142
i KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA MODUL PEMBELAJARAN TINGKATAN 1 PENGURUSAN DIRI PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL 2014

MODUL Pengurusan Diri - Murid

Embed Size (px)

Citation preview

  • i

    KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

    MODUL PEMBELAJARAN

    TINGKATAN 1

    PENGURUSAN DIRI

    DRAF

    PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL

    ASASLAKSANAAN RINTIS PAV

    2014

  • ii

  • iii

    MODUL PEMBELAJARAN

    PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL

    (PAV)

    MODUL UMUM PRA-VOKASIONAL

    PENGURUSAN DIRI

    TINGKATAN 1

    BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

  • iv

    Copyright 2013 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 4-8, Blok E9, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62600 Putrajaya Cetakan Pertama 2013 Tidak dibenarkan mengeluarkan ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau lain-lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 WP Putrajaya

  • v

    KANDUNGAN

    1. RUKUN NEGARA

    vi

    2. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

    vii

    3. PENDAHULUAN a. Objektif Modul b. Kandungan Modul

    1 2

    4. MODUL PEMBELAJARAN UNIT 1 : MENGURUS DIRI UNIT 2 : MENGURUS BENGKEL UNIT 3 : MENYEDIA DAN MENYAJI/MENGEPEK MAKANAN UNIT 4 : MENJAHIT ARTIKEL MUDAH

    3

    43 79 100

  • vi

    RUKUN NEGARA BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai

    perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara

    hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan

    dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal

    terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu

    masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

    MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha

    kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip berikut :

    KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN

  • vii

    FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan

    lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang

    seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan

    kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang

    berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan

    berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap

    keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

  • 1

    PENGURUSAN DIRI

    PENDAHULUAN Modul ini memberi pendedahan kepada murid dengan pengetahuan dan kemahiran

    menguruskan diri, bahan, alatan serta tempat kerja dalam bidang Ekonomi Rumah

    Tangga dengan yakin, kreatif, berfikir ke arah teknologi dan keusahawanan. Murid juga

    perlu mematuhi dan mengamalkan peraturan keselamatan serta kebersihan diri semasa

    menyedia, menyaji makanan dan menjahit artikel. Semua pengetahuan, kemahiran, nilai

    dan sikap positif yang diperolehi murid melalui modul ini adalah bertujuan untuk

    menyediakan mereka menjadi modal insan yang berketerampilan dan berupaya

    meningkatkan kualiti hidup diri, keluarga dan komuniti.

    OBJEKTIF MODUL Modul ini membolehkan murid:

    1. Mengenal pasti faktor yang mempengaruhi pembentukan imej kendiri.

    2. Membentuk identiti dan imej kendiri yang positif.

    3. Mengenal pasti bahan dan alatan menjaga kebersihan diri dan tempat kediaman.

    4. Mengenal pasti bahan dan peralatan untuk aktiviti memasak dan menjahit.

    5. Memilih, mengguna dan menyenggara alatan dengan teknik yang betul.

    6. Menyediakan hidangan seimbang untuk diri dan keluarga.

    7. Menghasilkan artikel mudah dengan menggunakan mesin jahit.

    8. Mematuhi peraturan dan mengamalkan kebersihan serta keselamatan semasa bekerja di bengkel.

    9. Mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan sikap positif yang dipelajari melalui bidang Ekonomi Rumah Tangga dalam aktiviti harian.

    10. Mengamalkan budaya kerja yang baik dalam aktiviti keusahawanan dan berkomunikasi dengan berkesan.

    MODUL 1

  • 2

    KANDUNGAN MODUL UNIT 1 : MENGURUS DIRI Dalam Unit 1, murid mempelajari dan mengenali aspek berkaitan diri mereka dan cara

    mengurus diri seperti menjaga kebersihan diri, postur badan, cara berkomunikasi yang

    berkesan serta cara mengurus ruang tempat kediaman.

    UNIT 2 : MENGURUS BENGKEL Dalam Unit 2, murid diajar dan dibimbing cara untuk mengurus bengkel merangkumi

    peraturan bengkel, punca dan kaedah mencegah kebakaran, peti pertolongan cemas serta

    prosedur merawat kecederaan ringan.

    UNIT 3 : MENYEDIA DAN MENYAJI/MENGEPEK MAKANAN Dalam Unit 3, murid mempelajari tentang peralatan di dapur, cara menyedia, memasak dan

    menghidang atau mengepek makanan untuk jualan. Dalam unit ini juga murid berpeluang

    merancang dan melaksanakan projek jualan makanan ringan sebagai aktiviti

    keusahawanan.

    UNIT 4 : MENJAHIT ARTIKEL MUDAH Dalam Unit 4, murid dapat menjahit artikel jahitan yang mudah setelah mempelajari alatan,

    bahan jahitan dan mata jahitan asas serta jahitan hiasan.

  • 3

    UNIT 1 : MENGURUS DIRI STANDARD PEMBELAJARAN: 1.1 Mengurus diri dari aspek fizikal, personaliti, minat, bakat, kebolehan, kelebihan dan

    kelemahan diri.

    OBJEKTIF KHUSUS Pada akhir pembelajaran ini murid boleh: 1.1.1 Menyatakan sifat fizikal dan personaliti diri dengan tepat.

    1.1.2 Menyenaraikan sifat fizikal dan personaliti diri dengan berpandukan edaran yang disediakan.

    1.1.3 Menyenaraikan minat dan bakat diri.

    1.1.4 Menerangkan langkah-langkah untuk memupuk minat dan mengembangkan bakat diri dengan betul.

    1.1.5 Menyenaraikan kelebihan dan kelemahan diri dengan jelas.

    1.1.6 Menghargai dan mengurus diri dengan baik untuk menarik minat pelanggan apabila menceburi bidang keusahawanan.

  • 4

    MAKLUMAT RUJUKAN PENGENALAN Pengurusan diri merupakan satu proses yang berterusan bagi membentuk penampilan diri kamu

    agar sentiasa kelihatan menarik dari segi fizikal dan dapat melahirkan personaliti yang disenangi

    oleh orang-orang di sekeliling kamu. Pengurusan diri yang berkesan dapat menghasilkan imej

    kendiri yang baik.

    KANDUNGAN

    1. Imej Kendiri

    Imej kendiri bermaksud pandangan dan penerimaan kamu terhadap diri sendiri. Misalnya

    dari segi fizikal, adakah kamu berasa rupa kamu menarik atau hodoh, tinggi atau rendah,

    kurus atau gemuk dan sebagainya. Dari segi sikap atau kelakuan pula, adakah kamu

    berasa kamu seorang yang rajin, baik hati dan suka membantu atau seorang yang

    pemalas, nakal dan mementingkan diri sendiri.

    Lima faktor utama yang mempengaruhi pembentukan imej kendiri kamu adalah:

    a. Pengalaman lepas yang kamu alami sama ada positif atau negatif.

    b. Pandangan dan maklumbalas dari orang lain tentang diri kamu.

    c. Tindakbalas terhadap keadaan persekitaran yang berlainan.

    d. Penghargaan terhadap diri kamu sendiri.

    e. Personaliti atau sifat kamu.

  • 5

    2. Personaliti Yang Baik

    Personaliti ialah penampilan diri kamu. Personaliti yang baik akan menjadi kekuatan diri

    kamu yang penting untuk mencapai kejayaan di masa hadapan. Bentuk personaliti atau

    peribadi kamu dapat dilihat melalui ciri-ciri seperti sikap, tingkah laku, pemikiran, pertuturan,

    budi bahasa dan kestabilan emosi (Lampiran 2). Contoh bagi setiap ciri personaliti tersebut

    adalah seperti berikut :

  • 6

  • 7

    Bersopan santun

    Menghormati Orang lain

    Berhemah tinggi

  • 8

    3. Minat Minat merupakan aspek penting dari segi motivasi, yang mempengaruhi kamu untuk

    membuat atau melakukan sesuatu. Jika kamu berminat, kamu akan memberi tumpuan dan

    sepenuh perhatian terhadap perkara berkenaan. Misalnya belajar membaiki motosikal,

    menjahit, menyanyi dan sebagainya. Minat boleh dipupuk dan akan menjadi pendorong

    kepada kamu untuk berfikir supaya menjadi lebih kritis, kreatif dan inovatif dalam

    menghasilkan sesuatu yang kamu inginkan. Prestasi kerja kamu akan meningkat jika kamu

    berminat dan bersungguh-sungguh melakukannya. Kenali minat kamu dan nyatakan

    sebabnya dengan mengisi Lampiran 1.

    4. Bakat dan Kebolehan Bakat dan kebolehan merupakan sifat-sifat semula jadi yang membolehkan kamu

    melakukan sesuatu dengan lebih berkesan. Jika kamu seorang yang berbakat, misalnya

    dalam bidang seni, kebolehan kamu akan terserlah dan dihargai oleh orang ramai. Bakat

    memang lahir secara semulajadi, tetapi kebolehan boleh dipelajari. Kamu boleh mempelajari

    dan menjadi mahir dalam sesuatu bidang atau kerja yang kamu minati. Jika kamu berusaha

    dengan gigih, kamu akan menjadi seorang yang berjaya pada masa hadapan.

    Berikut merupakan langkah-langkah untuk meningkatkan minat serta kebolehan kamu: 1. Kenali diri dari segi minat terhadap bidang yang dipilih dan sebabnya, tuliskan cita-cita

    kamu dari segi pekerjaan atau kegiatan untuk menghasilkan pendapatan di masa hadapan (Lampiran 1).

    2. Menyenaraikan bakat dan kebolehan/kekuatan diri serta kelemahan dan halangan yang mengganggu kemajuan kamu (Lampiran 3).

    3. Nyatakan kelebihan atau pilihan yang boleh kamu dapati dari persekitaran kamu (Lampiran 3).

    4. Memberi tumpuan sepenuhnya semasa sesi atau aktiviti pembelajaran dan semasa

    menjalani latihan. 5. Sentiasa melihat peluang yang ada untuk meningkatkan kemahiran dan kejayaan.

  • 9

    PANDUAN KERJA

    BAHAN DAN PERALATAN

    Gambar sendiri, gambar ahli keluarga.

    Gambar personaliti/selebriti/individu yang berjaya dalam bidang diceburi.

    Bahan/Borang edaran/Kertas aktiviti, alatan TMK yang berkaitan. Kertas A4(putih dan berwarna), pensil warna, alat menulis, marker, gunting, gam dan kertas keras.

    Mesin penimbang berat badan, pita ukur .

    TUGASAN

    1. Menyediakan/melengkapkan Profil Diri.

    2. Membentangkan secara lisan Profil Diri.

    3. Menerangkan sebab memilih personaliti berkaitan dengan bidang yang diminati dan ingin diceburi.

    LANGKAH KERJA

    1. Guru mengedarkan borang Profil Diri untuk dilengkapkan oleh murid.

    2. Murid dibantu oleh guru menimbang berat badan dan ketinggian.

    3. Murid dikehendaki mencatat maklumat yang diperolehi ke dalam borang Profil Diri yang telah diedarkan.

    4. Murid membacakan Profil Diri kepada kelas.

    5. Murid mengumpulkan gambar sendiri, gambar keluarga serta gambar individu yang berjaya.

  • 10

    LAMPIRAN 1

    PROFIL DIRI SAYA

    1. NAMA: ____________________________________________

    2. UMUR: ______ tahun pada 1 Januari 20____

    3. TARIKH LAHIR: ______________

    4. Bilangan adik beradik: _____ org. P: _____ org L: ____ org.

    5. Anak ke ______

    6. TINGGI: _________ cm. BERAT BADAN: ________ kg.

    7. Saya tergolong dalam kategori:(Sila gariskan di bawah perkataan yang dipilih)

    a. Tinggi / Sederhana / Rendah

    b. Kurus / Sederhana / Gempal / Gemuk / Obes

    c. Berkulit: Cerah / Gelap

    d. Berambut: Lurus / Kerinting / Kasar / Halus

    e. Berwajah: Serius / Garang / Lembut / Manis / Ceria

    8. Minat saya dalam bidang: Perkhidmatan/ Pembuatan/ Pembinaan

    a. ___________________sebab ____________________________

    b. ___________________sebab ____________________________

    9. Cita-cita saya: __________________________________

  • 11

    LAMPIRAN 2 Secara berpasangan, kamu dikehendaki menilai personaliti pasangan kamu berpandukan senarai semak yang diberikan. Tandakan () pada ciri yang berkaitan.

