22
DEFINISI MISKONSEPSI Miskonsepsi adalah satu daripada masalah yang sering dihadapi oleh murid dalam pembelajaran matematik dan sering menjadi penghalang kepada mereka untuk memahami konsep-konsep matematik yang berkaitan dengan konsep yang disalah tafsirkan oleh mereka. Sebahagian murid tergolong dalam lemah matematik mungkin disebabkan oleh kurang mahir membaca, menulis, melakukan latihan pengiraan dan bercakap. Dalam matematik, masalah ini akan lebih ketara dengan adanya istilah matematik yang mana sebahagiannya daripada mereka yang belum pernah mendengar dan lupa istilah yang diberikan. Konsep matematik murid perlu diperkenalkan dengan pelbagai bentuk, kaedah dan pendekatan. Murid perlu diperkenalkan dengan beberapa contoh yang konkrit. Robert Gagne iaitu seorang professor dan ahli psikologi mengatakan bahawa, pembelajaran konsep matematik yang berkesan memerlukan beberapa teknik penyampaian iaitu : i. Memberi berbagai-bagai contoh konkrit untuk membuat generalisasi. ii. Memberi contoh yang berbeza tetapi berkaitan supaya dapat membuat perbezaan. iii. Memberi contoh-contoh yang tidak ada kaitan dengan konsep yang diajarkan untuk membuat perbezaan dan generalisasi.

mte 3109 Tugasan 1.docx

Embed Size (px)

DESCRIPTION

mte 3109

Citation preview

DEFINISI MISKONSEPSI

Miskonsepsi adalah satu daripada masalah yang sering dihadapi oleh murid dalam pembelajaran matematik dan sering menjadi penghalang kepada mereka untuk memahami konsep-konsep matematik yang berkaitan dengan konsep yang disalah tafsirkan oleh mereka. Sebahagian murid tergolong dalam lemah matematik mungkin disebabkan oleh kurang mahir membaca, menulis, melakukan latihan pengiraan dan bercakap. Dalam matematik, masalah ini akan lebih ketara dengan adanya istilah matematik yang mana sebahagiannya daripada mereka yang belum pernah mendengar dan lupa istilah yang diberikan.Konsep matematik murid perlu diperkenalkan dengan pelbagai bentuk, kaedah dan pendekatan. Murid perlu diperkenalkan dengan beberapa contoh yang konkrit. Robert Gagne iaitu seorang professor dan ahli psikologi mengatakan bahawa, pembelajaran konsep matematik yang berkesan memerlukan beberapa teknik penyampaian iaitu :

i. Memberi berbagai-bagai contoh konkrit untuk membuat generalisasi. ii.Memberi contoh yang berbeza tetapi berkaitan supaya dapat membuat perbezaan.iii. Memberi contoh-contoh yang tidak ada kaitan dengan konsep yang diajarkan untuk membuat perbezaan dan generalisasi. iv. Memberi pelbagai jenis contoh matematik untuk memperolehi konsep matematik yang tepat.

Begitulah antara pendekatan yang perlu kita gunakan bagi mengatasi masalah miskonsepsi, sama ada ia disebabkan oleh kecuaian mahupun kesukaran murid memahami sesuatu konsep, guru masing-masing perlu memikirkan pendekatan yang sesuai untuk murid yang mempunyai pelbagai aras pembelajaran. Guru yang prihatin adalah mereka yang berusaha membimbing murid mengikut perbezaan aras kecerdasan. Beberapa kajian yang telah dijalankan oleh ahli psikologi, pakar matematik dan guru matematik menunjukkan ada pelbagai sebab murid melakukan kesilapan dalam pengiraan bahagi. Sesuatu kemahiran yang hendak diajar kepada murid perlulah diterangkan konsep disebaliknya. Antara miskonsepsi yang sering berlaku di kalangan murid ialah

