481
ﱠﺣ اﻟﺮ ﱠﺣ اﻟﺮ اﷲ اﻟﻤﻌﻴﻦاد اﻟﺠﻮﺎح اﻟﻔﺘ اﻟﺤﻤﺪ اﺧﺘﺎرﻩ ﻣﻦ اﻟﺪﻳﻦ ﻓﻰ اﻟﺘﻔﻘﻪ ﻋﻠﻰ اﻟﻌﺒﺎد ﻣﻦ. إﻻ إﻟﻪ أن وأﺷﻬﺪ اﻟﺨﻠﻮد، دارﻨﺎ ﺷﻬﺎدة اﷲ، ﻋﺒﺪﻩ ﻣﺤﻤﺪا ﺳﻴﺪﻧﺎ أن وأﺷﻬﺪ اﻟﻤﺤﻤﻮد، ﻣﻘﺎم ﺻﺎﺣﺐ ورﺳﻮﻟﻪ، وﺳﻠ اﷲ ﺻﻠﻰ ﺁﻟﻪ وﻋﻠﻰ ﻋﻠﻴﻪ وﺳﻼﻣﺎ ﺻﻼة اﻷﻣﺠﺎد، وأﺻﺤﺎﺑﻪ اﻟﻤﻌﺎد ﻳﻮم ﺑﻬﻤﺎ أﻓﻮز. ﻋﻠﻰ ﻣﻔﻴﺪ ﺷﺮح ﻓﻬﺬا وﺑﻌﺪ، اﻟ ﱠة ﺑﻘ اﻟﻤﺴﻤﻰ آﺘﺎﺑﻰ اﻟﻤﺮاد ﱢﻦ ﻳﺒﻴ اﻟﺪﻳﻦ، ﺑﻤﻬﻤﺎت اﻟﻤﻘﺎﺻﺪ ﱢﻞ وﻳﺤﺼﺎد اﻟﻤ ﱢﻢ وﻳﺘﻤ اﻟﻔﻮاﺋﺪز وﻳ. ﺑﻔ وﺳﻤﻴﺘﻪ اﻟ اﻟﻌﻴﻦ ﻗﺮة ﺑﺸﺮح اﻟﺪﻳﻦ ﺑﻤﻬﻤﺎت. اﷲ أﺳﺄل وأﻧﺎ اﻻﻧﺘﻔﺎع ﻳﻌﻢ أن اﻟﻤﻨﺎن اﻟﻜﺮﻳﻢ ﻣﻦ واﻟﻌﺎﻣ ﻟﻠﺨﺎﺻ ﺑﻪ ﺑﻪ ﱢﻨﻨﻲ ﻳﺴﻜ وأن اﻹﺧﻮان، اﻷﻣﺎن دار ﻓﻰ اﻟﻔﺮدوس. إﻧﻪ رﺣﻴﻢ وأرﺣﻢ آﺮﻳﻢ أآﺮم. ) ﱠﺣ اﻟﺮ اﷲ ﱠﺣ اﻟﺮ ( ﱢﻒ ؤ أ. وهﻮ، اﻟﺴ ﻣﻦ ﻣﺸﺘﻖ واﻻﺳﻢ اﻟﻌﻼﻣﺔ وهﻮ اﻟﻮ ﻣﻦ، اﻟﻌﻠﻮ. اﻟﻮﺟﻮد اﻟﻮاﺟﺐ ﻟﻠﺬات ﻋﻠﻢ واﷲ. ﻟﻜﻞ ﺟﻨﺲ اﺳﻢ وهﻮ إﻟﻪ وأﺻﻠﻪ وﺣﺬﻓﺖ ل ﺑﺄ ﱢف ﻋﺮ ﺛﻢ ﻣﻌﺒﻮد، اﻟﻤﻌﺒﻮد ﻓﻰ اﺳﺘﻌﻤﻞ ﺛﻢ اﻟﻬﻤﺰة ﺑﺤﻖ. ﻋﻨﺪ اﻷﻋﻈﻢ اﻻﺳﻢ وهﻮ اﻷآﺜﺮ. ﻳﺴﻢ وﻟﻢ وﻟﻮ ﻏﻴﺮﻩ، ﱡﺘﺎ ﺗﻌﻨ. ﻣﻦ ﺻﻔﺘﺎن اﻟﺮﺣﻴﻢ واﻟﺮﺣﻤﻦ ر. اﻟﺮﺣﻴﻢ، ﻣﻦ أﺑﻠﻎ واﻟﺮﺣﻤﻦ زﻳﺎدة ﻋﻠﻰ ﺗﺪل اﻟﺒﻨﺎء زﻳﺎدة ﻷن وﻟﻘﻮﻟﻬﻢ اﻟﻤﻌﻨﻰ،: اﻟﺪﻧﻴﺎ رﺣﻤﻦ اﻵﺧﺮة ورﺣﻴﻢ واﻵﺧﺮة،. ) هﺪاﻧﺎ اﻟﺬى اﻟﺤﻤﺪ( دﻟﻨﺎ أى) ﻟﻬﺬا( اﻟﺘﺄﻟﻴﻒ. أن ﻟﻮﻻ ﻟﻨﻬﺘﺪى آﻨﺎ وﻣﺎ اﷲ هﺪاﻧﺎ( إﻟﻴﻪ. اﻟﻮﺻﻒ هﻮ واﻟﺤﻤﺪ ﺑﺎﻟﺠﻤﻴﻞ) واﻟﺼﻼة( اﷲ ﻣﻦ وهﻰ ﺑﺎﻟﺘﻌﻈﻴﻢ اﻟﻤﻘﺮوﻧﺔ اﻟﺮﺣﻤﺔ. ) واﻟﺴﻼم( ﺁﻓﺔ آﻞ ﻣﻦ اﻟﺘﺴﻠﻴﻢ أى وﻧﻔﺺ) رﺳﻮل ﻣﺤﻤﺪ ﺳﻴﺪﻧﺎ ﻋﻠﻰ اﷲ( واﻹﻧﺲ اﻟﺠﻦﻴﻦ ﱠﻘ اﻟﺜ ﻟﻜﺎﻓﺔ ﻗﺎﻟﻪ ﻣﺎ ﻋﻠﻰ اﻟﻤﻼﺋﻜﺔ، وآﺬا إﺟﻤﺎﻋﺎ، ﻣﺤﻘﻘﻮن ﺟﻤﻊ. Bismillahirrahmanirrahim 5 sya’ban 1427 [1] Segala puji bagi Allah maha membuka dan maha boros, yang membantu orang yang Dia pilih daripada hamba-hambaNya pada memahami ugama. Aku menyaksikan bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah, sebagai saksian yang memasukkan kita ke Negeri Kekal, dan aku menyaksikan bahawa penghulu kita Muhammad adalah hamba dan rasulNya, yang empunya makam terpuji. Selawat Allah dan salamNya atas dia dan keluarganya dan para sahabatnya yang gemilang sebagai selawat dan salam yang dengan keduanya aku mencapai maksud pada Hari Kembali. [2] Selepas itu, maka ini adalah syarah yang berfaedah diatas kitab ku yang dinamakan “Qurratul ain” pada urusan-urusan ugama, ia menerangkan maknanya yang dikehendaki dan menyempurnakan pengambilan faedahnya, dan menghasilkan maksud-maksudnya dan menzahirkan faedah-faedahnya. Aku namakan ia dengan Fathul Mui’en, pada mensyarahkan Qurratul ain, pada urusan-urusan ugama. Aku pinta Allah yang maha mulia lagi maha mengurnia bahawa dia meratakan ambilan manfaat dengannya bagi orang yang khas dan yang awam, daripada saudara-saudara, dan bahawa Dia menempatkan aku dengan sebabnya didalam Firdaus di Negeri Aman. Sungguhnya Dia Yang maha Mulia dari orang yang mulia dan Yang Maha mengasih dari orang yang mengasih. [3] Dengan nama Allah maha pemurah maha penyayang aku mengarang. “اﺳﻢ” diambil dari , iaitu tinggi, bukan dari وiaitu tanda. اﷲadalah nama khas bagi zat yang mesti ada. Asalnya “ إﻟiaitu isim jenis bagi setiap yang disembah, kemudian dimakrifahkan dengan “أل” dan dihazafkan hamzahnya, kemudian digunakan pada suatu yang disembah dengan sebenar. Ia adalah nama yang paling agong disisi kebanyakkan ulamak. Tidak pernah dinamakan dengannya selain Dia, walaupun diatas jalan degil. “ ر- رdua sifat dari ر”. “ ر” lebih dalam dari “ ر” kerana lebih binaan menunjuk atas lebih makna, dan kerana kata mereka ر” i.e maha Pengasih didunia dan akhirat, dan “ رi.e maha Pengasih diakhirat. [4] Segala puji bagi Allah yang menghidayahkan kami, iaitu menunjukkan kami, bagi ini karangan. Tidak adalah kami mendapat petunjuk kalaulah tidak Allah menunjukkan kami kepadanya. Puji ialah mensifatkan dengan suatu yang cantik. Selawat, ianya dari Allah adalah rahmat yang disertakan dengan pembesaran, dan salam i.e kesejahteraan, iaitu mensejahterakan dari setiap penyakit dan kekurangan, atas penghulu kita Muhammad rasul Allah atas seluruh dua bebanan: jin dan manusia, dengan ijmak, begitu juga malaikat diatas apa yang dikatakan oleh sekumpulan ulamak muhakkik.

mui'en acrobat-test file.pdf

Embed Size (px)

Citation preview

  • .

    .

    .

    .

    . .

    ) ( .

    . .

    . . . .

    :

    . ) ( ) (

    . ( .

    ) ( .

    ) ( )

    (

    .

    Bismillahirrahmanirrahim 5 syaban 1427 [1] Segala puji bagi Allah maha membuka dan maha boros, yang membantu orang yang Dia pilih daripada hamba-hambaNya pada memahami ugama. Aku menyaksikan bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah, sebagai saksian yang memasukkan kita ke Negeri Kekal, dan aku menyaksikan bahawa penghulu kita Muhammad adalah hamba dan rasulNya, yang empunya makam terpuji. Selawat Allah dan salamNya atas dia dan keluarganya dan para sahabatnya yang gemilang sebagai selawat dan salam yang dengan keduanya aku mencapai maksud pada Hari Kembali. [2] Selepas itu, maka ini adalah syarah yang berfaedah diatas kitab ku yang dinamakan Qurratul ain pada urusan-urusan ugama, ia menerangkan maknanya yang dikehendaki dan menyempurnakan pengambilan faedahnya, dan menghasilkan maksud-maksudnya dan menzahirkan faedah-faedahnya. Aku namakan ia dengan Fathul Muien, pada mensyarahkan Qurratul ain, pada urusan-urusan ugama. Aku pinta Allah yang maha mulia lagi maha mengurnia bahawa dia meratakan ambilan manfaat dengannya bagi orang yang khas dan yang awam, daripada saudara-saudara, dan bahawa Dia menempatkan aku dengan sebabnya didalam Firdaus di Negeri Aman. Sungguhnya Dia Yang maha Mulia dari orang yang mulia dan Yang Maha mengasih dari orang yang mengasih. [3] Dengan nama Allah maha pemurah maha penyayang aku mengarang. diambil dari , iaitu tinggi, bukan dari iaitu tanda. adalah nama khas bagi zat yang mesti ada. Asalnya iaitu isim jenis bagi setiap yang disembah, kemudian dimakrifahkan dengan dan dihazafkan hamzahnya, kemudian digunakan pada suatu yang disembah dengan sebenar. Ia adalah nama yang paling agong disisi kebanyakkan ulamak. Tidak pernah dinamakan dengannya selain Dia, walaupun diatas jalan degil. - dua sifat dari . lebih dalam dari kerana lebih binaan menunjuk atas lebih makna, dan kerana kata mereka i.e maha Pengasih didunia dan akhirat, dan i.e maha Pengasih diakhirat. [4] Segala puji bagi Allah yang menghidayahkan kami, iaitu menunjukkan kami, bagi ini karangan. Tidak adalah kami mendapat petunjuk kalaulah tidak Allah menunjukkan kami kepadanya. Puji ialah mensifatkan dengan suatu yang cantik. Selawat, ianya dari Allah adalah rahmat yang disertakan dengan pembesaran, dan salam i.e kesejahteraan, iaitu mensejahterakan dari setiap penyakit dan kekurangan, atas penghulu kita Muhammad rasul Allah atas seluruh dua bebanan: jin dan manusia, dengan ijmak, begitu juga malaikat diatas apa yang dikatakan oleh sekumpulan ulamak muhakkik.

  • .

    .

    . . .

    . ) (

    . .

    . ) . (

    .

    ) .

    ( . . ) (

    ) . (

    ) ( . ) ( :

    :

    . .

    .

    ) (

    ) (

    . .

    . . .

