24
Bank Negara Malaysia MAKLUMAT AM Bank Negara Malaysia Program pendidikan pengguna oleh:

Muat turun buku panduan mengenai Bank Negara Malaysia

  • Upload
    habao

  • View
    243

  • Download
    5

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Muat turun buku panduan mengenai Bank Negara Malaysia

Bank Negara Malaysia

M A K L U M AT A M

Bank NegaraMalaysia

Program pendidikan pengguna oleh:

Page 2: Muat turun buku panduan mengenai Bank Negara Malaysia

1 Pengenalan

2 Penubuhan Bank Negara Malaysia

Objektif Bank Negara Malaysia

3 Kestabilan monetari

8 Kestabilan kewangan

11 Peranan pembangunan

15 Sistem pembayaran

17 Lain-lain tanggungjawab Bank Negara Malaysia

19 Bank Negara Malaysiasebagai sebuah organisasi

kan

du

ng

an

Penafian

Dokumen ini diterbitkan untuk maklumat am andasahaja. Ia tidak mengandungi nasihat muktamad ataumaklumat lengkap mengenai sesuatu tajuk tersebut dantidak seharusnya digunakan sebagai alternatif kepadanasihat guaman.

Tarikh: 21 Januari 2003

Page 3: Muat turun buku panduan mengenai Bank Negara Malaysia

Pengenalan

Kebanyakan negara telah menubuhkan bank pusat sebagai pihak berkuasamonetari untuk mengawal selia sistem kewangan dan ekonomi. Bank-bank pusat ini mungkin berbeza dari segi struktur dan pendekatan yang diambil dalammelaksanakan tugas masing-masing. Namun, mereka memikul tanggungjawab yangsama untuk mengekalkan kestabilan monetari dan kewangan. Bagi bank-bankpusat yang lain, tanggungjawab mereka merangkumi pembangunan infrastrukturkewangan dan penyertaan di dalam pembangunan ekonomi negara secaramenyeluruh. Di Malaysia, Bank Negara Malaysia telah diberi kepercayaan untukmengambil peranan sebagai sebuah bank pusat.

Buku kecil ini menerangkan peranan dan fungsi Bank Negara Malaysia serta operasidan akitivitinya.

Bank Negara Malaysia telah diberi kepercayaan

untuk mengambil peranan sebagai sebuah

bank pusat

Page 4: Muat turun buku panduan mengenai Bank Negara Malaysia

2

PENUBUHAN BANK NEGARA MALAYSIA

Ordinan Bank Negara Tanah Melayu 1958 (OBNM) telah diluluskan pada 23Oktober 1958 (Bank Negara Tanah Melayusehingga pembentukan Malaysia padatahun 1963) dan Bank Negara Malaysiatelah ditubuhkan pada 24 Januari 1959.Pada masa yang sama, Ordinan Perbankan1958, yang diwujudkan bagi tujuanpelesenan dan pengawalan aktivitiperniagaan perbankan di PersekutuanTanah Melayu turut dikuatkuasakan.OBNM telah dikemaskinikan pada tahun1994 dan kini dikenali sebagai Akta BankNegara Malaysia 1958 (Akta BNM).

OBJEKTIF BANK NEGARA MALAYSIA

Objektif-objektif Bank Negara Malaysiaseperti yang digariskan di dalam Akta BNMadalah seperti berikut:

• Untuk menggalakkan kestabilan monetaridan struktur kewangan yang kukuh

• Untuk bertindak sebagai jurubank danpenasihat kewangan kepada Kerajaan

• Untuk menerbitkan mata wang danmenyimpan rizab bagi menjaga nilai matawang tersebut

• Untuk mempengaruhi kedudukan kredit bagi kepentingan negara ini

Semenjak beberapa tahun kebelakangan ini,peranan Bank Negara Malaysia telahberkembang dan diperluaskan. Pada masaini, Bank Negara Malaysia memberi tumpuankepada 3 tunggak peranan bank pusat iaitu,kestabilan monetari, kestabilan kewangandan sistem pembayaran. Di samping itu,keutamaan adalah diberikan kepada perananpembangunan yang dimainkan oleh Bank

Kestabilanmonetari

merujuk kepada kestabilan

nilai mata wang Malaysia

iaitu ringgit

Page 5: Muat turun buku panduan mengenai Bank Negara Malaysia

3

Negara Malaysia dari aspek pengurusanekonomi, pembinaan institusi danpembangunan sistem kewangan.

