MUSTAFFA KAMAL ATATURK

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/2/2019 MUSTAFFA KAMAL ATATURK

    1/14

    PENGENALAN

    Pemodenan atau modenisme lahir dalam masyarakat Barat yang membawa erti segala fikiran,

    aliran dan gerakan serta usaha untuk merubah fahaman, istiadat, institusi lama dan sebagainya

    supaya bersesuaian dengan suasana baru yang ditimbulkan oleh kemajuan ilmu dan teknologi

    moden (Fadhlullah Jamil.(1999). Islam Di Asia Barat Moden Penjajahan dan Pergolakan.

    Shah Alam:Karisma Publication Sdn. Bhd. hlm.27). Pada akhir kurun ke-19, penjajahan Barat

    semakin berkembang membawa bersama-sama modenisme merempuh setiap negeri di timur,

    yang menyebabkan kemusnahan kebudayaan tempatan. Pihak Barat pula memuji sesiapa sahaja

    yang menerima konsep dan cara hidup modenis dengan jolokan seperti orang yang

    berpengetahuan, maju atau progresif (Fadhlullah Jamil.(1999). Islam Di Asia Barat Moden

    Penjajahan dan Pergolakan.hlm.28).

    Konsep ini lah yang difahami, dipegang dan dimasukkan ke dalam dunia Turki oleh

    Mustaffa Kamal. Menurut para pemujanya, Apabila beliau bercakap mengenai tamadun, mata

    beliau akan bersinar-sinar dan wajahnya berubah bagai ahli sufi yang memikirkan hal syurga

    (S. Abul Hasan ali Nadwi (tran.by Dr. Mohammad Asif Kidwai).(1974). Western Civilisations-

    Islam and Muslim. Lucknow:Academy of Islamic Research and Publications.hlm.53). Baginya,

    sesiapa yang menolak konsep itu akan dicap sebagai manusia kolot, ketinggalan zaman dan

    mundur. Beliau telah memodenkan Turki menerusi pemikiran dan konsep moden yang

    difahami oleh beliau iaitu pemodenan haruslah seperti Barat.

    To modernize, it was also imperative for the new state to break

    away from an encumbered past, and the path he chose was to

    westernize (Binnaz Toprak. (1981).Islam and Political

    Development in Turkey.Leiden:E.J Brill. hlm.38).

    Pembaharuan atau pemodenan di Turki sebenarnya telah lama berkembang di Negara

    itu sejak dari zaman pemerintahan Uthmaniyyah lagi. Pemerintahnya telah memulakan proses

    ke arah pembaratan dalam bidang pemikiran, adat istiadat dan institusi-institusi sejak zaman

    1

  • 8/2/2019 MUSTAFFA KAMAL ATATURK

    2/14

    Tanzimat lagi (Fadhlullah Jamil.(1999). Islam Di Asia Barat Moden Penjajahan dan

    Pergolakan.hlm.173). Di samping itu, Republik Turki juga telah mewarisi satu birokrasi yang

    mempunyai pegawai dan tokoh professional yang berpengalaman dan sanggup pula untuk

    melakukan pembaharuan (Fadhlullah Jamil.(1999). Islam Di Asia Barat Moden Penjajahan

    dan Pergolakan.hlm.173). Oleh itu, pada empat tahun pertama sesudah menjadi republik, Turki

    telah melihat perubahan-perubahan yang lebih ketara ke arah sekularisme.

    MUSTAFFA KAMAL ATATURK

    Mustaffa Kamal merupakan pengasas Negara Turki moden yang telah dilahirkan di Salonika,

    sebuah Bandar dalam wilayah Macedonia, yang ketika itu masih sebahagian daripada Empayar

    Turki Uthmaniyyah pada 1881M (Andrew Mango. (1963). Ataturk. Ankara:Turkish National

    Commission for UNESCO.hlm.7). Nama sebenar beliau adalah Mustaffa (Andrew Mango.

    (1963).Ataturk.hlm.7). Nama Kamal yang bermaksud sempurna diberi oleh guru sekolahnya

    kerana kepandaian dan kredibiliti beliau semasa belajar di sekolah tentera(Andrew Mango.

