30
NILAI-NILAI MURNI 1. BAIK HATI 1. Belas kasihan – Bersimpati terhadap kesusahan dan kesedihan orang lain. 2. Bertimbang rasa – Mengambil kira keperluan dan perasaan orang lain apabila membuat suatu tindakan. 3. Murah hati – Memberi bantuan secara ikhlas kepada mereka yang memerlukannya. 4. Saling memahami – Sanggup memberi dan menerima pandangan serta memahami perasaan dan keperluan masing-masing. 5. Saling bermaafan – Sanggup meminta maaf dan memberi kemaafan. 2. BERDIKARI 1. Berupaya bertindak sendiri - sanggup dan boleh melakukan sesuatu tanpa mengharapkan orang lain. 2. Yakin pada diri sendiri – Percaya kepada kebolehan diri sendiri dan sanggup mencuba. 3. HEMAH TINGGI 1. Kesopanan – Berbudi bahasa dan beradab dalam pergaulan orang lain. 2. Mengakui kesalahan sendiri – Sedia mengakui kesilapan diri sendiri serta sanggup menerima nasihat. 3. Ramah mesra – Sedia bergaul mesra dengan semua orang. 4. HORMAT

NILAI murni & RPH.docx

Embed Size (px)

Citation preview

NILAI-NILAI MURNI

1.BAIK HATI1. Belas kasihan Bersimpati terhadap kesusahan dan kesedihan orang lain.2. Bertimbang rasa Mengambil kira keperluan dan perasaan orang lain apabila membuat suatu tindakan.3. Murah hati Memberi bantuan secara ikhlas kepada mereka yang memerlukannya.4. Saling memahami Sanggup memberi dan menerima pandangan serta memahami perasaan dan keperluan masing-masing.5. Saling bermaafan Sanggup meminta maaf dan memberi kemaafan.

2.BERDIKARI 1. Berupaya bertindak sendiri - sanggup dan boleh melakukan sesuatu tanpa mengharapkan orang lain.2. Yakin pada diri sendiri Percaya kepada kebolehan diri sendiri dan sanggup mencuba.

3.HEMAH TINGGI

1. Kesopanan Berbudi bahasa dan beradab dalam pergaulan orang lain.2. Mengakui kesalahan sendiri Sedia mengakui kesilapan diri sendiri serta sanggup menerima nasihat.3. Ramah mesra Sedia bergaul mesra dengan semua orang.

4.HORMAT

1. Hormat dan taat kepada ibu bapa atau penjaga Memuliakan dan mentaati ibu bapa atau penjaga.2. Hormat kepada ahli keluarga, orang yang lebih tua, guru, rakan, jiran tetangga, dan pemimpin Menunjukkan rasa hormat kepada kumpulan tersebut dengan memberi layanan yang baik.3. Hormat kepada institusi Kerajaan dan Negara Menerima dan hormat kepada kerajaan serta lambang-lambang kebesaran negeri.4. Hormat kepada kepercayaan dan adat resam pelbagai keturunan Menghormati kepercayaan dan adat resam semua keturunan di Malaysia.5. Patuh kepada undang-undang negara Mematuhi undang-undang yang telah ditentukan tanpa mengira di mana seseorang itu berada.6. Patuh kepada ketetapan masa -Menepati waktu dan menggunakan masa dengan berfaedah.

5.KASIH SAYANG

1. Sayangkan diri sendiri dan orang lain - Menyayangi diri sendiri dan orang lain.2. Sayang alam sekitar Memelihara dan memulihara kehidupan flora dan fauna untuk kesejahteraan hidup.3. Cintakan negara Bangga dan taat setia kepada negara (patriotisme).

6.KEADILAN

1. Adil Mempertimbangkan dan membuat sesuatu secara objektif, menyeluruh, dan bersesuaian.2. Saksama Tidak berat sebelah dalam sesuatu tindakan dan keputusan sama ada dalam memberi ganjaran atau hukuman.

