197
MODUL (BAHASA MELAYU) RBT 3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) MOD KURSUS DALAM CUTI (RBT 3119) (PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

modul rbt 3119

Embed Size (px)

Citation preview

RBT 3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU

SEKOLAH RENDAH (PGSR)

MOD KURSUS DALAM CUTI

(RBT 3119) (PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN)

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara. Falsafah Pendidikan Guru

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.

Cetakan Jun 2011Kementerian Pelajaran MalaysiaHak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Cetakan Jun 2011Institut Pendidikan Guru

Kementerian Pelajaran Malaysia

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Falsafah Pendidikan Guru

Panduan Pelajar

Pengenalan

Agihan Tajuk (Interaksi dan Modul)

Tajuk Pembelajaran

Tajuk 1 Persekitaran Kewangan Di Malaysia

1.0 Sipnosis

1.1 Hasil Pembelajaran

1.2 Kerangka Tajuk

.

.

Tajuk 2 Pengenalan Perdagangan Elektronik

2.0 Sipnosis

2.1 Hasil Pembelajaran

2.2 Kerangka Tajuk

.

.

Tajuk 3 Persekitaran Teknologi, Ekonomi, Organisasi

Dan Pengguna

3.1 Sipnosis

3.2 Hasil Pembelajaran

3.3 Kerangka Tajuk

Tajuk 4 Aplikasi Antara Organisasi

4.1 Sipnosis

4.2 Hasil Pembelajaran

4.3 Kerangka Tajuk

Tajuk 5 Pencarian Bebas dan Terarah

5.1 Sipnosis

5.2 Hasil Pembelajaran

5.3 Kerangka Tajuk

Tajuk 6 Penilaian dan Pemesanan

6.1 Sipnosis

6.2 Hasil Pembelajaran

6.3 Kerangka Tajuk

Tajuk 7 Pelaksanaan E-Dagang

7.1 Sipnosis

7.2 Hasil Pembelajaran

7.3 Kerangka Tajuk

Bibliografi

Panel Penulis Modul

Ikon Modul

Modul ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda.

Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri.

Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial.

Modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi bersemuka dalam bilik kuliah. Tiada kuliah atau tutorial diadakan untuk tajuk-tajuk dalam modul ini. Walau bagaimanapun, anda boleh berbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini.

Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Lampiran A menerangkan kepada anda makna-makna ikon tersebut.

Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti.

Tip untuk membantu anda melalui kursus ini.

1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan.

2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan.

3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira sasaran pembelajaran anda.

4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami pembacaan anda.

5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda. Teliti maklumat yang diterima.

6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan-bahan yang bermakna.

7. Cari kawan yang boleh membantu pembelajaran anda. Pengenalan

Kursus RBT 3119 Perniagaan dan Keusahawanan KBSR melibatkan teori dalam pengajaran dan pembelajaran. (Sila rujuk - Agihan Tajuk). Modul ini mengandungi tujuk tajuk iaitu Tajuk 1 Persekitaran Kewangan di Malaysia-instrumen-instrumen tabungan dan pelaburan (Topik 3 dalam proforma), Tajuk 2 Pengenalan kepada Perdagangan Elektronik (Topik 7 dalam proforma), Tajuk 3 Persekitaran Teknologi, Ekonomi, Organisasi dan Pengguna (Topik 8 dalam proforma), Tajuk 4- Aplikasi antara organisasi (Topik 9 dalam proforma), Tajuk 5- Pencarian bebas dan Terarah (Topik 10 dalam proforma), Tajuk 6- Penilaian dan Pemesanan (Topik 11 dalam proforma), Tajuk 7-Pelaksanaan dalam E-Dagang (Topik 12 dalam proforma).

Modul ini merupakan nota-nota lengkap bagi tajuk-tajuk yang diyatakan di atas. Pelajar-pelajar juga boleh membuat rujukan di mana-mana bahan untuk memantapkan lagi ilmu pengetahuan para pelajar.Modul ini juga disertakan aktiviti perbincangan dan latihan untuk pengukuhan pembelajaran. Terdapat beberapa aktiviti perbincangan dan latihan yang disediakan bagi setiap tajuk. Aktiviti dan latihan tersebut termasuk perbincangan dan latihan. Setiap ulasan tersebut akan dibimbing dengan persoalan-persoalan disusuli dengan sumber rujukan yang berkaitan.

Latihan ini harus disiapkan dalam jangkamasa yang ditetapkan. Hasil kerja pelajar yang telah disiapkan hendaklah dihantar kepada pensyarah secara e-mel atau bersemuka. Sebagai memantapkan lagi kefahaman setiap tajuk dalam kursus ini, pelajar dinasihatkan membuat banyak rujukan dan pembacaan. Pelajar juga digalakkan menghubungi pensyarah untuk mendapatkan maklumat lanjut yang berkaitan dengan topik-topik yang dipelajari melalui modul ini.Maklumat Agihan Topik-topik Dalam Kursus Proforma Yang Dimodulkan Dan Yang Memerlukan Interaksi BersemukaKod & Nama Kursus: RBT 3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

AGIHAN TAJUK

Kandungan modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan 15 / 30 jam interaksi bersemuka. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaran melalui modul.

(Agihan Tajuk Interaksi Bersemuka dan Modul Mengikut Kursus Proforma )Bil.Tajuk/TopikInteraksi

Bersemuka

(jam)Modul

(jam)Jum.

Jam

8E-Dagang

Persekitaran Teknologi, Ekonomi, Organisasi dan Pengguna.44

9E-Dagang

Aplikasi Antara Organisasi22

10E-Dagang

Pencarian Bebas dan Terarah

22

11E-Dagang

Penilaian dan Pemesanan22

12E-Dagang

Pelaksanaan E-Dagang22

13Keusahawanan dan Perniagaan Kecil22

14Keuasahawanan dan Perniagaan Kecil

Persekitaran dan jaringan22

15Penerapan Unsur Pedagogi

33

JUMLAH301545

Maklumat Agihan Topik-topik Dalam Kursus Proforma Yang Dimodulkan Dan Yang Memerlukan Interaksi BersemukaKod & Nama Kursus: RBT 3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

AGIHAN TAJUK

Kandungan modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan 15 / 30 jam interaksi bersemuka. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaran melalui modul.

(Agihan Tajuk Interaksi Bersemuka dan Modul Mengikut Kursus Proforma )Bil.Tajuk/TopikInteraksi

Bersemuka

(jam)Modul

(jam)Jum.

Jam

1Pengenalan kepada Perniagaan dan Keusahawanan44

2Pemasaran

Rancangan Pemasaran44

3Kewangan

Persekitaran kewangan di Malaysia314

4Kewangan

Perancangan dan Ramalan Kewangan44

5Kewangan

Analisis Penyata Kewangan44

6Kewangan

Matematik Kewangan44

7E-Dagang

Pengenalan Perdagangan Elektronik22

JUMLAH

TAJUK 1(Kewangan: Instrumen-instrumen Tabungan dan Pelaburan)

SINOPSISInstrumen-instrumen tabungan dan pelaburan adalah sebahagian sub topik yang terdapat di dalam tajuk Persekitaran Kewangan di Malaysia. Sub topik yang lain akan dikuliah secara bersemuka. Tajuk ini memberi pendedahan kepada para pelajar jenis-jenis instrumen tabungan dan pelaburan yang ada di dalam sistem kewangan di Malaysia. HASIL PEMBELAJARAN 1. Menerangkan instrumen-instrumen tabungan di Malaysia.

2. Menerangkan instrumen-instrumen pelaburan di malaysia. Kerangka Tajuk-tajuk

PERSEKITARAN KEWANGAN DI MALAYSIA

Persekitaran kewangan di Malaysia boleh dilihat dari 2 perspektif iaitu Sistem Kewangan dan Pasaran Kewangan

A. SISTEM KEWANGAN

1. PENGENALAN

Secara umum sistem kewangan ialah sebagai saluran pemindahan dana daripada unit lebihan kepada unit kurangan

1.1 Pemindahan secara langsung tanpa menggunakan khidmat perantara kewangan seperti bank.

i. Unit kurangan perlu mencari sendiri unit lebihan

ii. Perlukan cgaran atau sekuriti

iii. Kos pinjaman lebih murah

iv. Contohnya terbitan saham oleh syarikat

1.2 Pemindahan secara tidak langsung melalui khidmat perantara kewangan

i. Unit lebihan dana akan menyimpan diunit perantara kewangan

ii. Perantara kewangan akan mengagehkan kepada unti kurangan yang memerlukan

iii. Terdapat dua kontrak yang tersendiri iaitu antara untu lebihan dengan unit perantara dan antara unit perantara dengan unit kurangan

iv. Kos pinjaman lebih tinggi dan risiko lebih tinggi kerana tiada cagaran

1.3 Peranan Sistem Kewangan

i. Menggerakan dana dalam ekonomi

ii. Membantu mengembngkan pelaburan menerusi pinjaman dana

iii. Membantu meningkatkan kebajikan ekonomi bagi setiap rakyat

iv. Membantu unit lebihan mencari peminjam lebihan dana

2. SISTEM PERBANKANSistem Perbankan dinegara kita dikelaskan kepada dua iaitu institusi perbankan dan perantara kewangan bukan bank (bank dan bukan bank)

2.1 Institusi Perbankan

i. Tanggungan utamanya diterima sebagai wang

ii. Ia dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia

iii. Ianya terdiri dari dari; (Lampiran A) Bank Negara Malaysia

Bank-bank perdagangan

Syarikat kewangan

Bank-bank saudagar

Syarikat diskaun

Bank luar pesisir

Pejabat perwakilan bank-bank asing

2.2 Perantara kewangan bukan bank

i. Dikawal selia oleh pelbagai jabatan dan agensi kerajaan

ii. Syarikat insuran dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia mulai 1 Mei 1988

iii. Berperanan dalam melengkapkan fungsi yang dimainkan oleh institusi perbankan. Syarikat insuran misalnya berperanan menguruskan pelaburan dan menanggung risiko para pelanggan

iv. Ianya terdiri dari; ( LAMPIRAN B) syarikat insuran

syarikat saham amanah

syarikat pemajakan

syarikat pemfaktoran

syaikat modal usaha niaga

syarikat kredit kewangan

Agensi Penarafan Malaysia

Institusi pembiayaan pembangunan

Kumpulan wang amanah dan pencen

Lembaga Urusan Dan Tabung Haji

Institusi kredit perumahan

institusi tabungan

B. PASARAN KEWANGAN

Ada tiga bentuk pasaran kewangan iaitu pasaran wang dan pertukaran asing, pasaran modal serta pasaran derivatif

1. PASARAN WANG DAN PERTUKARAN ASING

i. Merupakan tempat dimana urusniaga dana jangka pendek berlaku

ii. Ia tidak mempunyai premis yang tetap sebagaimana di pasaran ekuiti

iii. Peserta berhubung melalui telefon dan internet untuk membuat pesanan

iv. Bagi pasaran wang Instrumen kewangan yang diniagakan terditi dari instrumen kewangan dan deposit jangka pendek dalam sebutan matawang tempatanv. Bagi pasaran pertukaran asing ianya melibatkan urusniaga instrumen kewangan dan deposit jangka pendek dalam sebutan mata wang asingvi. Pasaran wang menggunakan kadar faedah manakala pasaran pertukaran asing menggunakan kadar pertukaran mata wang asingvii. Urusniaga dalam pasaran wang dan pertukaran asing berlaku antara pihak-pihak yang mempunyai dana jangka pendek dengan pihak yang mempunyai kurangan dana jangka pendek

viii. Urusniaga ini dilakukan bagi memperolehi hasil faaedah yang lebih tinggi berbanding dengan deposit simpanan di institusi kewangan

ix. Kedua-dua urusniaga ini terlibat dengan urusniaga pembelian dan penjualan surat-surat hutang jangka pendek supaya dibeli oleh unit-unit lain

x. Instrumen hutang yang diurusniaga seperti bil perbendaharaan, bil pertukaran, penerimaan jurubank, nota janji, sijil deposit boleh niaga, sijil pelaburan kerajaan, bon cagamas dan bil Bank Negara Malaysia

xi. Pasaran pertukaran asing terlinat dalam urusniaga pertukaran matawang asing dengan dikawal oleh Akta Pertukaran Wang 1953

xii. Pertukaran mata wang berlaku antara bank dan broker wang berlesen

xiii. Pelanggan utama ialah syarikat-syarikat yang terlibat dengan perdagangan antarabangsa yang menerlukan mata wang asing untuk membuat pembayaran dan juga penerimaan keluar negara menerusi bank perdagangan

xiv. Antara bank yang diberi lesen untuk bergiat dalam pasaran mata awang asing ialah Bank Islam Malaysia Bhd dan Maybank

