16
Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia 203 MOTIVASI DAN TAHAP PENGLIBATAN BELIA FELDA DALAM KESUKARELAWANAN DI FELDA BUKIT ROKAN, NEGERI SEMBILAN AZLINA MOHD KHIR, NUR AFIQAH ABDUL AZIZ & NOOR SHAHIRAH MUHAMMAD NIZAM ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk menentukan hubungan antara motivasi dan tahap penglibatan belia dalam aktiviti sukarela di Felda Bukit Rokan, Negeri Sembilan. Objektif khusus kajian ini adalah untuk i) memperihalkan sosio demografi responden; ii) mengenal pasti dimensi dan tahap motivasi responden dalam aktiviti sukarela; iii) mengenal pasti jenis dan tahap penglibatan responden dalam aktiviti sukarela; dan iv) menentukan hubungan antara motivasi dan tahap penglibatan responden dalam aktiviti sukarela. Seramai 136 responden yang terdiri daripada 54.4 peratus lelaki dan 45.6 peratus perempuan terlibat dalam kajian ini. Responden dipilih melalui kaedah persampelan bertujuan. Data diperolehi dengan menggunakan borang soal selidik yang ditadbir sendiri oleh responden. Volunteer Functions Inventory (VFI) telah digunakan untuk mengukur motivasi sukarelawan, manakala tahap penglibatan diukur menggunakan alat ukuran yang dibina sendiri oleh penyelidik. Kedua-dua alat ukuran mempunyai nilai pekali kebolehpercayaan Cronbach’s alpha 0.939 dan 0.696. Analisis statistik yang digunakan adalah korelasi Pearson. Hasil kajian menunjukkan motif utama penglibatan responden dalam aktiviti sukarela adalah motif pemahaman, diikuti oleh motif nilai dan motif sosial. Manakala, jenis aktiviti utama yang disertai oleh belia adalah aktiviti sukarela berbentuk sukan, diikuti oleh aktiviti berbentuk khidmat sosial dan masyarakat serta aktiviti keagamaan. Selain itu, kajian turut mendapati tahap motivasi responden adalah tinggi, manakala tahap penglibatan dalam aktiviti kerja sukarela adalah sederhana. Keputusan analisis korelasi Pearson menunjukkan hubungan positif secara signifikan antara kesemua dimensi motivasi dengan tahap penglibatan responden dalam aktiviti sukarela (r = .547 hingga .649, p<.01). Kesimpulannya, motivasi sukarelawan iaitu motif untuk terlibat dalam aktiviti sukarela mempunyai hubungan dengan tahap penglibatan dalam aktiviti sukarela dalam kalangan belia di Felda. Justeru, untuk meningkatkan tahap penglibatan belia dalam aktiviti sukarela, faktor motivasi memainkan peranan yang penting, selain daripada menambahbaik penganjuran aktiviti-aktiviti sukarela di kawasan Felda. Kata Kunci : Aktiviti Sukarela, Motivasi, Penglibatan Belia, Belia Felda, Volunteer Functions Inventory (VFI) ABSTRACT This study tends to determine the relationship between youth motivation and involvement in voluntarys activity at Felda Bukit Rokan, Negeri Sembilan. The main objectives of this study are to i) describe the respondent’s socio-demographic;

MOTIVASI DAN TAHAP PENGLIBATAN BELIA FELDA DALAM … 15 Final... · 2020. 2. 6. · Kajian ini menggunakan satu set soal selidik yang mengandungi tiga bahagian iaitu 1) Maklumat Latar

  • Upload
    others

  • View
    2

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

  • Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia 203

    MOTIVASI DAN TAHAP PENGLIBATAN BELIA FELDA DALAM KESUKARELAWANAN DI FELDA BUKIT ROKAN, NEGERI SEMBILAN

    AZLINA MOHD KHIR, NUR AFIQAH ABDUL AZIZ & NOOR SHAHIRAH MUHAMMAD NIZAM

    ABSTRAK

    Kajian ini bertujuan untuk menentukan hubungan antara motivasi dan tahap penglibatan belia dalam aktiviti sukarela di Felda Bukit Rokan, Negeri Sembilan. Objektif khusus kajian ini adalah untuk i) memperihalkan sosio demografi responden; ii) mengenal pasti dimensi dan tahap motivasi responden dalam aktiviti sukarela; iii) mengenal pasti jenis dan tahap penglibatan responden dalam aktiviti sukarela; dan iv) menentukan hubungan antara motivasi dan tahap penglibatan responden dalam aktiviti sukarela. Seramai 136 responden yang terdiri daripada 54.4 peratus lelaki dan 45.6 peratus perempuan terlibat dalam kajian ini. Responden dipilih melalui kaedah persampelan bertujuan. Data diperolehi dengan menggunakan borang soal selidik yang ditadbir sendiri oleh responden. Volunteer Functions Inventory (VFI) telah digunakan untuk mengukur motivasi sukarelawan, manakala tahap penglibatan diukur menggunakan alat ukuran yang dibina sendiri oleh penyelidik. Kedua-dua alat ukuran mempunyai nilai pekali kebolehpercayaan Cronbach’s alpha 0.939 dan 0.696. Analisis statistik yang digunakan adalah korelasi Pearson. Hasil kajian menunjukkan motif utama penglibatan responden dalam aktiviti sukarela adalah motif pemahaman, diikuti oleh motif nilai dan motif sosial. Manakala, jenis aktiviti utama yang disertai oleh belia adalah aktiviti sukarela berbentuk sukan, diikuti oleh aktiviti berbentuk khidmat sosial dan masyarakat serta aktiviti keagamaan. Selain itu, kajian turut mendapati tahap motivasi responden adalah tinggi, manakala tahap penglibatan dalam aktiviti kerja sukarela adalah sederhana. Keputusan analisis korelasi Pearson menunjukkan hubungan positif secara signifikan antara kesemua dimensi motivasi dengan tahap penglibatan responden dalam aktiviti sukarela (r = .547 hingga .649, p