    Nama Rakan:___________________________

    Senarai Semak Personaliti

    BIL

    CIRI PERSONALITI

    HASIL PEMERHATIAN

    1. Periang

    2. Peramah/Mesra dengan orang lain

    3. Biadap/Kasar

    4. Mungkir janji

    5. Bertanggungjawab

    6. Suka mengumpat

    7. Mudah tersenyum

    8. Perungus/perungut

    9. Suka menganiaya

    10. Suara yang mesra dan menyenangkan orang lain

    11. Suka membantu rakan

    12. Rajin bertugas

    13. Degil

    14. Sopan santun

    15. Alim

  • 12

    LAMPIRAN 3 KEKUATAN /KELEBIHAN / KELEMAHAN / KEKURANGAN KEBOLEHAN / BAKAT DIRI DIRI

    ________________________ _______________________

    ________________________ _______________________

    ________________________ _______________________

    ________________________ _______________________

    PELUANG DI SEKITAR HALANGAN YANG ADA

    ________________________ _______________________

    ________________________ _______________________

    ________________________ _______________________

    ________________________ _______________________

    Untuk mencapai cita-cita saya dalam masa _______ tahun lagi, semasa

    saya berumur _______ tahun, SAYA akan:

    1. _______________________________________________________

    2. _______________________________________________________

    3. _______________________________________________________

    SAYA

  • 13

    LATIHAN

    1. Isikan tempat kosong dengan jawapan yang disediakan di bawah.

    Menangis Riang Bersedih

    Nakal Marah Ketawa

  • 14

    UNIT 1 : MENGURUS DIRI STANDARD PEMBELAJARAN: 1.2 Mengamalkan kebersihan dan penampilan diri dari aspek rambut, muka, gigi, kuku dan badan.

    OBJEKTIF KHUSUS Pada akhir pembelajaran ini murid boleh: 1.2.1 Memilih dan menggunakan alatan yang sesuai untuk menjaga kebersihan diri. 1.2.2 Memilih dan menggunakan bahan untuk membersih diri dengan betul. 1.2.3 Melaksanakan aktiviti menjaga kebersihan diri seperti yang diarahkan. 1.2.4 Mempamerkan penampilan diri yang kemas dan bersikap positif.

  • 15

    MAKLUMAT RUJUKAN

    PENGENALAN Kebersihan diri merupakan kebersihan tubuh badan yang perlu di jaga bagi menjamin

    kesejahteraan hidup. Amalan kebersihan diri penting supaya badan sentiasa dalam keadaan

    bersih dan segar. Kebersihan adalah keadaan yang terhindar dari kotoran. Jika mata yang cantik

    bersinar, gigi yang putih berseri, kulit yang licin dan segar serta rambut yang cantik dan berkilat,

    semuanya adalah untuk penampilan diri yang menarik. Penampilan diri yang baik akan

    meningkatkan keyakinan diri apabila bergaul dengan individu yang lain dalam komuniti atau

    masyarakat.

    KANDUNGAN FAKTA Menjaga Badan

    a. Menjaga kebersihan dan kesihatan diri merupakan tabiat yang baik dan patut dilatih sejak kanak-kanak lagi.

    b. Badan yang bersih dan sihat adalah penting untuk:

    melawan kuman dan penyakit .

    menambahkan ketahanan badan.

    menjaga badan supaya dapat berfungsi dengan sempurna dari segi fizikal dan mental.

    Menjaga paras rupa supaya kelihatan menarik.

    c. Jangan membuat riadah yang terlalu memenatkan badan.

    d. Jangan sejukkan diri di bawah kipas sebaik sahaja riadah, seeloknya rehat sebentar dan kemudian mandi.

    e. Kita perlu mandi sekurang-kurangnya sekali sehari atau lebih sekiranya mudah

    berpeluh.

  • 16

    Menjaga Muka

    a. Kulit muka hendaklah diberi perhatian khas kerana ia lebih terdedah kepada matahari, angin dan hujan berbanding dengan kulit badan yang lain.

    b. Cara penjagaan muka:

    Cuci muka dengan pencuci muka khas dua kali sehari iaitu pagi dan malam.

    Bilas dengan bersih untuk membuang semua kesan sabun kemudian keringkan perlahan-lahan dengan tuala muka yang bersih dan lembut.

    Menjaga Gigi

    a. Menjaga gigi dengan betul adalah penting untuk:

    Mencantikkan muka seseorang.

    Mengunyah makanan dengan sempura.

    b. Cara menjaga gigi:

    Gosok gigi setiap pagi dan malam. Jika boleh, gosok gigi atau kumur mulut setiap kali selepas makan.

    Gunakan berus gigi dan ubat gigi yang sesuai. Jangan menggunakan berus gigi yang keras kerana ini boleh menyebabkan gusi berdarah.

  • 17

    Menjaga Rambut

    a. Rambut yang sihat, bersih, berkilat, mudah diurus dan bergaya adalah sangat menarik dipandang.

    b. Rambut yang tidak kemas dan gaya rambut yang kusut akan merosakkan rupa dan kecantikan kita.

    c. Hendaklah memilih gaya rambut yang ringkas, kemas, senang dijaga dan dibersihkan.

    d. Terdapat tiga jenis rambut iaitu rambut kering, rambut berminyak dan rambut normal.

    e. Cara menyikat rambut yang betul :

    Di sebelah pagi, selepas mandi dan di waktu malam sebelum tidur dengan sikat yang sesuai dan bersih.

    Gunakan pergerakan yang tetap bagi merangsang peredaran darah dan mengaktif semula kelenjar sebum pada kulit kepala agar rambut menjadi sihat dan berkilat.

    Menyikat rambut dengan kekuatan yang ringan pada kulit kepala untuk menanggalkan habuk dan kusut.

    f. Mencuci rambut:

    Sekurang-kurangnya sekali atau dua kali seminggu mengikut jenis rambut anda.

    Gunakan syampu yang sesuai dengan jenis rambut.

    Urut kulit kepala dan gosok betul-betul kemudian bilas hingga bersih .

    Keringkan rambut dengan tuala yang bersih.

    Sikat rambut bagi menghilangkan kusut dan biar rambut kering.

    Apabila rambut betul-betul kering, sapukan sedikit krim pelembap rambut pada hujung rambut yang kering jika perlu.

  • 18

    Menjaga Tangan

    a. Tangan yang kotor boleh mencemarkan makanan dan menjadi punca penyakit.

    b. Tangan mestilah selalu bersih. Basuh tangan dengan air, sabun dan berus di sekeliling kuku serta di bawah kuku dengan berus kuku.

    c. Bilas dengan bersih dan keringkan dengan tuala tangan yang bersih.

    Langkah 4 Bersihkan dengan air

    Langkah 5 Tutup paip dengan kain

    Langkah 6 Keringkan tangan dengan tuala

    Langkah 1 Membersihkan tangan dengan air

    Langkah 2 Letak sabun di tapak tangan

    Langkah 3 Gosok sabun hingga berbuih

  • 19

    Kepentingan Menjaga Kebersihan Kuku Tangan Dan Kaki

    a. Kuku tangan dan kuku kaki yang panjang boleh mengumpul kotoran dan menjadi tempat pembiakan kuman. Penyakit yang berkaitan dengan kuku yang kotor:

    Jangkitan cacing

    Jangkitan kuku

    Penyakit kulit

    Keracunan makanan

    Menjaga Kuku Tangan Dan Kaki

    a. Rendamkan kuku tangan dan kaki ke dalam bekas berisi air suam selama 15 minit. Gunakan berus yang lembut untuk membersihkan celah-celah kaki kemudian basuh dengan sabun yang lembut sebelum memotong kuku.

    b. Kuku harus dipotong setiap minggu atau apabila dirasakan panjang. Hati-hati apabila memilih pemotong kuku supaya kuku tidak rosak.

    c. Kuku tangan dipotong mengikut bentuk kuku supaya kemas dan menarik. Bagi kuku kaki pula harus dipotong lurus agar bahagian tepi tidak mencengkam isi kuku.

    d. Keringkan tangan dan kaki dengan menggunakan kain bersih. Sapu dengan losen khas untuk tangan dan kaki supaya lembut, kaki kelihatan bersih dan kuku menjadi sihat.

  • 20

    PANDUAN KERJA BAHAN DAN PERALATAN Majalah, surat khabar, berus gigi, sikat, syampu, pemotong kuku, tuala, kertas A4(putih dan berwarna), pensil, gam dan gunting.

    TUGASAN

    1. Murid mencari gambar berpandukan bahan dan alatan yang telah dipamer. Murid dikehendaki menggunting dan melabel gambar alatan yang bersesuaian untuk menjaga kebersihan diri.

    Berus gigi

    Ubat gigi

    Syampu

    Sabun mandi

    Sikat

    Tuala

    Pemotong kuku

    LANGKAH KERJA

    1. Membuat pemerhatian terhadap beberapa bahan dan alatan maujud, keratan akhbar, majalah dan melayari internet.

    2. Menerangkan jenis-jenis pembersih muka dan syampu yang ada dalam pasaran.

    3. Menampal koleksi gambar mengikut kategori bahan dan alatan untuk membersih diri.

    4. Memotong kuku dengan cara yang betul.

    5. Melaporkan secara lisan mengenai tugasan yang telah dijalankan.

  • 21

    LATIHAN

    1. Senaraikan tiga jenis bahan membersih diri.

    a.

    b.

    c.

    2. Nyatakan kegunaan alat-alat dalam gambarajah di bawah.

    Alat Kegunaan

  • 22

    UNIT 1 : MENGURUS DIRI STANDARD PEMBELAJARAN: 1.3 Mengamalkan postur badan semasa berdiri, berjalan dan duduk.

    OBJEKTIF KHUSUS Pada akhir pembelajaran ini murid boleh: 1.3.1 Menerangkan maksud postur badan. 1.3.2 Membincangkan kepentingan menjaga postur badan yang betul. 1.3.3 Menunjukkan postur badan yang betul semasa berdiri, berjalan dan duduk. 1.3.4 Mengamalkan postur badan yang betul semasa berdiri, berjalan dan duduk.

  • 23

    MAKLUMAT RUJUKAN

    PENGENALAN

    Postur ialah pembawaan diri semasa berjalan, berdiri, duduk atau baring. Postur yang baik berkait

    rapat dengan sistem rangka tulang, otot - otot dan peredaran darah. Selain itu, postur yang baik dan

    menarik juga dipengaruhi oleh faktor-faktor berikut:

    a. makan makanan yang seimbang.

    b. mendapat tidur yang cukup.

    c. mengambil perhatian terhadap langkah-langkah menjauhi penyakit dan menjauhi dari

    daripada masalah yang menyebabkan mental-emosi terganggu.

    Murid-murid banyak melakukan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal. Oleh itu, amalan postur

    yang baik amat penting bagi seseorang remaja. Postur yang baik terbentuk apabila ada kesejajaran

    di antara bahagian - bahagian badan seperti kepala, leher, dada, abdomen, paha, betis dan kaki.