2. PASARAN MODAL

i. Pasaran modal mempunyai satu struktur organisasi dan premis yang formal

ii. Pasaran modal bagi Malaysia ialah Bursa Saham Kuala Lumpur

iii. Pasaran modal merujuk kepada pasaran formal yang memperdagangkan aset-aset kewangan jangka panjang seperti bon kerajaan atau swasta dan saham korporat

iv. Pasaran modal diwujudkan bertujuan menggembeling dana jangka panjang daripada semua lapisan massyarakat supaya membiayai rancangan pembangunan awam serta pelaburan swasta

v. Pasaran ini bertindak menemukan pembeli dan pen jual pada satu-satu masa dengan diuruskan oleh broker

vi. Urusniaga pasaran prima melibatkan urusniaga ke atas sekuriti yang baru pertama kali diterbitkan. Ia terdiri daripada terbitan awam permulaan dan terbitan bermusim

vii. Urusniaga pasaran skunder melibatkan urusniaga jual beli sekuriti yang sudah disenaraikan di pasaran saham

viii. Kebaikan pasaran modal ialah membolehkan para pemegang sekuriti mencairkan aset mereka dan mengurangkan kos transaksi

ix. Prestasi pasaran modal diukur menggunakan indeks. Di BSKL terdapat Indeks Komposit, Indeks Emas, Indeks Papan Kedua dan Indeks Sektorial

x. Sistem Depositori Pusat (CDS) diperkenalkan pada tahun 1992 bagi membolehkan urusniaga tanpa skrip dijalankan3. PASARAN DERIVATIF

i. Merupakan sebuah pasaran opsyen dan niaga hadapan kewangan

ii. Niaga hadapan kewangan dimulakan pada tahun 1995 menerusi penubuhan Bursa Opsyen dan Kewan gan Hadapan Kuala Lumpur (KLOFFE) yang memperdagangkan kontrak Niaga Hadapan Indeks Komposit BSKL

iii. Kontrak Niaga Hadapan Kadar Tawaran 3 Bulan Antara Bank Kuala Lumpur (KLIBOR) didagangkan di Bursa Komoditi dan Kewangan Malaysia (COMMEX)

iv. Pasaran derivatif di kawal selia oleh Akta Perindustrian Niaga Hadapan 1993.

v. Pada tahun 2002 semua bursa-bursa disatukan menjadi Bursa Derivatif Malaysia (MIDEX)

C. INSTRUMEN-INSTRUMEN TABUNGAN DAN PELABURAN

Instrumen-instrumen tabungan dan pelaburan merupakan alat pemindahan dana. Ianya dikeluarkan oleh institusi perbankan dan pengantara kewangan bukan bank.

Diantara instrumen-instrumen tersebut ialah;

i. Akaun Semasa

Sejenis akaun deposit yang menawarkan kemudahan cek kepada pelanggan

ii. Akaun Simpanan

iii. Sejenis akaun yang menawarkan kadar faedah kepada penyimpan

iv. Akaun deposit tetap

Akaun pelaburan dimana sejumlah deposit diletakan ke dalam bank perdagangan, bank saudagar dan syarikat kewangan untuk tempoh masa tertentu dengan diberi kadar faedah tetap. Akaun deposit islamik menggunakan konsep al Mudharabah

v. Sijil deposit boleh niaga

Ialah dokumen yang dikeluarkan oleh institusi perbankan yang menyatakan jumlah wang yang disimpan dengan institusi berkenaan. Satu kadar faedah tetap akan dibayar pada pemegang sijil pada tarikh matang yang ditetapkan. Sijil ini boleh diniaga dipasaran wang sebelum ianya matang. Ia ditawarkan oleh bank perdagangan, bank saudagar dan syarikat kewangan

vi. Perjanjian beli balik (Repo)

Merupakan satu perjanjian antara pihak bank yang menjual kertas bernilai kepada pelabur dengan persetujuan untuk membeli balik kertas tersebut pada masa hadapan. Ianya bertujuan untuk mendapatkan dana jangka pendek dalam pasaran wang. Antara jenis kertas bern ilai tersebut ialah sijil deposit niaga, bil perbendaharaan, sekuriti kerajaan Malaysia

vii. Saham biasa

Merupakan satu sekuriti yang didagangkan dipasaran modal. Pemegang saham merupakan pemilik syarikat dan berhak mengundi dan diundi sebagai lembaga pengarah. Saham terdedah kepada risiko. Sekiranya syarikat mengalami kebangkarapan pemegang saham biasa adalah pihak terakhir menddapat agehan aset syarikat

viii. Bon

Merupakan sekuriti hutang yang dijual oleh pihak kerajaan atau badan korporat dalam membiayai projek pembangunan. Pemegang bon mendapat faedah setiap tahun yang disebut kadar kupon. Jika syarikat mengalami kebangkrapan pemegang bon berhak menuntut aset terlebih dahulu sebelum pemegang saham biasa.LAMPIRAN A

Bank Negara Malaysia

Peranan

v. Ditubuhkan padda 24 Januari 1959

vi. Berperanan untuk mengurus dan mengawal selia sistem kewangan negara

vii. Berperanan untuk mengekalkan kesetabilan kewangan negara

dengan meningkatkan pertumbuhan ekonomi

viii. Mengeluarkan mata wang negara dan menyimpan rezab matawang tersebut

ix. Bertindak sebagai jurubank dan penasihat kewangan kerajaan

x. Menggalakan kesetabilan kewangan dan struktur kewangan negara yang baik

Kuasa

i. Akta Bank Pusat Malaysia 1958 (Pindaan 1994)

ii. Akta Bank Islam 1983

iii. Akta Bank dan Institusiusi -Instit Kewangan 1989 (BAFIA)

iv. Peraturan-Peraturan Perlu (Perlindungan Kepada Pendeposit) 1970,

v. Akta Insuran 1996 (menggantikan Akta Insuran 1963)

vi. Akta Takaful 1984

vii. Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953

viii. Gabnor Bank Negara diberi kuasa sebagai Ketua Pengarah Insuran dan Ketua Pengarah Takaful

Bank-bank perdagangan

I. Merupakan institusi kewangan pengambil deposit terbesar di Malaysia

II. Pada masa kini terlibat dengan urusan perbankan letronik

III. Penggabungan bank-bank tempatan diistiharkan pada tahun 1999 dengan tujuan melahirkan kumpulan perbankan yang kuat

IV. Contoh-contoh bank perdagangan ialah Maybank, Publik Bank , AM Bank dan Bank Islam

Syarikat kewangani. Merupakan kumpulan pengambil deposit kedua terbesar di negara ini

ii. Aktiviti utamanya ialah pembiayaan sewa beli, pembiayaan perumahan dan kredit jangka pendek.

iii. Terdapat juga syarikat-syarikat kewangan yang yang dimiliki oleh bank-bank perdagangan

iv. Pada asasnya syarikat kewangan tidak boleh menyediakan khidmat akaun semasa

v. Deposit yang diterima tertumpu kepada deposit simpanan dan deposit tetap

vi. Antara contoh syarikat kewangan ialah Mayban Finance, Public Finance, AM Finance, EON Finance, dan Hong Leong Finance

Bank-bank saudagar

i. Mula beroperasi di Malaysia pada tahun 1970 an

ii. Deposit yang diterima adalah daripada syarikat kewangan, pengantara kewangan yang lain serta syarikat-syarikat korporat yang besar

iii. Terlibat secara aktif dalam proses penerbitan sekuriti korporat di pasaran wang dan modal serta aktiviti modal teroka

(Modal teroka atau modal usaha niaga (venture capital) adalah jenis modal ekiuti persendirian yang disediakan untuk syarikat yang belum matang tetapi mempunyai potensi pertumbuhan tinggi dengan tujuan untuk mendapat keuntungan melalui tawaran awam awal (IPO) atau penjualan syarikat. Pelaburan modal teroka biasanya dibuat dalam bentuk tunai sebagai pertukaran kepada saham syarikat yang dilabur.

iv. Antara bank saudagar yang terdapat di negara kita ialah Aseambankers dan Arab Malaysian Merchant Bank Berhad)

Syarikat diskaun

i. Bergiat dalam urusan pasaran wang jangka pendek dengan menggerakan dana antara pengantara kewangan lain dan syarikat-syarikat korporat yang besar

ii. Instrumen yang digunakan terdiri daripada wang semalaman, wang panggilan dan deposit jangka pendek (bil perbendaharaan, penerimaan jurubank, sekurtiti Kerajaan Malaysia dan sijil deposit boleh niaga)

LAMPIRAN B

Syarikat insuran

i. Berperanan menguruskan pelaburan dan menanggung risiko para pelanggan

ii. Ia terdiri dari syarikat insuran nyawa, syarikat insuran am dan syarikat insuran komposit

iii. Polisi perlindungan yang ditawarkan seperti polisi perlindungan kemalangan, kematian, kenderaan bermotor, marin, kebakaran dan lain-lain

iv. Produk-produk baru yang ditawarkan seperti pelan pendidikan anak-anak, pelan pelancongan yang berteraskan pelaburan dan simpanan

Syarikat saham amanahi. Merupakan syarikat pengurus dana profesional

ii. Ia mengumpul dana dari pelabur kecil untuk melabur dalam pelaburan yang berisiko rendah

iii. Bentuk dana yang ditawarkan ialah dana amanah hartanah, dana amanah bon, dana amanah islamik dan dana aamanah ekuiti

iv. Contoh syarikat saham amanah ialah Amanah Saham Nasional, Public Mutual Fund

Institusi pembiayaan pembangunan

i. Merupakan organisasi yang memberikan kemudahan pembiayaanpembangunan

ii. Contohnya Agra Bank bergiat aktif dalam membiayai aktiviti pembiayaan berteraskan pertanian

iii. Bank Pembangunan dan Syarikat Permodalan Kemajuan Perusahaan Malaysia Bhd bergiat dalam aktiviti pembiayaan sektor perindustrian dan IKS

Kumpulan wang amanah dan pencen

i. Bertujuan untuk menggalakan pekerja menyimpan bagi kegunaan dihari tua

ii. Contoh institusi ini ialah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan Kumpulan Wang Simpanan Guru-Guru

Institusi tabungani. Institusi ini menggalakan simpanan dan tabungan masyarakat berpendapatan rendah dan sederhana terutama diluar bandar

ii. Contoh institusi tabungan ialah Bank Simpanan Nasional, Lembaga Tabung Haji dan lain-lain lagi.

iii. Bank Rakyat pula ialah institusi tabungan berbentuk koperasi.TAJUK 2(E-Dagang: Pengenalan Perdagangan Elektronik)

SINOPSISKursus ini mendedahkan kepada pelajar tentang perniagaan dan keusahawanan iaitu pemasaran, kewangan, perniagaan elektronik ( E- dagang ) , undang-undang perniagaan,keusahawanan dan perniagaan kecil serta kemahiran pedagogi.

HASIL PEMBELAJARAN 1. Memahami bagaimana perspektif yang berbeza mendefinisikan perdagangan elektronik.

