23
PERCUMA 29 November - 5 Disember 2018, 21 - 28 Rabiul Awal 1440 KETENTERAMAN AWAM JADI KEUTAMAAN muka 3 EKONOMI MALAYSIA MELONJAK PANTAS SELEPAS 2020 muka 7 PEMAJU PERLU PROMOSI RUMAH SELANGORKU muka 5 PERLUAS SKIM SEWA UNTUK MILIKAN KUMPULAN B40 muka 9 selangortv.my www.selangorkini.my MediaSelangor @Media_Selangor SEKTOR PENGILANGAN JANA PELABURAN OLEH NORHAYATI UMOR SHAH ALAM - Sebanyak 83 pro- jek pengilangan diluluskan Kera- jaan Negeri bagi Januari hingga Jun tahun ini dengan nilai pela- buran RM3.096 bilion. EXCO Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan Industri Kecil dan Sederhana, Dato’ Teng Chang Khim berkata, ia membabitkan RM1.57 bilion pelaburan asing dan RM1.52 bilion pelaburan tempatan. “Berdasarkan statistik dari 2016 hingga 2018, sebanyak 31,165 potensi peluang peker- jaan diwujudkan hasil daripada 527 projek pengilangan yang di- luluskan,” katanya. Beliau berkataa demikian menjawab soalan Ahli Dewan Negeri Sungai Air Tawar, Rizam Is- mail, pada sidang Dewan Negeri Selangor, pada 27 November lalu. Sementara itu, katanya, sera- mai 569 pekerja diberhentikan dalam pelbagai sektor bagi tem- poh 2016 hingga 2018 ekoran syarikat gulung tikar. Katanya, jumlah berkenaan membabitkan 52 majikan di ne- geri itu dengan 543 adalah peker- ja tempatan, manakala selebih- nya pekerja asing. “Mereka diberhentikan ekoran syarikat berkenaan gulung tikar atau menamatkan operasinya. “Sebanyak 46 orang (diber- hentikan) pada 2016, 320 bagi 2017 dan 203 (tahun ini),” kata- nya. RM3.096 BILION

muka 3 muka 5 muka 7 muka 9 SEKTOR PENGILANGAN JANA ... · “Di Selangor pula kita ada '3S' iaitu Subang, Sepang dan Serendah sejajar dengan hasrat Kerajaan Persekutuan memperluaskan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: muka 3 muka 5 muka 7 muka 9 SEKTOR PENGILANGAN JANA ... · “Di Selangor pula kita ada '3S' iaitu Subang, Sepang dan Serendah sejajar dengan hasrat Kerajaan Persekutuan memperluaskan

PERCUMA 2 - 8 Ogos 2018, 20 - 26 Zulkaedah 1439PERCUMA 29 November - 5 Disember 2018, 21 - 28 Rabiul Awal 1440

KETENTERAMAN AWAM JADI KEUTAMAANmuka 3

EKONOMI MALAYSIA MELONJAKPANTAS SELEPAS 2020muka 7

PEMAJU PERLU PROMOSI RUMAH SELANGORKUmuka 5

PERLUAS SKIM SEWA UNTUK MILIKAN KUMPULAN B40muka 9

selangortv.my

www.selangorkini.my

MediaSelangor

@Media_Selangor

SEKTOR PENGILANGAN JANA PELABURANOLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM - Sebanyak 83 pro-jek pengilangan diluluskan Kera-jaan Negeri bagi Januari hingga Jun tahun ini dengan nilai pela-buran RM3.096 bilion.

EXCO Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan Industri Kecil dan Sederhana, Dato’ Teng Chang Khim berkata, ia membabitkan RM1.57 bilion pelaburan asing dan RM1.52 bilion pelaburan tempatan.

“Berdasarkan statistik dari 2016 hingga 2018, sebanyak 31,165 potensi peluang peker-jaan diwujudkan hasil daripada 527 projek pengilangan yang di-luluskan,” katanya.

Beliau berkataa demikian menjawab soalan Ahli Dewan Negeri Sungai Air Tawar, Rizam Is-mail, pada sidang Dewan Negeri Selangor, pada 27 November lalu.

Sementara itu, katanya, sera-mai 569 pekerja diberhentikan dalam pelbagai sektor bagi tem-poh 2016 hingga 2018 ekoran syarikat gulung tikar.

Katanya, jumlah berkenaan membabitkan 52 majikan di ne-geri itu dengan 543 adalah peker-ja tempatan, manakala selebih- nya pekerja asing.

“Mereka diberhentikan ekoran syarikat berkenaan gulung tikar atau menamatkan operasinya.

“Sebanyak 46 orang (diber-hentikan) pada 2016, 320 bagi 2017 dan 203 (tahun ini),” kata-nya.

RM3.096 BILION

Page 2: muka 3 muka 5 muka 7 muka 9 SEKTOR PENGILANGAN JANA ... · “Di Selangor pula kita ada '3S' iaitu Subang, Sepang dan Serendah sejajar dengan hasrat Kerajaan Persekutuan memperluaskan

2Utama

SelangorKini 29 November - 5 Disember 2018

MAHA 2018

Peluang belia terokaibidang pertanianOLEH AFIX REDZUAN

SERDANG - Golongan muda disarankan menceburi bidang pertanian dan penternakan menerusi perkongsian maklumat serta teknologi terbaharu yang ditawarkan dalam Pameran An-tarabangsa Hotikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) 2018.

Perdana Menteri, Tun Dr Ma-hathir Mohamad berkata, kera-jaan komited mengoptimumkan penggunaan dan kemudahan pertanian serta logistik sedia ada bagi memastikan pengusaha in-dustri pertanian dapat mening-katkan hasil, pada skala lebih be-sar.

Katanya, negara pastinya mahu memastikan jaminan beka-lan makanan mencukupi dengan pertambahan penduduk di Ma-laysia yang dijangka mencecah 41.2 juta, pada 2040.

“MAHA 2018 akan terus dijadi-kan landasan menarik golongan muda khususnya untuk mence-buri bidang pertanian dan menye- mai semangat keusahawanan, dalam minda mereka.

“Pembangunan usahawan be-lia tani sebagai perintis dan pelo-por sektor agro makanan perlu seiring dengan perkembangan permintaan sumber bekalan makanan akan datang yang mampu menjadi pelapis kepada petani, penternak serta nelayan kita, hari ini.

“Pelbagai insentif dan perun-tukan disediakan untuk menarik lebih ramai ‘agropreneur’ muda dalam sektor agro makanan, pada masa hadapan,” katanya.

Dr Mahathir merasmikan MAHA 2018 bertemakan ‘Makanan Kita, Masa Depan Kita’, di MAEPS Serdang, diiringi Salahuddin (dua dari kiri).

Yakin Kerajaan Negeri kekal memberdaya rakyatSHAH ALAM - Bekas Dato’ Men-teri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali menyifat-kan Belanjawan Selangor 2019 sebagai usaha Kerajaan Negeri mengekalkan komitmen untuk memberdaya rakyat.

Menerusi Twitter, Mohamed Azmin berkata, belanjawan su-lung Dato’ Menteri Besar, Amiru-din Shari itu juga adalah mani-festasi usaha mensejahterakan negeri.

“Saya yakin dasar-dasar yang diumumkan untuk memperting-katkan sosioekonomi rakyat Se-langor pasti berjaya. Tahniah Se-

langor dan Amirudin,” tulisnya.Pada 23 November lalu, Ke-

rajaan Negeri mengumumkan RM2.56 bilion dianggarkan untuk perbelanjaan bagi Belanjawan Negeri Selangor 2019.

Daripada jumlah terbabit, se-banyak RM1.28 bilion atau 50 peratus sudah diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus dan RM1.28 bilion (50 peratus) untuk perbelanjaan pembangunan.

Pada 2019, Kerajaan Negeri akan melaksanakan perbelanjaan seimbang di antara peratusan belanja pembangunan dengan peratusan belanja mengurus.

Beliau berkata demikian ke-tika menyampaikan ucapan pe-rasmian MAHA 2018 bertema-kan ‘Makanan Kita, Masa Depan Kita’, di MAEPS Serdang, sambil diiringi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Sala-huddin Ayub.

Katanya, sumbangan sek-tor pertanian kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ma-sih agak kecil, sedangkan ia me-miliki potensi besar.

Katanya, berdasarkan statis-tik, KDNK yang disumbangkan sektor pertanian adalah 8.17

peratus pada 2017 berbanding 8.07, pada 2016.

“Walaupun peratusannya ke-cil, namun nilai ekonomi sektor agro makanan cukup signifikan iaitu RM37.4 bilion untuk 2017, berbanding RM36.7 bilion, pada tahun sebelumnya.

“Oleh itu, pengeluaran produk agro makanan dilihat berpotensi besar untuk ditingkatkan supa-ya Malaysia mampu memenuhi jaminan bekalan makanan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada bekalan import,” katanya.

Dalam Kajian Separuh Peng-

gal, Rancangan Malaysia Kes-ebelas yang dibentangkan di Parlimen, kerajaan menyasarkan untuk meningkatkan sumba-ngan kepada nilai ditambah per-tanian kepada jumlah sasaran se-banyak 42.8 peratus, pada 2020.

MAHA 2018 berlangsung se-lama 11 hari sehingga 2 Disem-ber ini dengan sasaran pengun-jung lebih 3.5 juta.

Selain itu, terdapat 13 pavilion negeri yang menampilkan iden-titi, kebudayaan dan makanan disediakan untuk dinikmati pe-ngunjung.

Selangor pembekal utama sayap AirbusSHAH ALAM - Selangor mun-cul sebagai pembekal utama bagi komponen sayap pe-sawat Airbus A320, kata Dato’ Teng Chang Khim.

EXCO Pelaburan, Perin-dustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana itu berkata, perkembangan terbabit hasil u-saha keras Kerajaan Negeri meningkat-kan pelaburan dalam industri aeroangkasa, di Selangor.

“Jika peringkat Persekutu-an, mereka sasarkan ‘3M’ iaitu Morocco, Mexico dan Malay-sia. Ia juga bakal menempat-kan Malaysia sebagai salah satu negara pengeluar utama produk aeroangkasa.

“Di Selangor pula kita ada '3S' iaitu Subang, Sepang dan Serendah sejajar dengan hasrat Kerajaan Persekutuan memperluaskan lagi sektor industri aeroangkasa,” ka- tanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perba-hasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2019 di Dewan Negeri Selangor, di sini, pada 28 November lalu.

Katanya, Kerajaan Neg-eri juga sedia bekerjasama dengan Khazanah Nasional bagi membincangkan keper-luan tanah bagi menem-patkan pelaburan industri berteknologi tinggi berke-naan.

Chang Khim berkata, lang-kah itu akan memacu pem-bangunan hab aeroangkasa di Selangor, sekali gus mem-buka peluang pekerjaan ke-pada tenaga mahir negara.

Page 3: muka 3 muka 5 muka 7 muka 9 SEKTOR PENGILANGAN JANA ... · “Di Selangor pula kita ada '3S' iaitu Subang, Sepang dan Serendah sejajar dengan hasrat Kerajaan Persekutuan memperluaskan

Utama3SelangorKini 29 November - 5 Disember 2018

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

Isu Kuil Sri Maha Mariamman

Ketenteraman awam jadikeutamaanOLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM - Pihak Polis memu-tuskan untuk mempertingkatkan lagi kawalan keselamatan bagi menjamin ketenteraman awam di Selangor dapat dikekalkan.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, perkara itu diputus-kan dalam Mesyuarat Majlis Ke-selamatan Negeri Selangor yang dilangsungkan, pada 27 November lalu.

Amirudin berkata, beliau juga su-dah meminta pihak berkaitan me-ngambil tindakan tegas ekoran kes di Kuil Sri Maha Mariamman, dekat sini , yang menjadi isu keselamatan.

“Saya perlu bertindak tegas ke- rana mahu memastikan ketentera- man dapat dikekalkan.

“Hasil perbincangan Mesyuarat Majlis Keselamatan Negeri, kita akan mengetahui situasi sebenar, siapa terbabit dan apakah tindakan serta kawalan keselamatan,” katanya.

Pada masa sama, beliau sekali lagi turut menegaskan supaya semua pi-hak tidak mengeluarkan kenyataan berbaur kecaman.

“Saya juga meminta pihak berke-pentingan atau sebaliknya supaya tidak mengeluarkan kenyataan se-perti menyimbah minyak pada api yang sedang marak.

Sementara itu, katanya, atas nasi-hat polis, beliau dilarang ke tempat kejadian kerana bimbang kesela-matannya tergugat.

Katanya, Kerajaan Negeri juga akan menanggung sepenuhnya kos perubatan seorang anggota bomba yang diserang perusuh, dalam ke-jadian itu.

Beliau turut bersedih dengan ke-jadian menimpa Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, yang diserang se-hingga terpaksa menerima bantuan alat pernafasan.

#Ikuti perkembangan terkini di laman sesawang https://selangor-kini.my/

Amirudin berbincang bersama Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Mo-hammad Hamdan Wahid dan ahli keluarga Muhammad Adib, selepas melawat mangsa, di Pusat Perubatan Subang Jaya, pada 27 November lalu

MBI anjur taklimat Belanjawan’�� buat GLCSHAH ALAM - Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) Selangor menganjurkan sesi taklimat ber-hubung Rangkuman Belanjawan Negeri Selangor 2019 (Belan-jawan’19) kepada semua wakil anak syarikatnya (GLC), di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), di sini.

Taklimat yang menyentuh asas penemuan penyelidikan dan ker-tas kerja berdasarkan perspektif pembangunan ekonomi 2019 disampaikan Penasihat Ekonomi kepada Dato’ Menteri Besar, Dr Dzulkifli Zakaria, pada 28 Novem-ber lalu.

Katanya, penekanan yang diterjemahkan dalam Belan-jawan’19 menyentuh keseluru-

han potensi, di bahagian Utara, Sentral dan Selatan Selangor.

“MBI perlu memberikan penekanan kepada ekonomi di-gital, pembuatan bernilai tinggi, hab aeroangkasa, hab halal, pe-ngangkutan dan logistik bersepa-du serta Rumah Mampu Milik.

“Penstrukturan GLC bersiste-matik perlu bagi membolehkan model kerjasama terbaik dapat di-wujudkan bersama Kerajaan Neg-eri,” katanya.

Beliau turut menyentuh isu ca-paian komunikasi kepada rakyat, pembangunan industri pelancon-gan agro, di samping potensi pen-ciptaan peluang pekerjaan kerana Selangor memperlihatkan kadar pengangguran kira-kira 98,000

daripada jumlah keseluruhan pengangguran negara berjumlah 585,000.

Selain itu, Selangor juga perlu memberikan perhatian kepada usaha meningkatkan nilai eksport berbanding import.

Sementara itu, Ketua Pega-wai Eksekutif MBI Selangor, Raja Shahreen Raja Othman, dalam ucapannya sebelum itu turut mengingatkan GLC Selangor su-paya memberikan perhatian sama terhadap Belanjawan Persekutu-an yang turut menyentuh bebera-pa perkara berkaitan negeri.

Ia termasuk isu pembangunan kawasan bebas cukai di Pulau In-dah dan aeroangkasa, di Lapa- ngan Terbang Subang.

Tun M laung amaran kerasSHAH ALAM - Perdana Men-teri, Tun Dr Mahathir Mohamad, memberikan amaran keras ke-pada dalang kekecohan di kuil Sri Maha Mariamman, Seafield, USJ25, bahawa mereka tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang sewajarnya.

Katanya, kejadian pada 26 November lalu adalah insiden jenayah dan tidak ada kaitan dengan unsur lain termasuk perkauman atau agama.

"Amat jelas daripada siasatan awal bahawa kejadian pertama yang berlaku mempunyai unsur jenayah. Begitu juga kejadian susulan yang membabitkan ker-osakan harta benda serta kece-deraan kepada anggota polis.

"Penjenayah yang cuba melakukan rusuhan serta mencederakan anggota kes-elamatan serta penyelamat ter-masuk kerosakan harta benda awam akan dikenakan tindakan tegas mengikut undang-un-dang sedia ada.

"Tidak timbul sama sekali isu perkauman atau berkaitan agama walaupun ianya berkai-tan perpindahan kuil. Kerana ia berkaitan jenayah, maka pihak polis diarah untuk mengam-bil tindakan lanjut bagi mena-ngani serta mengawal situasi ini dengan segera," katanya dalam

kenyataan, pada 27 November lalu.

Katanya, kerajaan juga kesal dengan tindakan tidak bertang-gungjawab penjenayah yang menimbulkan kekacauan di ka-wasan kuil dan mencederakan pasukan keselamatan juga pe-nyelamat.

Dr Mahathir berkata, kera-jaan turut menasihati orang ra-mai supaya tidak mendengar khabar angin serta tidak me-nyebarkan mesej yang tidak bertanggungjawab menerusi mana-mana media.

Penjenayah yang cuba melakukan rusuhan serta mencederakan anggota keselamatan serta penyelamat termasuk kerosakan harta benda awam akan dikenakan tindakan tegas mengikut undang-undang sedia adaTUN DR MAHATHIRPerdana Menteri

Page 4: muka 3 muka 5 muka 7 muka 9 SEKTOR PENGILANGAN JANA ... · “Di Selangor pula kita ada '3S' iaitu Subang, Sepang dan Serendah sejajar dengan hasrat Kerajaan Persekutuan memperluaskan

4Utama

SelangorKini 29 November - 5 Disember 2018

SIDANG PENGARANGPENASIHAT: Lembaga Editorial CCSBPENGARANG : Nurul Farina Nazlan

PENOLONG PENGARANG Mohd Ezli Mashut, Naeem Raffi, Afeeqa AfeeraWARTAWAN:

Hafizan Taib : [email protected], Nazli Ibrahim : [email protected], Afix Redzuan : [email protected],

Norhayati Umor : [email protected], Sheeda Fathil : [email protected]

Nadiah Zamlus : [email protected] Muzammil : [email protected]

JABATAN PEMASARAN & PENGIKLANAN:Nadhrah Azlan : [email protected] l 03-5523 4856 (ext 109)

Shafiq Hamsi : [email protected] | 03-5523 4856 (ext 109)

JURUGAMBAR: Asri Sapfie, Raheemie Arifin, Hafiz Othman & Fikri YusofGRAFIK & REKA LETAK: Unit Grafik CCSB

Aras 2, Carlton Holiday Hotel & Suites, No 1, Persiaran, Akuatik 13/43,Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor

Tel : 03-5523 4856 Faks : 03-5523 5856 Emel: [email protected]

Keluasan Hutan Simpan Kekal Selangor terus meningkat

Cecah lebih ���,��� hektar akhir ����OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM - Jumlah keluasan Hutan Simpan Kekal (HSK) di Selangor dijangka akan meningkat kepada 250,501.18 hek-tar, menjelang hujung tahun ini.

EXCO Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Sains, Teknologi dan Inovasi, Hee Loy Sian berkata, setakat ini jumlah keseluruhan HSK adalah 250,290 hektar selepas pertambahan dua kawasan tanah kerajaan yang dijadikan HSK.

Katanya, ia membabitkan Hutan Sim-pan Bukit Lagong (40 hektar) dan Hutan Simpan Gombak Tambahan III (60 hektar).

“Pewartaan Hutan Simpan Gombak Tambahan III adalah bagi kawasan peng-gantian ke atas pemansuhan HSK di Hu-tan Simpan Gombak bagi kegunaan tanah perkuburan.

