Upload
others
View
11
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
NDT (Ujian Tanpa Musnah) dalam Kejuruteraan Awam: Projek Pemeriksaan Keutuhan
Struktur Konkrit
Noor Azreen Masenwat1, Kamal Shah Samsuddin2, Mohamad Pauzi Ismail3
Kumpulan NDT, Bahagian Teknologi Industri,
Agensi Nuklear Malaysia
Bangi, 43000 Kajang, Selangor.
Emel : [email protected]
Abstrak
Konkrit bertetulang sering kali digunakan sebagai material utama bagi pembinaan struktur
kejuruteraan awam kerana sifatnya yang dapat memenuhi ketiga-tiga kriteria kritikal
kejuruteraan iaitu kos, masa dan keselamatan. Cuaca dan persekitaran di Malaysia terutamanya
bagi binaan struktur di tepi laut adalah amat mencabar dan boleh mengganggu ketahanan konkrit
di sepanjang hayatnya. Ketahanan konkrit berkait rapat dengan isu keselamatan dan kertas ini
menerangkan tentang penggunaan NDT bagi pemeriksaan keutuhan struktur konkrit yang
berumur 20 tahun di salah sebuah struktur konkrit di Malaysia. Teknik-teknik yang digunakan
dalam inspeksi ini adalah pemeriksaan secara visual, concrete covermeter, half cell potential,
rebound hammer, ultrasonic instrument, concrete coring, Ujian Karbonasi dan Ujian Klorida.
Teknik-teknik tersebut memberi nilai pengaratan tetulang, kekuatan mampatan konkrit,
kedudukan tetulang, tindakbalas terhadap klorida dan keadaan semasa konkrit bagi membolehkan
analisa dilakukan seterusnya cadangan penyelenggaraannya.
Keywords: NDT konkrit, inspeksi, teknik-teknik
PENGENALAN
Penggunaan konkrit dalam pembinaan struktur untuk menampung beban sudah tidak asing lagi
dalam industri pembinaan. Begitu juga struktur menampung beban bagi industri minyak dan gas,
selain daripada penggunaan besi keluli, konkrit memainkan peranan yang sangat penting
memandangkan sifatnya yang mudah dibentuk dan berkelasakan tinggi. Namun demikian, struktur
konkrit juga tidak dapat lari daripada kerosakan akibat kesan persekitaran, penambahan beban,
pelanggaran, getaran, kepanasan dan lain-lain lagi. Oleh itu, seharusnya keadaan konkrit tersebut
sentiasa dipantau bagi memastikan bahawa ianya berada dalam keadaan baik. Tindakan ini
merupakan tindakan berkala yang mampu menyelamatkan kerugian berjuta ringgit. Kertas ini
membincangkan tentang kerja pemeriksaan struktur konkrit menggunakan kaedah NDT yang telah
dijalankan di salah sebuah struktur konkrit di Malaysia.
Kerja pemeriksaan ini dibahagikan kepada 4 struktur iaitu F4 781, F4 791, M4 762 dan MD 932
seperti Gambarajah 1 di bawah.
F4 781
F4 791
M4 762 MD 932
Gambarajah 1: 4 jenis struktur yang dilakukan pemeriksaan keutuhan
Rujukan daripada Gambarajah 1, dapat dilihat bahawa struktur konkrit tersebut menanggung
beban daripada fasiliti-fasiliti kejuruteraan. Kebanyakan daripada fasiliti tersebut mengeluarkan
wap-wap air, getaran di samping suhu melebihi 70o celsius di mana ia secara tidak langsung
memberi kesan terhadap struktur konkrit itu. Maka tidak hairanlah bahawa kebanyakan struktur
konkrit itu mengalami keretakan dan sudah menampakkan kesan pengaratan tetulang.
Dalam kerja pemeriksaan keutuhan ini, objektif sebenar ialah mengenalpasti samada struktur
konkrit yang telah berumur 20 tahun ini masih mampu untuk menjalankan tugasnya atau tidak.
