23
TAWARAN AMBIL ALIH AKHIRI PENSTRUKTURAN SEMULA muka 3 MediaSelangor selangortv.my Media_Selangor www.selangorkini.my MediaSelangor selangortv.my Media_Selangor www.selangorkini.my PERCUMA 9 - 15 Ogos 2018, 27 Zulkaedah - 3 Zulhijjah 1439 TAWARAN PENJIMATAN SEHINGGA RM100,000 muka 5 SELANGOR SASAR KUTIPAN RM250 JUTA muka 7 TARIF AIR KEKAL OLEH ZAREEF MUZAMMIL SHAH ALAM - Dato’ Menteri Be- sar, Amirudin Shari, memberi jam- inan tarif air kekal buat masa ini walaupun selepas penstrukturan semula industri air Selangor. Beliau berkata, program air percuma juga masih dapat dite- ruskan berdasarkan kepada kemampuan Kerajaan Negeri walaupun berdepan kos yang se- makin meningkat. “Bagaimanapun, ia memerlu- kan penelitian merangkumi pel- bagai aspek untuk sebarang keputusan akan datang. “Contohnya, kos air percuma RM180 juta setahun, ia mening- kat berbanding dulu kerana kita hanya berbelanja RM70 juta le- bih pada awal pelaksanaannya. “Buat masa ini juga, kita masih mampu walaupun beberapa pro- gram ditambah seperti program Peduli Sihat dan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS),” katanya pada si- dang media Majlis Serahan Per- dana Agihan Lembu Korban Pe- ringkat Negeri Selangor Tahun 2018, di Dewan Raja Muda Musa Kompleks Belia & Kebudayaan, pada 5 Ogos lalu. Terdahulu, beliau berkata de- mikian sebagai reaksi balas ter- hadap kenyataan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mendakwa rakyat Selangor terpaksa mem- bayar lebih 10 kali ganda seperti yang ditawarkan Kerajaan Ne- geri, pada 2013. Pada 4 Ogos lalu, Abdul Kha- lid menerusi cicipan di Facebook mendakwa tidak terkejut dengan keputusan dicapai berhubung isu penstrukturan air di Selangor susulan permeteraian persefaha- man tawaran harga berjumlah RM2.55 bilion antara Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH) dan Air Sela- ngor Sdn Bhd. Sehubungan itu, Amirudin ber- kata, isu kos penstrukturan semu- la air itu sudah beberapa ka- li diperjelaskan mantan Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Az- min Ali. “Beliau (Abdul Khalid) mena- warkan harga lebih tinggi sebe- lum pulangan saat akhir dengan menawarkan RM250 juta. Program air percuma juga masih dapat diteruskan berdasarkan kepada kemampuan Kerajaan Negeri, walaupun berdepan kos yang semakin meningkat. Buat masa ini juga, kita masih mampu walau- pun beberapa program ditambah seperti program Peduli Sihat dan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) AMIRUDIN SHARI Dato’ Menteri Besar “Jadi, kita mahu membeli dan mengambil alih berdasar- kan konsep ‘willing buyer willing seller’ iaitu jika kita menawarkan dengan harga rendah dan tidak membeli, maka ia pasti akan ter- tangguh serta penangguhan bertahun-tahun ini berpunca da- ripada tawaran yang kurang mu- nasabah,” katanya. Sebelum itu, tawaran pengam- bilalihan dijalankan pada 3 Ogos lalu, sekali gus mengakhiri pen- strukturan semula industri beka- lan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang berlarutan sekian lama.

muka 3 muka 5 muka 7 TARIF AIR KEKAL - selangorkini.my · KUNJUNGAN DUTA PERANCIS muka 5 TAWARAN AMBIL ALIH AKHIRI PENSTRUKTURAN SEMULA muka 3 ... kata, isu kos penstrukturan semu-la

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: muka 3 muka 5 muka 7 TARIF AIR KEKAL - selangorkini.my · KUNJUNGAN DUTA PERANCIS muka 5 TAWARAN AMBIL ALIH AKHIRI PENSTRUKTURAN SEMULA muka 3 ... kata, isu kos penstrukturan semu-la

KUNJUNGAN DUTA PERANCIS

muka 5

TAWARAN AMBIL ALIH AKHIRI PENSTRUKTURAN SEMULA

muka 3

MediaSelangorselangortv.my

Media_Selangorwww.selangorkini.my

PERCUMA 2 - 8 Ogos 2018, 20 - 26 Zulkaedah 1439

MediaSelangorselangortv.my

Media_Selangorwww.selangorkini.my

PERCUMA 9 - 15 Ogos 2018, 27 Zulkaedah - 3 Zulhijjah 1439

TAWARAN PENJIMATAN SEHINGGA RM100,000

muka 5

SELANGOR SASAR KUTIPAN RM250 JUTA

muka 7

TARIF AIR KEKALOLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM - Dato’ Menteri Be-sar, Amirudin Shari, memberi jam-inan tarif air kekal buat masa ini walaupun selepas penstrukturan semula industri air Selangor.

Beliau berkata, program air percuma juga masih dapat dite-ruskan berdasarkan kepada kemampuan Kerajaan Negeri walaupun berdepan kos yang se-makin meningkat.

“Bagaimanapun, ia memerlu-kan penelitian merangkumi pel- bagai aspek untuk sebarang keputusan akan datang.

“Contohnya, kos air percuma RM180 juta setahun, ia mening-kat berbanding dulu kerana kita hanya berbelanja RM70 juta le-bih pada awal pelaksanaannya.

“Buat masa ini juga, kita masih mampu walaupun beberapa pro-gram ditambah seperti program Peduli Sihat dan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS),” katanya pada si-dang media Majlis Serahan Per-dana Agihan Lembu Korban Pe-ringkat Negeri Selangor Tahun 2018, di Dewan Raja Muda Musa Kompleks Belia & Kebudayaan, pada 5 Ogos lalu.

Terdahulu, beliau berkata de- mikian sebagai reaksi balas ter-hadap kenyataan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mendakwa

rakyat Selangor terpaksa mem-bayar lebih 10 kali ganda seperti yang ditawarkan Kerajaan Ne-geri, pada 2013.

Pada 4 Ogos lalu, Abdul Kha-lid menerusi cicipan di Facebook mendakwa tidak terkejut dengan keputusan dicapai berhubung

isu penstrukturan air di Selangor susulan permeteraian persefaha-man tawaran harga berjumlah RM2.55 bilion antara Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH) dan Air Sela-ngor Sdn Bhd.

Sehubungan itu, Amirudin ber- kata, isu kos penstrukturan semu-

la air itu sudah beberapa ka- li diperjelaskan mantan Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Az- min Ali.

“Beliau (Abdul Khalid) mena- warkan harga lebih tinggi sebe-lum pulangan saat akhir dengan menawarkan RM250 juta.

Program air percuma juga masih dapat diteruskan berdasarkan kepada kemampuan Kerajaan Negeri, walaupun berdepan kos yang semakin meningkat. Buat masa ini juga, kita masih mampu walau-pun beberapa program ditambah seperti program Peduli Sihat dan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS)

AMIRUDIN SHARIDato’ Menteri Besar

“Jadi, kita mahu membeli dan mengambil alih berdasar-kan konsep ‘willing buyer willing seller’ iaitu jika kita menawarkan dengan harga rendah dan tidak membeli, maka ia pasti akan ter-tangguh serta penangguhan bertahun-tahun ini berpunca da- ripada tawaran yang kurang mu-nasabah,” katanya.

Sebelum itu, tawaran pengam-bilalihan dijalankan pada 3 Ogos lalu, sekali gus mengakhiri pen-strukturan semula industri beka-lan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang berlarutan sekian lama.

Page 2: muka 3 muka 5 muka 7 TARIF AIR KEKAL - selangorkini.my · KUNJUNGAN DUTA PERANCIS muka 5 TAWARAN AMBIL ALIH AKHIRI PENSTRUKTURAN SEMULA muka 3 ... kata, isu kos penstrukturan semu-la

2Utama

SelangorKini 9 - 15 Ogos 2018

GEORGETOWN - Perdana Men-teri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan, sambutan Hari Ke-bangsaan tahun ini lebih ber-makna kerana rakyat bukan sahaja meraikan pembebasan da- ripada penjajah, malahan pem-bebasan daripada kerajaan klep-tokrasi.

Beliau berkata, sambutan ke-merdekaan pada kali ini adalah untuk meraikan kemenangan rak- yat yang berkorban dan berani menyelamatkan negara daripada sebuah kerajaan kleptokrasi.

“Sesungguhnya, rakyat mem-bebaskan diri mereka dengan berani keluar berduyun-duyun

SHAH ALAM - Pakatan Harapan (PAKATAN) tidak kisah apabila Um-no dikhabarkan memberi laluan kepada PAS pada Pilihan Raya Ke-cil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia.

Dato’ Menteri Besar, Amiru-din Shari berkata, pihaknya tidak akan sesekali mengambil mudah mana-mana PRK di Selangor ter-masuk DUN Seri Setia.

Katanya, PAKATAN akan meng-gunakan segenap sudut strategi bagi membolehkan parti itu terus meyandang kerusi sama.

“Tidak kisahlah lawan Umno, lawan PAS atau parti lain. Kita se-sekali tidak akan ambil mudah dan memberi laluan senang buat me- reka,” katanya dalam sidang media selepas pengumuman keputusan PRK Sungai Kandis.

KLANG - Pakatan Harapan (PAK-ATAN) secara rasminya akan menggunakan logo rasmi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bala-kong dan Seri Setia.

Naib Presiden KEADILAN, Dr Xavier Jeyakumar berkata, perka-ra itu juga sudah dipersetujui Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

“PRK Sungai Kandis menyak-sikan kali terakhir logo mata KE-ADILAN digunakan dalam pili-han raya.

“Selepas ini, pimpinan PAKA-TAN bersetuju menggunakan logo PAKATAN dalam PRK Bala-kong dan Seri Setia,” katanya.

Beliau berkata demikian ke-tika ceramah ‘Grand Finale’ PRK DUN Sungai Kandis, di Padang Rakan Muda Andalas, pada 3

Sambutan tahun ini lebih bermakna

Hari Kebangsaan rai kemenangan rakyat

mengundi, menolak kera- jaan kleptokrasi. Walaupun ter-dapat banyak halangan dan ugu- tan tetapi rakyat tidak gentar.

“Akhirnya, kejayaan luar dari-pada dugaan. Tak banyak ne- gara dapat tukar pemerintahan tanpa rusuhan dan kematian pe- juang kerana pengorbanan rakyat begitu besar (maka) pemerintahan dahulu terpaksa akur dan menye-rah kuasa.

“Inilah yang kita rayakan hari ini, kemenangan rakyat,” kata Dr Ma-hathir ketika berucap melancarkan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2018, di Padang Kota Lama, pada 4 Ogos lalu.

PAKATAN guna logo sendiri di PRK Balakong dan Seri Setia

Ogos lalu.Kerusi DUN Balakong kosong

apabila penyandangnya, Ng Tien Chee, meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya, pada 20 Julai 2018.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 8 September ini se-bagai hari mengundi, manakala

penamaan calon akan diadakan pada 18 Ogos bagi dua DUN berkenaan.

Sementara kerusi DUN Seri Setia kosong apabila penyan-dangnya, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin meninggal dunia lewat petang 2 Ogos lalu akibat kanser kolon.

Tak kisah Umno beri laluan pada PAS

Sambutan kemerdekaan pada kali ini adalah untuk meraikan kemena-ngan rakyat yang berkorban dan berani menyelamat-kan negara daripa-da sebuah kerajaan kleptokrasi

TUN DR MAHATHIR MOHAMAD Perdana Menteri

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan Umno akan memberi laluan kepada PAS me-letakkan calon di kerusi Dun Seri Setia pada PRK kawasan itu nanti.

Timbalan Presiden Umno, Da-tuk Seri Mohamad Hasan berka-ta, keputusan itu dibuat sebagai membalas budi PAS, di PRK DUN Sungai Kandis.

Tidak kisahlah lawan Umno, lawan PAS atau parti lain. Kita sesekali tidak akan ambil mudah dan memberi laluan senang buat mereka

AMIRUDIN SHARIDato’ Menteri Besar

KUALA LUMPUR - Menteri Ke-wangan, Lim Guan Eng mende-dahkan, sejumlah RM18 bilion wang daripada Tabung Bayaran Balik GST diseleweng ekoran baki sedia ada hanya sekitar sekitar RM1.49 bilion.

Katanya, kedudukan tung-gakan bayaran balik GST sehing-ga 31 Mei lalu adalah sebanyak RM19.39 bilion, bahkan Kerajaan terdahulu yang dipimpin Barisan Naisonal (BN) sudah gagal mem-bayar tuntutan cukai input, dalam masa dua minggu.

“Rekod Jabatan Kastam Di-Raja Malaysia yang disahkan menunjukkan bahawa jum-lah tunggakan pembayaran bagi tuntutan cukai input GST lebih daripada dua ming- gu adalah sebanyak RM19.4 bili-on, setakat 31 Mei lalu.

“Daripada jumlah tunggakan RM19.4 bilion ini, sebanyak RM9.2 bilion (47% daripada jum-lah) adalah dari 2018, RM6.8 bili- on (35%) dari 2017, RM2.8 bilion (15%) dari 2016 dan RM0.6 bilion (3%), dari tahun 2015.

“Tunggakan besar bayaran balik sampai melebihi dua tahun ini berlaku bukan sahaja kerana garis panduan tidak dipatuhi sepenuhnya tetapi dianggap se-bagai satu peluang oleh kerajaan terdahulu untuk menyeleweng-kan wang ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Bacaan Kali Kedua Untuk Pembentangan Rang Undang-Undang Cukai Barang dan Per- khidmatan (Pemansuhan) 2018, di Dewan Rakyat, pada 8 Ogos lalu.

Katanya, tunggakan bayaran balik adalah disebabkan kelema-han aliran tunai Kerajaan Perse-

kutuan akibat kekurangan disiplin fiskal, pembaziran berleluasa dan pertambahan hutang yang besar.

“Sebenarnya, apa yang di-lakukan oleh pentadbiran lama adalah pemalsuan akaun dan pe-nyelewengan tunggakan bayaran balik cukai untuk kegunaan lain atau untuk menutup defisit su-paya mereka dapat menunjukkan keadaan lebihan.

“Saya amat terperanjat apabila diberitahu bahawa tunggakan ini berlaku akibat kegagalan kerajaan terdahulu memasukkan kutipan GST ke dalam akaun amanah yang dikhaskan untuk melunaskan tun-tutan cukai GST.

“Sebaliknya, Kerajaan BN su-dah merompak akaun amanah terbabit dengan memasukkan wang tunai kutipan cukai GST terus kepada kumpulan wang disatukan sebagai hasil untuk dibelanja dengan sewenang-wenangnya.

“Wang ini kemudiannya tidak dikeluarkan daripada kumpulan wang disatukan dan tidak dima-sukkan ke dalam akaun amanah seperti yang diharapkan. Bak kata pepatah Melayu, harapkan pegar, pegar makan padi,” katanya.

Guan Eng berkata, Kementeri-an Kewangan berpendirian baha-wa tunggakan bayaran balik cu-kai GST wajib dilangsaikan dalam masa terdekat kerana ia bukan wang kerajaan tetapi milik rakyat dan syarikat.

“Kita (Kementarian Kewa-ngan) akan mengambil langkah mengkaji pelbagai cara untuk memperoleh dana mencukupi bagi membuat pembayaran balik penuh kepada pembayar cukai, pada tahun depan,” katanya.

RM�� bilion wang balik cukai input GST lesap

Page 3: muka 3 muka 5 muka 7 TARIF AIR KEKAL - selangorkini.my · KUNJUNGAN DUTA PERANCIS muka 5 TAWARAN AMBIL ALIH AKHIRI PENSTRUKTURAN SEMULA muka 3 ... kata, isu kos penstrukturan semu-la

Utama3SelangorKini 9 - 15 Ogos 2018

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

SHAH ALAM - Dato’ Menteri Be-sar, Amirudin Shari, menafikan sebuah poster yang kini menjadi tular di laman sosial Twitter dike-luarkan pihaknya.

Katanya, ia adalah kenyataan fitnah yang tidak berasas serta berniat jahat.

“Saya tidak pernah mengeluar-kan kenyataan sedemikian. Saya sentiasa mendengar luahan dan pandangan rakyat demi kema-juan Selangor,” tulisnya menerusi laman twitter peribadinya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas poster yang tertera dengan kata-kata, “Kami Kera-jaan Selangor belum perlukan teguran rakyat kerana Kerajaan

SHAH ALAM - Pemer-badanan Menteri Besar (MBI) komited melak-sanakan rumah mampu milik untuk penduduk Se-langor, seperti disarankan Dato’ Menteri Besar, Amiru-din Shari.

Ketua Pegawai Operasi-nya, Soffan Affendi Ami-nudin berkata, pembinaan rumah mampu milik adalah rancangan masa panjang dan su-dah dibentangkan, sejak 2015.

“Langkah ini akan dilak-sanakan secara besar-besaran dan kini sudah memasuki fasa kedua. Pada fasa pertama, kita selesaikan daripada sudut ke-wangan.

“Perkara ini juga sudah diper-

SHAH ALAM - Kerajaan Nege- ri berharap semua Pengerusi Ja- watankuasa Kemajuan dan Ke-selamatan Kampung (JKKK) yang dilantik dapat memberi komit-men dan kerjasama menjayakan misi ditetapkan.

EXCO Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pem-bangunan Kampung Baru, Ng Sze Han berkata, ia bersesuaian dengan peranan dan tanggung-jawab mereka sebagai peng-hubung antara Kerajaan Negeri serta rakyat.

“Pengerusi JKKK turut bertin-dak sebagai wakil kepada Kera-jaan Negeri dalam menyampai-kan maklumat dan perancangan yang akan dilaksanakan.

“Saya berharap, semua dapat memberikan komitmen

Saya sedia ditegur rakyat – MB

sepenuhnya dalam menjayakan perancangan digariskan Kera-jaan Negeri dan pejabat daerah,” katanya pada Majlis Penyera-han Watikah Pelantikan kepada Pengerusi JKKK, pada 3 Ogos lalu.

