Muzik Cikgu Ku

Embed Size (px)

DESCRIPTION

e

Citation preview

PENGENALAN MUZIK TRADISIONAL MELAYU

Seni muzik merupakan salah satu seni yang telah lama wujud dalam masyarakat sosial di negara kita. Seni muzik merupakan salah satu hiburan yang paling diminati di negara kita dari dahulu hingga kini. Muzik juga merupakan satu tarikan kepada manusia dalam kehidupan sosial. Ahli falsafah berpendapat manusia secara semulajadi mempunyai tarikan terhadap muzik.. Fakta ini jelas kerana muzik menjadi kegemaran sejak manusia dilahirkan lagi. Muzik bukan sahaja dapat dinikmati melalui pacaindera malahan dapat dirasai melalui hati dan perasaan seseorang itu. Muzik dapat memberi kesan dalam hidup orang ramai melalui seni,irama dan lagu. Muzik juga dapat ditontonkan dan dipersembahkan melalui pelbagai cara samaada secara terus ataupun melalui media. Persembahan muzik bukan sahaja dapat dilakukan dengan pelbagai cara malahan dapat dipersembahkan oleh kaum lelaki mahupun wanita. Menurut kamus dewan pula seni muzik merupakan satu gubahan bunyi yang menghasilkan hiburan dalam bentuk lagu dan irama yang indah dan menyenagkan. Seni muzik juga sentiasa berubah-rubah melalui aliran dari zaman ke zaman.

Di Malaysia,seni muzik tradisional merupakan seni yang tidak lapuk di kalangan pelbagai etnik di negara kita. Seni muzik tradisional merupakan warisan turun temurun sesuatu kaum dan mempunyai keunikan tersendiri. Setiap bangsa mempunyai ciri-ciri muzik yang tersendiri. Seni muzik tradisional juga bergantung kepada adat dan budaya sesuatu bangsa. Pada zaman dahulu muzik hanya dimainkan oleh golongan bangsawan ataupun untuk hiburan diraja sahaja. Namun begitu terdapat juga muzik yang dimainkan untuk rakyat. Jelas disini seni muzik pada zaman dahulu mempunyai hieraki tersendiri. Selaras dengan peredaran zaman rakyat juga dapat menikmati seni ini pada masa kini. Alat muzik juga merupakan lambang estitika dalam masyarakat kita. Ia bukan sahaja dijadikan sebagai hiburan malahan menjadi alat untuk penyebaran maklumat dan sahsiah. Sesetengah alatan muzik juga mempunyai unsur magis yang boleh menaikan semangat dan digunakan dalam upacara tertentu.

