Upload
vuongngoc
View
229
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
PENGARUH AUTOMOTIF DALAM REKA BENTUK PERABOT
KONTEMPORARI (AUTOCHAIR)
MOHAMAD SHAFIZAM BIN RAMLI
Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian
(Teknologi Seni Reka)
2016
PENGARUH AUTOMOTIF DALAM REKA BENTUK PERABOT
KONTEMPORARI (AUTOCHAIR)
MOHAMAD SHAFIZAM BIN RAMLI
Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Senireka dengan kepujian
(Teknologi Seni Reka)
Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
2016
UNlVERSITI MALAYSIA SARAWAK
Grade:
Please tick (-./) Final Year Project Report 1/1 Masters D PhD D
DECLARATION OF ORIGINAL WORK
This declaration is made on the 24" JUNE 2016
Student's Declaration:
I MOHAMAD SHAFlZAM BIN RAMLI, 36981, FACULTY OF APPLIED & CREATIVE ARTS (FACA) he reby declare that the work entitled PENGARUH AUTOMOTIF DALAM REKA BENTUK PERABOT KONTEMPORARI is my original work. I have not copied from any other students' work or from a ny othe r sources except where due refe re nce or acknowledgement is made
explicitly in the text, nor has any part bee n written for me by another person.
24th JUNE 2016 MOHAMAD SHAFlZAM BIN RAMLI (36981) Date submitted Name of the student (Mat)'ic No.)
Supervisor's Declaration:
I ASSOCIATE PROFESSOR DR. SAIFUL BAHARI MOHD YUSOFF (SUPERVISOR'S NAME) hereby certifies that the work entitled PENGARUH AUTOMOTIF DALAM REKA BENTUK PERABOT KONTEMPORARI was prepared by the above named student, and was sub mitted to the "FACULTY" as a * partialffull fulfillment for the conferment of BACHELOR OF APPLIE D ARTS WITH HONOURS (DESIGN TECHNOLOGy) , and the aforementioned work, to the best of my knowledge, is the said student's work.
Received for examination by: ASSOCIATE PROFESSOR OR, SAIFUL BAHARI MOHO YUSOFF Date: 24,h JUNE 2016
(Na me of the super visor)
Tdeclare that Project/Thesis is classified as (Please tick ('J»:
o CONFIDE NTIAL (Contaills confidential information under the Official Secret Act 1972)* o RESTRICTED (Contains restricted information as specified by the organisation where
research was done)* 00PEN ACCESS
Validation of ProjecUThesis
I therefore duly affirm with free consent and willingly declare that this said Project/Thesis shall be placed officially in the Centre for Academic Inform atio n Services with the abiding interest and rights as follows:
o This ProjectfI'hesis is the sale legal property ofUniversiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). o The Centre for Academic Information Services has the lawful right to make copies for the
purpose of academic and research only and not for other purpose . o The Centre for Academic Information Services has the lawful right to digitalise the
content for the Local Content Database. o The Centre for Academic I nformation Services has the la wful right to make copies of the
ProjectfI'hesis for academic exchange between Highe r Learning Institute. o No dispute or any claim shal l arise from the student itself neither third pa rty on this
ProjectfI'hesis once it becomes the sale property of UNIMAS. o This Project/Thesis or a ny material, data a nd information re lated to it shall not be
distributed, published or disclosed to a ny party by the stude nt exce pt with UNIMAS permission.
r
1",~e;;-~ __ __"4~~""!¥,III!C=---Student signature - --f =-__' _ Supervisor sign " reo ~~NE2016 24'h J ta4E 2016
I-Current Address: NO-157 JALAN KENARI FELDA BUKIT BATU 81020 KULAI JAYA, JOHOR
Notes: * If the ProjectlThesis is CONFIDENTIAL or RESTRICTED, please attach together as a nnex ure a letter from the org'anisation with the period a nd reasons of confidentia lity and restriction.
[The instrument is duly prepared by The Centre for Academic Information Services]
i
Projek bertajuk ‘Pengaruh Automotif Dalam Reka Bentuk Perabot Kontemporari
(Autochair)’ telah disediakan oleh Mohamad Shafizam bin Ramli dan telah diserahkan kepada
Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni
Gunaan dengan Kepujian (Teknologi Seni Reka).