  • 24

    KANDUNGAN/FAKTA

    1. Postur Ketika Duduk

    a. Gambarajah di bawah menunjukkan kesejajaran yang betul bagi bahagian - bahagian badan ketika duduk. Kepala dan punggung berada pada garisan lurus menunjukkan postur duduk yang betul.

    b. Manakala gambarajah kanan menunjukkan postur duduk yang tidak betul. Kepala dan punggung tidak berada pada garisan yang lurus.

    c. Apabila ini berlaku badan akan melengkok ke depan. Berat badan juga tidak disokong sepenuhnya oleh punggung.

  • 25

    2. Postur Ketika Berdiri

    a. Gambarajah di bawah menunjukkan postur yang betul bagi bahagian - bahagian badan. Kepala dan kaki berada di dalam garisan yang lurus.

    b. Seseorang yang mempunyai bahagian - bahagian badannya yang disejajarkan dengan sempurna dikatakan mempunyai postur berdiri yang terbaik.

    c. Manakala gambarajah kanan menunjukkan postur yang tidak betul. Ini menandakan bahawa postur tegak badan itu adalah kelihatan buruk.

  • 26

    3. Postur Ketika Berjalan

    a. Ketika berjalan postur badan adalah sama semasa berdiri. Bezanya cuma bila bergerak. Ketika berjalan, kaki mestilah menghala ke depan. Kaki yang diletakkan mesti didahului dengan tumit. Berat badan ditumpukan dibahagian tengah kaki.

    b. Imbangan badan yang betul ketika berjalan ialah dengan melangkah betul - betul di tengah graviti setiap langkah. Ini boleh dilakukan dengan berjalan di atas garisan yang lurus (Rajah 1).

    c. Keadaan berjalan seperti Rajah 1 mengurangkan sokongan kaki dan kestabilan badan ketika berjalan. Di samping itu, tenaga yang lebih banyak diperlukan untuk menggerakkan langkah ke depan.

    d. Kamu boleh juga berjalan seperti Rajah 2 tetapi postur berjalan yang paling baik ialah seperti Rajah 3. Badan akan menjadi lebih stabil dan langkah boleh digerak dengan lebih mudah.

    e. Rajah 4 menunjukkan postur berjalan yang tidak betul.

    .

  • 27

    PANDUAN KERJA

    BAHAN DAN PERALATAN

    Kerusi, meja, beban (buku,botol dan lain-lain), kertas A4.

    TUGASAN

    1. Mengamalkan postur badan yang betul

    a. Berdiri

    b. Duduk

    c. Berjalan

    LANGKAH KERJA

    1. Bincangkan keempat-empat postur berdiri dalam gambarajah di atas bersama dengan guru

    anda.

    2. Yang manakah menunjukkan cara berdiri yang betul?

    3. Catatkan manakah postur badan anda berdasarkan gambarajah di atas.

  • 28

    LATIHAN

    1. Tanda () pada postur badan yang betul dan tanda (X) pada postur badan yang salah.

  • 29

    UNIT 1 : MENGURUS DIRI STANDARD PEMBELAJARAN: 1.4 Mengamalkan komunikasi berkesan.

    OBJEKTIF KHUSUS Pada akhir pembelajaran ini murid boleh: 1.4.1 Menyenaraikan ciri-ciri positif dan negatif semasa berkomunikasi.

    1.4.2 Melakonkan dialog yang disediakan dengan suara, gaya dan memek muka yang betul.

    1.4.3 Mengamalkan cara pertuturan dan pergaulan yang sopan.

  • 30

    MAKLUMAT RUJUKAN

    PENGENALAN

    Komunikasi adalah proses bagaimana menyampaikan maklumat antara individu ditukarkan

    melalui sistem simbol, tanda, atau tingkah laku yang umum. Ia boleh disampaikan secara lisan

    dan bukan lisan melalui individu kepada individu yang lain. Komunikasi berlaku setiap masa

    dalam kehidupan kita untuk menyampaikan mesej. Kita bercakap, mendengar, membaca, dan

    menulis. Semasa berkomunikasi, kita menjalinkan hubungan dengan individu lain. Komunikasi

    merupakan proses berterusan yang bertujuan untuk mengubah sikap, pandangan, atau perlakuan

    orang lain.

    KANDUNGAN/FAKTA Proses Komunikasi

    Saluran

  • 31

    (Saluran media)

    disampaikan

    disampaikan

    )

  • 32

    BENTUK KOMUNIKASI

    FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEBERKESANAN BERKOMUNIKASI Keberkesanan berkomunikasi dipengaruhi oleh faktor kemahiran berkomunikasi penyampai dan penerima serta halangan berkomuniksi yang mengganggu penyampaian mesej yang tepat. Komunikasi akan berkesan hanya apabila kita mengamalkan sikap yang baik seperti:

    Berbudi bahasa

    Saling menghormati

    Bertoleransi

    Berlangsung dengan menggunakan suara dan bahasa.

    Berlaku antara individu secara bersemuka atau melalui telefon, televisyen dan radio.

    Tingkah laku semasa menyampaikan mesej tanpa menggunakan suara dan bahasa. Contoh: menganggukkan kepala, mengerdip mata, pergerakan tangan dan memek muka.

  • 33

    PANDUAN KERJA BAHAN DAN PERALATAN

    Dialog lakonan yang ringkas, kertas A4.

    TUGASAN

    1. Murid melakonkan watak yang terdapat di dalam dialog.

    a) Marah

    b) Ketawa

    c) Geram

    d) Malu

    LANGKAH KERJA

    1. Guru mengarahkan murid melakonkan watak marah, ketawa, geram dan malu secara

    spontan dengan gaya, suara dan memek muka.

    2. Murid lain diminta meneka watak yang dilakonkan oleh murid tersebut.

  • 34

    LATIHAN

    1. Tingkah laku seseorang boleh menyampaikan mesej. Padankan situasi berikut dengan

    jawapan yang betul.

    a) Dayang tersenyum apabila menerima

    hadiah daripada rakannya.

    b) Adik Sarah bersembunyi di belakang

    ibunya apabila berhadapan dengan

    tetamu.

    c) Artikah asyik memandang jam tangan

    semasa berbual dengan rakannya.

    d) Ulya menaiki motosikal dan

    mengibarkan bendera Malaysia apabila

    pasukan Malaysia memenangi Piala

    Thomas.

    2. Nyatakan memek muka dalam gambarajah di bawah.

    Gelisah

    Bangga

    Malu

    Gembira

  • 35

    UNIT 1 : MENGURUS DIRI STANDARD PEMBELAJARAN: 1.5 Mengurus ruang tempat kediaman.

    OBJEKTIF KHUSUS

    Pada akhir pembelajaran ini murid boleh: 1.5.1 Menamakan jenis ruang tempat kediaman mengikut fungsi. 1.5.2 Menyenaraikan jenis alatan dan bahan untuk membersih ruang dengan betul. 1.5.3 Memilih dan mengguna alatan dan bahan untuk membersih ruang mengikut kesesuaian. 1.5.4 Membersih ruang menggunakan alatan dan bahan yang sesuai. 1.5.5 Membersih dan menyimpan alatan mengikut prosedur.

    1.5.6 Mengamalkan penjagaan tempat kediaman supaya sentiasa bersih, kemas dan teratur.

  • 36

    MAKLUMAT RUJUKAN

    PENGENALAN Tempat kediaman menyediakan pelbagai ruang untuk ahli keluarga menjalankan aktiviti harian. Setiap ruang tempat kediaman mempunyai fungsinya sendiri bagi membolehkan aktiviti yang bersesuaian dijalankan. Ruang tempat kediaman perlu dirancang dan diurus supaya dapat memberi keselesaan dan ketenangan kepada ahli keluarga. Ruang tempat kediaman merupakan tempat bagi setiap ahli memenuhi keperluan fizikal dan psikologi serta melaksanakan aktiviti keluarga. Keluarga memerlukan alatan untuk mengurus ruang tempat kediaman. Pengurusan ruang menjadi semakin mudah dengan perkembangan teknologi.

    KANDUNGAN/FAKTA Ruang tempat kediaman terdiri daripada tiga jenis ruang yang utama mengikut fungsi dan jenis

    aktiviti yang dijalankan oleh ahli keluarga iaitu:

    a) RUANG SOSIAL

    tempat berehat dan berinteraksi antara ahli keluarga, membaca akhbar, dan menonton televisyen.

    melayan tetamu, berbual dan berbincang.

    menjamu selera.

    Contohnya

    bilik istirehat

    ruang tamu

    ruang makan

  • 37

    b) RUANG KERJA

    Melakukan aktiviti penyediaan dan penyimpanan makanan.

    Menyimpan barang-barang.

    Melakukan kerja-kerja pembersihan dan peyelenggaraan serta meletak kereta.

    Contohnya:

    Dapur

    Stor

    Garaj

    Tempat mendobi

    c) RUANG PERSENDIRIAN

    Tempat berehat dan menyimpan wardrobe.

    Membersih dan mengemas.

    Contohnya: Bilik tidur

    Bilik mandi

    Tandas

  • 38

    PENJAGAAN TEMPAT KEDIAMAN Suasana persekitaran yang selesa akan mempengaruhi pasaran dan perkembangan minda. Oleh

    itu, kita perlu memberi penekanan terhadap penjagaan tempat kediaman supaya sentiasa bersih,

    kemas, dan selesa. Aktiviti penjagaan tempat kediaman adalah membersih, mengemas dan

    menghias.

    Pembersihan Tempat Kediaman Kebersihan tempat kediaman akan menjadikan kehidupan lebih selesa di samping mewujudkan

    keceriaan di dalam rumah. Selain daripada itu, kediaman yang bersih membantu kita menghindari

    pembiakan haiwan perosak dan membolehkan kita bekerja dengan selamat.

    Alat dan Agen Pencuci

    ALAT PENCUCI

    AGEN PENCUCI

    a) Penyapu

    i. Penyapu rami ii. Penyapu lidi

    iii. Penyapu bulu iv. Penyapu buluh

    Sabun

    b) Berus

    i. Berus dawai ii. Berus sabut iii. Berus plastik iv. Berus tandas v. Berus siling

    Detergen

    c) Mop

    a. Bahan peluntur

    d) Penyedut hampagas

    b. Pembasmi kuman

    e) Penadah sampah

  • 39

    Berus dinding

    bertangkai

    panjagn

    Penyapu buluh

    Penyapu

    lidi

    Mop

    Penyapu plastik Penyapu rami

    Berus

    Penyedut

    hampagas

    Berus gosok

    Berus bertangkai pendek

    yang dibuat daripada rambut

    Berus lantai berberdawai

    Baldi

    Berus sabut bertangkai

    pendek

    Berus sabut

    Berus gosok

    Tandah

    sampah

    Berus tandas

    Penyapu

  • 40

    Langkah Membersihkan Ruang Tempat Kediaman

    Menyimpan Penyapu Dan Berus Di Dalam Almari

    MENYIMPAN PENYAPU DAN BERUS DI DALAM ALMARI

  • 41

    PANDUAN KERJA

    BAHAN DAN PERALATAN

    Agen pencuci, alat pencuci, bunga, dan hiasan tampalan.

    TUGASAN

    1. Pelajar diminta mengurus bilik pengurusan diri menggunakan alat pencuci dan agen

    pembersih.

    LANGKAH KERJA

    1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan .

    2. Setiap kumpulan diminta untuk melakukan kerja membersih dan mengemas pada suatu sudut di Bilik Pengurusan Diri.

    3. Setelah selesai aktiviti tersebut, murid diminta memberi pandangan mereka terhadap aktiviti yang telah dilakukan.

    4. Guru menilai dan membuat komen.

    Menyimpan penyapu dan berus di dalam almari

  • 42

    LATIHAN

    1. Namakan peralatan untuk mencuci ruang tempat kediaman di bawah.

    a) b) c).

    d)

    2. Isikan tempat kosong dengan jawapan yang disediakan di bawah dengan betul

    a) _____________________digunakan untuk mengelap permukaan licin yang luas.

    b) _____________________digunakan untuk mencuci parit-parit.

    c) _____________________digunakan untuk membuang habuk di permaidani.

    d) _____________________ digunakan untuk menggosok lantai yang berlumut.

    e) Halaman rumah perlu menggunakan __________________untuk membersihkanya.