SEJARAH DAN LATAR BELAKANG DONGDANG SAYANG SERTA ALAT MUZIK SERTA ASEMBELDondang sayang, sejenis nyanyian yang popular dalam kalangan masyarakat Melayu dan Cina Peranakan di Melaka. "Dondang" bermakna nyanyian, manakala "dondang sayang" bermaksud nyanyian mengulit kasih. Dondang sayang dikatakan berasal daripada nyanyian istana zaman Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15. Selepas kejatuhan kerajaan Melayu Melaka, nyanyian ini keluar dari lingkungan istana dan dipopularkan oleh para pembesar yang masih menaruh minat terhadapnya. Pada masa itu, nyanyian dondang sayang masih merupakan puji-pujian tentang kebesaran kerajaan Melayu Melaka, dan kesedihan kerana kejatuhannya. Sejarah Melayu ada mengisahkan Wan Benai menghiburkan Sang Nila Utama dengan nyanyian dan ulitan pantun kasih sayang. Sewaktu Sang Nila Utama berkelah di Tanjung Bemban bersama-sama isterinya, diiringi para pembesar serta isteri masingmasing, mereka menyanyikan lagu berentak dondang sayang. Apabila orang kampung mendengarnya, mereka tertarik. Jadilah lagu itu nyanyian ibu ketika mendodoikan anak dan kemudian diminati pula oleh anak muda. Terdapat beberapa kaedah untuk melagukan dondang sayang. Antaranya adalah dengan cara ratib mengesakan Allah dan pujian kepada Nabi Muhammad SAW, dan menyanyi sama ada dengan seni kata lagu yang lengkap atau dengan rangkaian bunyi sahaja, tetapi dalam bentuk lagu. Dondang sayang juga sering dilagukan oleh golongan tua ketika bersendirian, sama ada selepas penat bekerja mahupun sambil duduk melayan perasaan dan mengenang masa remaja. Mereka bersiul kecil atau menyanyi kecil mengalunkan lagu. Pada tahun 1950-an, tradisi dondang sayang semakin diminati apabila disiarkan menerusi radio sejak tertubuhnya Jabatan Penyiaran yang dikenali sebagai Radio Malaya. Selain itu, dondang sayang mula dimainkan di pentas bangsawan dan joget. Apabila lagu dondang sayang semakin diminati ramai, lagu ini didendangkan dengan iringan rebab, rebana, dan tetawak, dan kemudian menjadi kegemaran keturunan Baba Melaka. Sambutan orang Riau pula lebih hebat, hinggakan sebelum persembahan joget atau tarian, lagu dondang sayanglah yang diperdengarkan dahulu, seolah-olah lagu pembuka majlis. Kini, persembahan dondang sayang diiringi alat muzik seperti biola, rebana, gong atau tetawak, gendang, dan akordion. Alat muzik ini ialah satu gabungan yang simbolis yang mencernakan satu sejarah kegemilangan negeri Melaka pada masa dahulu. Rebana berasal dari Timur Tengah, biola berasal dari Portugis, dan gong warisan pedagang Cina. Daripada gabungan ini, lahirlah peralatan muzik dalam dondang sayang. Bagaimanapun, alat muzik yang penting ialah biola, rebana, gong atau tetawak, sementara alat sampingan ialah akordion dan gendang. Persembahan dondang sayang dimulakan dengan gesekan biola, dikuti tingkahan rebana dan gong. Pada waktu yang sama pantun dondang sayang akan dinyanyikan. Jumlah pemantun tidak terhad tetapi berpasang-pasangan. Mereka mendendangkan pantun empat kerat secara berlagu dengan berbalas-balas pantun sesama mereka. Pemantun akan mendendangkan lagu mengikut muzik yang dimainkan. Setiap pantun soal harus dijawab oleh pemantun seorang lagi. Sekiranya pantun itu tidak terjawab maka penyanyi yang ketiga boleh mengambil alih nyanyian itu. Tajuk pantun juga tidak ditentukan. Pantun dalam dondang sayang mempunyai lebih kurang 99 tajuk yang harus diingat dan dihafal. Masa juga tidak dihadkan, dan kebiasaannya satu-satu acara itu akan selesai hingga subuh. Bagaimanapun, dalam majlis perkahwinan, dondang sayang akan ditamatkan oleh pemain atau tuan rumah mengikut waktu. Ada empat jenis dondang sayang, iaitu dondang sayang Melaka, dondang sayang Baba Peranakan, dondang sayang Tanjung Penyengat, dan dondang sayang Pulau Pinang. Sungguhpun penjenisan ini lebih relatif sifatnya, setiap persembahan dondang sayang tetap diminati oleh beberapa golongan masyarakat seperti Melayu, Cina Peranakan, India, dan Portugis terutamanya di Melaka. Dondang sayang turut dipertandingkan dalam pelbagai pertandingan pada peringkat negeri dan kebangsaan, antaranya Pesta Dendang Rakyat dan Pertandingan Dondang Sayang anjuran kerajaan.SEJARAH DIKIR BARAT DAN ALAT MUZIK SERTA ASEMBEL

ASAL USULDikir barat merupakan teater tradisional yang digemari oleh masyarakat Melayu Kelantan dan Patani. Dalam persembahan Dikir barat, terdapat satu kumpulan yang diketuai oleh seorang Tukang Karut dan Tok Juara. Dikir Barat mula diperkenalkan di Tanah Melayu pada tahun 1930 an oleh anak tempatan iaitu Tuan Haji Mat Saleh bin Haji Ahmad. Antara ahli yang terlibat dalam kumpulan dikir barat ialah seorang juara, tukang karut dan beberapa orang awak-awak. Kumpulan Dikir Barat selalunya terdiri di antara 15 hingga 30 orang.