  • Malaysian Journal of Youth Studies204

    ii) identify the dimension and the level of motivation of respondents in voluntary activities; iii) identify the type and iv) level of involvement of the respondents in voluntary activities; and determine the relationship between motivation and level of involvement of the respondents in voluntary activities. A total of 136 respondents were involved in this research; 54.4 percent were male and 45.6 percent female. The respondents were chosen through purposive sampling. Data were collected using questionnaires administered to the research respondent. Volunteer Functions Inventory (VFI) was used in measuring the volunteer’s motivation. Meanwhile, the level of involvement was measured using an instrument created by the researchers. Both instruments used showed a Cronbach’s Alpha reliability coefficient value of 0.939 and 0.696. The statistical analysis administered was the Pearson correlation. The results showed that the main motives of the respondents’ involvement in voluntary activities were led by the intention to understanding values and social motives. The type of voluntary activities that were participated by youth were sports, social services, community and religious activities. In addition, the study also found that the level of motivation among respondents was high, while the level of involvement in voluntary activities was moderate. Result of pearson`s correlation analysis revealed that there were positive significant relationships between all the motivation dimensions with the level of involvement in voluntary work activities (r = .547 to .649, p

  • Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia 205

    Menurut Azizan (2003), kerja sukarela adalah merupakan kerja atau aktiviti yang dilakukan oleh individu mahupun kelompok untuk memberikan bantuan serta mendatangkan manfaat kepada individu dan masyarakat tanpa mengharapkan sebarang ganjaran dan dilakukan tanpa ada paksaan daripada mana-mana pihak. Bantuan dan sumbang bakti yang diberikan tidak terhad kepada aspek kewangan sahaja, malahan sumbangan yang berbentuk idea, buah fikiran, kemahiran, kebolehan, tenaga dan pelbagai aspek lain lagi boleh dijana serta dibentuk dalam aktiviti kemasyarakatan. Kesukarelawanan merupakan suatu amalan yang mulia kerana ia menitikberatkan nilai-nilai dan prinsip perkongsian, kerjasama dan tolong menolong sesama manusia dalam melaksanakan sesuatu aktiviti atau menangani sesuatu permasalahan. Justeru, kerja sukarela seharusnya menjadi amalan setiap masyarakat masa kini termasuk golongan belia yang menjadi tonggak negara, tidak kira sama ada di bandar mahupun di luar bandar.

    Berdasarkan hasil pemetaan Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) ke atas 21, 665 orang belia di seluruh Malaysia pada tahun 2012, sebanyak 19 peratus (4, 117 orang) belia yang melakukan aktiviti kerja sukarela pada masa lapang, berbanding 66 peratus (14, 299 orang) belia yang memperuntukkan masa lapang untuk menonton VCD atau DVD, 63 peratus (13,649 orang) menggunakan laman sosial, 54 peratus (11,699 orang) berkelah dan 50 peratus (10,833 orang) melancong. Hasil pemetaan ini menunjukkan bahawa peratusan belia yang melibatkan diri dalam aktiviti kerja sukarela pada waktu lapang masih lagi rendah. Pihak kerajaan telah memperbanyakkan aktiviti yang melibatkan penyertaan belia dalam aktiviti sukarela dan salah satu aktiviti yang dilakukan untuk menarik minat belia adalah melalui program iM4U. Walau bagaimanapun, pendedahan kepada program-program kesukarelawanan yang mempunyai kapasiti keperluan yang besar itu lebih tertumpu di kawasan bandar. Penglibatan belia luar bandar termasuk belia Felda dalam kerja sukarela masih terbatas. Sejak ditubuhkan pada Julai 1956, Felda iaitu Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan telah berjaya menempatkan kira-kira 114, 897 buah keluarga di 302 buah tanah rancangan di seluruh negara (Felda, 1999). Felda ditubuhkan untuk pembangunan tanah dan penempatan semula dengan objektif pembasmian kemiskinan melalui penanaman tanaman minyak sawit dan getah. Walaupun Felda berperanan untuk melaksanakan projek-projek pembangunan tanah dan aktiviti pertanian, perindustrian dan komersial sosial ekonomi, namun aspek sosial dan kemasyarakatan seperti kesukarelawanan juga perlu diberi perhatian terutamanya dalam kalangan belia Felda. Justeru, timbul persoalan adakah golongan belia Felda terlibat dalam kerja-kerja sukarela? Dan apakah yang mendorong mereka untuk terlibat dalam aktiviti sukarela?

