Click here to load reader

MUTU INDUSTRI PERFILEMAN DAN DRAMA DI MALAYSIA

  • View
    644

  • Download
    0

Embed Size (px)

Text of MUTU INDUSTRI PERFILEMAN DAN DRAMA DI MALAYSIA

MUTU INDUSTRI PERFILEMAN DAN DRAMA DI MALAYSIA BERBANDING LUAR NEGARA

Belakangan ini kita melihat penghasilan filem-filem baru adalah begitu pesat sekali. Pengarah-pengarahdari Malaysia tidak langsung buntu dalam memikirkan idea-idea baru untuk mencipta jalan cerita bagi filem mereka. Dalam menilai setiap karya yang dihasilkan oleh pengarah filem kita, seeloknya kita tidak perlu membandingkan dengan negara barat yang sememangnya lebih hebat daripada Malaysia. Hal ini kerana, kos bagi setiap filem mereka adalah begitu tinggi. Disebabkan itulah, hasil filem kita begitu sukar menembusi pasaran luar negara. Bukan apa, biarpun Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)[1] menyediakan peruntukan dana bagi membantu para penghasil filem, ia masih belum mencukupi bagi menghasilkan filem-filem bertaraf mega . Justeru, jika ada filem luar ditayangkan di pawagam kita, dan dalam masa yang sama kita turut menayangkan filem kita, persaingannya adalah begitu sengit. Biarpun seringkali kita memandang bahawa filem yang hebat adalah yang menggunakan kos yang tinggi, itu adalah silap sama sekali. Kualiti filem yang sebenar adalah dinilai melalui jalan ceritanya. Biarpun kos yang digunakan tinggi dan filem tersebut menggunakan banyak kesan Imej Janaan Komputer (CGI)[2], tetapi jika jalan ceritanya tidak bagus adalah tidak guna. Filem yang baik adalah yang mempunyai jalan cerita yang mampu meninggalkan kesan mendalam kepada penonton. Aspek kos pembikinan adalah nombor dua, kerana itulah apabila proses untuk membuat sesuatu filem itu dijalankan, perkara pokok yang diambil kira adalah jalan ceritanya dahulu. Kerapkali Lembaga Penapisan Filem (LPF)[3] yang berada di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri membuat suntingan terhadap filem-filem yang dihasilkan oleh kerana terdapat ketidaksesuaian jalan cerita yang ditampilkan dalam filem mereka. Apabila menyoal mengenai perbezaan jalan cerita antara filem Malaysia dan luar negara, terdapat perbezaan yang begitu ketara. Filem luar negara terutamanya negara barat seperti Amerika begitu mementingkan keseimbangan antara jalan cerita dan teknologi yang dikenakan ke atas filem mereka. Filem Spider Man umpamanya menelan belanja sebanyak USD 250 juta, memang memuaskan hati penonton dengan durasinya selama 1 jam 40 minit. Jangka masa menghasilkan filem ini yang memakan masa hampir tiga tahun juga tidak mengecewakan apabila ia sentiasa tampil dengan pembaharuan dan kemajuan yang mendadak di samping jalan ceritanya yang cukup padat dan teliti dari segi sinematografinya. Inilah yang kita mahukan, keseimbangan adalah perlu terhadap filem yang dihasilkan oleh pengarah di negara kita. Tidak hanya berbicara mengenai filem, mutu drama di Malaysia juga berbeza berbanding luar negara. Sering kali kita mengetahui, jika kita mengkaji semula kemasyhuran filem dan drama di negara kita pada masa dahulu sewaktu Tan Sri P.Ramlee[4] masih hidup, sememangnya menjadi kebanggaan semua pihak. Ia mampu menarik minat ramai penonton tidak mengira bangsa sehinggalah sekarang. Tapi, kenapakah kegemilangan filem dan drama pada masa dahulu tidak boleh dikekalkan hingga sekarang? Satu persoalan yang perlu dijawab oleh penggiat seni. Jika kita memikirkan dengan terperinci, drama dan filem di Malaysia lebih banyak menarik penonton dari kalangan orang Melayu sahaja. Ini merupakan satu kegagalan yang besar, filem dan drama kita masih belum bermutu untuk menarik penonton yang berbilang bangsa ini. Kerana itulah hasil karya daripada negara kita sukar menembusi pasaran antarabangsa. Berlandaskan gagasan 1Malaysia[5] iaitu ingin mewujudkan perpaduan dan berintegriti, sewajarnya filem dan drama kita hendaklah menerapkan unsur-unsur tersebut, iaitu universal isi kandungannya dan tidak berat sebelah seperti melebihkan bilangan pelakon Melayu dan tidak langsung memasukkan pelakon dari bangsa India mahupun Cina. Jika keseimbangan berjaya dicapai, maka kita bolehlah mengatakan filem mahupun drama buatan Malaysia bermutu dan hebat. Bagaimana drama dan filem luar negara boleh menembusi pasaran antarabangsa adalah bergantung kepada jalan cerita dan ideologi yang kukuh untuk disampaikan. Cuba kita rujuk kepada drama dari Korea, sebab mengapa drama mereka boleh menembusi pasaran antarabangsa adalah kerana jalan ceritanya yang santai dan bersifat universal. Bersifat universal di sini bermaksud ia boleh diterima pakai oleh semua pihak tanpa ada sebarang aspek yang boleh menimbulkan kontroversi.