Antara alatan yang digunakan dalam persembahan dikir barat ialah, gendang ibu, gong, kerincing, canai, rebana ubi, dan cerana. Oleh yang demikian, permainan ini lebih dikenali sebagai Dikir Barat di negeri Kelantan. Dikir Barat bukan sahaja terkenal di Kelantan dan juga di negeri-negeri sekitarnya malah hingga ke Singapura. Rebana IbuDan AnakRebana ini mempunyai satu muka berbentuk bulat dengan menggunakan belulang kambing dipasang pada badan dengan siratan tali rotan kepada cincin rotan di bawah rebana itu.Badan dibuat daripada kayu yang tidak dalam (5-6 inci dalam). Belulang dikemaskan dengan menggunakan pancang kayu antara cincin dan bahagian bawah badannya.

Rebana Anaklebih kecil saiznya daripada Rebana Ibu. manakala bunyi yang dihasilkan adalah lebih nyaring. cara permaianannyer adalah secara meningkah rebana ibu dan dimainkan dengan cepat.

Tetawak dibuat daripada perunggu berbentuk bulat. Dindingnya tebal, berbusut ditengah-tengah permukaannya. Picnya lebih tinggi dari gong agung. Biasanya tetawak ini digantung dan dipalu busutnya. Nada bagi gong ini adalah bernada G. gong juga selalunyer dihiaskan dengan peyandang kayu yang diukir dengan nama kumpulan begitu juga pada gong itu sendiri supaya menampakkan identiti kumpulan dikir tersebut.

canang selalunyer dimainkan oleh tok juara atau tukang karut ketika salah seorang daripada mereka sedang menyanyikan lagu terbabit. sesetengah kumpulan dikir mengunakan 1 hingga 2 canang agar mendapatkan bunyi yang lebih harmoni.

Marakas,Sepasang Marakas juga digunakan dalam persembahan dikir barat. Ia biasanya dibuat daripada kayu atau plastik dan tempurung kelapa. Kayu yang digunakan dilarik, dilicinkan dan dibentuk bulat seperti bola. Di dalamnya dimasukkan biji-biji batu kecil, untuk menghasilkan bunyi. Kayu pemegang dipasang untuk memudahkan pemain memainkannya.Pakaian Didalam permainan Dikir Barat di Kelantan yang berasal dari Selatan Siam itu tidak ada pakaian tertentu atau yang menarik dipakai oleh Juara, Tukang Karut dan awak-awak. Ini tidak dapat dinafikan kerana permainan ini ialah permainan rakyat biasa dikawasan sawah-sawah padi dan kampung-kampung, tetapi kini lengkap berpakaian kemas dengan dastanya sekali.SEJARAH CAK LEMPONG DAN ALAT MUZIK SERTA ASEMBEL

Caklempong tergolong di dalam kumpulan Idiofon (Idiophone) iaitu kategori alat muzik yang dibuat daripada bahan logam, kayu, buluh dan tempurung. Biasanya ia dimainkan dengan cara pukulan, hentakan, goncangan dan ketukan. Antara alat muzik yang termasuk dalam klasifikasi ini ialah gong, saron (gamelan) bonang (caklempong) kenong (gamelan) angklung, gambang, kertuk dan lain-lain. Selain caklempong yang terdapat di Negeri Sembilan dan talempong di Sumatera Barat, alat muzik berbentuk seperti gong kecil juga terdapat di tempat lain dan dikenali sebagai kyi-waing (Myanmar),Trompong (Bali) dan Kulintang (Filipina).Bonang caklempong yang berbentuk seperti gong kecil diperbuat daripada tembaga berdiameter 16cm, tinggi 8-10 cm dan mempunyai cembol setinggi 2.5cm di tengah-tengahnya. (Rujukan:Music of Malaysia, 2004). Asalnya, caklempong dimainkan mengikut skala pentatonic yang terdiri daripada notasi C, D, E, F dan G, tetapi kini telah dimasukkan kesemua notasi

