21
Cerpen ‘Mutiara Bonda’

New Microsoft PowerPoint Presentation.pptx

Embed Size (px)

Citation preview

Cerpen ‘Mutiara Bonda’

SINOPSIS• Mohd.Harraz ataupun dipanggil adik merupakan anak bongsu yang cukup

nakal , manja , dan panas baran . Namun begitu , sikap negatifnya itu diterima oleh bonda dengan cekal dan sabar . Bonda tidak pernah menggunakan kekerasan ataupun menghamburkan kata-kata yang kurang enak dalam mendidik adik .

Adik malas belajar , selalu ponteng sekolah , dan mendapat nombor tercorot di dalam kelas . Adik tidak seperti kakak-kakaknya yang berjaya dalam pelajaran. Kak Long menuntut di Universiti Southwestern , Texas , manakala Kak Ngah menuntut di Universiti Monash , Australia .

• Adik juga tidak kasihan kepada bonda yang membanting tulang dengan mengambil upah menjahit , bersawah padi dan menorah getah untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga.

Ketika awal darjah 6 , adik mengambil keputusan untuk berhenti sekolah kerana tidak berminat untuk belajar. Hati bonda hancur kerana beliau meletakkan harapan yang tinggi agar adik bergelar ustaz pada suatu hari nanti . Bonda mahu adik mewarisi kewarakan arwah suaminya , Lebai Sidi.

• Lebai Sidi telah dikatakan oleh masyarakat bahawa dia mengedarkan dadah. Lebai Sidi meninggal dunia di penjara sebagai akibat sakit jantung ketika bonda mengandungkan adik. • Terlibat dalam kemalangan dan bernasib baik

kerana tidak ditangkap polis semasa serbuan polis di sebuah pondok yang menjadi tempat menghisap ganja. • Selepas mengambil PMR , SMRA , SPM , STA , dan

4 Thanawi, adik memohon ke Institut Tahfiz al-Quran . Selepas bertahun – tahun adik mendalami al-Quran, adik telah berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti al-Bayt , Jordan .

TemaKegigihan dan kesabaran seorang ibu mendidik anak lelaki yang melakukan pelbagai kenakalan hingga berjaya. Contoh : Buktinya bonda gigih dan sabar

dalam mendidik anaknya Mohd. Harraz (adik) sehingga berjaya melanjutkan pelajaran di Jordan

Persoalan• Kasih sayang dalam diri seorang ibu Bonda sangat menyayangi Mohd. Harraz walaupun anaknya itu sangat nakal dan degil • Kepentingan ilmu pengetahuan dalam kehidupanKeempat-empat  orang anak bonda termasuk Mohd. Harraz berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi • Masalah sosial dalam kalangan remaja.Mohd. Harraz merokok dan rakan-rakannya  yang tidak bersekolah terjebak dalam penagihan ganja • Tekanan hidup anak bekas banduanMohd. Harraz menghadapi tekanan kerana bapanya pernah dipenjarakan akibat dituduh terlibat dalam kes dadah • Bertawakal Bonda tidak pernah jemu berdoa kepada Tuhan agar adik berubah menjadi anak yang baik dan berguna kepada agama dan bangsa

Watak dan PerwatakanMohd.Harraz ( Adik) • Anak lelaki tunggal daripada 4 orang adik beradik• Nakal , manja , degil dan panas baran . Contohnya , pada setiap pagi ,

bonda akan memandikan adik untuk ke sekolah . Adik juga pernah menyebabkan ibu jari kaki bonda cedera terkena serpihan cawan kaca yang dihempas oleh adik apabila permintaannya untik membeli mercun tidak dituruti.

• Malas belajar dan tidak berminat untuk menyambung pelajaran . Contohnya , adik tidak mahu meneruskan persekolahan dan menyatakan hasratnya untuk berhenti sekolah ketika awal darjah 6.

• Insaf akan kesalahan yang telah dilakukan . Contohnya , adik menyesali segala perbuatannya selama ini dan dia berubah menjadi anak yang baik.