    Banyak kajian yang telah dilakukan ke atas sebab mengapa individu terlibat dengan aktiviti sukarela. Wilson (2000) dan ahli-ahli sosiologi sebelum ini memberi fokus kepada pengaruh institusi sosial terutama institusi keluarga dan agama, serta beberapa faktor demografi seperti status ekonomi, sektor pekerjaan, gender dan etnik yang mempunyai perkaitan rapat dengan penglibatan seseorang dalam aktiviti kerja sukarela. Ahli-ahli psikologi seperti Penner (2002) dan Hart et al. (2004)

  • Malaysian Journal of Youth Studies206

    memfokus kepada aspek personaliti, manakala Clary et al. (1998) mengetengahkan aspek motivasi sebagai faktor penting kepada penglibatan sukarelawan. Kajian Johar (2008) dalam kalangan mahasiswa di Universiti Putra Malaysia (UPM) membuktikan bahawa motivasi kerja sukarela mempunyai hubungan yang signifikan dengan penglibatan individu dalam kerja sukarela. Seterusnya kajian terhadap sukarelawan oleh Sharififar et al. (2011) juga mendapati faktor motivasi adalah penting dalam memupuk minat serta komitmen sukarelawan. Maka, jelaslah bahawa individu yang tinggi tahap motivasi dalam kerja sukarela akan mendorong mereka lebih melibatkan diri dalam kerja sukarela. Motivasi merupakan keadaan dalaman individu yang membangkitkan, mengarah dan bertingkah laku secara berterusan serta mendorong individu untuk terus melakukan perkara yang cuba dilakukan (Weiner, 1990). Secara keseluruhan, motivasi memberi kesan kepada tahap penglibatan belia dalam kerja sukarela dan penyertaan belia dalam kerja sukarela dapat memberikan banyak pengalaman yang berguna serta menjadikan belia lebih prihatin menghulurkan bantuan kepada individu dan masyarakat. Di Malaysia, kajian yang memfokus kepada kesukarelawanan belia Felda adalah terhad. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti motif penglibatan belia Felda dalam aktiviti sukarela dan hubungannya dengan tahap penglibatan dalam kerja sukarela.

    OBJEKTIF KAJIAN

    Kajian ini bertujuan untuk menentukan hubungan antara motivasi sukarelawan dengan tahap penglibatan belia dalam aktiviti sukarela di Felda Bukit Rokan, Negeri Sembilan. Objektif khusus kajian adalah untuk i) memperihalkan sosio demografi responden; ii) mengenal pasti dimensi dan tahap motivasi responden dalam aktiviti sukarela; iii) mengenal pasti jenis dan tahap penglibatan responden dalam aktiviti sukarela; dan iv) menentukan hubungan antara motivasi dan tahap penglibatan responden dalam aktiviti sukarela.

    METODOLOGI KAJIAN

    Subjek dan Lokasi KajianKajian ini melibatkan 136 orang belia di Felda Bukit Rokan, Gemenceh, Negeri Sembilan. Felda Bukit Rokan terletak di Felda Wilayah Raja Alias, daerah Tampin. Lokasi Felda Bukit Rokan berada pada kedudukan yang agak strategik kerana ia bersempadan dengan tiga buah daerah, iaitu Tampin, Jempol dan Kuala Pilah. Ia merupakan sebuah perkampungan pertanian separa moden dan didiami oleh majoriti penduduk Melayu. Felda Bukit Rokan telah dibuka dan dimajukan pada tahun 1961 dan kini terbahagi kepada tujuh peringkat yang didiami oleh 553 buah keluarga dengan anggaran penduduk melebihi 2000 orang. Pemilihan sampel adalah secara persampelan bertujuan. Peringkat 4 telah dipilih berdasarkan kriteria jumlah populasi belia yang tertinggi berbanding enam peringkat lagi di Felda ini. Menurut

  • Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia 207

    Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKK) Felda Bukit Rokan, anggaran belia di Peringkat 4 ini adalah seramai 150 orang. Berpandukan kepada Krejcie dan Morgan (1970), apabila saiz populasi belia adalah 150 orang, maka saiz sampel yang perlu diambil adalah sebanyak 108 orang. Walau bagaimanapun, untuk kajian ini pengkaji mengambil keseluruhan populasi untuk dijadikan sampel. Namun, jumlah sebenar responden yang terlibat dan memberi maklum balas adalah seramai 136 orang.

    Instrument dan ProsedurKajian ini menggunakan satu set soal selidik yang mengandungi tiga bahagian iaitu 1) Maklumat Latar Belakang Responden, 2) Motivasi Sukarelawan (kebolehpercayaan = 0.939), dan 3) Tahap Penglibatan dalam Aktiviti Sukarela (kebolehpercayaan = 0.696). Maklumat latar belakang responden mengandungi enam soalan meliputi umur, jantina, agama, status perkahwinan, tahap akademik dan pekerjaan responden. Motivasi sukarelawan diukur menggunakan instrumen Volunteer Functions Inventory (VFI) yang dibangunkan oleh Clary et al., (1998). VFI dibina bagi menguji motif individu memilih untuk menjadi sukarelawan dengan melihat melalui pendekatan terhadap Teori Fungsi (Katz 1960). VFI mengandungi 30 item yang meliputi enam dimensi fungsi motif iaitu nilai, kerjaya, sosial, pemahaman, peningkatan, dan perlindungan (Jadual 1). Pemarkatan VFI dalam kajian ini adalah berdasarkan skala lima pilihan iaitu daripada “tidak penting” (1) kepada “sangat penting” (5). Jumlah skor setiap dimensi antara 5 hingga 25, di mana skor yang lebih tinggi menunjukkan responden didominasi oleh motif tersebut untuk terlibat dalam kerja sukarela.

