4
1 “BANGSA-BANGSA AKAN DATANG KEPADA TERANGMU” PANDUAN DOA MINGGUAN BERDOA TANPA HENTI Bangsa-bangsa akan datang kepada terangmu, dan raja-raja kepada cahaya yang terbit bagimu.” – Yesaya 60:3 AVB Terima kasih kerana memakai panduan doa ini yang bermula sewaktu PKP bermula. Pada hari ini, panduan doa tersebut terus mengalakkan umat Allah untuk terus berdoa tanpa henti, dalam kesyukuran dan doa syafaat, agar Kerajaan Allah ditubuhkan dan kehendak-Nya dilaksanakan pada waktu yang susah. Panduan doa ini boleh dipakai untuk saat teduh peribadi, di dalam keluarga ataupun kumpulan kecil. Anda juga boleh menggunakannya semasa mengendalikan persekutuan doa dalam talian ataupun di gereka, dan juga untuk menganjurkan bilik doa 24-7 dalam talian. Kami telah mendirikan panduan asas ini untuk mereka yang baru mula berdoa ataupun ingin bertumbuh dalam doa. Kandungannya mencukupi supaya anda boleh berdoa dari beberapa minit sehingga selama sejam, agar anda membina keyakinan dalam doa. Panduan ini menggunakan nemonik PRAY. Cara ini terdiri daripada 4 langkah yang mengejakan perkataan PRAY: Pause – Rejoice – Ask – Yield. P – Pause (Berhenti secara sengaja apabila menghadapi PERIBADI Allah, sebagai peringatan bahawa kami bukan melakukannya hanya sekadar sebagai aktiviti, tetapi memasuki hadirat Allah, merendahkan diri supaya mendengar, merenungkan diri dan bertaubat) R – Rejoice (Menyembah Dia yang layak menerima segala pujian dan sembah, dan ini sesuatu yang berlaku secara semulajadi oleh kerana meluangkan masa dengan-Nya sebelum ini) A – Ask (Doa Syafaat – Setelah 2 langkah tersebut, hati kami sekarang berada dalam posisi yang lebih baik untuk menyelaraskan diri mengikut hati dan kehendak-Nya) Y – Yield (Serahkan semua doa kami kepada Allah dengan penuh iman, agar Dia memimpin dan berbicara dengan hati kami supaya kami mengalami sukacita sewaktu bekerjasama dengan Allah dalam mengalu- alukan kerajaan-Nya) Sempena perayaan Merdeka sepanjang minggu ini di mana kami bakal merayakan Hari Merdeka ke-63, kami akan menumpukan fokus doa terhadap negara kita. Kami ingin bersyukur kepada Allah kerana curahan berkat-Nya yang berterusan ke atas negara Malaysia, penuh dengan kemakmuran dan kekayaan semulajadi, aman damai, dan perkembangan ekonomi. Kami berterima kasih atas kebijaksanaan yang dikurniakan ke atas kerajaan Malaysia kerana memimpin negara dengan baik sepertimana diakui oleh komuniti antarabangsa, di mana kegiatan ekonominya terdiri daripada pelbagai saluran, serta prestasi pengurusan makro-ekonomi yang cemerlang memastikan negara ini lebih berdaya tahan berbanding dengan ekonomi negara lain. Kami bersyukur kerana walaupun terdapat ketidakstabilan politik yang disebabkan oleh perkembangan politik terkini dari pelbagai pihak, Malaysia masih berada dalam keadaan aman damai, dan bersedia mengharungi suasana ekonomi yang susah dengan baik di tengah-tengah pandemik Covid-19 dan perang dagang sedunia. Hari Merdeka ini melambangkan dan mengiktiraf kebebasan yang bersertakan sebuah negara dengan hak kerakyatan. Kami bersyukur kepada Allah atas suasana aman damai serta pelbagai jenis kebebasan yang dinikmati setiap rakyat di negara ini, di mana ramai antara mereka telah mengorbankan nyawa masing-masing dalam pembangunan Malaysia. Selama kami berdoa syafaat untuk negara, kami bertekad untuk doakan agar kebebasan penuh akan dinikmati oleh setiap rakyat Malaysia; seperti kebebasan beragama, kesamarataan sosial, pendidikan dan ekonomi, serta kesamarataan antara bangsa dan agama, agar lambang Merdeka dan rakyat yang bebas akan dihormati. Marilah kami juga berdoa agar status kewangan dan keutuhan moral Malaysia akan dipulihkan setelah kian lama dibelenggu oleh kes-kes rasuah dan kemorosotan yang hanya memperkayakan golongan politik elit serta mereka yang mempunyai kabel. Semoga kebenaran, keadilan dan perbenaran Allah menjadi terang untuk memimpin jejak kaki kami, dan semoga keamanan dan kemakmuran menjadi hasil yang dapat dikongsikan oleh rakyat yang hidup bersatu-padu. Semoga Malaysia menjadi terang di mana semua bangsa akan datang mencari kebijaksanaan dan keindahannya, serta memuliakan nama Allah yang kudus sambil membawa kebaikan, kebenaran, keadilan, keamanan, dan kemakmuran kepada setiap bangsa. AHAD, 30 OGOS 2020 NASKHAH ke-24 – HARI MERDEKA CELEBRATION JEMPUTAN UNTUK TERUS TEKUN DALAM DOA DAN KESYUKURAN For private circulation only among members and associates of Prayer United Malaysia

