Upload
others
View
8
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
SUMBER : INTERNET
w w w . 1 m a l a y s i a . c o m . m y
“1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di
kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting
yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia.”
- Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak -Perdana Menteri Malaysia
w w w . 1 m a l a y s i a . c o m . m y
1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Ia bukan satu dasar baru yang terpisah dari dasar-dasar kerajaan Barisan Nasional sebelum ini, sebaliknya ia merupakan pelengkap kepada pendekatan-pendekatan yang sedia ada untuk mengukuhkan lagi perpaduan bagi menjamin kestabilan, ke arah mencapai kemajuan dan pembangunan yang lebih tinggi bagi rakyat dan negara Malaysia.
Dalam erti kata lain 1Malaysia digagaskan sebagai satu formula yang akan membantu memastikan aspirasi negara, iaitu Wawasan 2020 tercapai jika ia diterapkan ke dalam sanubari rakyat dan diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat.
KONSEP 1MALAYSIA
w w w . 1 m a l a y s i a . c o m . m y
Pengertian ini adalah berdasarkan hujah bahawa untuk mencapai status negara maju sepertimana yang diilhamkan melalui Wawasan 2020, syarat yang paling utama ialah sebuah negara yang kukuh dan stabil dan ini akan hanya dapat dicapai apabila rakyat nya bersatu padu.
Perpaduan yang digambarkan oleh gagasan 1Malaysia amat berbeza dari konsep asimilasi yang diamalkan di negara-negara lain di mana identiti kaum-kaum etnik dilenyapkan dan diganti dengan satu identiti nasional yang sama.
Sebaliknya 1Malaysia menghargai dan menghormati prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan serta identiti-identiti etnik setiap kaum di Malaysia , dan menganggapnya sebagai satu aset atau kelebihan yang patut dibanggakan.
1Malaysia menekankan sikap penerimaan di kalangan rakyat berbilang kaum, di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar dapat kita hidup bersama dalam keadaan saling hormat menghormati sebagai rakyat dalam satu negara.
KONSEP 1MALAYSIA
w w w . 1 m a l a y s i a . c o m . m y
Menjadi asas kepada semua ini adalah prinsip keadilan untuk semua kaum, yang membawa maksud bahawa nasib semua kaum akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan. Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap yang berbeza. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukannya, akan tetap dilaksanakan.
1Malaysia adalah penerusan agenda membina negara. Untuk mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu, dan ini dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum, yang membawa kepada perpaduan yang utuh. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar.
KONSEP 1MALAYSIA
w w w . 1 m a l a y s i a . c o m . m y
• Perpaduan adalah pra-syarat dalam usaha merealisasikan aspirasi negara iaitu mencapai status Negara Maju menjelang tahun 2020.
• 1Malaysia adalah penerusan agenda membina negara
• Perpaduansememangnyatelahmembentukterasutamadalam hala tuju negara menuju kecemerlangan bermula sejak kemerdekaan dicapai. 1Malaysia bertujuan menyemarakkan semula semangat perpaduan dan persaudaraan di kalangan rakyat Malaysia.
• Untukmencapaikemajuanbaginegara, rakyatperludimajukan terlebih dahulu, dan ini dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum, yang membawa kepada perpaduan yang utuh. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar.
ASAS-ASAS 1MALAYSIA
w w w . 1 m a l a y s i a . c o m . m y
PEN
DEK
ATA
N
PE
RP
AD
UA
NS
TA
TU
SN
EG
AR
A M
AJ
U
NIL
AI -
NIL
AI
ASP
IRA
SI
ASP
EK 2
TER
AS
- TE
RA
SP
ERPA
DU
AN
ASP
EK 1
w w w . 1 m a l a y s i a . c o m . m y
ASPEK-ASPEK UTAMA
w w w . 1 m a l a y s i a . c o m . m y
Konsep 1Malaysia digagaskan akan terlaksana dalam dua aspek utama seperti berikut:
• Aspek Pertama – Penerapan Teras-Teras Perpaduan
Menerapkan teras-teras perpaduan sebagai budaya dan amalan semua rakyat Malaysia. Teras perpaduan ini adalah komponen-komponen asas yang menguatkan semangat bersatu padu di kalangan rakyat berbilang kaum. Teras Perpaduan ini didokongi oleh nilai-nilai murni yang seharusnya mendasari cara hidup rakyat Malaysia.
• Aspek Kedua – Penerapan Nilai-Nilai Aspirasi
Nilai-nilai Aspirasi yang digagaskan dalam konsep 1Malaysia ialah nilai-nilai yang perlu ada pada masyarakat progresif dan dinamik yang akan memacu negara ke arah mencapai status negara maju. Nilai-nilai aspirasi akan membantu dalam mewujudkan tenaga kerja yang berdaya maju dan mampu bersaing dalam persekitaran global dan ini seterusnya membantu melonjakkan kedudukan ekonomi negara ke tahap yang lebih kukuh dan mantap.
ASPEK - ASPEK UTAMA 1MALAYSIA
w w w . 1 m a l a y s i a . c o m . m y
ASPEK PERTAMA TERAS-TERAS PERPADUAN
Penerimaan Prinsip-prinsip Kenegaraan
Keadilan Sosial
Hormat-menghormati
Rendah hati (Tawadhuk) Kesederhanaan Berbudi-bahasa
TERAS-TERAS PERPADUAN
NILAI-NILAIMURNI
w w w . 1 m a l a y s i a . c o m . m y
TERAS-TERAS PERPADUAN
1. Penerimaan
1Malaysia menekankan sikap Penerimaan di kalangan rakyat berbilang kaum, di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar dapat kita hidup bersama dalam keadaan saling hormat menghormati sebagai rakyat dalam satu negara.Ia adalah peningkatan ketara dari sikap toleransi semata-mata.
2. Prinsip-prinsip Kenegaraan yang berasaskan:
a. Perlembagaan Persekutuan b. Rukun Negara
3. Keadilan Sosial
Semua rakyat Malaysia akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan. Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap yang berbeza. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukannya, akan tetap dilaksanakan.
w w w . 1 m a l a y s i a . c o m . m y
Ketiga-tiga Teras Perpaduan ini pula didokongi oleh nilai- nilai murni termasuk nilai-nilai berikut:
• Hormat-menghormati : Hormat menghormati antara semua kaum termasuk menghormati adat resam serta budaya kaum lain. Rasa hormat ini juga menuntut kita tidak mengeluarkan kata-kata kesat tentang kaum lain dan juga tidak mempersoalkan peruntukan-peruntukan undang-undang yang menyentuh sensitiviti kaum.
• Rendah hati (Tawadhuk): Rasa rendah hati atau Tawadhuk adalah perasaan insaf bahawa kita semua adalah rakyat dalam satu negara yang sama dan kita perlu hidup bersama secara harmoni. Ia juga merangkumi pengertian bahawa setiap kaum, malah setiap individu ada kelemahan dan kelebihannya yang sendiri, dan seharusnya kita memanfaatkan kelebihan masing- masing demi untuk memperkukuhkan masyarakat dan negara.
• Kesederhanaan: Ialah pendekatan sederhana dalam apa jua isu yang berbangkit. Dalam negara bermasyarakat majmuk seperti Malaysia, tindakan atau tutur kata bersifat ekstrem tidak langsung boleh diterima kerana ia boleh membawa kepada masalah ketidakstabilan sosial yang lebih parah.
• Berbudi-bahasa: Budi-bahasa ialah tuturkata dan tingkah laku yang tertib dan berpaksikan kesantunan dalam segala interaksi dan perhubungan dengan pihak lain bagi menjana kerjasama dan permuafakatan yang lebih erat.
PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI
w w w . 1 m a l a y s i a . c o m . m y
ASPEK KEDUA NILAI-NILAI ASPIRASI
BudayaInovasi
Kesetiaan Integriti
BudayaIlmu
Kebijaksanaan
Ketabahan
Budaya Berprestasi
TinggiBudaya
Ketepatan
w w w . 1 m a l a y s i a . c o m . m y
Penerapan Nilai-Nilai Aspirasi Rakyat Didahulukan,
Pencapaian DiutamakanDalam melaksanakan aspek kedua gagasan 1Malaysia, nilai-nilai berikut perlu diberi penekanan :
• Budaya Berprestasi Tinggi : Sifat memastikan setiap perkara dan setiap tugas yang dilakukan mencapai tahap yang terbaik. Sikap sambil lewa dan “acuh tak acuh”tidak boleh wujud dalam masyarakat yang berdaya maju.
• Budaya Ketepatan : Sebagai rakyat sebuah negara yang berhasrat mencapai status negara maju, rakyat Malaysia perlu dikenali dengan budaya ketepatan, termasuklah menepati waktu dan mengutamakan kecekapan dalam melaksanakan semua tugas dan kewajipan.
• Budaya Ilmu: Sesebuah negara hanya akan benar-benar maju dan berjaya apabila rakyatnya memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi. Budaya ilmu ialah kecenderungan untuk sentiasa memburu pengetahuan yang terkini dan kesediaan untuk menimba ilmu sepanjang hayat.
• Integriti : Rakyat Malaysia perlu memiliki integriti yang tinggi dalam melaksanakan sebarang tugas dan tanggungjawab agar bangsa dan negara sentiasa disegani dan dihormati oleh semua pihak. Integriti merangkumi sifat-sifat amanah, bersih dan cekap dalam melakukan sebarang tugas dan melaksanakan tanggungjawab.
w w w . 1 m a l a y s i a . c o m . m y
• Ketabahan: Ketabahan dalam mengharungi masalah dan cabaran yang mendatang. Rakyat Malaysia seharusnya bersifat tidak mudah mengaku kalah, sebaliknya perlu memiliki keyakinan diri yang tinggi serta semangat juang yang kental dalam apa jua bidang yang diceburi.
• Kesetiaan: Kesetiaan sepenuhnya kepada negara Malaysia dan kesediaan untuk berbakti dan berkorban demi negara yang tercinta.
• Kebijaksanaan: Ialah cara berhadapan dengan sebarang masalah dengan penuh berhemah dan teliti agar tidak berlaku perkara-perkara yang menyinggung hati dan perasaan mana- mana pihak yang lain.
• Budaya Inovasi : Adalah kesediaan kita sebagai rakyat Malaysia untuk mencuba perkara baru dan berinovasi dalam apa jua lapangan yang kita ceburi. Rakyat Malaysia perlu dikenali sebagai individu-individu yang mampu menjadi pemimpin dalam bidang masing-masing. Kita mesti berani berubah untuk kebaikan, berani mencari penyelesaian baru dalam menangani masalah dan sentiasa bersedia untuk menjadi perintis dalam setiap bidang yang diterokai.
Penerapan Nilai-Nilai Aspirasi Rakyat Didahulukan,
Pencapaian Diutamakan
Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan diyakini akan menjana satu transformasi ketara, ke arah sebuah negara Malaysia yang maju, didokongi
oleh rakyat yang utuh perpaduannya dan tinggi mertabatnya pada pandangan dunia.
Terbitan Pejabat Perdana Menteri
Untuk maklumat lanjut, sila layari :w w w . 1 m a l a y s i a . c o m . m y
1 http://pmr.penerangan.gov.my (3 Julai 2014)
TERAS PERPADUAN 1MALAYSIA
Penerapan Teras-Teras Perpaduan
Menerapkan teras-teras perpaduan sebagai budaya dan amalan semua rakyat Malaysia. Teras perpaduan ini adalah komponen-komponen asas yang menguatkan semangat bersatu padu dalam kalangan rakyat berbilang kaum. Teras Perpaduan ini disandarkan kepada tiga prinsip dalam memperkukuhkan perpaduan nasional iaitu:
PRINSIP PENERIMAAN PRINSIP KENEGARAAN PRINSIP KEADILAN SOSIAL
1 PRINSIP PENERIMAAN 1Malaysia menekankan sikap penerimaan dalam kalangan rakyat berbilang kaum, di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar dapat kita hidup bersama dalam keadaan saling menghormati sebagai rakyat dalam satu negara.
Konsep penerimaan dan toleransi adalah dua perkara yang berbeza sama ada daripada ungkapan mahupun pelaksanaandi mana penerimaan akan memperlihatkan perlakuan yang positif menerima sepenuhnya sesuatu perkara dengan ikhlas tanpa ada unsur paksaan.
Manakala toleransi pula berlaku kerana tiada pilihan lain atau secara terpaksa di mana ia berlaku apabila sesuatu pihak tiada pilihan lain dan ianya diterima dengan ketidakjujuran.
2 http://pmr.penerangan.gov.my (3 Julai 2014)
2 PRINSIP KENEGARAAN
Konsep perpaduan, semangat nasionalisme dan cintakan negara telah diterapkan dahulu lagi oleh pemimpin-pemimpin terdahulu. Tunku Abdul Rahman melalui Parti Perikatan yang dipimpinnya dengan dibantu oleh Tun Tan Cheng Lock dan Tun V.T. Sambathan berjuang bagi mendapatkan kemerdekaan dan kebebasan daripada penjajah British untuk Tanah Melayu.
Tun Abdul Razak pula mengilhamkan Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang tujuannya adalah untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum di negara ini
Tun Hussien Onn yang sememangnya terkenal dengan usaha-usaha yang dilakukan untuk memupuk perpaduan di kalangan rakyat sehingga diberi gelaran ‘Bapa Perpaduan’.
Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi pula membawakan Wawasan 2020 dan konsep Cemerlang, Gemilang dan Terbilang sebagai gagasan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini.
Prinsip-prinsip Kenegaraan berasaskan kepada dua perkara iaitu Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Perlembagaan Persekutuan Seperti yang dijelaskan sebelum ini, Gagasan 1Malaysia sesungguhnya sangat berbeza dengan konsep Malaysian Malaysia. Ini kerana konsep 1Malaysia tidak sekali-kali akan menyimpang daripadakamus Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang negara sama ada secara tersurat mahupun secara tersirat.
Malahan Gagasan 1Malaysia akan terus kekal menjunjung kesemua peruntukan teras, seperti yang telah disebutkan di dalam Perkara 3, Perkara 4, Perkara 152, Perkara 153, Bahagian 2 dan Bahagian 3.
Antara perkara teras yang tercatat dalam Perlembagaan Persekutuan ialah Perkara 3, (1) yang menyebutkan bahawa Agama Islam sebagai agama Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.
Bagi Perkara 4, Perlembagaan memberi penegasan mengenai perkara Undang-undang Persekutuan di mana perkara (1) menjelaskan bahawa Perlembagaan ini merupakan undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka dan berlawanan dengan Perlembagaan ini, maka ia
3 http://pmr.penerangan.gov.my (3 Julai 2014)
terbatal dengan sendirinya. Perkara 152 (1) merujuk kepada Bahasa Kebangsaan Persekutuan ialah Bahasa Malaysia dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang oleh Parlimen.