SEJARAH CAKLEMPONG

Muzik tradisional caklempong dikatakan telah dibawa ke Tanah Melayu oleh masyarakat Minangkabau dari Sumatera Barat yang menetap di Negeri Sembilan seawal kurun ke-14. Masyarakat Minangkabau memanggil caklempong sebagai talempong.

Di dalam tradisi terdahulu, selain daripada tujuan untuk berhibur,caklempong turut memainkan peranan penting di dalam kehidupan seharian masyarakat Minang seperti menyatupadukan penduduk setempat caklempong dimainkan semasa upacara pertabalan Sultan. Hari ini caklempong dimainkan untuk pelbagai tujuan antaranya ialah upacara perkahwinan, perasmian, keraian, muzik iringan pencak silat, tarian dan sebagainya.

Muzik caklempong kini telah diterima oleh masyarakat majmuk di Malaysia sebagai muzik warisan bangsa milik semua dan bukannya tertumpu kepada Negeri Sembilan sahaja. Muzik caklempong telah diajar di institut perguruan seluruh negara dengan tujuan untuk turus menyemai semangat kecintaan kepada muzik tradisional di Malaysia.

SEJARAH KUDA KEPANG DAN ASEMBEL MUZIK

Tarian Kuda Kepang sungguh sinonim di kalangan rakyat negeri Johor , tarian ini juga merupakan simbol kedaulatan negeri Johor sejak zaman dahulu lagi. Menurut Naim Marjani, (pengiat seni kuda kepang sinar warisan) permainan kuda kepang mula bertapak di Batu Pahat, Johor sekitar tahun 1940-an Namun, asal usul kuda kepang ini tidak dapat diketahui. Hanya terdapat beberapa teori yang berkaitan dengan asal-usul tarian ini , iaitu , Pada tahun 1920-an bertepatan dengan sejarahnya yang menyatakan bahawa ia berasal dari Jawa Timur. Ia dibawa masuk oleh masyarakat Jawa yang berhijrah ke negeri Johor dan kekal hingga sekarang tanpa banyak pengubahsuaian. Hasil daripada penghijrahan ini,masyarakat dari jawa telah membawa kesenian mereka masuk ke dalam negeri ini iaitu kuda kepang.

Selain itu , Ada yang berpendapat asal usul tarian ini ada kaitan dengan Saidina Ali. Untuk meniru gerak langkah bala tentera Saidina Ali maka lahirlah tarian kuda kepang. Seperti peristiwa peperangan yang dilalui Rasulullah SAW dan para sahabat disampaikan dalam bentuk tarian. Ada pula berpendapat yang mengaitkan asal usulnya dengan Wali Songo atau Wali Sembilan yang hidup di Tanah Jawa pada abad ke-15. Dalam usaha mengembangkan Islam di kawasan pedalaman di Jawa,Wali Songo menghadapi kesulitan untuk mendekati orang-orang di sana. Beliau mendapat idea untuk menari-nari sambil menunggang kuda. Penyampaian syariah Islam akan dilakukan sebelum atau selepas persembahan dilakukan.

