23
PERCUMA 1 - 7 November 2018, 24 - 29 Safar 1440 BELANJAWAN SELANGOR 2019 FOKUS POTENSI LEBIH BESAR BUAT RAKYAT muka 3 SASAR SATU RUMAH SEORANG USAHAWAN muka 5 MIDF: ASAS EKONOMI NEGARA KUKUH muka 7 MRT2 DITERUSKAN, JIMAT RM8.82 BILION muka 9 selangortv.my www.selangorkini.my MediaSelangor @Media_Selangor Projek Selangor Maritime Gateway OLEH NADIAH ZAMLUS SHAH ALAM - Kerajaan Nege- ri berhasrat untuk menjadikan Sungai Klang sebagai sumber ekonomi baharu melalui pro- jek Selangor Maritime Gateway (SMG). Dato’ Menteri Besar, Amiru- din Shari berkata, projek berke- luasan hampir 35,612.37 hektar itu dikenalpasti sebagai konsep ‘urban regeneration’. Katanya, ia membabitkan komponen pembangunan ter- masuk perdagangan, perhote- lan, pelancongan, perumahan dan industri perkhidmatan. “Secara langsung, projek SMG dapat meningkatkan tahap ke- bersihan kualiti air di dalam lem- bangan dan rizab Sungai Klang sekurang-kurangnya pada tahap Kelas II. “Kebersihan Sungai Klang ju- ga dapat mewujudkan alterna- tif pengangkutan awam seperti teksi air atau ‘water buses’ ter- utama dari muara hingga ke Majlis Perbandaran Subang Ja- ya,” katanya. Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena Maj- lis Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia Peringkat Se- langor 2018, di Pusat Konven- syen Setia City, pada 30 Oktober lalu. Pada masa sama, Amirudin dalam ucapannya berkata, Ke- rajaan Negeri bersetuju mene- rima pakai dan melaksanakan pelan induk terbabit. “Pelan Induk SMG ini juga su- dah dimasukkan ke dalam Ran- cangan Tempatan Majlis Per- bandaran Klang (Penggantian) 2035. “Langkah ini juga dapat mengenalpasti punca pence- maran selain memantau serta menguatkuasakan peraturan undang-undang pelepasan ‘ef- fluent’ ke sungai,” katanya. SUMBER EKONOMI BAHARU Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Norashikin berkenan mencemar duli ke Majlis Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia Peringkat Selangor 2018 diiringi Amirudin, di Pusat Konvensyen Setia City

muka 3 muka 5 muka 7 muka 9 Projek Selangor Maritime … · 2018-11-01 · “Langkah ini juga dapat ... menyerap kejutan global atau sebarang pergolakan kewang- ... "Kita perlu mengatasi

  • Upload
    vandieu

  • View
    254

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: muka 3 muka 5 muka 7 muka 9 Projek Selangor Maritime … · 2018-11-01 · “Langkah ini juga dapat ... menyerap kejutan global atau sebarang pergolakan kewang- ... "Kita perlu mengatasi

PERCUMA 2 - 8 Ogos 2018, 20 - 26 Zulkaedah 1439PERCUMA 1 - 7 November 2018, 24 - 29 Safar 1440

BELANJAWAN SELANGOR 2019 FOKUS POTENSI LEBIH BESAR BUAT RAKYATmuka 3

SASAR SATU RUMAH SEORANG USAHAWANmuka 5

MIDF: ASAS EKONOMI NEGARA KUKUHmuka 7

MRT2 DITERUSKAN,JIMAT RM8.82 BILIONmuka 9

selangortv.my

www.selangorkini.my

MediaSelangor

@Media_Selangor

Projek Selangor Maritime Gateway

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM - Kerajaan Nege-ri berhasrat untuk menjadikan Sungai Klang sebagai sumber ekonomi baharu melalui pro-jek Selangor Maritime Gateway (SMG).

Dato’ Menteri Besar, Amiru-din Shari berkata, projek berke-luasan hampir 35,612.37 hektar itu dikenalpasti sebagai konsep ‘urban regeneration’.

Katanya, ia membabitkan komponen pembangunan ter-masuk perdagangan, perhote-lan, pelancongan, perumahan dan industri perkhidmatan.

“Secara langsung, projek SMG dapat meningkatkan tahap ke-bersihan kualiti air di dalam lem-bangan dan rizab Sungai Klang sekurang-kurangnya pada tahap Kelas II.

“Kebersihan Sungai Klang ju-ga dapat mewujudkan alterna-tif pengangkutan awam seperti teksi air atau ‘water buses’ ter- utama dari muara hingga ke Majlis Perbandaran Subang Ja-ya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena Maj-lis Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia Peringkat Se-langor 2018, di Pusat Konven-syen Setia City, pada 30 Oktober lalu.

Pada masa sama, Amirudin dalam ucapannya berkata, Ke-rajaan Negeri bersetuju mene-rima pakai dan melaksanakan

pelan induk terbabit.“Pelan Induk SMG ini juga su-

dah dimasukkan ke dalam Ran-cangan Tempatan Majlis Per-

bandaran Klang (Penggantian) 2035.

“Langkah ini juga dapat mengenalpasti punca pence-

maran selain memantau serta menguatkuasakan peraturan undang-undang pelepasan ‘ef-fluent’ ke sungai,” katanya.

SUMBER EKONOMI BAHARU

Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Norashikin berkenan mencemar duli ke Majlis Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia Peringkat Selangor 2018 diiringi Amirudin, di Pusat Konvensyen Setia City

Page 2: muka 3 muka 5 muka 7 muka 9 Projek Selangor Maritime … · 2018-11-01 · “Langkah ini juga dapat ... menyerap kejutan global atau sebarang pergolakan kewang- ... "Kita perlu mengatasi

2Utama

SelangorKini 1 - 7 November 2018

Belanjawan pertama PAKATAN

Malaysia lebih kukuh, rakyat makmur

KUALA LUMPUR - Belanjawan pertama Pakatan Harapan (PA-KATAN) meletakkan Malaysia pa-da kedudukan lebih kukuh dan memastikan kemakmuran rakyat serta generasi akan datang, kata Perdana Menteri, Tun Dr Maha-thir Mohamad.

Beliau turut memberi jaminan ekonomi Malaysia mampu me-nyerap kejutan dan menembusi cabaran global serta ketidak-pastian melalui dasar yang akan sentiasa menjadi mesra pernia-gaan selain responsif terhadap idea baharu.

“Kita sekarang sedang dalam penyusunan semula, ia adalah sesuatu yang perlu dilakukan untuk menyediakan keupayaan menyerap kejutan global atau sebarang pergolakan kewang-an, di hadapan,” katanya dalam ucaptama pada persidangan tahunan Persekutuan Analisis Teknikal Antarabangsa 2018, pada 27 Oktober lalu.

Beliau menegaskan, kerajaan

Rakyat cerdik di luar negara diseru bantu Malaysia BaharuHANOI - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, menyeru rakyat Malaysia yang mencipta kejayaan di luar negara membantu menyumbang ke arah pembinaan Malaysia Baharu.

Beliau berkata, antara masalah yang terus me-landa ekonomi Malaysia sejak beberapa dekad lepas ialah penghijrahan cerdik pandai seperti disebut fir-ma pengurusan pelaburan global, Schroders dalam laporannya bagi Jun.

Katanya, penghijrahan rakyat Malaysia yang berkemahiran tinggi menyebabkan negara itu ke-hilangan modal insan terbaiknya, sekali gus menje-jaskan pertumbuhan ekonomi serta mengurangkan hasil cukai, di samping menambah bebanan di bahu mereka yang terus kekal, di Malaysia.

Azizah berkata, menurut laporan berita, seorang da-ripada setiap 10 pekerja mahir Malaysia sedang meran-cang meninggalkan negara, sekali ganda jumlahnya daripada kadar purata global bagi mencari kehidupan lebih baik dan bersaing, di arena antarabangsa.

“Walaupun bercita-cita tinggi patut dipuji, negara masih memerlukan anda untuk sama-sama mem-bantu negara kita.

"Memang kita tinggal di negara global tetapi Ma-laysia adalah tanah air kita,” katanya ketika berucap pada majlis makan malam bersama-sama diaspora Malaysia, di Vietnam, pada 24 Oktober lalu.

Turut hadir bersama-sama 100 anggota diaspora Malaysia itu ialah Timbalan Menteri Luar, Datuk Mar-zuki Yahya dan Duta Besar Malaysia di Vietnam, Da-tuk Mohd Zamruni Khalid.

Dr Azizah berkata, kerajaan Malaysia Baharu ber-wawasan mengembalikan kedudukan negara itu se-bagai ‘Harimau Asia’ dalam ekonomi.

Bagaimanapun, kata beliau, cita-cita itu memerlu-kan usaha keras terutama dalam mengurangkan hu-tang negara.

“Negara yang mampu berdikari adalah sebuah ne-gara merdeka, negara bebas daripada dibelenggu oleh hutang dengan sesiapa.

“Kita mahu membina sebuah negara yang ma-syarakatnya tidak perlu bergantung pada pemberian orang lain, sebuah negara yang memupuk kewuju-dan sebuah masyarakat mampan,” katanya.

Kes ‘jammer’ jelas berlaku sabotajSHAH ALAM - Calon Naib Presiden KEADILAN, Zuraida Kamaruddin me-nyifatkan, kenyataan Syed Husin Ali berhubung masalah dalam pemilihan parti itu tidak ubah seperti kerajaan terdahulu, Barisan Nasional.

Beliau berkata, Pengerusi Jawa-tankuasa Bantahan, Rayuan dan Di-siplin KEADILAN perlu bertanggung-jawab menangani masalah terbabit.

"Macam kerajaan Barisan. Ia be-gitu jelas terlihat, anda perlu ber-tanggungjawab jika terdapat penye- lewengan dalam pemilihan.

"Anda perlu proaktif. Jangan beri- tahu saya kamu benarkan pelaku di-lepaskan sehingga mereka buat sekali lagi (sabotaj). Ini tidak sepatutnya ter-jadi," katanya lapor The Star Online.

Mengulas berhubung penemuan 'jammer' di lokasi pemilihan di Cabang Kuala Selangor baru-baru ini, Zuraida berkata, ia jelas membuktikan ber-lakunya sabotaj.

"Polis sudah mengesahkan jumpa 'jammer' di lokasi pemilihan Kuala Se-langor. Jelas berlakunya sabotaj dan ini sangat serius," katanya.

Sementara itu, calon Timbalan Pre-siden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali menyuarakan rasa kesal ber-hubung isu kehilangan undi yang ter-jadi dalam pemilihan parti itu.

Beliau berkata, jumlah perolehan

Pulih integriti, isu keselamatan sebelum laksana

tetap yakin bahawa dasar baru akan mewujudkan asas lebih kukuh, keseimbangan antara perbelanjaan berhemat dan me-mastikan sektor swasta diberi rangsangan yang kuat.

“Saya juga ingin memberi jaminan kepada pelabur bahawa sebarang perubahan dasar tidak akan memudaratkan perniagaan dan usaha mereka,” katanya.

Menyentuh berhubung pasa-ran modal di Malaysia, Dr Maha-thir berkata, negara juga sudah mengalami pelbagai peruba-han daripada penyatuan kepa-da peraturan dan penyesuaian

teknologi baharu serta teknolo-gi yang dinaik taraf selain pe-ngenalan penawaran produk bagi memenuhi keperluan pela-bur runcit juga institusi.

Beliau percaya, kecairan yang lebih besar akan memastikan pasaran modal yang berkem-bang maju membawa lebih ba-nyak peniaga, pemaju sistem, ahli strategi pasaran dan lebih banyak pemain.

“Pemain institusi yang tidak mengambil risiko, memerlukan saham modal yang lebih ke-cil dan meningkatkan idea pe- nyertaan mereka secara lang-

sung atau tidak langsung. "Pelabur runcit dan peniaga

pula perlu mengasah kemahiran mereka,” katanya.

Beliau berkata, sementara pela-buran jangka panjang adalah kri-tikal, perdagangan jangka pendek akan mendorong penyertaan le-bih jauh dalam pasaran dengan itu meningkatkan kecairan kese-luruhan dalam pasaran saham.

Dr Mahathir mengetengah-kan bahawa kemahiran perda-gangan bukan sahaja penting kepada kewangan profesional tetapi ia juga sangat relevan ke-pada keseluruhan orang awam

yang melabur.“Jika lebih ramai orang mula

berdagang dan memahami kon-sep asas, maka mangsa skim cepat kaya akan berkurangan dan bertambahnya jumlah indi-vidu yang celik kewangan akan membina masyarakat lebih ber-pengetahuan dan negara celik kewangan,” katanya.

Perdana Menteri berkata, de- ngan semua idea ini adalah pen-ting untuk kekal relevan dari pada segi infrastruktur dan pe- ngetahuan supaya dapat ber-kembang maju, dalam dunia tanpa sempadan.

SHAH ALAM - Kerajaan perlu mena-ngani isu integriti sebelum melak-sanakan sistem 'e-voting' jika mahu melaksanakannya dalam pilihan raya, di negara ini.

Penganalisis Politik Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Sivamurugan Pandian berkata, ia termasuk isu pe-ngundi hantu, pembelian undi, kega-nasan dan masalah persempadanan.

"Kita perlu mengatasi masalah ini terlebih dahulu sebelum berbelanja

lebih untuk teknologi lebih canggih bagi menjalankan sistem pengundi-an melalui dalam talian.

"Selain isu integriti, kita perlu me-lihat masalah sekuriti dan ancaman penggodam melalui ‘e-voting’. Se-hingga kini, Presiden Amerika Syari-kat, Donald Trump, masih terpalit dengan dakwaan 'hackers' dari Rusia yang 'membantunya' berjaya ketika sistem ‘e-voting’ dilakukan," katanya.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0), Yap Swee Seng berkata, isu keselamatan sistem ‘e-voting’ antara masalah utama yang perlu dilihat sebe-lum ia dilaksanakannya secara meluas.

Katanya, ia memandangkan sis-tem pengundian atas talian itu boleh digodam untuk tujuan sabotaj.

"Disebabkan itu sehingga kini ti-dak semua negara menggunakan sistem ‘e-voting’ dalam pilihan raya masing-masing," katanya.

undi jauh lebih banyak berbanding sekarang, jika masalah terbabit tidak timbul.

“Di Ampang sahaja, 1,100 undi hi-lang, manakala di cabang saya sendiri (Gombak), 800 undi hilang. Cuba ba-yangkan, jika undi ini dikira, sudah tentu jarak perbezaan undi saya de-ngan Rafizi ketika ini jauh lebih besar.

“Tapi, kita biarkan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) siasat dan me-mutuskan perkara ini,” katanya.

Manakala, Presiden KEADILAN, Da-

tuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pimpinan KEADILAN perlu bersikap ‘tidak berpihak’ dalam menangani aduan berhubung pemilihan parti berkenaan.

“Ia perlu dibawa kepada JPP atau jawatankuasa bantahan, rayuan dan disiplin.

“Semua aduan berhubung pemili-han parti saya rujuk tanpa pengecua-lian kepada JPP. Itu seharusnya pera-nan pemimpin. Tak memihak. Kerana kita tahu kelemahan itu ada,” katanya.

Page 3: muka 3 muka 5 muka 7 muka 9 Projek Selangor Maritime … · 2018-11-01 · “Langkah ini juga dapat ... menyerap kejutan global atau sebarang pergolakan kewang- ... "Kita perlu mengatasi

Utama3SelangorKini 1 - 7 November 2018

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

Belanjawan Selangor 2019

Fokus potensi lebih besar buat rakyatOLEH AFIX REDZUAN

GOMBAK - Belanjawan Sela- ngor 2019 dijangka memberi-kan tumpuan kepada potensi pembangunan di semua pe-ringkat, di samping menilai serta memperkasakan semua program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR).

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, selepas 10 tahun tampuk pemerintahan Kerajaan Negeri berubah, pendekatan baharu perlu dilakukan supaya semua perancangan dapat di-laksanakan dengan baik serta sampai kepada rakyat.

“Belanjawan Persekutuan dibentangkan awal bulan ha-dapan sementara di peringkat Selangor pada penghujung

November yang diharapkan mampu melimpahkan bebera-pa perkara dan potensi baharu untuk kita lakukan, pada tahun hadapan.

“Beberapa fokus dan potensi program baharu akan kita lihat khususnya bagi peringkat daerah selain pendekatan baharu untuk IPR,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Himpunan Pagi Bersama Kakitangan Awam di Bangunan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Gombak sempena Jelajah Maju Bersama ke Daerah Gombak, pada 28 Oktober lalu.

Beliau berkata, keupayaan merancang dan pelaksanaan baik akan diteruskan kerana ia menjadi resepi terbaik kejayaan Selangor, selama ini.

Keadaan itu menyaksikan Se-langor menjadi modul terbaik yang membawa kepada peruba-han tampuk pemerintahan, di Putrajaya, pada 9 Mei lalu.

Katanya, kesepaduan kerjasa-ma antara pimpinan Kerajaan Negeri, penjawat awam dan rak-yat penting supaya setiap arahan yang diberikan mampu dilak-sanakan penuh berhemah.

“Tempoh peralihan di Putra-jaya mungkin menjadi perkara baharu tetapi di Selangor bukan satu kejutan.

“Setiap arahan diputuskan pimpinan Kerajaan Negeri di-harapkan akan dapat dilakukan dengan baik tanpa berlaku ke-jutan budaya atau perkara tidak diingini seperti kecurian atau salah guna kuasa,” katanya.

Kaji keperluan, sedia bantu Hospital SelayangSELAYANG - Kerajaan Negeri akan mengkaji dan menyalur-kan keperluan di Hospital Sela-yang bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan, di situ.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, bagaimanapun ia berpandukan bidang kuasa Kerajaan Negeri kerana hospital berkenaan di bawah pentadbi-ran Kerajaan Persekutuan me-lalui Kementerian Kesihatan.