    Jadual 1 :Fungsi Motif Kesukarelawanan dalam Volunteer Functions Inventory (VFI)

    Fungsi Motif DefinisiKonsep Contoh No soalanNilai Menjadi sukarela

    untuk menyatakan atau bertindak ke atas nilai-nilai penting seperti nilai kemanusiaan.

    Saya rasa ianya penting untuk membantu orang lain.

    3, 8, 16, 19, 22

    Pemahaman Sukarelawan berusaha untuk belajar lebih lanjut mengenai dunia atau melatih kemahiran-kemahiran yang jarang digunakan.

    Aktiviti kerja sukarela mendidik saya menerusi pengalaman yang bersifat praktikal.

    12, 14, 18, 25, 30

  • Malaysian Journal of Youth Studies208

    Peningkatan Seseorang boleh berkembang dan membangun secara psikologi melalui aktiviti sukarelawan

    Aktiviti kerja sukarela membuatkan saya rasa lebih baik tentang diri saya.

    5, 13, 26, 27, 29

    Kerjaya Sukarelawan mempunyai matlamat untuk memperoleh kerjaya yang berkaitan dengan pengalaman melalui aktiviti kesukarelawanan.

    Menjadi sukarelawan membolehkan saya meningkatkan peluang bagi kerjaya yang saya sukai

    1, 10, 15, 21, 28

    Sosial Menjadi sukarelawan membolehkan seseorang individu mengukuhkan hubungan sosial mereka

    Kenalan saya berkongsi minat yang sama dalam memberi khidmat masyarakat.

    2, 4, 6, 17, 23

    Perlindungan Individu menggunakan aktiviti kerja sukarela untuk mengurangkan perasaan negatif seperti rasa bersalah atau untuk menangani masalah peribadi

    Menjadi sukarelawan adalah satu jalan yang baik untuk saya melarikan diri daripada segala masalah saya.

    7, 9, 11, 20, 24

    Sementara itu, tahap penglibatan belia dalam aktiviti sukarela pula diukur berdasarkan kekerapan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kerja sukarela yang berbentuk keagamaan, pembangunan belia, khidmat sosial dan masyarakat, kebudayaan dan kesenian, kesihatan, keselamatan awam, pendidikan dan khidmat belia, dan sukan dalam tempoh masa sebulan. Alat ukuran tahap penglibatan belia mengandungi lapan kenyataan dan pemarkatan berdasarkan skala lima pilihan daripada “tidak pernah” (1) kepada “sangat selalu” (5). Julat skor adalah antara 8 hingga 40, di mana semakin tinggi skor menunjukkan responden mempunyai tahap penglibatan yang lebih tinggi. Teknik pengumpulan data bagi kajian ini adalah dengan menggunakan borang soal selidik melalui prosedur tadbir sendiri.

    Analisis DataStatistik deskriptif digunakan untuk pemerihalan latar belakang responden dan pengukuran tahap motivasi sukarelawan dan penglibatan belia dalam kerja sukarela. Sementara analisis inferensi iaitu korelasi Pearson digunakan untuk menguji hubungan antara motivasi sukarelawan dengan tahap penglibatan belia Felda dalam kerja sukarela.

  • Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia 209

    HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN

    Analisis Deskriptif

    Latar belakang Belia FeldaJadual 2 membentangkan maklumat latar belakang responden yang merangkumi umur, jantina, status perkahwinan, tahap pendidikan dan pekerjaan. Majoriti responden berumur antara 15 hingga 20 tahun (36.8%) iaitu yang terdiri daripada pelajar sekolah tingkatan tiga sehingga peringkat umur awal belia. Seterusnya diikuti oleh responden berumur antara 21 hingga 30 tahun (34.6%) dan 31 hingga 40 tahun (28.7%). Dari segi gender, responden lelaki adalah lebih ramai berbanding responden perempuan iaitu sebanyak 54.4 peratus. Bagi status perkahwinan, majoriti responden adalah bujang iaitu seramai 82 orang (60.3%), berbanding yang sudah berkahwin (36.8%) mahupun bercerai (2.9%). Responden yang berstatus bujang adalah paling ramai kerana kebanyakan belia yang sudah berkahwin telah berhijrah ke bandar kerana mendapat peluang pekerjaan yang lebih baik.

    Jadual 2: Maklumat Latar Belakang Responden

    Pembolehubah n (%)Umur

    15-20 Tahun 50 (36.8) 21-30 Tahun 47 (34.6) 31-40 Tahun 39 (28.7)Jantina

    Lelaki 74 (54.4) Perempuan 62 (45.6)Status

    Bujang 82 (60.3) Berkahwin 50 (36.8) Janda/ Duda 4 (2.9)Tahap pendidikan

    PMR 25 (18.4) SPM 86 (63.2) Sijil 16 (11.8) Diploma 6 (4.4) Ijazah 3 (2.2)

  • Malaysian Journal of Youth Studies210

    Pekerjaan

    Kerajaan 11 (8.1) Swasta 18 (13.2) Bekerja sendiri 36 (26.5) Tidak bekerja 71 (52.2)

    Berdasarkan kepada analisis tahap pendidikan, majoriti responden mempunyai kelulusan pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) (63.2%), manakala hanya 2.2 peratus sahaja responden yang mempunyai kelulusan pada peringkat Ijazah pertama. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap pencapaian pendidikan dalam kalangan belia yang dikaji masih rendah dan perlu dipertingkatkan lagi untuk melahirkan modal insan yang lebih berkualiti pada masa akan datang. Seterusnya, bagi sektor pekerjaan, sebahagian besar daripada responden (52.2%) adalah tidak bekerja, diikuti oleh penoreh getah dan penanam kelapa sawit (26.5%). Hasil kajian menunjukkan majoriti responden tidak bekerja kerana mereka terdiri daripada belia awal yang masih bersekolah dan juga lepasan SPM. Sebahagian kecil sahaja responden yang bekerja dalam sektor swasta (13.2%) dan kerajaan (8.1%).