Seramai 77 Pengerusi JKKK menerima watikah pelantikan dengan 41 dari Kampung Baru, 19 Kampung Bagan dan 17 Kam-pung Tersusun, termasuk lapan daripadanya pengerusi wanita.

Beliau berkata, Pengerusi JKKK dilantik didedahkan dengan pro- sedur pentadbiran negeri me-laui kursus dan bengkel secara berskala termasuk kursus asas kepimpinan.

Katanya, ia bagi menjadikan mereka lebih berdaya saing dan mampu memberi perkhidmatan kepada rakyat.

Pengerusi JKKK diharap komited jaya misi Kerajaan Negeri

MBI komited sedia rumah mampu milik

halusi dengan EXCO Perumahan dan Kehidupan Bandar, Haniza Talha serta Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).

“Kita mahu garapkan formu-la dan rangka kerja kuat serta konkrit untuk menjayakannya dengan hasilnya kita jangka akan lihat, dalam suku tahun hadapan,”

katanya kepada Selangor-Kini.

Beliau berkata demiki-an ketika mengulas sara-nan Kementerian Pe-rumahan dan Kerajaan Tempatan yang mengge-sa Kerajaan Negeri me-nyediakan tapak mem-bolehkan lebih banyak rumah mampu milik dapat disediakan Kera-

jaan Persekutuan.Terdahulu, Amirudin melalui

Twitter berkata, Kerajaan Negeri melalui LPHS dan MBI akan beker-jasama menyediakan kediaman mampu milik buat rakyat Selangor.

“Saya yakin kerjasama strategik ini akan memberi manfaat buat rakyat Selangor,” tulisnya.

Sze Han (tengah) bergambar kenangan bersama 77 Pengerusi JKKK menerima watikah pelantikan

Negeri kini diurus oleh ‘team’ terbaik.”

Dalam poster sama, wajah

Amirudin turut digunakan pihak tidak bertanggungjawab ter-babit.

OLEH HAFIZAN TAIB

SUBANG JAYA - Tawaran pe-ngambilalihan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Sela-ngor) ke atas Syarikat Penge-luar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) bakal mengakhiri pen-strukturan semula industri beka-lan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, sejak sekian lama.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, ia memudahkan segala proses perancangan sejak Perjanjian Utama ditandatangani Kerajaan Negeri dan Perseku-tuan bersama Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) juga Air Selangor ,pada September 2014.

“Persetujuan dicapai antara Air Selangor dan SPLASH akan mem-bolehkan langkah akhir diambil untuk memuktamadkan pen-strukturan semula industri per- khidmatan bekalan air, di Sela-ngor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Menjelang akhir tahun ini, se-mua konsesi air di Selangor dapat ditamatkan dan seterusnya pada tahun depan, Air Selangor muncul sebagai syarikat tunggal memproses, merawat serta meng-agihkan air terawat kepada selu-ruh pengguna, di tiga kawasan

berkenaan,” katanya selepas Majlis Penyampaian Surat Tawaran Pe-ngambilan SPLASH oleh Air Sela-ngor, pada 3 Ogos lalu.

Dalam majlis itu, Amirudin menyaksikan penyerahan su-rat tawaran disampaikan Ketua

Pegawai Eksekutif Air Selangor, Suhaimi Kamaralzaman kepada Pengerusi SPLASH Holdings, Tan Sri Wan Azmi Wan Hamzah.

SPLASH Holdings adalah pe-megang 100 peratus saham, da-lam SPLASH.

Amirudin berkata, nilai pe-ngambilalihan SPLASH ditawar-kan adalah RM2.55 bilion iaitu bersamaan dengan diskaun 28 peratus berdasarkan nilai buku bersih SPLASH pada 30 Jun iaitu RM3.54 billion.

Katanya, Air Selangor akan membuat bayaran pendahuluan RM1.9 bilion dan baki pertimba-ngan RM650 juta melalui bayaran ansuran tahunan, untuk tempoh sembilan tahun.

“Pengambilalihan ini tidak membabitkan sebarang perun-tukan kewangan daripada dana Kerajaan Negeri dan distruktur-kan dengan pembayaran secara jangka panjang.

“Ini membolehkan Air Sela-ngor beroperasi dengan tahap perbelanjaan kos operasi muna-sabah, sekali gus memastikan ka-

dar tarif air tidak membebankan rakyat.

“Setakat ini, tiada sebarang keputusan dibuat berkaitan ke-naikan tarif air,” katanya.

Amirudin berkata, tawaran pengambilalihan itu dicapai selepas rundingan selama ham-pir setahun yang berlangsung an-tara kedua pihak dengan adil dan munasabah berasaskan kepada prinsip ‘willing buyer, willing seller’ juga menerima pengesahan peni-lai bebas dilantik Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

Pengambilalihan itu juga, ka-tanya, akan menyelesaikan hu-tang tertunggak ditanggung anak syarikat Air Selangor iaitu Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd ke-pada SPLASH untuk pembelian air terawat mencecah RM4.7 bilion, setakat 30 Jun lalu.

Tawaran ambil alih akhiri penstrukturan semula

Isu air Selangor

Page 4: muka 3 muka 5 muka 7 TARIF AIR KEKAL - selangorkini.my · KUNJUNGAN DUTA PERANCIS muka 5 TAWARAN AMBIL ALIH AKHIRI PENSTRUKTURAN SEMULA muka 3 ... kata, isu kos penstrukturan semu-la

4Utama

SelangorKini 9 - 15 Ogos 2018

SHAH ALAM - Calon Pakatan Harapan (PAKATAN), Mohd Za-wawi Ahmad Mughni, bertekad mahu meneruskan kesinambun-gan tradisi Peduli Rakyat selepas memenangi kerusi Dewan Undan-gan Negeri (DUN) Sungai Kandis.

Katanya, antara tugas pertama yang akan diselesaikan ialah meny-empurnakan kerja naik taraf infra-struktur yang tidak sempat ditun-aikan penyandang kerusi DUN itu, Mat Shuhaimi Shafiei, sebelum ini.

“Sepanjang tempoh berkem-pen sejak 14 hari lalu, saya mener-ima banyak aduan berkaitan prasarana, perparitan, lampu jalan dan pelbagai kes berkaitan infra-struktur.

“Selepas melihat semuanya, kita akan panjangkan ia kepada pihak bertanggungjawab dan

Keputusan positif buat KEADILAN

Sokongan terus kekalOLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM - KEADILAN ber-puas hati dengan kemenangan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.49 Sungai Kandis walaupun mem-peroleh majoriti 5,842 undi.

Dato’ Menteri Besar, Amiru-din Shari berkata, perkara paling penting adalah sokongan rak-yat masih kekal kepada Kerajaan Pakatan Harapan (PAKATAN) di Selangor serta keputusan positif buat KEADILAN.

“Secara asas kita berpuas hati dengan prestasi semasa sebab ini PRK dan majoriti undi akan diten-tukan dengan peratusan keluar mengundi.

“Kadar (peratusan) keluar me-

ngundi rendah berbanding PRU-14 kerana tempoh masa terlalu hampir.

“Paling penting tiada semangat daripada pengundi untuk men- jatuhkan kerajaan berbanding sebelum ini (PRU-14),” katanya.

Tekad teruskan tradisi peduli rakyat

Beliau berkata demikian ke-tika ditemui media selepas pe-ngumuman rasmi keputusan PRK di Pusat Penjumlahan Rasmi PRK DUN N.49 Sungai Kandis, Dewan Besar Tanjung, Seksyen 19, di sini, pada 4 Ogos lalu.

l

SIDANG PENGARANGPENASIHAT: Lembaga Editorial CCSBPENGARANG : Nurul Farina Nazlan

PENOLONG PENGARANG Mohd Ezli Mashut, Naeem Raffi, Afeeqa AfeeraWARTAWAN:

Hafizan Taib : [email protected], Nazli Ibrahim : [email protected], Afix Redzuan : [email protected],

Norhayati Umor : [email protected], Ermizi Muhamad : [email protected]

Sheeda Fathil : [email protected] Zamlus : [email protected]

Zareef Muzammil : [email protected]

JABATAN PEMASARAN & PENGIKLANAN:Nadhrah Azlan : [email protected] l 03-5523 4856 (ext 109)

Shafiq Hamsi : [email protected] | 03-5523 4856 (ext 109)

JURUGAMBAR: Asri Sapfie, Raheemie Arifin, Hafiz Othman & Fikri YusofGRAFIK & REKA LETAK: Unit Grafik CCSB

Aras 2, Carlton Holiday Hotel & Suites, No 1, Persiaran, Akuatik 13/43,Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor

Tel : 03-5523 4856 Faks : 03-5523 5856 Emel: [email protected]

akan diselesaikan secara berper-ingkat,” katanya.

Zawawi yang memenangi ma-

joriti undi sebanyak 5,842 itu turut melahirkan rasa syukurnya kepa-da pengundi yang terus memberi sokongan kepada PAKATAN.

“Terima kasih kepada keluar-ga saya yang tidak pernah putus mendoakan, juga jentera yang bertungkus lumus siang dan malam.

“Tidak ketinggalan, pihak me-dia yang setia menanti dan me-nyampaikan suara saya kepada pengundi. Saya akan galas tang-gungjawab ini dengan sebaiknya,” katanya.

Antara tugas pertama yang akan diselesaikan ialah menyempurnakan kerja naik taraf infrastruktur yang tidak sempat ditunaikan

Page 5: muka 3 muka 5 muka 7 TARIF AIR KEKAL - selangorkini.my · KUNJUNGAN DUTA PERANCIS muka 5 TAWARAN AMBIL ALIH AKHIRI PENSTRUKTURAN SEMULA muka 3 ... kata, isu kos penstrukturan semu-la

Utama5SelangorKini 9 - 15 Ogos 2018

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

SEPANG - EXCO Alam Sekitar, Tek- nologi Hijau, Hal Ehwal Peng-guna dan Hal Ehwal Bukan Islam, Hee Loy Sian, optimis komuniti korporat terutama sektor perkila-ngan mengamalkan penggu-naan teknologi bersih.

Loy Sian berkata, beliau ber-harap penggunaan teknologi bersih dapat diamalkan sektor perkilangan menerusi pelbagai aspek kecekapan tenaga, pengu-rusan sumber air terpakai, simbio- sis sisa industri dan sistem penu-aian air hujan.

“Hal ini, sekali gus dapat me-ngurangkan pencemaran terha-dap alam sekitar termasuk pema-nasan global.

Optimis sektor kilang tumpu teknologi bersih

Loy Sian merasmikan Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2018 Peringkat Negeri Selango di Hartalega NGC Sdn Bhd, baru-baru ini

“Usaha sedemikian menjadi-kan produk dihasilkan lebih ‘mar-ketable’ di pasaran luar negara dan tidak memberi kesan negatif kepada alam sekitar,” katanya.

Bagaimanapun, Loy Sian ber-kata, kejayaan memulihara alam sekitar itu tetap memerlukan ker-jasama bersepadu daripada se-tiap lapisan masyarakat.

“Saya berharap tumpuan berterusan diberi kepada usa- ha meningkatkan lagi kese- daran dan komitmen orang ra= mai bagi mencapai hasrat men-jadikan Selangor sebuah ne- geri berteraskan pambangu-nan lestari atau ‘sustainable de- velopment,”katanya.

ADVERTORIAL

erbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menawarkan penjimatan

sehingga RM100,000 sempena Koleksi Hartanah PKNS Siri 2/2018 yang berlangsung di Atria Lagenda, Kompleks PKNS, sehingga 12 Ogos ini.

Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Datin Paduka Dr Norai-da Mohd Yusof berkata, pelan-caran koleksi bermula 3 Ogos itu bagi mempromosikan har-tanah PKNS dan anak syarikat di seluruh Selangor meliputi pro-jek sedia ada terdiri daripada kediaman serta komersial selain projek baharu yang bakal dilan-carkan.

“Ekoran permintaan meng-galakkan daripada siri koleksi sebelum ini, maka PKNS me-ngambil inisiatif melanjutkan Skim Insentif Ownership PKNS, sehingga 31 Disember ini.

“Antara projek menarik per-

hatian adalah Projek Puteri Elai-sha serta Puteri Daffina 2 dan 3 di Kota Puteri yang menawarkan potongan harga sehingga 20 pe-ratus.

“Selain itu, potongan harga sama turut diberikan untuk Projek Azhara di Antara Gapi yang dijual pada harga RM668,000 dan Hijauan Enklaf pada harga RM3.08 juta,” katanya ketika majlis pelancaran Koleksi Harta-nah PKNS Siri 2/2018, pada 4 Ogos lalu.

Tawaran Rumah Mampu Milik

Sempena siri koleksi kali ini, PKNS turut melancarkan Program Pendaftaran Rumah Mampu Mi-lik secara besar-besaran khusus-nya bagi projek, di Selangor Cy-ber Valley dan Kota Puteri.

“Sebanyak 1,680 unit rumah

mampu milik dibina dengan har-ga RM200,000.

“Selain itu, PKNS juga mempu-nyai projek rumah mampu milik di Kota Puteri, Antara Gapi, Rasa dan Klang yang berbaki 206 unit

sahaja dengan tawaran harga serendah RM42,000.

“Sempena ulangtahun PKNS ke-54, sebanyak 54 pembeli ter-awal yang membeli produk har-tanah PKNS dalam tempoh 1 hingga 31 Ogos ini akan mene-rima rebat tunai RM5,400.

“Tawaran itu tidak tertakluk kepada rumah mampu milik, kos rendah dan rumah Taman Sela-yang Mutiara,” katanya.

Selain itu, insentif turut di-berikan kepada sesiapa sahaja yang berjaya menarik pelang-gan untuk membeli produk PKNS menerusi Skim Insentif MyPKNS.

Berkonsepkan ‘introducee fee’, skim itu membolehkan orang ramai menerima insentif sehingga RM30,000 mengikut terma dan syarat yang ditetap-kan.

PRK DUN Balakong dan Seri Setia serentak PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 8 Sep-tember ini sebagai hari pengun-dian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia.

Ia sekali gus menandakan pili-han raya itu berjalan serentak de-ngan PRK DUN Balakong.

Timbalan Pengerusi SPR, Tan Sri Othman Mahmood berkata, ia diadakan serentak selepas pi-haknya melihat kesediaan logis-tik, anggota polis dan SPR, sekali gus bakal memudahkan urusan semua pihak.

Katanya, mesyuarat khas bagi membincangkan tarikh penting PRK DUN Seri Setia juga mene-tapkan 18 Ogos ini sebagai hari penamaan calon.

“Seramai 53,492 pemilih berdaf-tar layak mengundi mengikut daf-tar pemilih sehingga suku pertama 2018 yang sudah dikemaskini, se-hingga 2 Ogos lalu.

“Beberapa penambahbaikan akan dilakukan dalam PRK kali ini termasuk waktu mengundi iaitu bermula jam 8 pagi hingga 5.30 petang selain penambahan sa-lu-ran kepada pengundi berumur 60 tahun ke atas,” katanya dalam si-dang media PRK DUN Seri Setia, di sini, pada 8 Ogos lalu.

Othman berkata, pihaknya su-

dah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Negeri Selangor, Ng Suee Lim, berhubung dengan kekosongan kerusi DUN berkenaan, pada 3 Ogos lalu.

Katanya, pemakluman terbabit ekoran kematian penyandang kerusi DUN berkenaan iaitu Al-lahyarham Prof Dr Shaharuddin Badaruddin ketika menerima rawatan, di Hospital Putrajaya, pada 2 Ogos lalu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, Shaharuddin menang besar de-ngan mendapat 29,250 undi.

Beliau mengalahkan calon Bari-san Nsiaonal, Yusoff M Haniff yang memperoleh 9,878 undi, calon PAS dengan 4,563 undi dan calon bebas S Vigneswaran dengan 217 undi.

Beberapa penambahbaikan akan dilakukan dalam PRK kali ini termasuk waktu mengundi iaitu bermula jam 8 pagi hingga 5.30 petang selain penambahan saluran kepada pengundi berumur 60 tahun ke atasOTHMAN MAHMOODTimbalan Pengerusi SPR

Page 6: muka 3 muka 5 muka 7 TARIF AIR KEKAL - selangorkini.my · KUNJUNGAN DUTA PERANCIS muka 5 TAWARAN AMBIL ALIH AKHIRI PENSTRUKTURAN SEMULA muka 3 ... kata, isu kos penstrukturan semu-la

6Utama

SelangorKini 9 - 15 Ogos 2018

Al-Fatihah buat Allahyarham Prof Dr Shaharuddin

Kehilangan besar buat rakyat dan Kerajaan NegeriSHAH ALAM - Pemergian Ahli Dewan Negeri (ADN) Seri Setia, Prof Dr Shaha-ruddin Badaruddin disifatkan sebagai satu kehilangan besar buat rakyat dan Kerajaan Selangor.

Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, pemergian ahli akademik ter-muka dan banyak berjasa kepada bi-dang pendidikan di usia 55 tahun itu amat terkesan di hatinya dan mendoa-kan Allahyarham ditempatkan dalam kalangan golongan soleh, dicucuri rah-mat Allah SWT serta dikurniakan hus-nul khatimah.

"Allahyarham menabur bakti selama 30 tahun sebagai pendidik di Universi-ti Teknologi MARA dan Mantan Timba-lan Naib Canselor Universiti Selangor.

"Jasa dan pengorbanan beliau se-bagai ahli akademik dalam mendidik anak bangsa serta merencana polisi pendidikan tidak ternilai.

"Sebagai Naib Presiden Parti KEADI-

LAN, Allahyarham banyak berkongsi pendapat hasil pengalaman luas se-bagai aktivis semasa di dalam perge-rakan ABIM," katanya dalam kenyata-an.

Amirudin berkata, beliau secara peribadi diuji hebat dengan be-rita pemergian sahabat rapat dan rakan seperjuangan dalam politik itu selepas genap sebulan pemergian Allahyar-ham Shuhaimi Shafiei, pada 2 Julai lalu.