Diterima untuk diperiksa oleh:
________________________
(Prof Madya.Dr Saiful Bahari Mohd Yusoff)
Tarikh:__________________
ii
PENGHARGAAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Syukur Alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapatlah
saya menyiapkan penulisan ilmiah projek tahun akhir ini dalam jangka masa yang telah
ditetapkan.Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya ucapkan kepada para pensyarah
terutama Prof Madya.Dr Saiful Bahari Mohd Yusoff selaku penyelia yang banyak memberi idea,
sokongan dan mencadangkan banyak penyelesaian dalam menyiapkan projek tahun akhir.
Terima kasih juga kepada pensyarah-pensyarah lain terutamanya pensyarah dari teknologi
industri reka sebagai penasihat yang banyak memberi pendapat dan idea tentang projek tahun
akhir ini.
Jutaan terima kasih juga kepada para juruteknik yang berada di bengkel senireka perindustrian
yang banyak membantu ketika menyiapkan projek tahun akhir ini. Sedia memberi peluang dan
tunjuk ajar serta memberi idea-idea yang bernas untuk mempelajari benda baru dari pelbagai
aspek semasa berada di dalam bengkel.
Seterusnya kepada semua kakitangan Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK) kerana
telah memberikan kerjasama yang baik dalam menghasilkan kajian ini. Terima kasih buat
ayahanda Ramli bin Ahmad dan bonda kesayangan Shafini Binti Saimon yang menjadi sumber
inspirasi dan ahli keluarga di atas bantuan kewangan, dorongan dan restu. Tidak lupa juga
kepada rakan-rakan seperjuangan, dan kepada semua yang terlibat setinggi-tinggi terima kasih
dirakamkan atas bantuan dan dorongan yang telah diberikan.
Sekian, Terima Kasih
iii
ISI KANDUNGAN
JADUAL KANDUNGAN MUKA SURAT
Halaman Tajuk
Borang Pengesahan Status Laporan
Status Laporan i
Penghargaan ii
Isi Kandungan iii
Abstrak vi
Abstract vii
BAB 1 : PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan 1
1.1 Latar Belakang Penyelidikan 2
1.1.1 Perbezaan Perabot Kontemporari Dan Moden 3
1.2 Objektif Penyelidikan 6
1.3 Penyataan Masalah 6
1.4 Persoalan Penyelidikan 6
1.5 Skop Penyelidikan 7
1.6 Limitasi Penyelidikan 8
1.7 Kepentingan Penyelidikan 8
1.8 Rumusan Bab 9
iv
BAB 2 : PENYELIDIKAN LEPAS
2.0 Pengenalan 10
2.1 Perabot 10
2.1.1 Pengertian Perabot 11
2.2 Pengertian Konsep Dalam Reka Bentuk 11
2.3 Ergonomik 12
2.3.1 Pengertian Ergonomik 13
2.4 Komponen Automotif 13
2.4.1 ’Bumper’ 14
2.4.2 Tayar Dan Rim 14
2.4.3 Lampu 15
2.4.4 Kusyen (seat) 16
2.4.5 ’Fender’ 16
2.5 Rumusan Bab 17
BAB 3 : METODOLOGI PENYELIDIKAN
` 3.0 Pengenalan 18
3.1 Kaedah Kualitatif 18
3.1.1 Kaedah Temubual 19
3.1.2 Kaedah Pemerhatian 19
3.2 Kaedah Kuantitatif 19
3.2.1 Soal Selidik 20
3.2.2 Gerak Kerja Reka Bentuk 20
v
3.2.3 Penyelidikan Latar Belakang Responden 21
3.2.4 Analisa Dapatan Penyelidikan 21
3.2.5 Konsep Reka Bentuk 21
3.3 Rumusan Bab 21
BAB 4 : DAPATAN KAJIAN
4.0 Pengenalan 22
4.1 Pemerhatian 23
4.2 Keputusan pengedaran borang soal selidik 29
4.3 Analisa Bahagian A : Demografi 29
4.4 Analisa Bahagian B : Reka Bentuk 36
4.5 Analisa Bahagian C : Ergonomik 53
4.6 Analisa Bahagian D : Cadangan Reka Bentuk 55
4.7 Rumusan Bab 57
BAB 5 : CADANGAN REKABENTUK
5.0 Pengenalan 58
5.1 Proses Reka Bentuk 58
5.2 Konsep Rekaan 59
5.3 Proses Lakaran 59