7.KEBEBASAN DI SISI UNDANG-UNDANG

Bolehmelakukan sesuatu asalkan tidak melanggar batas peraturan dan undang-undang yang tersurat dan tersirat dalam keluarga, sekolah, komuniti, masyarakat, negara, dan agama.

8.KEBERANIAN

1. Berani mencuba Berani melakukan sesuatu perkara yang baru dan mencabar untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain dengan mengambil kira risiko yang akan dihadapi.2. Berani kerana benar Berani mempertahankan sesuatu yang diakui kebenarannya dengan menunjukkan bukti yang nyata.

9.KEBERSIHAN FIZIKAL DAN MENTAL

1. Kebersihan diri Merupakan kebersihan anggota yang perlu dijaga oleh setiap individu untuk hidup sihat.2. Kebersihan persekitaran Pemeliharaan alam sekeliling supaya rapi dan bebas daripada kekotoran dan pencemaran.3. Kebersihan mental Pertuturan dan perlakuan yang terpuji yang perlu diamalkan oleh seseorang dalam hubungan dengan orang lain.

10.KEJUJURAN

1. Amanah -Bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu tugas yang diberikan dan dapat menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain.2. Bercakap benar Menyatakan perkara yang benar tanpa menokok tambah atau berselindung.3. Ikhlas -Melakukan sesuatu dengan suci hati tanpa mengharapkan balasan.

11.KERAJINAN

1. Daya usaha - Berusaha bersungguh-sungguh dengan inisiatif, kreatif, dan enovatif untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti.2. Dedikasi - Berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga untuk perkara yang berfaedah.

12.KERJASAMA1. Gotong-royong - Melakukan sesuatu tugas secara beramai-ramai dan sukarela.2. Toleransi - Bertolak ansur serta dapat mengawal diri mengelakkan berlakunya perselisihan.3. Perpaduan -Bersefahaman dan bekerjasama di peringkat keluarga, masyarakat, negara, dan antarabangsa.13.KESEDERHANAAN4. Pertuturan dan perlakuan yang sederhana Bertutur dan berkelakuan yang tidak melampaui batas serta menyinggung perasaan atau menimbulkan kemarahan orang lain.5. Kesederhanaan dalam menimbangkan kepentingan diri dan kepentingan orang lain - Membuat pertimbangan yang sewajarnya supaya memuaskan diri sendiri dan orang lain.14.KESYUKURAN6. Berterima kasih - Melahirkan perasaan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan atau pemberian.15.RASIONAL7. Membuat pertimbangan - Berupaya mengambil kira baik buruknya sesuatu perkara sebelum membuat keputusan.16.SEMANGAT BERMASYARAKAT8. Bermuafakat - Mengutamakan persetujuan dan kerjasama dalam sesuatu pekerjaan bagi kepentingan bersama.9. Kejiranan - Berbaik-baik, bertolak ansur, tolong-menolong, dan bekerjasama dengan jiran tetangga.10. Peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat - Menyedari masalah masyarakat dan sedia berusaha menyelesaikannya.17.PATRIOTISME17.1. Menghormati pemimpin17.2. Berusaha untuk memajukan negara17.3.Semangat untuk kejayaan negara17.4. Rela berkorban demi kemakmuran negara

RANCANGAN PENGAJARAN HARIANBAHASA MELAYU TAHUN 4

Tarikh / Hari : 27 Mac 2012 / SelasaMasa : 8.45 - 9.45 pagiKelas : Tahun 4 MutiaraBilangan Murid : 10 orangMata Pelajaran : Bahasa MelayuTema : Yang Baik Jadikan TeladanTajuk : Peribahasa : Simpulan BahasaHasil Pembelajaran : FU - 6.2 Aras 2 (i) - Mengenal pasti peribahasa yang biasa digunakan dalam sesuatu genre. FS - 5.2 Aras 1 (i) - Membaca lancar bahan sastera dengan intonasi dan sebutan yang betul.

