEBAYA

KELAB BIMBINGAN DAN

KAUNSELING

PENDIDIKAN PENCEGAHAN

HIV/AIDS(PROSTAR)

PENERBITAN DAN KAJIAN

PEMBANGUNAN MURID

17

Page 18: Modul Pengurusan Bk

SENARAI DAN BIDANG TUGAS

Pengenalan

Terdapat 20 senarai tugas guru bimbingan dan kaunseling guru bimbingan sekolah rendah.Semua senarai tugas ini mestilah dijalankan dan menjadi keutamaan serta teras semua aktiviti, program dan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah. Semua tugas tersebut adalah berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Bimbingan dan Kaunseling dan Kod Etika Guru Bimbingan dan Kaunseling.

Kedudukan guru bimbingan dan kaunseling yang tidak terikat dengan jadual waktu mengajar tidak boleh dijadikan sebab untuk melaksanakan tugas lain dari senarai tugas tersebut. Tugas tersebut sudah cukup dan mampu menjadikan sekolah satu tempat pembinaan diri murid yang ideal, di samping mewujudkan kesejahteraan dan kecemerlangan sekolah. Oleh itu semua guru bimbingan kaunseling hendaklah memaksimumkan tugas dan peranan bagi memastikan misi, visi dan falsafah sekolah tercapai. Input dan kaedah yang ditetapkan juga memenuhi tahap proses pembangunan diri seseorang pelajar.

Guru Bimbingan dan kaunseling juga digalakkan mewujudkan rangkaian pasukan kerja atau ‘team work’ di kalangan mereka, khususnya dalam daerah yang sama.Ini akan memudahkan sesuatu program yang akan dilaksanakan. Pihak sekolah juga seharusnya sedar bahawa bukan mudah untuk melaksanakan semua tugas yang disenaraikan dengan sempurna.Ilmu, tanpa pengalaman dan kemahiran seseorang guru bimbingan dan kaunseling akan menghadapai pelbagai masalah. Oleh itu bimbingan , kerjasama dan sokongan dari semua warga sekolah sangat penting. Sokongan dan kerjasama ini akan mempercepatkan proses ‘kematangan’guru bimbingan dan kaunseling dalam menjalankan tugas-tugasnya.

Objektif

Objektif senarai dan bidang tugas ini adalah:

1) Memdahkan guru bimbingan dan kaunseling menjalankan perkhidmatan.2) Membeipeluang kepada pelajar danwarga sekolah mendapat perkhidmatan yang baik dan menyeluruh.3)Memastikan pembangunan diri pelajar berjalan dengan baik dan mengikut tahap- tahapnya.4) Menyelaras sistem perkhidmatan bimbingan dan kaunseling seluruhnya.

18

Page 19: Modul Pengurusan Bk

SENARAI TUGASGURU BIMBINGAN DAN KAUNSELINGSEPENUH MASA SEKOLAH RENDAH

1.Meneliti, mengkaji dan mengenalpasti keperluan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah berasaskan kepada pendekatan perkembangan, pencegahan, pemulihan dan krisis dalam bidang akademik, kerjaya, psikososial dan kesejahteraan mental, keibubapaan dan masalh murid.2.Merancang, melaksana dan menyediakan rancangan tahunan bimbingan dan kaunseling di sekolah.3.Merancang, mengawalselia dan mengemaskini rekod dan inventori murid.4.Mengumpul, menyedia dan menyebar maklumat serta resos bimbingan dan kaunseling dalam bidang akademik, kerjaya, psikososial dan kesejahteraan mental, keibubapaan dan kemahiran mengatasi masalah kepada murid melalui sebarang media yang sesuai.5.Memberi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling individu secara profesioanal dan beretika.6.Memberi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kelompok secara profesional dan beretika.7.Memberi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling krisis kepada murid dan individu yang berkaitan dengan kes.8.Merancang ,menyedia dan mengurus pendidikan perkembangan kerjaya.9.Merancang,melaksana dan mengawalselia program dan aktiviti bimbingan murid dari segi pendidikan pencegahan dadah, inhalan, rokok, alkohol dan HIV/AIDS.10.Merancang, melaksana dan mengawalselia program dan aktiviti perkhidmatan konsultasi dan rujukan, berhubung bidang di baawah perkhidmatan bimbignan dan kaunseling.11.Merancang,melaksana dan mengawalselia program dan aktivitikonferens dengan ibu bapa, guru, kakitangan bukan guru, agensi kerajaan dana bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkmbangan murid.12.Menjadi urusetia kepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling, Program Sekolah Selamat,Dasar Pendidikan Wajib, Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris, Dasar Bahasa Tambahan dan Jawatankuasa Penempatan(kemaskini) murid di sekolah.13.Menyediakan laporan tahnan program dan aktiviti bimbingan dan kaunseling di sekolah dan mengemaskini sistem fail, rekod dan dokumentasi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.14.Merancang, melaksana dan mengawalselia program dan aktiviti pembangunan murid seperti kepimpinan, pembimbing rakan sebaya (PRS) dan jati diri.15.Menjadi ahli jawatankuasa ex-0ficio dalam Majlis Mesyuarat Sekolah atau Mesyuarat Pengurusan Sekolah.16.Menjadi ahli jawatankuasa ex-oficio dalam persatuan ibu bapa dan guru (PIBG).17.Menjadi penyelaras program pembangunan staff.18.Menjadi penyelaras aktiviti danprogram yang dilaksanakan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling Jabatan Pendidikan Negeri di peringkat sekolah.19.Menjadi penyelaras program mentor-mentee20.Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh ketua jabatan dari semasa ke semasa.

19

Page 20: Modul Pengurusan Bk

BIDANG TUGAS PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH RENDAH

BIL BIDANG INPUT (SUKATAN) KAEDAH1 Akademik 1.1 Kemahiran belajar Bimbingan kelompok

a. Membaca Bimbingan Individub.Mencatat nota Kaunseling Kelompokc.Jadual waktu relajar Kaunseling Individud.Mendengar Biblio Kaunselinge.Mengingat Kursusf.Mengulangkaji Bengkelg.Menjawab soalan Seminarh.Menghadapi peperiksaan Kem atau perkhemahani.Merujuk Tayangan videoj.Mengkaji Taklimatk.Mengumpul maklumat pendidikan sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi.

Kolokium

1.2 Penempatan Tutor sebaya a. Prasekolah Mentor Mentee b.Tahun 1 Pembimbing rakan

sebaya (PRS) c.Sekolah Menengah d. Asrama penuh (SBP)

2 Kerjaya 2.1 Inventori minat Bimbingan kelompok2.2 Inventori personaliti Bimbingan Individu2.3 Inventori nilai Lawatan2.4 Pengumpulan maklumat kerjaya Ceramah2.5 Pendedahan dunia kerjaya Forum2.6 Peluang latihan kerjaya Seminar2.7 Penyebaran maklumat kerjaya Tayangan video2.8 Perkembangan dunia kerjaya Pertandingan

1. Esei2.Buku skrap3.Poster4.Kuiz

3 Psikososial & 3.1 Ujian Personaliti Bimbingan kerjayaKesejahteraan 3.2 Senarai semak masalah Merentasi kurikulum dan Mental 3.3 Merujuk kad maklumat diri Kurikulum PRS

3.4 Kemahiran komunikasi Bimbingan kelompok3.5 Kemahiran tegas diri/asertif Bimbingan Individu3.6 Penyaringan maklumat Kaunseling Kelompok3.7 Pengurusan tekanan Kaunseling Individu3.8 Kemahiran rohani Biblio kaunseling3.9 Kemahiran membuat keputusan Forum3.10 Kemahiran mengawal diri Bengkel3.11 Kemahiran aplikasi Kursus3.12 Kemahiran síntesis Seminar3.13 Kemahiran analisis kritikal Kem bina Insan3.14Peningkatan penghargaan kendiri Kolokium

20

Page 21: Modul Pengurusan Bk

BIL BIDANG INPUT (SUKATAN) KAEDAH3.15 Perkembangan keremajaan Rala3.16 Konsep kendiri Lawatan3.17 Pengendalian kendiri Latihan dalam

kumpulan3.18 Orientasi murid Aktiviti simulasi3.19 Pembentukan sacia Kem Ibadan3.20 Kefahaman norma dan nilai masyarakat.

Ceramah

3.21 Kemahiran penyesuaian diri Kaunseling keluarga3.22 Kemahiran penampilan diri Tayangan video3.23 Kemahiran melindung diri

4 Keibubapaan 4.1 Komunikasi Ceramah4.2 Perkembangan Individu Seminar4.3 Isu-isu kekeluargaan Forum4.4 Kepimpinan Bengkel4.5 Perkembangan remaja Perkhemahan

keluarga4.6Kerukunan dan kesejahteraan keluarga

Kaunseling

4.7 Kemahiran keibubapaan Kursus Kemahiran keibubapaanBuletin keluargaPameranKonsultasi

5 Pembangunan Murid 5.1 Kemahiran komunikasi Kaunseling Individu5.2 Kemahiran Penyelesaian masalah Kaunseling

kelompok5.3 Kepimpinan Latihan dlm

kumpulan5.4 Kemahiran sosial Lawatan ke rumah5.5 Pembimbing rakan sebaya Ceramah5.6 Kesedaran potensi diri Bengkel5.7 Kemahiran mengendali stress Kursus PRS5.8 Kemahiran mengendali mesyuarat Kursus5.9 kemahiran membuat keputusan Seminar5.10 Kemairan tegas diri/asertif Perkhemahan

6 Pendidikan Pencegahan dadah

6.1Komunkasi Latihan kepimpinan bagi pelajar biasa

6.2 Perkembangan Individu Pameran lawatan6.3 Pendidikan kekeluargaan Ceramah6.4 Kemahiran asertif Seminar6.5 Kemahiran sosial Bengkel6.6 Sikap benci kepada dadah dan inhalan

Ujian Urin

6.7 Pendidahan Pencegahan Ujian HIV6.8 Maklumat tentang akibat buruk, sebab dan punca.

Rujukan kepada Kementerian Kesihatan

21

Page 22: Modul Pengurusan Bk

Kaunseling sokonganKaunseling susulanPertandingan

7 Pengursan dan Pentadbiran

7.1 Sistem fail

7.2 Borang-borang7.3 Laporan aktiviti7.4 Buku stok7.5 Inventori /soal selidik7.6 Minit Mesyuarat7.7 Penyata Kewangan7.8 Rekod lawatan ke rumah7.9 Rekod Perkhidmatan luar7.10 Rekod Konsultasi ibu bapa7.11 Rekod kelas ganti7.12 Rekod Kaunseling Individu7.13 Rekod Kaunseling Kelompok7.14 Rekod kemasukan7.15 Perancangan tahunan 7.16 Laporan tahunan7.17Rekod sesi kaunseling individu/kelompok

22

Page 23: Modul Pengurusan Bk

MAKLUMAT YANG PERLU ADA DI UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH RENDAH.

a. Pelajar berisikob. Anak yatimc. Pelajar dari keluarga PPRTd. Pelajar yang terlibat dengan dadah /inhalan /game. Pelajar ketagih rokokf. Pelajar yang ada kes polisg. Pelajar yang pernah digantung sekolahh. Pelajar yang pernah dibuang sekolahi. Pelajar yang menerima biasiswaj. Pelajar anak ibu tunggalk. Pelajar yang buta hurufl. Pelajar yang ada arekod dengan jabatan Kebajikan Masyarakatm. Pelajar yang tinggal di asraman. Pelajar yang bekerja sambilano. Pelajar yang tingal dengan penjagap. Pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan besarq. Pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA/Matrikulasir. Pelajar yang berjaya memasuki asrama penuhs. Kakitangan yang memerlukan perkhidmatan kaunseling.

