Upload
izzatul-syazzana-zainudin
View
257
Download
9
Embed Size (px)
DESCRIPTION
for cct esaimen
Citation preview
NAMA TOKOH 1
§ Abu Ali Muhammad bin al-Hasan bin al-Haitham al-Basri Al-Misri.
§ Beliau lebih dikenali dengan nama samaran Ibnu Haitham.
Di dunia Barat beliau telah dikenali dengan beberapa nama seperti Alhazen, Avennathan, dan
Avenetan, tetapi lebih terkenal dengan panggilan sebagai Alhazen.
LATARBELAKANG
Dilahirkan pada 354 H bersamaan dengan 965 M, di negeri Basrah, Iraq.
Beliau dibesarkan di bandar Basrah dan Baghdad, dua kota yang menjadi pusat ilmu
pengetahuan Abbasiyah pada masa itu.
Di dua kota inilah beliau memulakan pendidikan awalnya sebelum dilantik menjadi pegawai
pemerintah di bandar kelahirannya. Setelah beberapa lama berkhidmat dengan pihak pemerintah
di sana, beliau mengambil keputusan merantau ke Ahwaz dan Baghdad. Di perantauan beliau
telah melanjutkan pengajian dan menumpukan perhatian pada penulisan.
Keintelektualan Ibnu Haitham terbukti ketika beliau masih menjadi seorang pelajar dengan
kecenderungan beliau terhadap pelbagai bidang ilmu. Beliau tidak jemu menimba ilmu
pengetahuan, baik agama mahupun umum seperti ilmu matematik, fizik, astronomi, perubatan,
falsafah, mantik dan lain-lain lagi.
Beliau adalah salah seorang tokoh cendakiawan sains yang terkenal dan termasyhur dengan
ketinggian ilmunya di tanah Arab dan di benua Eropah pada zamannya.
Kemasyhurannya sebagai ilmuwan menyebabkan pemerintah Bani Fatimiyah di Mesir waktu itu,
iaitu Pemerintah Khalifah Al-Hakim bin Amirillah (386-411H/996-1021M) mengundangnya ke
Mesir. Maksud undangan Dinasti Fatimiyah itu adalah memanfaatkan keluasan ilmu yang
dimiliki oleh Ibnu Haitham. Beliau diharapkan mampu mengatur banjir Sungai Nil yang kerap
kali melanda negeri itu setiap tahun. Sayangnya, beliau tidak dapat mewujudkan rancangan
takungan raksasa yang dibuatnya kerana kurang peralatan canggih yang ada pada masa itu.
Untuk melindungi dirinya dari kemurkaan pemerintah, beliau kemudian meninggalkan pekerjaan
itu dengan berpura-pura hilang ingatan. Sehingga pada tahun 1021 Sultan Al- Hakim bin
Amirillah telah mangkat dan dari tarikh itulah Ibnu Haitham kembali normal dan aktif dalam
kegiatan ilmu.
Ibnu Haitham datang berlindung dan mengabdikan diri di Universiti al-Azhar, dan terus
menyambung usaha ilmiahnnya dalam bidang yang cukup saintifik. Beliau juga turut
menterjemahkan buku-buku matematik dan falak ke bahasa Arab, terutama dari bahasa Latin.
Sebelum itu beliau telah pergi ke Andalusia (Sepanyol), kiblat ilmu pengetahuan Eropah pada
masa itu. Di sana beliau mempelajari optik sehingga terkenal dalam bidang optik.
Pada tahun terakhir hayat beliau, beliau kembali ke Kaherah (Mesir) dan sebagai ahli matematik
hingga akhir hayatnya.
Ibnu Haitham meninggal dunia di Kaherah pada tahun 1039M katika usianya 74 tahun.