“Hospital Selayang antara hospital utama di Selangor dan saya kira Kerajaan Persekutuan boleh menyalurkan peruntukan bagi tujuan ini.

“Kita sebagai Kerajaan Negeri akan melihat apa isu berkaitan hospital ini yang boleh dibantu, mungkin bukan dalam bentuk kewangan tetapi mengkaji so-

kongan boleh diberikan,” ka-tanya kepada media sempena lawatan ke Hospital Selayang, pada 26 Oktober lalu.

Lawatan ke hospital itu adalah salah satu program sempena Je-lajah Maju Bersama ke Dewan Undangan Negeri Sungai Tua.

Beliau yang juga Ahli De-wan Negeri Sungai Tua berkata, Hospital Selayang adalah anta-ra hospital utama dan maju di Selangor serta Malaysia selain menjadi tumpuan orang awam juga rujukan hospital lain, di negara ini.

Katanya, lawatan itu mem-beri gambaran terhadap bebe-rapa kemudahan yang perlu di-pertingkatkan kerana Hospital Selayang juga antara hospital yang agak lama, di Selangor.

“Meningkatkan kemudahan perkhidmatan kesihatan adalah antara perkara yang saya te-kankan ketika menerima pe-lantikan sebagai Dato’ Menteri Besar selain perumahan, alam sekitar dan pendidikan.

“Kita mempunyai banyak hospital di Selangor, namun sebahagiannya mempunyai ke-mudahan yang perlu diperting-katkan dan Hospital Selayang adalah salah satu daripadanya,” katanya.

Turut hadir, Exco Kesihatan, Dr Siti Mariah Mahmud; Se-tiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya; Pe-ngarah Kesihatan Selangor, Dato’ Dr Khalid Ibrahim dan Pengarah Hospital Selayang, Dr Siti Zaleha Mohd Salleh.

Tiga kaedah atasi banjir Jalan B�� RawangGOMBAK - Kerajaan Negeri me-mutuskan tiga kaedah penting bagi menyelesaikan kekerapan masalah banjir kilat yang berlaku di Jalan B27, berdekatan AEON Rawang, di sini.

Sebelum ini, kejadian banjir kilat di situ mula viral di media sosial bermula Januari tahun ini dengan kenaikan air daripada 0.3 hingga 0.6 meter.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, pihaknya men-jangkakan semua kerja dijangka selesai, dalam tempoh dua tahun.

Katanya, namun bagi me-mastikan keselesaan rakyat, pi-haknya turut memutuskan lang-kah jangka masa pendek dengan menaiktaraf kolam takungan (detention pond) yang terletak, di Anggun 1.

“Kita akan baik pulih kolam itu, sekali gus membolehkan air disalurkan ke kolam. Langkah ini dilihat dapat mengurangkan air bertakung di jalan sehingga me-nyebabkan banjir kilat.

“Sementara itu bagi penyelesa-ian jangka panjang pula, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM65 juta bagi menambah ketinggian

permukaan jalan raya,” katanya.Beliau berkata demikian se-

lepas mengadakan mesyuarat tertutup bersama EXCO Insfra-struktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan In-dustri Asas Tani, Ir Izham Hashim, wakil Jabatan Kerja Raya dan konsultan.

Lawatan bersama agensi kera-jaan ke lokasi kejadian itu dibuat sempena Program Jelajah Maju Bersama 2018 bagi kawasan Gombak.

Mengulas lanjut, Amirudin memaklumkan, JKR akan me-ngambil tindakan penarikan se-mula kontrak terhadap syarikat kontraktor yang gagal menyiap-kan kerja yang diarahkan, sebe-lum ini.

“Pihak konsultan turut mena-sihatkan supaya antara kemung-kinannya pemberian kontrak naik taraf Jalan B27 ini ditender semula.

“Saya amat berharap supaya kerja naik taraf kolam takungan air itu disiapkan terlebih dahulu, sekali gus dapat mengurangkan air bertakung diantara 50 hingga ke 60 peratus,” katanya.

Page 4: muka 3 muka 5 muka 7 muka 9 Projek Selangor Maritime … · 2018-11-01 · “Langkah ini juga dapat ... menyerap kejutan global atau sebarang pergolakan kewang- ... "Kita perlu mengatasi

4Utama

SelangorKini 1 - 7 November 2018

SIDANG PENGARANGPENASIHAT: Lembaga Editorial CCSBPENGARANG : Nurul Farina Nazlan

PENOLONG PENGARANG Mohd Ezli Mashut, Naeem Raffi, Afeeqa AfeeraWARTAWAN:

Hafizan Taib : [email protected], Nazli Ibrahim : [email protected], Afix Redzuan : [email protected],

Norhayati Umor : [email protected], Sheeda Fathil : [email protected]

Nadiah Zamlus : [email protected] Muzammil : [email protected]

JABATAN PEMASARAN & PENGIKLANAN:Nadhrah Azlan : [email protected] l 03-5523 4856 (ext 109)

Shafiq Hamsi : [email protected] | 03-5523 4856 (ext 109)

JURUGAMBAR: Asri Sapfie, Raheemie Arifin, Hafiz Othman & Fikri YusofGRAFIK & REKA LETAK: Unit Grafik CCSB

Aras 2, Carlton Holiday Hotel & Suites, No 1, Persiaran, Akuatik 13/43,Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor

Tel : 03-5523 4856 Faks : 03-5523 5856 Emel: [email protected]

Program Menyemarak Inisiatif Peduli Rakyat

RM��,��� upaya �� institusi agama

OLEH AFIX REDZUAN

BATU CAVES - Kerajaan Negeri menerusi Pemerbadanan Men-teri Besar (MBI) menyalurkan sumbangan RM60,000 kepada 20 institusi agama sempena Pro-gram Menyemarak Inisiatif Peduli Rakyat (IPR).

Sumbangan disempurnakan Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari, sempena Jelajah Maju Bersama ke Daerah Gombak di Masjid Jamek Al-Amaniah, Batu Caves, pada 26 Oktober lalu.

Setiap institusi agama ter-diri daripada masjid, surau dan Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) masing-masing menerima

sumbangan RM5,000.Hadir sama Setiausaha Kera-

jaan Negeri, Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya; Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Noor Azmie Diron; Pegawai Daerah Gombak, Dato’ Amirul Azizan Abd Rahim; Ketua Pegawai Operasi MBI, Soffan Af-fendi Aminudin dan Ketua Tang-gungjawab Sosial Korporat (CSR) MBI, Mohd Jaafarudin Md Ali.

Pada majlis sama, Amirudin turut menyampaikan bantuan pembiayaan perniagaan Hijrah Selangor (HIJRAH) berjumlah RM351,000 bagi daerah Gombak.

Bagi sumbangan Ahli Dewan Negeri (ADN) Sungai Tua, 10 ins-titusi agama menerima sumba-

ngan al-Quran, tiga komputer riba, manakala sumbangan baik pulih Bangunan KRT berjumlah RM32,000.

Amirudin bersama rombo-ngan Kerajaan Negeri sebe-lum itu menunaikan solat Ju-maat dipimpin Imam 3 Masjid Jamek Al-Amaniah, Nasrul Yaqin Abdullah dengan tajuk khutbah ‘Akhlak Mulia Cerminan Solat Sempurna’.

Dalam ucapannya, beliau ber-harap sumbangan diberikan ke-pada institusi agama dapat me-nambahkan lagi aktiviti ilmu, di samping menjadi pusat perte-muan rakyat dan penyatuan um-mah.

Amirudin turut menyampaikan sumbangan komputer riba pada Program Menyemarak Inisiatif Peduli Rakyat, di Masjid Jamek Al-Amaniah, Batu Caves, pada 26 Oktober lalu

Sempadan pentadbiran Selangor-KL giat diatasiBATU CAVES - Kerajaan Ne-geri akan mencari jalan me-nyesuaikan kordinasi antara Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Majlis Perban-daran Selayang (MPS) bersa-ma Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) supaya bebe-rapa tugas di kawasan per-sempadanan Selangor-Kuala Lumpur dapat dilaksanakan sebaik mungkin.

Dato’ Menteri Besar, Ami-rudin Shari berkata, beliau mengambil maklum panda- ngan dikemukakan agensi Kerajaan Negeri ketika mem-pengerusikan Mesyuarat EXCO, di Pejabat Daerah dan Tanah (PDT), pada 26 Oktober lalu.

“Kita harap menyelesaikan perkara itu kerana perjalanan kerjasama yang lebih efektif

boleh dilakukan jika ada kordi-nasi antara semua pihak.

“Kita sedia maklum daerah Gombak terletak di pinggiran Kuala Lumpur dan timbul soal sempadan pengurusan pen-tadbiran,” katanya.

Katanya, Kerajaan Nege- ri juga akan mencari jalan penyelesaian beberapa isu berbangkit seperti lokasi pembuangan sampah haram walaupun sudah berjaya di-selesaikan sekitar 70 peratus selain masalah banjir kilat, di daerah Gombak.

Turut dibincangkan adalah kertas pelaburan ke luar ne-gara dan misi pelancongan ke London pada 4 dan 5 No-vember ini yang bakal diser-tai beberapa EXCO Kerajaan Negeri.

Sime Darby Property bina rumah konsep D�SHAH ALAM - Kerajaan Negeri menyambut baik dan menyo-kong usaha Sime Darby Property melaksanakan projek peruma-han berkonsep Divergent Dwell-ing Design (D3) dengan kadar harga mampu dimiliki rakyat.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, usaha dijalankan Sime Darby Property itu selaras dengan pendekatan Kerajaan Negeri memperkenalkan Rumah Selangorku iaitu rumah mampu milik bagi memenuhi keperluan rakyat di negeri itu.

“Satu usaha baik dan Kera-jaan Negeri akan memberi soko- ngan penuh dengan Sime Darby Property memperkenalkan be-

berapa pendekatan baharu de-ngan rumah ditawarkan mem-punyai kualiti dan suasana baik serta dalam masa sama mem-perkenalkan konsep hijau.

“Saya berharap projek ini dapat dilaksanakan segera dan dapat memenuhi pasaran,” ka-tanya.

Beliau berkata demikian se-lepas mengadakan lawatan ke unit Pameran Rumah Lestari D3 Sime Darby Property, pada 24 Oktober lalu.

Turut hadir, EXCO Perumahan dan Kehidupan Bandar, Haniza Talha dan Ketua Pengarah Kum-pulan Sime Darby Property, Dato’ Seri Amrin Awaluddin.

Mengulas lanjut, beliau berka-ta, usaha Sime Darby Property itu sedikit sebanyak dapat memban-tu Kerajaan Negeri untuk men-capai sasaran bagi menyediakan rumah selesa kepada rakyat.

Bagaimanapun, katanya, jika projek perumahan D3 itu in-gin dilabelkan sebagai rumah mampu milik, Sime Darby Pro- perty perlu mengadakan per- bincangan bersama Lembaga Hartanah dan Perumahan Sela-ngor (LHPS).

“Mereka boleh berbincang de- ngan LHPS untuk mendapatkan kata putus tetapi yang penting perlu dalam situasi ‘menang-me-nang’,” katanya.

��� Rumah Selangorku di CyberjayaCYBERJAYA - Karnival Harta-nah PKNS Selangor Cyber Valley di Tasik Selangor Cyber Valley (SCV) membuka peluang kepa-da orang ramai memiliki Rumah Selangorku, di Cyberjaya.

Ketua Pegawai Operasi Per-badanan Kemajuan Negeri Se-langor (PKNS), Norita Mohd Sidek berkata, sehingga kini terdapat 864 unit rumah seumpama itu yang masih dalam pembinaan, di kawasan SCV.

“Matlamat karnival ini juga bagi memperkenalkan projek pe-rumahan berkenaan dan PKNS menawarkan diskaun 20 peratus kepada pembeli Vega Residensi 2 serta rebat sehingga RM800,000 bagi projek hartanah, di Seksyen

13, Shah Alam iaitu Rumah Su-perlink 2 Tingkat.

“Kepada peminat hartanah PKNS sila rebut peluang keemasan yang ditawarkan oleh kami ini,” ka-tanya ketika sidang

media.Norita berkata, SCV dijena-

makan semula daripada nama asalnya Taman Sains Selangor II serta dilancarkan oleh bekas Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, pada Mac 2017.

Katanya, walaupun SCV masih asing dalam kalangan orang ra-mai, namun di bandar pintar itu sudah dibangunkan beberapa projek hartanah PKNS antaranya Pangsapuri Servis Mega (Vega Residensi 1 & 2).

Page 5: muka 3 muka 5 muka 7 muka 9 Projek Selangor Maritime … · 2018-11-01 · “Langkah ini juga dapat ... menyerap kejutan global atau sebarang pergolakan kewang- ... "Kita perlu mengatasi

Utama5SelangorKini 1 - 7 November 2018

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

Program Tunas Niaga (PROTune)

RMS rasmi tarikan terbaru Taman Tasik Shah AlamSHAH ALAM - Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah al Haj berkenan mence-mar duli menyempurnakan upa-cara perasmian tarikan terbaru di Taman Tasik Shah Alam yang bernilai RM1.9 juta, pada 27 Okto- ber lalu.

Keberangkatan tiba baginda di Taman Tasik Shah Alam itu di-sambut Datuk Bandar Shah Alam, Dato’ Ahmad Zaharin Mohd Saad, Ahli Dewan Negeri Kota Angge-rik, Najwan Halimi dan kakita-ngan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Baginda turut dibawa melihat menara tinjau serta menaiki jam-

batan kanopi yang dibina sepan-jang 147.6 meter.

Pada majlis sama, baginda tu-rut berkenan menanam pokok pine ‘araucaria columnaris’.

Ahmad Zaharin yang beru-cap pada majlis berkenaan ber-kata, beliau sangat berbesar hati apabila program berkenaan mendapat perhatian Raja Muda Selangor.

“Ini jelas mengambarkan ko-mitmen tuanku terhadap kemu-dahan yang dibangunkan MBSA demi rakyat setempat.

“MBSA juga akan menerus-kan beberapa projek lain bagi mengekalkan kelestarian alam sekitar, di Shah Alam,” katanya.

Tengku Amir melepaskan kanak-kanak berbasikal simbolik merasmikan trek basikal sejauh 129 meter yang turut dibina, di Taman Tasik Shah Alam

Sasar satu rumah seorang usahawanSHAH ALAM - Kerajaan Sela-ngor menyasar membangun-kan seorang usahawan bagi setiap rumah di negeri itu yang menceburi bidang perniagaan secara kecil-kecilan atau besar.

Dato’ Menteri Besar, Amiru-din Shari berkata, matlamat itu mampu dicapai melalui usa-ha Perbadanan Kemajuan Ne- geri Selangor (PKNS) yang kini menjadi agensi paling ke de-pan bagi program pembangu-nan keusahawanan, sekali gus mendahului negeri lain.

Katanya, ia turut dilihat me-lalui program pembangunan usahawan baharu yang turut membabitkan golongan pelajar.

“Ia selari dengan hasrat Ke-rajaan Negeri yang terus me-lebarkan serta mengukuhkan usahawan di negeri ini terma-suk dengan peruntukan seba- nyak RM100 juta sebagai pem-biayaan mikro kepada usaha-wan dan peniaga yang memer-

lukan suntikan modal,” katanya semasa Perasmian Konvensyen Program Tunas Niaga (PRO-Tune).

Amirudin berkata, PROTune terbukti memberikan impak positif besar kepada pem-bentukan generasi usahawan muda.

“Diharap peserta dapat me-manfaatkan segala ilmu, lati-han dan pengalaman diraih melalui PROTune, sekali gus mencetuskan potensi diri bagi meneroka sektor perniagaan.

“Tahniah kepada PKNS de-ngan kerjasama Jabatan Pendi-dikan Negeri Selangor kerana terus menganjurkan program ini sebagai sokongan kepada aspirasi kerajaan untuk mela-hirkan lebih ramai usahawan berjaya dan berdaya saing.

“Diharap PROTune dapat dikekalkan legasinya untuk berdekad yang akan datang,” katanya.

Amirudin merasmian Konvensyen Program Tunas Niaga (PROTune), di Shah Alam Convention Centre (SACC), pada 24 Oktober lalu

Kebun komuniti jaminan simpanan makananSHAH ALAM - Kewujudan kebun komuniti masih disifatkan penting walaupun ‘urban agro’ tidak memberikan impak besar se-perti industri pertanian nasional.

EXCO Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Ir Izham Hashim berkata, keseda-ran terhadap kebergantungan negara ke-pada sektor pengimportan makanan perlu diberikan perhatian dalam mendidik ma-syarakat untuk berbudi kepada tanah.

“Kebun komuniti ini disifatkan sebagai jaminan simpanan makanan. Walaupun lokasi pertanian diusahakan kecil tetapi ia penting untuk memberikan kesedaran ke-pada masyarakat.

“Mengikut statistik, negara mengim-port makanan berjumlah RM40 bilion pada 2017 dengan peratusan terbesar adalah

sayur-sayuran.“Kebergantungan besar juga buka saha-

ja untuk kegunaan kita seharian ia terma-suk makanan untuk haiwan ternakan de- ngan jumlah import RM6.2 bilion dan RM3.3 bilion daripadanya adalah jagung bagi kegunaan ayam,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Jualan Sayur Petik Sendiri Dari Ladang, di Kebun Komuniti Persatuan Penduduk Rumah Teres Seksyen 24 Setia, Shah Alam, pada 28 Oktober lalu.

Menyentuh soal pembangunan perta-nian dalam Belanjawan Negeri Selangor 2019, Izham menjelaskan, Kerajaan Nege-ri akan mengumumkan beberapa insentif dan program bagi memastikan industri itu terus menyumbang kepada negeri serta negara.

Page 6: muka 3 muka 5 muka 7 muka 9 Projek Selangor Maritime … · 2018-11-01 · “Langkah ini juga dapat ... menyerap kejutan global atau sebarang pergolakan kewang- ... "Kita perlu mengatasi

6Utama

SelangorKini 1 - 7 November 2018

OLEH SHEEDA FATHIL

GOMBAK - Kerajaan Negeri memperuntukkan RM342,000 bagi melaksanakan projek perin-tis pemasangan sistem solar, di Kampung Orang Asal Sungai Re-lang, di sini.