BUKU-BUKU REKOD YANG PERLU ADA BAGI PERKHIMDATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH RENDAH.

a. Buku rekod kemasukan pelajarb. Buku rekod kemasukan bukan pelajarc. Buku rekod pelawatd. Buku rekod perkhidmatan luare. Buku rekod lawatan ke rumahf. Buku rekod konsultasi keibubapaang. Buku rekod sesi kaunseling/bimbingan individuh. Buku rekod sesi kaunseling/bimbingan kelompoki. Buku rekod kelas gantij. Buku stok barangk. Buku rekod kewanganl. Buku catatan mesyuaratm. Buku laporan aktiviti PRSn. Buku laporan kelab atau persatuan

23

Page 24: Modul Pengurusan Bk

PENYEDIAAN KERTAS KERJA (TERMASUK ANGGARAN PERBELANJAAN)

a. Tajuk

b. Pendahuluan

c. Rasional

d. Matlamat

e. Objektif

f. Tarikh/Masa/Tempat

g. Kos

h. Sumber Kos

i. Jawatankuasa

j. Tentatif

24

Page 25: Modul Pengurusan Bk

PELAN BILIK BIMBINGAN DAN KAUNSELING

1 - RAK BUKU DAN BAHAN RUJUKAN

2 - TELEVISYEN / VIDEO / RADIO / DLL

3 - KOMPUTER PELAJAR

4 - PAPAN KENYATAAN

25

KELOMPOK /BILIK MESYUARAT PEJABAT

PENGURUSAN

BILIK KAUNSELING

INDIVIDU

BILIK KAUNSELING

INDIVIDU

BILIK KAUNSELING

INDIVIDU

BILIK KAUNSELING

INDIVIDUSETEE

1

2

4 3KAUNTER

Page 26: Modul Pengurusan Bk

PENYEDIAAN LAPORAN

Cadangan Laporan:

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

REKOD SESI KAUNSELING INDIVIDUNAMA PELAJAR DARJAH RUJUKANTARIKH MASACARA DATANG*SUKARELA DIRUJUK DIJEMPUT

PERKARA: SESI KE

1. Perkara yang disampaikan

2. Persoalan sebenar

3.Tindakan/ Rumusan

Disediakan oleh Tarikh:

(Guru Bim & Kaunseling) * Tandakan /

PENYEDIAAN LAPORAN

26

Page 27: Modul Pengurusan Bk

Cadangan Laporan:

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

REKOD SESI KAUNSELING KELOMPOKNAMA KETUA DARJAH RUJUKANTARIKH MASACARA DATANG*SUKARELA DIRUJUK DIJEMPUT

PERKARA: SESI KE

1.Perkara yang disampaikan

2.Persoalan sebenar

3.Tindakan/ Rumusan

Disediakan oleh Tarikh:

(Guru Bim & Kaunseling) * Tandakan /

27

Page 28: Modul Pengurusan Bk

AKTIVITI BIMBINGAN

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Cadangan laporan:

PERANCANGAN PROGRAM

BIL PROGRAM TARIKH/TEMPAT SASARAN KOS CATATAN

RM

ANGGARAN KOS

PERUNTUKAN KPMPERUNTUKAN LAINJUMLAH

Disediakan oleh Disahkan oleh

………………………….. ………………………………

(GuruBim & Kaunseling ) (Guru Bim & Kaunseling)

28

Page 29: Modul Pengurusan Bk

BAB 2

JENIS DAN PERANAN PERKHIDMATAN DAN KAUNSELING (2jam)

1.Inventori Individu dan Rekod

1.1 Mengenal pasti keperluan murid.a. Ujian Psikologi:

- Senarai Semak Mooney- Ujian Personaliti- Ujian Minat Kerjaya

b. PemerhatianKaedah ini memerlukan pemerhati yang mahir. Pemerhati boleh meningkatkan kemahiran dengan mengikuti kursus dalam kaedah memerhati dan membuat rekod apa yang diperhatinya. Untuk meningkatkan mutu pemerhatian yang dibuat beberapa prinsip membuat pemerhatian perlu diikuti seperti:

Pemerhatian haruslah mempunyai pengetahuan dan biasa dengan ciri tingkah laku murid-murid.Tingkah laku berkait dengan ‘fasa sesuatu pertumbuhan diri individu’ kerana murid akan berkelakuan tertentu pada tahap yang tertentu.

Pemerhatian harus menyeluruh.Ini termasuk setting atau alam sekitar di mana tingkah laku itu dilaksanakan, kerana alam mempunyai pengaruh ke atas tingkah laku.

Pilihlah seorang murid sahaja untk sekali pemerhatian. Jika memilih untuk memerhati beberapa orangpada satu masa mungkin pemerhatian akan menjadi sukar dan tidak mendalam.

Pemerhatian harus dibuat dalam situasi yang biasa untuk sesuatu populasi. Jika memerhati seorang murid boleh diperhati dalam kelas, di padan, di kantin, tingkah laku yang ditunjukkan dalam aktiviti normal seharian lebih tekal daripada melihatnya dalam sesuatu situasi tertentu. Contohnya, lebih baik memerhati murid dalam kelas daripada memerhatinya ketika berada di bilik Guru Besar.

Buatlah pemerhatian beberapa hari kerana terdapat juga murid yang mempunyai hari yang tidak baik, seperti hari Isnin, iaitu hari pertama ke sekolah dalam minggu tersebut mungkin berbeza daripada hari yang lain.

Perhatikan murid sewaktu mereka bertindak seperti sewaktu ingin menyelesaikan masalah, yang menghendaki mereka menggunakan kebolehan diri yang ada. Perhatikan semua murid, bukan mereka yang dirasakan memerlukan perhatian sahaja.

Perhatikan tingkah laku penyesuaian yang berbeza seperti penyesuaian diri dalam alam pendidikan, aktiviti sosial, status emosi, kesihatan fizikal, dan minat lain yang bukan akademik.

29

Page 30: Modul Pengurusan Bk

PEMERHATIAN MENGIKUT MASA (TIME SAMPLING)

Kaedah ini membolehkan pemerhatian untuk sesuatu tingkah laku itu dilakukan mengikut jam yang tertentu. Contohnya, Rosnah yang sering bergaduh di dalam kelas, Fauzi suka mengambil barang rakan yang lain, Dodi suka memukul kawan. Untuk membuta pemerhatian, tingkah laku yang dipilih diperhatikan mengikut masa yang ditetapkan. Pemerhatian ini boleh dibuatkan cara seperti berikut:

Carta Rekod Tingkah Laku Diperhati Mengikut Masa

Unit Tingkah laku diperhati: T = bercakap dengan murid lainS = bercakap sendirianO = tidak bercakap

Waktu memerhati satu minit 30 saat, contoh: 9.00pagi hingga 9.30pagi

Murid Isnin SelasaJam 9 10 11 12 1 Jam 9 10 11 12 1

Rosnah T TFauzi O S Hassan S S

Carta di atas memudahkan pemerhati melihat tingkah laku yang ingin diperhati dengan jelas dan mendapat gambaran yang lebih baik dan meluas.

c. Temu bual

Temu bual ialah perbincangan bersemuka yangbertujuan mendapatkan pertukaran maklumat, memahami bagaimana perasaan orang lain, dan merancang aktiviti masa depan. Mungkin berbentuk tidak formal atau formal, berstruktur atau bebas, namun kedua-dua kaedah tetap berguna.Temu bual ialah kaedah paling baik untuk mengumpul data kerana ada kalanya interaksi antara kaedah dua pihak membolehkan maklumat yang lebih jujur diperolehi.Dalam temu bual perasaan mengiringi temu bual tersebut.Terdapat beberapa prinsip yang membantudalam menyediakan sesi temu bual ini:

1. Cuba jadikan waktu temu bual sebagai waktu belajar untuk anda dan juga murid, tetapi janganlah diharapkan perubahan yang serta merta berlaku hasil daripada sesi temu bual itu.

2. Jika anda akan bertemu bual dengan murid ini selepas waktu sekolah, sila beritahu terlebih awal agar ibu bapa murid juga tahu mengapa anak mereka lewat pulang ke rumah pada hari tersebut. Ini sangat penting terutama bagi murid yang masih muda.

3. Bersedialah untuk bertemu bual dengan mendapatkan maklumat tentang murid tersebut.Perbincangan dengan guru lain tentang

30

Page 31: Modul Pengurusan Bk

murid ialah langkah yang baik untuk mendapatkan maklumat yang lengkap.

4. Jangan mengambil masa yang terlalu lama sehingga menghilangkan tumpuan murid. Masa antara 30 hingga 40 minit sudh memadai, terutama untuk murid yang maíz kecil.

5. Jangan cuba belajar atau mengajar terlalu banyak pada satu masa. Beberapa sesi pendik juga baik untuk mewujudkan hubungan dengan murid-murid.

6. Biarkan murid bercakap. Cuba fahami bagaimana dia melihat sesuatu perkara atau kejadian atau tingkah laku.

Banyak temu bual sama ada formal atau tidak boleh dirancang untuk memenuhi beberapa keperluan sekolah. Temu bual menjadi penting terutama apabila terdapat murid yang melakukan salah laku,permasalahan sosial, atau masalah menyesuaikan diri atau membina perancangan masa depan.

d. Sosiometri

Kaedah sosiometri adalah mengenal pasti pola interaksi antara ahli kelompok. Memahami pola interaksi boleh membantu murid yang memerlukan bantuan sama ada meningkatkan kualiti diri atau mempelajari kemahiran beinteraksi atau mengatasi beberapa masalah yang timbul hasil daripada perhubungan antara rakan sebaya.

Sosiometrik ialah satu prosedur menjangka pola interaksi antara ahli kelompok anegan menggunakan beberapa soalan tentang bentuk hubungan sosial. Data yang dikumpulkan bolehlah dibentuk dalam bentuk carta. Data ini dikumpul, dipersembahkan dan diinterpretasi sebagai pola hubungan dalam kelompok.

Antara maklumat yang boleh didapati ialah melihat perkara seperti:Pemimpin : Siapakah yang menjadi pemimpin dalam kelompok

tersebut dengan melihat individu yang diakui oleh ahli dalam kelompok sebagai kawan atau ketua.

Terpencil : Individu yang tidak dipilih oleh ahli kelompok sebagai kawan atau sebagai ketua.

Pilihan samaSuka :Mereka yang bergantungan antara satu dengan lain.Disisih :Ahli yang disisihkan oleh ahli kelompok.

Terdapat juga masalah sekiranya soalan yang diberi mempunyai unsur emosi atau negatif..Ini mungkin akan membawa rasa tidak senang kepada ahli, atau menimbulkan rasa bersalah. Seperti soalan ‘siapakahyang anda benci dalam kelas anda’.Soalan begini akan memberikanimplikasi negatif kepada murid-murid untuk memilih.Tetapi jikasoalan dirangka dengan baik seprti, ‘Jika anda akan pergi berkelahsiapakah rakan kelas ini yang akan anda bawa?’,soalan beginimungkin memudahkan murid untuk membuat pilihan tanpa rasabersalah.Sosiometrik sering digunakan untuk memilih atau melihat

31

Page 32: Modul Pengurusan Bk

ciri kepimpinan yang dipilih, penerimaan sosial dan bantuan pembelajaran.

Cara melaksanakan Ujian Sosiometrik.1. Ujian ini hanya akan bernilai sekiranya hubungan antara kelompok

kelas telah terbina dengan baik.Murid juga hanya akan memberikan respons yang baik jika mereka percaya maklumat yang didapati akan digunakan dengan baik.

2. Pastikan maklumat yang anda perlukan dan apakah matlamat maklumat itu, serta bagaimana maklumat akan digunakan.Jika ingin melihat penerimaan sosial di kalangan murid, kaedah ini boleh digunakan supaya lebih ramai murid dapat duduk berhampiran dengan rakan yang disukai mereka.

3. Soalan yang dibuat haruslah jelas. Contohnya:sekiranya anda diberikan tugasan berkelompok, siapakah yang anda pilih menjadi anggota kumpulan anda.

4. Pastikan tiap-tiap nama di dalam kelas anda diketahui oleh rakan mereka walaupun murid yang tidak hadir.

5. Minta ahli menandakan dalam yertas seperti berikut:a. Namab. Nama pilihan pertamac. Nama pilihan keduad. Nama pilihan ketiga

6. Berikan masa untuk murid membuat pilihan dengan baik.

Cara membuat rumusan untuk ujian sosiometrik 1. Menggunakan penjadualan yang mudah secara berikut:

Kelas: Tarikh:Soalan: Semasa perjalanan ke muzium nanti siapakah pilihan anda untuk duduk bersama di dalam bas?

Nama murid

Pilihan anda Pilihan diterimaPertama Kedua Ketiga

1.Adam 2 4 10 62.Idris 1 10 7 53.Anna 8 4 10 04.Hud 7 2 1 45.Noh 2 1 4 16.Salleh 10 9 1 17.Ibrahim 8 5 2 68.Zul 7 10 4 29.Yusof 2 7 1 210.Harun 1 6 9 5

Dalam jadual di atas Adam telah memilih Idris sebagai pilihan pertama, Hud sebagai pilihan keduanya dan Harun sebagai pilihan ketiga. Semua pilihan Adam ialah suka sama suka kerana mereka juga memilih Adam.Adam juga merupakan yang

32

Page 33: Modul Pengurusan Bk

paling kerap dipilih, dia digelar star atau ketua.Manakala jika dilihat Anna tidak ada yang memilih, dia dianggap sebagaiyang dipencilkan.

2. Kaedah Tally Sheet Sosiometrik Untuk memahami bentuk interaksi murid ini juga boleh disusun jadual seperti berikut:

Nama Adam Idris Anna Hud Noh Salleh Ibrahim Zul Yusof HarunAdam 3 2 1Idris 3 1 2Anna 2 3 1Hud 1 2 3Noh 2 3 1Salleh 1 2 3Ibrahim 1 2 3Zul 1 3 2Yusof 1 3 2Harun 3 2 1Jumlah 11 12 0 6 2 2 9 6 3 9

Daripada jadual di atas boleh juga dilihat dari segi pilihan murid terhadap rakan mereka.Maklumat ini dapat diguaakan oleh guru untuk membantu murid yang dirasakan memerlukan bantuan seperti Anna yang langsung tidak dipilih.Gambaran inijuga dapat digunakan untukmerancang perancangan perkembangan diri seperti meningkatkan kemahiran komunikasi dan kepimpinan.

e. Soal selidikSoal selidik digunakan utnuk membantu memahami murid dikelas atau sekolah. Soal selidik boleh diberikan pada masa kemasukan murid dan beberapa kali dalam masa persekolahan.Data pertama ini boleh dimasukkan dalam kad peribadi murid dan akan dilihat dan dikemas kini dari emasa ke semasa mengikut perkembangan diri murid. Bagi menyediakan soal selidik tahap kebolehan murid harus diambil kira.Ini merujuk kepada kebolehan berbahasa dan membaca serta menulis.Bagi muridyang terlalu kecil soal selidik bolehlah ditujukan kepada ibua bapa.Walau bagaimanapun, apabila kita menggunakan soal selidik ini terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira:

1. Data yang diterima mungkin tidak lengkap atau tidak tepat,dengan itu tidak boleh diterima sahaja tanpa hati-hati.

2. Bahasa dan perkataan yang digunakan haruslah sesuai dengan kumpulan sasar kita.

3. Jika soal selidik dijanalnkan tanpa penerangan dan hubungan yang baik antara sekolah dan ibu bapa, mungkin berlaku salah tafsir.