1. Terlalu menggeneralisasikan (overgeneralization)2. Terlalu memudahkan (oversimplification)3. Pandangan/idea pengetahuan sedia ada (pre-conceive notion).4. Salah mengenalpasti (misidentifying)5. Salah faham (misunderstanding)6. Salah maklumat (misinformation)7. Kepercayaan bukan saintifik (nonscientific beliefs)8. Salah faham konsep (conceptual misunderstands)9. Kepercayaan kepada yang lebih terkenal (popular beliefs)10. Penerangan yang salah mengenai definisi dan kaedah (definition and method incorrectly explained)

Tugasan 1Jurnal 1Berdasarkan jurnal Penggunaan MoMiGeRo (Model Misteri Gelung Rotan) Untuk Meningkatkan Kemahiran Murid Menyusun Nombor Dalam Tertib Menaik dan Tertib Menurun, saya mendapati bahawa murid-murid yang bermasalah dalam kajian mempunyai masalah memahami konsep nombor atau fakta asas nombor. Mereka mengenali nombor-nombor tersebut secara lisan dan bertulis namun mereka tidak faham apakah yang dimaksudkan dengan nilai yang terdapat pada nombor tersebut. Walaupun mereka telah diajar menghitung nombor secara berturutan, mereka masih lagi tidak mampu mengingat susunannya apabila menghitung dari nombor 1. Hal ini disebabkan oleh kurangnya pemahaman murid-murid terhadap konsep nombor besar/ kecil dan menaik/ menurun. Mereka hanya dapat mengecam nombor apabila melihatnya. Apabila diberi nombor 1- 10, murid-murid bermasalah akan kerap melakukan kesalahan berikut semasa berada dalam pengajaran dan pembelajaran:1. Menyusun nombor mengikut tertib menaik ataupun menurun2. Mengulang nombor yang sama apabila menyusun nombor mengikut tertib3. Menghitung nombor secara melompat dan meninggalkan nombor tertentu.4. Tidak dapat mengaitkan konsep menaik dengan nombor yang semakin besar.Menurut Teori Rawatan Akedemik (Marilyn, 2006), murid-murid seperti ini merupakan golongan murid yang mengalami masalah tumpuan yang singkat. Oleh yang demikian, teori ini menekankan pembelajaran yang mudah dan dapat membantu murid-murid memahami sesuatu konsep tanpa memberikan contoh yang pelbagai kepada murid. Selain itu, jurnal ini juga menekankan bahawa teori Rawatan Akademik ini memerlukan pembelajaran yang berulang untuk mengukuhkan daya ingatan mereka terutamanya dalam kemahiran menyusun nombor mengikut tertib. Oleh yang demikian, guru perlu memastikan murid-murid belajar dan menerima arahan yang sama semasa proses pengajaran dan pembelajaranJurnal ini juga menekankan teori pembelajaran Jean Piaget dalam mengajar murid-murid memahami konsep menyusun nombor secara tertib menaik mahupun menurun. Menurut teori ini, kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan 7 hingga 12 terutamanya murid-murid tahap 1 masih lagi bergantung kepada objek konkrit dan pengalaman langsung dalam mempelajari sesuatu konsep mahupun input. Ianya hendaklah sering diulang bagi meningkatkan proses mengingat dan pemahaman murid terhadap sesuatu konsep dalam Matematik.