Selain daripada itu, cadangan pembaikian turut diberikan oleh Jurutera Profesional sebagai
langkah pencegahan. Dalam perkara ini, Unit NDT Nuklear Malaysia ditugaskan untuk
menjalankan pemeriksaan secara visual, menjalankan Ujian Tanpa Musnah dan Ujian Musnah
terhadap struktur tersebut.
Ujian tanpa musnah yang terlibat adalah:
Cover meter Survey
Tujuan menjalankan ujian covermeter ialah untuk mengenalpasti lokasi dan kedalaman
tetulang keluli yang ditanam di dalam konkrit.
In Situ Ultrasonic pulse Velocity Measurement (IUPV)
Tujuan IUPV ialah untuk mengenalpasti kualiti konkrit dengan mengukur kelajuan denyut.
Sekiranya terdapat lompong, honeycombing, keretakan dan pengasingan di dalam konkrit,
maka bacaan kelajuan denyut akan berubah sekaligus menunjukkan kualiti konkrit
tersebut.
Half Cell Potential
Tujuan Half Cell Potential ialah mengesan sebarang pengaratan tetulang keluli yang
ditanam di dalam konkrit tanpa membuang keseluruhan penutup konkrit (concrete cover).
Rebound Hammer
Tujuan Rebound Hammer adalah mengukur kekuatan mampatan konkrit di permukaan.
Manakala, Ujian musnah yang terlibat adalah:
Compression Test
Tujuan ujian musnah mampatan konkrit adalah untuk mengesahkan ujian yang dijalankan
melalui Ujian Tanpa Musnah berkenaan konkrit. Ia juga digunakan sebagai tujuan
perbandingan.
Ujian Karbonasi
Tujuan ujian ini adalah untuk menentukan umur struktur konkrit.
Ujian Klorida
Ujian Klorida digunakan untuk menentukan kehadiran ion klorida di dalam konkrit yang
boleh merosakkan konkrit tersebut.
Bagi pemeriksaan secara visual pula, Unit NDT Nuklear Malaysia ditugaskan untuk meneliti
keretakan di struktur-struktur tersebut manakala penilaian secara pemodelan (modelling)
dilakukan oleh Jurutera Awam.
PROSEDUR KERJA
Penentu ukuran (Calibration)
Kesemua peralatan perlu ditentu ukurkan sebelum dibawa masuk ke tapak. Dalam hal ini,
peralatan yang ditentu ukur adalah seperti berikut:
Cover meter (alat micro covermeter, alat PROFO 4 dan alat PROFO 5)
Instrumen cover meter ini ditentu ukurkan menggunakan satu blok konkrit yang
mempunyai ketebalan konkrit berbeza iaitu pada kedalaman 17mm dan 40mm. Daripada
tentu ukur yang telah dijalankan, di dapati bahawa instrument ini memberi nilai bacaan
yang hampir tepat dengan nilai sebenar dengan nilai pembetulan maksimum ialah 2.
Gambarajah 2 di bawah menunjukkan blok konkrit yang digunakan beserta alat
covermeter. Lampiran 1 menunjukkan laporan tentu ukur Cover meter.
Gambarajah 2: Blok Konkrit dan alat Covermeter
In situ Ultrasonic Pulse Velocity Measurement (alat TICO)
Bagi instrumen ini, tentu ukur perlu dilakukan setiap kali kerja mahu dijalankan iaitu
dengan menjalankan ujian halaju bunyi menerusi satu silinder besi yang diketahui nilai
halaju bunyi sebenarnya yang melaluinya. Gambarajah 3 di bawah menunjukkan silinder
besi yang digunakan beserta alat TICO.
Gambarajah 3: Alat TICO dan silinder tentu ukur
Half Cell Potential (alat CANIN CORROSION ANALYSING INSTRUMENT)
Tentu ukur bagi instrumen ini dilakukan pada satu blok konkrit yang ditanam dengan
tetulang besi. Keadaan blok konkrit tersebut adalah lembab dan bebas daripada klorida,
maka ukuran dibuat berdasarkan nilai tentu ukur bagi keadaan lembab dan bebas klorida.