EXCO Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Hal Ehwal Pengguna dan Hal Ehwal Bukan Islam, Hee Loy Sian berkata, projek itu bertujuan membekalkan elektrik kepada perkampungan itu.

“Kampung ini sudah mem-punyai satu sistem solar, namun mereka terpaksa berkongsi de-ngan 12 rumah dan hanya mam-pu bertahan tiga jam sahaja.

“Oleh itu, Kerajaan Negeri komited melaksanakan sistem solar di setiap rumah dan mampu bertahan selama lapan jam tanpa perlu berkongsi lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ke-tika mengadakan Lawatan Tapak ke Kampung Orang Asal Sungai Relang, Hulu Gombak, pada 26

Oktober lalu.Mengulas sama ada Kerajaan

Negeri akan membekalkan tena-ga elektrik di perkampungan itu, Loy Sian berkata, perkara itu be-lum dibincangkan.

“Kos membekalkan tenaga elektrik agak tinggi sehingga RM50 juta dan di sini cuma ada 12 rumah. Saya fikir sistem so-lar sudah cukup membantu,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pe-ngarah Pihak Berkuasa Pemba-ngunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA), Edisham Mohd Shukor berkata, pihaknya selaku agensi pelaksana memuji inisiatif Kera-jaan Negeri melaksanakan projek perintis itu.

“Pemasangan sistem solar amat efektif, mudah dipasang dan mampu menjana elektrik dengan pantas.

“Apabila projek ini sudah siap, pihak kami akan mengadakan latihan asas kepada penduduk kampung berkenaan sistem so-

Upaya kampung Orang Asal

RM���,��� bangun sistem solar

lar dan dibantu pihak Jabatan Kebajikan Orang Asli Gombak,” katanya.

Projek perintis pemasangan sistem solar dengan kapasiti 1.2kWp di setiap rumah sudah

bermula sejak Oktober lalu dan dijangka siap sepenuhnya, pada hujung Disember ini.

GOMBAK - Kebajikan masyarakat Orang Asal di Selangor akan terus ter-bela terutama berkenaan pewartaan ta-nah bagi urusan penempatan mereka.

EXCO Alam Sekitar, Teknologi Hi-jau, Hal Ehwal Pengguna dan Hal Ehwal Bukan Islam, Hee Loy Sian ber-kata, sejak dulu Kerajaan Negeri komi- ted berkenaan kebajikan masyarakat Orang Asal.

“Kerajaan Negeri memahami situasi dihadapi masyarakat ini yang terpaksa berpindah kerana banyak tempat me-reka dibuat pembangunan.

“Namun, Kerajaan Negeri sedang usaha mengenal pasti lagi beberapa tanah milik kerajaan untuk dijadikan penempatan masyarakat ini. Jika ta-nah itu milik swasta, ia agak sukar,” ka-tanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan Lawatan Tapak ke Kam-pung Orang Asal Sungai Relang, Hulu Gombak, pada 26 Oktober lalu.

Katanya, Selangor antara negeri terawal melaksanakan pewartaan ta-nah masyarakat Orang Asal berban-ding negeri lain.

Kebajikan Orang Asal terus dapat pembelaan

KLANG - Gara-gara mendapan, Flat Taman Teluk Gadung, di sini, mengalami keretakan teruk sehingga menyebabkan bahagian bawah bangunannya berlompong.

EXCO Kesihatan, Kebajikan, Pemberda-yaan Wanita dan Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, selain bimbang aspek keselamatan, lompong itu juga dikhuatiri punca berlakunya peningkatan kes denggi, di situ.

Katanya, ia kerana Mesyuarat Tindakan Negeri mendapati Flat Taman Teluk Gedung Indah antara lokasi ‘hotspot’ demam denggi.

“Sejak September hingga Ogos tahun ini, sudah ada 90 kes demam denggi bagi kawasan ini sahaja dan saya tidak menolak kemungkinan masalah infrastruktur antara punca ia berlaku.

“Selain lompong di bahagian bawah rumah, kita turut mendapati bahagian bum-

bung bangunan flat rosak teruk dengan semuanya sudah diterbangkan angin.

“Ia menyebabkan bahagian atas flat men-jadi tempat bertakung air hujan, sekali gus menjadi tempat pembiakan denggi,” katanya.

Dr Mariah berkata, pencegahan kes denggi di situ tidak dapat diselesaikan se-hingga semua masalah infrastruktur dibaik pulih.

“Oleh itu melalui Majlis Tindakan Ekono-mi Selangor (MTES), maka kita akan bawa semua jabatan yang terbabit termasuk Ja-batan Mineral dan Geosains Malaysia bagi melihat struktur mendapan tanah ini.

“Saya jangkakan pembaikpulihan mencecah jutaan ringgit walaupun nilai flat ini sudah berkurangan, namun yang penting kita mahu masalah denggi disele-saikan dan penduduk dapat hidup dengan selesa,” katanya.

Flat ‘berlompong’ punca denggi meningkat

Dr Mariah ditemani Ahli

Dewan Negeri Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman

Huri serta agensi kerajaan melaku-

kan lawatan mengejut ke Flat

Taman Teluk Gedung Indah,

pada 25Oktober lalu

TAP lahir perantis industri motosikalSHAH ALAM - Program ‘Technician Ap-prenticeship’ (TAP) dilaksanakan Kera-jaan Negeri diyakini mampu melahir-kan perantis berkemahiran tinggi dan berkualiti bagi memenuhi kehendak in-dustri permotoran.

EXCO Pemberdayaan, Pembangunan Sosio Ekonomi dan Kerajaan Prihatin, V Ganabatirau berkata, ia mampu mem-beri nilai tambah terhadap industri itu selain menyumbang ke arah memarta-batkan pendidikan akademik, teknikal dan latihan kemahiran.

Katanya, usaha terbabit juga seja-jar hasrat Kerajaan Negeri memperka-sakan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi melahirkan sumber tenaga manusia berkemahiran tinggi.

“Ketika ini, seluruh dunia berada di ambang kebangkitan Revolusi Perin-dustrian 4.0. Justeru, pelbagai usaha

dilakukan untuk menggalakkan ‘millen-nials’, namun keberkesanan melahirkan tenaga kerja masih jauh daripada sasa-ran berbanding, di Eropah.

“Justeru, kerjasama dengan Kolej An-tarabangsa INPENS, Hong Leong Yama-ha Motor Sdn Bhd (HLYM) dan Persatuan Penjual Motorsikal dan Skuter Malaysia (MMSDA) bertepatan hasrat Kerajaan Negeri untuk mewujudkan daya saing dalam kalangan pelajar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada pelan-caran program TAP, di Hotel Concorde, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, TAP juga menjadikan HLYM sebagai penanda aras bagi syarikat pengeluar lain yang terbabit dengan sektor pendidikan.

Katanya, langkah itu secara tidak langsung mengurangkan kadar pe-ngangguran graduan yang kian mem-bimbangkan.

Page 7: muka 3 muka 5 muka 7 muka 9 Projek Selangor Maritime … · 2018-11-01 · “Langkah ini juga dapat ... menyerap kejutan global atau sebarang pergolakan kewang- ... "Kita perlu mengatasi

Ekonomi7SelangorKini 1 - 7 November 2018

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

KUALA LUMPUR - Asas ekonomi Malaysia secara relatifnya kuat serta kukuh mampu menahan krisis digerakkan faktor luaran, kata MIDF Amanah Investment Bank (MIDF).

Dengan menyatakan ekonomi berkenaan dipacu perbelanjaan domestik dan kurang terdedah

PETALING JAYA - Kumpulan Pe-rangsang Selangor Berhad (KPS) menerima Anugerah Syarikat Ter- baik untuk Bekerja di Asia 2018 Edisi Malaysia pada Majlis Anu-gerah HR Asia 2018, di Hotel New World, baru-baru ini.

Anugerah itu diterima atas keupayaan KPS mewujudkan ke-cemerlangan tempat kerja dan mempromosikan pembabitan pe- kerja lebih besar.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Fariz Hassan berkata, ke-jayaan sebuah syarikat bergan-tung kepada keberkesanan pe-kerja dan KPS memiliki pasukan serta bakat terbaik.

“KPS diberi penghormatan dan terpilih sebagai penerima Anugerah HR Asia sebagai bukti terhadap komitmen mewujud-kan budaya produktiviti dan ke-saksamaan untuk aset paling ber-harga iaitu pekerja kami.

“KPS akan meneruskan usaha mempertingkatkan piawaian pres- tasi dalam kumpulan dengan hasil produk kecemerlangan tempat kerja serta aspek pem-babitan pekerja positif akan di- berikan tumpuan,” katanya da-

KUALA LUMPUR - Kende-raan utiliti sukan (SUV) Pro-ton X70 baharu, setakat ini menerima 10,000 tempahan sejak tempahan prapelan-caran dibuka, pada 8 Sep-tember lalu.

Proton Holdings Bhd ber- kata daripada jumlah itu, hampir 2,000 tempahan di- buat menerusi dalam talian, sekali gus mengesahkan ke-putusan yang dibuat syari-kat untuk membangun dan melancarkan landasan ter-babit adalah tepat.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Dr Li Chunrong, pihaknya berusaha memas-tikan Proton X70 memenuhi jangkaan pembeli dan pada masa sama membuat pela-buran besar bagi outlet dan

Dipacu perbelanjaan domestik

MIDF: Asas ekonomi negara kukuh

tus pada 2007, sementara kadar import susut kepada 62.1 pera-tus daripada 76.5 peratus, dalam masa 10 tahun,” kata MIDF dalam nota penyelidikannya.

Kadar terkini eksport adalah terendah dalam masa 23 tahun dan import terendah dalam masa 17 tahun memandangkan sum-bangan eksport kepada KDNK menjunam kepada terendah dalam masa 21 tahun sebanyak 8.4 peratus pada 2017, manakala penggunaan swasta melebihi 50 peratus untuk lima tahun bertu-rut-turut, sejak 2013.

“Justeru, sebarang keju-

tan luaran mempunyai impak yang kurang kepada Malaysia berbanding krisis sebelum ini, di tengah-tengah kurangnya pendedahan kepada dagangan antarabangsa,” tambah MIDF

Firma pelaburan itu berkata, hutang luar negara Malaysia dan hutang denominasi luar negara juga pada tahap rendah serta bo-leh diuruskan.

Sehingga 2017, hampir 97 pe-ratus daripada hutang kerajaan adalah dalam denominasi ringgit dan hanya 3.1 peratus adalah de-nominasi asing.

Menurut MIDF, bagi setiap RM1 hutang kerajaan Malaysia pada 2017, 71 sen adalah domes-tik, manakala 29 sen adalah luar negara.

Walaupun kadar hutang luar negara meningkat, pertumbu-hannya adalah sederhana sejak 2010, dengan pertumbuhan hu-tang kerajaan secara keseluruhan berkembang pada kadar sama.

“Hakikatnya, hutang luar ne-gara susut sebanyak 3.6 peratus tahun lalu sementara hutang do-mestik melonjak sebanyak 10.5 peratus.

“Dengan struktur semasa hu-tang kerajaan, risiko kesan penu-laran adalah minimum disebab-kan oleh pendedahan yang kecil kepada hutang luar negara,” kata MIDF.

dengan dagangan luaran, firma penyelidikan itu menambah, peningkatan yang kukuh harga tenaga global menyediakan so-kongan tambahan untuk pela-buran swasta dan pekerjaan, terutama dalam sektor perlom-bongan.

Selepas krisis kewangan pada

2009, Malaysia beransur-ansur beralih daripada kebergantu-ngan terhadap eksport kepada ekonomi yang didorong oleh do-mestik.

“Kadar eksport kepada Kelua-ran Dalam Negara Kasar (KDNK) mengecil kepada 70.4 peratus pada 2017 daripada 98.2 pera-

KPS rangkul Anugerah HR Asia ����

lam kenyataan.Katanya, KPS memupuk pem-

babitan pekerja positif di semua peringkat melalui pelbagai akti-viti, menunjukkan amalan terbaik dan kecemerlangan tempat kerja merangkumi pemberian ganja-ran berdasarkan prestasi, meri-tokrasi juga keadilan.

HR Asia adalah penerbitan pa- ling berwibawa untuk profesio-nal kanan sumber manusia, di rantau ini.

Setiap syarikat dinilai panel bebas terdiri daripada pakar industri, akademik, wartawan dan wakil kerajaan berdasarkan Laporan Kajian Input Pekerja (EIS) HR Asia dan Kajian Tempat Kerja.

Tahun lalu, KPS menerima Anu-gerah Perak untuk Anugerah Pili-han Majikan 2017 (Sektor Swasta) oleh Institut Pengurusan Sumber Manusia Malaysia (MIHRM).

Capai sasaran,terima lebih ��,��� tempahan

pengedaran.Ia SUV pertama Proton ser-

ta yang pertama dibangun-kan secara bersama oleh Pro-ton dan Geely.

Proton X70, yang dikua-sakan enjin 1.8 liter Turbo Ga-soline Direct Injection (TGDI), turut menawarkan aspek ke-selamatan canggih, termasuk sistem brek kecemasan autono-mi, amaran pelanggaran hada-pan, sistem maklumat titik buta, amaran terkeluar laluan serta kawalan suluh tinggi pintar.

Sementara itu, Proton dalam kenyataan berkata, ia sudah mencapai lebihan sa-saran kelulusan permohonan outlet 3S/4S pada 109 out-let dan permohonan untuk membuka outlet 3S/4S masih diterima pihaknya.

Kejayaan sebuah syarikat bergantung kepada keberkesanan pekerja dan KPS memiliki pasukan serta bakat terbaik.AHMAD FARIZ HASSANKetua Pegawai Eksekutif

Kadar eksport kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mengecil kepada 70.4 peratus pada 2017 daripada 98.2 peratus pada 2007, sementara kadar import susut kepada 62.1 peratus daripada 76.5 peratus, dalam masa 10 tahun

MIDF Amanah Investment Bank (MIDF).

Page 8: muka 3 muka 5 muka 7 muka 9 Projek Selangor Maritime … · 2018-11-01 · “Langkah ini juga dapat ... menyerap kejutan global atau sebarang pergolakan kewang- ... "Kita perlu mengatasi

8Nasional

SelangorKini 1 - 7 November 2018

SHAH ALAM - Kerajaan Perse-kutuan akan berunding de- ngan syarikat utiliti dalam masa terdekat bagi membantu meri-ngankan kos operasi pusat asu-han kanak-kanak yang dilihat agak tinggi.

Timbalan Menteri Pemba- ngunan Wanita, Keluarga dan Ma-syarakat, Hannah Yeoh berkata, usaha itu wajar memandangkan bil utiliti yang tinggi menjadi fak-tor utama wujudnya banyak pusat asuhan tidak berdaftar.

Katanya, ia kerana pengusaha tidak mampu menanggung caj komersial yang dikenakan ke atas mereka jika berdaftar.

“Pusat asuhan ini tidak boleh mengenakan caj tinggi kepada ibu bapa, jadi mereka terpaksa menanggung kos operasi yang membebankan.

"Hal ini juga akan mendorong mereka mengabaikan prosedur operasi ‘standard’ dan garis pan-duan pusat asuhan ditetapkan.

“Oleh itu, kementerian sedang bekerjasama dengan Majlis Pe- ngasuhan, Pendidikan Awal Kanak-Kanak (ECCE) dan persa-tuan pengasuh untuk mendaftar-kan pusat asuhan yang masih be-lum berdaftar dan cari jalan untuk bantu mereka kurangkan kos o- perasi,” katanya.

Hannah berkata, kementeri-annya juga sedang membentuk

Runding syarikat utiliti kurangkan kos operasi pusat asuhan

TUMPAT - Insurans berkelompok akan dicadangkan bagi menga-tasi masalah petani yang menga-lami kerugian akibat pelbagai bencana terutama banjir.

Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MoA), Datuk Mohd Sallehuddin Hassan (gambar) berkata, sebe-lum ini kementerian mengguna-kan tabung bencana membantu petani yang berdepan pelbagai masalah selepas bencana.

“Bagi tahun akan datang, ke-menterian bakal memperke-nalkan insurans kelompok dan menilai kaedah mana yang le-bih sesuai untuk insurans berke-naan.

“Kajian berhubung perkara berkenaan kini sudah di pe-ringkat akhir perbincangan dan dijangka akan dibentangkan di Parlimen, tahun hadapan,” ka-tanya selepas merasmikan Beng-kel Agroprenuer Muda Jajahan Tumpat, pada 28 Oktober lalu.

Mengulas berhubung pro-gram berkenaan, Mohd Sallehud- din berkata, MoA menyasar-kan sekurang-kurangnya 1,000 peserta menyertai Program Ag-roprenuer Muda yang dijalankan kementerian itu.

“Ini satu usaha kerajaan me-narik perhatian golongan belia menceburi bidang pertanian se-

Insurans kelompok atasi petani rugi akibat bencana

OLEH HAFIZAN TAIB

KUALA LUMPUR - Kerajaan meletakkan sasaran menca-pai negara berteknologi in-dustri sepenuhnya atau tinggi, menjelang 2025.

Perdana Menteri, Tun Dr Ma-hathir Mohamad berkata, sehu-bungan itu pelbagai pendeka-tan akan dilaksanakan bagi mencapai sasaran terbabit.

“Kerajaan sasar mencapainya pada 2025, namun kita mahu lebih awal jika boleh,” katanya.

Turut hadir Menteri Perda-gangan Antarabangsa dan In-dustri, Datuk Darell Leiking; Tim-balannya, Dr Ong Kian Ming dan Presiden Persekutuan Pengilang Malaysia (FMM), Datuk Soh Thian Lai.

