NEGERI TERUS

  • View
    231

  • Download
    6

Embed Size (px)

Transcript

  • Media_SelangorMediaSelangor

    tv.selangorkini.my

    www.selangorkini.my

    #SmartSelangorPERCUMA 23 - 30 September 2016, 21 - 28 Zulhijjah 1437H

    BERITA PENUH MUKA

    Selangor tarik pelabur Taiwan

    EKONOMINEGERI TERUS

    CEMERLANG

    8TakziahDr Haron DinTakziahDr Haron DinTakziahDr Haron Din

    Bertindak bantahpersempadanansemula

    2

    5

    Pentadbiran Azmin pacu kejayaan negeri

    Pentadbiran Azmin pacu kejayaan negeri

    Pentadbiran Azmin pacu kejayaan negeri

    9-15

  • Utama2 SelangorKini 23 - 30 September 2016

    OLEH HAFIZAN TAIB

    PETALING JAYA - Pakatan Ha-rapan (Pakatan) akan membuat bantahan terhadap cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya yang dikemukakan-Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), pada 15 September lalu.

    Ketua Sekretariatnya, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata KE-ADILAN, DAP dan AMANAH men-capai keputusan bagi tujuan itu dalam mesyuarat Majlis Setiausa-ha diadakan.

    Pakatan mendakwa, cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya dibuat SPR memberi-kan kelebihan kepada Barisan Na-sional (BN) bagi memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

    Setiap parti dalam Pakatan akan membuat bantahan di ka-wasan yang kita selaraskan ber-sama.

    Bagaimanapun, kawasan di-selaras itu mungkin terdapat lebih daripada satu parti mem-buat bantahan atau ketiga-tiga parti membantah bersama kera-na bantahan dibuat itu terdapat

    alasan tertentu serta mengikut keperluan, katanya dalam sidang media, di sini, pada 19 Septem-ber lalu.

    Beliau berkata, Pakatan juga akan bekerjasama dengan pihak lain yang mengambil tindakan sama antaranya Tindak Malaysia, Majlis Peguam Negara dan Bersih 2.0.

    Katanya, ketiga-tiga parti dalam Pakatan turut kesal dan mengutuk langkah dilakukan SPR yang pada anggapannya adalah berat sebelah juga ti-dak terbuka untuk pemilih bagi membuat bantahan.

    Ia juga menguntungkan BN. Kalau mengikut persempadanan semula dicadangkan SPR, PRU14 nanti mungkin BN hanya perlu tidak sampai 25 peratus undi po-pular untuk mencapai 112 kerusi dan menang majoriti mudah.

    Kalau dilihat sejarah pilihan raya, setiap kali selepas per-sempadanan semula dibuat, BN menang lebih baik atau lebih be-sar dan sebagainya. Itu hakikat dan ia berulang dalam persem-padanan ini, katanya.

    Saifuddin berkata, antara keputusan lain dicapai Majlis Se-tiausaha ialah meminta semua Ahli Parlimen Pakatan menu-lis kepada SPR secara individu bagi mendapatkan peta bagi kawasan masing-masing selain mencadangkan Kerajaan Sela-ngor dan Pulau Pinang termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT) membuat bantahan.

    Kita juga akan menganjur-kan siri jelajah untuk menerang-kan kepada rakyat berkenaan keperluan itu dan menyokong kenyataan KEADILAN yang akan membuat bantahan kepada DYMM Yang Dipertuan Agong.

    Ia termasuk menyokong has-rat Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mengadakan undingan bersama Ahli Parlimen lain bagi membentang Rang Undang-Un-dang untuk mengasingkan kuasa SPR membuat persempadanan semula dan diberikan kepada satu suruhanjaya lain.

    Kita juga menyatakan soko-ngan bagi menyertai himpunan Bersih 5, pada November ini, ka-tanya.

    PAKATAN bantah

    SHAH ALAM - Suruhanjaya Pili-han Raya (SPR) digesa menjelas-kan status 13 kerusi Parlimen di Semenanjung yang mempunyai lebih 100,000 pengundi setiap ka-wasan untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

    Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menyifatkan persem-padanan pilihan raya se-belum ini di Semenan-jung sebagai melanggar mandat diberikan Per-lembagaan Persekutuan kepada SPR.