    (1963).Ataturk.hlm.8). Manakala nama Ataturk yang bermaksud Father of the Turksdiberi

    oleh Turkish Grand National Assemblypada November 1934 (Lord Kinross. (1965).Ataturk: A

    Biography of Mustaffa Kemal. New York:William Morrow and Company.hlm.578). Bapanya

    bernama Ali Reza, seorang pengusaha kayu balak, meninggal dunia semasa Mustaffa Kamal

    berusia 7 tahun (Lord Kinross. (1965).Ataturk: A Biography of Mustaffa Kemal.hlm.8-10).

    Manakala ibunya bernama Zubeyda Hanim merupakan seorang muslim yang warak, yang

    menginginkan Mustaffa Kamal membesar sebagai seorang ulama(Andrew Mango. (1963).

    Ataturk.hlm.7).

    Mustaffa Kamal telah didedahkan dengan pemodenan Barat sejak kecil lagi apabila

    beliau bersekolah rendah di sekolah sekular dan moden iaitu Semsi Efendi di Salonika (Andrew

    Mango. (1963). Ataturk.hlm.7). Pada usia 12 tahun, beliau mengambil keputusan untuk

    2

  • 8/2/2019 MUSTAFFA KAMAL ATATURK

    3/14

    menjadi askar apabila beliau memasuki sekolah tentera walaupun ditentang keras oleh ibunya.

    Kemudian pada 1895, beliau telah melanjutkan pelajaran ke Sekolah Tinggi Tentera di

    Manastir (Andrew Mango. (1963). Ataturk.hlm.8). Mustaffa Kamal sangat cemerlang dalam

    mata pelajaran Matematik dan fasih berbahasa Perancis. Baginya, mempelajari bahasa

    Perancis, budaya, masyarakat, undang-undang dan kerajaan Perancis merupakan pintu ke

    tamadun Barat (Pauline Lim Meng Juak. (2004). Kemal Ataturk and the building of Modern

    Turkish Civilization.Kuala Lumpur:University of Malaya Press.hlm.20). Pada 1899 beliau telah

    tamat belajar di Akademik Tentera atau War College di Istanbul. 1902 beliau dilantik menjadi

    Leftenan dan dilantik menjadi Staf Captainpada 1905 (Pauline Lim Meng Juak. (2004).Kemal

    Ataturk and the building of Modern Turkish Civilization. hlm.21). Pada ketika ini, minat beliau

    dalam politik semakin bertambah. Beliau dan rakan-rakan yang sealiran dengannya telah

    menubuhkan kumpulan yang bergerak secara rahsia yang memperjuangkan pemodenan Turki.

    Kebanyakkan mereka merupakan individu-individu yang mendapat pendidikan Barat seperti

    Anwar Basya, Jamal Basya dan Ayub Sabri (Pauline Lim Meng Juak. (2004). Kemal Ataturk

    and the building of Modern Turkish Civilization. hlm.21). Kemudian mereka menubuhkan

    Committee for Union and Progress (CUP) atau juga dikenali sebagai Young Turks yang

    kebanyakkannya terdiri daripada anggota tentera (Pauline Lim Meng Juak. (2004). Kemal

    Ataturk and the building of Modern Turkish Civilization. hlm.22).

    Pada 1914, beliau telah ditugaskan di Bulgaria. Pada masa ini beliau sangat teruja

    dengan cara hidup masyarakat Barat dan mengharapkan agar ketamadunan itu dialami di Turki.

    Hal ini dapat membuktikan yang Mustaffa Kamal ingin memodenkan Turki dengan

    mencontohi Tamadun Barat.

    This was Western civilization. There was nothing like it in Turkey.

    One of these days his country must enjoy these amenities. His people

    must be introduced to the graces and refinements of European social

    3

  • 8/2/2019 MUSTAFFA KAMAL ATATURK

    4/14

    life (Lord Kinross. (1965).Ataturk: A Biography of Mustaffa

    Kemal.hlm.72).

    PEMODENAN MUSTAFFA KAMAL

    Pemodenan yang dilakukan oleh Mustaffa Kamal sebagai Presiden pertama Republik Turki

    terlalu sekular dan kebaratan. Pemodenan ini telah mengubah cara hidup masyarakat yang

    tradisional dan ketimuran kepada cara hidup barat, baik dari segi sosial, kebudayaan dan

    ekonomi, semuanya mempunyai elemen-elemen barat atau Eropah. Selain itu, pemikiran

    masyarakat Turki juga mengalami transformasi iaitu sebelum ini berfikiran sempit kepada

    pemikiran yang lebih rasional.