“Ketika ini, Jabatan Perhutanan Negeri sedang giat melaksanakan proses me-wartakan tanah kerajaan Taman Alam, di

Kaji mekanisme persempadanan antara agensiSHAH ALAM - Kerajaan Negeri sedang mengkaji mekanisme persempada- nan penyelenggaraan long-kang antara agensi Pihak Berkuasa Tempatan, Ja-batan Pengairan Saliran dan Jabatan Kerja Raya.

EXCO Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Ir Izham Hashim berkata, hal itu kerana pihaknya banyak menerima aduan keadaan longkang yang tidak dise-lenggara.

“Saya terima banyak a-duan yang longkang tidak diselenggara kerana tiada pihak mengaku sebagai penyelenggara longkang berkenaan.

“Perkara itu sudah dibin-cangkan beberapa kali un-tuk mengenal pasti langkah yang perlu diambil,” kata-nya menjawab soalan tam-bahan daripada Ahli Dewan Negeri Ijok, Dr Idris Ahmad, pada sidang Dewan Negeri Selangor, baru-baru ini.

Katanya, sebanyak RM50 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan Projek Tebatan Banjir Jajaran Sungai Buloh membabitkan kerja kajian dan cadangan kemudahan rumah pam, mendalam serta melebar Sungai Buloh selain menaik taraf benteng ban juga tebing sungai sama.

Katanya, bagi peranca-ngan jangka panjang, Ke-rajaan Negeri akan menaik taraf Pintu Kawalan Pasang Surut Sungai Buloh yang sedang dibina di Kampung Ijok dan dijangka siap pada 18 Julai tahun depan de-ngan kos RM1.9 juta.

Pada masa sama, kata-

nya, kejadian banjir bukan hanya disebabkan isu penye- lenggaraan, sebaliknya tu-rut disumbangkan taburan hujan luar biasa.

“Bagaimanapun, Kera-jaan Negeri ambil tiga langkah penyelenggaraan di sungai dan parit, kolam takungan (sedang disele-saikan) dan senarai ‘hotspot' banjir yang akan diberi keu-tamaan penyelesaian.

“Kos untuk perancangan tebatan banjir ini tinggi dan mengambil masa untuk di-laksanakan. Pelan jangka masa panjang pula perlu membabitkan kawasan me-nyeluruh,” katanya.

Operasi iklan haram dua kali sehariSHAH ALAM - Kerajaan Negeri komited meme-rangi isu iklan haram de- ngan melaksanakan opera-si dua kali sehari pada awal pagi dan petang, di semua kawasan operasi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

EXCO Kerajaan Tempa-tan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kam-pung Baru, Ng Sze Han berkata, Kerajaan Negeri melalui PBT sentiasa me-ngambil tindakan meme-rangi iklan haram itu.

Katanya, tindakan diam-bil di bawah Peruntukan 7 Undang-Undang Kecil Iklan

2007 berkaitan kesalahan mempamerkan iklan tanpa lesen.

“Kompaun juga dikena-kan sebanyak RM600 dan jika didakwa di mahkamah, maka boleh dikenakan den-da tidak melebihi RM2,000 jika disabitkan kesalahan,” katanya dalam sidang De-wan Negeri Selangor, di sini, baru-baru ini.

Pada masa sama, Sze Han berkata, PBT akan menge-mukakan nombor telefon pengiklanan kepada pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk permohonan

penamatan perkhidmatan.Katanya, operasi berse-

padu iklan ah long dengan kerjasama polis dan badan bukan kerajaan terus dilak-sanakan.

“PBT juga melaku-kan pemeriksaan terha-dap syarikat atau agen-si yang menjalankan perniagaan percetakan ter-utama membabitkan 'ban-ner', 'bunting' dan pelekat.

“Jika syarikat atau kilang percetakan itu didapati mencetak iklan tidak ber-lesen, maka lesen pernia-gaan mereka akan ditarik atau dibatalkan,” katanya.

Perkasa gaya hidup sihatSHAH ALAM - Bermula tahun hadapan, Kerajaan Negeri akan memperkasakan Program Gaya Hidup Sihat bagi meningkatkan kesedaran rakyat berhubung pen-jagaan kesihatan daripada aspek fizikal, pemakanan dan mental.

EXCO Kesihatan, Kebajikan, Pem-berdayaan Wanita dan Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, lang-kah terbabit dapat mengurangkan kecenderungan mendapat penya-kit tidak berjangkit, sekali gus bo-leh mengurangkan bebanan kos rawatan kesihatan.

Katanya, Kerajaan Negeri me-lalui Program Bantuan Sihat Se-langor memperuntukkan RM5

juta bagi meringankan beban kos pesakit yang menjalani rawatan dialisis.

“Sehingga 16 November lalu, sebanyak 1,120 permohonan di-luluskan dan seramai 315 pesakit mengemukakan tuntutan bayaran.

“Kerajaan Negeri turut mem-bantu pesakit yang mendapat tajaan daripada pihak lain seperti Lembaga Zakat Selangor dan PER-KESO bagi menampung kos yang tidak ditanggung agensi tajaan berkenaan seperti ubatan serta suntikan tambahan,” katanya pada sidang Dewan Negeri Selangor.

Pada masa sama, Dr Siti Mari-ah berkata, Kerajaan Negeri

kini bekerjasama dengan pusat rawatan dialisis swasta sedia ada yang berdaftar dengan Kement-erian Kesihatan Malaysia.

Katanya, Kerajaan Negeri juga tidak bercadang membina atau mempunyai pusat dialisis sendiri memandangkan Kerajaan Perse-kutuan menyediakan rawatan di-alisis, di hospital kerajaan.

“Bagaimanapun, Kerajaan Negeri sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan mana-ma-na pusat rawatan swasta yang terdapat di Selangor bagi memu-dahkan pesakit mendapatkan rawatan di pusat rawatan swasta berhampiran kediaman,” katanya.

Kuala Selangor, seluas 292.18 hektar un-tuk dijadikan HSK.

“Oleh itu, Kerajaan Negeri yakin jumlah HSK akan meningkat kepada 250,501.18 hektar, hujung tahun ini,” katanya dalam Sidang Dewan Negeri (DNS), di sini.

Pada masa sama, Loy Sian berkata, Ja-batan Perhutanan Negeri Selangor de-ngan kerjasama Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia dan Institut Pe-nyelidikan Perhutanan Malaysia berjaya menyenaraikan kedudukan kendirian atau kehadiran setiap pokok dalam Buku Diprerokarpa Terancam, di Semenanjung Malaysia.

“Hanya 19 spesis pokok sahaja yang di endemik, di Selangor. Selain itu, 24 spesis pokok shrub, 29 spesis pokok herba, lima (pepanjat), empat (epipfit) dan satu (pa-kis),” katanya.

Page 5: muka 3 muka 5 muka 7 muka 9 SEKTOR PENGILANGAN JANA ... · “Di Selangor pula kita ada '3S' iaitu Subang, Sepang dan Serendah sejajar dengan hasrat Kerajaan Persekutuan memperluaskan

Utama5SelangorKini 29 November - 5 Disember 2018

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM - Pemaju Rumah Sela-ngorku perlu mempromosikan pro-jek yang dilaksanakan Kerajaan Nege- ri bagi memudahkan bakal pembeli membuat semakan dan memohon rumah berkenaan.

EXCO Perumahan dan Kehidupan Bandar, Haniza Talha berkata, ia dapat memacu serta mencapai matlamat Kerajaan Negeri untuk merancang serta memperbanyakkan projek rumah mampu milik berkenaan.

Katanya, Kerajaan Negeri juga menguatkuasakan pemantauan ak-tiviti pemasaran yang dibuat pemaju selain pemantuan pembinaan projek.

“Bagi memastikan pembinaan Rumah Selangorku terutama Jenis A dibina, maka Kerajaan Negeri sen-

tiasa memantau pelaksanaan pem-binaan Rumah Selangorku melalui Jawatankuasa Pemantauan Pembi-naan Hartanah Harga Terkawal.

“Jika pemaju tidak membina atau sengaja melewatkan pembinaan Rumah Selangorku, maka Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tem-patan akan mengeluarkan ‘stop work order’ dan tidak menyokong penge-luaran Sijil Perakuan dan Pematuhan (CCC).

“Kerajaan Negeri juga tidak me-luluskan permohonan Kebenaran Merancang bagi pembangunan pe-rumahan harga bebas atau pem-bangunan lain jika syarat itu tidak dilaksanakan,” katanya pada sidang Dewan Negeri Selangor.

Berdasarkan Dasar Peruma-han Mampu Milik Negeri Sela-

ngorku (Rumah Selangorku 2.0) yang berkuat kuasa bermula April lalu, mana-mana tanah atau tapak cada-ngan yang terletak di zon 1 pemban-gunan dengan keluasan melebihi 2.02 hektar (lima ekar) dan ke atas dikenakan syarat penyediaan 10 pe-ratus Rumah Selangorku Jenis A.

Manakala, bagi zon 2 pembangu-nan yang berkeluasan 8.09 hektar ke atas turut dikenakan 10 peratus Rumah Selangorku Jenis A serta bagi zon 3 yang berkeluasan 20.23 hektar dan ke atas juga dikenakan 10 pera-tus Rumah Selangorku Jenis A.

Katanya, penyediaan Rumah Se-langorku Jenis A disyaratkan kepa-da semua pemaju perumahan sama ada terdiri daripada pemaju swasta, kerajaan atau anak syarikat Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

Mudahkan bakal pembeli membuat semakan

Pemaju perlu promosi Rumah Selangorku

SHAH ALAM - Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Teng-ku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Nora-shikin dikurniakan darjah kebesaran Ahli Yang Per-tama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.P.M.K.) Al-Muhammadi 1, bersempena Hari Kepu- teraan Ke Bawah DYMM Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V ke-49.

Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Ne-geri Kelantan ke hadapan

DYMM Tengku Permaisuri Selangor berlangsung di Istana Alam Shah, Klang, pada 26 November lalu.

Istiadat Pengurniaan disempurnakan Yang Maha Mulia (YMM) Pemangku Raja Kelantan, Dr Tengku Muhammad Faiz Petra ibni Sultan Ismail Petra.

Upcara itu turut disak-sikan DYMM Sultan Sela-ngor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan rombongan dari Istana Kelantan serta Orang-orang Besar Istana Selangor.

Tengku Permaisuri Selangor terima darjah kebesaran Kelantan

SHAH ALAM - Hadiah Sas-tera Selangor (HSS) 2018 mampu memartabatkan aktiviti kesusasteraan dan kebudayaan, sekali gus melahirkan golongan ma-syarakat pemikir.

EXCO Kebudayaan dan Pelancongan, Peradaban Melayu dan Warisan, Datuk Abdul Rashid Asari (gam-bar) berkata, anugerah itu juga menjadi pendorong kepada penggiat sastera me-ningkatkan mutu karya masing-masing.

“Saya lihat mutu penulisan pengkarya di Selangor yang diterbitkan di SelangorKini ini memang baik dan mereka profesional dengan kreativiti yang mudah difa-hami.

“Saya harap dengan adanya karya mereka, sama ada cerpen, buku, novel dan bentuk lain yang dihasilkan akan menambah pengetahuan rakyat Selangor khasnya membabitkan kebudayaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui SelangorKini di ruang legar Dewan Negeri Selangor, pada 28 Novem-ber lalu.

Abdul Rashid berkata, beliau akan meneruskan anu-gerah itu pada masa akan datang dengan membabitkan lebih ramai lagi penggiat sastera.

Katanya, anugerah itu juga mampu memeriahkan lagi sektor kebudayaan dan kesenian, di negeri termaju itu.

HSS yang diwujudkan bagi menghargai golongan penulis kali pertama dianjurkan pada 2015 dengan menawarkan hadiah wang tunai bernilai RM27,000.

Selain sijil dan plak, pemenang bagi setiap kategori menerima hadiah utama sebanyak RM5,000 manakala RM1,000 bagi hadiah saguhati.

HSS ���� martabatkan sastera dan kebudayaan

Page 6: muka 3 muka 5 muka 7 muka 9 SEKTOR PENGILANGAN JANA ... · “Di Selangor pula kita ada '3S' iaitu Subang, Sepang dan Serendah sejajar dengan hasrat Kerajaan Persekutuan memperluaskan

6Utama

SelangorKini 29 November - 5 Disember 2018

Sasaran kadar defisit 17%

Munasabah dan berdaya saingOLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM - Dato’ Menteri Be-sar, Amirudin Shari menjelaskan penyusutan Belanjawan 2019 hampir 17 peratus pada kadar sekitar RM200 juta berbanding 2018 bukan disebabkan hala-ngan kewangan.

Katanya, belanjawan sebe-lum ini dibentangkan pada kadar defisit tinggi susulan langkah Kerajaan Negeri me-

nampung perbelanjaan projek besar seperti pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Labohan Da-gang dan Semenyih.

“Ia bukan soal halangan. Dalam beberapa belanjawan sebelum ini kita sudah meng-gunakan rizab (simpanan) agak banyak untuk projek seperti Labohan Dagang 1 dan Seme-nyih yang dimulakan dengan kos sangat besar sekitar RM500 juta atau RM600 juta.

“Selepas projek itu siap, pro-jek pembangunan susulan yang saya umumkan juga tidak me-merlukan dana sebegitu besar.

"Sebab itu kita dapat kurang-kan defisit hingga sekitar RM300 juta berbanding RM800 juta pada tahun lalu,” kata- nya pada sidang media selepas pembentangan Belanjawan 2019 (Belanjawan’19) di Dewan Negeri Selangor (DNS).

Katanya, kadar 17 peratus di-

sifatkan munasabah dan berda-ya saing berbanding sebelum ini selain kejayaan terdahulu yang berjaya mengurangkan defisit, malah pernah merekod-kan lebihan pada 2015 walau-pun mensasarkan defisit tinggi, pada peringkat awal.

“Tahun ini, kita anggarkan defisit RM800 juta tetapi saya anggap kita akan mampu me-ngurangkan RM500 juta hing-ga RM600 juta daripada sasar-

an awal. "Kalau berjaya memenuhi

semua tuntutan dan kutipan, kita mampu mengurangkan se-hingga defisit RM400 juta,” ka-tanya.

Katanya, pengurangan kuti-pan hasil bukan sahaja berlaku di Selangor, malah turut ber-laku di tempat lain tetapi Kera-jaan Negeri akan terus mencari sumber baru bagi meningkat-kan hasil.

Prestasi tentukan kadar bonus SHAH ALAM - Kerajaan Selangor akan menggunakan sistem Pe-tunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi menentukan kadar pembayaran bonus buat penjawat awam mulai tahun hadapan.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, penggunaan sistem itu menyaksikan tiada lagi pem-bayaran bonus secara langsung seperti yang dilakukan sebelum ini.

“Pemberian bonus boleh di-tingkatkan tetapi saya tidak tetap-kan lagi. Kita boleh tambah lagi pada masa hadapan tetapi tidak boleh melangkaui sempadan. Ia akan berasaskan prestasi agensi

dan individu.“Insitut Pemberdayaan Pekerja

dan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) akan melakukan garis pan-duan yang kemudiannya akan kita selaraskan,” katanya pada sidang media selepas pembentangan Be-lanjawan 2019 (Belanjawan’19) di Dewan Negeri Selangor (DNS).

Dalam pembentangan be-lanjawan sebelum itu, Amirudin mencadangkan pembayaran ban-tuan khas kewangan tambahan satu bulan gaji yang akan dibayar pada 20 Disember ini yang mem-beri implikasi kewangan ke-pada Kerajaan Negeri sebanyak RM34.53 juta.

Pemberian bonus boleh ditingkatkan tetapi saya tidak tetapkan lagi. Kita boleh tambah lagi pada masa hadapan tetapi tidak boleh melangkaui sempadan. Ia akan berasaskan prestasi agensi dan individuAMIRUDIN SHARIDato’ Menteri Besar

MBI yakin mampu laksana Rumah Mampu MilikSHAH ALAM - Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) ya-kin mampu menyelesaikan pro-jek rumah mampu milik se-perti disasarkan dalam Belanjawan Se-langor 2019 (Belanjawan’19).

Ketua Pegawai Eksekutif MBI, Raja Shahreen Raja Othman ber-kata, MBI yakin Pihak Berkuasa Tempatan kawasan terbabit akan memberi kerjasama dalam mem-beri kebenaran merancang.

“Kesemua tanah ini adalah ta-nah milik MBI, maka sudah tiada masalah untuk MBI menja-yakan projek perumahan mampu milik ini.

“MBI juga akan mendapat-kan pemaju berkelayakan untuk menjalankan kerja pembinaan projek ini,” katanya selepas pem-bentangan Belanjawan’19, di De-wan Negeri Selangor.

Projek itu membabitkan 5,000 unit di Bangi Lama (1,100), Su- ngai Sering Hulu Klang (2,500) dan Paya Jaras (1,400).

Terdahulu, ketika memben-tangkan Belanjawan’19, Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari mengumumkan MBI akan mem-bina rumah mampu milik berkel-

APA KATA MEREKA

Penjawat awam juga banyak bertungkus-lumus sepanjang setahun dalam mem-bantu Kerajaan Negeri dan masyarakat.

Terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana tidak pernah melupakan jasa penjawat awam.”

- Nurhamizah Othman

Pengumuman bantuan khas kewangan di luar jangkaan memandangkan prestasi hasil ekonomi kini agak menurun

- Mohd Fontenza Mohd Rawi

Terima kasih kepada Dato’ Menteri Be-sar kerana terus memberi kepercayaan kepada penjawat awam

- Siti Fairus Mahd Sah

Penjawat awam terharu dengan bantuan khas kewangan sebulan gaji seperti diumumkan Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari pada pembentan-gan Belanjawan Selangor 2019.

Bantuan khas kewangan berkenaan sebagai tanda penghargaan Kerajaan Negeri terhadap ke-azaman penjawat awam untuk menunaikan tang-gungjawab dan kecekapan mereka mentadbir.

MBI juga akan mendapatkan pemaju berkelayakan untuk menjalankan kerja pembinaan projek iniRAJA SHAHREENKetua Pegawai Eksekutif MBI

uasan lebih 1,000 kaki persegi.Rumah berharga tidak melebi-

hi RM250,000 itu juga dilengkapi dua parkir kereta, perabot seperti kabinet dapur, pemanas air dan penghawa di-ngin di setiap bilik.

“Kerajaan Negeri juga me-nyasarkan pembinaan sebanyak 30,000 rumah dalam masa lima tahun demi memenuhi cita-cita ini,” katanya.

Page 7: muka 3 muka 5 muka 7 muka 9 SEKTOR PENGILANGAN JANA ... · “Di Selangor pula kita ada '3S' iaitu Subang, Sepang dan Serendah sejajar dengan hasrat Kerajaan Persekutuan memperluaskan

Ekonomi7SelangorKini 29 November - 5 Disember 2018

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

Hasil peningkatan harga komoditi

Pecutan pantas ekonomiMalaysia ����KUALA LUMPUR - Pertumbu-han ekonomi Malaysia boleh me- mecut dengan pantas selepas 2020 jika harga komoditi mening-kat dengan sokongan pemulihan pertumbuhan ekonomi global.

Ketua Pakar Ekonomi Asia Pa-sifik Moody’s Analytics Steven G. Cochrane berkata, pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka perla- han dalam tempoh dua tahun akan datang kerana prospek eko-nomi global yang lemah boleh menjejaskan harga komoditi.

“Malaysia, sebagai sebuah eko-nomi terbuka, terdedah kepada trend global. Setiap rantau di du-nia dijangka mencatatkan pertum-buhan perlahan, pada 2019 dan 2020,” katanya.