2. Boleh menerangkan peranan yang dimainkan oleh pemasaran dan teknologi.

3. Boleh menamakan secara terus prinsip teknologi dalam perdagangan elektronik.

4. Faham bagaimana teknologi dan automasi baru merubah dunia korporat.

5. Faham bahawa internet bukan suatu medium elektronik tetapi medium peer-to-peer.

6. Faham mengapa maklumat, terutamanya paten pembelian, sangat bernilai.

7. Boleh menerangkan lima cara untuk mencipta nilai maklumat.

8. Boleh menerangkan beberapa masalah yang timbul disebabkan oleh teknologi.

Kerangka Tajuk-tajuk

PENGENALAN

Mendefinisikan perdagangan elektronik adalah lebih sukar berbanding menerangkan tentang perdagangan. Ia adalah kerana perdagangan elektronik ini bergantung kepada teknologi yang menjadikan ia subset kepada dunia perdagangan yang luas.

Buku ini mengandungi model komprehensif dan kepelbagaian peranan teknologi yang berunsurkan perdagangan. Model komprehensif ini menyediakan strukutur untuk analisis sistematik perlaksanaan perdagangan elektronik. Model ini boleh menyediakan penerangan yang berkesan dan lengkap mengenai perlaksanaan perdagangan elektronik. Untuk lebih jelas lagi, contoh dan aplikasi model tersebut adalah seperti berikut :

1. Portal internet mengambil peranan ke atas database query, click-trough, dan information breaker, dan juga perlu menyediakan sebuah audit trail untuk mengiklan penghantaran.2. Sebuah lelongan online wujud atas perkhidmatan discovery kepada potensi pelanggan ke atas sesuatu produk yang dipamerkan, dan kombinasi antara social interaction dan commodity order entry untuk menutup jualan. Tambahan alatan dalaman free search atau directed search juga mungkin ditawarkan untuk membantu pembida. 3. Perkongsian pasaran memerlukan standards, yang menyamai keahlian cartel, memandangkan perkhidmatan kewangan adalah dikawal. On-line brokerage memerlukan perkhidmatan pengurusan akaun, dan mungkin juga berfungsi sebagai information broker dalam usaha untuk membantu membuat pilihan dalam pelaburan.4. value-added network (VAN) menyediakan sekurang-kurangnya pengurusan akaun dan kualiti perkhidmatan: sebagai tambahan, ia mungkin menyediakan pengurusan dokumen dan pengawalan versi yang melaksanakan visibility terkawal. Perkembangan servis adalah input kepada aktiviti yang menggambarkan kerumitan menkategorikan produk dan penglibatan perniagaan dengan perdangangan elektronik. Ia juga menyokong kenyataan bahawa perniagaan berkaitan infrastruktur telah berkembang pesat ke dalam aktiviti-aktiviti lain. Keperluan untuk mengenalpasti kaedah untuk nilai tambah, dan untuk mengasingkan ia dari mekanik perlaksanaan adalah jelas.organikstrukturfungsikomersial

MarketDiscoveryFree searchDatabase query

Click-trough

Directed searchImformation breaker

Agent

RealisationEvaluationSocial interaction

Display

Order entryCommodity

Custom

Peranan yang dapat dikenalpasti di dalam model ini sudah dikenalpasti dalam dunia perdagangan yang meluas, yang berfungsi untuk memperjelaskan had praktikal aplikasi teknologi kepada perdangangan. Asas ini akan membantu perkembangan pelan perniangaan dan metrik untuk penilaian.

DEFINISI PERDAGANGAN ELEKTRONIK

Berdasarkan kepada sumber yang berlainan, perdagangan elektronik mempunyai definisi yang berlainan.

Dari perspektif ahli ekonomi, perdagangan elektronik adalah alat yang menyampaikan keinginan pembeli dan perniaga untuk mengurangkan kos sambil menambah kualiti barangan dan meningkatkan kepantasan servis penghantaran.

Dari perspektif pegurusan, perdagangan elektronik adalah aplikasi teknologi ke arah penggunaan jentera dan aliran kerja sesuatu perniagaan.

Dari perspektif pemasaran, perdagangan elektronik adalah pengangkutan yang baru bagi menyediakan maklumat kepada sesuatu target pasaran melalui pengiklanan, promosi dan publisiti.

Dari perspektif teknologi, perdagangan elektronik bermakna penghantaran maklumat, produk, perkhidmatan dan bayaran melalui rangkaian komputer.

Setiap satu perspektif adalah berguna bagi memahami dan melaksanakan pelan perniagaan perdagangan elektronik. Di dalam pelan perniagaan tersebut, perspektif-perspektif tersebut digabungkan untuk membentuk satu kenyataan tentang bagaimana perdagangan elektronik akan digunakan bagi mendapatkan keuntungan kepada syarikat.Dengan menggabungkan perspektif ekonomi dengan pengurusan, kita boleh mentafsirkan tugas yang perlu dibuat untuk memastikan perdagangan elektronik berhasil. Melihat perdagangan sebagai sistem di mana transaksi adalah interaksi antara pembeli dan perniaga yang menyediakan rangka kerja untuk mengenalpasti peranan yang dimainkan oleh watak-watak dalam sistem tersebut.Setiap transaksi memerlukan kebenaran dan pembayaran apabila barangan atau perkhidmatan diterima. Penggunaan teknologi untuk meningkatkan tahap efisyen dalam sistem dan mengubah perdagangan kepada perdagangan elektronik.Penggabungan perspektif ekonomi dengan pemasaran, memasukkan transaksi sebagai sebahagian dari komunikasi. Masyarakat, di pihak mereka atau syarikat mereka, membuat keputusan tentang produk dan perkhidmatan yang menyediakan nilai yang terbaik bagi wang mereka. Komunikasi pasaran adalah berfungsi untuk memaklumkan, mengingatkan dan memujuk pelanggan mengenai nilai wang sebelum dan selepas pembelian. Teknologi menyediakan produk baru untuk dimaklumkan kepada pelanggan dan cara terbaru untuk memaklumkannya kepada pengguna.

Gabungan antara pengurusan dengan pemasaran akan menghasilkan projek. Peranan pengurus adalah untuk merancang, melaksana, menilai dan mengawal; manakala peranan pemasar adalah menaksir, menilai dan menambahbaik. Melalui kerjasama, mereka boleh manafsirkan kos dan faedah projek yang dijalankan, menangani projek dengan baik dan memulihkan hubungan kewangan kedua-dua pihak dalam transaksi. Dalam perniagaan moden,peranan teknologi maklumat dalam pengurusan projek adalah kritikal, berlanjutan dari pemprosesan perkataan yang digunakan untuk mencetak kertas kerja projek, database digunakan untuk mengumpul data pencapaian, sebagai alat untuk menganalisis data dan mentafsir kedudukan semasa projek.

Penggabungan perspektif teknologi dengan mana-mana perspektif lain bermakna meletakkan rangkaian komputer untuk digunakan. Rangkaian ini mestilah mencapai melepasi sempadan organisasi tunggal, dan termasuk alat untuk mengumpul data, analisis dan penyebaran maklumat. Dalam prinsip teknologi, penggunaan perdagangan elektronik secara terus adalah; pelanggan atau perkhidmatan komputer, telekomunikasi yang canggih, multimedia dan hypermedia, sistem pemerolehan semula maklumat, pengurusan pesanan, pengurusan aliran kerja dan tulisan rahsia. Setiap satu memainkan peranan dalam menjadikan perdagangan lebih mudah dan efisyen dengan mengurangkan kos dan menyediakan maklumat yang lebih baik.Cabarannya adalah untuk mengakses produktiviti baru yang dibina dengan kepakaran teknikal dan automasi. Aset digital tidak digunakan dalam satu bentuk sahaja, di mana maklumat boleh digunakan semula dalam pelbagai bentuk pada kadar kos yang rendah. Skala ekonomi baru membenarkan syarikat kecil untuk meliputi kawasan geografi yang luas dan menandingi syarikat yang besar secara berkesan. Skop ekonomi baru membolehkan kedai yang tunggal menawarkan pilihan produk yang akan meliputi 95 peratus daripada produk.

Perdagangan elektronik hampir merangkumi sebarang jenis transaksi komersial. Perdagangan elektronik tradisional melibatkan perniagaan perniagaan-kepada-perniagaan atau perniagaan-kepada-transaksi kerajaan, dijalankan ke atas sistem hakmilik tertutup berbanding ke atas akses terbuka internet. Perubahan maklumat distruksturkan, berorientasikan kesan audit dan rutin. Unsur-unsur tersebut berkait dengan kebolehan pemprosesan data dan rangkaian sistem yang dibangunkan.

Internet dan perkhidmatan yang dipanggil World-Wide-Web (WWW atau Web) telah menjadi sempadan komunikasi kepada pertumbuhan pesat rangkaian komputer. Internet adalah seni bina baru, sebuah struktur kemudahan maklumat yang besar, perkhidmatan komunikasi dan media. Ianya dapat menawarkan akses yang mudah bagi pembeli dan juga peniaga dalam skala global. Penggunaan internet dalam platform komersial merupakan suatu kemajuan.Terdapat kesepakatan universal kepada transaksi komersial bagi semua jenis gabungan perniagaan, individu dan kerajaan yang akan membentuk tahap perkembangan yang seterusnya dalam perdagangan elektronik. Akan tetapi, dalam hal ini, perdagangan tidak akan terhad kepada penjualan barangan dan perkhidmatan sahaja. Syarikat perkongsian akan menggunakan Web secara dalaman untuk mencipta sebuah smart enterprise. Kerajaan menggunakannya untuk mengurangkan kos dan menghasilkan perkhidmatan yang berkualiti tinggi. Masyarakat telah mengakses secara meluas sumber maklumat yang berkembang pesat dan juga kepelbagaian perkhidmatan.

Penggunaan internet, melalui Web, merupakan sebuah perluasan kepada keperluan asas manusia untuk berkomunikasi dan menyatakan idea. Kabarangkalian yang terdapat dalam hal ini adalah sangat meluas ;

Dari segi kepentingan perkhidmatan perubatan, doktor terpaksa berjumpa dan merawat pesakit dalam masa yang singkat atau terhad. Perkongsian penggunaan laman web oleh ahli fizik dan pesakit mereka akan membantu meningkatkan keperluan pesakit untuk terlibat lebih proaktif dalam penjagaan kesihatan mereka.

Pengeluar yang besar mewujudkan spesifikasi mereka secara online, mengurangkan penangguhan pengedaran, dan meningkatkan skop pengedaran. Dengan terdapatnya maklumat pada spesifikasi, rekaan, firma tersebut dapat menjalankan operasi ke atas peluang yang benar-benar mengikut kemampuan mereka, mengurangkan risiko dan kos bertaruh atas peluang yang bernilai tambah.

Bilangan kedai yang boleh dilawati secara online jauh melebihi perniagaan yang boleh didapati secara terus atau runcit. Pelanggan tidak lagi hanya bergantung kepada kedai-kedai yang terpaksa dicari mahupun bergantung kepada katalog yang diterima melalui pos. secara online, pelanggan boleh membeli barangan dari kedai-kedai yang terdapat di negeri atau Negara lain dan juga boleh mendapatkan produk yang tidak wujud dalam format tradisional.

Secara analogi, terdapat sepuluh ribu buah buku yang diterbitkan setiap tahun, dan hampir menyamai bilangan majalah yang diterbitkan. Setiap satu dari penerbitan ini disasarkan mengikut spesifikasi pengguna, dan pengguna bagi kebanyakannya adalah sedikit. Penerimaan oleh perdagangan elektronik adalah bergantung kepada kecenderungan pelanggan dan pemborong untuk menyesuaikan cara perniagaan mereka dengan persekitaran tersebut.

INTEGRASI ENTERPRISE

Proses perniagaan dianggotai secara tidak tetap dan juga dalam kumpulan yang berselerak. Menyedari potensi persekitaran yang memerlukan sumbangan projek infrasturktur yang membantu masyarakat untuk berkomunikasi, bekerjasama dan menguruskan perkongsian tugasan dengan cara yang bersepadu. Tanpa perancangan yang teliti, dimensi pengurusan proses boleh menggunakan lebih banyak sumber berbanding projek itu sendiri. Dari segi rangkaian, persekitaran ini mempunyai model rangkaian yang kurang baik dan memberikan tekanan yang sangat besar ke atas keperluan perhubungan dan pengurusan rangkaian.Sistem yang menyelaraskan syarikat pengeluar

FungsiKunci aktiviti

Pembuatan Computer-aided design (CAD) melibatkan penggunaan komputer untuk membantu merekabentuk produk yang akan dikeluarkan.