Seperti yang telah disebutkan dalam Perlembagaan Persekutuan melalui Perkara 153 Fasal 1 “Adalah menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera mana-mana Negeri Borneo dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini”.
Malah, jika kaum-kaum lain menghayati dengan mendalam mengenai keistimewaan hak orang Melayu seperti yang telah didokumenkan sejak dahulu lagi, maka tidak akan wujud perasaan negatif di dalam diri.
Oleh yang demikian, usahlah mana- mana pihak berasa khuatir atau bimbang kerana Gagasan 1Malaysia ini tidak akan sekali-kali terpesong dari apa yang telah dipersetujui dan dimuafakatkan oleh kepimpinan negara pada suatu ketika dahulu.
Sebagai makluman, Perlembagaan Persekutuan yang berkuatkuasa sejurus selepas kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 merupakan undang-undang yang tertinggi di Malaysia dan mengandungi sebanyak 15 Bahagian dan 183 Perkara. Ia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yangtelah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Malaysia tahun 1957.
Rukun Negara Ia merupakan ideologi kebangsaan Malaysia yang dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara. Ia juga satu susunan cara ataupun prinsip hidup bermasyarakat yang mengandungi nilai-nilai kenegaraan dan norma-norma sosial yang meliputi semua aspek kehidupan bernegara untuk mencapai perpaduan kaum demi keharmonian dan kemakmuran negara Malaysia.
Ideologi negara ini menggariskan lima prinsip yang lahir daripada aspirasi masyarakat dan negara Malaysia, dibentuk mengikut acuan Malaysia dan dimiliki bersama oleh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama untuk dijadikan sebagai pedoman yang merupakan kunci kepada pembentukan masyarakat pelbagai kaum di Negara yang berintegriti.
3 PRINSIP KEADILAN SOSIAL Semua rakyat Malaysia akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan.
4 http://pmr.penerangan.gov.my (3 Julai 2014)
Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap yang berbeza. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukannya, akan tetap dilaksanakan.
Melalui Gagasan 1Malaysia, setiap wakil rakyat bertindak melepasi sempadan kaum masing-masing dan melebarkan khidmat mereka kepada kaum-kaum lain.
Namun begitu, Gagasan 1Malaysia yang mempunyai prinsip keadilan sosial bukanlah landasan bagi mana-mana pihak untuk membuat tuntutan yang keterlaluan.
Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia dan Biro Tatanegara
DASAR-DASAR KERAJAAN DALAM MEMBENTUK PERPADUAN PENGENALAN
Perpaduan ialah satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara keseluruhannya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama di kalangan mereka.
Perpaduan memainkan peranan penting dalam memacu kestabilan & kemajuan negara. Sejak merdeka lagi, kerajaan telah memupuk semangat perpaduan dalam memakmurkan negara kita. Pelbagai dasar telah dijalankan untuk mencapai proses perpaduan ini. Tanpa perpaduan, kemajuan negara yang ingin dicapai untuk Wawasan 2020 tidak mungkin akan menjadi kenyataan kerana kerjasama diperlukan untuk menjana kemajuan.
DASAR PERPADUAN
Dalam membentuk perpaduan kaum, kerajaan perlu menjalankan dasar perpaduan supaya rakyat Malaysia menjadikan dasar ini sebagai pegangan mereka dalam mencapai perpaduan kaum yang harmoni. Dasar perpaduan boleh dicapai melalui dua cara iaitu:
1) Integrasi Integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional di kalangan kumpulan-kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik. 2) Asimilasi.
5 http://pmr.penerangan.gov.my (3 Julai 2014)
Manakala asimilasi pula ialah satu proses bagaimana kumpulan-kumpulan minoriti diasimilasikan melalui perkahwinan campur dan sebagainya ke dalam kumpulan etnik yang lebih besar.
DASAR-DASAR KERAJAAN DALAM MEMBENTUK PERPADUAN
1) DASAR PENDIDIKAN – FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN 2) AKTA BAHASA KEBANGSAAN- Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. 3) DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN 4) SUKAN ALAT PERPADUAN DASAR PENDIDIKAN: Sistem pendidikan yang berbeza. -Punca masalah perpaduan-
1) Jika kita lihat pada zaman British dahulu, sistem pendidikan kita berpandukan dasar pendidikan British pada abad ke-19. Sistem ini hanya dijalankan di Negeri-negeri Selat (Melaka, Pulau Pinang & Singapura). Negara kita dahulu terikat dengan pendidikan yang dijalankan oleh penjajah iaitu British yang mementingkan pendidikan untuk kepentingan mereka sendiri.
2) Pada zaman itu, pihak British memberi keutamaan kepada pelajaran Melayu dan Inggeris. Pendidikan untuk orang Melayu diberikan untuk diberi jawatan rendah kerajaan sama ada sebagai kerani atau guru. Pendidikan Cina dan Tamil dibiarkan berkembang secara sendirian. Pendidikan ini dikenali sebagai pendidikan vernakular.
3) Pendidikan kaum Cina menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantar, gurunya & buku teks didatangkan dari China. Mereka mempunyai sistem pendidikan yang tersendiri.
4) Pendidikan kaum India menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar di sekolah. Kebanyakan sekolah Tamil ini terletak di kawasan ladang getah atau kopi.
5) Sekolah Inggeris pula dianggap sistem persekolahan yang unggul pada zaman penjajahan British. Sekolah ini terdedah dengan budaya pemikiran Barat. Tambahan pula, sukatan pembelajaran pelajaran juga tidak sama dengan sistem pendidikan sekolah lain menyebabkan perpecahan perpaduan kaum berlaku.
Jelas sekali bahawa British sengaja mengasingkan sistem pendidikan antara semua kaum supaya perpaduan kaum tidak berlaku. Jika perpaduan kaum berlaku, akan wujud kesedaran berpolitik antara kaum dan sekali gus menggugat penjajahan British di Tanah Melayu. Pihak Inggeris tidak memberatkan objektif perpaduan dalam sistem pelajarannya. Tidak ada satu dasar pendidikan kebangsaan
6 http://pmr.penerangan.gov.my (3 Julai 2014)
sepertimana yang kita lihat hari ini. Yang penting bagi mereka ialah memberi pelajaran kepada segolongan rakyat untuk membolehkan sebahagian mereka memenuhi keperluan tenaga dan ekonomi. Kesimpulannya, perbezaan sistem pendidikan menyebabkan perpaduan kaum sukar wujud suatu ketika dahulu.
DASAR PENDIDIKAN: PENENTU PERPADUAN KAUM.
Dasar pendidikan kerajaan yang mentadbir penting dalam membentuk perpaduan kaum di negara kita. Bermula dengan Laporan Barnes ketika zaman penjajahan British dahulu sehinggalah ke Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dijalankan kini. Berikut telah saya sediakan kronologi dasar-dasar pendidikan kerajaan sejak dahulu:
1) Pada peringkat permulaan, kerajaan British telah memperkenalkan Laporan Barnes pada 1950 sebelum negara ini ingin mencapai kemerdekaan. Tujuannya ialah supaya Tanah Melayu boleh berkerajaan sendiri dengan perpaduan kaum yang berlaku. Tambahan pula, tentangan kuat komunis pada masa itu menyebabkan British khuatir kaum-kaum di negara ini akan terpengaruh dengan komunis sekali gus menyebabkan huru-hara. Laporan Barnes mencadangkan bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar pada peringkat sekolah rendah serta bahasa Inggeris pada peringkat sekolah menengah & peringkat yang lebih tinggi. Cadangan ini diharapkan dapat merapatkan jurang komunikasi antara kaum serta merapatkan hubungan mereka.
2) Masyarakat Cina menentang cadangan ini kerana dikatakan menggugat bahasa ibunda mereka. Masyarakat Cina mencadangkan Laporan Fenn-Wu supaya sekolah vernakular Cina dikekalkan walaupun mereka bersetuju dengan sistem pendidikan kebangsaan.
3) Ordinan Pelajaran 1952 kemudiannya diperkenalkan dengan mengambil kira kedua-dua laporan di atas. Walau bagaimanapun, ordinan ini tak dapat dijalankan kerana tentangan masyarakat Cina & India, kekurangan kewangan & ancaman komunis.
4) Selepas itu, kerajaan yang dipelopori penduduk Tanah Melayu, Parti Perikatan telah memperkenalkan Penyata Razak 1956 dengan mengemukakan sistem persekolahan yang sama & penyeragaman kurikulum yang bercorak kebangsaan. Penyata ini bertujuan menyuburkan semangat perpaduan kaum.
5) Kemudian, Laporan Rahman Talib diperkenalkan yang menekankan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan & ia menjadi Akta Pelajaran 1961. Jawatankuasa Kabinet telah mengkaji keberkesanan sistem pendidikan serta mempertingkatkan kualitinya dengan pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) & Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).
7 http://pmr.penerangan.gov.my (3 Julai 2014)
6) Jika kita lihat pada sistem pendidikan kini, kerajaan telah melaksanakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi pelengkap kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan. Dasar ini penting dalam memupuk perpaduan kaum & integrasi nasional.
Sebagai intiha, dasar pendidikan yang kerajaan jalankan menitikberatkan dasar dalam membentuk perpaduan. Sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini & kajian sejarah yang diperoleh, DASAR PENDIDIKAN MEMBENTUK PERPADUAN KAUM.
BAGAIMANA PENDIDIKAN BOLEH MEMBENTUK PERPADUAN
Persoalan besar yang dihadapi para pemimpin dan pendidik selepas Perang dunia Kedua ialah mencari formula untuk melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu padu, yakni masyarakat majmuk yang mempunyai keazaman, kesanggupan dan kesediaan untuk hidup bersama dengan rukun dan damai serta mempunyai kesedaran, keperibadian dan nilai-nilai sebagai rakyat Malaysia.
Satu cara yang penting untuk mewujudkan perpaduan di dalam sesebuah negara ialah menerusi pendidikan. Dalam konteks Malaysia, hakikat bahawa pendidikan merupakan faktor unggul dalam membina kerakyatan yang tunggal telah lama disedari. Berikut merupakan cara bagaimana sistem pendidikan boleh membentuk perpaduan:
1) Sistem persekolahan yang sama bagi semua
Pada asasnya Laporan Razak mencadangkan penubuhan sekolah-sekolah umum yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantarnya dan sekolah-sekolah jenis umum menggunakan bahasa pengantar Cina, Tamil dan Inggeris. Kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa untuk perpaduan jelas dinyatakan. Laporan ini telah menjadi rujukan sebagai dasar pendidikan kerajaan sehingga kini & bahasa Melayu telah menjadi bahasa pengantar di semua peringkat sekolah.
2) Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.
Cara paling penting untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia ialah melalui penggunaan bahasa kebangsaan. Penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain dapat diwujudkan tanpa menimbulkan rasa curiga. Langkah ini mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa harmoni antara kaum di negara ini.
3) Kurikulum yang sama
Kurikulum ialah satu rancangan pendidikan yang terkandung di dalamnya segala ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan yang telah menjadi pilihan masyarakat untuk diperturunkan
8 http://pmr.penerangan.gov.my (3 Julai 2014)
kepada ahli-ahlinya. Peranan kurikulum dalam pendidikan adalah untuk membina perkembangan pelajar yang lengkap dari segi jasmani, rohani, akal dan emosi. Dalam konteks negara Malaysia, kurikulum juga berperanan untuk melahirkan rakyat yang mendukung cita-cita negara dalam mewujudkan perpaduan yang berpandukan Rukun Negara di samping menghasilkan tenaga rakyat yang terlatih untuk keperluan negara (modal insan).
4) Sukatan pelajaran yang seragam
Sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya yang disyorkan oleh Penyata Razak adalah dianggap sebagai salah satu asas sistem pelajaran kebangsaan bagi mewujudkan perpaduan negara.
Mata pelajaran Sejarah memainkan peranan penting ke arah matlamat pembangunan. Melalui pelajaran Sejarah diharapkan dapat membina semangat perpaduan dan perasaan hormat menghormati terutama dalam masyarakat yang berbilang kaum, agama dan adat resam. Sukatan pelajaran yang seragam membolehkan pandangan dunia (world view) setiap kaum di Malaysia hampir sama & tidak mewujudkan perselisihan dalam persefahaman.
5) Peperiksaan yang seragam
Rancangan kerajaan untuk menyeragamkan kurikulum di sekolah-sekolah telah diperkukuhkan lagi dengan mewujudkan satu sistem peperiksaan yang seragam. Dengan adanya sukatan pelajaran dan peperiksaan yang seragam, pelajaran para pelajar tidaklah terganggu apabila terpaksa berpindah sekolah. Langkah ini boleh menolong proses menyatupadukan pelajar berbilang kaum di samping mewujudkan keperibadian yang sama.
Jika kita lihat sekarang, dasar pendidikan yang dijalankan kerajaan kini menampakkan hasilnya. Oleh itu, ditekankan bahawa pendidikan menjadi alat membentuk perpaduan kaum. Belajar & kajilah sejarah untuk mendapatkan manfaat berguna & meningkatkan kualiti hidup kita. Kita sepatutnya mencontohi Dr. Mahathir Mohamad yang rajin membaca & mengkaji bahan sejarah serta berjaya menaikkan nama Malaysia di persada dunia dengan kekuatan pembacaannya.
AKTA BAHASA KEBANGSAAN- Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
Akta ini diluluskan pada tahun 1967. Akta ini memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam perlembagaan & menjadi jaminan kepada perpaduan rakyat Malaysia. Pada tahun 1982, bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di sekolah dan menjadi bahasa yang digunakan di mahkamah pada 1990.
9 http://pmr.penerangan.gov.my (3 Julai 2014)
Akta ini mewujudkan penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain tanpa menimbulkan rasa curiga.
DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
Dasar ini menjadi panduan pembentukan & pengekalan identiti rakyat Malaysia.
Objektif dasar ini dijalankan adalah untuk mengukuhkan perpaduan melalui kebudayaan. Sebagai contoh, kerajaan telah menjalankan perarakan Citrawarna Malaysia pada tahun 2001 yang menyaksikan persembahan pelbagai budaya kaum masing-masing. Selain itu, tujuannya juga ialah memelihara keperibadian kebangsaan & meningkatkan kualiti kehidupan rakyat Malaysia.
