21
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA EKONOMI ISLAM (ECO 2023) BAB 9 AL-MUDHARABAH (AL-QIRADH) MUHAMMAD MUAZIM BIN ABD MUTALIB D1320008 MOHD NURQAYYUM BIN AHMAD ZAKI D1320250 AZAHUDDEEN BIN ZAZALI D1320034 MUHAMMAD LUKMAN HAKIM BIN MOHD YUSOFF D1320202 MUHAMMAD ZULFAISS BIN AHMAD AZOHAR D1311196

Mud Ha Rabah

Embed Size (px)

DESCRIPTION

ekonomi

Citation preview

Page 1: Mud Ha Rabah

KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA

EKONOMI ISLAM(ECO 2023)

BAB 9AL-MUDHARABAH (AL-QIRADH)

MUHAMMAD MUAZIM BIN ABD MUTALIB D1320008MOHD NURQAYYUM BIN AHMAD ZAKI D1320250AZAHUDDEEN BIN ZAZALI D1320034MUHAMMAD LUKMAN HAKIM BIN MOHD YUSOFF D1320202MUHAMMAD ZULFAISS BIN AHMAD AZOHAR D1311196

Page 2: Mud Ha Rabah

PENGENALAN AL-MUDHARABAH (AL-QIRADH)

• Dari segi bahasa ialah melepaskan seseorang pergi berdagang.

• Dari segi istilah syarak ialah satu akad antara dua orang yang mengandungi penyerahan harta oleh seorang (sahibul al-mal / dharib) kepada seorang lagi (sahibul al-amal / mudharib) untuk berniaga dengan berkongsi untung dengan syarat-syarat tertentu.

Page 3: Mud Ha Rabah

DALIL PENSYARIATAN AL-MUDHARABAH (AL-QIRADH)

• Diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a daripada bapanya, Abbas bin Abdul Mutalib r.a.: Apabila dia menyerahkan harta untuk pelaburan, dia akan meletakkan syarat kepada sahabatnya iaitu dia tidak boleh membawa hartanya melalui laut atau melalui lembah dan tidak menggunakan harta ini untuk membeli haiwan yang mempunyai hati yang masih lembab (masih hidup). Jika dia melakukannya juga, dia perlu menggantinya. Syarat ini telah disampaikan kepada Rasulullah s.a.w dan Baginda membenarkannya. (Riwayat al-Baihaqi [6/111] )

• Nabi s.a.w bersabda: “Ada tiga perkara yang diberkati iaitu jual beli secara hutang, muqaradhah dan mencampurkan gandum dan barli untuk kegunaan rumah bukan untuk dijual” (Riwayat Ibnu Majah no.2289)

Page 4: Mud Ha Rabah

Contoh amalan para sahabat:• Diriwayatkan oleh Al-Ala’ bin Abdul Rahman daripada bapanya

daripada datuknya; Suatu ketika Uthman r.a berikan kepadanya harta sebagai pelaburan untuk dia usahakan dan keuntungan akan dibahagi sesama mereka (Malik, Muwattha’ [2/687], Al-Baihaqi, Sunan [6/111])

Page 5: Mud Ha Rabah

TUJUAN AL-MUDHARABAH

1. Untuk mengadakan kerjasama di antara tuan punya modal (dharib) yang mempunyai modal tetapi tiada pengalaman dalam bidang perniagaan dan pengusaha (mudharib) yang tiada modal tetapi mempunyai pengalaman dalam bidang tersebut.

2. Untuk mengelakkan pembekuan modal tuan punya modal.3. Untuk memanfaatkan kemahiran dan kepakaran yang ada pada

pengusaha untuk pembangunan ekonomi.4. Untuk memanfaatkan kekayaan yang dimiliki oleh tuan punya

modal.5. Untuk membantu mereka yang kesempitan hidup dan

menyuburkan sifat saling bantu-membantu antara manusia.