Gambarajah 4 di bawah menunjukkan blok konkrit yang digunakan dan Lampiran 2
menunjukkan laporan tentu ukur bagi Half Cell Potential.
Rebound Hammer (Schmidt Rebound Hammer)
Tentu ukur bagi Rebound Hammer dilakukan menggunakan satu blok tentu ukur lantunan
yang telah mempunyai nilai lantunan sebenar. Perbandingan dibuat antara nilai diperolehi
dengan nilai sebenar bagi mendapatkan faktor pembetulan. Gambarajah 5 menunjukkan
blok tentu ukur lantunan.
Gambarajah 4: Blok Tentu ukur Konkrit
Gambarajah 5: Blok Tentu Ukur Lantunan
Prosedur
Setelah alatan tersebut ditentu ukurkan, prosedur menjalankan ujian adalah seperti berikut:
Covermeter
Covermeter adalah alat yang menggunakan medan elektomagnatik sebagai faktor rujukan.
Alat ini ditolak di permukaan konkrit sehingga melepasi tetulang keluli (saiz tetulang
diketahui) yang ditanam di dalam konkrit. Medan elektromagnatik terganggu sekaligus
akan memberikan nilai bacaan ketebalan penutup konkrit.
Insitu Ultrasonic Pulse Velocity
Dalam mengukur halaju denyut ultrasonik ini, point probe (50MHz) digunakan di mana
ianya tidak memerlukan sebarang couplant. Halaju bunyi di dalam konkrit akan
dibandingkan dengan Jadual 1.
Jadual 1: Kualiti Konkrit
Halaju Denyut (m/s) Kualiti Konkrit
Melebihi 4500 Sangat baik
3600 - 4500 baik
3000 - 3600 Boleh dipersoalkan
2100 - 3000 Bermutu rendah
Kurang 2100 Sangat bermutu rendah
Half Cell Potential
Ujian ini dilakukan dengan menghakis sebahagian kecil konkrit sehingga menampakkan
tetulang kelulinya. Arus dari tetulang keluli disalirkan ke terminal positif di voltmeter
manakala hujung wayar plumbum di salurkan ke half cell dan hujung satu lagi kepada
terminal negatif voltmeter. Nilai yang diperolehi akan dibandingkan dengan Jadual 2.
Jadual 2: Pengaratan Tetulang
Perbezaan nilai (mV) % pengaratan tetulang
Kurang -500 Tetulang telah karat
-350 hingga -500 95%
-200 hingga -350 50%
Melebihi -350 5%
Rebound Hammer (Schmidt Rebound Hammer)
Rebound Hammer ditekan dengan keadaan 90 darjah ke permukaan konkrit. Kemudian,
bacaan nombor rebound diambil dan dirujuk pada graf untuk mendapatkan anggaran
kekuatan mampatan di permukaan konkrit. Gambarajah 6 menunjukkan rebound hammer
dan graf rujukannya. Ia sebaiknya dilakukan sebanyak 12 kali hentakan dan dapatkan
nombor rebound purata sebelum merujuk kepada graf rujukan.
Gambarajah 6: Graf Rujukan Rebound Hammer
Ujian Karbonasi
Ujian Karbonasi dijalankan dengan menebuk lubang ke dalam konkrit. Kemudian, lubang
tersebut dibersihkan dari segala debu. Semburan bahan kimia phenolphthalin dibuat di
dalam lubang tersebut dan akan memberikan warna unggu. Kedalaman warna unggu
(carbonation depth) yang masuk ke dalam lubang tadi diukur dan di masukkan ke dalam
rumus di bawah untuk pengiraan umur struktur.
Y = {7.2 / R2(4.6x – 1.76)2}C2
where
y ialah umur struktur konkrit,
x ialah nisbah air-simen,
C ialah carbonation depth,
R ialah pemalar (R= αβ) di mana α ialah 1.7 untuk konkrit di ruang dalam (indoor
concrete dan 1.0 untuk konkrit luar (outdoor konkrit). Nilai adalah seperti Jadual 3.
