48
WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN PENDEDAHAN KEPADA PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN ASAS SENI DALAM PENDIDIKAN PERINGKAT SEKOLAH RENDAH SINOPSIS Mata Pelajaran ini mengandungi konsep serta latar belakang dan kepentingan Seni Dalam Pendidikan bagi memperkemas proses pembelajaran di kalangan pelajar- pelajar, membantu guru-guru atau peserta kursus mengetahui dan memahami latar belakang Seni Dalam Pendidikan sebagai strategi pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Mata Pelajaran ini menjusus ke arah pengetahuan asas tentang Seni Visual,Seni Muzik dan Pergerakan. Gabungan ketiga-tiga aspek ini akan mengembangkan proses pembelajaran di peringkat kanak-kanak yang menyeronokan. HASIL PEMBELAJARAN 1. Memahami dan menghuraikan konsep, latar belakang, matlamat dan objektif Seni Dalam Pendidikan. 2. Membuat hubungkait teori konstruktivisme dengan Seni Dalam Pendidikan serta membanding beza pendapat beberapa tokoh-tokoh pendidik . 3. Mengaplikasi pelbagai kaedah dalam aktiviti penerokaan. 1

Module WAJ3107

  • Upload
    lim-

  • View
    3.722

  • Download
    5

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Module WAJ3107

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

PENDEDAHAN KEPADA PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN ASAS SENI DALAM PENDIDIKAN PERINGKAT SEKOLAH RENDAH

SINOPSIS

Mata Pelajaran ini mengandungi konsep serta latar belakang dan kepentingan Seni Dalam Pendidikan bagi memperkemas proses pembelajaran di kalangan pelajar-pelajar, membantu guru-guru atau peserta kursus mengetahui dan memahami latar belakang Seni Dalam Pendidikan sebagai strategi pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Mata Pelajaran ini menjusus ke arah pengetahuan asas tentang Seni Visual,Seni Muzik dan Pergerakan. Gabungan ketiga-tiga aspek ini akan mengembangkan proses pembelajaran di peringkat kanak-kanak yang menyeronokan.

HASIL PEMBELAJARAN

1. Memahami dan menghuraikan konsep, latar belakang, matlamat dan objektif Seni Dalam Pendidikan.

2. Membuat hubungkait teori konstruktivisme dengan Seni Dalam Pendidikan serta membanding beza pendapat beberapa tokoh-tokoh pendidik .

3. Mengaplikasi pelbagai kaedah dalam aktiviti penerokaan.

1

Page 2: Module WAJ3107

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

KERANGKA TAJUK

2

SENI VISUAL

PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS SENI

VISUAL

PENGENALAN KEPADA ASAS SENI REKA

PENGENALAN KEPADA BIDANG SENI VISUAL

SEKOLAH RENDAH

SENI MUZIK

PENGENALAN KEPADA PENGETAHUAN ASAS

SENI MUZIK

PENGENALAN KEPADA KEMAHIRAN MUZIK

ASAS MELALUI AKTIVITI

PENGENALAN KEPADA KEPENTINGAN MUZIK

SEKOLAH RENDAH

PERGERAKAN

PENGENALAN KEPADA KONSEP PERGERAKAN

PENDEDAHAN KEPADA KEMAHIRAN ASAS

PERGERAKAN

PENGENALAN KEPADA ASAS PERGERAKAN DI

SEKOLAH RENDAH

Page 3: Module WAJ3107

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

TAJUK 1 PENDEDAHAN KEPADA PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN ASAS SENI VISUAL

1. SENI VISUAL

1.1 Pengenalan Kepada Konsep Asas Seni Visual

Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah menjurus kepada seni tampak. Subjek ini lebih menegaskan kegiatan dalam proses penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh perasaan estetik dan daya kreativiti individu melalui penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Murid diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, meningkatkan lagi kepekaan, menjadi pengkarya yang rasional dan mampu mengendalikan kehidupan dengan membawa bersama nilai yang disebutkan.

Kurikulum Pendidikan Seni sekolah rendah merangkumi empat bidang iaitu menggambar, membuat rekaan dan mencorak, membentuk dan membuat binaan, dan kraf tradisional. Murid diajar untuk melihat subjek ini daripada perspektif yang lebih luas, sama ada dari aspek keindahan mahupun gunaan. Melalui kefahaman aspek di atas, murid akan dapat memahami mengenai pelbagai khazanah dalam konteks seni warisan bangsa.