    Motivasi Sukarelawan Belia FeldaJadual 3 memaparkan rumusan analisis deskriptif berkaitan dimensi motivasi sukarelawan dalam kalangan belia Felda. Hasil kajian menunjukkan motif utama yang mendorong responden untuk terlibat dalam aktiviti sukarela adalah motif pemahaman (19.65), diikuti oleh motif nilai (19.37) dan motif sosial (19.24). Seterusnya, tiga kedudukan motif yang terendah adalah motif peningkatan (18.99), motif kerjaya (18.54) dan motif perlindungan (18.27). Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa motif utama belia Felda yang dikaji terlibat dengan aktiviti sukarela adalah untuk mendapatkan peluang pengalaman pembelajaran yang baru dan melatih menggunakan pengetahuan, kemahiran dan kemampuan yang jarang diamalkan. Selain itu, dimensi motif pemahaman juga adalah proses pembelajaran jangka panjang dan sering menjadi faktor individu melibatkan diri dalam kesukarelawanan (Yoshioka et al. 2007). Seterusnya, kajian ini menunjukkan bahawa motif nilai menjadi motif kedua terpenting bagi belia Felda untuk terlibat dalam aktiviti sukarela. Hal ini boleh dikaitkan dengan altruistik dan kemanusiaan yang begitu prihatin terhadap orang lain (Tajul Ariffin & Aishah Nadirah, 2013; Mihai 2014) serta sikap dan nilai-nilai murni yang telah tertanam dalam diri responden. Kajian oleh Zaliha dan Mohd Ramlan (2012) turut mendapati sikap altruistik merupakan faktor yang memotivasikan golongan belia suapaya terlibat dalam aktiviti sukarela. Oleh itu, hasil kajian ini selari dengan dapatan pengkaji-pengkaji lepas (Clary & Synder, 1999; Tajul Ariffin & Aishah Nadirah, 2013; Nur Raihan & Azizan, 2013; Mihai, 2014) yang mendapati motif pemahaman dan motif nilai adalah antara faktor motivasi tertinggi yang mendorong responden terlibat dalam aktiviti sukarela.

  • Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia 211

    Jadual 3 : Dimensi Motivasi Sukarelawan

    Dimensi Min S.P Minimum MaksimumMotif Pemahaman 19.65 2.96 12.00 25.00Motif Nilai 19.37 2.67 12.00 25.00Motif Sosial 19.24 2.46 13.00 25.00Motif Peningkatan 18.99 3.00 11.00 25.00Motif Kerjaya 18.54 2.91 11.00 24.00Motif Perlindungan 18.27 2.98 11.00 25.00

    Nota: S.P = Sisihan Piawai

    Selain itu, kajian mendapati motif perlindungan adalah motif terendah yang berperanan sebagai penggerak kepada belia Felda untuk terlibat dalam aktiviti sukarela. Motif perlindungan ini menunjukkan bahawa individu menyertai aktiviti sukarela hanya untuk mengatasi masalah peribadi mereka, melindungi ego daripada ciri-ciri negatif diri serta mengurangkan perasaan negatif seperti rasa bersalah. Dapatan kajian ini selari dengan dapatan oleh Clary dan Synder (1999), dan Mihai (2014).

    Seterusnya, Jadual 4 di bawah memaparkan tahap motivasi belia Felda untuk terlibat dalam aktiviti sukarela mengikut dimensi. Majoriti responden mempunyai tahap motivasi yang tinggi pada hampir kesemua motif iaitu motif pemahaman (72.1%), motif nilai (72.1%), motif sosial (65.4%) motif peningkatan (61.8%) dan motif kerjaya (50.7%), sebaliknya, motif perlindungan menunjukkan tahap yang sederhana (54.4%).

    Jadual 4: Tahap Motivasi Sukarelawan

    Dimensi Tahap Rendah n (%)

    Sederhana n (%)

    Tinggi n (%)

    Motif Pemahaman 38 (27.9) 98 (72.1)Motif Nilai 38 (27.9) 98 (72.1)Motif Sosial 47 (34.6) 89 (65.4)Motif Peningkatan 1 (0.7) 51 (37.5) 84 (61.8)Motif Kerjaya 1 (0.7) 66 (48.5) 69 (50.7)Motif Perlindungan 1 (0.7) 74 (54.4) 61(44.9)