Jadual 3 : Nilai β
Keadaan akhir
persediaan konkrit Konkrit dalam (Indoor) Konkrit Luar (Outdoor)
No layer 1.7 1.0
Plaster 0.79 -
Mortar + plaster 0.41 -
Mortar 0.29 0.28
Mortar + paint 0.15 -
Tiles 0.21 0.07
Paint 0.57 0.8
Ujian Klorida
Sampel debu konkrit perlu diambil dengan cara drilling. Kemudian sampel tadi akan
dicampurkan ke dalam bahan kimia bagi mengukur tahap keasidan. Gambarajah 7
menunjukkan alat yang digunakan untuk Ujian Klorida. Air suling diperlukan setiap kali
ujian dijalankan, ia digunakan untuk membilas elektrod.
Gambarajah 7: Alat Ujian Klorida
KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN
Daripada kerja pemeriksaan keutuhan yang telah dijalankan. Keputusan daripada penilaian
Ujian Tanpa Musnah dibandingkan dengan keputusan daripada Ujian Musnah. Selain itu,
kerosakan seperti keretakan dan pengaratan yang diperolehi daripada pemeriksaan secara visual
juga dikukuhkan dengan Modelling menggunakan perisian. Dalam Kertas Kerja ini, prosedur kerja
bagi struktur MD 932 dijadikan sebagai rujukan.
Struktur MD 932
Pemeriksaan secara visual mendapati bahawa pemecahan (spalling) dan kesan pengaratan pada
permukaan konkrit di struktur MD 932 dilihat paling ketara. Gambarajah 8 menunjukkan
beberapa gambar di MD 932 yang di ambil semasa pemeriksaan secara visual dijalankan.
Kesan Pengaratan Tetulang
Keretakan halus Pemecahan Konkrit
(Spalling)
Gambarajah 8: Pemeriksaan secara visual di MD 932
Oleh yang demikian, pemeriksaan lanjut perlu dilakukan iaitu dengan menjalankan Modelling
terhadap struktur tersebut. Keputusan daripada Modelling mendapati bahawa beban yang
dikenakan kepada struktur adalah lebih berat daripada yang direkabentuk. Ini bermaksud kekuatan
tegangan tetulang keluli yang digunakan adalah tidak mencukupi untuk menangggung beban.
Sepatutnya, tetulang bersaiz 28Y25 digunakan berbanding 30Y16 (diperolehi daripada as-built
drawing). Oleh kerana itu berlakunya keretakan dan pemecahan konkrit di struktur tersebut.
Pemeriksaan lebih lanjut dijalankan dengan melakukan Ujian Tanpa Musnah seperti Gambarajah
9.
Gambarajah 9: Pandangan Pelan dan sisi bagi Struktur MD 932
Keputusan daripada Ujian covermeter mendapati ketebalan penutup konkrit adalah sama apabila
dibuat perbandingan dengan as-built drawing dengan toleransi dalam lingkungan 5mm. Daripada
Ujian Denyut Ultrasonik, didapati bahawa kekuatan mampatan konkrit berada di bawah nilai yang
sepatutnya iaitu 25N/mm2. Ini dilakukan dengan melakukan graf perbandingan melalui Ujian
Musnah iaitu coring. Gambarajah 10 menunjukkan graf perbandingan yang digunakan dengan
anggapan bahawa konkrit dibekalkan oleh pembekal yang sama bagi kesemua struktur. Data
perbandingan ini juga digunakan bagi struktur-struktur lain.
Gambarajah 10: Kekuatan Mampatan Konkrit (daripada sampel coring) melawan Halaju
denyut Ultrasonik.