SUMBANGAN IBNU HAITHAM
* TEORI HUKUM PEMBIASAN (fenomena atmosfera)
Selama di Sepanyol, Ibnu Haitham melakukan beberapa penyelidikan dan percubaan ilmiah
berhubung dengan bidang optik. Penemuannya yang terkenal ialah “hukum pembiasan”, iaitu
hukum fizik yang menyatakan bahawa sudut pembiasan dalam pancaran cahaya sama dengan
sudut masuk Menurut pengamatan Ibnu Haitham, beliau berpendapat bahawa cahaya merah di
kaki langit di waktu pagi (fajar) bermula ketika matahari berada di 19 darjah di bawah kaki
langit. Sementara cahaya warna merah di kaki langit di waktu senja (syuruk) akan hilang apabila
matahari berada 19 darjah di bawah kaki langit selepas jatuhnya matahari. Dalam fizik moden,
hukum ini dikenali dengan nama “hukum pembiasan Snell” yang bersempena nama ahli fizik
Belanda, Willebrord van Roijen Snell.
*TEORI PENGLIHATAN (optik)
Dengan menggunakan kaedah matematik dan moden fizik yang baik beliau dapat membuat
eksperimen yang teliti, Ibnu Haitham telah meletakkan optik pada batu asas yang kukuh. Beliau
telah menggabungkan teori dan eksperimen dalam penyelidikannya. Dalam penyelidikan, beliau
telah mengkaji gerakan cahaya, ciri-ciri bayang dan imej dan banyak lagi fenomena optik yang
penting. Beliau telah menolak teori Ptolemy dan Euclid yang mengatakan bahawa manusia
melihat benda melalui pancaran cahaya yang keluar dari matanya. Tetapi menurut Ibnu Haitham,
bukan mata yang memberikan cahaya tetapi benda yang dilihat itulah yang memantulkan cahaya
ke mata manusia.
*CERMIN KANTA CEKUNG DAN KANTA CEMBUNG
§ Ibnu Haitham telan menggunakan mesin lathe (larik) untuk membuat cermin kanta cekung
dan kanta cembung untuk penyelidikannya. Dengan ini beliau telah mengkaji tentang cermin
sfera dan cermin parabolik. Beliau mengkaji Aberasi Sfera dan memehami bahawa dalam cermin
parabola kesemua cahaya dapat tertumpu pada satu titik.
*TEORI BIASAN CAHAYA
§ Teori ini agak mengkagumkan, beliau telah menggunakan segi empat halatuju pada
permukaan biasan beberapa abad sebelum Isaac Newton memperkenalkannya di dunia Barat.
Beliau juga percaya kepada prinsip masa tersingkat bagi rentasan cahaya (Prinsip Fermat).
*AHLI BIDANG FALSAFAH
§ Ibnu Haitham telah disenaraikan diantara salah seorang ahli falsafah Aristo.
Dikalangannya adalah sahabat beliau iaitu Ibnu Sina dan al-Biruni. Ibnu Haitham mendahului
Kant lebih tujuh abad lamanya. Teori yang dilebalkan dari Kant sebenarnya datang dari beliau
iaitu: “bahawa untuk mencapai kebenaran hendaklah dengan mengetahui pendapat-pendapat
yang berunsur kepada kenyataan yang dapat digambarkan dengan akal rasional”.
*BIDANG ASTRONOMI
§ Beliau melanjutkan pendapat ilmuwan Yunani tentang proses pengubahan langit abstrak
menjadi benda-benda padat. Dalam karya astronominya, beliau melukis gerakan planet-plenet,
tidak hanya dalam terma eksentrik dan episiklus, tetapi juga dalam satu model fizik. Pendapatnya
banya mempengaruhi Dunia Pemikiran Barat pada zaman Johannes Kepler. Tiga abad kemudian
karya ini ditukar dalam bentuk ikhtisar oleh astronomi muslim iaitu Nasiruddin at-Tusi.
*BIDANG FIZIK
§ Dalam bidang fizik Ibnu Haitham telah mengkaji tentang gerakan yang membawa beliau
menemui prinsip intersia dan statik. Beliau telah mengasaskan dan menjadikan optik menjadi
satu sains baru. Banyak kajian beliau telah mendahului dan diikuti oleh Francis Bacon, Leonardo
da Vinci, dan Johannes Kepler.