  • Malaysian Journal of Youth Studies212

    Penglibatan Belia Felda dalam Aktiviti Sukarela Jadual 5 memaparkan jenis penglibatan belia Felda dalam aktiviti sukarela di Felda Bukit Rokan. Terdapat lapan jenis aktiviti sukarela yang disenaraikan dalam borang soal selidik. Setiap aktiviti yang disenaraikan mempunyai nilai minimum 1 dan nilai maksimum 5. Hal ini menunjukkan setiap aktiviti yang disenaraikan adalah sama ada tidak pernah (skala 1) atau sangat kerap (skala 5) disertai oleh responden. Secara keseluruhannya, min tertinggi adalah aktiviti sukarela berbentuk sukan (min=3.78; s.p=1.001), diikuti oleh aktiviti sukarela berbentuk khidmat sosial dan masyarakat (min=3.47; s.p=0.988), serta aktiviti sukarela berbentuk keagamaan (min=3.07; s.p=1.023). Hasil kajian menunjukkan antara aktiviti sukarela yang menjadi pilihan utama belia Felda Bukit Rokan adalah berbentuk sukan seperti menyertai aktiviti sukan dalam kalangan belia, wanita dan acara sukan kampung. Selain itu adalah menyertai aktiviti sukarela berbentuk khidmat sosial dan masyarakat terutama gotong-royong sewaktu majlis perkahwinan dan membersihkan kawasan sekitar, serta memberi bantuan kepada orang yang memerlukan. Belia Felda juga melibatkan diri dalam aktiviti keagamaan seperti penyertaan dalam ceramah serta terlibat sebagai urusetia penganjuran ceramah dan forum keagamaan. Walau bagaimanapun, dapatan kajian menunjukkan aktiviti yang paling jarang disertai oleh belia Felda dengan nilai min terendah adalah aktiviti sukarela berbentuk kebudayaan dan kesenian (min=2.6; s.p=1.255). Selain itu, hasil kajian juga menunjukkan jenis aktiviti lain seperti keselamatan awam dan sivik, pendidikan dan perkhidmatan belia, kesihatan dan perkhidmatan kesihatan, dan pembangunan belia jarang disertai oleh responden (min < 3.0). Hal ini mungkin disebabkan kurangnya penganjuran aktiviti-aktiviti tersebut di Felda Bukit Rokan.

    Jadual 5 Jenis Penglibatan Belia Felda dalam Aktiviti Sukarela

    Jenis Aktiviti Sukarela n Min S.P Min. Maks.

    1. Aktiviti sukarela berbentuk sukan (contoh: sukan belia, sukan wanita, menyertai aktiviti sukan, acara sukan kampung, dan lain-lain)

    136 3.78 1.001 1 5

    2. Aktiviti sukarela berbentuk khidmat sosial dan masyarakat(contoh: gotong-royong majlis perkahwinan, gotong-royong membersihkan kawasan sekitar, beri bantuan kepada orang lain)

    136 3.47 0.988 1 5

    3. Aktiviti sukarela berbentuk keagamaan (contoh: membantu dan menyertai ceramah, forum agama yang dianjurkan)

    136 3.07 1.023 1 5

    4. Kerja sukarela berbentuk keselamatan awam dan sivik (contoh: pasukan penyelamat, bomba, polis sukarela, RELA, Rukun Tetangga dan lain-lain)

    136 2.87 1.158 1 5

  • Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia 213

    5 Aktiviti sukarela berbentuk pendidikan dan perkhidmatan belia (contoh: Program Rakan Muda, iM4U, PLKN, program yang berkaitan dengan belia, dan lain-lain)

    136 2.86 1.248 1 5

    6. Aktiviti sukarela berbentuk kesihatan dan perkhidmatan kesihatan (contoh: kempen cegah kanser, sukarelawan klinik desa, kempen anti rokok, persatuan bulan sabit merah dan pelbagai lagi)

    136 2.76 1.256 1 5

    7. Aktiviti sukarela berbentuk pembangunan belia (contoh: pengakap, silat, taekwondo)

    136 2.63 1.299 1 5

    8. Aktiviti sukarela berbentuk kebudayaan dan kesenian (contoh: aktiviti persembahan pemeliharaan benda sejarah, teater, tarian, muzik, kraftangan dan lain-lain)

    136 2.60 1.255 1 5

    Nota: S.P = Sisihan Piawai, Minm. = Minimum, Maks. = Maksimum

    Berikutnya, Jadual 6 di bawah memaparkan skor min, sisihan piawai, tahap, nilai minimum dan maksimum bagi penglibatan belia Felda dalam aktiviti sukarela secara keseluruhan. Klasifikasi penglibatan belia dalam aktiviti sukarela kepada tiga kategori iaitu tahap rendah, sederhana dan tinggi adalah berdasarkan nilai min sampel kajian. Hasil analisis menunjukkan bahawa majoriti responden mempunyai tahap penglibatan yang sederhana (38.9%) iaitu dengan nilai min 24.04 (S.P. = 6.91), diikuti dengan skor tahap tinggi dan rendah dengan masing-masing mempunyai nilai peratusan yang sama iaitu 30.9 peratus. Kajian ini menunjukkan bahawa tahap penglibatan responden adalah pada tahap sederhana dan masih memerlukan lebih dorongan untuk melibatkan diri dalam aktiviti kerja sukarela.