Ujian Pengaratan Tetulang Keluli dikenalpasti melalui keputusan yang diperolehi dari Ujian
Resistivity dan Ujian Half Cell Potential. Didapati bahawa tetulang keluli di dalam konkrit tersebut
telah mengalami pengaratan terutamanya di bahagian, HC1, HC6, RS2, RS3, RS5 dan RS6. Jika
diteliti, bahagian-bahagian tersebut terletak pada kedudukan yang sama jika dirujuk di
Gambarajah 9. Ini bermaksud bahawa kemasukan air ke dalam konkrit yang membawa kepada
pengaratan adalah lebih tinggi di bahagian tersebut.
Data daripada pihak pemilik struktur menyatakan bahawa usia struktur ini sudah menjangkau 20
tahun. Oleh itu, kedalaman karbonasi (karbonasi maksimum untuk usia struktur 20 tahun boleh
dikira dengan anggapan bahawa nisbah air-simen ialah 0.5) seharusnya tidak melebihi 0.9cm.
Akan tetapi, kedalaman karbonasi yang diperolehi di bahagian CB3 dan CB4 masing-masing ialah
1cm dan 1.2cm iaitu melebihi nilai sepatutnya. Walaupun perbezaannya kecil (0.1cm hingga
0.2cm) tetapi bila dikira tempoh mengikut umur konkrit, didapati bahawa nilai tersebut membawa
kepada umur yang lebih besar (tempoh 4 hingga 15 tahun lebih daripada umur asal konkrit). Ujian
karbonasi ini juga menentukan tahap air telah menembusi permukaan konkrit.
Ujian Klorida turut memberi keputusan yang sama, bahagian CL3 (12% Klorida) dan CL4 (10%
Klorida) menunjukkan kandungan klorida yang tinggi sekaligus mengesahkan tentang keputusan
Ujian Karbonasi.
KESIMPULAN
Keputusan daripada Unit NDT ini dianalisis bersama Jurutera Profesional dalam menentukan
langkah-langkah penyelenggaraan terhadap struktur-struktur tersebut. Walaupun teknik-teknik
NDT dalam kejuruteraan awam terutamanya berkaitan konkrit masih belum meluas digunakan
Malaysia, ia sebenarnya mampu membantu Jurutera dalam menentukan proses pembaikian. Data-
data yang diperolehi juga boleh disimpan sebagai rujukan di masa hadapan. Bagi kerja lapangan
di ini, langkah-langkah penyelenggaraan berikut dikemukakan:
Struktur MD 932
Struktur tidak selamat untuk digunakan kerana dikhuatiri akan menyebabkan berlakunya
kemalangan. Struktur tersebut dicadangkan untuk dibina semula dengan rekabentuk yang dapat
menampung bebanan yang sesuai.
Struktur F4 781, F4 791 dan F4 762
Segala pemecahan konkrit (spalling) yang nampak secara visual harus dibuang disertai dengan
pembersihan, rawatan dan menggantikan tetulang yang karat dengan tetulang yang tidak karat.
Bahagian konkrit tersebut kemudiaannya dirawat dengan menggunakan epoxy. Keretakan
diselenggara dengan menggunakan epoxy yang sesuai dengan kaedah suntikan.
PENGHARGAAN
Penulis ingin menyampaikan penghargaan kepada kakitangan NDT, Bahagian Teknologi Industri;
En. Noorul Ikhsan Mohamed (Pegawai Penyelidik) dan En. Mohamad Shafiq (Pegawai Penyelidik
Sambilan).
RUJUKAN
International Atomic Energy Agency, Vienna. Guidebook on non-destructive testing of concrete
structures. Training Courses Series No. 17. 2002
REMR Technical Note CS-MR-1.12.
LAMPIRAN 1: Laporan Tentu Ukur Covermeter
MALAYSIAN NUCLEAR AGENCY
CALIBRATION REPORT FOR COVERMETER
Report No. : BL 002
THIS REPORT OF CALIBRATION MEETS THE REQUIREMENT OF SIA 162/ DIN 1045, DGZfP B2 AND BS 1881: PART 204.