Sementara itu, Thian Lai

berkata, pihaknya akan beker-jasama dengan kerajaan dalam usaha mencapai sasaran Indus- tri 4.0.

Katanya, FFM akan mem-beri bimbingan kepada ahli dan bekerjasama dengan pi-hak berkuasa serta penganjur berkaitan yang memiliki kepa-karan teknologi itu.

“Dengan kerjasama MITI dan semua agensi kerajaan, maka kita akan bergerak bersama mencapai sasaran itu,” katanya.

Di Selangor, Kerajaan Negeri menjadikan Kolej Antarabang-sa INPENS sebagai hab pendidi-kan kemahiran yang menawar-kan pengajian tahap tinggi Latihan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam usaha menjayakan Indus- tri 4.0.

Revolusi 4.0

Sasar capai negara industri tinggi menjelang ����

Dr Mahathir merasmikan Polisi Nasional Untuk Industri 4.0 di Dewan Perdana, Kementerian Perda-gangan Antarabangsa dan Industri (MITI), di sini, pada 31 Oktober lalu

ujian saringan untuk dilaksanakan ke atas individu yang mahu menceburkan diri dalam indus-tri pendidikan dan asuhan awal kanak-kanak.

Beliau berkata, usaha itu bukan bertujuan ‘mengacau’ periuk nasi bakal pengasuh, namun ujian itu bagi memastikan keselamatan kanak-kanak sentiasa berada pada tahap tertinggi jika dihantar ke pusat asuhan.

“Sebelum mana-mana individu mahu menjadi pengasuh, maka mereka perlu lulus ujian saringan ini. Ia untuk memastikan pengasuh tidak mempunyai sebarang rekod lampau sama ada sebagai pesalah seksual atau kes penderaan.

“Kita akan bekerjasama rapat dengan polis, mahkamah dan Ja-

batan Penjara bagi mendapatkan maklumat bakal pengasuh dalam ujian saringan itu kelak. Usaha ini untuk menjadikan Malaysia lebih selamat kepada kanak-kanak,” ka-tanya.

Pusat asuhan ini tidak boleh mengenakan caj tinggi kepada ibu bapa jadi mereka terpaksa menanggung kos operasi yang membebankan

HANNAH YEOHTimbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

lain sebagai pengganti kepada mereka yang sudah berusia.

“Setakat ini, hanya 30 peratus golongan muda menceburi bi-dang pertanian dan kita mahu lebih ramai lagi memohon me-nyertainya,” katanya.

Bagi tahun akan datang, kementerian bakal memperkenalkan insurans kelompok dan menilai kaedah mana yang lebih sesuai untuk insurans berkenaan

MOHD SALLEHUDDINKetua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

Page 9: muka 3 muka 5 muka 7 muka 9 Projek Selangor Maritime … · 2018-11-01 · “Langkah ini juga dapat ... menyerap kejutan global atau sebarang pergolakan kewang- ... "Kita perlu mengatasi

17

Nasional9SelangorKini 1 - 7 November 2018

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM - Kementerian Ke-wangan (MOF) mengumumkan projek Laluan MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (MRT2) dite- ruskan MMC-Gamuda sele- pas syarikat itu bersetuju mem-berikan potongan kos yang lebih besar.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam kenyataan berkata, kos kontrak pembinaan MRT2 dapat dikurangkan RM8.82 bi-lion dari RM39.35 bilion kepada RM30.53 bilion.

“Sebelum ini, MMC-Gamuda bersetuju memberikan potongan kos RM5.22 bilion untuk kerja atas tanah yang diterima oleh MOF.

“Akan tetapi MMC-Gamuda hanya tawarkan potongan se-banyak RM2.13 bilion untuk kerja bawah tanah yang tidak diper-setujui MOF.

“Itulah sebab, kontrak kerja bawah tanah ditamatkan. Akhir-nya selepas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, meminta saya untuk merundingkan sen-diri perkara ini buat kali terakhir dengan MMC-Gamuda, maka

KUCHING - Kekurangan perun-tukan menjadi penyebab utama perancangan pembangunan yang dirancang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) belum dapat dilaksanakan sepenuh-nya. Panglima Tentera Udara, Tan Sri Affendi Buang berkata, pihaknya berharap peruntukan lebih dapat disalurkan dalam memastikan TUDM dapat me-ningkatkan pembangunan a- setnya, pada masa depan.

“Buat masa ini, kami meng-optimumkan operasi aset sedia ada,” katanya kepada media.

Beliau bagaimanapun ber-kata, TUDM tidak menghadapi masalah kekurangan anggota kerana ramai berminat dan memohon menyertai TUDM.

Katanya, pengambilan ang-gota TUDM dibuat berdasarkan kelayakan pemohon dan tidak berasaskan kaum dan negeri.

Putrajaya-MMC Gamuda sepakat

MRT� diteruskan, jimat RM�.�� bilion

syarikat itu bersetuju dengan MOF untuk menambahkan lagi potongan kos untuk kerja bawah tanah daripada RM2.13 bilion ke-pada RM3.6 bilion.

“Ini bermakna kos pembinaan (tidak termasuk kos faedah, kos pengambilan tanah dan kos lain) MRT2 berjaya dikurang-kan RM8.82 bilion (22.4 peratus) daripada RM39.35 bilion kepada RM30.53 bilion,” katanya.

Beliau berkata, Mesyuarat Je-maah Menteri turut bersetuju dengan tawaran baru oleh MMC-Gamuda dan kos rasionalisasi yang berjaya dijalankan oleh MOF.

Selain itu, jemaah menteri memutuskan supaya kontrak kerja bawah tanah yang bernilai RM16.71 bilion ditamatkan dan kerja belum siap ditender semula.

“Ini adalah kerana Kerajaan Persekutuan dan MMC- Gamu-

Kekangan kewangan punca TUDM sukar rancangan pembangunan

Antara pesawat yang mengambil bahagian dalam pertunjukan dan pameran udara TUDM

Terdahulu, lebih 10,000 orang termasuk Timbalan Men-teri Pertahanan, Liew Chin Tong, hadir menyaksikan per-tunjukan dan pameran udara sempena sambutan ulang ta-hun ke-60 TUDM, di Pangkalan Udara Kuching, pada 27 Okto-ber lalu.

Pelbagai aktiviti lain turut di-adakan sempena pameran se-hari itu termasuk pameran sta-tik pesawat TUDM, di kawasan dispersal.

Buat masa ini kami mengoptimumkan operasi aset-aset kami yang sedia ada.TAN SRI AFFENDI BUANGPanglima Tentera Udara

da gagal mencapai persetujuan dan penyelesaian untuk kos kerja bawah tanah.

“Susulan daripada keputusan di atas, jemaah menteri bersetuju merunding semula atas rayuan daripada MMC-Gamuda.

“Rundingan terakhir bersama MOF pada 22 Oktober lalu dan tawaran baru dengan penurunan kos RM3.6 billion atau 21.5 pera-tus untuk kerja bawah tanah di-persetujui syarikat juga MOF.

“Ekoran daripada persetujuan itu, jemaah menteri menerima dan meluluskan tawaran terkini daripada MMC-Gamuda, pada pagi ini (26 Oktober).

“Oleh yang demikian, kepu-tusan untuk menamatkan kon-trak kerja bawah tanah ditarik balik dan MMC-Gamuda akan meneruskan projek ini dengan kos sebanyak RM13.11 bilion,” ka-tanya.

Sementara itu, bilangan stesen atas tanah MRT2 terus dikekalkan kepada 33 stesen, manakala dua stesen bawah tanah di Bandar Malaysia (Utara) dan Bandar Ma-laysia (Selatan) akan ditangguh-kan.

Page 10: muka 3 muka 5 muka 7 muka 9 Projek Selangor Maritime … · 2018-11-01 · “Langkah ini juga dapat ... menyerap kejutan global atau sebarang pergolakan kewang- ... "Kita perlu mengatasi

10Global

SelangorKini 1 - 7 November 2018

BANGKOK - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, men-janjikan sebarang bantuan yang boleh dihulurkan Malaysia kepa-da Thailand bagi menghentikan kitaran keganasan di wilayah se-latan, negara itu.

Beliau berkata, konflik di se-latan negara itu adalah peluang kepada kedua-dua negara mem-pamerkan semangat setiakawan antara mereka.

“Kami berikrar membantu de- ngan apa saja cara yang termam-pu bagi menamatkan keganasan, di selatan Thailand.

“Saya amat yakin dengan ke- kuatan hubungan kerjasama an-

ISTANBUL - Presiden Turki, Re- cep Tayyip Erdogan, memin- ta Arab Saudi mendedahkan siapa yang mengarahkan pem-bunuhan wartawan, Jamal Kha- shoggi, di samping lokasi ma-yatnya dibuang.

Menurut Erdogan, Turki mempunyai lebih banyak mak-lumat kes terbabit berbanding butiran yang dikongsi Ankara.

Beliau turut berkata, Ri- yadh perlu mendedahkan iden-titi ‘konco tempatan’ yang di- katakan oleh pegawai Arab Saudi sebelum ini, bertang-gungjawab membuang mayat Jamal selepas kolumnis akhbar Washington Post itu dibunuh, di konsulat Arab Saudi, di Istanbul, pada 2 Oktober lalu.

“Siapa yang memberikan arahan?” kata Erdogan dalam satu ucapan kepada ahli parti

Semangat setia kawan

Malaysia ikrar bantu tamat konflik Selatan Thailand

Dr Mahathir bertemu rakan sejawatannya Jen Prayut Chan-o-cha di bangunan pentadbiran kerajaan, di Bangkok

tara kita dalam menyelesaikan masalah bersama. Sejujurnya, kami mahu membantu mengu-rang atau menamatkan terus masalah sepenuhnya,” katanya dalam satu persidangan media, di bangunan pentadbiran kera-jaan, pada 24 Oktober lalu.

Terdahulu, kedua-dua pe-mimpin serta delegasi masing-ma-sing mengadakan mesyu-arat dua hala di lokasi sama dan berbincang pelbagai isu yang mempunyai kepentingan ber-sama.

Malaysia adalah fasilitator ke-pada rundingan damai antara kerajaan Thailand dengan Majlis Syura Patani (MARA Patani).

Konflik di selatan negara itu adalah peluang kepada kedua-dua negara mempamerkan semangat setiakawan

TUN DR MAHATHIR Perdana Menteri

China enggan serah Taiwan, Laut China Selatan

keselamatan Shangri-La Dia-logue, di Singapura.

Terdahulu, Setiausaha Pertahanan Amerika Sya- rikat (AS), Jim Mattis memberitahu rakan se- jawatannya, bahawa dua negara ekonomi terbesar dunia itu per-lu memperkukuhkan la- gi hubungan di peringkat tertinggi, sekali gus mengu-rangkan ketegangan dan risiko konflik.

BEIJING - China berikrar tidak akan menyerahkan walau sein-ci wilayahnya termasuk pulau diperintah sendiri iaitu Taiwan yang didakwa milik Beijing atau perairan yang dipertikaikan, Laut China Selatan, kata Menteri Per-tahanan, Wei Fenghe, pada 25 Oktober lalu.

Fenghe berkata demikian ke-tika memberi ucapan di majlis pe-rasmian Forum Xiangshan, yang disifatkan sebagai kenyata-an balas China di forum tahunan

Palu berdepan krisis kesihatan serius

Riyadh digesa dedah dalang bunuh wartawan

pemerintah, Parti AK, di Ankara.“Siapa pula yang memberi-

kan arahan supaya 15 orang datang ke Turki?” katanya meru-juk kepada 15 ejen Arab Sau-di yang dikatakan oleh Turki berlepas ke Istanbul beberapa jam sebelum pembunuhan itu berlaku.

Sementara itu di New York, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Ber- satu (PBB) menyifatkan Jamal menjadi mangsa ‘hukuman mati di luar undang-undang’ oleh ke-rajaan Arab Saudi.

“Malah, Arab Saudi sendi- ri mengaku bahawa jena-yah itu sudah dirancang dan membabitkan pegawai kera-jaan,” kata Pelapor Khas PBB mengenai Pembunuhan di Luar Undang-Undang, Rumusan atau Arbitrari, Agnes Callamard pada satu sidang akhbar, di New York.

“Sama ada mereka bertin-dak mengikut arahan kerajaan, maka perkara itu harus dibin-cangkan dan disiasat,” katanya.

Bagaimanapun, tambah Ca- llamard, mereka yang ter-babit, pihak yang menga-rahkannya dan dalang yang merancang pembunuhan itu mempunyai jawatan yang cu-kup tinggi untuk mewakili Arab Saudi.

Indonesia sebelum ini men- jelaskan, kemusnahan di kawa- san paling teruk terjejas men- cecah AS$900 juta (RM3.7 bilion) sementara Bank Dunia menawar-kan pinjaman sehingga AS$1 bil-ion (RM4.1 bilion) untuk mem-bangunkan Palu.

Sebanyak 70 peratus Palu su-dah dibersihkan dan bekalan air akan kembali normal sepenuh-nya menjelang Disember ini, kata Gabenor Sulawesi Tengah, Long-ki Djanggola.

Lebih daripada 1,400 khemah didirikan untuk kelas dan 1,200 tempat tinggal separuh kekal, se-tiap satu mempunyai enam bilik dijangka siap, dalam masa dua bulan.

Pada 28 September lalu, gega-ran berkekuatan 7.5 magnitud di- susuli gelombang tsunami mem-badai Palu di Sulawesi mengor-bankan 2,200 orang dan me-nyebabkan lebih 220,000 lagi kehilangan tempat tinggal.

Beribu-ribu lagi masih hilang, dipercayai terkorban selepas se-bahagian kawasan di pedalaman Sulawesi tenggelam akibat feno-mena pencairan tanah.

JAKARTA - Bandar Palu terus di-himpit krisis kesihatan apabila kedatangan musim tengkujuh yang dikhuatiri menimbulkan an- caman wabak malaria dan demam denggi selepas wilayah itu dilanda gempa bumi serta tsunami sebu-lan lalu, kata agensi bantuan.

Terdesak membendung penu-laran wabak penyakit, minggu lalu pihak berkuasa menggugur-kan bahan penyahjangkit dari helikopter di kawasan paling te-ruk terjejas, di Palu.

Pihak berkuasa percaya kira-kira 5,000 mayat dikhuatiri masih tertimbus, di bawah runtuhan.

Agensi Mitigasi Bencana Indo-nesia berkata, langkah itu pen-ting untuk mencegah pembiakan lalat, lipas dan tikus yang berpo-tensi membawa penyakit.

Kumpulan bantuan bagaima- napun bimbang dengan pening-katan kes cirit-birit dan jangki-tan pernafasan selain kes disyaki bawaan nyamuk, termasuk ma-laria dan demam denggi.

Ramalan hujan monsun dalam beberapa bulan mendatang di-khuatiri memburukkan lagi ke-adaan.

Page 11: muka 3 muka 5 muka 7 muka 9 Projek Selangor Maritime … · 2018-11-01 · “Langkah ini juga dapat ... menyerap kejutan global atau sebarang pergolakan kewang- ... "Kita perlu mengatasi

Sabak Bernam

HuluSelangor

KualaSelangor

Gombak

Petaling

Klang

KualaLangat

HuluLangat

Sepang

Sabak Bernam

HuluSelangor

KualaSelangor

Gombak

Petaling

Klang

KualaLangat

HuluLangat

Sepang

Dari Kaca Mata MB11SelangorKini 1 - 7 November 2018

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

epujian juga diberikan kepada pelajar yang lulus ithbat hafazan PITAS

sama ada 10 juzuk, 20 juzuk atau 30 juzuk. Ini menunjukkan kualiti yang ditunjukkan oleh pelajar dari maahad tahfiz Selangor.

Kerajaan Selangor di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memberi inisiatif kepada huffaz bagi kategori 18 tahun ke bawah dan 18 tahun ke atas. Elaun sebanyak RM500 sebulan diperuntukkan Lembaga Zakat Selangor kepada pelajar atau guru yang lulus cemerlang dalam ithbat hafazan Selangor.

Justeru itu, penganjuran majlis konvokesyen ini adalah wadah terbaik bagi membangunkan generasi yang cemerlang dan unggul dalam pelbagai aspek menerusi penghayatan terhadap ajaran al-Quran. Ini bertepatan dengan firman Allah SWT dalam surah Saad ayat 29 yang bermaksud:

Syabas dan tahniah kepada Persatuan Institusi Tahfiz al-Quran Negeri Selangor (PITAS) dan Ahli Jawatankuasa di atas penganjuran Majlis Konvokesyen Huffaz Selangor Kali ke-2 membabitkan 873 huffaz daripada 252 maahad tahfiz. Majlis Konvokesyen ini adalah satu landasan terbaik bagi memberi penghargaan kepada golongan huffaz yang berjaya mengkhatamkan hafazan 30 juzuk al-Quran.

K “(Al-Quran ini) sebuah

kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), kitab yang banyak faedah dan manfaatnya untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar”.

Tidak ada kejayaan yang mudah untuk dicapai melainkan perlu melalui perjuangan yang berterusan dan istiqamah. Harapan kita supaya majlis konvokesyen ini juga akan menjadi landasan ke arah perpaduan dan kesatuan maahad tahfiz persendirian, di Selangor.

Matlamat ini akhirnya untuk membentuk sebuah masyarakat dan warganegara yang berjiwa kental, patriotik dan saling berkasih sayang antara satu sama lain. Malah, menjadi satu daripada benteng yang menjadi penghalang kepada

pelajar daripada terbabit dalam pelbagai aktiviti tidak sihat.

Menjadi harapan dan impian Kerajaan Negeri supaya dapat melahirkan lebih ramai golongan profesional dalam pelbagai bidang, sekali gus huffaz al-Quran yang bertaqwa dan berketerampilan. Sememangnya diakui, Selangor mempunyai ramai golongan profesional yang terdiri daripada jurutera, doktor, arkitek, akuantan, peguam dan bidang lain. Namun, semakin sukar untuk kita mencari golongan profesional muslim yang mampu menghafaz, sekali gus menghayati al-Quran dalam kehidupan seharian.