Objektif : Pada akhir pembelajaran, murid dapat: i) - Murid dapat mencari, menyenarai dan memberi maksud kepada sekurang-kurangnya enam simpulan bahasa yang terdapat dalam petikan.

ii) - Membaca bahan petikan cerita Monyet Yang Pintar dengan intonasi dan sebutan yang betul.

iii) - Menjawab dengan betul sekurang-kurangnya lapan daripada sepuluh soalan simpulan bahasa yang diberikan.

Sistem Bahasa : Simpulan bahasa.Ilmu : Kesusasteraan.Nilai : Bekerjasama dan keberanian.

Pengetahuan : Murid pernah mempelajari topik Simpulan Bahasa sebelum iniSedia Ada dan pernah mendengar serta menggunakannya dalam perbualanharian.

Bahan Bantu : - Kad cantumanMengajar - lembaran petikan dan lembaran kerja - latihan interaktif melalui komputer

Langkah / MasaIsi PelajaranAktiviti Pengajaran dan PembelajaranCatatan

Aktiviti GuruAktiviti Murid

SetInduksi

(5 minit)

Mencantum dan membentuk perkataan menjadi simpulan bahasa yang bermakna.Guru meminta murid mencari rakan dan duduk secara pasangan.

Guru menyerahkan sampul besar kepada pasangan murid sertamenyatakan arahan yang perlu dilakukan oleh mereka.

Murid mencantum semua perkataan untuk membentuk tiga simpulan bahasa.

Murid menampal dan menyebut simpulan bahasa yang dihasilkan pada papan tulis.

Guru dan murid berbincang tentang padanan yang betul serta serba ringkas mengenai maksudnya.

BBM 1Sampul yang terdapat keratan simpulan bahasa.

KP:Interpersonal

Langkah1

(10 minit)

Membaca lembaran petikan dengan intonasi dan sebutan yang betul.

Guru meminta murid membaca secara senyap sambil meneliti ejaan dan tanda baca untuk intonasi dan sebutan yang baik.

Murid membaca secara senyap.

Murid membaca kuat secara individu dengan intonasi dan sebutan yang betul.BBM 2Lembaran petikan cerita Monyet Yang Pintar

Langkah2

(15 minit)

Membaca semula lembaran petikan untuk mengesan dan mencari maksud simpulan bahasa.

Guru meminta murid membaca semula petikan sambil:

- mencari danmenggarissimpulan bahasadaripada petikan.

- mencari maksud simpulan bahasa.

Guru memberi penerangan secara ringkas mengenai simpulan bahasa beserta contoh yang lain.

Murid membaca semula petikan sambil mencari simpulan bahasa yang terdapat di dalamnya secara berpasangan.

Memberi makna simpulan bahasa tersebut melalui kamus simpulan bahasa.

Murid berbincang bersama guru mengenai jawapan yang betul beserta huraian maksud simpulan bahasa.

BBM 2Lembaran petikan.

- Kamus simpulan bahasa.

BCB:Bacaan Mentalis

Langkah3

(15 minit)

Membina lima ayat berdasarkan simpulan bahasa yang telah dipelajari.

Guru meminta murid membina dan menulis ayat berdasarkan simpulan bahasa yang telah dipelajari secara berpasangan.

Murid membina ayat bersama pasangan.

Membacakan ayat yang dibina untuk dinilai oleh guru dan rakan sekelas.

Murid berbincang bersama guru untuk memperbaiki ayat bersesuaian dengan ketepatan maksud simpulan bahasa.

KB:Menjana Idea

Langkah4

(10 minit)

Melengkap ayat dengan simpulan bahasa yang betul.

Guru meminta murid melengkapkan ayat yang disediakan dengan simpulan bahasa yang betul.Murid menjawab soalan daripada lembaran kerja secara individu.

Murid berbincang bersama guru untuk mengetahui jawapan yang betul.

BBM 3Lembaran kerja.

Penutup

(5 minit)

Rumusan isi pelajaran dan nilai murni.

Rumusan guru mengenai penggunaan simpulan bahasa dalam perbuatan seharian untuk:

- menegurseseorang secarahalus supaya tidakmengecilkan hati.

- keindahan bahasaMelayu yangpenuh kelembutandan adab bila bertutur.