KESTABILAN MONETARI

Sebagai pihak berkuasa monetari, BankNegara Malaysia bertanggungjawab untukmengekalkan kestabilan monetari.Kestabilan monetari merujuk kepadakestabilan nilai mata wang Malaysia iaituringgit. Cara terbaik untuk melindunginilai ringgit ialah dengan mengekalkankestabilan harga, iaitu dengan menentukaninflasi di Malaysia terus berada pada tahaprendah. Dengan menggalakkan kestabilanmonetari melalui perubahan dasarmonetari yang bersesuaian, Bank NegaraMalaysia memastikan bahawa inflasi terusdikekalkan pada paras yang rendah dankuasa membeli ringgit tidak susut.

Mengapakah kestabilan monetari begitupenting?

Ia adalah penting kerana apabila berlakuketidakstabilan monetari, harga akanmeningkat (inflasi) atau jatuh (deflasi) danini akan menyebabkan gangguan danmenjejaskan prospek pertumbuhan ekonominegara untuk jangka masa panjang.

Apabila inflasi terlalu tinggi, orang ramai akan lebih cenderung untukmelindungi kuasa membeli baki wangmereka. Ini akan menyebabkan permintaanuntuk aset tetap seperti rumah danhartanah yang dianggap sebagai "kalis inflasi" akan melonjak. Dengan itu,minat untuk melabur dalam kapasitiproduktif ekonomi akan berkurangan.Pada masa yang sama, penabung menjadikurang cenderung untuk menabung didalam sistem kewangan kerana takut nilaitabungan mereka akan susut. Golonganyang mempunyai pendapatan tetap akanmerasakan bahawa mereka kini tidakmampu lagi membeli barangan danperkhidmatan sebanyak dahulu dan akanmengalami taraf hidup yang menurun.

Page 6: Muat turun buku panduan mengenai Bank Negara Malaysia

4

Kadar inflasi yang tinggi juga akanmenyebabkan barangan eksport negaramenjadi lebih mahal kepada orang asingdan ini akan mengurangkan daya saingeksport negara. Oleh yang demikian, kadarinflasi yang kekal tinggi akan mengurangkanpotensi pertumbuhan ekonomi.

Sementara itu, apabila kadar inflasinegatif, harga akan mengalami proseskejatuhan dan para peniaga akanmendapati bahawa keuntungan merekasemakin mengecil. Mereka akanmengurangkan kos dengan memotongperbelanjaan dan memberhentikansebahagian daripada pekerja mereka.Golongan pekerja tidak mempunyai wangyang cukup untuk berbelanja lantasmengurangkan perbelanjaan mereka.Akibatnya, permintaan ke atas barangan dan perkhidmatan akan terusberkurangan. Ini akan mewujudkanputaran kejatuhan harga yang dahsyat dan penurunan permintaan yangmembawa kepada penguncupan aktivitiekonomi secara keseluruhannya.

Apabila terdapat kestabilan harga, nilaihadapan tabungan dan pulangan ke ataspelaburan akan dapat dipertahankan. Iniakan meningkatkan insentif kepadapenabung untuk menyimpan di dalamsistem perbankan, sementara pelabur akanlebih berkeyakinan untuk menjalankanaktiviti-aktiviti yang bersifat produktif.Pelaburan yang meningkat akan membawakepada peningkatan di dalam kapasitiproduktif ekonomi dan aktiviti ekonomiyang bertambah baik akan menghasilkanpeluang-peluang pekerjaan baru. Oleh itu,dengan mengekalkan kestabilan monetariatau kestabilan harga, ia dapat mewujudkanpersekitaran yang memberangsangkanyang membolehkan ekonomi berkembangpada kadar yang mapan dan menghampiripotensinya yang sebenar.

