Upload
iry-said
View
239
Download
8
Embed Size (px)
DESCRIPTION
3435465789
Citation preview
MENGATASI MASALAH MURID TAHUN 2
DALAM MENYEBUT PERKATAAN KV+KVK DENGAN MENGGUNAKAN
TEKNIK FONTUR SUKU KATA
MOHAMAD HAIRY BIN SAID
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian
(Bahasa Melayu Pendidikan Rendah)
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS KENT, TUARAN, SABAH
2015
i
PENGESAHAN PENYELIA
“Saya akui bahawa saya telah membaca laporan penyelidikkan ini dan pada pandangan
saya karya ini telah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN
(Bahasa Melayu Pendidikan Rendah)
Tandatangan : ……………………………………………………
Nama Penyelia : Puan Sarimawathy Binti Jumaine
Tarikh :
ii
HALAMAN PENGAKUAN
“Saya akui laporan kajian ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan : _______________________
Nama Penulis : Mohamad Hairy Bin Said
Tarikh :
iii
HALAMAN DEDIKASI
Khusus buatmu insan tersayang,
Ayahanda Said Bin Yaakub
♥
Bonda Jabidah Bte Samrin
Tidak dilupakan seluruh ahli keluarga,
Mohamad Heirman Bin Said
Dg. Kartinny Binti Said
Dg. Kartinah Binti Said
Mohamad Nasipkhan Bin Abdullah
Alinah Bte weh
Terima kasih kerana menjadi sumber kekuatan,
Meniup semangat dalam hala tuju kerjayaku,
Dan sentiasa menyayangiku,
Semoga usaha ini berjaya memberi manfaat yang berguna kepada sesiapa sahaja dalam usaha
untuk meningkatkan mutu pendidikan negara
iv
PENGHARGAAN
Bismillahirrahmanirrahim…
Alhamdulillah, setinggi-tinggi rasa syukur dipanjatkan kepada Allah S.W.T,
kerana dengan limpah kurnia-Nya, diberi peluang dan kesempatan untuk
menyempurnakan kajian tindakan ini. . Sesunguhnya usaha dan doa menjadi amalan dan
dorongan buat saya dalam menjayakan tugasan ini.
Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah penyelia, iaitu Puan
Sarimahwathy Binti Jumaine, atas bimbingan serta tunjuk ajar yang diberikan amatlah
bermakna kepada saya. Tanpa bimbingan yang diberikan, adalah mustahil bagi saya
untuk berjaya menyempurnakan kajian tindakan yang saya jalankan.
Selain itu, jutaan terima kasih juga diucapkan kepada kedua-dua ibu bapa
tercinta yang berada jauh di mata. Berkat sokongan dan doa daripada mereka menjadi
pembakar api semangat kepada saya agar meneruskan usaha-usaha ke arah penyiapan
kerja tugasan ini.
Akhir sekali, tidak juga dilupakan ucapan terima kasih buat semua rakan PISMP
BM (SJKT) Ambilan Januari 2012 yang turut sama menyumbang idean dan pendapat
dalam pelaksanaan dan penulisan kajian ini.