Saya berkeyakinan penuh dengan adanya usaha berterusan daripada pihak Kerajaan Negeri dan badan bukan kerajaan seperti PITAS dalam melaksanakan pelbagai program serta aktiviti berorientasikan golongan penghafaz al-Quran akan menyemarakkan

Saya berkeyakinan penuh dengan adanya usaha berterusan daripada pihak Kerajaan Negeri dan badan bukan kerajaan seperti PITAS dalam melaksanakan pelbagai program serta aktiviti berorientasikan golongan penghafaz al-Quran akan menyemarakkan lagi perkembangan tahfiz, di Selangor.

lagi perkembangan tahfiz, di Selangor. Semua usaha murni ini dilaksanakan adalah untuk memastikan Selangor bukan sahaja maju dalam pembangunan ekonomi tetapi seimbang dalam pembangunan akhlak dan sahsiah melalui penghayatan al Quran dalam kalangan pelajar tahfiz.

Marilah kita sama-sama meningkatkan semangat juang dan memperkukuhkan ukhuwah dalam kalangan pendokong dan penghafaz al-Quran serta umat Islam di negeri ini supaya terus maju juga berkembang sesuai dengan arus perubahan negara dan kita mampu membangunkan modal insan berkualiti dan insan yang memiliki minda kelas pertama untuk menjadi peneraju negara, pada masa hadapan.

Ucapan Majlis Konvokesyen Huffaz Selangor Kali ke-2 pada 28 Oktober 2018

Amirudin ShariDato’ Menteri Besar

Wadah terbaik lahir generasi cemerlang

Penghayatan al-Quran seiring pembangunan negeri

Page 12: muka 3 muka 5 muka 7 muka 9 Projek Selangor Maritime … · 2018-11-01 · “Langkah ini juga dapat ... menyerap kejutan global atau sebarang pergolakan kewang- ... "Kita perlu mengatasi

Album Album13SelangorKini 1 - 7 November 201812 SelangorKini 1 - 7 November 2018

Rozana Zainal Abidin menyampaikan sumbangan peralatan sukan kepada kelab sukan setempat, di DUN beliau

ADN SEMENTA

ADN PERMATANGADN JERAM

ADN MORIB

ADN SABAK

ADN GOMBAKSETIA

ADN KUALA KUBU BHARU

Dr Daroyah Alwi turun padang merasmikan dan menyantuni peserta Bengkel IT Wanita DUN Sementa

Hilman Idham turun padang merasmikan Kursus Pemasaran Digital terbuka kepada masyarakat setempat anjuran Pusat Khidmat Rakyat DUN beliau

Lee Kee Hiong menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada Orang Kurang Upaya memerlukan, di kawasan beliau

Hasnul Baharuddin turun padang merasmikan dan menyantuni Program Jom Shoping anjuran Kerajaan Negeri, di DUN beliau

ADN PANDAMARAN

Leong Tuck Chee turun padang meninjau kawasan persekita-ran yang mengalami masalah perparitan

Shaid Rosli turun padang merasmikan Kejohanan Liga Penalti Tertutup Berjaya FC Bandar Puncak Alam, di DUN beliau

ADN SUNGAIPANJANG

Dato’ Mohd Imran Tamrin turun padang menyampai-kan sumba-ngan kepada warga emas memerlukan, di DUN beliau

Mustain Othman turun padang merasmikan Karnival Kebudayaan dan Bazar Kraf Sabak Bernam 2018, di

DUN beliau

Page 13: muka 3 muka 5 muka 7 muka 9 Projek Selangor Maritime … · 2018-11-01 · “Langkah ini juga dapat ... menyerap kejutan global atau sebarang pergolakan kewang- ... "Kita perlu mengatasi

14ADN

SelangorKini 1 - 7 November 2018

OLEH AFIX REDZUAN

PETALING JAYA - Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bala-kong dan Bandar Utama dengan kerjasama Majlis Bandaraya Pe-taling Jaya (MBPJ) menganjurkan acara Wiraton: Tabung Untuk Adi-wira.

Program itu bagi mengutip dana yang bakal disumbangkan kepada keluarga enam anggota bomba terkorban dalam operasi menyelamat, di Taman Putra Per-dana Puchong, pada 4 Oktober lalu.

Inisatif itu dilakukan sebagai memperingati pengorbanan se- luruh anggota keselamatan yang berkhidmat dan berkorban nyawa demi keselamatan orang awam serta keamanan negara.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Ban-dar Utama, Jamaliah Jamaluddin berkata, acara berjalan kaki se-jauh tiga kilometer itu akan dia-dakan, di Dataran Boulevard, Pe-taling Jaya, pada 24 November ini.

“Kami menyasarkan penyer-

PETALING JAYA - Kerajaan Ne-geri sudah mengarahkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ma- sing-masing supaya menga-dakan mesyuarat khas yang membabitkan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Negeri, seluruh ne-geri.

EXCO Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pem-bangunan Kampung Baru, Ng Sze Han berkata, mesyuarat itu perlu diadakan tiga bulan sekali berkuatkuasa serta-merta.

Katanya, ia bertujuan memas-tikan komunikasi antara wakil rakyat termasuk pembangkang boleh mengutarakan permasala-han khususnya kawasan masing-masing.

“Semua Datuk Bandar dan Yang Dipertua sudah mengambil maklum perkara ini.

SUNGAI BESAR - Sambutan Deepavali tahun ini lebih ber-makna buat 358 masyarakat India di Dewan Undangan Ne-geri (DUN) Sekinchan apabila menerima baucar Jom Shop-ping Deepavali 2018, di Pasa-raya TF Value Mart, pada 20 Ok-tober lalu.

Ahli Dewan Negerinya, Ng Suee Lim berkata, bantuan itu sedikit sebanyak mampu mengurangkan bebanan me-reka untuk meraikan perayaan berkenaan.

“Bantuan diagih secara telus adalah untuk memberi manfaat kepada rakyat, malahan ia tidak memilih ideologi politik tetapi

Wiraton: Tabung Untuk Adiwira

Penghargaan buat anggota keselamatan

taan 1,500 peserta dengan yuran penyertaan RM50 seorang.

“Sumbangan ini didedikasikan kepada keluarga anggota terkor-ban dan sebagai tabung pendidi-kan untuk anak mereka.

“Dana terkumpul akan disum-bangkan terus kepada keluarga mangsa pada acara penutup Wi-raton: Tabung Untuk Adiwira,” ka-tanya pada sidang media, di Ibu Pejabat MBPJ, baru-baru ini.

Dalam sidang media sama, ADN Balakong, Wong Siew Ki ber-harap, pelbagai lapisan masyara-kat akan menyertai acara itu se-bagai aktiviti riadah keluarga.

“Acara berjalan kaki ini juga

sebagai tanda penghargaan ke-pada anggota beruniform yang lain seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia.

“Selain itu, terdapat juga persembahan daripada anggota beruniform pada hari acara untuk tontonan pengunjung,” katanya.

Mereka yang berminat untuk menyertai acara larian itu bo-leh membuat bayaran ke akaun Public Bank – 3185696033 (Pusat Khidmat Adun Balakong) dan menulis perkataan ‘Wiraton’ di bahagian rujukan, sebelum 18 November ini.

Mesyuarat Khas MP dan ADN selesai isu rakyat

“Mesyuarat itu perlu diadakan tiga bulan sekali bermula seka-rang bertujuan menyelesaikan masalah berbangkit jika ada, sekali gus mencapai penyelesai-an,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar Maj- lis Penutup Kursus Asas Ahli Ma-jlis PBT 2018-2020 (Sesi 1), di Ho-tel Crystal Crown), di sini.

Terdahulu, Sze Han menyam-paikan sijil penyertaan seminar berkenaan kepada 89 Ahli Majlis yang baru dilantik membabitkan enam PBT.

Deepavali lebih bermakna buat ��� masyarakat India

semua yang berkelayakan ber-hak menerimanya,” katanya.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri sentiasa mengambil berat kebajikan rakyat yang kurang berkemampuan meli-puti semua kaum.

Katanya, skim di bawah Ini-siatif Peduli Rakyat itu diper-kenalkan bukan sahaja kepada penyokong Kerajaan Negeri, malahan semua layak mene-rima bantuan berkenaan, jika mereka anak Selangor.

“Kebanyakan penerima me-luahkan rasa teruja dan gem-bira dengan bantuan ini serta berharap ia akan diteruskan, pada masa hadapan,” katanya.

Mesyuarat itu perlu diadakan tiga bulan sekali bermula sekarang bertujuan menyelesaikan masalah berbangkit jika ada, sekali gus mencapai penyelesaian

NG SZE HANEXCO KerajaanTempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru

Skim di bawah Inisiatif Peduli Rakyat itu diperkenalkan bukan sahaja kepada penyokong Kerajaan Negeri, malahan semua layak jika mereka anak Selangor

NG SUEE LIMAhli Dewan Negeri Sekinchan

Page 14: muka 3 muka 5 muka 7 muka 9 Projek Selangor Maritime … · 2018-11-01 · “Langkah ini juga dapat ... menyerap kejutan global atau sebarang pergolakan kewang- ... "Kita perlu mengatasi

15SelangorKini 1 - 7 November 2018

ADN MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH NAZLI IBRAHIM

SUNGAI BULOH - Persiapan membawa belia Paya Jaras menawan puncak Gu-nung Kinabalu giat dijalankan bagi me-mastikan ekspedisi itu berjalan lancar.

Ahli Dewan Negeri Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman berkata, program itu bermatlamat memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa aktiviti si-hat dan mencabar perlu disertai semua lapisan umur serta tidak terhad kepada golongan remaja sahaja.

“Program ini adalah kerjasama Peja-bat Ahli Dewan Negeri Paya Jaras dan kumpulan ‘Forty Seven Sport Extreme’ yang akan diadakan, sekitar Mac atau April 2019.

“Kumpulan ini di bawah seliaan Per-tubuhan Komuniti 47000 Sungai Buloh iaitu satu pertubuhan berdaftar,” katan-ya pada Program Jom Shoping Deepa- vali di kawasan letak kenderaan Econ-

HULU LANGAT - Seramai 40 peserta wanita pelbagai peringkat umur me-nyertai Bengkel Olahan Coklat anjuran Pusat Wanita Berdaya (PWB) Dewan Undangan Negeri Dusun Tua, di Balai Raya Batu 18, baru-baru ini.

Ahli Dewan Negeri Dusun Tua, Edry Faizal Eddy Yusof berkata, siri pertama dianjurkan itu adalah kesinambungan daripada bengkel pembuatan roti yang dilaksanakan, pada 20 Oktober lalu.

Katanya, ia bertujuan membantu penduduk, khususnya wanita untuk menambahkan ilmu kemahiran dan menjana pendapatan tambahan.

“Pada masa sama, program ini mem-beri pendedahan kepada mereka un-tuk belajar mengasah bakat membuat roti dan mengolah coklat sendiri.

“Sambutan program juga amat menggalakkan kerana kita mendapat penyertaan baik dalam kalangan ko-muniti setempat,” katanya.

Katanya, program terbabit juga mampu mewujudkan insan yang lebih

Khairuddin sasar ekspedisi awal 2019

Belia Paya Jaras tawan Kinabalu

save, di sini, baru-baru ini.Mohd Khairuddin berkata, ang-

gota ekspedisi itu akan dipilih berdasar-kan pembabitan individu terbabit dalam aktiviti lasak yang dijalankan Pejabat ADN dan ‘Forty Seven Sport Extreme’.

Program itu bermatlamat memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa aktiviti sihat dan mencabar perlu disertai semua lapisan umur dan tidak terhad kepada golongan remaja sahaja

MOHD KHAIRUDDIN OTHMANAhli Dewan Negeri Paya Jaras

�� wanita sertai Bengkel Olahan Coklat

Siri pertama dianjurkan itu adalah kesinambungan daripada bengkel pembuatan roti yang dilaksanakan, pada 20 Oktober lalu

EDRY FAIZAL EDDY YUSOFAhli Dewan Negeri Dusun Tua

Sementara itu, Pe-ngerusi Pertubuhan Komuniti 47000 Sungai Buloh, Asyikin Abd Latip berkata, ‘Forty Seven Sport Extreme’ giat melaku-kan persiapan dengan menganjurkan beberapa aktiviti lasak bagi membina se-mangat, keyakinan dan kekuatan fizikal yang diperlukan.

“Kita akan jalankan ekspedisi katego-ri pendakian ringan seperti ke Gunung Angsi setinggi 825 meter dari aras laut pada 12 November dan dan Gunung Da-tok setinggi 884 meter pada 26 Novem-

ber ini sebagai pema-nas badan.

“Ekspedisi ini me-ngambil masa dua jam untuk tiba ke ke-muncak dan ia adalah permulaan yang baik membina kekuatan kaki bagi mereka yang baru sebelum penda-kian lebih serius serta

mencabar seperti Gunung Kinabalu,” ka-tanya.

Asyikin berkata, selain ekpedisi ke Gunung Angsi dan Gunung Datok, pi-haknya turut menjalankan aktiviti lati-han seperti menaiki tangga di Batu Caves dan senaman larian seberapa ke-rap yang boleh.

Terdahulu, pada program Jom Shop-ping Deepavali, lebih 500 peserta Skim Mesra Usia Emas di Paya Jaras dibawa membeli belah, di Pasar Raya Econsave.

berinovatif melalui penciptaan olahan serta cara baharu.

“Sudah tentu setiap kemahiran baru yang diperolehi akan dapat mening-katkan keberdayaan wanita selain membangunkan ekonomi keluarga dan kawasan.

“Kemajuan boleh terhasil melalui fasa inisiatif, kreatif dan inovatif,” ka-tanya.

Page 15: muka 3 muka 5 muka 7 muka 9 Projek Selangor Maritime … · 2018-11-01 · “Langkah ini juga dapat ... menyerap kejutan global atau sebarang pergolakan kewang- ... "Kita perlu mengatasi

16Hadiah Sastera Selangor

SelangorKini 1 - 7 November 2018

OLEH NIK AIDIL MEHAMAD

Panggil saja aku; Kumira. Dengan sepasang mata yang jernih dan bibir gigil, tanganku juga gi-

gil, aku meneropong Nikolas dari jendela pangsapuri milikku. Le- bih kurang 20 minit tempoh masa yang dipersetujui Nikolas untuk aku bersiap, keluar rumah dan turun lif yang pengap de- ngan bau peluh buruh-buruh imi- gran pulang kerja.

Nikolas dengan secawan kopi di meja. Duduk menyendiri jauh dari kehidupan dalam kafe di ha-dapan pangsapuri milikku. Keka-buran yang lahir dari kanta tero-pong buat aku gelisah. Kadang ia bagus untuk diriku, seperti mem-baca puisi-puisi kabur sebelum lelap. Insomnia ingin berteman lewat malam tidak diendahkan dan mataku katup dengan per-soalan dan makna yang sedang dicari dalam puisi. Puisi masuk ke dalam tidur-mengalir dalam mimpiku.

Satu hal yang aku kurang se-lesa dengan Nikolas. Dia akan merokok sebanyak yang boleh ketika dalam talian video dua hari lepas. Kepulan asap yang bikin paru-paru aku terasa lemas. Kej-elekannya itu aku diamkan saja dengan dada bogel yang sengaja memaparkan bulu dadanya se-belum aku terperangkap dengan Nikolas dalam hutan belantara kelmarin. Aku akan menghilang apabila Nikolas menghirup kopi pertama kali dengan bunyi hiru-pan semacam iklan-iklan minu-man di tivi dan radio – bunyi khas hirupan yang grotes.

Buih-buih kopi terapung apa-bila aku mengacau kopi sesuai dengan melodi The Strokes. Is This It lagu pilihan apabila Nikolas sedang mengintai di tetingkap Skype. Buih-buih kopi akhirnya bertukar visual hutan – visual itu tidak ubah seperti bulu dada

Nikolas yang aku rasa lucu, aneh dan kadang aku rasa ia sangat menggoda tetapi tidak seksi kerana aku perempuan dan aku tahu lelaki tidak seksi. Sepasang mataku terjun ke dalam cawan kopi-mengamati visual hutan yang teroleng-oleng apabila ta-nganku gigil. Efek tidur yang ti-dak cukup barangkali. Nikolas menyedarkan aku sesuatu hal yang aku sudah lupa. Sekali hi-rupan aku rasa terjaga-sepenuh-nya.

Nikolas masih menunggu aku di tetingkap skype. Kemerahan

wajahnya yang berubah dengan drastik apabila aku bersetuju piknik dalam hutan dengannya menaiki Nissan Bluebird milik ibu tirinya. Nikolas dalam keriangan yang kemuncak apabila pipinya kemerahan. Rahsia itu Nikolas yang bongkar seperti juga parut di kening kirinya – tidak terlihat janggal. Parut itu juga sebaha-gian daripada dirinya dan tidak harus diajukan soalan-soalan aneh tentang parut yang men-empel di keningnya.

Nikolas pernah memberi-tahu aku bahawa cerita yang penulisnya belum tahu akan alur cerita adalah kenikmatan menulis. Dan aku mengerti ungkapan Nikolas itu apabila kami tersesat dalam hutan be-lantara ditemani kucing belaan ibu tirinya – aku panggil kucing itu dengan gelaran Seno. Seno haiwan peliharaan yang manja, pendiam dan tahu berlari den-gan pantas apabila kami berlari dalam rentak kepanikan seperti gelombang musik Transmis-sion dari kugiran legenda post-punk, Joy Division. Alur kecil yang kami tempuhi adalah si-far pengetahuan destinasi yang kami tujui – menemukan kami dengan pelbagai kesukaran.