Bank Negara Malaysia mengendalikandasar monetarinya dengan mempengaruhiparas kadar faedah yang perlu dibayaroleh para peminjam ke atas pinjamanmereka dan kadar faedah yang diterimaoleh para pendeposit ke atas deposit

Apabila terdapat

kestabilanharga,

nilai hadapantabungan dan

pulangan ke atas pelaburan

akan dapatdipertahankan

Page 7: Muat turun buku panduan mengenai Bank Negara Malaysia

5

mereka. Apabila ekonomi mengalamikemeruapan dan ancaman inflasi adalahtinggi, Bank Negara Malaysia akanmengetatkan dasar monetarinya denganmenarik balik dana atau apa yang disebutsebagai mudah tunai daripada sistemperbankan dan menaikkan kadar faedah.Kadar faedah yang lebih tinggi akanmendorong orang ramai menambahtabungan dan mengurangkan perbelanjaan.Ia juga akan menjadikan kos pinjamanlebih mahal. Ini akan menyebabkanpenggunaan dan pelaburan menjadiperlahan kepada satu tahap yang lebihmapan dan mengurangkan kemungkinanterjadinya kadar inflasi yang tinggi.Sebaliknya, apabila keadaan ekonomiadalah agak kurang memberangsangkan,Bank Negara Malaysia akan menyuntikdana ke dalam sistem perbankan dan mengurangkan kadar faedah. Dengan kadar faedah yang lebih rendah,orang ramai akan cenderung untukmenambah pinjaman dan meningkatkanperbelanjaan. Peningkatan tahap

Bagaimana Dasar Monetari Bank Negara Malaysia MempengaruhiKeadaan Ekonomi dan Inflasi

BANK NEGARA MALAYSIA

Pertumbuhan Ekonomi/Inflasi

Rizab Bank (Kecairan)Bekalan Wang

Kadar Faedah

Kadar PertukaranMata Wang

Operasi-operasi Monetari

Perbelanjaan Pengguna & Perniagaan

Page 8: Muat turun buku panduan mengenai Bank Negara Malaysia

6

inflasi yang rendah berbanding denganrakan-rakan dagangan kita, dasar monetariyang diamalkan telah menyumbang untukmenjadikan barangan Malaysia kompetitifdi peringkat antarabangsa.

Bank Negara Malaysia juga menguruskanrizab pertukaran asing negara bagimemastikan Malaysia mampu memenuhitanggungjawab antarabangsanya,mengurangkan kesan perubahansementara terhadap aliran masuk dankeluar dalam imbangan pembayaranMalaysia dan menggalakkan asas kadarpertukaran ringgit yang kukuh dan stabil.Dasar kawalan tukaran asing Malaysiaadalah menjurus ke arah memastikankestabilan ringgit di samping menggalakkanpenggunaan sumber kewangan negarauntuk tujuan yang produktif. Pada amnya,dana bebas untuk keluar masuk dari atauke negara ini tertakluk kepada peraturan-peraturan berhemat tertentu yang ditadbiroleh Bank Negara Malaysia menurut AktaTukaran Asing 1953.

penggunaan dan pelaburan yang dihasilkanakan merangsang aktiviti ekonomi danseterusnya membawa kepada kenaikandalam pertumbuhan ekonomi, pendapatandan peluang pekerjaan.

Bank Negara Malaysia mempunyaibeberapa instrumen monetari untukmenyuntik dan menarik balik mudah tunai serta mempengaruhi paras kadarfaedah di dalam sistem perbankan. Ini termasuklah pembelian dan penjualankertas-kertas Bank Negara Malaysia danKerajaan Malaysia, perubahan dalamkeperluan rizab berkanun, pemberianpinjaman dan peminjaman secara langsungdi pasaran antara bank.

Malaysia adalah salah satu daripadanegara yang mengamalkan dasar ekonomiyang paling terbuka di dunia. Inibermakna, prestasi ekonomi Malaysiaterlalu dipengaruhi oleh perkembangan diluar sempadannya. Pencapaian ekonomirakan-rakan dagangan Malaysia akanmenentukan permintaan terhadapeksportnya. Dengan mengekalkan kadar

Pencapaian ekonomirakan-rakandagangan Malaysiaakan menentukanpermintaan terhadap

eksportnegara kita

Page 9: Muat turun buku panduan mengenai Bank Negara Malaysia

7

Bagi menguruskan keadaan kewangan dan ekonomi secara efektif, Bank NegaraMalaysia mengumpul data dan maklumatmengenai ekonomi domestik dan sistemkewangan serta persekitaran antarabangsa.Ahli-ahli ekonomi di Bank Negara Malaysiamenganalisa perkembangan ekonomi dankewangan untuk dijadikan asas kepadaproses penggubalan dasar. Maklumatdiperolehi dari pelbagai sumber termasukpenerbitan-penerbitan oleh berbagaiagensi dalam dan luar negara dan melaluidialog yang berterusan dengan berbagai-bagai kumpulan daripada sektor swasta. Di samping itu, sumber penting maklumatekonomi adalah diperolehi daripada sektorkewangan. Keupayaan mengawasi secaradekat aktiviti institusi kewangan jugamembolehkan Bank Negara Malaysiamengawasi dengan lebih efisien kesandasar-dasar ekonomi yang dilaksanakannya.