NASKHAH ke-24 – HARI MERDEKA PANDUAN DOA ...32885165ddbe10f99503-4f9f819af3359f62045637ba9494386a.r78.cf2.rackcdn.c…Kami berdoa agar kuasa jahat yang memecah-belahkan dan menipu

  • Upload
    others

  • View
    4

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: NASKHAH ke-24 – HARI MERDEKA PANDUAN DOA ...32885165ddbe10f99503-4f9f819af3359f62045637ba9494386a.r78.cf2.rackcdn.c…Kami berdoa agar kuasa jahat yang memecah-belahkan dan menipu

1

“BANGSA-BANGSA AKAN DATANG KEPADA TERANGMU”

PANDUAN DOA MINGGUANBERDOA TANPA HENTI

“ Bangsa-bangsa akan datang kepada terangmu, dan raja-raja kepada cahaya yang terbit bagimu.” – Yesaya 60:3 AVB

Terima kasih kerana memakai panduan doa ini yang bermula sewaktu PKP bermula. Pada hari ini, panduan doa tersebut terus mengalakkan umat Allah untuk terus berdoa tanpa henti, dalam kesyukuran dan doa syafaat, agar Kerajaan Allah ditubuhkan dan kehendak-Nya dilaksanakan pada waktu yang susah. Panduan doa ini boleh dipakai untuk saat teduh peribadi, di dalam keluarga ataupun kumpulan kecil. Anda juga boleh menggunakannya semasa mengendalikan persekutuan doa dalam talian ataupun di gereka, dan juga untuk menganjurkan bilik doa 24-7 dalam talian.

Kami telah mendirikan panduan asas ini untuk mereka yang baru mula berdoa ataupun ingin bertumbuh dalam doa. Kandungannya mencukupi supaya anda boleh berdoa dari beberapa minit sehingga selama sejam, agar anda membina keyakinan dalam doa. Panduan ini menggunakan nemonik PRAY. Cara ini terdiri daripada 4 langkah yang mengejakan perkataan PRAY: Pause – Rejoice – Ask – Yield.