4. Usaha harus juga dilaksanakan untuk memastikan maklumat itu kemas kini.

5. Usaha juga perlu dilakukan untuk memastikan tahap kerahsiaan data yang dikutip pada satu-satu situasi.

33

Page 34: Modul Pengurusan Bk

6. Maklumat yang tersedia boleh didapati di tempat yang mudah dan tidak perlu ditanya lagi.

7. Maklumat yang ditanya mestilah yang berguna kepada pihak sekolah untuk memperbaiki sistem pendidikan.

f. Rekod prestasi. Kad kemajuan murid atau rekod prestasi ialah kaedah yang paling popular menjadi penghubung antara ibu bapa dengan sekolah. Rekod Prestasi menyatakan perkembangan akademik murid. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian supaya rekod prestasi ini dapat menjadi penghubung yagn baik antara sekolah dengan ibu bapa. Antara panduan yang boleh diperhatikan ialah seperti berikut:

1. Rekod prestasi harus mudah dan jelas dari segi bahasa dan simbol yang digunakan. Apabila melihat rekod profil, pertama ibu bapa hanya akan melihat warna merah atau biru sahaja.Yang merah sering ditafsirkan sebagai gagal dan biru atau hitam sebagai lupus.Sekiranya keadaan ini diubah dengan warna hijau atau kuning ia akan mendatangkan kekeliruan kepada ibu bapa.

2. Di samping itu ibu bapa juga harus dijelaskan tahap markah kelulusan.Terdapat beberapa sistem yang perlu dijelaskan kepada ibu bapa. 50% selalunya dikatakan lupus minimum,tetapi terdapat juga sekolah yang mengambil markah 40% sebagi lulus minimum atau 60% sebagai lulus minimum.Jika maklumat ini tidak jelas ibu bapa tidak dapat memahami kedudukan anak mereka.

3. Simbol-simbol seperti percentile atau menggunakan keluk taburan (normal distribution) untuk menunjukkan kedudukan anak kepada ibu bapa, perlu diberikan penerangan, agar simbol itu dapat menjelaskan makna kepada mereka.

4. Ujian yang dibuat selain ujian pencapaian akademik yang dimasukan dalam rekod prestasi harus diterangkan kepada ibu bapa.Seperti kenyataan ‘halim seorang yang agresif’. Bagaimana sikap agresif ini diukur haruslah diterangkan apabila berlaku pertemuan bersemuka membincangkan rekod prestasi.Terdapat juga kad prestasi yang hanya menerangkan tingkah laku sebagai ‘biasa’. Kenyataan ‘biasa’ seperti yang dituliskan,tidak dapat membantu ibu bapa apa yagn berlaku dengan anak mereka semasa di sekolah. Tingkah laku ini perlu diberikan sedikit pemerihalan agar lebih jelas.

Laporan daripada kad prestasi ini akan menjadi sangat berguna apabila diikuti dengan perbincangan dengan ibu bapa.

34

Page 35: Modul Pengurusan Bk

g.Rekod Anekdot

Rekod anekdot ialah laporang bertulis tentang sesuatu tingkah laku murid yang kadangkala terjadi. Ia merupakan pengumpulan data daripada beberapa individu dari berbagai-bagai punca dari satu jangka masa.Kaedah pemerihalan yang dilakukan untuk menyediakan laboran ini dapat memberi pemahaman yang baik tentang murid. Rekod ini memberikan celik akal,dan memperlihatkan pola tingkah laku yang dapat memperkayakan kajian tentang murid tersebut, dengan memberi sebab berlakunya tingkah laku tersebut. Data anekdot ini juga memberikan data perbandingan antara beberapa jarak masa, dahulu dan masa kini , dan juga membantu menunjukkan jika ciri-ciri murid tekal atau berubah.Data yang berbentuk begini sangat baik untuk melengkapkan data yang dikumpulkan daripada skor ujian.

Rekod anekdot yang mempunyai nilai yang tinggi haruslah berbentuk kumpulan data kumulatif, objektif dan jelas, atau mungkin juga mengandungi interpretasi dan cadangan bertulis tentang interpretasi. Cadangan haruslah diasingkan daripada data yang diperhatikan.

Contoh laporan anekdot.

Nama Murid : Sharif AliUmur : 10 tahunTarikh pemerhatian : 17 januari 2008Kelas : 4 MelurTempat : Bilik darjah.

Kejadian :Sharif membawa sebilih pisau ke dalam kelas. Dia menghunuskan pisau itu kepada rakan-rakannya.Dia berkata,“Pisau ini untuk membunuh bapa aku. Biar dia mati senang emak aku.“

Pandangan : Sharif mungkin sangat marah dengan bapanya, dan terlalu kasihan dengan ibunya. Mungkin hubungan ibu bapa Sharif tidak baik.Ini sangat merunsingkan Sharif.

Pemerhati : Puan Norliza (guru kelas 4 Melur)

Data anekdot ini jika dapat dikumpulkan untuk berbagai-bagai jenis murid akan memberikan gambaran yang baik dan membantu pemahaman yg mendalam tentang murid-murid yang berada di

sekolah, bukan sahaja murid yang bermasalah tetapi juga murid yang kadangkala normal dan ditimpa kerunsingan dalam kehidupan mereka.

35

Page 36: Modul Pengurusan Bk

Data anekdot yang baik menyatakan tindakan yang tertentu, perbualan,dan urutan peristiwa yang berlaku.Oleh sebab rekod anekdot ini dibuat oleh beberapa personal di sekolah, laporan ini haruslah dirumuskan, terutama bagi pemerhatian yang dibuat dari semasa ke semasa.

Contoh rumusan data anekdot.

Nama murid: Umur: Kelas:……………………… ……………………. ………………….Tarikh mula laporan: Tarikh akhir laporan:

……………………………… ………………………………..Tarikh: Pemerhati: Anekdot:

………………………….. ……………………. ……………….

Panduan Menulis Anekdot

1. Anekdot mesti berasaskan kepada tingkah laku yang signifikan2. Kejadian mestilah diperhati sendiri oleh penulis.3. Kejadian mestilah jelas,tepat, pendek dan serta-merta apabila

terjadinya tingkah laku tersebut.4. Jika terdapat perbualan mestilah dikodkan.5. Jangan masukkan sentimen dalam anekdot jika tidak perlu.6. Pemerhati tidak boleh dipengaruhi oleh perasaannya.7. Interpretasi dan cadangan harus diperoleh selepas data

pemerhatian ditulis dan nyatakan ia merupakan interpretasi pemerhati dan cadangannya.

8. Rekodkan hanya satu kejadian dalam satu anekdot.9. Tingkah laku yang signifikan dan positif juga harus dilaporkan,

bukan yang negatif sahaja.10. Sekiranya murid melakukan tingkah laku yang diperhati semasa

bermain ia juga harus dicatatkan.11. Anekdot haruslah merupakan pemerihalan tindakan murid.12. Rekod anekdot seharusnya diberikan kepada kaunselor untuk

tindakan dan simpanan.

h. Rekod ProfilMaklumat ini dapat menggambarkan status kedudukan murid pada masa kini, tetapi juga faktor perkembangan diri murid yang dapat menghasilkan situasi masa kini murid-murid. Antara maklumat penting yang perlu didapat untuk memahami murid termasuklah latar belakang murid, status fizikal dan kesihatan, sejarah persekolahan dan lain-lain.

36

Page 37: Modul Pengurusan Bk

Latar belakang rumah tangga dan data peribadiRumah tangga memberi kesan yang paling banyak terhadap tingkahlaku murid,maklumat yang lengkap tentanglatar belakang keluarga Amat penting diperolehi.Maklumat seperti nama, jantina, tarikh lahir dan data peribadi yang lain, nama ibu bapa, pendidikan mereka, pekerjaan, status kesihatan, hubungan ibu bapa dengan anak-anak dan antara kedua ibu dan bapa.Maklumat tentang adik-beradik , nama , jantina, umur, pendidikan, hubungan antara adik beradik, tentang jiran-jiran juga merupakan antara beberapa maklumat penting yang perlu dikumpulkan.

Status fizikal dan kesihatanMaklumat lengkap tentang status perkembangan fizikal dan kesihatan murid,tetapi maklumat secara umum seperti simptom fizikal dankeadaankesihatan yang mengganggu keberkesanan fungsi dan penyakit yang berbahaya dengan mudah dapat dikenal pasti oleh guru.Maklumat seperti kedudukan kesihatan, terutama yang jelas seperti masalah kurang pendengaran atau pekak, kurang penglihatan atau keadaan kesihatanyang menggangu proses pembelajaran berjalan lancar.Keadaan kesihatan yang normal dan sihat ialah maklumat utama yang harus diambil perhatian oleh para personalia bagimembolehken individu berkembang dengan baik dan subur.

Sejarah persekolahan dan Rekod Kejayaan1. Sekolah yang lalu,jenis, lokasi dan lama masa berada di

sekolah tersebut.2. Mana-mana kelas yang dilangkau atau diulang.3. Mata pelajaran yang diambil dan pencapaiannya.4. Penglibatan dan jenis aktiviti kokurikulum atau komuniti.5. Maklumat lanjut tentang sikap, minat dan kematangan

murid.Kebanyakan data ini telah puna da dalam rekod prestasi atau kad 001 yang menjadi kewajipan guru kelas untuk mengisinya.

Minat , kegemaran dan perancangan masa depan.Kepuasan murid dalam melaksanakan peranan mereka sebagai pelajar dan pengalaman mereka dalam mengalami proses pembelajaran itu menentukan tahap motivasi murid. Motivasi merupakan minat dan keinginan untuk berjaya dalam pembelajaran. Kekurangan minat untuk pelajar akan menimbulkan masalah dalam mengekalkan tenaga untuk relajar. Perancangan masa depan yang dimiliki oleh murid dapat dijadikan panduan membimbing murid dari tahap memilih mata pelajaran, aliran persekolahan dan pekerjaan.

37

Page 38: Modul Pengurusan Bk

Pengalaman luar sekolahAda murid yang bekerja selepas sekolah walaupun di bawah umur.Mereka mungkin bekerja di tempat jualan makanan, di pasaraya , mekanik dll.Ini mencorakkan kehidupan, aspirasi dan yang utama pengalaman mereka mungkin jauh berbeza daripada mereka yang seumur dan tidak bekerja.Ada juga murid yang pendiam di sekolah tetapi aktif dengan khidmat masyarakat. Sebaliknya ada murid yang begitu aktif menganggotai sesuatu kumpulan atau duduk melepak di kawasan yang dianggap tidak sihat.Memahami pengalaman di luar sekolah pelajar membantu guru untuk membimbing mereka dan memberi bantuan lain.

Perkembangan sosial dan emosi Maklumat paling sukar untuk didapati ialah penilaian tentang status kdudukan diri murid.Ciri kematangan sosial dan emosi yang diterima untuk sesuatu tahap agak luas dengan pentakrifan yagn berbeza daripada pakar sosiologi dan psikologi.Antara maklumatnya

a. Berkebolehan bekerja sendiri atau tidak perlu dikawal.b. Bertanggungjawab terhadap tingkah laku sendiri.c. Mempunyai minat yang luas dan membolehkan

kehidupan meeka menjadi menarik dan mencabar.d. Hubungan yang harmoni dan menggalakkan dengan

orang lain.e. Berkeinginan untk memberi khidmat kepada kelompok

lainf. Mempunyai kaedah yang dapat diterima semasa

berhubung dengan orang lain dalam kelompokg. Berkebolehan mendengarh. Bekerjasama dengan semangat dan perlakuan yang

betuli. Menghormatij. Sikap yang betul terhadap pihak berkuasa.

ii.Perkhidmatan Pengumpulan dan Penyebaran Maklumat.(1jam)

Definisi tahap perkhidmatan maklumat

Perkhdimatan maklumat merupakan aspek program perkhidmatan bimbingan yang menyampaikan maklumat yang sahid tentang aspek-aspek pendidikan, pekerjaan dan social dan kemungkianan persekitaran masa hadapan pelajar kepada pelajar.Bimbingan menekankan penggunakan perkhidmatan kepada individu di samping penyaluran ilmu pengetahuan.ezakan antara satu sama lain. Tujuan utama kita mengenal pasti ketiga-tiga kategori ini ialah untuk menekankan kepentingan setiap satu untuk memastikan bahawa tidak ada satu yang tertinggal.

