Upload
rohaniskgp
View
43
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
fu"*l'
NAMA-NAMA AL.QURAN
Al-Quran mempunyai berbagai nama lain selain nama al-Quran.Walaubagaimanapun, nama yang terkenal dan yang digunakan secara meluasialah al-Quran. Hal itu berdasarkan Firman Allah :
Maksudnya: "(Masa Yang Diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulanRamadan Yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagisekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan Yang -menjelaskanpetunjuk dan (menjeiaskan) perbezaan antara Yang benar Dengan Yangsalah. (Surah Al-Baqarah:185)
Ada ulama' berpendapat Al-Quran mempunyai 66 nama, manakala Abu Al-Ma'li Azizi bin Abd Malik (kitab Al-Burhan) mengatakan Al-Quran
mempunyai 55 nama. Dan ada juga ulama' yang mengatakan Al-Quran
mempunyai 90 nama. Walau bagaimanapun kesemua nama-nama itu
sesuai dengan kemuliaan dan keagungannya sebagai sebuah kitab suci
daripada Allah S.W.T.
Antara nama-nama Al-Quran ialah :
1. Al-Furqan
Maksudnya: "Maha berkat Tuhan Yang menurunkan Al-Furqaan kepadahambaNya (Muhammad), untuk menjadi peringatan dan amaran bagiseluruh penduduk alam. (Surah Al-Furqan:1)
Perkataan al-Furqan digunakan sebagaisalah satu daripada nama al-Quran,
kerana kandungan al-quran itu menjelaskan kepada manusia antarakebenaran dengan kebatilan. Oleh itu al-quran bertindak sebagai pembeza
dan pemisahan terhadap ajaran yang benar dengan ajaran yang salah.
Maksudnya: "Diturunkan Al-Quran ini, Dengan tidak ada sebarang syak
padanya, dari Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam'"
(Surah As-Sajdah:2)
perkataan Kitab di dalam bahasa Arab dengan baris tanwin di akhirnya
tkitabun) memberikan makna umum iaitu sebuah kitab yang tidak tertentu'
Apabila ditambah dengan alif dan lam di depannya menjadi (Al Kitab) ia
telah berubah menjadisuatu yang khusus (kata nama tertentu)' Dalam
hubungan ini, nama lain bagi Al-Quran itu disebut oleh Allah adalah Al-
Kitab.
3. Al- Mau'izah:
Maksudnya: "wahai umat manusia! sesungguhnya telah datang kepada
kamu Al-Quran Yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan
yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin Yang ada di Dalam
dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan' serta
membawa rahmat bagi orang-orang Yang beriman-"(surah Yunus:57)
Perkataan Al-Mau'izah digunakan sebagai salah satu daripada nama al-
Quran di sebabkan dalam al-Quran itu mengandungi pengajaran dan
peringatan kepada manusia dan sekalian alam, baik dalam urusan
keduniaan dan akhirat.
4. Ar-Rahmah:
Maksudnya: "Dan Kami turunkan Dengan beransur-ansur dari Al-Quran
Aya-ayat suci Yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang
yang beriman kepadanya; dan {sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan
orang-orang Yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan
kerugian jua.'(Surah Al-lsra' :82)
Allah menamakan Al-Quran dengan rahmat kerana dengan Al-Quran ini
akan melahirkan iman dan hikmah. Bagi manusia yang beriman dan
/ berpegang kepada Al-Quran ini mereka akan mencari kebaikan dan
cenderung kepada kebaikan tersebut.
5. An-Nur
Maksudnya: "Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang
kepada kamu: Bukti dari Tuhan kamu, dan Kami pula telah menurunkan
kepada kamu (Al-Qurqn sebagai) Nur (cahaya) Yang menerangi (segala apa
jua Yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan Yang kekal di
akhirat kelak)." (Surah An-Nisa':174)
Panduan yang Allah gariskan dalam Al-Quran menjadicahaya dalam
kehidupan dengan mengeluarkan manusia daripada taghut kepada cahaya
kebenaran, daripada kesesatan dan kejahilan kepada kebenaran ilmu,
daripada perhambaan sesama manusia kepada mengabdikan diri semata-
mata kepada Yang Maha Mencipta dan daripada kesempitan dunia kepada
keluasan dunia dan akhirat.
6. Ar-Ruuha
Maksudnya: "Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (Muhammad) -
Al-Quran sebagai roh (yang menghidupkan hati perintah kami; Engkau tidak
pernah mengetahui (sebelum diwahyukan kepadamu): apakah Kitab (Al-
Quran) itu dan tidak juga mengetahui apakah iman itu; akan tetapi Kamijadikan Al-Quran: cahaya Yang menerangi, Kami beri petunjuk dengannya
sesiapa Yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba kami. danSesungguhnya Engkau (Wahai Muhammad) adalah memberi petunjuk
Dengan Al-Quran itu ke jalan Yang lurus,{Surah As-syuura:S2)
Allah SWT telah menamakan wahyu yang diturunkan kepada rasulNya
sebagai roh. Sifat roh adalah menghidupkan sesuatu. Sepertijasad manusia
tanpa roh akan mati, busuk dan tidak berguna. Dalam hubungan ini,
menurut ulama, Al-Quran mampu menghidupkan hati-hati yang mati
sehingga dekat dengan Penciptany
7. Asy-syifaa':
Maksudnya: "Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah dagang kepada
kamu Al-Quran Yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhdn kamu, dan
Yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin Yang ada di Dalamdada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta
membawa rahmat bagi orang-orang Yang beriman."(Surah Yunus:57)
Allah SWT telah mensifatkan bahawa Al-Quran yang diturunkan kepada
umat manusia melalui perantara nabi Muhammad SAW sebagai penawar
dan penyembuh. Bila disebut penawar tentu ada kaitannya dengan
penyakit. Dalam tafsir lbnu Kathir dinyatakan bahawa Al-Quran adalah
penyembuh dari penyakit-penyakit yang ada dalam hati manusia seperti
syirik, sombong, bongkak, ragu dan sebagainya.
8. Al-Bayaan
Maksudnya: "(Al-Quran) ini ialah penerangan kepada seluruh umatmanusia, dan petunjuk serta pengajaran bagi orang-orang Yang (hendak)
bertaqwa.(Surah Ali'lmran :138)
Al-Quran adalah kitab yang menyatakan keterangan dan penjelasan kepada
manusia tentang apa yang baik dan buruk untuk mereka. Menjelaskan
antara yang haq dan yang batil, yang benar dan yang palsu, jalan yang lurus
dan jalan yang sesat. selain itu Al-Quran juga menerangkan kisah-kisah
umat terdahulu yang pernah mengingkari perintah Allah lalu ditimpakan
dengan berbagai azab yang tidak terduga.
Maksudnya: "sesungguhnya Kamilah Yang menurunkan Al-Quran, dan
Kamilah Yang memelihara dan menjaganya.'{Surah Al-Hijr:9)
Allah SWT menyifatkan Al-Quran sebagai adz-dzikra (peringatan) kerana
sebetulnya Al-Quran itu sentiasa memberikan peringatan kepada manusia
kerana sifat lupa yang tidak pernah lekang daripada manusia. Manusia
mudah lupa dalam berbagai hal, baik dalam hubungan dengan Allah,
hubungan sesama manusia mahupun lupa terhadap tuntutan-tututan yang
sepatutnya ditunaikan oleh manusia. Oleh itu golongan yang beriman
dituntut agar sentiasa mendampingi Al-Quran. Selain sebagai ibadah, Al-
Quran itu sentiasa memperingatkan kita kepada tanggungjawab kita'