    The task of changing the Turkish peoples outlook from inward-

    looking, passive and one shaped bt collective religious and institutional

    values to active, outward-looking and more realistic in terms of the

    economic and materialistic values of the modern world. (Jacob M.

    Landau (ed). (1981). Ataturk and the Modernization of Turkey.

    Leiden:E.J Brill.hlm.50).

    Mustaffa Kamal berpendapat, masyarakat tradisional sangat terbatas dan terhad.

    Manakala masyarakat moden sangat terbuka dalam semua perkara baik perkara yang kecil

    mahupun masalah yang besar (Jacob M. Landau (ed). (1981). Ataturk and the Modernization of

    Turkey.hlm.4). Menurut pandangan beliau, modern man atau modern society merupakan

    masyarakat yang rasional dalam menyelesaikan masalah dengan menggunakan sumber-sumber

    tertentu yang mengikut aliran terkini, boleh mewujudkan satu tamadun yang baru bagi

    negaranya (Benard Lewis. (1961). The Emergence of Modern Turkey. London: Oxford

    University Press .hlm.404). Beliau juga berpendapat, masyarakat yang bertamadun merupakan

    masyarakat yang mengamalkan cara hidup barat. Dan pembaratan itu dilakukan oleh beliau

    menerusi reformasi sekularisme.

    4

  • 8/2/2019 MUSTAFFA KAMAL ATATURK

    5/14

    Usaha Mustaffa Kamal dan penyokong-penyokongnya untuk membina semula negara

    Turki selepas kejatuhan empayar itu bertujuan mengubah Turki menjadi negara bangsa

    moden(Feroz Ahmad.(1994).The Making of Modern Turkey.London:Routledge.hlm.53). Hal ini

    adalah untuk merealisasikan wawasan negara Turki yang untuk sebaris dengan negara-negara

    yang moden lain. Bagi merialisasikan impian Mustaffa Kamal untuk menjadikan Turki sebuah

    negara yang moden, beliau telah melakukan beberapa perubahan terutamanya dalam bidang

    pentadbiran, pendidikan, ketenteraan dan sosial.

    Pentadbiran

    Mustaffa Kamal merupakan Presiden pertama bagi Republik Turki. Beliau telah mewujudkan

    satu pentadbiran baru, menggantikan sistem khalifah yang beliau anggap tidak akan membawa

    pemodenan kepada Turki dan memerintah secara kuku besi (Lord Kinross. (1965).Ataturk: A

    Biography of Mustaffa Kemal.hlm.438). Beliau menggantikan sistem khalifah dan menubuhkan

    Republik Turki pada tahun 1923 (Pauline Lim Meng Juak. (2004). Kemal Ataturk and the

    building of Modern Turkish Civilization. hlm.24).

    Tambahan pula matlamat Mustaffa Kamal adalah untuk mewujudkan sebuah negara

    yang mempunyai identiti Turki atau negara bangsa Turki. Bagi Mustaffa Kamal Empayar Turki

    Uthmaniyyah sudah tamat (Benard Lewis. (1961). The Emergence of Modern Turkey. hlm.347).

    Selain itu, Mustaffa Kamal berusaha untuk menjadikan bahasa Turki sebagai budaya Turki yang

    merupakan ikatan bersatu padu dalam negara baru. Beliau mahu menanamkan perasaan

    patriotik yang baru kepada rakyat Turki terhadap republik yang baru, dan bukan kepada idea-

    idea yang tidak realistik(Jacob M. Landau (1974).Radical Politics in Modern

    Turkey.Leiden:E.J. Brill.hlm.194).