P – Pause (Berhenti secara sengaja apabila menghadapi PERIBADI Allah, sebagai peringatan bahawa kami bukan melakukannya hanya sekadar sebagai aktiviti, tetapi memasuki hadirat Allah, merendahkan diri supaya mendengar, merenungkan diri dan bertaubat)

R – Rejoice (Menyembah Dia yang layak menerima segala pujian dan sembah, dan ini sesuatu yang berlaku secara semulajadi oleh kerana meluangkan masa dengan-Nya sebelum ini)

A – Ask (Doa Syafaat – Setelah 2 langkah tersebut, hati kami sekarang berada dalam posisi yang lebih baik untuk menyelaraskan diri mengikut hati dan kehendak-Nya)

Y – Yield (Serahkan semua doa kami kepada Allah dengan penuh iman, agar Dia memimpin dan berbicara dengan hati kami supaya kami mengalami sukacita sewaktu bekerjasama dengan Allah dalam mengalu-alukan kerajaan-Nya)

Sempena perayaan Merdeka sepanjang minggu ini di mana kami bakal merayakan Hari Merdeka ke-63, kami akan menumpukan fokus doa terhadap negara kita.

Kami ingin bersyukur kepada Allah kerana curahan berkat-Nya yang berterusan ke atas negara Malaysia, penuh dengan kemakmuran dan kekayaan semulajadi, aman damai, dan perkembangan ekonomi.

Kami berterima kasih atas kebijaksanaan yang dikurniakan ke atas kerajaan Malaysia kerana memimpin negara dengan baik sepertimana diakui oleh komuniti antarabangsa, di mana kegiatan ekonominya terdiri daripada pelbagai saluran, serta prestasi pengurusan makro-ekonomi yang cemerlang memastikan negara ini lebih berdaya tahan berbanding dengan ekonomi negara lain.

Kami bersyukur kerana walaupun terdapat ketidakstabilan politik yang disebabkan oleh perkembangan politik terkini dari pelbagai pihak, Malaysia masih berada dalam keadaan aman damai, dan bersedia mengharungi suasana ekonomi yang susah dengan baik di tengah-tengah pandemik Covid-19 dan perang dagang sedunia.

Hari Merdeka ini melambangkan dan mengiktiraf kebebasan yang bersertakan sebuah negara dengan hak kerakyatan. Kami bersyukur kepada Allah atas suasana aman damai serta pelbagai jenis kebebasan yang dinikmati setiap rakyat di negara ini, di mana ramai antara mereka telah mengorbankan nyawa masing-masing dalam pembangunan Malaysia.

Selama kami berdoa syafaat untuk negara, kami bertekad untuk doakan agar kebebasan penuh akan dinikmati oleh setiap rakyat Malaysia; seperti kebebasan beragama, kesamarataan sosial, pendidikan dan ekonomi, serta kesamarataan antara bangsa dan agama, agar lambang Merdeka dan rakyat yang bebas akan dihormati. Marilah kami juga berdoa agar status kewangan dan keutuhan moral Malaysia akan dipulihkan setelah kian lama dibelenggu oleh kes-kes rasuah dan kemorosotan yang hanya memperkayakan golongan politik elit serta mereka yang mempunyai kabel.

Semoga kebenaran, keadilan dan perbenaran Allah menjadi terang untuk memimpin jejak kaki kami, dan semoga keamanan dan kemakmuran menjadi hasil yang dapat dikongsikan oleh rakyat yang hidup bersatu-padu. Semoga Malaysia menjadi terang di mana semua bangsa akan datang mencari kebijaksanaan dan keindahannya, serta memuliakan nama Allah yang kudus sambil membawa kebaikan, kebenaran, keadilan, keamanan, dan kemakmuran kepada setiap bangsa.

AHAD, 30 OGOS 2020

NASKHAH ke-24 – HARI MERDEKA CELEBRATION

JEMPUTAN UNTUK TERUS TEKUN DALAM DOA DAN

KESYUKURAN

For private circulation only among members and associates of Prayer United Malaysia

Page 2: NASKHAH ke-24 – HARI MERDEKA PANDUAN DOA ...32885165ddbe10f99503-4f9f819af3359f62045637ba9494386a.r78.cf2.rackcdn.c…Kami berdoa agar kuasa jahat yang memecah-belahkan dan menipu

2

PAUSE  BERDIAM,  Diamkan diri secara sengaja - Tarik nafas yang dalam, dan alu-alukan hadirat Roh Kudus.   

