9
Disediakan oleh: Kumpulan 3

Moral-Pendekatan timbang rasa

  • Upload
    lcc5000

  • View
    346

  • Download
    3

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Moral-Pendekatan timbang rasa

Disediakan oleh:Kumpulan 3

Page 2: Moral-Pendekatan timbang rasa

Bertimbang rasa membawa maksud perasaan simpati, berlaku adil dan belas kasihan. Manakala Pendekatan dimaksudkan dengan arah atau hala yang diambil untuk menuju sesuatu sasaran.

Page 3: Moral-Pendekatan timbang rasa

Pendekatan bertimbang rasa merupakan satu teori yang tidak mempunyai asas yang kuat. Walaupun bertimbang rasa merupakan satu perkara yang dituntut, tetapi ia tidak boleh dijadikan satu pendekatan yang berasingan dengan nilai yang lain. Menurut Downey dan A.V Kelly (1978), Bertimbang rasa merupakan satu perkara yang baik dan boleh diterima secara rasional, tetapi tidak sempurna dan kukuh jika hanya bertimbang rasa dijadikan sebagai tumpuan atau fokus utama yang berdiri sendiri dalam pendekatan pendidikan moral. P. McPhail, D.L. Miller (1973), berpendapat, bertimbang rasa perlu dimiliki oleh setiap individu. Oleh hal yang demikian, jika terdapat beberapa nilai lain yang digabungjalinkan dalam pendekatan tersebut, ia akan menjadikan pendekatan tersebut lebih kukuh dan berkesan. Pada masa yang sama, pendekatan yang dihasilkan akan membentuk proses penaakulan daripada beberapa nilai berdasarkan pendekatan yang digabungjalinkan.

Page 4: Moral-Pendekatan timbang rasa

Pendekatan bertimbang rasa bermaksud pelajar bertindak atau melakukan sesuatu perkara agar tidak menyinggung perasaan orang lain.

Page 5: Moral-Pendekatan timbang rasa

Teknik pengajaran yang sesuai dalam mengajar pendidikan moral dengan menggunakan pendekatan ini adalah simulasi, perbahasan, perbincangan, projek, dan temuramah.

Page 6: Moral-Pendekatan timbang rasa

Pendekatan bertimbang rasa merupakan kesanggupan seseorang untuk berkorban demi orang lain. Bertimbang rasa, atau dalam kata lain ‘mengambil berat’ dan ‘menyayangi’, melibatkan responsif sensitif terhadap orang lain berdasarkan sikap keterbukaan dan perhatian terhadap pengalaman mereka.

Page 7: Moral-Pendekatan timbang rasa

Fokus utama pendekatan bertimbang rasa ini adalah berkaitan dengan tindak balas emosi. Menurut Maclntyre (1976), konsep-konsep moral dijelmakan dan menjadi sebahagian unsur penting dalam kehidupan sosial. Oleh hal yang demikian, pendekatan bertimbang rasa ini lebih memberikan kesan kepada pelajar kepada kehidupan sebenar. McPhail berpendapat, tidak semua pelajar boleh belajar dan melahirkan perasaannya secara lisan, satu kaedah lain perlu digunakan contohnya seperi lakonan, cerita, dialog dan melukis.

Page 8: Moral-Pendekatan timbang rasa

Pendekatan Bertimbang rasa melibatkan keinginan, motovasi dan kemahuan seseorang mengambil berat akan orang lain sekiranya dia merasakan adanya keinginan terhadapnya. Dalam erti kata yang lain, seseorang itu diambil berat apabila pandangan dan minatnya disukai oleh orang lain. Ini melibatkan keinginan seseorang dalam menentukan perkara yang membawa kepentingan kepada dirinya.

Page 9: Moral-Pendekatan timbang rasa

Sekian terima kasih.