38

Page 39: Modul Pengurusan Bk

Definisi maklumat pekerjaanMaklumat pekerjaan ialah bahan maklumat berkaitan dengan pekerjaan .Maklumat ini disediakan khas untuk menolong anak-anak muda dan juga orang dewasa memperoleh maklumat yang sahih tentang peluang pekerjaan semasa dan peluang pekerjaan pada masa akan datang.

Maklumat pekerjaan ialah data yang sahih dan boleh digunakan boleh digunakan berkenaan dengan jawatan, tugas dan pekerjaan termasuk tugas-tugas khusus,keperluan untuk memasukinya, keadaan kerja, ganjaran atau faedah yang ditawarkan, prospek kenaikan pangkat, penawaran dan permintaan semasa dan masa depanuntk pekerja dalam pekerjaan itu, dan sumber-sumber yang memberikan maklumat lanjut.

Jenis maklumat pekerjaan yang penting yang perlu diberikan ialah maklumat yang mengandungi batir-butir tentang kelayakan dan syarat-syarat untuk memasuki pekerjaan itu, keadaan bekerja,ganjaran yang ditawarkan oleh pekerjaan itu, arah aliran permintaan dan penawaran, peluang untuk meningkat atau memajukan diri dalam bidang pekerjaan itu dan lain-lain lagi.Kelayakan untuk memasuki kerjaya itu termasuk faktor yang berhubung dengan ciri-ciri peribadi pemohon, persediaan yang telah dibuat, kelayakan akademik,latihan dan pengalaman, dan cara memohon atau mendapatkan jawatan itu.

Maklumat pendidikan

Maklumat pendidikan ialah data yang sahih dan boleh digunakan tentang semua jenis peluang dan keperluan semasa dan kemungkinan peluang dan keperluan masa hadapan yang berhubung dengan pendidikan dan latihan, termasuk penawaraan aktiviti kurikulum dan kokurikulum,kelayakan dan keperluan untuk memasuki institusi pengajian tinggi dan maklumat tentang keadaan dan masalah kehidupan pelajar.

Data yang sah dan boleh digunakan adalah berkaitan dengan punca atau peluang yang meliputi bentuk, keadaan, skop dan nilai punca-punca, kemungkinan maknanya kepada pelajar itu sekarang dalam kehidupannya kemudian, dan maklumat tentang pelajar-pelajar seperjuangannya, tenaga pengajaran dan kakitangan sekolah dan bangunan sekolah.

Maklumat yang realistik tentang jenis kehidupan pelajar yang berjaya dan masalah harian yang ia hadapi dalam pendidikan lanjutan dan latihan yang diperlukan juga dimasukkan.Perhatian ini mungkin termasuk kesukaran pembelajaran, masalah tabiat belajar atau soalan yang berhubung dengan nilai pendidikan.

Pendidikan yang sedang memikirkan untuk melanjutkan pelajaran tidak dapat membuat keputusan yang baik sehingga mereka mempunyai maklumat yang cukup tentang peluang, tanggungjawab dan kesukaran yang mereka akan hadapi.Keputusan dalam bidang ini sering dibuat berasaskan inspirasi dan bukannya statistik.

39

Page 40: Modul Pengurusan Bk

Maklumat sosialMaklumat sosial ialah data yang shih dan boleh digunakan tentang peluang dan pengaruh persekitaran kemanusiaan dan persekitaran fizikal terhadap hubungan peribadi dan hubungan antara perorangan. Ia adalah maklumat tentang manusia yang boleh menolong pelajar memahami dirinya dengan lebih baik dan memperbaiki hubungannya dengan orang lain.

Maklumat sosial adalah aspek perkhidmatan maklumat yang baru dikenal pasti sebagai penting dan oleh itu baru mendapat perhatian. Sekarang ia dianggap penting dalam program bimbingan.Secara keseluruhan, daripandangan positif ia meliputi maklumat persekitaran yangperlu untukbimbingan dalam pemilihan peribadi sosial.

Kajian tentang masalah dan kerisauan golongan belia seperti yang didedahkan dalam kajian-kajian yang menggunakan senarai semak dan inventori masalah, perbincangan kumpulan, dan temubual menunjukkan dengan jelas bahawa terdapat bidang-bidang pemilihan dan penyesuaian di samping pelajaran dan kerjaya yang memerlukan maklumat faktual.

Objektif Perkhidmatan Maklumat

Antara objektif yang biasa dinyatakan sebagai objektif umum perkhidmatan maklumat di sekolah ialah:

a. Untuk mengembangkan atau memupuk pandangan yang menyeluruh, luas danrealistik terhadap peluang kehidupan dan masalah kehidupan pada semua peringkat pendidikan dan latihan.

b. Untuk menimbulkan kesedaran tentang perlunya maklumat dan menimbulkan motivasi dan keinginan yang aktif untuk mendapatkan maklumat yang tepat tentang kerjaya,pelajaran dan peribadi sosial.

c. Untuk memberikan kefahaman kepada pelajar tentang betapa luasnya skop aktiviti pendidikan, kerjaya dan peribadi sosial dari segi kategori umum aktiaviti yang aberkaitan.

d. Untuk membantu seseorang dalam penguasaan teknik memperoleh dan mentafsir maklumat untuk perkembangan pengarahan kendiri.

e. Untuk memupuk sikap dan tabiat yang dapat membant dalam membuat pemilihan dan penyesuaian yang produktif pada kepuasan dan keberkesanan diri.

f. Untuk memberikan bantuan dalam mengehadkan pilihan secara progresif kepada aktiviti khusus yang sesuai dengan aptitud, kebolehan dan minat yang dinyatakan hingga hampir-hampir kepada pemilihan atau keputusan yang khusus.

40

Page 41: Modul Pengurusan Bk

Matlamat khusus bagi peringkat sekolah rendah mungkin seperti berikut:a. Untuk membantu murid-murid memeriksa dengan teliti bidang-bidang

pekerjaan yang terbuka untuk mereka dan menilai kekuatan diri dan minat mereka sendiri untuk mengenal pasti bidang yang kebolehan dan bakat mereka boleh dikembangkan.

b. Unrtuk memberikan pengalaman yang luas kepada murid-murid iaitu pengalaman yang boleh memperkenalkan mereka kepada berbagai-bagai jenis pekerja dan menjadikan mereka biasa dengan pekerja itu, terutama seklai pekerja perkhidmatanyang mereka sering temui di tempat mereka.

c. Untuk membantu murid melihat kaitan antara berbagai-bagai bidang kerja dan kepentingan setiap bidang.

d. Untuk membantu murid membentuk tabiat kerja yang baik dan mempelajari caraa untuk bekerja dengan berbagai-bagai jenis manusia.

e. Untuk membantu murid mengembangkan sikap yang sesuai dan sihat terhadap semua jenis pekerjaan yang berguna dari segi sosial.

f. Untuk memperkenalkan murid kepada sesetengah masalah yang dihadapi dalam pemilihan kerjaa dan membiasakan diri mereka dengan masalah itu.

g. Untuk memperkenalkan murid kepada masalah tertentu yang berkaitan dengan perancangan pendidikan dan kemudahan pendidikan yang ada supaya mereka boleh dibantu untuk memilih jurusan atau kurikulum yang paling sesuai dengan perancangan pendidikan masa hadapan mereka.

h. Untuk membantu murid yang tidak mahu meneruskan pelajaran ke sekolah menengah untuk mencari pekerjaan berasaskan maklumat yang sahih

PenutupPerkhidmatan maklumat merupakan satuelemen penting dalam program bimbingan di sekolah dan ia menyediakan banyak fungsi yang berguna kepada pelajar.Melalui perkhidmatan ini pengumpulan ,penyebaan dan penggunaan maklumat kerjaya,pendidikan dan peribadi sosial dilakukan dengan tujuan untuk membantu pelajar membuat pilihan kurikulum yang sesuai dan membuat perancangan vokasional yang bijak.

41

Page 42: Modul Pengurusan Bk

iiiPerkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling (2jam)

1. Bimbingan Kelompoka. Merancang dan menjadi penyelaras aktiviti-aktiviti bimbingan

kelompok yang dapat menggalakkan perkembangan konsep kendiri,vokasional, kognitif, afektif, psikososial, fizikal atau seksual, dan moral ataupun agama pelajar. Ini lebih bersifat penyuburan.

b. Mengadakan bimbingan kelompok atau bimbingan dan kaunseling tunjuk ajar tentang sesuatu topik yang sesuai dengan sesuatu kelompok tertentu.

c. Membantu pelajar memilih mata-mata pelajaran pilihan untuk peperiksaan PMR,SPM dan STPM.

2. Bimbingan Individua. Memberi bimbingan tentang pencapaian akademik,disiplin,peribadi dan

kerjayab. Membantu guru disiplin, ibu bapa atau orang lain memandu pelajar

membuat keputusan dan mengenal pasti halatuju.3. Kaunseling Individu

a. Mengenalpasti masalah dan membimbing pelajar mengenal diri dan membina halatuju

b. Memandu pelajar membuat keputusan setelah mendapat celik akal4. Kaunseling Kelompok

a. Memberi peluang pelajar yang mempunyai masalah yang sama berkongsi pengalaman dan perasaan bagi mendapatkan celik akal tentang matlamat mereka.

b. Membimbing pelajar-pelajar memahami permasalahan dan pembinaan matlamat setelah mereka saling memahami dan berkongsi pengalaman dan perasaan.

5.Kategori masalah murida. PeribadI -Rendah diri

- Agois- Pemarah- Pendiam- Dll

b. SoSial -Sukar bergaul- Sukar menerima kritikan- Sukar berkomunikasi dll

c. Akademik -Prestasi rendah- Sukar membina halatuju dan matlamat- dll

d. Kerjaya - Tidak tahu menyesuaikan kebolehan dengan pencapaian- Sukar memilih kerjaya- Dll

42

Page 43: Modul Pengurusan Bk

iv. Perkhidmatan Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah (2jam)

Pengenalan

Masalah penggunaan dadah di kalngan murid sekolah di negara merupakan satu masalah yang dianggap serius. Masalah ini telah mengancam keselamtan negara. Oleh sebab masalah ini dianggap serius, Kementerian Pendidkan telah menyusun program yang bertujuan untuk menguruskan permasalah penggunaan dadah di peringkat kebangsaan,negeri, daerah dan sekolah. Perkhidmatan ini diselaraskan oleh Unit Pendidikan Pencegahan Dadah di peringkat Kementerian Pendidikan.

Matlamat Unit Pendidikan Pencegahan Dadah ialah mewujudkan Sekolah Bebas Dadah (Drug Free School ) berteraskan Zero Defect.Dengan itu wawasan pendidikan,falsafah pendidikan negara dan wawasan 2020 akan menjadi kenyataan.

Objektif Unit Pendidikan Pendidikan Dadahi. Untuk memberi pengetahuan dan kefahaman kepada murid khasnya dan

masyarakat sekolah amnya tentang bahaya dadah.ii. Untuk memberi kemahiran kepada murid khasnya dan masyarakat sekolah

amnya sypaya dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan dadah.iii. Untuk menanam,mengawal dan menghayati budaya positif di kalangan

murid khasna dan masyarakat amnya.iv. Untuk membina ketahanan diri yang tinggi di kalangan murid meliputi

jasmani, rohani, emosi dan intelek dalam masa persekolahan.v. Untuk membentuk tingkah laku dan nilai yang diterima selari dengan

amalan masyarakat selepas meninggalkan bangku persekolahan.vi. Untuk melibat dan mewujudkan permuafakatan antara masyarakat sekolah

dengan masyarakat luar sekitaran sekolah dalam usaha mencegah dadah.vii. Untuk menyediakan alternatif-alternatif yang berfaedah supaya masyarakat

pelajar tidak terlibat dengan dadah.

Panduan Bertindak.

a. Murid yang disayaki dan /atau mempunyai tanda-tanda menggunakan dadah.i. Dapatkan maklumat lengkap tentang murid berkenaan.ii. Pengetua hendaklah menyerahkan bahan dadah atau alatan menggunakan

dadah secepat mungkin (jika ada) kepada mana-mana pegawai polis/jabatan narkotik PDRM

iii. Guru Bimbingan dan Kaunseling/kaunselor pelajar sekolah hendaklah mengadakan beberapa sesi kaunseling dengan murid berkenaan dan mengadakan proses seliaan bersama-sama Pegawai Rawatan dan Pemulihan.

iv. Ibu bapa/ Penjaga murid berkenaan hendaklah diberitahu secepat mungkin untuk berbincang tentang langkah-langkah yang perlu diambil bagi membantu murid berkenaan.