Cochrane mengunjurkan per-tumbuhan keluaran dalam negara kasar Malaysia (KDNK) mungkin turun daripada 5.9 peratus, pada 2017 kepada 4.8 peratus pada 2018, 4.4 peratus pada 2019 dan 3.6 peratus, pada 2020.

“Harga komoditi rendah dise-babkan pertumbuhan ekonomi dunia yang perlahan akan men-jejaskan pasaran negara sedang

pesat membangun dan Malaysia.“Kami tidak menjangkakan se-

barang peningkatan harga ko-moditi sehingga ekonomi global meningkat,” katanya.

Harga minyak sawit mentah (MSM) mencatatkan penurunan sejak awal tahun ini, dengan harga niaga hadapan MSM berada ham-pir RM2,000 setan metrik disebab-kan paras stok tinggi dan permin-taan lemah.

Beliau berkata, rangsangan fis-kal Amerika Syarikat (AS), yang menyokong ekonomi negara itu dijangka berakhir pada 2020 dan ini akan memperlahankan per-tumbuhan ekonominya dan bakal menjejaskan ekonomi global serta pasaran komoditi.

“Jika kita melangkah ke 2020, tanpa kemeseletan di AS dan E-ropah, kemungkinan akan ada lan-tunan semula pertumbuhan glo-bal, pada 2021 dan 2022,” katanya.

Cochrane berkata, perang perdagangan AS-China juga akan menjejaskan perdagangan dan ekonomi global dan perkara buruk yang boleh berlaku adalah ia akan mengganggu rantaian bekalan

dan membawa kepada kemelese-tan di ekonomi terbesar dunia itu dan turut menjejaskan ekonomi lain.

“Banyak yang bergantung ha-rap kepada mesyuarat antara Pre-siden AS Donald Trump dan Pre- siden China Xi Jin Ping pada Si-dang Kemuncak Pemimpin-Pe-mimpin G20 di Buenos Aires, pada akhir bulan ini.

“Semua akan mencari isyarat daripada Trump dan Xi sekiranya terdapat sebarang penyelesaian bagi perang perdagangan dan sama ada pentadbiran Trump akan membenarkan tarif dinaikkan ke-pada 25 peratus seperti yang di-jadualkan pada tahun depan,” ka-tanya.

Sekiranya tarif dinaikkan dan di-perluaskan dengan memasukkan semua perdagangan antara Chi-na dan AS, beliau berkata, ia akan menambahkan lagi kesan kepada ekonomi Malaysia dan global.

Bagi Malaysia, beliau berkata, risikonya jelas negatif kerana jang-kaan ekonomi global yang lemah akan menjejaskan harga minyak serta tempahan eksport.

“Sebagai pengeksport bersih minyak, penurunan harga minyak bermakna volum dolar eksport akan berkurangan.

“Harga minyak mentah jatuh kerana permintaan global yang berkurangan dan pengeluaran di kawasan yang mengeluarkan minyak syal AS meningkat dengan pantas sejak setahun lalu.

“Hakikat bahawa pengeluaran AS meningkat dengan pantas ber-makna Pertubuhan Negara-Nega-ra Pengeksport Petroleum kurang berkeupayaan untuk mengawal harga,” katanya.

Cochrane berkata sekatan ke atas minyak Iran tidak membawa sebarang kesan ketara kepada har-ga minyak kerana terdapat banyak pengecualian yang dikenakan.

Beliau berkata harga minyak, berdasarkan kepada West Texas Intermediate sebagai pengukur harga minyak, diunjurkan berada pada AS$69.1 setong tahun ini dan bergerak kepada AS$67.2 setong pada 2019 dan AS$63.5 setong padan 2020.

Cochrane menegaskan ba-hawa usaha Malaysia menambah

�� usahawan Selangor dipilih sertai Alibaba.comSHAH ALAM - Seramai 10 usahawan bu-miputera Selangor ditawarkan tempat bagi menyertai sebuah syarikat gergasi e-dagang China, iaitu Alibaba.com, pada Disember ini.

EXCO Pembangunan Usahawan, Pem-bangunan Luar Bandar, Desa dan Kampung Tradisi, Rodziah Ismail berkata, penyertaan menerusi salah satu jenama perni-agaan dalam talian (In-ternet Business) terke-muka itu antara medium kukuh melahirkan lebih ramai usahawan berdaya saing yang mampu diketengah-kan hingga ke peringkat global.

“Pada tahun ini, saya bersama Dato’ Teng Chang Khim (EXCO Pelaburan, Per-industrian dan Perdagangan Industri Kecil dan Sederhana) mengadakan lawatan ke luar negara bagi membincangkan secara jelas berhubung perkara ini.

“Hasil lawatan itu, kami mendapat ker-jasama mantap daripada pihak pelabur China, khususnya Alibaba.com untuk me-masukkan 10 usahawan Selangor men-jalankan perniagaan dalam perkhidmatan ini.

“Beliau (Dato’ Teng) akan ke China un-tuk menandatangani kontrak tersebut, pada bulan hadapan,” katanya kepada Se-langorKini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Karnival Jelajah Usahawan Selangor Daerah Petaling 2018, di Perkarangan Gi-ant Supermarket Seksyen 18, pada 24 No-vember lalu.

Hadir sama, Pegawai Daerah Petaling, Roslinah Md Jani dan Ketua Pe-nolong Pegawai Daerah Petaling,

Hazrina Yusof.Terdahulu, majlis tu-

rut menyaksikan sera-mai 38 usahawan dari daerah Petaling meneri-

ma cek pembiayaan Dana Usahawan Mi-kro dan Pembiayaan Hijrah Selangor.

Rodziah yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Batu Tiga berkata, keupayaan usa-hawan terbabit disenarai dalam perkh-idmatan Alibaba.com itu turut membuk-tikan Selangor berjaya melepasi tahap piawaian ditetapkan.

Malah, katanya, ia suatu permulaan baik untuk membimbing usahawan dari-pada peringkat bawahan hingga ke SME, sekali gus menaikkan lebih ramai usaha-wan ke Alibaba.com.

“Jika dahulu, kita perlu bekerja keras untuk memasarkan atau menjual pernia-gaan, tetapi dengan hanya perniagaan dalam talian ini, terutama Alibab.com, su-dah tentu ramai usahawan lain yang bere-but untuk mendapatkannya,” katanya.

Usaha Malaysia menambah baik ketelusan dan peralihan kuasa kepada kerajaan baharu tahun ini adalah positif daripada segi keyakinan pelaburSTEVEN COCHRANEKetua Pakar Ekonomi Asia Pasifik Moody’s Analytics

baik ketelusan dan peralihan lan-car kuasa kepada kerajaan baharu tahun ini adalah positif daripada segi keyakinan pelabur dan dalam tempoh jangka panjang penguru-san hutang yang baik akan menyo-kong pertumbuhan ekonomi kera-na peruntukan yang kurang untuk melunaskan hutang.

“Ketika kerajaan mengetatkan dasar fiskal untuk meningkatkan pengurusan hutang dalam ke-adaan pertumbuhan eksport yang lemah, pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka perlahan bagi tempoh dua tahun akan datang,” katanya.

Page 8: muka 3 muka 5 muka 7 muka 9 SEKTOR PENGILANGAN JANA ... · “Di Selangor pula kita ada '3S' iaitu Subang, Sepang dan Serendah sejajar dengan hasrat Kerajaan Persekutuan memperluaskan

8Nasional

SelangorKini 29 November - 5 Disember 2018

OLEH SHEEDA FATHIL

KLANG - Kementerian Pelanco-ngan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) komited menjadikan Majlis Rumah Terbuka Malay-sia (MRTM) sebagai satu produk pelancongan budaya, di negara ini.

Menterinya, Datuk Mohamad-din Ketapi berkata, ia bagi menja-dikan MRTM sebagai pemangkin kepada peningkatan kedatangan jumlah pelancong ke Malaysia.

“Penganjuran MRTM Deepava-li 2018 ini sudah pasti membuka lebih banyak peluang kepada penggiat seni dan budaya serta industri pelancongan selain me-ningkatkan pendapatan pelbagai industri.

“Ia selaras dengan hasrat Ma-laysia menyasarkan kedatangan 30 juta pelancong asing, pada

GEORGE TOWN - Kerajaan bakal mem-perluaskan Dana Perlindungan Kesihatan Nasional untuk golongan isu rumah ber-pendapatan 40 peratus terendah (B40) ke-pada 36 jenis penyakit kritikal utama.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berka-ta, skim yang dilaksanakan bermula 1 Janu-ari tahun depan itu akan memberikan per-lindungan kepada golongan B40 yang sakit dan dimasukkan ke wad hospital ke-rajaan.

Katanya, dalam pengumuman Belan-jawan 2019, skim itu hanya membabitkan empat jenis penyakit kritikal utama tetapi kini akan diperluaskan kepada 36 jenis pe-nyakit kritikal utama.

“Jika mereka (B40) dimasukkan ke wad hospital kerajaan tetapi tidak mampu membuat bayaran, mereka boleh memo-hon untuk mendapatkan bayaran bagi tempoh maksimum selama 14 hari, pada kadar RM50 sehari atau bersamaan RM700

KUALA LUMPUR - Ibu bapa perlu lebih peka dengan tingkah-laku anak mereka bagi memastikan simptom gejala au-tisme dapat dikesan lebih awal.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Han-nah Yeoh berkata, kegagalan mengesan tanda itu di peringkat awal menyebabkan hanya 20,000 individu yang mempunyai gejala autisme berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Katanya, jumlah itu terlalu rendah berbanding anggaran 300,000 yang berdepan masalah berkenaan, di seluruh negara ketika ini.

“Sesetengah ibu bapa tidak dapat mengenal pasti simptom autisme, me-nyebabkan mereka beranggapan anak mereka hanya belajar dengan lebih

Pemangkin peningkatan pelancong

Rumah Terbuka Malaysia jadi produk pelancongan budaya

2020 dengan pendapatan RM100 billion,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan MRTM 2018 Peringkat Kebangsaan anjuran MOTAC, di Perkarangan Kom-pleks Sukan Pandamaran, di sini, baru-baru ini.

Turut hadir, Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran; Men-teri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar dan EXCO Ke-budayaan dan Pelancongan, Per-adaban Melayu dan Warisan Se-langor, Datuk Abdul Rashid Asari.

Pada masa sama, Mohamad-din berkata, sebanyak 17.3 juta pelancong melawat Malaysia, se-jak Januari hingga Ogos lalu.

“Pada tahun ini, kita menya-sarkan 26.4 juta pelancong akan melawat Malaysia dengan ang-garan pendapatan RM84.9 bilion kepada negara,” katanya.

Perluas dana perlindungan kesihatan nasional

setahun,” katanya.Beliau berkata, skim itu akan diuruskan

Bank Negara Malaysia (BNM) dengan pemo-honan akan dibuat secara dalam talian .

“Setakat ini, BNM sedang menguruskan laman sesawang untuk pemohon sebelum pelaksanaan 1 Januari tahun depan,” ka-tanya.

Pada masa samma, Lim berkata, kera-jaan juga akan menaikkan harga siling ge-tah ke RM2.50 sekilogram daripada RM2.20 sekarang sebagai bantuan kepada para pe-noreh menghadapi harga komo-diti pasa-ran antarabangsa yang semakin menurun.

“Ekoran kejatuhan harga getah, pendapatan penoreh getah terjejas dan penetapan harga lantai ini akan mampu sedikit sebanyak membantu mereka,” ka-tanya.

Katanya, harga subsidi padi juga akan dinaikkan kepada RM360 setan daripada

RM300 setan sekarang. Dalam perkembangan lain, Lim juga

memberi amaran kepada pemimpin MCA supaya tidak bermain isu politik dalam hal pendidikan.

Katanya, tindakan MCA bercadang me-naikkan kadar yuran di Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman ekoran kekurangan dana daripada kerajaan bukan langkah bijak.

“Saya ingin memberi amaran kepada mereka (MCA) jangan bermain dengan api.

“Jangan kait isu politik dan usaha pen-didikan negara.

“Keputusan mereka menghukum para pelajar dengan menaikkan kadar yuran akan mendatangkan masalah lebih buruk jika kerajaan mengambil tindakan ke atas mereka,” katanya.

Pada 12 November lalu, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dilaporkan ber-kata, MCA mungkin akan menaikkan kadar yuran di kolej terbabit ekoran kekurangan dana suntikan daripada kerajaan dalam Belanjawan 2019.

Ibu bapa perlu lebih peka gejala autisme

perlahan berbanding kanak-kanak lain dan ada juga ibu bapa yang tidak mahu mendaftarkan anak mereka sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU).

“Kami juga berharap Kementerian Kesihatan Malaysia dapat membantu menyebarkan kesedaran berkenaan au-tisme di kawasan luar bandar dan men-jadikan ujian saringan pengesanannya boleh diakses dengan lebih mudah oleh lebih ramai rakyat Malaysia,” katanya.

Hannah berkata, ibu bapa yang ingin menjalankan ujian saringan pengesanan simptom autisme boleh melakukannya di hospital kerajaan dan swasta yang mempunyai kepakaran yang membo-lehkan ia dikesan seawal usia 18 bulan bagi membolehkan mereka mendapat-kan rawatan.

Page 9: muka 3 muka 5 muka 7 muka 9 SEKTOR PENGILANGAN JANA ... · “Di Selangor pula kita ada '3S' iaitu Subang, Sepang dan Serendah sejajar dengan hasrat Kerajaan Persekutuan memperluaskan

Nasional9SelangorKini 29 November - 5 Disember 2018

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

KUALA LUMPUR - Kerajaan berhasrat memperluas skim Sewa Untuk Milik (RTO) kepada kumpulan isi rumah berpendapa-tan 40 peratus terendah (B40) bagi harta-nah milik kerajaan.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tem-patan, Zuraida Kamaruddin berkata, lang-kah itu akan membantu mengurangkan beban golongan berpendapatan ren-dah yang mengalami kesukaran dalam mendapatkan pinjaman perumahan.

“Pada masa ini, kerajaan mempunyai Rumah Transit (untuk memenuhi keper-luan mereka) dan apabila melepasi ka-tegori B40, maka mereka boleh mencari

SHAH ALAM - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan diskaun sehingga 50 peratus bagi Perkhid-matan Tren Elektrik (ETS), sehingga 31 Disember ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Rani Hisham Sam-sudin berkata, ia sebagai tanda penghargaan kepada penumpang setia ETS, di samping menggalakkan lebih ramai penumpang untuk merasai pengalaman menaiki tren KTMB itu.

“Bagi promosi diskaun tambang murah, diskaun 50 peratus diberikan kepada laluan KL Sentral-Gemas-KL Sentral dan Sungai Petani-Padang Besar-Sungai Petani untuk perjalanan, pada Isnin hingga Khamis.

“Bagi promosi diskaun tambah murah 25 peratus pula,

Yayasan Selangor kini menawar-kan peluang keemasan khusus-nya kepada pelajar lepasan Uji-

an Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) melanjutkan pelajaran ke tingkatan satu menerusi program Rancangan Khas Pen-didikan Yayasan Selangor (RKPYS) 2019.

RKPYS antara salah satu produk besar organisasi berkenaan yang diwujudkan sejak 1971 bersama Kementerian Pendi-dikan Malaysia (KPM).

Pemangku Pengurus Besarnya, Za-hura Zakry berkata, peluang pendidikan itu bertujuan membantu pelajar miskin yang berpotensi cemerlang dalam pela-jaran dengan memberikan kemudahan daripada segi akademik dan program berbentuk sahsiah kepada mereka.

Katanya, semua pelajar terbabit akan diberikan bimbingan sepenuhya seperti kelas tuisyen, latih tubi dan seminar pe-periksaan oleh guru pakar.

“Antara kriteria pemilihan RKPYS adalah pemohon perlu mendapat kepu-tusan UPSR 6A atau tidak kurang 2A 4B dan lulus semua matapelajaran diambil.

“Keutamaan diberi kepada pemohon yang datang daripada keluarga ber-pendapatan berkapita kurang RM2,000

Perluas skim sewa untuk milikan

Komited bantu kumpulan B��hartanah yang mampu di-miliki,” katanya lapor BER-NAMA selepas majlis makan malam tahunan Pesatuan Pemaju Hartanah dan Pe-rumahan Malaysia (REHDA), di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata, mereka juga boleh mencari harta-nah berharga RM160,000 dan ke bawah yang han-ya memerlukan mereka membayar kira-kira RM600 sebulan se-lain RTO.

Terdahulu, Zuraida berkata, Kempen

Pemilikan Rumah Kebang-saan akan berlangsung selama enam bulan tahun depan untuk memban-tu mengurangkan jum- lah lambakan harta-nah kediaman tidak ter-jual khususnya berharga antara RM300,000 dan RM500,000.

“Kempen ini akan dia-dakan di Kuala Lumpur

dan rumah di seluruh Malaysia akan di-jual dalam tempoh berkenaan, namun jika kempen itu perlu diadakan di negeri lain,

Diskaun �� peratus untuk perkhidmatan ETS

REBUT PELUANG KE RANCANGAN KHAS PENDIDIKAN YAYASAN SELANGOR

maka kita akan pertimbangkan. Kita ber-harap dapat memulakannya, pada Januari 2019,” katanya.

Sementara itu, Presiden REHDA, Datuk Soam Heng Choon berkata, kerajaan perlu mempercepatkan proses untuk mempu-nyai data perumahan berpusat bagi mem-bolehkan pihak berkepentingan membuat keputusan bermaklumat bagi sebarang pembangunan, pada masa depan.

Beliau juga berharap, kerajaan akan mengambil peranan bagi semua projek pembinaan perumahan sosial dan tidak bersaing dengan pemaju lain bagi produk pasaran terbuka.

promosi adalah untuk ke mana-mana destinasi laluan tren ETS sedia ada bagi perjalanan, pada Selasa dan Rabu,” ka-tanya dalam kenyataan.

Pembelian tiket boleh dibuat di kaunter KTMB sahaja dan tertakluk kepada terma dan syarat.

Perkhidmatan yang diperkenalkan pada 12 Ogos 2010 itu mempunyai 16 perkhidmatan sehari bagi laluan per-jalanan antara Kuala Lumpur-Ipoh dengan purata jumlah penumpang seramai 1,500 orang, sehari.

Kini, ETS berkembang dengan lebih banyak pilihan laluan perjalanan antara sektor selatan dan sektor utara iaitu 36 perkhidmatan sehari dengan purata jumlah pe-numpang 12,000 orang.

ADVERTORIAL

sebulan (pendapatan ibu+bapa/bilangan isi rumah di bawah tanggungan).

“Selain itu, pemohon, ibu dan bapa adalah warganegara Malaysia, pemohon atau ibu dan bapa lahir di Selangor atau pemohon, ibu dan bapa sudah menetap di Selangor lebih 10 tahun (lampirkan su-rat pengesahan pemastautin),” katanya.

Zahura berkata, pelajar terpilih akan ditempatkan ke beberapa sekolah terke-muka di Selangor dan Kuala Lumpur selain menjalani sesi pembelajaran bermula dari tingkatan satu hingga tamat tingkatan lima.

Katanya, lebih istimewa kerana program

RKPYS menggunakan dua konsep asrama yang berbeza iaitu pusat dan daerah.

“Asrama pusat diurus tadbir oleh Yaya-san Selangor sendiri iaitu di Klang dan Sa-bak Bernam, manakala bagi asrama dae-rah pula pelajar terpilih akan ditempatkan di sekolah di bawah KPM yang baik presta-sinya.

“Pelajar akan tinggal di asrama sekolah berkenaan dan diberi bantuan biasiswa kecil sebanyak RM700 dan bantuan khas RM1,000 (berdasarkan pendapatan kapita) serta diperuntukkan program lain sama seperti disediakan kepada asrama pusat.

