Upload
others
View
7
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
KEPUASAN PELAJAR TAHUN 5 SARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTA
PENDIDIKAN (AWAM, ELEKTRIK, JENTERA, & KEMAHIRAN HIDUP)
TERHADAP KEMUDAHAN PEMBELAJARAN DI FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
MOHD ZAIDI BIN MOHD NAZAR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
KEPUASAN PELAJAR TAHUN 5 SARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTA
PENDIDIKAN (AWAM, ELEKTRIK, JENTERA, & KEMAHIRAN HIDUP)
TERHADAP KEMUDAHAN PEMBELAJARAN DI FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
MOHD ZAIDI B MOHD NAZAR
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Teknologi Serta Pendidikan
( Kejuruteraan Mekanikal )
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
April, 2006
iii
DEDIKASI
Ku tujukan ucapan ringkas penuh bermakna ini khas buat...
Teristimewa....
Untuk ayah dan mak yang paling kusayangi...
Mohd Nazar b Ismail & Zainidar bt Abd Rahman
Terima kasih di atas segala curahan kasih sayang dan didikanmu
sehingga ku mampu menjejak kaki hingga ke puncak ini...
Segala jasa dan pengorbananmu tidak tergambar dengan kata-kata
Tidak pernah kulupa malah akan kukenang hingga akhir hayat ini,
Hanya Allah sahaja yang mampu membalas segala penat lelahmu selama ini
Ku hadiahkan ijazah penuh bermakna ini sebagai tanda penghargaanku buat mu, mak dan ayah...
Tidak lupa juga buat kakak & adik-adikku yang dihormati
Terima kasih atas segala dorongan dan sokongan selama ini,
Kalianlah pembakar semangat untuk ku terus menuntut ilmu
Tidak ketinggalan, ucapan ini ditujukan khas buat..
Teman-teman...Nor Faizah bt A Rahman, terima kasih kerana sudi mendengar luahan dan
kerisauan serta banyak membantuku sepanjang menyiapkan tesis ini,
Moga impian kita dimakbulkan Allah, insyaAllah...
juga teman seperjuangan
5 tahun kita di sini.. moga kita bersua lagi suatu hari nanti
Akan ku abadikan kenangan kita bersama di bumi UTM ini
Sebagai memori indah dalam kamus hidupku
iv
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, selawat dan
salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan ahli keluarga Baginda, para
sahabat serta sekalian mujahidin yang berjuang menegakkan kalimah Allah di muka
bumi ini. Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya dapat saya menyiapkan
laporan Projek Sarjana Muda ini.
Sekalung penghargaan yang tidak terhingga dinukilkan buat Cik Sarimah binti
Ismail, selaku penyelia Projek Sarjana Muda yang banyak membantu menghulurkan
kerjasama, bimbingan serta dorongan yang sepenuhnya untuk menyempurnakan laporan
projek ini. Turut dihargai kepada semua para responden yang terlibat yang banyak
membantu dalam menyiapkan projek ini.
Gugusan mawaddah terindah dirangkaikan buat kedua ibu bapa saya yang sentiasa
memberi semangat dan galakan serta menjadi sumber inspirasi kepada saya untuk
meneruskan perjuangan dalam menuntut ilmu. Juga buat teman-teman yang terlalu
banyak memberi dorongan dan menyumbang budi.
Akhir kalam, jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam
menjayakan projek ini sama ada secara langsung atau tidak langsung di atas segala
kerjasama yang diberikan. Semoga segala sumbangan dan dorongan kalian akan
diberkati Allah.