5.3.1 Perkembangan Idea 63
5.3.2 Perkembangan Idea Pertama 64
5.3.3 Perkembangan Idea Kedua 65
vi
5.4 Cadangan Akhir Reka Bentuk 66
5.4.1 Spring Penyerap Hentakan (Absorber) 67
5.5 Mock-Up 68
5.6 Lakaran Akhir 69
5.7 Fungsi 70
5.8 Spesifikasi Reka Bentuk 70
5.8.1 Spesifikasi Reka Bentuk Bersama Data Analisis 72
5.8.2 Konsep Reka Bentuk 72
5.9 Lukisan Pecahan (Exploded View) 73
5.10 Kajian Teknikal dan Lukisan Teknikal 74
5.11 Cadangan Warna 75
5.12 Proses Pembuatan 73
5.13 Rumusan Bab 84
BAB 6 : KESIMPULAN
6.0 Pengenalan 85
6.1 Proses Validasi 85
6.2 Graf Validasi 86
6.3 Validasi Pengguna 91
6.4 Kesimpulan 93
BIBLIOGRAFI 96
viii
ABSTRAK
Perabot yang mempunyai pengaruh automotif menjadi pilihan pada masa kini kerana masih
mempunyai nilai kontemporari dan estetika yang tinggi. Walau bagaimanapun, seiring dengan
perkembangan semasa, motifnya tidak lagi terhad kepada sebuah kenderaan semata-mata tetapi
dipelbagaikan dengan gaya yang lebih moden dan kontemporari bagi memenuhi kehendak dan
citarasa pengguna hari ini. Penyelidikan ini memfokuskan tentang pengaruh automotif dalam
reka bentuk perabot kontemporari. Bagi sesetengah penggemar yang sangat meminati kereta, ia
merupakan koleksi yang amat berharga. Penggunaan perabot ini juga dapat dijadikan struktur
hiasan yang boleh mempamerkan koleksi di dalam ruang rumah, pejabat dan di bilik pameran
kereta.
ix
Abstract
Furniture that has become the automotive influence choice nowadays because it still has a
contemporary and high aesthetic. However, in line with the current development, the motive is
no longer limited to a mere vehicle but diversified with a more modern style and contemporary
to meet the needs and tastes of consumers today. This research focuses on the influence of
automotive in contemporary furniture design. For some fans are very interested in the car, it is a
very valuable collection. The use of this furniture can also be used as a decorative structure that
can exhibit the collection in the home, office and in car showroom.
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
Grade: _____________
Please tick ()
Final Year Project Report
Masters
PhD
DECLARATION OF ORIGINAL WORK
This declaration is made on the 24th JUNE 2016
Student’s Declaration:
I MOHAMAD SHAFIZAM BIN RAMLI, 36981, FACULTY OF APPLIED & CREATIVE ARTS
(FACA) hereby declare that the work entitled PENGARUH AUTOMOTIF DALAM REKA
BENTUK PERABOT KONTEMPORARI is my original work. I have not copied from any other
students’ work or from any other sources except where due reference or acknowledgement is made
explicitly in the text, nor has any part been written for me by another person.
24th JUNE 2016 MOHAMAD SHAFIZAM BIN RAMLI (36981)
Date submitted Name of the student (Matric No.)
Supervisor’s Declaration:
I ASSOCIATE PROFESSOR DR. SAIFUL BAHARI MOHD YUSOFF (SUPERVISOR’S NAME)
hereby certifies that the work entitled PENGARUH AUTOMOTIF DALAM REKA BENTUK
PERABOT KONTEMPORARI was prepared by the above named student, and was submitted to
the “FACULTY” as a * partial/full fulfillment for the conferment of BACHELOR OF APPLIED
ARTS WITH HONOURS (DESIGN TECHNOLOGY), and the aforementioned work, to the best of
my knowledge, is the said student’s work.