    Katanya, Perkara 113 Perlembagaan menuntut salah pembahagian ditangani, bukan-nya dimanipulasi.

    Pada 2013, Pengerusi SPR keti-ka itu, Abdul Aziz Mohd Yusuf me-metik Jadual ke-13 Perlembagaan sebagai jaminan tidak akan ada kerusi yang mempunyai lebih 100,000 pengundi, katanya dalam kenyataan.

    Ahli Parlimen Gelang Patah itu juga mendedahkan enam kerusi di Selangor, dua di Johor dan sele-bihnya di Melaka, Kedah, Kelantan dan Terengganu dengan pengun-di yang ramai.

    Kit Siang berkata, SPR perlu bertanggungja-wab membuktikan ia bu-kan helah memastikan Umno-Barisan Nasional terus kekal berkuasa.

    Pertama, dedahkan pada akhir 2013 bekas

    Pengerusi SPR, Abdul Rashid Abdul Rahman, melakukan per-

    sempadanan semula untuk me-mastikan Umno kekal berkuasa.

    Kedua, kajian awal persem-padanan semula direka semata-mata untuk memastikan Umno mendapat kelebihan.

    Ketiga, tindakan itu dilakukan untuk menghapuskan kuasa pe-mimpin pembangkang di kerusi yang mudah terjejas, katanya.

    Parlimen lebih , pengundi

    SUBANG JAYA - Cadangan per-sempadanan semula beberapa kawasan di Selangor akan me-nyaksikan pertambahan pen-duduk yang drastik di DUN Su-bang Jaya.

    Ahli Dewan Negeri (ADN) Subang Jaya, Hannah Yeoh ber-kata, DUN Kinrara akan dikecil-kan dan pengundi dipindahkan ke DUN Subang Jaya.

    Cadangan ini akan menyak-sikan kawasan USJ lain dimasuk-kan ke dalam Subang Jaya.

    Seperti yang kita tahu, Su-bang Jaya mempunyai kepa-datan penduduk tinggi ber-banding DUN lain.

    Ia akan memberikan pelb-agai masalah jika penduduk ter-lalu padat, katanya kepada Se-langorKini.

    Menyifatkan ia sebagai taktik kotor, Hannah juga yakin cada-ngan itu juga bertujuan menyu-karkan Pakatan membentuk ke-rajaan.

    Bagaimanapun, saya yakin kita akan mengekalkan kerusi di DUN ini.

    Cuma, kita akan berhadapan masalah selepas itu antaranya peruntukkan sedia ada akan terjejas. Jadi, ia memang men-cabar, katanya.

    Pada masa sama, beliau se-bagai Speaker Dewan Negeri Selangor menunggu perkara itu dibincangkan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) terlebih dahulu sebelum dibincangkan dalam sidang Dewan Negeri.

    Kita tunggu MMKN bincang-kan terlebih dulu, katanya.

    Hannah yakin Pakatan kekalkan kerusi

    PETALING JAYA - Suruhanjaya Pi-lihan Raya (SPR) didakwa membe-lakangkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen dalam membuat cadangan persempadanan semu-la kawasan pilihan raya di negara ini.

    Pengarah Strategi KEADILAN, Sim Tze Tzin berkata, keputusan dibuat SPR berkenaan perkara itu dilihat tidak mematuhi peraturan ditetapkan jawatankuasa terbabit yang ditubuhkan bagi penam-bahbaikan proses pilihan raya.

    Katanya, penubuhan jawatan- kuasa pada 2012 dipengerusikan

    Datuk Dr Maximuss Ongkili itu dipersetujui kerajaan dan pem-bangkang.

    Kita melihat apa dibuat SPR melanggar keputusan dicapai Jawatankuasa Pilihan Parlimen yang ditubuhkan di Dewan Rak-yat.