Apabila Bank Negara Malaysia ingin MERANGSANG ekonomi

Apabila Bank Negara Malaysia ingin MENGEKANG ekonomi

RizabBank

RizabBank

AktivitiEkonomi

AktivitiEkonomi

PertumbuhanEkonomi Di BawahPotensi

Inflasi Terlampau

Tinggi

Inflasi Terlampau

Rendah

PertumbuhanEkonomi MelebihiPotensi

Kadar FaedahJangkaPendek

Kadar FaedahJangkaPendek

Pinjaman

Pinjaman

Page 10: Muat turun buku panduan mengenai Bank Negara Malaysia

8

itu kukuh, berdaya tahan dan cekap untukmemainkan peranan dalam prosesmobilisasi tabungan dan penjanaan aktivitipemberian pinjaman. Adalah mustahakuntuk memastikan proses pengantaraan ini berjalan lancar walaupun dalamkeadaan ekonomi sedang gawat.

Sebagai pihak berkuasa bagi hal ehwalpengawalseliaan negara, salah satuperanan penting Bank Negara Malaysiaadalah untuk membangun suatu sistemperbankan yang kukuh yang dapatmemenuhi keperluan ekonomi danmasyarakat, suatu sistem yang terdiridaripada peserta kewangan yang kukuhdan berdaya tahan dan pasaran kewanganyang berfungsi dengan baik. Dalamkonteks memelihara kestabilan kewangan,Bank Negara Malaysia juga telah diberikepercayaan untuk mengawal danmembangunkan sektor insurans untukmenjadi sebuah penggerak yang berkesanuntuk simpanan jangka panjang dan jugamenawarkan produk insurans yangpelbagai, di samping memelihara

KESTABILAN KEWANGAN

Kestabilan kewangan merujuk kepadapersekitaran di mana institusi-institusidalam sesebuah sistem kewangan adalahkukuh dan boleh terus memenuhi tuntutankontraktual mereka tanpa gangguan ataubantuan pihak lain. Peserta pasaran jugaboleh melaksanakan urus niaga denganpenuh yakin pada harga yang tidak banyakberubah dalam jangka masa yang pendekapabila tidak terdapat pertukaran padaasas-asas pasaran.

Mengapa kestabilan kewangan penting?

Kestabilan kewangan mewujudkankeadaan yang merangsang kemajuanperniagaan dan menarik bagi penabungdan pelabur untuk memasuki komitmenjangka pendek atau panjang.

Oleh kerana sektor kewangan mempunyaiperanan utama dalam menggalakkanpertumbuhan ekonomi, maka adalahpenting bagi sesebuah sistem kewangan

Page 11: Muat turun buku panduan mengenai Bank Negara Malaysia

kepentingan pemegang-pemegang polisi.Objektif keseluruhan kestabilankewangan telah dicapai bukan sahajamelalui peruntukan perundangan yangkukuh, pengawalan dan rangka kerjapenyeliaan tetapi juga melaluipembangunan dan pengukuhan institusibaru dan sistem infrastruktur.

Peraturan pengawalan telahdipertingkatkan secara berterusan denganmengguna pakai piawaian antarabangsauntuk menerap sistem pengurusan risiko yang sesuai bagi membolehkaninstitusi kewangan menjalankan fungsipengantaraan dengan berkesan. Enakmen undang-undang baru sepertiAkta Bank dan Institusi-institusiKewangan pada tahun 1989 dan AktaInsurans pada tahun 1996 telahmengukuhkan lagi kuasa Bank NegaraMalaysia untuk mengawal selia sistemkewangan. Begitu juga, enakmen AktaPerbankan Islam pada tahun 1983 telahmemberi mandat tambahan kepada BankNegara Malaysia untuk menyelia jenis-

jenis institusi yang baru, iaitu bank-bankIslam. Di samping itu, untuk mengelakkankegagalan meluas di dalam sistemkewangan dan mengekalkan keyakinanawam dalam sistem kewanganterutamanya sistem perbankan, BankNegara Malaysia bertindak sebagaisumber pemberi pinjaman terakhir (di mana institusi kewangan yangmemerlukan dana boleh datang ke BankNegara Malaysia untuk menjual sekuritimereka) untuk membantu institusiperbankan yang menghadapi masalahkecairan jangka pendek.