Wassalam.
v
ABSTRAK
Kajian yang dijalankan ini bertujuan mengkaji kepuasan pelajar terhadap kemudahan
pembelajaran yang terdapat di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
Seramai 114 orang pelajar tahun lima Sarjana Muda Teknologi Pendidikan
(Kejuruteraan Jentera, Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Awam, dan Kemahiran
Hidup) telah dipilih sebagai responden. Dalam kajian ini penyelidik telah menggunakan
borang soal selidik sebagai instrumen kajian, manakala dapatan kajian pula dianalisis
dengan menggunakan perisian Statistical Package of the social Science (SPSS) versi
11.5. Nilai alpha kebelohpercayaan bagi kajian rintis ialah α = 0.8547. Analisis data
dibuat mengikut kaedah statistik deskriptif iaitu dalam bentuk frekuensi, peratusan dan
min dan seterusnya dipersembahkan dalam bentuk jadual. Hasil dapatan kajian
menunjukkan bahawa kepuasan pelajar terhadap kemudahan bilik kuliah, pusat sumber,
bengkel dan makmal komputer berada pada tahap sederhana. Di akhir kajian, penyelidik
telah mengemukakan beberapa cadangan kepada pihak-pihak yang terlibat
vi
ABSTRACT
The purpose of this research is to survey student satisfaction of learning facilities at
Faculty of Education, Universiti Teknologi Malaysia. 114 of fifth year students from
Bachelor’s Degree of Educations Technology (Mechanical Engineering, Electrical
Engineering, Civil Engineering and Kemahiran Hidup) was chosen as respondent. A set
of questionnaire was used as research instrument and research findy was analyzed
descriptively using software computer program of Statistical Package of the social
Science (SPSS) version 11.5. Alpha value for pilot study was α = 0.8547. Data analysis
is presented in the form frequency, percentage, and mean. Findings of this study showed
that students satisfaction for facilities of classroom, learning center, workshop and
computer lab is at the medium level. Researcher also has proposed a few suggestions in
the end of this research.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xii
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
BAB I PENGENALAN 1
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 8
viii 1.7 Batasan Kajian 9
1.8 Definisi/ Istilah 9
1.9 Kesimpulan 12
BAB II SOROTAN PENULIS
2.1 Pendahuluan 13
2.2 Teori Kepuasan Pelanggan 14
2.2.1 Teori Isian 14
2.2.2 Teori Keperluan Hierarki Maslow 14
2.2.3 Teori Persamaan 15
2.2.4 Teori Ketidaksesuaian 16
2.2.5 Teori Jangkaan 16
2.2.6 Model Kepuasan Pelanggan 16
2.3 Elemen-elemen Kepuasan Pelanggan 17
2.3.1 Kemudahan Pembelajaran 19
2.3.2 Kemudahan Bilik Kuliah 21
2.3.3 Kemudahan Bengkel 23
2.3.4 Kemudahan Pusat Sumber 25
2.3.5 Kemudahan Perkhidmatan Komputer 27
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pendahuluan 30
3.2 Rekabentuk Kajian 31
3.3 Tempat Kajian 31
ix 3.4 Prosedur Kajian 32
3.5 Populasi dan Sampel Kajian 33
3.6 Instrumen Kajian 34
3.7 Kajian Rintis 36
3.8 Pengumpulan Data 37
3.9 Analisis Data 38
3.10 Kesimpulan 40
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pendahuluan 41
4.2 Analisis Data Bahagian A 42
4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 42
4.2.2 Taburan Responden Mengikut Kursus 42
4.2.3 Taburan Responden Mengikut Bangsa 43
4.2.4 Taburan Responden Mengikut Umur 44
4.2.5 Taburan Responden Mengikut Kelulusan 44
Akademik
4.3 Analisis Bahagian B 45
4.3.1 Persoalan Kajian 1 45
4.3.2 Persoalan Kajian 2 48
4.3.3 Persoalan Kajian 3 52
4.3.4 Persoalan Kajian 4 56
4.4 Analisis Keseluruhan 59
xBAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 60
5.2 Perbincangan 61
5.2.1 Kepuasan Pelajar Terhadap Kemudahan 62
Bilik Kuliah
5.2.2 Kepuasan Pelajar Terhadap Kemudahan 64
Bengkel
5.2.3 Kepuasan Pelajar Terhadap Kemudahan 66
Pusat Sumber
5.2.4 Kepuasan Pelajar Terhadap Kemudahan 68
Perkhidmatan Komputer
5.3 Rumusan 70
5.4 Cadangan 72
5.4.1 Cadangan Kajian 72
5.4.1.1 Bilik Kuliah 72
5.4.1.2 Bengkel 72
5.4..1.3 Pusat Sumber 73
5.4.1.4 Perkhidmatan Komputer 73
5.4.2 Cadangan Kajian Lanjutan 73
BIBLIOGRAFI 75
LAMPIRAN A - B
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
2.1 Jenis Ruang Di Dalam Bengkel 24
3.1 Jumlah Pelajar Tahun Lima Mengikut Kursus 33
3.2 Taburan Item Soal Selidik 35
3.3 Taburan Skor Skala 5 Peringkat 36
3.4 Pengkelasan Pemeringkatan 38
3.5 Klasifikasi Statistik Mengikut Persoalan Kajian 39
3.6 Tahap Penilaian Berdasarkan Min 39
4.1 Taburan Peratusan Responden Mengikut Jantina 42
4.2 Taburan Peratusan Responden Mengikut Kursus 42
4.3 Taburan Peratusan Responden Mengikut Bangsa 43
4.4 Taburan Peratusan Responden Mengikut Umur 44
4.5 Taburan Peratusan Responden Mengikut Kelulusan 44
Akademik
4.6 Analisis Kepuasan Pelajar Terhadap Kemudahan 46
Bilik Kuliah
4.7 Analisis Kepuasan Pelajar Terhadap Kemudahan 49
Bengkel
4.8 Analisis Kepuasan Pelajar Terhadap Kemudahan 53
Pusat Sumber
4.9 Analisis Kepuasan Pelajar Terhadap Kemudahan 57
Perkhidmatan Komputer
4.10 Taburan Min Keseluruhan 59
5.1 Tahap Penilaian Berdasarkan Min 61
5.2 Taburan Min Keseluruhan 70
xii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
2.1 Teori Keperluaan Hierarki Maslow 15
2.2 Elemen Kepuasan Pelangan 18
2.3 Elemen Kepuasan Pelengan Terhadap 19
Barangan / Perkhidmatan
3.1 Carta Alir Prosedur Kajian 32
xiii
SENARAI SINGKATAN
IPT - Institusi Pengajian Tinggi
LCD - Liquid Crystal Display
OHP - Overhead Projector
SPA - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan Kejuruteraan Awam
SPE - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan Kejuruteraan Elektrik
SPJ - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan Kejuruteraan
Mekanikal
SPH - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan Kemahiran Hidup
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
SPSS - Statistical Package For The Social Science
UMBC - University of Maryland Baltimore County
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Set Soal Selidik 79
B Surat Pengesahan Soal Selidik 83
BAB I
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Malaysia merupakan sebuah negara perindustrian yang memerlukan pelbagai
peringkat kemahiran tenaga manusia untuk diserapkan ke dalam sektor industri bagi
memperkembangkan ekonomi negara. Untuk menghasilkan sumber tenaga manusia
yang berketrampilan, berpengetahuan dan berkemahiran, pendidikan berasaskan
teknologi serta teknikal merupakan pemangkin utama untuk memenuhi keperluan untuk
membentuk usaha ke arah membangunkan tenaga kerja yang berkebolehan dalam
bidang pembuatan.
Berbagai-bagai pusat institusi pengajian tinggi awam dan swasta telah
dibangunkan untuk membantu mencapai wawasan negara. Universiti Teknologi
Malaysia (UTM) merupakan sebuah institusi pendidikan tinggi yang
dipertanggungjawabkan untuk mengeluarkan graduan di bidang sains dan teknologi
bertepatan dengan visi UTM yang ingin menjadi pusat kecemerlangan akademik dan
teknologi bertaraf dunia menerusi kreativiti di samping menyediakan tenaga
2
professional di dalam bidang teknologi kepada perkembangan ekonomi negara (Pejabat
Hal Ehwal Pelajar, 2001).