Computer-aided manufacturing (CAM) melibatkan penggunaan komputer bagi mengawal mesin dan proses pembuatan.

Computer-integrated manufacturing (CIM) menggabungkan sisitem CAD dan CAM.

Materials resource planning (MRP) menentukan bahagian dan bahan yang diperlukan semasa proses pembuatan dan bila ia diperlukan.

Penjadualan jadual penerbitan kemudahan pengeluaran dengan cara untuk menghasilkan produk dengan efisyen.

Manufacturing resource planning (MRP ll) menggabungkan MRP dengan penjadualan penerbitan.

Logistik Pembelian menentukan pembekal yang lebih baik dan mewujudkan tempahan pembelian.

Pengurusan tempahan mengawasi tempahan pembelian dan penghantaran yang akan dijalankan.

Pengawalan pengedaran dan penghantaran barangan yang sudah siap kepada pelanggan.

Inventori bahan mentah selapeas ianya dihantar, work in process (WIP), dan produk siap yang dihasilkan mereka.

Kewangan Lejar umum yang mengndungi pembayaran, penerimaan, perbelanjaan dan maklumat-maklumat perakaunan yang lain.

Bil invois yang dihantar dan pembayaran yang telah langsai.

Pengawasan belanjawan perbezaan jangka pendek antara ramalan dan pencapaian.

Ramalan kewangan adalah untuk ramalan jualan jangka masa yang lebih panjang, perbelanjaan dan pembayaran gaji pekerja.

Pemasaran Pengiklanan menyediakan iklan, surat menyurat dan juga publisiti lain.

Analisis jualan menentukan item yang dijual dengan baik ataupun kurang dijual,jualan terbaik dan paling teruk, dan maklumat penting yang lain mengenai jualan.

Jualan meramal projek jualan pada masa akan datang.

Penggunaan jentera jualan menyediakan pelanggan, perkhidmatan dan menyokong maklumat.

Maklumat kajian analisis pasaran mengenai pengguna dan pruduk dikumpulkan untuk mengenalpasti trend dan pendapat mengenai produk dan perkhidmatan semasa.

Sumber manusia Analisis penilaian pencapaian pekerja terhadap tugas.

Sistem inventory kemahiran mengekalkan kemahiran pekerja dan menyesuaikan pekerja dengan pekerjaan yang betul.

Kelebihan pengurusan membolehkan pekerja mendapat program faedah tambahanseperti insurans dan penjagaan anak-anak.

Rekrut mempertimbangkan permohonan calon pekerja.

Perisian digunakan oleh individu atau kumpulan untuk mencipta,menganalisis atau mengubah data yang berhubung dengan langkah kerja yang spesifik dan disiplin. Perisian yang menguruskan maklumat (contoh: memastikan kesepaduan, ketepatan, lengkap, meluas dan relevan) adalah pada masa dahulunya spesifik kepada suatu jabatan.

Untuk menguruskannya secara lebih berkesan, suatu kelas baru perisian integrasi enterprise telah dibina. Kebiasaannya, sistem ini digubah dalam tiga bahagian :

Pengkalan data teknologi : perkongsian gedung yang mengandungi perincian dan spesifikasi semua bahan, produk dan peralatan.

Sistem perancangan : aturan pengeluaran untuk suatu tempoh masa termasuk penjadualan personel dan keperluan bahan mentah.

Pengukuran pencapaian : membandingkan pencapaian sebenar dengan perancangan.Sistem tersebut melepasi sempadan organisasi tunggal untuk mengitegrasi kontraktor, pembekal dan juga pelanggan. Ia memastikan standard dan mengurangkan kepelbagaian (ketidakseragaman),dan menjurus ke arah kebolehramalan dan kebolehpercayaan yang diperlukan untuk ramalan yang tepat. Kehadiran maklumat dan komunikasi yang kerap mewujudkan kolaborasi yang berkesan. Rangkaian bertumbuh sebagai rakan kongsi perniagaan sebagaimana pepatah dont work harder, work smarter!.PERUNCITAN

Bolehkah imej nyata menggantikan kepuasan memilih produk, merasa material dan tekstur atau keteguhannya, mencubanya (jika pakaian) atau duduk di atasnya (jika ianya sofa) sebelum membuat keputusan untuk membelinya? Peruncit menghadapi pelbagai cabaran dalam usaha untuk menjalankannya melalui internet. Transaksi sebegini dilindungi oleh rangka kerja undang-undang, cukai dan perkara yang melibatkan kepercayaan. Salah satu cabaran ialah untuk malaksanakan prinsip asas yang wujud dalam dunia fizikal kepada rangka kerja tidak berstruktur kepada dunia sebenar untuk mewujudkan proses yang selari.

Sebagai tambahan kepada isu seperti meningkatkan keyakinan pengguna terhadap imej digital dan meringkaskan proses pemulangan kerosakan atau barangan yang tidak dikehendaki, arkitek kepada persekitaran peruncitan sebenar perlu mempertimbangkan keselamatan data dan hak peribadi pengguna.

Masalah keselamatan, terutamanya melibatkan internet wujud dalam pelbagai bentuk. Virus dalam fail, email ugutan, kecuaian sistem pentadbiran, dan pelbagai kelemahan yang perlu dihadapi. Menggunakan perisian anti-virus, menghalang email dari sumber yang tidak diketahui dibuka, dan menggunakan pertimbangan yang baik mengenai pembayaran dengan kad kredit di web merupakan penyelesaian.

Penyelesaian lain adalah lebih sistematik ; sebagai contoh, sistem penghantaran digital. Pelanggan bermula dengan memuat turun ejen penghantar syarikat. Ejen tersebut menyegerakan penggunaan kad kredit dan maklumat peribadi, mengesahkan caj, memuat turun fail dan memasukkan perisian yang dibeli. Keseluruhan transaksi adalah dibuat dengan selamat kerana ejen penghantaran melaksanakan komunikasi selamat mereka sendiri dengan pelayar internet. Oleh itu, penghantaran elektronik perisian yang dibeli adalah dijamin, tanpa pengguna perlu melakukan proses muat turun dan memasukkan perisian.Secara nyatanya, lebih ramai orang yang mungkin ingin mengetahui keutamaan pembelian seseorang daripada kandungan email mereka. Secara umumnya, ianya dapat mengenalpasti individu-indivudu yang memerlukan keyakinan yang tinggi dalam kesepaduan dan keselamatan sistem yang digunakan sebelum mereka memberikan data peribadi yang tepat kepada laman web tersebut. Kerahsiaan sesuatu maklumat peribadi, sama ada melalui internet mahupun kedai di sesuatu pusat dikawal melalui encryption.

MASYARAKAT DAN TEKNOLOGIDari sudut pandangan sosial, laman web menambahkan lagi tekanan akibat maklumat yang berlebihan. Banyak interaksi bersemuka boleh dilakukan secara elektronik dan dalam jarak yang jauh pada masa sekarang. Komunikasi sebegini bukan sahaja mungkin tetapi sangat terkenal terutamanya di antara mereka yang tidak pernah atau sukar untuk bertemu. Disebabkan oleh perbezaan yang terlalu jauh, penciptaan teknologi adalah bergantung kepada undang-undang dan standard moral. Sebarang persekitaran komersial dibina berasaskan interaksi personal. Perkembangan perdagangan elektronik yang sangat pantas bergantung kepada aplikasi berkesan teknologi dan juga amalan komersial yang baik.

Terdapat lima cara untuk menambah nilai maklumat : mengumpul maklumat, mengorganisasi, memilih, mengsintesis dan mengedarkannya. Memandangkan teknologi merupakan kos transaksi yang terendah, syarikat boleh mendapatkan maklumat yang tidak dapat diperolehi pada masa yang lepas. Maklumat peribadi boleh didapati secara autuomatik di laman web, memandangkan peniaga akan membuat profil pelanggan yang dirasakan boelh membantu mereka mencapai target dengan lebih berkesan. Pelawat akan ditawarkan dengan tawaran dan insentif seperti perkhidmatan percuma, tawaran diri untuk maklumat peribadi apabila mereka mendaftar sebagai ahli. Pelayar laman web secara automatiknya akan mengikuti paten lawatan dan didedahkan dengan iklan, di suatu peringkat perincian yang tidak digambarkan dalam media tradisional.

Data peribadi yang dikumpul kebiasaannya dijual. Memandangkan pengasasannya, internet mempunyai pertukaran maklumat tradisi di mana maklumat tersebut ( contohnya: direka, penyelesaian, dokumentasi) telah menjadi komoditi yang didagangkan dan suatu medium pertukaran. Dari aspek kebimbangan kepada pengguna ialah setelah maklumat peribadi dimasukkan dalam aliran perdagangan ini, tidak ada jalan untuk mengawal ketepatannya, kesepaduan atau perlaksanaannya.

Adalah sangat penting bahawa ekonomi digital berasaskan pengetahuan dan pandangan terhadap kekayaan harus diubah. Kesan laman web dirasai secara nyata pada setiap sektor dalam masyarakat kita. Sesetengah pihak menafikan selain kebaikan teknologi dan automasi, peningkatan produktiviti, ianya akan mejurus kepada penurunan peluang pekerjaan yang tidak dapat dielakkan. Tidak dapat disangkal kebenaran bahawa teknologi dan automasi mencipta peluang baru bagi menggantikan sistem yang lama. Adalah diharapkan bahawa apabila kerajaan sedar akan di mana dan bagaimana mencipta keuntungan,mereka akan lebih memandang jauh mengenai cukai dan pengedaran semula keuntungan yang dicipta oleh rangkaian digital global.Aplikasi perdagangan elektronik

Pemasaran dan pengiklanan online

Membeli belah dari rumah

Perkhidmatan kewanganPerusahaan

Pengurusan rantaian pembekal

Pengurusan projek

Polisi umum, undang-undang dan hak persendirianPerkhidmatan perniagaan biasa

Direktori

Authentication

Encryption

Sistem pembayaran Standard teknikal untuk dokumen, keselamatan, dan protokol rangkaian.

Kandungan multimedia dan penerbitan

World Wide Web

Persidangan

Java Permesejan dan pengedaran maklumat

EDI

Ejen

CORBA

Penyedia pekhidmatan

ISPs

Telekom

TV kabel

Wireless

Infrastruktur rangkaian

TAJUK 3(E-Dagang: Persekitaran Teknologi, ekonomi, organisasi dan Pengguna)

SINOPSISKursus ini mendedahkan kepada pelajar tentang perniagaan dan keusahawanan iaitu pemasaran, kewangan, perniagaan elektronik ( E- dagang ) , undang-undang perniagaan,keusahawanan dan perniagaan kecil serta kemahiran pedagogi.

HASIL PEMBELAJARAN1. Memahami ciri-ciri yang membezakan internet daripada jenis-jenis WAN yang lain.

2. Boleh menerangkan faedah dan kelemahan jenis-jenis rangkaian yang berbeza-beza.

3. Memahami istilah kualiti perkhidmatan (quality of services), misi kritikal, masa henti (downtime), penilaian risiko dan analisis kesan perniagaan.

4. Memahami hubungan antara kualiti perkhidmatan dan jenis rangkaian yang dipilih.

5. Memahami proses rancangan luar jangkaan dan matlamatnya.

6. Memahami hubung kait antara transaksi dan juga aliran kerja.

Kerangka Tajuk-tajuk

Persekitaran Teknologi

Pada masa lalu, kemajuan dalam telekomunikasi dan pengkomputeran diikuti dengan jelas pemisahan laluan evolusi. Hari ini, laluan ini bertumpu kepada rangkaian komputer. Tidak lama lagi, hampir semua pelaburan teknologi maklumat akan menjadi sebahagian daripada sistem-sistem komunikasi yang bersambungan, menghubungkan perniagaan, individu dan jabatan-jabatan kerajaan.