Pendapat lain pula seperti , menghubungkan asal usulnya dengan alam kayangan.kuda kayangan bernama Kuda Sembrani kononnya dikatakan turun di Jawa untuk mencari kawannya yang hilang. Setelah berjumpa mereka menari-nari keseronokan. Jelaslah asul-usul kuda kepang ini tidak dapat disahkan tahun kewujudannya.Tarian kuda kepang merupakan salah satu tarian rakyat di Malaysia. Jika di negeri Pantai Timur Semenanjung terkenal dengan tarian Mak Yong, tarian Joget dan tarian Kuda Kepang pula mendapat tempat di hati rakyat Johor. Tarian Kuda Kepang mempunyai beberapa ciri yang unik dan berbeza daripada tarian yang terdapat di Malaysia. Antaranya ialah ,Kuda kepang tersebut diperbuat daripada buluh yang dianyam atau kulit binatang yang diwarnakan untuk menjadi lebih menarik dan berbentuk seperti seekor kuda tanpa kaki. Kuda kepang juga biasanya berwarna hitam dengan bulu tengkuk berwarna kuning. Perbezaan antara kuda kepang betina dan jantan juga dapat dilihat daripada bentuk ukiran dan corak warna yang terdapat pada kuda kepang tersebut , menurut Wak Naim biasanya kuda kepang jantan akan berwarna hitam dan hujung belakangnya lurus kebawah , manakala kuda kepang betina pula akan melengkuk dibelakang sebelum kebawah.

Gambar 1 : Anyaman Kuda Kepang betina.

Gambar 2 : Anyaman Kuda Kepang jantan.

Dalam sebuah persembahan, tarian Kuda Kepang memerlukan25 orang iaitu seorang sebagai ketua (danyang) iaitu penjaga atau gembala kuda kepang yang menggunakan cemeti untuk mengawal gerak tari serta tingkah laku penunggang kudanya, 9 hingga 10 orang sebagai penari, dua orang sebagai bomoh pemulih dan selebihnya sebagai penjaga kawasan.

Gambar 3 : pakaian lengkap penari Kuda Kepang.

Manakala peralatan yang digunakan dalam tarian kudang kepang, yang pertama ialah peralatan yang sangat penting iaitu9 hingga 10 kuda yang diperbuat daripada kulit lembu dan dibentukkan menyerupai kuda dan diwarnakan merah, putih atau kelabu. Yang kedua ialah satu unit Pecut yang diperbuat daripada kedua-dua buluh dan tali yang dipintal menjadi satu. Fungsi pecut adalah untuk mengarah dan mengawal permainan, iaitu penari-penari kuda kepang. Yang ketiga ialahserantai tali yang panjang berukuran 100 kaki iaitu 30 meter. Tali tersebut digunakan untuk membuat pagar bagi mengelakkan penari-penari yang mabuk daripada berkeliaran serta untuk memudahkan bomoh mengawal tarian.

Gambar 4 : Pecut yang digunakan untuk mengawal para penari.

Alat MuzikSeterusnya, alat muzik adalah komponen yang sangat penting dalam seni tari kuda kepang , kerana muzik yang dimainkan membawa pengaruh besar dalam penghayatan para penari semasa membuat persembahan. Wak Naim menyatakan. Rentak muzik yang amat unik boleh membuatkan penari Kuda Kepang terlalu asyik sehingga membawa mereka ke suatu alam lain. Antara alat muzik yang digunakan dalam tarian kuda kepang ialahlima unit Angklung yang digunakan untuk memainkan mode rithme sebagai pelengkap kepada ensembel yang lain. Alat muzik Angklung adalah untuk melaraskan melodi dalam jarak diantara satu sama lain. Angklung yang berbentuk segi empat yang diperbuat daripada buluh dan rotan. Tradisi kesenian muzik angklung yang berkembang di Malaysia dipercayai berasal dari Tanah Jawa, Indonesia.

Gambar 5 : AngklungSebuah gendang yang merupakan sejenis alat muzik yang mempunyai bingkai kayu dan tertutup dengan belululang pada kedua permukaan. . Kedua-dua permukaan ditutup dengan kulit lembu atau kulit kambing Gendang berbentuk bujur dan panjangnya berukuran tiga kaki dengan saiz kedua-dua permukaan yang berbeza.. Gendang tersebut biasanya dimainkan secara duduk, dengan gedombak diletakkan di atas sila. Alat ini digunakan untuk persembahan kuda kepang Gendang adalah alat penting di dalam memimpin rentak bunyian baik rendah ataupun tinggi.