Murid perlu menerapkan dalam jiwa supaya bertutur dengan baik dan berhemah dalam kegiatan seharian bersama guru, rakan, keluarga dan masyarakat.BBM 4Pengayaan

KB:Merumus

Rancangan Harian Bahasa Malaysia Tahun 3RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

Tarikh : 25. Mac . 2012Masa : 8.30 - 9.00Tahun : 3 ElitBilangan Murid : 35 orangMata Pelajaran : Bahasa MelayuTema : Cerita TeladanTajuk : Sang Kancil Dengan Sang Belang

Hasil Pembelajaran :Fokus Utama :5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yangbetul dan memahami perkara yang dibaca.Aras 3 ( i ) Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul dan menarik.

Fokus Sampingan :8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tungal, dan ayat majmuk.Aras 2 ( i ) Melengkapkan ayat dengan perkataan yang sesuai.

Objektif :Pada akhir pengajaran dan pembelajaran , murid akan dapat : Murid dapat mengenalpasti teks dialog.Murid dapat membaca dialog dalam intonasi dan sebutan yang betul.Murid dapat menyalin semula 4 ayat seruan yang terdapat dalam dialog.

Sistem Bahasa : Tatabahasa : Kata SeruKosa kata :amanah, kebenaran, beredar, rimbunan

Pengisian Kurikulum : Ilmu - Pend. Moral Nilai - amanah

Kemahiran Nilai Bertambah : Kemahiran Berfikir : Membuat Inferen Teori Kecergasan Pelbagai : Interpesonal Verbal

Bahan Bantu Mengajar :Komputer riba, Topeng, Kad Dialog

Pengetahuan Sedia Ada Murid : Pernah membaca buku cerita teladan.

2

Langkah / MasaIsi PelajaranAktiviti Pengajaran dan PembelajaranCatatan

Set Induksi( 3 minit )Teka tekiDalam daun ada ulat, Ulat mati dimakan lipas,Gelap, besar serta kuat, Telinga boleh dibuat kipas. Jawapan : Gajah

Pergi minum di Kopitiam,Minum bersama En. Hanan,Badan berbelang kuning hitam,Daging jua menjadi makanan. Jawapan : Harimau

Deman panas mengigil-gigil, Bila berjalan terketar-ketar,Walaupun badannya kecil, Namun otaknya sangat pintar. Jawapan : Kancil

1. Guru menayangkan teka- teki berbentuk pantun.2. Guru meminta murid membaca teka-teki itu bersama-sama.3. Murid cuba mencari jawapan teka-teki tersebutsecara individu.

BBM :Power Point

Teknik:Kelas

Nilai :Berani

Langkah1( 2 minit )

Memperkenalkan watak dalam cerita. i. Sang Kancil ii. Sang BelangTopengSang Kancil

TopengSang Belang

1. Guru meminta murid mengenal pasti topeng. i. Sang Kancilii. Sang Belang2. Guru mengaitkan topeng dengan pengajaran hari ini.

BBM :Topeng

Teknik :Sumbangsaran

Nilai :Berani

Langkah / MasaIsi PelajaranAktiviti Pengajaran dan PembelajaranCatatan

Langkah2(5 minit)Tayangan Teks Dialog di layar.Teks Dialog di layar

1. Guru pecahkan murid kepada dua kumpulan. Watak kancil dan watak harimau1. Guru mengedarkan lembaran dialog dan menayangkan teks dialog di layar.2. Guru melatih tubi murid membaca dialog dengan suara, sebutan, dan intonasi yang betul.3.Murid membaca dialog secara kumpulan dan kelas.BBM :Komputer ribaTeks DialogTeknik :KumpulanKelas

Nilai :Kerjasama

Langkah3(10 minit )

Baca dialog `Sang Kancil Dengan Sang Belang Kad Dialog

1. Guru memilih 3 orang yang berbakat di beri kad dialog untuk baca dihadapan kelas.2. Murid yang terpilih membaca dialog dengan intonasi dan sebutan seperti yang telahdibimbing guru.3. Aktiviti ini diulang semula pada pasangan murid yang lain.