“Bagaimanapun, ada juga konsep beru-

lang iaitu pelajar ditawarkan tempat di sekolah yang terpilih tetapi berulang alik ke sekolah dari rumah masing-ma-sing,” katanya.

Justeru, mereka yang berminat boleh mengisi borang permohonan dengan memuat turun di laman sesawang www.yayasanselangor.org.my

Borang permohonan yang lengkap di-isi dan dilampirkan dokumen sokongan perlu dihantar melalui serahan tangan atau pos ke Bahagian Hal Ehwal Pelajar Yayasan Selangor, Tingkat 17, Menara Yayasan Selangor, No. 18A, Persiaran Barat, 46000 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan atau hubungi di talian 03-76691218/1158/1177/1150/1141 atau di alamat e-mel: [email protected]

Tarikh tutup permohonan adalah pada 7 Disember 2018 dan borang perlu diterima sebelum tarikh tutup per-mohonan iaitu selewat-lewatnya, pada 5 Disember ini.

INFO:Syarat pengekalan sebagai pelajar yayasan: lMendapat 70 peratus pencapaiana minima dalam setiap peperiksaan pertengahan dan akhir tahunlKelulusan minima 5A bagi pelajar yang menduduki PT3lMendapat gred B dalam Sains dan MatematiklTidak melanggar peraturan sekolah atau asrama

Page 10: muka 3 muka 5 muka 7 muka 9 SEKTOR PENGILANGAN JANA ... · “Di Selangor pula kita ada '3S' iaitu Subang, Sepang dan Serendah sejajar dengan hasrat Kerajaan Persekutuan memperluaskan

10Global

SelangorKini 29 November - 5 Disember 2018

KUALA LUMPUR - Terdapat ru-ang untuk penambahbaikan da- lam perdagangan dua hala anta-ra Malaysia dan Russia yang ber-jumlah AS$2.2 bilion pada 2016, kata Timbalan Menteri Luar, Da-tuk Marzuki Yahya.

Beliau berkata, perdagangan dua hala antara kedua-dua ne-gara boleh dipertingkatkan de-ngan mempelbagaikan portfolio dan prospek industri termasuk tenaga, perubatan, penerbangan serta aeroangkasa juga produk selain perkhidmatan berkaitan teknologi maklumat.

“Kerjasama dalam indus-tri dengan nilai tambah tinggi adalah kaedah terbaik,” katanya dalam ucapan pada pembu-kaan persidangan serantau ber-hubung ‘A Changing Asia in a Transforming World’ di sini, baru-baru ini.

Russia kini mengeksport tek- nologi pertahanan ke negara Asia Tenggara termasuk Malaysia.

JAKARTA - Indonesia menamatkan usaha mengenal pasti mangsa nahas pesawat Lion Air menerusi cebisan mayat yang ditemui, manakala laporan awal berhubung punca kemalangan itu dijangka diketahui minggu depan.

Jet Boeing 737 Max yang merupakan antara pesawat komersial terbaru dan paling canggih di dunia itu ter-hempas di Laut Jawa, pada 29 Oktober lalu selepas berlepas dari Jakarta menuju ke bandar Pangkal Pinang dengan mengorbankan 189 penumpang dan kru pener-bangan.

Sejak itu, pasukan penyiasat melakukan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) pada cebisan mayat mangsa yang ditemui.

Ketua pusat perubatan polis nasional, Arthur Tampi berkata, identiti seramai 125 mangsa sudah dikenal pasti menerusi ujian DNA, pada cebisan tubuh manusia yang

Perdagangan Malaysia-Russia

Terdapat ruangpenambahbaikan

Marzuki berkata, negara di Asia Tenggara pada umumnya tidak memberi perhatian men-cukupi kepada hubungannya, di benua Eurasia.

“Kelihatan terdapat pengaruh maritim berhubung bagaimana kita mengutamakan hubungan. Selama beberapa dekad, tum-puannya untuk mewujudkan ker-jasama lebih baik antara negara di Lembangan Pasifik.

Baru-baru ini, perspektif itu diperluaskan membabitkan ne-gara, sekitar Lautan Hindi,” kata-nya.

Berdasarkan persekitaran geo-politik dan geoekonomi semasa, Marzuki menegaskan, keperluan untuk menghalakan pandangan rantau ini kepada Russia dan ne-gara Asia Tengah.

“Jarak daripada segi geografi menyumbang ini kepada tahap tertentu. Bagaimanapun, kita perlu mengakui bahawa masih banyak yang boleh kita raih dari-

pada hubungan rapat dengan Rusia,” katanya.

Marzuki berkata, hasrat Rus-sia untuk membangunkan hubu- ngan erat dengan rantau Timur Jauh memberi Moscow langkah lebih baik untuk membabitkan negara utama di Asia Timur, ter-masuk ASEAN.

“Terdapat banyak peluang yang kita boleh bangunkan dalam bidang sosio ekonomi dan budaya juga saluran dalam isu politik serta keselamatan yang boleh kita laksanakan.

"Sehubungan itu, kini adalah masa yang baik bagi pelan un-tuk meningkatkan hubungan ASEAN-Russia kepada kerjasama strategik,” katanya.

Persidangan serantau selama dua hari itu adalah anjuran ber-sama kumpulan pemikir Valdai Discussion Club yang berpangkal-an di Moscow dan Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Ma-laysia.

Proses kenal pasti mangsa nahas Lion Air selesaidikumpulkan di dalam 200 beg mayat.

“Kami mengenal pasti identiti 89 lelaki dan 36 wanita termasuk dua warga asing masing-masing dari Itali dan India yang merupakan juruterbang pesawat serta pem-bantunya,” kata Tampi kepada pemberita di Jakarta.

Proses pengecaman ditamatkan kerana semua cebisan mayat yang ditemui sudah diuji, katanya.

Sementara itu, pengurusan syarikat penerbangan tam-bang murah Lion Air berkata, pihaknya membayar pam-pasan melebihi AS$100,000 (RM419,630) kepada setiap waris mangsa.

Perakam data penerbangan JT610 itu sudah dijumpai, namun pasukan penyelam masih mencari rakaman suara kokpit. Laporan awal rasmi berkenaan punca nahas ter-babit pula akan diumumkan pihak berkuasa Indonesia, dalam tempoh terdekat.

KIEV - Presiden Ukraine, Petro Poroshenko, memberi amaran berhubung ancaman perang besar-besaran dan berkata, Rus-sia meningkatkan kehadiran tenteranya secara dramatik di sempadan yang dikongsi ber-sama ketika ketegangan me-muncak antara dua jiran bekas Kesatuan Soviet itu.

Poroshenko memberi ama-ran, pertempuran di laut boleh menunjukkan perkembangan lebih drastik dalam menyema-rakkan ketegangan ketenteraan Ukraine-Russia.

“Saya tidak mahu sesiapa menyangka ini satu jenaka dan permainan.

“Ukraine dalam ancaman perang besar dengan Russia,” katanya dalam temubual de-ngan saluran televisyen tempa-tan.

Bilangan unit Russia yang di-tempatkan di sepanjang sem-padan dua negara bertambah secara dramatik, manakala jum-lah kereta kebal di pihak Mos-cow meningkat tiga kali gan-da, kata Poroshenko, memetik laporan perisikan, lapor AFP.

Beliau berkata demikian selepas tentera Russia meram-pas tiga kapal milik Ukraine di luar pantai Crimea pada 25 No-vember lalu dan menangkap 24

Krisis Ukraine-Russia berpotensi perang

kelasi negara itu.Kiev menuntut pembebasan

kelasi berkenaan dan mengge-sa sekutu baratnya mengena-kan sekatan selanjutnya ke atas Moscow.

Krisis itu juga mengancam perbalahan diplomatik dengan Presiden Donald Trump yang memberi amaran beliau mung-kin membatalkan pertemuan dengan Presiden Vladimir Putin.

Trump dijadualkan bertemu dengan Putin pada sidang ke-muncak G20 di Buenos Aires hujung minggu ini tetapi mem-beritahu Washington Post ia bergantung kepada keputusan laporan berhubung kejadian itu yang kini sedang disediakan penasihat keselamatannya.

Saya tidak mahu sesiapa menyangka ini satu jenaka dan permainan. Ukraine dalam ancaman perang besar dengan RussiaPETRO POROSHENKOPresiden Ukraine

Page 11: muka 3 muka 5 muka 7 muka 9 SEKTOR PENGILANGAN JANA ... · “Di Selangor pula kita ada '3S' iaitu Subang, Sepang dan Serendah sejajar dengan hasrat Kerajaan Persekutuan memperluaskan

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

Salah satu daripada ‘dhururiyat al-khamsah’ yang kita perlu bicarakan adalah berkenaan dengan ‘Hifzun Nasab’ (memelihara keturunan).

Sudah tentu, ini menjadi tanggungjawab pemerintah sebagai sebahagian daripada pentabiran agama Islam.

Pada tahun 2012, Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah mewartakan fatwa berhubung wanita yang menyusukan anak angkat. Diharuskan wanita yang tidak melahirkan anak tetapi mengambil anak angkat untuk menyusukan sendiri anak itu dengan bantuan rawatan perubatan.

Maka, dengan usaha dan ikhtiar Kerajaan Negeri melalui Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam Selangor sudah meluluskan dan bersetuju dengan cadangan Jabatan

Agama Islam Selangor bagi memperkenalkan kad ‘MyRadha’ah’ bagi mengenalpasti identiti saudara susuan untuk menghalang saudara susuan berkahwin.

Ini selari dengan firman Allah SWT di dalam surah An-Nisa’ ayat 23: “Diharamkan atas kalian (mengahwini) ibu-ibu kalian; anak-anak perempuan kalian; saudara-saudara perempuan kamu,

perempuan bapa kamu, saudara-saudara perempuan ibu kamu; anak-anak perempuan dari saudara-saudara lelaki kalian: anak-anak perempuan dari saudara-saudara perempuan kalian: ibu-ibu kalian yang menyusui kalian, saudara sepersusuan kalian…”

Oleh itu, umat Islam perlu sedar bahawa walaupun Allah SWT melarang perkahwinan sesama saudara susuan,

Kita bersyukur kerana buat julung kalinya Simposium Radha’ah 2018 ini berjaya dianjurkan. Kerajaan Negeri sentiasa komited untuk mengangkat dua teras utama di dalam pentadbiran iaitu ‘al-‘adlu wal ikhsan’ (keadilan dan kebaikan) yang dapat direalisasikan dengan panduan yang digariskan dalam Maqasid Syariah.

Umat Islam perlu sedar bahawa

walaupun Allah SWT melarang perkahwinan sesama saudara susuan, namun Allah SWT tidak melarang ibu menyusukan anak orang lain. Ini menunjukkan betapa pentingnya sistem rekod anak dan ibu susuan diperkenalkan supaya ia boleh membantu pasangan yang ingin berkahwin membuat semakan pertalian saudara susuan sebelum memohon kebenaran berkahwin, di pejabat agama Islam daerah.

namun Allah SWT tidak melarang ibu menyusukan anak orang lain. Ini menunjukkan betapa pentingnya sistem rekod anak dan ibu susuan diperkenalkan supaya ia boleh membantu pasangan yang ingin berkahwin membuat semakan pertalian saudara susuan sebelum memohon kebenaran berkahwin, di pejabat agama Islam daerah.

Seperti anak angkat yang mendapat kedudukan dalam Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952, seharusnya pendaftaran anak susuan ini perlu diberi perhatian supaya perkembangan pelaksanaannya di seluruh negara dengan mengambil punca kuasa perundangan di peringkat Persekutuan, pada masa akan datang.

Oleh kerana ia perkara baharu yang diperkenalkan, maka Kerajaan Negeri berharap usaha memperkemaskan SOP pendaftaran ‘Radha’ah’ ini diteruskan supaya lebih efektif dan efisien seterusnya dapat diperluaskan, di seluruh Selangor.

Kesedaran dan kefahaman berhubung perkara ini khususnya dalam isu dan bab ‘Radha’ah’ boleh dilakukan melalui pelbagai cara antaranya dengan mempergiatkan sesi penjelasan yang meluas, kempen kesedaran masyarakat berhubung kepentingan dokumentasi serta penyebaran maklumat etika menyusu anak dan etika menderma susu kepada anak orang lain supaya kesihatan anak dapat dijaga seterusnya mewujudkan generasi beradab juga berakhlak mulia, pada masa akan datang.

Semoga Kerajaan Selangor akan men- dapat keberkatan dan menjadi ‘Baldatun Taiyibatun wa Rabbun Ghafur’.

Ucapan Perasmian Simposium Radha’ah, pada 19 November 2018

Komited angkat teras keadilan dan kebaikan

Kad ‘MyRadha’ah’ jaga kerukunan

DARI KACA MATA MB11SelangorKini 29 November - 5 Disember 2018

Amirudin ShariDato’ Menteri Besar

Page 12: muka 3 muka 5 muka 7 muka 9 SEKTOR PENGILANGAN JANA ... · “Di Selangor pula kita ada '3S' iaitu Subang, Sepang dan Serendah sejajar dengan hasrat Kerajaan Persekutuan memperluaskan

Album Klik!13SelangorKini 29 November - 5 Disember 2018 12 SelangorKini 29 November - 5 Disember 2018

Dr Daroyah Alwi merasmikan pertandingan gasing pangkah, di Kampung Bukit Kapar

Hilman Idham menyantuni kariah Taman Samudera dalam Program Sunathon anjuran Surau Al-Izzah, di Gombak Setia

Hasnul Baharuddin bersama meraikan Majlis Anugerah Pelajar SRAI Sungai Manggis

Sany Hamzan merasmikan pertadingan futsal Piala Pertubuhan Penduduk Pangsapuri Merak (PENGERAK) di Gelanggang Serbaguna Pangsapuri Merak, Taman Bukit Idaman

Chua Wei Kiat bersama ketua kampung memberi sumbangan kepada penduduk Kampung Kuala Garing Selatan

Lee Kee Hiong merasmikan Hari Anugerah Kecemerlangan 2018, di SK Ampang Pecah

Sementa Gombak Setia

Morib

Templer

Rawang

Kuala Kubu

Baharu

3. Sihat

4. Damai

5. Gigih

6. Unik

7. Meriah

8. Santai

9. Warisan

10. Didik

11. Fokus

12. Rezeki

2. Bakat

Page 13: muka 3 muka 5 muka 7 muka 9 SEKTOR PENGILANGAN JANA ... · “Di Selangor pula kita ada '3S' iaitu Subang, Sepang dan Serendah sejajar dengan hasrat Kerajaan Persekutuan memperluaskan

14ADN

SelangorKini 29 November - 5 Disember 2018

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM - Peruntukan khas RM5,000 bakal disalurkan kepada Sekolah Jenis Ke-bangsaan Tamil (SJKT) Ladang Ebor Batu 3, di sini, bagi pelaksanaan program tamba-han menjelang musim cuti sekolah.

Ahli Dewan Negeri Batu Tiga, Rodziah Ismail berkata, sumbangan itu sekali gus membolehkan pihak sekolah membuat perancangan lebih awal mengisi masa ter-luang pelajar dengan aktiviti bermanfaat.

“Perkara yang paling merisaukan saya setiap kali musim sekolah tiba apabila ibu bapa pelajar pergi bekerja dan kemungki-nan tiada sesiapa yang boleh mengurus-kan serta memantau anak mereka.

“Dalam tempoh hampir sebulan sete-ngah cuti sekolah ini, saya mengharap-kan pihak sekolah dapat mengadakan program tambahan yang dirasakan sesuai untuk pelajar misalnya latihan komputer, kelas bahasa atau pembelajaran kebuda-yaan,” katanya kepada SelangorKini.

SHAH ALAM - Semua pihak perlu me-mainkan peranan dalam menangani isu penderaan kanak-kanak yang sering ter-jadi, pada masa kini.

Ahli Dewan Negeri Permatang, Ro-zana Zainal Abidin berkata, perkara itu tidak boleh dipandang enteng kerana ia membabitkan nyawa insan tidak ber-dosa.

“Isu penderaan kanak-kanak sema-kin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini, justeru sebagai masyarakat kita perlu memandang serius dan sentiasa ber-waspada.

“Selain itu, pemantauan dari semasa ke semasa daripada pihak berwajib juga perlu bagi memastikan pengasuh itu berdaftar atau tidak,” katanya kepada Se-langorKini.

KUALA SELANGOR - Jabatan Pengairan dan Saliran Kuala Selangor memasang ‘flap gate’ di kawasan parit Jalan Bahagia Kampung Bukit Hijau, di sini, bagi mengu-rangkan limpahan air dari sungai.

Ahli Dewan Negeri Jeram, Shaid Rosli berkata, penyelesaian jangka pendek itu juga bagi mengatasi masalah banjir yang kerap melanda kawasan terbabit setiap kali tiba musim hujan.

Katanya, ia berpunca daripada aliran air sungai dari kawasan Sungai Buloh.

“Parit di kampung ini menjadi laluan air terus ke laut dan hujan yang lebat menye-babkan limpahan berlaku di kawasan ren-dah.

“Malah, buat masa ini air laut sedang berada pada paras tinggi, jadi ia menye-babkan aliran air menjadi perlahan,” ka-tanya.

Program tambahan cuti sekolah

Laksana aktiviti bermanfaat

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Hari Anugerah Ce-merlang sekolah terbabit, di Dewan Ser-baguna Batu 3, di sini, pada 15 November lalu.

Turut hadir, Ahli Majlis Zon 5 Subang

Bersama tangani isu penderaan kanak-kanak

Beliau turut menasihatkan ibu bapa supaya tidak terlalu cepat mempercayai seseorang, terutama yang baru dikenali menerusi media sosial.

Pada masa sama, Rozana turut meng-ingatkan pengasuh supaya tidak ber-main dengan nyawa manusia kerana mereka menjaga amanah kurniaan Allah.

“Sepatutnya pengasuh menjaga se-perti anak kandung dan bukan umpama melepas batuk di tangga hanya kerana ingin mendapatkan imbuhan hasil me-ngasuh,” katanya.

Terdahulu, negara dikejutkan dengan berita kematian seorang bayi, Nur Muar-zara Ulfa Muhammad Zainal atau nama mesranya, Zara berusia 11 bulan selepas dipercayai didera suami kepada penga-suhnya.

Pasang ‘flap gate’ elak air melimpah

Mengulas lanjut, Shaid berkata, sebe-lum ini penduduk membangkitkan aduan berhubung penyelenggaran yang seha-rusnya dijalankan di parit berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, kerja pengore-kan tidak dapat dijalankan memandang-kan air sungai berada, pada paras tinggi. “Jadi, kena tunggu surut baru boleh jalan-kan kerja pengorekan parit ini,” katanya.

Jaya, Kesminder Singh; Guru Besar SJK(T) Ladang Ebor, R Sumathy; Pengerusi Lem-baga Pengelola SJK (T) Ladang Ebor, M Periasamy dan Yang Dipertua PIBG SJK (T) Ladang Ebor, R Partiba.

Majlis yang diraikan dengan penuh warna-warni itu menyaksikan seramai 112 pelajar dianugerahkan hadiah berupa sijil dan trofi hasil prestasi cemerlang dipamer-kan sepanjang tahun ini.

Pada masa sama, Rodziah turut menyua-rakan rasa bangga terhadap perkemba-ngan semasa dicapai sekolah berkenaan, terutama daripada aspek pencapaian aka-demik pelajarnya.