BACA Yesaya 60:1-3AVB dan Yeremia 18:5-10 serta renungkan

DOA PERTAUBATAN KEBANGSAAN Tuhan Allah, kami selaku pengawal tembok bertaubat atas dosa negara kami. Kami bertaubat daripada penindasan kebenaran Engkau melalui undang-undang yang menghalang kebanyakan rakyat daripada mengenali Yesus Kristus sebagai Juruselamat Peribadi mereka. Kami bertaubat daripada kemerosotan peribadi serta gejala rasuah, penyalahgunaan kewangan kepunyaan rakyat marhaen, baur perkauman, serta jurang di antara golongan kaya dan miskin yang kian membesar. Kami bertaubat kerana tidak menunjukkan perasaan belas kasihan terhadap pendatang dan pelarian, golongan minoriti dari segi agama dan bangsa, serta banduan. Kami berdoa agar Engkau menunjukkan belas kasihan dan kasih karunia kepada kami, sambil menyatakan “Datanglah Kerajaan-Mu” di Malaysia, agar negara kami terus diberkati dengan kebenaran, keadilan dan keamanan. Tuhan, Engkau telah berjanji jika umat-Mu yang dipanggil atas nama-Mu, merendahkan diri, berdoa, mencari wajah-Ku, dan berpaling daripada jalan kami yang jahat, maka Engkau akan mendengar dari syurga, mengampunkan dosa kami serta memulihkan negeri kami. Tuhan, ampunilah kami daripada kejahatan, sikap acuh tak acuh, dan perasaan benci. Dalam nama Yesus kami berdoa, AMIN.

REJOICE PENYEMBAHAN

BACA SECARA KUAT Mazmur 33 AVB

NYANYIKAN Lagu-lagu penyembahan dan kesyukuran. Berikut adalah satu cadangan: 

SEMUA BANGSA DATANG KE TERANG-MU -Versi 1- Kau buka lebar pelukan-Mu 'tuk belai manusia dalam erangannya, Kau hulurkan lengan kekuatan dan kasih-Mu, dan terang mata-Mu menyala! Kasih-Mu genggam kami erat, nampak wajah kemuliaan-Mu. Dalam dunia yang t'lah rosak, s'karang sinar terang-Mu datang. Dunia s'dang binasa, jatuh dan jahat, meratap 'tuk Penebus 'tuk datang lagi. Kau harapan manusia, sebuah akhir penantian dua milenium! -Versi 2- Kau buka lebar pelukan-Mu tuk belai manusia dalam erangannya, Kau ulurkan lengan kekuatan dan kasih-Mu, dan terang mata-Mu menyala! Dunia s'dang binasa, jatuh dan jahat, meratap 'tuk Penebus 'tuk datang lagi. Dunia s'dang binasa, jatuh dan jahat, meratap 'tuk Penebus 'tuk datang lagi. Kau harapan manusia, sebuah akhir penantian dua milenium, penantian!

-Versi 3- Mari semua bangsa, datang ke t'rang-Mu, bebas dari penindasan oleh si jahat. Dari kegelapan, kita 'kan terlepas, bebas menyerukan "nama-Mu yang kudus 'tuk selamanya!" Mari semua bangsa, datang ke terang-Mu, bebas dari penindasan oleh si jahat. Dari kegelapan, kita 'kan terlepas, bebas menyerukan "nama-Mu yang kudus 'tuk s'lamanya!" (Mari semua bangsa) Dan dunia s'dang binasa, dan meratap ke Penebus s'lamatkan kami. https://www.youtube.com/watch?v=gYkLW30sPAI

ASK BERMINTA Pakailah perkataan diri sendiri sewaktu berdoa sambil berhenti sejenak apabila merenungkan cadangan doa berikut sebagai panduan doa anda yang boleh membantu membina keyakinan diri dalam kehidupan doa peribadi anda (Sila menambah atau menukar perkataan senarai doa ini). DOA HARI KEBANGSAAN

Amos 5:24 AVB “Sebaliknya, biarlah keadilan bergulung-gulung seperti air dan perbenaran seperti sungai yang selalu mengalir.”