Received for examination by: ASSOCIATE PROFESSOR DR. SAIFUL
BAHARI MOHD YUSOFF Date: 24th JUNE 2016
(Name of the supervisor)
I declare that Project/Thesis is classified as (Please tick (√)):
CONFIDENTIAL (Contains confidential information under the Official Secret Act 1972)*
RESTRICTED (Contains restricted information as specified by the organisation where
research was done)*
OPEN ACCESS
Validation of Project/Thesis
I therefore duly affirm with free consent and willingly declare that this said Project/Thesis shall be
placed officially in the Centre for Academic Information Services with the abiding interest and rights
as follows:
This Project/Thesis is the sole legal property of Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).
The Centre for Academic Information Services has the lawful right to make copies for the
purpose of academic and research only and not for other purpose.
The Centre for Academic Information Services has the lawful right to digitalise the
content for the Local Content Database.
The Centre for Academic Information Services has the lawful right to make copies of the
Project/Thesis for academic exchange between Higher Learning Institute.
No dispute or any claim shall arise from the student itself neither third party on this
Project/Thesis once it becomes the sole property of UNIMAS.
This Project/Thesis or any material, data and information related to it shall not be
distributed, published or disclosed to any party by the student except with UNIMAS
permission.
Student signature ________________________ Supervisor signature: ________________
24th JUNE 2016 24th JUNE 2016
Current Address: NO-157 JALAN KENARI FELDA BUKIT BATU 81020 KULAIJAYA, JOHOR
Notes: * If the Project/Thesis is CONFIDENTIAL or RESTRICTED, please attach together as
annexure a letter from the organisation with the period and reasons of confidentiality and
restriction.
[The instrument is duly prepared by The Centre for Academic Information Services]
1
BAB 1
LATAR BELAKANG PENYELIDIKAN
1.0 Pengenalan
Bab ini memberi satu penerangan mengenai penyelidikan terhadap pengaruh
automotif dalam reka bentuk perabot kontemporari. Penyelidikan ini bertujuan untuk
mendapat data perabot kontemporari menggunakan konsep kereta untuk kegunaan
semua lapisan masyarakat. Penggunaan perabot ini selamat digunakan di rumah
mahupun di luar kawasan mengikut kesesuaian tempat. Penggunaan perabot ini juga
sesuai digunakan sebagai hiasan kerana minat yang tersendiri sama ada kanak-kanak
ataupun golongan dewasa. Perabot boleh didefinisikan sebagai barang yang berbentuk
kekal dan nyata. Perabot juga dihasilkan untuk memenuhi keperluan asas di dalam
rumah. Perabot memudahkan proses kerja manusia yang mana digunakan mengikut
fungsi dan peranan penggunaannya. Perabot juga mestilah mempunyai ciri-ciri
ergonomik terutamanya dari segi keselesaan, keselamatan, reka bentuk yang menarik
dan mempunyai nilai estetika.
Tujuan penyelidikan ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti kesesuaian
penggunaan konsep kereta dalam perabot kontemporari. Di samping itu penyelidik
mengkaji tahap keselesaan dan keselamatan pada perabot apabila digunakan. Perabot
bukan sahaja digunakan oleh orang perseorangan tetapi semua golongan masyarakat
termasuklah yang sudah berkeluarga.
2
1.1 Latar Belakang Penyelidikan
Perabot adalah sebahagian elemen reka bentuk dalaman tempat tinggal iaitu pada
dinding, lantai, siling, tingkap dan pintu merangka seni bina sesebuah ruang.
Lazimnya, tugas memilih serta menyusun perabot dipertanggungjawabkan kepada
juru reka dalaman. Perabot juga adalah transisi skala ruang dalaman dan manusia,
selain bersifat visual bagi pembentukan ruang. Bentuk, garisan, warna, jalinan dan
skala setiap perabot berpotensi menghasilkan kualiti ekspresi sesuatu ruang. Dalam
erti kata lain tanpa perabot, ruang nampak akan menjadi hambar dan seolah-olah tidak
berfungsi.
Melalui pendekatan sejarah, didapati perabot sudah digunakan manusia lebih
dari 2,000 tahun lalu. Ketika itu, perabot diperbuat daripada batu batan dan kayu
diukir serta simbol kekuasaan, kemewahan, keagamaan dan alam sekitar.