HASIL PEMBELAJARAN

1. Membuat huraian tentang Asas Seni Reka serta mengenali bidang- bidang kegiatan Seni Visual.

2. Menggunakan kemahiran akses kendiri, kadar kendiri dan terarah kendiri untuk kecemerlangan diri yang berterusan.

3

Page 4: Module WAJ3107

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

1.2 Pengenalan kepada asas Seni Reka

Topik ini akan membincangkan beberapa aspek dalam Asas Seni Reka.

1.2.1 Unsur Seni

Unsur seni terdiri daripada enam elemen asas yang penting dalam penggubahan sesuatu karya seni visual:

1.2.1.1 Garisan

i. Cantuman dari satu titik ke titik yang lain dengan mempunyai jarak-jarak tertentu. Aplikasi berbagai jenis garisan dapat mencipta rupa, jalinan, ton, corak serta menimbulkan gambaran bentuk, ruang dan gerakan dalam seni visual.

ii. Garisan boleh jadi dalam bentuk tebal, tipis, berbulu putus-putus, bergerigi, beralun, zig-zag dan lain-lain lagi. Garisan merupakan cantuman satu siri titik

iii. Merupakan unsur yang terpenting dalam kerja melukis dan menggambar

iv. Melalui garisan kita boleh menulis, melakar, membuat jalinan gambar, membuat rupa dan membentuk.

v. Garisan boleh dihasilkan melalui pelbagai teknik seperti; Teknik koyakan,Teknik tampalan , Teknik kolaj, Teknik gosokan, Teknik cetakan Teknik capan

4

Page 5: Module WAJ3107

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

Rajah 1 : Garisan

1.2.1.2 Rupa

Mesti mempunyai garisan luar (outline) dan sempadan mengelilinginya. Rupa ialah sesuatu kawasan yang berbeza dari ruang di sekeliling dan bersifat 2-D (tidak berjisim). Merupakan pertemuan antara penghujung garisan dan permulaannya.

Ia hanya sekadar garis luar sesuatu objek dan sifat leper atau mendatar. Rupa terbahagi dua:

i. Rupa organik mempunyai garisan luaran yang berbagai, tidak menentu

dan bersifat dominan. Sebahagian besar objek di dunia ini mempunyai rupa jenis ini.

ii. Rupa geometri yang terikat dengan bentuk yang khusus sepeti bulat, empat segi, kun, kubus, selinder, empat segi bujur, piramid dan beberapa contoh yang lain.Secara lumrahnya, rupa geometri dihasilkan berbantukan alat geometri.

Rajah 2: Rupa

5

Page 6: Module WAJ3107

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

1.2.1.3 Bentuk

Mempunyai struktur jisim dan isipadu. Bentuk dapat dihasilkan melalui lukisan, catan, arca, komputer dan kraf tradisi. Bentuk terdiri dari dua jenis;

i. Bentuk ilusi (maya)

Bentuk ilusi wujud dalam bentuk gambar, catan, cetakan, foto, illustrasi dan lukisan . Bentuk ilusi hanya dapat dilihat di satah gambar dan apabila disentuh ia hanya permukaan datar dalam bentuk dua dimensi.

Rajah 3: Bentuk Ilusi

ii. Bentuk konkrit Bentuk konkrit bersifat tiga dimensi, maujud, berisipadu atau berjisim dan mempunyai ton, warna, jalinan dan ruang. Contoh: Bakul, bola, durian, bangunan, manusia dan lain-lain lagi.

6

Page 7: Module WAJ3107

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

1.2.1.4 Jalinan

Merujuk kepada kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu objek. Ia dapat menunjukkan kesan rasa dan ekspresi sesuatu objek kepada kita. Terdapat pada sesuatu permukaan objek sama ada kasar, halus, kesat dan sebagainya. Jalinan wujud secara semulajadi atau dari buatan manusia. Jalinan yang wujud secara semulajadi mempunyai fungsi yang tersendiri dari ciptaan Yang Maha Kuasa. Jalinan terbahagi dua jenis:

i. Jalinan tampak

Jalinan dapat dilihat pada satah gambar yang bersifat dua dimensi. Ia terdir daripada gambar, slaid, billboard, paparan jalan, simbol dan logo. Oleh sebab ia dalam bentuk gambar, kita tidak dapat merasa jalianan secara sentuhan.