Jurnal 2Jurnal kedua iaitu Aplikasi Strategi KuBiSST Dalam Meningkatkan Kemahiran Menulis Angka Berdasarkan Bilangan Objek Bagi Murid Pemulihan Khas Tahun 1 juga turut membincangkan mengenai pemahaman konsep nombor murid-murid dalam mengenali nilai nombor tersebut. Murid-murid bagi masalah ini tidak berupaya untuk menulis angka berdasarkan bilangan objek yang disediakan. Mereka hanya boleh menghitung nombor namun tidak mampu untuk mengaitkan dengan nilai yang ada pada gambar rajah dengan simbol nombor. Melalui jurnal ini juga, murid-murid pada mulanya tidak menunjukkan sebarang masalah dalam membilang objek secara satu persatu melalui bimbingan guru. Mereka juga tidak mempunyai masalah dalam menyebut secara lisan semasa membilang objek serta menunjukkan kad imbasan angka berdasarkan objek Malah, mereka juga mampu menulis nombor berdasarkan bilangan objek pada papan tulis dengan adanya bimbingan guru. Walaubagaimana pun, masalah ini dapat dikenalpasti apabila murid-murid dikehendaki untuk menulis nombor berdasarkan bilangan objek tanpa bimbingan guru pada lembaran kerja yang disediakan dan mereka menulis angka yang tidak sepatutnya pada gambar. Kedua-dua jurnal ini telah memberikan kefahaman tentang bagaimana untuk mengatasi masalah pemahaman konsep nombor ini. Setiap cara dalam mengatasi masalah kemahiran menguasai nombor secara tertib dan juga menulis angka berdasarkan gambar memerlukan gaya pembelajaran yang berbentuk konkrit konstruktivisme kepada murid. Ini memudahkan murid untuk lebih banyak memperolehi pengalaman langsung yang akan merangsang minda mereka untuk lebih berfikir serta memahami sesuatu konsep dengan lebih baik dan pantas. Kedua-dua jurnal ini telah menekankan aktiviti berbentuk didik hibur serta permainan yang mana melibatkan deria motor serta deria sensori dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran kepada murid. Pemahaman secara konkrit akan lebih memberikan murid-murid input-input yang lebih terhadap sesuatu konsep matematik.

KesimpulanKeseluruhannya, tidak dapat dinafikan lagi bahawa kefahaman konsep dalam matematik adalah amat penting dalam proses pembelajaran. Kaedah pemahaman konsep dalam pengajaran matematik pada masa kini telah memberikan keutamaan kepada pembentukan konsep matematik yang dikaitkan dengan pengalaman pelajar di dalam bilik darjah mahupun di luar bilik darjah. Para pendidik juga sedia maklum bahawa pengetahuan merupakan sesuatu yang tidak boleh dipindahkan dari seseorang kepada seseorang yang lain sebaliknya ia hanya boleh dibina oleh pelajar itu sendiri melalui proses berinteraksi dengan persekitaran pembelajaran. Persekitaran boleh dijadikan sebagai alat perhubungan yang dapat mengatikan idea matematik dengan pengalaman harian. Ia juda dapat memberi pengertian baru kepada konsep pembelajaran.Pembentukan konsep pembelajaran yang betul dalam matematik amatlah sukar untuk dicapati. Kesukaran ini adalah disebabkan oleh cirri-ciri matematik yang kebanyakkan konsepnya saling berkait di mana pemahaman sesuatu konsep adalah bersandar kepada pemahaman konsep-konsep sokongan yang lain. Penekanan diberikan kepada pembelajaran matematik bercorak pengembangan pemikiran pelajar, iaitu kemahiran menyelesaikan masalah yang merangkumi proses penyelsaian masalah contohnya seperti memahami masalah, merancang strategi, melaksanakan rancangan dan menyemak kesudahannya.Kesilapan kepada tafsiran dalam konsep akan memberikan gambaran yang berlainan terhadap makna sebenar. Kelemahan kefahaman konsep ini bukan sahaja berlaku kepada pelajar-pelajar yang lemah malah Ia juga berlaku pada pelajar-pelajar yang bijak. Kesilapan-kesilapan pelajar biasanya berkaitan dengan pemahaman dan kaedah penyelesaian. Antara punca kepada kelemahan ini adalah kurangnya penguasaan konsep asas matematik justeru mengurangkan minat terhadap pembelajaran matematik. Oleh yang demikian, adalah amat perlu untuk memberikan perhatian serius serta memberi penekanan kepada pembentukan kefahaman yang betul kepada murid diperingkat awal lagi