Peranan pengawalan dan penyeliaan Bank Negara Malaysia telah diperluaskanlagi pada tahun 1988 apabila industriinsurans telah diletakkan di bawahpenyeliaan Bank Negara Malaysia. Baru-baruini, bidang kawalan ini telah ditambahdengan kemasukan enam institusikewangan pembangunan berikutanenakmen Akta Institusi-institusi KewanganPembangunan pada tahun 2001. Selain itu,satu enakmen berasingan telah

9

Kestabilankewangan

mewujudkankeadaan yang

merangsangkemajuan

perniagaan danmenarik penabungdan pelabur untukmemasuki kontrak

Page 12: Muat turun buku panduan mengenai Bank Negara Malaysia

sistem pengurusan risiko. Strategi bersifatawalan dirumus dalam mengatasi sebarangkelemahan atau trend yang tidak diinginiyang boleh menggugat kestabilan institusikewangan di peringkat individu atausecara keseluruhannya. Rangka kerjapemeriksaan dikemaskinikan secaraberterusan selaras dengan perubahan-perubahan di dalam persekitaran ekonomi.

Bank Negara Malaysia juga mengekalkanhubungan yang rapat dengan pihak-pihakberkuasa kewangan di negara-negara lainbagi memastikan pembangunan di luarnegara tidak mengancam kestabilan sistemkewangan Malaysia, terutamanya yangmelibatkan negara-negara di mana bank-bank Malaysia sudah bertapak dan negara-negara asal bank-bank asing yangberoperasi di Malaysia.

diperkenalkan untuk membanteras gejalapengubahan wang haram bagi memastikansistem kewangan adalah bebas daripadaanasir-anasir yang tidak diingini. AktaPencegahan Pengubahan Wang Haram2001 telah berkuat kuasa pada Januari2002 dan Bank Negara Malaysia telahdilantik sebagai pihak berkuasa yangbertanggungjawab untuk membangunkanprogram membasmi pengubahan wangharam peringkat kebangsaan.

Peraturan pengawalan ini dilengkapidengan pemeriksaan yang kerap danpemantauan yang rapi ke atas institusikewangan. Pemeriksaan di dalam dan di luar premis institusi kewangan di bawahpenyeliaan Bank Negara Malaysia adalahproses penting dalam memastikankestabilan kewangan. Bank NegaraMalaysia mengambil pendekatanpemeriksaan berasaskan risiko, di manainstitusi kewangan dinilai dan dipantauberdasarkan profil risiko dan kecukupan

10

Page 13: Muat turun buku panduan mengenai Bank Negara Malaysia

11

PERANAN PEMBANGUNAN

Sebagai sebuah bank pusat di dalamsebuah ekonomi baru muncul, BankNegara Malaysia mempunyai perananpembangunan yang penting. Peranan inimerangkumi pembangunan institusi-institusi dan infrastruktur pasaran yangperlu untuk pembangunan sebuah sistemkewangan yang teguh dan moden yangmenyumbang kepada kekuatan asasekonomi. Dalam memperkukuhkaninfrastruktur pasaran kewangan, BankNegara Malaysia telah membina sebuahsistem pembayaran yang teguh. Sistem-sistem ini dipertingkatkan secara tetapuntuk menyerap kesan teknologi ke atassistem perbankan. Untuk menggalakkanbudaya kredit yang baik di kalanganinstitusi perbankan, Bank Negara Malaysiajuga mengendalikan Sistem MaklumatRujukan Kredit Pusat. Sebagai sebuahsistem yang pertama seumpamanya dirantau ini, sistem ini mengumpul danmenyebarkan maklumat kredit mengenaisemua peminjam. Ini membolehkan pihak

Bank Negara Malaysia jugamemastikan pembangunan di luar negara tidak mengancam

kestabilan sistemkewangan Malaysia

Page 14: Muat turun buku panduan mengenai Bank Negara Malaysia

12

bank membuat keputusan bermaklumatke atas permohonan pinjaman.