KARYA-KARYA AGUNG IBNU HAITHAM
§ Ibnu Haitham merupakan ilmuwan yang produktif dan memiliki banyak karya penulisan
dalam pelbagai cabang ilmu. Beliau telah menulis tidak kurang daripada 200 judul buku, namun
hanya sedikit yang terselamat. Di antaranya ialah:
§ Maqalah fi Istikhraj Samt al-Qiblah(penyusunan kota), Maqalah fi hayat al-
Alam(astronomi), Kitab fi al-Minasit(kamus optik), Fi al-Maraya al-Muhriqah bi al-
Dawair(cermin yang membakar), Maqalah fi Daw al-Qamar(cahaya dan gerakan langit), Zawahir
al-hasaq(gejala senja), Fi Kayfiyat al izlal, Fi al-Asar Allazi al-Qamar, Fi ad-Dawar, Fi al-
Makan, fi al-Mulumar, Fi Misahat al-Mujassamah al- Mukafi, Fi Irtifa al-Quth, semua itu adalah
tentang kajian ilmu fizik dan astronomi.Karya-karya tersebut adalah berhubung dengan ilmu
fizik dan matematik, iaitu di antara ilmu yang sangat dikuasainya, hampir keseluruhannya telah
diterjemahkan ke dalam bahasa-bahasa Eropah.
§ Ibnu Haitham juga pernah menulis empat buah risalah tentang ilmu cahaya dan ilmu ukur.
Risalah-risalah tersebut telah diterjemahkan ke dalam bahasa Jerman dan telah tersebar dengan
meluas di Eropah sejak tahun 1907M.
§ Al-Munadzir adalah satu daripada karya Ibnu Haitham yang teragung tentang bidang
kajian optik dan buku tersebut pernah menjadi rujukan kepada para ahli kaji optik selepasnya.
Karya ini diterjemahkan oleh Witelo pada tahun 1270M dan kemudiannya diterbitkan oleh F.
Risner pada tahun 1572M dengan nama Thesaurus Opticae.
KESIMPULAN
Sumbangan Ibnu Haitham kepada ilmu sains dan falsafah amat banyak. Kerana itulah Ibnu
Haitham dikenali sebagai seorang yang miskin dari segi material tetapi kaya dengan ilmu
pengetahuan. Beberapa pandangan dan pendapatnya masih relevan sehingga ke hari ini. Walau
bagaimanapun sebahagian karyanya lagi telah "dicuri" dan "diceduk" oleh ilmuwan Barat tanpa
memberikan penghargaan yang sewajarnya kepada beliau. Sesungguhnya barat patut berterima
kasih kepada Ibnu Haitham dan para sarjana Islam kerana tanpa mereka kemungkinan dunia
Eropah masih diselubungi dengan kegelapan. Kajian Ibnu Haitham telah menyediakan landasan
kepada perkembangan ilmu sains dan pada masa yang sama tulisannya mengenai falsafah telah
membuktikan keaslian pemikiran sarjana Islam dalam bidang ilmu tersebut yang tidak lagi
dibelenggu oleh pemikiran falsafah Yunani.
Setelah dikaji mengenai latarbelakang kehidupan Ibnu Haitham, dapat kita memberi
kesimpulan bahawa Ibnu Haitham adalah seorang tokoh ilmuwan Islam yang sangat disegani dan
termasyhur pada zamannya. Azam beliau untuk meningkat taraf hidup umat Islam dan usahanya
mendekatkan diri kepada Allah tidak sia-sia. Ibnu Haitham tidak pernah puas menuntut ilmu
sehingga penghujung nafasnya yang terakhir. Berkat hasil usaha dan ikhtiarnya beliau telah
menjadi seorang cendakiawan yang terkenal. Beliau bukan sekadar tokoh ilmuwan sahaja,
malahan beliau amat menitik beratkan pendidikan agama sepanjang beliau menuntut ilmu. Ibnu
Haitham memainkan pengaruh yang besar di tanah Arab dan juga seluruh dunia Barat. Beliau
telah memberikan sumbangan besar dalam dunia ilmu pengetahuan moden. Contohnya, teori
optiknya mempengaruhi ilmuwan Eropah seperti Roger Bacon dan Johannes Kepler.
Penyelidikan ilmiahnya menjadi asas penyelidikan yang kemudian diguna pakai dan
dikembangkan di Barat. Sebagai seorang penuntut perlulah kita mencontohi beliau dan sebagai
pendorong semangat untuk meningkatkan mutu pembelajaran serta mendekatkan diri kepada
Allah SWT.