Sering kali kita mendengar apabila pengarah drama atau filem negara kita diminta mengulas sedikit mengenai karya mereka, pasti mereka akan mengatakan hasil karya mereka itu ada diselitkan pengajaran. Persoalannya, berapa banyak pengajaran?. Itulah salah satu faktor yang telah mengaburkan mutu industri perfileman dan drama di Malaysia. Jika hendak dibilang, cuma sedikit sahaja filem dan drama kita yang mempunyai pengajaran, langsung tidak sampai 50 peratus. Masalahnya di sini terletak kepada pembikin filem itu sendiri. Kebanyakannya membuat filem atau drama untuk asal jadi sahaja, mereka tidak memandang dari pelbagai faktor secara terperinci. Itulah yang membezakannya dengan pembikin dari luar negara. Drama seperti CSI : Miami, Bones, Dexter, dan Forensic Heroes telah dihasilkan melalui kajian yang begitu mendalam sehinggakan ianya dijadikan rujukan oleh sesetengah pihak terutamanya pihak polis dan para pelajar peringkat tinggi. Ini membuktikan betapa tingginya nilai drama dari luar negara. Pengajaran merupakan aspek yang memang selalu dititikberatkan dalam penghasilan filem dan drama. Tanpa unsur ini, tiada makna disebalik pembikinannya. Kualiti jalan cerita bukan sekadar bergantung kepada skrip semata-mata, tetapi pengajarannya dan bagaimana ia disampaikan. Aspek ini begitu ditekankan dalam setiap drama serta filem dari Jepun. Jika kita menonton hasil karya dari negara matahari terbit itu, rasa kagum pasti timbul di benak kita. Setiap dialog yang dituturkan mempunyai makna yang cukup mendalam, langsung tidak terlepas walau sepatah perkataan pun yang sentiasa mempunyai kata-kata positif. Itulah kekuatan drama dan filem mereka yang menjadi aset penting untuk dipasarkan. Kekuatan skrip dapat mempengaruhi kualiti sesebuah filem atau drama. Namun, di Malaysia semakin ketandusan penulis-penulis skrip yang berkualiti. Hakikatnya, kualiti karya yang dihasilkan terutamanya drama sering kali dipersoalkan. Dalam memperbaiki kelemahan ini, ia sebenarnya merujuk pada tanggungjawab mereka yang terbabit dalam proses penerbitan sama ada produser, pengarah dan penulis skrip. Pada peringkat awal, penyediaan skrip yang menarik perlu diberi perhatian. Presiden Persatuan Penulis Skrin Malaysia (SWAM)[6], Ismail Ahmad[7] berkata kekurangan skrip yang berkualiti sudah lama berlarutan. Malah, anggaran 100 penulis skrip yang masih aktif dan berdaftar menerusi persatuan ini tidak mencukupi. Sepatutnya, jumlah ini ditambah hingga 500 penulis skrip yang berusaha mempelbagai konsep drama dengan menggunakan idea baru. "Tidak dinafikan, banyak skrip yang menggunakan cerita yang sama, tetapi ia tidak dijadikan cerita yang menarik. Kelemahan skrip juga dapat dilihat pada dialog yang dipertuturkan pelakon. Berbanding drama dari luar negara, kebanyakan