Di peringkat institusi, Bank NegaraMalaysia memainkan peranan utamadalam menubuhkan institusi-institusi baru.Institusi khas yang ditubuhkan untukmemenuhi jurang di dalam sistemkewangan adalah Syarikat Jaminan Kredit, Bank Simpanan Nasional (untukmemenuhi keperluan peminjam kecil) dan Bank Industri dan Teknologi MalaysiaBerhad (bagi menyediakan pembiayaanuntuk eksport barangan modal danpembangunan industri perkapalan).Dalam membangunkan pasaran modal,Bank Negara Malaysia telah memupuksekumpulan broker sehingga menjadiBursa Saham Kebangsaan Malaya dankemudiannya Bursa Saham Kuala Lumpur.Usaha mendalamkan pasaran modal telahdicapai melalui penubuhan PerbadananCagaran Nasional (Cagamas) dankemudiannya Suruhanjaya Sekuriti bagimengawal selia aktiviti pasaran modal.Bank Negara Malaysia memainkan

Peranan BNM juga merangkumi pembangunan

institusi-institusidan infrastrukturpasaran

Page 15: Muat turun buku panduan mengenai Bank Negara Malaysia

peranan yang bermakna dalammenubuhkan Lembaga PerkhidmatanKewangan Luar Pesisir Labuan untukmengawal selia sektor kewangan luarpesisir dan kini memainkan peranansebagai pemangkin dalammemperkembangkan skop aktivitinya.

Bank Negara Malaysia juga telahmemainkan peranan yang aktif di dalammerangka mekanisme untuk menanganiimpak krisis kewangan Asia pada tahun1997-98, melibatkan penubuhanPengurusan Danaharta Nasional Berhaduntuk membeli pinjaman tidak berbayardaripada institusi kewangan, DanamodalNasional Berhad untuk menyuntik semulamodal ke dalam institusi perbankan danJawatankuasa Penyusunan Semula HutangKorporat untuk menyusun semula hutang-hutang besar korporat.

Bank Negara Malaysia juga telahmemainkan peranan yang penting didalam menggubal dan menguatkuasakanlangkah-langkah kawalan kewangan

13

terpilih yang diperkenalkan pada tahun 1998. Tujuan utama kawalankewangan tersebut adalah untukmemelihara ekonomi Malaysia daripadaketidakstabilan di pasaran antarabangsadan mengembalikan kestabilan di dalam kadar tukaran ringgit. Kestabilanyang terhasil daripada kawalan tersebuttelah menjayakan pelaksanaan beberapa program pembangunan danmempercepatkan proses penstrukturansemula sektor kewangan.

Dalam keadaan institusi kewangan yang semakin berpelbagai dan kiandiintegrasikan dengan sistem kewanganantarabangsa dalam tahun-tahunkebelakangan ini, peranan Bank NegaraMalaysia dalam pembangunan ekonomiditeruskan. Sejak akhir-akhir ini, lebihperhatian diberi kepada pembangunanindustri kecil dan sederhana (IKS). Untukmeningkatkan sumbangan IKS, BankNegara Malaysia telah mengeluarkan satu laporan yang terperinci mengenaistrategi-strategi untuk membangunkan

Page 16: Muat turun buku panduan mengenai Bank Negara Malaysia

sistem kewangan. Kunci utamanya ialah dengan bertindak awal dalammenyelesaikan permasalahan yang timbul,mengamalkan keseimbangan yangsewajarnya di antara pelbagai fungsi untukmemastikan kestabilan monetari danperanan pengawalseliaan danpembangunan. Satu arah dan visi yangjelas untuk pembangunan sektor kewangandiperlukan untuk tujuan ini. Berdasarkanfaktor ini, Bank Negara Malaysia telahmembentangkan satu pelan Induk 10tahun pada tahun 2001 untuk pembangunansektor kewangan yang menyediakan pelantindakan bagi landskap masa hadapan bagi sektor berkenaan dan mencadangkanlangkah-langkah yang perlu diambil untuk membentuk sektor kewangan yangberkesan, dinamik dan kukuh untukmemenuhi keperluan ekonomi yangberubah-ubah.

IKS kepada Kerajaan pada tahun 2002. Disamping itu, pelbagai dana telah diwujudkanoleh Bank Negara Malaysia untukmenggalakkan pembangunan sektor-sektorekonomi terpilih. Kaedah alternatifpembiayaan seperti modal usaha niagasedang dimajukan untuk menyokongpembangunan sektor-sektor pertumbuhanyang baru. Oleh itu, keperluan untukmewujudkan kestabilan kewangan berjalanseiring dengan keperluan untukmenggalakkan pertumbuhan danpembangunan ekonomi yang seimbang.