Perkembangan pesatnya dipercayai bermula sejak zaman Renaissance, disebabkan
corak dan gaya kehidupan manusia berubah, maka pada abad pertengahan, reka
bentuk perabot adalah kasar, mempunyai sedikit ukiran dan berfungsi paling penting.
Namun, menjelang abad ke 20, reka bentuk perabot tidak lagi tradisional tetapi
menjurus kepada bahan seni untuk dihargai. Suatu ketika dahulu, pereka perabot
berkarya hanya untuk kepentingan golongan Raja, bangsawan, pemilik tanah dan
pedagang kaya sahaja. Namun, bermula zaman Renaissance hingga awal abad ke 19,
wujud pembuat perabot kreatif dan berseni sekali gus disanjung tinggi.
3
1.1.1 Perbezaan Perabot Kontemporari Dan Moden
Perabot kontemporari dan moden jika dirujuk di dalam kamus, menunjukkan
perabot kontemporari adalah perabot yang merujuk kepada reka bentuk masa kini atau
semasa berbanding dengan perabot moden adalah perabot yang diilhamkan sejak
perang dunia ke-2 lagi, kedua-duanya menampakkan ciri-ciri yang mempunyai
persamaan. Kebanyakan orang atau pekerja kedai perabot akan menganggap jenis
perabot tersebut serupa tetapi dari sudut seni dan rekaan, kedua-duanya adalah
berbeza.
Perkataan ‘Kontemporari’ merujuk pada “masa kini” atau “semasa”. Rekaan
perabot kontemporari digunakan untuk menerangkan “stail” dan rekaan “terkini”.
Kegunaan terminology yang lebih luas, tidak terhad pada satu stail. Rekaan
kontemporari boleh digunakan pada pelbagai trend dan stail mengikut zamannya (satu
jangka masa tertentu). Ia mungkin idea rekaan terkini hasil inspirasi tahun 70an.
Contoh ruang tamu kontemporari ala 60an gaya hiasan perlulah berkonsepkan
Minimalis, Spacious dan Uncluttered kunci kepada stail kontemporari.
Manakala ‘Moden’ bukan bermaksud “semasa”. Di sini, timbulnya kekeliruan.
Perkataan “moden” sebenarnya merujuk kepada ‘Stail’. Stail rekaan moden lahir
semasa Perang Dunia Kedua dan lebih menekankan kepada Minimalism, Simplicity
dan fungsi suatu rekaan. Jika dibandingkan dengan stail tradisional, stail moden
bermaksud sesuatu rekaan yang lebih simple atau mudah tetapi fungsinya
diperkayakan (pelbagai guna, ringan,tahan lasak dan menjimatkan ruang) hasil
penggunaan bahan atau material baru antaranya seperti aluminium, keluli tahan karat,
kaca, kayu, kulit, vinyl dan fabric yang biasanya bertona kehitaman dan putih. Tiada
lagi dipraktikkan dengan ukiran dan corak bungaan. Jadi stail moden sudah wujud
4
sejak dari dulu lagi. Perbezaan perabot ini boleh dilihat dan rujuk pada contoh Jadual
1.1.1 (a).
Jadual 1.1.1 (a) : Contoh Perabot Moden Dan Kontemporari :
6
1.2 Objektif Penyelidikan
Untuk:
Mengenalpasti pengaruh automotif yang sesuai digunakan dalam perabot
kontemporari.
Menganalisa bahan yang sesuai untuk digunakan dalam reka bentuk perabot akan
dihasilkan.
Merekabentuk perabot kontemporari yang mempunyai pengaruh automotif.
1.3 Penyataan Masalah
Rekaan perabot yang sedia ada di tempat penyelidikan tidak menerapkan pengaruh
automotif.
Perabot yang mempunyai pengaruh automotif masih belum diperluaskan di pasaran
Malaysia.
Reka bentuk perabot kontemporari pada masa kini banyak mengeluarkan kos.
1.4 Persoalan Penyelidikan
Persoalan penyelidikan ini untuk mengkaji atau mengetahui tahap kesesuaian
penghasilan reka bentuk dari segi material dan konsep reka bentuknya. Antara
persoalannya ialah :
1) Adakah pengaruh automotif sesuai untuk diserapkan ke dalam reka bentuk perabot
kontemporari?