BBM :Kad DialogTopeng

Teknik :TeaterMembaca

KBT :Teori Kecergasan

Langkah / MasaIsi PelajaranAktiviti Pengajaran dan PembelajaranCatatan

Langkah4( 7 minit )1.Kata SeruHai

Cis

Oh

Eh

Wah

1. Guru meminta murid senarai Kata Seru yang terdapat dalam teks dialog.2. Guru menerangkan tentang situasi bagi penggunaan kata seru. Contoh : Cis - marah Wah - kagum Eh - hairan Hai - menyapa3. Guru meminta murid menyalin Semula ayat seruan kedalam buku latihan.

BBM :Kad KataSeru

Teknik :Individu

Nilai :Berani

KBT :Menganalisis

Penutup( 5minit )Pengajaran daripada cerita tersebut.1. Guru dan murid menyatakan Pengajaran daripda cerita Sang kancil dan harimau.BBM :Kad DialogTeknik :KumpulanNilai :Berani,Berusaha

Sang Kancil dan Sang Belang

Pencerita: Pada suatu hari yang panas didalam sebuah hutanTerdapat seekor kancil sedang berehat di bawah pokok.Tanpa disedarinya ia diintai oleh Sang Belang. Tiba tibaSang Belang : Hai, sahabatku ! Kamu sedang berehat seorang diri ke?Boleh saya temankan ?Sang Kancil : Eh, Pak Belang ! Dari mana hendak ke mana ?Sang Belang: Saja hendak temankan awak.Sang Kancil : Oh, terima kasihlah Pak Belang, kerana saya ada tugasyang diamanahkan pada saya oleh Raja Sulaiman !Sang Belang: Apakah tugas kamu Sang Kancil?Sang Kancil : Shtt, jangan bising!Pak Belang tak nampak ke talipinggang batik. Ini kepunyaan Raja Sulaiman, saya perlu menjaganya dengan baik supaya tidak hilang. ( Sambil menunjukkan ular sawa yang sedang tidur nyenyak.)Sang Belang: Kamu memang seorang yang amanah, tetapi kita sudahlama kenal aku belum pernah pakai tali pinggang. Jika aku pakai tentu bertambah segak lagi bergaya.Sang Kancil : Wah, kau tentu bergaya!Tetapi tali pinggang ini milik RajaSulaiman, raja kita. Tentu saya dihukum jika membenarkan kamu memakai tanpa kebenarannya.Sang Belang: Cis, bedebah Sang Kancil !.Aku hendak memakainyasekejap saja. ( Dengan nada marah. )Sang Kancil : Tak boleh !Tapi kerana engkau sahabatku aku akan cuba meminta kebenaran dari Raja Sulaiman.Pencerita : Sang Kancilpun beredar agak jauh dari Sang Belang danbersembunyi di sebalik rimbunan buluh, lalu berteriak.Sang Kancil : Pak Belang ! Pak Belang !Baginda beri kebenaran untukmemakai tali pinggang itu.Pencerita : Apa lagi, Sang Belangpun mengangkat ular sawa dan dibelitnya di pinggang. Ular sawa yang terkejut dari tidur terus membelit Sang Belang. Sang Belangyang mulanya seronok dapat memakai tali pinggang itu akhirnya tertipu dan mati dibelit ular sawa. Sang Kancil yang kecil dapat menyelamatkan diri daripadadimakan Sang Belang kerana kepintarannya.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU

Tarikh :16 November 2011Hari IsninMasa: 10.15 10.45Tahun: 2 CerdikTema : Cerita Teladan.Tajuk : Sang Semut dan Sang Belalang

Fokus Utama : 5.2 : Membaca dengan kuat teks prosa dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca.Aras 1 (i) Membaca teks prosa dengan sebutan dan intonasi yang betul.Fokus Sampingan :8.2 Membaca dan menulis ayat tunggal dan majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang tajuk.Aras 1.(i) Membina ayat tunggal dan majmuk.1.Membaca teks dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar .2.Menyatakan maksud perkataan yang di beri.3.Melengkapkan ayat tunggal dan majmuk dengan perkataan yang sesuai