    [5] adalah nama khas yang dipindahkan dari isim maful yang digandakan ainnya, diletakkan pada orang yang banyak tabiat-tabiatnya yang terpuji. Dinamakan nabi kita s.a.w.m dengannya dengan ilham dari Allah kepada datuknya. [6] Rasul dari kalangan manusia adalah lelaki merdeka yang diwahyukan syara kepadanya dan diperintahkan dengan menyampaikannya, sekalipun tidak ada baginya kitab dan tidak menasakhkan syariat terdahulu seperti Yusa a.s. Maka jika tidak diperintahkan dia dengan menyampaikannya, maka nabi. Rasul itu lebih utama dari nabi dengan ijmak. Sah oleh satu khabar bahawa bilangan nabi-nabi a.s.w.s sebanyak seratus dua puluh empat ribu orang, dan bahawa bilangan rasul-rasul tiga ratus lima belas orang. [7] dan atas keluarganya, iaitu kerabatnya yang beriman, daripada keturunan Hasyim dan Muttalib. Dikatakan mereka itu semua orang beriman, iaitu pada makam doa dan umpamanya. Dipilih pendapat ini kerana satu khabar yang dhaif padanya, dan jazam Nawawi dengannya didalam Syarah Muslim. dan sahabat-sahabatnya. isim jamak bagi dengan makna sahabat-sahabat. Sahabat adalah orang yang berhimpun dalam keadaan beriman dengan nabi kita s.a.w.m, walaupun buta dan tidak mumayyiz. yang mencapai keredhaan Allah taala. Sifat bagi orang yang disebutkan. [8] Dan selepas itu, iaitu selepas apa yang telah terdahulu, daripada basmalah dan hamdalah dan selawat dan salam atas orang yang disebutkan. maka ini karangan yang hadhir pada fikiran adalah mukhtasar yang sedikit lafaznya dan banyak maknanya. Daripada ikhtisar (i.e ringkas). pada Fekah. Fekah pada bahasa adalah kefahaman, dan pada istilah adalah satu bidang ilmu berkenaan syara amali yang didapatkan dari dalil- dengan hukum-hukum dalilnya yang rinci. Pengambilannya adalah dari kitab dan sunnah dan ijmak ulamak dan kias. Faedahnya adalah menjunjung perintah-perintah Allah taala dan menjauhi larangan-laranganNya. (9] diatas mazhab Imam yang mujtahid: Abu Abdillah Muhammad bin Idris as-Syafie, semoga mengasihi Allah taala akan dia dan meredhainya. Iaitu apa yang dia pergi kepadanya, daripada hukum-hukum pada masaalah-masaalah. Idris adalah bapanya. Dia adalah bin Abbas bin Uthman bin Syafi bin Saib bin Ubaid* bin Abdu Yazid bin Hasyim bin Abdul Muttalib bin Abdu Manaf. Syafi ialah orang yang dibangsakan Imam kita ini kepadanya. Dia memeluk Islam bersama bapanya Saib pada Hari Badar. Dilahirkan Imam kita ini -moga Allah meredhanya- pada tahun satu ratus lima puluh,

  • .

    ) ( ) ( ) .(

    :

    .

    ) ( )

    ( ) ( )

    ( ) .(

    .

    dan diwafatkan pada hari Jumaat akhir bulan rejab, tahun dua ratus empat. [10] Aku namakan ia dengan Qurratul ain pada menerangkan yang penting-penting daripada hukum-hukum ugama. Aku petik ia dan syarah ini dari kitab-kitab yang muktamad bagi syeikh kami, penyudah ulamak-ulamak muhakkik : Syihabuddin Ahmad Ibnu Hajar al-Haitami, dan yang tinggal lagi daripada para mujtahid seumpama wajihuddin Abdul Rahman bin Ziad az-zabidi, redha Allah akan kedua mereka, dan dari dua syeikh bagi syeikh-syeikh kami: syeikh Islam yang mujaddid Zakaria al-Ansari dan imam yang gemilang Ahmad al-Mazjad az-zabidi, mengasihi keduanya oleh Allah taala, dan dari selain mereka itu daripada para ulamak muhakkik yang mutakhir, hal keadaan aku berpegang atas apa yang jazam dengannya oleh dua syeikh mazhab : Nawawi dan Rafie, kemudian Nawawi kemudian para muhakkik mutakhir, redha Allah akan mereka. [11] hal keadaan aku harapkan dari tuhan kita yang maha pemurah agar mengambil manfaat dengannya oleh orang-orang yang cerdik, iaitu yang berakal, dan agar bahawa tetap dengannya, iaitu dengan sebabnya, oleh mata aku pada hari esok, iaitu pada Hari Akhir, dengan memandang kepada wajahNya yang mulia, pagi dan petang. Amiin.

  • ) (

    .

    .

    . .

    .

    . .

    ) (

    ) ( ) (

    ) .(

    . ) ( ) (

    ) ( )

    ( ) . (

    .

    . .

    . ) ( ) (

    . .

    :

    .

    . ) ( .

    .) . (

    Bab Sembahyang [12] Solat i .e sembahyang pada syara adalah kata-kata dan perbuatan-perbuatan yang khusus yang dimulakan dengan takbir dan disudahi dengan salam salam. Dinamakan ia dengan demikian itu, kerana ia melengkapi solat pada bahasa, iaitu doa. Solat-solat yang fardhu ain itu lima solat pada setiap sehari semalam, diketahui daripada ugama dengan mudah. Maka kufurlah orang yang mengingkarinya. Tidak berhimpun lima sembahyang ini bagi selain nabi kita Muhammad s.a.w.m. Difardhukan ia pada malam Isra selepas daripada kenabian dengan sepuluh tahun tiga bulan, pada malam dua puluh tujuh Rejab. Tidak wajib ia pada subuh hari itu kerana ketiadaan pengetahuan dengan kaifiat menunaikannya. [13] Hanya sanya wajib solat maktubah itu, iaitu sembahyang-sembahyang yang lima itu atas setiap muslim yang mukallaf, iaitu yang baligh yang berakal, lelaki atau selainnya, yang suci. Maka tidak wajib ia atas kafir asli dan kanak-kanak dan orang gila dan orang pitam dan orang mabuk tanpa melampau, kerana ketiadaan taklif mereka itu, dan tidak atas orang yang berhaid dan yang bernifas kerana ketiadaan sahnya dari kedua mereka, serta tidak ada kadha atas kedua mereka. Sebaliknya wajib ia atas orang murtad dan yang mensengajakan mabuk. [14] Dibunuh, iaitu seorang Islam yang mukallaf yang suci, sebagai had, dengan memancung tengkoknya, jika dia mengeluarkannya, iaitu maktubah dalam keadaan sengaja dari waktu jamak baginya, jika adalah dia itu malas serta mengiktikadkan wajibnya, jika dia tidak bertaubat selepas tuntutan taubat. Diatas sunat tuntutan taubat itu tidak mendhoman orang yang membunuhnya sebelum bertaubat, akan tetapi dia berdosa. Dibunuh dia diatas jalan kufur jika dia meninggalkannya dalam keadaan ingkarkan wajibnya. Maka tidak dimandikan dan tidak disembahyangkan dia. [15] Bersegera orang yang telah lalu itu dengan solat yang luput diatas jalan wajib jika ia luput tanpa uzur. Maka melaziminya kadha bersegera. Kata syeikh kami Ahmad bin Hajar, rahimahullah: yang zahir bahawa melaziminya oleh memalingkan semua masanya untuk kadha itu selain apa yang dia perlukan untuk memalingkannya pada perkara yang tidak dapat tidak darinya, dan bahawa haram atasnya melakukan sunat. Dia bersegera diatas jalan sunat jika maktubah itu luput dengan uzur, seperti tidur yang dia tidak melampau dengannya. Lupa adalah seperti demikian itu. [16] Sunat mentertibkannya, iaitu solat yang luput itu. Maka dia mengkadha subuh sebelum zohor. Seperti ini yang lain. dan mendahulukannya atas yang hadhir yang tidak bimbangkan luputnya,

  • .

    .

    .

    . .

    .

    : .

    : .

    . . .

    ) ( )(

    ) (

    ) (

    . .

    ) (

    ) (

    ) ( "

    ) ." (

    .

    .

    .

    jika ia luput dengan uzur, sekalipun dia bimbang luput jamaah yang hadhir itu, diatas yang muktamad. Apabila ia luput tanpa uzur maka wajib mendahulukan yang luput atasnya. Adapun apabila dia bimbang luput yang hadhir, dengan bahawa jatuh sebahagiannya sekalipun sedikit diluar waktu, maka melazimi dia memulakan dengannya. Wajib mendahulukan apa yang luput tanpa uzur atas yang luput dengan uzur, sekalipun tidak didapati susunan, kerana susunan itu adalah sunat sedangkan bersegera itu wajib. Disunatkan mengkemudiankan sunat-sunat rawatib dari solat-solat yang luput tanpa uzur. [17] Tanbih: orang yang mati dan ada diatasnya solat fardhu, tidak dikadha dan tidak difidyahkan solat itu untuknya. Pada satu pendapat fidyah itu diperbuat untuknya, samaada dia mewasiatkannya atau tidak. Meriwayatkan pendapat ini Abbadi dari Syafie. Demikian itu kerana satu khabar padanya. Mengamalkan pendapat ini oleh syeikh Subki untuk sebahagian keluarga rapatnya. [18] Disuruh kanak-kanak, lelaki atau perempuan yang mumayyiz, dengan bahawa jadilah dia boleh makan dan minum dan beristinja sendiri, iaitu wajib atas setiap dari dua ibu bapanya sekalipun terkeatas, kemudian pemegang wasiat, dan diatas pemilik hamba bahwa dia menyuruhnya dengannya, iaitu dengan solat walaupun kadha, dan dengan semua syarat-syaratnya, kerana tujuh, iaitu selepas tujuh tahun, iaitu disisi sempurnanya. Sekalipun dia mumayyiz sebelumnya. Sayugia serta sighah perintah oleh ancaman. [19] Dipukul dia dengan pukul yang tidak mencederakan diatas jalan wajib dari orang yang disebutkan itu, diatasnya, iaitu diatas meninggalkannya, walaupun kadha, atau meninggalkan satu daripada syarat-syaratnya. kerana sepuluh, iaitu selepas sempurna sepuluh tahun, kerana satu hadith yang sahih suruhlah kanak-kanak sembahyang bila dia sampai tujuh tahun dan apabila sampai sepuluh tahun maka pukullah dia diatasnya. Sama seperti puasa yang dia mampu. Maka sungguhnya disuruh dia dengannya kerana tujuh tahun dan dipukul dia diatasnya kerana sepuluh, seperti sembahyang. Hikmah demikian itu adalah latihan diatas ibadat supaya dia biasa dengannya, lalu dia tidak meninggalkannya. [20] Azraie bahaskan pada hamba kecil yang kafir yang menuturkan dua syahadah bahawa ia disuruh dengan solat dan puasa diatas jalan sunat, digalakkan dia atas keduanya tanpa pukul, supaya dia jinak dengan kebaikkan selepas balighnya, sekalipun kias enggankan demikian itu. Intaha. [21] Wajib juga atas orang yang lalu menegahnya dari perkara-perkara haram dan mengajarnya perkara-perkara yang wajib

  • . .

    .

    :

    . .

    . : . .

    ) (

    ) .( ) (

    ) ( )

    ( . ) : .(

    .

    . )

    (.

    . ) ( ) .(

    . .

    ) ( )

    ( . ) .( .

    .

    dan umpamanya, daripada sekelian syariat-syariat yang zahir walaupun sunat, seperti siwak, dan menyuruhnya dengan demikian itu. Tidak terhenti kewajipan apa yang disebutkan atas orang yang disebutkan melainkan dengan baligh kanak-kanak dalam keadaan cerdik. [22] Upah mengajarnya demikian itu, seperti Quran dan adab-adab, adalah pada hartanya, kemudian atas bapanya kemudian atas ibunya. [23] Tanbih: Samani menyebut tentang isteri kecil yang mempunyai dua ibu bapa, bahawa wajip apa yang telah lalu itu diatas keduanya, kemudian suami. Kehendaknya adalah wajib memukulnya. Dengannya, walaupun pada yang besar, Jamalul Islam al-Bazari jelaskan. Kata syeikh kami : wajib pukul itu adalah yang zahir, jika suami tidak bimbangkan nusyuz. Sementara Zarkasyi mengitlakkan sunat. [24] Awal perkara yang wajib, hinggakan atas suruhan dengan solat sepertimana mereka katakan, diatas para bapa. Kemudian atas orang yang telah lalu, mengajarkan mumayyiz, bahawa nabi kita Muhammad sawm dibangkitkan di Makkah, dan diperanakkan padanya dan dikebumikan di Madinah dan mati padanya. [25] Fasal: pada syarat-syarat sembahyang. Syarat adalah apa yang terhenti sah sembahyang atasnya, walhal ia bukan sebahagian darinya. Didahulukan syarat atas rukun-rukun kerana ia terutama didahulukan, kerana syarat itu adalah apa yang wajib didahulukan diatas sembahyang dan wajib berterusannya ada padanya. [26] Syarat-syarat sembahyang itu lima. Satu daripadanya adalah suci dari hadath dan janabah. Toharah pada bahasa adalah bersih dan bebas dari kekotoran, dan pada syara: mengangkatkan halangan yang terjadi akibat dari adanya hadath atau najis. [27] Maka yang pertama daripada toharah dari hadath itu adalah wudhu. dengan dhommah waunya adalah penggunaan air pada anggota-angota yang khusus, dengan dimulakan dengan niat, dan dengan fathahnya adalah apa yang dilakukan wudhu dengannya. Adalah permulaan wajibnya bersama permulaan wajib solat maktubah pada malam Isra. [28] Syarat-syaratnya, iaitu wudhu, seperti syarat-syarat mandi lima perkara. Satu daripadanya adalah air mutlak. Maka tidak mengangkatkan hadath dan tidak menghilangkan najis dan tidak menghasilkan sekelian toharah-toharah walaupun yang sunat melainkan air mutlak. Ia adalah apa yang jatuh atasnya nama air dengan tidak ada kait, sekalipun dipeluhkan ia dari wap air yang mendidih atau

  • .