v
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujan untuk mengatasi masalah murid dalam menyebut perkataan KV+KVK dengan menggunakan Teknik Fontur Suku Kata. Reka bentuk kajian yang dipilih adalah berdasarkan model Kurt Lewin (1946). Seramai 4 orang subjek telah dipilih dan terlibat dalam kajian ini, iaitu pengkaji memfokuskan kepada murid tahun 2 sebagai sasaran kajian. Tinjauan awal telah dilaksanakan berdasarkan ujian diagnostik dan pemerhatian awal. Hasil daripada tinjauan awal yang telah dijalankan, maka pengkaji mendapati bahawa terdapat sebilangan murid tahun 2 mengalami masalah dalam meyebut perkataan KV+KVK dengan betul, jelas, dan lancar. Pengkaji telah memperincikan masalah yang dihadapi oleh subjek kajian, antaranya ialah subjek tidak boleh menyebut suku kata awal bagi perkataan KV+KVK, tidak boleh menyebut suku kata akhir bagi perkataan KV+KVK , dan tidak boleh menyebut gabungan suku kata awal dan akhir bagi perkataan KV+KVK dengan betul dan lancar. Atas kesedaran ini, maka pengkaji menjalankan kajian dan berpendapat bahawa masalah ini dapat diatasi melalui aplikasi penggunaan Teknik Fontur Suku Kata. Teknik Fontur Suku Kata merupakan sebuah teknik yang menggabungkan kaedah permainan bahasa dengan kaedah fonetik dalam pengajaran dan pembelajaran bagi kemahiran menyebut bunyi suku kata perkataan. Istilah Fontur diambil daripada akronim fonetik dan catur. Hal ini bermaksud, pelaksanaan teknik ini dilakukan dengan mengambil ciri bagi permainan catur dan pengajaran dalam bentuk kaedah fonetik. Instrumen yang digunakan untuk mengukur kajian ini antaranya termasuklah pemerhatian secara berstruktur, soal selidik, rakaman video, ujian diagnostik dan ujian pencapaian. Dapatan kajian ini membuktikan bahawa aplikasi penggunaan Teknik Fontur Suku Kata berkesan untuk mengatasi masalah subjek dalam menyebut perkataan KV+KVK dengan betul, jelas dan lancar. Justeru, pengkaji yakin bahawa Teknik Fontur Suku kata perlu diperluas penggunaannya dalam pengajaran dan pembelajaran bagi kemahiran menyebut perkataan.
vi
ABSTRACT
This study is carried out to overcome the problem of students in pronouncing KV+KVK words by using Syllable Fontur Technique. The structure of this study is based on the model of Kurt Lewin (1946). A total of 4 persons were chosen and involved in this study. As the results of the initial survey conducted, the researcher found that certain students in primary 2 were having problems in pronouncing KV+KVK words. With this in mind, the researcher conducted a study and believes that this problem can be overcome through the application of Syllable Fontur Technique. Syllable Fontur Technique is a technique that combines language gaming methods with phonetic methods in the teaching and learning skills of pronouncing the sound of word syllables. The term Fontur is derived from the acronym phonetics (fonetik) and chess (catur). This means that the implementation of this technique is performed by taking the features of chess and teaching in the form of phonetic method. Instruments used read this study are structured observations, questionnaires, video recordings, diagnostic test and achievement test. This study proves that the application of the use of Syllable Fontur Technique works in overcoming the problems of subjects to pronounce KV+KVK words correctly, clearly and smoothly. Thus, researcher strongly believes that the Syllable Fontur Technique should be used in teaching and learning process for the word pronouncing skill.
vii
SENARAI KANDUNGAN
Tajuk
HALAMAN JUDUL i
PENGESAHAN PENYELIA ii
HALAMAN PENGAKUAN iii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI LAMPIRAN xv
viii
Muka Surat
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 2
1.2 Refleksi Pengajaran Dalam Pembelajaran
1.2.1 Refleksi pengajaran dalam pembelajaran yang lalu 5
1.2.2 Refleksi Nilai Pendidikan 8
2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN
2.1 Isu Kajian 12
2.2 Tinjauan Masalah 13
2.3 Tinjauan Literatur Berkaitan dengan Isu kajian 13
3.0 OBJEKTIF DAN PERSOALAN KAJIAN
3.1 Objektif Am 17
3.2 Objektif Khusus 17
3.3 Persoalan Kajian 18
3.4 Kepentingan kajian 18
4.0 KUMPULAN SASARAN 19
ix
5.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN
5.1 Model Penyelidikan Tindakan Yang dijalankan 20
5.2 Teknik Fontur Suku Kata 21
5.3 Pelaksanaan Tindakan Intervensi 23
6.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA 25
7.0 ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA
7.1 Analisis Data Melalui Pemerhatian 37
7.2 Analisis Data Melalui Soal Selidik 51
7.3 Analisis Data Melalui Ujian Secara Lisan 57
7.4 Analisis Data Melalui Rakaman Video 70
8.0 RUMUSAN / REFLEKSI KAJIAN 72
9.0 CADANGAN KAJIAN SELANJUTNYA 76
10.0 PENUTUP 78
11.0 SENARAI RUJUKAN 79
12.0 LAMPIRAN 81
x
SENARAI JADUAL
Jadual Tajuk Jadual Muka Surat
1 (a) Standard kandungan dan standard pembelajaran bagi
kemahiran membaca tahap satu.