"Kini, saya menerima ujian kehila-ngan seorang lagi sahabat seperjua-ngan.

"Dengan khidmat bakti dan pe-ngorbanan yang disumbangkan Allah-yarham ketika hayat beliau, pemergian ini adalah satu kehilangan besar buat rakyat dan Kerajaan Selangor.

"Semoga Allah SWT memberi ganja-ran yang baik atas segala jasa dan budi Allahyarham," katanya.

Jenazah Allahyarham Dr Shaharuddin disemadikan di KajangKAJANG - Jenazah EXCO Hal Ehwal Agama Islam, Pendidi-kan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Al-lahyarham Prof Dr Shaharuddin Badaruddin selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kam-pung Limau Manis, Dengkil, seki-tar jam 9.50 pagi.

Lebih 1,000 jemaah sebelum itu bersama-sama menyempur-nakan solat jenazah yang dilang-sungkan dua kali di Masjid Jami-urrahmah dan diiringi polis trafik ke tanah perkuburan.

Sebelum itu, perkarangan Masjid Jamiurrahmah sesak se-jak jam 8.15 pagi dengan kehadi-ran sanak saudara dan sahabat handai bagi memberikan peng-hormatan terakhir kepada Allah-yarham termasuk Timbalan Per-dana Menteri yang juga Presiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Allahyarham Dr Shaharuddin

meninggalkan isteri dan enam anak dalam lingkungan usia 30 hingga 18 tahun serta seorang cucu.

Shaharuddin, 55, iaitu Ahli Dewan Negeri Seri Setia dan EXCO Hal Ehwal Agama Islam, Pendidikan, Pembangunan

Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi disahkan mening-gal dunia, pada jam 6.28 pe-tang, di Hospital Putrajaya, pada 2 Ogos lalu.

Pada Pilihan Raya ke-14 lalu, beliau menang di kerusi DUN Seri Setia dengan 29,250 undi.

Teruskan legasi pendidikan antara pesanan akhirKAJANG - Perjuangan ilmu digagaskan Allahyarham Prof Dr Shaharuddin Badaruddin, diharap dapat diteruskan bagi membudayakan ilmu dalam kalangan rakyat Malaysia.

Anak sulung Allahyarham, Mohammad Syazwannuddin Shaharuddin, 30, berkata ba-

panya turut berpesan supaya memastikan legasi pemikiran-nya diteruskan dalam pendi-dikan selain menjaga ibu me-reka, Adibah Ahmad, 56.

“Kami berterima kasih ke-pada seluruh rakyat Malaysia yang mendoakan kesejahte-raan ayah saya sepanjang be-

liau berkhidmat selaku EXCO Kerajaan Selangor.

“Kami berharap pemergian beliau menjadi iktibar kepada semua dan usahanya diingati seluruh rakyat Malaysia,” ka-tanya ketika ditemui media sejurus selesai pengebumian di Tanah Perkuburan Islam,

Kampung Limau Manis, pada 3 Ogos lalu.

Beliau yang bekerja se-bagai Pegawai Penyelidik ber-kata, Allahyarham sebelum itu berada di Hospital Putrajaya selama tiga hari dan kesiha-tannya merosot, sejak sebulan lalu.

Tiga pemergian pemimpin, ujian PAKATANKAJANG - Pemergian Ahli De-wan Negeri (ADN) Seri Setia, Allahyarham Prof Dr Shaha-ruddin Badaruddin disifatkan sebagai satu kehilangan dan ujian besar khususnya buat KEADILAN dan Pakatan Hara-pan (PAKATAN).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, ujian besar itu termasuk bakal menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) tam-bahan PAKATAN terdahulu ke-hilangan tokoh, di DUN Sungai Kandis dan Balakong.

“Pemergian dan satu ke-hilangan besar buat kita. Kita doakan semoga Allahyarham dicucuri rahmat.

“Persiapan satu lagi PRK, ini kali ketiga berturut-turut pemergian yang kita hadapi dan terpaksa teruskan (per-juangan),” katanya yang dite-mui media sejurus selesai solat jenazah, di Masjid Jami-urrahmah.

Lebih memilukan, kehila-ngan Allahyarham Shaharud-din genap sebulan selepas pemergian penyandang kerusi DUN Sungai Kandis, Allahyar-ham Mat Shuhaimi Shafiei.

“Pemergian beliau sangat memberikan kesan kerana saya pernah bertugas di peja-batnya dan kenal lama sejak bersama ABIM daripada pe-ringkat bawah.

“Beliau seorang ilmuan dan aktivis yang sangat komited dengan tugas dakwah dan ilmu serta mempunyai wawasan yang jelas.

“Kami hanya tahu beliau sakit, sejak setahun lalu,” katanya.

Shaharuddin, 55, adalah Ahli Dewan Negeri Seri Setia dan EXCO Hal Ehwal Agama Islam, Pendidikan, Pemba-ngunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi disah-kan meninggal dunia, pada jam 6.28 petang, di Hospital Putrajaya, pada 2 Ogos lalu.

Page 7: muka 3 muka 5 muka 7 TARIF AIR KEKAL - selangorkini.my · KUNJUNGAN DUTA PERANCIS muka 5 TAWARAN AMBIL ALIH AKHIRI PENSTRUKTURAN SEMULA muka 3 ... kata, isu kos penstrukturan semu-la

Ekonomi7SelangorKini 9 - 15 Ogos 2018

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

SIBS 2018

Selangor sasar kutipan RM��� juta

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri menya-sarkan RM250 juta nilai transaksi sempe-na Sidang Kemuncak Perniagaan Antara-bangsa Selangor 2018 (SIBS 2018), yang dijangka berlangsung September ini.

EXCO Pelaburan, Perindustrian, dan Perdagangan Industri Kecil dan Sederha-na (IKS), Dato’ Teng Chang Khim berkata, kutipan itu mampu dicapai menerusi pe-nyertaan negara ASEAN bagi mempromo-si sektor halal produk makanan.

Katanya, ia sekali gus mampu memacu ekonomi negara sebagai hab perdaga-ngan antarabangsa.

“SIBS 2018 menjadi landasan utama kepada pelabur yang berminat melabur,

di negara ASEAN.“Melalui persidangan kali ini, pela-

bur dan pedagang akan mempamerkan produk mereka kepada dunia luar yang turut disertai Eropah serta Afrika,” kata-nya.

SIBS 2018 dijadualkan berlangsung pada 6 hingga 16 September ini, di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur.

Ia bakal merangkumi Persidangan Per-niagaan ASEAN Selangor 2018, pada 6 dan 7 September, Ekspo Antarabangsa Sela- ngor (6 hingga 9 September) dan Konven-syen Ekonomi Digital & Bandar Pintar Se-langor (13 hingga 15 September).

Chang Khim berkata, ia juga menjadi saluran strategik pemasaran, kerjasama

dan perkongsian serta menyediakan pendedahan juga maklumat berkenaan perkembangan teknologi terkini, di du-nia.

“Kerajaan Negeri berhasrat menerajui peluang perniagaan dan bidang kerjasa-ma yang berpotensi bukan sahaja untuk Selangor atau Malaysia sebagai negara, tetapi komuniti ASEAN.

“Kelebihan Selangor terletak pada lo-kasi geografi yang strategik, logistik dan infrastruktur teknologi baik serta kestabi-lan ekonomi.

“Walaupun mengiktiraf kelebihan se-tiap negara ASEAN, kami berbangga dapat menjadikan Selangor sebagai pintu masuk perdagangan dan pertumbuhan serantau,” katanya.

Eksport negara�.� peratuspada JunKUALA LUMPUR - Pertumbuhan eksport Malaysia dijangka meningkat kepada 8.7 peratus pada Jun lalu ber-ban-ding 3.4 peratus pada Mei walau-pun dijangka lembab dengan sambu-tan Hari Raya.

RAM Ratings berkata, permintaan kukuh daripada pasaran eksport utama seperti dilihat daripada peningkatan berterusan dalam aktiviti industri, dijang- ka menyokong pertumbuhan eksport, pada Jun lalu.

“Sejajar dengan peningkatan eksport diunjurkan yang biasanya dengan input diimport, pertumbuhan import diunjur-kan meningkat kepada 8.1 peratus, pada Jun lalu,” menurut Ketua Penyelidikan Kristina Fong, dalam kenyataan.

Beliau berkata, aktiviti menambah stok agak berdaya tahan pada masa ini berdasarkan pertumbuhan global berterusan tetapi terdapat sedikit do-rongan meningkatkannya dengan ketara pada bulan akan datang dengan ketidaktentuan berhubung pertikaian perdagangan, pada masa ini.

“Secara keseluruhan, lebihan daga-ngan dijangka mencecah RM11.1 bilion, pada bulan itu. Liberalisasi import China (menurunkan tarif import ke atas 1,449 produk pengguna) mulai 1 Julai dan se-terusnya dijangka menawarkan lebih banyak peluang kepada pengeksport global barangan pengguna," katanya.

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM - Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari, memuji Perbada-nan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang sudah banyak menca-pai kejayaan selama 54 tahun usia penubuhannya.

Amirudin berkata, antara keja-yaan itu adalah PKNS berjaya me-nyiapkan unit perumahan mampu milik luar daripada sasaran Kera-jaan Negeri iaitu 20,000 unit rumah mampu milik dibina, menjelang ta-hun 2019.

"Namun, belum sampai tahun 2019, jumlah unit yang disiapkan sudah melebihi jumlah sasaran. Kerajaan Negeri amat berbangga dengan pencapaian ini.

"Tahniah dan terima kasih PKNS kerana menjadi antara penyum-bang terbesar kepada jumlah unit rumah yang saya nyatakan," ka-tanya ketika berucap pada Majlis Ulangtahun PKNS yang ke 54 ta-hun, di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), di sini, pada 1 Ogos lalu.

Amirudin berkata, beliau opti-mis PKNS dapat melangkah lebih jauh dengan menarik peluang pelaburan dari luar ke Selangor.

"Baru-baru ini, Duta Perancis

PKNS capai pelbagai kejayaan selama 54 tahun

berkunjung ke pejabat saya bagi mening-katkan lagi pelaburan, di Selangor. Anta-ra lain, kami membincangkan kerjasama kebudayaan, TVET serta mekanisme yang boleh dipersetujui untuk merealisasikan hasrat Selangor Smart State.

"Ini juga bertepatan dengan projek PKNS yang sedang dilaksanakan iaitu Se-

langor Cyber Valley," katanya.Katanya, Kerajaan Negeri berharap

PKNS dapat berganding bahu untuk men-terjemah hasil kekayaan negeri kepada rakyat secara keseluruhan sejajar dengan hasrat perbadanan itu bagi membawa 'Kemajuan Untuk Rakyat'.

"Kerjasama dan perhubungan sedia

ada yang terjalin perlu diperkukuh dalam memastikan rakyat Selangor terus maju serta tidak tertinggal dalam arus pem-bangunan negeri.

"Kerajaan Negeri juga menyokong kuat segala inisiatif positif yang dilak-sanakan PKNS demi kemaslahatan rakyat Selangor," katanya.

ADVERTORIAL

Page 8: muka 3 muka 5 muka 7 TARIF AIR KEKAL - selangorkini.my · KUNJUNGAN DUTA PERANCIS muka 5 TAWARAN AMBIL ALIH AKHIRI PENSTRUKTURAN SEMULA muka 3 ... kata, isu kos penstrukturan semu-la

8Nasional

SelangorKini 9 - 15 Ogos 2018

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM - Kerajaan Perse-kutuan disaran mencontohi dasar Kerajaan Selangor dengan menggalakkan pelaburan a-sing langsung (FDI) berteknolo-gi tinggi yang berpaksikan teknikal, sekali gus membuka peluang pekerjaan kepada rak-yat tempatan.

Dekan Pusat Pembangu-nan Asasi Universiti Selangor (UNISEL), Profesor Madya Dr Hamdan Dato’ Salleh berkata, negara berhadapan masalah mengurangkan kebergantu-ngan kepada pekerja asing seki-ranya masih fokus dengan in-dustri 2.0 dan 3.0.

“Usaha yang perlu antaranya dengan mempercepatkan usa-ha menggalak industri berpak-si automasi sepenuhnya yang mampu mengurangkan ke-bergantungan kepada pekerja berkemahiran rendah terutama dalam bidang pertanian.

“Dasar bersepadu dan me-rentas pelbagai agensi perlu dimulakan sekarang andai i-ngin melihat hasrat ini terca-

Kurang bergantung pekerja asing

Contohi dasar pelaburan Selangor

pai dan ini memerlukan iltizam politik serta tekad ekonomi bagi melaksanakan dasar ber-paksikan memberi pekerjaan

kepada pekerja tempatan,” ka-tanya.

Hamdan berkata, sektor per-ladangan yang ada ketika ini

banyak menggunakan tenaga buruh dan masih tidak beroren-tasikan teknologi automatik.

Katanya, usaha menarik FDI berasaskan teknikal itu mem-bantu kerajaan melaksanakan dasar gaji minima yang cuba dilaksanakan Kerajaan Pakatan Harapan (PAKATAN).

Katanya, isu itu perlu diberi perhatian segera jika hasrat PAKATAN mahu mengurangkan pekerja asing daripada enam juta kepada 2.5 juta dicapai, dalam tempoh lima tahun.

“Setakat ini, belum ada langkah konkrit dan bersolusi berkaitan isu kebergantungan kepada pekerja asing yang jum-

lahnya sudah mencecah enam juta orang.

“Selain berkaitan dasar untuk pengendali makanan yang ke-mudiannya ditangguhkan serta penubuhan jawatankuasa khu-sus, belum ada dasar konkrit se-jak kerajaan baharu mengambil alih teraju pemerintahan nega-ra.

“Usaha sedia ada terutama pelan pada 2010 dan kemudian 2014 boleh ditambahbaik teru-tama membabitkan pelbagai kementerian termasuk Kemen- terian Dalam Negeri dalam u-saha mengurangkan pekerja a-sing terutama Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI),” katanya.

SHAH ALAM - Kerajaan Bari-san Nasional (BN) disifatkan ti-dak faham sepenuhnya falsafah Dasar Pandang ke Timur, kata Duta Jepun ke Malaysia, Makio Miyagawa.

Beliau berkata, ia jelas ber-laku dalam keputusan BN meng-gerakkan projek kereta api laju Kuala Lumpur-Singapura (HSR), dengan Jepun adalah salah satu pembida projek bernilai RM55 bilion itu.

“Berkenaan projek ini, pentad-biran sebelum ini mengesyor- kan syarikat luar memohon dan mereka boleh datang ke Malay-sia atau Singapura untuk me-masang landasan, menyeleng-gara kereta api, menawarkan perkhidmatan serta mendapat keuntungan. Tetapi jika berlaku kemalangan, maka ia menjadi tanggungjawab (syarikat ter-babit).

“Ini bukan dasar Pandang ke Timur. Pendirian kami adalah kami tawarkan teknologi, beri

Duta Jepun: BN tak faham Dasar Pandang Ke Timur

latihan kepada jurutera dan ope- rator.

“Kami tawarkan semua ke-mungkinan yang dapat diraih warga Malaysia dan Singapura untuk menyelenggara dan me-nguruskan sendiri stesen pe- ngangkutan berteknologi ting-gi itu.

“Inilah cadangan kami tetapi pentadbiran dulu tidak menyu-kainya, tetapi saya fikir Tun Dr Mahathir Mohamad memaha-minya,” kata Miyagawa dalam acara makan malam anjuran Kelab Rotary, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Memetik laporan Malaysia-Kini, Miyagawa berkata, Jepun sedia melatih dan menawar-kan peluang kepada golongan muda Malaysia untuk belajar di negara itu dan pulang untuk menyumbang kepada pemba-ngunan negara.

“Tahap maju Dasar Pandang ke Timur ini dipanggil Dasar Pan-dang ke Timur 2.0 tetapi falsafah sebenarnya tidak begitu difaha-mi pentadbiran lalu,” katanya.

Dasar Pandang ke Timur di-cetuskan Dr Mahathir pada era 1980-an ketika mula menjadi Perdana Menteri yang secara langsung menggalakkan men-contohi model pembangunan Jepun.

Projek HSR pula dicadang-kan pentadbiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Selain Jepun, China juga ber-sungguh-sungguh membida projek itu.

Makio Miyagawa

Insentif KWSP untuk suri rumah dilaksana mulai �� Ogos

KUALA LUMPUR - Program Sukarela Insentif (SURI) yang membolehkan suri rumah ber- peluang untuk menikmati seku-riti sosial yang berkualiti dan me-ningkatkan sekuriti pendapatan akan dilaksanakan dalam tiga fasa, kata Timbalan Perdana Men-teri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata, fasa satu akan bermula minggu hadapan iaitu pada 15 Ogos dengan anggota SURI boleh menyimpan minimum RM5 sebulan dalam akaun KWSP masing-masing dan kerajaan pula akan menyumbang RM40 sebu-lan.

“Buat permulaan, kumpulan sasaran bagi fasa satu terdiri da-ripada suri rumah kepada ketua isi rumah. Sasaran ketua isi rumah ialah lelaki berkahwin (bagi setiap isteri), ibu tunggal dan janda yang berdaftar dengan e-Kasih.

“Kerajaan berhasrat memas-tikan kebajikan orang ramai. Ba-gaimanapun, setiap rakyat perlu menunjukkan kesungguhan un-tuk meningkatkan taraf hidup.

“Sumbangan minimum RM5 setiap bulan di bawah program ini mewakilkan komitmen daripada orang ramai dan pada masa sama menyemai sifat suka menabung

untuk masa hadapan mereka,” ka-tanya lapor BERNAMA.

Dalam ucapannya pada Per-sidangan Sekuriti Sosial Antara-bangsa Kumpulan Wang Simpa-nan Pekerja (KWSP) 2018, Dr Wan Azizah berkata, sumbangan kera-jaan itu akan dinaikkan kepada RM50 pada fasa kedua insentif itu dengan sejumlah RM10 akan diagihkan untuk perlindungan di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial Malaysia (PERKESO).