Page 6: Mud Ha Rabah

HUKUM AL-MUDHARABAH

• Hukum pelaburan (Al-Mudharabah) adalah muamalat yang halal dalam Islam yang mempunyai syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syarak. Selain itu, ia juga dianggap harus dan tidak lazim kerana kedua-dua pihak iaitu pelabur dan pengusaha boleh membatalkan kontrak pada bila-bila masa.

RUKUN AL-MUDHARABAH1. Tuan punya modal (sahibul al-mal/dharib)2. Pengusaha (sahibul al-amal/mudharib)3. Modal 4. Kerja / projek 5. Untung 6. Sighah : Ijab dan qabul

Page 7: Mud Ha Rabah

SYARAT SAH AL-MUDHARABAH

• Tuan punya modal (sahibul al-mal/dharib) dan pengusaha (sahibul al-amal/mudharib)

i. Mereka boleh dipertanggungjawabkan Sempurna akal, cukup umur dan mempunyai sifat “al-rusyd” atau pintar. ii. Bebas daripada sekatan bermuamalat. Tidak muflis. iii. Boleh melantik dan menjadi wakil.

Page 8: Mud Ha Rabah

• Modal

i. Modal mesti dari tuan punya modal. Tidak sah modal itu dari

pengusaha.

ii. Mesti dalam bentuk tunai. Tidak sah modal dalam bentuk

barangan atau benda yang boleh dijual beli.

iii. Jumlah yang tertentu. Modal mesti tidak terlalu banyak dan

tidak terlalu sedikit.

iv. Ada semasa akad bukan hutang. Tidak sah modal itu dilakukan

dalam keadaan berhutang.

v. Diserahkan kepada pengusaha.

vi. Boleh daripada pengusaha denagn syarat mendapat keizinan

daripada tuan punya modal.

Page 9: Mud Ha Rabah

• Kerja / Projek i. Hendaklah dijalankan oleh pengusaha sahaja. Tidak sah jika disyaratkan kepada tuan punya modal terlibat dalam menjalankan kerja atau projek.

ii. Halal. iii. Semua perbelanjaan projek diambil daripada modal dengan syarat perbelanjaan itu tidak melebihi kadar berpatutan. iv. Boleh dihad, dikhususkan dan dikenakan syarat oleh tuan punya modal. Pengusaha akan dianggap perampas jika dia melampaui had / syarat tersebut dan bertanggungjawab ke atas semua risiko projek dan wajib ganti balik modal sepenuhnya kepada pemilik modal jika berlaku kerugian. v. Sebarang kerugian, kerosakan dan kemusnahan dipotong dan ditampung daripada keuntungan. Jika tidak mencukupi, jumlah itu ditampung oleh modal. Pengusaha perlu menanggung semua kerugian ini.

Page 10: Mud Ha Rabah

• Untung i. Kadar pembahagian untung ditentukan semasa akad. ii. Jika mengalami kerugian akan ditanggung sepenuhnya oleh pemilik modal. Pengusaha tidak mendapat sebarang hasil daripada usaha atau kerja yang dijalankan.

Page 11: Mud Ha Rabah

• Akad i. Akad boleh dibubarkan atau difasakhkan sepenuhnya pada bila-bila masa sebelum kerja dijalankan. ii. Selesai atau terfasakh mudharabah yang terikat dengan tempoh tertentu apabila cukup tempoh itu. iii. Tuan punya modal boleh memecat pengusaha tetapi wajib diberitahu terlebih dahulu tentang pemecatannya. iv. Apabila terfasakh, semua modal dan untung, jika ada menjadi milik tuan punya modal. Pengusaha hanya berhak menuntut upah yang setimpal dengan kerja yang dijalankan. v. fasakh apabila salah seorang meninggal dunia.

Page 12: Mud Ha Rabah

FUNGSI PENGUSAHA

• Pengusaha menjalankan tiga fungsi muamalat :i. Pemegang amanah.Pemegang amanah kepada modal yang diterima daripada pengusaha dan modal itu merupakan wadiah. Dengan ini pengusaha tertakluk kepada hukum al-wadiah.