Buat masa hadapan, tugas untukmewujudkan kestabilan kewangan akanmenjadi lebih mencabar. Bank NegaraMalaysia telah mengenal pasti keperluanuntuk menangani kuasa perubahan yangdibawa oleh globalisasi, liberalisasi dankemeruapan pasaran kewangan dunia danperubahan yang deras dalam bidangteknologi maklumat. Kesemua ini dijangkaakan membawa kesan yang besar kepada

14

Page 17: Muat turun buku panduan mengenai Bank Negara Malaysia

15

SISTEM PEMBAYARAN

Sistem pembayaran ialah satu komponensistem kewangan yang tidak kurangpentingnya. Ia menyediakan saluran bagipemindahan dana di antara pihak-pihaktertentu dan bagi membolehkan urus niagaperniagaan dijalankan dengan cekap danberkesan. Bank Negara Malaysia telah diberikepercayaan untuk memainkan perananbagi memastikan sistem pembayarannegara adalah stabil dan berjalan lancar.

Kenapa sistem pembayaran yang berfungsidengan lancar dianggap penting?

Sebarang kegagalan oleh sesebuah institusi kewangan untuk memenuhiobligasi kewangan mereka dalam masayang ditetapkan akan menyebabkan kesan limpahan yang mana, natijahnyaialah institusi kewangan lain akan turuttidak berupaya menyelesaikan obligasikewangan mereka.

Page 18: Muat turun buku panduan mengenai Bank Negara Malaysia

16

Bank Negara Malaysia mempunyai perananyang penting dalam memastikankeselamatan dan keberkesanan sistempembayaran. Sehubungan dengan itu, Bank Negara Malaysia:

• Menyelia sistem kewangan. Ini termasukmerumuskan dasar dan garis panduan untuk mengawal selia sistem pembayaran

• Mengendali sistem pembayaran. BankNegara Malaysia menjalankan sistempenjelasan kasar masa nyata (RENTAS) dansistem penjelasan cek (SPICK)

• Memudahkan pembangunan sistempembayaran. Bank Negara Malaysiamenggalakkan industri pembayaran untukmenerima pakai amalan terbaik sistempembayaran yang bertaraf antarabangsadan berteknologi terkini di dalammempertingkatkan sistem pembayaran

Bank Negara Malaysia diberi kepercayaan untuk

memastikan sistem pembayaran negara adalah

stabil danberjalan lancar

Page 19: Muat turun buku panduan mengenai Bank Negara Malaysia

17

LAIN-LAIN TANGGUNGJAWAB BANK NEGARA MALAYSIA

Bank Negara Malaysia juga berperanansebagai penasihat ekonomi dan kewangankepada Kerajaan. Di samping itu, BankNegara Malaysia juga mengambil bahagiandalam mesyuarat antarabangsa untukmengeratkan lagi kerjasama dengannegara-negara lain serta membincangkanisu-isu penting daripada perspektif pasaranekonomi yang membangun.

Fungsi sebagai penasihat ekonomi

Dalam menjalankan tugas sebagaipenasihat ekonomi dan kewangan kepadaKerajaan, Bank Negara Malaysiamenganalisa data-data ekonomi, menilaipembangunan dalam ekonomi domestikdan antarabangsa dan mengenal pastibidang yang perlu diberi perhatian. BankNegara Malaysia menjalankan aktivitiperisikan dan pengawasan rapi sertamembuat ramalan tentang keadaanekonomi negara. Berasaskan penilaian-penilaian ini, Bank Negara Malaysia

membentangkan saranan-saranan dasarpada sesi taklimat tetap kepada MenteriKewangan dan juga melalui penyertaandalam pelbagai forum pembuat dasarekonomi di peringkat kebangsaan.

Fungsi sebagai penasihat kewangan

Bank Negara Malaysia tidak menyediakanpembiayaan kepada Kerajaan. Walaubagaimanapun, sebagai penasihatkewangan kepada Kerajaan, Bank NegaraMalaysia memberi nasihat dari semasa kesemasa kepada Kerajaan berhubungdengan pengurusan hutang dalam danluar negara serta syarat-syarat dankesesuaian masa program pinjamanKerajaan. Bank Negara Malaysia jugabertindak sebagai ejen kepada Kerajaandalam perundingan dan pemeteraianperjanjian pinjaman. Bank Negara Malaysiajuga bertanggungjawab untuk urus niaga,pendaftaran, penyelesaian dan penebusansekuriti Kerajaan melalui sistemberkomputernya (RENTAS, FAST dan BIDS).