Dr Wan Azizah berkata, ba-gaimanapun, perlindungan di ba-wah PERKESO buat masa seka-rang tidak diperluaskan kepada suri rumah kerana terdapat ke-perluan untuk membuat beber-apa perubahan undang-undang bagi membolehkan fasa kedua boleh dilancarkan, awal tahun ha-dapan.

Beliau berkata, program ber-kenaan akan dilanjutkan pula ke fasa ketiga dengan dua peratus daripada sumbangan KWSP sua-mi akan dimasukkan ke dalam akaun isteri.

“Untuk sampai ke fasa ketiga ini akan mengambil masa ke-rana ia memerlukan pindaan di-laksanakan terhadap Akta KWSP 1991. Kita masih meninjau be-berapa pilihan untuk tujuan ini dengan mengambil kira bebe-rapa faktor kewangan dan bukan kewangan,” katanya dan menam-bah bahawa kerajaan berharap

dapat melancarkan fasa itu, awal 2020.

Beliau berkata, insentif berke-naan adalah sebahagian daripa-da 10 Janji Pakatan Harapan dan yang kerajaan mampu penuhi janji itu, dalam tempoh berke-naan.

Beliau berkata, menerusi perkongsian strategik dengan KWSP dan PERKESO, kerajaan berharap dapat melihat le-bih ramai wanita di negara ini mendapat perlindungan sosial dan sekuriti pendapatan yang mereka layak terima serta bagi memastikan mereka dapat menjalani kehidupan dengan kehormatan, sepanjang usia emas.

“Apa yang penting ialah mempelajari daripada kesila-pan lalu dan memperkenalkan dasar berkesan yang boleh ber-tindak balas kepada keadaan ekonomi, penyelesaian bukan sahaja kepada kesan daripa-da keadaan semasa, malahan bagi menguatkan persediaan menghadapi masa hadapan,” ka-tanya.

Persidangan dua hari itu ber-temakan ‘A Better Tomorrow’ memberi peluang yang lebih kepada KWSP untuk menimba kepakaran daripada sejagat da-ripada segi pertumbuhan dan kesejahteraan dunia, di samping memperbaiki kehidupan me-nerusi pengurusan pelaburan dan kekayaan.

Page 9: muka 3 muka 5 muka 7 TARIF AIR KEKAL - selangorkini.my · KUNJUNGAN DUTA PERANCIS muka 5 TAWARAN AMBIL ALIH AKHIRI PENSTRUKTURAN SEMULA muka 3 ... kata, isu kos penstrukturan semu-la

Nasional9SelangorKini 9 - 15 Ogos 2018

KUALA LUMPUR - Terdapat 5,082 doktor pakar dalam pelbagai bidang yang sedang berkhidmat di fasiliti Kementerian Kesiha-tan (KKM) seluruh negara, setakat 31 Mei lalu.

Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, daripada jumlah terbabit, 300 doktor adalah pakar bedah.

Katanya, kementerian sentiasa meng-galakkan pegawai perubatan mengambil bidang kepakaran mengikut minat ma-sing-masing bagi menampung permintaan perkhidmatan kepakaran yang sentiasa me-ningkat.

“Kementerian juga menggalakkan pega-wai perubatan menjalani latihan kepakaran melalui program bidang laluan paralel (bi-dang selari) serta melantik semula pegawai perubatan pakar yang sudah tamat kontrak untuk berkhidmat dengan KKM mengikut keperluan,” katanya.

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Halimah Mohamed Sadique (BN-Kota Tinggi) berhubung langkah diambil ke-menterian dalam meningkatkan jumlah pakar perubatan dan pakar bedah bagi mengelakkan pesakit daripada menunggu dan menanggung kesakitan dalam tempoh yang lama sebelum bertemu pakar.

Dr Dzulkefly berkata, kementerian juga melantik semula secara kontrak pegawai perubatan pakar warganegara Malaysia

yang bersara wajib untuk berkhidmat de-ngan kementerian.

Katanya, kementerian juga mendapat-kan perkhidmatan kepakaran daripada pihak swasta untuk berkhidmat secara berkala dan menggalakkan pakar peru-batan warganegara Malaysia yang berkhid- mat di luar negara untuk pulang ke tanah air.

"Kementerian juga meningkatkan slot tajaan Hadiah Latihan Persekutuan kepada 1,000 orang bagi menggalakkan lebih ramai pegawai perubatan melanjutkan pengajian dalam program sarjana," katanya.

Dr Dzulkefly berkata, antara langkah di-ambil bagi mengurangkan masa menung-gu mendapatkan rawatan ialah memper-luaskan konsep Hospital Kluster dengan perkhidmatan kepakaran dapat diakses penduduk luar bandar dan mengurangkan kes rujukan ke hospital berpakar.

Katanya, melalui konsep itu yang membabitkan gabungan sekurang-kurang-nya satu hospital berpakar dengan hospi-tal tanpa pakar di dalam kawasan geografi sama bagi membentuk satu entiti, bebera-pa prosedur pembedahan dapat dilakukan di hospital tanpa pakar.

Kementerian katanya, turut melak-sanakan pembedahan elektif pada hari Sab-tu bagi mengurangkan waktu menunggu pembedahan elektif.

�,��� doktor pakar pelbagai bidang di KKM

OLEH MOHD EZLI MASHUT

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat melulus-kan Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pemansuhan) 2018 selepas bacaan kali ketiga oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, menerusi suara majoriti, pada 8 Ogos lalu.

RUU itu sebahagian daripada Cukai Jua-lan dan Perkhidmatan (SST) yang akan di-laksanakan, pada September ini.

“Akhirnya Cukai Barangan dan Perkhid-matan (GST) sudah mati,” kata beliau sebe-lum rang undang-undang itu dibacakan kali ketiga di hadapan Timbalan Yang Di-pertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid

Hasnon.Terdahulu, Dewan Rakyat meluluskan

RUU Cukai Jualan 2018, pada 7 Ogos lalu.RUU membabitkan kedua-dua cukai

itu akan dibentangkan di Dewan Negara, pada mesyuarat akan datang.

Sementara itu, beliau turut mengesah-kan bahawa SST tidak akan dikenakan terhadap projek pembangunan kerajaan, sekali gus akan menjimatkan enam pera-tus perbelanjaan kerajaan.

GST diperkenalkan oleh kerajaan terda-hulu di bawah Barisan Nasional pada kadar enam peratus, mulai 1 April 2015.

Kadar GST ditetapkan pada sifar mulai 1 Jun lalu oleh Kerajaan Pakatan Harapan.

Suara majoriti

Dewan Rakyat lulus RUU mansuh GST

Page 10: muka 3 muka 5 muka 7 TARIF AIR KEKAL - selangorkini.my · KUNJUNGAN DUTA PERANCIS muka 5 TAWARAN AMBIL ALIH AKHIRI PENSTRUKTURAN SEMULA muka 3 ... kata, isu kos penstrukturan semu-la

10Global

SelangorKini 9 -15 Ogos 2018

BEIJING - China memberi ama-ran kepada Amerika Syarikat (AS) bahawa tindakan meningkat-kan perang perdagangan hanya akan ‘mengecewakan dunia’ keti-ka Washington mengugut mahu menaikkan tarif terhadap AS$200 bilion (RM814.7 bilion) eksport Beijing ke AS.

Pada 3 Ogos lalu, Beijing berkata, langkah itu jika dilak-sanakan akan memaksa ia ber-tindak balas bagi mempertahan- kan kepentingan China, perda-gangan bebas dan status quo an-tarabangsa.

“AS tidak mempedulikan du-nia. Tindakan keras dan berlem-but Washington terhadap Beijing

PARIS - Telefon pintar dan tablet diharamkan di seluruh sekolah di Perancis menjelang tahun aka-demik baharu selepas satu un-dang-undang baharu diluluskan Parlimennya, baru-baru ini.

Pengharaman itu membabit-kan semua pelajar sehingga ber-usia 15 tahun itu berkuatkuasa September ini bagi mengekang ‘ketagihan skrin’ dalam kalangan remaja dan kanak-kanak.

Undang-undang baharu itu

RIYADH - Arab Saudi menyam-bung semula penghantaran mi-nyak melalui Selat Bab al-Man-dab, mengakhiri penggantungan selama 10 hari susulan serangan pemberontak, di perairan Yaman.

Menteri Tenaga, Khaled al-Falih seperti dipetik Saudi Press Agency sebagai berkata, kepu-tusan itu dibuat selepas tindakan tentera pakatan diketuai Arab Saudi dilakukan bagi memasti-

CARACAS - Beberapa dron mem-bawa bahan letupan meletup berhampiran Presiden Venezu-ela, Nicolas Madura ketika beliau sedang berucap, di satu majlis tentera.

Agensi Berita Antararabangsa BBC NEWS melaporkan Menteri Komunikasi, Jorge Rodriguez berkata, bagaimanapun Presiden terselamat dalam ‘serangan’ itu.

Serangan itu menyebabkan tujuh anggota tentera yang ter-babit dalam perhimpunan itu mengalami kecederaan.

Jorge Rodriguez berkata, ia adalah satu serangan terhadap Maduro dan insiden terbabit di-siarkan secara langsung di tele-visyen.

Visual stesen televisyen tem-patan menunjukkan Maduro ke- lihatan bingung apabila satu le-tupan kedengaran sebelum ang-gota Pengawal Keselamatan Na-sional yang lengkap berpakaian seragam dan sedang berkawad bertempiaran lari.

Rodriguez berkata, satu letu-pan berlaku berhampiran pentas

Perang perdagangan

Washington tak jejas Beijingtidak akan mendatangkan kesan.

“Malah, ia hanya mengece-wakan semua negara dan wi- layah yang menentang perang perdagangan,” kata Kementerian Perdagangan China dalam satu kenyataan sambil menambah, Beijing masih berharap situasi terbabit berubah.

Jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang menyifatkan tindakan AS sebagai ‘peras ugut’ dan mendesak Washington su-paya kembali rasional serta tidak bertindak melulu.

“Ia hanya akan menyakitkan mereka,” katanya lapor AFP.

Presiden AS, Donald Trump me- minta Wakil Perdagangan AS un-

tuk menimbangkan cadangan menaikkan tarif kepada 25 pera-tus terhadap import China ber-banding cukai 10 peratus sebelum ini, kata utusan berkenaan, Robert Lighthizer, pada 2 Ogos lalu.

“Kami sangat jelas berhubung-perubahan spesifik yang perlu China lakukan.

“Malangnya, di sebalik me-ngubah tindak tanduk berbahaya itu, China secara haram bertindak

balas terhadap pekerja, petani, penternak dan perniagaan AS,” kata Lighthizer dalam satu ke-nyataan.

AS sudah mengenakan tarif 25 peratus ke atas import China ber-nilai AS$34 bilion (RM138 bilion), manakala tarif tambahan AS$16 bilion (RM65 bilion) dilaksanakan, dalam tempoh beberapa minggu lagi.

Pada 10 Julai lalu, Washington mendedahkan senarai tamba- han import China bernilai AS$200 bilion merangkumi pelbagai produk seperti jentera elektrik, barangan kulit dan makanan laut yang akan dikenakan duti import 10 peratus.

Perancis haramkan bawa telefon pintar di sekolah

sebagai memenuhi janji kem-pen Presiden Emmanuel Macron, tetapi dikritik pembangkang se-bagai ‘aksi publisiti’.

Pembangkang menggelar rang undang-undang itu sebagai ‘kosmetik’ dan berkata tidak akan membawa sebarang kesan dalam kehidupan sebenar.

Di bawah undang-undang ba-haru, semua gajet berkaitan perlu ditinggalkan di rumah atau dima-tikan, sehingga akhir persekola-

han.Sekolah boleh membuat pe-

ngecualian untuk ‘penggunaan pedagogi’, aktiviti kokurikulum atau bagi murid orang kelainan upaya.

Sekolah tinggi pula boleh memutuskan secara individu sama ada untuk mengenakan larangan sebahagian atau ke-seluruhan terhadap penghara-man gajet berkenaan.

Undang-undang sebelum ini yang diluluskan pada tahun 2010 sudah melarang penggunaan telefon pintar, di dalam kelas.

Menteri Pendidikan, Jean-Mi- chel Blanquer berkata, undang-undang awal tidak dikuatkua-sakan kerana terdapat kelema-han, manakala undang-undang baharu bertujuan membawa pe-rubahan kepada Perancis, pada abad ke-21.

“Larangan itu menghantar mesej kepada rakyat Perancis ser-ta negara lain, di seluruh dunia,” katanya.

Serangan dron: Presiden Venezuela terselamat

presiden dan beberapa lokasi lain di sepanjang perarakan berlang-sung, di Caracas.

“Maduro terselamat tanpa se-barang kecederaan dan ketika ini sedang menjalankan tugas se- perti biasa selain berhubung rapat dengan barisan menteri, ahli politik kanan dan ketua ten-tera,” katanya.

Rodriguez juga mengatakan bahawa tentera yang cedera se-dang dirawat di hospital semen-tara presiden sedang bertemu semua menterinya dan koman-der tentera.

Tiada kumpulan mengatakan bahawa ia berada di sebalik per-cubaan pembunuhan yang didak- wa.

Pada bulan Jun 2017, sebuah helikopter menyerang dan men-jatuhkan bom, di Mahkamah Agung Venezuela.

Oscar Pérez, seorang juruter-bang helikopter elit mendakwa, dia melakukan serangan helikop-ter dan menyeru Venezuela un-tuk bangkit menentang kerajaan Presiden Maduro.

Arab Saudi sambung semula eksport minyak

kan keselamatan terjamin di selat tersebut serta Laut Merah.

“Langkahtertentu diambil dalam penyelarasan dengan ko-muniti antarabangsa,” katanya.

Selat Bab al-Mandab adalah laluan perkapalan penting an-tara Semenanjung Arab dan Af-rika yang menghubungkan Laut Merah ke Teluk Aden.

Pada 26 Julai lalu, Arab Saudi menggantung sementara peng-

hantaran minyak melalui selat itu selepas dua kapal tangki minyak yang dikendalikan oleh syarikat penghantaran Bahri diserang.

Page 11: muka 3 muka 5 muka 7 TARIF AIR KEKAL - selangorkini.my · KUNJUNGAN DUTA PERANCIS muka 5 TAWARAN AMBIL ALIH AKHIRI PENSTRUKTURAN SEMULA muka 3 ... kata, isu kos penstrukturan semu-la

11SelangorKini 9 - 15 Ogos 2018

DARI KACA MATA MB MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

Dalam merealisasikan impian kerajaan untuk menjadikan Selangor sebagai negeri yang

terbaik, saya impikan kenikmatan negeri ini dikongsi bersama. Justeru, dengan semangat ‘Maju Bersama’, kita mahukan semua lapisan rakyat Selangor menyum-bangkan buah fikiran dalam kita bergerak ke arah negeri maju. Kerajaan yang saya pimpin seka-rang ini adalah tidak lain tidak bukan disebabkan kepercayaan yang diberikan rakyat dalam Pili-han Raya Umum lalu. Sehubu- ngan itu, kita mahu jadikan Be-lanjawan 2019 sebagai Belan-jawan Rakyat.

Kita sudah gariskan enam siri dalam merangka Belan-jawan 2019 dan Perbincangan Meja Bulat Belanjawan 2019 ini adalah siri yang pertama. Pem-bahagian mengikut sektor amat perlu supaya kita dapat mem-beri fokus yang lebih baik. Pada masa sama, rakyat Selangor yang berada sendiri dalam sebuah in-dustri lebih faham dengan segala keperluan yang diperlukan.

Pembahagian menyeluruh dalam merancang dan merangka Belanjawan 2019 dapat kita lak-sanakan jika kita semua bersa-ma-sama menyumbangkan buah fikiran dan memberikan maklum balas terhadap dasar Kerajaan Negeri. Kami turut merancang untuk turun di setiap daerah di Selangor dalam rangka mening-katkan partisipasi rakyat. Prinsip saya ialah kerajaan yang berkhid-mat kepada rakyat. Justeru, saya dan kepimpinan negeri yang lain akan turun, mendengar dan me-nyelesaikan masalah yang diha-dapi rakyat.

Pada 7 Ogos lalu, saya bersa-ma-sama kepimpinan Kerajaan Negeri yang lain sudah mende-ngar dan mencatat pandangan daripada rakyat dalam sektor pertanian. Pendekatan ini adalah langkah yang strategik supaya Belanjawan Selangor benar-benar mampu memberi impak kepada pertumbuhan ekonomi negeri dan memberi kemakmu-ran kepada rakyat.

Selangor adalah penyumbang terbesar kepada kadar Kelua-ran Dalam Negara Kasar dengan bertunjangkan kepada sektor perkhidmatan dan perindustrian. Namun, bagi sektor pertanian kedudukan kita agak jauh ke- tinggalan. Pada tahun 2010, ka-

Perasmian Perbincangan Meja Bulat Belanjawan 2019

Pengembangan dan pembangunan pertanian

dar KDNK dalam bidang ini ber-jumlah RM3.9 bilion atau 2.2 peratus tetapi ia menurun kepa-da RM3.5 bilion atau 1.4 peratus, pada tahun 2016. Penurunan itu banyak dipengaruhi oleh pertu-karan status tanah daripada per-tanian kepada komersial. Pem-bangunan sektor pertanian amat penting supaya kelangsungan sumber bekalan makanan atau 'food security' berada dalam ta-hap yang baik.

Peruntukan pembangunan bagi sektor pertanian pada tahu 2018 berjumlah RM32.6 juta dan peruntukan itu membabit-kan Unit Perancangan Ekonomi Negeri Selangor (UPEN), Jabatan Pertanian Selangor dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor. Namun, selepas berlaku peruba-han tampuk pemerintahan di peringkat pusat, kita merangka program dan projek pertanian yang merangkumi semua jabatan serta agensi yang pastinya rakyat Selangor bakal menikmati man-faat ini.