• Berpelajaran tinggi. Contohnya , adik menyambung pelajaran di Universiti al-Bayt , Jordan

Bonda• Ibu tunggal kepada 4 orang anak .• Kematian suami semasa mengandungkan adik . Contohnya , suami

bonda iaitu Lebai Sidi meninggal dunia di penjara akibat sakit jantung ketika bonda mengandungkan adik 7 bulan .

• Penyabar dalam melayani kerenah anak lelaki tunggalnya. Contohnya , bonda tidak pernah memarahi apatah lagi memukul adik , sebaliknya bonda sentiasa bersikap tenang dalam menghadapi tingkah laku adik

• Gigih melakukan pelbagai pekerjaan untuk menyara keluarga . Contohnya , bonda mengambil upah menjahit baju , mengerjakan sawah bendang serta menoreh getah demi kelangsungan hidupnya serta anak-anak setelah kematian suami.

• Ikhlas memberikan nasihat kepada anak-anaknya . Contohnya , bonda tidak pernah jemu memberikan kata-kata nasihat agar adik berubah menjadi anak yang baik.

• Bersyukur atas perubahan sikap anak lelakinya . Contohnya , bonda banyak melakukan sujud syukur dan menunaikan nazar setelah adik berubah ke arah kebaikan.

Kak Long• Saudara kembar Kak Ngah • Pelajar yang bijak dan masih menuntut di Universiti Southwestern , Texas Kak Ngah• Saudara kembar Kak Long • Bijak dan masih menuntut di Universiti Monash , Australia.• Banyak memberikan nasihat dan teguran kepada adik . Contohnya , Kak

Ngah menulis surat kepada adik untuk menasihati adik yang tidak mahu meneruskan persekolahan

Kak Cik • Anak ketiga daripada 4 orang adik beradik.• Tidak sabar akan kelakuan adiknya . Contohnya , Kak Cik pernah

menampar adik ketika adik berkelakuan biadab terhadap bonda.• Amat bersimpati terhadap penderitaan yang dialami oleh bonda.

Contohnya , Kak Cik amat kasihan melihat bonda terpaksa berhadapan dengan kedegilan , kekerasan , dan kemalasan adik.

Lebai Sidi• Arwah suami bonda • Dimasukkan ke penjara kerana dituduh

mengedarkan dadah Contohnya , pihak polis telah menjumpai sebungkus dadah di dalam kereta Lebai Sidi . Dia dipenjarakan akibat difitnah oleh orang lain.•Mati di dalam penjara sebagai akibat

sakit jantung

PlotBinaan Plot

• Permulaan – Bonda yang sangat gembira menerima surat daripada anaknya, Mohd. Harazz yang sedang melanjutkan pelajaran di Jordan. Bonda mengimbas kembali saat-saat ketika membesarkan adik sehingga berjaya. Ketika Mohd. Harraz berusia 10 hingga 12 tahun, dia sangat nakal dan degil.

• Perkembangan - Kenakalan dan kedegilan Mohd. Harraz

sehingga dia mengambil keputusan berhenti sekolah ketika berada dalam darjah enam. Namun ibunya tetap sabar melayani kerenahnya itu.

Klimaks - Mohd Harraz terlibat dalam kemalangan jalan raya . Dia diberitahu oleh ibu bahawa pondok di dusun yang selalu dikunjungi oleh Mohd. Harraz telah diserbu oleh pihak polis. Mohd. Harraz bernasib baik kerana dia tidak berada di situ ketika serbuan tersebut dibuat. Peleraian - Mohd. Harraz insaf atas kesilapannya dan menyatakan hasratnya untuk menyambung pelajarannya semula. Akhirnya, Mohd. Harraz berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti al-Bayt, Jordan