Ego diri wujud dalam diri aku dan Nikolas; tentang alur jalan mana yang kami harus pilih un-tuk keluar dari hutan belantara dan pada waktu itu dalam kepa-laku lahir pemandangan pantai sepanjang perjalanan pulang ke Kuala Lumpur – puisi yang este-

tik. Keinginan menikmati kehidu-pan magis dalam hutan belan-tara dengan perasaan lain yang bertarung dengan keinginan ke-nikmatan iaitu perasaan terpe- rangkap sedangkan yang menge-jar kami hanyalah Seno yang naif dan patuh. Kami sasau – mem-berontak dengan definisi pem-berontakan yang tidak jelas lahir dalam diri kami. Ego diri akan le-nyap jika hujan renyai turun – pelangi wujud dalam diri apabila matahari menerangi pemikiran – menjernihkan alur lorong yang kami harus tempuhi tanpa gaduh yang membawa gundah dan pentengkaran akan tamat seusai hujan renyai berhenti.

Kami terpisah dalam hutan be-lantara. Seingat aku; aku dibawa keluar dari hutan belantara oleh seorang pemuda yang tidak jelas rupanya. Pemuda itu memandu kereta milik ibu tiri Nikolas dan Seno tidur nyaman di kerusi pe-numpang belakang. Aku mena-nyakan tentang Nikolas kepada pemuda itu – suaranya agak berat seperti baru saja sembuh dari batuk. Kedengaran seperti ada kahak yang tersisa melekat di kerongkongnya dan kebingu-ngan aku pada waktu itu apabila pemuda itu mengatakan bahawa Nikolas sedang tersesat dalam hutan absurdisme – absurdisme dalam kepalanya membiakkan khayalan-khayalan peribadi se-hinggakan keintimannya kha-yalan itu dapat dimaknai oleh dirinya sendiri. Aku mengatakan kepadanya bahawa Latiff Mo-

hidin berpendapat bahawa ab-straksi emosional bertitik tolak dari imaginasi terhadap dirinya, esksistennya, benda-benda di sekelilingnya, proses pengala-mannya dan alamnya. Barangkali imaginasi Nikolas berkeliaran dan terperangkap dalam tubuhmu, kata pemuda itu.

Pili air hujan membasahi selu-ruh tubuh selepas aku masuk ke dalam pangsapuri dengan sepa-sang kaki bogel. Sisa-sisa lumpur tertanggal dari kulit – menempel di pergelangan tangan dan juga pada rambut luntur pelan-pelan. Bau lumpur terapung dalam bi-lik mandi – tidak melenyapkan memori tersesat dalam hutan be-lantara dengan Nikolas. Kegilaan apa yang aku dengar dari pemuda itu dan yang aku impikan hubu-ngan jika ada tragedi antara kami biarlah akhirnya tragedi tergelin-cir jatuh ke dalam komedi.

Kebosanan mula tumbuh dalam sepasang mata sekarang. Aku berhenti mengintai Niko-las dari kanta teropong. Nikolas mencucuh rokok – wajahnya ber-cahaya. Kepulan asap rokok yang dihembus bibir Nikolas seolah-olah rahim – seekor merpati putih terbang keluar dari kepulan asap rokok dengan daya terbangan yang romantis. Momen itu terasa lama dan seluruh ingatan selepas momen itu tamat, melekat dalam ingatan; kekal. Waktu membeku seketika sebelum aku mengatup tingkap dan tidak lagi membu-kanya. Merpati putih bertenggek di tingkap.

Meneropong Nikolas

Doa dan kata yang tak diperkenan Tuhan

Tentang doa dan kata yang tak diperkenan tuhan;adalah rintik hujan yang menjadi ribut di lautdan banir-banir yang tenggelam dek daunan gugurdi hutan dalam.

Kita seperti koloni lebah yang riuh dan girangdi musim semi, mencari bunga yang paling harumdan manis, sebelum pulang ke sarang dan menghulurmakan, menjadi taat kepada ibu lalu mati.

Ibu, bunga paling manis dan harum, sering berdoatentang hujannya yang jarang pulang. Ributnya selalutenggelam dek riuh dan girang si lebah. Tuhanperkenankan kita mencari makan dengan kata yanggugur dari sarangnya.

Seperti laut dan banir, kematian adalah hutan yang semi; taat menghulur rintik daun sebelum menjadi musim yang dalam.

Api Husien

Page 16: muka 3 muka 5 muka 7 muka 9 Projek Selangor Maritime … · 2018-11-01 · “Langkah ini juga dapat ... menyerap kejutan global atau sebarang pergolakan kewang- ... "Kita perlu mengatasi

17SelangorKini 1 - 7 November 2018

Pelancongan MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH AFIX REDZUAN

GOMBAK - Taman Rimba Bukit Lagong antara lokasi eko-pelancongan terbaik, di daerah Gombak.

Mula dibuka sejak 2013, hampir RM1.5 juta sudah di-belanjakan sehingga kini bagi me-naiktaraf kemudahan menjadikan taman rimba terletak 15 kilometer dari bandar raya Kuala Lumpur ini terus menjadi perhatian pengun-jung.

Ketua Unit Kemudahan Awam Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Mohd Nasrul Sahran berkata, ka-wasan itu dilengkapi dengan pel-bagai kemudahan untuk mereka yang berminat menjalankan aktiviti lasak sambil menghayati kedamaian hutan.

“MPS menyediakan kemudahan buat pengunjung menganjurkan aktiviti seperti riadah, perkelahan, perkhemahan dan kem motivasi.

“Untuk 2018 sahaja, kita anggar-kan hampir 6,000 orang sudah men-jalankan aktiviti di sini daripada pel-bagai agensi dan sekolah,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya berhas-rat untuk menambah beberapa ak-tiviti lain selepas ini supaya lokasi penginapan lebih menarik.

Mohd Nasrul berkata, tiga pakej utama disediakan iaitu korporat, li-bur dan pelajar dengan tawaran har-ga berpatutan selain menampilkan penginapan berkonsepkan kabin.

Bagi pakej korporat dengan pe- nginapan tiga hari dua malam, bayaran RM115 dikenakan seorang di dalam kabin yang boleh memuat-kan lima pengunjung, dalam satu masa.

Manakala, RM45 seorang un-tuk sebuah khemah yang mampu memuatkan lapan orang, dalam satu masa.

Sebanyak 50 unit khemah beru-kuran 10’x10’ disediakan dengan tawaran aktiviti seperti ‘zip line’, ‘rock

climbing’ atau ‘abseiling’.Turut disediakan kemudahan

lain seperti surau, sistem siar raya, dewan makan dan tandas.

Pakej minimum 20 orang itu ti-dak termasuk makanan dan tanpa aktiviti tambahan.

Pakej libur pula mengenakan harga RM170 untuk lima orang dalam sebuah kabin, manakala ma-sing-masing RM1,500 bagi program hari keluarga dan sewaan majlis perkahwinan, selama sehari.

Manakala, pakej pelajar dengan penginapan tiga hari dua malam, bayaran RM80 dikenakan seorang

di dalam kabin yang bo-leh memuatkan enam pengunjung, dalam satu masa.

Bagi seorang, RM40 dikenakan untuk sebuah khemah yang mampu memuatkan lapan orang, dalam satu masa.

Kemudahan seperti seperti surau, sistem siar raya, dewan makan dan tandas turut disediakan tetapi sesuai untuk institusi pendidikan, agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan dengan minimum 20 orang .

Sila hubungi 03-61202962 /5800 untuk tempahan.

Lokasi riadah

TamanRimba Bukit

Lagong

Taman Alam Kuala Selangor idam status RAMSAR

KUALA SELANGOR - Per-satuan Pecinta Alam Malay-sia (MNS) kini dalam u-saha mendapatkan status Ramsar bagi Taman Alam Kuala Se-langor (KSNP).

Presidennya, Ahmad Is-mail berkata, ia sekali gus membolehkan KSNP men-jadi lokasi pertama di ne-geri itu yang mendapat sta-tus terbabit.

Katanya, bagaimanapun permohonan status itu ma-sih lagi di peringkat awal dan berharap supaya Majlis Dae-rah Kuala Selangor (MDKS) membawanya ke peringkat negeri untuk kerja peng-

gazetan tanah.“Dimaklumkan, kini

permohonan perlu melalui Kerajaan Ne- geri dan Persekutuan

serta khusus melalui Kemen-terian Tanah, Air dan Sumber Asli,” katanya ketika ucapan penutup Seminar ‘Bioblitz’, ba-ru-baru ini.

Ramsar bermaksud senarai tanah lembab yang dipersetu-jui melalui Konvensyen Tanah Lembab yang diadakan, di Ramsar, Iran, pada tahun 1971.

Terdapat seramai 147 ahli konvensyen dengan 1,524 tapak tanah lembab yang berjumlah 129.2 juta hektar, dalam senarai RAMSAR.

Malaysia kini mempu- nyai tujuh tapak Ramsar, manakla tiga yang lain ialah Tasik Bera, Pahang, yang di-senaraikan pada 1994, Tanah Lembap Kuching, Sarawak (2005) dan Tanah Lembab Hilir Kinabatangan-Segama, Sabah (2008).

mendamaikan

Page 17: muka 3 muka 5 muka 7 muka 9 Projek Selangor Maritime … · 2018-11-01 · “Langkah ini juga dapat ... menyerap kejutan global atau sebarang pergolakan kewang- ... "Kita perlu mengatasi

18PBT

SelangorKini 1 - 7 November 2018

OLEH NORHAYATI UMOR

PETALING JAYA - Ahli Majlis yang baru dilantik di semua Pi-hak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri itu digesa turun padang meninjau masalah rakyat ka-wasan masing-masing.

EXCO Kerajaan Tempatan, Pe-ngangkutan Awan dan Pemba-ngunan Kampung Baru, Ng Sze Han berkata, Kerajaan Negeri mahu mereka bekerja keras dan menjalin hubungan baik dengan masyarakat tanpa mengira kaum.

Malah, beliau mengingatkan pelantikan jawatan berkenaan bukan sebagai ‘political reward’ tetapi amanah daripada kera-jaan dan rakyat.

“Semua Ahli Majlis perlu me-mahami peranan masing-ma-sing dengan menyeluruh dan dapat memberikan perkhid-matan terbaik kepada rakyat.

“Sebagai sebuah negeri yang maju, maka permintaan rakyat sudah tentu lebih tinggi ber-banding negeri lain.

“Justeru, suara rakyat perlu didengar dan perlu mengetahui masalah rakyat daripada akar umbi,” katanya.

Beliau berkata demikian

Ahli Majlis perlu kerja keras

Turun padang selesai masalah rakyat

selepas merasmikan Seminar Majlis Penutup Kursus Asas Ahli Majlis PBT 2018-2020 (Sesi 1), di Hotel Crystal Crown), pada 24

Oktober lalu.Sze Han berkata, pentadbiran

Pakatan Harapan turut meng-gariskan ketelusan pentadbiran

bersih dan semua dikehendaki mengisytiharkan kepentingan.

Katanya, ia bagi mengelakkan sebarang kepentingan tender

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri memandang serius isu permoho-nan kenaikan elaun yang diutara-kan segelintir Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), di Se-langor.

EXCO Kerajaan Tempatan, Pen-gangkutan Awam dan Pemba-ngunan Kampung Baru, Ng Sze Han berkata, cadangan itu perlu diperhalusi memandangkan kos sara hidup yang agak tinggi, di kawasan bandar.

“Namun, kita perlu melihat lebih lanjut kerana tidak semua Ahli Majlis melakukan kerja ini se-cara sepenuh masa dan kenaikan elaun ini perlu disemak mengikut prestasi kerja masing-masing.

“Untuk makluman, Kerajaan Negeri sudah menaikkan elaun Ahli Majlis PBT, sejak 1 Mac 2017,”

katanya.Beliau berkata demikian ke-

tika mengulas kenyataan Ahli Majlis Perbandaran Selayang ber-hubung permohonan kenaikan elaun RM1,000.

Mengulas lanjut, katanya, semua Ahli Majlis yang ingin meng- utarakan cadangan itu boleh ber-hubung secara terus dengan Kera-jaan Negeri.

“Sebarang keputusan dibin-cangkan di peringkat Kerajaan Negeri sahaja dan sehingga kini, elaun bagi Ahli Majlis PBT di ban-dar raya dan perbandaran ialah RM2,500 sementara bagi daerah ialah RM2,000.

“Manakala elaun mesyuarat pula RM150 bagi PBT kategori bandar raya dan perbandaran, manakala daerah RM100,” katanya.

Perhalusi cadangan naik elaun Ahli Majlis

PETALING JAYA - Majlis Banda-raya Petaling Jaya (MBPJ) me-nyasarkan kehadiran lebih 20,000 pengunjung sempena Festival Petaling Jaya (PJ Fair), di Dataran Petaling Jaya, Persiaran Barat, Seksyen 52, pada 4 hingga 11 No-vember ini.

Unit Sekretariat MBPJ dalam kenyataan berkata, festival itu bagi mempromosikan Petaling Jaya sebagai Kota Seni dan desti-nasi pelancongan antarabangsa.

Katanya, ia turut menyokong pelaksanaan Pelan Induk PJ Sus-tainable 2030 dan dasar per-bandaran di peringkat global khususnya berkaitan aspek pem-bangunan budaya dan komuniti.

“PJ Fair kini memasuki tahun keenam penganjurannya, sejak diperkenalkan pada 2013 yang menjurus kepada mempromosi-kan kepelbagaian dan kehar-monian budaya serta kesenian komuniti setempat juga antara-bangsa dengan tema ‘Interna-tional Folklore Festival’,” katanya.

Katanya, kemuncak acara akan

Sasar lebih ��,��� pengunjung

dan ‘conflict of interest’.Pada masa sama, Sze Han ber-

kata, Ahli Majlis perlu meman-faatkan media sosial dalam tu-gasan selaras dengan gagasan ‘Smart State’ selain menjadi mata dan telinga kepada Kerajaan Negeri.

“Bukan sahaja hadir ke me-syuarat tetapi Ahli Majlis perlu kerap turun padang. Jika Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari, kerap turun padang, kenapa ti-dak Ahli Majlis?

“Amanah ini perlu dipikul dan tanggungjawab ini perlu digalas sebaiknya,” katanya.

Beliau turut mengingatkan, penilaian prestasi akan dinilai dari masa ke masa bagi memas-tikan Ahli Majlis cemerlang dan profesional.

Peserta Seminar Majlis Penutup Kursus Asas Ahli Majlis PBT 2018-2020 (Sesi 1) bergambar bersama Sze Han (lapan dari kiri) selepas tamat acara berkenaan

diadakan pada 10 November ini pada jam 8.30 malam disusuli persembahan kebudayaan dari sembilan negara iaitu Malaysia, Indonesia, Jepun, Korea Selatan, Thailand, Filipina, Iran, Finland dan Botswana.

MBPJ berkata, negara ter-babit adalah di bawah program PJ Friendship City dan Interna-

tional Council of Folklore Festival and Folk Arts Organizations iaitu sebuah badan bukan kerajaan di bawah seliaan Pertubuhan Pen-didikan, Sains, dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Ber-satu (UNESCO)

“Pelbagai acara menarik ber-cirikan ‘crowd puller’, ‘trendy’ dan ‘lifestyle’ antaranya persembahan kebudayaan, konsert artis tempa-tan dan Malaysia Book of Records (penyertaan ‘mannequin’ paling ramai).

“Selain itu, ‘Asian Corner’, ‘Pain-ting & Pledge And Plant A Tree’ (World Habitat’s Day), ‘PJ Green Explorace’, ‘Fun Run’, ‘Smart Ride’, Kejohanan Bola Jaring Antarbangsa, pertan- dingan memancing dan zon kanak-kanak turut dianjurkan,” katanya.

PJ Fair turut menampilkan persembahan artis terkemuka antaranya XPDC, Akim & The Ma-jistret, Waris, Ara Johari, Masya Mashitah, Santesh, Ben Laden, Is-mail Izzani, Uchop (Vokal Bukan Sekadar Rupa), Aina Mentor dan Maynine Band.

PJ Fair kini memasuki tahun keenam penganjurannyasejak diperkenalkan pada 2013 yang menjurus kepada mempromosikan kepelbagaian dan keharmonian budaya serta kesenian komuniti setempat juga antarabangsa dengan tema ‘International Folklore Festival’

Page 18: muka 3 muka 5 muka 7 muka 9 Projek Selangor Maritime … · 2018-11-01 · “Langkah ini juga dapat ... menyerap kejutan global atau sebarang pergolakan kewang- ... "Kita perlu mengatasi

19SelangorKini 1 - 7 November 2018

PBT MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM - Jambatan kanopi dan titi gantung antara tarikan terbaru yang terdapat, di Taman Tasik Shah Alam.

Datuk Bandar Shah Alam, Dato’ Ahmad Zaharin Mohd Saad berkata, Majlis Ban-daraya Shah Alam (MBSA) turut menyediakan me- nara tinjau dan trek basikal kanak-kanak khas buat pengun-jung.

Katanya, jambatan kanopi yang dibina sepanjang 147.6 meter itu mempunyai keting-gian tiga meter dari permukaan tanah.

“Bagi mereka yang ingin me-lihat pemandangan lebih indah di sekitar Tasik Shah Alam, maka mereka boleh menggunakan menara tinjau yang dibina de-ngan ketinggian enam meter.

“Projek pengindahan ini ber-tujuan untuk memberi daya tari-kan baru kepada pengunjung kerana Taman Tasik Shah Alam menjadi tumpuan utama bagi aktiviti riadah. Tidak dinafikan keindahan ‘landskap’ di sini turut menggamit masyarakat sekitar Lembah Klang khususnya Shah Alam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika majlis perasmian empat tarikan terbaru Taman Tasik Shah Alam,

pada 27 Oktober lalu.Ahmad Zaharin berkata, me-

nariknya kali ini, MBSA turut menyediakan kemudahan buat kanak-kanak termasuk trek basi-kal sejauh 129 meter.

“Turut dibina ialah jambatan khas kanak-kanak bagi membo-lehkan mereka merasai pengala-man berada di atas jambatan dengan paras selamat.