Kerajaan Negeri komited dalam memastikan tanah bagi tujuan pertaninan akan terus di-pelihara. Pelbagai kejayaan diraih Selangor dan saya gembira de-ngan salah satu pencapaian Ja-batan Pertanian Selangor kerana berjaya mempertahankan penca-paian sebagai negeri paling ramai usahawan tani yang memperoleh

persijilan Malaysia Good Agrocul-tural Practices (myGAP) selama lima tahun berturut-turut. Dalam kita meningkatkan industri per-tanian ini, isu memembabitkan alam sekitar juga tidak harus di-ketepikan.

Akhir sekali, semua pihak perlu bersama-sama dalam me-mastikan industri pertanian Se-langor dapat melonjak ke tahap yang membanggakan. Semoga Perbincangan Meja Bulat Belan-jawan 2019 ini akan membuah-kan hasil dan saya menyeru rak-yat Selangor supaya kita 'Maju Bersama'.

Pembahagian menyeluruh dalam merancang dan merangka Belanjawan 2019 dapat kita laksanakan jika kita semua bersama-sama menyumbangkan buah fikiran dan memberikan maklum balas terhadap dasar Kerajaan Negeri

Page 12: muka 3 muka 5 muka 7 TARIF AIR KEKAL - selangorkini.my · KUNJUNGAN DUTA PERANCIS muka 5 TAWARAN AMBIL ALIH AKHIRI PENSTRUKTURAN SEMULA muka 3 ... kata, isu kos penstrukturan semu-la

Album Album13SelangorKini 9 - 15 Ogos 201812 SelangorKini 9 - 15 Ogos 2018

ADN Kuang, Sallehudin Amirudin, mengadakan kunjungan bagi menyantuni kelab Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM), di Pusat Latihan Kuang

ADN Sekinchan, Ng Suee Lim, turun padang menyantuni penduduk setempat bagi program Jom Makan Durian Sekinchan

ADN Sijangkang, Dato’ Dr Ahmad Yunus

Hairi turun padang dan menyantuni warga tua dalam

program ziarah dan sumbangan bagi yang

memerlukan

ADN Kajang, Hee Loy Sian, turun padang ke Program Gotong Royong Mega Perangi Aedes 1.0 Peringkat Kebangsaan 2018, di Bandar Sungai Long

ADN Jeram, Shaid Rosli, turun padang bagi melihat kawasan pembuangan sampah haram juga pembakaran terbuka oleh pihak tidak bertanggungjawab, di Bukit Timah

ADN Sungai Panjang, Datuk Mohd Imran Tamrin, menziarah keluarga mangsa kebakaran, di Sungai Haji Dorani

ADN Permatang, Rozana Zainal Abidin, menyempurnakan Penutup Perkhemahan Pengakap Pendidikan Khas daerah Kuala Selangor

ADN Sentosa, Gunaraj George, turun padang bagi meraikan program anjuran Persatuan Cina Bukit Tinggi, di SJKC Pandamaran

Page 13: muka 3 muka 5 muka 7 TARIF AIR KEKAL - selangorkini.my · KUNJUNGAN DUTA PERANCIS muka 5 TAWARAN AMBIL ALIH AKHIRI PENSTRUKTURAN SEMULA muka 3 ... kata, isu kos penstrukturan semu-la

14 SelangorKini 9 -15 Ogos 2018

Page 14: muka 3 muka 5 muka 7 TARIF AIR KEKAL - selangorkini.my · KUNJUNGAN DUTA PERANCIS muka 5 TAWARAN AMBIL ALIH AKHIRI PENSTRUKTURAN SEMULA muka 3 ... kata, isu kos penstrukturan semu-la

15SelangorKini 9 - 15 Ogos 2018

Rencana MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH HAFIZAN TAIB

PERKEMBANGAN in-dustri di Selangor diramal berpotensi terus meningkat dengan minat di-

tunjukkan pelabur dan pemain industri seterusnya menjanjikan perolehan pelaburan lebih tinggi, pada tahun ini.

Exco Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS), Dato’ Teng Chang Kim berkata, minat di-tunjukkan pihak berkaitan iaitu pelabur domestik dan luar untuk turut serta dalam kegiatan indus-tri amat membanggakan serta dijangka terus memainkan pe-ranan penting memacu pemba-ngunan ekonomi, di Selangor.

“Berbanding tahun lalu dan se-belumnya, kita meramalkan pen-capaian lebih baik pada tahun ini dan sehingga penghujung tahun, kita akan berusaha mencapai sa-saran dengan peningkatan pera-tusan ditetapkan.

“Perubahan pentadbiran kera-jaan di peringkat Persekutuan juga menjanjikan bentuk ker-jasama baik kerana ditadbir pihak sama, Pakatan Harapan.

“Kerajaan Negeri akan terus berusaha untuk tujuan itu walau-pun bergantung kepada banyak faktor termasuk kelulusan dari-pada agensi Kerajaan Persekutu-an iaitu Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dalam permohonan bagi mendapatkan lesen pembuatan,” katanya.

Beliau berkata, agensi Kera-jaan Persekutuan dan Negeri su-dah menjalin hubungan akrab ketika turut serta dalam Farnbo-rough International Airshow, di London, baru-baru ini, dengan Selangor berpeluang menarik lebih banyak pelaburan ke ne-geri itu.

Katanya, hasil lawatan juga akan membuka ruang bagi pem-binaan institusi pendidikan voka-

Selangor destinasi pilihan pelabursional untuk manfaat pembangu-nan industri di Malaysia amnya dan Selangor khasnya.

“Kita akan berusaha meneroka pasaran baharu pada tahun kini termasuk di negara Scandinavia seperti Finland, Norway dan satu negara lain dengan rangka pro-mosi berterusan secara umum.

“Ia bagi mengenal pasti kekua-tan industri terbina di negara berkaitan supaya kita dapat membuat usaha susulan un-tuk menarik industri berpotensi membuat pelaburan ke Sela-ngor,” katanya.

Tingkat tenaga mahir

Bagi peningkatan tenaga ma-hir khususnya dalam kalangan pekerja tempatan, Kerajaan Ne-geri menyasarkan lima bidang iaitu peralatan pengangkutan, elektronik dan elektrikal, pem-buatan makanan dan minuman, peralatan juga jentera serta sains hayat.

Katanya, fokus diberikan kepa-da lima bidang itu kerana ia me-merlukan penerokaan teknologi tinggi serta kepada sektor so-kongan yang mementingkan teknologi sama.

“Industri Kecil dan Sederhana juga menjadi sandaran kepada pembangunan ekonomi, maka kita memberi fokus kepada kum-pulan ini bagi mengukuh dan meningkatkan kemajuannya,” ka-tanya.

Dalam usaha menanam minat

Pertumbuhan ekonomi dijangka rancak

pelabur dan pemain industri ser-ta usahawan ke Selangor, Kera-jaan Negeri terus menganjurkan pelbagai program dan seminar seperti dilakukan pada tahun se-belumnya.

Selangor International Business Summit (SIBS)

Chang Khim berkata, Invest Selangor Berhad (Invest Sela-ngor) akan menganjurkan Sela-ngor International Business Sum-mit (SIBS) untuk kali kedua yang berjaya mendapat sambutan membanggakan, tahun lalu.

“Di bawah SIBS ini, terdapat tiga program iaitu Ekspo Antara-

bangsa Selangor memasuki ta-hun keempt serta dua yang lain, Persidangan Perdagangan ASE-AN Selangor juga Konvensyen Bandaraya Pintar dan Ekonomi Digital (tahun kedua).

“Kita menjangkakan penyerta-an lebih baik tahun ini dalam SIBS yang akan berlangsung mulai 6 hingga 16 September ini. Tahun lalu, ia mencatatkan penyertaan dengan jumlah transaksi kira-kira 200 juta peserta,” katanya.

Invest Selangor menyasarkan pelaburan keseluruhan sebanyak RM12 bilion pada tahun ini teru-tama daripada sektor perkhid-matan dan perkilangan.

Daripada jumlah itu, pela-buran bernilai RM7 bilion di-jangka datang daripada sek-tor perkilangan merangkumi pelaburan langsung asing dan pelaburan langsung domestik, manakala RM5 bilion pula dari-pada sektor perkhidmatan.

Trek rekod cemerlang

Tahun lalu, Selangor menarik RM5.59 bilion pelaburan lang-sung dalam sektor perkilangan dan sektor perkhidmatan bernilai RM4 bilion terutama daripada pe-runcit perabot terbesar di dunia, IKEA, dengan penubuhan sebuah pusat rantaian bekalan di Pulau Indah, bernilai RM908 juta.

Selangor turut muncul pada kedudukan tertinggi di Malay-sia menerusi jumlah perkilangan diluluskan iaitu 202 projek ber-banding negeri lain tahun lalu, sekali gus mencipta lebih 10,000 peluang pekerjaan.

Kita akan berusaha meneroka pasaran baharu pada tahun kini termasuk di negara Scandinavia seperti Finland, Norway dan satu negara lain dengan rangka promosi berterusan secara umum. Ia bagi mengenal pasti kekuatan industri terbina di negara berkaitan supaya kita dapat membuat usaha susulan untuk menarik industri berpotensi membuat pelaburan ke Selangor

TENG CHANG KIMExco Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS)

Page 15: muka 3 muka 5 muka 7 TARIF AIR KEKAL - selangorkini.my · KUNJUNGAN DUTA PERANCIS muka 5 TAWARAN AMBIL ALIH AKHIRI PENSTRUKTURAN SEMULA muka 3 ... kata, isu kos penstrukturan semu-la

16Hadiah Sastera Selangor

SelangorKini 9 - 15 Ogos 2018

OLEH HAIZIR OTHMAN

Keistimewaan program Santai Seni di Esplanade, Temerloh 14 Julai lalu barangkali adalah: ia amat menepati konsep santai seperti

namanya. Konsep tiada pentas, selain pe-nyair bebas membuat persembahan dari mana-mana tempat yang difikirkannya sesuai mungkin belum pernah dibuat se-siapa. Ia barangkali satu bentuk kreativiti baru atau sebenarnya si penganjur terlalu kelam-kabut mengurus acara, namun di-selamatkan keadaan.

Tapi tak kiralah apa pun, program malam itu tetap berjalan seperti yang sepatutnya satu acara sastera berlang-sung - dengan deklamasi sajaknya, nyanyi-an lagu puisinya, selokanya dan lain-lain. Cuma selainnya ia ditambah dengan pe-rencah-perencah lain untuk disesuaikan dengan tema “Malaysia Baru”nya seperti pelancaran Tabung Harapan, nyanyian be-ramai-ramai lagu Sejahtera Malaysia dan ucapan wakil rakyat Temerloh.

Muhammad Anuar Tahir belum jadi tim-balan menteri kerja raya sewaktu beliau mencadangkan program ini. Malah men-gangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Te-merloh pun belum. Peruntukan belum ada. Yang ada cuma beberapa orang pekerja pejabat parlimen, aktivis NGO Kumpulan Anak Muda Yayasan Pembangunan Um-mah (KAMY) dan semangat yang kadang-kadang menyala kadang-kadang malap. Ia mungkin tidak banyak, tapi cukup untuk Santai Seni versi pertama kali selepas se-tiausaha agung Amanah menang PRU-14 di bumi kelahiran Sudirman itu.

Sasterawan Negara Datuk A Samad Said yang melancarkan buku “Puisi Peduli” Anu-ar Tahir menyifatkan program malam itu se-bagai lain daripada yang biasa beliau hadiri. Kenyataan itu mungkin lahir kerana bebe-rapa perkara. Pertama, ia santai. Ya, sengaja disebut sekali lagi kerana selain dari unsur-unsur di atas, pada program itu juga para penonton bebas berlegar-legar di sekitar tapak program, mengambil gambar bersa-ma Pak Samad dan lain-lain sewaktu acara masih berlangsung, sehingga pada satu ke-tika tidak dapat dibezakan siapa pembuat persembahan dan siapa penonton.

Kedua, beliau melancarkan buku puisi tulisan seorang ahli politik, situasi yang agak tidak biasa berlaku di sini. Bagi ne-gara yang pernah ada rekod salah seorang ahli dewan undangan negerinya meminta ruangan seni dalam akhbar milik kerajaan negerinya sendiri ditutup, pemaduan an-

Diakah Sang Patriot Itu?Tanpa tongkat di tanganlelaki tua itu memukul gendang perangdi gelanggang demokrasi degup jantungnya tiba-tibabertukar badai dan gelombang.

Suara rakyat di jalanan menjadipercikan bunga apipungguk pun menjadi hairan saat itu belum lagi di malam lebaranaku yang masih termanggu di jendelasetia merenung cahaya bulan.

Diakah sang patriotik itutidak gentar dengan dupa kematian.

Baharuddin SaidiSungai Nibong, Sekinchan

Politikus, seni dan ingatan-ingatan kecil

mendapat jawatan tinggi, apabila berde-pan isu sastera akan meletakkan keuta-maan terbawah berbanding perkara lain. Tapi, dalam kes ini, tidak. Acara jalan terus dan beliau mendeklamasikan sajaknya, “Sa-jak Panjang Untuk Mahathir 4” pada malam itu dengan penuh semangat.

Ketiga, ini mungkin acara sastera perta-ma anjuran kerajaan baru Pakatan Harapan pada era Malaysia Baru, walau sekecil mana pun ia. Penganjurannya mungkin satu beri-ta baik kepada masa depan sastera dan seni budaya negara yang masih menanti peran-

cangan dan hala tuju baru selepas berlaku pertukaran kerajaan pas-ca PRU-14 lalu.

Selainnya, penonton dilihat terhibur dengan persembahan baik dari bekas setiausaha politik

Tuan Guru Nik Aziz, Anbakri Ha-ron yang menyampaikan lagu

puisi, dua lagu nyanyian dan ciptaan bekas rockers dari Ipoh, Airmas SZ, deklamasi

sajak dari adik bongsu legenda sastera negara Pak Sako, Cikgu Khalid Haji Muhammad, sajak Raja Ahmad Aminul-lah, deklamasi sajak dari Anuar Tahir, seloka dan sajak dari pelajar-

pelajar SMK Temerloh dan persembahan latar

band tempatan D’ Santai. Buktinya, dataran Esplanade

penuh sehingga ke penghujung acara melewati jam 11 malam.

Menganjurkan acara seni sebegini mungkin agak jauh dari bayangan kita un-tuk seorang pemimpin kerajaan yang me-megang portfolio timbalan menteri kerja raya. Tapi jangan salahkan Anuar Tahir, itu sudah jadi minat dan keghairahannya se-jak muda. Malah, ia bakal jadi sisi menarik politikus ini selain urusan rasminya me-ngurus jalan-jalan berlubang, tol-tol lebuh raya, projek-projek kerajaan dan sebagai-nya. Dan jika beliau dilihat ada kecen-derungan lain atau mula digoda habuan tertentu, kita ada buku puisinya untuk di-tunjukkan kepadanya sebagai peringatan-peringatan kecil.

tara sastera de- ngan politik mung-kin kedengaran jang-gal, kalau pun tidak kela-

kar. Untuk rekod, buku puisi Anuar Tahir berjudul “Puisi Peduli” me-ngandungi sejumlah 60 buah puisi yang

merakamkan pengalaman beliau se-laku pemimpin mahasiswa, pen-didik, aktivis sukarela, pemimpin gerakan Islam dan lain-lain sebe-lum terjun ke kancah politik

Malah aktivis teater, Dinsman sempat berasa ragu-ragu dengan pelawaan ke acara itu terutama selepas Anuar dilantik timbalan

menteri 2 Julai lalu. Sangkanya, acara itu batal kerana menurut pengalaman-

nya, orang politik tidak kira berpangkat besar atau tidak, lebih-lebih lagi sesudah

Page 16: muka 3 muka 5 muka 7 TARIF AIR KEKAL - selangorkini.my · KUNJUNGAN DUTA PERANCIS muka 5 TAWARAN AMBIL ALIH AKHIRI PENSTRUKTURAN SEMULA muka 3 ... kata, isu kos penstrukturan semu-la

Politikus, seni dan ingatan-ingatan kecil

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

Konnichiwa! itu antara ungkapan yang tidak putus kedengaran se-bagai tanda sambutan kepada pengunjung sebaik penulis tiba,

di perkarangan Kompleks Sukan Negara Panasonic, Seksyen 21, Shah Alam, pada 21 Julai lalu.

Lantas, hati penulis runtun ketika me-lihat ribuan pengunjung mengenakan ki-mono musim panas pelbagai corak dan berwarna warni serta bersepatu kayu.

Bauan segar bunga sakura pula mem-buatkan penulis begitu teruja dan tidak sabar mahu menyelami lebih mendalam festival unik kebudayaan masyarakat Je-pun iaitu Bon Odori.

Mana tidaknya, ini adalah peluang yang datang sekali dalam setahun untuk meli-hat sendiri kecantikan budaya Jepun teru-tama gadis dari negara matahari terbit itu menyarungkan pakaian tradisional mere-ka iaitu Yukata.

Dalam bahasa Jepun, Bon adalah sing-katan bagi satu nama teks agama Buddha iaitu Ullambana Sutra. Sebutan asalnya ialah Uraban tetapi disingkatkan kepada Bon, manakala Odori bererti tarian.

Menurut kepercayaan rakyat Jepun, jika diterjemah secara bulat Festival Bon Odori adalah sambutan tarian bagi memperingati roh nenek moyang atau lebih jelas untuk me-nyambut roh nenek moyang yang kononnya turun dari langit melawat alam dunia.

Bagaimanapun, penulis cuba melang-kah keluar daripada persepsi umum baha-wa hal berkaitan roh si mati adalah mena-kutkan, ternyata ‘Bon Odori’ membawa pendekatan yang sungguh berbeza.

Menerusi irama muzik berlatarbe-lakangkan pukulan gendang, tiupan seru-ling dan gong, pesta tradisional masyara-kat Jepun itu bertukar seakan sebuah medan tarian gergasi.

Di Malaysia, festival itu antara yang ter-besar dunia disambut di luar Jepun dan mula diperkenalkan sejak 1977 bagi mem-promosi kebudayaan negara itu kepada masyarakat tempatan.