7
2) Adakah reka bentuk perabot kontemporari mempunyai pengaruh automotif yang
lebih kukuh penghasilannya berbanding menggunakan konsep moden dan
tradisional?
3) Adakah perabot kontemporari yang sedia ada menerapkan identiti Negara dalam
penghasilannya?
1.5 Skop Penyelidikan
Penyelidikan ini mengenai reka bentuk perabot yang mengaplikasi konsep
kereta dalam reka bentuk perabot kontemporari. Jenis perabot yang dipilih ialah
kerusi yang berkonsepkan kereta. Kerusi merupakan tempat untuk beristirehat yang
digunakan didalam dan di luar rumah,pejabat dan sebagainya. Penyelidikan ini juga
menyelidik konsep kereta yang sesuai untuk diterapkan ke dalam reka bentuk perabot
kontemporari. Perabot ini sesuai untuk dijadikan perabot di dalam bilik pameran
kereta (Show Room). Antara aspek yang diutamakan dalam penghasilan perabot ini
ialah dari segi bahan yang digunakan iaitu keaslian kayu dan nilai estetika yang
mempunyai reka bentuk yang unik dan mempunyai sambutan yang tinggi untuk di
komersialkan di pasaran dunia. Selain itu, penyelidik menerapkan identiti Negara
dalam reka bentuk perabot yang akan dihasilkan. Tambahan pula, penyelidikan ini
bertujuan untuk menghasilkan reka bentuk perabot kontemporari yang selesa
digunakan dari segi ergonomik dan mudah dari segi penghasilan serta mempunyai
ciri-ciri keselamatan kepada pengguna.
8
1.6 Limitasi Penyelidikan
Limitasi penyelidikan ialah merupakan halangan atau batasan semasa
menjalankan penyelidikan dan terdapat beberapa halangan semasa menjalankan kajian
ini. Antaranya halangan yang dialami oleh penyelidik ialah apabila menghasilkan
pembuatannya. Ianya sukar untuk mendapatkan ukuran yang betul atau tepat semasa
menghasilkan pada setiap bahagiannya. Selain itu, halangan yang dialami oleh
penyelidik semasa menjalankan penyelidikan ini ialah untuk mendapatkan maklumat
yang tepat dan sahih tentang aplikasi konsep kereta di internet, sama ada jurnal,artikel
dan buku. Hal ini kerana, di Malaysia masih belum menjumpai perabot yang
menggunakan konsep kereta dalam reka bentuk perabot kontemporari. Berdasarkan
permasalahan tersebut menyebabkan maklumat yang dikumpul oleh penyelidik
tentang konsep kereta ini adalah kurang memuaskan.
1.7 Kepentingan Penyelidikan
Penyelidikan ini memberikan pendedahan serta latihan yang awal kepada
penyelidik untuk menjalankan penyelidikan yang akan datang. Di samping itu,
penyelidikan ini juga memberi ruang untuk penyelidik lebih memahami tentang
kepentingan reka bentuk perabot kontemporari supaya lebih bersedia dengan
keperluan, cabaran dan kehendak pasaran. Selain itu, penyelidikan ini bertujuan
mengaplikasi konsep kereta dalam reka bentuk perabot kontemporari. Tujuannya
adalah mementingkan aspek keseluruhan seperti mereka bentuk perabot yang lebih
ergonomik, mudah dikendalikan dan mempunyai motif yang tersendiri. .
9
1.8 Rumusan Bab
Secara keseluruhan dalam bab ini, penyelidik telah menjalankan penyelidikan
yang terperinci tentang pengaruh automotif dalam reka bentuk perabot kontemporari.
Penyelidik telah mengetahui dan mengenalpasti beberapa pemasalahan yang dihadapi
ketika menjalankan penyelidikan ini. Oleh itu, penyelidik mengambil tindakan yang
sistematik untuk menyelesaikan masalah tersebut. Selain itu, penyelidik telah
menemui beberapa objektif untuk membantu menghasilkan perabot yang
diaplikasikan konsep kereta dalam reka bentuk perabot kontemporari supaya menjadi
perabot yang mempunyai nilai estetika yang tinggi.