43

Page 44: Modul Pengurusan Bk

v. Pengetua / Guru Besar boleh mendapatkan kerjasama daripada Jabatan Kesihatan untuk menjalankanujian pengesanan dadah terhadap murid berkenaan.

b.Murid mengaku terlibat menggunakan dadah seperti menagih dadah.i. Guru bimbingan dan kaunseling / kaunselor pelajar sekolah hendaklah

membincangkan dengan murid berkenaan akan tindakan lanjut yang akan diambil.

ii. Guru besar atau guru bertugas serta dua orang guru lain sebagai saksi memeriksabeg murid dan menyerahkan seberapa segera yang boleh bahan-bahan dadah (jika ada) kepada penguat kuasa undang-undang atau Jabatan Narkotik,PDRM.

iii. Ibu bapa / penjaga murid berkenaan hendaklah diberitahu secepat mungkin untuk berbincang langkah-langkah yang perlu diambil bagi membantu murid berkenaan.

iv. Pihak penguat kuasa undang-undang diberitahu sekiranya keselamtan murid sekolah berkenaan terancam.

v. Guru bimibangan dan kaunseling atau kaunselor pelajar hendaklah menjalankan sesi kaunseling terhadap murid tersebut.

vi. Pengetua /guru besar boleh mendapatkan kerjasama daripada Jabatan Kesihatan untuk menjalankan ujian pengesanan dadah terhadap murid tersebut.

c. Murid yang dikesan ujian positif dan mengandungi dadah dalam ujian.i. Masalah ini hendaklah dianggap sebagai masalah disiplin yang serius.ii. Pengetua/Guru besar boleh mengambil tindakan disiplin seperti yang

dinyatakan dalam Pekeliling Ikhtisas Bil.7/75 dan 9 / 75 Disiplin Sekolah danPeraturan Pendidikan (Disiplin) Sekolah 1996.

iii. Ibu bapa atau penjaga murid berkenaan hendaklah dibaeritahu secepat mungkin untuk berbincang langkah-langkah yang perlu diambil bagimembantu murid berkenaan.

iv. Guru Bimbingan dan kaunseling atau kaunselor pelajar mengadakan beberapa sesi kaunseling dengan murid berkenaan dan membuat pemantauan dari semasa ke semasa tentang perubahan murid berkenaan dari segi perkembangan sikap dan pencapaian akademik. Pegawai rawatan dan pemulihan dadah negeri / daerah boleh membantu, jika perlu.

v. Pengetua / guru besar dikehendaki menjalankan ujian pengesanan dadah terhadap murid tersebut tiga bualan sekali dengan bantuan atau Agensi Dadah Kebangsaan.

vi. Pihak sekolah hendaklah memastikan murid ini menyertai program pencegahan yang dijalankanseperti kokurikulum dan sebagainya.

vii. Pengetua atau guru besar dikehendaki mencatatkan perkara inidalam Profil Pelajar Ujian Urin Positif dan serahkan profil ini kepada Jabatan Pendidikan Negeri.

d. Murid disyakimemiliki dadah tanpa bukti jelas.i. Masalah ini hendaklah dianggap BUKAN masalah diiplin.

44

Page 45: Modul Pengurusan Bk

ii. Maklumat tersebut hendaklah dimaklumkan kepada guru bimbingan dan kaunseling atau kaunselor pelajar sekolah.

iii. Pengetua/Guru Besar atau guru besar bertugas serta dua oranglain sebagai saksi memeriksa beg murid berkenaan dan menyerahkan seberapa segera yang boleh bahan dadah yang diperolhi kepada pihak penguat kuasa undang-undang atau Jabatan Narkotik PDRM.

iv. Ibu bapa / penjaga murid berkenaan hendaklah dibawa berunding.v. Guru Bimbingan dankaunseling hendaklah mengadakan beberapa sesi

kaunseling dengan murid berkenaan.

e. Mendapat maklumat / rujukan tentang ada murid memiliki dan mengedar dadah.

i. Masalah ini hendaklah dianggap masalah disiplin yang serius.ii. Sumber rujukan maklumat hendaklah dirahsiakan sepenuhnya.iii. Pengetua/guru besar hendaklah mengadakan siasatan rapi sepenuhnya

sebelum tindakan disiplin diambil ke atas murid berkenaan.iv. Pengetua/guru besar atau guru bertugas serta dua guru bertugas sebagai

saksi memeriksa beg dan diri murid dan menyerahkan seberapa segera bahan-bahan dadah (sekiranya ada) kepada pihak penguat kuasa undang-undang Narkotik PDRM.

v. Ibu bapa /penjaga murid berkenaan hendaklah diberitahu secepat mungkin setelah hasil siasatan diketahui untuk membincangkan langkah-langkah yang perlu diambil bagi membantu murid berkenaan.

vi. Pengetua /guru besar boleh mengambil tindakan disiplin seperti dalam Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/75 dan peraturan-peraturan (disiplin) sekolah 1996.

vii. Guru Bimbingan dan kaunseling/kaunselor pelajar sekolah hendaklah mengadakan beberapa sesi kaunseling dengan murid berkenaan.

f. Murid didapati memiliki dadah.i. Masalah ini dianggap sebagai masalah disiplin yang serius.ii. Pengetua / guru besar serta dua orang guru bertugas sebagai saksi

memeriksa diri dan beg murid berkenaan dan menghubungi pihak Jabatan narkotik PDRM seberapa cepat yang boleh bagi mengambil bahan dadah tersebut (jika ada)

iii. Pengetua /guru besar hendaklah mengambil tindakan disiplin seperti yang dinayatakan dalam Pekeliling Ikhtisas Bil.7175 dan 9/75 disiplin sekolah / peraturan sekolah /peraturan sekolah untuk murid-murid dan peraturan pendidikan (disiplin) sekolah 1996.

iv. Ibu bapa/penjaga diberitahu secepat mungkin untuk membincangkan tindakan atau langkah yang perlu diambil.

v. Guru Bimbingan dan kaunseling hendaklah mengadakan beberapa sesi dengan murid tersebut.

vi. Pengetua / Guru besar dikehendaki mencatatkan perkara inidalam Profil Pelajar Ujian Urin Positif atau terlibat dengan kes dadah.

45

Page 46: Modul Pengurusan Bk

Laporan

Pengetua atau guru Besar hendaklah membuat laporan lengkap tentang kejadian menggunakan dadah kepada Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan tidak lewat satu(1) minggu dari tarikh tempoh kejadian. Gunakan borang Analisis Pelajar / Guru / Pekerja yang terlibat dengan dadah inhalan, ubat batuk pada tarikh yang tertentu, serta borang Maklumat Pelajar yang terlibat dengan dadah.

LANGKAH PENGURUSAN PELAJAR DISYAKI TERLIBAT DENGAN DADAH

Ujian urin

Positif negatif

Menjalankan sesi kaunseling Sambung pelajaran

Ujian urin

Positif negatif

Sambung pelajaran

* Perjumpaan ibu bapa dengan pihak sekolah

* Menjalankan sesi kaunseling

Ujian urin

Positif Negatif

46

Page 47: Modul Pengurusan Bk

Agensi Dadah Kebangsaan Sambung pelajaranPendidikan Pencegahan Dadah di sekolah

i. Program-program di sekolahii. Program-program di sekolah melibatkan masyarakat.iii. Program-program di sekolah ialah seperti berikut:

a. Kem Waja Diri Kolokium Membina ketahanan diriKem ini khas untuk pelajar yang bermasalah /berisiko tinggi. Penekanan diberikan terhadap nilai-nilai murni keagamaan dan moral, disiplin diri, memahami potensi diri dan kemahiran menyelesaikan masalah.

b. Skim Lencana Antidadah.Skim ini diikuti oleh pelajar yang menyertai pasukan beruniform supaya membolehkan mereka menyebarkan mesej anti dadah, membantu rakan yang mungkin terlibat dan seterusnya aktif dalam aktiviti pendidikan pencegahan dadah.

c. Ujian urin untuk mengesan pelajar terlibat dengan dadah.d. Pertandingan kegiatan seni jauhi dadah termasuk pertandingan

mengarang esei, sajak, melukis poster, deklamasi sajak anti-dadah, dikir antidadah, pidato dan nasyid antidadah.

e. Pertandingan Kuiz Pendidikan Pencegahan dadah.f. Cuma lima Minit Antidadah.g. Penyisipan Pendidikan Pencegahan Dadah melalui mata pelajaran

seperti bahasa, sains, agama/moral, kesihatan dan jasmani.h. Ceramah antidadah.i. Program kecergasan jauhi dadah.

iv. Program-program di sekolah melibat masyarakat:a. Seminar pendidkan pencegahan dadah untuk ibu bapa/penjaga.b. Program gaya hidup sihat dan cergas.c. Sukaneka di kawasan berisiko tinggi.

Semasa menjalankan aktiviti-aktiviti, biasanya pihak sekolah akan menjemput pihak-pihak luar seperti rukun tetangga,pihak polis, agensi antidadah bagi menganjrkan seminal atau ceramah-ceramah sebagi usaha pencegahan penggunaan dadah di kalangan murid.

47

Page 48: Modul Pengurusan Bk

v.Konsultasi dan Rujukan (1 jam)a. Peraturan dan prosedur memberi perkhidmatan mengikut Pekeliling

Kementerian Pendidikan Malaysia.(sila rujuk)b. Sumber rujukan:

1. Pakar psikologi sekolah - Perkhidmatan kepada individu- Bimbingan kepada guru- Khidmat kepada sekolah

2. Perkhidmatan kesihatan sekolah- Penilaian status kesihatan- Rujukan dan tindakan susulan- Khidmat kaunseling- Pemakanan- Pergigian- Pertolongan cemas- Pendidikan kesihatan- Kanak-kanak berkeperluan khas

3. Perkhidmatan disiplin sekolah

vi. Perkhidmatan Konferens dengan ahli Keluarga /Penjaga (2jam)

Ibu bapa sering mengandaikanmereka hanya akan dijemput berbincang tentang anak mereka jika anak mereka menghadapi masalah di sekolah, sama ada masalah melanggar disiplin atau masalah akademik. Pandangan yang sebegini perlu diubah, kerana keperluan untuk mewujudkan hubungan antara sekolah dengan ibu bapa tinggi. Perubahan pandangan hanya akan berlaku jika pihak sekolah juga bersedia untk memberikan perhatian yang lain, iaitu murid yang pintar, dan sederhana dengan menjemput ibu bapa mereka berbincang tentang anak-anak mereka.

Persediaan Konferensi yang berjaya

i. Bersedialah untuk menghadapi konferensi, senaraikan beberapa perkara yang perlu dibincangkan atau yang ingin diketahui.

ii. Mulakan konferensi ini dengan komen yang positif, usahakan supaya ibu bapa sedar yang anda prihatin terhadap anak mereka. Contoh: Tarima kasih kerana sudi datang pada hari ini. Kami sangat berterima kasih dengan ibu bapa yang datang kerana tuan menunjukkan minat terhadap anak tuan. Kita memanglah sentiasa berusaha untuk menolong murid kami dan ibu bapa, jadi apabila tuan datang múdala untuk kita bekerjasama.

iii. Usahakan agara ibu bapa berasa selesa dan tenang secara fizikal dan psikologikal.Di negara kita apabila ibu bapa dijemput datang ke sekolah , mereka akan berasa terancam kerana berprasangka anak mereka telah membuat salah atau tidak cukup pandai.Ini meningkatkan tahap kecemasan dan rasa malu di kalangan ibu bapa. Dengan itu layanan yang baik dan selesa akan memudahkan hubungan dijalin dan prasangka juga akan berkurangan.

48

Page 49: Modul Pengurusan Bk

iv. Contoh kerja murid untuk ditunjukkan kepada ibu bapa agar membolehkan mereka melihat kualiti kerja anak mereka. Kualiti ini haruslah yang dapat menggambarkan tahap kemajuan anak mereka. Jangan memilih hanya yang buruk atau yang terlalu baik sahaja. Gambaran yang benar tentang anak akan membantu pemahaman ibu bapa terhadap prestasi anak mereka.

v. Sediakan juga bahan anekdot, jika ada, untuk menerangkan dengan lebih lanjut tentang anak tadi.

vi. Sediakan data seperti markah ujian akademik, ujian minat, atau personaliti dengan interpretasinya sekali, jika ada.

vii. Beri ruang ibu bapa berbincang bersama. Komunikasi hendaklah berbentuk dua hala dan seimbang. Interaksi yang maksimum antara dua pihak dapat membantu memberikan celik akal kepada pihak sekolah.

viii. Perbincangan jangan terlalu lama . Tiga puluh atau empat puluh minit sudah memadai.

ix. Tutuplah perbincangan anda dengan kata-kata positif dan memberangsang ibu bapa untuk terus bekerjasama dengan anda dan pihak sekolah.

x. Sediakan laporan selepas sahaja pertemuan ini berakhir.