Lebih menarik, ia adalah acara anjuran bersama Kelab Jepun Kuala Lumpur, sekolah Jepun sekitar Kuala Lumpur dan Kedutaan Jepun, di Malaysia.

Justeru, bersesuaian dengan sambutan ke-42 penganjuran-nya pada tahun ini, festival itu mendapat kerjasama daripada Kerajaan Negeri, Tourism Sela-ngor dan Invest Selangor.

Simbolik hubungan diplomatik Malaysia-Jepun

Festival Bon Odori secara tidak langsung menjadi tanda simbolik kepada hubungan diplomatik an-tara Malaysia dan Jepun yang kini

menjangkau 61 tahun.Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari ber-

kata, Kerajaan Negeri sentiasa memberi komitmen penuh terhadap penganjuran festival terbabit selaras merancakkan in-dustri pelancongan, di negeri ini.

“Kerjasama erat antara kedua belah pi-hak (Malaysia-Jepun), didukung penuh Ke-rajaan Negeri untuk menjayakan festival ini.

“Saya gembira dan kagum kerana Se-langor sekali lagi dipilih sebagai tuan rumah penganjurannya. Sudah pasti ia satu perkembangan positif kerana kita ke arah menuju Tahun Melawat Malaysia 2020.

“Sudah pasti penganjuran ini meletak-kan Malaysia terutama Selangor pada lan-dasan tepat untuk menarik lebih ramai pelancong asing,” katanya dalam sidang media, baru-baru ini.

Pada masa sama, Amirudin berkata, sehingga kini Selangor sudah mengecap banyak kejayaan sehingga mendorong kepada pertumbuhan dan kestabilan eko-nomi mampan.

Bagaimanapun beliau menyifatkan, peningkatan jumlah kehadiran pelancong asing terutama dari Jepun yang kian me-ningkat saban tahun menjadi pemangkin ke arah kejayaan itu.

“Tahun ini, kita menerima kunju-ngan pelancong asing lebih 211,000 berbanding 57,000 tahun lalu dan ia satu perkembangan positif

“Justeru, kita akan terus mengekalkan hubungan baik ini yang bukan sa-haja membantu kepada pertumbuhan ekonomi dan perniagaan, malahan mengangkat seni intelek-tual serta budaya negara,” katanya.

Sementara itu, Duta Jepun ke Malaysia, Dr Makio Miyagawa menzahir-kan rasa bangga dengan sambutan luar biasa rakyat Malaysia terhadap acara yang menerima kehadiran ribuan penonton ke kompleks berkenaan.

“Saya gembira dengan kehadiran ra-mai pengunjung yang bukan hanya rak-yat Jepun tetapi Malaysia untuk sama-sa-ma menikmati kesenian dan muzik serta berkongsi semangat patriotisme,” katanya.

Sehubungan itu, Makio berharap Fes-tival Bon Odori bakal berlangsung lebih meriah pada tahun hadapan dan hubu-ngan mesra utuh terjalin.

Perkongsian budaya

Pada asasnya, festival itu diwujud-kan bagi memastikan masyara-

kat Jepun yang menetap di negara ini tidak melupakan

budaya mereka, namun penulis beranggapan ia satu peluang berharga yang tidak seharusnya

dilepaskan rakyat Malay-sia untuk mempelajari budaya bangsa lain.

Ketika tenggelam dengan suasana gamat persembahan ta-rian daripada sekumpulan penari di atas pentas khas iaitu Yaguri,

pandangan penulis teralih pada pasangan suami isteri warga Jepun.

Mengenakan Yukata (wanita) dan Haori (lelaki) berwarna putih bercorak abstrak ser-ta berkasut tumit datar, penampilan Shun Matsuzaka,34, dan isterinya Kasumi,33, be-gitu segak dan mempesonakan.

Ketika ditemui mereka berkata, Malaysia ibarat rumah kedua bagi mereka termasuk kebanyakan masyarakat Jepun yang sekian lama bermastautin, di sini.

“Sepanjang setahun menetap di Malay-sia, kami selesa bergaul dengan masyarakat di sini kerana mereka semua ramah dan ti-dak sombong, bahkan dapat menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran.

“Satu perkara membuatkan kami kagum ialah kehidupan masyarakatnya yang berbi-lang bangsa dan kaum. Sungguh unik,” ka-tanya.

Matsuzuka yang bekerja di salah sebuah syarikat periklanan di ibu kota berkata, Festi-val Bon Odori itu bagai kenangan mengusik jiwa walaupaun tidak dapat meraikan ber-sama keluarga di Jepun, namun kemeriah-an pesta ini juga mampu memberi momen sama seperti berada di negara kelahirannya.

“Setiap kali festival itu disambut di sini, ia tidak pernah mengecewakan kerana sua-sananya tidak banyak berbeza seperti di Je-pun, malahan kali ini lebih meriah,” katanya.

17SelangorKini 9 - 15 Ogos 2018

Rencana MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

Simbolik hubungan 61 tahun

Bon Odori terus lakar sejarah

Page 17: muka 3 muka 5 muka 7 TARIF AIR KEKAL - selangorkini.my · KUNJUNGAN DUTA PERANCIS muka 5 TAWARAN AMBIL ALIH AKHIRI PENSTRUKTURAN SEMULA muka 3 ... kata, isu kos penstrukturan semu-la

18PBT

SelangorKini 9 -15 Ogos 2018

OLEH SHEEDA FATHIL

PETALING JAYA - Sayemba-ra Nyanyian Patriotik Selangor (SNPS) 2018 kembali dengan menawarkan hadiah keseluruhan RM10,450 kepada pemenang mengikut kategori masing-ma-sing.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Dato’ Mohd Azizi Mohd Zain berkata, program itu bertujuan menggalakkan masyarakat khu-susnya belia berkongsi semangat kebangsaan menerusi nyanyian.

Katanya, SNPS adalah salah satu program kesenian yang bakal mengangkat Kota Seni Pe-taling Jaya dengan lebih gemi-lang.

“Dengan wujudnya aktiviti sebegini, ia mampu melahirkan generasi yang mempunyai se-mangat kebangsaan tinggi. Pada masa sama, dapat mengisi masa lapang membanteras musuh nombor satu negara iaitu najis dadah.

“Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan menjadi tuan rumah sejajar matlamat Kerajaan Negeri iaitu Petaling Jaya adalah salah satu lokasi Kota Seni, di Selangor,” katanya pada sidang media SNPS 2018, di Ibu Pejabat

Didik semangat patriotik

Sayembara ���8 kembali

MBPJ, pada 2 Ogos lalu.Program itu dianjurkan Kera-

jaan Negeri melalui Jawatankua-sa Tetap Kebudayaan dan Pelan-congan, Peradaban Melayu dan Warisan dengan kerjasama MBPJ dan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) Selangor.

SNPS 2018 terbahagi kepada tiga kategori iaitu bawah 12 ta-

hun, bawah 18 tahun dan 19 ta-hun ke atas (terbuka) sama ada secara solo, duet atau berkum-pulan.

Mereka yang berminat bo-leh mendaftar secara percuma dengan mendapatkan borang menerusi Facebook MBPJ, Face-book Pemadam Selangor atau Whatsapp 0166806489.

Peserta yang mendaftar akan menerima e-mel pengesahan uji-an saringan bermula jam 8 pagi, di Kompleks Arena Petaling Jaya (Pusat Rakan Muda), pada 18 dan 19 Ogos ini.

Ujian saringan itu akan di-adili tiga juri profesional iaitu penyanyi dan komposer, Korie Aminuddin; pengurus artis, Jojie

Aminuddin dan guru vokal, Sarah Ismail.

Empat peserta terbaik daripa-da setiap kategori akan melang-kah ke peringkat akhir bermula jam 8.30 malam, di Dewan Sivik MBPJ, pada 22 September ini.

Sebanyak 20 lagu akan di-pertandingkan antaranya War-na Warni Malaysiaku (Dato’ Siti Nurhaliza), Anak Merdeka (Ella & The Boys), Warisan (Sudirman), Legenda (Dato’ Sheila Majid) dan Malaysia (Faizal Tahir).

SUBANG JAYA - Majlis Perban- daran Subang Jaya (MPSJ) menggesa masyarakat setem-pat memberi kerjasama dalam usaha mengekang wabak deng-gi, di kawasan pentadbiran itu.

Yang Dipertuanya, Noraini Roslan berkata, ia amat diperlu-kan bagi memastikan penu-laran kes demam deng-gi dapat dikurangkan.

“Setiap anggota rumah boleh melak-sanakan kempen 10 minit secara kerap

Bersama hapus denggidengan memeriksa dan meng-hapuskan kawasan tempat pembiakan nyamuk aedes.

“Semua penduduk juga di-galak melakukan aktiviti go-tong-royong di kawasan ke-diaman mereka tanpa perlu mengharapkan sepenuhnya

daripada Pihak Berkuasa Tem-patan,” katanya.

Terdahulu, sejum-lah 2,284 kes demam deng-

gi dicatatkan setakat minggu epid

ke 30 (sehingga 22 Julai), di kawasan pentad-

biran MPSJ.Daripada jumlah itu, 2,273

kes denggi adalah Demam Denggi Klasik (DDK), manaka-la bakinya 11 kes membabit-kan Demam Denggi Berdarah (DDB).

Bagaimanapun Noraini ber-kata, pihaknya segera men-jalankan modus operandi selepas menerima laporan kompaun dikeluarkan Jabatan Kesihatan Daerah Petaling.

Katanya, ia ekoran pening-katan daripada tiga kepada 14 lokaliti ‘hotspot’ yang direkod-kan jabatan kesihatan, sejak Jun lalu.

Semua penduduk juga digalak melakukan aktiviti gotong-royong di kawasan kediaman mereka tanpa perlu mengharap-kan sepenuhnya daripada Pihak Berkuasa Tempatan

NORAINI ROSLANYang Dipertua MPSJ

Kategori bawah 12 tahun

Johan RM1,000Kedua RM700Ketiga RM400 Keempat RM150

Kategori bawah 18 tahun

Johan RM1,500Kedua RM1,000Ketiga RM500 Keempat RM200

Kategori 19 tahun ke atas

Johan RM2,500Kedua RM1,500Ketiga RM700 Keempat RM300

BANTING - Seramai 12 pekerja asing ditahan hasil serbuan ke lapan kilang memproses plastik haram dalam operasi Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) bersama beberapa agensi di kawasan Seri Cheding dan Telok Panglima Garang, di sini, baru-baru ini.

Yang Dipertua MDKL, Moha-mad Zain A Hamid berkata, semua pekerja asing itu ditahan Jabatan Imigresen (Imigresen) di dua lokasi berbeza di Telok Panglima Garang kerana kesalahan di bawah Sub Seksyen (1) Seksyen 40, Ordinan Imigresen 1959.

“Operasi terbabit dijalankan bagi membanteras kegiatan pengusaha kilang berkaitan mengaut tanpa memikirkan keselamatan dan ke-sejahteraan penduduk di kawasan berdekatan yang mendukacitakan banyak pihak.

“MDKL berterima kasih kepada semua agensi yang membantu dengan penuh komited dalam operasi bagi memastikan Kuala La-ngat tidak menjadi daerah tempat longgokan sisa plastik walaupun Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan mengeluarkan arahan supaya lesen mengimport sisa plas-tik dihentikan serta-merta,” katanya.

Operasi kilang haram tahan �� pekerja asing

Beliau berkata, operasi MDKL itu membabitkan penyertaan 91 pegawai dan anggota penguat-kuasa daripada Imigresen, Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (Kastam), Pejabat Daerah Kuala Langat, Suruhanjaya Per-khidmatan Air Selangor, Syarikat Bekalan Air Selangor dan Tenaga Nasional Berhad.

Dalam operasi itu, Mohamad Zain berkata, semua pintu masuk kilang dimeterai MDKL selain pel-bagai jenis peralatan disita.

“Pihak kilang juga dikenakan pelbagai jenis notis kesalahan se- perti notis pemberitahuan di

bawah Seksyen 19 (1), Akta 172, notis pemberitahuan di bawah Seksyen 70 (13) (c), Akta 133 dan notis kesalahan di bawah Seksyen 70(a), Akta 171.

“Bagi memastikan kilang tidak dapat beroperasi, JAS turut me- meterai 18 mesin di bawah Sek-syen 38 (1)(A), Akta Kualiti Alam Sekeliling,” katanya.

Beliau berkata, Kastam turut menyita tujuh kotak minuman keras tak berkastam di bawah Akta Kastam 1967 dan Pejabat Daerah Kuala Langat mengeluarkan Notis 7A, Kanun Tanah Negara ke atas sebuah kilang, di Kampung Seri Cheding.

Page 18: muka 3 muka 5 muka 7 TARIF AIR KEKAL - selangorkini.my · KUNJUNGAN DUTA PERANCIS muka 5 TAWARAN AMBIL ALIH AKHIRI PENSTRUKTURAN SEMULA muka 3 ... kata, isu kos penstrukturan semu-la

19SelangorKini 9 - 15 Ogos 2018ADVERTORIAL

OLEH NORHAYATI UMOR

Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) cukup sinonim sebagai pelo-por aktiviti penguru-

san dan perniagaan pasir sejak ditubuhkan, pada 2008.

Bermula tahun 2016, KSSB mengorak langkah transfor-masi yang lebih agresif dalam perniagaan sedia ada dengan mengembangkan aktiviti perni-agaan ‘upstream’ kepada sumber lain membabitkan perlombo-ngan tanah liat, kuari, granite, ta-nah merah dan tanah beban.

Sebagai organisasi yang berpe-ngalaman menguruskan peng- eksplorasian, pengekstrakan, pe-ngeluaran dan penjualan sum-ber bahan batuan dan pasir uta-ma di Lembah Klang, KSSB turut mengembangkan operasi per-niagaannya ke negeri lain.

Sehingga kini, lokasi pengope- rasian mineral KSSB di seluruh Selangor meliputi kawasan per-lombongan tanah GLC dan tanah persendirian sebanyak 15 lom-bong, sungai (63), muka sauk (18) serta beberapa tapak tanah liat, kuari, granite, stockpile dan tanah merah. Kawasan yang sedang beroperasi pada skala besar (per-lombongan pasir) terletak di ka-wasan Bestari Jaya, Kuala Langat (perlombongan tanah liat), Hulu Langat (granite dan kuari) dan Sa-bak Bernam (tanah merah).

Selain itu, KSSB juga terbabit dalam aktiviti ‘downstream’ de-ngan melaksanakan penambah-baikan kolam takungan Ope-rasi Pam Air Kolam (OPAK) dan ope-rasi pengepaman air OPAK bagi penyelenggaraan muka sauk, hasil usahasama bersama pihak Unit Perancang Ekono-mi Negeri (UPEN) dan Jabatan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS). Peka dengan keperluan di dalam bidang perlombongan ini, KSSB meningkatkan kepaka-

ran sumber manusia di dalam bidang profesional dengan menyediakan perkhidmatan penyediaan skim perlombo- ngan Operation Mining Scheme (OMS). Penyediaan Laporan Environmental Impact Assess-ment (EIA) dan Laporan Pe-mantauan Alam Sekitar Envi-ronmental Monitoring Record (EMR). Kepakaran sumber KSSB ini memberi pendapatan baru kepada syarikat walaupun tidak besar berbanding pendapatan utama, namun memberi im-pak ketara kepada kelancaran operasi secara keseluruhan.

Kaedah pengoperasian

terbaik di Malaysia

Ketua Jabatan Operasi, Jafrikhairi Mhd Idris berkata, un-tuk mendapatkan kelulusan per-mit dan juga operasi pencucian, beberapa Jabatan Teknikal akan memberikan ulasan. Antaranya, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), JKR, Majlis, PTD, JMG, JPMS dan LUAS bergantung kepada jenis aktiviti pengoperasian membabitkan keadaan lokasi tapak operasi. An-tara ulasan dari Jabatan Teknikal yang disyarat-kan di dalam ulasan ialah penyelenggaraan jalan keluar masuk, keadaan

lalu lintas, kawalan pencemaran habuk, penyediaan ‘wash-thru’ dan kawasan penyimpanan mi-nyak diesel dan genset.

Katanya, syarat teknikal per-lombongan dan cucigali sungai di Selangor amat ketat berban-ding negeri lain dan KSSB akan sentiasa menerajui dengan me-nyediakan sistem atau kaedah terbaik dengan memastikan sis-tem keselamatan, kesihatan dan persekitaran (KKP) sentiasa diikuti kakitangan juga kontraktor.

Beliau berkata, sebelum se-suatu tapak mula beroperasi, pe-nyediaan dokumentasi diperlu-kan antaranya Pelan Ukur (Survey Plan), Pelan Keratan Rentas (su-ngai sahaja), skim cuci gali (OMS) dan kebenaran bertulis (KB) dari-pada LUAS.

“Pelan ukur mengandungi sempadan operasi dan lokasi infrastruktur serta binaan (seki-ranya ada), sempadan lot tanah berhampiran, manakala keratan rentas pula adalah maklumat

berkenaan kedalaman sungai semasa bertujuan memastikan pengeluaran pasir yang dikeluar-kan mengikut kadar sesuai.

“Skim cucigali berfokus ke-pada tatacara operasi mineral yang akan digunakan termasuk maklumat penggunaan air, jen-tera tenaga kerja, pengekstrakan dan pelan pencuciaan. Sebelum operasi di tapak bermula, penge-sahan dalaman oleh pihak KSSB dilakukan dengan mengada-kan ‘kick-off’ di tapak dengan di-hadiri Jabatan Operasi, Jabatan QSHE (Quality, Safety, Health and Environment), Jabatan Kontrak Perolehan, Jabatan Teknikal ber-sama pihak kontraktor, di tapak.

“Sebelum operasi dijalankan, KSSB akan membuat permoho-nan kebenaran bertulis daripada LUAS tertakluk Lesen Abstrasi (penggunaan air) dan Lesen Af-fluent (pelepasan bahan cemar),” katanya.