DOA: Tuhan Allah, Engkau berkuasa atas semua bangsa. Engkau adalah Raja segala Raja, dan memerintah atas semua kerajaan dunia. Kami berterima kasih kerana Engkau menunjukkan belas kasihan dan kasih karunia atas

Page 3: NASKHAH ke-24 – HARI MERDEKA PANDUAN DOA ...32885165ddbe10f99503-4f9f819af3359f62045637ba9494386a.r78.cf2.rackcdn.c…Kami berdoa agar kuasa jahat yang memecah-belahkan dan menipu

3

Malaysia selama 63 tahun ini. Kami menjunjung Engkau sebagai Allah atas semua bangsa, bahawa hanya Engkau, Raja segala Raja - yang menentukan waktu dan musim, kerana hanya Engkau yang melucut dan melantik pemerintah.

Pada minggu ini di mana kami merayakan Hari Merdeka, kami berdoa agar kebenaran, perbenaran, dan keadilan Engkau membanjiri negara Malaysia. Kami berdoa agar Firman-Mu berkuasa atas setiap bidang pentadbiran dan perundangan – dari pemerintah ke Parlimen, ke Badan Perhakiman, dan seluruh Kerajaan.

Tuhan Allah, kami ingin melihat Engkau dimuliakan dalam negara ini kerana perbenaran dan keadilan merupakan asas peribadi-Mu. Kami berdoa agar Engkau memberkati Malaysia dengan sistem penghakiman dan undang-undang yang sentiasa menegakkan perbenaran dan keadilan tanpa membuat sebarang keputusan yang berat sebelah. Kami berdoa apabila lebih banyak lagi kes-kes makhamah profil tinggi dibicarakan, terutamanya kes-kes yang berkaitan dengan 1MDB yang melibatkan golongan yang berkuasa, kami berdoa supaya badan kehakiman akan cekal hati, penuh dengan kebijaksanaan dan keberanian akan dilantik, di mana mereka terdiri daripada lelaki dan perempuan yang takut akan Allah dan ingin menegakkan keadilan. Terima kasih, Tuhan, atas keputusan baru-baru ini yang memberi harapan kepada semua bahawa kekayaan kebangsaan yang dicuri boleh diselamatkan, serta mereka yang menyalahgunakan kuasa politik mereka tidak terlepas. Kami berdoa agar keadilan ditegakkan, dan mereka yang menyalahgunakan kuasa serta mencuri duit rakyat akan dijatuhkan hukuman dengan secepat mungkin. Jika terdapat sesiapa yang tidak bersalah, semoga mereka dibebaskan dari semua tuduhan palsu.

Kami berdoa agar negara kami terdiri daripada rakyat yang jujur dan adil, yang tahu perbezaan antara betul dan salah, dan tidak senang mempercayai janji-janji kosong politik. Kami berdoa supaya kecemerlangan rohani mengatasi pergelutan politik yang berlaku sekarang serta atas ketidakstabilan ekonomi, bahawa kenyataan “Datanglah Kerajaan-Mu” akan melandai tanahair yang tercinta ini dengan sepenuhnya. Jauhkan kami daripada perasaan marah ataupun keinginan menyelesaikan ini secara manusiawi, tetapi meletakkan semua harapan kami kepada-Mu, ya Allah, untuk menjauhkan kami daripada yang jahat sepertimana Engkau telah berfirman, “Pembalasan adalah hak-Ku.”