SUKAN ALAT PERPADUAN
Dasar ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat patriotik rakyat. Majlis Sukan-Sukan Malaysia (MSSM) yang ditubuhkan pada peringkat sekolah & Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) adalah contoh dasar ini. Ia mengeratkan perpaduan kaum & hubungan antara negeri.
Jika kita lihat sekarang ini, Sukan Olimpik Beijing yang berlangsung telah menyemarakkan semangat patriotik rakyat negara kita. Pelbagai kaum bersatu padu memberi sokongan & dorongan untuk membolehkan Malaysia mendapat pingat.
Terbaru ini, Lee Chong Wei telah mara ke suku akhir & menjadi harapan rakyat untuk mendapatkan pingat emas pertama Malaysia.
TARGET NEGARA MAJU 2020
Idea wawasan ini digagaskan oleh Perdana Menteri kita yang ke-4, Datuk Seri Mahathir Mohamad pada 28 Februari 1991. Idea ini dicelup daripada sejarah kemajuan Jepun iaitu ketika zaman pemerintahan Mikado Meiji, beliau telah menetapkan dalam masa 30 tahun pemerintahannya, Jepun menjadi negara maju setanding dengan negara maju lain.
Kita lihat bagaimana seorang pemimpin kita seperti Tun Dr. Mahathir Mohamad yang kuat membaca & mengkaji sejarah telah mengaplikasikannya dalam memajukan negara kita. Beliau mempunyai pandangan yang jauh & bijak mentadbir negara. Beliau menetapkan tahun 2020 negara Malaysia akan menjadi negara industri yang maju di dunia.
Target:
Menjadikan Malaysia sebagai negara industri maju dengan menggunakan acuan tersendiri setanding negara-negara maju dunia. Kemajuan yang diharapkan bukan
10 http://pmr.penerangan.gov.my (3 Julai 2014)
seperti di negara-negara maju di Barat yang menitikberatkan kemajuan fizikal tetapi menekankan kemajuan bersepadu.
Kemajuan bersepadu yang dimaksudkan ialah perpaduan rakyat, kestabilan politik, ketinggian taraf hidup, kekukuhan nilai moral & etika, kekukuhan sistem kerajaan, ketinggian maruah bangsa serta semangat keyakinan bangsa.
Sebagai rakyat jelata, kita perlulah mencapai target Wawasan 2020 ini dalam menjadikan Malaysia sebagai negara industri maju setanding dengan negara-negara maju lain di dunia.
Oleh itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada zaman pemerintahannya telah menetapkan 9 cabaran yang perlu ditempuhi negara dalam mencapai status negara maju.
Dengan mengetahui kelemahan-kelemahan yang perlu kita atasi, mudahlah bagi kita membuat ‘checklist’ bagi cabaran yang diatasi untuk merealisasikan Wawasan 2020.
1. Membina bangsa Malaysia yang bersatu padu 2. Membina bangsa yang berjiwa bebas, tenteram & berkeyakinan. 3. Memupuk & membina masyarakat demokratik yang matang. 4. Mewujudkan masyarakat yang bermoral & beretika. 5. Mewujudkan masyarakat yang matang, liberal & bertoleransi. 6. Membina masyarakat yang maju & saintifik. 7. Masyarakat yang berbudaya penyayang. 8. Menjamin masyarakat yang adil & saksama ekonominya. 9. Memupuk & membina masyarakat makmur.
Bagi mencapai status negara maju, perpaduan menjadi tunjangya & dingatkan bahawa PERPADUAN TERAS KEJAYAAN negara.
KEJAYAAN MALAYSIA DALAM MEMBENTUK PERPADUAN PADA MATA DUNIA
Datuk Seri Abdullah Badawi berkata, Malaysia kini dijadikan contoh kajian oleh Universiti Cambridge atas kejayaannya mewujudkan perpaduan pelbagai kaum.
Menurut Abdullah, mereka mengambil Malaysia sebagai satu-satunya contoh bagi mengkaji tentang hubungan baik di antara pelbagai kaum dan yang menganut agama yang berbeza.
``Kajian itu adalah tentang apa yang berlaku di Malaysia dan boleh dipelajari,'' katanya kepada pemberita pada 15 Disember 2007.
Sumber: perpaduan.blogspot.com
15MEMUPUK
PEMBANGUNAN
KELUARGA DAN
MASYARAKAT
MUKASURAT
325
BA
B 1
5R
AN
CA
NG
AN
MA
LA
YS
IA K
ES
EM
BIL
AN
20
06
-20
10
I. PENDAHULUAN
15.01 Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelapan (RMKe-8), program
pembangunan keluarga dan masyarakat dilaksanakan selaras dengan objektif
mewujudkan masyarakat penyayang yang menyokong pembangunan sektor lain
dalam ekonomi. Pelaksanaan program tersebut menyumbang ke arah meningkatkan
kebajikan rakyat dan kualiti hidup yang lebih baik.
15.02 Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9), pelaksanaan
program pembangunan keluarga dan masyarakat akan memberi penekanan yang
lebih kepada membina keluarga yang berdaya tahan bagi mencapai keseimbangan
yang optimum antara pertumbuhan kebendaan dan pembangunan masyarakat.
Sehubungan ini, usaha ke arah memperkukuh unit kekeluargaan, meningkatkan
penyertaan masyarakat dan peranan masyarakat umum serta badan bukan kerajaan
(NGO) ke arah memupuk masyarakat yang lebih bertolak ansur dan penyayang
akan dilaksanakan. Usaha bersepadu akan diambil untuk memupuk perpaduan
dan integrasi yang lebih kukuh di kalangan rakyat Malaysia bagi memastikan
kestabilan sosial.
II. KEMAJUAN, 2001-2005
15.03 Dalam tempoh RMKe-8, Kerajaan terus melaksanakan program
pembangunan masyarakat bertujuan memperkukuh unit kekeluargaan serta
meningkatkan kualiti hidup rakyat termasuk kanak-kanak, orang kurang upaya
dan warga tua. Program pembangunan keluarga memberi tumpuan ke arah
membina hubungan kekeluargaan yang baik dan mewujudkan kesedaran serta
mengiktiraf keluarga sebagai satu unit penting dalam institusi sosial. Kebajikan
dan perlindungan kanak-kanak terus diberi penekanan manakala kemudahan
untuk orang kurang upaya dan warga tua dipertingkat dan diperluas bagi
memastikan penjagaan yang berkualiti. Program pembangunan masyarakat
dilaksanakan dengan penyertaan NGO dan sektor swasta.
326
MUKASURAT
Pembangunan Keluarga
15.04 Usaha telah diambil bagi memperkukuh unit kekeluargaan sebagai asas
untuk mewujudkan masyarakat aman, makmur dan stabil. Penubuhan majlis
pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat di setiap negeri membolehkan
program pembangunan keluarga dilaksanakan secara bersepadu di peringkat
akar umbi. Sehubungan ini, pelbagai program dan aktiviti pencegahan dan sokongan
dilaksanakan dengan kerjasama NGO, sektor swasta serta institusi pendidikan
dan latihan. Aktiviti tersebut bertujuan mewujudkan kesedaran terhadap kepentingan
dan manfaat keluarga bahagia dan harmoni serta membantu keluarga menghadapi
perubahan persekitaran kehidupan.
15.05 Kempen Utamakan Keluarga dilancarkan di peringkat kebangsaan dan
negeri pada tahun 2003 bertujuan mewujudkan kesedaran dan mengiktiraf keluarga
sebagai keutamaan sosial dan unit asas masyarakat yang perlu dilindungi dan
disokong oleh komuniti dan negara. Kerajaan melaksanakan pelbagai dasar mesra
keluarga bagi anggota perkhidmatan awam. Dasar tersebut termasuk pelaksanaan
bekerja lima hari seminggu bagi membolehkan ibu bapa meluangkan masa yang
berkualiti bersama keluarga, melanjutkan cuti menjaga isteri bersalin daripada
tiga kepada tujuh hari dan menyediakan cuti ehsan selama tiga hari apabila berlaku
kematian ahli keluarga terdekat.
15.06 Dalam tempoh Rancangan, pakej SMARTSTART yang menyediakan
maklumat dan pengetahuan kepada pengantin baru mengenai peranan dan
tanggungjawab masing-masing serta kepentingan memupuk hubungan perkahwinan
telah diwujudkan. Pakej tersebut menyediakan maklumat dan nasihat mengenai
tujuh bidang utama, iaitu persediaan perkahwinan, alam perkahwinan, kesihatan
keluarga, kehamilan dan kelahiran, keibubapaan, mengurus pendapatan keluarga
serta mengurus tekanan dan konflik. Di samping itu, modul latihan praperkahwinan
yang seragam bertujuan mendidik mereka yang merancang untuk berkahwin
mengenai peranan dan tanggungjawab dalam perkahwinan telah dibangunkan
setelah mengambil kira pandangan pelbagai pertubuhan agama dan NGO.
15.07 Kerajaan juga telah meluluskan penubuhan pusat latihan dan perkhidmatan
keluarga setempat atau Kompleks KASIH Keluarga bagi menyediakan program
dan perkhidmatan bertujuan mengukuhkan unit kekeluargaan termasuk kaunseling,
kemahiran keibubapaan dan perkhidmatan kesihatan reproduktif. Sehubungan
ini, sebuah kompleks siap dibina di Shah Alam, Selangor. Di samping itu, dua
projek perintis pusat remaja dan belia dikenali sebagai kafe@TEEN ditubuhkan
di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Butterworth, Pulau Pinang. Kafe@TEEN
menyediakan maklumat dan pengetahuan mengenai seksualiti dan kesihatan
reproduktif serta bimbingan dan perkhidmatan yang bersesuaian dengan keperluan
remaja.
MUKASURAT
327
BA
B 1
5R
AN
CA
NG
AN
MA
LA
YS
IA K
ES
EM
BIL
AN
20
06
-20
10
Kanak-Kanak
15.08 Usaha untuk memastikan perlindungan, pemulihan dan pembangunan
kanak-kanak diteruskan bagi menjaga kebajikan dan kepentingan mereka.
Sehubungan ini, Akta Kanak-Kanak 2001 digubal dengan menggabungkan Akta
Mahkamah Juvana 1947, Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973 dan Akta
Perlindungan Kanak-Kanak 1991. Penggubalan Akta ini mengambil kira prinsip
Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak. Akta tersebut mewajibkan pengamal
perubatan, ahli keluarga dan penyedia perkhidmatan penjagaan kanak-kanak
melaporkan kes penderaan kanak-kanak. Sehubungan ini, kes penderaan kanak-
kanak yang dilaporkan meningkat daripada 1,036 pada tahun 2001 kepada 1,656
pada tahun 2005. Akta tersebut juga memberi penekanan kepada tanggungjawab
dan penglibatan ibu bapa dalam pemulihan kanak-kanak dan menangani
ketidakharmonian dalam keluarga melalui penyediaan bengkel interaktif. Mahkamah
khas dikenali sebagai Mahkamah Kanak-Kanak yang diketuai oleh seorang majistret
dengan dua penasihat daripada kalangan orang awam ditubuhkan pada tahun
2002 untuk mendengar kes berkaitan kanak-kanak.
15.09 Pelbagai usaha diambil untuk menangani isu keganasan terhadap kanak-
kanak termasuk meningkatkan penyertaan masyarakat dalam melaksanakan
program pencegahan dan pemulihan. Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak dan
Pusat Aktiviti Kanak-Kanak ditubuhkan di peringkat negeri dan daerah untuk
memberi perkhidmatan terutamanya kepada keluarga dan kanak-kanak yang
terdedah kepada keganasan di kawasan berkenaan. Perkhidmatan tersebut
termasuk aktiviti berkaitan kanak-kanak, kaunseling untuk kanak-kanak dan ibu
bapa, kursus keibubapaan serta penjagaan kanak-kanak bertujuan memberi
sokongan psikologi dan motivasi. Dalam tempoh Rancangan, sejumlah 131 pasukan
Perlindungan Kanak-Kanak dengan keahlian aktif seramai 1,572 orang serta 135
Pusat Aktiviti Kanak-Kanak ditubuhkan. Di samping itu, pasukan untuk Mengesan
Penderaan Kanak-Kanak dan Kanak-Kanak Terabai (SCAN) ditubuhkan di hospital
daerah dan negeri untuk menyelia dan memantau kes penderaan kanak-kanak
yang dirujuk kepada hospital. Sejumlah 14 pasukan SCAN ditubuhkan di hospital
negeri dan 690 kes penderaan kanak-kanak dilaporkan.
15.10 Akta Pusat Jagaan Kanak-Kanak 1984 yang bertujuan memastikan
standard minimum penjagaan kanak-kanak di pusat penjagaan dikaji semula pada
tahun 2005 bagi menetapkan langkah penguatkuasaan yang lebih ketat dan
meningkatkan kualiti penjagaan kanak-kanak. Di samping itu, sektor awam dan
swasta digalak untuk menubuhkan kemudahan penjagaan kanak-kanak di tempat
kerja melalui penyediaan pelbagai insentif seperti pemberian bantuan secara
langsung dan rebat cukai. Dalam tempoh Rancangan, sebanyak 86 pusat penjagaan
kanak-kanak berdaftar telah ditubuhkan di tempat kerja manakala seramai 3,197
penyedia khidmat penjagaan kanak-kanak diberi latihan untuk meningkatkan
keupayaan mereka dalam mengendalikan pusat penjagaan kanak-kanak.
328
MUKASURAT
15.11 Kerajaan terus menyediakan institusi penjagaan untuk anak yatim serta
anak yang ditinggalkan, didera dan diabaikan. Dalam tempoh Rancangan, tiga
Rumah Kanak-Kanak yang baru dibina untuk memberi penjagaan dan perlindungan
kepada 320 kanak-kanak. Di samping itu, tujuh Rumah Tunas Harapan ditubuhkan
bagi membolehkan kanak-kanak yang memerlukan penjagaan dan perlindungan
tinggal dalam suasana kekeluargaan. Rumah tersebut disediakan melalui
perkongsian dan kerjasama dengan badan korporat, kerajaan negeri serta agensi
lain yang berkaitan seperti Yayasan Kebajikan Kebangsaan, NGO dan organisasi
berasaskan masyarakat yang memberi manfaat kepada 240 kanak-kanak.
15.12 Selaras dengan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak, usaha diambil
untuk menggalakkan penyertaan lebih ramai kanak-kanak dalam penggubalan
dan proses membuat keputusan. Usaha bina upaya dan memperkasa kanak-
kanak mengenai isu dan hak mereka telah diambil melalui program kesedaran
dengan penyertaan seramai 163 kanak-kanak dalam tempoh Rancangan. Bagi
memastikan suara mereka terus didengar, kanak-kanak juga turut dilibatkan dalam
penilaian Pelan Tindakan Negara (NPA) pertama dan merangka NPA kedua bagi
tempoh 2006–2020. NPA kedua mengambil kira elemen yang terkandung dalam
Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak, iaitu keperluan hidup, perlindungan,
pembangunan dan penyertaan kanak-kanak.