“Dengan wujudnya kemuda-han baru ini, MBSA mengharap-kan kerjasama pengunjung supaya dapat bersama-sama menjaga kemudahan awam yang disediakan supaya dapat digu-nakan dengan lebih selamat dan selesa,” katanya.

Taman Tasik Shah Alam

Rasai pengalaman Jambatan Kanopi, Titi Gantung

Jambatan kanopi antara tarikan terbaru disediakan di Taman Tasik Shah Alam khas buat pengunjung

KUALA LANGAT - Kira-kira 1,500 peserta menyertai acara berjalan santai 10,000 langkah anjuran Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), di Dataran Pusat Latihan Penguatkuasa Selangor (PULAPES), baru-baru ini.

Yang Dipertua MDKL, Moha-mad Zain A Hamid berkata, aca-ra tahunan itu terus dianjurkan bagi memberi kesedaran kepa-da masyarakat berhubung ke-pentingan amalan gaya hidup sihat dan cergas.

“Acara memasuki edisi ke-5 bermula 2014 berjaya menarik penyertaan penduduk sekitar dari pelbagai umur serta pelajar institusi pengajian tinggi awam, institusi pengajian tinggi swasta dan sekolah menengah.

“Secara tidak langsung, aca-ra ini turut mempromosikan kawasan sekitar Bukit Jugra se-bagai kawasan rekreasi ke-luarga yang menjadi tumpuan orang awam, saban hari,” kata-nya dalam kenyataan.

Beliau berkata, peserta bu-kan sahaja mendaki Bukit Jugra, malahan berpeluang menikmati pemandangan indah meng-hadap Selat Melaka, dari Pusat

�,��� sertai jalan santai ��,��� langkah MDKL

SUBANG - Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menaik-kan harga kompaun dan tunda bagi kenderaan yang diletak-kan sesuka hati di kawasan pentadbirannya, bermula Ja-nuari 2019.

Yang Dipertuanya, Noraini Roslan Said berkata, harga tun-da dinaikkan sehingga RM200, sementara kompaun sebanyak RM50.

Bagaimanapun, katanya, kos itu masih rendah berban-ding caj yang dikenakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) lain.

“Kos sebenar bagi kerja

penundaan kereta sebenar-nya menelan belanja sehingga RM300, namun MPSJ masih lagi antara PBT yang mengenakan harga paling rendah bagi dua kesalahan berkenaan,” katanya dalam Mesyuarat Penuh MPSJ, baru-baru ini.

Pada masa sama, Noraini tu-rut mengumumkan pihaknya akan merampas barang jika ada pemilik rumah berstrata tidak membayar yuran penye-lenggaran sehingga mencecah RM2,000.

Katanya, ia mengikut Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta

757) mengikut Seskyen 35 dan Seksyen 79.

“Sehingga kini, MPSJ sudah mengeluarkan waran (Borang A), di Flat Cempaka, di Taman Puchong Prima, pada 13 Okto-ber lalu memandangkan lapan unit rumah di situ mempunyai bil penyelenggaraan tertung-gak bernilai antara RM2,000 hingga RM5,000.

“Adalah tidak adil kerana ada pemilik rumah yang membayar bil penyelenggaraan, namun kemudahan dinikmati semua termasuk mereka yang tidak membuat bayaran,” katanya.

Harga tunda, kompaun kenderaan naik bermula ����

Luncur Udara Bukit Jugra.“Pada masa sama, peserta tu-

rut menikmati pemandangan peserta Kejohanan Paragliding Terbuka Jugra 2018 melakukan penerbangan di dalam kejoha-nan berkenaan,” katanya.

Acara memasuki edisi ke-5 bermula 2014 berjaya menarik penyer-taan penduduk sekitar daripelbagai umur serta pelajar institusi pengajian tinggi awam, institusi pengajian tinggi swasta, dan sekolah menengah

MOHAMAD ZAIN A HAMIDYang Dipertua MDKL

Page 19: muka 3 muka 5 muka 7 muka 9 Projek Selangor Maritime … · 2018-11-01 · “Langkah ini juga dapat ... menyerap kejutan global atau sebarang pergolakan kewang- ... "Kita perlu mengatasi

20Pendidikan

SelangorKini 1 - 7 November 2018

OLEH AFIX REDZUAN

BESTARI JAYA - Kerajaan Negeri akan terus memberikan sokongan kepada Universiti Selangor (UNISEL) sebagai jaminan setiap pelajar akan mendapat peluang pelajaran yang berkualiti, di universiti itu.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, peranan pendidikan strategik penting untuk Selangor dalam menen-tukan hala tuju sebagai sebuah negeri maju, di samping menerajui dunia ino-vasi dan teknologi khususnya dalam perkembangan bidang industri masa kini.

“Dasar pengindustrian Selangor

menjurus kepada melaksanakan inisia-tif baru yang melahirkan sumber daya manusia berkemahiran dalam bidang profesional dan tenaga pemikir.

“Diharap UNISEL menjadikan disip-lin kejuruteraan dan teknologi sebagai ‘niche’ utama bagi memenuhi tuntu-tan industri.

“Saya yakin UNISEL mempunyai po-tensi untuk berkembang menjadi an-tara universiti terbaik dengan mening-katkan usaha penyelidikan, penerbitan jurnal bertaraf serantau dan membina rangkaian dengan universiti ternama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika me-nyampaikan ucapan sempena Istiadat

Konvokesyen ke-13 UUNISEL, di De-wan Canselor, Kampus Bestari Jaya, pada 27 Oktober lalu.

Katanya, kejayaan sesebuah univer-siti turut bergantung kepada keupa-yaan melahirkan graduan berinovasi dan kreatif untuk mencipta pekerjaan.

“Atas kesedaran ini, maka UNISEL dituntut satu anjakan paradigma dalam menawarkan pengajian ber-asaskan industri, yang selari dengan perkembangan industri negara.

“Sebagai sebuah institusi pendidi-kan tinggi, kita perlu bersedia dengan cabaran baru dan insaf bahawa cabaran kepada ilmu teknologi di abad ke-21 sa-ngat hebat dan mencabar,” katanya.

BESTARI JAYA - Seramai 2,683 graduan layak menghadiri Istiadat Konvokesyen ke-13 bertempat di Dewan Canselor, Univer-siti Selangor (UNISEL) kampus Bestari Jaya.

Jumlah terbabit merangkumi 1,071 graduan yang mengikuti pengajian pe-ringkat diploma, 1,576 ijazah sarjana muda, 23 ijazah sarjana serta 13 graduan peringkat kedoktoran.

Istiadat penuh gemilang itu berlang-sung selama tiga hari, bermula pada 27 sehingga 29 Oktober lalu.

Konvokesyen kali ini dibahagikan ke-pada empat sidang bermula sidang per-tama pada 27 Oktober lalu yang disem-purnakan Canselor UNISEL, Yang Amat DiMuliakan (YAD) Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda sambil diringi Pro Canselor UNISEL, YAD Dato’ Setia Dr Anuar Masduki dan YAD Tan Sri Ismail Adam.

Turut hadir pada istiadat konvoke- syen kali ini ialah Dato’ Menteri Besar Sela- ngor, Amirudin Shari, merangkap Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah UNISEL serta Presiden dan Naib Canselor UNISEL, Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Oth-man.

Empat graduan merangkul Anugerah Pelajar Terbaik Fakulti dan 41 graduan pula menerima Anugerah Pelajar Terbaik Program, di samping empat anugerah utama yang menjadi daya tarikan utama setiap graduan.

Anugerah Canselor diberikan kepada graduan Sarjana Muda Kewangan (Kepu-jian), Ng Zheng Jia; Anugerah Pengerusi diterima Syafika Alyani Anua iaitu gra-duan Ijazah Sarjana Muda Psikologi Indus-tri (Kepujian) sementara Anugerah Naib Canselor diterima graduan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (Kepujian) (Komuni-kasi Korporat), Aisha Ahmed Mohamed Motawh serta Anugerah Exco Pendidi-kan menjadi milik graduan Diploma Pen-didikan (Pengajian Islam), Nurul Aqilah Mahmud.

Setiap kategori anugerah diberikan menghargai kesungguhan serta kegigi-han graduan, selama ini.

Pada masa sama, UNISEL turut meng-anugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Fal-safah Sains Politik kepada Dr Makio Miya-gawa iaitu Duta Besar Jepun ke Malaysia, sejak tahun 2014.

BESTARI JAYA - Duta Jepun ke Malaysia, Dr Makio Miyagawa, dipilih sebagai Penerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Sains Politik Universiri Selangor (UNISEL) 2018 sempena Is-tiadat Konvokesyen ke-13, di Dewan Canselor, UNISEL kampus Bestari Jaya.

Anugerah itu disampaikan Canselor UNISEL, Yang Amat DiMuliakan (YAD) Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda sambil disak-sikan Pro Canselor UNISEL, YAD Dato’ Setia Dr Anuar Masduki dan YAD Tan Sri Ismail Adam; Dato’ Menteri Besar Selangor, Ami-rudin Shari serta Naib Canselor UNISEL, Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman.

Amirudin dalam ucapannya sebelum itu turut merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada Dr Makio Miyagawa selain mengharapkan lebih banyak kerjasa-ma Selangor-Jepun, selepas ini.

“Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Dr Makio Miyagawa atas kecemer-langan beliau, selama ini.

“Kita mengharapkan lebih banyak ker-jasama antara Selangor dan Jepun, selepas ini,” katanya.

Makio Miyagawa, 67, Duta Besar Jepun ke Malaysia sejak tahun 2014 adalah gra-duan kejuruteraan aeronautik dari The University of Tokyo dan melanjutkan peng-ajian ke peringkat Doktor Falsafah dari Uni-versity of Oxford, United Kingdom.

Beliau pernah membabitkan diri dalam

penghasilan bahan ilmiah berbentuk buku, antaranya adalah ‘Do Economic Sactions Work?’ dan ‘Keizai Saisai’.

Antara jawatan yang pernah disandang beliau adalah Timbalan Pengarah Bahagian Amerika Syarikat dan Rusia, Timbalan Pe-ngarah Bahagian Rusia, Pengarah Bahagian APEC dan Pembangunan Ekonomi serta Pengarah Bahagian Dasar Serantau.

Pada 2007, beliau diangkat sebagai duta mewakili Jepun, di Geneva.

Kini, beliau memegang portfolio sebagai Duta Besar Extraordinary dan Plenipotentiary Jepun ke Malaysia.

Dr Makio Miyagawa dalam sidang media merakamkan penghargaan kepada UNISEL atas anugerah diterima dan menyifatkan Selangor sebagai sebuah negeri yang baik.

Beliau berkata, ia adalah anugerah per-tama diterimanya di peringkat universiti di Malaysia dan berharap jalinan kerjasama dua hala dalam bidang pendidikan dapat diteruskan.

“(Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir se-belum ini meminta Perdana Menteri Jepun (Shinzo Abe) untuk menubuhkan sebuah cawangan Universiti Jepun, di Malaysia.

“Kita memandang serius perkara ini memandangkan belum ada cawangan (Universiti Jepun) di Malaysia dan jika di-realisasikan, maka ia adalah sejarah baru,” katanya.

Terajui dunia inovasi dan teknologi

Pendidikan strategik pacu pembangunan

Duta Jepun terima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Sains Politik

�,68� graduan hadiri konvokenyen UNISEL

Page 20: muka 3 muka 5 muka 7 muka 9 Projek Selangor Maritime … · 2018-11-01 · “Langkah ini juga dapat ... menyerap kejutan global atau sebarang pergolakan kewang- ... "Kita perlu mengatasi

21SelangorKini 1 - 7 November 2018

Agama MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri ba- kal mengumumkan lebih banyak inisiatif baru bidang pendidikan khusus buat golongan huffaz da-lam melanjutkan pelajaran, di-samping meneroka bidang profe-sional pada Belanjawan Selangor 2019.

Dato’ Menteri Besar, Amiru-din Shari berkata, inisiatif baru itu bagi memastikan pelajar tah-fiz mempunyai pendidikan dan mendapat peluang seimbang sama seperti pelajar lain.

“Adalah menjadi harapan dan impian Kerajaan Negeri supaya

dapat melahirkan lebih ramai golongan professional dalam pelbagai bidan, sekali gus men-jadi huffaz al-Quran bertaqwa dan berketerampilan.

“Sememangnya diakui, di Se-langor ini mempunyai ramai golongan profesional yang terdiri daripada jurutera, doktor, arkitek, akuantan dan peguam.

“Namun, semakin su-kar untuk kita mencari golo- ngan profesional Muslim yang mampu menghafaz, sekali gus menghayati al-Quran dalam ke-hidupan seharian,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Konvokesyen Huffaz Kali ke-2

2018 di Dewan Raja Musa, Kom-pleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor, pada 28 Oktober lalu.

Katanya, dengan pengumuman itu diharapkan dapat membuka lebih banyak ruang mendapat pen-didikan formal bidang akademik dan masuk ke universiti.

Kerajaan Selangor di bawah Jabatan Agama Islam Selangor memberi inisiatif kepada huffaz bagi kategori 18 tahun ke bawah dan 18 tahun ke atas.

Elaun RM500 sebulan diperun-tukkan oleh Lembaga Zakat Se-langor kepada pelajar atau guru yang lulus cemerlang dalam ith-bat hafazan Selangor.

SHAH ALAM - Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (TERAS) mengagih kan bantuan modal perniagaan bernilai RM19.3 juta sejak 2013 hingga 2017 bagi membantu golongan asnaf keluar daripada kepompong kemiskinan.

Pengerusi Lembaga Pengarah TERAS, Datuk Ibrahim Yusof ber-kata, seramai 730 orang miskin di Selangor disahkan keluar daripada asnaf bagi tempoh lima tahun dan syarikat itu mensasarkan seramai 1,000 orang lagi, bermula tahun ini.

“Pada hari ini, kita bersama golongan yang mahu keluar dari-pada kepompong kemiskinan melalui bantuan disediakan TE-RAS dengan syarat mereka sendi-ri perlu berusaha untuk maju.

“TERAS akan membantu me-reka dengan bantuan seperti modal dan kenderaan kepada

mereka dianggarkan RM25,000 dibelanjakan TERAS untuk setiap peserta,” katanya pada Program Transformasi Usahawan Asnaf 2018 (TUAS), di Setia City Con-vention Centre (SCCC), pada 24 Oktober lalu.

Ibrahim berkata, antara yang berjaya keluar daripada kepom-pong kemiskinan termasuk seorang usahawan Orang Kelai-nan Upaya, Zharfan Kamar, yang kini mampu menjual kira-kira 1,000 cucuk sate, sehari.

Katanya, Zharfan kini sudah mampu mengeluarkan zakat un-tuk membantu golongan asnaf keluar daripada kepompong ke-miskinan.

Selain itu, Mohd Fauzi Mohd Aziz pula berjaya membuka per-niagaan perkhidmatan mencuci kusyen kenderaan secara bergerak.

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menandatangani nota persefahaman bersama finalis Pendak-wah Muslimah (PM) bagi melahirkan pendakwah berkualiti dan menjalan-kan aktiviti dakwah mengikut garis panduan ditetapkan.

Pengarah JAIS, Dato’ Haris Kasim berkata, pihaknya akan memberikan pendedahan dan pendidikan khu-sus kepada semua PM yang terbabit dalam program itu bagi mencapai matlamat program berkenaan.

“Tujuan asas ialah bagi memberi garis panduan kepada mereka supaya menjalankan aktiviti dakwah dengan cara betul.Kita mahu melahirkan pen-dakwah berkualiti, berketerampilan dan mengikut fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Dalam tempoh dua tahun ini, kita akan memberi pendidikan khusus ke-pada mereka bagi tujuan berkaitan,” katanya kepada media selepas Majlis Meraikan PM4 dan Menandatangani Nota Persefahaman antara JAIS dan Fi-nalis PM, pada 24 Oktober lalu.

Dengan perjanjian termeterai, se-mua finalis akan menjadi wakil JAIS dalam usaha mengembangkan dak-wah supaya lebih subur hingga ke seluruh Selangor melalui program di- susun.

Nota Persefahaman berkuatkuasa selama dua tahun itu diharap dapat membantu JAIS melahirkan lebih ra-mai pendakwah dalam kalangan mus-limah yang realistik dan memahami realiti serta cabaran semasa dalam te-ras dakwah rentas sempadan.

Haris berkata, semua PM akan mampu memantapkan persembahan dengan penerapan acuan dakwah ditetapkan JAIS menerusi program latihan diikuti.

Katanya, ia satu langkah bagi mem-berikan nilai tambah kepada mereka supaya dapat meneruskan usaha dak-wah dengan berkesan.

“JAIS mempunyai lebih 400 pro-gram dakwah dijalankan di seluruh Selangor yang boleh disertai mereka, sepanjang tahun.