    . ) (

    ) (

    ) ( ) (

    )( .

    .

    .

    .

    :

    . .

    ) ( ) ( ) (

    .

    ) (

    )( ) ( ) (

    hancur padanya suatu yang sebati (mukhalit), ataupun dikaitkan dengan menepati tempatnya, seperti air laut. Bersalahan apa yang tidak disebutkan melainkan dikaitkan seperti air mawar. [29] dalam keadaan ia digunakan pada satu fardhu toharah, daripada mengangkatkan hadath, kecil atau besar, walaupun dari toharah seorang bermazhab Hanafi yang tidak berniat atau kanak-kanak yang belum mumayyiz untuk tawaf, dan pada menghilangkan najis, walau yang dimaafkan darinya, dalam keadaan ia sedikit, iaitu hal keadaan air yang digunakan itu sedikit, iaitu kurang dari dua kolah. Maka jika dikumpulkan air mustamal itu lalu sampai dua kolah maka ia menyucikan, sama seperti dihimpunkan air mutanajjis lalu sampai dua kolah dan tidak berubah, sekalipun jadi sedikit selepas itu dengan mencerai-ceraikannya. [30] Maka diketahui bahawa keadaan mustamal air itu tidak sabit melainkan serta sedikit air itu dan selepas terpisahnya dari tempat penggunaan walaupun pada hukum. Seperti bahawa ia melampaui ke bahu orang yang berwudhu atau lututnya, sekalipun ia kembali kepada tempatnya, atau berpindah dari satu tangan kepada tangan yang lain.

    [31] Tidak mudharat pada orang yang berhadath oleh terpisah air dari tapak tangan kepada lengan bawah dan tidak pada orang yang berjunub oleh terpisahnya dari kepala kepada umpama dadanya, daripada apa yang ghalib titikan padanya. [32] Cabangan: kalau seorang berwudhuk (atau mandi junub) memasukkan tangannya dengan kasad basuh dari hadath, atau tidak dengan apa-apa kasad, selepas niat mandi junub atau menigakan basuhan muka bagi yang berhadath, atau selepas basuhan pertama jika dia kasad menghadkan atasnya, dengan tidak ada niat menceduk dan tidak kasad mengambil air untuk tujuan lain, jadilah air itu mustamal dengan nisbah bagi selain tangannya. Maka boleh dia membasuh dengan apa yang padanya akan baki lengan bawahnya. [33] dan dalam keadaan ia tidak berubah dengan perubahan yang banyak, dengan sekira-kira menegah memutlakkan nama air keatasnya, dengan bahawa berubah satu daripada sifat-sifatnya, daripada kecapan atau warna atau bau, walau pada takdir atau adalah perubahan itu dengan apa yang ada diatas anggota yang disucikan, pada yang paling sahih. [34] Perubahan itu hanyalah berkesan jika ia dengan suatu yang bergaul, iaitu suatu yang mesra dengan air i.e mukhalit. Iaitu apa yang tidak terbeza pada pandangan mata kasar. yang suci, walhal terkaya air darinya, seperti zafaran dan buah

  • .

    .

    " " .

    . .

    .

    .

    .

    . ) ( )

    ( ) (

    .

    .

    .

    .

    . .

    pokok yang tumbuh berhampiran air dan daun yang dicampakkan kemudian hancur-luluh, tidak tanah dan garam air, sekalipun dicampakkan keduanya padanya. Tidak memudharat perubahan yang tidak menghalang nama air kerana sedikit perubahan itu, walaupun ihtimal, dengan bahawa disyakkan adakah ia banyak atau sedikit. [35] Keluar dengan kata aku dengan mukhalit i.e suatu yang bergaul (Iaitu ainnya larut) oleh yang mujawir i.e berjiran (ainnya tidak larut), seperti ranting dan minyak, walaupun yang wangi, daripadanya adalah kemenyan, sekalipun banyak dan jelas oleh umpama baunya. Bersalahan satu kumpulan ulamak. Daripadanya juga adalah air yang direbus didalamnya umpama gandum dan tamar, sekira-kira tidak diketahui tercerai ain didalamnya dalam keadaan begaul, dengan bahawa tidak sampai kepada satu had sekira-kira ujud baginya nama yang lain, seperti kuah. Jikalau disyakkan pada sesuatu, adakah ianya mukhalit atau mujawir, baginya hukum mujawir. [36] dan keluar dengan kata aku terkaya darinya oleh apa yang tidak terkaya air darinya, seperti benda yang ada pada tempat tetapnya dan tempat lalunya, daripada umpama kiambang yang hancur dan belerang, dan seperti perubahan dengan sebab lama diamnya atau dengan daun-daun yang gugur dengan sendiri, sekalipun hancur dan jauh pokoknya dari air itu. [37] atau berubah dengan najis, sekalipun sedikit perubahannya, walaupun adalah air itu banyak. Artinya banyak itu adalah dua kolah atau lebih, pada dua gambaran perubahan : perubahan dengan benda suci dan perubahan dengan najis. [38] Dua kolah itu dengan timbangan adalah lima ratus kati Baghdad lebih kurang, dan dengan ukuran pada bekas yang empat persegi adalah satu hasta suku nisbah panjang dan lebar dan dalam dengan hasta yang sederhana, dan pada bekas yang bulat adalah satu hasta dari sekelian pihaknya dengan hasta anak Adam dan dua hasta dalam dengan hasta tukang kayu. Ianya satu hasta suku. [39] Tidak menjadi najis dua kolah air, walau dengan andaian, seperti bahawa disyakkan pada satu air, adakah ia sampai dua kolah atau tidak, sekalipun diyakinkan sedikitnya sebelum itu, dengan bertemu najis, selama ia tidak berubah dengannya, dan sekalipun hancur lebur najis itu didalamnya. [39] Tidak wajib menjauhi najis pada air yang banyak. Jikalau seorang kencing dilaut sebagai contoh, lalu timbul darinya oleh buih maka ianya najis, jika pasti bahawa ianya dari ain najis itu atau dari air yang berubah satu daripada sifat-sifatnya dengan najis. Jika tidak maka tidak.

  • .

    . .

    . .

    .

    .

    . .

    .

    . "

    ." . :

    .

    .

    . ) ( ) (

    . .

    ) ( ) (

    ) ( . .

    ) ( )

    (

    Kalau dicampakkan kedalamnya tahi kering lalu jatuh kerana campakkan itu oleh titikkkan keatas sesuatu, tidak ia menajiskannya. [40] Jadi bernajis air yang sedikit, iaitu apa yang kurang dua kolah, sekira-kira ia bukan yang mendatangi, dengan berhubung najis dengannya, yang nampak dengan pandangan yang sederhana, yang tidak dimaafkan ia pada air, sekalipun dimaafkan ia pada sembahyang. Sama seperti selainnya, daripada benda basah dan cecair, sekalipun banyak. [41] Tidak (jadi najis ia) dengan berhubung bangkai yang tidak ada darah mengalir bagi sejenisnya ketika dikoyakkan satu anggota darinya, seperti kala dan cicak, melainkan jika berubah apa yang ia masuk kedalamnya, sekalipun sedikit, maka ketika itu ia jadi bernajis. Tidak, ketam dan katak, maka jadi najis ia dengan keduanya. Bersalahan sekumpulan ulamak. Dan tidak, (jadi najis ia) dengan berhubung bangkai yang kejadiannya didalam air seperti lintah. [42] Jika dicampakkan kedalam air yang sedikit satu bangkai daripada bangkai-bangkai yang dimaafkan itu, jadi najis ia, sekalipun yang mencampakkannya bukan mukallaf. Tidak ada kesan bagi mencampakkan yang hidup semata-mata. Ramai imam-imam kita memilih mazhab Malik bahawa air tidak jadi bernajis semata-mata melainkan dengan berubah. [43] Air yang mengalir sama seperti air yang tenang. Pada kaul qadim tidak jadi najis air mengalir yang sedikit dengan tidak ada perubahan. Ianya adalah mazhab Malik. Kata Nawawi didalam Majmuk : sama sahaja, adalah najis itu cair atau beku. [44] Air yang sedikit apabila bernajis jadi suci dengan sebab sampainya dua kolah, walaupun dengan air mutanajjis sekira-kira tidak ada perubahan padanya. Air yang banyak jadi suci dengan hilang perubahannya dengan sendirinya atau dengan air yang ditambahkan atau dikurangkan darinya walhal bakinya banyak. [45] Syarat wudhu yang kedua mengalir air diatas anggota yang dibasuh. Maka tidak memadai bahawa air menyentuhnya tanpa mengalir, kerana ia tidak dinamakan basuh. [46] Yang ketiganya bahawa tidak ada diatasnya, iaitu diatas anggota itu suatu yang mengubah sifat air sebagai perubahan yang memudharatkan, seperti zafaran dan cendana. Bersalahan sekumpulan ulamak. [47] Dan keempatnya bahawa tidak ada diatas anggota itu suatu yang menghalang diantara air dan yang dibasuh,

  • ) ( .

    .

    .

    .

    .

    .

    . .

    . .

    ) ( )

    ( . .

    .

    . .

    .

    . .

    . ) ( ) (

    ) (

    seperti kapur dan lilin dan minyak beku dan ain dakwat dan inai. Bersalahan minyak yang mengalir iaitu yang cair, sekalipun air tidak lekat diatasnya, dan kesan dakwat dan inai. [48] Begitu juga disyaratkan diatas apa yang ramai ulamak jazam dengannya bahawa tidak ada kotoran dibawah kuku yang menegah sampai air kepada apa yang dibawahnya. Bersalahan satu kumpulan yang daripada mereka itu adalah al-Ghazali dan Zarkasyi dan selain keduanya. Mereka memanjangkan pentarjihannya dan menjelaskan kelonggaran dari apa yang ada dibawahnya, daripada kotoran, tidak umpama tepung yang diuli. [49] Azraie dan selainnya mengisyarat kepada lemahnya pendapat mereka itu. Sungguhnya Asnawi membuat penerangan didalam Tatimmah dan selainnya dengan apa yang didalam Raudhah dan selainnya, daripada tidak ada sedikit pun kelonggaran daripada apa yang ada dibawahnya, sekira-kira ia menegah sampai air pada tempatnya. Bughawi memfatwakan pada kotoran yang terhasil dari debu dengan bahawa ianya menegah sah wudhuk. Bersalahan kotoran yang terjadi dari tubuhnya, iaitu peluh yang membeku. Jazam Ardabili* dengannya didalam al-Anwar. [50] Dan kelimanya masuk waktu bagi orang yang berkekalan hadath, seperti bertali-talian kencing dan mustahadah. Disyaratkan baginya juga sangka masuk waktu. Maka tidak boleh dia berwudhuk sama seperti orang yang bertayammum untuk fardhu atau sunat yang berwaktu sebelum waktu memperbuatnya, dan untuk sembahyang jenazah sebelum dimandikan mayatnya, dan untuk tahiyyat masjid sebelum masuk masjid, dan untuk rawatib yang terkemudian sebelum melakukan fardhu. Lazim dua wudhuk atau dua tayammum atas khatib yang berterusan hadath. Satu daripada dua itu untuk khutbah dan satu lagi selepas kedua khutbah untuk sembahyang jumaat. Memadai satu untuk keduanya bagi selain dia. [51] Wajib atasnya berwudhuk untuk setiap fardhu, seperti tayammum. Begitu juga membasuh faraj dan menukarkan kapas yang pada mulut faraj dan ikatannya, sekalipun ia tidak berganjak dari tempatnya. Kena diatas seumpama orang yang bertali-tali kencing bersegera mengerjakan sembahyang. Maka kalau dia melambatkan kerana maslahatnya seperti menunggu jamaah atau jumaat sekalipun dia melewatkannya dari awal waktunya, dan seperti pergi kemasjid, ia tidak memudharatkannya. [52] Fardhu-fardhu wudhuk itu enam. Satu daripadanya niat wudhuk atau menunaikan fardhu wudhuk atau mengangkat hadath, bagi selain orang yang berterusan hadath, hinggakan pada wudhuk yang dibaharui, atau bersuci dari hadath atau bersuci untuk umpama

  • .

    .

    " "

    .

    ) ( ) ( ) .(

    .

    .

    .

    . ) ( ) ( )(

    " ) ." ( ) ( ) ( ) ( ) ( .