Orang Kurang Upaya
15.13 Kerajaan terus menyediakan pelbagai program untuk menjaga dan
membantu orang kurang upaya termasuk penyediaan kemudahan untuk
membolehkan mereka menjalani kehidupan yang normal. Bagi memastikan orang
kurang upaya mendapat akses kepada program tersebut, kempen untuk mendidik
dan meningkatkan kesedaran mengenai keperluan mendaftar orang kurang upaya
telah dimulakan pada tahun 2001. Pada akhir tahun 2005, seramai 150,600 orang
kurang upaya berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kerajaan juga
menyediakan faedah seperti pemeriksaan kesihatan, pemberian ubat dan
kemudahan wad di hospital kerajaan secara percuma, potongan tambang
perjalanan, pengecualian cukai jalan, dokumen perjalanan percuma, tambahan
pelepasan cukai pendapatan, potongan duti eksais bagi pembelian kenderaan
nasional dan potongan harga bagi pembelian rumah kos rendah.
15.14 Usaha untuk membolehkan orang kurang upaya menyertai kegiatan
masyarakat sekeliling dipergiatkan melalui program pemulihan berasaskan
masyarakat melibatkan keluarga mereka dan masyarakat serta disokong oleh
agensi berkaitan seperti Jabatan Kesihatan, Jabatan Pelajaran dan Jabatan
Kebajikan Masyarakat. Dalam tempoh Rancangan, 313 pusat pemulihan
berasaskan masyarakat ditubuhkan dan memberi manfaat kepada 8,453 orang
kurang upaya.
MUKASURAT
329
BA
B 1
5R
AN
CA
NG
AN
MA
LA
YS
IA K
ES
EM
BIL
AN
20
06
-20
10
15.15 Kerajaan terus menyediakan peluang latihan dan pekerjaan untuk
membantu orang kurang upaya berdikari. Pusat Pemulihan dan Latihan Industri
di Bangi menyediakan latihan kepada 703 orang kurang upaya dalam bidang
komputer, mereka bentuk dan membuat pakaian, membuat peralatan prostetik
dan orthotic serta kerusi roda. Sebanyak 30 peratus daripada pelatih menyertai
pasaran pekerjaan manakala sebahagian lagi mendapat pekerjaan di bengkel
terlindung yang diuruskan oleh Kerajaan dan NGO. Bagi menggalakkan orang
kurang upaya terus bekerja untuk menyara hidup mereka dan keluarga, Elaun
Pekerja Kurang Upaya bernilai RM200 sebulan disediakan mulai tahun 2004 kepada
yang berpendapatan kurang daripada RM750 sebulan. Geran pelancaran dengan
nilai maksimum RM2,700 seorang juga disediakan untuk membantu dan
menggalakkan orang kurang upaya menceburi perniagaan kecil dengan geran
tambahan disediakan untuk membesarkan perniagaan mereka.
15.16 Usaha telah diambil untuk menyediakan lebih banyak kemudahan mesra
orang kurang upaya seperti kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
dan kemudahan bebas dari halangan. Di bawah Program Perumahan Rakyat
Bersepadu, pemaju perumahan dikehendaki memperuntukkan 10 peratus daripada
rumah pangsa yang dibina dengan kelengkapan dan kemudahan yang sesuai
untuk orang kurang upaya. Di samping itu, pengangkutan awam seperti rel transit
ringan dan bas juga menyediakan kemudahan yang membolehkan orang kurang
upaya bergerak dan menggunakannya tanpa halangan. Taman Sinar Harapan
siap dibina di Jitra, Kedah menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak tujuh
rumah menempatkan seramai 1,080 orang kurang upaya. Rumah tersebut
dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk perubatan pulih anggota, terapi
pekerjaan, terapi muzik, pemulihan kesihatan serta kaunseling untuk membantu
penghuni menjalani kehidupan yang lebih bermakna.
Warga Tua
15.17 Menyedari implikasi sosioekonomi daripada pertambahan peratusan warga
tua, program untuk warga tua diubah daripada pendekatan kebajikan kepada
pendekatan pembangunan bagi memastikan warga tua terus aktif dan produktif.
Program yang diperkenalkan memberi penekanan kepada penyertaan masyarakat
termasuk menggalakkan gaya hidup sihat, aktiviti sosial dan rekreasi. Program
tersebut juga menggalakkan sukarelawan di kalangan warga tua serta aktiviti
antara generasi, program pembelajaran sepanjang hayat dan kemahiran hidup
seperti ICT untuk membolehkan mereka terus memberi sumbangan kepada
keluarga, masyarakat dan negara. Usaha ini selaras dengan Pelan Tindakan
Negara Untuk Orang Tua yang digubal pada tahun 1989 yang bertujuan
menyediakan masyarakat warga tua yang berdikari, mempunyai harga diri dan
maruah yang tinggi.
330
MUKASURAT
15.18 Kerajaan terus mengambil langkah untuk menggalakkan ahli keluarga
menjaga warga tua. Bagi membantu warga tua yang sihat dan aktif menikmati
hidup yang lebih produktif semasa ahli keluarga bekerja, pusat penjagaan harian
telah dibina. Dalam tempoh Rancangan, 15 pusat penjagaan telah dibina dan
diurus oleh NGO yang memberi manfaat kepada 600 warga tua.
15.19 Pelbagai kemudahan dan keistimewaan untuk warga tua diperkenalkan
dalam tempoh Rancangan termasuk penyediaan kaunter dan tempat duduk khas
oleh agensi Kerajaan yang menawarkan khidmat kaunter manakala rebat sebanyak
50 peratus diberikan ke atas tambang perjalanan udara dan kereta api dalam
negeri. Peluang pekerjaan untuk warga tua disediakan oleh Kementerian Sumber
Manusia yang membenarkan majikan menuntut 100 peratus rebat cukai ke atas
kos latihan semula warga tua yang diambil bekerja.
15.20 Penyediaan perkhidmatan institusi untuk menjaga dan melindungi warga
tua diteruskan dengan penubuhan sembilan rumah penjagaan dan dua rumah
warga tua untuk mereka yang berpenyakit kronik. Di samping itu, dua Rumah
Tunas Budi dibina dengan kerjasama sektor swasta yang menyediakan penjagaan
untuk 40 warga tua. NGO telah melengkapkan usaha Kerajaan dalam menyediakan
penjagaan institusi melalui penyediaan asrama dan pondok untuk warga tua bagi
membolehkan mereka terus tinggal dalam komuniti mereka.
Badan Bukan Kerajaan
15.21 Menyedari pentingnya peranan NGO dalam menyumbang kepada
pembangunan sosial negara dan memperkukuh pembentukan masyarakat
penyayang, Kerajaan terus menyediakan geran untuk membantu mereka
melaksanakan pelbagai program dan aktiviti kemasyarakatan terutamanya kepada
golongan masyarakat yang mudah terjejas kepada gejala sosial. Dalam tempoh
Rancangan, geran kepada 210 NGO meningkat daripada RM14.9 juta pada tahun
2001 kepada RM34 juta pada tahun 2005 bagi melaksanakan kegiatan serta
menjalankan program bina upaya kepada sukarelawan dan petugas dalam bidang
penjagaan. Sejumlah 855 petugas telah dilatih untuk membolehkan mereka
melaksanakan peranan dan tanggungjawab dengan lebih berkesan.
Pembangunan Masyarakat
15.22 Dalam tempoh Rancangan, program pembangunan masyarakat terus
dilaksanakan di kawasan luar bandar dan bandar bertujuan memupuk kehidupan
yang harmoni serta menyemai sikap penyayang dan nilai positif di kalangan pelbagai
masyarakat. Di kawasan luar bandar, program pembangunan masyarakat
dilaksanakan oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) bagi menyediakan
peluang kepada penduduk terutamanya golongan termiskin untuk meningkatkan
MUKASURAT
331
BA
B 1
5R
AN
CA
NG
AN
MA
LA
YS
IA K
ES
EM
BIL
AN
20
06
-20
10
status sosioekonomi mereka. Sejumlah 1,310 kelas prasekolah ditubuhkan bagi
kanak-kanak luar bandar mendapat pendidikan formal memanfaatkan seramai
36,570 kanak-kanak.
15.23 Di kawasan bandar, program pembangunan masyarakat dilaksana untuk
memupuk semangat kejiranan dan perpaduan negara. Program tersebut
dilaksanakan melalui Jawatankuasa Rukun Tetangga yang ditubuhkan dalam
kawasan perumahan di seluruh negara. Dalam tempoh Rancangan, sejumlah
780 Jawatankuasa Rukun Tetangga ditubuhkan di kawasan bandar menjadikan
jumlah keseluruhannya 3,065 jawatankuasa dengan keahlian lapan juta orang.
Skop program Rukun Tetangga telah diperluas meliputi aktiviti jangkauan sosial
yang memberi tumpuan kepada kumpulan sasaran tertentu seperti kumpulan
yang terpinggir dan mereka yang memerlukan bantuan termasuk orang kurang
upaya, ibu tunggal, anak yatim serta bekas penagih dadah yang memerlukan
perhatian dan penjagaan daripada masyarakat.
15.24 Bagi meningkatkan keberkesanan Jawatankuasa Rukun Tetangga, program
latihan mengenai kepimpinan, pengurusan konflik, kemahiran asas mengenai
rondaan secara sukarela dan kaunseling telah dianjurkan. Bagi membina budaya
pembelajaran sepanjang hayat di kalangan masyarakat dan membentuk masyarakat
berpengetahuan, ahli jawatankuasa juga digalakkan untuk menyertai program
pembelajaran sepanjang hayat yang dikendalikan di Pusat Rukun Tetangga dan
Pusat Aktiviti Perpaduan. Dalam tempoh Rancangan, sebanyak 42 Pusat Rukun
Tetangga baru dan tiga Pusat Aktiviti Perpaduan dibina di seluruh negara. Bagi
memupuk perpaduan negara dan integrasi di kalangan pelbagai kaum sejak kecil,
kelas prasekolah perpaduan terus diwujudkan. Dalam tempoh Rancangan, 250
kelas prasekolah ditubuhkan menjadikan jumlah keseluruhan 1,396 memberi faedah
kepada 38,040 kanak-kanak.
15.25 Dasar Sosial Negara (DSN) yang dilancarkan pada tahun 2003
menyediakan rangka kerja bagi kemajuan sosial dan pembangunan seimbang
melalui usaha senergi Kerajaan, sektor swasta, persatuan dan komuniti. Bagi
memastikan keberkesanan pelaksanaan dasar tersebut, sebuah majlis antara
kementerian telah ditubuh untuk memantau serta menilai pencapaian projek
pembangunan sosial yang dilaksanakan oleh pelbagai kementerian dan agensi
dalam memenuhi rangka kerja DSN. Pelaksanaan DSN diperkukuhkan dengan
penubuhan Pusat Rujukan Sosial yang menyediakan khidmat kaunseling dan
maklumat mengenai program pembangunan sosial bagi memenuhi keperluan
rakyat. Di samping itu, pusat tersebut menjadi tempat mesyuarat di peringkat
komuniti. Dalam tempoh Rancangan, sejumlah 47 Pusat Rujukan Sosial ditubuhkan
di seluruh negara yang menyediakan perkhidmatan kepada 38,820 penduduk
terutamanya di kawasan luar bandar.
332
MUKASURAT
III. PROSPEK, 2006-2010
15.26 Dalam tempoh RMKe-9, penekanan akan terus diberi ke arah membina
keluarga yang berdaya tahan dan membentuk masyarakat Malaysia yang lebih
penyayang. Bagi tujuan ini, program pembangunan keluarga akan dilaksana
terutamanya bagi meningkatkan lagi penyertaan masyarakat dalam memberi
perhatian kepada kumpulan masyarakat yang mudah terjejas kepada gejala sosial.
Sehubungan ini, usaha sektor awam akan dilengkapkan oleh sektor swasta dan
NGO menerusi program perkongsian dan program bersama. Penekanan akan
terus diberi kepada usaha memupuk perpaduan negara dan meningkatkan integrasi
di kalangan rakyat Malaysia melalui program yang diperkukuh dan diselaraskan.
Teras strategik dalam tempoh RMKe-9 adalah seperti berikut:
❑ memperkukuhkan institusi kekeluargaan ke arah membentuk masyarakat
yang lebih penyayang dan berdaya tahan;
❑ memperkukuhkan sistem penyampaian sokongan sosial;
❑ menggalakkan penglibatan yang lebih besar masyarakat tempatan dan
NGO dalam usaha pembangunan sosial; dan
❑ meningkatkan pembangunan masyarakat dan perpaduan negara.
Pengukuhan Institusi Kekeluargaan
Pembangunan Keluarga
15.27 Menyedari bahawa keluarga merupakan penentu utama bagi negara yang
sihat, dinamik, produktif dan berdaya saing, program yang menyumbang ke arah
pengukuhan unit kekeluargaan akan terus diberi penekanan. Memandangkan
berlakunya perubahan terhadap struktur dan perhubungan kekeluargaan
sebagaimana ditunjukkan oleh pertambahan peratusan keluarga nuklear dan yang
mempunyai dwi-pendapatan, usaha yang lebih gigih akan diambil untuk memastikan
peranan keluarga dikekalkan sebagai asas perhubungan sosial dan penstabil
serta agen penjagaan kepada golongan muda dan tua. Bagi tujuan tersebut,
Dasar Keluarga Negara akan digubal dengan matlamat untuk membangun dan
memperkukuhkan institusi kekeluargaan serta mempromosi konsep mengutamakan
keluarga. Dasar tersebut akan memastikan inisiatif kesejahteraan keluarga diambil
kira dalam penyediaan semua dasar, undang-undang, program, perkhidmatan
dan kemudahan.
15.28 Program pembangunan keluarga akan dikaji semula bagi membentuk
pendekatan bersepadu yang mensasarkan peringkat pusingan hidup keluarga
yang berbeza dan memenuhi keperluan setiap ahli serta memperkasakan mereka
dengan pengetahuan dan kemahiran bagi menghadapi cabaran kehidupan moden.