Konferensi kes (rujukan) Konferensi kes ini menemukan semua pakar yang terlibat dengan seseorang murid, bagi membolehkan berlakunya pengumpulan data dan pertukaran pandangan serta merancang bentuk bantuan dan perancangan kaedah yang sesuai untuk memudahkan murid tersebut belajar dengan baik.Dalam sesebuah sekolah konferensi kes ini mungkin boleh dihadiri oleh guru kelas murid tersebut,jururawat, guru kaunseling, pengetua, dan guru disiplin.Dalam kumpulan ini maklmat murid akan dikaji, cuba menjelaskan dan memahami masalah,memberikan pandangan masing-masing terhadap permasalahan tersebut,dan merancang rancangan tindakan seterusnya.Selalunya guru bimbingan yang menjadi pengerusi.Perkara-perkara berikut bolehlah dibincangkan:

i. Kebolehan dan Pencapaiana. Kebolehan membaca.b. Mengirac. Kebolehan istimewad. Kebolehan menulis

ii. Pendidikana. Sekolah yang telah dimasuki oleh murid, bila, berapa lama?b. Apakah kejayaan yang pernah dicapai?c. Apakah kegagalan yang dirasai?d. Apa yang disukai di sekolah?e. Apa yang tidak disukai?f. Bagaimana sikapnya terhadap sekolah?g. Apakah perancangan masa depannya?h. Bagaimanakah hubungannnya dengan murid lain?

iii. Aktiviti masa lapang, hiburan dan persatuan.a. Bagaimana murid menghiburkan diri?b. Sejauah mana ibu bapa mengambil tahu tentang cara murid berhibur?c. Adakah dia bermain berkumpulan?

49

Page 50: Modul Pengurusan Bk

d. Apakah hobi murid?e. Adakah dia memilih hiburan yang diharamkan?f. Adakah dia menjadi ahli kelab?g. Adakah dia menjadi ahli sesuatu geng?h. Apakah aktiviati orang tersebut?i. Siapa rakan karib murid?j. Adakah dia mempunyai rakan daripada golongan dewasa, bagaimana

keadaan orang dewasa tersebut?k. Pada siapakah murid ini mengadu dan meluahkan perasaan atau

berkongsi pengalamannya?

iv. Matlamat hidupa. Apakah matlamat kehidupan murid?b. Adakah murid dapat melaksanakan satu-satu tanggungjawab yang

diberi?

v. Inisiatifa. Adakah murid diarah sahaja?b. Adakah murid menunjukkan kualiti kepimpinan?

vi. Habita. Apakah habit yang membawa kesukaan pada diri murid?b. Adakah habit membantu dalam kerja sekolah atau menghalang?

vii. Kehidupan dalam keluargaa. Alamat asalb. Pekerjaan keluargac. Sikap ibu bapa terhadap sekolah.d. Aktiviti keagamaan keluargae. Aktiviti social.f. Kedudukan murid dalam keluarga seperti sulung,bongsu dll.g. Jenis rumahh. Bahasa/diales yang digunakani. Tahap pendidikan ibu bapaj. Keadaan fizikal rumahk. Kesihatan ahli rumah.

viii. Hubungan dengan guru.a. Adakah murid suka kepada sekolah?b. Adakah guru yang disukai?sebab suka atau tidak.c. Sikap ibu bapa kepada guru.

ix. Kesihatana. Bagaimana keadaan kesihatannya.b. Pendengaran, penglihatan, percakapan.

x. Kedudukan kewangan.a. Adakah dia dapat membeli keperluan sekolah?b. Adakah dia mengalami masalah kewangan?

50

Page 51: Modul Pengurusan Bk

xi. Agamaa. Jenis agamab. Pelaksanaan dalam kehidupan.

xii. Emosia. Apakah murid melahirkan emosi yang ekstrim?b. Apakah perkara yang dapat menimbulkan emosi?c. Jenis emosi yang dialami?

xiii. Kerisauan dan ketakutanxiv. Sikap

VII. Sistem fail , rekod dan Dokumentasi ( 2 jam)a. Jenis-jenis fail

1. Fail sesi kaunseling individu2. Fail sesi kaunseling kelompok3. Fail Bimbingan4. Fail Kaunseling Kerjaya5. Fail Program Motivasi Pelajar6. Fail Pengurusan dan Pentadbiran7. Fail Surat dari JPNJ8. Fail Surat dari PPD9. Fail Surat/Maklumat IPTA10. Fail Surat/Maklumat IPTS11. Fail Maklumat Konsultasi12. Fail Kaunseling staf/Guru13. Fail Rujukan Pelajar/Disiplin14. Fail Surat /Maklumat Agensi Luar15. Fail Pencegahan dadah/Urin Test16. Fail Program PRS17. Fail Persatuan Bimb & Kaunseling18. Fail Program sekolah19. Fail Lawatan20. Fail Kewangan UBK21. Fail Maklumat Inventori22. Fail Surat Ceramah Luar23. Fail Senarai pelajar24. Fail Kajian & Pembangunan R&D25. Fail Peribadi Kaunlor/Guru Bimbingan Kaunseling26. Fail Orientasi Pelajar27. Fail Kepimpinan Pelajar28. Fail Kepimpinan Pelajar29. Fail Kemahiran Belajar30. Fail Maklumat Akademik31. Fail Sijil Penghargaan

b. Sistem menyimpan fail1. Fail Disiplin,Sesi kaunseling individu dan kelompok,dadah dan pelajar berisiko disimpan di tempat berkunci.2.Fail-fail lain di rak biasa.

51

Page 52: Modul Pengurusan Bk

c. Mendokumentasi aktivitiSetiap program/aktiviti yang dijalankan hendaklah didokumentasi .

BAB 3

UJIAN DAN PENILAIAN DALAM PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING (4 JAM)

Pengenalan

Guru bimbingan mesti berhati-hati dalam pemilihan, pentadbiran dan penggunaan ujian standard,inventori dan skala pemeringkatan.Perkara berikut perlu diberi perhatian:1.kesesuaian alat untuk tuuan yang dikehendaki dan kesusuainya dengan individu yang mengambil.2.keadaan atau syarat-syarat ujian yang akan ditadbirkan.3.perbezaan atau selisih antara skor ujian dengan bukti prestasi yang lain4.perubahan skor ujian yang ketara dari semasa ke semasa.

Pentadbir ujian perlu menentukan perkara-perkara berikut:1. Alatan yang diperlukan – pensel, tempat /bilik yang sesuai,cukup terang,bebas gangguan ,aliran udara yang baik2. Bagi kumpulan besar:- cukup pembantu untuk mengedarkan kertas dan mentadbir.3. Menerangkan tujuan,kepentingan dan arahan ujian dengan jelas.4. Memastikan hanya satu salinan ujian sahaja dieadarkan.

UJIAN KECERDASAN

Diukur secara tidak langsung dengan memberikan individu satu siri masalah yang penyelesaiannya dianggap memerlukan penggunaan kecerdasan. Lebih cerdas sesorang itu lebih banyak masalah yang boleh diselesaikan. Jawapan kepada masalah ini diberikan skor dan jumlah skor dibandingkan dengan norma untuk kelompok yang berumur sehingga enam belas atau tujuh belas tahun. Keputusannya adalah satu IQ atau percentile rank, iaitu satu indeks kecerdasan.

2 jenis ujian kecerdasan.

A: Ujian Individu – The Standard Revision of the Bidet-Simon Test

Ujian ini dalam bentuk ujian bukan lisan (non-verbal), dan bertujuan untuk menguji individu pada satu masa.Contoh individu yang tidak tahu membaca, orang yang sukar membaca atau orang yang mempunyai masalah dalam membaca.

B: Ujian kumpulan – The Ohio State University Psychological Test

Ujian ini melibatkan pembacaan dan boleh ditadbirkan kepada satu kumpulan pada satu masa.

52

Page 53: Modul Pengurusan Bk

Kedua-dua jenis ujian ini mengandaikan latar belakang pendidikan danperkembangan yang sama sebelum umur 17 tahun. Andaian tidak semestinya benar.

Contoh-contoh ujian kecerdasan.Sesuai untuk sekolah menengah dan orang dewasa:Ujian kecerdasan Individu

a. Stamford-Binet intelligence scale,4th Editionb. Wechsler Adult Intelligence Schale (WAIS) dan Wechsler Intelligence scale

for Children (WISR-R).

Ujian Kecerdasan Kumpulan.a. Army general Classification Testb. California Test of Mental Maturityc. Otis Self-Administering Test of Mental Ability,Higher formd. SRA Primary Mental Abilities Teste. The Ohio State University Psychological Test.

UJIAN APTITUD

Aptitud ialah potensi untuk berkembang dalam sesuatu lapangan atau bidang. Beza kecerdasan dan aptitud ialah aptitud ialah bakat dan kecenderungan,kecerdasan ialah keupayaan mental.Aptitud diukur seara tidak langsug, sama seperti cara mengukur kecerdasan iaitu diukur dengan memberi individu satu kumpulan soalan atau masalah untuk diselesaikan.Jawapan yang diberikan selanjutnya dimarkah dengan menggunakan kunci yang disediakan dan markah dibandingkan dengan norma untuk ujian itu.Andaian orang yang mempunyai lebih aptitud untuk perkara-perkara dalam soalan itu akan berkembang selaras dengan bidang itu dan dengan itu akan memperoleh markah yang lebih tinggi.

Ujian aptitud mengukur prestasi seseorang individu semasa individu itu mengambil ujian itu. Aptitud individu diperoleh dari markah yang diperohinya dalam ujian itu dibandingkan dengan ornag yang dianggap telah berjaya dalam bidang itu.Ujian aptitud meramalkan kesesuaian seseorang untuk berbagai-bagai pekerjaan seperti kerja-kerja mekanikal,kesetiausahaan, dan bidang-bidang lain seperti muzik,kesenian,sains,matematik dan bahasa.

2 jenis ujian aptitud

A: Ujian kertas dan pensilB: Ujian penggunaan peralatan seperti kecekapan diri dan pemasangan mekanikal

Ujian aptitud walaupun banyak kekurangannya,umumnya ia masih alat yang berguna yang boleh digunakan dalam bimbingan vokasional.

53

Page 54: Modul Pengurusan Bk

Contoh Ujian Aptitud yang boleh digunakan:Ujian yang tekenal yang biasa digunakan oleh pembimbing dan kaunselor di negara maju (London 1973)

a. Ujian Aptitud Umum Differential Aptitude Test (DAT) USES General Aptitude Test Battery (GATB)

b: Ujian Aptitud Mekanikal Bennett Mechanikal Comprehension Test, Form AA and Form BB SRA Mechanikal Aptitudes The Dailey Vocational Tests (Technical and Scholastic Test) (Spatial Visualization)

c: Ujian Aptitud Perkeranian Detroit Clerical Aptitudes Examination SRA Clerical Aptitudes

d: Ujian Aptitud Seni Horn art Aptitude Inventory Lewrenz Test in Fundamental Abilities of Visual Art

e:Ujian Aptitud Perubatan Nursing Aptitude Test

f: Ujian Aptitud Muzik Seashore Measures of Musical Talent

g: Ujian Aptitud untuk mengajar. Teaching Aptitude Test Moss-Hunt-Wallace

UJIAN MINAT

Minat ialah satu fenomena subjektif yang berkait dengan kesukaan atau perasaan yang seseorang peroleh atau perkembangkan pada sesuatuperkara ,sesuatu benda,sesuatu aktiviti, sesuatu idea,sesuatu binatang atau seseorang manusia. Mungkin berbentuk instrinsik atau ekstrinsik,bergantung pada sama ada reaksi seseorang kepada sesuatu perkara, benda,objek, aktivit,idea, binatang atau orang itu adalah kerana atau hanya semata-mata kerana hasil yang boleh diperoleh dari pengalaman dengannya.Teori pengukuran minat agak mudah. Ia mengandaikan bahawa seseorang yang berminat dalam sesuatu bidang atau perkara akan mengetahui lebih banyak atau mempunyai lebih banyak maklumat tentang bidang atau perkara tiu sebelum dia mengikuti apa-apa latihan khusus jika dibandingkan dengan orang lain.

54

Page 55: Modul Pengurusan Bk

3 pendekatan pengukuran minat:

1: Dengan menanyai seseorang bidang apa yang diminatinya (minat yang diistiharkan).Sesuai untuk pelajar yang belum matang dan tidak berpengalaman.2. Memerhatikan apa yang dilakukan secara bersendirian,apa yang digunakan dengan masa dan wangnya dan berapa banyak kejayaan yang dicapai dalam apa yang dilakukannya.(minat yang ditunjukkan jelas).Ia lebih subjektif tetapi boleh digunakan jika guru bimbingan lebih prihatin apa yang dilakukan pelajar sebaik ia melaksanakannya.Tanpa pemerhatian dan rekod minat yang ditujunjukan tidak dapat dikesan.3.Mendapatkan anggaran akan minatnya berasaskan jawapan kepada soalan tentang kesukaan dan kebenciannya dan susunan pilihannya untuk kumpulan aktiviti, iaitu minat yang disenarai butirkan.

Contoh Minat:1. Ujian Inventori Minat Vokasional

a. The Strong Vocational Interest Blank salah satu inventori minat vokasional yang paling dikenali, tetapi ia agak sukar untuk diberikan markah dengan tangan dan penggunakan komputer agak mahal

b. Kuder Preference Record,Vocational Form D. Inventori ini debentuk untuk mengenal pasti dan mengukur pola minat dalam sepuluh bidang pekerjaan: kerja luar bangunan (outdoor),mekanikal,matematik,saintifik,peruasif, artistik, penulisan, muzik,perkhidmatan soaial dan lain-lain.

c. Kuder DD Occupational Interest Survey(OIS).Alat ini dirasakan boleh membezakan dengan lebih tepat antara berbagai-bagai kumpulan pekerjaan dari borang alat yang lama.Pada praktiknya ,tidak ada seorang individu yang dapat memperoleh markah dalam semua bidang pekerjaan dan semua pelajaran.

d. Ohio Vocational Internet Survey (OVIS).Disusun untuk mengenal pasti pola minat dalam 24 jenis pekerjaan yang melibatkan data, manusia dan benda.OVIS menggabungkan satu inventori dan soal selidik maklumat pelajar untuk memberikan maklumat latar belakang untuk mentafsirkan markah minat.

e. Self-Directed Search (SDS)f. Strong-Campbell Interest Inventory (SC11)g. Vocational Interest Inventory(V11) dan lain-lain lagi.