Pengisian Kurikulumi)Ilmu : Kesusasteraanii)Nilai : Bekerjasama, baik hati,keberanian

Sistem Bahasai)Sebutan dan intonasi : Intonasi berceritaii)Kosa kata : melompat,waspadaiii)Tatabahasa: Simpulan bahasa

Kemahiran Bernilai Tambah :i)Kemahiran Berfikir : Menyelesaikan masalah.ii)Kecerdasan Pelbagai : Linguistik,Interpersonaliii)Pembelajaran Kontekstual. Strategi Pengajaran :i)Pendekatan berpusatkan murid.ii)Teknik Permainan Bahasa. Penekanan Konsep 5Pi)Penggabungjalinan : Kemahiran mendengar,bertutur,menulis.Penyerapan Ilmu: Sains,

ii)Pemulihan : Membaca dan memadankan maksud perkataan.iii)Pengayaan : Murid membina 5 ayat tunggal dari perkataan yang diberi.iv)Penilaian:

Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran:1.Bahan Multimedia : Laptop,CD, Kostium pakaian binatang.2.Bahan bercetak : Lembaran kerja,kad kad permainan bahasa,kad imbasan.

Pengetahuan Sedia Ada :1.Murid pernah mendengar cerita binatang.2.Murid pernah mempelajari perkataan seerti (antonym)sebelum ini.

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Langkahdan MasaIsi KandunganAktiviti Pengajaran dan Pembelajaran.Catatan

Set Induksi( 5 minit)

Memperkenalkan tajuk pelajaran pada hari ini.

Guru menyediakan kad permainan pantun teka-teki.(Rujuk lampiran 1)Murid memakai kostium binatang.

Membuat gerakan lagu Chicken Dance

1.Guru meminta beberapa orang murid membaca kad pantun teka-teki.Murid lain cuba meneka jawapan.

2.Guru membuat kejutan dengan meminta murid memejam mata.Guru memanggil 3 orang murid untuk memakai kostium binatang iaitu ayam,belalang dan katak.

3.Murid membuka mata dan meneka kostium yang dipakai oleh rakan mereka.

4.Guru dan murid sama-sama membuat gerakan mengikut muzik Chicken Dance.

5.Guru memperkenalkan tajuk haiwan kepada murid murid.

Kemahiranberfikir.

Ilmu:Kesusasteraan

Langkah 1(10 minit)

Cerita Sang Semut dan Sang Belalang

(Rujuk Lampiran 2)

Guru memanggil 3 orang murid ke hadapan kelas.

Murid membaca teks cerita secara bergiliran di hadapan kelas

Beberapa orang murid pula dipanggil untuk membaca teks sambil dibantu olehguru.

3.Guru membaca teks sambil diikuti oleh murid dengan sebutan dan nada intonasi yang betul.

Sistem Bahasa:Perkataan Seerti(Sinonim)

Langkah 2(10 minit )

Permainan Apa maksud saya

Perkataan.-berhati hati-tiba-menyimpan

Setiap murid akan membaca kad perkataan masing masing.

Murid akan bergerak mencari pasangan masing masing dan memadankan maksudnya.

1.Guru bersoaljawab dari bahan prosa dengan dengan bertanya sifat Sang Semut dan Sang Belalang.

1.Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan.Kumpulan A akan memegang kad perkataan sementara kumpulan B akan memegang kad maksud perkataan.

2. Murid diminta mencari pasangan bagi maksud perkataan.

3.Pasangan pertama yang berjaya memadankan kad di papan hitam dikira pemenang.

4.Murid membaca secara kelas perkataan di papan hitam.

TeknikPermainan Bahasa.

Kecerdasan Pelbagai

Pendekatan Berpusatkan Murid.

Penutup

(5 minit)

Latihan Bertulis.Lembaran Kerja.