MUKASURAT
333
BA
B 1
5R
AN
CA
NG
AN
MA
LA
YS
IA K
ES
EM
BIL
AN
20
06
-20
10
Sehubungan ini, usaha akan terus diambil bagi memperkukuhkan institusi
kekeluargaan melalui pembangunan, pelaksanaan dan perluasan program
pencegahan, sokongan dan pemulihan. Program tersebut akan memberi penekanan
terhadap budaya saling menghormati, menjaga dan berkongsi sumber dan
tanggungjawab di kalangan ahli keluarga. Bagi tujuan ini, modul berkaitan peranan
datuk dan nenek akan dibangunkan. Modul ini akan memberi lebih penekanan
kepada perhubungan antara generasi dan mengiktiraf peranan mereka dalam
memperkukuhkan institusi kekeluargaan termasuk pemupukan dan pemeliharaan
nilai tradisi, kebudayaan dan keagamaan. Di samping itu, usaha juga akan diambil
untuk melaksanakan program latihan semula kaunselor supaya mereka dapat
memperbaiki dan meningkatkan kemahiran dan pengetahuan secara berterusan.
15.29 Menyedari pertambahan penyertaan wanita dalam tenaga buruh, langkah
akan diambil bagi mewujudkan kesedaran dan memberi pengetahuan kepada
ibu bapa mengenai kepentingan dan perlunya keseimbangan antara tanggungjawab
kerja dengan keluarga. Sehubungan ini, program Parenting@Work akan dibangun
berdasarkan modul pembangunan keluarga sedia ada bagi menyediakan bimbingan
mengenai kemahiran keibubapaan, memastikan kestabilan dan keutuhan unit
keluarga serta melengkapkan keluarga dalam menghadapi cabaran hidup moden.
Pada peringkat awal, program ini akan dilaksana di semua agensi kerajaan di
peringkat persekutuan dan negeri.
15.30 Usaha akan terus diambil bagi melaksanakan program yang memupuk
keperibadian dan nilai kekeluargaan yang menyumbang ke arah keutuhan, integriti,
kemantapan dan kesepaduan keluarga. Sehubungan ini, perkhidmatan dan program
mesra keluarga yang menyumbang ke arah pengukuhan perkahwinan, pemupukan
nilai kekeluargaan dan perkongsian sumber, tanggungjawab dan tugas yang
saksama akan dilaksana. Kursus praperkahwinan akan dijalankan secara lebih
meluas kepada pasangan yang akan berkahwin untuk mendidik mereka mengenai
peranan dan tanggungjawab serta memastikan mereka bersedia untuk berkahwin.
Keluarga yang rapuh dan terpinggir akan terus diberi keutamaan supaya mereka
dapat memikul tanggungjawab keluarga dan masyarakat sepenuhnya. Di samping
itu, media massa perlu memberi lebih penekanan dalam mempromosi dan menyebar
nilai positif dan maklumat yang selaras dengan sosiobudaya negara dan kepekaan
keluarga seterusnya menyumbang ke arah pembangunan individu dan keluarga.
15.31 Dalam tempoh Rancangan, lebih banyak penyelidikan akan dijalankan
mengenai isu semasa dan baru berkaitan kependudukan dan kekeluargaan
termasuk keperluan golongan istimewa seperti orang tua, ibu atau bapa tunggal
dan remaja. Hasil daripada aktiviti penyelidikan ini akan membantu penggubalan
dasar sosial dan program pencelahan ke arah pengukuhan unit kekeluargaan.
Sehubungan ini, penunjuk pembangunan keluarga juga akan dirangka untuk menilai
impak program tersebut ke atas kesejahteraan keluarga.
334
MUKASURAT
Pengukuhan Sistem Penyampaian Sokongan Sosial
Kanak-Kanak
15.32 Memandangkan keluarga merupakan unit asas kepada masyarakat dan
pewujudan persekitaran kepada tumbesaran dan kesejahteraan ahli keluarga
terutamanya kanak-kanak, usaha bersepadu ke arah memperkukuhkan institusi
dan mekanisme sokongan kekeluargaan akan diteruskan dalam tempoh
RMKe-9. Usaha tersebut membantu menjaga kebajikan, memberi perlindungan,
pembangunan dan penyertaan kanak-kanak. Usaha tersebut juga meliputi
penyatuan program sedia ada, peningkatan jaminan kualiti dan pengukuhan
program sokongan lain termasuk bina upaya kakitangan dan menaik taraf
kemudahan sedia ada.
15.33 Susulan kepada NPA pertama 1990-an, NPA kedua (2006-2020) akan
dilaksana untuk meningkatkan kualiti hidup kanak-kanak dengan memberi
penekanan kepada perlindungan, pembangunan dan penyertaan mereka selaras
dengan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak dan Wawasan 2020. Dasar
Pembangunan dan Penjagaan Awal Kanak-Kanak akan digubal bagi menyediakan
rangka kerja dasar untuk pembangunan strategi dan program masa hadapan
yang akan memastikan pembangunan kanak-kanak secara keseluruhannya adalah
menepati keperluan dan hak mereka. Dasar ini akan merangkumi isu berkaitan
dengan mereka yang berada dalam kumpulan umur dari semenjak kelahiran
sehingga berumur enam tahun.
15.34 Penyertaan masyarakat akan terus menjadi strategi utama dalam program
pencegahan dan pemulihan untuk kanak-kanak dalam tempoh Rancangan. Peranan
pasukan perlindungan kanak-kanak, Jawatankuasa Kebajikan Kanak-Kanak dan
penasihat mahkamah untuk Mahkamah Kanak-Kanak akan dipertingkatkan melalui
usaha bina upaya yang akan memudahkannya berfungsi dengan berkesan dalam
membantu memberi perlindungan yang terbaik kepada kanak-kanak dan
menjalankan program pencegahan dan pemulihan bagi membendung pelbagai
masalah sosial di kalangan kanak-kanak. Usaha untuk meningkatkan kesedaran
dan program latihan khusus akan dilaksanakan untuk memberi pengetahuan dan
kemahiran kepada semua ahli berkaitan dengan kanak-kanak, pengetahuan
prosedur mahkamah, penyediaan akta yang berkaitan dan kesedaran mengenai
hak kanak-kanak.
15.35 Akta Pusat Penjagaan Kanak-Kanak 1984 akan dikaji semula bagi
menambahbaik lagi penyediaan perkhidmatan yang berkualiti selaras dengan
prinsip pembangunan dan penjagaan awal kanak-kanak. Penubuhan pusat
penjagaan kanak-kanak berasaskan komuniti akan menyediakan kemudahan
penjagaan kanak-kanak yang berkualiti, mampu dibayar dan mudah diperoleh
terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah di kawasan bandar yang tidak
mampu menghantar anak mereka ke pusat penjagaan kanak-kanak yang diuruskan
oleh sektor swasta.
MUKASURAT
335
BA
B 1
5R
AN
CA
NG
AN
MA
LA
YS
IA K
ES
EM
BIL
AN
20
06
-20
10
Orang Kurang Upaya
15.36 Program mengintegrasikan orang kurang upaya ke dalam masyarakat
bagi membolehkan mereka menjalani kehidupan yang normal akan terus dipergiat.
Bagi memastikan orang kurang upaya tidak terpinggir, proses pendaftaran orang
kurang upaya akan diperkemas untuk perancangan program dan kemudahan
yang teratur. Sistem pendaftaran secara dalam talian akan dilaksana bagi
membolehkan Kerajaan mengetahui tahap ketidakupayaan mereka sebelum
menggubal program yang bersesuaian untuk pembangunan orang kurang upaya.
15.37 Akta Orang Kurang Upaya akan digubal untuk meningkatkan dan
melindungi hak orang kurang upaya supaya hidup bermaruah dan mempunyai
harga diri. Akta ini akan memberi hak kepada mereka untuk diterima oleh
masyarakat, meningkatkan akses kepada pendidikan dan latihan vokasional,
pekerjaan, persekitaran bebas dari halangan serta akses kepada ICT.
15.38 Program pemulihan berasaskan komuniti terbukti berkesan dari segi kos
dan merupakan pilihan yang berkesan kepada institusi pemulihan bagi orang
kurang upaya. Sehubungan ini, lebih banyak pusat pemulihan berasaskan komuniti
akan ditubuh dalam RMKe-9. Pusat pemulihan ini akan dibangunkan sebagai
pusat khidmat setempat bagi menyediakan perkhidmatan yang lebih komprehensif
kepada orang kurang upaya. Antara perkhidmatan yang akan disediakan ialah
pemeriksaan dan pengesanan ketidakupayaan, khidmat rujukan, penyebaran
maklumat mengenai orang kurang upaya, latihan vokasional dan penempatan
pekerjaan, pendaftaran orang kurang upaya dan perkhidmatan sokongan.
Warga Tua
15.39 Langkah akan diambil bagi menyediakan persekitaran supaya warga tua
sentiasa sihat, aktif dan selamat dalam meneruskan kehidupan mereka dengan
bermaruah dan dihormati serta dapat berdikari dan hidup bersama anggota
keluarga, masyarakat dan negara dengan lebih bermakna. Program akan
dilaksanakan untuk mewujudkan kesedaran yang tinggi di kalangan anggota
keluarga dan masyarakat supaya menjaga warga tua. Sehubungan ini, nilai seperti
tanggungjawab kekeluargaan, kasih sayang dan persefahaman dalam menjaga
warga tua akan diberi penekanan. Penyertaan di peringkat masyarakat akan
dipertingkat melalui jaringan perkhidmatan masyarakat yang kukuh dan penyediaan
peluang untuk melibatkan diri dalam aktiviti sosial dan ekonomi. Usaha yang
lebih teratur dan tersusun dalam pelaksanaan program pembangunan untuk warga
tua akan dilaksanakan bagi memastikan penyertaan yang berkesan kumpulan
sasar dalam usaha pembangunan negara. Di samping itu, kemahiran, pengalaman
dan sumbangan warga tua terhadap pembangunan negara akan ditingkatkan
melalui kerjasama di antara Kerajaan, masyarakat awam, NGO dan sektor swasta.
336
MUKASURAT
15.40 Bagi membantu keluarga memainkan peranan yang lebih berkesan dan
bermakna dalam menjaga ibu bapa yang tua, pelbagai perkhidmatan sokongan
masyarakat termasuk bantuan dan perkhidmatan sokongan di rumah dan penilaian
terapi pekerjaan akan disediakan pada kadar mampu dibayar. Di samping itu,
perkhidmatan kaunseling di kalangan masyarakat akan digalak bagi memberi
pengetahuan kepada warga tua mengenai psikologi dan kemahiran diri. Usaha
tersebut akan membantu mereka menjadi lebih cekap dalam menangani perubahan
sosial, ekonomi dan psikologi yang berkaitan dengan penuaan.
15.41 Bagi memastikan kesejahteraan masyarakat keseluruhannya,
penambahbaikan yang berterusan untuk meningkatkan mekanisme penyampaian
akan diambil selaras dengan harapan masyarakat untuk mendapat perkhidmatan
yang cepat dan berkesan. Program jangkauan masyarakat akan diambil sebagai
langkah proaktif untuk memastikan warga tua yang memerlukan tidak ketinggalan
dalam arus perdana pembangunan. Unit kebajikan bergerak, iaitu Unit Mayang
akan ditubuh dengan objektif menyediakan perkhidmatan kebajikan kepada
masyarakat secara langsung. Unit ini akan menyediakan perkhidmatan profesional
seperti kaunseling di samping memproses permohonan untuk mendapatkan bantuan
kewangan serta pembayaran, pendaftaran orang kurang upaya, khidmat sokongan
serta operasi bantuan bencana alam.
Bantuan Kewangan
15.42 Program pembangunan untuk kanak-kanak, orang kurang upaya dan warga
tua dalam tempoh Rancangan akan dipertingkatkan dengan penyediaan bantuan
kewangan seperti Bantuan Kanak-Kanak, Bantuan Orang Tua, Bantuan Geran
Pelancaran dan Bantuan Alat Tiruan. Bantuan yang akan disediakan dijangka
memberi faedah kepada 150,000 penerima.
Peningkatan Penglibatan Badan Bukan Kerajaan
15.43 Menyedari peranan NGO, Kerajaan akan terus memberi sokongan yang
perlu untuk membolehkan NGO bergiat dan membangunkan program dan
menyediakan kemudahan berterusan untuk kumpulan terpinggir dan yang mudah
terjejas kepada gejala sosial. Sehubungan ini, usaha untuk meningkatkan bina
upaya NGO akan diteruskan melalui program pembangunan sumber manusia.
Bagi memastikan penjagaan berkualiti disediakan kepada kumpulan sasar, pindaan
kepada Akta Pusat Jagaan 1993 akan memudahkan pendaftaran semua institusi
yang diuruskan oleh NGO dan memperkukuhkan penguatkuasaan akta berkenaan.
Di samping itu, garis panduan untuk pengurusan rumah kanak-kanak akan
disediakan sebagai mekanisme jaminan kualiti untuk menentu dan memastikan
kualiti dan standard rumah kanak-kanak yang diuruskan oleh NGO.
MUKASURAT
337
BA
B 1
5R
AN
CA
NG
AN
MA
LA
YS
IA K
ES
EM
BIL
AN
20
06
-20
10
Peningkatan Pembangunan Masyarakat dan Perpaduan Negara
Pembangunan Masyarakat
15.44 Program pembangunan masyarakat dengan objektif untuk memupuk nilai
positif, menyemai hidup berjiran dan mengekalkan keharmonian di kalangan
masyarakat berbilang etnik serta menanam semangat berdikari akan terus
dilaksanakan di kawasan luar bandar dan bandar. Di kawasan luar bandar,
pendidikan tidak formal termasuk pendidikan pembangunan keluarga melalui
pelaksanaan kelas mengenai makanan dan pemakanan, kesihatan keluarga dan
kebersihan serta ekonomi rumah tangga akan diteruskan untuk meningkatkan
lagi kualiti hidup masyarakat di luar bandar. Pembinaan pusat sumber baru dan
pusat khidmat masyarakat akan menyediakan lebih banyak peluang kepada
keluarga di luar bandar terlibat dalam program pembangunan masyarakat.
Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung akan digalak untuk
bekerjasama dengan sektor swasta bagi melaksanakan projek pembangunan
masyarakat.
15.45 Di kawasan bandar, lebih banyak Jawatankuasa Rukun Tetangga akan
ditubuhkan dan skop aktivitinya akan diperluaskan lagi meliputi golongan muda
melalui program Rakan Muda. Usaha yang lebih giat akan dilaksana oleh
jawatankuasa tersebut untuk menggalakkan penyertaan masyarakat dan memupuk
hidup berjiran serta membantu mengurangkan jenayah di kawasan perumahan.
Persatuan penduduk serta kelab sosial dan rekreasi akan terus digalak untuk
memperluaskan program jangkauan sosial untuk menyemai sikap saling
menghormati dan bertolak ansur di kalangan pelbagai masyarakat.