4
1 (b) Standard kandungan dan standard pembelajaran bagi
kemahiran membaca tahap dua.
4
2 Jadual Pelaksanaan Tindakan Intervensi 23
3 (a) Borang Pemerhatian melalui senarai semak sebelum
menggunakan Teknik Fontur Suku Kata.
27
3 (b) Borang pemerhatian melalui senarai semak selepas
menggunakan Teknik Fontur Suku Kata.
28
4 (a) Rakaman Video : Sebelum menggunakan Teknik
Fontur Suku Kata.
29
4 (b) Rakaman Video : Selepas menggunakan Teknik Fontur
Suku Kata.
30
5 (a) Borang Soal Selidik Sebelum menggunakan Teknik
Fontur Suku Kata.
31
5 (b) Borang Soal Selidik Selepas menggunakan Teknik
Fontur Suku Kata.
33
6 (a) Jadual Analisis Data Pemerhatian Sebelum
Menggunakan Teknik Fontur Suku Kata.
37
6 (b) Jadual Analisis Data Pemerhatian Selepas
Menggunakan Teknik Fontur Suku Kata.
41
xi
7 Analisis Dapatan Data Melalui Soal Selidik Sebelum
dan Selepas Menggunakan Teknik Fontur Suku Kata.
51
8 (a) Markah Ujian Dianostik Sebelum Menggunakan
Teknik Fontur Suku Kata.
58
8 (b) Markah Ujian Pencapaian Selepas Menggunakan
Teknik Fontur Suku Kata.
62
9 Jadual Perbandingan Peratusan Markah Ujian
Dianostik dan Ujian Pencapaian Mengikut Subjek.
67
xii
SENARAI RAJAH
Rajah Tajuk Jadual Muka Surat
5.1 (a) Model Kurt Lewin 1946. 20
5.2 (a) Fontur Suku Kata. 22
7.1.1 Graf Analisis Data Pemerhatian Sebelum
Menggunakan Teknik Fontur Suku Kata.
38
7.1.2 Graf Analisis Data Pemerhatian Selepas Menggunakan
Teknik Fontur Suku Kata.
42
7.1.3. (a) Perbandingan sebelum dan selepas melalui
pemerhataian secara bertruktur bagi suku kata awal
perkataan.
45
7.1.3. (b) Perbandingan sebelum dan selepas melalui
pemerhataian secara bertruktur bagi sebutan bunyi suku
kata akhir perkataan.
47
7.1.3. (c) Perbandingan Data Pemerhatian Sebelum bagi sebutan
perkataan KV+KVK dengan betul dan jelas
berbantukan gambar
48
7.1.3. (d) Perbandingan Data Pemerhatian Sebelum dan Selepas
Berdasarkan Aspek Kemahiran Menyebut Perkataan
KV+KVK Dengan Betul
Dan Jelas Tanpa Bantuan Gambar.
49
7.2.1 (a) Graf Bar Tentang Analisis Data Soal Selidik Sebelum
Menggunakan Teknik Fontur Suku Kata
52
xiii
7.2.1 (b) Graf Bar Tentang Analisis Data Soal Selidik Selepas
Menggunakan Teknik Fontur Suku Kata
52
7.3.1 (a) Peratus markah bagi ujian dignostik setiap subjek yang
dikaji
59
7.3.2 (b) Peratus markah bagi ujian pencapaian setiap subjek
yang dikaji
63
7.3.3 Perbandingan Peratusan Markah Ujian Diagnostik dan
Ujian Pencapaian Mengikut Subjek.
67
xiv
SENARAI LAMPIRAN
Lampira
n
Tajuk Lampiran Muka Surat
1 Pemerhatian Berstruktur melalui Senarai Semak
Selepas menggunakan teknik Fontuk Suku Kata
81
2 Borang soal selidik sebelum menggunakan fontur suku
kata
82
3 Borang soal selidik selepas menggunakan fontur suku
kata
84
xv
xvi