    Jadual 6 Skor dan Tahap Penglibatan Belia Felda dalam Kerja Sukarela

    Tahap Penglibatan n % Min S.P Minm. Maks Rendah (19 ke bawah) 42 30.9 24.04 6.91 11 40 Sederhana (20- 28) 52 38.9 Tinggi (29 ke atas) 42 30.9

    Nota: S.P = Sisihan Piawai, Minm. = Minimum, Maks. = Maksimum

    Analisis InferensiHubungan antara Motivasi Sukarelawan dan Tahap Penglibatan Belia Felda dalam Aktiviti SukarelaJadual 7 membentangkan hubungan antara motivasi sukarelawan dan tahap penglibatan belia Felda dalam aktiviti sukarela. Keputusan menunjukkan bahawa

  • Malaysian Journal of Youth Studies214

    keenam-enam dimensi motivasi sukarelawan iaitu motif perlindungan, nilai, kerjaya, sosial, pemahaman dan peningkatan mempunyai hubungan positif secara signifikan dengan tahap penglibatan belia dalam aktiviti sukarela (r = .547 hingga .649, p

  • Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia 215

    RUMUSAN

    Hasil kajian ini memberikan gambaran tentang penglibatan belia Felda dalam aktiviti sukarela dan hubungannya dengan faktor motivasi yang berperanan sebagai pendorong untuk belia terlibat dalam aktiviti sukarela. Umumnya, belia di Felda Bukit Rokan sudah mendapat pendedahan mengenai kerja sukarela walaupun secara tidak formal dan tidak meluas. Kajian mendapati majoriti belia Felda mempunyai tahap penglibatan yang sederhana dalam aktiviti sukarela. Mereka lebih tertumpu kepada aktiviti-aktiviti sukarela berbentuk sukan, khidmat sosial dan masyarakat, dan keagamaan. Ketiga-tiga aktiviti tersebut menjadi pilihan utama responden mungkin disebabkan oleh minat mereka terhadap sukan, nilai yang mementingkan hubungan sosial dan kemasyarakatan serta banyaknya aktiviti berunsur kerohanian yang dianjurkan oleh pihak masjid di kawasan kajian. Selain itu, tumpuan dan keutamaan kepada jenis aktiviti tersebut juga mungkin disebabkan kurangnya penganjuran mahupun sambutan kepada bentuk aktiviti lain seperti keselamatan awam dan sivik, kesihatan dan perkhidmatan kesihatan, pendidikan, pembangunan belia, serta kebudayaan dan kesenian di kawasan kajian. Oleh itu, untuk menggalakkan lagi sambutan dan penyertaan belia Felda dalam aktiviti sukarela, maka skop aktiviti tersebut perlu diperluaskan terutama dalam aktiviti pembangunan belia dan komuniti. Jika sebelum ini penyertaan belia lebih tertumpu kepada aktiviti gotong-royong, kerohanian dan sukan sahaja, maka pihak Felda harus merangka strategi mempromosikan pelbagai bentuk aktiviti yang lebih menarik untuk menggalakkan penyertaan belia Felda dalam aktiviti sukarela. Pihak Felda juga merupakan satu pihak yang boleh mendekati golongan belia secara terbuka untuk terus memberikan sokongan dan dorongan kepada belia agar menjadikan aktiviti kerja sukarela sebagai satu tanggungjawab sosial kepada masyarakat di Felda khususnya, dan seluruh masyarakat di Malaysia amnya. Begitu juga dengan pihak iM4U yang ditubuhkan khas untuk menonjolkan dan menerapkan sifat kerja sukarela dalam diri belia masa kini. Pihak iM4U perlu memberikan lebih pendedahan kepada belia luar bandar termasuk belia Felda agar dapat bersama-sama memupuk dan mencapai matlamat menerusi aktiviti-aktiviti kerja sukarela yang dianjurkan.

    Seterusnya, kajian mendapati belia Felda yang dikaji mempunyai tahap motivasi yang tinggi terhadap kesukarelawanan. Motif utama yang mendorong mereka terlibat dengan aktiviti sukarela adalah motif pemahaman, nilai dan sosial. Ketiga-tiga motif tersebut adalah untuk kepentingan bersama. Oleh itu, organisasi Felda yang terlibat secara langsung dengan aktiviti sukarelawan perlu menggalakkan lebih ramai warga Felda untuk menyertai program sukarela selari dengan hasrat Perdana Menteri Malaysia, iaitu Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abd Razak dalam membudayakan kerja sukarela. Tahap motivasi yang tinggi dalam kalangan belia Felda juga perlu dilihat sebagai satu kelebihan atau aset bagi komuniti Felda untuk melahirkan lebih ramai lagi sukarelawan dalam kalangan komuniti Felda. Kajian turut mendapati keenam-enam motif yang dikaji iaitu motif pemahaman, nilai, sosial, kerjaya, peningkatan dan perlindungan mempunyai hubungan yang signifikan dengan tahap penglibatan belia dalam aktiviti sukarela. Justeru, untuk

  • Malaysian Journal of Youth Studies216

    meningkatkan penglibatan belia felda dalam aktiviti sukarela, maka motivasi memainkan peranan yang sangat penting dan perlu dipertingkatkan dalam diri belia dari semasa ke semasa. Kita tidak menafikan bahawa banyak faktor luaran yang menyumbang kepada penglibatan belia dalam aktiviti sukarela, namun motivasi adalah aspek penting sebagai pendorong atau penggalak kepada sesuatu tingkah laku termasuk penyertaan belia dalam aktiviti sukarela.

    RUJUKAN

    Ahmad Salim, A.-H. 2005. Penglibatan mahasiswa dalam aktiviti kesukarelawanan: Satu kajian kes di Fakulti Ekologi Manusia UPM. Universiti Putra Malaysia.

    Azizan Bahari. 2003. Menghayati kerja sukarela. Petaling jaya, Selangor: Qarya Sdn Bhd.