    Baginya lagi nama Turki sebagai sebuah negara Islam hanya sebagai status quo (Feroz

    Ahmad.(1994).The Making of Modern Turkey.London:Routledge.hlm.53). Beliau inginkan

    5

  • 8/2/2019 MUSTAFFA KAMAL ATATURK

    6/14

    masyarakat memberikan taat setia kepada sekumpulan yang digelar orang Turki dan bukan

    kepada individu seperti sultan (Pauline Lim Meng Juak. (2004).Kemal Ataturk and the building

    of Modern Turkish Civilization. hlm.27). Bagi menjayakan matlamatnya, beliau telah memilih

    Ankara sebagai pusat pemerintahan bagi Republik Turki yang baru menggantikan Istanbul. Hal

    ini bukan sahaja untuk mengelakkan pengikut-pengikut Ottoman yang setia tetapi juga untuk

    memupuk masyarakat Turki bahawa Anatolia merupakan kawasan tengah Turki dan

    merupakan sebagai tanah air yang sebenar, bukannya Istanbul Bandar Eropah (Pauline Lim

    Meng Juak. (2004). Kemal Ataturk and the building of Modern Turkish Civilization. hlm.28).

    Beliau mahu masyarakat Turki berbangga sebagai orang Turki dan bukan orang Ottoman (Feroz

    Ahmad. The Making of Modern Turkey.hlm.78). Idea beliau kemudiannya disokong dengan

    pembelajaran dan pengajaran mengenai sejarah, bahasa, sastera dan keadaan sosial masyarakat

    Turki.

    Seterusnya beliau telah mewujudkan Grand National Assembly yang mana ahlinya

    terdiri daripada semua kaum dan ketua wilayah. Ia bertujuan untuk melibatkan semua lapisan

    rakyat melalui wakil yang dilantik dalam membuat sebarang keputusan(Benard Lewis. (1961).

    The Emergence of Modern Turkey. hlm.251). Grand National Assembly diketuai oleh Mustaffa

    Kamal sendiri.

    Seterusnya Mustaffa Kamal menyatukan sistem mahkamah di bawahMinistry of Justice

    (Pauline Lim Meng Juak.(2004).Kemal Ataturk and the building of Modern Turkish

    Civilization.hlm.30). Beliau juga mengarahkan para cerdik pandai Turki untuk menterjemahkan

    undang-undang Perancis dan Swiss ke dalam bahasa Turki dan digunakan dalam perundangan

    Turki (Abdul Latip Talib.(2011).MustafaKamal Ataturk.Kuala Lumpur:PTS Litera Utama

    Sdn.Bhd.hlm.197). Kemudian diikuti dengan penterjemahan bagi undang-undang Itali dan

    German (Pauline Lim Meng Juak.(2004).Kemal Ataturk and the building of Modern Turkish

    Civilization. hlm.30).

    6

  • 8/2/2019 MUSTAFFA KAMAL ATATURK

    7/14

    Pendidikan

    Mustaffa Kamal bijak dalam menyusun agenda untuk memodenkan negaranya. Beliau tahu

    negara modennya tidak akan tercapai sekiranya penduduk negara itu jahil dan tidak

    mempelajari ilmu-ilmu yang moden (Pauline Lim Meng Juak. (2004). Kemal Ataturk and the

    building of Modern Turkish Civilization. hlm.46). Bagi Mustaffa Kamal, sistem pendidikan

    yang moden boleh melahirkan masyarakat yang berfikiran bebas dan dapat memajukan

    ekonomi (Andrew Mango.(1999).Ataturk.London:John Murray Ltd.hlm.404). Apa yang lebih

    penting ialah, beliau inginkan pendidikan yang lebih sejagat dan bersistemetik (Pauline Lim

    Meng Juak.(2004).Kemal Ataturk and the building of Modern Turkish Civilization.hlm.46).

    Pemodenan dalam sistem pendidikan Turki dapat dilihat bermula pada kurun ke-18

    melalui sekolah tentera apabila kurikulumnya adalah daripada barat. Antara mata pelajaran

    yang diajar di sekolah tentera ialah Matematik, Geografi, Sejarah dan bahasa Perancis di

    samping mata pelajaran strategi dan taktik dalam ketenteraan (Pauline Lim Meng Juak.

    (2004).Kemal Ataturk and the building of Modern Turkish Civilization.hlm.47). Terdapat juga

    sekolah-sekolah persendirian yang ditubuhkan oleh mubaligh Kristian.