Tugasan 2Pelaksanaan Aktiviti IntervensiSuDaHi (Susun Dan Hitung)SuDaHi merupakan satu alat bantu mengajar yang telah dicipta untuk mengajar murid mengenai konsep menaik dan menurun dalam turutan nombor. Objektif alat bantu mengajar ini adalah untuk mengajar murid membilang dan memahami konsep nombor secara tertib. Murid-murid akan didedahkan dengan rupa sebenar konsep menaik dan menurun secara konkritnya melalui penggunaan bahan ini. Murid akan dapat mengenal pasti yang mana mempunyai kuantiti yang sedikit dan kuantiti yang banyak. Melalui penggunaan bahan ini juga, murid-murid akan dapat membezakan nilai nombor 1 sehingga 9 dari segi pola menaik atau menurun dan bagaimana untuk mengaitkan nombor dengan bilangan objek.Rekaannya yang berbentuk seperti tangga membolehkan murid-murid untuk mengecam secara konkrit mengenai nilai nombor yang semakin besar adalah semakin menaik dan sebagainya. Nombor 1 sehingga 10 disediakan pada SuDaHi dan setiap nombor mempunyai kawasan tersendiri untuk diisi. Bebola kecil akan digunakan untuk mengisi dalam kawasan nombor SuDaHi sebagai bahan rangsangan kepada murid. Ia akan memberikan pengalaman langsung kepada mereka dalam memahami konsep turutan nombor. Dengan adanya bahan ini, murid akan dapat mengaitkan nombor dengan bilangan dan memahami konsep turutan nombor.Manual Penggunaan1. Murid-murid akan disediakan dengan bebola-bebola kecil ataupun guli di dalam bekas.

2. Kemudian murid dikehendaki untuk membilang satu persatu nombor bermula dari satu dan mengambil bebola kecil berdasarkan bilangan yang disebut.3. Mereka dikehendaki untuk mengisi kawasan nombor yang disebut menggunakan bilangan bebola kecil yang telah diambil secara satu persatu.4. Mereka juga boleh meletakkan bebola atau guli pada kawasan nombor mengikut nombor yang terdapat pada bahagian bawah ABM SuDaHi berdasarkan arahan guru.5. Murid-murid dikehendaki untuk melihat nombor pada bahagian atas bebola yang berada pada setiap kawasan nombor seperti gambar rajah di bawah untuk memastikan bilangan bebola yang diisi adalah betul ataupun tidak.

6. Selain itu, guru juga boleh mengubah cara meletakkan nombor pada kawasan seperti gambar rajah di bawah bagi melatih murid untuk membezakan nilai nombor.

Tugasan 3

Rancangan Pengajaran HarianMatematik Pemulihan Tahun 3TopikKonsep Nombor

KemahiranNombor 1 Hingga 9

TahunTahun 3

Masa8.20 9.20 pagi

Bilangan Murid5 orang

Hasil PembelajaranDi akhir pembelajaran murid dapat:1. Murid akan dapat menyusun nombor 1 sehingga 9 secara bertulis pada lembaran kerja

BBMKad Nombor, SuDaHi,

NilaiBerusaha, rajin

Pengetahuan Sedia AdaMurid sudah tahu membilang nombor 1 sehingga 10.

KomponenAktiviti GuruAktiviti MuridCatatan

Set Induksi(5 minit)1. Guru membawa murid berjalan menaiki tangga bangunan.1. guru mengarahkan murid untuk menyebut nombor satu persatu ketika menaiki tangga.

Murid dikehendaki untuk berjalan menaiki tangga dan menyebut satu persatu nombor semasa naik setiap anak tangga.

Langkah-langkah pengajaran.(38 minit)Langkah 1: Konkrit1. guru akan memberikan murid satu ABM yang bernama SuDaHi.1. Guru mengarahkan murid untuk menyelesaikan masalah yang diberikan oleh guru menggunakan SuDaHi.1. Guru membimbing murid menyebut dan menulis untuk menyelesaikan masalah menggunakan ABM tersebut. (Rujuk Pelaksanaan SuDaHi)

Langkah 2: Semi Konkrit1. Guru menyediakan gambar rajah berbentuk tangga di papan tulis dan kad nombor kepada murid..1. Guru mengarahkan murid untuk membilang dan meletakkan kad nombor pada setiap tangga berdasarkan susunan menaik ataupun menurun.