Rajah 4: Jalinan Tampak

ii. Jalinan sentuh Manakala jalinan sentuh dapat dirasa kerana ia bersifat maujud. Sifatnya tiga dimensi. Ia terdiri daripada kulit kayu, cermin, kulit kerang, simen, buah durian dan lain-lain.

7

Page 8: Module WAJ3107

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

Rajah 5: Jalinan Sentuh

1.2.1.5 Ruang

Merupakan kawasan yang dikelilingi oleh garisan, atau kawasan kosong di sekeliling objek, atau jarak antara dua objek

Ruang merupakan kawasan di antara atau kawasan di sekeliling objek. Ia menggambarkan aspek kekosongan antara objek atau garisan. Ruang berada di luar, di tepi di atas atau sebagainya. Dalam aktiviti menggambar, ruang boleh dihasilkan dengan menggunakan garisan, jalinan dan warna. Pada kebiasaannya, ruang dikaitkan kepada garisan, perspektif, warna dan bentuk.

8

Page 9: Module WAJ3107

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

Rajah 6: Ruang

1.2.1.6 Warna

Pigmen pewarna kimia yang bertindak balas pada sesuatu permukaan. warna terbahagi kepada tiga kumpulan utama iaitu warna asas, warna sekunder dan warna tertier.

Warna asas terdiri daripada warna biru, merah kuning; dan ianya boleh menghasilkan warna sekunder dan warna tertier

Warna sekunder pula terdiri daripada warna hijau, jingga dan ungu; dan dapat dihasilkan daripada campuran dua warna asas.

Sementara itu, warna tertier terhasil daripada percampuran warna asas dan sekunder.

Rajah 7 : Roda Warna

9

Page 10: Module WAJ3107

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

1.3 Pengenalan Kepada Asas Seni Reka

Prinsip-Prinsip Rekaan

1.3.1 Harmoni

Kesan ini wujud di alam sekeliling apabila munculnya susunan atau ulangan unsur-unsur seni mengikut cara atau gaya yang tertentu. Tujuan menghasilkan kesan harmoni adalah untuk menarik perhatian pada sesuatu gubahan, objek atau imej. Gabungan ini akan menimbulkan keadaan yang selesa, aman dan tenang.

Rajah 8: Harmoni

1.3.2 Kontra

Keadaan ini berlaku apabila salah satu daripada unsur- unsur seni mempunyai ciri-ciri yang bertentangan di antara

satu sama lain. Ianya bertujuan untuk menimbulkan kesan yang menarik pada sesebuah karya seni. Kontra berkait rapat dengan penegasan (semakin tinggi kadar kontra semakin jelas penegasan). Kontra boleh dikaitkan dengan

rupa, garisan, bentuk dan warna.

10

Page 11: Module WAJ3107

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

Rajah 9 : Kontra

1.3.3 Penegasan

Sesuatu yang boleh menarik perhatian dan tumpuan kepada pemerhatian tampak. Ianya berfungsi sebagai daya penarik, pemusatan karya, mengelak kebosanan dan menjadikan gubahan lebih menarik. Penegasan diwujudkan untuk menimbulkan kesan kelainan.

Rajah 10 : Penegasan

1.3.4 Imbangan

Keadaan gubahan yang sama sempadan, sama berat dan graviti, sama kecerahan warna, sama padan dan sama gaya penampilan.Terdapat tiga jenis imbangan iaitu imbangan simetri, tidak simetri dan imbangan semua arah. Secara umumnya imbangan adalah agihan ruang dalam sesuatu hasil karya.

11

Page 12: Module WAJ3107

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

Rajah 11 : Imbangan

1.3.5 Pergerakan

Wujud apabila terdapatnya keadaan yang bergetar, bergoyang, bergegar, berayun, bersinar-sinar dan sebagainya. Pergerakan bertujuan untuk memberi ‘nyawa’, rupa dan bentuk visual dalam seni tampak dua dimensi. Pergerakan boleh ditampilkan melalui jalinan, rupa dan ruang.