Atas dasar wawasan 2020 inilah, maka pelbagai usaha telah dan akan
dilaksanakan oleh UTM dalam memenuhi kehendak negara untuk menyediakan tenaga
profesional di dalam bidang sains dan teknologi. Salah satunya adalah dengan
menyediakan kemudahan asas yang mencukupi dan pelbagai untuk kegunaan pelajar.
Bertepatan juga dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan untuk pendidikan tinggi yang
antaranya ialah dengan menambah kemudahan fizikal setiap universiti dan kemudahan
tempat kepada pelajar asing dalam program ijazah pertama dan lanjutan bagi memberi
keselesaan kepada pelajar untuk menjalani kehidupan di sepanjang pengajian mereka
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 1999)
Kemudahan yang disediakan adalah untuk membantu para pelajar menjalani
aktiviti akademik dan bukan akademik di universiti dengan selesa. Ini termasuklah
kemudahan perpustakaan, kolej kediaman pelajar, masjid, kafetaria, pengangkutan,
klinik, sukan, riadah, dewan, kedai koperasi, bank dan kemudahan-kemudahan lain.
Selain itu, kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan juga akan dapat mencapai
matlamat pembangunan potensi pelajar di samping memupuk semangat bekerjasama di
kalangan pelajar pelbagai kaum ke arah kehidupan yang harmonis di dalam kampus.
Kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan perlulah digunakan sebaik-baik
mungkin oleh pelajar-pelajar kerana UTM telah berusaha untuk mewujudkan sebuah
tempat yang kondusif untuk belajar menuntut ilmu.
3
1.2 Latar belakang masalah
Fakulti pendidikan adalah salah satu fakulti di UTM yang melahirkan pendidik
yang serba boleh terutamanya di bidang sains dan teknologi. Selain daripada khidmat
tenaga pengajar, kemudahan-kemudahan yang lengkap dan mencukupi seperti bilik
kuliah, bengkel, dan pusat sumber merupakan kemudahan yang terdapat di Fakulti
Pendidikan untuk kegunaan pelajar di mana ianya memainkan peranan penting dalam
mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif, berkesan dan selesa.
Bilik kuliah merupakan salah satu kemudahan yang terdapat di Fakulti
Pendidikan dan di fakulti-fakulti lain. Penempatan bilik kuliah untuk pelajar Fakulti
Pendidikan adalah di bangunan C13, C14, C15, dan C22. Penggunaan bilik kuliah yang
dilengkapi dengan berbagai-bagai peralatan atau medium pengajaran untuk proses
pengajaran dan pembelajaran adalah sangat penting. Kebiasaannya kelengkapan yang
terdapat di bilik kuliah adalah seperti kerusi, tempat menulis, papan putih, liquid crystal
display (LCD), overhead projector (OHP), penghawa dingin, lampu dan komputer
disediakan untuk kegunaan p & p. Kemudahan yang lengkap dan selesa akan
mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan dapat menjana pemikiran pelajar
yang lebih kreatif dan inovatif.
Pada awal permulaan setiap semester, penetapan bilik kuliah bagi sesuatu
subjek akan dilakukan oleh pihak fakulti. Masalah yang sering berlaku pada awal
semester ini ialah jumlah pelajar yang mengikuti subjek tersebut melebihi kapasiti yang
boleh ditampung oleh sesebuah bilik kuliah yang ditetapkan. Oleh itu, pensyarah
terpaksa menggunakan alternatif lain dengan mencari bilik kuliah yang lebih besar dan
sesuai untuk memulakan sesi pembelajaran. Masalah lain pula ialah peralatan yang
disediakan di bilik kuliah seperti penyaman udara, komputer, LCD dan OHP tidak dapat
berfungsi dengan baik dan tidak mecukupi. Setiap bilik kuliah sepatutnya mempunyai
sebuah komputer, LCD, OHP dan penyaman udara untuk kegunaan pensyarah dan
4
pelajar semasa proses p & p. Tanpa peralatan ini boleh menyebabkan proses p & p
terganggu.