    Penyapu lidi

    Mop lantai

    Penyapu plastik/parit Berus dawai

    Penyedut hampagas

  • 43

    UNIT 2: MENGURUS BENGKEL

    STANDARD PEMBELAJARAN: 2.1 Mengenal pasti fungsi carta organisasi.

    OBJEKTIF KHUSUS Pada akhir pembelajaran ini murid boleh: 2.1.1 Menerangkan kegunaan dan kepentingan carta organisasi di bengkel dengan jelas. 2.1.2 Menyediakan carta organisasi bengkel dengan lengkap.

  • 44

    MAKLUMAT RUJUKAN

    PENGENALAN Mengurus bengkel merupakan satu langkah yang perlu diberi perhatian bagi memastikan

    bengkel sentiasa dalam keadaan bersih dan kemas. Untuk itu, organisasi bengkel adalah

    perkara utama yang perlu diwujudkan diawal sesi mengajar guru bagi memastikan bengkel boleh

    diurus dengan lebih lancar dan teratur. Carta organisasi perlu disediakan untuk memastikan

    kerja-kerja rutin di bengkel akan berjalan secara teratur dan lebih sistematik.

    CARTA ORGANISASI BENGKEL

    1. Organisasi Bengkel

    Organisasi bengkel ialah sistem pengurusan bengkel yang berasaskan kerjasama di kalangan

    murid. Murid akan menjalankan tugasan secara kumpulan dan bergilir-gilir. Setiap murid yang

    dilantik mestilah menjalankan tugas dengan penuh rasa tanggungjawab dan semangat

    bekerjasama.

    2. Apa Itu Carta Organisasi?

    Satu jadual yang mengandungi senarai jawatankuasa murid yang akan bekerjasama

    menjalankan tugas mengurus bengkel. Setiap sesi amali diketuai oleh murid yang dikenali

    sebagai formen, dibantu oleh penolong formen. Tugas formen adalah mengawasi serta

    menyelaraskan murid-murid lain.

    3. Fungsi Carta Organisasi

    i. Memastikan murid sama-sama bertanggungjawab menjaga kebersihan serta

    keselamatan bengkel supaya dapat mewujudkan suasana persekitaran yang

    bersih, selesa dan selamat.

    ii. Murid berpeluang mempelajari aspek kepimpinan, tanggungjawab, kerjasama dalam

    kumpulan serta mempraktikkan amalan kerja yang teratur disamping menghargai harta

    benda yang terdapat dalam bengkel.

  • 45

    4. Contoh Carta Organisasi Bengkel

    i. Tugas Formen/ Penolong Formen

    Memastikan murid hadir ke bengkel dalam barisan.

    Mengatur murid di luar bengkel sebelum mendapat kebenaran masuk.

    Memastikan setiap kumpulan menjalankan tugas mengikut jadual.

    Memeriksa setiap alatan yang digunakan telah disimpan di tempat yang sepatutnya.

    Melaporkan sebarang kerosakan atau kehilangan kepada guru.

    Menerima dan menyampaikan segala arahan daripada guru kepada murid.

    ii. Jadual Kerja

    Setiap kelas mempunyai jadual kerja semasa di bengkel.

    Murid dibahagikan kepada kumpulan untuk menjalankan tugas.

    Tugas dilakukan secara bergilir-gilir berdasarkan jadual.

  • 46

    PANDUAN KERJA

    BAHAN DAN PERALATAN Senarai nama, kad manila, pen marker, alat tulis, gunting dan pensel warna.

    TUGASAN 1: Menyediakan carta organisasi.

    LANGKAH KERJA

    1. Murid mencatat fungsi carta organisasi. 2. Murid berbincang dengan guru untuk membentuk organisasi bengkel. 3. Guru membahagikan murid kepada kumpulan.

    4. Murid menyediakan alatan dan bahan .

    5. Murid membuat carta organisasi mengikut kumpulan berdasarkan jawatankuasa

    yang telah dilantik.

  • 47

    LATIHAN

    A. Jawab soalan di bawah dengan jawapan yang ringkas.

    1. Carta organisasi adalah satu jadual yang mengandungi

    ..

    ..................................

    .

    2. Nyatakan dua fungsi carta organisasi.

    a.......................................

    b..............................................

    B. Lengkapkan carta organisasi pada rajah di bawah dengan menulis nama ahli mengikut jawatan yang telah dilantik.

    FORMEN

    PEMBANTU FORMEN

    KUMPULAN 4

    ..

    KUMPULAN 3

    .

    KUMPULAN 2

    ....

    .

    KUMPULAN 1

    .

    .

    .

    .

    .

    GURU

  • 48

    UNIT 2: MENGURUS BENGKEL STANDARD PEMBELAJARAN: 2.2 Mengamalkan kebersihan bengkel.

    OBJEKTIF KHUSUS Pada akhir pembelajaran ini murid boleh:

    2.2.1 Menyediakan jadual tugas berkumpulan mengikut giliran. 2.2.2 Melaksanakan tugas pembersihan mengikut jadual yang ditetapkan.

  • 49

    MAKLUMAT RUJUKAN

    PENGENALAN Kebersihan bengkel merupakan satu aspek yang perlu diberi perhatian bagi memastikan

    bengkel sentiasa dalam keadaan bersih dan teratur. Justeru jadual tugas membersih perlu

    disediakan agar murid dapat menjalankan tugas membersih mengikut giliran. Jadual tugas

    merupakan satu jadual yang mengandungi senarai murid mengikut kumpulan beserta

    agihan tugas yang telah ditetapkan oleh guru.

    1. Mengamal Kebersihan Bengkel

    A. Membersih B. Menyusun Atur

    Aktiviti membersih dilakukan dengan Alatan dan bahan yang menggunakan alatan dan bahan telah digunakan disusun membersih untuk membersih papan putih, dan disimpan di tempat mengelap cermin tingkap, menyapu yang sepatutnya. lantai dan membuang sampah.

    C. Menilai D. Mendisiplin

    murid akan membuat penilaian terhadap: semua murid perlu mematuhi hasil kerja sendiri peraturan keselamatan bengkel

    kebersihan tempat kerja dengan penuh tanggungjawab dan disiplin.

    4 M

  • 50

    2. Mengenal Alatan Dan Bahan Membersih

    Alat

    Bahan

    Mop

    Berus

    Penyapu

    Tong sampah

    Kain pengesat

    Suratkhabar

    Bahan pencuci

    Plastik sampah

    3. Cara Membersih

    Membuang habuk Menyapu lantai

    Cara Membersih

    (a) Menyapu habuk dan mengumpulnya di dalam suratkhabar lama.

    (b) Mengesat dengan kain pengesat lembap.

    (c) Menggunakan pembersih hampagas

    (d) Mencuci dengan air dan sabun.

    (a) Padamkan suis kipas.

    (b) Sapu lantai dari penjuru bilik menghala ke pintu atau tengah bilik dengan penyapu lembut. Sapu perlahan-lahan kearah

    hadapan. Sapu dengan gerakan pendek

    dan berulang-ulang.

  • 51

    4. Contoh Jadual Tugas Bengkel

    m Sapu lantai & buang sampah

    MMMop

    Menyapu lantai & membuang Sampah

    Membersih papan putih

    Mengelap cermin tingkap

    Mengeluar dan

    Menyimpan bahan & peralatan

    A

    B

    C

    D

  • 52

    PANDUAN KERJA

    BAHAN DAN PERALATAN

    1. Senarai nama, alat tulis, gunting, pensel warna dan kad manila.

    2. Peralatan dan bahan pembersih.

    TUGASAN 1: Menyediakan jadual tugas.

    LANGKAH KERJA

    1. Murid mencatat jenis-jenis tugas membersih bengkel. 2. Murid berbincang dengan guru untuk membentuk jadual tugas. 3. Guru membahagikan murid kepada kumpulan.

    4. Murid menyediakan alatan dan bahan.

    5. Murid membuat jadual tugas mengikut kumpulan.

    TUGASAN 2: Membersih bengkel mengikut kumpulan.

    LANGKAH KERJA

    1 Murid berkumpul mengikut kumpulan.

    2 Murid menyediakan peralatan dan bahan.

    3 Murid membersih bengkel mengikut jadual tugas.

  • 53

    LATIHAN A. Jawab soalan di bawah dengan jawapan yang ringkas.

    1. Senaraikan 4 amalan untuk menjaga kebersihan bengkel .

    a.......................

    b..............................

    c..

    d.

    2. Senaraikan 5 jenis tugas/kerja yang dijalankan semasa membersih bengkel.

    a....

    b...........

    c.

    d..,..

    e.

    B. Lengkapkan jadual tugas pada rajah di bawah dengan menulis nama ahli kumpulan mengikut agihan tugas yang telah ditetapkan.

    K1

    K4

    1

    K3

    K2

    A

    B

    C

    D

    Petunjuk

    K Kumpulan 1-4

    A - Mengeluar dan menyimpan peralatan dan bahan B - Mengelap cermin tingkap C - Membersih papan putih

    D - Menyapu lantai dan membuang sampah

  • 54

    UNIT 2: MENGURUS BENGKEL STANDARD PEMBELAJARAN: 2.3 Mematuhi peraturan bengkel.

    OBJEKTIF KHUSUS Pada akhir pembelajaran ini murid boleh : 2.3.1 Menyenaraikan peraturan bengkel dengan betul. 2.3.2 Mematuhi peraturan di bengkel.

  • 55

    MAKLUMAT RUJUKAN

    PENGENALAN Keselamatan merupakan aspek utama yang perlu diberi perhatian apabila bekerja di

    bengkel. Peraturan bengkel diadakan untuk melindungi murid yang bekerja di bengkel

    daripada segala kemalangan akibat kecuaian atau kejadian di luar jangkaan. Antara bahaya

    yang boleh berlaku di bengkel seperti kebakaran, letupan dan renjatan elektrik. Semua

    murid perlu mematuhi peraturan supaya bekerja di bengkel menjadi lebih selesa dan

    selamat.

    Peraturan Bengkel

    Untuk mengelakkan kemalangan di bengkel, peraturan berikut perlu diamalkan:

    1. Beratur di luar bengkel sebelum menerima arahan masuk dari guru.

    2. Dapatkan kebenaran guru sebelum masuk atau keluar dari bengkel.

    3. Tidak boleh membawa masuk makanan dan minuman ke bengkel.

    4. Pastikan murid memakai pakaian dan kasut yang sesuai semasa bekerja di bengkel.

    5. Tidak boleh bergurau atau bermain ketika berada dalam bengkel.

    6. Pastikan alat dalam keadaan baik dan selamat sebelum digunakan.

    7. Pastikan tangan dalam keadaan kering semasa memasang atau menutup suis .

    8. Laporkan segala kerosakan kepada guru dan catat dalam buku kerosakan.

    9. Laporkan dengan segera kemalangan yang berlaku kepada guru.

    10. Bersihkan meja dan bengkel setelah selesai melakukan kerja.

    11. Simpan semua peralatan dan bahan di tempat asal selepas digunakan.

    12. Semua suis elektrik perlu dimatikan sebelum meninggalkan bengkel.

  • 56

    PANDUAN KERJA

    BAHAN DAN PERALATAN

    Buku nota, alat tulis dan borang peraturan keselamatan bengkel.

    TUGASAN 1: Mencatat peraturan bengkel.