Nota Persefahaman JAIS-PM lahir pendakwah berkualiti

Haris menyampaikan hadiah kepada juara Pendakwah Muslimah Musim ke-4, Raudhatul Jannah

Rangka pelbagai inisiatif pendidikan

Lahir lebih ramai huffaz profesional

TERAS peruntuk RM��.� juta bantu asnaf

Ibrahim memotong reben simbolik merasmikan merasmikan Pro-gram Transformasi Usahawan Asnaf 2018 (TUAS)

Terajui dunia inovasi dan teknologi

Pendidikan strategik pacu pembangunan

WAKTU SOLAT SELANGOR

Gombak, Hulu Selangor, Rawang, Hulu Langat, Sepang, Petaling dan Shah Alam

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak Sabak Bernam dan Kuala Selangor

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak Klang dan Kuala Langat

1 - 7 November 201823 - 29 Safar 1440H

01 Khamis 5:30 5:40 6:55 1:00 4:20 6:58 8:09 02 Jumaat 5:30 5:40 6:55 1:00 4:20 6:58 8:0903 Sabtu 5:30 5:40 6:55 1:00 4:20 6:58 8:09 04 Ahad 5:30 5:40 6:55 1:00 4:20 6:58 8:09 05 Isnin 5:30 5:40 6:55 1:00 4:20 6:58 8:0906 Selasa 5:30 5:40 6:55 1:00 4:20 6:58 8:10 07 Rabu 5:30 5:40 6:55 1:00 4:21 6:58 8:10

01 Khamis 5:32 5:42 6:57 1:02 4:22 7:00 8:1102 Jumaat 5:32 5:42 6:57 1:02 4:22 7:00 8:1103 Sabtu 5:32 5:42 6:57 1:02 4:22 7:00 8:1104 Ahad 5:32 5:42 6:57 1:02 4:22 7:00 8:1105 Isnin 5:32 5:42 6:57 1:02 4:22 7:00 8:1106 Selasa 5:32 5:42 6:57 1:02 4:23 7:00 8:1107 Rabu 5:32 5:42 6:57 1:02 4:23 7:00 8:11

01 Khamis 5:30 5:40 6:56 1:00 4:20 6:59 8:1002 Jumaat 5:29 5:39 6:56 1:00 4:20 6:59 8:1003 Sabtu 5:29 5:39 6:56 1:00 4:20 6:59 8:1004 Ahad 5:29 5:39 6:56 1:00 4:20 6:59 8:1005 Isnin 5:29 5:39 6:56 1:00 4:21 6:59 8:1006 Selasa 5:29 5:39 6:56 1:00 4:21 6:59 8:1107 Rabu 5:29 5:39 6:56 1:00 4:21 6:59 8:11

Page 21: muka 3 muka 5 muka 7 muka 9 Projek Selangor Maritime … · 2018-11-01 · “Langkah ini juga dapat ... menyerap kejutan global atau sebarang pergolakan kewang- ... "Kita perlu mengatasi

22Wanita & Kebajikan

SelangorKini 1 - 7 November 2018

OLEH SHEEDA FATHIL

CYBERJAYA - Seramai 39 peserta di daerah Sepang menyertai Pro-gram Kursus Intensif Perkemba-ngan Kanak-Kanak (KIPK), di Ho-tel Tune, baru-baru ini.

Ketua Unit Rantaian Mesra Sdn Bhd (RMSB), Arba’ain Abdul Rah-man berkata, kursus selama tiga hari itu mendedahkan peserta berkenaan perkhidmatan pen-jagaan kanak-kanak dengan cara betul.

“Program KIPK anjuran Kera-jaan Negeri dengan kerjasama RMSB ini memasuki siri keenam untuk tahun ini dan sejak ditu-buhkan pada 2012, seramai 810 suri rumah di Selangor sudah me-nyertainya.

SABAK BERNAM - Hampir 200 peminat sukan berbasikal me-nyertai Kayuhan Amal sejauh 32 kilometer pada Program Singgah Mesra Kumpulan Perangsang Se-langor Berhad (KPS).

Program siri keempat itu buat pertama kalinya menampilkan ak-tiviti sukan berbasikal berkonsep-kan ‘fun ride’ yang diadakan di De-wan Seri Nakhoda, Pekan Bagan Nakhoda Omar, baru-baru ini.

Pengarah Bersekutu, Per-hubungan Pelabur dan Komu-nikasi Strategik KPS, Mohd Fauzi Mohd Ghazali berkata, program itu bertujuan memberi peluang

Kursus Intensif Perkembangan Kanak-Kanak dapat sambutan

“Kita juga turut menguar-uarkan di Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat di setiap Dewan Un-dangan Negeri untuk mencari

mereka yang berminat menyertai program ini,” katanya.

Beliau turut melahirkan keya-kinan program itu akan disertai

lebih ramai suri rumah kerana ia sedikit sebanyak menambah pengetahuan berkenaan pen-jagaan kanak-kanak.

ta berbasikal turut singgah di rumah seorang warga emas yang uzur dan seorang mualaf kurang berkemampuan untuk menghu-lurkan bantuan.

“Dalam perjalanan, kami singgah di rumah warga emas, Rubadi Abas, dan menghulurkan bantuan kewangan, manakala seorang mualaf, Adam, yang tu-rut menerima bantuan peralatan perniagaan demi menyara ke-hidupan keluarga.

“Selain itu, kita juga menye-rahkan sumbangan wang tunai kepada 18 individu asnaf terpilih dari kampung ini diikuti jamuan kenduri rakyat,” katanya.

Menariknya, antara pengisian program turut diadakan aktiviti sukan rakyat seperti kupas buah kelapa, pertandingan azan dan ha-fazan golongan remaja serta per-tandingan mewarna kanak-kanak.

Program Kayuhan Amal Sing-gah Mesra Kumpulan Perang-sang siri keempat itu dianjurkan dengan kerjasama Kelab Sahabat Generasi Dinamik Malaysia (Gene-sis) dan Ahli Jawatankuasa Kema-juan dan Keselamatan Kampung Kampung Bagan Nakhoda Omar.

Kayuhan amal KPS santuni asnaf

kepada warga kerja mendekati masyarakat sambil menyantuni golongan asnaf dan kurang ber-nasib baik.

“Kali ini kita memilih daerah Sabak Bernam sebagai destinasi bertujuan merapatkan ukhwah dan mendekati penduduk setem-pat sambil berkayuh mengelilingi kawasan kampung dan persisiran pantai.

“Selain itu, kita juga singgah di dua rumah golongan asnaf seki-tar kawasan ini untuk menghu-lurkan bantuan kepada mereka,” katanya.

Mohd Fauzi berkata, peser-

SHAH ALAM - Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyerahkan ban-tuan awal RM500 kepada mangsa letupan pengering pakaian yang berlaku di kedai dobi layan diri Ja-lan Johan Setia, Klang.

Letupan pada 4 Oktober lalu itu meragut nyawa bapa tiga anak, Badrul Nizam Baharom, yang melecur 75 peratus selepas bertarung nyawa selama 10 hari di Unit Rawatan Rapi, Hospital Sungai Buloh.

Ketua Operasi Agihan Zakat Klang, M Sharil Ritin berkata, sumbangan itu disampaikan kepada isteri mangsa, Haizira Badarudin, ketika lawatan LZS ke Hospital Selayang.

Katanya, lawatan lebih satu jam itu bertujuan menyantuni ke-luarga mangsa dan melawat anak sulungnya, Nurani Ellesya Badrul Nizam, 14, yang turut mengalami 47 peratus kesan melecur di be-berapa bahagian badan.

“Saya cuba menenangkan beliau sebaiknya dan memak-lumkan bahawa LZS akan mem-bantu keluarga ini.

“Selain itu, kos rawatan di-tanggung LZS dan keluarga ini layak menerima bantuan zakat sebagai asnaf miskin meman-dangkan mereka tiada sumber pendapatan,” katanya di laman Facebook LZS.

Terdahulu, sebuah media melaporkan, Nurani Ellesya, ma-sih trauma dan tidak dapat me-lupakan tragedi berkenaan.

Pihak hospital menjalankan satu pembedahan terhadap Nurani Ellesya dengan me-ngambil kulit di perut untuk di-tampal pada paha dan tangan-nya yang melecur.

Dia dijangka menjalani be-berapa siri pembedahan lagi secara berperingkat termasuk pembedahan plastik jika perlu untuk anggota badannya yang melecur.

Orang ramai yang ingin membantu keluarga terbabit terutama bagi rawatan Nurani Ellesya boleh menghulurkan sumbangan ke akaun May-bank milik Haizira Badarudin (164306343048).

Sementara itu, wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor, Nor Aien Nazail berkata, pro-gram KIPK harus dipuji kerana ia adalah kursus asas yang ba- nyak membantu suri rumah un-tuk menjaga kanak-kanak de-ngan cara terbaik.

“Di KIPK, kita minimumkan perkara yang sering berlaku dalam taska atau tadika anta-ranya kanak-kanak meninggal, cedera, tersedak susu dan be-berapa kes lagi, namun di sini peserta akan tahu perkara yang perlu dilakukan.

“Walaupun kursus cuma jang-ka masa pendek, namun peserta boleh mengikuti kursus penuh yang dilaksanakan di Kursus Asuhan Permata,” katanya.

LZS bantu mangsa letupan kedai dobi

PENGURUSAN AIR SELANGOR SDN BHD (1082296-U)

KENYATAAN TENDER

Bil. NO. TENDER KETERANGAN

1. AIS/WQLS/T4/10/2018

PROPOSED SUPPLY AND INSTALL FIFTY (50) UNITS OF INTEGRATED WATER QUALITY ONLINE ANALYZER AT DISTRIBUTION SYSTEM INCLUDING SPARES

Untuk butiran lanjut mengenai tender di atas, sila layari laman web kami di https://www.syabas.com.my/business/current-tender#1 atau menyertai saluran Telegram kami di https://t.me/tenderairselangor untuk mendapatkan pemberitahuan tentang kemas kini tender kami

Peminat sukan berbasikal menyertai Kayuhan Amal pada Program Singgah Mesra Kumpulan Perangsang Selangor Berhad

Page 22: muka 3 muka 5 muka 7 muka 9 Projek Selangor Maritime … · 2018-11-01 · “Langkah ini juga dapat ... menyerap kejutan global atau sebarang pergolakan kewang- ... "Kita perlu mengatasi

23SelangorKini 1 - 7 November 2018

Sukan MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH HAFIZAN TAIB

PETALING JAYA - Kerajaan Negeri dan Majlis Sukan Ne-geri (MSN) Selangor akan memper-timbangkan cadangan bagi me-ningkatkan kualiti dan tahap pe- nganjuran Selangor Cyber Games, pada tahun depan.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, ia ekoran kejayaan dan sambutan menggalakkan dari-pada pelbagai pihak khususnya pe-main e-sukan.

“Saya sedang fikirkan untuk me-ningkatkan lagi kualiti Selangor Cyber Games pada tahun depan sama ada daripada segi hadiah atau tahapnya tetapi kita perlu meneliti beberapa aspek seperti kewangan.

“Penaja iaitu Empire City juga bersetuju melakukannya dengan kos sangat minimum dan kita juga sedia mempertimbangkan tawaran beberapa penaja lain yang bermi-nat bekerjasama,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Penutup Selangor Cyber Games 2018, di Empire City, pada 29 Oktober lalu.

Mengulas lanjut, Amirudin ber-kata, ia dijangka akan diadakan pada Oktober atau November ta-hun depan, namun tahap pengan-jurannya akan diteliti sama ada kekal seperti kini atau kembali pada tahap ASEAN seperti 2016.

“Ia bergantung pada kedudukan kewangan, penajaan dan tempoh

masa diadakan. Jika kita mahu an-jurkan pada tahap tertentu (lebih tinggi), maka kita perlukan tempoh masa lebih panjang.

“Bagaimanapun, setakat ini per-cubaan kita bermula 2014 berjaya membuahkan hasil, malahan mela-hirkan pemain e-sukan berkualiti,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua penaja antaranya Mineski Events Team, Big Machinez dan Em-pire City yang memberi kerjasama baik bagi menjayakan Selangor Cy-ber Games 2018.

“Terima kasih juga kepada Astro eGG kerana menyiarkan Selangor Cyber Games secara langsung,” ka-tanya.

Selangor Cyber Games 2018 mendapat sambutan meriah den-gan penyertaan lebih 2,300 peserta, dari seluruh negara.

Turut hadir, Datuk Bandar Peta-ling Jaya, Dato’ Mohd Azizi Mohd Zain; Pemangku Pengarah Ekseku-tif MSN Selangor, Mohamad Nizam Marjugi dan Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Generasi Muda MSN Selangor, Jestin Raj Sa-varimuthu.

Acara juga disertai Pengarah Eksekutif Kumpulan Empire City, Dato’ Danny Cheah Joi Yong; Ketua Pegawai Eksekutif Mineski Event Team, Kenchi Yap dan Pengarah Mineski Events Team, Firdaus Hashim.

PETALING JAYA - Selangor Cyber Games (SCG) 2018 men-dapat sambutan hangat dengan penyertaan lebih 2,300 peserta, dari seluruh negara.

Timbalan Setiausaha Kera-jaan Negeri (Pengurusan), Dato’ Ahmad Suaidi Abdul Rahim ber-kata, ia petanda positif terhadap perkembangan acara itu yang dimulakan, sejak 2014.

“Pada tahun ini, penyertaan makin bertambah dengan lebih 2,300 peserta menyertainya.

“Kita berharap Selangor Cy-ber Games akan terus mendapat sambutan pada masa akan datang,” katanya kepada media, pada 27 Oktober lalu.

Beliau yang mewakili Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari, ketika merasmikan acara itu ber-kata, Kerajaan Negeri mengalu-alukan sebarang usaha meng-galakkan penyertaan e-sukan yang kini dianggap sebagai kari-er pada alaf ini.

Katanya, e- sukan kini satu bidang setaraf dengan sukan fizikal khususnya dalam kala-ngan generasi baharu.

“Antara objektif acara ini ber-tujuan memupuk semangat per-paduan dalam kalangan rakyat dengan menjadikan e-sukan se-bagai medium utama.

“Selain itu, ia juga menarik mi-nat pelabur atau syarikat pem-

bangunan permainan video ke Malaysia dan meletakkan nega-ra ini sebagai salah satu negara terpenting dalam industri e-su-kan,” katanya.

Beliau berkata, Kerajaan Ne-geri merakamkan penghargaan kepada penganjur, Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor, Mineski Events Team dan Big Machinez kerana berjaya menganjurkan SCG buat kali kelima.

“Saya berharap acara ini men-jadi landasan anak muda men-cungkil bakat mereka, sekali gus memberikan peluang kepada mereka maju lebih jauh sehing-ga ke peringkat antarabangsa,” katanya.

SHAH ALAM - Ketua juru-latih Perak, Mehmet Durakovic menjadi individu paling gem-bira apabila meraih kejuaraan Piala Malaysia buat kali kelima dalam kerjaya bola sepaknya, pada 27 Oktober lalu.

Jurulatih kelahiran Australia berusia 53 tahun itu, sebelum ini menjulang Piala Malaysia tiga kali berturut-turut pada edisi 1995, 1996 serta 1997 sebagai pemain, dan pada 2015 selaku ketua jurulatih Selangor.

Perak merangkul kejuaran Piala Malaysia buat kali kela-pan selepas menewaskan Terengganu FC (TFC) 4-1 dalam penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan

terikat 3-3 dalam aksi 120 minit, termasuk 30 minit masa tambahan, di Stadium Shah Alam.

Sebelum ini, skuad Seladang memenangi Pia- la Malaysia pada 1926, 1931, 1957, 1967, 1970, 1998 dan 2000.

“Menjulang ke-juaraan ini bersama Perak selepas beberapa tahun dan memenangi perlawa-nan ini setelah ketinggalan 0-2 pada separuh masa pertama, adalah sesuatu yang menak- jubkan dan bagi saya, aksi itu akan menjadi sejarah dalam

bola sepak Malaysia,” katanya pada sidang media selepas

perlawanan berke-naan.

“Stadium ini menyimpan banyak ke-nangan in-dah kepada saya dan ke-

luarga kera-na anak saya

membesar, di sini dan meng-

anggap Malaysia seba-gai rumah kedua,” kata Dura-kovic yang memuji semangat juang tinggi dipamerkan anak buahnya pada perlawanan, malam itu.

Mehmet puas julang Piala Malaysia

E-sukan dapat sambutan

Kaji tingkat kualiti SelangorCyber Games

Lebih �,��� pemain e-sukan berentap dalam SCG

Ahmad Suaidi bersalaman dengan salah satu kumpulan yang menyertai Selangor Cyber Games (SCG) 2018

DARI MUKA BELAKANG

“Kerajaan Negeri memberikan sokongan sepenuhnya kepada acara ini sejak 2014 dan ia amat penting kerana inilah acara tung-gal menyediakan hadiah wang tunai.

“Kerajaan Negeri juga adalah satu-satunya kerajaan di Malaysia yang memberi sokongan terhadap acara permainan e-sukan dengan penyertaan anak muda,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau ber-kata, berdasarkan maklum balas, Selangor Cyber Games akan terus dipertingkatkan menjadi acara antarabangsa pada tahun depan.

“Kita melakukannya pada 2016

dan pada tahun depan dijangka membabitkan penyertaan lebih besar di mana ia akan menjadi acara antarabangsa pada pering-kat Asia,” katanya.

Kerajaan Negeri melalui Majlis Sukan Negeri Selangor dengan ker-jasama Mineski Events Team Malay-sia dan Big Machinez menganjur-kan Selangor Cyber Games 2018.

Ia menyediakan hadiah ke-seluruhan RM250,000 dengan mempertandingkan enam aca-ra iaitu Dota 2 dengan hadiah RM70,000, Player’s Unknown Battleground (RM20,000), Fifa 19 (RM60,000), Pes 19 (RM20,000), Tekken 7 (RM30,000) dan Mobile Legends Bang Bang (RM50,000).

Page 23: muka 3 muka 5 muka 7 muka 9 Projek Selangor Maritime … · 2018-11-01 · “Langkah ini juga dapat ... menyerap kejutan global atau sebarang pergolakan kewang- ... "Kita perlu mengatasi

Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul EhsanDicetak oleh NAJ Press Resources (M) Sdn. Bhd., Lot 19, Jalan Lada Hitam 16/12, 40200 Seksyen 16, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-5519 6373 Faks : 03-5512 7985

OLEH HAFIZAN TAIB

PETALING JAYA - Sokongan Kerajaan Negeri memberi impak besar terhadap penganjuran Selangor Cyber Games yang menyaksikan acara itu terus berkembang dan mendapat sambutan dalam kalangan peserta dari seluruh negara.

Pengarah Mineski Events Team, Firdaus Hashim berkata, sokongan Kerajaan Negeri itu amat penting bagi terus menjayakan program berkenaan, pada masa akan datang.

JADI ACARAANTARABANGSA

SOKONGANKERAJAAN NEGERIBERI IMPAK BESAR

BERSAMBUNG KE MUKA 23