55

Page 56: Modul Pengurusan Bk

UJIAN PERSONALITI

Personaliti ialah komponen penting untuk memperoleh kejayaan dan kepuasaan dalam pekerjaan dan kehidupan secara umum.Dengan kaedah yang global mencuba memperolah ukuran keseluruhan personaliti melalui skala berstruktur dan inventori personaliti.Apabila bertindak balas terhadap alat ini individu dirangsangkan untuk menonjolkan dirinya kepada situasi yang diberikan yang dibentuk untuk membangkitkan gerak balas yang merupakan projeksi dalaman diri.Andaiannya ialah keputusan dari anggaran seperti ini boleh digunakan untuk menerangkan dan meramalkan tingkah laku.

Contoh Inventori PersonalitiInventori personaliti yang berikut adalah antara yang telah dikenali dan biasa digunakan (London 1973):

a. California Test of Personality Adult Form A,A Profile of Personal and Social Adjustment.

b. The Bell Adjustment Inventory Adult Formc. Jackson Personality Inventoryd. High School Personality Questionnairee. Personal Skills Maps(PSM)f. Temperament and Values Inventory (TVI)g. Sixteen Personality Gactor Questionnaire (16PF)

Di samping inventori personaliti di atas, banyak lagi borang analisis kendiri dan skala pemeringkatan personaliti untuk inventori individu. The Jones Ilustraion ialah salah satu contoh. Skala jenis ini boleh digunakan oleh kaunselor untuk mendapatkan pemeringkatan tentang sifat personaliti sendiri memperingkatkan dirinya pada sifat-sifat yang terkandung dalam inventori itu.

Borang analisis kendiri adalah sama dengan skala pemeringkatan personaliti,perbezaannya cumaia biasanya lebih merangkumi semua dan direka bentuk untuk tujuan pengkadaran kendiri semata-mata.Ini paling berguna untuk memperbaiki sifat-sifat keperibadian yang belum lagi diperhalus atau dilatih dengan baik.

DATA PENCAPAIAN

Data pencapaian ialah markah yang diperoleh dalam mata-mata pelajaran sekolah, markah atau gred yang diperoleh dari peperiksaan am,markah dalam ujian pencapaian pendidikan yang distandardkan, pencapaian khusus yang ditunjukkan dalam kursus-kursus yang berorentasikan pemeriksaan kerjaya yang teliti, dan aktiviti luar bilik darjah (aktiviti kokurikulum), pemeringkatan yang diperoleh dari majikan tentang

56

Page 57: Modul Pengurusan Bk

pengalaman bekerja, jika ada, dan markah yang diperolah dalam kesediaan pekerjaan atau ujian kecekapan.

Terdapat banyak ujian pencapaian yang telah diterbitkan untuk digunakan dalam bidang mata pelajaran yang khusus.Ujian ini terutama sekali berguna bagi mereka yang mengendalikan seseorang yang berpendidikan rendah dan kumpulan berkeperluan khas (London 1973).

a. Stanford Achievement Test,High School Battery (Grade 9-12)b. Adult Basic Learning Examination Level 1 & 11c. The Iowa Test of Education Development (Grade -12)

PENGUKURAN KECEKAPAN BEKERJA.

Ujian kecekapan pekerjaan dibentuk untuk mengukur kesediaan untuk melakukan kerja atau tugas yang terlibat dalam sesuatu pekerjaan.Ujian ini pertama dibentuk dan digunakan oleh Pasukan Tentera semasa Perang Dunia pertama untuk mengukur kemahiran pertukangan dan pengetahuan teknikal pengambilan orang baru yang bertujuan untuk memberikan mereka tugas dalam angkatan tentera.Ujian Trade ialah ujian kecekapan pekerjaan yang paling sering digunakan antara ujian-ujian yang lain.Ujian lain ialah ujian dalam melakukan kerja-kerja pejabat dan perkeranian dan kerja menjual dan perkhidmatan.

Ujian kecekpan pekerjaan terdiri daripada empat jenis:1..Ujian bertulis,2.ujian lisan,3.ujian gambar,4.dan ujian perlakuan (prestasi)

Ujian Bertulis,lisan dan gambar menggunakan bahan,alat,jentera dan proses yang digunakan dalam pekerjaan.

Ujian perlakuan melibatkan demonstrasi kerja yang dilakukan dalam pekerjaan, seperti menaip atau mematri.Pemeriksa memerhatikan perlakuan (prestasi)bagi kualiti dan susunan prosedur dan menyimpan rekod bagimasa yang diperlukan untuk menyiapkan tugas itu. Perlakuan (kualiti dan kuantiti pekerjaan yang dilakukan)dan masa adalah dibandingkan denganstandard atau norma, dan dalam keadaan trade kemahiran, individu itu digredkan sebagai novice, apprentice, journeyman atau master workman. Dalam lain pekerjaan jenis lain, istilah yang berbeza boleh digunakan untuk menerangkan kecekpan bekerja individu,seperti prestasi pada peringkat baru belajar, sama ada sederhana, baik atau cemerlang.

Contoh ujian Kemahiran Kecekapan Bekerja yang boleh digunakan.

Ujian yang dilakukan di bawah adalah antara yang terdapat di pasaran dan boleh digunakan oleh guru bimbingan dan kaunselor.Ujian ini mungkin berguna dalam menyediakan inventori individu pelajar agar dapat digunakan untuk membantu pelajar memahami bakat dan potensi mereka dan dalam usaha untuk menempatkan pelajar (London 1973).

1. The SRA Typing Skills Test.

57

Page 58: Modul Pengurusan Bk

2. Career Maturity Inventory (CMI)3. Career Development Inventory(CDI)4. My Vocational Situation (MVS)5. The Purdue Test for Electricians.

KesimpulanAlat penilaian dan pengukuran diperlukan untuk menolong kanak-kanak anpara remaja memahami diri mereka dengan lebih baik dan membuat pilihan pendidikan dan kerjaya yang lebih baik.Penggunaan ujian yang sesuai menambahkan lagi kekuatan perkhidmatan bimbingan dan merupakan antara sebab keberkesanan keseluruhan program pendidikan. Kelemahan ujian boleh diminimumkan jika ia digunakan dengan betul dan tindakan diambil untuk mengawal pelajar daripada salah faham, rasa bimbang dan takut.

Terdapat lima bidang utama aktiviti perkhidmatan ujian dan setiap satu adalah penting untuk kejayaan keseluruhan program. Aktiviti persediaan dan prosedur susulan patut diberikan perhatian yang sama seperti juga dengan pentadbiran sebenar ujian.

Walaupun program ujian Standard merupakan salah satu daripada tanggungjawab kaunselor,pentadbir dan guru patut juga terlibat dalam perancangan dan pelaksanaan program ini. Minat dan penglibatan setiap orang adalah diperlukan untuk kejayaannya.

Ujian Standard boleh dibahagikan kepada enam bidang utama. Setiap ujian dibentuk untuk menganggar aptitud atau sifat tertentu. Setiap satu mempunyai nilai kerana ia diguanakn untuk mendapatkan maklumat bagi memenuhi tujuan tertentu.

Sesuatu program ujian Standard memberikan ujian-ujian tertentu pada berbagai-bagai tahap persekolahan.interpretasi yang betul tentang data yang diperoleh dari ujian murid menambahkan lagi nialai sesuatu pengalaman.Interpretasi boleh dimudahkan melalui penggunaan profil, psikograf.Data statistik yang dikumpul dari markah mentah juga akan menjadikan keputusan ujian lebih bermakna.

58

Page 59: Modul Pengurusan Bk

BAB 4

a.Perancangan Program Bimbingan dan Kaunseling (4 jam)i.Analisis dan penilaian keperluan murid (2 jam)

Dinkmeyer,et al.(1970) ada mencadangkan empat bidang utama yang bolehdijadikan panduan untuk memulakan perkhidmatan berbentuk perkembangan ini. Keempat-empat bidang ini boleh dijadikan bahan perundingan atau asas aktiviti yang dirancang untuk pelajar-pelajar kita. Ini termasuklah bidang persekolahan, hubungan kekeluargaan dan rumahtangga,hubungan dengan masyarakat dan juga tentang diri sendiri.

1. Bidang sekolaha. Cara memahami guru dan cara guru dapat memahami pelajar.b. Berasa takut untuk bertanya dalam bilik darjah.c. Mengendalikan kerja-kerja sekolah yang sangat susah.d. Keinginan untuk memperbaiki prestasi dalam mata pelajaran yang tertentu.e. Rasa tidak suka kepada satu-satu mata pelajaran akademik.f. Rasa jemu dengan kerja-kerja yang sangat mudah dan tidak mencabar.g. Tidak memahami tujuan pendidikan atau pelajaran yang dipelajari.

2. Hubungan kekeluargaan dan rumahtangga.a. Keinginan untuk berhubung dengan ibu bapa dengan baik.b. Merasakan ibu bapa terlalu garang atau terlalu mengongkong.c. Ingin untuk berhubung lebih baik dengan adik-beradik.d. Cara memahami ibu bapa dan cara ibu bapa memahami anak-anak.e. Ingin memperbanyakkan aktiviti bersama ibu bapa dan adik-beradiknya.

3.Hubungan dengan masyarakat.a. Perlukan lebih ramai kawan.b. Kemahiran memilih kawan.c. Selalu diejek atau dianiaya oleh kawan.d. Ingin mendapat sahabat yang baik.e. Cara berhubung dengan rakan-rakan yang berlainan jenis.f. Kemahiran brhubung dengan teman-teman yang berlainan etnik.g. Takut berhubung dengan orang-orang yang baru dikenali.h. Belajar untuk hidup bermasyarakat,menjadi ahli masyarakat dan diterima

oleh masyarakat. 4.Diri sendiri.

a. Selalu tidak gembira, risau atau dukacita.b. Rasa kekurangan darisegi fizikal, sosial dan personal.

59

Page 60: Modul Pengurusan Bk

c. Belajar mengendalikan perasaan-perasaan yang timbul, seperti kegembiraan, percintaan,sedih, kecewa, kesunyian, malu dan perasaan-perasaan lain yang menghalang dari berlakunya kematangan diri.

d. Belajar untuk menimbulkan keyakinan diri.

Dengan menyediakan program-program perkhidmatan yang sesuai dengan keperluan pelajar, permintaan kepada perkhidmatan kaunseling di sekolah akan datang daripada pelajar sendiri, tidak lagi menunggu rujukan daripada guru-guru atau guru disiplin atau guru besar.Inisiatif akan dibuat oleh pelajara sendiri atas dasar ingin tahu, ingin memahami diri, perasaan, nilai dan maslaah yang mereka jangkakan akan mereka hadapi. Matlamat kaunseling yang berbentuk perkembangan ini ialah untuk membantu pelajar mengenalikan diri sendiri semasa proses pembesaran untuk emancapai kematangan dan kedewasaan. Dengan cara begini pelajar akan lebih bersedia, telibat dan berungguh dalam proses kaunling yang dijalankan yang merupakan faktor utama untuk mencapai kejayaan.

PERSEDIAAN GURU BIMBINGAN

Sebelum memulakan rancangan kaunseling yang berbentuk perkembangan ini di sekolah adalah penting bagi guru bimbingan menyediakan diri dalam beberapa kemahiran dan pengetahuan asas,antaranya:

1. Keperluan asas kanak-kanak dan remaja.

Penting bagi guru bimbingan mengetahui dalam keperluan –keperluan asas yang dikehendaki oleh kayak-kanak dan kaum remaja, dalam proses pembesaran dan persediaan untuk matang, dewasa dan mencapai tahap keseimbangan psikologi yang dapat dicapai melalui perkhidmatan kaunseling di sekolah. Antaranya ialah pelajar-pelajar itu perlu kepada :

a. Kesedaran tentang diri sendiri atau menerima keadaan yang ada pada diri sendiri. Faham akan elebihan dan kekurangan diri serta mempunyai penilaian diri yang realistik.

b. Kematangan dalam hubungan social.c. Pembentukan perasaan bebas, mempunyai kebebasan memilih, serta

bertanggunjawab pula terhadap pemilihan yang dibuat.d. Kematangan untuk merancang pekerjaan dan kehidupan amnya.e. Perasaan selamat dan yakin diri.f. Perasaan dihargai, diterima dan perasaan dirinya juga penting.

Perkara-perkara tersebut di atas adalah dianggap perlu oleh pelajar-pelajr dan harus difahami oleh guru bimbingan.Di camping itu, mendengar denganteliti apa yang dinyatakan oleh pelajar, dapat juga menjadi panduang kepada guru bimbingan tentang perkara asas yang diperlukan oleh pelajar.