Bagi subjek-subjek amali kebiasaannya ia dijalankan di bengkel supaya pelajar
dapat melakukan kerja-kerja amali di samping dapat mengenali dan mengasah
kemahiran mereka dalam penggunaan alat-alat bengkel. Bengkel-bengkel yang terdapat
di Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan ialah bengkel
fabrikasi logam, bengkel pemesinan logam, bengkel kerja kayu dan bata, bengkel
penyejuk dan penyaman udara, bengkel elektrik, bengkel elektronik dan bengkel
teknologi plastik. Bengkel-bengkel tersebut ditempatkan di bangunan N30. Manakala
bengkel automatif pula di tempatkan di bangunan N26. Bangunan-bangunan bengkel ini
terletak agak jauh lebih kurang 500 meter dari Fakulti Pendidikan. Setiap bengkel
menempatkan seorang pembantu bengkel untuk menyelenggarakan dan menguruskan
bengkel.
Bengkel-bengkel perlu dilengkapi dengan pelbagai jenis peralatan dan mesin
untuk kegunaan pelajar. Peralatan dan mesin yang terdapat di bengkel rata-rata
mempunyai nilai harga yang tinggi contohnya seperti mesin pengimbang tayar, mesin
larik dan mesin kisar. Disebabkan harga yang terlampau mahal, hanya beberapa buah
sahaja mesin dapat di beli untuk ditempatkan di dalam bengkel. Seperti di bengkel
automotif, hanya terdapat sebuah sahaja mesin pengimbang tayar yang telah disediakan.
Oleh sebab itu, mesin-mesin ini terpaksa dikongsi dengan jumlah pelajar yang ramai
yang rata-ratanya melebihi 15 orang bagi satu-satu masa. Ini akan menyebabkan proses
menjalankan kerja amali mengambil masa yang lama untuk disiapkan oleh pelajar.
Malahan pelajar juga tidak dapat meningkatkan kemahiran mereka dalam mengendali
dan menggunakan peralatan mesin.
Pihak Fakuti Pendidikan juga turut menyediakan pusat sumber bagi kegunaan
pensyarah dan pelajar untuk mendapatkan sumber ilmiah dan rujukan. Pusat sumber
yang disediakan adalah di bawah pengendalian Jabatan Multimedia Pendidikan, Fakulti
5
Pendidikan. Suasana di dalam pusat sumber nampak ceria dan menarik, ini selaras
dengan petikan dari Portal Pendidikan Utusan Bestari yang menyatakan pusat sumber
perlu diurus secara berkualiti dan sistematik kerana ia memainkan peranan penting
dalam menyediakan gerbang kepada keilmuan, pemikiran dan budaya (Azmy Mohamed,
2005).
Pusat sumber Fakulti Pendidikan mempunyai peraturan yang perlu dipatuhi oleh
setiap pelajar yang mahu menggunakan perkhidmatannya. Salah satu daripadanya ialah
semua jenis beg dan fail tidak boleh dibawa masuk kecuali barang berharga dan buku
catatan. Oleh sebab itu, untuk masuk ke pusat sumber pelajar-pelajar tidak dibenarkan
membawa masuk beg atau fail. Ini telah termaktub di dalam peraturan pusat sumber
yang mana semua jenis beg dan fail tidak boleh dibawa masuk kecuali barang berharga
dan buku catatan (Pejabat Pentadbiran FP, 2006). Ia bertujuan untuk mengelakan
daripada berlakunya kehilangan tesis atau bahan-bahan rujukan yang lain. Oleh sebab
itu, pihak fakulti telah menyediakan beberapa buah meja untuk dijadikan sebagai tempat
untuk menyimpan beg dan fail yang dibawa oleh pelajar. Tempat penyimpanan ini akan
berada dalam keadaan tidak terurus apabila terdapat banyak beg atau fail yang
diletakkan di tempat tersebut. Malahan barang-barang yang ditinggalkan oleh pelajar di
tempat tersebut berisiko untuk hilang berikutan tiada tempat penyimpanan yang
bersistematik dan bersesuaian seperti rak penyimpanan yang berkunci.