Kami berterima kasih untuk Perdana Menteri dan para Menteri Kabinet Malaysia yang mengutamakan kebajikan rakyat pada waktu yang susah ini di tengah-tengah kesan pandemik serta kemerosotan ekonomi. Kami terus serahkan kesihatan Perdana Menteri kami, Muhyiddin Yassin, ke dalam tangan-Mu yang mampu menyembuhkan dia. Kami berdoa agar kuasa Roh Kudus terus bekerja di kalangan mereka yang berada di Kabinet untuk menyucikan hati serta motif, dan memperkasakan mereka untuk berkhidmat kepada Rakyat dengan penuh amanah dan kecekapan. Semoga para menteri takut akan Allah sewaktu mereka menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Semoga Malaysia mengalami transformasi menjadi lambang kebenaran, keadilan dan perbenaran. Semoga Engkau menerima segala kemuliaan dan pujian untuk perintah-Mu yang benar dari semua bangsa yang menetap di negara in, bahawa rakyat akan dibebaskan daripada sekatan agama dan memperoleh kebebasan beragama, ekonomi dan politik. Kami tahu bahawa Engkau masih kerjakan rancangan-Mu, jadi terlaksanalah kehendak-Mu di bumi sebagaimana di syurga, datanglah Kerajaan-Mu.

Kami menghancurkan semua aktiviti ilmu sihir, rancangan rahsia yang jahat, dan pekerjaan roh jahat dalam nama Yesus. Kami berdoa agar kuasa jahat yang memecah-belahkan dan menipu rakyat serta menyebabkan gejala rasuah berleluasa di kalangan mereka yang berkuasa, akan dipatahkan dalam Nama-Mu.

Jauhi kami dari sikap acuh tak acuh, sifat perkauman, prejudis, dan kebencian. Bangkitkan dalam kami semangat belas kasihan terhadap mereka yang tiada tempat berteduh dan sedang mencari harapan, kesaksamaan, dan keperluan harian. Hindari kami, ya Tuhan, daripada perkara-perkara yang menyekat pekerjaan kasih karunia Engkau yang berada di setiap pelusuk jiwa dan minda kami.

Penuhi kami dengan Roh Kudus-Mu, agar kami boleh bertekad berjalan dalam tujuan dan misi demi kemuliaan-Mu. Semoga kami menjadi alat-Mu dalam membawa kebenaran, keadilan dan perbenaran kepada golongan yang tertindas, dianiayai, dan berada dalam keadaan terdesak. Tolong kami memberi pertolongan secara praktikal disertai doa walaupun kami berasa kurang selesa dengan perbuatan tersebut, tanpa menyekatkan kerja Roh Kudus. Pakailah kami, ya Tuhan, untuk membawa kemakmuran kepada negara.

Bapa, kami menghadapi Engkau dan menyeru agar Engkau menghapuskan segala rintangan yang menghalang kami daripada memberitakan Injil kepada mereka yang sesat, agar mereka diselamatkan. Engkau telah berjanji bahawa barangsiapa yang menyekat penyebaran Injil akan ditimpa kemurkaan Engkau kelak. Dengan penuh rendah hati, kami berdoa agar Engkau bercampur tangan dalam hal-ehwal manusia. Kami berdoa agar Engkau tidak lagi menangguhkan keadilan yang ditunggu-tunggukan oleh keluarga yang sedang menderita kerana orang kesayangan mereka telah hilang. Kami terus berdoa agar Engkau berlaku adil dan menyelesaikan kes-kes tersebut, bahawa setiap usaha untuk merahsiakan perbuatan jahat ini akan gagal.

Tuhan Yesus, sinarkan terang-Mu ke dalam kegelapan di Malaysia, bongkarkan apa yang dirahsiai, agar hati manusia yang jahat dan berdosa serta kuasa alam maut akan gagal dan lari lintang-pukang dalam nama Yesus yang berkuasa. AMIN.

