Mungkin Ramai Yang Masih Keliru Apakah Perbezaan GPA Dan CGPA

Embed Size (px)

Citation preview

Mungkin ramai yang masih keliru apakah perbezaan GPA dan CGPA, walaupun sudah hampir setengah tahun pengajian. Apatah lagi untuk mengetahui cara mengira keduadua keputusan peperiksaan ini. Secara ringkas GPA ialah Graede Point Average atau Purata Nilai Gred iaitu nilai yang didapati secara purata terhadap keputusan yang diperoleh bagi satu semester itu. Contohnya ada subjek anda dapat A, ada subjek dapat B-, ada subjek dapat C. Gred A memberikan nilai 4.00, manakala gred Bmemberi nilai 2.67 dan gred C memberi nilai 2.00. Purata Nilai Gred anda ialah purata bagi semua keputusan. CGPA pula bermaksud Cumulative Graed Point Average atau Purata Nilai Gred Kumulatif yang mana ia mendapatkan nilai purata keputusan anda bagi semua semester yang telah dilalui. Perbezaan antara kedua-dua GPA dan CGPA ini ialah GPA- keputusan untuk satu semester manakala CGPA- ialah jumlah gred

keseluruhan semester yang telah dilalui. Sebelum mengira GPA dan CGPA, penuntut perlulah mengetahui elemen-elemen yang digunakan dalam pengiraan CGPA. Elemenelemen tersebut ialah Bilangan Kredit, Mata Nilai-Nilai yang dibawa oleh sesatu gred; contohnya Gred A=4.00, Gred B=3.00 dan seterusnya dan Jumlah Mata Nilai iaitu hasil darab Mata Nilai dengan Bilangan Kredit. Formula asas bagi pengiraan CGPA ialah Hasil Tambah Jumlah Mata Nilai dibahagikan dengan Hasil Tambah Kredit. Sumber dari: http://www.zuhairifirdaus.com/2011/04/ apa-beza-gpa-dan-cgpa.html Terima kasih kerana anda suPinjaman

PTPTN DiTamatkan / DiBerhentikan Bagi PGNK (CGPA) Bawah 2.0di berkongsi post ini

Pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) akan ditamatkan pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) jika keputusan peperiksaan mereka di bawah 2.0 mengikut Prestasi Nilai Gred Kumulatif (PNGK) (CGPA).

Bagaimanapun jika mereka berjaya mendapat keputusan PNGK (CGPA) 2.0 ke atas dalam peperiksaan semester berikutnya PTPTN akan menyambung semula pinjaman tersebut.