15.46 Bagi menggalak dan memperkukuhkan lagi kerjasama antara etnik dan
meningkatkan persefahaman di kalangan masyarakat, profil penduduk dalam
sesuatu kawasan perumahan akan dibangunkan untuk memastikan pendekatan
yang lebih sistematik ke arah merancang kegiatan dan melaksanakan inisiatif
untuk membangunkan masyarakat. Latihan dalam pelbagai bidang seperti
pengurusan konflik dan kaunseling akan dijalankan untuk membolehkan ahli
masyarakat menangani cabaran yang dihadapi dalam kehidupan bermasyarakat.
Semangat gotong-royong dan komitmen yang tinggi untuk mencapai perpaduan
dalam masyarakat yang berbilang etnik dan budaya akan dipupuk melalui pelbagai
program. Aktiviti yang menjana pendapatan akan digalak di kalangan para ahli
bertujuan meningkatkan taraf ekonomi mereka. Lebih banyak kelas perpaduan
prasekolah akan ditubuhkan dalam tempoh Rancangan untuk memupuk sikap
saling menghormati, meningkatkan persefahaman dan cintakan negara di kalangan
generasi muda.
15.47 Pelbagai program perpaduan yang menggalakkan penglibatan rakyat
daripada berbilang etnik diteruskan untuk membolehkan semua peringkat
338
MUKASURAT
masyarakat berinteraksi dan lebih memahami antara satu sama lain. Program
tersebut termasuk aktiviti kebudayaan di peringkat persekutuan dan negeri serta
sambutan perayaan pelbagai etnik di negara ini. Usaha akan terus diambil untuk
mendidik dan mewujudkan kesedaran di kalangan masyarakat pelbagai etnik
terhadap kepentingan perpaduan sebagai agenda utama dalam semua aspek
kehidupan dan ianya perlu diamalkan, diterap dan diperkukuhkan dari masa ke
semasa. Sehubungan ini, media perlu memainkan peranan yang lebih penting.
15.48 Bagi memastikan kejayaan pelaksanaan DSN, Kerajaan komited untuk
mengubah sikap dan minda serta meningkatkan lagi kesedaran di semua peringkat
jentera kerajaan dan NGO dalam menangani isu sosial. Sehubungan ini, usaha
bersepadu melibatkan sektor awam dan swasta serta NGO akan dilaksana untuk
mengenal pasti langkah dan pendekatan yang lebih berkesan terutamanya dalam
menangani gejala sosial dalam masyarakat. Jentera dan sumber sedia ada dalam
komuniti akan digunakan ke tahap maksimum bagi melengkapkan usaha Kerajaan
dalam menyediakan penjagaan dan perkhidmatan kepada kumpulan sasar.
15.49 Dalam tempoh Rancangan, Institut Sosial Malaysia (ISM) akan terus melatih
pekerja sosial dan petugas dalam bidang penjagaan yang profesional dengan
memberi penekanan kepada penjagaan yang berkualiti. Standard Kebangsaan
Untuk Kecekapan Kerja Sosial akan dilaksana untuk menyediakan pengamal
sosial dalam menghadapi cabaran global seperti bencana alam, keselamatan
sosial, penuaan penduduk dan pembasmian kemiskinan. ISM akan menjadi sebuah
hab untuk melatih pengamal sosial di rantau ini.
IV. INSTITUSI PELAKSANA DAN PERUNTUKAN
15.50 Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan terus
menjadi agensi peneraju dalam pelaksanaan program pembangunan keluarga
dan masyarakat. Di samping itu, program untuk melengkapkan usaha tersebut
akan dilaksana oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional serta
KEMAS.
15.51 Dalam tempoh RMKe-9, peruntukan sebanyak RM842.5 juta akan
disediakan bagi program pembangunan keluarga dan masyarakat, seperti
ditunjukkan dalam Jadual 15-1. Daripada jumlah tersebut, 55 peratus akan
diperuntukkan kepada program perkhidmatan kebajikan termasuk penjagaan,
perlindungan dan pemulihan kanak-kanak, orang kurang upaya dan warga tua
manakala 45 peratus akan diperuntukkan kepada program pembangunan keluarga
dan masyarakat.
MUKASURAT
339
BA
B 1
5R
AN
CA
NG
AN
MA
LA
YS
IA K
ES
EM
BIL
AN
20
06
-20
10
V. PENUTUP
15.52 Program pembangunan keluarga dan masyarakat dalam tempoh RMKe-
8 telah dilaksanakan dengan tujuan meningkatkan akses dan liputan kepada
sebahagian besar penduduk Malaysia untuk mencapai kualiti hidup yang lebih
baik. Sumbangannya kepada seluruh pembangunan ekonomi dan kesejahteraan
masyarakat umum akan terus diberi penekanan dalam tempoh RMKe-9 melalui
penambahbaikan dalam sistem penyampaian dan peningkatan program bina upaya.
Usaha yang giat akan diambil untuk memupuk dan memperkukuhkan perpaduan
negara serta integrasi sosial khususnya di kalangan generasi muda.
JADUAL 15-1
PERBELANJAAN DAN PERUNTUKAN PEMBANGUNAN BAGI PROGRAMPEMBANGUNAN KELUARGA DAN MASYARAKAT, 2001-2010
(RM juta)
RMKe-8 RMKe-9
Perbelanjaan Peruntukan
Pembangunan Keluarga 19.1 30.1
Perkhidmatan Kebajikan 220.1 463.4
Pembangunan Masyarakat 429.6 264.0
Perpaduan dan Integrasi 70.0 85.0
Jumlah 738.8 842.5
Sumber: Unit Perancang Ekonomi
Program
1
KURIKULUM SEJARAH KE ARAH PEMBENTUKAN PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA
Ahamad bin Rahim
IPG Kuala Terengganu
Azwani bin Ismail Bahagian Sumber Manusia MARA
Dr Abdul Razaq bin Ahmad
Universiti Kebangsaan Malaysia
Prof Madya Dr Datin Zahara binti Aziz Universiti Kebangsaan Malaysia
Dr Sharifah Nur Puteh
Universiti Kebangsaan Malaysia
Abstrak
Masyarakat Malaysia merupakan masyarakat yang berbilang kaum yang majoritinya terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. Pelbagai usaha telah dilakukan bagi mengeratkan perpaduan kaum di Malaysia sama ada oleh pihak kerajaan ataupun badan-badan bukan kerajaan. Oleh itu, kertas kerja ini akan membincangkan peranan pendidikan Sejarah di sekolah menengah bagi membantu meningkatkan usaha yang ada ke arah mempertingkatkan tahap integrasi kaum di Malaysia. Pendidikan Sejarah merupakan satu mata pelajaran yang dianggap relevan dalam menerapkan nilai-nilai perpaduan kaum dalam masyarakat multietnik di negara ini. Kertas kerja ini meninjau dari aspek permasalahan dalam pendidikan Sejarah dan mencadangkan beberapa langkah yang sesuai bagi menjadikan mata pelajaran Sejarah mampu menerapkan nilai-nilai yang berkaitan dengan hubungan kaum dari aspek kandungan, penerapan nilai dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya kertas kerja ini juga mencadangkan langkah-langkah yang perlu dilakukan di sekolah dan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi memantapkan aplikasi pendidikan Sejarah ke arah mencapai matlamat pendidikan Sejarah dalam membentuk sikap toleransi, patriotisme, kewarganegaraan dan nilai-nilai murni ke arah melahirkan masyarakat yang bersatu padu selari dengan konsep 1 Malaysia. Kata Kunci : Kurikulum, Pendidikan Sejarah, Integrasi Kaum
2
PENGENALAN Konteks Masyarakat Majmuk di Malaysia Furnivall (1965) mengatakan masyarakat majmuk merujuk kepada penduduk pelbagai kaum yang tinggal di suatu kawasan tetapi mengamalkan kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam yang tersendiri. Beliau menjelaskan masyarakat Malaysia sering ditakrifkan sebagai masyarakat majmuk dengan komuniti Melayu, Cina dan India yang hidup sebelah-menyebelah tetapi berbeza dari segi kepercayaan, budaya dan bahasa. Walaupun mereka hidup sebelah-menyebelah tetapi mereka terpisah dari segi perbezaan bahasa, budaya dan kepercayaan. Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai bangsa, keturunan dan agama. Mengikut Jabatan Perangkaan Negara (2006), komposisi jumlah penduduk di Malaysia adalah seramai 26.64 juta orang. Daripada jumlah tersebut, 24.8 juta orang merupakan warganegara Malaysia manakala bakinya 1.84 juta orang merupakan bukan warganegara Malaysia. Kaum Melayu mewakili 54% daripada populasi penduduk iaitu seramai 13.48 juta orang. Kaum bumiputera selain daripada Melayu seramai 2.93 juta orang yang mewakili 11.8%. Oleh itu, kaum Bumiputera mewakili 65.8% daripada jumlah keseluruhan warganegara Malaysia. Kira-kira 25% daripada penduduk Malaysia ialah kaum Cina iaitu seramai 6.22 juta orang, 7.5% terdiri daripada kaum India seramai 1.86 juta orang, manakala kaum lain pula mewakili 1.7% iaitu seramai 318.9 ribu orang. Masyarakat yang pelbagai etnik ini hidup dengan aman dan mengamalkan kepercayaan dan budaya masing-masing secara bebas dan saling menghormati antara satu sama lain. Menurut Faridah et al. (2008) hubungan etnik yang merujuk kepada interaksi antara etnik yang berbeza (interetnik) atau interaksi dalam kumpulan etnik yang sama (intraetnik), kepelbagaian kelompok etnik di Malaysia telah diterima oeh semua rakyat dan ini merupakan sumber kekuatan perpaduan di Malaysia. Dari segi sejarah, kerjasama dan ikatan perpaduan pelbagai bangsa dan kaum di Malaysia bermula dengan apa yang dinamakan sebagai kontrak sosial antara etnik terbesar di Malaysia. Kontrak sosial adalah satu persetujuan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum melalui proses muafakat dan musyawarah ke arah peralihan kuasa
3
pemerintahan sendiri daripada pihak Inggeris dan dimanifestasikan melalui kemenangan Perikatan dalam pilihan raya 1955. Semangat kontrak sosial ini berasaskan semangat kerjasama dan setia kawan serta perkongsian kuasa yang kemudiannya terjelma dalam perjuangan menuntut kemerdekaan dan penggubalan Perlembagaan Persekutuan. (Anuar dan Nur Atiqah, 2008). Jika dilihat dari data yang dinyatakan oleh Jabatan Perangkaan Negara (2006), maka tidak hairanlah isu perpaduan kaum menjadi suatu agenda yang diberi perhatian serius oleh kerajaan. Kepelbagaian ini seharusnya diurus dengan baik kerana kita tidak mahu peristiwa 13 Mei 1969 berulang kembali, ekoran sifat masyarakat yang heterogen. (Azwani & Zahara, 2009). Oleh yang demikian, perpaduan menjadi perkara utama bagi sesuatu dasar, pelan dan perancangan yang dibentuk oleh kerajaan. LATAR BELAKANG KURIKULUM SEJARAH DI MALAYSIA Pendidikan zaman penjajahan British mencerminkan kepentingan penjajah. Ini jelas digambarkan melalui mata pelajaran Sejarah yang dijadikan saluran propaganda British yang amat berkesan. British memperkenalkan kurikulum Sejarah yang berbeza-beza antara sekolah aliran British dan sekolah aliran Melayu. Sekolah-sekolah Cina dan Tamil pula menggunakan kurikulum Sejarah dari negara China dan India. Sejarah British diberi tempat yang penting dalam kurikulum Sejarah (Khoo Kay Kim, 1992). Ini diakui oleh Abdul Razaq (2007) yang menjelaskan kurikulum Sejarah lebih menceritakan latar belakang masyarakat Eropah ataupun sejarah England itu sendiri. Bagi Jamaliah (2005), sebenarnya inilah yang menyebabkan wujudnya jurang dalam pendidikan sejarah antara murid sekolah aliran Inggeris, Cina dan Tamil. Hal ini mengakibatkan identiti dan nilai kerjasama tidak wujud dalam kalangan masyarakat ketika itu. Pada peringkat awal pendidikan Sejarah yang diperkenalkan di sekolah-sekolah aliran Melayu lebih berbentuk kepada Kesusasteraan Melayu Klasik. British tidak menekankan pendidikan Sejarah tempatan dalam kalangan masyarakat di Tanah Melayu kerana dikhuatiri boleh menggugat kepentingan politik dan ekonominya. Hanya selepas negara mencapai kemerdekaan, pengaruh kurikulum British dilihat semakin
4
berkurangan (Maharom Mahmood, 2001). Sementara pengaruh kurikulum Sejarah negara India dan Cina tamat apabila Laporan Razak 1956 dikemukakan untuk memastikan satu sukatan pengajaran dan peperiksaan yang sama dilaksanakan demi perpaduan kaum di negara ini. Selepas Perang Dunia ke-2 kurikulum Sejarah mula memberi penekanan ke arah perpaduan dan integrasi kaum. Pada tahun 1973, terdapat perbincangan untuk mengkaji semula kurikulum Sejarah. Kurikulum yang sedia ada dilihat terlalu luas dan tidak bersifat tempatan (Siti Zainun Mat, 1998; 1990). Beberapa forum seperti Kongres Kebudayaan Malaysia 1971, Seminar Sejarah Malaysia 1 dan 11 yang diadakan dalam tahun 1973 dan 1974 (Siti Zainun Mat, 1988 dan 1990) telah diadakan untuk membincangkannya. Dapatan seminar telah menggesa pihak Kementerian Pelajaran Malaysia menggunakan pendekatan ‘berpusatkan ke-Malaysiaan’ dalam menggubal sukatan pelajaran dan penulisan buku teks Sejarah (Siti Zainun Mat 1988, 1990). Hanya pada tahun 1989, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menjadikan mata pelajaran Sejarah sebagai subjek teras yang wajib diambil oleh semua pelajar. Bagi Aini Hassan (2008) perubahan ini merupakan satu anjakan besar dalam falsafah dan konsepsi pengajaran dan pembelajaran Sejarah di sekolah. Falsafah, matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran telah dinyatakan dengan jelas. Fokus terhadap sejarah tempatan telah diterapkan dalam kurikulum. Pembahagian tajuk pula dilakukan mengikut tema-tema (PPK, 2002). Perkembangan kurikulum Sejarah pra dan pascamerdeka telah mengalami perubahan pesat, selari dengan tuntutan semasa.
