Ngangaan Inggeris Yang Luar Biasa

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/18/2019 Ngangaan Inggeris Yang Luar Biasa

    1/3

    Ngangaan Inggeris yang luar biasa

    Adam A Kadir

    24 April 2016

    APABILA Raja Mesir, King Farouk, dinyahkan dalam bulan Julai 1952, beliau secara sinis

     berkata: "Akhir-akhirnya, hanya lima King yang tinggal di dunia. Satu, King spade. Dua, King

    kelawar (clover). Tiga, King deman (diamond). Empat, King lekok (heart), dan 5. King of

    England."

    Jelas sekali maksud keempat-empat King dari nombor satu hingga empat itu ialah King daun

    terup. Yang kelima itu sudah sedia kita maklum.

    Kejatuhan King Farouk berlaku lima bulan selepas Elizabeth ll menjadi Queen. Inggeris tidak

    membezakan antara King dan Queen. Sebutan King dalam lirik lagu kebangsaannya ditukarkan

    kepada Queen apabila penggantian berlaku.

    Kini baginda, sejak hari Khamis lepas, 21 April 2016, sudah berusia 90 tahun. Baginda

     bertakhta sudah lebih 64 tahun. Kedudukan British dalam susun atur kuasa dunia, ditambah

    dengan seni propaganda, membuatkan Queennya begitu agung. Ketua Negara AS, Rusia, China

    dan India jelas sekali akur kepada kedaulatan baginda. Hinggakan Perdana Menteri Australia,

    Paul Keating, apabila menguak tangannya sebagai tanda hormat untuk baginda beredar, media

    dan pembesar England bagaikan hendak ‘runtuh’ marah kepada PM Australia itu, seolah-olah

     perbuatan itu satu penghinaan yang besar aibnya kepada Queen sanjungan mereka.

    Akhir-akhir ini sehingga sekian lama nanti, semua media England, termasuk BBC yang berada

    dalam kelompok Astro di Malaysia, pastinya tidak berhenti-henti memuji dan memuja Queen

    agung ini. Dalam pada itu, mereka sentiasa tidak lupa mengingatkan dunia bahawa Queen ini

     bukan saja untuk England, tetapi juga untuk Scotland, Wales, Ireland Utara, Australia, Kanada,

     New Zealand, beberapa kepulauan di Pacific dan Caribbean.

    Dikebetulankan juga lawatan Prince Williams, cucu baginda dan bakal pewaris takhtanya,

     baru-baru ini ke India di mana kira-kira 100 tahun dulu King George V diisytiharkan sebagai

  • 8/18/2019 Ngangaan Inggeris Yang Luar Biasa

    2/3

    The Emperor of India. Disebabkan begitu ramai pembesar dan penjawat tinggi India di bawah

     pemerintahan British cenderung meniru gaya hidup dan pertuturan Inggeris, terutama apabila

     berhijrah ke England, mereka digelarkan WOG, kependekan untuk Western Oriental

    Gentlemen (Lelaki Timur Kebaratan). Ada dalam kalangan mereka yang menetap di India

    masih dikategorikan sebagai WOG. Maka tidak hairanlah kunjungan Prince William itu

    mendapat sambutan hangat di sana.

    Seolah-olah segalanya itu tidak cukup, sebuah majalah bernama ‘Majesty’ yang memerikan

    segala aspek positif baginda (dan suku-sakat baginda) diterbitkan secara berkala. Saya suka

    mengikutinya untuk mengetahui perkembangan mental Inggeris. Kesimpulan yang boleh saya

     buat ialah Inggeris, sebagai inti British, tidak menunjukkan tanda kental akan menjadikan nasib

    Queennya seperti nasib King Farouk dalam jangka waktu yang boleh dijenguk dari sekarang.

    Kebencian dan sikap anti Queen sering timbul, tetapi rujukan itu tidak meluas, malah hanya

    seperti ‘panas- panas tahi ayam’. Jika ada pihak di AS atau Eropah cuba ikut sama melahirkan

    sentimen begitu, serang balas yang hebat akan berlaku, mempertahankan Queen mereka

    dengan mengemukakan sifat-sifat mulia dan besar yang membawa restu kepada rakyat. Namun

     begitu, dalam jajaran pemerintahan baginda yang sedemikian lama, baginda tidak sunyi

    daripada melakukan sesuatu yang diketahui umum, walaupun tertutup, sebagai satu kelemahan

    diri.

    Ketika mendiang Lady Diana, janda Prince Charles, diketahui kena kutuk dan disisihkan oleh

    Queen, ada media aliran utama di London mencemuh baginda sebagai ‘beg buruk’ yang

    ketinggalan zaman. Demi kebebasan akhbar, negatif begitu diterima dan dibiarkan berlalu

     begitu saja. Terdapat juga buku terbitan Alpha Books di bawah panggilan ‘The Complete

    Idiot’s Guide’ (Panduan Tolol Yang Genap) bertajuk ‘British Royalty’ (Kedirajaan British). Ia

    memuatkan segala buruk baik kedirajaan British dalam sejarah sejak King pertama, King

    Egbert, 1,200 tahun dulu. Pastinya buku ini laris sekali, tetapi ia tidak menjejaskan ‘ngangaan’

    kekaguman mereka terhadap baginda.

    Saya tidak pernah melihat perayaan yang lebih besar di Malaya (Malaysia, kini) daripada

     perayaan pertabalan (coronation) baginda pada 2 Jun 1953. Tidak juga perayaan kemerdekaan

    31 Ogos 1957. Tempat saya Kuantan berpenduduk 30,000 tetapi orang penuh segenap pelosok.

  • 8/18/2019 Ngangaan Inggeris Yang Luar Biasa

    3/3

    Buat pertama kali saya melihat tarian singa dan gadis-teruna berjalan ramai-ramai di atas

    tongkat. Ertinya, wang tidak jadi masalah.

    Kenangan itu berbaur dengan rasa sedih terhadap Putera Mahkota Prince Charles. Gambar

     baginda dalam usia lima tahun waktu itu, lawa dan cun, terdapat di sana sini. Kini 63 tahun

    kemudian, baginda sudah masuk 68 tahun dan bercucu pula, entah bila pula akan naik takhta.

    ‘The King is dead. Long Live the King’ (Raja sudah mangkat. Panjangkan usia Baginda). Inilah

    ungkapan humor Inggeris yang memerikan sikap ‘ngangaan’ kagum mereka. Jika Charles

    menjadi King, dan jika saya panjang umur, saya berpeluang lagi menyanyi secara ‘hum’ ‘God

    Save The King’, baik ketika memandu dalam macet atau dalam bilik mandi. Bukan kagum

    ternganga. Nostalgia saja!

    * Tan Sri Adam A Kadir mantan Presiden Senat dan Ahli Kabinet

    Dipetik daripada Sinar Harian Online (http://www.sinarharian.com.my/)