    Jawatankuasa sudah menga-dakan perbincangan dan mem-buat beberapa cadangan bagi tujuan itu tetapi kita lihat SPR bu-kan sahaja tidak mematuhinya, malahan melanggar peraturan juga pada pandangan kita satu penghinaan terhadap Dewan

    Rakyat, katanya dalam sidang media di sini, pada 19 September lalu.

    Beliau berkata, ketika ini bu-kan sahaja parti di dalam Pakatan Harapan (Pakatan) tidak bersetu-ju dan membantah cadangan SPR tetapi parti komponen Bari-san Nasional (BN) seperti MCA dan Gerakan juga menyatakan pandangan sama.

    Maka, kita minta supaya cadangan SPR ini ditarik balik dan merujuk kembali syor dibuat jawatankuasa berkenaan, ka- tanya.

    SPR belakangi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen

    Cadangan persempadanan semula SPR

    Baru-baru, Suruhanjaya Pili-han Raya (SPR) mencadangkan sebanyak lima kawasan Parlimen dan enam DUN di Selangor ter- babit dalam proses persem-padanan semula.

    Lima kawasan itu membabit-kan Bangi (Serdang), Subang (Kelana Jaya), Petaling Jaya (Pe-taling Jaya Selatan), Damansara (Petaling Jaya Utara) dan Sungai Buloh (Subang).

    Manakala untuk DUN, ka-wasan terlibat adalah N.16 Sungai Tua yang nama asalnya (Batu Caves), N.21 Pandan Indah (Chempaka), N.26 Sungai Ramal (Bangi), N.36 Bandar Utama (Da-mansara Utama), N.45 Bandar Baru Klang (Sungai Pinang) dan N52 Banting (Teluk Datuk).

    Kerusi Parlimen Subang dari KEADILAN, di bawah penyan-dangnya R Sivarasa akan me-ngalami pengurangan pengundi seramai 73,448 orang yang di-pindahkan ke kawasan Sungai Buloh.

    Hannah Yeoh

  • Utama3SelangorKini 23 - 30 September 2016

    OLEH HAFIZAN TAIB

    SHAH ALAM - Selangor mem-pamer prestasi ekonomi mem-banggakan dengan mengatasi pencapaian tahun lalu apabila ke-wangan disatukan Kerajaan Ne-geri mencecah RM3.603 bilion, pada 31 Ogos lalu.

    Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato Mohd Amin Ahmad Ahya berkata, ia adalah pencapaian memberangsangkan diraih Kera-jaan Negeri walaupun situasi

    ekonomi global tidak menentu masa kini.

    Hasil peranca-ngan teliti dan kerja keras kita semua, impak ketidakstabi-lan ekonomi dapat diseimbangkan de-ngan prestasi ke-wangan Kerajaan Negeri yang amat memberangsangkan.

    Setakat 31 Ogos lalu, kum-pulan wang disatukan Kerajaan

    Negeri mencecah RM3.603 bili-on berbanding RM3.258 bilion, tahun lalu.

    Dengan suku tahun ketiga ta-hun ini belum be-rakhir, kita berjaya mengatasi pen-capaian keselu-

    ruhan tahun lalu dan ini adalah pencapaian amat luar biasa bagi kita semua, katanya.

    Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perhimpu-nan Bulanan Jabatan Kerajaan Negeri dan Penyerahan Bendera Kepada Kontinjen SUK Selangor ke Kejohanan SUK SeMalaysia, pada 19 September lalu.

    Turut hadir, Dato Menteri Besar, Dato Seri Mohamed Az-min Ali; Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Hannah Yeoh; Exco Kerajaan Negeri, Dato Teng Chang Kim, Dato Dr Ahmad Yu-nus Hairi dan Ean Yong Hian Wah.

    Beliau berkata, setakat ini Ke-rajaan Negeri juga mencatat ku-tipan hasil negeri menggalakkan sebanyak RM1.981 bilion iaitu 88.03 peratus daripada anggar-an tahun ini berjumlah RM2.25 bilion.

    Kutipan hasil tanah dan pre-mium tanah juga mencatat 94.57 peratus serta 97.47 peratus de-ngan suku ketiga tahun ini be-lum berakhir, kita berjaya menca-pai hampir 100 peratus daripada anggaran ditetapkan, katanya.