    Reformasi pendidikan Barat lebih banyak dilihat selepas Tanzimat dijalankan. Pada

    1857 (Pauline Lim Meng Juak.(2004).Kemal Ataturk and the building of Modern Turkish

    Civilization.hlm.48), Kementerian Pelajaran telah ditubuhkan bagi memajukan sistem

    pendidikan Turki. Kebanyakan sekolah yang ditubuhkan adalah untuk menyediakan golongan

    muda untuk diserap ke dalam ketenteraan. Mustaffa Kamal sendiri merupakan hasil daripada

    sistem pendidikan ketenteraan barat.

    Pada zaman Mustaffa Kamal pula, beliau telah menubuhkan Law for the Unification of

    Instruction untuk dijadikan sebagai asas kepada penyatuan, moden, sekular dan lebih

    bersistematik. Hal ini penting untuk menyatukan sebuah negara Islam yang mempunyai

    pelbagai puak, budaya dan bahasa (Jacob M. Landau (ed).(1981).Ataturk and the

    7

  • 8/2/2019 MUSTAFFA KAMAL ATATURK

    8/14

    Modernization of Turkey.hlm.186). Undang-undang ini bertujuan untuk menyatukan semua

    sistem pendidikan, institusi pendidikan termasuk sekolah persendirian dalam sistem sekularisme

    yang komprehensif di bawah Kementerian Pelajaran(Pauline Lim Meng Juak. (2004). Kemal

    Ataturk and the building of Modern Turkish Civilization. hlm.48).

    Beliau telah menggantikan sekolah pondok, sekolah agama dan madrasah dengan

    sekolah sekular yang menerima pendidikan daripada barat. Pembelajaran agama perlu diajar

    secara persendirian atau di rumah dan tidak dibenarkan untuk dilakukan secara umum (Benard

    Lewis. (1961). The Emergence of Modern Turkey. hlm.408). Jika dilihat dengan lebih

    mendalam, sebenarnya Mustaffa Kamal tidak melarang pengajaran agama dilakukan, namun ia

    perlulah diajar secara persendirian dan dijalankan di rumah sahaja. Tambahan pula beliau

    menganggap bahawa pembelajaran agama adalah untuk kepuasan indivdu dan bukan untuk

    kemajuan Negara. Malah apabila Grand National Assembly meletakkan matlamat dalam

    pendidikan Turki sebagai nasional dan agama, kebanyakkan ahli yang menggubal kurikulum

    terdiri daripada ketua-ketua agama (Jacob M. Landau (ed). (1981).Ataturk and the

    Modernization of Turkey. hlm.185). Mustaffa Kamal mengeluarkan arahan untuk menutup

    sekolah-sekolah agama kerana tidak membenarkan pengajaran agama diajar di tempat yang

    terbuka (Pauline Lim Meng Juak. (2004). Kemal Ataturk and the building of Modern Turkish

    Civilization. hlm.50).

    Sejajar dengan matlamat Mustaffa Kamal untuk menjadikan Turki sebagai Negara yang

    moden, pengajaran dan pembelajaran perlulah diajar dalam bahasa Turki dan bukan bahasa

    Arab atau Persia (Pauline Lim Meng Juak. (2004).Kemal Ataturk and the building of Modern

    Turkish Civilization. hlm.48). Tulisan Jawi pula digantikan dengan tulisan Rumi bagi

    memudahkan pengajaran dan pembelajaran sains, matematik, sastera Inggeris, geografi dan

    sejarah di ajar di sekolah-sekolah Turki (Pauline Lim Meng Juak. (2004). Kemal Ataturk and

    the building of Modern Turkish Civilization. hlm.49). Penggantian tulisan ini menimbulkan

    8

  • 8/2/2019 MUSTAFFA KAMAL ATATURK

    9/14

    kontroversi dalam masyarakat Turki yang selama ini telah menggunakan tulisan Jawi dan ia

    dianggap sebagai perbezaan antara Muslim dan bukan Muslim. Namun bagi Mustaffa Kamal ia

    melihat perubahan penulisan itu bagi memudahkan generasi baru mempelajari ilmu yang baru

    dan ia menunjukkan ketamadunan negara (Benard Lewis.(1961).The Emergence of Modern

    Turkey hlm.427). Mustaffa Kamal juga ada menyatakan;

    With its own script and its native intelligence, our nation will take

    its place by the side of the civilized worl. (Benard Lewis. (1961).