Page 4: NASKHAH ke-24 – HARI MERDEKA PANDUAN DOA ...32885165ddbe10f99503-4f9f819af3359f62045637ba9494386a.r78.cf2.rackcdn.c…Kami berdoa agar kuasa jahat yang memecah-belahkan dan menipu

4

Doa Spontan Biar Roh Kudus memimpin anda untuk mendoakan hal-hal lain yang muncul dalam hati anda, terutamanya hal yang berkait dengan negara kami. YIELD  MENYERAH DIRI Tuhan Allah, apabila kami merayakan Hari Merdeka di tengah-tengah pandemik Coronavirus, kami doakan mereka yang uzur dan sedang meratap kerana kehilangan orang kesayangan mereka. Dalam belas kasihan-Mu, kami berdoa agar Engkau menghapuskan virus ini kerana, “Ah, ya Tuhan Allah, sesungguhnya Engkaulah yang menjadikan langit dan bumi dengan kuasa-Mu yang besar dan dengan lengan-Mu yang terhulur. Tidak ada sesuatu hal yang mustahil bagi-Mu.” (Yeremia 32:17) DOA BERKAT KEBANGSAAN (Nyanyian Doa untuk Malaysia) YESUSLAH TUHAN (MALAYSIA BAGI KEMULIAANMU) Yesuslah Tuhan yang layak ditinggikan Layak disembah oleh suku-suku bangsa Dengan darahMu Kau telah tebus dosaku Genapi Tuhan firmanMu atas negriku Hatiku rindu melihat kemuliaanMu Hatiku rindu melihat curahan kuasaMu Di tanah tercinta negaraku Malaysia Ku berdoa Malaysia penuh kemuliaanMu Malaysia bagi kemuliaanMu (Ulang)

Ya Allahku nyatakan kemuliaanMu Ya Allahku nyatakan curahan kuasaMu Di tanah tercinta negaraku Malaysia Ku berdoa Malaysia penuh kemuliaanMu Malaysia bagi kemuliaanMu https://www.youtube.com/watch?v=g7qnn90rGpY

NYATAKAN Ibrani 13:20-21 AVB SEBAGAI BERKAT SESAMA SENDIRI “Semoga Allah kesejahteraan yang telah membangkitkan Tuhan kita Yesus daripada kematian, Gembala domba yang mulia itu, melalui darah perjanjian kekal, melengkapkan kamu dengan segala yang baik untuk melakukan kehendak-Nya, mengusahakan dalam dirimu apa yang diredai-Nya, melalui Yesus Kristus, bagi-Nya kemuliaan selama-lamanya. Amin.”

TAMATKAN DENGAN MELAFAZ DOA BAPA KAMI Matius 6:9-13 AVB   Bapa kami yang ada di syurga,dimuliakanlah nama-Mu. Datanglah kerajaan-Mu. Jadilah kehendak-Mu di atas bumi seperti di dalam surga. Berilah kami rezeki pada hari ini, dan ampunilah kesalahan kami, seperti kami pun mengampuni yang bersalah kepada kami. Dan janganlah masukkan kami ke dalam pencobaan, tetapi bebaskanlah kami dari yang jahat. Sebab Engkaulah raja yang mulia dan berkuasa untuk selama-lamanya. AMIN.

BERDIAM DIRI Bernafas secara mendalam, berterima kasih kepada Allah atas hadirat-Nya, dan serahkan segala suatu yang anda telah doakan kepada-Nya.

BERJALAN DAN MEMANDU SAMBIL BERDOA SEMPENA HARI MERDEKA

Anda didorong untuk berjalan ataupun memandu sambil berdoa pada minggu ini untuk memberkati negara kami. Sambut cabaran ini untuk memberkati tempat lain selain daripada kawasan perumahan anda. Contoh

tempat yang anda boleh doakan termasuk bangunan kerajaan, hospital, sekolah, balai polis, daerah perniagaan dan kawasan perumahan. Anda mungkin juga ingin melawati tempat lain seperti tandas awam di

mana kes-kes pembuangan bayi kerap berlaku.

Doa akan kedatangan Kerajaan Allah.