    LANGKAH KERJA

    1. Murid membaca dan memahami peraturan bengkel.

    2. Murid mencatat peraturan bengkel ke dalam buku latihan.

    3. Murid menandatangani borang peraturan bengkel dan menampalkannya ke dalam buku nota.

  • 57

    LATIHAN

    Arahan : Jadual di bawah mengandungi pernyataan mengenai peraturan bengkel. Tandakan () pada pernyataan yang betul dan (X) pada pernyataan yang salah.

    Bil. Peraturan keselamatan

    Ruang jawapan

    1. Makanan dan minuman boleh dibawa masuk ke bengkel.

    2. Masuk ke bengkel tanpa kebenaran guru.

    3. Pastikan memakai pakaian dan kasut yang sesuai semasa bekerja di bengkel.

    4. Simpan semua peralatan dan bahan di tempat asal selepas digunakan.

    5. Laporkan segala kerosakan kepada guru dan catat dalam buku kerosakan.

    6. Laporkan dengan segera kemalangan yang berlaku kepada guru.

    7. Kebersihan bengkel perlu dijaga pada setiap masa.

    8. Pastikan alat dalam keadaan baik dan selamat sebelum digunakan.

    9. Pastikan tangan basah semasa memasang atau menutup suis .

  • 58

    UNIT 2: MENGURUS BENGKEL STANDARD PEMBELAJARAN: 2.4 Mengenal pasti punca dan kaedah mencegah kebakaran.

    OBJEKTIF KHUSUS Pada akhir pembelajaran ini murid boleh: 2.4.1 Menyenaraikan punca kemungkinan berlaku kebakaran di bengkel. 2.4.2 Menyatakan bahan yang boleh digunakan untuk memadam api kebakaran. 2.4.3 Memadankan jenis pemadam api dengan punca kebakaran.

  • 59

    MAKLUMAT RUJUKAN

    PENGENALAN Kebanyakan aktiviti yang dijalankan dalam bengkel melibatkan penggunaan peralatan dan

    bahan yang berkemungkinan boleh menyebabkan kebakaran jika tidak dikendali dengan

    cermat. Biasanya, kebakaran yang berlaku di bengkel disebabkan oleh kecuaian,

    penggunaan bahan kimia yang kurang teliti dan pengendalian peralatan elektrik yang tidak

    mengikut arahan pengeluar.

    1. PUNCA KEBAKARAN Api perlu untuk kehidupan seharian. Kadangkala, api akan menggugat keselamatan

    pengguna jika ianya tidak dikendali dengan berhati-hati. Oleh itu, murid mestilah

    mengetahui bahan yang boleh menyebabkan kebakaran dan mencegah kebakaran

    daripada berlaku. Langkah utama mencegah kebakaran ialah menjauhkan bahan mudah

    terbakar daripada api.

    Minyak, cat, petrol, gas, thinner dan

    lekar

    Peralatan

    Elektrik

    Kayu, kertas, kain , getah, sampah dan

    plastik

    PUNCA KEBAKARAN

    Contoh bahan mudah bakar

  • 60

    2. KAEDAH MENCEGAH KEBAKARAN

    i. Simpan semua bahan yang mudah terbakar di tempat khas.

    ii. Label, susun dan simpan semua bahan dan alatan di bengkel dengan kemas di tempat yang selamat.

    iii. Baca dan fahami arahan tentang cara menggunakan alat elektrik dalam bengkel sebelum menggunakannya.

    iv. Elakkan mengguna peralatan elektrik yang tidak sempurna seperti plag yang pecah dan wayar yang tidak bersalut dengan sempurna.

    3. CARA MEMADAM KEBAKARAN

    A. Alat Pemadam Api

    Setiap bengkel mesti mempunyai alat pemadam api bagi memadam kebakaran. Alat pemadam

    tersebut hendaklah diletakkan di tempat yang mudah dilihat dan diambil. Bagi memastikan alat

    pemadam ini berfungsi apabila digunakan, ianya hendaklah diperiksa secara berkala.

    B. Struktur Alat Pemadam Api

    Pemegang

    Pin Keselamatan

    Tolok Tekanan

    Muncung (nozel)

  • 61

    C. Jenis Bahan Pemadam Api

    D. Jenis pemadam api dan punca kebakaran

    Jeni Pemadam Api

    Punca Kebakaran

    Air (A)

    Kayu, kertas, kain , getah, sampah dan plastik

    Buih (B)

    Minyak, cat, petrol, lekar, thinner dan gas

    Karbon Dioksida (BC)

    Cat, minyak, petrol, lekar dan peralatan elektrik yang terpasang

    Serbuk Kering (ABC)

    Semua jenis kebakaran

    Air

    Buih

    Karbon Dioksida

    Debu Kering

  • 62

    E. Cara mengguna alat pemadam api

    Langkah

    Penerangan

    Cabutkan Pin Keselamatan.

    Halakan muncung(nozel) ke pangkal api.

    Tekan tangkai untuk lepaskan bahan pemadam.

    Hayunkan muncung(nozel) ke kiri dan ke kanan.

    Tekan

    Tangkai

    Pin

    Hayun Nozel

  • 63

    PANDUAN KERJA

    BAHAN DAN PERALATAN Lembaran bercetak.

    TUGASAN 1: Memadankan jenis bahan pemadam api dengan punca kebakaran.

    LANGKAH KERJA 1. Mengenal pasti jenis bahan pemadam api. 2. Mengenal pasti jenis dan punca kebakaran. 3. Memadankan jenis bahan pemadam api dengan punca kebakaran dalam lembaran

    bercetak (latihan).

  • 64

    LATIHAN 1. Senaraikan 4 langkah cara menggunakan alat pemadam api.

    (a)

    (b)

    (c) ..

    (d)

    2. Padankan punca kebakaran berikut dengan bahan pemadam api yang sesuai.

    Punca kebakaran

    Bahan pemadam api

    yang sesuai digunakan

    Plastik

    (a) Buih (B)

    Minyak

    Peralatan elektrik

    (b) Air (A)

    Getah

    Sampah

    (c) Serbuk Kering (ABC)

    Cat

    Petrol

    (d) Karbon Dioksida (BC)

    Kertas

  • 65

    PANDUAN KERJA

    BAHAN DAN PERALATAN Alat pemadam api jenis serbuk kering.

    TUGASAN 2:

    Menggunakan alat pemadam api.

    LANGKAH KERJA

    1. Tarik pin picu yang ada di bahagian 2. Halakan muncung pemadam ke arah atas pemegang pemadam. dasar atau pangkal api.

    3. Tekan pemegang untuk mengeluarkan 4. Semburkan bahan pemadam ke

    seluruh bahan pemadam api. pangkal api.

  • 66

    UNIT 2: MENGURUS BENGKEL

    STANDARD PEMBELAJARAN:

    2.5 Mengenal pasti kegunaan peti pertolongan cemas.

    OBJEKTIF KHUSUS Pada akhir pembelajaran ini murid boleh:

    2.5.2 Menyatakan fungsi peralatan dan bahan dalam peti pertolongan cemas.

    2.5.1 Menyenaraikan peralatan dan bahan dalam peti pertolongan cemas.

  • 67

    MAKLUMAT RUJUKAN

    PENGENALAN Peti pertolongan cemas merupakan sebuah bekas yang mengandungi peralatan dan bahan

    yang diperlukan untuk merawat kecederaan ringan. Ia perlu diletakkan di tempat yang

    mudah capai supaya dapat digunakan semasa kecemasan. Kandungan peti pertolongan

    cemas perlu disemak mengikut jadual supaya dapat mengesan bahan rawatan yang

    mungkin telah luput tarikh penggunaannya dan menggantikan bahan yang telah habis guna.

    1. Peti Pertolongan Cemas Setiap bengkel harus mempunyai peti pertolongan cemas untuk memudahkan rawatan awal

    diberikan sekiranya berlaku kecederaan di bengkel. Peti ini hendaklah diletakkan di tempat

    yang mudah dilihat tetapi susah dicapai oleh kanak-kanak dan tidak berkunci. Ubat dan

    alatan dalam peti pertolongan cemas hendaklah dilabel dengan jelas dan sentiasa diperiksa

    agar tidak melewati tarikh luput.

    Rajah 1 - Peti Pertolongan Cemas

  • 68

    A. Kandungan dalam peti pertolongan cemas

    Kain Kasa

    Tape Pelekat

    Kain Pembalut

    Kapas

    Sarung Tangan Plastik

    Buku Panduan

    Pertolongan Cemas

    Plaster Luka

    Pin Penyemat

    Kain Anduh

    Gunting

    Forcep

    Krim Antiseptik

    Ubat Pencuci Luka

    (Dettol)

    Termometer

    Minyak Urut

  • 69

    B. Kandungan serta kegunaan ubat dan alatan di dalam peti pertolongan cemas

    Bil.

    Ubat/Alatan

    Kegunaan

    1. Forcep Menyepit

    2. Tape Pelekat Melekat

    3. Gunting Memotong

    4. Dettol Mencuci luka

    5. Krim antiseptik Merawat luka

    6. Plaster Membalut luka

    7. Termometer Menyukat suhu badan

    8. Minyak urut Mengurut kekejangan otot

    9. Kain anduh Menyokong patah

    10. Plaster Membalut luka kecil

    11. Kapas Mencuci luka / Menyapu ubat pada luka

    12. Sarung tangan plastik Menjaga kebersihan semasa merawat

    13. Kain anduh Mengampu lengan yang patah atau terseliuh

    14. Kain pembalut Membalut luka atau anggota yang terseliuh

    15. Buku panduan pertolongan cemas

    Panduan merawat kecederaan ringan

  • 70

    PANDUAN KERJA

    BAHAN DAN PERALATAN Peti pertolongan cemas.

    TUGASAN 1: Menyemak Kandungan Peti Pertolongan Cemas.

    LANGKAH KERJA: Secara individu, anda dikehendaki menyemak kandungan peti pertolongan cemas berpandukan borang senarai semak yang diberikan.

    Borang Senarai Semak

    Bil.

    Alatan

    / X

    Bil.

    Bahan

    / X

    1.

    Gunting

    8.

    Kapas

    2.

    Forcep

    9.

    Dettol

    3.

    Kain Anduh

    10.

    Kain Kasa

    4.

    Plaster Luka

    11.

    Tape Pelekat

    5.

    Pin Penyemat

    12.

    Plaster

    6.

    Sarung Tangan Plastik

    13.

    Krim Antiseptik

    7.

    Buku Panduan Pertolongan Cemas

    14.

    Kain Pembalut

  • 71

    LATIHAN

    1. Senaraikan tiga alat dan bahan yang terdapat di dalam peti pertolongan cemas dalam ruang jawapan di bawah.

    Alat

    Bahan

    i.

    ii.

    iii.

    i.

    ii.

    iii.

    2. Jadual di bawah merupakan kandungan alatan dan bahan di dalam peti pertolongan cemas. Isikan ruang kosong dengan jawapan yang sesuai.

    Bil.

    Bahan / Alat

    Kegunaan

    1. Gunting

    2. Forcep

    3. Kain Anduh

    4. Plaster Luka

    5. Pin Penyemat

    6. Tape Pelekat

    7. Krim Antiseptik

    8. Kapas

    9. Dettol

    10. Kain Kasa

  • 72

    UNIT 2: MENGURUS BENGKEL

    STANDARD PEMBELAJARAN: 2.6 Mengenal pasti kemalangan dan kecederaan ringan serta rawatan.

    OBJEKTIF KHUSUS

    Pada akhir pembelajaran ini murid boleh : 2.6.1 Menyatakan jenis serta sebab berlaku kemalangan dan kecederaan ringan

    di bengkel.