Langkah 3: Abstrak1. Guru melukis gambar tangga dan menyediakan beberapa set soalan mengenai susunan nombor mengikut tertib menaik mahupun menurun1. Guru mengarahkan murid untuk melengkapkan susunan nombor-nombor yang kosong di papan tulis dengan menulis Langkah 1:1. Murid akan dibimbing oleh guru untuk menyusun nombor menggunakan ABM SuDaHi. 1. Murid akan membilang secara lisan dan menulis nombor menggunakan ABM tersebut

Langkah 2:1. Murid dikehendaki untuk menyusun kad nombor mengikut tertib menaik ataupun menurun berdasarkan gambar rajah tangga yang disediakan oleh guru.1. Murid dikehendaki untuk menyebut dan menulis nombor satu persatu dan meletakkan kad nombor pada tangga satu persatu sehingga nombor 9. Langkah 3:1. Murid dikehendaki untuk melengkapkan turutan nombor pada gambar rajah tangga yang ada pada papan tulis.Kad nombor, SuDaHi,

Penilaian(10 minit)Guru memberikan lembaran kerja untuk diisi oleh murid yang merangkumi latihan melengkapkan turutan nombor menurun dan menaik.Murid menjawab lembaran kerja yang diberikanLembaran Kerja

Penutup(7 minit)Guru memberi beberapa soalan kepada murid dan memberikan ganjaran token kepada murid yang berjaya menjawab soalanGuru merumuskan isi pelajaran kepada muridMurid dikehendaki menjawab soalan guru.Token

Refleksi:_________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Tugasan 4Laporan ReflektifSebelum Sebelum membina bahan, saya terlebih dahulu mencari jurnal-jurnal yang berkaitan dengan masalah matematik yang dihadapi oleh murid-murid. Melalui jurnal ini saya dapat mengenalpasti pelbagai masalah yang dihadapi oleh murid dalam memahami konsep dalam matematik. Kemudian, saya mengaitkan input yang telah saya perolehi melalui pembacaan jurnal tersebut dengan masalah sebenar yang berlaku dalam kelas. Oleh yang demikian, ia memerlukan saya untuk melaksanakan kajian di lapangan yang sebenar bagi memilih masalah yang dihadapi oleh murid dan mencari jalan penyelesaian untuk mengatasinya. Semasa praktikum dan sebelum membina bahan, saya telah mengenalpasti tahap keupayaan murid kelas pemulihan 3 Pintar dalam menguasai kemahiran matematik melalui ujian diagnostik. Melalui ujian ini, saya mendapati bahawa hampir keseluruhan murid pemulihan 3 Pintar iaitu sebanyak 5 orang mengalami masalah yang sama dan tidak dapat menyusun nombor mengikut turutan. Ujian diagnostic membolehkan saya memperolehi maklumat yang cukup untuk membina bahan resos bagi melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Antara kelemahan yang dapat dikenalpasti sebelum melaksanakan aktiviti menggunakan bahan resos adalah kesukaran dalam membina ABM yang sesuai untuk mengajar murid mengenai konsep turutan nombor. Saya mengambil masa yang agak lama untuk mencari idea dalam membina alat bantu mengajar yang sesuai untuk mengatasi masalah yang telah dikenalpasti. Malah alat bantu tersebut juga agak sukar untuk dibina kerana rekaannya yang agak rapuh dan mudah tertanggal kerana tidak mempunyai masa untuk mencari bahan yang sesuai untuk membinanya.Cara mengatasi kelemahan tersebut adalah alat bantu mengajar hendaklah difikirkan dan dibina sebaik sahaja selesai melaksanakan analisis ujian diagnostic. Dengan ini, ia akan menjimatkan masa saya untuk melakukan kerja lain dengan lebih efektif dan diurus dengan baik.Malah,saya juga akan dapat menambah baik bahan tersebut sekiranya terdapat sebarang kecacatan ataupun kekurangan apabila mempunyai masa yang lebih jika ABM dapat disiapkan dengan lebih awal. Ini bermakna, pengurusan masa dalam membina bahan adalah sangat penting bagi mengelakkan perkara seperti ini berlaku.