Hari ini, kebanyakan bentuk maklumat boleh disimpan dan diproses secara elektronik. Kuantiti maklumat yang banyak, dengan perbezaan ekonomi dan implikasi sulit, boleh dilihat melalui rangkaian-rangkaian komputer. Terdapat juga satu variasi yang luas dalam kepanjangan masa kemungkinan maklumat hendak dilindungi. Pertimbangkan pandangan ini:

Dana elektronik memindahkan berjuta-juta atau malahan berbilion dolar, di mana sekuriti jangka pendek adalah penting tetapi pendedahan adalah singkat.

Pelan strategik korporat sebuah syarikat, yang mana mesti dikekalkan secara rahsia untuk beberapa tahun tertentu.

Kunci kepada tandatangan digital yang menjadi pengikatan obligasi dari segi undang-undang, yang mesti dilindungi daripada penyalahgunaan kedua-dua dalaman dan luaran selagi mereka masih sahih.

Satu resipi atau formula produk yang proprietari, yang perlu untuk dilindungi sepanjang penggunaannya.

Maklumat sulit untuk seorang individu (keadaan perubatan, penilaian pekerjaan) yang mungkin perlu perlindungan bagi sepanjang hayat individu tersebut.

Kesan kumulatif perdagangan elektronik adalah suatu keperluan untuk pengurusan maklumat yang teliti, dan pilihan yang mesti dibuat tentang rangkaian teknologi. Pilihan-pilihan ini melibatkan pertukaran antara kelajuan, kebolehpercayaan dan kos. Satu pemahaman tentang perkara yang asas adalah perlu untuk pemahaman beberapa peranan-peranan perdagangan elektronik.

Dalam telekomunikasi, CCITT mendefinisikan kualiti perkhidmatan (quality of service QoS) sebagai kesan kolektif prestasi perkhidmatan yang menentukan tahap kepuasan seorang pengguna bagi sesuatu perkhidmatan". Takrif ini dengan jelas boleh digunakan di sebalik persekitaran telekomunikasi.

Telekomunikasi menyediakan banyak contoh situasi di mana firma-firma dan individu-individu sanggup membayar satu premium untuk QoS: daya pemprosesan yang lebih tinggi, jaminan bagi kerahsiaan dan keutuhan data dan jaminan-jaminan ketersediaan rangkaian adalah contoh-contoh bagi rangkaian parameter QoS yang boleh, sebagai contoh, mempengaruhi pilihan satu rangkaian nilai tambah swasta (private value-added network - VAN) mengatasi satu alternatif yang kurang mahal.

Network Infrastructure and Performance (Infrastruktur Rangkaian Dan Prestasi)

Jika anda hanya ada telefon di dunia, siapakah yang anda akan hubungi? Rangkaian berkembang lebih bernilai kepada mana-mana seorang pengguna berkadaran dengan jumlah pengguna lain. Rangkaian telefon juga menerangkan beberapa perkara penting lain tentang rangkaian komunikasi:

1. Setiap orang yang bersambungan kepada rangkaian tersebut mesti dikenalpasti secara unik (uniquely indentified). Dalam kes bagi rangkaian telefon, setiap talian mempunyai satu nombor telefon yang unik.

2. Terdapat satu sistem berkumpulan untuk mengatur tugasan nombor-nombor: kod negara dan kod kawasan atau bandar, diikuti oleh nombor sebenar. Kod-kod negara datang daripada satu perjanjian antarabangsa dalam sesebuah negara, setiap syarikat telefon bertanggungjawab untuk kod-kod kawasan dan nombor-nombor.

3. Sesetengah direktori mestilah wujud, yang merekod tugasan nombor kepada menusia. Syarikat-syarikat telefon menawarkan satu nombor khas untuk perkhidmatan direktori di kawasan yang mereka bertanggungjawab.

4. Telefon-telefon individu disambungkan kepada satu sistem pensuisan perantara (intermediate switching system). Sistem pensuisan itu membenarkan mana-mana pengguna untuk berhubung dengan mana-mana pengguna lain di rangkaian itu, atau malahan merentasi rangkaian tersebut. Oleh itu, satu telefon rumah yang bersambungan kepada satu rangkaian dengan satu wayar fizikal boleh menghubungi satu telefon selular di satu rangkaian yang dikendalikan oleh syarikat lain.

5. Beberapa sambungan boleh menjadi sementara, selainnya adalah kekal. Jika anda menggunakan sebuah telefon berbayar (payphone), anda disambungkan buat sementara waktu kepada satu rangkaian daripada satu nombor yang digunakan oleh orang lain. Jika anda menelefon daripada rumah anda, anda sentiasa disambungkan daripada nombor yang sama.

Rangkaian kawasan yang luas (Wide-area networks WANs) secara umumnya adalah rangkaian client/server: ini bermakna sebuah komputer mengambil peranan sebagai client" dan peranan lain sebagai server". Ia mungkin kelihatan jelas untuk menyatakan bahawa server menawarkan perkhidmatan" kepada client; perkhidmatan yang ditawarkan mungkin adalah penyimpanan data, pemprosesan atau akses untuk alat peranti lain seperti pencetak. Aspek yang amnya merupakan yang paling menarik kepada pengguna adalah perkhidmatan antara muka yang menjelaskan apa yang rangkaian boleh sediakan, dan bagaimana kecepatan rangkaian beroperasi.

Clients dan servers berkomunikasi antara satu sama lain dengan memindahkan mesej di sepanjang beberapa sambungan fizikal. Internet, sebagai contoh, menggunakan sistem telefon untuk menyediakan sambungan ini. Jaringan lain (terutamanya VANs) boleh menggunakan satu set lengkap dawai-dawai yang sulit, komunikasi satelit ataupun gabungan kedua-duanya. Jalur lebar (bandwidth) merujuk kepada keupayaan saluran komunikasi, dan amnya diukur oleh jumlah data yang boleh dipindahkan dalam satu jangka masa yang diberikan (bit per saat, sebagai contoh). Sambungan yang lebih cepat mempunyai jalur lebar yang lebih tinggi dan umumnya lebih mahal kerana mereka memerlukan lebih banyak teknologi canggih.

Mesej-mesej bertukar-tukar oleh clients dan servers yang mungkin besar atau kecil. Cara mereka di bawa dari satu sumber kepada satu destinasi bergantung kepada infrastruktur rangkaian (network infrastructure): Titik pengantara (intermediate points) bergantung kepada perkhidmatan direktori (directory services) untuk mencari laluan terbaik supaya mesej dapat meneruskan perjalanannya dari sumber tersebut ke destinasinya. Direktori berfungsi kerana setiap titik akhir (atau nod) di rangkaian itu telah diberikan satu pengecam unik. Seperti yang telah diterangkan dalam sistem telefon, menamakan (naming) adalah satu fungsi pengurusan yang memerlukan kerjasama antara penyedia perkhidmatan di satu skala global.

Pembangunan Internet merupakan contoh pemisahan perkhidmatan daripada kemudahan. Seperti satu keterbukaan (open), rangkaian awam, internet menyediakan satu saluran komunikasi yang mudah antara rangkaian-rangkaian, dengan sedikit jaminan-jaminan QoS. Tiga ciri-ciri utama yang membezakan Internet daripada jenis-jenis WAN yang lain. Internet adalah:

Connectionless: tiada sambungan yang selanjar (continuous) antara client dan server. Satu mesej dipecahkan kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil, dipanggil paket (packets), dan setiap paket yang membentuk mesej mengandungi alamat penghalaan (routing address), seperti satu sampul surat dalam sistem pos. Rangkaian lain adalah sambungan berorientasi (connection-oriented) yang bermaksud bahawa rangkaian itu menyediakan satu sambungan selanjar daripada satu poin kepada yang lain, yang kekal 'hidup' sehingga anda menggantungnya.

Stateless: setiap mesej berdiri sendiri. Kedua-dua client dan server hanya membuang" mesej-mesej mereka kepada rangkaian dan menunggu satu respon. Tiada cara untuk mereka mengetahui jika mesej itu tiba. Dengan kata lain, internet hanya cuba untuk menjejaki siri paket-paket yang membentuk satu mesej tunggal dan mengumpulkan mereka apabila semua bahagian itu telah tiba.

Best-effort: sistem tidak menawarkan jaminan-jaminan mesej akan dihantar ia akan melakukan yang terbaik tetapi jika client atau server tidak dapat dicapai (terputus daripada rangkaian, sebagai contoh, atau tiada laluan tersedia) paket-paket itu akan dibuang. Selain daripada membina mekanisme-mekanisme yang kompleks untuk memastikan bahawa sebarang kesilapan dalam rangkaian dapat dikesan dan diperbetulkan, penghujung nod boleh mengulangi permintaan servis (service requests) mereka secara berkala. Jika mana-mana poin dalam rangkaian kehilangan arah kerana satu kegagalan sementara, permintaan ini diminta semula supaya servis akan mengembalikan semula maklumat yang diperlukan.

Istilah global untuk satu rangkaian ialah connectionless, stateless dan best-effort adalah (seperti yang anda mungkin agak) tidak boleh dipercayai (unreliable). Lain-lain WANs adalah lebih dipercayai daripada Internet, kerana mereka menawarkan ciri-ciri yang memperbetulkan kelemahan-kelemahan ini. Satu rangkaian sulit maya (virtual private network VPN) sebagai contoh, menggunakan teknologi penghalaan yang lebih kompleks untuk menyediakan satu sambungan berorientasikan infrastruktur. Pembekal-pembekal (providers) bagi VANs yang dikawal ketat mempunyai keyakinan dan pengalaman maklumat penting itu akan tiba pada destinasinya, seperti dijadualkan, dalam keadaan yang baik. Pihak syarikat menjangkakan tahap perkhidmatan akan bimbang internet tidak menawarkan jaminan-jaminan seumpamanya.

Mission-Critical Networks (Rangkaian Misi-Kritikal)

Rangkaian-rangkaian hari ini adalah semakin misi kritikal. Mereka telah menjadi lebuh raya elektronik untuk memindahkan maklumat (lalu lalang) antara sebuah organisasi pemegang saham: pembeli-pembeli, penjual-penjual, pembekal-pembekal dan rakan kongsi. Pertukaran maklumat termasuklah pesanan-pesanan, pertanyaan-pertanyaan, bayaran-bayaran, perkhidmatan dan sokongan, rekaan-rekaan, rancangan dan apa-apa jenis maklumat lagi. Perkhidmatan rangkaian kritikal juga merangkumi, sebagai contoh, menyediakan akses untuk data gudang bagi sokongan pemasaran masa nyata (real-time); menyokong wakil-wakil perkhidmatan pelanggan; mempersembahkan maklumat video kepada pelabur kewangan untuk mempengaruhi keputusan pelaburan; dan berkongsi imej-imej perubatan untuk bekerjasama tentang diagnos-diagnos yang kompleks.

Dalam kes-kes tersebut, kejayaan perniagaan adalah membahayakan jika prestasi yang cukup tidak meyakinkan. Tidak mengira sama ada pertukaran melibatkan teks mudah, atau campuran dokumen-dokumen yang menggabungkan imej-imej, audio dan video, hubungan antara pemegang saham boleh ditingkatkan melalui hubungan-hubungan yang menyediakan prestasi yang mencukupi atau dijejaskan oleh prestasi yang tidak mencukupi.

Tidak dapat dielakkan, sesetengah lalu lintas akan menjadi lebih penting dari yang lain, dan dunia sebenar mengenakan had-had kepada jalur lebar, keupayaan rangkaian dan bajet. Dalam satu dunia yang ideal, keupayaan rangkaian mungkin boleh ditambah dengan cepat dan dengan murah seperti yang diperlukan. Tetapi sementara itu mungkin suatu hari nanti piawaian telekomunikasi boleh dilaksanakan, biasanya terdapat satu kelewatan besar (considerable delay) antara keupayaan masa rangkaian tambahan yang diarahkan dan masa ia menjadi boleh tersedia.