    Baron, R. A., Branscombe, N. R., & Byrne, D. 2009. Social Psychology (12 ed.). Boston, MA: Pearson Education, Inc.

    Clary, E. G., & Snyder, M. 1999. The motivations tovolunteer: Theoretical and practical considerations. Current Directions in Psychological Science, 8, 156-159.

    Clary, E., Synder, M., Ridge, R., Copeland, J., Stukas, A., Haugen, J., & Miene, P. 1998. Understanding and assessing the motivation of volunteers: A functional approach. Journal of Personality and Social Psychology 74(6): 1516-153.

    Erez, A., Mikulincer, M., van Ijzendoorn, M. H., & Kroonenberg, P. M. 2008. Attachment, personality, and volunteering: Placing volunteerism in an attachment-theoretical framework. Personality and Individual Differences,44(1), 64-74.

    Hart, D., Atkins, R., Donnelly, T. 2004. Psychological and socio-structural influences on involvement in volunteering. Submitted.

    Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia. 2016. [ONLINE] Available at: http://www.ippbm.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=795:masa-lapang-belia-mengikut-aktiviti&catid=146&Itemid=453&lang=ms.[Last Accessed 13 January 2016].

    Isak, S. 2007. Pengaruh ciri personaliti prososial dan motivasi terhadap penglibatan aktiviti kesukarelawanan di kalangan mahasiswa UPM. Universiti Putra Malaysia.

  • Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia 217

    Johar, N. 2008. Motivasi diri dan tahap penglibatan melakukan kerja-kerja kesukarelawanan di kalangan mahasiswa UPM. Universiti Putra Malaysia.

    Kats, D., 1960. The functional approach to the study of attitudes. Public Opinion Quarterly, 24, 163-204.

    Krejcie, R.V. & Morgan, D.W. 1970. Determining sample size for research activities. Educational and Psychological Measurement,30, 607-610.

    Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan. 2016. Mengenai FELDA. [ONLINE] Available at: http://www.felda.net.my/index.php/felda/mengenai-felda. [Last Accessed 13 January 2016].

    Liao, L.-C. C., Chang, H.-M., & Tsai, T.-F. 2012. Study of volunteers’ participation motivation, work satisfaction and perceived value in mega-sports event: case of the 2009 world games. International Conference on Innovation and Information Management.IPCSIT.

    Mihai, E. C. 2014. The Motivation of Romanian Volunteers: values and implications. Procedia-Social and Behavioral Sciences, 127, 616-620.

    Mohd Kasim, M. 2008. Penglibatan mahasiswa institusi pengajian tinggi swasta dalam kerja kesukarelawanan komuniti: satu kajian kes di kalangan mahasiswa UNITEN dan KLIU Kolej. Universiti Putra Malaysia.

    Mohd Yasin, F. N. 2005. Pengetahuan dan penglibatan dalam kerja-kerja kesukarelawanan komuniti: satu kajian kes di kalangan mahasiswa UPM. Universiti Putra Malaysia.

    Muhamad, T. A., & Alauddin, A. N. M. 2013. Motif penglibatan sukarelawan sukan Institusi Pengajian Tinggi terhadap tahap kepuasan diri. Jurnal Pendidikan Malaysia, 38(2), 51-59.

    Nur Raihan Che Nawi, & Azizan Asmuni. 2013. Motivasi sukarelawan terhadap penglibatan dalam kerja sukarela di yayasan salam malaysia. Retrieved from http://www.greduc2013.upm.edu.my/PDF Files/Greduc014 Nur Raihan.pdf

    Penner, L. A., Dovidio, J. F., Piliavin, J. A., & Schroeder, D. A. 2005. Prosocial behavior: Multilevel perspectives. Annu. Rev. Psychol., 56, 365-392.

    Penner, L.A. 2002. The cause of sustained volunteerism: an interactionist perspective J. Soc. Issues 58: 447-67.

  • Malaysian Journal of Youth Studies218

    Sharififar, F., Jamalian, Z., Nikbakhsh, R., Ramezani, Z.N. 2011. Influence of social factors and motives on commitment of sport events volunteers. World Academy of Science, Engineering and Technology 77: 1078-1082.

    Siti Raba`ah Hamzah, Turiman Suandi, & Azimi Hamzah. 2015. Pengaruh kepercayaan, motivasi dan niat terhadap golongan belia dalam activiti sukarela di Malaysia. International Journal of Education and Training.

    Weiner, B. 1990. History Of Motivational Research In Education. Journal Of Educational Psyhology. 82(4), 616-622.

    Wilson, J. 2000. Volunteering. Annual Review Sociology 26: 215-240.

    Yoshioka, C., Brown, W.A. & Ashcraft, R. 2007. A functional approach to senior vlolunteer and non-volunteer motivations. International Journal of Volunteer Adminisration, 24: 31-43.

    Zaliha Hj Hussin, & Mohd Ramlan Mohd Arshad. 2012. Altruism as Motivational Factors toward Volunteerism among Youth in Petaling Jaya Selangor. Universiti Teknologi MARA.

    Profil penulis:

    Azlina Mohd Khir, PhDPensyarah KananJabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan,Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia,43400 UPM Serdang, [email protected]

    Nur Afiqah Abdul AzizPelajarJabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan,Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia,43400 UPM Serdang, [email protected]

    Noor Shahirah Muhammad NizamPelajarJabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan,Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia,43400 UPM Serdang, [email protected]