    ) . ( ) .(

    .

    sembahyang, daripada perkara yang tidak diharuskan melainkan dengan wudhuk, atau mengharuskan suatu yang berhajat kepada wudhuk seperti sembahyang dan menyentuh mushaf. Tidak memadai niat mengharuskan apa yang disunatkan wudhuk untuknya, seperti membaca Quran atau hadith, dan seperti masuk masjid dan ziarah kubur. [53] Asal pada wajibnya niat itu adalah satu khabar Amalan-amalan itu hanyalah dengan niatnya, iaitu hanyasanya sah amalan itu, bukan sempurnanya. [54] Wajib menyertakan niat itu dengan basuhan juzuk muka yang awal. Maka jikalau dia menyertakannya dengan pertangahan basuhan muka memadai ia, dan wajib mengulang basuh apa yang mendahului niat itu. Tidak memada menyertakan niat itu dengan apa yang sebelum muka, sekira-kira dia tidak mengekalkannya hingga kepada basuhan suatu dari muka. Apa yang dia sertakan niat adalah permulaannya . Maka luput sunat kumur-kumur jika terbasuh besertanya oleh sesuatu daripada muka, seperti merah bibir selepas niat itu. [55] Maka yang terutama adalah bahawa dia menceraikan niat, dengan bahawa dia meniatkan sunat wudhuk disisi setiap dari membasuh dua tapak tangan dan kumur-kumur dan hisap air kehidung, kemudian fardhu wudhuk disisi membasuh muka, supaya tidak luput fadhilat menyertakan niat dari awalnya dan fadhilat kumur-kumur dan hisap air kehidung serta terbasuh merah bibir. [56] Dan keduanya membasuh zahir mukanya, kerana ayat : maka hendaklah kamu basuh muka-muka kamu. Muka itu nisbah panjang adalah apa yang diantara tempat tumbuh rambut kepalanya, pada ghalibnya, dan bawah penghujung dua tulang rahang bawah. Maka ianya daripada muka. Tidak, apa yang dibawah rahang dan rambut yang tumbuh atas apa yang dibawahnya. Dan nisbah lebar adalah apa yang diantara dua telinganya. [57] Wajib membasuh bulu yang ada pada muka, daripada bulu mata dan kening dan misai dan janggut sepat dan janggut iaitu apa yang tumbuh diatas dagu iaitu tempat berhimpun dua tulang rahang, dan tali tudung iaitu apa yang tumbuh diatas tulang yang membetuli telinga, dan jambang iaitu apa yang menurun darinya hingga kepada janggut. [58] Sebahagian daripada muka itu adalah merah dua bibir mulut dan kawasan ghamam iaitu kawasan dahi yang tumbuh rambut diatasnya, tidak tempat andaman diatas pendapat yang paling sahih, iaitu kawasan yang tumbuh diatasnya rambut yang nipis diantara permulaan tali tudung dan sulah, dan tidak anak telinga, dan dua sulah yang mana keduanya

  • .

    .

    .

    .

    .

    . ) ( ) (

    ) ( . .

    ) (

    .

    ) ( ) (

    :

    . :

    . . .

    ) ( ) (

    . .

    ) (

    .

    .

    . ) (

    adalah dua kawasan putih yang mengapit ubun-ubun, dan kawasan shal-ie iaitu kawasan yang diantara dua sulah apabila gugur rambut darinya. [59] Disunatkan membasuh semua apa yang dikatakan bahawa ia bukan sebahagian daripada muka. Wajib membasuh zahr dan batin setiap daripada rambut-rambut yang lalu itu sekalipun tebal, kerana nadir tebal padanya, tidak batin yang tebal bagi janggut dan tali tudung. Yang tebal itu adalah apa yang tidak kelihatan zahir kulit dari celah-celahnya pada majlis berbual, pada adatnya. [60] Wajib membasuh apa yang tidak dapat dipastikan basuhan semua muka melainkan dengan membasuhnya, kerana suatu yang tidak sempurna perkara yang wajib melainkan dengannya adalah suatu yang wajib. [61] Dan ketiganya membasuh dua tangannya, daripada dua tapak tangannya dan dua lengannya serta setiap siku, kerana ayat tersebut. Wajib membasuh semua apa yang ada pada tempat fardhu, daripada bulu dan kuku, sekalipun panjang. [62] Cabangan: jikalau dia lupa setompok, kemudian ia terbasuh pada menigakan basuhan atau pada mengulang wudhuk kerana lupa wudhuk pertama, bukan kerana tajdid dan cermat, memadai ia. [63] Dan keempatnya menyapu sebahagian kepalanya, seperti sulah dan kawasan putih yang dibelakang telinga : kulit atau rambut yang ada pada had kepala itu, walaupun sebahagian rambut yang sehelai, kerana ayat tersebut. Kata Bughawi : sayugia bahawa tidak memadai oleh yang kurang dari kadar ubun-ubun, iaitu apa yang diantara dua sulah, kerana nabi s.a.w.m tidak pernah menyapu kurang darinya. Ianya adalah riwayat dari Abu Hanifah rahimahullah taala. Yang masyhur darinya adalah wajib menyapu satu perempatnya. [64] Dan kelimanya membasuh dua kaki dengan setiap buku lali dar isetiap kaki, kerana ayat tersebut, atau menyapu dua khuf bagi kedua kaki itu, dengan syarat-syaratnya. Wajib membasuh batin lubang dan pecah-pecah. [65] Cabangan: jikalau masuk duri pada kakinya dan zahir sebahagiannya, wajib menanggalkannya dan membasuh tempatnya, kerana tempat itu menjadi pada hukum zahir. Maka jika tertutup semuanya jadilah ia pada hukum batin, maka sah wudhuknya. Jika melepuh pada kaki atau selainnya tidak wajib membasuh batinnya selama tidak koyak. Maka jika ia koyak wajib membasuh batinnya selama tidak bersedaging.

    [66] Tanbih: mereka sebutkan pada mandi bahawa dimaafkan batin simpulan rambut, iaitu apabila ia tersimpul

  • .

    .

    . :

    . ) ( ) (

    .

    .

    .

    .

    :

    .

    .

    . :

    .

    . ) (

    ) ( .

    . .

    .

    .

    dengan sendiri. Dihubungkan dengannya orang yang dibala dengan umpama telur kutu yang melekat pada umbi-umbi rambutnya, hinggakan ia menegah sampai air kepadanya, dan tidak terboleh menghilangkannya. Sunguhnya syeikh bagi syeikh-syeikh kami : Zakaria Ansari telah menjelaskan dengan bahawa tidak boleh dihubungkan ia dengannya, bahkan kena atasnya tayammum. Akan tetapi kata muridnya syeikh kami Ibnu Hajar : yang ada wajah adalah maaf, kerana dharurat. [67] Dan keenamnya tertib seperti apa yang disebutkan itu, daripada mendulukan basuh muka kemudian dua tangan kemudian dua kaki, kerana ittiba. Kalau seorang berhadath menyelam walaupun didalam air yang sedikit dengan niat yang diiktibarkan, daripada niat yang telah lalu, memadai ia baginya dari wudhuk. Walaupun dia tidak diam didalam selamannya kadar masa yang terboleh tertib padanya. [68] Naam, jikalau dia mandi (cara jirus) dengan niat mengangkat hadath maka disyaratkan tertib yang sebenar padanya. Tidak mudharat lupa setompok atau beberapa tompok pada selain anggota wudhuk, bahkan jika ada diatas anggota yang selain angota-anggota wudhuk suatu yang menegah seperti lilin, ia tidak memudharatkan. Seperti apa yang dizahirkan oleh syeikh kami. [69] Jikalau seorang berhadath dan berjunub memadai mandi dari keduanya dengan niat junub. Tidak wajib yakin meratai air pada semua anggota, bahkan memadai kuat sangkaan dengannya. [70] Cabangan: jika seorang yang berwudhu atau mandi syak pada menyucikan satu anggota sebelum selesai dari wudhuknya atau mandinya, dia menyucikannya, begitu juga syak yang selepas selesai, pada wudhuk. atau dia syak selepas selesai dari bersucinya, tidak memberi kesan ia. Jikalau syak itu pada niat, tidak berkesan juga diatas yang paling ada wajah, sepertimana didalam syarah Minhaj bagi syeikh kami. Dia kata didalamnya: kias apa yang akan datang pada syak selepas fatihah dan sebelum ruku adalah bahawa kalau dia syak selepas basuh satu anggota pada asal basuhan anggota itu lazim dia mengulanginya, atau syak pada basuh sebahagiannya tidak lazim dia mengulangnya. Maka ditanggungkan kata mereka yang pertama itu diatas syak pada asal basuh anggota bukan sebahagian anggota. [71] Disunatkan bagi seorang yang berwudhuk walaupun dengan air yang dirampas diatas pendapat yang paling ada wajah akan tasmiah pada awalnya, iaitu awal wudhuk, kerana ittiba. Sekurang-kurangnya dan paling sempurnanya . Ianya wajib disisi imam Ahmad. Disunatkan taawwuz sebelumnya dan selepasnya dua syahadah dan .

  • . .

    .

    . .

    .

    :

    . ) (

    . ) (

    "

    " .

    ) ( .

    .

    . .

    ) (

    . "

    ."

    .

    Sunat bagi orang yang meninggalkannya pada awalnya bahawa dia mendatangkannya pada tengah-tengah wudhuk dengan dia katakan , tidak selepas selesainya. Begitu juga pada umpama makan dan minum dan mengarang dan bercelak, daripada apa yang disunatkan tasmiah baginya. [72] Yang dinakalkan dari Syafie dan ramai sahabat-sahabatnya bahawa yang pertama daripada sunat-sunat wudhuk itu adalah tasmiah. Dengannya jazam Nawawi didalam Majmuk dan selainnya. Maka orang yang berwudhuk berniat (niatkan ianya sunat wudhuk) beserta dengan tasmiah itu disisi membasuh dua tangan. Kata sekumpulan ulamak bahawa sunatnya yang pertama adalah siwak, kemudian selepasnya tasmiah. [73] Cabangan: disunatkan tasmiah untuk membaca Quran, walau dari tengah surah, didalam sembahyang atau diluarnya, dan untuk mandi dan tayammum dan menyembelih. [74] Kemudian membasuh dua tapak tangan, bersama-sama, hingga kepada dua pergelangan tangan bersama dengan tasmiah yang disertakan dengan niat, sekalipun dia berwudhuk dari umpama cerek atau dia tahukan suci kedua tanannya, kerana ittiba. [75] kemudian siwak, dengan melintang pada gigi-gigi, zahir dan batin, dan dengan memanjang pada lidah. Kerana khabar yang sahih kalaulah aku tidak menyusahkan umat ku nescaya aku suruh mereka dengan siwak disisi setiap sembahyang, iaitu sebagai suruhan yang mewajibkan. Terhasil ia dengan setiap yang kasar, walau dengan umpama perca kain atau usynan. Ranting kayu terlebih utama dari selainnya, dan yang utamanya adalah yang mempunyai bau, dan paling afdhalnya ranting kayu arak. Tidak dengan jari-jarinya walaupun kasar. Bersalahan apa yang dipilih oleh imam Nawawi. [76] Hanyalah jadi kuat sunat siwak itu, walau bagi orang yang tidak ada gigi baginya, kerana setiap wudhuk dan kerana setiap sembahyang, fardhunya dan sunatnya, sekalipun dia baru memberi salam dari dua rakaat atau baru bersiwak kerana wudhuknya, dan sekalipun tidak menceraikan diantara keduanya suatu perceraian, sekira-kira dia tidak bimbang bernajis mulutnya. Demikian itu kerana khabar Humaidi dengan sanad-sanad yang baik dua rakaat dengan siwak lebih afdhal dari tujuh puluh rakaat tanpa siwak. Jikalau dia meninggalkannya pada awal wudhuk dia memperdapatkannya ditengah-tengah ssembahyang dengan perbuatan yang sedikit, sama seperti memakai serban. [77] Jadi kuat ia juga kerana membaca Quran atau hadith atau ilmu syara atau berubah mulut, bau atau warna, dengan umpama tidur atau makan benda yang busuk,

  • . .

    .

    .

    . .

    .

    .

    . ) ( .

    .

    ) . ( )

    ( .

    ) (

    .

    .

    .

    .

    . ) ( ) (

    . .