Tanggungjawab akan berubah menjadi jaminan jika berlaku perkara berikut :a) Ia menyalahgunakan modal untuk tujuan lain.b) Cuai dalam menjalankan projek sehingga model hilang,

rosak atau musnah .c) Sengaja

Page 13: Mud Ha Rabah

ii. WakilSemasa menjalankan projek, pengusaha mewakili tuan punya modal dan tertakluk kepada hukum wakalah.

iii. Rakan KongsiRakan kongsi kepada tuan punya modal. Apabila mendapat keuntungan, pengusaha akan mendapat keuntungan berdasarkan kadar peratusan yang telah dipersetujui. Ini tertakluk kepada hukum musyarakah.

Page 14: Mud Ha Rabah

JENIS AL-MUDHARABAH

i. Mudharabah MutlaqahTuan punya modal memberi kebebasan dan kuasa kepada pengusaha untuk menjalankan projek tanpa sekatan dan terikat dengan masa, tempat, jenis perusahaan dan pelanggan.Pengusaha bebas menjalankan muamalat berikut :a) Jual beli untuk dapatkan keuntunganb) Melakukan jual beli secara tunai atau kredit.c) Menjadi wakil dan mewakilkan orang lain untuk menjalankan

tugasnyad) Membawa modal al-mudharabah dari sebuah negeri ke negeri

lain.

Pengusaha tidak boleh kecuali dengan keizinan tuan punya modal :e) Mencampurkan modal satu mudharabah dengan mudharabah lainf) Bermudharabah peringkat kedua dengan peringkat ketiga

Page 15: Mud Ha Rabah

ii. Mudharabah MuqaiyyadahUsaha dan kegiatan pengusaha dihad dan disyaratkan untuk masa, tempat, jenis perusahaan, pelanggan dan seumpamanya yang tertentu sahaja. Maka usaha dan kegiatan pengusaha adalah terikat dengan had dan syarat itu.

Page 16: Mud Ha Rabah

KONSEP MUDHARABAH DALAM SISTEM PERBANKAN ISLAM

Terdapat dua peringkat mudharabah dalam perbankan Islam• Antara bank dengan pendeposit.• Antara pengusaha dengan bank.

i. Mudharabah antara bank dengan pendeposit (pemilik modal) Mudharabah ialah persetujuan perkongsian keuntungan di antara pihak bank dengan pendeposit untuk pelaburan bank yang dibuat. Bank melaburkan wang tersebut dalam suatu projek atau aktiviti perniagaan. Keuntungan daripada projek pelaburan akan dikongsi bersama mengikut kadar pembahagian keuntungan yang dipersetujui.

ii. Mudharabah antara pengusaha dengan bank.Persetujuan pembahagian dari segi untung dan rugi perlu ditetapkan melalui Bank Negara. Bank membiayai keseluruhan projek dan bersetuju dengan pengurusan pelanggan. Keuntungan akan dibahagikan mengikut kadar yang dipersetujui. Kerugian akan ditanggung oleh bank sepenuhnya dan pelanggan tidak mendapat sebarang imbuhan bagi kerja dan pengurusan yang digunakan.

Page 17: Mud Ha Rabah

• Bank (pemilik modal) menyediakan keseluruhan modal bagi membiayai projek. Pelanggan (pengusaha) mengurus dan mengusahakannya.

• Nisbah pembahagian keuntungan mengikut perjanjian yang dipersetujui.

• Bank tidak mencampuri urusan projek, tetapi boleh mengawasi dan membuat susulan.

• Kerugian ditanggung oleh bank, kecuali disebabkan oleh kecuaian, penyelewengan atau penyalahgunaan oleh pengusaha.