Teknik PlotTeknik pemerian : Contohnya :• Saya tidak suka dengan kelembutan bonda terhadap adik . Walaupun

adik sudah hilang rasa hormat , bonda masih berlembut dan tidak jemu-jemu menasihatinya. Memang dari kecil adik tidak pernah dicubit , tidak pernah ditengking , apatah lagi dirotan . Oleh sebab itu , perangainya begitu nakal. (hal.64)

Teknik dialog : Contohnya : • “ Apa nak jadi dengan adik ni ? Nak tunjuk samseng pula ? Dah tu …

buat rumah macam hotel . Keluar masuk ikut suka . Apa , kau ingat bonda tu patungkah ? ”

• “ Ah , peduli apa ? Buat baik pun , orang tetap kata kita ni anak banduan . Orang kata , kalau ayah jahat , anak pun mesti jahat. Kak Cik jangan nak tunjuk baik sangat . Kita berayahkan seorang banduan .” (hal.68)

Teknik imbas kembali . • Kak Cik terbayang akan wajah adik lalu dia terkenang akan kisah bonda

membesarkan adik dengan penuh kasih saying walaupun terpaksa menghadapi kedegilan serta kekasaran adik . Contohnya :

Saat syahdu begini , wajah adik culang-caling terpugau di mandala fikrah saya. Ada tikaman masa lampau yang menajam di ingatan yang sengaja saya asah-asahkan. Membesarkan adik menagih selautan kesabaran. (hal.63)

Teknik kejutan. • Pada akhir cerita , pembaca dikejutkan dengan perubahan yang berlaku

kepada adik apabila dia yang sebelum ini bersikap degil dan keras kepala akhirnya berubah menjadi seorang anak yang baik , malah dia ingin menyambung pengajian yang telah tertangguh . Contohnya :

Adik memejam mata rapat-rapat . Suatu keluhan dihembuskan . Adik seperti mengepung sebak. Sebelah tangan adik menggenggam jemari bonda . Adik ramas-ramas dan menciumnya bertalu-talu. Bonda terangah-angah. Selepas beberapa bulan adik sembuh , adik seperti hidup dengan nilai-nilai baharu @ nilai-nilai impian bonda. (hal.71)

Gaya Bahasa

Metafora (perbandingan yang mengandungi konkrit & abstrak )• Contohnya : a) setem duka b) sampul kehidupan c) album pengalaman Simile (perbandingan menggunakan kata-kata seperti , umpama , bak , bagai , ibarat dan sebagainya)• Contohnya : a) ibarat pengumpul setem b) ibarat penyelamat kekuatan bonda c) bagaikan terhumban ke jurang zulmat

Personifikasi (Sifat manusia kepada benda bukan hidup) • Contohnya : Darah meluncur daripada ibu jari bonda yang terluka. Repetisi (perulangan kata , ungkapan , baris atau rangkap)• Contohnya : Buang masa , buang idea , buang dakwat pen , buang kertas , dan buang duit setem sahaja.

Hiperbola ( Nyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan)• Contohnya : a) Ada tikaman masa lampau yang

menajam di ingatan b) berasap-asap bara meluat saya c) kata-kata berapi yang membakar kepala Sinkope (singkatan kata)• Contohnya : a) Kalau UPSR pun tak sempat nak ambil , nak buat

apa ? b) Itulah degil sangat! Orang tak bagi pergi , nak pergi

juga! Buatlah lagi !” bidas saya. Peribahasa • Contohnya : a) bersengkang mata b) bertikam lidah c) musuh dalam selimut d) bendera putih

LatarLatar Masa• Masa kini , iaitu ketika bonda mendapat surat daripada adik yang

mengatakan bahawa dia akan pulang ke tanah air dalam masa tiga bulan sahaja lagi setelah menamatkan pengajiannya di Jordan.

• 10 tahun yang lalu , iaitu ketika bonda menghadapi kesukaran dalam mendidik dan membentuk peribadi adik.

• Waktu pagi . Contohnya , bonda akan menyiapkan adik untuk ke taski manakala pemandu van yang menunggu sering kali membunyikan hon bertalu-talu atas kelewatan adik.