    : .

    atau berubah gigi dengan umpama menguning, atau bangun dari tidur dan hendak tidur, dan masuk masjid dan rumah dan pada waktu sahur dan disisi hadir kematian sepertimana yang ditunjukkan oleh satu khabar bagi dua yang sahih. Dikatakan bahawa ia memudahkan keluar roh. Sebahagian ulamak memahami dari demikian itu jadi kuat sunat siwak itu bagi orang sakit. [78] Sayugia bahawa dia niatkan sunat dengan siwak itu supaya diberi ganjaran dia diatasnya, dan bahawa dia menelan air liurnya pada permulaan bersiwaknya, dan bahawa dia tidak menghisapnya. Disunatkan menyelati gigi sebelum siwak atau selepasnya dari sisa-sisa makanan, dan siwak itu lebih terafdhal darinya. Bersalahan orang yang mengatakan sebaliknya. Tidak dimakruhkan bersiwak dengan siwak orang lain yang mengizinkan atau diketahui redhanya. Jika tidak haram ia seperti mengambilnya dari milik orang lain, selama tidak berjalan adat dengan berpaling dari siwak itu. Dimakruhkan ia bagi orang yang puasa selepas zawal, jika tidak berubah mulutnya dengan umpama tidur. [79] kemudian kumur-kumur kemudian sedut air kehidung, kerana ittiba. Sekurang-kurang keduanya adalah menyampaikan air kemulut dan hidung. Tidak disyaratkan pada terhasil sunat memutarkannya didalam mlut dan meluahkannya darinya dan menghembuskannya dari hidung. Bahkan ianya sunat seperti mendalami pada keduanya bagi orang yang tidak puasa, kerana suruhan dengannya. Sunatkan menghimpunkan keduanya dengan tiga cedukkan, dia berkumur-kumur kemudian sedut kehidung dari setiap satu dari tiga cedukkan itu. [80] dan menyapu semua kepala, kerana ittiba dan kerana keluar dari khilaf imam Malik dan Ahmad. Maka jika dia menghadkan atas sebahagiannya maka yang terutama adalah bahawa ianya ubun-ubun. Yang terutama pada kaifiatnya bahawa dia meletakkan dua tapak tangannya diatas hadapan kepalanya sambil dia mendempekkan satu jari telunjuknya dengan yang satu lagi dan dua ibu jarinya diatas pelipisnya, kemudian memperlalukan keduanya serta baki jari-jarinya yang selain dua ibu jari hingga ke tengkoknya, kemudian memulangkan keduanya ke permulaan, jika ada baginya rambut yang terbalik. Jika tidak, maka hendaklah dia menghadkan atas pergi. Jika diatas kepalanya ada serban atau songkok dia sempurnakan sapu diatasnya selepas menyapu ubun-ubun, kerana ittiba. [81] dan menyapu seluruh dua telinga, zahir dan batin dan dua lubang telinganya, kerana ittiba. Tidak disunatkan sapu tengkok, kerana tidak sabit padanya oleh sesuatu. Kata Nawawi: bahkan ia adalah bidah, dan hadithnya maudhu.

  • ) ( .

    ) (

    . . ) ( ) (

    .

    . ) (

    ) . ( )(

    .

    . "

    .

    ." ""

    .

    . .

    ) (

    .

    .

    .

    . .

    . .

    . .

    [82] dan gosok anggota-anggota wudhuk. Ia adalah memperlalukan tangan diatasnya mengiringi bertemunya dengan air, kerana keluar dari khilaf orang yang mewajibkannya. dan menyelati janggut yang tebal. Yang terafdhal adalah keadaannya dengan jari-jari kanannya dan dari bawah, serta menjarangkannya, dan dengan cedukkan air yang tersendiri, kerana ittiba. Makruh meninggalkannya. [83] dan menyelati jari-jari dua tangan dengan tasybik dan dua kaki dengan sebarang kaifiat. Yang terafdhal adalah bahawa dia menyelatinya dari bawah dengan kelingking tangannya yang kiri hal keadaan dia memulakan dengan kelingking kaki kanan dan menyudahkan dengan kelingking kiri. [84] dan memanjangkan ghurrah, dengan bahawa dia membasuh beserta muka akan bahagian hadapan kepalanya dan dua telinganya dan dua papan tengkoknya. dan memanjangkan tahjil, dengan bahawa dia membasuh beserta dua tangan akan sebahagian lengan atas dan serta kaki sebahagian dua betis. Sehabis-habisnya adalah meratakan lengan atas dan betis. Demikian itu kerana khabar dua syeikh Sungguhnya ummat ku diseru pada Hari Kiamat dalam keadaan putih berseri, muka kaki dan tangan, kerana kesan wudhu. Maka siapa yang mampu dari kalangan kamu memanjangkan ghurrahnya (putih muka) maka lakukanlah. Muslim menambah dan tahjilnya (putih kaki tangan). Iaitu diseru mereka dalam keadaan putih berseri muka dan tangan dan kaki. Terhasil sekurang-kurang memanjangkan itu dengan membasuh sekurang-kurang lebih diatas yang wajib. Paling sempurnanya adalah dengan meratakan apa yang telah lalu.

    [85] dan menigakan setiap daripada apa yang dibasuh dan disapu dan gosok dan diselati dan siwak dan basmalah dan zikir yang mengiringinya, kerana ittiba pada kebanyakkan demikian itu. Terhasil menigakan itu dengan menenggelamkan tangan, sebagai contoh, walau kedalam air yang sedikit, bila dia menggerak-gerakkannya dua kali. Jikalau dia mengulang-alikkan air basuhan yang kedua terhasil baginya asal sunat meniga itu, sepertimana yang dizahirkan oleh syeikh kami. Tidak memada menigakan satu anggota sebelum menyempurnakan basuhannya yang wajib dan tidak memadai selepas sempurna wudhuk itu. Makruh kurang dari tiga, sama seperti lebih diatasnya, iaitu dengan niat wudhuk, sepertimana yang dibahaskan oleh sekumpulan ulamak. Haram ia dari air yang diwaqafkan untuk bersuci. [86] Cabangan: seorang yang syak ditengah-tengah wudhuk pada rata basuhan atau bilangan memegang yang yakin, diatas jalan wajib pada yang wajib dan diatas jalan sunat pada yang sunat. Sekalipun pada air yang diwakafkan. Adapun syak selepas selesai wudhuk maka ia tidak berkesan.

  • ) ( .

    .

    . .

    .

    .

    ) (

    .

    . .

    ) ( ) (

    . .

    .

    . ) ( ) (

    . ) (

    ) ( . ) (

    .

    "

    "

    [87] dan menganan, iaitu mendahulukan kanan atas kiri pada dua tangan dan dua kaki, dan bagi umpama orang yang kudung satu tangan adalahh pada semua anggota-anggota wudhuknya. Demikian itu kerana nabi s.a.w.m sentiasa suka melakukan dengan tangan kanan pada bersucinya dan urusannya semuanya. Iaitu daripada apa yang ianya dari kategori muila (positif), seperti bercelak dan memakai umpama gamis dan kasut dan mengerat kuku dan bercukur umpama kepala dan mengambil dan memberi dan bersiwak dan menyelati. Dimakruhkan meninggalkan tindakan menganan ini. Disunatkan mengiri pada lawannya. Iaitu apa yang adalah ia dari kategori hina (negatif) dan cemar, seperti istinjak dan buang hingus dan menanggalkan pakaian dan kasut. [88] Disunatkan mula dengan membasuh bahagian paling atas mukanya dan hujung-hujung dua tangannya dan dua kakinya sekalipun orang lain menjirus atasnya, dan mengambil air kemuka dengan kedua-dua tapak tangannya sekali, dan meletakkan bekas yang dia ceduk darinya pada kanannya dan bekas yang dia jirus darinya pada kirinya. [89] dan mualat diantara perbuatan-perbuatan wudhuk orang yang sihat, dengan bahawa dia masuk pada menyucikan setiap anggota sebelum kering anggota yang sebelumnya. Demikian itu kerana itiba dan kerana keluar dari khilaf orang yang mewajibkannya. Wajib mualat bagi orang yang bertali-tali hadath. [90] dan merawat tumit dan pangkal mata iaitu hujung mata yang mengiringi hidung, dan ekor mata iaitu hujung yang satu lagi, dengan sebelah tepi dua jari telunjuk (iaitu hujung sebelah tepinya). Tempat sunat merawat keduanya itu adalah apabila tidak ada padanya tahi mata yang menegah sampai air kepada tempatnya. Jika tidak, maka merawatnya adalah wajib, seperti aa yang sabit didalam Majmuk. Tidak disunatkan membasuh batin mata, bahkan kata sebahagian mereka demikian itu dimakruhkan, kerana memudharatkan. Ia hanyasalah dibasuh apabila bernajis, kerana berat urusan najis itu. [91] dan mengadap kiblat pada seluruh wudhuknya, dan meninggalkan bercakap ditengah-tengah wudhuknya, tanpa hajat, dengan selain zikir. Tidak makruh salam keatasnya dan tidak darinya dan tidak menjawabnya. Dan meninggalkan mengelap tanpa uzur, kerana ittiba. [92] dan dua syahadah mengiringinya, iaitu wudhuk, dengan sekira-kira tidak lama tempoh yang menceraikan darinya pada uruf. Maka dia berkata dalam keadaan dia mengadap kearah kiblat lagi mengangkat dua tangannya dan penglihatannya arah kelangit, walaupun dia seorang yang buta

    , kerana apa yang diriwayatkan oleh Muslim dari

  • : "

    " .

    " ."

    "

    :

    "

    .

    "

    " .

    .

    .

    "

    " : .

    ) ( ) (

    .

    . .

    .

    . .

    " " "" "

    " " ." :

    . .

    .

    rasulullah s.a.w.m Barang siapa yang berwudhuk kemudian dia berkata hingga akhir, dibukakan baginya pintu-pintu Syurga yang lapan, dia masuk dari mana-mana pintu yang dia kehendaki. Turmizi menambah . [93] Al Hakim meriwayat dan mengesahkannya Siapa yang berwudhuk kemudian berkata dituliskan pada kulit belulang kemudian dicap dengan satu alat pengecap maka tidak dipecahkan ia hingga hari Kiamat, artinya tidak datang kepadanya pembatalan, sepertimana yang sah, hinggakan dia melihat pahalanya yang besar. [94] Kemudian dia berselawat dan mengucap salam atas penghulu kita Muhammad dan keluarga penghulu kita Muhammad, dan membaca tiga kali, begitu juga mengadap kiblat, tanpa mengangkatkan suara. [95] Adapun doa-doa bagi anggota-anggota wudhuk yang masyhur maka tidak ada asal yang dikira baginya. Maka kerana itu aku hazafkannya kerana mengikut syeikh mazhab: Nawawi r.a. Dikatakan disunatkan bahawa orang yagn berwudhuk berkata disisi setiap basuhan anggota

    , kerana khabar yang diriwayatkan oleh Mustaghfiri, dan dia katakan : hasan lagi gharib. [96] dan minumnya dari lebihan air wudhuknya, kerana khabar bahawa padanya ada penawar dari setiap penyakit. Sunat merenjiskan kain pakainya dengannya, iaitu jika dia rasakan terhasil suatu yang mencemarkannya, sepertimana yang dizahirkan oleh syeikh kami. Diatasnya ditanggungkan perbuatan rasulullah s.a.w.m merecikkan kainnya dengannya. [97] dan dua rakaat selepas wudhuk, iaitu dengan sekira-kira dibangsakan keduanya kepada wudhuk itu pada uruf. Maka luput keduanya dengan lama perceraian pada uruf diatas pendapat yang paling ada wajah, dan disisi sebahagian mereka : dengan berpaling, dan sebahagian mereka : dengan kering anggota-anggota. Dikatakan dengan hadath. Dia membaca diatas jalan sunat pada rakaat pertama selepas fatihah hingga kepada , dan pada yang kedua hingga kepada . [98] Faedah : haram bersuci dengan air yang disabilkan untuk minum. Begitu juga air yang dijahilkan keadaannya, diatas yang paling ada wajah. Begitu juga membawa sesuatu daripada yang disabilkan kepada selain tempatnya.

  • ) ( ) ( ) (

    )( ) (

    .

    .

    ) (

    .

    . .

    ) (

    ) ( .

    .

    :

    .

    .

    .

    . .

    .

    . . .

    ) (

    .

    [99] Hendaklah seorang berwudhuk menghad diatas jalan wajib diatas basuhan atau sapuan yang wajib. Artinya maka tidak harus menigakan dan mendatangkan sekelian sunat-sunat, kerana sempit waktu dari mendapat keseluruhan sembahyang didalamnya. Sepertimana yang dijelaskan oleh Bughawi dan selainnya. Mengikutnya ulamak-ulamak mutakhir. Tetapi dia berfatwa pada luput sembahyang jikalau seorang itu menyempurnakan sunat-sunatnya dengan bahawa dia mendatangkannya, walaupun tidak mendapat satu rakaat. Sungguhnya dibezakan dengan bahawa dia disana (pada sembahyang) sibuk dengan maksud, maka adalah ia seperti jikalau memanjangkan bacaan. [100] atau kerana sedikit air, sekira-kira ia tidak mencukupi melainkan fardhu. Maka jikalau ada bersamanya air yang tidak memadainya untuk menyempurnakan toharahnya jika dia menigakan atau mendatangkan sunat-sunat atau dia berhajat kepada yang lebih itu kerana dahaga haiwan yang dihormati, haram menggunakannya pada suatu daripada sunat-sunat itu. Begitu juga yang dikatakan pada mandi. [101] dan (menghadkan) diatas jalan sunat diatas yang wajib, dengan meninggalkan sunat-sunat untuk mendapatkan jamaah yang tidak diharapkan selainnya. [102] Naam, apa yang dikatakan dengan wajibnya seperti gosok sayugia mendahulukannya diatas mendapatkan jamaah, sebanding apa yang telah lalu, daripada sunat mendahulukan yang luput dengan uzur atas yang hadhir, sekalipun luput jamaah. [103] Tatimmah : bertayammum seorang dari dua hadath kerana luput air atau kerana takutkan bahaya akibat penggunaan air, dengan tanah yang menyucikan yang mempunyai debu. Rukun-rukunnya : niat mengharuskan sembahyang fardhu yang disertakan dengan memindahkan tanah itu, dan menyapu mukanya kemudian dua tangannya. [104] Kalau dia yakinkan air pada akhir waktu maka menunggunya terafdhal, jika tidak, maka menyegerakan tayammum. [105] Bila tertegah penggunaan air pada satu anggota, wajib tayammum dan basuh yang sihat dan sapu dengan air semua pembalut yang mudharat menanggalkannya. Tidak ada tertib diantara keduanya bagi yang berjunub. Atau pada dua anggota, maka dua tayammum. [106] Tidak sembahyang seorang dengan tayammum melainkan satu fardhu. Sah sembahyang jenazah beserta satu fardhu. [107] Perkara-perkara yang membatalkannya, iaitu sebab-sebab yang membatalkan wudhuk itu empat.