TOKOH 2
Nama penuh Ibnu al-Nafis ialah ‘Ala’uddin abu al-Hasan ali ibn abi al-Hazam al-Qrasyi, seorang
Arab berketurunan Quraisy.Beliau telah dilahirkan di pinggir Bandar Damsyik pada tahun
607H(1210M).
Di situlah kemudiannya beliau hidup dan berguru dengan ahli perubatan, termasuk al-Syiekh
Radhiuddin Abu al-Hajjaj Yusuf Ibn Hidrah al-Rahibi. Antara guru beliau yang lain dalam
bidang perubatan ini termasuklah al-Hakim Muhazzibuddin Abu Muhammad Abdul Rahim ibn
Ali al-Dakhwar dan ‘Imran al-Isra’ili.
Ibnu a-Nafis ialah rakan sepengajian dengan Maufiquddin qabu AL-Abbas Ahmad Iibnal-Qasim
yang terkenal dengan nama Ibn Abi Usaiba’ah, penulis buku yang masyhur yang menceritakan
tentang kedudukan dan kesarjanaan para ahli perubatan.Mereka kemudiannya berpindah ke
Kaherah dan sama-sama bekerja di al-Nasiri. Di hospital inilah Ibn al-Nafis telah mencapai
kemajuan menjadi ketua hospital berkenaan, sementara Ibn Abi Usaiba’ah menumpukan
perubatannya kepada perubatan mata. Beliau telah menetap di Kaherah sehingga beliau
meninggal dunia pada 686 H(1288 M)sewaktu umur beliau 80 tahun.
Meskipun bidang utama beliau adalah perubatan, namun Ibn al-Nafis tetap mendalami ilmu-ilmu
bahasa, fiqh, falsafah dan ilmu kalam. Dalam bidang perubatan, ada orang yang menyamakan
beliau dengan Ibnu Sina. Malahan ada juga orang yang berpendapat bahawa beliau adalah lebih
serlah dan terkemuka di dalam para sarjana islam yang ada.
SUMBANGAN
Dalam bidang perubatan, secara khususnya Ibnu al-Nafis mempunyai kepakaran yang tinggi
dalam bidang pembedahan. Penemuan sistem peredaran darah kecil juga telah membuatkan Ibnu
al-Nafis terkenalsebagai tokoh sarjana islam yang terkenal. Selain itu juga Ibnu al-Nafis juga
melancarkan kempen memerangi wabak. Sebelum beliau meninggal dunia, beliau telah membina
sebuah hospital.
i) Bidang Pembedahan
Dalam bidang pembedahan, beliau sangat berminat dengan pembedahan jantung dan
kerongkong, kerana kerana beliau telah percaya pada wujudnya pertalian yang rapat antara
pernafasan dan denyutan jantung.
Bagi memajukan lagi bidang pembedahan ini, Ibnu al-Nafis menasihatkan supaya
pembedahan perbandingan dibuat dengan melakukannya ke atas binatang. Menurut beliau,
langkah seperti ini boleh membantu kita memahami dengan lebih mendalam tentang tubuh
manusia dan fungsi semua organ yang terdapat dalam tubuh manusia.
ii) Memerangi Wabak.
Ibnu al-Nafis bersama doktor-doktor Mesir yang lain melancarkan kempen memerangi wabak
yang tidak mengenal mangsa sama ada kanak-kanak mahupun kaum dewasa. Wabak ini merebak
selama enam bulan dan akhirnya ia berjaya dikawal oleh Ibnu al-Nafis. Dengan kejayaan ini
Ibnu al-Nafis telah digelar al-Misri oleh penduduk di negara Mesir.
iii) Penemuan Sistem Peredaran Darah Kecil.
Perkara baru yang terpenting yang diajukan oleh Ibnu al-Nafis dalam syarahnya dalam kitab
anatomi ibn Sina ini ialah teori tentang peredaran darah ialah pergerakan darah iaitu pergerakan
darah dalamkitaran. Peredaran darah ini dikenali pada zaman sekarang sebagai ‘sistem sirkulasi
pulmonari’.
Orang zaman dahulu mempercayai bahawa darah bergerak daripada jantung ke dalam
jasad menerusi pembuluh dan saluran darah mengikuti denyutan nadi. Kemudian datang Galen
iaitu sarjana perubatan Yunani yang mengatakan bahawa darah tersebar ke dalam badan daripada
jantung menerusi pergerakan seperti alunan ombak melalui arteri itu sendiri.