KEDUDUKAN MATA PELAJARAN SEJARAH Matlamat pendidikan Sejarah bagi peringkat menengah rendah dan menengah atas ialah memupuk semangat taat setia kepada bangsa dan negara serta berbangga menjadi warganegara Malaysia. Kandungan kurikulum yang disediakan, memberikan fokus kepada pemahaman yang menyeluruh tentang sejarah negara yang merangkumi jangka masa lima ratus tahun dan dibuat secara kronologis iaitu mengikut susunan tahun. Pengajaran dan pembelajaran Sejarah seharusnya memberi tumpuan kepada pemerolehan pengetahuan, perkembangan kemahiran dan
5
pemupukan nilai-nilai. Kedudukan mata pelajaran Sejarah dijelaskan seperti yang berikut:
“ mata pelajaran Sejarah dalam KBSM, merupakan mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua pelajar sekolah menengah.”
(Kementerian Pelajaran Malaysia, 2002)
Langkah Kementerian Pelajaran menjadikan subjek Sejarah sebagai subjek wajib lulus pada tahun 2012 di peringkat SPM dilihat sangat signifikan dalam konteks semasa. Seterusnya menjadikannya sebagai subjek teras untuk sekolah rendah mulai 2014. Ini selaras dengan transformasi dalam sistem pendidikan negara dengan perubahan KBSR kepada KSSR mulai tahun 2011. Ini secara tidak langsung akan memartabatkan lagi kedudukan mata pelajaran ini di kaca mata masyarakat. Shakila Yacob (2010) melihat langkah mewajibkan subjek Sejarah ini bertujuan untuk memartabatkan ilmu sejarah di Malaysia, menonjolkan kepentingan dan kerelevanan ilmu sejarah dalam setiap aspek kehidupan rakyat Malaysia dan memperkasakan legasi sejarah Malaysia yang mencerminkan kepelbagaian masyarakat selari dengan perjuangan 1 Malaysia.
Berdasarkan kenyataan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa pembuat dasar negara sangat peka terhadap kepentingan mata pelajaran ini sebagai wawasan masa hadapan dalam membina perpaduan bangsa dan negara. Dasar mewajibkan pelajar sekolah menengah mempelajari sejarah adalah menepati kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang inginkan perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek pelajar secara serentak dan bersepadu. Sebelum ini mata pelajaran Sejarah dianggap sebagai mata pelajaran kelas kedua dan dikaitkan dengan pelajar-pelajar aliran sastera (Omar 1992 dan Abdul Ghani 2008).
MATLAMAT PENDIDIKAN SEJARAH Pendidikan Sejarah bertujuan memupuk semangat setia negara dan perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia melalui pengetahuan dan penghayatan sejarah tanah air. Di peringkat menengah rendah, kurikulumnya meliputi jangka masa selama lima ratus tahun dan disusun
6
secara kronologi. Kurikulum ini bertujuan untuk memberi pemahaman menyeluruh dan satu gambaran yang lengkap tentang sejarah negara. Dalam rentetan peristiwa ini dimasukkan pula sejarah negara luar yang mempunyai kaitan dengan sejarah negara. Sejarah negara luar ini merupakan asas bagi pelajar untuk mengetahui dan memahami hubungan dan kaitannya dengan Sejarah Malaysia (PPK 2002). Pendidikan Sejarah dilihat dapat mewujudkan ingatan bersama terhadap sejarah sebagai rangka rujukan kesedaran kebangsaan dan persefahaman antara bangsa (PPK 2002) kerana tujuan pendidikan Sejarah itu adalah untuk memupuk semangat setia negara dan perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia melalui pengetahuan dan perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia.
ISU-ISU DALAM PENDIDIKAN SEJARAH Sering kedengaran pembelajaran Sejarah yang berpusatkan guru kurang memberi kesan sebagaimana yang diharapkan. Pengajaran guru yang bersifat indoktrinasi dan tidak kreatif, bercorak sehala, tidak mewujudkan peluang interaksi antara guru dan pelajar. Hal ini menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran (P & P) Sejarah menjadi begitu kaku dan membosankan pelajar. Guru masih mengekalkan kaedah tradisi di bilik darjah. Guru kurang mempunyai kepakaran dalam menyampaikan pedagogi terkini. Kaedah “chalk and talk” yang menekankan interaksi sehala serta teknik hafalan terhadap sesuatu fakta telah menyebabkan Sejarah dilihat sebagai “the dead man of curriculum” (Abdul Razaq, 2009). Sikap negatif guru menyebabkan mereka gagal mencerna minda pelajar supaya lebih bersifat intelektual dan ini menyebabkan pelajar kurang memberi tumpuan semasa P & P dijalankan. Kandungan kurikulum Sejarah amat padat dengan fakta-fakta dan tahun-tahun yang perlu diingati oleh pelajar. Mempelajari subjek Sejarah bermakna terpaksa menghafal fakta-fakta dan tahun-tahun yang begitu membebankan. Perkara ini menjadikan subjek Sejarah kurang menarik minat pelajar. Bagi pelajar, subjek ini lebih banyak bercerita tentang peristiwa yang sudah lapuk dan mereka tidak nampak apa yang harus dinilai dalam mempelajari Sejarah (Hartini Husain, 2006). Tambahan pula, terdapat ibu bapa yang melihat mata pelajaran ini tidak penting dan merupakan subjek kegemaran pelajar aliran sastera (Robiah Sidin, 1994). Kurikulum Sejarah lebih menjurus kepada penghafalan fakta dan
7
berbentuk stereotaip. Menurut Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, mantan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, pendekatan menghafal sejarah perlu diubah kepada cara yang lebih menarik dan boleh menyebabkan pelajar berfikir secara kritikal terhadap sesuatu peristiwa.
Di samping itu, kandungan kurikulum Sejarah juga perlu dinilai kembali. Janganlah terlalu bersifat “melayu centric”. Peranan semua kaum dalam menuntut kemerdekaan dan memakmurkan negara perlu diberi penekanan. Sejarah yang diajar seolah-olah sejarah orang Melayu dan bukan sejarah Malaysia. Sumbangan dan pengorbanan kaum lain juga perlu dilihat dan dimasukkan dalam kurikulum Sejarah agar mata pelajaran lebih menarik, bersifat universal dan mempunyai nilai tambah. Setiap kaum mempunyai tokoh-tokoh yang telah berjuang untuk kemerdekaan dan kemajuan negara. Sumbangan kaum, masyarakat dan tokoh yang terlibat dalam perkembangan sejarah negara harus dicakupi secara menyeluruh dan bukannya dipilih (selected). Peranan ikon pascamerdeka seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Dr. Ismail, Tun Tan Siew Sin, Tun Tan Cheng Lock dan Tun Sambanthan perlulah dilihat dari sudut perbincangan 1 Malaysia. Sering kedengaran subjek Sejarah boleh diajar oleh sesiapa sahaja walaupun mereka bukan opsyen Sejarah. Masih terdapat jumlah peratusan yang besar dalam kalangan guru Sejarah di sekolah tidak mempunyai latihan ikhtisas dalam bidang berkenaan (Rahim Rashid, 1999). Ini menyebabkan guru yang mengajar subjek Sejarah kurang mempunyai pengetahuan daripada aspek pedagogi. Mereka tidak mendapat pendedahan dan latihan yang mencukupi. Guru Sejarah juga jarang dipanggil berkursus untuk meningkatkan tahap profesionalisme mereka dalam pengajaran Sejarah. Mereka kurang didedahkan dengan amalan pedagogi terkini di bilk darjah. Ketika ini ramai guru yang mengajar Sejarah terdiri daripada guru-guru sandaran yang tidak memahami matlamat pendidikan Sejarah. Malah ada antara mereka yang tidak menguasai isi kandungan yang disampaikan yang mengakibatkan penyampaian maklumat kepada pelajar kurang tepat. Kesemua ini akan membantutkan lagi usaha untuk mewujudkan perpaduan kaum melalui mata pelajaran Sejarah.
Penggunaan buku teks dalam pengajaran dan pembelajaran tidak menimbulkan suasana pembelajaran yang menarik. Penggunaan buku teks yang berlebihan menjadikan pengajaran bersifat stereotaip, kurang
8
daya kreatif dan imaginatif. Guru yang terlalu bergantung kepada penggunaan buku teks akan menyebabkan pelajar kurang berminat terhadap pengajarannya kerana sifat buku teks yang statik dan tidak bersifat interaktif. Terdapat guru yang amat bergantung kepada buku teks. Nota-nota dipetik terus daripada buku teks. Pelajar diminta menggariskan bahagian yang penting dalam buku teks. Fenomena ini menimbulkan kebosanan kepada pelajar mengikuti mata pelajaran ini. Kajian Noraizan Hamzah (2008) menunjukkan pelajar akan berasa bosan semasa membaca buku teks kerana isi kandungannya terlalu banyak fakta yang perlu dihafal.
Masyarakat lebih suka melihat kejayaan dalam sesuatu peperiksaan sebagai kayu ukur dalam menentukan keberhasilan dan kecemerlangan masa hadapan seseorang pelajar. Lantaran itu, sudah menjadi rutin guru mengajar untuk memastikan pelajarnya cemerlang dalam peperiksaan yang didudukinya tanpa menghiraukan matlamat dan objektif kurikulum itu sendiri. Pengajaran dan pembelajaran Sejarah dilihat lebih bersifat ‘reproduction’ iaitu mengeluarkan segala fakta yang dipelajari dalam peperiksaan. Kandungan kurikulum yang terlalu bersifat peperiksaan ini menyebabkan matlamat pendidikan Sejarah untuk perpaduan kaum tidak dapat dicapai sepenuhnya. KURIKULUM SEJARAH KE ARAH INTEGRASI KAUM
Peranan kurikulum Sejarah dalam mengeratkan integrasi kaum dalam
masyarakat pelbagai etnik di negara ini masih tetap relevan. Walaupun
terdapat beberapa kelemahan dan masalah, namun masih terdapat
ruang yang luas untuk memperbaiknya lagi. Berdasarkan masalah-
masalah yang telah dibincangkan di atas, berikut dikemukakan beberapa
saranan untuk mengatasinya. Antaranya ialah :
a. Isi Kandungan Kurikulum Sejarah
Kurikulum yang ditampilkan perlulah bersifat futuristik dan berdaya saing. Keseimbangan dari aspek teori dan amali perlu diberi perhatian. Penekanan kepada fakta dan tahun perlulah diminimumkan. Ilustrasi yang menarik dalam kandungan kurikulum
9
akan dapat menarik perhatian pelajar mengikutinya. Kurikulum Sejarah pada abad ini perlulah seimbang, progresif dan dinamik. Dalam konteks ini kurikulum yang dihasilkan perlu berpusatkan pelajar, realistik serta praktikal dan boleh diaplikasikan dalam konteks kehidupan seharian.
Isi kandungan kurikulum Sejarah juga perlu dilihat kembali agar sumbangan semua kaum di negara ini dapat dilihat dan dihargai. Sumbangan kaum Melayu, Cina dan India terhadap proses kemerdekaan dan pengisian kemerdekaan perlu dimasukkan dalam kurikulum. Hal ini akan dapat mengelakkan tafsiran sejarah yang dipelajari lebih menjurus kepada sejarah orang Melayu atau ‘Melayu centric’. Seharusnya kurikulum Sejarah itu dapat merangsang pelajar-pelajar agar dapat menghayati sejarah yang dipelajari itu adalah milik mereka bersama. Perkara ini penting agar setiap kaum akan dapat memahami sejarah bagi setiap kaum yang lain. Kurikulum sedemikian akan dapat menarik minat pelajar daripada semua kaum dalam menilai sumbangan kaum mereka terhadap sejarah pembangunan negara. Secara tidak langsung akan meningkatkan perpaduan dalam kalangan mereka.
Tema-tema yang dipilih dalam kurikulum Sejarah juga perlulah menjurus kepada tema yang dapat meningkatkan tahap integrasi kaum di negara ini. Tema yang berkaitan dengan peranan dan sumbangan setiap kaum itu dari aspek politik, ekonomi dan sosial perlulah diberi fokus dalam menyusun kurikulum. Contohnya, dalam menuntut kemerdekaan Negara, peranan Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock dan Tun Sambanthan perlulah dikupas dan diperhalus daripada perspektif perpaduan dan integrasi kaum di negara ini. Perkara ini dapat dijadikan model integrasi terbaik generasi terdahulu dalam membentuk konsep integrasi kaum sebenar. Pelajar akan dapat menghayati dan mendalami peristiwa sejarah yang berlaku di negara ini dan seterusnya akan memberi kesedaran kepada mereka tentang proses integrasi yang telah wujud sejak prakemerdekaan.