Perkara yang paling merisaukan saya setiap kali musim sekolah tiba apabila ibu bapa pelajar pergi bekerja dan kemungkinan tiada sesiapa yang boleh menguruskan serta memantau anak mereka.RODZIAH ISMAIL Ahli Dewan Negeri Batu Tiga

Malah katanya, sekolah itu yang ter-bukti sudah berjaya, di Selangor walaupun mempunyai bilangan pelajar tidak begitu ramai.

“Diharapkan kejayaan ini bukan untuk digapai atau dirasai segelintir pihak sa-haja, sebaliknya semua orang perlu ber- sama mengusahakan supaya meletak-kan tanda aras bagi melakar lebih ba-nyak kejayaan.

“Paling penting, keutamaan perlu diberi kepada anak kerana kita mahu melihat mereka membesar menjadi insan berguna dan dapat berbakti kepada negara, pada masa hadapan,” katanya.

Parit di kampung ini menjadi laluan air terus ke laut dan hujan yang lebat menyebabkan limpahan berlaku di kawasan rendahSHAID ROSLIAhli Dewan Negeri Jeram

Page 14: muka 3 muka 5 muka 7 muka 9 SEKTOR PENGILANGAN JANA ... · “Di Selangor pula kita ada '3S' iaitu Subang, Sepang dan Serendah sejajar dengan hasrat Kerajaan Persekutuan memperluaskan

15SelangorKini 29 November - 5 Disember 2018

Rencana MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

Sudah tentu! Superstar Gemini salah satu kapal pelayaran ber-taraf antarabangsa berpangka-

lan di Malaysia sangat sesuai buat mereka yang mengidamkan percutian unik dan menyeronokkan, lebih lagi di musim per-cutian sekolah akhir tahun ini dengan pa-kej yang berpatutan.

Kapal mewah ini adalah salah satu ka-pal pelayaran popular Star Cruises yang memulakan pelayaran dari Pelabuhan Klang, Pulau Pinang, Langkawi serta Phuket, Thailand bermula 5 November hingga 28 April 2019.

Justeru, buat warga kota yang saban hari berdepan suasana bandar yang sibuk tentunya memerlukan terapi untuk bere-hat seketika daripada tekanan bekerja.

Pada pelayaran kali ini, Star Cruises menawarkan pengalaman percutian yang unik kepada pelancong dengan ta-waran destinasi baharu, serta pelayaran bertema seperti ‘Spider-Man : Into the Spi-der-Verse’.

Star Cruise berkerjasama dengan Sony Pictures untuk menyediakan aktiviti ber-interaksi di kapal SuperStar Gemini seperti Spider-Man Scavenger Hunt, Meet & Greet, Cabaran Kecergasan dan Sambutan Hari Krismas sempena tayangan filem itu, pada Disember ini.

Superstar Geminijanji keseronokan belayar

HOTEL TERAPUNG

lIBARAT terapi, alam semula jadi sentiasa menjanjikan ketenangan yang tersendiri. Namun, percutian dalam bandar atau luar bandar mahupun ke negara luar mungkin menjadi kebiasaan. Apa kata, anda beralih ke percutian ‘hotel terapung’ yang akan belayar ke satu destinasi ke destinasi lain, pasti menyeronokkan! OLEH NORHAYATI UMOR

han Klang adalah pelu-ang terbaik yang diil-hami oleh Superstar Gemini Cruises dengan bantuan banyak orga-nisasi lain, maka saya ya-

kin akan ada banyak pa- kej pelayaran menarik

yang akan dikemukakan oleh pengendali perindustrian

dan ejen pelayaran juga pasti me-narik pelancong dari seluruh dunia untuk datang ke Selangor dan Malaysia.

“Negeri ini mencatatkan lebih 7.4 juta pelawat pada tahun 2017 dan setakat ini hingga Jun lalu, ia mencecah 3.3 juta pela-wat dengan penurunan peratusan kepada 9.92 peratus berbanding tahun sebelum-nya. Ia dijangka akan meningkat suku ta-hun seterusnya,” katanya.

Sehubungan itu, Fadhirul berkata, Tou-rism Selangor akan bekerjasama rapat dengan badan bukan kerajaan, ejen pelan-congan dan pihak pelabuhan supaya terus mempromosikan industri itu. Banyak lagi boleh dinikmati dan diterokai di atas kapal SuperStar Gemini termasuk pelbagai pili-han makanan Asia dan antarabangsa yang memenangi pelbagai anugerah, persem-bahan dan hiburan yang hebat dan ber-taraf dunia antaranya persembahan magik dan sarkas.

Pelbagai kemudahan rekreasi, sukan dan kecergasan, zon membeli-belah be-bas cukai atau hanya bersantai di spa se-lain keselesaan dalam kabin anda sendiri. Star Cruises berjanji untuk menyampaikan cuti pelayaran yang luar biasa dengan ‘asian hospitality’ iaitu tanda dagangan Star Cruises.

Pelancong yang ingin memulakan per-cutian pelayaran mereka dari Pelabuhan Klang di atas kapal Superstar Gemini boleh memilih jadual pelayaran 4 hari/3 malam ke Phuket dan Langkawi atau ke Phuket dan Pulau Pinang.

Selain itu, turut disediakan jadual pelayaran khas 5 hari/4 malam ke Phuket, Krabi dan Pulau Pinang iaitu berlepas dari 6 Februari 2019 atau jadual pelayaran 3 hari/2 malam ke Singapura, pada 10 Feb-ruari 2019.

TUNAI HASRAT KANAK-KANAK JADI KAPTEN

Lebih manis, sempena 25 tahun dalam industri pelayaran, Star Cruises berke-sempatan bekerjasama dengan Make-A-Wish Malaysia untuk menunaikan has-rat seorang kanak-kanak untuk menjadi seorang ‘kapten’ di atas kapal.

Impian seorang kanak-kanak, Adam Khalish Harfa Azhar, 6, yang mengidap leukemia sejak setahun lalu mahu menjadi kapten kapal dan pengalaman belayar ter-laksana.

Kapten SuperStar Gemini, Christian Westergren menyampaikan sebuah topi kapten kepada Adam bagi pihak Star Crui-ses, di samping mengatur satu lawatan khas di atas kapal untuk Adam dengan keluarganya. Naib Presiden Kanan Jualan Antarabangsa Genting Cruise Lines, Mi-chael Goh berkata, pihaknya memberi-kan komitmen berterusan dalam memba-ngunkan pelancongan pelayaran Malaysia, bersama negara jirannya dan seluruh Asia.

“Genting Cruise Lines akan meneruskan usaha untuk menyebarkan keseronokan belayar serta menunaikan pelbagai impian untuk masyarakat.

“Sama ada impian seorang kanak-kanak untuk menjadi kapten atau mewujudkan

lebih banyak peluang untuk lebih ramai keluarga menikmati percutian pelayaran bersama rakan-rakan dan orang kesayangan mereka,” ka-tanya.

Pada masa sama, katanya, Genting Cruise Lines terus menyokong pertumbu-han industri pelancongan kapal pelayaran di Malaysia dengan Star Cruises dan Dream Cruises, mengunjungi pelabuhan utama seluruh Malaysia sejak tahun 1994. Beliau berkata, Kerajaan Malaysia menyokong sepenuhnya segala inisiatif yang dilaku-kan untuk mempromosikan pelancongan pelayaran, di negara itu.

“Pada masa ini, terdapat 12 pelabuhan di dalam negeri yang menampung keper-luan kedatangan kapal pelayaran.

“Pada 2017, Malaysia menerima seba-nyak 924,885 penumpang kapal pelayaran dan 599 kapal pelayaran, peningkatan sebanyak 37.8 peratus dan 35.6 peratus berbanding dengan 682,063 penumpang kapal pelayaran dan 435 kapal pelayaran pada 2016.

“Oleh itu, Cruises terus komited dalam pengukuhan Malaysia sebagai hab pelayaran di rantau ini serta meraih pelu-ang pertumbuhan baru dalam segmen ‘fly-cruise’ yang amat berpotensi ini.

“Star Cruises meraih pengiktirafan ‘Travel Hall of Fame’ Travel Trade Gazette (TTG) sepanjang lebih 10 tahun. Setiap pelayaran kapal Star Cruises di seluruh Asia menawarkan perkhidmatan dan kemuda-han yang terbaik,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Pembangunan Produk & Perniagaan Tourism Selangor, Fadhirul Anuar Salleh berkata, pelayaran sulung kapal berkenaan dari Pelabuhan Klang itu akan meningkatkan kedatangan pelancong ke negeri itu menerusi industri pelancongan pelayaran.

“Ketibaan Superstar Gemini ke Pelabu-

YA

Page 15: muka 3 muka 5 muka 7 muka 9 SEKTOR PENGILANGAN JANA ... · “Di Selangor pula kita ada '3S' iaitu Subang, Sepang dan Serendah sejajar dengan hasrat Kerajaan Persekutuan memperluaskan

16Hadiah Sastera Selangor

SelangorKini 29 November - 5 Disember 2018

OLEH ABDULLAH HUSSAINI MOHD GHAZALI

Cerpen membesarkan kita dan kita dibe-sarkannya. Daripada cerita-cerita yang per-

nah kita dengar, kita mengutip banyak hal baik pengajaran, hi-buran, atau pengalaman silam. Ada yang kata cerpen lebih awal disebar luas di Amerika; ada yang kata ia berakar di Jepun. Tapi, saya yakin cerpen lebih awal lagi daripada itu menjang-kau ke peringkat pratama-dun sesuatu bangsa. Kita boleh men-gambil contoh bagaimana su-sunan kisah-kisah di dalam Su-lalatus Salatin atau Hikayat Hang Tuah.

Kedua-dua khazanah penting bangsa kita itu bukan berbentuk seumpama novel yang menyatu-kan cerita atau bersifat berang-kai tetapi lebih berbentuk kum-pulan cerita. Ia memperisakan sejarah bangsa dengan magis, jenaka serta permainan bahasa indah. Sebab itu, dalam Sulala-tus Salatin kita dapat menemui kisah ular Saktimuna, Badang yang gagah, adik-beradik can-tik Wan Empuk dan Wan Malini, Sang Sapurba, kerajaan Melaka, Tun Teja dan serangan Feringgi.

Sebelum kita terlebih dulu membaca Sulalatus Salatin dalam bentuk buku, saya per-caya sebahagian besar daripada kita diwarnakan dengan cerita-cerita ini daripada mulut emak atau nenek kita pada waktu-waktu tertentu seperti sebelum tidur, contohnya. Dan dengan cerita-cerita itulah, yang berska-la pendek, menyusup imaginasi di kepala dan membina bangu-nan tidur.

Sebahagian besar masyarakat membudayakan sesi cerita se-belum tidur atau bed time story. Perkara itu bukan sekadar ber-

tujuan memudahkan seseorang kanak-kanak untuk tidur tapi ia turut dianggap sebagai suatu hal keintiman keluarga dan pen-gisian masa yang berkualiti. Ban-yak filem atau drama terutaman-ya dari Barat yang memaparkan babak sedemikian. Tidakkah yang di-ceritakan kepada anak sebelum tidur berupa cerita pendek?

Kebiasaannya cerita-cerita yang kita dengar sewaktu kecil penuh dengan pengajaran tapi disulamkan dengan pengem-baraan, magis dan juga kesero-nokan. Cerita-cerita tersebut me- ngisi ruang imaginasi kita dan menggerakkan roda keserono-kan untuk menuju kepada sikap keyakinan diri, ke-percayaan kepada kebo-lehan serta keyakinan ke-pada kebaikan. Dengan nilai moral yang disisip se-cara tidak langsung cerpen membesarkan seorang ma- nusia dengan kemanu-siaannya tersendiri. Begi-tulah hebatnya kuasa se-sebuah cerita. Begitulah hebatnya gubahan cerpen.

Ada banyak sebab men-gapa kita suka kepada cerpen. Antaranya kerana ia pendek. Pada zaman yang sing-kat pada waktu dan terikat pada tubuh jadual kerja, tidak ramai yang mendedikasikan masanya untuk membaca buku. Namun, lain ceritanya dengan cerpen. Kerana tempoh bacaan cerpen tidak memakan masa yang lama; maka cerpen masih ditulis dan

dibaca. Dengan kemunculan in-ternet, cerpen terus berkembang dan nampaknya tidak berhenti. Laman web Cukaria sebagai con-toh, menerbitkan cerpen tiga kali seminggu. Begitu juga Se-langor Kini, Jalan Telawi, Portal Ilham, I Am Lejen dan banyak hal-aman Facebook penerbit buku yang turut menerbitkan cerpen daripada penulis mereka seb-agai strategi mengikat pembaca.

Malah dengan adanya ap-likasi Wattpad dan Novel Plus, ribuan penulis lahir dan setiap hari banyak cerita baru tersang-kut di muara internet. Cerpen boleh dibaca semasa berdiri di dalam gerabak MRT, menung-

gu ketibaan Grab atau di dalam bas ekpsres sewaktu pulang ke kampung. Kita tidak perlu terikat dengannya seperti novel yang mengerah masa lebih panjang untuknya. Kata Lorrie Moore, “cerpen adalah percintaan dan novel ialah perkahwinan.” Pe-rumpamaan itu adalah gamba-ran tepat terhadap perbezaan

cerpen dengan novel dari segi kapasitinya; idea, kepanjangan dan tempoh bacaan.

Selagi ada manusia selagi it-ulah adanya cerita, adanya cer-pen. Dan kepesatan internet, perkembangan aplikasi laman sosial, memberi kita aneka pili-han cerpen. Yang membeza-kannya adalah berkualiti atau tidak. Dan satu lagi faktor juga adalah populariti si penulisnya. Prof Emeritus Muhammad Haji Salleh dalam eseinya menulis, sekarang adalah zaman setiap orang berasakan dirinya pent-ing dan perlu menuliskannya. Jadi, diari bukan menjadi per-buatan rahsia lagi. Dengan ke-

majuan internet, semua orang diberitahu ke mana kita pergi, makan, minum, siapa pasangan kita dan selalu juga meluahkan perasaan diri.

Dengan corak sebegini, sem-padan realiti dan fiksyen men-jadi terlalu nipis. Kadangkala se-gala yang kita baca di ruangan hantaran Facebook atau ciapan

Twitter terasa seperti fiksyen. Apakah ia jatuh dalam kategori fiksyen atau sekadar cerita se-benar yang ditokok tambah? Hal ini menjadi persoalan baharu tentunya. Sementara itu di sisi lain, genre autofiksyen makin berkembang. Apakah ia tempias daripada kepesatan internet? Ti-ada jawapan yang pasti.

Tetapi, bagaimanakah rea-liti-nya cerpen dalam bentuk buku? Kalau di ruang maya genre itu mendapat sambutan menggal-akkan dan ramai pembacanya, justeru kita menyangka tentulah juga dengan jualan buku him-punannya. Namun, banyak tu-lisan melaporkan betapa antolo-gi cerpen gagal di kedai-kedai buku. Lebih banyak novel terjual dan terpamer di rak. Di Malaysia sendiri situasinya menyedihkan. Baru-baru ini, ITBM yang banyak menerbitkan kumpulan cerpen khabarnya tidak akan menerbit-kan lagi karya asli penulis tem-patan. Syarikat popular Buku Fixi juga tidak lagi meneruskan lpenerbitan antologi Cerpen Ter-baik yang dimulakan sejak 2014 kerana sambutan tidak memuas-kan. Malah penerbit ranggi, Ro-man Buku yang banyak mener-bitkan kumpulan cerpen pada 2017 juga berura-ura untuk ti-dak menerbitkan lagi kumpulan cerpen walaupun buku-buku mereka berkualiti belaka. Kita boleh katakan majoriti penerbit mengalami kemerosotan jua-lan dan orang ramai juga boleh beri seribu sebab mengapa me- reka tidak membeli buku. Namun buku yang menghimpunkan cer-pen memang tidak diminati wa-lau ketika situasi ekonomi kita kukuh sekalipun.

Saya percaya ini sikap pem-baca sendiri yang lebih suka tinggalkan keseronokan mem-baca cerpen itu di ruang lain. Dan ini bagi saya berkait rapat dengan fikiran pembaca bahawa cerpen itu sekadar sebahagian daripada ruang lain yang men-

empatkan berita, rencana atau iklan. Saya tidak fikir akan adanya penyelesaian yang benar-benar tuntas untuk melariskan sesebuah buku cerpen. Kalau hendak bercakap tentang strategi pemasaran, banyak sudah yang diperkatakan dan di-lakukan oleh ramai pihak. Mungkin jawapan paling biasa kita dengar, ia be-rakar dari budaya pendi-dikan baik di rumah atau di sekolah. Betapa budaya

membaca dan mengenal penu-lisan yang baik itu perlu sentiasa disegarkan seiring perkemban-gan zaman dan menitikberatkan nilai-nilai kemanusiaan. Tang-gungjawab ini dipikul penulis dan penyunting yang peka, ten-tunya. Jika tidak, kita, pembaca, sekadar membesar dan tidak didewasakan oleh cerpen.

SUSUN LANGIT(untuk nabila huda tahar)

Langit runtuhbagai kepingpazel semualari berteduhbersembunyikecualikita susunpadan semulaikut sukatiwow gilaterima kasihkata satusuara ambiklah

Siapa tu apaambik apa?

Langit! Langitkita punya.

Md. Fariq Khir

Sempadan realiti dan fiksyen menjadi terlalu nipis. Kadangkala segala yang kita baca di ruangan hantaran Facebook atau ciapan Twitter terasa seperti fiksyen. Apakah ia jatuh dalam kategori fiksyen atau sekadar cerita sebenar yang ditokok tambah? Hal ini menjadi persoalan baharu tentunya. Sementara itu di sisi lain, genre autofiksyen makin berkembang. Apakah ia tempias daripada kepesatan internet?

Kuasa sebuah cerita

Page 16: muka 3 muka 5 muka 7 muka 9 SEKTOR PENGILANGAN JANA ... · “Di Selangor pula kita ada '3S' iaitu Subang, Sepang dan Serendah sejajar dengan hasrat Kerajaan Persekutuan memperluaskan

17SelangorKini 29 November - 5 Disember 2018

Rencana MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH NORHAYATI UMOR

Bagi melaksanakan pe-rubahan, reformasi per-lu dilaksanakan bagi mendapatkan perubahan

yang drastik demi menggarap se-buah kejayaan.

Majlis Perbandaran Klang (MPK) berjaya membuktikan dan melakar sejarah kerana buat julung kalinya Yang Dipertuanya, Dato’ Mohamad Yasid Bidin menerima pengiktiraf-an antarabangsa iaitu ‘Anugerah The Manager Of The Year in City Management’ di Cannes, Perancis, Oktober lalu.

Selain itu, MPK juga turut mela-kar pencapaian terbaik pada ta-hun ini apabila mendapat pengik-tirafan Pembangunan Komuniti Sejahtera sempena dengan Hari Perancangan Bandar Sedunia peringkat Negeri Selangor, yang disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sul-tan Sharafuddin Idris Shah.

Beberapa kejayaan lain turut dilakar sama ada di peringkat an-tarabangsa, kebangsaan dan Sela-ngor ini ialah hasil daripada usaha semua pihak iaitu organisasi MPK sendiri dengan kerjasama semua agensi termasuk badan bukan kerajaan (NGO) dan penduduk Klang yang banyak memberi sum-bangan sehingga menerima ba-nyak anugerah dan pengiktirafan pada tahun ini.

Mohamad Yasid beranggapan, liputan baik daripada media per-dana atau media alternatif yang lain terutamanya kumpulan ‘Me-dia Selangor’ merupakan peran-taraan antara MPK dan penduduk Klang dalam menyampaikan per-kembangan, pembangunan dan gerak kerjanya.