drama tempatan dinilai cetek dan tidak lagi mementingkan aspek bahasa sastera yang indah. Mengapa penonton kita tidak jemu menonton filem lakonan Tan Sri P.Ramlee berulang kali? ini kerana dialog yang disampaikannya menghiburkan penonton, katanya sewaktu berucap di Restoran Lemon, Sri Kembangan, Selangor, dalam Majlis Jom Mesra Bersama SWAM! . Dialog sebenarnya memainkan peranan penting dalam mencetuskan mood penonton dan memberikan tarikan pada sesebuah drama mahupun filem. Masalah ini yang menjadi struktur pada drama turut memberikan kesan pada usaha membawa drama tempatan ke luar negara. Akhirnya, drama kita sukar dijual ke pasaran antarabangsa kerana kita tidak mempunyai struktur kuat. Bagi menyelesaikan masalah penulisan skrip dengan berkesan, persatuan turut mengguna pakai sistem pitching yang mengajak penulis skrip berbincang dalam menghasilkan drama yang bermutu. Menariknya, sistem ini yang digunakan sejak empat tahun lalu memberi peluang pada penulis skrip untuk membentangkan sinopsis sebelum dipilih produser . Sistem ini sudah digunakan secara meluas di luar negara. Namun, ada kalangan penulis skrip kita tidak mahu mengikuti sistem ini kerana mereka berpandangan ia menyusahkan. Menerusi sistem pitching, ia memberi kelebihan dalam mencari skrip dan cerita yang berkualiti. Ia sama seperti program realiti, On The Lot yang pernah diterbitkan Steven Allan Spielberg[8] dan Mark Burnett[9] pada tahun 2007. Bermula 12,000 penyertaan, mereka kemudian memilih 50 peserta yang terbaik sebelum hanya seorang sahaja yang bergelar juara. Dalam konsep pitching pula, skrip dan cerita yang bagus akan dicari untuk dijual pada stesen televisyen. Dalam pada itu, SWAM berdepan masalah membabitkan kehadiran penulis skrip bebas yang tidak menganggotai persatuan ini. Apa yang berlaku, produser dan stesen televisyen lebih mudah menggunakan khidmat penulis skrip sebegini kerana mereka sanggup dibayar murah. Peranan persatuan adalah mahu membantu memperjuangkan nasib ahli. Namun, penulis skrip sebegini sebenarnya berdepan masalah kerana mereka tidak mempunyai pengalaman dalam menghasilkan skrip mengikut format yang betul

"Di SWAM, kami menyediakan latihan untuk penulisan skrip pada hujung minggu. Bagaimanapun, kami tidak paksa mereka untuk menyertai persatuan ini sebaliknya kami berusaha meminta kerjasama stesen televisyen untuk memberi galakan pada penulis skrip menyertai Swam," ucap Ismail Ahmad. Tambahnya lagi, persatuan sentiasa berusaha untuk membantu penulis skrip yang menjadi ahli. Malah, persatuan mempunyai panel untuk membantu ahli dari aspek memberi nasihat berkaitan kelemahan skrip. Untuk kebaikan ahli, Ismail juga berharap masalah bayaran pada penulis skrip dapat diatasi. Sebelum ini, bayaran standard untuk d

Search related