  • ) (

    .

    ) ( )( ) (

    ) ( .

    . .

    ) ( ) (

    "

    ." .

    .

    . ) ( ) ( )

    (

    .

    .

    .

    ) ( ) (

    .

    .

    Satu daripadanya yakin keluar sesuatu selain maninya, ain adalah ia atau angin, basah atau kering, yang biasa seperti kencing atau yang nadir seperti darah buasir atau selainnya, tercerai ia atau tidak seperti ulat yang mengeluarkan kepalanya kemudian masuk semula. dari satu daripada dua jalan bagi orang yang berwudhuk yang hidup, dubur adalah ia atau kubul, walaupun yang keluar itu buasir yang tumbuh didalam dubur, lalu ia keluar atau bertambah keluarnya. Akan tetapi yang sangat alim Kamal Raddad memfatwakan dengan tidak batal wudhuk sebab keluar buasir itu sendiri, sebaliknya dengan sebab yang keluar kerananya seperti darah. Disisi Malik, tidak terbatal wudhuk dengan keluar yang nadir. [108] Dan keduanya hilang akal, iaitu kemampuan membeza, dengan sebab mabuk atau gila atau pitam atau tidur. Kerana satu khabar yang sahih maka siapa yang tidur maka hendaklah berwudhuk. Keluar dengan hilang akal itu oleh mengantuk dan permulaan terjadi mabuk. Maka tidak ada batal dengan keduanya, sepertimana apabila seorang itu syak adakah dia tidur atau mengantuk. Daripada tanda-tanda mengantuk itu adalah dengar cakap orang yang hadhir sekalipun dia tidak memahaminya.

    [109] tidak hilangnya dengan tidur orang yang duduk yang tetap tempat duduknya, iaitu dua papan punggungnya pada tempat tetapnya. Sekalipun dia bersandar kepada apa yang jikalau tidak ada nescaya dia jatuh, atau berihtiba dan tidak ada renggang diantara tempat duduknya dan tempat tetapnya. Terbatal wudhuk seorang yang tetap yang terjaga selepas beraleh papan punggungnya dari tempat tetapnya, tidak wudhuk orang yang syak adakah dia seorang yang tetap atau tidak, atau adakah beraleh papan punggungnya sebelum terjaga atau selepasnya.Yakin mimpi serta tiada ingat tidur tidak ada kesan baginya. Bersalahan yakin mimpi serta syak pada tidur, kerana mimpi itu adalah suatu yang mentarjihkan diantara dia tepi syak itu. [110] Dan ketiganya menyentuh faraj anak adam, atau tempat potongnya, walaupun bagi mayat atau budak yang kecil. Kubul adalah faraj itu atau dubur, berhubung atau terputus, melainkan apa yang dipotong pada khatan. Yang membatalkan daripada dubur itu tempat bertangkup salurannya, dan daripada kubul perempuan adalah tempat bertangkup dua bibirnya yang diatas salurannya, tidak apa yang selainnya seperti tempat khatannya.

    [111] Naam, disunatkan wudhuk kerana menyentuh umpama bulu ari-ari dan batin punggung dan dua telur dan rambut yang tumbuh diatas zakar dan pangkal peha dan menyentuh budak perempuan dan remaja lelaki dan orang sopak danYahudi, dan kerana umpama berpetik dan memandang dengan syahwat walaupun kepada mahram dan berlafaz dengan maksiat

  • .

    .

    ) (

    " " " ."

    .

    ) ( ) ( .

    . .

    .

    " " .

    .

    . :

    . ) ( .

    .

    .

    ) ( )

    ( .

    . .

    )

    ( .

    .

    dan marah dan menanggung mayat dan menyentuhnya dan menggunting misai dan bercukur kepalanya. Keluar dengan anak Adam oleh faraj bahimah, kerana ia tidak diingini. Dari kerana sana harus memandang kepadanya. [112] dengan batin tapak tangan. Kerana kata nabi s.a.w.m Siapa yang menyentuh farajnya, pada satu riwayat Siapa yang menyentuh zakar maka hendaklah dia berwudhuk. Batin tapak tangan itu adalah perut dua tapak tangan dan perut jari-jari dan yang menurun kepada keduanya disisi melekapkan keduanya dengan sedikit tekan. Bukan kepala jari-jari dan apa yang diantaranya dan tepi tapak tangan. [113] Dan keempatnya bertemu dua kulit lelaki dan perempuan, walau tanpa syahwat. Sekalipun seorang dari keduanya dipaksa atau mayat, akan tetapi tidak batal wudhuk mayat itu. Yang dikehendaki dengan kulit disini adalah selain bulu dan gigi dan kuku, mengatakannya syeikh kami, dan selain batin mata. [114] Demikian itu kerana kata Allah taala Atau bersentuh-sentuh kamu dengan perempuan, iaitu menyentuh kamu. Jikalau seorang syak adakah apa yang dia sentuh rambut atau kulit, tidak terbatal ia. Sepertimana kalau jatuh tangannya atas kulit yang dia tidak tahu adakah ianya kulit lelaki atau perempuan, atau dia syak adakah dia menyentuh mahram atau ajnabiah. Kata syeikh kami didalam Syarah Ubab : kalau seorang adil mengkhabarkan kepadanya dengan sentuhan perempuan akan dia, atau dengan seumpama keluar angin darinya ketika tidurnya, wajib dia berpegang dengan kata si-adil itu. [115] serta besar, pada kedua mereka. Maka tidak ada batal dengan bertemu keduanya serta kecil pada keduanya atau pada seorang daripada keduanya, kerana ternafi tempat sangkaan syahwat. Yang dikehendaki dengan yang mempunyai sifat kecil itu adalah budak kecil yang tidak diingini pada ghalibnya. [116] tidak, bertemu dua kulit mereka serta ada keadaan mahram diantara mereka dengan nasab atau susuan atau berambil-ambilan, kerana ternafi sangkaan syahwat itu. Kalau kesamaran mahramnya dengan perempuan-perempuan ajnabi yang terhingga, kemudian dia menyentuh seorang dari mereka itu, tidak terbatal ia. Begitu juga dengan yang tak terhingga, diatas pendapat yang paling ada wajah. [117] Tidak terangkat yakin adanya wudhuk atau hadath dengan sangkaan lawannya, dan tidak dengan syak padanya, yang difaham dengan terutama. Maka dia memegang yang yakin kerana mengekalkannya.

  • :

    .

    .

    .

    .

    .

    .

    .

    .

    .

    ) ( ) .(

    : : . .

    [118] Khatimah : haram dengan sebab hadath itu oleh sembahyang dan tawaf dan sujud dan menanggung mushaf dan apa yang ditulis untuk bacaan Quran walau sebahagian ayat, seperti papan batu. Iktibar pada kasad bacaan Quran dan mengambil berkat adalah pada ketika penulisannya, tidak selepasnya, dan pada orang yang menulis untuk dirinya atau untuk orang lain secara sukarela. Jika tidak secara sukarela, maka pada orang yang menyuruhnya. Tidak haram menanggungnya beserta dengan benda lain sedang mashaf itu bukan yang dimaksudkan dengan tanggung. Haram sentuh kertasnya walaupun putihnya, atau umpama bekas yang disediakan untuknya sedang ia ada didalamnya. Tidak haram membalikkan helaiannya dengan ranting bila ia tidak tercerai diatas ranting itu, dan tidak beserta dengan tafsir yang lebih, walaupun dengan andaian.

    [119] Tidak ditegah kanak-kanak yang berhadath walaupun berjunub dari menanggung dan menyentuh umpama mushaf kerana hajat mempelajarinya dan membacanya, dan kerana wasilah keduanya, seperti membawanya kemeja belajar dan mendatangkannya kepada guru supaya dia mengajarnya dari mushaf itu. [120] Haram membiarkan selain mumayyiz dari umpama mashaf walau sebahagian ayat, dan menulisnya dengan bahasa ajam dan meletakkan umpama dirham pada apa yang ditulis Quran padanya dan ilmu syara. Begitu juga meletakkannya diantara helaian-helaiannya, bersalahan syeikh kami. dan haram mengoyakkannya tanpa tujuan dan menelan apa yang ditulis ia diatasnya. Tidak, meminum air pemadamnya. Haram melunjurkan kaki kearah mashaf selama ia tidak diatas tempat tinggi. [121] Disunatkan berdiri kerana mashaf, sama seperti orang alim, bahkan terutama. Dimakruhkan membakar apa yang ditulis ia diatasnya melainkan kerana tujuan penjagaan, maka membasuhnya terutama dari bakar. [122] Haram dengan sebab janabah oleh diam didalam masjid dan membaca Quran dengan kasad Quran, walaupun sebahagian ayat, dengan sekira-kira dia mendengarkan dirinya, walaupun dia kanak-kanak. Bersalahan apa yang difatwakan oleh Nawawi. Dan haram dengan umpama haid, tidak dengan keluar darah beranak, oleh sembahyang dan bacaan Quran dan puasa. Wajib mengkadhanya, tidak sembahyang, bahkan haram mengkadhanya diatas yang paling ada wajah. [123] Toharah yang kedua adalah mandi. Ia pada bahasa : mengalirkan air diatas sesuatu, dan pada syara : mengalirkan air keatas seluruh tubuh dengan niat. Tidak wajib mandi dengan segera sekalipun seorang itu maksiat dengan sebabnya. Yang paling masyhur pada kata-kata fuqaha adalah dhommah ghainnya (),

  • . .

    ) ( . )

    .(

    . .

    .

    .

    .

    ) ( ) (

    ) ( ) ( . .

    ) ( ) ( .

    .

    ) (

    . : .

    .

    .

    . .

    " ."

    . .

    ) ( ) ( .

    .

    .

    .

    akan tetapi fathahnya lebih fasih. Dengan dhommahnya ia disyarikatkan diantara perbuatan dan air mandian. [124] Perkara yang mewajibkannya empat. Satu daripadanya keluar maninya permulaan kali. Diketahui ia dengan satu daripada ciri-ciri khususnya yang tiga, daripada rasa lazat dengan keluarnya atau terpancutnya atau bau tepung diuli ketika basah dan bau putih telur ketika kering. Maka jika tidak ada ciri-ciri khusus ini maka tidak ada mandi. [125] Naam, kalau seorang syak pada suatu, adakah ia mani atau mazi, dia memilih walau dengan keinginannya. Maka jika dia hendak dia jadikannya mani dan mandi, atau mazi dan membasuhnya dan berwudhuk. Jikalau dia melihat mani yang kering pada umpama kainnya lazim dia membasuhnya dan mengulangi setiap sembahyang yang dia yakininya jatuh selepasnya, selama mana adat tidak menanggung keadaannya dari orang lain. [126] Dan keduanya masuk khasyafah atau kadarnya dari orang yang luput khasyafah, walaupun ia dari zakar yang terpotong atau dari bahimah atau mayat, kedalam faraj, kubul atau dubur, walaupun bagi bahimah, seperti ikan pari atau mayat. Tidak diulang mandi mayat itu kerana ketiadaan taklifnya. [127] Dan ketiganya haid, iaitu terputusnya. Ia adalah darah yang keluar dari penghujung rahim perempuan pada waktu-waktu yang tertentu. [128] Sekurang-kurang tahunnya sembilan tahun yang berdasarkan bulan, iaitu sempurnanya. Naam, jika dia melihat darah sebelum sempurna sembilan tahun, dengan kurang enam belas hari, maka ianya haid. [129] Sekurang-kurang haid itu sehari dan semalam, dan sebanyak-banyaknya lima belas hari lima belas malam, sama seperti sekurang-kurang suci diantara dua haid. [130] Haram dengannya apa yang haram dengan sebab janabah dan bersentuhan kulit apa yang diantara pusatnya dan dua lututnya. Dikatakan tidak haram selain setubuh. Nawawi memilihnya didalam Tahkik-nya, kerana khabar Muslim buatlah apa yang kamu mahukan melainkan nikah. Apabila putus darahnya halal baginya sebelum mandi oleh puasa, tidak setubuh. Bersalahan apa yang dibahaskan oleh yang bersangatan alim Jalal as-Sayuti, semoga Allah taala mengasihinya. [131] Dan keempatnya nifas, iaitu putusnya. Ia adalah darah haid yang terkumpul, yang keluar selepas kosong semua rahim. Sekurang-kurangnya sedetik, dan ghalibnya empat puluh hari, dan sebanyak-banyaknya enam puluh hari. Haram dengannya apa yang haram dengan sebab haid. Wajib mandi

  • . ) ( ) (

    ) ( ) (

    .

    )

    ( . .

    .

    . ) ( ) ( )

    ( ) (

    ) (

    . ) . ( ) .(

    .

    .

    ) .(

    . ) . (

    .

    .