Apabila kita semakin bergantung kepada rangkaian-rangkaian ini untuk menguruskan perniagaan, kita perlu memastikan keutamaan-keutamaan yang munasabah yang boleh dikenakan ke atas aliran trafik rangkaian (flow of network traffic). Ini memerlukan kebolehan untuk mengenalpasti kelas-kelas lalu lintas dan pengguna, serta teknologi untuk mengenakan keutamaan-keutamaan dan peraturan-peraturan pada lalu lintas. Ia menganggap bahawa semua lalu lintas perlu untuk sampai ke destinasinya; bagaimanapun, bagi masa untuk beban berat, trafik yang kritikal perlu diberikan keutamaan melebihi trafik lain.

Satu rangkaian yang boleh memberikan jaminan-jaminan kualiti perkhidmatan (quality of service - QoS) mempunyai mekanisme-mekanisme untuk membuat undang-undang berasaskan keputusan tentang bagaimana lalu lintas yang melalui merentasi rangkaian. Ini membenarkan satu takrif jenis lalu lintas yang bersesuaian untuk satu kelas perkhidmatan tertentu (sebagai contoh, lalu lintas daripada rakan perniagaan") dan dasar-dasar yang berkaitan dengan kelas perkhidmatan (lalu lintas daripada rakan perniagaan mendapat keutamaan tertinggi melalui rangkaian"). Ia menunjukkan satu anjakan daripada satu rangkaian pasif yang melayan semua lalu lintas secara sama kepada satu rangkaian pintar (intelligent network) yang mengenakan peraturan-peraturan pengurusan kepada lalu lintas yang dibawa. Keperluan-keperluan ini bukan ditentukan oleh protokol-protokol egalitarian Internet tradisional.

Network Management and Network Choice (Pengurusan Rangkaian Dan Rangkaian Pilihan)

Pihak syarikat juga memerlukan jaminan agar data mereka kekal selamat. Beberapa kategori-kategori umum data boleh diidentifikasi:

Data Awam (Public Data). Data jenis ini tidak mempunyai sekatan keselamatan dan mungkin digunakan oleh sesiapa sahaj. Bagaimanapun, data seumpama ini harus dilindungi daripada diusik tanpa kebenaran atau pengubahsuaian.

Data Hak Cipta (Copyright Data). Jenis ini adalah berhakcipta tetapi bukan rahsia. Pemilik sanggup untuk menyediakannya, tetapi mahukan bayaran bagi penggunaannya. Untuk meningkatkan hasil pendapatan, keselamatan perlulah diperketatkan.

Data Sulit (Confidential Data). Data jenis ini mengandungi isi yang sulit, tetapi kewujudan data adalah bukan suatu rahsia. Data seumpama ini termasuklah nombor akaun bank dan fail-fail kakitangan.

Data Rahsia (Secret Data). Kewujudan sebenar bagi data jenis ini adalah rahsia dan mesti disimpan rahsia pada setiap masa. Ia adalah perlu untuk memantau dan log semua akses dan percubaan akses kepada data rahsia.

Kebanyakan rangkaian yang dapat memberikan kualiti jaminan-jaminan perkhidmatan mempunyai mekanisme-mekanisme untuk membuat undang-undang berasaskan keputusan tentang bagaimana lalu lintas yang melalui merentasi rangkaian, satu rangkaian yang terjamin mempunyai mekanisme-mekanisme untuk mengawal akses kepada data. Produk penyulitan yang canggih (sophisticated encryption products) dan firewalls digunakan oleh sesetengah syarikat untuk melindungi kerahsiaan dan memastikan keselamatan transaksi-transaksi internet.

Terdapat syarikat lain yang bergabung dengan kuasa-kuasa lain untuk mendapatkan perlindungan VANs. Industri automotif ANX, sebagai contoh, akan menyediakan rakan dagangannya dengan satu rangkaian terjamin untuk perdagangan elektronik dan pemindahan data. Pemimpin-pemimpin industri telah bersetuju tentang satu struktur pengurusan dan peraturan perniagaan untuk memastikan rangkaian mendapat keperluan-keperluan prestasi, kebolehpercayaan dan keselamatan. Penerimaan satu set umum amalan perniagaan, termasuklah boleh menerima penggunaan dasar-dasar dan tahap keselamatan rangkaian, adalah satu syarat bagi penyertaan dalam ANX.

Bagaimanapun, isu-isu pengurusan dan kawalan juga turut penting apabila rangkaian semakin berkembang, Terdapat sejumlah besar pertukaran penamaan, penyelenggaraan, dan butiran pampasan penyedia perkhidmatan yang terlibat dalam menyokong rangkaian berasaskan perkhidmatan. Sebagai contoh, kawalan mesti memastikan mesej-mesej tidak dihantar kepada pihak yang salah dan mesej-mesej yang tidak dapat disampaikan dikembalikan kepada pengirimnya. Potensi untuk kegagalan seperti ini semakin besar apabila jumlah rangkaian dan manusia terlibat semakin meningkat.

Internet semakin berkembang dengan satu model kawalan yang sangat terpencar (decentralized). Tidak ada titik tengah bagi pengawasan atau pentadbiran. Disebabkan ia adalah terbuka, rangkaian awam yang menyambungkan banyak rangkaian yang saling berkaitan dan lebih kecil dan penyedia-penyedia perkhidmatan, tiada satu entiti tunggal yang bertanggungjawab untuk memastikan satu mesej yang meninggalkan satu poin dan akan tiba tanpa terjejas di poin yang lain. Model ini merupakan sebahagian daripada kejayaan awal bagi Internet, apabila ia membenarkan rangkaian untuk berkembang di dalam satu cara yang sangat berautonomi.

Bagaimanapun, apabila internet semakin berkembang, pada masa yang sama, jangkaan-jangkaan bagi kualiti dan kestabilan perkhidmatan meningkat, terdapat mereka yang percaya bahawa perubahan-perubahan diperlukan dalam pendekatan untuk pengurusan internet dan kawalan. Satu persoalan yang penting untuk masa hadapan adalah meningkatkan pengurusan dan operasi Internet, tanpa kehilangan fleksibiliti asas yang telah menjadikan ia berjaya.

SHAPE \* MERGEFORMAT

SHAPE \* MERGEFORMAT

Pada tahun 1992, ITU mentakrifkan apa yang kini dipertimbangkan, set tradisional pengurusan perkhidmatan rangkaian: pengurusan kerosakan/kesalahan, pengurusan tatarajah (konfigurasi), perakaunan, prestasi dan keselamatan. Kemajuan dalam bahagian ini adalah perlu bagi Internet untuk berevolusi daripada sesuatu yang kelam-kabut, bebas, koleksi entiti-entiti yang longgar kepada satu rangkaian kualiti sistem telefon yang terurus. Satu isu yang menerima perhatian yang banyak adalah harga dan kos penemuan. Satu perbahasan tentang penggunaan yang sesuai bagi penggunaan berasaskan penentuan harga lawan pembayaran ke atas satu langganan atau bayaran tetap asas. Apa yang merumitkan lagi perbahasan adalah penyedia perkhidmatan yang menawarkan laluan percuma kepada individu sebagai balasan kepada pendedahan untuk tajaan pengiklanan.

Secara keseluruhannya, syarikat-syarikat mencari alternatif-alternatif paling sesuai untuk keperluan-keperluan perniagaan mereka yang segera. Bagi sesetengah syarikat, penyelesaian-penyelesaian standard di luar rak ke atas internet awam adalah sesuatu yang memuaskan. Bagi lain-lain, penyelesaian-penyelesaian khusus bersama dengan peraturan-peraturan eksplisit dan prosedur-prosedur operasi mungkin jawapannya. Beberapa syarikat lain akan bergantung kepada extranets, atau rangkaian swasta maya, yang menghadkan akses kepada sesetengah set perniagaan pra-layak dan rakan mereka. Sesetengah lain pula menggunakan internet untuk membeli bahan-bahan nilai lebih rendah sementara menyimpan pembelian nilai tinggi di VAN. Dengan VANs, jika sebarang permasalahan timbul, satu penyedia perkhidmatan rangkaian tunggal bertanggungjawab untuk menyelesaikannya.

Contingency Planning (Rancangan Luar Jangkaan)

Oleh sebab rangkaian berasaskan aplikasi menjadi semakin misi kritikal, satu kriteria keputusan utama menjadi kualiti tahap perkhidmatan yang diperlukan. Business Impact Analysis dijalankan untuk mengenalpasti fungsi-fungsi perniagaan kritikal. Ia mengandungi beberapa langkah:

Pertama, kenal pasti aktiviti-aktiviti perniagaan yang kritikal dan pemilik aktiviti. Aktiviti-aktiviti perniagaan adalah proses-proses dan fungsi-fungsi pengeluaran yang menerangkan perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan-pelanggan. Pemilik aktiviti bertanggungjawab kepada operasi harian yang sedang dijalankan.

Kedua, pemilik setiap aktiviti perniagaan perlu mengenal pasti sistem-sistem yang kritikal dan maklumat. Sistem-sistem kritikal adalah aplikasi-aplikasi yang dikomputerkan atau proses-proses manual yang perlu ditempatkan untuk menyokong aktiviti perniagaan yang kritikal. Pada ketika ini, ia juga adalah penting untuk mengenal pasti mana-mana sistem-sistem yang mengandungi maklumat yang sensitif atau sulit.

Langkah ketiga adalah untuk menganggarkan satu tempoh masa henti (downtime period) yang boleh diterima (jam, hari, minggu, dan sebagainya.) untuk setiap sistem yang bergantung kepada suatu aktiviti perniagaan, dan setiap sistem yang berurusan dengan maklumat yang sensitif. Ini bertindak seperti satu pemberat untuk aktiviti; satu penunjuk nilai relatif keutamaan unsur itu kepada perniagaan. Oleh sebab kebanyakan aktiviti adalah berkitaran, satu tempoh masa henti yang boleh diterima mungkin berbeza bergantung kepada masa dalam setahun apabila satu outage mungkin berlaku. Para penganalisis umumnya menganggap satu kes senario terburuk semasa mempertimbangkan persoalan ini.

Akhirnya, pemilik aktiviti dan pengurus sistem dapat mengenal pasti risiko-risiko, menentukan magnitud mereka dan mengenal pasti perlindungan. Bahagian-bahagian yang seharusnya diliputi termasuklah servers, pengurusan data, rangkaian operasi-operasi dan pentadbiran, aplikasi-aplikasi, pengecaman pengguna dan kakitangan.

Mereka yang tidak suka kepada malapetaka ini memanggil proses ini rancangan luar jangkaan, tetapi maknanya adalah sama: mesti ada satu pelan untuk mengembalikan perkhidmatan dalam keadaan malapetaka utama. Malapetaka-malapetaka ini tidak terhad kepada mereka yang memberi kesan secara langsung kepada kemudahan organisasi; kesan kerosakan kepada pusat telefon menukarkan kelengkapan atau kemudahan pengumpulan data kritikal juga perlu dipertimbangkan

Untuk mengira kehilangan produktiviti dan hasil pendapatan yang berpunca daripada masa henti (downtime), pengurus-pengurus seharusnya bermula dengan suatu senario yang mencirikan tarikh dan masa bagi outage, jenisnya dan tempoh dan bilangan pengguna yang terjejas. Mengira kos produktiviti yang hilang adalah satu perkara mendarabkan tempoh dan bilangan pengguna yang terjejas dengan purata gaji pengguna. Ia juga adalah bernilai sama ada pengguna boleh melakukan sebarang kerja semasa outage.

Sebagai contoh, katakan bahawa satu server untuk 100 orang pengguna rosak di satu agensi pelancongan yang besar. Ia mengambil masa empat jam bagi memulihkan rangkaian, dan sepanjang masa tersebut kebanyakan pengguna tidak produktif sepenuhnya. Dengan setiap pengguna menghasilkan $20 sejam, kerosakan ini akan menelan belanja $8,000 kepada agensi pelancongan tersebut dalam perbelanjaan sahaja. Lebih buruk lagi, bagi kebanyakan organisasi, ia adalah kehilangan pendapatan langsung. Jika bahagian agensi pelancongan yang sama biasanya menempah $100,000 bernilai sejam tempahan, outage mungkin menelan belanja sebanyak $400,000.