Ke arah kehidupanharmoni dan selamat

Seiring dengan peningkatan taraf hidup masyarakat Klang, MPK mahu memberikan kehidu-pan yang lebih selesa, seimbang dan selamat disamping mewu-judkan masyarakat madani yang harmonis.

“MPK sebagai PBT yang pro-aktif mencari ruang bagi me- ningkatkan tahap pengurusan dan perkhidmatan kepada seluruh ma-syarakat di bandar Klang ini.

“Segala usaha yang bersepadu, konsisten bersama dengan agensi

serta jabatan lain yang terlibat me-lalui pemuliharaan alam sekitar, kebersihan dan keindahan bandar dapat meningkatkan tahap kualiti kemudahan awam,” katanya.

Mohamad Yasid berkata, ker-jasama di antara semua pihak yang terbabit bukan sahaja akan dapat mengatasi permasalahan malah, dapat menarik serta men-didik masyarakat supaya mencin-tai Klang Sebagai Bandar Diraja.

Rentetan itu, katanya, MPK membuat beberapa program dengan menitikberatkan pemeli-haraan alam sekitar terutama ke-pada kepentingan tapak warisan dalam perancangan haruslah di-pelihara untuk generasi seterus-nya dan warisan sejagat.

Apatah lagi bagi warisan yang mempunyai nilai biodiversiti, ekolo-gi dan terkenal dengan daya tari-kan pelancongan yang tinggi serta

mempunyai sejarah geologi ratusan juta tahun yang amat bernilai.

“Dengan mempergiatkan lagi perancangan untuk me-naiktaraf dan mengindahkan bandar Klang ini, usaha usaha bagi mengubah Klang sebagai ‘Bandar dalam Taman’, inisiatif Corporate Social Responsibility (CSR) dari pelbagai pihak sangat dihargai.

“Contohnya menaiktaraf bu-latan 100, Bulatan Berkeley yang dinaiktaraf oleh GM dan 99 Speed-mart dengan kos yang hampir mencecah lebih RM1juta secara tak langsung mengindahkan ban-dar Klang.

“Inisiatif CSR Mitraland juga menyumbang dalam pengam-bilalihan tugas merekabentuk dan membina kolam tadahan serta menyelenggara taman ta-sik rekreasi dengan kos anggaran berjumlah RM11 juta,” katanya.

Lahirkan komunitisihat dan cergas

Bagi melahirkan komuniti sihat dan cergas pula, MPK melaksanakan Program Fit Generation dengan kerjasa-

ma 99 Speedmart dan GM Klang. Program Fit Generasi atau

singkatan ‘Fit Gen’ adalah konsep gaya hidup sihat dengan menga-malkan tatacara kehidupan yang aktif dan cergas khasnya kepada kakitangan MPK, keluarga, komu-niti dan alam sekitar.

Beliau berkata, pelaksanaan program terbabit berjaya men-dapat sambutan yang sangat baik dan mendapat pujian penduduk Klang.

“Program ini diadakan di ke-

banyakkan tempat seperti di Ta-man Rakyat, Kompleks Sukan Pan-damaran, GM Klang, Dataran Intan Milennium Square, Esplanade Tanjung Harapan dan Pengkalan Batu Klang.

“Ia berunsurkan komuniti sihat, cergas dan sejahtera dijalankan pada minggu ke empat setiap bu-lan dan merangkumi pelbagai ak-tiviti seperti senamrobik, fun walk, gotong royong, penanaman po-kok, pemeriksaan kesihatan, ak-tiviti sukan dan seni,” katanya.

Antara pengisiannya, Smart MPKlang, Program Hari Bebas Tanpa Kenderaan, Aktiviti peme-liharaan sungai (membuat enzim ‘mudball’), Pameran LCCF dan Riv-er Ranger, Pameran EcoGen MPK, Kempen Bumi Hijau, Program go-tong- royong bersama penduduk, Aktiviti – aktiviti Go Green, Kem-pen Komuniti Green Strata, Pa-meran dan kaunter agensi kera-jaan dan Senamrobik.

“Saya peniaga berintegriti”

Golongan peniaga di daerah itu juga tidak ketinggalan.

Bagi membentuk budaya niaga yang berintegriti dan beretika, pe-niaga perlu mengamalkan sikap bertanggungjawab ke atas per-niagaan yang dijalankan.

Ia merangkumi aspek jujur dan

amanah selain bertanggungja-wab ke atas kebersihan petak ser-ta makanan yang disediakan.

Mohamad Yasid berkata, MPK muncul sebagai PBT pertama melaksanakan program Integriti Bersama Peniaga: Saya Peniaga Berintegriti bersama Suruhanhaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Institut Integriti Malaysia.

Katanya, program terbabit ber-tujuan menangani masalah inte-griti dikalangan peniaga kecil dan penjaja.

“Antara isu-isu yang hangat di-perkatakan adalah isu berniaga tanpa lesen, memberi sewa kepada orang lain khususnya warganegara asing dan vandalisme.

“Selain itu, evolusi konsep pen-jaja kaedah baru secara ‘Mobile vehicles’ seperti foodtruck, pasar tani bergerak yang tidak mem-punyai lesen, isu kebersihan dan membuat binaan tambahan tan-pa kebenaran,” katanya.

Peduli kakitangan

Selain dari aktiviti ber-sama komuniti dan CSR,

MPK juga mengadakan banyak program Rakan Pembimbing Perkhid-matan Awam (AKRAB) dan pementoran (SKPsi) bertujuan memupuk rasa tanggungjawab

kakitangan kepada tugas di PBT itu.

Ia bertujuan untuk mem-beri motivasi dan meningkat-

kan keyakinan diri dalam kakitan-gannya bagi melahirkan modal insan yang mampu memberikan khidmat terbaik kepada organ-isasi khususnya MPK serta seluruh masyarakat di Bandar Klang.

Selain itu, melalui Naziran Standard Kualiti Perkhidmatan Pelaksanaan Program AKRAB dan Pementoran (SKPsi) 2018 yang di-laksanakan di MPK oleh SUK pada Ogos lalu, MPK berjaya mendapat kecemerlangan 5 bintang.

Majlis penyampaian sijil penarafan dan anugerah diada-kan pada 21 November lalu itu disampaikan oleh Dato’ Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.

Sehubungan itu, Mohamad Ya-sid berkata, MPK berjaya mengo-rak langkah membawa pembabit-an masyarakat, komuniti dan semua pihak bersama bagi ber-sama-sama menjadikan Klang se-bagai bandar yang dapat melahir-kan komuniti yang sihat, cergas dan sejahtera.

Katanya, ia dapat melahirkan masyarakat Klang yang sejahtera secara menyeluruh dari aspek jas-mani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

“Masyarakat yang sihat dan ak-tif merupakan persekitaran yang baik dan menyakinkan seseorang untuk memupuk semangat hi-dup sejahtera dan seterusnya me-nyumbang kepada kecemerla-ngan produktiviti negara,” katanya.

DIHATIKUReformasi Klang Sihat,

Cergas dan Sejahtera 2020

MPK

Page 17: muka 3 muka 5 muka 7 muka 9 SEKTOR PENGILANGAN JANA ... · “Di Selangor pula kita ada '3S' iaitu Subang, Sepang dan Serendah sejajar dengan hasrat Kerajaan Persekutuan memperluaskan

18PBT

SelangorKini 29 November - 5 Disember 2018

OLEH NORHAYATI UMOR

PETALING JAYA - Majlis Banda-raya Petaling Jaya (MBPJ) me- nempa sejarah apabila merang-kul lima anugerah utama sem-pena Hari Perancangan Bandar Sedunia, di Medan Bandar Alor Setar, Kedah, baru-baru ini.

Lima anugerah berkenaan adalah Anugerah Bandar Mam-pan 2017 ‘MURNInets’, Anugerah Pelaksanaan Inisiatif Pemba-ngunan Kejiranan Hijau 2018 (Penyediaan Laluan Kaki Dan Laluan Basikal), Anugerah Pelak-sanaan Inisiatif Pembangunan Kejiranan Hijau (Pembangunan Kebun Kejiranan) dan Anugerah Pelaksanaan Inisiatif Pemba-ngunan Kejiranan Hijau (Pro-gram Pengkomposan Sisa) serta Anugerah Khas Menteri Wilayah Persekutuan.

Datuk Bandarnya, Dato’ Mohd Azizi Mohd Zain berka-ta, menerusi ‘MURNInets’, MBPJ mencatat markah paling tinggi, iaitu 98.5 peratus dan secara ti-dak langsung menjadikan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) itu pa-ling cemerlang dalam aspek ke-

mampanan, di Malaysia.“MURNInets adalah singka-

tan kepada Jaringan Penunjuk Pembangunan Mampan Bandar Luar Bandar Malaysia yang me-ngukur dan menilai kemampan-an sesuatu kawasan di dalam pentadbiran PBT melalui satu set penunjuk bandar yang ditetap-kan.

“Kriteria dinilai termasuk kadar kemiskinan bandar, pe-ngurusan risiko bencana, pe-nyediaan rumah mampu milik, aksesibiliti kepada kemudahan, kualiti alam sekitar, keselamatan dan pengangkutan,” katanya dalam kenyataan.

Selain itu, katanya, menerusi Anugerah Inisiatif Penyediaan Laluan Pejalan Kaki dan Laluan Basikal pula, MBPJ sudah menye-diakan jaringan laluan pejalan kaki dan basikal sepanjang lebih 300 kilometer serta mengambil kira keperluan reka bentuk seja-gat juga pencegahan jenayah.

“Begitu juga dengan Anu-gerah Pelaksanaan Inisiatif Pem-bangunan Kejiranan Hijau (Pem-bangunan Kebun Kejiranan), di MBPJ terdapat 11 kebun keji-

Hari Perancangan Bandar Sedunia

MBPJ rangkul lima anugerah

ranan di bawah jenama Kebun Kita diwujudkan dan diasaskan sepenuhnya komuniti Petaling Jaya,” katanya.

Manakala bagi Anugerah Pelaksanaan Inisiatif Pemba-ngunan Kejiranan Hijau (Pro-gram Pengkomposan Sisa), ia adalah sebahagian strategi PJ Mampan 2030 dengan kajian komposisi sampah mendapati

48 peratus adalah sisa organik.“Di Petaling Jaya, program

pengkomposan dijalankan ber-dasarkan konsep sisa itu satu aset dan perlaksanaan program membabitkan penyertaan indi-vidu, komuniti serta NGO selaras semangat LA 21.

“MBPJ mengambil pendeka-tan secara insentif ekonomi, iaitu pemberian rebat cukai taksiran

dan secara sukarela iaitu pembe-rian tong kompos percuma.

“Terdapat tiga lokasi pusat pengkomposan milik MBPJ di-wujudkan, iaitu di Pusat Smart PJ Waste Solution Lab di SS2 berkapasiti dua tan sehari, Pusat PJ Eco-Recycling Plaza di SS8 berkapasiti dua tan sehari dan Ibu Pejabat MBPJ berkapasiti 30 kilogram sehari,” katanya.

Mohd Azizi (tengah) bergambar kenangan bersama kakitangan MBPJ, pada Hari Perancangan Bandar Sedunia

BANTING - Semua pemilik atau pemegang lesen perniagaan di kawasan pentadbiran Majlis Dae-rah Kuala Langat (MDKL) digesa supaya memperbaharui lesen per-niagaan bagi tahun 2019, mulai 1 November hingga 31 Disember ini.

Yang Dipertuanya, Mohamad Zain A Hamid berkata, pemegang lesen perlu segera berbuat demiki-an bagi mengelakkan tindakan penguat kuasaan.

Katanya, denda sebanyak 20 peratus daripada kadar lesen akan dikenakan terhadap pemilik lesen yang membuat bayaran pada 1 Januari hingga 28 Februari 2019.

“Peniaga yang tidak memper-baharui lesen perniagaan mulai 1 Mac 2018, lesen mereka akan ter-batal dan perlu membuat permo-honan baharu kepada MDKL,” kat-anya dalam kenyataan.

Beliau turut mengingatkan pe-megang lesen supaya membawa semua dokumen berkaitan bagi memudahkan urusan semasa proses pembaharuan.

Katanya, ia termasuk notis pem-baharuan lesen, salinan lesen 2018, gambar berukuran passport, wang tunai/bank draf/kiriman wang/cek, sijil/kad suntikan anti demam, kepialu (untuk lesen restoran, ke-dai makanan, penjaja), permit polis (untuk menjual barang lu-

suh, kenderaan terpakai) dan resit pembayaran sewa premis MDKL/pengesahan daripada Jabatan Pe-nilaian MDKL.

“Selain itu, resit pembayaran sewa letak kereta (untuk lesen memberi perkhidmatan tayar dan menjual aksesori kereta), bukti pembelian perangkap minyak (untuk lesen restoran dan kedai makan), menjelaskan apa-apa kompaun (sekiranya ada sebelum membuat bayaran lesen) dan T.O.L terkini/kelulusan bangunan (jika bangunan di atas tanah kerajaan/persendirian).

“Surat pendaftaran daripada Kementerian Pelancongan perlu dikemukakan bagi pembaharuan lesen hotel dan juga sijil/penge-sahan Kebenaran Merancang (KM) bagi hotel/tadika/taska/pusat ja-gaan,” katanya.

Sementara itu, bagi tujuan memperbaharui lesen kilang, be-liau turut mengingatkan kepada pemilik atau operator kilang su-paya mengepilkan surat lantikan kontraktor bagi tujuan pelupusan sisa pepejal yang diiktiraf MDKL.

Katanya, ia bagi memastikan kilang terbabit melupuskan sisa pepejal di tempat dibenarkan sa-haja, sekali gus mengelakkan ak-tiviti pelupusan sisa kilang secara tidak sah.

Perbaharui lesen atau berdepan tindakan

BANTING - Mo-rib Fun Run 2018 kembali pada 16 Disember ini de-ngan sajian keinda-han serta hembu-san bayu laut buat peserta.

Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Langat, Mohamad Zain A Hamid berkata, pihaknya bakal sekali lagi menganjurkan acara itu di Dataran Pantai Mor-ib, Kuala Langat, bermula seawal jam 7 pagi.

“Antara kategori yang diper-tandingkan adalah Lelaki Junior (13-17 tahun), Lelaki Terbuka (18–39 tahun), Lelaki Junior Ve-

Morib Fun Run saji keindahan bayu laut

teran (40-49 tahun).“Turut dipertandingkan Lelaki

Senior Veteran (50 tahun ke atas), Wanita Junior (13-17 tahun), Wanita Terbuka (18–39 tahun) dan Wanita Veteran (40 tahun ke atas),” katanya dalam kenyataan.

Katanya, setiap pemenang dari tempat pertama hingga ke-sepuluh bakal membawa pulang

hadiah wang tunai, medal dan si-jil, manakala setiap peserta yang berjaya menghabiskan larian bakal membawa pulang pingat serta sijil.

Justeru, Mohamad Zain me-nyeru seluruh penduduk di dae-rah itu untuk bersama menyertai acara tahunan terbabit serta me-meriahkan acara yang pastinya dinantikan setiap hujung tahun.

“Bagi menyertai acara ini, se-tiap peserta dikenakan yuran penyertaan RM25 dan setiap pe-nyertaan akan menerima t-shirt Microfiber Morib Fun Run 2018.

“Tarikh tutup penyertaan adalah pada 1 Disember ini dan pendaftaran boleh dilakukan secara dalam talian di laman se-sawang www.pacerssport.com atau hubungi Jabatan Pemba-ngunan Masyarakat MDKL di talian 03-31803140 untuk perta-nyaan,” katanya.

PENGURUSAN AIR SELANGOR SDN BHD (1082296-U)

KENYATAAN TENDER

Bil. NO. TENDER KETERANGAN

1. AIS/ITD/T1/11/2018 SUPPLY, DELIVERY, INSTALLATION, TESTING, COMMISSIONING AND PROVIDE SUPPORT SERVICES FOR NETWORK AND SECURITY APPLIANCES

Untuk butiran lanjut mengenai tender di atas, sila layari laman web kami di https://www.syabas.com.my/business/current-tender#1 atau menyertai saluran Telegram kami di https://t.me/tenderairselangor untuk mendapatkan pemberitahuan tentang kemas kini tender kami

Page 18: muka 3 muka 5 muka 7 muka 9 SEKTOR PENGILANGAN JANA ... · “Di Selangor pula kita ada '3S' iaitu Subang, Sepang dan Serendah sejajar dengan hasrat Kerajaan Persekutuan memperluaskan

19SelangorKini 29 November - 5 Disember 2018

PBT MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM - Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), di negeri ini disaran berfikir di luar kotak se- perti Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK), Dato’ Mohamad Yasid Bidin apabila meng-arahkan warga asing membersihkan sendiri ka-wasan kediaman mereka.

EXCO Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han berkata, langkah itu baik bagi meningkatkan kese-dar-an warga asing berkenaan isu kebersihan.

Sambil memuji Mohamad Yasid, katanya, tinda-kan itu seharusnya dicontohi PBT lain.

"Mereka (warga asing) ini kurang menitikberat-kan aspek kebersihan walaupun ia mungkin akan menyebabkan isu kesihatan terjejas.

“Justeru, melalui cara ini, saya berharap warga asing sedar dan tidak pandang enteng apa yang me-reka lakukan dan saya mahu ia dilaksanakan

secara berterusan,” katanya kepada SelangorKini.Pada masa sama, beliau berharap pemantauan

MPK juga dapat dilakukan dari masa ke masa dan mengambil tindakan lebih tegas jika mereka ing-kar.

Terdahulu, Mohamad Yasid turun padang meli-hat sendiri keadaan sampah di sebuah pangsapuri, di Bandar Sultan Sulaiman selepas mendapat adu-an orang ramai berhubung masalah sampah, di ka-wasan berkenaan.

Ia berpunca daripada sikap warga asing yang tidak bertanggungjawab me-lempar semua jenis sampah dari atas pangsapuri, sekali gus menimbulkan rasa ‘geram’ MPK.

Justeru, beliau mengarah-kan warga asing, di situ turun untuk membersihkan kawasan terbabit serta-merta.

Isu sampah terbang

EXCO puji inisiatif YDP MPK

Naik taraf status MPSJ, MDKS dan MDKL SHAH ALAM - Kerajaan Negeri terus komited meningkatkan ke-cekapan urus tadbirnya dengan mengambil pelbagai langkah, pada 2019.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, antaranya menaik taraf Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) kepada Majlis Banda-raya Subang Jaya dan menaikkan dua majlis daerah lain kepada majlis perbandaran.

“Kerajaan Negeri menyasarkan dua Pihak Berkuasa Tempatan un-tuk dinaik taraf dari majlis daerah kepada majlis perbandaran, iaitu Majlis Daerah Kuala Selangor dan Majlis Daerah Kuala Langat, se-mentara peningkatan status dari MPSJ kepada Majlis Bandaraya Subang Jaya,” katanya.

Katanya, Dewan Negeri Sela-ngor (DNS) di bawah Peraturan-Peraturan Tetap 1965 turut me-luluskan penubuhan sembilan Jawatankuasa Pilihan Khas bagi memastikan pembangunan Smart Selangor dilaksanakan dengan telus dan berintegriti.

Selain itu, sistem Smart Ha-dir turut diperkenalkan bertu-juan merekod kehadiran dan keberadaan semua kakitangan kerajaan merangkumi semua peringkat.

"Kehadiran sentiasa dipantau untuk mengelakkan perkara ti-dak dingini berlaku.