    ) ) ( ) (

    .

    juga dengan melahirkan anak, walau tanpa basah, dan mencampakkan alaqah dan mudghah dan dengan kematian muslim yang bukan syahid. [132] Fardhu mandinya, iaitu mandi dua perkara. Satu daripada dua itu adalah niat mengangkatkan janabah bagi yang berjunub atau, mengangkatkan haid bagi yang barhaid, iaitu mengangkatkan hukumnya. atau niat menunaikan fardhu mandi atau mengangkat hadath atau toharah darinya, atau menunaikan mandi, begitu juga mandi untuk sembahyang, tidak mandi sahaja. [133] Wajib bahawa adalah niat itu disertakan dengan awalnya, iaitu mandi, iaitu dengan awal yang dibasuh daripada tubuh walaupun pada bahagian bawah tubuh itu. Maka jikalau dia berniat selepas basuh satu juzuk, wajib mengulangi basuhan juzuk itu. Jikalau dia berniat mengangkatkan janabah dan mandikan sebahagian tubuhnya, kemudian dia tidur, kemudian dia terjaga dan hendak memandikan yang baki, tidak dia perlu kepada mengulangi niat. [134] Dan yang keduanya : meratakan zahir tubuh hinggakan kuku dan apa yang ada dibawahnya, dan rambut zahir dan batin, sekalipun tebal, dan apa yang zahir daripada umpama tempat tumbuh rambut yang hilang sebelum membasuhnya, dan lubang telinga dan faraj perempuan ketika duduknya diatas dua tapak kakinya (cangkung) dan pecah-pecah pada tubuh. dan batin cacar (ketumbuhan) yang terbuka matanya, tidak batin luka yang telah sembuh dan membonjol kulit luarnya dan tidak zahir suatu daripada apa yang dibawahnya. Haram mengopek apa yang telah bersedaging. dan apa yang dibawah kulup pada orang yang berkulup, maka wajib membasuh batinnya kerana ia suatu yang mesti dihilangkan. Tidak, batin rambut yang tersimpul dengan sendirinya sekalipun banyak. Tidak wajib kumur-kumur dan sedut air kehidung, bahkan dimakruhkan meninggalkan keduanya. [135] dengan air yang menyucikan. Sungguhnya telah lalu bahawa mudharat perubahan air sebagai perubahan yang memudharatkan, walau dengan apa yang ada diatas anggota. Bersalahan sekumpulan ulamak. Memadai sangka ratanya, iaitu rata air itu diatas kulit dan rambut, sekalipun dia tidak meyakininya. Maka tidak wajib yakin ratanya, bahkan memada kuat sangkaan dengan ratanya pada tubuh, sama seperti wudhuk. [136] Disunatkan bagi mandi wajib dan sunat akan tasmiah pada awalnya dan menghilangkan cemar-cemar yang suci, seperti mani dan kahak, dan najis seperti mazi, sekalipun memadai bagi keduanya oleh satu basuhan, dan bahawa kencing orang yang keluar mani sebelum mandi, supaya keluar apa yang tingal pada tempat lalunya.

  • ) ( )

    ( .

    .

    .

    .

    . .

    .

    .

    . ) (

    .

    .

    . .

    ) (

    .

    . ) (

    .

    .

    [137] kemudian selepas menghilangkan cemar-cemar itu berkumur-kumur dan menghisap air kehidung, kemudian wudhuk yang sempurna, kerana ittiba yang diriwayatkan oleh dua syeikh. Disunatkan baginya mengekalkan wudhuk itu hingga selesai, hinggakan jika dia berhadath disunatkan dia mengulangi wudhuk itu. Sangkaan Muhamili tertentu wudhuk itu dengan mandi wajib adalah lemah. [138] Yang afdhal tiada mengkemudiankan basuhan dua tapak kakinya dari mandi, sepertimana apa yang dijelaskan oleh Nawawi didalam Raudhah, sekalipun sabit mengkemudiankan keduanya didalam Bukhari. [139] Jikalau dia berwudhuk ditengah-tengah mandinya atau selepasnya terhasil baginya asal sunat, akan tetapi yang afdhal adalah mendahulukannya. Dimakruhkan meninggalkannya. [140] Dia niatkan dengan wudhuk itu sunat mandi, jika sunyi janabahnya dari hadath kecil. Jika tidak dia niatkan dengannya mengangkat hadath kecil atau umpamanya, kerana keluar dari khilaf orang yang mewajibkannya yang berkata dengan tiada termasuk (suci hadath kecil dalam suci hadath besar). Jikalau dia berhadath selepas terangkat janabah anggota-anggota, wudhuk melaziminya wudhuk yang disertakan dengan niatnya. [141] kemudian merawati lipatan-lipatan, seperti telinga dan ketiak dan pusat dan pangkal mata dan tempat pecah, dan merawati umbi-umbi rambut. Kemudian membasuh dengan menuang air selepas menyelatinya, jika ada diatasnya rambut. Tidak ada menganan pada membasuh kepala bagi selain orang yang bertangan satu. Kemudian membasuh sebelah tubuh yang kanan, kemudian yang kiri, dan gosok apa yang sampai tangannya kepadanya, daripada, tubuhnya kerana keluar dari khilaf orang yang mewajibkannya. [142] Dan menigakan basuh semua tubuh dan gosok dan tasmiah dan zikir mengiringinya. Terhasil ia didalam air yang tenang dengan menggerakkan semua tubuh tiga kali, sekalipun dia tidak mengubah dua tapak kakinya kepada tempat lain, diatas yang paling ada wajah. [143] Dan mengadap kiblat, dan mualat, dan tinggal bercakap tanpa hajat, dan tinggal mengelap tanpa ada keuzuran. [144] Disunatkan dua syahadah yang terdahulu pada wudhuk serta apa yang bersama keduanya mengiringi mandi, dan bahawa dia mandi kerana janabah atau selainnya, sama seperti wudhuk, pada air yang tenang yang tidak melaut, seperti air yang terpancar dari mata air yang tidak mengalir.

  • :

    . )

    ( .

    :

    . .

    . ) ( )

    ( .

    .

    . .

    ) (

    ) .(

    )(

    ) . ( ) ( .

    " " .

    .

    . ) (

    . . .

    [145] Cabangan: jikalau seorang mandi kerana janabah dan umpama jumaat dengan meniatkan keduanya, terhasil keduanya, sekalipun yang terafdhal menunggalkan setiap satu dengan satu mandian. Atau kerana satu daripada keduanya, terhasillah ia sahaja. [146] Kalau seorang berhadath kemudian berjunub memada satu mandian, sekalipun dia tidak niatkan wudhuk serta mandi itu, dan tidak mentertibkan anggota-anggotanya. [147] Cabangan : disunatkan bagi yang berjunub dan yang berhaid dan yang bernifas selepas terputus darah keduanya membasuh faraj dan berwudhuk untuk tidur dan makan dan minum. Dimakruhkan melakukan suatu dari demikian itu tanpa wudhuk. [148] Sayugia dia tidak menghilangkan rambut atau kuku sebelum mandi, begitu juga darah, kerana demikian itu dipulangkan diakhirat dalam keadaan berjunub. [149] Harus mendedahkan aurat kerananya, iaitu untuk mandi pada khalwat, atau pada kahadhiran orang yang harus memandang kepada auratnya, seperti isterinya dan hamba perempuannya. Menutup aurat itu terutama. Haram ia jika ada disana orang yang haram memandang kepadanya, sama sepertimana haramnya pada khalwat tanpa hajat. Halal ia padanya kerana serendah-rendah hajat, seperti apa yang akan datang. [150] Dan yang keduanya, iaitu yang kedua daripada syarat-syarat sembahyang adalah suci tubuh. Sebahagian daripada tubuh itu adalah bahagian dalam mulut dan hidung dan dua mata. dan pakaian dan selainnya, daripada setiap apa yang dia tanggung, sekalipun tidak bergerak dengan pergerakkannya. dan tempat yang dia sembahyang padanya. dari najis yang tidak dimaafkan darinya. Maka tidak sah sembahyang besertanya walaupun dalam keadaan lupa atau jahil dengan adanya, atau dengan keadaannya membatalkan, kerana kataNya taala Dan pakaian kamu hendaklah kamu sucikan, dan kerana khabar dua syeikh itu. [151] Tidak mudharat sejajar najis dengan tubuhnya, tetapi dimakruhkan sembayang serta sejajar dengannya, sama seperti mengadap najis atau suatu yang bernajis. Bumbung adalah seperti demikian itu jika ia hampir dengannya, dengan sekira-kira ia dibilang suatu yang sejajar dengannya pada uruf. [152] Tidak wajib mengelakkan najis pada selain sembahyang. Tempatnya adalah pada selain berlumur dengannya pada tubuh atau pakaian. Maka ianya haram dengan tidak ada hajat.

  • . ) (

    ) ( .

    :

    .

    .

    . :

    .

    .

    .

    .

    . .

    ) (

    . .

    ) ( .

    . ) (

    .

    ) (

    . .

    . ) (

    [153] Najis pada syara adalah suatu yang dibilang kotor yang menegah sah sembahyang, sekira-kira tidak ada yang mengharuskan. Maka ia adalah seperti tahi dan kencing, walau keduanya dari burung dan ikan dan belalang dan apa yang tidak ada darah yang mengalir baginya, atau dari apa yang dimakan dagingnya diatas yang paling sahih. Kata Ashtakhri dan Ruyani daripada imam-imam kita, sama seperti Malik dan Ahmad : bahawa keduanya suci dari binatang yang dimakan. [154] Jikalau bahimah berak atau memuntahkan bijian, maka padanya tafsil: jika ianya keras, dengan sekira-kira jikalau ditanam boleh tumbuh, maka ianya mutanajjis, boleh dibasuh dan dimakan. Jika tidak maka ianya najis. Mereka tidak menerangkan hukum yang selain bijian. Kata syeikh kami : yang zahir adalah bahawa jika ia berubah dari keadaannya yang sebelum ditelan walaupun sedikit maka ianya najis. Jika tidak maka ia mutanajjis. [155] Sabit didalam Majmuk dari syeikh Nasr : maaf dari kencing lembu pengirik (memisahkan bijian dari tangkai) diatas bijian yang diirik, dan dari Juwaini : bangkangan yang kuat diatas menyelidikinya dan menyucikannya. Fazari membahaskan maaf dari tahi tikus apabila ia jatuh kedalam air walhal umum bala dengannya. [156] Adapun apa yang didapati diatas daun sebahagian pokok yang seperti buih maka ianya najis, kerana ia keluar dari dalam batin sebahagian ulat-ulat sepertimana yang disaksikan demikian itu. Bukanlah anbar itu tahi, bersalahan orang yang menyangkanya, bahkan ia adalah satu tumbuhan didalam laut. [157] dan mazi, ( dengan dal yang bertitik satu) kerana suruhan nabi dengan membasuh zakar darinya. Ia adalah cairan yang putih atau kuning cair, ghalibnya ia keluar pada ketika bergerak syahwat dengan syahwat yang tidak kuat. dan wadi, iaitu cairan yang putih keruh likat, pada ghalibnya ia keluar mengiringi kencing atau disisi menanggung sesuatu yang berat. [158] dan darah hinggakan apa yang kekal diatas umpama tulang. Akan tetapi dimaafkan darinya. Mereka mengecualikan dari darah itu akan hati dan limpa dan kasturi, iaitu walaupun dari bangkai, jika ia keras, dan alaqah dan mudghah dan susu yang keluar dengan warna darah, dan darah telur yang tidak rosak, [159] dan nanah, kerana ia adalah darah yang berubah, dan air bisa, iaitu air cair yang bergaul dengan darah. Begitu juga air luka dan cacar dan gelembong melepoh jika berubah. Jika tidak, maka airnya suci. [160] dan muntah dari maiddah, sekalipun tidak berubah, iaitu apa yang kembali keluar selepas sampai kepada kepada maiddah, walaupun air.

  • .

    .

    .

    .

    .

    .

    .

    .

    . .

    .

    .

    . .

    .

    .

    . .

    .

    . .

    .

    .