Di samping itu, dalam pelaksanaan kurikulum di bilik darjah, penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) yang bersifat interaktif perlulah diberi perhatian kerana ini akan dapat menarik perhatian
10
pelajar mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan multimedia yang bersifat interaktif akan merangsang minat pelajar mengikuti P&P sepenuhnya. Terdapat banyak kajian yang menunjukkan kepentingan penggunaan BBM bersifat interaktif ini, khususnya dalam subjek Sejarah. Kajian Hazman Che Sidik (2000), Rohidah Alias (2003) dan Zaliza Zali (2004) menunjukkan penggunaan BBM bersifat interaktif ini dapat menjadikan pengajaran lebih berkesan dan menarik minat pelajar untuk belajar bukan sahaja daripada kalangan pelajar Melayu malah pelajar Cina dan India juga akan tertarik untuk mengikutinya. Oleh itu, guru bagi subjek Sejarah juga perlulah lebih kreatif dalam memilih BBM yang bersifat interaktif dengan pengajarannya. Tema yang terdapat dalam kurikulum boleh diaplikasikan dalam bentuk cakera padat seperti mana yang dilihat dalam History Channel dan Discovery Channel (Chan Nelee, 2010). Pihak Bahagian Teknologi Pendidikan di KPM perlu mengambil tindakan dalam menyebarluaskannya kepada guru-guru subjek Sejarah di seluruh negara. Aplikasi ini akan dapat membantu mewujudkan suasana yang menyeronokkan dalam pengajaran. Pelajar akan lebih teruja serta ingin mendalami apa yang dipelajarinya. Pada akhirnya pelajar akan mendapat iktibar daripada peristiwa sejarah yang dipelajarinya. Secara tidak langsung, ini akan dapat menarik minat pelajar daripada pelbagai kaum untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran Sejarah di bilik darjah.
b. Latihan Guru Sejarah
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) perlu melatih lebih ramai guru Sejarah yang berminat untuk mengajar Sejarah (Anuar et.al. 2009). Pemilihan calon-calon guru Sejarah perlulah berlatarbelakangkan kepada minat yang mendalam terhadap mata pelajaran ini. Hal ini penting agar mereka yang terpilih dan dilatih kelak akan dapat melahirkan murid yang berilmu pengetahuan Sejarah yang tinggi. Pihak KPM dan Bahagian Pendidikan Guru (BPG) juga perlulah merangka dan menyediakan lebih banyak kursus dalam perkhidmatan kepada guru Sejarah berhubung dengan kepentingan mata pelajaran Sejarah dalam memupuk integrasi kaum di negara ini. KPM juga perlulah memberi penekanan kepada aspek psikologi dan motivasi dalam kalangan
11
guru Sejarah agar mereka dapat bersaing dengan rakan-rakan daripada mata pelajaran yang lain. Nilai dan kepentingan mata pelajaran ini perlulah dipertahankan. Mereka yang terpilih untuk mengajar kurikulum Sejarah ini perlulah memahaminya secara holistik dan komprehensif, dan bukannya secara ‘selected’. Mereka perlu didedahkan dengan latihan yang bersifat mikro dan amali secara konsisten bagi menguasai bidang dan memiliki keterampilan yang tinggi. Latihan guru Sejarah juga perlu disesuaikan dengan matlamat dan objektif kurikulum Sejarah itu sendiri, yang meletakkan integrasi dan asas perpaduan sebagai matlamat yang hendak dicapai kerana guru merupakan pelaksana. Selain itu, isi kandungan bagi latihan guru praperkhidmatan juga perlu dilihat semula. Isu-isu integrasi perlu dimasukkan dalam kurikulum dan diserapkan secara profesional. Melalui cara ini, guru dapat memahami dan menyelami hasrat dan aspirasi yang ingin dicapai oleh kerajaan. Kurikulum Sejarah juga perlu ke arah memperkenalkan jati diri dalam kalangan pelajar, semangat patriotik, membina Negara bangsa serta meningkatkan lagi unsur perpaduan kaum yang sedia terjalin. Melalui kefahaman dan usaha memperkasakan elemen ini akan dapat membantu hasrat kerajaan merealisasikan hasrat 1 Malaysia.
c. Anjakan Paradigma Pedagogi Sejarah Perubahan masa menuntut guru Sejarah lebih berinovasi dan kreatif dalam mencorakkan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Sejarah perlulah diajar dalam konteks yang menyeronokkan. Kreativiti dan elemen kreatif perlulah dimasukkan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran guru. Guru boleh mengambil beberapa pendekatan seperti mengadakan aktiviti drama, perbincangan, lawatan tempat bersejarah dan mengadakan temu bual. dalam usaha menarik minat pelajar kepada subjek Sejarah. Pedagogi berkaitan integrasi kaum juga perlu dilihat dalam konteks yang lebih menyeluruh agar dapat diserapkan dalam kursus-kursus untuk guru praperkhidmatan ini dengan lebih berkesan. Pemahaman yang jelas perlu agar mereka akan turut berperanan dalam mencapai matlamat integrasi ini.
12
d. Konsep Pembelajaran Aktif
Penulis berpendapat konsep pembelajaran aktif dalam pengajaran Sejarah perlulah diperkasakan. P & P bercorak ‘student centered’ perlu diterapkan dalam kelas dan diberi nafas baru. Kirschner et.al. (2006) dan Mayer (2004) menjelaskan pelajar yang terlibat dengan pembelajaran aktif lebih banyak mengingati maklumat yang diperoleh. Contohnya guru boleh menggunakan pembelajaran koperatif seperti yang disarankan oleh Slavin (2006). Setiap kumpulan pelajar ini mesti disertai oleh pelbagai kaum, secara tidak langsung interaksi positif akan berlaku antara para pelajar pelbagai kaum. Melalui konsep pembelajaran ini, pelajar akan terlibat secara langsung dan lebih aktif dalam proses pembelajaran yang berbentuk hands-on dan minds-on (Arthur & Wright, 2001; Laughlin & Hartoonian, 1995; Orlich, Harder, Callahan, & Gibson, 2001). Konsep ini dilihat mampu membawa sinar dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah dalam bilik darjah.
e. Konteks Penerapan Nilai dalam Sejarah Mata pelajaran Sejarah di sekolah dilihat sangat relevan dalam memupuk nilai-nilai kemasyarakatan, intelektual dan sosial untuk mencorakkan perkembangan personaliti yang lebih seimbang. Lewenstein (1963) dalam membincangkan sumbangan pendidikan sejarah, menekankan betapa pentingnya pendidikan ini dalam mengembangkan nilai dalam kalangan pelajar. Menurut Rahim Rashid (2000), penerapan nilai dalam pendidikan Sejarah terbahagi kepada 4 iaitu (i) nilai individu, (ii) nilai politik, (iii) nilai sosial dan kemasyarakatan dan (iv) nilai intelek. Pemahaman dan pengetahuan tentang unsur nilai ini mempunyai signifikannya dalam memupuk perpaduan dan integrasi dalam kalangan pelajar pelbagai kaum. Hal ini akan dapat membantu mereka memahami pentingnya mengamalkan nilai-nilai sosial dan kemasyarakatan yang positif dalam kehidupan mereka seperti keadilan, kekitaan, kemanusiaan dan semangat bermasyarakat.
13
Dalam konteks politik, nilai politik (Rahim Rashid, 2000) seperti setia, patriotisme, demokrasi dan kepemimpinan perlu diamalkan dalam konteks kehidupan masyarakat majmuk ini. Oleh itu, kurikulum Sejarah yang dibentuk perlu memberi penekanan kepada unsur nilai ini selari dengan hasrat untuk melahirkan generasi pelajar yang dapat memahami dan berinteraksi dengan lebih harmoni, khususnya dalam konteks masyarakat pelbagai etnik di negara ini. Dalam konteks pendidikan Sejarah, penerapan nilai ini ialah proses menanam, memupuk dan mengembangkan nilai-nilai ini dalam kehidupan seharian mereka. Oleh itu, penekanan kepada unsur nilai kemasyarakatan dan nilai politik ini akan dapat membantu meningkatkan integrasi kaum dalam kalangan pelajar di negara ini sejak peringkat awal lagi. Ringkasnya penerapan nilai dalam kurikulum Sejarah sama ada daripada aspek kemasyarakatan mahupun politik dilihat sebagai landasan terbaik dalam melahirkan pelajar yang memahami pentingnya integrasi dalam masyarakat berbilang kaum ini.
KESIMPULAN
Usaha untuk memperkasa perpaduan dan integrasi kaum melalui kurikulum Sejarah tiada jalan noktahnya. Kurikulum Sejarah dilihat sebagai wadah terbaik untuk merealisasikan hasrat ini. Walaupun pelbagai usaha dan langkah telah diambil oleh pihak kerajaan mahupun badan-badan bukan kerajaan. Dalam konteks Malaysia yang mempunyai masyarakat pelbagai etnik ini, usaha yang berterusan perlulah dilakukan untuk memelihara dan memperkukuh perpaduan dan integrasi masyarakat pelbagai kaum ini. Langkah kabinet untuk membentuk sebuah panel pembelajaran Sejarah bagi memantau pelaksanaan kurikulum Sejarah dianggap satu langkah tepat dan bersesuaian dengan konteks semasa. Sebagai rakyat Malaysia, semuanya amat berharap pada suatu hari nanti isu ini akan menemui titik noktahnya. Untuk itu, semua kaum perlulah menanam sikap kekitaan, toleransi dan saling mempercayai antara satu sama lain selain meletakkan kepentingan nasional dan kesejahteraan negara melebihi kepentingan etnik masing-masing. Kita tidak mahu isu dan dilema perpaduan ini akan terus menjadi duri dalam daging untuk tempoh 50 tahun yang akan datang. Gagasan 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri
14
Mohd Najib Tun Razak telah membuka lembaran baru ke arah memperkasa perpaduan kaum dalam masyarakat pelbagai etnik di negara ini. Oleh itu, kurikulum Sejarah dilihat sebagai medium yang sangat signifikan dalam merealisasikan hasrat ini. Rujukan
Abdul Rahim Abd. Rashid. (2000). Model dan Pendekatan Pengajaran
Sejarah KBSM. Selangor. Dewan Bahasa dan Pustaka. Abd. Rahim Abd. Rashid. (1999). Pendidikan Sejarah, Falsafah Teori dan
Amalan. Kuala Lumpur. Percetakan Cergas Publication Sdn. Bhd. Abdul Razaq Ahmad dan Andi Suwirta. (2007). Sejarah dan Pendidikan
Sejarah: Perspektif Malaysia Dan Indonesia. Bandung: Historia Utama Press.
Abdul Ghani Abu. (2008). Sejarah Masih Relevan, Utusan Malaysia: 14
Jan 2008. Aini Hassan & Siti Hawa Abdullah. (2008). Sejarah Perkembangan
Kurikulum Sejarah di Malaysia dalam Perjuangan Memperkasakan Pendidikan di Malaysia; Pengalaman 50 Tahun Merdeka. Oleh Nik Azis Nik Pa dan Noraini Idris. 2008. Utusan Publications and Distributors Sdn Bhd.
Anuar Ahmad, Siti Haishah Abd. Rahman & Nur Atiqah T. Abdullah.
(2009). Tahap Keupayaan Pengajaran Guru Sejarah dan Hubungannya dengan Pencapaian Murid di Sekolah Berprestasi Rendah. Jurnal Pendidikan Malaysia. 34(1) (2009): 53 – 66, Fakulti Pendidikan, UKM.
Anuar Ahmad dan Nur Atiqah T.Abdullah. (2008). Demografi Pendidikan di Malaysia. Kertas Kerja Kolokium Identiti, Etnisiti dan Pendidikan. Anjuran Bersama Kumpulan Penyelidik Hubungan Etnik dan Pendidikan, Fakulti Pendidikan dan Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi Selangor. 27 Mac.
Arthur, J., & Wright, D. (2001). Teaching Citizenship in the Secondary
School. London: Fulton.
15
Azwani Ismail & Zahara Aziz. (2009). Pendidikan Pelbagai Budaya dalam Sistem Pendidikan di Malaysia. Diges Pendidik. Jilid 9 Bil. 2, Universiti Sains Malaysia.
Chan Nelee. (2010). Pembinaan Kurikulum Sejarah ke Arah Pembentukan Perpaduan Kaum di Malaysia dalam Proceedings International Seminar Comparative Studies in Educational System Between Indonesia And Malaysia. Organised by UPI, UKM and UM.
Faridah Karim et al.(2008). Hubungan Etnik di Institusi Pengajian Tinggi dari Perspektif Etnografi Habitus dan Modal Budaya. Kertas Kerja Kolokium Identiti, Etnisiti dan Pendidikan. Anjuran bersama kumpulan penyelidik Hubungan Etnik dan Pendidikan, Fakulti Pendidikan dan Institut Kajian Etnik (KITA). Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. 27 Mac.
Furnivall, John S. (1965). Colonial Policy and Practice: A Comparative Study of Burma and Netherlands India, New York University Press.
Hartini Husain. (2006). Pencapaian dan Sikap Pelajar dalam Mata Pelajaran Sejarah Menerusi Pengajaran Berbantukan Komputer. Thesis Sarjana. Fakulti Pendidikan. UKM.
Hazman Che Sidik. (2000). PPBK Mata Pelajaran Sejarah Bertajuk Sistem Pengangkutan di Tanah Melayu Dalam Abad Ke-19. Projek Sarjana. UKM.
Jamaliah Shaik Abdullah. 2005. Perubahan Kurikulum Pendidikan Sejarah di Malaysia dari Tahun 1978-2000. Projek Sarjana. Universiti Sains Malaysia.
Khoo Kay Kim. (1980). ’Perkembangan Pelajaran Agama Islam’ dalam Awang Had Salleh (1980). Pendidikan ke Arah Perpaduan: Sebuah Perspektif Sejarah. Kuala Lumpur.
Laughlin, M. A., & Hartoonian, H. M. (1995). Challenges of Social Studies Instruction In Middle And High Schools. Fort Worth, TX: Harcourt.
16
Maharom Mahmood. (2001). Kurikulum Sejarah ke Arah Memperkukuhkan Usaha Pemupukan Semangat Patriotik dalam Kalangan Murid. Persidangan Kebangsaan Pendidikan Sejarah ke arah pembentukan warganegara patriotik. 8-12 Oktober. Kuala Lumpur.
Marimuthu,T. (1984). ‘Policies For Multicultural Education In Malaysia’.
Paper Presented at the 4th National Convention on Education. Malaysian Association for Education. Kuala Lumpur. 6-8th August 1984.
Mayer, R. 2004. Should There Be a Three Rule Against Pure Discovery
Learning. The Case for Guided Methods of Instruction. American Psychologist 59(1), 14-19.
Noraizan binti Hamzah @ Daud. 2008. Persepsi Pelajar dan Guru Terhadap Penggunaan Buku Teks Sejarah. Kertas Projek Sarjana. UKM. Bangi.
Norrizan Seman. 2003. Perkembangan Pendidikan Sejarah Semenanjung 1874-2002. Projek Sarjana Pendidikan. UKM.
Omar Hashim. 1992. Falsafah Pendidikan Sejarah: Sejarah dalam Pendidikan. Persatuan Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka..
Orlich, D. C., Harder, R. J., Callahan, R. C., & Gibson, H. W. (2001). Teaching Strategies: A Guide to Better Instruction (6th ed.). Boston, MA: Houghton.
Rohidah bte Alias. 2003. Penghasilan Bahan Pengajaran dan
Pembelajaran Berbantukan Komputer Bertajuk Sejarah dan Kita, Petempatan Awal di Negara Kita, Parameswara dan Pengasasan Melaka. Projek Sarjana Pendidikan. UKM.
Slavin, R. E. 2006. Educational Psychology : Theory and Practice”. 8th.ed. United States of America : Pearson Education, Inc.
Shakila Yacob. 2010. Ilmu Sejarah Membina Negara. Utusan Malaysia. 19.10. 2010.
17
Sufian Hashim (1976), An Introduction to the Constituitution of Malaysia, KL. Government Printers.
Syed Husin Ali. (1984). Ethnicity, Class and Development: Malaysia, Kuala Lumpur: Persatuan Sains Sosial Malaysia.
Siti Zainun Mat. (1988). Pelajaran Sejarah di Sekolah-sekolah di Semenanjung Malaysia 1948-1970an: Satu tinjauan. Tesis Ijazah Sarjana Muda. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Zaliza Zali. (2004). Pembinaan dan Penilaian Berbantukan Komputer Bagi Mata Pelajaran Sejarah Tingkatan Satu. Projek Sarjana. UKM.