    2.6.2 Melakukan rawatan kecederaan ringan secara simulasi.

  • 73

    MAKLUMAT RUJUKAN

    PENGENALAN Kecederaan ringan boleh berlaku disebabkan kecuaian manusia. Peraturan keselamatan

    bengkel diadakan untuk memastikan suasana kerja dalam bengkel teratur dan selamat tanpa

    berlakunya kemalangan atau kecederaan. Sekiranya berlaku sebarang kemalangan atau

    kecederaan, laporkan kepada guru dengan segera. Pada masa yang sama, bantuan rawatan

    kecederaan ringan boleh dijalankan.

    A. Jenis-Jenis Serta Sebab Berlaku Kecederaan Ringan Di Bengkel

    Luka

    Disebabkan oleh alat tajam

    Terhiris / terkoyak

    Melepuh

    Disebabkan oleh haba kering

    Bahan api / objek panas / alat elektrik

    Melecur

    Disebabkan oleh haba lembap

    Kena wap air / minyak panas

    Pengsan

    Disebabkan tekanan darah rendah, kurang bekalan oksigen ke otak.

    JENIS KECEDERAAN

  • 74

    B. Cara Merawat Kecederaan Ringan

    Jenis Kecederaan Rawatan

    1. Luka ringan

    1. Bersihkan luka. 2. Sapukan luka dengan krim antiseptik. 3. Ratakan krim . 4. Balutkan luka dengan kain kasa dan plaster.

    2. Melecur / melepuh

    1. Letakkan bahagian yang melepuh / melecur di bawah air mengalir dari paip.

    2. Bubuh ubat melepuh / melecur pada kulit yang melepuh / melecur.

    3. Balut dengan kain pembalut yang bersih dan kering.

    3. Pengsan

    1. Baringkan dengan kepalanya rendah daripada kaki.

    2. Longgarkan pakaian di bahagian leher dan pinggang.

    3. Tentukan dia mendapat banyak udara bersih. 4. Selimutkannya. 5. Cuba sedarkan dengan ubat cium. 6. Apabila dia sedar, basahkan bibirnya dengan

    air. Sekiranya dia dahaga, beri dia minum air suam.

  • 75

    PANDUAN KERJA

    BAHAN DAN PERALATAN Peti pertolongan cemas.

    TUGASAN 1 : Merawat Kecederaan Ringan Luka.

    Arahan : Secara berpasangan, anda dikehendaki melakukan rawatan kecederaan ringan di bawah secara simulasi : Langkah Kerja

    1. Bersihkan luka.

    2. Sapukan luka dengan krim antiseptik.

    3. Ratakan krim.

    4. Balutkan luka dengan kain kasa dan plaster.

  • 76

    BAHAN DAN PERALATAN Peti pertolongan cemas.

    TUGASAN 2:

    Merawat Kecederaan Ringan Melecur / melepuh.

    Arahan :

    Secara berpasangan, anda dikehendaki melakukan rawatan kecederaan ringan di bawah secara simulasi :

    LANGKAH KERJA

    Tuangkan air pada bahagian yang melecur atau melepuh.

    Bubuh ubat pada kulit yang melecur atau melepuh.

    Balutkan dengan kain pembalut.

    1.

    2.

    3.

  • 77

    BAHAN DAN PERALATAN Peti pertolongan cemas.

    TUGASAN 3 : Merawat kecederaan ringan - pengsan.

    Arahan :

    Secara berpasangan, anda dikehendaki melakukan rawatan kecederaan ringan di bawah secara simulasi :

    LANGKAH KERJA

    1. Baringkan dengan kepalanya rendah daripada kaki.

    2. Longgarkan pakaian di bahagian leher dan pinggang.

    3. Tentukan dia mendapat banyak udara bersih.

    4. Selimutkannya.

    5. Cuba sedarkan dengan ubat cium

    6. Apabila dia sedar, basahkan bibirnya dengan air. Sekiranya dia dahaga, beri dia minum air suam.

  • 78

    LATIHAN 1. Senaraikan tiga sebab kecederaan berikut berlaku.

    i. Melecur

    ___________________________________________________________________)___

    _______________________________________________________________________

    ii. Luka

    ________________________________________________________________________

    ______________________________________________________________________

    iii. Pengsan

    _________________________________________________________________

    _________________________________________________________________

    2. Lengkapkan jadual di bawah dengan cara rawatan yang sesuai.

    Jenis kecederaan

    Rawatan

    (a) Luka

    (b) Melepuh

    (c) Melecur

    (d) Pengsan

  • 79

    UNIT 3 : MENYEDIA DAN MENYAJI/MENGEPEK MAKANAN STANDARD PEMBELAJARAN: 3.1 Mengenal dan mengguna peralatan kecil dan besar di dapur.

    OBJEKTIF KHUSUS Pada akhir pembelajaran ini murid boleh:

    3.1.1 Menamakan peralatan di dapur mengikut kegunaan.

    3.1.2 Menyenaraikan peralatan memasak mengikut kegunaan.

    3.1.3 Memilih dan menggunakan peralatan memasak mengikut kesesuaian.

    3.1.4 Menyenaraikan peralatan menghidang mengikut kegunaan.

    3.1.5 Memilih dan menggunakan peralatan menghidang mengikut kesesuaian.

    3.1.6 Menyenaraikan alat berteknologi semasa menyediakan makanan.

    3.1.7 Memilih dan menggunakan alat berteknologi dengan teknik yang betul

    3.1.8 Membersih dan menyimpan alatan berteknologi .

  • 80

    MAKLUMAT RUJUKAN

    PENGENALAN Alat-alat dapur adalah alat-alat yang umum digunakan untuk kegiatan memasak, penyajian

    masakan dan makanan serta perlengkapan makan dan minum. Peralatan dibahagikan kepada

    alatan besar dan kecil.

    KANDUNGAN/FAKTA Peralatan Besar Di Bengkel Masakan

    Dapur Masak Peti Sejuk

    Ketuhar

  • 81

    Peralatan Kecil Di Bengkel Masakan

    Mangkuk Pinggan

    Cawan dan piring

    Sudu dan garfu Pisau

    Kuali Periuk

    Gelas Gelas

  • 82

    Landas Cincang Jug

    Teko Pengukus

    Cerek Senduk Sudip

  • 83

    PANDUAN KERJA

    BAHAN DAN PERALATAN Peralatan besar dalam bengkel masakan. Peralatan kecil memasak dan menghidang makanan.

    TUGASAN

    1. Mengklasifikasi peralatan besar dan peralatan kecil yang ada di dapur.

    2. Memilih alatan yang betul mengikut kegunaan.

    LANGKAH KERJA

    1. Murid mengeluarkan semua peralatan dari unit masing-masing.

    2. Guru mengarahkan murid menyenaraikan nama peralatan yang terdapat di unit serta menyatakan kegunaannya.

  • 84

    LATIHAN

    1. Namakan peralatan besar yang terdapat di bengkel masakan

    i. .

    ii. .

    2. Namakan peralatan kecil yang terdapat di bengkel masakan i. ..

    ii. ..

    iii. ..

    iv. .

    v. ..

    3. Namakan peralatan dalam gambarajah di bawah.

    (a) (b)

    . ..

  • 85

    (c) (d)

    . ..

    (e) (f)

    .

    (g) ..

  • 86

    UNIT 3 : MENYEDIA DAN MENYAJI/MENGEPEK MAKANAN STANDARD PEMBELAJARAN: 3.2 Menyedia, memasak, menghidang dan menilai hidangan seimbang.

    OBJEKTIF KHUSUS Pada akhir pembelajaran ini murid boleh :

    3.2.1 Menyatakan maksud hidangan seimbang.

    3.2.2 Menyediakan bahan dan alatan memasak.

    3.2.3 Memasak hidangan mengikut resepi.

    3.2.4 Menghidang dan menghias makanan mengikut kesesuaian.

    3.2.5 Menilai hasil masakan mengikut kriteria penilaian makanan.

    3.2.6 Menikmati hidangan dengan mengamalkan etika di meja makan.

    3.2.7 Membersih dan menyimpan alatan.

    3.2.8 Mengamalkan sikap bekerjasama dengan rakan.

    3.2.9. Mengamalkan aspek kebersihan dan keselamatan di dapur.

  • 87

    MAKLUMAT RUJUKAN PENGENALAN Penyediaan makanan yang bersistem boleh diamalkan dengan mematuhi perancangan kerja

    menyedia, memasak, menyaji/mengepek , mengemas, dan mencuci dengan teliti. Hasil kualiti

    makanan harus dinilai dari segi rupa, tekstur, rasa dan keseimbangan kandungan nutrien. Hasil

    makanan juga dinilai dalam persembahannya dari aspek peranggu meja, alatan, hiasan dan

    kuantiti yang disajikan. Etika makan juga dititikberatkan semasa di meja makan.

    KANDUNGA/FAKTA Hidangan Seimbang

    Sajian yang mengandungi semua nutrien yang diperlukan oleh badan dalam kadar yang betul. Resepi Masakan

    Senarai bahan yang diperlukan untuk menyediakan masakan.

  • 88

    Nasi Goreng Asas Bahan-bahan :

    2 cawan nasi putih

    2 ulas bawang putih

    1 labu bawang besar

    1 sudu cili giling

    50gm udang/ikan bilis

    100gm sayur campur

    sudu teh garam

    2 sudu makan minyak masak

    Cara Membuat:

    1. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga berwarna kekuningan.

    2. Masukkan cili giling dan kacau sehingga garing.

    3. Masukkan udang/ikan bilis diikuti dengan sayur campur.

    4. Masukkan nasi putih dan garam.

    5. Kacau hingga rata dan cukup rasa.

    6. Angkat dan hidang .

    7. Hiasan boleh dibuat mengikut kreativiti .

  • 89

    Cara membuat:

    1) Cairkan coklat menggunakan kaedah double-boiled.

    2) Masukkan mentega ke dalam coklat dan kacau sehingga mentega cair.

    Muffin Coklat Bahan-bahan:

    200g coklat masakan

    70g mentega

    2 biji telur

    50g gula halus

    60g tepung gandum

    1 sudu kecil baking powder

  • 90

    3) Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati, tetapi tidak perlu sampai kembang.

    4) Dalam masa yang sama, panaskan oven sehingga suhu 170 C.

    5) Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat, kacau hingga campuran sebati.

  • 91

    6) Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat.

    7) Gaul hingga sebati.

    8) Isikan adunan ke dalam bekas muffin 1/2 atau 60% penuh.

    9) Bakar selama 20 minit.

    * Selepas masak, muffin mungkin lembik sedikit kerana jumlah tepungnya sedikit berbanding

    coklat, tetapi selepas sejuk muffin akan keras dengan sendiri.

  • 92

    PANDUAN KERJA

    BAHAN DAN PERALATAN

    Gambar- gambar hidangan/masakan

    Booklet masakan

    Bahan masakan mengikut resepi dipilih

    Peralatan memasak dan menghidang

    TUGASAN Menjalankan amali menyedia, memasak, menghidang dan menilai masakan nasi goreng dan muffin coklat.

    LANGKAH KERJA

    1. Murid diarahkan untuk memakai apron yang lengkap untuk amali masakan.

    2. Menyediakan bahan dan alatan .

    3. Menjalankan kerja amali masakan mengikut resipi yang dipilih.

    4. Menghidang.

    5. Guru menilai hasil masakan murid.

    6. Menikmati hidangan sambil mengamalkan etika di meja makan.

  • 93

    LATIHAN

    1. Senaraikan makanan yang biasa dimakan.

    i. ..

    ii .

    iii ..

    iv ..

    2. Berikan contoh makanan seimbang.

    i ..

    ii ..

    iii ..

    Iv ..

    3. Tandakan betul () atau salah (X ) pada pernyataan di bawah i. Ambil makanan yang paling jauh dengan kita. ( )

    ii. Berbual-bual dengan tertib perkara yang baik sahaja. ( )

    iii. Elakkan meletak lengan di atas meja. ( )

    iv. Duduk sambil menggoyang-goyangkan kerusi ( )

    v. Sisa makanan hendaklah dikumpul di atas meja. ( )

  • 94

    UNIT 3 : MENYEDIA DAN MENYAJI/MENGEPEK MAKANAN

    STANDARD PEMBELAJARAN: 3.3 Mengurus projek jualan.