Kos-kos amat berbeza dengan persekitaran pengkomputeran, aplikasi-aplikasi perniagaan dan pengguna. Sebagai contoh, penyelidikan pasaran menunjukkan bahawa masa henti rangkaian pada satu firma pembrokeran boleh engakibatkan kos $107,500 seminit, seperti berlawanan dengan $1,150 seminit untuk satu rangkaian jualan tiket telefon.

Lebihan (terutama sekali dalam hubungan komunikasi dan bekalan tenaga) umumnya dilihat seperti jawapan. Satu alternatif memproses tapak untuk sistem-sistem misi kritikal seharusnya wujud, dan bukan dalam bangunan yang sama. Sesetengah organisasi menggerakkan sistem-sistem fungsian legasi kepada satu alternatif memproses tapak; orang lain membuat perjanjian-perjanjian timbal balas sandar (backup agreements) dengan pengguna yang dipadankan. Kesan kepada keupayaan perancangan adalah jelas. Storan data sandar (backup) di luar tapak turut dianggap bijak, kedua-duanya untuk perancangan malapetaka dan tujuan keselamatan.

Perbincangan

1. Huraikan ciri-ciri yang membezakan internet daripada jenis-jenis WAN yang lain.

2. Huraikan dalam ayat anda sendiri bagaimana maklumat dipindahkan melalui Internet, WAN dan VAN. Apakah perkara-perkara yang harus dipertimbangkan oleh syarikat-syarikat ketika membuat keputusan terhadap jenis rangkaian yang paling sesuai untuk keperluan mereka?

3. Mengapa rancangan luar jangkaan adalah penting? Huraikan dengan terperinci konsep dan langkah-langkah yang terlibat.Persekitaran ekonomi dan organisasi

Kitaran pengeluaran melibatkan pemerolehan bahan-bahan mentah atau komponen-komponen, dan menghasilkannya kepada satu produk yang boleh diterima kepada seseorang pelanggan. Setiap langkah dalam kitaran pengeluaran akan menambah nilai sesuatu bahan mentah yang asal. Menjelaskan tentang sesuatu firma memilih untuk membeli komponen-komponen atau perkhidmatan-perkhidmatan dalam pasaran terbuka, atau untuk mengeluarkan mereka in-house, merupakan satu soalan tradisional bagi sosiologi ekonomi dan organisasi.

Satu senarai unsur-unsur yang perlu dipertimbangkan untuk membuat dan menjual satu majalah berita, sebagai contoh, termasuklah: laporan; penulisan; penyuntingan; gambar-gambar; tipografi; reka letak; kertas; percetakan; perkhidmatan langganan; label bungkusan; dan pengagihan fizikal. Sesebuah firma mestilah memutuskan untuk mengeluarkan setiap barangan atau perkhidmatannya sendiri, atau membelinya daripada pembekal. Kebanyakan majalah-majalah berita tidak memiliki kilang kertas atau percetakan akhbar, tetapi mereka mengupah editor-editor sebagai kakitangan bergaji. Mereka boleh mengarahkan kumpulan pemberita mereka untuk menulis sebuah cerita, mencetak semula sebuah cerita daripada satu wire-service, atau mereka mungkin mentauliahkan seseorang daripada seorang pekerja bebas. Gambar-gambar pula mungkin didapati daripada jurufoto mereka sendiri, atau mereka mungkin membelinya daripada stock house.Tinggalkan sebentar faktor-faktor sosial yang berpotensi seperti nepotisme, fahaman perlindungan dan tindakan pengakuan, dua faktor terpenting dalam menerangkan keputusan make-or-buy" adalah (a) pengaruh sikap oportunis (opportunistic behaviour) firma lain dan (b) kos urus niaga (transaksi).

Penjual mungkin akan mengambil kesempatan (cth. menaikkan harga lebih tinggi daripada sepatutnya) apabila mereka menyedari bahawa pengguna bergantung kepada sesuatu barang tersebut dan tidak mudah mendapatkannya di tempat lain.

Sebuah syarikat boleh dipengaruhi (vulnerable) untuk bersikap oportunis disebabkan beberapa keadaan:

Ketentuan tapak (Site specificity): produk (cth. bahan-bahan mentah) hanya boleh didapati di suatu tapak tertentu.

Ketentuan aset fizikal (Physical asset specificity): produk tersebut tidak boleh digunakan untuk perkara lain, dan sebab itu adalah ia hanya berguna kepada seseorang pelanggan.

Ketentuan aset manusia (Human asset specificity): kemahiran tertentu diperlukan untuk mengeluarkan atau menggunakan sesuatu produk.

Ketentuan masa (Time specificity): produk hanya berguna bagi suatu tempoh masa tertentu (cth. ia akan rosak).

Kerumitan produk (Product complexity): maklumat tentang produk adalah kompleks. Pelanggan menghadapi kesukaran memperincikan apa yang mereka mahu dan mencari melalui alternatif-alternatif bagi mencari pembekal terbaik.

Bagi pembeli, masa dan sumber yang terlibat dalam menetapkan pembekal-pembekal yang berpotensi dan menilai penawaran produk mereka melibatkan satu kos ketara. Begitu juga dengan penjual, mereka mesti mengiklankan produk-produk mereka, dan menyediakan maklumat tentang kos-kos penghantaran dan ketersediaan (boleh didapati apabila diperlukan). Mendapatkan dan menilai maklumat adalah lebih sukar (oleh itu, lebih belanja) apabila terdapat banyak pembekal-pembekal yang berpotensi; apabila pembekal-pembekal terpisah secara geografi; apabila terdapat banyak produk yang setanding dalam industri itu; dan apabila harga atau produk berubah dengan cepat.Di sebalik kos mencari produk dan pembekal-pembekal yang bersesuaian, firma-firma mempunyai tambahan kos urus niaga (transaction costs) apabila mereka menentukan kontrak-kontrak, menguatkuasakan kontrak-kontrak dan mengendalikan penyelesaian kewangan. Apabila satu urus niaga telah dipersetujui, pelanggan itu perlu untuk memastikan pembekal-pembekal memahami syarat-syarat bagi kontrak (sebagai contoh, jadual penghantaran dan kawalan kualiti). Apabila barang-barang tersebut telah dihantar, pelanggan perlu menerima satu invois dan pembekal perlu dibayar. Pemantauan, urusan bil dan pembayaran untuk sejumlah besar pelanggan dan pembekal boleh menjadi mahal.

Market and Hierarchies (Pasaran Dan Hierarki-hierarki)

Pasaran (Markets) adalah bermaksud memudahkan urus niaga antara pembeli-pembeli dan pembekal-pembekal. Hierarki-hierarki (Hierarchies) merupakan perhubungan pembekal-pelanggan yang bertahan lama, diselaraskan oleh pengurusan lebih dari kuasa pasaran (market forces).Semasa satu mekanisme pasaran bekerja, pembeli membeli daripada mana-mana pembekal yang menawarkan kombinasi sifat terbaik seperti harga, kuantiti yang boleh didapati, piawaian kualiti, jadual penghantaran, dan sebagainya. Perhubungan antara pembeli dan penjual adalah singkat, pembelian ditamatkan dengan satu urus niaga oleh transaksi asas.Di bawah satu mekanisme berhierarki, seorang pembeli tidak memilih daripada antara banyak penjual yang berpotensi, tetapi sebaliknya memperoleh barangan dan perkhidmatan daripada sebuah pembekal yang ditentukan. Pada dasarnya, firma tersebut memilih sebuah pembekal bagi sejumlah urus niaga, dan hubungan mereka ditentukan dalam satu perjanjian.

Dalam suatu persekitaran pasaran, pelanggan boleh meninjau untuk mendapatkan gabungan harga yang terbaik, kualiti atau lain-lain sifat yang diinginkan. Oleh sebab persaingan antara pembekal-pembekal mewujudkan pelbagai pilihan, pembeli tidak perlu mengadakan tebusan untuk sikap oportunis pembekal. Kebanyakan ahli ekonomi percaya bahawa pasaran secara umumnya merupakan mekanisme-mekanisme yang lebih efisien untuk pembelian daripada hierarki-hierarki.

Hierarki-hierarki terbentuk apabila kos urus niaga adalah tinggi, bekalan-bekalan mestilah dijamin, dan/atau pembekal-pembekal tidak cukup kompetitif untuk menghadkan oportunisme. Mengekalkan kestabilan, hubungan jangka panjang antara pembeli dan penjual dapat mengurangkan kos urus niaga. Perundingan suatu kontrak yang meliputi pelbagai urus niaga mengimbangi kos carian (search costs).Ciri-ciri UtamaPasaranHierarki

SifatBebas Bergantungan

SkopUrus niaga tunggalSatu siri urus niaga

KomunikasiRundinganRutin

Darjah fleksibilitiTinggi Rendah

Kekuatan hubunganRendah Sederhana kepada tinggi

Electronic Markets (Pasaran-pasaran Elektronik)

Dalam tempat di mana pasaran dijalankan, pembeli-pembeli mencari penjual-penjual. Menggunakan rangkaian elektronik untuk mengurangkan kos mencari barangan dan perkhidmatan yang bersesuaian disebut sebagai kesan pembrokeran elektronik" (the electronic brokerage effect). Dalam pasaran elektronik, beberapa perkhidmatan wujud yang menghubungkan pembeli dan penjual yang berbeza melalui perkongsian sumber maklumat (seperti satu pangkalan data berpusat yang diselenggara atau Jaringan Sejagat terpencar) dan menyediakan alat-alat untuk mencari data. Mereka membantu pembeli-pembeli untuk menilai tawaran-tawaran pelbagai pembekal dengan cepat, mudah dan murah.

Kemudahan rangkaian seperti perkhidmatan direktori memudahkan untuk mengesan sejumlah besar pembekal yang berpotensi. Program-program perbandingan yang pintar boleh meningkatkan bilangan bagi alternatif-alternatif serta kualiti alternatif terakhir yang dipilih, di samping mengurangkan kos proses pemilihan. Teknologi maklumat boleh juga digunakan bagi mengurangkan kerumitan produk. Sebagai contoh, bagi beberapa tujuan, sepuluh digit ISBN boleh menerangkan sesuatu buku disebabkan teknologi maklumat yang diaplikasikan. Sebaliknya, pemerihal piawai produk piawai dan teknik-teknik seumpama untuk fotograf, muzik, dan video telah terbukti amat sukar untuk dibangunkan.

Firma-firma mungkin cenderung untuk membina hubungan pasaran dengan rakan dagangan mereka apabila mereka menggunakan rangkaian-rangkaian untuk mengurangkan kos-kos pencarian. Oleh sebab teknologi menjadikan firma-firma mudah untuk mencari melalui banyak kemungkinan, mereka boleh menggunakan rangkaian-rangkaian ini bagi membangunkan sejumlah besar kumpulan pembekal, dan menunjukkan sedikit kesetiaan kepada pembekal-pembekal tertentu melalui satu siri urus niaga.

Electronics Hierarchies (Hierarki-hierarki Elektronik)

Firma-firma yang menggunakan rangkaian-rangkaian untuk mengurangkan kos integrasi membangunkan perhubungan berhierarki jangka masa panjang dengan rakan dagangan mereka.

Satu contoh adalah seperti sistem pertukaran data elektronik (electronic data interchange EDI) yang menyambungkan satu poin terminal jualan peruncit kepada sistem penghantaran pembekal mereka, mengurangkan kemungkinan peruncit kehabisan stok bagi barangan yang selalu dibeli. EDI adalah satu standard untuk menyusun dan menghantar maklumat antara komputer-komputer, selalunya melebihi rangkaian komunikasi swasta (disebut value-added networks atau VANs). Perolehan rutin automatik juga bermaksud kakitangan perolehan mempunyai lebih masa untuk memfokuskan kepada perundingan meletakkan harga yang lebih baik dan membina hubungan dengan pembekal.