Rajah 12 : Pergerakan

1.3.6 Kepelbagaian

Merupakan keadaan penggabungan pelbagai gaya, nilai dan idea yang berbeza. Susunan atau ulangan unsur-unsur

seni yang bertentangan arah dan berbeza saiznya akan mewujudkan kepelbagaian.

12

Page 13: Module WAJ3107

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

Rajah 13: Kepelbagaian

1.3.7 Kesatuan

Suatu olahan motif atau ulangan unsur-unsur seni secara sistematik, berpandukan grid berdasarkan tema atau dea sesuatu hasil karya. Susun atur yang kemas, teratur, lengkap dan sempurna dapat mewujudkan keseragaman atau kesatuan.

Rajah 14 : Kesatuan

1.4 Pengenalan Kepada Bidang Seni Visual Sekolah Rendah

Pendidikan Seni Visual sekolah rendah terdiri daripada empat bidang:

13

Page 14: Module WAJ3107

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

1.4.1 Melukis dan Membuat Gambar

Bidang ini menegaskan perkembangan persepsi terhadap aspek melukis serta kegiatan menggunakan pelbagai media dan teknik dengan menekankan aspek ruang,struktur,imbangan dan komposisi. Penguasaan gambar akan menjadi lebih baik dan menarik sekiranya ada kepelbagaian bahan dan teknik yang diaplikasikan. Di dalam bidang pengajaran dan pembelajaran sekolah rendah, kandungan subjek atau hal benda disesuaikan dengan pengalaman sedia ada pelajar untuk merangsang dan meningkatkan pembelajaran. Dalam aktiviti menggambar, kanak-kanak dapat menggunakan berbagai alat dan bahan untuk menghasilkan gambar mengikut cara ekspresinya yang tersendiri, membantu perkembangan pelajar dari aspek psikomotor dan emosi dan penting dari segi keperluan fisiologi dan psikologi pelajar.

Rajah 15: Kolaj

1.4.2 Membuat Rekaan dan Corak

Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana-mana hasil daripada kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya. Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara.

14

Page 15: Module WAJ3107

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

Corak ialah struktur susunan ulangan berdasarkan motif yang dibuat secara terkawal atau bebas. Seringkali corak boleh didapati daripada:

i. Alam semulajadi seperti bunga, siput, kayu, serangga

dan haiwan

ii. Bahan buatan manusia seperti kerusi, meja, rumah dan gunting

iii. Geometri seperti bulat, segi tiga dan segi empat

iv. Rupa barangan kraf tradisional seperti wau, gasing dan keris

1.4.2.1 Jenis Susunan Corak

i. Penuh ii. Turun satu suku iii. Turun tiga suku iv. Turun separa v. Sisik ikan vi. Selang seli vii. Tampak dam dan tampak catur viii. Siku keluang ix. Pucuk rebung x. Orgee xi. Batu bata xii. Tunggal xiii. Berpusat xiv. Sendeng xv. Berombak xvi. Jidar xvii. Berjalutxviii. Cerminan

1.4.2.2 Teknik Corak

i. Corak terancang - Lukisan- Catan- Cetakan

15

Page 16: Module WAJ3107

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

- Capan- Lipatan dan Guntingan- Resis- Kolaj- Kaligrafi

Rajah 16: Resis

ii. Corak tidak terancang

- Titisan- Renjisan- Ikatan dan celupan- Tiupan- Pualaman- Lipatan- Tarikan

16

Page 17: Module WAJ3107

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

Rajah 17: Pualaman

Rajah 18: Ikat dan Celup

1.4.3 Membentuk dan Membuat binaan

Bidang ini menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek tersebut, murid dapat memahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan membuat binaan sesuatu model. Bidang kegiatan membentuk dan membuat

binaan juga mendedahkan pelajar dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan.

1.4.3.1 Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan di sekolah rendah:

i. Arca timbul ii. Arca asemblaj iii. Arca bergerak iv. Arca stabil

17

Page 18: Module WAJ3107

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

v. Model vi. Diorama vii. Boneka viii. Topeng ix. Origami

Rajah 19: Topeng

1.4.3.2 Tema dan Subjek

i. Alam semulajadi ii. Perasaan dalaman, khayalan dan imaginasi

si pelukis iii. Aliran dan tema sejagat iv. Keperluan dan pengalaman harian

1.4.4 Kraf Tradisional

Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan atau kerja-kerja berunsurkan seni yang melibatkan kemahiran kerja tangan serta memerlukan daya cipta dan kreatif masyarakat yang diwaris turun-temurun mengikut kaum masing-masing.