"Speaker DNS juga bersetuju hanya satu laluan utama sahaja

Kerajaan Negeri menyasarkan dua Pihak Berkuasa Tempatan untuk dinaik taraf dari majlis daerah kepada majlis perbandaran, iaitu Majlis Daerah Kuala Selangor dan Majlis Daerah Kuala Langat, sementara peningkatan status dari MPSJ kepada Majlis Bandaraya Subang JayaAMIRUDIN SHARIDato’ Menteri Besar

dibuka sepanjang persidangan berlangsung dan penambahbai-kan kepada sistem akan dibuat dari semasa ke semasa," katanya.

Sementara itu, bagi mening-katkan kecekapan, menangani isu semasa membabitkan pekerja dan mendepani cabaran Revolusi Industri 4.0, Kerajaan Negeri akan menubuhkan Institut Pember-dayaan Pekerja dianggotai be-berapa wakil.

Antaranya Setiausaha Kera-jaan Selangor, Persekutuan Maji-kan Malaysia, Kongres Kesatuan Pekerja dalam Perkhidmatan Awam dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia menerusi perun-tukan RM1 juta.

BATU CAVES - Majlis Perbandaran Se-layang (MPS) komited menjayakan hasrat Kerajaan Negeri mempromosi budaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat terutama, di Selangor.

Yang Dipertuanya, Suliman Abd Rah-man berkata, MPS memainkan peranan aktif dalam memastikan penyediaan infra dan aktiviti berkaitan di kawasan pentadbirannya demi menyokong bu-daya itu.

“Di MPS, pelbagai infra disediakan untuk masyarakat melakukan aktiviti riadah antaranya Stadium Selayang dan Kompleks Sukan Siantan yang mempunyai kolam renang bersaiz olimpik, hampir 400 kawasan lapang selain padang serta 17 taman rekreasi juga kemudahan ‘outdoor gym’ yang disediakan.

“Malah, bagi membudayakan hidup sihat, MPS turut membina trek basikal

sepanjang 4 kilometer di sekitar Ban-dar Baru Selayang. Justeru, saya opti-mis masyarakat dapat menggunakan ia sebaik yang mungkin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika beru-cap pada Majlis Pelancaran Karnival Sihat Selangor 2018 Peringkat Majlis Perbandaran Selayang (MPS), di Taman Ekstrem Gua Damai, di sini, baru-baru ini.

Katanya, kemudahan itu adalah pel-uang yang menarik untuk orang ramai melakukan aktiviti riadah, sekali gus dapat menyihatkan badan.

Terdahulu, MPS turut mengadakan Karnival Sihat Selangor 2018 dengan pelbagai pengisian aktiviti menarik di-adakan.

Antara aktiviti menarik adalah se-nam robik, 'rock climbing', 'flying fox', sukan kasut roda, pertandingan 'push bike' dan pertandingan mewarna.

MPS giat promosi budaya sihat

Page 19: muka 3 muka 5 muka 7 muka 9 SEKTOR PENGILANGAN JANA ... · “Di Selangor pula kita ada '3S' iaitu Subang, Sepang dan Serendah sejajar dengan hasrat Kerajaan Persekutuan memperluaskan

Pensijilan diterima bakal menonjolkan lagi nama UNISEL sebagai salah sebuah universiti tempatan terkemuka, di negara ini

20Pendidikan

SelangorKini 29 November - 5 Disember 2018

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM - Universiti Selangor (UNISEL) muncul institusi pengajian tinggi pertama berjaya memperolehi dua pensijilan ISO daripada SIRIM Ber-had, pada 15 November lalu.

Naib Canselornya, Prof Dato’ Dr Mo-hammad Redzuan Othman berkata, pensijilan ISO 9001;2015 (Sistem Pe-ngurusan Kualiti) dan ISO 21001:2018 (Educational Organisation Management System (EOMS) itu menandakan pengu-rusan dan pembelajaran, di universiti terbabit mengikut piawaian disahkan SIRIM.

“Sekitar dua tahun UNISEL berusa-ha mendapatkan pensijilan ini dan ia mampu memberi impak positif, pada masa akan datang terutama dalam me-ningkatkan lagi keyakinan pelajar untuk menjadi salah seorang warga UNISEL,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada me-dia pada Majlis Penutup Ekspo Inovasi dan Kreativiti 2018 (SLICE18), di UNISEL, di sini.

Mengulas jumlah penyertaan yang ramai dalam SLICE18, beliau tidak mahu membuat pendekatan terlalu optimistik daripada segi penyertaan, pada masa akan datang.

Namun, katanya, UNISEL akan cuba meluaskan lagi SLICE sehingga ke Sabah dan Sarawak serta beberapa negeri, di pantai timur.

“SLICE18 banyak memberi platform baik kepada pelajar, badan bukan kera-jaan dan institusi untuk mempamerkan produk berinovatif serta kreatif.

“Malah, intensi utama program itu bertujuan merangsang dan menarik pelajar tempatan serta penyelidik un-tuk melaksanakan aktiviti ilmiah selain mempertingkatkan inovasi dalam ka-langan peserta,” katanya.

SHAH ALAM - Pertindihan tu-gas dalam mengendalikan Pen-didikan Teknikal dan Latihan Vo-kasional (TVET) membabitkan tujuh kementerian adalah isu utama yang perlu diberi perha-tian Kerajaan Persekutuan.

Pengerusi Gerakan TVET Na-sional, Prof Datuk Dr Raduan Che Rose berkata, kerajaan perlu me-nyelesaikan isu pertindihan yang berlaku bagi memastikan pendi-dikan itu diperkasa sepenuhnya.

Katanya, institusi di bawah TVET swasta turut menghadapi cabaran survival ekoran pertin-dihan program yang ditawarkan institusi kerajaan.

“Antara isu besar yang diha-dapi pengendali pusat latihan swasta adalah mendapatkan ke-lulusan bagi pemohon pinjaman Perbadanan Tabung Pembangu-nan Kemahiran (PTPK) untuk me-nampung pengajian.

“Kita mementingkan dua kon-

PUTRAJAYA - Kementerian Pendi-dikan (KPM) meluluskan 4,525 per-mohonan pertukaran guru bagi sesi Januari 2019, kata Ketua Penga-rah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin.

Katanya, jumlah itu adalah dari-pada 25,332 guru yang membuat permohonan pertukaran yang di-buka sekali setahun menggunakan sistem Module-GTukar, dari 18 Feb-ruari hingga 25 Mac lalu.

Beliau berkata, keputusan ter- hadap kelulusan pertukaran itu dimuktamadkan sebuah Jawatan-kuasa Pertukaran Guru, di peringkat Kementerian Pendidikan.

“Kementerian Pendidikan mem-proses kesemua permohonan de-ngan mengambil kira alasan dike-mukakan pemohon berdasarkan wajaran seperti ditetapkan dalam Module-GTukar.

“Alasan tertinggi yang diberi kelulusan ialah kes mengikut pa-sangan, iaitu 38.81 peratus, diikuti tempoh berkhidmat di sesebuah

negeri (22.76%), lain-lain alasan mu-nasabah (17.99%), kes permohonan bersama (14.65%), kes sakit kronik (4.91%) dan kes ancaman kesela-matan (0.88%),” katanya.

Beliau berkata, proses kelulusan pertukaran seseorang guru adalah berdasarkan kepada tiga kriteria utama iaitu kepentingan perkhid-matan, kekosongan perjawatan serta keperluan opsyen di sesebuah sekolah, di negeri yang dimohon.

Beliau turut berharap supaya guru yang belum berjaya dalam urusan pertukaran meneruskan perjuangan dan menumpukan per-hatian sepenuhnya terhadap tugas serta tanggungjawab masing-ma-sing bagi mendidik anak bangsa.

“Perlu diperjelaskan juga ba-hawa dalam membuat pertimba-ngan terhadap pertukaran guru dan kebajikan mereka, KPM juga perlu memberi keutamaan ter-hadap kebajikan dan kepentingan pembelajaran murid,” katanya.

PUTRAJAYA - Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) perlu diterapkan kepada pelajar seawal usia 16 tahun su-paya golongan itu bersedia me-masuki pasaran kerja.

Pengerusi Gerakan TVET Na-sional, Prof Datuk Dr Raduan Che Rose berkata, ia diusulkan selepas mengambil kira bebera-pa negara maju yang menerap-kan proses pembelajaran TVET, di sekolah mereka.

“Dalam perbincangan siri kedua ini, kita mahu ia diubah mengikut kehendak semasa kerana negara memerlukan tenaga kerja berke-

mahiran tinggi untuk berdepan Revolusi Perindustrian 4.0.

“Justeru, kita mahu kerangka asal tahap pembelajaran ini diubah ter-lebih dahulu dan diterapkan di seko-lah pada usia 16 tahun supaya pada usia 19 tahun, mereka sudah berse-dia masuk ke pasaran kerja,” katanya yang juga Presiden Majlis Profesor Negara.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Gerakan TVET Nasional, Dato’ Ahmad Tajudin Jab berkata, tenaga kerja teknikal dan vokasio-nal di luar negara memasuki institusi latihan seawal usia 15 tahun serta mula bekerja ketika berumur 18 ta-

hun.Terdahulu, kajian ke atas pelajar

yang memasuki alam persekolahan (darjah satu) pada 2006 yang kemu-diannya tamat tingkatan lima pada 2016 menunjukkan fakta mengejut-kan.

Daripada 500,178 pelajar yang mendaftar pada 2006, hanya 70.2 peratus iaitu 352,756 menamatkan pelajaran dengan Sijil Pelajaran Ma-laysia.

Ini bermakna negara kehilangan kira-kira 30 peratus pelajar dalam sistem persekolahan formal sepan-jang proses itu dan hanya enam pe-ratus pelajar masuk ke TVET.

Pengurusan dan pembelajaran ikut piawaian

UNISEL terima pengiktirafan SIRIM

KPM lulus �,��� permohonan pertukaran guru

Selesai isu pertindihan kendalian

Terap TVET dalam sistem sekolah

sep, iaitu konsidalisasi dan rasio-nalisasi. Jika tujuh kementerian bertindih, bagaimana kita mahu koordinat bidang ini,” soalnya.

Beliau berkata demikian sele-pas Sesi Pembentangan Cada-ngan Kerangka TVET Nasional, di Ibu Pejabat Majlis Profesor Nega-ra, pada 13 November lalu.

Tujuh Kementerian itu ialah Kementerian Kemajuan Luar Ban-dar dan Wilayah (kini Kementeri-an Pembangunan Luar Bandar),

Kementerian Pendidikan (kini Ke-menterian Pelajaran), Kementeri-an Pengajian Tinggi (kini Kemen- terian Pelajaran) dan Kementeri-an Sumber Manusia.

Selain itu, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pertani-an dan Industri Asas Tani, Kemen-terian Kerja Raya serta Kemente-rian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (kini Kementerian Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar).

PENGURUSAN AIR SELANGOR SDN BHD (1082296-U)

PERNYATAAN MINAT (EOI)

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd menjemput syarikat-syarikat yang berminat untuk menyertai ‘EOI’ bagi penyediaan perkhidmatan berikut:

“RENTAL OF JUMBO WATER TANKER” UNTUK PENGANGKUTAN AIR BERSIH KEPADA PENGGUNA DI SELANGOR, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA- Skop perkhidmatan adalah termasuk membekalkan tangki air dengan pelbagai kapasiti saiz tangki iaitu 5,000 liter, 5,500 liter, 18,000 liter, 25,000 liter, 33,000 liter, 35,000 liter dan 40,000 liter, yang dilengkapi dengan pam (‘head’ minima 3-meter) dan dilengkapi dengan hos (panjang minima 30 meter).

Syarikat-syarikat yang berminat perlu menghantar profail syarikat, maklumat kakitangan, senarai kenderaan dan senarai pengalaman kerja yang lepas yang relevan dengan skop perkhidmatan tersebut kepada [email protected] dan disertakan dengan maklumat nombor pegawai untuk dihubungi. Hanya syarikat-syarikat yang disenarai-pendek yang akan dihubungi. Tarikh akhir untuk penghantaran maklumat untuk ‘EOI’ ini adalah pada 13 Disember 2018, sebelum 3.00 petang.

Page 20: muka 3 muka 5 muka 7 muka 9 SEKTOR PENGILANGAN JANA ... · “Di Selangor pula kita ada '3S' iaitu Subang, Sepang dan Serendah sejajar dengan hasrat Kerajaan Persekutuan memperluaskan

21SelangorKini 29 November - 5 Disember 2018

Agama MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

SHAH ALAM - Media menjadi medium sebaran dakwah yang bergerak seiring dengan dunia teknologi maklumat tanpa sempadan, hari ini.

Justeru, Pengarah Pengurusan Korpo-rat Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Norraini Nordin berkata, Media Selangor dilihat sebagai platform terbaik memban-tu badan berkenaan menggerakkan kerja dakwah kepada penduduk, di negeri ini dengan lebih eifisien.

“Kelebihan dunia teknologi maklumat membenarkan aliran penyampaian ilmu berlaku pantas dengan menjadikan kom-puter, telefon bimbit dan internet sebagai medium yang menyalurkan informasi ke-pada pengguna.

“Namun, dengan adanya me-dia rasmi Kerajaan Negeri ini, ia membantu MAIS menyebar-kan maklumat dengan lebih te-pat tanpa mengelirukan orang awam,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunju-ngan ke pejabat Media Sela-ngor, di Seksyen 13, di sini, pada 14 November lalu.

Turut hadir kakitangan dari-pada Bahagian Hartanah, Har-ta Baitul Mal, Undang-undang dan Khidmat Pengurusan MAIS, manakala Media Selangor di-wakili Ketua Pegawai Eksekutif-nya, Eddie Khodzali.

Mengulas lanjut, Norraini ber-kata, perkembangan teknologi mencorak pemikiran masyarakat ke arah menerima sesuatu mak-lumat secara tepat, praktikal dan mudah.

Justeru, katanya kemajuan yang dimiliki kini perlu digu-nakan sebaiknya dalam konteks dakwah, lebih-lebih lagi ak-sesnya meliputi seluruh dunia.

“MAIS mahu media dijadikan sebagai platform untuk mem-berikan penjelasan terhadap se-barang kekeliruan berhubung agama suci ini kepada masyara-kat,” katanya.

Majlis Tahfiz Negara tahun depan

Norraini mendengar penerangan berhubung gerak kerja dan bahan terbitan Media Selangor

Media Selangor bantu dakwah MAIS

MAIS mahu media dijadikan sebagai platform untuk memberikan penjelasan terhadap sebarang kekeliruan berhubung agama suci ini kepada masyarakatNORRAINI NORDINPengarah Pengurusan Korporat MAIS

JABATAN KERJA RAYAKENYATAAN TENDER

Tender adalah dipelawa daripada Kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia/PUKONSA/UPKJ/Kementerian Kewangan dalam gred, kategori dan pengkhususan dan jenis pendaftaran yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja berikut:-

Bagi lawatan tapak atau sesi taklimat tender yang diwajibkan, hanya penama yang tercatat didalam sijil PPK, SPKK, PUKONSA atau UPKJ yang dibenarkan menghadiri lawatan tapak atau sesi taklimat berkenaan. Kontrak/syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada penama dalam PPK, SPKK, PUKONSA atau UPKJ.

Dokumen Meja Tender boleh disemak dan dokumen tender boleh diperolehi di pejabat-pejabat berkenaan semasa waktu pejabat.

Bayaran bagi dokumen tender hendaklah dibuat dalam bentuk draf bank/kiriman wang/wang pos di atas nama Bendaharai Negeri Selangor. Dokumen tender akan dikeluarkan kepada wakil Kontraktor yang sah sahaja. Untuk maksud ini, wakil kontraktor dikehendaki membawa perakuan/Sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) serta Sijil Taraf Bumiputra yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Usahawan (jika berkenaan) beserta satu salinan sijil-sijil tersebut. Bagi Kontraktor yang berdaftar dengan PUKONSA atau UPKJ, wakil kontraktor yang sah dikehendaki membawa perakuan/Sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor, Sijil Pendaftaran PUKONSA atau UPKJ dan Sijil Taraf Bumiputra (jika berkenaan)

Pejabat yang

Memanggil Tender

Tajuk Projek Taraf/Jenis

Syarikat*

Gred, Kategori, Pengkhususan/Kelas,Tajuk & Tajuk Kecil/

Kelas, Kepala & Sub Kepala

Tempat & Tarikh

Dokumen Mulai Dijual

Harga Dokumen & Bayaran Atas Nama

Tempat, Tarikh & Waktu

Tender Tutup

Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan,

JKR Negeri Selangor

Cadangan Membina Dan Menyiapkan Masjid Taman Bukit Belimbing Dalam Daerah Hulu Langat Selangor Darul Ehsan

JKR/SEL/(N)/017(T)/2018

Bumiputera T1

Syarikat Wajib Daftar

Dengan Unit

Perancang Ekonomi Negeri

Selangor

SPKK, PPK, STB & UPEN

Gred:G7

Kategori:B

Pengkhususan:B04

Bahagian Kontrak &

Ukur Bahan, JKR

Selangor.

29/11/2018(Khamis)

Hingga

13/12/2018(Khamis)

RM900.00

(Draf Bank/ Kiriman Wang/

Wang Pos)(Bayaran

tidak akan dikembali-

kan)

Atas Nama: Bendahari

Negeri Selangor

Bahagian Kontrak & Ukur

Bahan,Kompleks Ibu Pejabat JKR Negeri Selangor,

Tingkat Bawah Persiaran Jubli Perak, Seksyen 17 40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Pada:

20/12/2018(Khamis)

Sebelum/Pada Jam 12.00 tengahari.

(Tender yang lewat diterima

tidak akan dilayan)

Lawatan Tapak Diwajibkan pada 29/11/2018 (Khamis) jam 09.30 pagi bertempat di Pejabat JKR Hulu Langat. Sebarang pertanyaan sila hubungi di Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan, JKR Negeri Selangor.

No. Telefon: 03 5545 9800 Samb: 1243/1232

*Jenis Pendaftaran :

T1A1

A2

--

-

Syarikat 100% milik tempatanSyarikat yang 100% milik tempatan ATAU syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL yang mempunyai pegangan ekuiti asing tidak melebihi 30% dan Lembaga Pengarah, Pengurusan dan pekerja adalah 100% oleh warganegara.Syarikat yang 100% milik tempatan ATAU syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL ATAU Syarikat Usahasama yang diperbadankan di Malaysia yang mempunyai equiti asing tidak melebihi 49% dan majoriti ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan dan pekerja adalah warganegara.