INSTRUMENT DESCRIPTION:
Serial No. : 51.2221 Inscription : PROCEQ Date Calibrated : 14 July 2010 Scale : distance (mm)
Model No. : Profometer 5
RESULTS OF PHYSICAL EXAMINATION:
THIS INSTRUMENT WAS EXAMINED UNDER A CONCRETE BLOCK WITH DIFFERENCE CONCRETE COVER (CALIBRATION UNIT)
ON A HARD AND SMOOTH SURFACE (e.g : stone floor)
10 READING WERE PERFORMED UTILIZED WITH SPOT PROBE AND THE RESULT WERE CHECKED AGAINST THE CALIBATION
VALUE SPECIFIED ON THE CALIBRATION UNIT.
IT WAS DETERMINED THAT THIS INSTRUMENT IS IN GOOD WORKING ORDER AND IS THEREFORE SUITABLE FOR CALIBRATION.
CALIBRATION RESULTS:
FOR CONCRETE COVER : 17mm FOR CONCRETE COVER : 40mm
Calibration
Value
(mm)
Reading
(mm)
Correction
(mm)
Calibration Value
(mm)
Reading
(mm)
Correction
(mm)
17 18 1 40 39 1
17 17 0 40 39 1
17 18 1 40 39 1
17 17 0 40 37 3
17 18 1 40 39 1
17 18 1 40 39 1
17 18 1 40 40 0
17 17 0 40 39 1
17 18 1 40 39 1
17 17 0 40 39 1
17 18 1 40 39 1
17 18 1 40 39 1
Correction Factor : 1.0 Correction Factor : 1.0
This calibration was performed by : Mohd Syafiq Mohd Amin
THE CALIBRATION PERFORMED AND DOCUMENTED BY THIS REPORT OF TEST IS A FULL SCALE CALIBRATION AND NO
LIMITATIONS OF USE ARE IMPOSED ON THE INSTRUMENT.
Bangi, 43000 KAJANG, MALAYSIA Tel : 03-8925 0510 Fax : 03-8925 8262
Approved by
LAMPIRAN 2: Laporan Tentu Ukur Half Cell Potential
MALAYSIAN NUCLEAR AGENCY
CALIBRATION REPORT FOR HALF CELL POTENTIAL
Report No. : HCP 001
THIS REPORT OF CALIBRATION MEETS THE REQUIREMENT OF RILEM TC 154-EMC, BS 1881, PART 201 AND ASTM C876-91
INSTRUMENT DESCRIPTION:
Serial No. :13.418 Inscription : PROCEQ Date Calibrated : 14 July 2010 Scale : mV
Model No. : CANIN CORROSION ANALYSING INSTRUMENT
RESULTS OF PHYSICAL EXAMINATION:
THIS INSTRUMENT WAS EXAMINED ON A CONCRETE BLOCK EMBEDDED WITH REINFORCEMENT BAR.
CONCRETE BLOCK CONDITION: MOIST AND CHLORIDE FREE CONCRETE
12 HALF CELL POTENTIAL MEASUREMENT WERE PERFORMED AND THE RESULT WERE CHECKED AGAINST THE CALIBATION RANGE VALUE FOR MOIST AND CHLORIDE FREE CONCRETE (-200mV to +100mV)
IT WAS DETERMINED THAT THIS INSTRUMENT IS IN GOOD WORKING ORDER AND IS THEREFORE SUITABLE FOR CALIBRATION.
CALIBRATION RESULTS:
MOIST AND CHLORIDE FREE CONCRETE RANGE VALUE : -200mV to +100mV
Measurement In Range ?
-69 YES
-41 YES
-43 YES
-33 YES
-41 YES
-75 YES
-26 YES
-140 YES
-79 YES
-45 YES
-42 YES
-58 YES
This calibration was performed by : Mohd Syafiq Mohd Amin
THE CALIBRATION PERFORMED AND DOCUMENTED BY THIS REPORT OF TEST IS A FULL SCALE CALIBRATION AND NO
LIMITATIONS OF USE ARE IMPOSED ON THE INSTRUMENT.
Approved by:
Bangi, 43000 KAJANG, MALAYSIA Tel : 03-8925 0510 Fax : 03-8925 8262