1.4.4.1 Jenis - jenis Kraf Tradisional

i. Alat domestik ii. Alat permainan iii. Alat mempertahankan diri

18

Page 19: Module WAJ3107

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

iv. Alat Perhiasan Diriv. Batik vi. Seni tekat vii. Tembikar viii. Anyaman ix. Tenunan

Rajah 20 : Batik Tulis

Rajah 21: Anyaman

19

Page 20: Module WAJ3107

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

Rajah 22: Seni Tekat

Rajah 23 : Gasing

Rajah 24 : Tembikar

20

Page 21: Module WAJ3107

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

Rajah 25: Tenunan

TAJUK 2 PENDEDAHAN KEPADA PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN ASAS SENI MUZIK

2. SENI MUZIK

SINOPSIS

Topik ini memberi peluang kepada guru-guru menambah pengetahuan asas dalam bidang seni muzik yang merangkumi pengenalan asas muzik, kamahiran muzikal dan apresiasi muzik.

HASIL PEMBELAJARAN

1. Menyata dan menghuraikan konsep pergerakan asas

2. Bekerjasama dan berinteraksi dalam kepelbagaian budaya dan kepercayaan

3.1 Pengenalan Kepada Pengetahuan Asas Muzik

KONSEP MUZIK

Muzik ialah bunyian yang disusun secara sistematik dan mempunyai kualiti tersendiri. Susunan muzik yang betul dan teliti akan menentukan kualiti. Konsep muzik ialah:

21

Page 22: Module WAJ3107

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

I. IRAMA

Rajah 1 : Irama

Gabungan berbagai jenis not muzik yang berbeza akan menghasilkan irama

II. HARMONI

Rajah 2 : Harmoni

Harmoni adalah cantuman not-not yang dibunyikan

22

IRAMACORAKIRAMA

DETIK TEMPOH METER

RENTAK

HARMONI

TRIAD

ARPEGGIO

PERGERAKAN KOD

Page 23: Module WAJ3107

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

serentak. Not ini bila digabung menjadi Kod sebagai mengiringi lagu.

III. MELODI

Rajah 3 : Melodi

Melodi mengandungi pic rendah , sederhana dan tinggi. Contohnya: lagu Rasa Sayang

IV. EKSPRESI

Rajah 4: Ekspresi

23

MELODI

RANGKAIAN LAGU

SOLFA KONTOR

JEDA

SKEL

PIC

EKSPRESI

TANDAISYARAT

ISTILAH

DINAMIKS

Page 24: Module WAJ3107

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

Ekspresi akan mempengaruhi sesuatu persembahan samada vocal atau instrumental. Ciri muzikal ini ialah dinamik, istilah dan tanda isyarat.

V. BENTUK

Bentuk ialah ciptaan muzik mempunyai struktur dua bahagian iaitu bentuk AB. Misalnya: susunan: Bentuk dua bahagian

Tiga bahagian Rondo

Strofik Bentuk tradisional

VI. WARNA TON

Ada kualiti dan sifat tersendiri atau berbeza bagi sesuatu muzik

Contoh:

i. Suara menjerit dan berbisikii. Suara kanak-kanak dan orang dewasa

iii. Ketukan batu dan kayuiv. Bunyi salakan anjing dengan ngauman

harimauv. Bunyi burung hantu dan bunyi katakvi. Bunyi seruling dan drumvii. Suara orang lelaki dan orang perempuan

Warna ton dapat dijelaskan dengan penggunaan perkataan seperti lembut, kasar, garau, nyaring, berat dan ringan. Lelaki mempunyai suara baritone, tenor dan bes. Manakala suara perempuan mempunyai suara soprano dan alto. Dalam koir biasanya ada berbagai ton suara yang menjadikan pendengaran menarik. Dalam orchestra pula,gabungan pelbagai alatan muzik yang berbeza menghasilkan ton warna indah dan menarik pendengaran.

VII. Jalinan

Jalinan atau tekstur digunakan oleh pemuzik semasa

24

Page 25: Module WAJ3107

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

mengadun bunyi agar jadi menarik dan digemari.