    The Emergence of Modern Turkey. hlm.81)

    Selain itu ia juga dapat memudahkan penyalinan atau penulisan sesuatu bahan. Hal ini

    disokong oleh Namik Kamil, seorang penulis dan pembaca puisi yang terkenal di Turki. Beliau

    menyatakan bahawa menulis bahasa Turki menggunakan tulisan Rumi lebih mudah dan boleh

    diterima, malah ia juga menunjukkan aliran moden Regim Turki Moden yang semakin

    berkembang (Benard Lewis. (1961). The Emergence of Modern Turkey. hlm.422).

    Mustaffa Kamal pernah menjadi guru besar, manakala negaranya adalah sebuah

    kelas selama 6 minggu bagi mengajar dan memupuk tulisan Rumi dalam kalangan penduduk

    Turki (Lord Kinross. (1965).Ataturk:A Biography of Mustaffa Kemal.hlm.504-505). Objektif

    bagi tindakannya adalah untuk mengurangkan populasi buta huruf dalam bahasa Turki dan

    tulisan Rumi. Tindakannya menyebabkan ramai orang Turki mempunyai dan memahami

    sekurang-kurangnya dua atau tiga bahasa iaitu, bahasa Arab, Persia dan Turki, begitu juga

    dengan penulisan (Pauline Lim Meng Juak.(2004).Kemal Ataturk and the building of Modern

    Turkish Civilization. hlm.49). Reformasi yang dilakukan oleh Mustaffa Kamal telah mengubah

    bahasa dan budaya masyarakat Turki. Untuk pertama kalinya hampir seluruh masyarakat Turki

    membaca dan menulis dalam bahasa Rumi (Andrew Mango.(1999).Ataturk. hlm.466).

    Selain daripada itu, Mustaffa Kamal juga menyediakan sekolah rendah dengan percuma

    dan terbuka kepada pelajar lelaki dan perempuan. Pendidikan untuk pelajar perempuan

    merupakan satu langkah ke hadapan dalam membentuk masyarkat yang moden dan pembebasan

    9

  • 8/2/2019 MUSTAFFA KAMAL ATATURK

    10/14

    bagi wanita Turki yang selama ini berada dalam posisi yang sangat rendah dalam komuniti

    (Pauline Lim Meng Juak. (2004). Kemal Ataturk and the building of Modern Turkish

    Civilization. hlm.50).

    Sistem pendidikan yang diketengahkan oleh Mustaffa Kamal berkembang seluruh Turki

    melalui tentera-tentera yang menjadi guru di kampung mereka. Walaupun pada awalnya

    ditentang oleh golongan tua dia kampung mereka, tetapi apabila ramai pelajar yang berjaya

    menjadi guru, mereka akhirnya boleh menerima pemodenan yang ingin diserapkan itu. Mustaffa

    Kamal berjaya menyediakan Turki kepada negara yang boleh berdikari sendiri. Perubahan yang

    dilakukan dalam pendidikan boleh dianggap berjaya apabila pada tahun 1960 sebanyak 87%

    penduduk kenal huruf dan sebanyak 94% orang lelaki Turki adalah orang yang terpelajar. Hal

    ini menunjukkan peningkatan yang baik berbanding negara Timur Tengah yang lain termasuk

    Arab Saudi, tetapi dapat menjadikan Turki sebaris dengan Jordan dan Palestin apabila kadar

    penduduk yang terpelajar adalah lebih dari 90% manakala bagi Israel lebih dari 95% .

    Ketenteraan

    Tidak dinafikan bidang ketenteraan memainkan peranan penting bagi menjayakan Republik

    Turki. Malah pemodenan Turki juga merupakan sebahagian daripada naungan ketenteraan

    (Pauline Lim Meng Juak. (2004). Kemal Ataturk and the building of Modern Turkish

    Civilization. hlm.51). Sama seperti pendidikan, ketenteraan juga telah mengalami pemodenan

    sebelum pemerintahan Mustaffa Kamal, malah beliau sendiri merupakan hasil daripada tradisi

    ketenteraan tersebut yang beliau gunakan untuk menjadikan Turki sebagai sebuah negara yang

    berdikari. Bagi masyarakat Turki berada dalam bidang ketenteraan merupakan satu

    penghormatan yang tinggi apatah lagi sekiranya menjawat jawatan yang tinggi dalam tentera.