    . . Adapun yang kembali sebelum sampai kepadanya dengan yakin, maka ia bukan najis dan bukan mutanajjis. Bersalahan Qaffali. Syeikh kami memfatwakan bahawa kanak-kanak apabila dibala dengan berturut-turut muntah dimaafkan muntah itu dari putting emaknya yang masuk kedalam mulutnya, tidak dari tempat kucup atau tempat sentuhannya. [161] dan hempedu dan susu yang tidak dimakan, melainkan anak Adam, dan biak umpama unta. [162] Adapun mani maka ianya suci, bersalahan imam Malik. Begitu juga balgham selain perut, daripada kepala atau dada, dan air yang mengalir dari mulut orang yang tidur, walaupun busuk atau kuning, selama tidak diyakini bahawa ianya dari maiddah. Melainkan orang yang dibala dengannya, maka dimaafkan ia darinya, sekalipun banyak. [163] dan (begitu juga) basahan faraj, iaitu kubul, diatas yang paling sahih. Ia adalah air yang putih yang sifatnya ditengah-tengah diantara mazi dan peluh, yang keluar dari batin faraj yang tidak wajib membasuhnya. Bersalahan air yang keluar dari bahagian faraj yang wajib membasuhnya, maka ianya adalah suatu yang suci dengan putus, dan bersalahan apa yang keluar dari belakang batin faraj, maka ia adalah najis dengan putus, sama seperti setiap yang keluar dari batin tubuh, dan seperti air yang keluar serta anak atau sebelumnya. Tidak ada beza diantara tercerai basahan itu atau tidak tercerainya, diatas yang muktamad. Kata sebahagian mereka: beza diantara basahan yang suci dan yang najis adalah berhubung dan tercerai. Maka jikalau tercerai ia, maka didalam Kifayah dinakalkan dari Imam bahawa ianya adalah najis. Tidak wajib membasuh zakar bagi seorang yang berjimak, dan telur dan anak. Memfatwa syeikh kami dengan maaf dari basahan buasir bagi orang yang dibala dengannya. [164] Begitu juga telur haiwan yang tidak dimakan, halal memakannya, diatas yang paling sahih, dan rambut haiwan yang dimakan dan bulunya apabila diceraikan pada masa hidupnya. Jikalau disyakkan pada rambut atau umpamanya adakah ia dari haiwan yang dimakan atau selainnya, atau adakah ia tercerai dari yang hidup atau bangkai, maka ianya suci. Kias rambut itu bahawa tulang adalah seperti demikian itu. Dengannya dijelaskan didalam Jawahir. Telur bagi bangkai jika telah keras adalah suci, jika tidak, maka najis. [165] Sisa semua haiwan yang suci adalah suci. Maka kalau bernajis mulut seekor haiwan kemudian dia menjilat air yang sedikit atau cairan, maka jika ianya selepas ghaibnya yang terboleh pada ghaib itu oleh sucinya dengan dia menjilat pada air yang banyak atau mengalir,

  • tidak ia menajiskannya, walaupun kucing. Jika tidak, ia menajiskannya.

    :

    . :

    . .

    . .

    . .

    . : .

    . .

    . .

    .

    : .

    .

    . :

    . .

    . ) (

    .

    . .

    . .

    . [166] Kata syeikh kami sama seperti Sayuti kerana mengikut sebahagian ulamak-ulamak mutakhir : dimaafkan yang sedikit pada uruf daripada bulu najis dari haiwan yang bukan mughallazah, dan dari asap najis, dan dari najis yang ada diatas kaki lalat sekalipun boleh nampak, dan apa yang diatas saluran selain anak adam, daripada apa yang keluar darinya, dan tahi burung dan apa yang pada mulutnya, dan tahi haiwan yang kejadiannya pada air atau diantara daun-daun pokok kelapa yang diatapkan rumah dengannya dari hujan, sekira-kira susah memelihara air darinya. Kata sekumpulan ulamak: begitu juga apa yang dicampakkan oleh tikus, daripada tahinya, pada kolam-kolam yang tak terjaga apabila umum bala dengannya. Menguatkannya bahasan Fazari yang lalu. Syarat dimaafkan itu semuanya apabila ianya pada air bahawa air itu tidak berubah. Intaha syeikh kami. [167] Jebat musang adalah suci. Dimaafkan dari sedikit bulunya, seperti tiga helai. Seperti inilah mereka itlakkan, dan mereka tidak menerangkan bahawa yang dikehendaki adalah sedikit bulu pada jebat yang diambil untuk kegunaan atau pada bekas yang diambil jebat itu darinya. Kata syeikh kami: yang ada wajah adalah yang pertama, jika ianya keras, kerana perkiraan pada yang keras adalah pada tempat najis sahaja, maka jika banyak bulu itu pada satu tempat tidak dimaafkan ia darinya. Jika tidak, dimaafkan ia. Bersalahan yang cair, kerana semua yang cair adalah seperti benda yang satu. Maka jika sedikit bulu padanya dimaafkan ia dari tempatnya. Jika tidak, maka tidak dimaafkan. Tidak ada perhatian bagi yang diambil ketika itu . [168] Muhibbu Tabari menakal daripada Ibnu Shabbagh, dan dia memegangnya : bahawa dimaafkan dari biak unta dan umpamanya. Maka tidak bernajis apa yang dia minum darinya. Dihubungkan dengannya akan mulut haiwan yang mengunyah biak, daripada anak lembu dan kambing, apabila mengulum putting tetek ibunya. Kata Ibnu Solah: dimaafkan apa yang berhubung dengannya oleh suatu dari mulut-mulut kanak-kanak, serta yakin bernajisnya. Selain Ibnu Solah menghubung dengan mulut kanak-kanak akan mulut orang gila, dan jazam dengannya Zarkasyi. [169] dan seperti bangkai, walaupun umpama lalat, daripada apa yang tidak ada darah yang mengalir baginya. Bersalahan dengan Qaffal dan orang yang mengikutnya pada katanya dengan suci bangkai itu kerana ketiadaan darah yang menjadi busuk, sama seperti Malik dan Abu Hanifah. Maka bangkai itu adalah najis sekalipun tidak mengalir darahnya. Begitu juga bulunya dan tulangnya dan tanduknya. Bersalahan Abu Hanifah, apabila tidak ada padanya lemak. Memfatwa Hafiz Ibnu Hajar Asqalani dengan sah sembahyang

  • apabila seorang sembahyang menanggung bangkai lalat, jika ia berada pada tempat yang susah menjaga darinya.

    ) ( .

    " ."

    .

    .

    . .

    .

    .

    ) ( .

    ) (

    . .

    . .

    .

    .

    . :

    ..

    .

    [170] selain manusia dan ikan dan belalang, kerana halal memakan dua yang akhir. Adapun anak adam maka kerana kataNya taala Dan sungguhnya telah Kami muliakan anak cucu Adam. Kehendak memuliakan itu adalah bahawa tidak dihukumkan najis mereka dengan sebab mati. dan selain binatang buruan yang tidak dapat disembelih dan janin bagi haiwan yang disembelih yang mati dengan sembelihan ibunya.

    [171] Halal makan ulat benda yang boleh dimakan beserta benda itu, dan tidak wajib basuh umpama mulut darinya. Dinakalkan didalam al-Jawahir dari sahabat-sahabat Syafie : tidak harus memakan ikan masin yang tidak dibuangkan apa yang ada didalam rongganya, iaitu daripada segala cemar-cemar. Zahirnya tidak ada beza diantara yang besarnya dan yang kecilnya. Akan tetapi Dua Syeikh menyebutkan harus makan yang kecil serta barang yang didalam rongganya, kerana susah membersihkan apa yang didalamnya. [172] dan seperti yang memabukkan, iaitu yang sesuai untuk memabukkan, maka masuk setitik daripada yang memabukkan, yang cair, seperti khamar, iaitu yang dibuat dari anggur, dan nabiz iaitu yang dibuat dari selainnya. Keluar dengan cair umpama kecubung dan ganja. [173] Suci arak yang menjadi cuka dengan sendirinya, dengan tidak ada penyertaan ain asing dengannya, sekalipun tidak berkesan pada proses menjadi cuka itu, seperti anak batu. Mengikutnya pada suci oleh tempayannya, sekalipun ia menyerap sedikit dari arak itu atau arak itu mendidih didalamnya dan ternaik dengan sebab mendidih itu kemudian surut. Adapun apabila ia ternaik tanpa mendidih bahkan dengan perbuatan orang maka tidak suci tempayan itu, sekalipun ditenggelamkan yang ternaik itu sebelum keringnya atau selepasnya dengan arak yang lain, diatas yang paling ada wajah, sepertimana yang jazam dengannya oleh syeikh kami. [174] Yang dipegang oleh syeikh kami muhaqqiq Abdul Rahman bin Ziad bahawa tempayan itu suci jika ditenggelamkan yang ternaik itu sebelum keringnya, tidak selepasnya. Kemudian katanya : kalau dituangkan arak kedalam satu bekas kemudian dikeluarkan ia darinya dan dituangkan pada bekas itu arak lain selepas kering bekas itu dan sebelum membasuhnya, tidak suci arak yang kedua itu, sekalipun ia menjadi cuka selepas dipindahkan darinya kepada bekas yang lain. Intaha muhaqqiq Ziad. [175] Dalil diatas keadaan arak itu menjadi cuka adalah masam pada rasanya sekalipun tidak didapati sehabis-habis masam, dan sekalipun ia masih mengeluarkan buih.

  • . ) (

    . .

    .

    . :

    .

    :

    . .

    .

    .

    . .

    .

    .

    .

    . .

    .

    [176] Suci kulit yang jadi najis dengan sebab mati dengan tersamak yang membersihkannya, sekira-kira tidak kembali busuk kepadanya dan tidak rosak jikalau direndam ia didalam air. [177] dan seperti anjing dan babi dan anak setiap dari keduanya dengan yang satu lagi atau dengan haiwan selainnya. Ulat bangkai keduanya adalah suci. Begitu juga tenunan labah-labah diatas yang paling masyhur, sepertimana yang dikatakan oleh Subki dan Azraie. Jazam tuan kitab Uddah dan Hawi dengan najis sarang labah-labah itu. dan (begitu juga) apa yang keluar dari umpama ular pada masa hidupnya (iaitu kulit yang ia tanggalkan), sama seperti peluh, diatas apa yang difatwakan oleh sebahagian mereka. Akan tetapi kata guru kami, padanya renungan. Bahkan yang paling hampir bahawa ianya najis, kerana ia adalah juzuk yang bertubuh yang terpisah dari haiwan yang hidup, maka ia seperti bangkai. [178] Katanya juga : jikalau anjing atau babi menyetubuh seorang perempuan, lalu dia melahirkan anak berbentuk manusia, adalah anak itu najis. Serta demikian itu dia diberati dengan sembahyang dan selainnya. Zahirnya bahawa dimaafkan dari apa yang terdesak kepada menyentuhnya, dan bahawa harus imamahnya kerana tidak ada ulang sembahyang atasnya, dan harus masuknya kedalam masjid sekira-kira tidak ada basah, untuk berjamaah dan umpamanya. [179] Suci suatu yang mutanajjis dengan najis yang jenis ain dengan basuhan yang menghilangkan sifat-sifatnya daripada rasa dan warna dan bau. Tidak mudharat kekal warna atau bau yang susah hilangnya, walaupun dari najis mughallazah. Maka jika kekal kedua-duanya sekali, tidak suci ia. Suci mutanajjis dengan najis yang jenis hukum, seperti air kencing yang telah kering yang tidak didapati ada sifat baginya dengan mengalirkan air diatasnya sekali, sekalipun ianya bijian atau daging yang direbus dengan najis atau kain yang dicelup dengan najis. Maka suci batinnya dengan menuangkan air atas zahirnya, sama seperti pedang yang dijirus dengan najis sedang ia panas dibakar. [180] Disyaratkan pada suci tempat bermajis datang air yang sedikit keatas tempat bernajis itu. Maka jika datang mutanajjis keatas air yang sedikit, tidak yang banyak, jadi najis air itu, maka tidak boleh ia menyucikan selainnya. air sedikit yang mendatangi melaini selainnya dengan kuatnya, kerana keadaannya sebagai yang bekerja. Maka jikalau bernajis mulut seorang, memadai mengambil air dengan tangannya kepadanya sekalipun dia tidak meninggikan tangannya dari mulutnya, sepertimana kata syeikh kami. Wajib basuh semua yang didalam had zahir dari mulutnya itu walaupun dengan memutarkan, sama seperti menuang air kedalam bekas

  • .

    .

    :

    . .

    .

    .

    .

    .

    .

    :

    . : .

    :

    .

    .

    .

    : .

    . .

    yang mutanajjis dan memutarkannya pada kelilingnya. Tidak harus baginya menelan sesuatu sebelum menyucikan mulutnya hinggakan dengan mengulang-ulangkan air pada halkum. [181] Cabangan: jikalau umpama tanah terkena air kencing dan kering, lalu dituangkan air keatas tempatnya lalu ia meratainya, suci tanah itu sekalipun air itu tidak meresap. Sama sahaja adalah tanah itu keras atau peroi. Apabila tanah itu tidak menyerap najis yang bernajis ia dengannya maka tidak dapat tidak dari menghilangkan ainnya sebelum menuang air yang sedikit keatasnya. Sama seperti jikalau najis itu didalam bekas. [182] Jikalau najis itu keras lalu hancur dan bergaul dengan tanah, tidak suci tanah itu, sama seperti tanah yang bergaul dengan umpama danur, dengan melimpahkan air keatasnya. Bahkan tidak dapat tidak daripada menghilangkan semua tanah yang bergaul dengannya itu. Sebahagian mereka memfatwakan pada mushaf yang kena najis dengan najis yang tidak dimaafkan dengan wajib membasuhnya sekalipun membawa kepada binasanya dan sekalipun ia milik anak yatim. Kata syeikh kami tertentu fardhu membasuh itu pada keadaan apabila adalah najis itu menyentuh sesuatu daripada Quran. Bersalahan keadaan apabila ia berada pada umpama kulit mashaf atau tepi-tepi muka suratnya. [183] Cabangan : air basuhan benda bernajis, walau yang dimaafkan, seperti darah yang sedikit, jika tercerai walhal ain najis itu dan sifat-sifatnya telah hilang dan ia tidak berubah dan tidak bertambah timbangannya selepas iktibarkan apa yang diserap oleh kain daripada air itu dan apa yang diambil oleh air daripada kekotoran, walhal tempat itu telah suci, adalah su