Gambar 6 : GendangBeberapa unit gong iaitu sebagai pengiring muzik.Gong dibuat daripada perunggu berbentuk bulat, tepinya melengkong ke bawah, berongga di dalam dan cembul di tengah-tengah bahagian permukaannya. Gong berperanan penting sebagai bunyi tulang belakang dalam sesuatu persembahan dan alat utama dalam upacara khas dan persembahan muzik tradisional. Alat ini terdiri daripada pelbagai saiz untuk menghasilkan bunyi yang berbeza setiap satunya dan dimainkan bersama-sama mengikut rentak lagu. Alat ini berkualiti tinggi kerana cara pembuatannya adalah sukar dan memerlukan kos yang agak tinggi

Gambar 7 : GongBeberapa unit bonang atau keromong iaitu gong-gong kecil yang diletakkan secara mendatar diatas tali dan kotak kayu. Terdapat sepuluh atau dua belas biji bonang yang diatur dalam dua baris dan diletakkan disetiap kotak kayu masing-masing.Satu baris bonang tersebut mempunyai tangga nada yang tinggi, sementara satu baris bagi tangga nada yang rendah. Bonang dimainkan dengan menggunakan dua pemukul kayu yang dibalut dengan kain merah pada hujungnya.

Gambar 8 : Bonang atau keromong.

Sebuah jidur yang diperbuat daripada batang kelapa berongga dan kedua-dua permukaan berukuran lilit yang sama diditutup dengan kulit lembu atau kulit kambing. Jidur berbentuk tong kecil setinggi anggaran 16 inci. Dipalu menggunakan dua batang kayu untuk memainkanya.

Gambar 9 : JidurSebuah Kenong yang mempunyai satu set alat yang menyerupai gong tetapi lebih nipis dan bulat berbanding gong. Kenong diletek diatas dan diikat pada kayu yang diperbuat daripada kayu keras untuk menghasilkan nada merdu setelah diketuk. Alat pengetuk kenong terdiri daripada kayu dan tali yang dililit pada bahagian atas kayu tersebut. Kenong dimainkan dengan cara mengetuk sekali setiap not lagu. Peranannya adalah untuk mengeluarkan bunyi yang lebih lembut daripada bunyi dihasilkan oleh gong.

Gambar 10 : KenongSebuah Soron Pekin, jika dilihat dari segi fizikalnya, saron pekin mempunyai bilah yang berukuran lebih kecil tetapi lebih menebal jika dibandingkan dengan bilah yang ada pada saron penerus. Alat pemukul bagi saron pekin juga berbentuk penukul yang diperbuat daripada tanduk kerbau.

Gambar 11 : Soron Pekin.RUJUKAN

Abdul Fatah Karim. Lagu Melayu Asli. Kertas kerja Pameran Alat -alat MuzikTradisional Malaysia, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1-5 September 1980.Abdul Samad Salleh, 2005.

AspekLakonandalamTeaterBangsawan Kuala Lumpur:Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara. Ariff Ahmad, 2005. Pemikiran Tradisi Melayu dalam Lagu Ciptaan P. Ramlee dlm.P.RamleediCakeraNusantara Kota Samarahan: Universiti Malaysia Sarawak, hlm.261-270.

Harun Mat Piah, 2004. PuisiMelayuTradisional:NasihatdanPengajaran . KualaLumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Ismail Hamid, 1988.

MasyarakatdanBudayaMelayu Kuala Lumpur: Dewan Bahasadan Pustaka Mohd Afandi Ismail, 1975.

PerkembanganMakYongSebagaiSatuSeniTeaterTradisional Dewan Bahasa 19(6): 363-383.Mohd Zain Hj. Hamzah, 1961.

PengolahanMuzikdanTariMelayu Singapura: DewanBahasa dan Kebudayaan Kebangsaan.Rahmah Bujang, 1975.

Sejarah Perkembangan Drama Bangsawan di Tanah Melayu dan Singapura . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.