Pengoperasian di tapak, pe-nyediaan palong pencucian

bagi tujuan pencuciaan pasir, kolam hampas berdasarkan pengiraan Manual Saliran Mesra Alam (MASMA) untuk menampung kualiti ke-lodak terhasil daripada proses pencucian. Alur limpah dibina pada tiga kolam hempas bagi memastikan air lebihan keluar dari tapak opera-si mematuhi syarat Ja-

batan Teknikal.

Smart Doket jamin ketirisan pendapatan

KSSB sudah menambahbaik aplikasi sistem jualan sedia ada dengan memperkenalkan ap-likasi sistem ‘Smart Doket’ yang dibangunkan secara dalaman dengan kerjasama syarikat sistem penimbang bagi memu-dahkan Pejabat Tanah dan pen-guatkuasa dalam pemantauan

secara dalam talian di semua tapak operasi. Ia bukan sahaja menambahbaik ketirisan kepa-da pendapatan Kerajaan Negeri, malahan elemen yang mendo-rong ke arah salah guna kuasa juga disekat.

“Operasi jualan mengguna-kan sistem timbang masuk dan keluar, pemantauan CCTV, peng-gunaan doket dari PTD serta KSSB. Sistem prabayar dan jualan tunai, laporan pengeluaran sum-ber mineral secara bulanan kepa-da PTD serta JPMS.

“Pelbagai bentuk manipulasi atau penipuan boleh berlaku terutama membabitkan hal pe-ngangkutan, penjualan sumber mineral tanpa permit dan doket sah kepada pihak tidak bertang-gungjawab,” katanya.

Sedia Pelan RehabiLItasi lestarikan alam sekitar

Selepas aktiviti pengopera-sian mengeluarkan mineral tamat, KSSB mengambil tang-gungjawab dengan memberi-kan manfaat kepada kerajaan melalui UPEN dengan proses re-habitasi diterjemahkan kepada kolam takungan untuk diguna pakai sebagai kolam simpanan air bagi kegunaan OPAK.

Jafrikhairi berkata, terdapat dua projek yang kini hampir siap dilaksanakan membabit-kan projek Hybrid off River Augmentation System (HORAS) yang menjadi projek takungan pertama di bahagian hilir su-ngai, di Malaysia.

Di samping itu, projek ko-lam Hang Tuah sudah dinaik taraf dengan mendalamkan-nya bagi menyimpan kapasiti tambahan kepada kegunaan OPAK.

Kawasan terbabit kini dicadangkan sebagai salah satu tempat rekreasi bagi ak-tiviti setempat.

Page 19: muka 3 muka 5 muka 7 TARIF AIR KEKAL - selangorkini.my · KUNJUNGAN DUTA PERANCIS muka 5 TAWARAN AMBIL ALIH AKHIRI PENSTRUKTURAN SEMULA muka 3 ... kata, isu kos penstrukturan semu-la

20Pendidikan

SelangorKini 9 -15 Ogos 2018

OLEH NADIAH ZAMLUS

PETALING JAYA - Pencapaian akademik di Selangor mening- kat sejak 2015, kata Pengarah Jabatan Pendidikan Selangor (JPS), Mohd Salleh Mohd Kas-sim.

Katanya, Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) me-ningkat sebanyak 3.8 peratus, manakala Pentaksiran Tingka-tan 3 (PT3) naik kepada 79 peratus dan Sijil Pelajaran Ma-laysia (SPM) ialah 51 peratus, pada 2017.

“Selangor berada di pertengahan gelombang ke- dua Pelan Induk Pemba-ngunan Pendidikan Malay-sia 2013-2025, malahan kami amat berbangga kerana ker-jasama erat antara Yayasan Selangor dan JPS dapat memacu kecemerlangan akademik pelajar, di negeri ini.

“Selama ini, kita beranggapan pembabitan ibu bapa dengan pem-belajaran anak berlaku secara semula jadi. Namun dengan perubahan za-man dan cabaran semasa, usaha secara bersepadu yang dilakukan ini dapat menyumbang kepada kejayaan anak,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam uca-pan Majlis Perasmian Anugerah Kece-merlangan Pendidikan Yayasan Sela-ngor, di Menara Yayasan Selangor, pada 4 Ogos lalu.

Hadir sama Pemangku Pengurus Be-sar Yayasan Selangor, Zahura Zakry.

Bukan saja akademik, bidang ko-kurikulum turut menjadi nombor satu dalam kalangan pelajar dan murid, di Selangor.

Mohd Salleh berkata, hampir saban

tahun negeri itu menjadi nombor satu, dalam pelbagai acara.

“JPS juga tidak lupa selain kecemer-langan akademik, kita juga mahu men-jana modal insan kelas pertama dalam kalangan pelajar dan murid.

“Proses pendidikan juga tertumpu kepada proses cabaran globalisasi masa akan datang. Semoga jalinan kerjasama ini dapat memberi peluang berkualiti ke atas anak Selangor khu-susnya,” katanya.

PETALING JAYA - Tiada sekolah ditutup aki-bat jangkitan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Selangor walaupun jumlah kes berada pada tahap berjaga-jaga.

Pengarah Jabatan Pendidikan Selangor (JPS), Mohd Salleh Mohd Kassim berkata, bagaimana-pun hanya dua kelas ditutup di dua sekolah, di negeri itu.

“Selangor mempunyai kes tertinggi HFMD, na-mun perlu diingatkan bahawa bilangan murid kita di negeri ini hampir sejuta.

“Disebabkan itu peratusan ini dilihat terting-gi berbanding negeri lain, namun jabatan tetap mahu mengingatkan ibu bapa termasuk guru su-paya mengambil langkah berjaga-jaga.

“JPS sendiri sudah mengeluarkan langkah pencegahan. Hanya tinggal untuk guru dan murid mengikuti langkah diberikan supaya mengelakkan kes ini terus merebak,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Yaya-san Selangor 2017, di Menara Yayasan Selangor, pada 4 Ogos lalu.

Hadir sama Pemangku Pengurus Besar Yayasan Selangor, Zahura Zakry.

Sebelum ini, EXCO Kesihatan, Kebajikan, Pem-berdayaan Wanita dan Keluarga negeri, Dr Siti Ma-riah Mahmud berkata, Jangkitan HFMD di Selangor berada pada tahap berjaga-jaga dengan 9,300 kes dicatat, sejak Januari sehingga bulan lalu.

Katanya, golongan kanak-kanak berusia bawah enam tahun paling banyak menerima jangkitan berkenaan membabitkan 8,501 kes, kanak-kanak berusia tujuh hingga 12 tahun (568 kes) dan 231 kes untuk berusia 12 tahun ke atas.

Kes jangkitan HFMD memuncak pada awal Mei lalu di minggu ke-15 sehingga minggu ke-17 de-ngan merekodkan kira-kira 600 jangkitan seming-gu, di seluruh negeri.

Kerjasama JPS-Yayasan Selangor berhasil

Pencapaian akademik meningkat

Tiada sekolah tutup akibat HFMD

SHAH ALAM - Hasil ciptaan yang diberi nama ‘Mikania Fix-Wound Healing Cream’ ber-jaya melonjakkan nama tiga pensyarah Universiti Selangor (UNISEL) apabila meraih pingat emas sempena Pharma-IIDEX 2018, yang berlangsung, di sini, pada 3 Ogos lalu.

Mewakili Fakulti Kejurute-raan dan Sains Hayat (FSKH), ia diketuai Sarimah Mat Nawi ter-masuk dua pensyarah lain iaitu Nurhafizah Ibrahim serta Nur-khairul Bariyah.

Jurucakap UNISEL menerusi kenyataan berkata, ciptaan ino-vatif dan kreativiti yang dihasil-kan itu adalah produk herba dengan menggunakan sum-ber daripada sejenis tumbuhan yang dikenali sebagai ‘Mikania Micrantha’.

“Lebih menarik, produk ini menggunakan formula lembut, diuji secara dermatologi yang amat sesuai untuk bayi, kanak-kanak dan mereka yang mem-punyai kulit sensitif,” katanya.

Sehubungan itu, kejayaan di-rangkul pensyarah berkenaan diharap menjadi pendorong kepada tenaga akademik lain

Tiga pensyarah raih pingat emas Pharma-IIDEX ����

untuk terus menggapai kece-merlangan selaras memastikan UNISEL sebagai pusat pendidi-kan peneraju transformasi.

“Tahniah dan syabas diucap-kan kepada ketiga-tiga pen-syarah yang berjaya meng-harumkan nama UNISEL,” katanya.

Mengetengahkan tema ‘From Bench To Commercialization’, Pharma-IIDEX adalah pertan-dingan anjuran Fakulti Farma-si, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam.

Lebih menarik, produk ini menggunakan formula lembut, diuji secara dermatologi yang amat sesuai untuk bayi, kanak-kanak dan mereka yang mempunyai kulit sensitif

Page 20: muka 3 muka 5 muka 7 TARIF AIR KEKAL - selangorkini.my · KUNJUNGAN DUTA PERANCIS muka 5 TAWARAN AMBIL ALIH AKHIRI PENSTRUKTURAN SEMULA muka 3 ... kata, isu kos penstrukturan semu-la

21SelangorKini 9 - 15 Ogos 2018

Agama MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri melalui anak syarikatnya mengagihkan 1,200 ekor lembu bernilai RM6.4 juta kepada pengu-rusan masjid dan surau di seluruh Sela-ngor, sempena Aidiladha tahun ini.

Ia membabitkan kerjasama Pemer-badanan Menteri Besar, Perbadanan Kema-juan Negeri Selangor, Worldwide Holdings, Kumpulan Darul Ehsan Bhd, Kumpulan Se-mesta Sdn Bhd dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari ber-kata, sumbangan lembu korban itu adalah inisiatif Kerajaan Negeri bagi memasti-kan segenap lapisan masyarakat, khusus-nya yang kurang berkemampuan dapat melaksanakan ibadah korban.

“Seperti kelaziman dan tradisi tahun se-belum ini, Kerajaan Negeri menzahirkan rasa kasih dan sayang serta sikap Peduli Rakyat yang sentiasa memberikan soko-ngan padu terhadap pentadbiran negeri.

“Uniknya pada tahun ini, Kerajaan Ne-geri menggunakan sistem baucer supaya agihan lembu dapat dijalankan dengan lebih telus dan efisien.

“Senarai nama pembekal menepati syarat diberikan kepada setiap penerima dan terpulang kepada mereka untuk me-milih pembekal masing-masing.

“Saya percaya, kaedah ini memboleh-kan semua pihak termasuk penerima sumbangan berpuas hati dengan pemili-han lembu yang sudah ditetapkan,” ka-tanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Serahan Perdana Agihan Lem-bu Korban peringkat Negeri Selangor Ta-

SHAH ALAM - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan agensi berkai-tan mencadangkan supaya had umur minimum perkahwinan di Selangor diselaraskan kepada 18 tahun serta memperketatkan syarat perkahwi-nan bawah umur, di negeri itu.

MAIS menerusi kenyataan ber-kata, cadangan itu dibuat selepas perbincangan mendalam dibuat bersama Jabatan Agama Islam Se-langor, Jabatan Kehaki-man Syariah Selangor dan pakar daripada pel-bagai jabatan serta agensi termasuk pakar peru-batan, universiti selain badan bukan kera-jaan.

“Hasil perbicangan itu, keputusan bersama di-capai bagi mencadangkan pindaan kepada peruntukan di bawah Enak-men Undang-Undang Keluarga Is-lam (Negeri Selangor) 2003 yang

membabitkan had umur minimum bagi perkahwinan di bawah umur bagi orang Islam, di Selangor.

“Cadangan pindaan adalah bagi menaikkan had umur minimum

perkahwinan bagi wanita daripada 16 tahun yang sedia ada di bawah undang-undang kepada 18 ta-hun.

“Dengan cadangan pin-daan ini, had umur mini-mum perkahwinan bagi

wanita dan lelaki Islam di Selangor akan dise-

laraskan menjadi umur minimum 18 tahun,” ka-

tanya.B a g a i m a n a p u n ,

cadangan pindaan enakmen itu akan

dibawa pada sidang De-wan Negeri Selangor, se-

cepat mungkin.“Keputusan mesyuarat bersetuju

memperketatkan kelulusan perkahwi-nan di bawah umur oleh Hakim Mah-

kamah Syariah dengan mengambil kira kepentingan kanak-kanak yang terbabit, dalam perkahwinan itu.

“Syarat dicadangkan mewajibkan hakim mengarahkan kanak-kanak terbabit menjalani kursus kekeluar-gaan khas, sesi kaunseling dikendali-kan kaunselor Jabatan Kebajikan Ma-syarakat dan pemeriksaan perubatan oleh pegawai perubatan hospital ke-rajaan.

“Hakim juga diwajibkan menyiasat kedudukan ekonomi bakal suami, rekod jenayah lampau jika ada dan memanggil bakal suami atau bakal is-teri dan bakal ibu bapa mentua atau pihak lain untuk diambil keterangan sebelum sesuatu permohonan diper-timbangkan,” katanya.

Terdahulu, media tempatan mela-porkan perkahwinan antara seorang peraih getah berusia 41 tahun de-ngan kanak-kanak perempuan beru-sia 11 tahun yang tersebar selepas isteri kedua lelaki terbabit memuat naik status, di Facebook miliknya.

WAKTU SOLAT SELANGOR

Gombak, Hulu Selangor, Rawang, Hulu Langat, Sepang, Petaling dan Shah Alam

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak Sabak Bernam dan Kuala Selangor

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak Klang dan Kuala Langat

9 - 15 Ogos 201827 Zulkaedah - 3 Zulhijjah 1439H

09 Khamis 5:43 5:53 7:11 1:22 4:40 7:28 8:4010 Jumaat 5:43 5:53 7:10 1:21 4:40 7:28 8:4011 Sabtu 5:43 5:53 7:10 1:21 4:39 7:28 8:3912 Ahad 5:43 5:53 7:10 1:21 4:39 7:27 8:3913 Isnin 5:43 5:53 7:10 1:21 4:38 7:27 8:3914 Selasa 5:43 5:53 7:10 1:21 4:38 7:27 8:3815 Rabu 5:43 5:53 7:10 1:21 4:37 7:27 8:38

09 Khamis 5:45 5:55 7:12 1:24 4:42 7:31 8:4210 Jumaat 5:45 5:55 7:12 1:24 4:42 7:30 8:4211 Sabtu 5:45 5:55 7:12 1:24 4:41 7:30 8:4212 Ahad 5:45 5:55 7:12 1:23 4:41 7:30 8:4113 Isnin 5:45 5:55 7:12 1:23 4:40 7:30 8:4114 Selasa 5:45 5:55 7:12 1:23 4:40 7:29 8:4115 Rabu 5:45 5:55 7:11 1:23 4:39 7:29 8:40

09 Khamis 5:44 5:54 7:12 1:22 4:41 7:28 8:4010 Jumaat 5:44 5:54 7:12 1:22 4:41 7:28 8:3911 Sabtu 5:44 5:54 7:12 1:22 4:40 7:27 8:3912 Ahad 5:44 5:54 7:11 1:22 4:40 7:27 8:3913 Isnin 5:44 5:54 7:11 1:21 4:39 7:27 8:3814 Selasa 5:44 5:54 7:11 1:21 4:39 7:27 8:3815 Rabu 5:44 5:54 7:11 1:21 4:38 7:26 8:38

Sempena Aidiladha

Kerajaan Negeri agih �,��� lembu

Amirudin ditemani Haris dan Izham melihat lembu korban, di Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Belia & Kebudayaan

hun 2018, di Dewan Raja Muda Musa Kom-pleks Belia & Kebudayaan, di sini, pada 5 Ogos lalu.

Turut hadir EXCO Infrastruktur dan Ke-mudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Ir Izham Hashim; Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor, Dato’ Mohd Tamyes Abdul Wahid dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Dato’ Haris Kasim.

Bagaimanapun, Amirudin menggesa semua pihak menjaga dan mengekalkan keharmonian kaum serta sentiasa menye-mai semangat pengorbanan, bertepatan dengan tuntutan agama.

“Sempena Aidiladha, saya menyeru semua pihak supaya saling merapatkan saf ukhwah dan mengekalkan perpaduan di Selangor yang terkenal dengan ma-syarakat majmuknya.

“Ini kerana, jika kita inginkan satu pe-rubahan positif kepada diri sendiri dan masyarakat, pengorbanan itu perlu di-lakukan secara berterusan.

“Pada masa sama saya yakin kita akan mengerti bagaimana konsep perkong-sian kehidupan terutama dengan me-reka yang kurang berkemampuan,” ka-tanya.

MAIS cadang had umur perkahwinan Selangor �8 tahun

Page 21: muka 3 muka 5 muka 7 TARIF AIR KEKAL - selangorkini.my · KUNJUNGAN DUTA PERANCIS muka 5 TAWARAN AMBIL ALIH AKHIRI PENSTRUKTURAN SEMULA muka 3 ... kata, isu kos penstrukturan semu-la

22Wanita & Kebajikan

SelangorKini 9 -15 Ogos 2018

1. Tender adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor yang dimiliki 100% oleh rakyat tempatan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja berikut:-

OPERASI PENGURUSAN PEMBERSIHAN DAN PEMBANGUNAN SG. KLANG, SELANGOR DARUL EHSANNo. Tender : MBI/LLSB/TPED/02/2018

PAKEJ 2 & PAKEJ 3 : MEMBINA DAN MENYIAPKAN 3 NOS LOG BOOM DAN KERJA-KERJA BERKAITAN DI:(1) TAPAK 2 STORMWATER DRAIN, JALAN TAMAN SENTOSA, PJS 3,

MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA, SELANGOR (2) TAPAK 3 SG. KAYU ARA, ARA DAMANSARA, MAJLIS BANDARAYA

PETALING JAYA, SELANGOR (3) TAPAK 5 SG. KLANG – KG. SERI AMAN HILIR, MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA, SELANGOR

2. Kontraktor-kontraktor yang ingin menyertai tender ini hendaklah berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam G4 atau G5 di bawah Kategori CE Pengkhususan CE03, atau Kategori ME Pengkhususan M15.