    OBJEKTIF KHUSUS Pada akhir pembelajaran ini murid boleh:

    3.3.1 Merancang projek jualan masakan secara berkumpulan.

    3.3.2 Memilih hidangan masakan mengikut menu sarapan/minum pagi/minum petang.

    3.3.3 Memilih dan membaca resepi masakan sarapan/minum pagi/minum petang.

    3.3.4 Membuat senarai bahan masakan mengikut pilihan resepi.

    3.3.5 Menyukat dan menimbang bahan dengan tepat.

    3.3.6 Membuat pengiraan kos masakan.

    3.3.7 Menyedia, memasak, mengepek makanan mengikut kreativiti dan menjual kepada warga Sekolah atau komuniti.

    3.3.8 Mengamalkan pertuturan yang sopan semasa berurusan dengan pelanggan.

    3.3.9 Mengamalkan aspek kebersihan dan keselamatan di dapur.

  • 95

    MAKLUMAT RUJUKAN

    PENGENALAN Menjual makanan adalah salah satu perniagan yang mempunyai masa depan yang baik untuk di

    jalankan dan di kembangkan. Perniagaan ini boleh dimulakan dengan modal yang sangat kecil.

    KANDUNGA/FAKTA

    Sandwic

    i. Sandwic dibuat daripada dua keping roti dengan inti.

    ii. Sandwic boleh dibuat dengan inti manis seperti kaya, inti pedas seperti sardin atau telur.

    iii. Inti sandwic hendaklah agak lembap dan cukup perasa supaya mudah untuk dikendali. Daun salad, tomato dan timun perlu ditambahkan kepada inti yang pedas.

    iv. Roti sandwic boleh di potong kepada bentuk yang menarik tetapi segiempat bujur atau segitiga adalah paling baik.

    Resipi

    Sandwic Telur

    Bahan-bahan

    8 keping roti sandwic 2 biji telur 2 camca makan mayonis camt garam 2 cams mentega/marjerin camt lada sulah 2inci timun sederhana besar 1 biji tomato merah

  • 96

    Cara membuat:

    1. Lecekkan telur hingga hancur di dalam mangkuk dengan garfu.

    2. Masukkan garam secukup rasa.

    3. Masukkan lada sulah

  • 97

    4. Masukkan mayonis dan gaul rata-rata supaya jadi pes yang berkrim.

    5. Basuh dan hiris timun dan tomato nipis.

    6. Sediakan roti dan sapukan intinya.

    7. Potong bahagian tepi roti dan potong segitiga atau segiempat.

  • 98

    PANDUAN KERJA

    BAHAN DAN PERALATAN

    Resipi

    Peralatan memasak dan menghidang serta mengepek

    TUGASAN Mengurus projek jualan.

    LANGKAH KERJA

    1. Mendapatkan ahli kumpulan dan beri nama pada kumpulan.

    2. Memilih jenis makanan untuk projek jualan.

    3. Membuat pengiraan kos.

    4. Murid menjalankan aktiviti menyedia, memasak dan mengepek makanan.

    5. Menjual hasil jualan kepada pelanggan.

  • 99

    LATIHAN

    Pengiraan Kos

    Membuat pengiraan kos sandwic.

    A. Kos Bahan

    Bil Bahan Kuantiti Kos Seunit Jumlah

    Jumlah Besar

    B. Kos Upah

    Kos upah ____________ orang x ____________ jam x RM ___________

    Jumlah: RM ________________

    C. Kos Sampingan i. Elektrik = RM _________________

    ii. _________________ = RM _________________

    iii. _________________ = RM _________________

    Jumlah: RM ________________

    D. Kos Projek

    Kos bahan + Kos upah + Kos sampingan

    RM _________+ RM _________ + RM _________

    Jumlah: RM ________________

  • 100

    UNIT 4 : MENJAHIT ARTIKEL MUDAH STANDARD PEMBELAJARAN: 4.1 Menamakan peralatan dan bahan jahitan.

    OBJEKTIF KHUSUS Pada akhir pembelajaran ini murid boleh: 4.1.1 Melabelkan alatan dan bahan jahitan dengan betul.

    4.1.2 Memadankan alatan dan bahan jahitan mengikut kegunaan.

    4.1.3 Memilih dan menggunakan alatan dan bahan mengikut kesesuaian kerja.

  • 101

    MAKLUMAT RUJUKAN

    PENGENALAN Alat-alat jahitan terdiri daripada peralatan mengukur, menanda dan menjahit . Bahan terdiri daripada benang dan fabrik.

    Alatan Jahitan

    1. Gunting Fabrik Kegunaan - untuk memotong fabrik dan benang.

    2. Jarum peniti Kegunaan - untuk menyemat fabrik dan kertas ketika memotong dan menjahit artikel.

  • 102

    3. Peretas Kegunaan - untuk membuka semula jahitan yang siap.

    4. Kapur tukang jahit Kegunaan - untuk menanda garisan potongan dan jahitan.

    5. Pita Pengukur Kegunaan - untuk mengukur di atas kain dan kertas.

  • 103

    6. Jarum Tangan Kegunaan - Untuk menjahit jelujur dan menyembat kelepet.

    Bahan Jahitan

    (a) Benang jahit

    (b) Fabrik

  • 104

    Bahan Hiasan

    (a) Renda (b) Manik dan Labuci

    (c) Riben

  • 105

    PANDUAN KERJA

    BAHAN DAN PERALATAN

    Fabrik

    Jarum tangan

    benang

    gunting

    pita ukur

    bahan hiasan seperti renda, manik,labuci dan riben

    TUGASAN

    1. Melabel alatan dan bahan .

    LANGKAH KERJA

    1. Memilih alatan dan bahan jahitan

    2. Melabel alatan dan bahan jahitan

  • 106

    LATIHAN

    1. Padankan alatan menjahit dengan pernyataan tentang kegunaan alatan jahitan.

    Alatan Menjahit

    Kegunaan

    Kapur tukang jahit

    Untuk menjahit jelujur dan

    menyembat kelepet.

    Peretas

    Mengukur dengan tepat ukuran

    badan dan fabrik.

    Jarum Peniti

    Menanda garisan pemadan

    pada fabrik.

    Gunting Fabrik

    Menetapkan fabrik sebelum menggunting dan menjahit.

    Jarum tangan

    Untuk menanggalkan jahitan

    yang silap.

    Pita Pengukur

    Menggunting fabrik

    2. Tandakan ( ) pada penyataan yang benar dan ( x ) pada pernyataan yang salah.

    a. Pita ukur yang baik mempunyai penahan logam dikedua-dua hujungnya.

    b. Gunting fabrik boleh juga digunakan untuk menggunting kertas.

    c. Kapur tukang jahit boleh juga digunakan sebagai kapur tulis.

    d. Gunakan jarum tangan yang patah untuk menjahit.

    e. Peretas digunakan untuk menanggalkan jahitan yang silap.

  • 107

    UNIT 4 : MENJAHIT ARTIKEL MUDAH

    STANDARD PEMBELAJARAN: 4.2 Mengenal mesin jahit.

    OBJEKTIF KHUSUS Pada akhir pembelajaran ini murid boleh: 4.2.1 Menamakan bahagian mesin jahit

    4.2.2 Menyenaraikan fungsi bahagian mesin jahit.

    4.2.3 Menjahit kertas menggunakan mesin jahit tanpa benang.

    4.2.4 Memasang benang pada mesin jahit.

  • 108

    MAKLUMAT RUJUKAN

    PENGENALAN Mesin jahit ialah alat jahitan yang amat berguna dalam melakukan kerja-kerja menjahit. Jahitan

    mesin adalah lebih mudah dan cepat dilakukan jika dibandingkan dengan jahitan tangan. Terdapat

    berbagai-bagai jenis dan jenama mesin jahit yang terdapat di pasaran. Terdapat tip-tip yang boleh

    digunakan apabila membeli mesin jahit. Antaranya ialah:

    Pilih mesin mengikut kesesuaian dengan keperluan dan kemampuan kita.

    Pilih mesin yang bermutu tinggi (bagi mengelakkan kerosakan dalam masa yang singkat).

    Pilih mesin yang berjenama popular (bagi memudahkan mendapat alat ganti sekiranya

    berlaku kerosakan pada mesin).

    Pada zaman dahulu mesin jahit tidak dilengkapi dengan kemudahan untuk menjahit jahitan yang

    hanya boleh dijahit dengan tangan. Contohnya, variasi dalam jahitan sulaman (jahitan silang

    pangkah, jahitan lubang butang dan sebagainya). Namun, apabila berlakunya pembaharuan dalam

    pemikiran dan teknologi manusia, mesin jahit moden telah dihasilkan. Mesin jahit moden dilengkapi

    dengan pelbagai fungsi dan pelbagai jahitan yang dahulunya hanya boleh dijahit dengan tangan.

    Jenis-Jenis Mesin Jahit

    1. Mesin Jahit Tangan

    Mudah diangkat dan boleh diletakkan pada mana-mana permukaan yang rata.

    Dijalankan dengan cara memusingkan pengayuhnya yang melekat pada roda imbang.

    Pergerakan mesin sangat lambat dan memenatkan penjahit. Sebelah tangan digunakan untuk memegang kerja dan sebelah lagi memusingkan roda.

  • 109

    2. Mesin Jahit Kaki

    Mesin ini dipasang pada rangka keluli dan dijalankan dengan pergerakan kaki yang

    diletakkan pada pemijak.

    Kedua-dua belah tangan boleh digunakan untuk mengawal jahitan.

    Mesin ini lebih laju daripada mesin tangan.

    Boleh disimpan dan dimasukkan ke dalam rangka dan meninggalkan permukaan rata

    yang boleh digunakan sebagai meja.

    3. Mesin Jahit Elektrik

    Digerakkan dengan menggunakan kuasa elektrik.

    Mesin jahit tangan dan mesin jahit kaki boleh menjadi mesin eletrik dengan memasang motor pada bahagian mesin tersebut.

    Mudah digunakan dan tidak menggunakan tenaga untuk menjalankannya.

    Mesin jahit berfungsi apabila alat penekanan ditekan atau dipijak.

    Had lajunya dikawal dengan alat penekan kaki (semakin kuat ditekan, semakin laju pergerakan mesin).

  • 110

    4. Mesin Jahit Elektronik

    Jenis yang paling moden sekali.

    Harganya lebih mahal daripada mesin elektrik.

    Berbagai-bagai jenis mata jahitan, corak dan proses dapat dikendalikan.

    Memerlukan kecekapan dan kemahiran semasa menggunakannya.

  • 111

    BAHAGIAN MESIN JAHIT DAN FUNGSINYA

    Fungsi Bahagian Mesin jahit

    No.

    Bahagian Mesin

    Fungsi

    1 Tiang benang Memegang buku benang.

    2 Tuas penegang benang Mengawal benang.

    3 Tuas angkat Menurun dan menaikkan tiang penekan jahitan.

    4 Ceper penegang benang Melaras tegangan mata jahitan mesin.

    5 Spring penegang benang Mengawal benang.

    6 Penekan jahitan Memegang fabrik di tempatnya apabila menjahit.

    7 Gigi Penolak Menolak fabrik semasa sedang menjahit.

    8 Pemegang jarum Memegang jarum mesin jahit.

    9 Pelaas mata jahitan Melaraskan mata jahitan mesin jahit.

    10 Srku Pemberhenti Mengawal gerakan jarum jahitan.

    11 Pemusing gelendong Mengisikan gelendong dengan benang.

    12 Roda imbang Mengawal pegerakan mesin jahit.

  • 112

    Persediaan Sebelum Menjahit Mesin

    1. Menyediakan benang atas

    i. Letakkan buku benang pada tiang benang. ii. Sediakan jarum mesin. iii. Masukkan benang ke bahagian ceper penegang benang. iv. Masukkan benang ke dalam lubang tuas penegang benang. v. Masukkan hujung benang ke dalam lubang jarum.