3. Sahsiah dan tingkah laku

60

Page 61: Modul Pengurusan Bk

Guru bimbingan harus mahir pengetahuan dalam sacia dinamik dan tingkah laku. Antaranya ialah:

a. Tingkah laku adalah dinamik.Manurut Blocher (1968),setiap bentuk tingkah laku itu adalah dinamik dan menuju ke arah peringkat perkembangan yang baru.Pelajar-pelajar mengalami beberapa perubahan semasa proses perkembangan brlaku.Tingkah laku inilah yang perlu diberikan bimbingan cara mengendalikannya agar ia dapat disalurkan dengan cara yang sihat.

b. Individu bukanlah hanya perlu untuk meredakan rasa ketegangannya tetapi juga adalah kreatif dan reaktif. Ia bermotivasi untuk menyempurnakan diri. Oleh itu ia perlukan caran dan galakan daripada alam sekeliling seprti peluang-peluang untuk melahirkan dan mengasahbakat.

c. Dalam pola perkembangan hidup terdapat kelainan individu yang besar, hasil daripada perbezaan kadar perkembangan setiap individu. Ini merupakan statu punca masalah bagi pelajar-pelajar menyesuakan diri mereka dalam alam persekolahan.Contoh pelajar yang kurang menguasai kemahiran social mungkin berhadapan masalah menjalin hubungan bagi dengan teman-teman.

d. Tingkah alku asasnya ialah tindakan organisma untuk memenuhi keperluannya dalam suasana yang tertentu.Setiap tingkah laku mempunyai tujuan tertentu. Ada antara tuuan-tujuan itu yang disedari dan ada pula tidak disedari.Oleh itu guru bimbingan bukan sahaja harus memahami dan meneliti perasaan, sikap dan reaksi seseorang itu tetapi ia harus juga mehami apa tujuan sesuatu tingkah laku itu dilakukan.

e. Pertumbuhan dan perkembangan itu adalah berterusan.Oleh itu tingkah laku seseorang haruslah diperhatikan sebagai satu kesepaduan dalam hidup,bukan dicerai-ceraikan satu per satu.Pemahaman terhadap seseorang hanya dapt dibuat dengan meneliti dan menerokai alam hdup individu lain.

f. Tingkah laku seseorang semasa muda dapat menjadi alat ramalan yang baik untuk mengetahui tingkah laku individu berkenaan pada masa yang akan datang.

g. Konsep kendiri seseorang pelajar itu terbentuk semasa ia berada dalam zaman pra remaja (Gozan, et al, 1967).

Dengan analisis asas yang ada guru bimbingan haruslah merancang perkhidmatan kaunseling bagi melahirkan individu yang berkesan dan berguna.

ii.Perancangan program bimbingan dan kaunseling (3 jam)

1.Perancangan tahunan

Contoh rancangan tahunan:

Bil Tarikh /Bulan

Bidang Aktiviti Sasaran Kaedah Kos Sumber

1 Januari3 Jan 2008

Pengurusan&Pentadbiran

Pendaftaran pelajar baru

Pelajar baru

kumpulan RM400 sekolah

2 4-7 Jan 2008

Psikososial Minggu Orientasi

Pelajar baru

Kumpulan RM200 sekolah

61

Page 62: Modul Pengurusan Bk

2.Perancangan HarianContoh Rancangan Harian

RANCANGAN HARIAN

Tarikh:06.01.2008 Hari : Isnin

MASA BIDANG AKTIVITI CATATAN7-30-8.30pg

P & P Kemaskini rekod dan fail

Perhimpunan rasmi1. Taklimat Program Trasisi Darjah l2.Outreach perkhidmatan bimbingan dan kaunseling

8.30-10.30pg

PS&KM 1. Minggu Transisi pelajar darjah 1 Rujuk jadual program

1.1 Pengenalan sekolah1.2 taklimat peraturan sekolah1.3 Kelompok pembangunan diri1.4 Latihan dalam kumpulan

11.00-1.00ptg

P&P 1.Kemaskini rekod

2.Buat laporan program3.Kemaskini bilik Di bilik

kaunseling4.Bincang dengan GBK2 mengenai perjumpaan PRS5.Kemaskini bilik

b. Latihan menyediakan perancangan tahunan bimbingan dan kaunseling di sekolah (contoh: carta gantt) (3 jam)Bil Aktiviti Jan Feb Mac Apr Mei1 Mesyuarat Unit x2 Program Transisi x3 Kursus Kepemimpinan x

62

Page 63: Modul Pengurusan Bk

BAB 5

PENYELIDIKAN DALAM BIMBINGAN DAN KAUNSELING.

Penyelidikan telah lama dikenali sebagai stu daripada fungsi yang perlu dilaksanakan oleh guru bimbingan di sekolah-sekolah.Pada keseluruhannya guru bimbingan di sekolah sewajarnya mempunyai kebolehan dalam bidang penyelidikan. Penyelidikan amat berguna bagi guru bimbingan untuk memahami dan mendalami bidang perkhidmatannya.

Peranan guru bimbingan ialah:i. Guru bimbingan sebagai pengguna

Perkhidmatan bimbingan di sekolah selalunya tidak semata-mata bergantung kepada hasil penyelidikan dalam bidang hal-ehwal sekolah sahaja.Berbagai-bagai bidang lain harus diperhatikandan dikaji untuk mendapatkan maklumat yang lengkap.Faktor-faktor sosiologi, psikologi,atropologi, dan lain-lain, semuanya dapat memberikan beberapa data untuk menambah pengertian guru bimbigan terhadap keperluan semasa.. Kajian yang diterbitkan dalam sesuatu bidang itu haruslah difahami oleh guru bimbingan dahulu sebelum maklumat itu dapat digunakan. Guru bimbingan haruslah mempunyai kebolehan yang baik untuk memahami hasil penyelidikan yang telah dibuat.

ii. Guru bimbingan sebagai penyelidik.Stewart dan Warnanth (1965) membincangkan dua faktor yang mungkin menjadi sebab guru bimbingan dan kaunselor hampir meninggalkan bidang penyelidikan ini. Mereka berpendapat bidang penyelidikan ini menjarakkan guru bimbingan dengan masyarakat keliling. Ia akan menimbulkan rasa risau dalamdiri guru bimbingan.

63

Page 64: Modul Pengurusan Bk

Faktor ini guru bimbingan tidak pernah melihat rakan sejawat yang kedua ialah kemungkinan fungsi ini dirasakan tidak secucuk dengan fungsi bimbingan dan kaunseling yang sedang dijalankannya. Mungkin sebelum ini guru bimbingan yang menganggap penyelidikan tidak penting atau tidak perlu dilakukan atau kemungkinan yang lain ialah guru bimbingan tidak perlu mempunyai pengetahuan yang cukup untuk menjalankan tugas bimbingan ini.Faktor-faktor di atas dirasakan ada hubungannya dengan keadaan di negara kita. Keadaan ini dijangka akan berubah apabila telah lebih ramai guru bimbingan kita yang terlatih dan mendapat pendidikan yang lebih sempurna lagi sempurna lagi dalam bidang bimbingan ini.

TUJUAN PENYELIDIKAN DIJALANKAN

Terdapat beberapa tujuan mengapa penyelidikan harus dijalankan antaranya ialah:

1. Untuk mendapat maklumat yang pentingSetiap program yang dirancang hendaklah mengandungi data-data yang berbentuk objektif untuk membantu program yang dirancang berjaya.Sesuatu program itu haruslah berdasarkan penggunaan maklumat atau data-data yang dihasilkan daripada sesuatu penyelidikan.

2. Untuk memenuhi tanggungjawab profesionalGuru bimbingan harus memperluaskan peranannya dengan membuat penyelididkan dan hasilnya disampaikan kepada seluruh anggota masyarakat. Hasil kajian ini dapat memajukan lagi perkhdimatan yang diberikan.

3. Untuk mendapat kepuasan diri.Dengan mengendalikan penyelidikan dapatlah para guru bimbingan mencarijalan untuk menyelesaikan beberapa masalah serta menjawab beberapa persoalan yang ingin diketahui.Penyelidikan juga dapat membantu mencari cara yang sesuai dengan budaya serta nilai diri atauminat penyelidik itu sendiri. Kesannya, penyelidik atau guru bimbingan itu sendiri akan mendapat kepuasan dari hasil kerjanya.

4. Untuk memenuhi dan mengimbangi perkembangan dunia sekelilingnya.Perkembangan pesatuan yang berlaku di seluruh dunia terutama dalam mengkaji dan menyelidik perubahan-perubahan yang berlaku di dunia luar yang mempunyai kaitan terus dengan bidang ini.Hasilnya akan dapat digunakan untuk mengemaskinikan maklumat-maklumat yang telah dikumpulkan.

5. Untuk menujuk ke arah penerokaan yang lebih mendalam.

64

Page 65: Modul Pengurusan Bk

Ini adalah satupeluang bagi guru-guru bimbingan untuk menrokai bidang yang mereka minati dengan lebih mendalam. Mereka berpeluang menguji,mencuba dan mencari data-data yang sah untuk bidang-bidang tertentu serta idea-idea yangbaik hasil daripada usaha penyelidikan ini.

JENIS-JENIS PENYELIDIKAN YANG DIPERLUKAN DALAM BIDANG BIMBINGAN.

1. Penyelidikan tentang sikap terhadap perkhidmatan bimbingan.Mengetahui dari masa ke semasa apakah teknik yang berkesan dalam usaha memberikan pertolongan kepada pelajar yang berbeza latar belakang antara barat dan negara kita. Termasuk memahami pendekatan yang lebih berkesan ketika mengendalikan klien. Persoalan-persoalan seperti ini boleh didapati melalui kajian-kajian yang sistematik selain melalui bukti-bukti daripada pengamatan secara subjektif sahaja.

2. Penyelidikan deskriptif Penyelidikan ini dibuat untuk untuk mengetahui bagaimana guru bimbingan menggunakan masanya, masalah yang dialami oleh guru bimbingan, pandangan guru bimbingan tehadap tugas-tugas yang diberikan kepadanya, pandang guru, guru besar, pelajar, ibu bapa dan para pentadbir tentang perkhidmatan bimbingan ini. Maklumat-maklumat dari penyelidikan ini sangat penting untuk memahami kedudukan perkhidmatan bimbingandaripada bebagai-bagai kaca mata. Penyelidikan ini tidak memerlukan masa yang banyak dan pertolongan boleh didapati daripada para pelajar sendiri. Ini akan menggalakkan penglibatan pelajar- pelajar dan merupakan satu ciri penting untuk membuktikan keperluan perkhidmatan itu di sesebuah sekolah.

3. Penyelidikan Penilaian Penilaian berterusan perlu untk membaiki perkhidmatan bimbingan di sekolah.Matlamat utama penilaian dibuat terhadap sesuatu program berkenaan. Maklumat ini akan dapat dicapai apabila kekuatan dan kelemahan program itu dapat dikenal pasti, terutamanya estela dibandingkan dengan matlamat yang ditetapkan dan mutu yang dikehendaki. Bahagian yang mempunyai kelebihan atau kekuatan mungkin dapat digunakan untuk memperteguhkan bahagian yang agak

65

Page 66: Modul Pengurusan Bk

lemah.Contohnya mungkin hasil penyelidikan menunjukkan perkhidmatan kerjaya di sekolah itu amat baik, manakala perkhidmatan kaunseling pula agak kurang menggalakkan. Jadi,data yang didapati itu dapat digunakan untuk membaiki perkhidmatan kaunseling.

Penyelidikan yang berbentuk penilaian ini haruslah digalakkan di kalangan guru bimbingan kerana ini dapat menolong mereka mendaatkan sokongan dan membolehkan perkhidmatan mereka dinailai dengan cara yang lebih objektif dan sistematik.Penilaian yang berterusan membolehkan perkhidmatan ini diperkembangkan.

4.Penyelidikan berbentuk eksperimen Penyelidikan ini penting untuk mencuba idea-idea baru yang timbulhasil daripada pengalaman guru-guru bimbingan sendiri.Penyelidikan berbentuk eksperimen ini adalah lebih sulit dan memerlukan pengetahuan yang khusus dalam bidang penyelidikan.Walau guru bimbingan merasakan mereka mungkin tidak berkeupayaan untuk menjalankan penyelidikan yang berbentuk eksperimen ini, mereka masih boleh bekerjasama dengan pihak-pihak lain seperti institusi penyelidikan atau pendidikan setempat untuk mendapatkan idea-idea baru hasil eksperimen yang dijalankan oleh institusi-institusi tersebut.

KESIMPULAN

Penyelidikan adalah satu bidang yang penting dan sebagai satu daripada fungsi guru bimbingan. Gur bimbingan di semua peringkat harus melibatkan diri dalam bidang penyelidikan.Bidang ini sangat perlu kerana sebagai pengguna kepada hasil penyelidikan pun guru bimbingan harus juga mempunyai kemahiran dalam bidang tersebut. Oleh guru bimbingan perlu dilatih dengan mahir dalam bidang penyelidikan.

66