Para doktor aliran Iskandariah merujuk semula kepada teori perubatan Mesir kuno. Ibnu Sina
mengikuti teori doktor Yunani iaitu Galen tentang peredaran darah. Ibnu al-Nafis pula dalam
syarahannya dalam kitab anatomi Ibnu Sina mangesahkan pendapat ini. Menurut Ibnu al-Nafis
ruang jantung mempunyai dia sahaja tidak seperti yang didakwa oleh Ibnu Sina .
Katanya, aliran edaran darah ialah daripada ventrikal kanan kepada paru-paru. Dalam paru-paru,
uadara bertemu dengan darah. Darah itu kemudiannya meninggalkan paru-paru dengan
mengikuti arteri paru-paru lalu masuk ke dalam ventrikal kiri dalam jantungm dari sini, darah
disebar keseluruh badan.
Pendapat yang diajukan oleh Ibnu al-Nafis kepada ilmu perubatan adalah teori yang baru. Teori
ini menegaskan bahawa wujudnya peredaran darah dari jantung ke paru-paru dan dari paru-paru
kepada jantung. Oleh itu, beliau telah mengasaskan ‘teori sirkulasipulmonari’. Akan tetapi Ibnu
al-Nafis tidak sempat untuk mengkaji sistem peredaran darah keseluruh tubuh dalam waktu yang
sama.
iv) Membina Sebuah Hospital
Semasa umur beliau mencecah lingkungan 74 tahun, beliau telah ditugaskan oleh Sultan
Qalawun untuk membina sebuah hospital baru di Kaherah. Beliau menyelia pembinaan ini
menurut keperluan perubatan berkenaan bahagian-bahagian hospital tersebut, wad, farmasi,
perpustakaan, ruang menunggu, dan bilik khas untuk doktor. Selain itu juga, beliau
memperkalkan konsep teaching hospital. Hospital itu telah dirasmikan oleh Sultan Qalawun dan
dinamakannya dengan ‘al-Mansuri’.
KARYA.
Sebagaimana para sarjana islam yang lain,Ibnu al-Nafis telah menulis banyak buku-buku dan
rencana. Walaubagaimana kebanyakannya telah hilang.
Antara buku beliau yang masih ada termasuklah al-Kitab al-Syamil Fi al-Tibbtenrtang
ensiklopedia perubatan, Kitab al-Muhadhdhab fi al-Kuhl mengenai opthalmilogi,al-
Muhazzab berkenaan tentang perubatan mata, al-Mukhtar yang mengatakan tentang
pemakanan, Syarh al-Hidayah adalah ulasan terhadap karangan Ibnu Sina tentang perubatan, al-
Risalah al-Kamiliyyah fi al-Sirah al-nobawiyyah yang menyatakan tentang kisah hidup Nabi
Muhammad. Selain itu al-Mujaziaiti ringkasan daripada kitab Ibnu Sina, al-Qanun. Fi ‘I-
Tahibbi dan beberapa kritikan terhadap karya Hipokrotes, Ibnu Sina dan Humaym Ibnu
Ishaq.beliau juga menulis buku ringkas karya Aristotles tentang logik.
Ibnu al-Nafis adalah seorang lagi tokoh kesarjanaan islam yang mewakili zamannya pada
zaman iti. Beliau seorang yang mempunyai pandangan yang luas dan juga berfikiran kreatif
dalam membuat kerjanya.di dalam kerjayanya sebagai seorang doktor, beliau sering dilantik
sebagai doktor peribadi oleh pemerintah-pemerintah.
Beliau banyak menguasai bidang ilmu agama iaitu ilmu akhirat meskipun yang paling utama
sekali ialah bidang perubatan dan beliau seorang ahli fizik yang terkemuka di Mesir dan di
negara Islam yang lain.
Sumbangan beliau kepada pembangunan ilmu dan tamadun manusia adalah sangat besar sekali
kepada dunia islam pada zaman dahulu dan sekarang. Tidak hairanlah mengapa beliau antara
tokoh yang tercatat dalam sejarah tamadun Islam.