3. Segala butir dan dokumen tender boleh didapati dari pukul 10.00 pagi hingga 5.00 petang di Ranhill Consulting Sdn Bhd, Suite 2302, Tingkat 23, Plaza Permata, No. 6 Jalan Kampar, Off Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur, mulai dari 15/8/2018 sehingga 17/8/2018.

4. Dokumen tender hanya akan dikeluarkan kepada wakil-wakil kontraktor yang ditauliahkan atau yang membawa surat wakil kuasa dari pegawai yang ditauliahkan. Wakil kontraktor dikehendaki membawa  sijil pendaftaran asal  dan  salinan  bagi  Sijil  Perakuan Pendaftaran  dan  Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK)  yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan  Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Sijil Pengiktirafan Taraf Bumiputera.

5. Pentender yang ingin memasuki tender di atas adalah dikehendaki mengeluarkan wang pos/wang kiriman pos/draf bank berharga RM500.00 yang dibuat atas nama Landasan Lumayan Sdn Bhd, sebagai bayaran dokumen tender.

6. Lawatan ke tapak pembinaan adalah DIWAJIBKAN dan hanya kontraktor yang menghadiri lawatan tapak dibenarkan membeli dan mengemukakan dokumen tender. Kontraktor hendaklah melaporkan diri pada hari Isnin, 13 Ogos 2018 jam 10.00 pagi di Tapak 3 Sg. Kayu Ara, Ara Damansara (Koordinat: 3o 7’ 28.49’ N, 101o 34’ 16.21 ‘E) untuk lawatan ke tapak pembinaan tersebut dan seterusnya lawatan ke tapak pembinaan Tapak 2 Stormwater Drain, Jalan Taman Sentosa, PJS 3 (Koordinat: 3o 4’ 20.82’ N, 101o 38’ 44.09 ’E)” dan berakhir di Tapak 5 Sg. Klang - Kg. Seri Aman Hilir (Koordinat: 2o 58’ 48.85’ N, 101o 34’ 38.93 ‘E).

7. Tender ini akan ditutup pada 28 Ogos 2018. Dokumen tender hendaklah dihantar ke Ranhill Consulting Sdn Bhd, Suite 2302, Tingkat 23, Plaza Permata, No. 6 Jalan Kampar, Off Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur tidak lewat dari jam 12.00 tengah hari pada hari tersebut.

8. Sebarang pertanyaan sila hubungi Ranhill Consulting Sdn Bhd di talian 03-2716 8888 (samb. 1618).

LANDASAN LUMAYAN SDN BHD (989368-H)(SYARIKAT DI BAWAH KUMPULAN MBI)

(TAWARAN TERBUKA)

OLEH HAFIZAN TAIB

PUTRAJAYA - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) berpendirian tegas menolak perkahwinan bawah umur dan perlu dielakkan ekoran bercanggah dengan prinsip perkemba-ngan kanak-kanak.

Dalam kenyataan media, jurucakap-nya berkata, KPWKM memandang serius perkara itu dan usaha perlu dilakukan bagi mengatasi masalah sedia ada demi masa depan kanak-kanak lebih terjamin.

“KPWKM tegas berpendirian kanak-kanak perlu diberi peluang untuk mengembangkan potensi sepenuhnya se-laras dengan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC).

“Kementerian menolak sama sekali perkahwinan membabitkan kanak-kanak pada usia terlalu muda terutama de-ngan pasangan dewasa,” katanya berkai-tan perkara itu khususnya merujuk kes perkahwinan seorang lelaki 41 tahun dan kanak-kanak 11 tahun, di Kelantan, bulan lalu.

Pada masa ini, katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan terperinci dan kementerian men-jangkakan ia akan selesai segera bagi membolehkan tindakan perundangan bersesuaian serta tepat dapat diambil ke

SHAH ALAM - Hal Ehwal Wanita (HELWA) Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) me-nyambut baik cadangan kerajaan menaik-kan had umur minimum perkahwinan bagi wanita daripada 16 kepada 18 tahun.

Naib Presidennya, Nor Azura Kamaru-din Sohami berkata, tindakan itu tepat pada masanya dan selaras kepentingan masa ha-dapan kanak-kanak seperti di-nyatakan dalam Konvensyen Hak Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 1989.

“HELWA ABIM melihat cada-ngan Majlis Agama Islam Sela-ngor meminda had umur mini-mum perkahwinan wanita itu menepati seperti yang terpakai dalam peruntukan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

“Tindakan dengan kerjasama Jabatan Kehakiman Syariah Selangor dan Jabatan Agama Islam Selangor mengumpulkan pan-dangan pakar daripada pelbagai bidang khususnya perubatan, undang-undang, pen-

didikan serta badan bukan ke-rajaan bagi membincangkan perkara ini selain menam-bahbaik peruntukan sedia ada tepat pada masanya demi kemaslahatan kanak-kanak Islam, di Selangor,” katanya dalam kenyataan.

Kenyataan itu juga berkata, selain men-getatkan syarat bersifat prosedural di peringkat permohonan perkahwi-nan di Mahkamah Syariah, faktor kesihatan seksual dan reproduktif harus di-jadikan pertimbangan utama hakim dalam mem-buat keputusan, selain hak mendapat peluang serta meneruskan pendidikan.

“Kita juga ingin menggesa Majlis Aga-ma Islam negeri lain me-ngadakan perbincangan khusus dan komprehen-

sif dengan semua pihak berkepentingan, termasuk Jabatan Mufti masing-masing supaya pindaan dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam seperti ini disege-rakan,” katanya.

usaha bersama Menteri Hal Ehwal Agama di Pejabat Perdana Menteri untuk mene-tapkan had umur minimum bagi perkah-winan di dalam semua perundangan ke-pada 18 tahun.

Perkara itu jelasnya, membabitkan Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984, Ordinan Un-dang-Undang Keluarga Islam (Sarawak) 2001, Enakmen Undang-Undang Keluar-ga Islam setiap negeri, Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Per-ceraian) 1976, Enakmen Mahkamah Anak Negeri 1992 di Sabah dan undang-undang adat kaum peribumi, di Sarawak.

Pada masa sama, KPWKM mengalu-alu-kan pengumuman Majlis Agama Islam Se-langor berhubung cadangan menaikkan had umur mimimum perkahwinan untuk kanak-kanak perempuan beragama Islam kepada 18 tahun di Selangor dan berharap inisiatif sama dipertimbangkan negeri lain ke arah menyelaraskan had umur mini-mum perkahwinan, di Malaysia.

Selain daripada mengubah perunda-ngan dan polisi, KPWKM berkata, adalah penting untuk memperkasakan pengeta-huan ibu bapa berhubung kesan negatif perkahwinan kanak-kanak yang dinafikan hak kesihatan, pendidikan, keselamatan dan perkembangan diri mereka.

“Kita perlu memperkasakan pengeta-huan komuniti bahawa praktis perkahwi-nan kanak-kanak bersandarkan kepada budaya atau adat adalah salah dan pendi-dikan serta peluang latihan adalah kunci kepada masa depan cerah anak kita.

“KPWKM kini bekerjasama erat de-ngan Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Ekonomi penting untuk menghapuskan kemiskinan, me-ningkatkan taraf hidup komuniti luar bandar serta memberi peluang pemer-kasaan ekonomi terutama kepada wani-ta untuk memastikan keluarga tidak me-milih perkahwinan kanak-kanak demi kelangsungan hidup,” katanya.

Perkahwinan bawah umur kanak-kanak

KPWKM bantahatas pesalah.

Tegasnya, KPWKM ber-sama Jabatan Peguam Negara akan memastikan keadilan ditegakkan dan hak kanak-kanak itu diso-kong.

“Kementerian bersama pihak berkepentingan ter-masuk Pertubuhan Bu-kan Kerajaan Wanita dan Kanak-Kanak, beberapa pa-kar agama dan mufti serta Mahkamah Syariah selain pada masa sama, Jabatan Kebajikan Masyarakat juga sedang memantau status kebajikan kanak-kanak ini serta keluarga.

“Kes ini membuka kepada isu lebih be-sar membabitkan beribu perkahwinan kanak-kanak di Malaysia dan ia adalah satu masalah sistematik memerlukan analisis secara terperinci juga penyelesaian kekal,” katanya.

Sebagai langkah jangka masa panjang, KPWKM berkata, pihaknya sedang dalam

HELWA ABIM sokong cadangan naik had umur perkahwinan wanita

Kes ini membuka kepada isu lebih besar membabitkan beribu perkahwinan kanak-kanak di Malaysia dan ia adalah satu masalah sistematik memerlukan analisis secara terperinci juga penyelesaian kekal

KENYATAAN MEDIAKPWKM

Nor Azura KamarudinSohami

Page 22: muka 3 muka 5 muka 7 TARIF AIR KEKAL - selangorkini.my · KUNJUNGAN DUTA PERANCIS muka 5 TAWARAN AMBIL ALIH AKHIRI PENSTRUKTURAN SEMULA muka 3 ... kata, isu kos penstrukturan semu-la

23SelangorKini 9 - 15 Ogos 2018

Sukan MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

PETALING JAYA - Demi memas-tikan keselamatan pemain terja-min, Persatuan Bola Sepak Ma-laysia (FAM) menghantar seorang pegawai keselamatan mengiringi skuad Bawah 23 Tahun (B-23) ke-bangsaan ke Sukan Asia 2018, di Indonesia, bulan depan.

Perkara itu disahkan ketua jurulatih skuad B-23 negara, Datuk Ong Kim Swee selepas beliau dimaklumkan oleh Pre-siden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin.

Kim Swee berkata, lang-kah FAM menghantar seorang pegawai keselamatan itu mam-pu meningkatkan tahap ke-selamatan pasukan, sekali gus membantu pemain memberi sepenuh tumpuan terhadap saingan, di Indonesia.

“Saya dihubungi Presiden FAM dan dimaklumkan bahawa kita mendapat seorang pega-wai keselamatan untuk ber-sama pasukan yang kita tahu

Demi keselamatan

Pegawai keselamatan iringi skuad B-��

keadaan amat tegang, di sana (Indonesia).

“Paling penting ialah kesela-matan pemain dan pegawai. Jika kita mempunyai peranca- ngan daripada segi kesela-matan dengan adanya pegawai keselamatan ini, saya percaya beliau mempunyai peranca-ngan tertentu jika berlaku se-barang kemungkinan nanti,” katanya.

Persengketaan dan provo-kasi membabitkan penyokong bola sepak Malaysia dan Indo-

nesia adalah satu senario lazim yang berlaku apabila kedua-dua negara bertanding dalam kejohanan sama.

Bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini situasi itu semakin te-gang apabila skuad Bawah 19 Tahun (B-19) negara terpaksa berdepan detik cemas sejurus menewaskan Indonesia untuk melangkah ke final Kejuaraan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) B-19 2018.

SHAH ALAM - PKNS memulakan kempen Piala Malaysia dengan langkah kanan apabila mengalah-kan PDRM 5-2 pada aksi pembu-kaan Kumpulan B di Stadium Hang Jebat, Melaka, pada 5 Ogos lalu.

Skuad kendalian Datuk K Rajago-pal memperoleh gol seawal minit ke 27 hasil sepakan penalti Ro- mel Oswaldo apabila Rafeal Rama-zotti dijatuhkan penjaga gol tuan rumah, Ahmad Sheril Anuar Saini.

Gol pembukaan itu menyaksi-kan permainan bertambah ran-cak dan PDRM mendapat jari- ngan penyamaan melalui Petri-sor seminit sebelum separuh masa pertama berakhir.

Bersambung babak kedua, The Red Ants sekali lagi menda-hului The Cops hasil tolakan ke ja-ring oleh Daniel Sang Ting (m47).

Mendahului 2 – 1, PKNS FC te- rus berusaha menambah jari-

ngan dan serangan berterusan dilakukan membuka ruang Faris Ramli mencipta gol ketiga (m63) diikuti Ramazotti menjaringkan gol keempat (m74).

The Cops mendapat gol kedua melalui Mohd Baqiuddin Sham-sudin empat minit kemudian, na-mun PKNS FC terus menghukum tuan rumah dengan gol kelima Mohd Safee Sali pada minit akhir permainan.

PKNS FC benam PDRM �-� Nur Syazwani raih emas Kejohanan BolingRemajaDuniaKUALA LUMPUR - Pemain bol-ing muda negara, Nur Syaz- wani Sahar menamatkan ke-marau Malaysia de- ngan memenangi pi- ngat emas da-lam acara All-Events wanita Ke-johanan Boling Remaja Dunia 2018, di Michi-gan, Amerika Sya- rikat, pada 3 Ogos lalu.

Remaja berusia 19 tahun itu mengumpul 3,937 jatu-han pin dalam tiga acara iaitu perseorangan, beregu dan empat sepasukan untuk

meraih pingat pertama Malay-sia dalam kejohanan, tahun ini.

Beliau adalah pemain kedua Malaysia yang memena-

ngi emas dalam aca-ra itu selepas Es-ther Cheah, pada 2006.

Juliana Botero dari Colombia

dan Hong Sun-hwa dari Korea Selatan berkong-

si pingat perak selepas masing-masing mencatatkan 3,903 jatuhan pin, menurut la-man sesawang www.2018wyc.

worldbowling.org.

SHAH ALAM - Pelumba negara, Mohd Zaqhwan Zaidi, muncul naib juara Perlumbaan 1 SuperSports 600cc Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC), di Litar Lumba Motor Ma-dras, Chennai, India, baru-baru ini.

Walaupun gagal menepati sasa-ran, pelumba Musashi Boon Siew Honda Racing itu tetap berpuas hati apabila bermula dari petak ketiga.

Zaqhwan menamatkan 16 pusi-

ngan perlumbaan dengan masa ke-seluruhan 27’35.304s di belakang juara juga pendahulu keseluruhan, Anthony West (Webike Ikazuchi Racing) dengan masa 27’5.304s.

Tempat ketiga, Taiga Hada (Idemitsu Honda Racing India by T.Pro Ten10) dengan masa 27’36.885s.

“Perlumbaan ini sangat sukar ter-utama faktor cuaca berubah-ubah.

Selain itu, saya juga bermula agak perlahan serta sedikit ketinggalan, pada awal per-lumbaan.

“Saya cuba mengejar dan memberikan saingan ke-pada West pada penghu-jung perlumbaan, namun disebabkan jurang agak jauh menyebabkan gagal mendekatinya,” katanya.

Zaqhwan naib juara di India

Page 23: muka 3 muka 5 muka 7 TARIF AIR KEKAL - selangorkini.my · KUNJUNGAN DUTA PERANCIS muka 5 TAWARAN AMBIL ALIH AKHIRI PENSTRUKTURAN SEMULA muka 3 ... kata, isu kos penstrukturan semu-la

Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul EhsanDicetak oleh NAJ Press Resources (M) Sdn. Bhd., Lot 19, Jalan Lada Hitam 16/12, 40200 Seksyen 16, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-5519 6373 Faks : 03-5512 7985

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM - Penganjuran Fiesta Sukan Antarabangsa UiTM ke-13 (UISF2018) anjuran Universiti Teknologi Mara (UiTM) sekali lagi mendapat sambutan menggalakkan apabila disertai 27 institusi pengajian tinggi daripada lapan negara.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, selain mengeratkan hubungan antara IPT terbabit, aca-ra membabitkan 850 kontinjen itu turut menjadi medan untuk atlet menguji prestasi masing-masing, dalam acara disertai.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada UiTM kerana me-nganjurkan fiesta sukan dan mem-promosi Shah Alam kepada rakan luar negara kita.

“Saya yakin sukan ini dijalan-kan dengan penuh semangat ke-sukanan dan membina semangat sebenar sukan universiti,” katanya ketika merasmikan Fiesta Sukan Antarabangsa UiTM ke-13 (UISF2018), di Stadium Mini Hoki UiTM, pada 1 Ogos lalu.

Amirudin berkata, selain UiTM,11 IPT dari Indonesia, Filipi-na (3), Brunei (2), Sri Lanka (7), Singapura, Pakistan dan Nepal pula masing-masing diwakili sebuah IPT mengambil bahagian dalam temasya sukan yang berlangsung, pada 1 hingga 5 Ogos itu.

Acara sukan dipertandingkan adalah ragbi tujuh sebelah, futsal, bola jaring, badminton, tennis, ping pong dan hoki sem-bilan sebelah

Disertai 27 IPT antarabangsa

MB rasmi UISF���8

SHAH ALAM - Kerjasama erat anta-ra Kerajaan Negeri, Majlis Bandara-ya Shah Alam (MBSA) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dalam penganjuran pelbagai acara antarabangsa mampu memberi manfaat kepada ketiga-tiga pihak.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, kerjasama seumpa-ma ini boleh diwujudkan dengan menjadikan Selangor sebagai tuan rumah acara yang bakal dijalankan.

“Saya ingin mengambil peluang mencadangkan kepada UiTM un-

tuk menjalin kerjasama erat dengan Kerajaan Negeri dan MBSA mengan-jurkan lebih banyak acara antara-bangsa seperti persidangan, semi-nar dan sudah tentu pertandingan sukan pada masa akan datang di Shah Alam dan tempat lain, di Sela-ngor,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Fiesta Sukan Antara-bangsa UiTM ke-13 (UISF2018), di Stadium Mini Hoki UiTM, pada 1 Ogos lalu.

Katanya, acara seperti itu mem-

bantu menaikkan nama Selangor, MBSA dan UiTM sendiri di mata dunia selain meningkat hubungan dengan pelbagai agensi negara luar.

Ketika berucap di hadapan 850 kontinjen, Amirudin turut me-ngambil kesempatan mempelawa atlet melawat beberapa tempat menarik sekitar bandar raya Shah Alam seperti Masjid Sultan Sala-huddin Abdul Aziz Shah, Muzium Selangor, Taman Tasik Shah Alam, Taman Tema seperti i-City dan Sunway Lagoon.

Tingkat kerjasama, anjur acara antarabangsa

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada UiTM kerana menganjurkan fiesta sukan dan mempromosi Shah Alam kepada rakan luar negara kitaAMIRUDIN SHARIDato’ Menteri Besar

Amirudin Shari merasmikan UISFA2018, di Stadium Mini Hoki UiTM, pada 1 Ogos lalu