SemasaSemasa pelaksanaan aktiviti, saya mendapati mudah untuk saya menggunakan satu ABM semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana bilangan murid pemulihan matematik hanya 5 orang sahaja. Ini membolehkan saya mengawal kelas dan memastikan aktiviti murid berjalan dengan lancar. Malah, semua murid juga boleh menggunakan ABM ini dengan serentak kerana ia memang direka untuk fleksibel dan mudah guna kepada guru serta murid yang mempunyai masalah dalam memahami konsep nombor turutan.Semasa melaksanakan aktiviti menggunakan bahan resos, saya mendapati murid-murid suka untuk bermain menggunakan alat bantu mengajar SuDaHi. Mereka didapati lebih mudah untuk mengingat konsep nombor mengikut turutan menggunakan bahan manipulatif yang berbentuk konkrit. Melalui penggunaan bahan ini, murid-murid dapat menimba pengalaman langsung dalam memahami konsep turutan nombor dan belajar secara konstuktivisme. Rekaan SuDaHi yang banyak mendedahkan murid dengan nombor-nombor disertai dengan bahan konkrit bagi setiap nombor menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai konsep turutan nombor.Selain itu, alat bantu mengajar ini juga tidak memerlukan arahan yang kompleks daripada guru. Hal ini kerana murid sudah diberi petunjuk untuk mengisi kawasan nombor berdasarkan nombor yang telah disediakan pada alat bantu mengajar SuDaHi. Murid-murid hanya diarahkan untuk mengisi kawasan secara berturutan menggunakan bebola dan mereka sudah berupaya untuk melaksanakan sendiri turutan nombor secara tertib. Malah, mereka akan turut memastikan bahawa bilangan objek yang diisi adalah sama dengan nilai yang ada pada kawasan nombor tersebut.SelepasSelepas menjalankan aktiviti tersebut, murid-murid diberi lembaran kerja sebagai salah satu proses untuk menilai tahap kefahaman mereka terhadap turutan nombor mengikut tertib.lembaran kerja tersebut disediakan kepada murid dan mereka dikehendaki untuk melengkapkan soalan mengikut tertib. Lembaran kerja tersebut telah memperlihatkan hasil jawapan yang memuaskan dan mencapai objektif pengajaran. Murid-murid berupaya untuk menyusun nombor mengikut tertib menaik mahupun menurun serta melengkapkan susunan nombor yang kosong pada lembaran kerja. Ini menunjukkan penggunaan alat bantu mengajar SuDaHi sangat membantu murid dalam menguasai kemahiran menyusun nombor mengikut tertib.Antara kelemahan yang dikenalpasti selepas menjalankan aktiviti ini adalah lembaran kerja yang dibuat tidak mempunyai aras kesukaran yang sesuai dengan objektif. Soalan tidak dibuat secara berperingkat dari aras mudah ke aras sukar bagi mencabar minda murid. Walaupun ianya sekadar untuk memperlihatkan tahap penguasaan penyusunan nombor secara tertib dalam lingkungan nombor 1 sehingga 10, adalah lebih baik sekiranya kita menambah pengetahuan baru dalam latihan bagi merangsang minda mereka untuk lebih berfikir. Cadanga penambahbaikan bagi kelemahan ini adalah lembaran kerja yang dibuat hendaklah mempunyai aras kesukaran bagi melatih murid mengukuhkan dan mengayakan lagi kefahaman mereka tentang sesuatu konsep dalam matematik. Mereka akan berupaya untuk berfikir lebih jauh apabila melihat bentuk soalan yang baru dan belum pernah mereka ketahui sebelum ini. Namun, bimbingan guru adalah sangat diperlukan sekiranya ingin mendedahkan murid dengan ilmu baru semasa membuat lembaran kerja. Oleh yang demikian, soalan hendaklah dibina secara KBAT bagi melatih minda murid untuk lebih berfikir secara kreatif dan kritis.