Page 18: Mud Ha Rabah

CONTOH PELAKSANAAN AL-MUDHARABAH

• AKAUN PELABURAN AM-i ( BSN AHSAN )1) Pelanggan yang berumur 15 tahun ke atas akan memohon sijil pelaburan

ini dari bank.2) Sijil pelaburan yang dipegang oleh pelanggan tidak boleh dipindah milik

atau diniagakan kepada orang lain tanpa kelulusan bertulis dari pihak bank.3) Apabila sijil pelaburan telah matang dan tidak ditebus oleh pelanggan, ia

akan diperbaharui secara automatik mengikut tempoh pelaburan sedia ada, dengan keuntungan pada kadar yang berkuatkuasa semasa pembaharuan dibuat dan mengikut kadar pembayaran yang telah di pilih semasa pelaburan dilakukan. Satu sijil baru akan dikeluarkan sebagai gantian apabila sijil yang matang diserahkan kepada bank.

4) Pelanggan yang melabur dalam akaun ini akan mendapat 50% daripada keuntungan terakru sekiranya penebusan dibuat sebelum tempoh sebulan dari tarikh pelaburan pelanggan tidak layak menerima sebarang keuntungan.

5) Bank akan menggunakan kaedah PER dalam menguruskan pulangan ke atas deposit dibawah prinsip Al-Mudharabah. Bank akan memperuntukkan sebahagian pendapatan kasar bank ke dalam akaun PER bagi mengekalkan kadar keuntungan yang lebih konsisten.

Page 19: Mud Ha Rabah

PERCANGGAHAN ANTARA PELABUR DAN PENGUSAHA

1. Jika pengusaha dan pelabur bercanggah mengenai keuntungan;• Jika pengusaha mendakwa tidak memperolehi apa-apa keuntungan.

Ataupun dia berkata “Saya hanya mendapat keuntungan sebanyak ini”Pengakuan pengusaha ini akan diterima jika disokong oleh sumpah.Ini kerana pada asalnya tiada keuntungan.

• Jika pengusaha mengaku mendapat sejumlah keuntungan, kemudian dia mendakwa tersilap membuat perkiraan.Dakwaannya ini tidak akan diterima kerana dia menarik balik pengakuan yang telah dibuat membabitkan hak pihak lain. Oleh itu dakwaannya tidak diterima.

2. Apabila kedua-dua pihak bercanggah mengenai sesuatu barangan; Pelabur berkata: “Anda membeli barang ini untuk pelaburan”. Sementara pengusaha mendakwa: “Saya beli barang ini untuk diri saya” ataupun sebaliknya.

Page 20: Mud Ha Rabah

• Pengakuan pengusaha akan diterima jika disokong oleh sumpah dan sekiranya pembelian tersebut dibuat dalam bentuk hutang. Ini kerana pengusaha adalah pihak yang dipercayai dan lebih mengetahui tentang niatnya.

• Namun jika pengusaha membeli menggunakan wang modal pelaburan, pengakuannya tidak diterima. Walaupun dia sebenarnya berniat membeli untuk dirinya sendiri. Barang yang dibeli ini kira termasuk dalam pelaburan.

3. Sekiranya mereka bercanggah mengenai jumlah modal pelaburan atau jenis modal.Pengakuan yang diterima ialah pengakuan pengusaha yang disokong oleh sumpah. Ini kerana asalnya tiada bayaran tambahan yang diberikan kepadanya.

Page 21: Mud Ha Rabah

PERBEZAAN ANTARA SISTEM AL-MUDHARABAH DENGAN SISTEM KONVENSIONAL

SISTEM MUDHARABAH SISTEM KONVENSIONALTiada faedah diberikan . Ada faedah diberikan

Akaun Mudharabah menetapkan pembahagian untung di awal kontrak.

Akaun konvensional telah menetapkan jumlah pulangan awal semasa kontrak.

Bank Islam akan beri pulangan ikut keuntungan yang mereka dapat.

Bank Konvensional akan beri pulangan secara tetap ikut modal wang yang

dilaburkan.

Dalam akaun mudharabah, kalau keuntungan yang mereka dapat rugi, sama-sama rugi. Jika untung, sama-

sama untung.

Dalam akaun Konvensional, jika keuntungan yang mereka dapat rugi,

hanya bank yang akan tanggung kerugian, manakala jika bank untung,

anda hanya dapat pulangan yang sedikit seperti dalam perjanjian.