    Bermula pemerintahan Selim III dan Mahmud II, sekolah tentera akan menyediakan

    kurikulum yang tersiri daripada mata pelajaran Matematik, Sejarah, bahasa Perancis, strategi

    10

  • 8/2/2019 MUSTAFFA KAMAL ATATURK

    11/14

    dan taktik peperangan serta perubatan. Tambahan pula dengan adanya sekolah-sekolah tentera

    yang memberi pengkhususan dalam ketenteraan seperti European-styled officers training

    school: a naval school and artillery school, a military medical school, an army officers school,

    dan a general staff college (Pauline Lim Meng Juak.(2004).Kemal Ataturk and the building of

    Modern Turkish Civilization.hlm.52).

    Pada 1919, ketenteraan bawah pimpinan Mustaffa Kamal merupakan bidang ketenteraan

    menjadi satu bidang profesional. Malah tugas yang diberi kepada tentera bukan sahaja untuk

    melindungi negara tetapi juga adalah untuk merialisasikan idea dan pemahaman beliau dengan

    memberikan taat setia kepada Mustaffa Kamal dan juga Republik Turki (Pauline Lim Meng

    Juak.(2004).Kemal Ataturk and the building of Modern Turkish Civilization.hlm.54).

    Kedudukan Wanita

    Semasa pemerintahan Mustaffa Kamal, beliau telah mengangkat kedudukan wanita di dalam

    masyarakat. Hal ini dapat dilihat apabila peluang dalam pendidikan juga diberi kepada pelajar

    perempuan. Selain daripada itu, wanita Turki mendapat hak untuk mengundi di dalam parlimen

    pada tahun1934 (M.Philips Price.(1956).A History of Turkey From Empire to Republic.

    London:George Allen & Unwin Ltd.hlm.136). Bagi beliau, moden dan tamadun akan bergerak

    dengan cepat sekiranya ibu-ibu di Turki mempunyai pengetahuan. Beliau yakin dengan adanya

    wanita-wanita Turki yang mempunyai ilmu pengetahuan sudah pasti kemajuan dan tamadun

    Turki dapat dibina dengan lebih cepat. Kesan daripada pembebasan wanita Turki ini memberi

    peluang kepada mereka untuk menceburi bidang-bidang yang selama ini dipelopori oleh kaum

    lelaki (Andrew Mango. (1963). Ataturk.hlm.164). Kedudukan wanita dapat ditingkatkan dan

    tidak lagi ketinggalan di belakang. Mereka seiring dengan kaum lelaki bagi memajukan Turki

    (Andrew Mango. (1963).Ataturk.hlm.165).

    11

  • 8/2/2019 MUSTAFFA KAMAL ATATURK

    12/14

    Lain-lain

    Pemodenan yang dijalankan oleh Mustaffa Kamal diteruskan lagi melalui penukaran kalendar

    Hijrah kepada kalendar barat Gregorian yang berkuatkuasa pada 1 Januari 1926 (Pauline Lim

    Meng Juak. (2004). Kemal Ataturk and the building of Modern Turkish Civilization. hlm.29).

    Hal ini menjadikan masyarakat Turki menggunakan tiga jenis kalendar untuk menentukan

    tarikh iaitu, kalendar Hijrah, kalendarJulian dan bagi urusan rasmi menggunakan kalendar

    Gregorian (Pauline Lim Meng Juak. (2004).Kemal Ataturk and the building of Modern Turkish

    Civilization. hlm.32). Selain daripada itu, hari cuti ditukar daripada hari Jumaat kepada hari

    Ahad sama seperti negara barat yang lain (Feroz Ahmad, The Making of Modern

    Turkey.hlm.80).

    Di samping itu, Mustaffa Kamal turut menterjemahkan al-Quran kepada bahasa Turki

    agar lebih mudah untuk difahami dan dipelajari oleh penduduk Turki terutamanya golongan

    muda (Benard Lewis. (1961). The Emergence of Modern Turkey. hlm.421). Namun tindakannya

    menukar azan kepada bahasa Turki amat dikecam oleh seluruh umat Islam di dunia. Bagi

    penulis, tindakannya mungkin disebabkan ketaksuban Mustaffa Kamal dalam membina negara

    bangsa Turki sehingga gagal untuk menggunakan kebijaksanaannya untuk perkara yang lebih

    penting.