2.2 Pengenalan Kepada Kemahiran Muzik Asas melalui aktiviti

Bagi membina kemahiran menyanyi dan bermain alatan muzik secara solo dan ensembel, kita harus menjalankan aktiviti bermain alat muzik dan menyanyi untuk membolehkan pelajar menikmati dan menilai persembahan muzik.

2.2.1 Tiga komponen besar dalam pendidikan muzik

3.2.1.1 Kemahiran muzikal nyanyian

i. Membina teknik menyanyi dengan mengikut Postur Pernafasan Sebutan Artikulasi Ekspresi Penghasilan ton Rangkaian

ii. Membina kemahiran menyanyi Kemahiran secara individu

- Menyanyi berbagai lagu secara individu

- Menyanyikan skel: jeda, arpeggio menaik dan menurun

- Menyanyi semula keratan lagu yang didengar

- Menyanyi serta merta ikut skor muzik

Kemahiran Ensembel- Menyanyi dalam ensembel vokal

senada- Menyanyi dalam ensembel vokal

berharmoni- Mendengar dengan teliti dan selektif

25

Page 26: Module WAJ3107

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

3.2.1.2 Kemahiran muzikal muzik dengan gerakan

i. Bergembira bergerak ikut muzikii. Melibatkan diri secara aktifiii. Mendengar dengan telitiiv. Melahirkan ekspresi diri dengan gerakanv. Faham konsep muzik dengan gerakanvi. Mengaitkan dengan budaya dalam pergerakan muzikvii. Memupuk keyakinan diri disiplin dan estetik

3.2.1.3 Kemahiran muzikal permainan alat muzik

i. Bergembira bermain muzikii. Penglibatan secara akrifiii. Mendengar dengan teliti iv. Bermain alat muzik secara muzikal dan terkawalv. Memahami dan mengaplikasi konsep muzik dan alat permainanvi. Mengenali alat tradisionalvii. Memperbaiki dengan meneroka konsep muzik menerusi alat permainanviii. Memupuk yakin diri, disiplin dan estetika

3.3 Pengenalan kepada kepentingan muzik sekolah rendah

3.3.1 Membina nilai – nilai murni di kalangan pelajar

Membentuk disiplin Membentuk sifat bekerjasama Sifat bertolak ansur Memberi rangsangan Memberi kegembiraan Merentas kurikulum Emosi Memupuk keyakinan diri

26

Page 27: Module WAJ3107

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

TAJUK 3 PENDEDAHAN KEPADA PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN ASAS SENI PERGERAKAN

3. SENI PERGERAKAN

SINOPSIS

Topik ini merangkumi pengetahuan asas dalam pergerakan; bidang-bidang pergerakan serta alatan dan keselamatan; pergerakan asas pendidikan pergerakan, pergerakan kreatif dan apresiasi pergerakan.

HASIL PEMBELAJARAN

1. Menyata dan menghuraikan konsep pergerakan asas.

2. Bekerjasama dan berinteraksi dalam kepelbagaian budaya dan kepercayaan.

3.1 Pengenalan kepada konsep pergerakan

27

Page 28: Module WAJ3107

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

Rajah 1: Kerangka Konsep

3.1 Pendekatan kepada asas pergerakan

Pendidikan Pergerakan merupakan salah satu wacana yang menyumbang ke arah perkembangan keseluruhan pelajar dalam membentuk sikap dan sahsiah tentang keperluan - keperluan sosial, emosi dan estetik murid berdasarkan kepada model holistik perkembangan kanak - kanak bertujuan;

i. Membentuk dan memperhaluskan kemahiran lokomotor dan bukan lokomotor kemahiran pergerakan manipulatif dan kestabilan saraf otot.ii. Memantapkan tahap kecerdasan fizikal, pengetahuan dan sikap.iii. Memantapkan keupayaan pengamatan motor melalui

pengalaman - pengalaman pergerakan terarah.

3.3. Pengenalan kepada asas pergerakan sekolah rendah

3.3.1 Pergerakan Asas

Proses yang memandu pelajar untuk memperoleh kecekapan pergerakan menerusi teknik-teknik menyelesaikan masalah.

Mengimprovisasi dengan menekankan kebebasan ekspresi yang berteraskan kegiatan-kegiatan penemuan,penerokaan dan kreativiti.