Pihak Fakulti Pendidikan juga turut menyediakan kemudahan perkhidmatan
komputer untuk kegunaan pelajar dan pensyarah. Perkhidmatan komputer yang
disediakan untuk memudahkan pelajar membuat tugasan dan melayari internet. Namun
begitu, terdapat banyak komputer yang disediakan tidak dapat berfungsi dengan baik,
malahan perkhidmatan internet yang disediakan juga kurang memuaskan dan kerap
mengalami masalah.
Kemudahan sangat penting untuk membantu pelajar dan pensyarah dalam proses
p & p. Kesempurnaan dan kelengkapan kemudahan yang disediakan boleh
6
meningkatkan kepuasan pelajar terhadap kemudahan yang disediakan Kegembiraan dan
keseronokan akan dapat melahirkan kepuasan bekerja yang tinggi serta melahirkan
tingkah laku yang positif kepada organisasi. Sebaliknya apabila seseorang itu bekerja
tanpa kegembiraan dan keseronokan ianya akan menyebabkan rasa ketidak puashatian
meningkat, mereka sentiasa tertekan dan merasa kecewa kepada tugas yang diberikan
(Shahrul Kamaruddin, 1998 ). Sama juga dengan belajar, seseorang akan berasa puas
sekiranya dapat belajar dalam keadaan suasana yang menyeronokkan dan tidak tertekan
di samping dapat meningkatkan prestasi dalam pembelajaran.
1.3 Pernyataan masalah
Berdasarkan latarbelakang masalah yang telah dihuraikan oleh penyelidik,
menunjukkan bahawa terdapat kelebihan dan kekurangan yang wujud di sebalik
kemudahan yang disediakan di Fakulti Pendidikan. Kemudahan yang terdapat di
universiti sebenarnya memberikan impak yang besar dalam menentukan kejayaan
seseorang pelajar. Tanpa kemudahan yang lengkap akan menyebabkan pelajar
mengalami kesukaran dalam mendapatkan dan meningkatkan pengetahuan serta
kemahiran mereka.
Pihak universiti khususnya Fakulti Pendidikan cuba menjalankan dan melakukan
pelbagai usaha untuk meningkatkan lagi kualiti prasarana dan kemudahan yang telah
sedia ada. Usaha tersebut antaranya termasuklah penambahbaikan dan membaik pulih
beberapa aspek yang berkaitan dengan kemudahan yang disediakan seperti aspek
kebersihan, kelengkapan, pengudaraan, pencahayaan, keselesaan, keluasan, susunatur
dan masa penggunaan.
. Melihat kepada senario ini, penyelidik telah terdorong melakukan kajian untuk
mengenal pasti kepuasan pelajar di Fakulti Pendidikan terhadap kemudahan seperti bilik
7
kuliah, bengkel, pusat sumber dan perkhidmatan komputer yang telah disediakan oleh
pihak pengurusan Fakulti Pendidikan, UTM.
1.4 Objektif kajian
Terdapat empat objektif utama yang digariskan bagi kajian ini iaitu untuk
mengenal pasti :
i. Kepuasan pelajar terhadap kemudahan bilik kuliah.
ii. Kepuasan pelajar terhadap kemudahan bengkel.
iii. Kepuasan pelajar terhadap kemudahan pusat sumber.
iv. Kepuasan pelajar terhadap kemudahan perkhidmatan komputer.
1.5 Persoalan kajian
Persoalan kajian ini ingin menilai kemudahan pembelajaran yang disediakan di
Fakulti Pendidikan UTM iaitu sejauhmana ia dapat memberi kepuasan kepada para
pelajar. Daripada objektif kajian ini, beberapa jawapan daripada persoalan berikut diberi
perhatian:
i. Sejauhmanakah kepuasan pelajar terhadap kemudahan bilik kuliah? ii. Sejauhmanakah kepuasan pelajar terhadap kemudahan di bengkel?
i. Sejauhmanakah kepuasan pelajar terhadap kemudahan pusat sumber? ii. Sejauhmanakah kepuasan pelajar terhadap kemudahan perkhidmatan komputer?