Page 20: Muat turun buku panduan mengenai Bank Negara Malaysia

18

Bank Negara Malaysiamenjalankan tugas sebagai

penasihatekonomi dan

kewangan kepada Kerajaan

Hubungan antarabangsa

Bank Negara Malaysia mengambil bahagiandalam beberapa mesyuarat antarabangsa.Di antaranya ialah mesyuarat PersatuanNegara-negara Asia Tenggara (ASEAN),ASEAN+3 (yang termasuk Republik RakyatCina, Korea dan Jepun), Bank-bank PusatAsia Tenggara (SEACEN), MesyuaratEksekutif Bank-bank Pusat Asia Timur danPasifik (EMEAP) dan Kerjasama EkonomiAsia-Pasifik (APEC) dan agensi-agensiantarabangsa termasuklah Bank forInternational Settlements.

Penyertaan di mesyuarat-mesyuarattersebut adalah untuk mengukuhkankerjasama dengan masyarakat antarabangsadan kewangan dalam bidang-bidangutama seperti pengawasan, pengurusanmakroekonomi dan langkah-langkahuntuk meningkatkan kestabilan kewangan.Ia adalah untuk mengetengahkan isu-isuutama yang dianggap penting mengikutperspektif nasional atau serantau supayakepentingan Malaysia dan pasaranekonomi yang baru muncul diberipertimbangan yang sewajarnya.

Page 21: Muat turun buku panduan mengenai Bank Negara Malaysia

19

BANK NEGARA MALAYSIA SEBAGAISEBUAH ORGANISASI

Bank Negara Malaysia adalah sebuahbadan berkanun yang dimiliki sepenuhnyaoleh Kerajaan Persekutuan. Ia mulaberoperasi pada tahun 1959 dengan modalberbayar sebanyak RM20 juta yang telahdipertingkatkan kemudiannya ke parasnyamasa kini sebanyak RM100 juta sejak 1977.

Perlembagaan, fungsi, tugas dan kuasaBank Negara Malaysia adalah seperti yangdigariskan di dalam Akta BNM. PentadbiranBank Negara Malaysia telah disusun untukmemenuhi objektif utamanya dengangarisan tanggungjawab yang jelas. GabenorBank Negara Malaysia juga bertindaksebagai Ketua Pegawai Eksekutif dengandibantu oleh dua orang Timbalan Gabenordan lima orang Penolong Gabenor. AktaBNM memperuntukkan bahawa Gabenordilantik oleh Yang di-Pertuan Agongmanakala Timbalan Gabenor oleh MenteriKewangan.

Page 22: Muat turun buku panduan mengenai Bank Negara Malaysia

20

Di bawah Akta BNM, Bank Negara Malaysiadikehendaki mempunyai satu LembagaPengarah yang seperti mana LembagaPengarah organisasi swasta lain,diamanahkan dengan tanggungjawabuntuk menetapkan hala tuju dasar BankNegara Malaysia dan pentadbiran am keatas hal ehwal Bank Negara Malaysia. Akta BNM menghendaki LembagaPengarahnya untuk memaklumkanMenteri Kewangan mengenai dasarmonetari dan perbankan yang telah danakan dilaksanakan.

Lembaga Pengarah Bank Negara Malaysiaterdiri daripada lapan orang. Ahli ex-officioLembaga Pengarah adalah Gabenor,Timbalan Gabenor dan Ketua SetiausahaPerbendaharaan. Pengarah-pengarah yanglain adalah terdiri daripada tokoh-tokohyang berwibawa dan berpengalamandalam bidang perbankan dan hal ehwalekonomi. Kesemua ahli kecuali TimbalanGabenor adalah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan memegangjawatan untuk tempoh maksimum selamatiga tahun, tetapi layak untuk dilantiksemula. Gabenor adalah PengerusiLembaga Pengarah dan Lembaga Pengarahini dikehendaki bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan.

Page 23: Muat turun buku panduan mengenai Bank Negara Malaysia

Design Copyright © 2003 by Freeform Design Sdn Bhd. All rights reserved.

Page 24: Muat turun buku panduan mengenai Bank Negara Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT

SILA LAYARI

www.bankinginfo.com.myATAU LAWATILAH KIOS KAMI DI BANK TERTENTU

Edisi Pertama