• Lewat malam. Contohnya , adik keluar dari rumah pada pukul 12:30 tengah malam untuk bertemu dengan rakan-rakannya tetapi malang tidak berbau , adik telah terlibat dalam kemalangan akibat motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta.

Latar Tempat• Di rumah bonda – peristiwa bonda

mendukung adik di belakang badan untuk menuruni anak tangga rumah dua tingkat mereka• Di pondok dusun – peristiwa pihak polis

membuat serbuan dan menangkap remaja yang didapati menghisap ganja.• Di atas katil – tempat adik berbaring lesu

dengan kecederaan di beberapa anggota badannya akibat terlibat dalam kemalangan.

Latar Masyarakat • Masyarakat yang mengalami pelbagai masalah dalam membesarkan

anak-anak . Contohnya , bonda terpaksa menghadapi kemanjaan , kenakalan , kedegilan , dan kebiadaban adik yang langsung tidak mahu mendengar kata-kata nasihatnya.

• Masyarakat pelajar yang mencintai ilmu pengetahuan. Contohnya , kedua-dua orang kakak kembar adik , iaitu Kak Long dan Kak Ngah sedang melanjutkan pelajaran di luar Negara.

• Masyarakat yang masih mentah dan tidak berfikiran matang . Contohnya , adik sering bertindak mengikut kata hatinya tanpa memikirkan perasaan bonda yang memberikan harapan yang tinggi agar anak lelaki tunggal dalam keluarga mereka itu menjadi manusia yang berjaya.

• Masyarakat yang menjadi mangsa pengkhianat. Contohnya , ayah adik , iaitu Lebai Sidi dipenjarakan akibat perbuatan khianat yang memerangkapnya sebagai pengedar dadah.

• Masyarakat yang memetingkan nilai kasih saying. Contohnya m bonda telah mencurahkan sepenuh kasih saying kepada adik walaupun anaknya itu tidak menghormatinya sebagai seorang ibu.

Nilai• Kasih sayang . Contohnya , bonda menyayangi adik dengan sepenuh

hatinya sehinggakan dia tidak pernah memarahi apatah lagi memukul adik• Kesabaran . Contohnya , bonda menghadapi segala kerenah adik dengan

penuh kesabaran, malah bonda tidak pernah merungut akan tingkah laku adik yang melampaui batas.

• Tanggungjawab . Contohnya , kedua-dua orang kakak kembar adik yang sedang belajar di luar negara sentiasa mengambil tahu tentang perkembangan adik bongsu mereka. Kedua-duanya juga tidak pernah jemu memberikan kata-kata nasihat agar adik meneruskan persekolahan

• Kegigihan. Contohnya, adik gigih menuntut ilmu sehingga dia berjaya menyambung pengajian ke Universiti al-Bayt , Jordan.

• Keinsafan . Contohnya , adik betul-betul insaf akan segala kesilapannya terutamanya bonda yang selama ini bersabar dengan kedegilannya.

• Kesyukuran . Contohnya , kita perlulah bersyukur atas permintaan atau doa kita dimakbulkan Tuhan . Contohnya m bonda melakukan sujud syukur dan membayar nazar apabila adik telah berubah

Pengajaran• Kita hendaklah tabah menghadapi pelbagai dugaan dalam

hidup. Contohnya , bonda tabah menghadapi kerenah adik . • Kita hendaklah senantiasa berserah diri kepada Tuhan .

Contohnya bonda bertawakal kepada Tuhan agar suatu hari nanti adik akan berubah menjadi anak yang baik .

• Kita mestilah menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga dengan baik . Contohnya , suami bonda , iaitu Lebai Sidi seorang suami yang baik terhadap keluarganya .

• Kita hendaklah menunjukkan nilai-nilai baik terhadap anak –anak.Contohnya, bonda sentiasa menunjukkan ketenangan di hadapan anak-anak meskipun dia terpaksa menanggung pelbagai penderitaan.