(Rujuk Lampiran 3)

Melengkap ayat dengan perkataan yang sesuai

Latihan Pengayaan(Rujuk Lampiran 4)- Membina 6 ayat tunggal dari perkataan yang diberi.

Latihan Pemulihan(Rujuk Lampiran 5)Memadankan perkataan denganmaksud yang diberi.

RumusanSesi soaljawab

1.Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid.

2. Guru memantau semasa murid menyiapkan latihan sambil memberi bimbingan kepada murid yang lemah.

Guru menekankan mengenai maksud simpulan bahasa sambil menasihati murid agar bersikap rajin dan saling tolong menolong dengan mencontohi watak Sang Semut.

LAMPIRAN 1(kad permainan)PANTUN TEKA TEKI

1.Ada belalai tetapi bukan gajahDi malam hari ia menjelajahKegemarannya suka menghisap darahIa membiak di air dan di sampah

Jawapan :

2.Kuning di raja indah berseriDi hias indah di waktu pagiKalau anda bijak bestariBinatang apa keris di kaki?

Jawapan :

3.Dipujuk dibelai setiap masaLembut bulunya manja suaranyaAduhai adik cubalah tekaBinatang apa mengiau bunyinya.

Jawapan

Lampiran 2

Teks petikan cerita.

Tajuk : Belalang Dan Semut

Pada suatu hari,seekor belalang telah bertemu dengan seekor semut.Pada ketika itu, Sang Semut sedang bertungkus lumus mengumpul dan mengeringkan bijirin.Sambil ketawa,Sang Belalang berkata,Hai Sang Semut! Aku sangat kasihan melihat keadaan kamu ini.Setiap masa kamu terpaksa bermandi peluh.Lihatlah keadaan aku ini.Hidup bebas terbang ke sana sini. Sang Semut lalu berkata,Wahai sahabat baikku,musim sejuk akan tiba tidak lama lagi,marilah kita menyimpan makanan sebagai langkah berjaga-jaga.Belalang tertawa lalu berkata,Ha ,ha.ha biarlah.Masih ada banyak masa.Belalang terus menyanyi dan tidak mempedulikan nasihat rakannya. Selang beberapa hari,musim sejuk pun tiba.Salji turun dengan lebatnya.Belalang berasa sangat takut.Badannya menggigil kerana kesejukan dan kelaparan.Dia tidak menyimpan bekalan makanan. Tanpa membuang masa Sang Belalang berlari ke rumah Sang Semut.Sang Semut terperanjat melihat Sang Belalang.Sang Semut pun berkata,Wahai Sang Belalang, jika kita ringan tulang,tentulah kita akan mendapat faedahnya,sebaliknya jika kita berat tulang diri sendiri yang akan rugi. Sang Semut pun memberi sehelai selimut dan menghidangkan makanan kepada Sang Belalang.Sang Belalang berjanji akan berubah menjadi rajin.

(Lampiran 3)

Lembaran kerja.

Nama : Tahun: .

Lengkapkan ayat di bawah dengan perkataan yang sesuai.

1.Sang Semut .. melihat keadaan Sang Belalang yang basah kuyup.

2. Sang Semut . makanan untuk kegunaan di musim sejuk

3 .Sang Belalang berasa .. dan akan berubah menjadi rajin.

4 .Sang Semut bersikap . apabila ia menghidangkan makanan kepada Sang Belalang.

5 .Sang Semut bersikap .. sementara Sang Belalang pula mempunyai sifat . bekerja.

insaf rajin baik hati malas kasihan

(Lampiran 4)

Aktiviti Pengayaan

Nama : Tahun : Bina ayat tunggal atau majmuk dari perkataan yang diberi.1.Kasihan :...

2.Berjumpa :

3.Berwaspada :...

4.Menggigil

5.Terperanjat : .....

6.Mengumpul :.

(Lampiran 5)

Aktiviti Pemulihan.

Nama : Tahun :

Padankan perkataan yang sama maksudnya di bawah.

1. .Mengumpul simpati

2. Bertemu terkejut

3. Kasihan menghimpun

4. Waspada berjumpa

5. Terperanjat berhati hati