Bekalan bersepadu yang berangkaian membantu untuk meminimakan inventori dan mengurangkan modal kerja dengan menambah darjah penglihatan peringkat stok. Mewujudkan perhubungan elektronik dengan pembekal-pembekal besar dan pelanggan-pelanggan membolehkan syarikat-syarikat untuk menghantar dan menerima pesanan belian, pemberitahuan invois dan pengiriman dengan lebih cepat. Keadah operasi ini juga disebut pengurusan inventori just-in-time (just-in-time inventory management JIT), mengenakan konstren yang ketat kepada penyelarasan organisasi. Rakan sepasangan (partners) disepadukan kepada satu takat yang ketara (significant) melalui penggunaan sistem maklumat dan rangkaian telekomunikasi.

SHAPE \* MERGEFORMAT

SHAPE \* MERGEFORMAT

Satu lagi contoh adalah integrasi sistem-sistem CAD/CAM antara satu reka bentuk cip komputer firma dan satu faundri silikon yang membenarkan pereka-pereka cip untuk memantau proses pembuatan dan mempunyai lebih kelonggaran dalam mengubah ciptaan mereka.The Commercial Transaction (Urus Niaga Komersil)

Generalisasi pandangan ahli ekonomi tentang pasaran-pasaran dan hierarki-hierarki membawa kepada suatu kesimpulan pandangan bagi urus niaga dan dari situ, tercetus idea bahawa terdapat satu aspek dapat dilihat (visible)" dan satu aspek tidak kelihatan (unvisible)" untuk perdagangan elektronik. Aspek dapat dilihat adalah bermatlamatkan pasaran pengguna yang luas, manakala aspek tidak kelihatan pula meneruskan secara tertutup antara syarikat-syarikat dan tertumpu kepada pemprosesan urus niaga antara rakan perniagaan.

Sama ada dapat dilihat atau tidak kelihatan, model ini bermula pada persepsi ahli ekonomi tentang sesebuah pasaran. Bagi ahli ekonomi, definisi kepada satu pasaran sempurna" apabila setiap pembeli yang berpotensi mendapat maklumat yang sempurna" : tiada seorang yang mendapat maklumat yang orang lain tidak ada. Tambahan lagi, tidak wujud halangan kepada pergerakan ini bermakna untuk memudahkan model dengan membuang batasan realiti.

Dalam dunia sebenar, infrastruktur menjadi masalah. Aliran maklumat memerlukan beberapa infrastruktur untuk menggumpul, menganalisis dan menyebarkan maklumat. Kos mengangkut barang-barang, termasuk maklumat, bergantung pada sifat rangkaian pengangkutan. Membina infrastruktur ini memerlukan pelaburan dan pelaburan tidak dibuat tanpa prospek ganjaran sebagai balasan. Jurang antara pasaran sempurna ahli ekonomi dan dunia sebenar sudah jelas: akses kepada infrastruktur dan pulangan kepada pelaburan tidak akan diagih sama rata dan seterusnya akan memberi kesan kepada kos urus niaga.

Model empat fasa boleh menerangkan tentang kos urus niaga, oportunisme dan gangguan di mana hierarki-hierarki menyebabkan keunggulan pasaran-pasaran sempurna ahli ekonomi:

1. Penemuan Prepurchase (Prepurchase Discovery): takrif bagi keperluan-keperluan dan mencari ruang maklumat yang lebih besar bagi satu set produk yang berkemampuan yang bersesuaian dengan keperluan.

2. Pemilihan Dan Komitmen (Selection and Commitment): pemilihan sesuatu produk dan pembekal daripada penemuan set, berdasarkan kepada perbandingan sifat. Termasuk rundingan dengan pedagang-pedagang untuk syarat-syarat yang sesuai seperti harga, ketersediaan, dan tarikh penghantaran.

3. Penyempurnaan Pembelian (Purchase Consummation): penghantaran produk, mekanisme pembayaran dan aliran maklumat dan dokumen yang berkaitan dengan pembelian.

4. Interaksi Postpurchase (Postpurchase Interaction): perkhidmatan pelanggan dan sokongan untuk memberi perhatian aduan-aduan pelanggan, pulangan produk dan kecacatan produk.

Penemuan Prepurchase adalah penting dalam kedua-dua pasaran dan hierarki. Keperluan pelanggan didefinisikan dalam konteks produk, masa dan keinginan; pembekal-pembekal yang dapat menepati keperluan-keperluan itu adalah dicari. Maklumat tentang produk dan syarat-syarat transaksi adalah perlu pada ketika ini, tetapi tiada komitmen diperlukan atau diberi. Pada peringkat ini, pengumpulan maklumat dan penilaian adalah penting. Pelanggan tidak akan bergantung kepada vendor sahaja, tetapi akan juga mencari pendapat orang yang telah membeli produk yang sama atau produk yang serupa, dan pendapat-pendapat tersebut akan dinilai. Proses membuat keputusan mungkin panjang bagi kes produk yang kompleks, atau apabila maklumat tentang produk tersebut sukar untuk ditafsirkan.

Pemilihan seorang pembekal dan komitmen untuk membeli memerlukan rundingan syarat-syarat berbeza daripada yang lain bagi satu siri urus niaga, atau menghabiskan inventori yang berlebihan pada satu harga yang tidak melebihi daripada ofset kos yang dibawa. Pembeli boleh mengutamakan kepada syarat-syarat penghantaran atau kualiti, yang mungkin mendorong mereka untuk membayar satu premium luar yang dikeluarkan oleh seorang penjual yang terikat dengan oportunisme. Dalam kedua-dua kes ini, disinilah ahli ekonomi menemui pasaran yang dipisahkan oleh hierarki: satu urus niaga tunggal boleh disusun, dengan tiada komitmen (hubungan pasaran); atau satu siri urus niaga boleh dirunding, yang akan disempurnakan melalui satu tempoh masa (hubungan berhierarki).Walaupun penyempurnaan urusan pembelian kelihatan seperti satu perkara mudah, pada hakikatnya ia melibatkan beberapa pihak yang berlainan selain daripada pembeli dan penjual. Produk (barangan atau perkhidmatan) mesti dihantar daripada penjual kepada pembeli, yang sering melibatkan pihak ketiga khusus dalam pengangkutan. Pembeli juga perlu membayar produk tersebut. Walaupun membayar dalam bentuk wang tunai, terdapat satu rangkaian pihak ketiga yang akan terlibat dalam menguruskan pembayaran dan mengesahkan ketulenan kesahan instrumen pembayaran.

Akhirnya, pembeli dan penjual mesti bersetuju dengan syarat-syarat urus niaga yang telah ditetapkan. Kuantiti, kualiti dan masa penghantaran perlu ditepati, atau pampasan mungkin akan diminta. Sebagai tambahan, penjual mungkin mahu mendorong pembeli membeli produk itu sekali lagi, yang mana ia memerlukan komunikasi pemasaran selanjutnya untuk mengembangkan kesetiaan pada jenama. Oleh sebab itu, interaksi Postpurchase adalah bahagian yang penting bagi urus niaga.

Workflow (aliran kerja)Menggunakan teknologi untuk perdagangan memerlukan beberapa struktur yang ditentukan bagi pelaksanaan dalam persekitaran yang abstrak seperti yang telah dihuraikan di atas. Komputer-komputer dan rangkaian-rangkaian mestilah dirancang, dan tugas-tugas dibahagikan antara pembeli, penjual dan sokongan pembekal. Perspektif ekonomi dan pemasaran boleh menjadi agak abstrak manakala pengurusan dan perspektif khususnya teknologi mestilah konkrit.

Di tahap paling endah, teori sistem pengurusan pangkalan data (database management system DBMS) menyediakan satu takrif eksplisit tentang urus niaga (transaksi). Takrif ini merupakan takrif yang menjadikan mesin wang automatik (automatic teller machines - ATMs) boleh dipercayai, dan dibenarkan untuk bekerja dengan sistem-sistem yang lain dalam sesuatu bank-bank. Takrif ini menyatakan bahawa transaksi:

Mempunyai satu permulaan yang jelas dan satu hujung yang jelas.

Mengikut satu proses yang jelas (satu siri langkah-langkah atau perantaraan keadaan).

Pada akhirnya berjaya atau gagal (keadaan akhir).

Boleh gagal dalam beberapa cara, tetapi berjaya hanya dengan satu cara.

Meninggalkan pertukaran data dalam pangkalan data jika transaksi berjaya atau tidak berubah jika ia gagal.

Satu cara mudah untuk mengingati sifat-sifat transaksi adalah akronim ACID: Atomic, Consistent, Isolated and Durable. (Atom, Konsisten, Terpencil Dan Tahan)

Suatu transaksi adalah satu set aktiviti yang dianggap sebagai satu aktiviti tunggal atau atom (atomic) yang dilakukan oleh sistem.

Satu transaksi bagi jenis yang ditentukan akan sentiasa membuat perubahan-perubahan yang sama untuk pangkalan data, ini bermakna transaksi-transaksi itu adalah konsisten (consistent).

Setiap transaksi adalah satu set perubahan yang lengkap dan mereka diasingkan (isolated) daripada mana-mana transaksi lain yang dilakukan pada masa yang sama.

Sekali satu transaksi telah sempurna, perubahan-perubahan itu menjadi tetap; perubahan tersebut adalah tahan lama (durable).

Di sebalik transaksi, banyak interaksi kompleks dapat ditakrifkan. Aliran kerja (workflow) adalah satu laluan item yang jelas melalui satu atau banyak proses di mana setiap aktiviti mempunyai kesan terhadap item itu, dan akibat bagi aktiviti tersebut, ditakrifkan sepenuhnya. Suatu proses adalah satu set aktiviti-aktiviti yang saling berkaitan yang menghasilkan satu produk atau perkhidmatan. Suatu aktiviti adalah satu set tindakan-tindakan yang terbatas yang mempunyai satu permulaan boleh ditakrifkan dan kesimpulan, dan ia biasanya boleh ditentukan masanya.

Suatu tugas adalah beberapa aktiviti yang boleh dikenal pasti, selalunya sebahagiannya dibantu secara manual dan sebahagiannya secara berkomputer yang dijalankan bagi mencapai beberapa hasil tertentu (spesifik). Tugas ini lazimnya digerakkan oleh satu aktiviti perniagaan (business event) dan mungkin terdiri daripada beberapa tugas-tugas kecil, setiap satu mungkin melibatkan interaksi dengan pengguna atau proses yang berbeza. Satu ciri utama bagi spesifikasi tugas adalah pengguna itu boleh memberitahu bila tugas tersebut telah siap. Begitulah setiap tugas mempunyai satu permulaan yang jelas dan satu penghujung yang jelas. Bagaimanapun, ia mungkin tertakluk kepada gangguan atau kelewatan.

Transaksi-transaksi adalah pada dasarnya menyerupai kepada aktiviti-aktiviti yang dijelaskan dalam aliran kerja. Bagaimanapun, transaksi biasanya adalah mekanikal senyap, manakala aliran kerja meliputi lebih banyak interaksi kompleks. Transaksi-transaksi adalah sama ada berjaya atau gagal, manakala aliran kerja boleh berlelar (berulang-ulang); jika satu transaksi gagal, satu transaksi baru mesti dimulakan untuk menyiapkannya, manakala aliran kerja pula menjangkakan bahawa aktiviti-aktiviti akan menjadi terganggu atau tertangguh.

Gabungan perspektif aliran kerja dengan empat fasa proses pembelian membawa satu takrif kepada satu set peranan-peranan khusus untuk perdagangan elektronik. Satu urus niaga komersil, dalam konsep aliran kerja, adalah di mana proses seorang pelanggan berinteraksi dengan process seorang pembekal. Bagi setiap empat fasa yang diterangkan di atas menunjukkan komunikasi dan interaksi antara dua perbezaan aliran" aktiviti, setiap satunya dengan tujuan atau motif mereka sendiri di sebalik proses tersebut. Pihak lain terlibat bagi membantu menjayakan tujuan tersebut; bank menyediakan perkhidmatan untuk pengurusan tunai, syarikat penerbangan menyediaka