3.3.2 Kemahiran Lokomotor Beritma Sekata

3.3.2.1 Berjalan

i. Postur – badan & kepala tegak ii. Kedudukan kaki iii. Pemindahan berat badan iv. Pergelangan kaki, lutut & pinggul bengkok.v. Hayunan tangan

28

Page 29: Module WAJ3107

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

Aktiviti-aktiviti:

i. Berjalan bebas menggunakan ruang ii. Berjalan dan berhenti bila isyarat

diberi.iii. Berjalan dengan kelajuan berbeza.iv. Berjalan mengikut arah yang

berlainan.v. Berjalan dengan langkah kecil & besar vi. Berjalan dengan keadaan relak vii. Berjalan dengan membentuk badan

Menjadi gemuk dan kurus. viii. Berjalan di atas jari-jari kaki.

3.3.2.2 Berlari

1. Kedudukan kaki2. Kedudukan badan 3. Kedudukan lutut 4. Hayunan tangan

Aktiviti-aktiviti:

i. Berlari bebas ii. Berlari bebas & berhenti apabila

isyarat diberikan iii. Berlari setempat iv. Berlari cepat & lambat v. Berlari dengan langkah pendek &

panjang vi. Berlari ke hadapan & kebelakang vii. Berlari lurus, berbelok-belok & dalan

bulatan viii. Berlari dalam arah yang berlainan ix. Berjalan & berhenti, berlari & berhenti x. Membuat perbandingan dua

pengalaman.xi. Bincang mengapa senang berhenti

apabila bergerak lambat xii. Memperkenalkan konsep momentem

ke hadapan

29

Page 30: Module WAJ3107

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

xiii. Memaklumkan keperluan untuk memindah pusat graviti dari hadapan ke belakang

3.3.2.3 Skip

Skip ialah gabungan dua pergerakan iaitu berjalan dan hop

1. Pergerakan kaki

Melangkah & hop: Satu langkah ke kanan di ikuti dengan hop kaki yang sama dan kaki kiri melangkah di ikuti dengan

hop kaki yang sama. Masa melangkah adalah lebih panjang daripada masa

hop menyebabkan pergerakan beritma tidak sekata.

2. Hayunan tangan :

Tangan dihayun ke hadapan dan ke atas. Tangan bertentangan dengan kaki hadapan dihayun. Hayunan tangan yang bertentangan ini memenuhi dua fungsi iaitu memberi imbangan dan momentum semasa dalam fasa hop.

3. Berat badan dan pusat graviti

Berat badan sentiasa di bebola kaki di sepanjang pergerakan. Pusat graviti berubah ke hadapan melepasi jari-jari kaki apabila skip ke hadapan manakala apabila skip ke belakang, pusat graviti berpindah ke belakang melepasi tumit.

Aktiviti-aktiviti:

i. Skip bebas ii. Skip ke hadapan

30

Page 31: Module WAJ3107

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

iii. Skip ke belakang iv. Skip mengelilingi objek v. Skip ke dalam dan ke luar

gelung rotan vi. Skip berbelok-belok dalam

bulat

3.3.2.4 Galop

Pergerakan kaki dan pemindahan berat badan satu kaki bergerak ke hadapan dan berat badan dipindahkan kepadanya. Kaki belakang digerakan ke hadapan di belakang tumit kaki hadapan. Dengan pergerakan pantas kedua-dua kaki diangkat di hadapan dan berat badan diletak pada kaki belakang. Kaki hadapan sentiasa dihadapan.

1. Pusat graviti Ia bergerak ke hadapan apabila galop ke hadapan

2. Menolak dan mendarat

a) Menolak dengan bebola kaki belakang dan mendarat dengan kaki hadapan b) Lutut dan pergelangan kaki sentiasa

dibengkokkan semasa pergerakan dilakukan

Aktiviti-aktiviti:

i. Galop secara bebas ii. Galop lurus, bebelok-belok dan

dalam bulatan iii. Galop melepasi objek-objek

seperti kon dan pundi kacang iv. Berkumpul dan galop dalam

bulatan, ikut arah pusingan jam dan lawan jam

v. Berpasangan, seorang galop mengejar pasangannya

vi. Berpasangan, galop bersama

31

Page 32: Module WAJ3107

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

dan ikut rentak yang sama

3.3.3 KEMAHIRAN BUKAN LOKOMOTOR

3.3.3.1 Membongkok

i. Pergerakan ini membawa bahagian-bahagian rapat antara satu sama lain

ii. Bahagian badan yang boleh dibengkokkan bergantung kepada struktur sendi terlipat

iii. Sendi engsel membenarkan badan dibongkokkan kehadapan dan kebelakang sahaja

iv. Sendi bola dan soket pula, membenarkan badan dibongkokkan kehadapan, kebelakangan, ke kiri dan dalam bulatan