WAKTU SOLAT SELANGOR

Gombak, Hulu Selangor, Rawang, Hulu Langat, Sepang, Petaling dan Shah Alam

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak Sabak Bernam dan Kuala Selangor

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak Klang dan Kuala Langat

29 Nov - 5 Dis 201821 - 28 Rabiulawal 1440H

29 Khamis 5:33 5:43 7:01 1:04 4:27 7:02 8:1530 Jumaat 5:33 5:43 7:01 1:05 4:27 7:02 8:1601 Sabtu 5:34 5:44 7:02 1:05 4:27 7:02 8:1602 Ahad 5:34 5:44 7:02 1:05 4:28 7:03 8:1703 Isnin 5:34 5:44 7:03 1:06 4:28 7:03 8:1704 Selasa 5:35 5:45 7:03 1:06 4:29 7:03 8:1805 Rabu 5:35 5:45 7:04 1:06 4:29 7:04 8:18

29 Khamis 5:35 5:45 7:03 1:06 4:29 7:03 8:1730 Jumaat 5:36 5:46 7:04 1:07 4:29 7:03 8:1701 Sabtu 5:36 5:46 7:04 1:07 4:30 7:04 8:1802 Ahad 5:36 5:46 7:04 1:08 4:30 7:04 8:1803 Isnin 5:37 5:47 7:05 1:08 4:30 7:04 8:1804 Selasa 5:37 5:47 7:05 1:08 4:31 7:05 8:1905 Rabu 5:37 5:47 7:06 1:09 4:31 7:05 8:19

29 Khamis 5:32 5:42 7:02 1:05 4:27 7:02 8:1630 Jumaat 5:33 5:43 7:02 1:05 4:28 7:03 8:1701 Sabtu 5:33 5:43 7:03 1:05 4:28 7:03 8:1702 Ahad 5:33 5:43 7:03 1:06 4:29 7:03 8:1803 Isnin 5:34 5:44 7:03 1:06 4:29 7:04 8:1804 Selasa 5:34 5:44 7:04 1:07 4:29 7:04 8:1805 Rabu 5:34 5:44 7:04 1:07 4:30 7:05 8:19

KUALA LUMPUR - Kerajaan bercadang mewujudkan Majlis Tahfiz Negara awal ta-hun depan dalam usaha menyelaras seko-lah tahfiz swasta yang juga teras kepada pendidikan tahfiz negara.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, kerajaan dapat menambahbaik institusi tahfiz ber-dasarkan lima teras utama dengan adanya majlis itu.

“Lima teras itu ialah memantapkan un-dang-undang dan penguatkuasaan, mem-perkenalkan model institusi tahfiz yang diiktiraf, memantapkan kurikulum pen-didikan tahfiz yang sesuai dengan pendi-dikan arus perdana, memperkasa tadbir urus institusi tahfiz, mewujudkan sistem pengiktirafan dan pensijilan institusi tah-fiz,” katanya dalam sesi soal jawab di De-wan Rakyat, pada 28 November lalu.

Beliau berkata demikian bagi menjaw-ab soalan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera) yang ingin tahu adakah kerajaan akan meneruskan dasar membangunkan pusat tahfiz dengan menambahbaik pusat pengajian itu.

Selain itu, Fuziah berkata, kerajaan juga

akan meminda undang-undang bagi me-luaskan kuasa majlis mengawal selia seko-lah agama Islam.

Di samping itu, katanya, kerajaan me-lalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JA-KIM) akan mewujudkan satu kaedah ba-haru untuk memasukkan definisi sekolah tahfiz kepada sebahagian daripada defini-si sekolah agama.

Bagi menjamin keselamatan di tah-fiz pula, Fuziah berkata, JAKIM dengan kerjasama Institut Keselamatan dan Ke-sihatan Pekerja melaksanakan kursus ke-selamatan serta kesihatan di sekolah tah-fiz dengan memberi penekanan terhadap aspek keselamatan.

Sehingga Jun lalu, 815 pusat tahfiz swasta didaftarkan membabitkan 47,474 pelajar dan 5,426 tenaga pengajar.

Fuziah turut menegaskan, peruntukan RM50 juta dalam Belanjawan 2019 hanya akan diberikan kepada pusat tahfiz yang berdaftar sahaja dan mengingatkan pen-gusaha pusat pengajian itu di seluruh negara untuk berbuat demikian bagi me-mastikan mereka tidak ketinggalan untuk mendapatkan bantuan.

Page 21: muka 3 muka 5 muka 7 muka 9 SEKTOR PENGILANGAN JANA ... · “Di Selangor pula kita ada '3S' iaitu Subang, Sepang dan Serendah sejajar dengan hasrat Kerajaan Persekutuan memperluaskan

22Wanita & Kebajikan

SelangorKini 29 November - 5 Disember 2018

OLEH SHEEDA FATHIL

RAWANG - Ibu bapa disaran me-meriksa latar belakang pengasuh jika mahu menghantar anak ke rumah jagaan bagi menjamin ke-selamatan kanak-kanak terbabit.

Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Se-langor (PEKAWANIS), Masdia-na Muhamad berkata, ia se-bagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan kejadian tidak di-ingini.

“Saya turut mencadangkan setiap pusat jagaan kanak-kanak dihadkan penjagaan kerana apa-bila terlalu ramai, dikhuatiri ber-

lakunya tekanan dalam kalangan pengasuh, sekali gus kes pende-raan terjadi,” katanya.

Beliau turut melahirkan keke-cewaan berhubung kes pende-raan seksual kanak-kanak 11 ta-hun, di Bangi hingga meragut nyawa, baru-baru ini.

Katanya, selain berasa sedih, beliau turut berharap pesalah terbabit dibawa ke muka penga-dilan.

“Perkara itu amat memalukan, terutama ia membabitkan orang Islam yang tidak seharusnya ber-laku.

“Bagaimanapun, saya optimis pihak berkuasa mengambil serius

kes ini dan masyarakat terutama yang beragama Islam perlu sedar serta kembali kepada ajaran Is-lam,” katanya yang juga isteri ke-pada Dato’ Menteri Besar, Amiru-din Shari.

Terdahulu, negara dikejutkan dengan berita kematian seorang bayi, Nur Muarzara Ulfa Muham-mad Zainal atau nama mesranya, Zara berusia 11 bulan selepas di-percayai mengalami penderaan fizikal dan seksual.

Difahamkan, suami penga- suh berusia 36 tahun itu menjaga sepenuhnya Zara sejak dihantar di bawah jagaan isteri lelaki berke-naan, pada 21 September lalu.

KUALA LUMPUR - Jabatan Keba-jikan Masyarakat (JKM) Selangor akan membuat pemeriksaan me-ngejut ke rumah pengasuh di sekitar negeri itu, dalam tempoh terdekat.

Pengarahnya, Hanafi Maulud berkata, ia bagi membantu pe- ngasuh yang masih belum me-nerima kursus intensif penjagaan kanak-kanak dan bayi untuk segera berbuat sedemikian.

“Oleh sebab itu, JKM meminta orang ramai menyalurkan mak-lumat jika terdapat pengasuh di kawasan penempatan masing-masing bagi membolehkan JKM berhubung dengan mereka.

“Ini kerana pihak kami mahu golongan ini mendapat penge-tahuan cara mengasuh kanak-kanak dan bayi yang betul, sekali gus mengelakkan perkara tidak diingini berlaku,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata demikian pada Kursus Intensif Perkembangan Kanak-kanak anjuran Rantai Mes-ra Sdn Bhd (RMSB), di Hotel KIP, di

sini, pada 16 November lalu.Turut hadir, Pengurus Besar

Yayasan Warisan Anak Selangor, Gan Pei Nei dan Ketua Unit RMSB, Arba’ain Abdul Rahman.

Kursus tiga hari itu turut di- sertai hampir 30 pengasuh kanak-kanak dan bayi serata Selangor.

Sementara itu, Arba’in berka-ta, selain membantu suri rumah menjana pendapatan, program berkenaan juga mampu menye-diakan lebih banyak pusat asu- han, di rumah.

Katanya, langkah itu sekali gus memberi kemudahan kepeada ibu bapa yang bekerja meninggalkan anak masing-masing di pusat asu-han terlatih, teratur dan selamat.

“Sejak 2013, Kerajaan Sela-ngor membelanjakan kira-kira RM720,000 kerana komited me-latih pengasuh yang menjaga kanak-kanak dan bayi, di rumah.

“Kerajaan Selangor juga mahu pengasuh ini menjadi individu lebih berketerampilan walaupun menjaga kanak-kanak dan bayi dari rumah sahaja,” katanya.

RAWANG - Ibu bapa memainkan peranan penting terutama dalam mengawal anak yang ketagih ter-hadap penggunaan gajet, kata Yang Dipertua Pertubuhan Keba-jikan dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS), Masdiana Muha-mad.

Beliau berkata, hal itu penting bagi mengelakkan ibu bapa dari-pada meletakkan tanggungja- wab mendidik anak hanya di bahu guru semata-mata.

Katanya, PEKAWANIS turut mempunyai perancangan, pada masa akan datang untuk melak-sanakan beberapa program khu-sus kepada ibu bapa, terutama berkaitan mendidik serta men-jaga anak.

“Kebanyakan anak zaman kini lebih suka meniru apa yang dibuat ibu bapa, justeru kita per-lu menjadi contoh terbaik untuk mereka teladani.

SHAH ALAM - Usaha berte-rusan Wanita KEADILAN untuk merapatkan jurang kesaksa-maan gender, di negara ini akan terus dilaksanakan.

Timbalan Ketua Wanitanya, Haniza Talha berkata, hal itu termasuk memberikan cada-ngan baru kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri demi memartabatkan lagi wanita Malaysia.

Katanya, walaupun belum mencapai kuota 30 peratus untuk wanita diletakkan se- bagai perwakilan dan pem-buat keputusan, namun be-liau berbangga kerana meli-hat perubahan lebih baik.

“Wanita KEADILAN menjadi pencetus kepada pelbagai ini-siatif baru dalam usaha pem-berdayaan dan penggerak kepada agenda memartabat-kan wanita,” katanya sempe-na Kongres Nasional Tahunan

Wanita ke-13, bertemakan Wa- nita Muafakat Terus Mara, di IDCC, di sini.

Pada masa sama, Haniza berkata, Wanita KEADILAN juga adalah satu-satunya sa-yap yang mempunyai klinik guaman bergerak khusus bagi membantu wanita yang se-dang menghadapi masalah rumah tangga.

Lebih manis, katanya, man-tan Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin turut di-lantik sebagai duta Pertubu-han Women Political Leaders (WPL) yang juga kongregasi kepimpinan wanita dunia.

“Penyertaan kita dalam are-na politik antarabangsa bukan sahaja dapat meningkatkan kesepaduan antara wanita di seluruh dunia tetapi juga mengharumkan nama nega-ra secara tidak langsung,” ka- tanya.

“Sebagai ibu bapa, adalah menjadi tugas dan tanggungja-wab kita supaya setiap yang dise-mai dalam jiwa anak terus dibaja, disiram dan dijaga supaya ia te-rus subur sehingga mereka cu-kup matang,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut menyokong setiap guru praseko-

lah mempunyai Diploma Pendi-dikan Awal Kanak-Kanak, teru-tama apabila berhadapan dunia penuh cabaran kini.

“Kanak-kanak kini sudah he-bat dan cepat belajar, justeru penting untuk guru mempunyai kursus bertauliah bagi mengelak pelajar tercicir,” katanya.

Kawal anak ketagih gajet

Masdiana dan si cilik bergambar pada Majlis Konvokesyen Tabika Perpaduan daerah Gombak, di Ivory One Hall Country Homes, pada 14 November lalu

Elak kejadian tidak diingini

Periksa latar belakang pengasuh

Rapat jurang kesaksamaan gender

Pemeriksaan mengejut JKM ke rumah

Page 22: muka 3 muka 5 muka 7 muka 9 SEKTOR PENGILANGAN JANA ... · “Di Selangor pula kita ada '3S' iaitu Subang, Sepang dan Serendah sejajar dengan hasrat Kerajaan Persekutuan memperluaskan

23SelangorKini 29 November - 5 Disember 2018

Sukan MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH SHEEDA FATHIL

BATU CAVES - Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari menggalakkan rakyat supaya menga-malkan gaya hidup sihat sebelum menggu-nakan Kad Peduli Sihat.

Beliau berkata, hal itu kerana pepatah Me-layu ada menyebut bahawa menghindari le-bih baik daripada mengubati iaitu mengelak lebih baik daripada mencari ubat.

“Namun, saya faham sedikit sebanyak ia sukar dilaksanakan kerana sikap dan cara hidup indivi-du itu sendiri yang tidak mengawal pemakanan harian sekali gus akan menyebabkan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) mudah tersebar.

“Dengan pemakanan yang tidak terkawal maka ia akan mendatangkan masalah kepada penyakit NCD seperti darah tinggi, kencing manis, jantung dan pelbagai lagi yang men-jadi punca utama kematian di negara ini.

“Oleh itu, saya nasihatkan sebelum kita menggunakan Kad Peduli Sihat, kita dapat mengamalkan gaya hidup sihat supaya tiada lagi penyakit NCD dijangkiti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Karnival Sihat Sela-ngor 2018 Peringkat Majlis Perbandaran Se-layang di Taman Ekstrem Gau Damai, pada 24 November lalu.

Amirudin berkata, Kerajaan Negeri komi-ted membantu rakyat menangani masalah kesihatan, justeru pada Pembentangan Belan-jawan 2019 turut disebut peruntukan RM10 juta untuk Peduli Sihat.

“Saya optimis di saat kita sedang berhada-

Sebelum guna Kad Peduli Sihat

Amal gaya hidup sihat

pan dengan kemajuan, kejayaan dan kemak-muran ekonomi ini, ia bukan hanya perlu dinik-mati tetapi harus bersedia amalkan gaya hidup sihat, stabil dan berkualiti,” katanya.

Terdahulu, Amirudin menerusi Pembentangan Belanjawan 2019 beliau turut mengumumkan Kerajaan Negeri akan memperuntukkan RM10 juta bagi Skim Peduli Sihat pada tahun depan.

BATU CAVES - Kerajaan Negeri komited dalam memerangi penyalah-gunaan dadah apabila memperun-tukkan RM1 juta pada Belanjawan Se-langor 2019

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, ia dilaksanakan bagi memastikan Selangor menjadi ne-geri contoh yang agresif menangani masalah itu.

“Ia bagi memastikan rakyat di negeri ini dapat menghindarkan diri daripada terjebak dalam kancah pe-nyalahgunaan dadah yang ternyata memberi kesan buruk kepada komu-niti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Kar-nival Sihat Selangor 2018 Peringkat Majlis Perbandaran Selayang, di Ta-

man Ekstrem Gua Damai, pada 24 No-vember lalu.

Amirudin berkata, masyarakat kini sering berhadapan masalah tekanan perasaan dan murung sehingga men-jadi punca mereka terlibat dalam ak-tiviti penyalahgunaan dadah.

“Oleh itu, pada Pembentangan Belanjawan Selangor 2019, saya tu-rut menekankan mahu memberi penekanan kepada program kesiha-tan mental dengan memperluaskan peranan Pusat Kaunseling Selangor sedia ada menerusi pengaktifan sesi kaunseling atas talian.

“Segala luahan rasa boleh dis-alurkan melalui panggilan telefon untuk mengurangkan tekanan dan mendapatkan nasihat lanjut terhadap kerumitan dialami,” katanya.

Komited bantu MAKSAKSHAH ALAM - Kerajaan Negeri komited membantu Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan (MAKSAK) de-ngan menyediakan fasiliti yang diperlukan, selain peruntukan geran RM300,000.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari ber-kata, hal itu kerana Kerajaan Negeri mahu penjawat awam tidak hanya tertumpu ke-pada aktiviti formal dan harian, di pejabat sahaja.

“Saya percaya salah satu aktiviti MAKSAK akan dapat menjalin hubungan dengan ko-muniti luar terutama seperti kelompok ke-budayaan.

“Ia adalah medium penyampaian atau ejen terbaik masa hadapan,” katanya di Maj-lis Perasmian Penutup Festival Kesenian MAKSAK Malaysia 2018, di Dewan Banquet, Dewan Jubli Perak, pada 25 November lalu.

Hadir sama, Timbalan Setiausaha Kera-jaan Negeri (Pengurusan) merangkap Tim-balan Yang Dipertua MAKSAK Selangor, Za-mani Ahmad Mansor dan Setiausaha Agong MAKSAK Malaysia, Radin Hedly Shah Radin Mohamad Hambali.

Pada program itu, Amirudin yang juga Penaung MAKSAK Selangor berkata, MAK-SAK Selangor aktif menyertai semua acara yang dipertandingkan, tahun lalu.

Katanya, Anugerah Johan Keseluruhan dan Kebajikan Malaysia tahun lalu turut di-rangkul MAKSAK Selangor.

“Festival kesenian ini dapat menyatukan dan membudayakan budaya seni dalam ka-langan penjawat awam, di Malaysia.

“Saya sentiasa menyokong bagi memas-tikan sejarah kesenian yang bertapak sekian lama tidak akan terkubur,” katanya.

Selangor agresif perangi dadah

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari beramah mesra dengan pengunjung cilik Karnival Sihat Selangor 2018 di Taman Ekstrem Gau Damai baru-baru ini

Page 23: muka 3 muka 5 muka 7 muka 9 SEKTOR PENGILANGAN JANA ... · “Di Selangor pula kita ada '3S' iaitu Subang, Sepang dan Serendah sejajar dengan hasrat Kerajaan Persekutuan memperluaskan

Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul EhsanDicetak oleh NAJ Press Resources (M) Sdn. Bhd., Lot 19, Jalan Lada Hitam 16/12, 40200 Seksyen 16, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-5519 6373 Faks : 03-5512 7985

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM - Program Larian Menjunjung Kasih 2018 sempena Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah ke-73 bakal berlangsung pada 8 Di-sember ini dengan sasaran 10,000 peserta.

Majlis Sukan Negeri (MSN) Se-langor sekali dipertanggungja-wabkan untuk menganjurkan la- rian yang akan bermula seawal jam 6.30 pagi dan dijadualkan ber-akhir, pada jam 11 pagi, di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Zamani Ahmad Mansor berkata, DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Teng-ku Permaisuri Norashikin, akan mencemar duli melakukan ‘flag-off’ larian yang dijadualkan ber-mula selewat-lewatnya, pada jam 7.30 pagi.

“Penganjuran program ini ber-tujuan memupuk masyarakat un-tuk mengamalkan cara hidup sihat serta semangat perpaduan dalam kalangan peserta yang mengambil bahagian.

“Selain itu, penganjuran pro-gram sebegini turut memberi pe-luang kepada penduduk tempatan terutama remaja dan belia di Se-langor untuk menceburi sukan ini seterusnya secara tidak langsung menghidupkan rasa kasih serta

Sasar 10,000 peserta

Larian Menjunjung Kasih kembali

Penganjuran program sebegini turut memberi peluang kepada penduduk tempatan terutama remaja dan belia di Selangor untuk menceburi sukan ini seterusnya secara tidak langsung menghidupkan rasa kasih serta peduli kepada Institusi Kesultanan Selangor

ZAMANI AHMAD MANSORTimbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan)

peduli kepada Institusi Kesultanan Selangor,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Pemangku Pengarah Eksekutif MSN Selangor, Mohamad Nizam Marjugi, di Kom-pleks Kebudayaan dan Belia Sela-ngor.

Katanya, edisi kali ini turut memperkenalkan jarak baharu sejauh 15 kilometer (km) dan se-takat ini, lebih 4,000 peserta sudah mengesahkan penyertaan semen-tara tarikh akhir pendaftaran pada 7 Disember ini.

Peserta boleh mula mendapat-kan baju larian di Kompleks Kebu-dayaan dan Belia Selangor, pada 6 dan 7 Disember bermula jam 8 pagi hingga 6 petang, manakala kaunter pendaftaran pada hari larian akan mula dibuka, pada jam 5 pagi.

Hampir 100 hadiah menarik boleh dimenangi peserta larian menerusi undian cabutan bertuah antaranya motosikal, skuter elek-trik, basikal, televisyen, telefon bimbit dan barangan elektrik.

Kategori dipertandingkan adalah 15km Lelaki / Wanita Ter-buka Malaysia (18 tahun ke atas), 10km Lelaki/Wanita (18 tahun ke atas), 10km Pelajar Terbuka Lelaki/Wanita (13-27 tahun), 5km Pelajar Terbuka Lelaki/Wanita (13-27 ta-hun) serta 5km Keluarga Fun Run.

Pendaftaran acara larian dilaku-kan secaara dalam talian di laman sesawang www.racexasia.com.