    Langkah-langkah memasang benang atas

    2. Menyediakan benang bawah

    i. Gulung benang dalam gelendung. ii. Masukkan gelendung dalam sekoci.

    Menggulung benang dalam gelendung

  • 113

    3. Memasukkan sekoci

    i. Keluarkan benang bawah.

    Masukkan gelendung dalam sekoci

    4. Melaraskan jahitan

    i. Laraskan tuas pelaras mengikut jenis kain yang digunakan.

    Melaras jarak jahitan

    Melaras jenis fabrik

  • 114

    Semasa Menjahit

    1. Letakkan fabrik di bawah penekan jahitan.

    2. Pusingkan roda imbang ke hadapan untuk memasukkan jarum ke dalam fabrik.

    3. Pastikan jarum tepat berada di tempat yang dijahit.

    4. Turunkan tuas angkat.

    5. Tolak roda imbang ke hadapan dan mula menjahit.

    Selepas Menjahit

    1. Hentikan putaran roda imbang.

    2. Naikkan jarum mesin.

    3. Naikkan tuas angkat.

    4. Tarik fabrik ke belakang.

    5. Gunting lebihan benang 4 atau 5 cm untuk mematikan jahitan.

  • 115

    PENYELENGGARAAN MESIN JAHIT

    1. Meminyakkan mesin

    Bahagian yang perlu diminyakkan

    Tujuan meminyakkan mesin jahit ialah:

    i. Mencegah bahagian-bahagian mesin daripada berkarat .

    ii. Melicinkan bahagian-bahagian yang bergerak dan mengurangkan geseran.

  • 116

    2. Menggantikan jarum:

    i. Jarum perlu diganti sekiranya

    a. tumpul

    b. patah

    ii. Longgarkan skru pemengang jarum.

    iii. Mengeluarkan jarum yang patah:

    a. Keluarkan jarum yang tidak diperlukan lagi.

    b. Gantikan dan masukkan jarum yang baru.

    c. Ketatkan semula pemegang jarum.

  • 117

    PANDUAN KERJA

    BAHAN DAN PERALATAN

    Mesin Jahit

    Benang

    Kertas

    TUGASAN

    1. Mengenal pasti bahagian mesin jahit.

    2. Memasang benang pada mesin jahit.

    3. Menjahit pada kertas menggunakan mesin jahit.

    LANGKAH KERJA

    1. Mesin jahit berada di depan murid satu setiap seorang.

    2. Murid melabelkan bahagian mesin jahit pada lampiran yang disediakan.

    3. Murid memasukkan benang bahagian atas dan bawah pada mesin jahit .

    4. Murid menjahit tanpa benang pada kertas mengikut bentuk yang disediakan.

  • 118

    LATIHAN

    1. Labelkan bahagian mesin jahit di bawah.

    No.

    Bahagian Mesin

    1

    2

    3

    4

    5

    6

    7

    8

    9

    10

    11

    12

  • 119

    2. Jahit tanpa benang pada kertas mengikut bentuk-bentuk dibawah dengan

    menggunakan mesin jahit.

    (a)

    ................................

    .

  • 120

    (b)

  • 121

    (c)

  • 122

    UNIT 4 : MENJAHIT ARTIKEL MUDAH STANDARD PEMBELAJARAN: 4.3 Menjahit jahitan asas.

    OBJEKTIF KHUSUS Pada akhir pembelajaran ini murid boleh: 4.3.1 Menamakan jenis jahitan asas dengan betul.

    4.3.2 Menjahit contoh jahitan asas dengan cara yang betul.

  • 123

    MAKLUMAT RUJUKAN

    PENGENALAN Mata jahitan asas dibahagikan kepada jahitan sementara jahitan penyambung, jahitan pengemas

    dan jahitan sulaman.

    A. JAHITAN SEMENTARA

    Jahitan sementara terdiri daripada jenis-jenis jelujur. Ia akan ditanggalkan apabila mata jahitan kekal dijahit.

    a. Benang yang digunakan adalah lembut, halus dan mudah putus.

    b. Pilih benang yang berwarna muda kerana ia senang kelihatan dan tidak meninggalkan kesan diatas kain selepas dibuka.

    c. Jahitan sementara biasanya dijahit dengan menggunakan satu lembar benang kecuali jelujur tanda.

    d. Jahitan boleh dikerjakan pada sebelah luar atau sebelah dalam kain dari kanan ke kiri.

    e. Jarum yang biasa digunakan adalah jenis yang tajam atau antara yang halus.

    1. Jelujur Panjang Pendek

    Mulakan dengan satu lembar benang dengan jahit kia dari kanan ke kiri Mata jahitan yang panjang adalah 1 cm dan yang pendek adalah cm. Jaraknya ialah

    cm. Mematikan jahitan dengan jahit kia. Ia lebih teguh dan susah dicabut.

  • 124

    2. Jelujur Kasar

    Dengan satu lembar benang. Akhirkan dengan jahit kia. Jahitan ini senang dicabut. Mata jahitan adalah sama panjang disebelah luar dan dalam kain iaitu 1 cm

    B. JAHITAN PENYAMBUNG Jahitan penyambung adalah kekal dan mesti dijahit dengan kukuh. Kegunaannya adalah untuk menyambung dua atau lebih kepingan kain. Benang yang digunakan mesti padan dengan kain yang dijahit dan warnanya. Jenis-jenis jahitan penyambung ialah jahitan mesin, jelujur halus, jahit kia dan jahit lilit ubi.

    1. Jelujur Halus

    Dimulakan dan dimatikan dengan jahit kia. Jahit dari kanan ke kiri dengan mata jahitan yang halus dan sama besar dengan jaraknya 0.3 - 0.5 cm. Kegunaan

    Menyambung dua atau lebih kepingan kain. Membuat kedut.Melekatkan lapisan kain buat sementara. Mengelakkan tepi kain daripada memeri. Sebagai jahitan sulaman.

  • 125

    2. Jahit Kia

    Jahit dari kanan ke kiri. Mula dan matikan jahitan dengan kia

    Jahitan pertama adalah seperti jelujur halus, kemudian jarum dibawa balik ke jahitan pertama dan dijahit ke hadapan semula.

    Jahitan adalah halus dan panjang pendek (0.2 - 0.3cm)

    Di sebelah luar ia kelihatan seperti jahitan mesin manakala di sebelah dalam ia seperti jahitan batang.

    Kegunaannya ialah untuk menyambung kain, memulakan dan mematikan jahitan dan sebagai jahitan sulaman.

    3. Jahit Lilit Ubi

    Mulakan jahitan dengan meninggalkan kira-kira 1 cm benang di antara lipatan kain.

    Jahit dari kanan ke kiri dengan jarum menegak tepat pada tepi kain dan menghala ke arah penjahit.

    Mata jahitan mesti rapat untuk mengelakkan alur daripada terjadi. Bentuk mata jahitan serong.

    Akhiri jahitan ini dengan menjahit balik ke kanan di atas 3-4 mata jahitan lilit ubi yang membentuk silang. Jahitan ini kukuh dan erat.

  • 126

    C. JAHITAN PENGEMAS Jahitan pengemas adalah jahitan yang kekal. Ia digunakan untuk mengekalkan kelepet, lipatan

    atau mengemaskan tepi kain.

    1. Jahit Sembat

    Jahit dari kanan ke kiri di S.D. kain .

    Mula dan matikan jahitan dengan jahit kia.

    Buat mata jahitan dengan menyondongkan jarum pada sudut 30 darjah.

    Ia jahitan kecil, halus, sekata, kukuh yang kelihatan di sebelah luar.

    Ia digunakan untuk mengekalkan kelepet pakaian, lapik, ikat pinggang dan lain-lain.

    2. Jahit Sembat Susup

    Jahit di sebelah dalam dari kanan ke kiri. Mulakan jahitan dengan jahit kia di bawah lipatan.

    Cucuk 2 atau 3 benang kain sahaja di bahagian kain selapis yang rapat dengan tepi berlipat.

    Tarik jarum keluar kemudian susupkan jarum ke dalam lipatan kira-kira 0.3 - 0.6 mm besarnya.

    Cucuk jarum balik ke bawah dan terus menjahit dan matikan jahitan dengan jahit kia. Ia jahitan kecil, halus, sekata, kemas, akan membentuk 'V' tetapi kurang kukuh.

  • 127

    3. Jahitan Silang Pangkah

    Mulakan jahitan kia pada T.

    Masukkan jarum dari U dan keluar dari V dengan jarak 1 mm seperti dalam rajah.

    Jahitan TU diperoleh. Masukkan jarum pada W dan keluarkan pada X seperti rajah (b).

    Jahitan VW diperoleh. Ulangi langkah 2 dan 3 untuk mendapatkan hasil jahitan silang pangkah yang dikehendaki.

    4. Jahitan Insang Pari

    Buatkan beberapa jelujur halus menegak pada E. Jarum dicucuk menegak pada F seperti dalam rajah (a).

    Letakkan jarum di atas benang dan tarik keluar dengan menghala ke arah pengguna Ulang langkah di atas sehingga akhir.

    Matikan jahitan dengan beberapa jelujur halus menegak. Jahit dari kiri ke kanan. Jarum menegak tepat pada tepi kain dan menghala ke arah penjahit.

    Mula dan matikan jahitan dengan beberapa jelujur halus.

    Digunakan untuk mengemas tepi kain, basi kelim dan sebagai jahitan sulaman untuk menjahit kulat-kulat.

  • 128

    D. JAHITAN HIASAN Jahitan hiasan juga dikenali sebagai jahitan sulaman. Ia digunakan terutamanya untuk jahitan

    biasa ataupun untuk menghias pakaian, barang-barang peribadi dan alat kelengkapan rumah

    tangga. Beberapa jenis jahitan sulaman boleh digunakan bersama-sama untuk memberi rupa dan

    kesan kepada motif. Saiz jahitan boleh diubahsuai mengikut motif yang dijahit. Pada asasnya

    semua jenis jahitan boleh dijadikan hiasan jika ianya dapat dihasilkan dan digabungkan dengan

    jahitan-jahitan lain agar lebih menarik.

    Jelujur Halus Jelujur Berlilit Kia Jahitan Batang

    Jahitan Rantai Bunga Padi Jahitan Sulam Jahitan Lurus

    Jel Panjang Pendek

    Bulu Ayam Silang Pangkah Suji Bilang

  • 129

    PANDUAN KERJA

    BAHAN DAN PERALATAN Jarum tangan, benang, gunting dan fabrik.

    TUGASAN Menjahit jahitan asas menggunakan jahitan jelujur, jahit kia, lilit ubi dan insang pari di atas fabrik.

    LANGKAH KERJA

    1. Mengambil alatan dan bahan.

    2. Guru menunjukkan langkah-langkah menjahit mata jahitan asas.

    3. Pelajar menjahit mata jahitan asas di atas fabrik.

    4. Hasil jahitan dikumpul dan dijadikan buku skrap.

  • 130

    LATIHAN

    1. Namakan jahitan asas pada gambarajah di bawah:

    a)

    b)

    c)

    .. d)

    .

  • 131

    UNIT 4: MENJAHIT ARTIKEL MUDAH

    STANDARD PEMBELAJARAN: 4.4 Menjahit artikel mudah.

    OBJEKTIF KHUSUS Pada akhir pembelajaran ini murid boleh:

    4.4.1 Menyenaraikan jenis artikel mudah dengan