    KESIMPULAN

    Kesimpulannya, pemodenan yang berlaku di Turki telah berlansung semenjak kurun ke-18 lagi,

    sewaktu pemerintahan khalifah Uthmaniyyah. Tetapi transformasi ke arah pemodenan selepas

    kejatuhan Turki Uthmaniyyah oleh Mustaffa Kamal pada 1920-1930 merupakan satu revolusi

    yang sangat besar dalam sejarah terutamanya bagi masyarakat Turki dan Islam. Hal ini kerana

    12

  • 8/2/2019 MUSTAFFA KAMAL ATATURK

    13/14

    Mustaffa Kamal merupakan produk yang lahir pada zaman yang telah didedahkan pemodenan

    daripada barat. Mustaffa Kamal dan orang-orang kanannya merupakan masyarakat separuh

    barat pada awal kurun ke-20. Mereka fasih bahasa Perancis, mempunyai hubungan baik

    dengan orang-orang barat, sangat berpegang dengan idea dan teknologi daripada Barat. Dalam

    masa yang sama mereka juga tahu berbahasa dalam bahasa Arab, Persia dan Turki, mengetahui

    mengenai sastera Uthmaniyyah dan agama Islam serta kebudayaan Turki.

    Perlu difahami, bahawa Mustaffa Kamal menganggap moden itu adalah barat. Oleh itu,

    beliau membangunkan pemodenan Turki mengikut pemahamannya tambahan pula beliau amat

    teruja dalam menjadikan Turki sebuah negara bangsa yang boleh berdikari sendiri. Bagi

    penulis, Mustaffa Kamal boleh digelar Bapa Pemodenan mengikut fahaman moden daripada

    barat. Beliau adalah seorang reformis yang mempercayai untuk maju dan berdikari, perlulah

    menerima teknologi Barat, idea dan keadaan tertentu yang terdapat di Barat. Tetapi beliau tidak

    tahu bagaimana untuk menggunakan teknologi dan idea barat itu dan dalam masa yang sama

    tanpa menerima manifestasi lain daripada tamadun tersebut. Walaupun seluruh dunia Islam

    menyelar tindakan pemodenannya namun sumbangannya tetap memberi perubahan dan kesan

    positif kepada negara Turki sebagai sebuah negara yang berdikari terutamanya dalam bidang

    pendidikan.

    RUJUKAN

    Abdul Latip Talib.(2011).MustafaKamal Ataturk. Kuala Lumpur:PTS Litera Utama Sdn.Bhd

    Andrew Mango. (1963).Ataturk. Ankara:Turkish National Commission for UNESCO

    Andrew Mango. (1999).Ataturk. London: John Murray Ltd.

    Benard Lewis. (1961). The Emergence of Modern Turkey. London: Oxford University Press .

    Binnaz Toprak. (1981).Islam and Political Development in Turkey. Leiden:E.J Brill.

    13

  • 8/2/2019 MUSTAFFA KAMAL ATATURK

    14/14

    Fadhlullah Jamil.(1999).Islam Di Asia Barat Moden Penjajahan dan Pergolakan. Shah

    Alam:Karisma Publication Sdn. Bhd.

    Feroz Ahmad.(1994). The Making of Modern Turkey. London:Routledge.

    Jacob M. Landau (ed). (1981). Ataturk and the Modernization of Turkey. Leiden:E.J Brill.

    Lord Kinross. (1965).Ataturk: A Biography of Mustaffa Kemal. New York:William Morrow

    and Company.

    M.Philips Price.(1956).A History of Turkey From Empire to Republic. London:George Allen &

    Unwin Ltd.

    Pauline Lim Meng Juak. (2004).Kemal Ataturk and the building of Modern Turkish

    Civilization.Kuala Lumpur:University of Malaya Press.

    S. Abul Hasan ali Nadwi (tran.by Dr. Mohammad Asif Kidwai).(1974). Western Civilisations-

    Islam and Muslim. Lucknow:Academy of Islamic Research and Publications.

    14