3.3.3.2 Meregang

i. Membongkok dan meregang bahagian-bahgian badan bermula dengan bahagian kecil badan seperti jari-jari tangan, jari-jari kaki,tangan dan kaki kepada bahagian besar badan seperti kaki, lengan, kepala dan belakang

ii. Membongkok dan meregang bahagian badan dengan menggunakan bahagian yang berlainan

untuk dijadikan dasar menyokong

3.3.3.3 Mengilas

i. Pusingan bahagian badan mengelilingi paksi panjang tanpa menggerakkan dasar menyokong

ii. Berlaku dalam arah bulatan sahaja iii. Sendi menentukan bahagian badan yang boleh dikilas

3.3.3.4 Memusing

32

Page 33: Module WAJ3107

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

i. Mengilas bahagian badan yang berlainan seperti kaki, lengan, badan dan leher.

ii. Membentuk dengan mengilas dan menggunakan bahagian badan berlainan sebagai dasar menyokong

3.3.3.5 Menolak

i. Menurunkan kuasa badan ke atas kuasa rintangan

ii. Menolak menjauhkan objek dari badan atau menjauhkan badan dari objek

iii. Pergerakan dilakukan dengan menggunakan tangan dan lengan, tapak dan kaki, bahu dan pinggul

3.3.3.6 Menarik

i. Menggerakkan atau merapatkan objek kepada badan

ii. Menolak dalam ruang dengan menggunakan bahagian badan yang berlainan

iii. Menolak objek seperti pundi saga dan bola menggunakan bahagian badan yang berlainan seperti tangan, siku dan kaki

3.3.3.7 Hayun

Satu pergerakan bulat atau separuh bulatan mengelilingi bulatan satu titik tengah yang tetap

3.3.3.8 Berbuai-buai

i. Hayun tangan ke hadapan, ke belakang atau menyilang badan di dada

ii. Hayun kaki ke hadapan, belakang, atau ke sisi, menyilang kaki lain

iii. Hayun dengan bergayut pada palang iv. Berbuai dengan berdiri tegak dan

mengerakkan badan ke sisi, ke kiri, dan ke kanan

33

Page 34: Module WAJ3107

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

v. Dua tangan ke hadapan, bengkokkan siku, berbuai-buai dengan menggerakkan badan ke kiri dan ke kanan

Rujukan Asas

Isbell, R. & Raines, S. (2002 ).Creativity and the arts with young children. NY: Thomson Delmer Learning

Mayeskey, M. (2003 ). How to foster creativity in all children. NY: Thomson Delmer Learning.

Pica, R. ( 2000 ). Experiences in movement with music, activities & theory. NY: Thomsen Delmer Learning.

Rujukan Tambahan

Anderson, W.M. & Lawrence, J.E. ( 1991 ). Integrating music into the classroom. Belmont, California: Wadswort Publishing Co.

Buschner, C.A. (1994 ). Teaching children movement concept and skill. IL: America Master Teacher Programme.

Dauer, V.P. & Pangrazi, R.P. ( 1998 ). Dynamic pysical education for elementary school children. New York: Macmillan Publishing Company.

Fogarty, R. (1991). Integrete the curricula. IIIinois: IRI/ Skylight Publshing Ins.

Gardner, H. ( 1982 ). Art, mind, and brain : a cognitive approach to Creativity. NY: Basic Books Inc.

Lowenfeld, V. And Brittain, W.L. ( 1986 ). Creative and mental growth, NY.Macmillan.

Menon, N. ( 2005 ). Permainan, lagu & puisi. Bentong, Pahang: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Salmah, Ayub ( 1998 ). Pergerakan kreatif dan pendidikan. P.J. Flo Enterprise Sdn. Bhd.

34

Page 35: Module WAJ3107

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

35