Upload
others
View
5
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
KESAN PERSEKITARAN UTM DALAM MEMBANGUNKAN ASPEK SOSIAL
PELAJAR
NOOR SAFRINA BINTI OTHMAN
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind. 1/07)
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: KESAN PERSEKITARAN UTM DALAM MEMBANGUNKAN ASPEK SOSIAL PELAJAR
SESI PENGAJIAN: 2008 / 2009 Saya NOOR SAFRINA BINTI OTHMAN (K/P: 861008385342) (HURUF BESAR) Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan penukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan (√ )
D
___________________________ ______________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap:
Tarikh : 24 APRIL 2009 Tarikh : 24 APRIL 2009
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi
berkenaan yang menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
*** Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)*
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)*
TIDAK TERHAD √
No 48, JLN SERAI PERMAI 10, TMN SERAI PERMAI, 34300 BAGAN SERAI, PERAK.
DR MOHD ANUAR B ABDUL RAHMAN NAMA PENYELIA
PENGESAHAN PENYELIA
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal)”.
TANDATANGAN : …………………………..
NAMA PENYELIA : DR. MOHD ANUAR B ABDUL RAHMAN
TARIKH : 24 APRIL 2009
KESAN PERSEKITARAN UTM DALAM MEMBANGUNKAN ASPEK SOSIAL
PELAJAR
NOOR SAFRINA BINTI OTHMAN
TESIS INI DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SYARAT PENGIJAZAHAN
SARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN
(KEJURUTERAAN MEKANIKAL)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
APRIL 2009
ii
PENGAKUAN
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
TANDATANGAN : ……………………………….
NAMA PENULIS : NOOR SAFRINA BINTI OTHMAN
TARIKH : 24 APRIL 2009
iii
DEDIKASI
Istimewa buat ayahanda tercinta Othman Bin Mohamad dan
bonda tercinta Nor Linah Bt Mohamed Tahir, Kasih sayang yang kalian curahkan seawal
ku mengenal erti kehidupan, tak mampu kubalas, namun untuk melupakan jauh sekali.
Pengorbanan kalian terlalu berharga dan tidak ternilai….
dorongan dan semangat yang diberikan tidak akan pernah dilupakan
dan akan ku kenang hingga akhir hayat
Buat adik-adik tersayang terutamanya
Mohd Hazwan, Noor Safrini dan Hazrol
teruskanlah perjuangan ini...........
Buat Teman Seperjuangan yang Dikasihi
Kenangan bersama tak mungkin hilang ditelan usia, suka duka telah diharungi bersama.
Semoga Allah memberkati usaha kita semua.
iv
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani dan segala
pujian untuk Allah S.W.T serta selawat dan salam kepada junjungan mulia Rasulullah
S.A.W. Segala puji dan syukur kupanjatkan ke hadrat Illahi kerana telah memberiku
kekuatan bagi menyempurnakan penyelidikan ini. Setinggi-tinggi penghargaan yang
tidak terhingga kepada penyelia projek sarjana muda iaitu Dr. Mohd Anuar b Abdul
Rahman yang sentiasa memberi nasihat, bimbingan dan juga sokongan yang berterusan
sehinggalah kajian ini dapat disempurnakan. Segala teguran dan ulasan yang diberikan
akan dijadikan sebagai panduan dan pegangan dalam meneruskan cabaran hari
mendatang.
Penghargaan juga ditujukan khas buat ayah, ibu dan adik-adik yang tanpa jemu
mendoakan kejayaan dan memberi dorongan yang tiada penghujungnya. Doa, harapan
dan dorongan kalian menjadi pembakar semangat dan inspirasi untuk saya terus
berusaha dengan tekun dan bersungguh-sungguh. Semoga kalian sentiasa diredhai Allah
di dunia dan di akhirat dan mendapat darjat yang mulia disisi-Nya selamanya.
Buat teman seperjuangan, segala kerjasama, bimbingan dari kalian amat saya
hargai. Tidak lupa juga kepada mahasiswa-mahasiswi yang telah memberi kerjasama
yang baik sebagai responden dan sudi meluangkan masa untuk menjawab soal selidik
yang diedarkan. Terima kasih dengan kerjasama anda semua dan semoga kita sama-
sama berjaya di dalam bidang yang diceburi.
v
ABSTRAK
Kajian deskriptif ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan faktor persekitaran
UTM dalam membangunkan aspek sosial pelajar. Faktor persekitaran yang dikaji ialah
Pusat Kokurikulum UTM, kumpulan rakan sebaya, kolej kediaman, fakulti dan juga Hal
Ehwal Pelajar. Seramai 228 orang pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan telah dipilih
secara rawak mudah untuk dijadikan responden kajian. Soal selidik dibahagikan kepada
dua bahagian iaitu bahagian A melibatkan latar belakang responden dan bahagian B
melibatkan maklum balas responden terhadap faktor persekitaran. Dapatan daripada
kajian rintis menunjukkan pekali kebolehpercayaan alfa adalah 0.957. Data dianalisis
dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science version 16 bagi
mendapat nilai min, peratus, sisihan piawai, ujian-t dan ANOVA. Hasil kajian
menunjukkan kesan persekitaran UTM dalam membangunkan sosial pelajar berada di
tahap tinggi di mana faktor paling dominan ialah Pusat Kokurikulum UTM. Hasil ujian-t
menunjukkan tidak terdapat perbezaan persepsi pelajar terhadap faktor Pusat
Kokurikulum UTM dan kumpulan rakan sebaya dalam membangunkan aspek sosial
berdasarkan penempatan asal. Manakala terdapat perbezaan persepsi pelajar
berdasarkan penempatan asal bagi faktor kolej kediaman, fakulti dan HEP dalam
membangunkan aspek sosial pelajar. Hasil ujian ANOVA pula menunjukkan tidak
terdapat perbezaan persepsi pelajar terhadap kelima-lima faktor persekitaran dalam
membangunkan aspek sosial berdasarkan jabatan. Akhir sekali, disertakan beberapa
cadangan untuk tindakan pihak-pihak berkaitan dan cadangan kajian lanjutan bagi
panduan kajian pada masa akan datang.
vi
ABSTRACT
The aims of this descriptive research were to investigate the UTM’s environment
factors that may affect of the student’s social development. The factors involved in this
research are the UTM’s co-curriculum, peers group, college residential, faculty and the
student affair department. 228 final year students from the Faculty of Education were
randomly selected as the sample of this study. A set of questionnaires that consists of
two main sections which are Section A; questions related to the background of
respondent, and Section B; regarding the respondent’s environmental factors. From the
research pilot findings, the acquired value of the reliability alpha coefficient was 0.957.
The data were analyzed using Statistical Package for Social Science (SPSS) software
version 16.0 in order to get the frequency, percentage, mean, standard deviation, t-test
and ANOVA. The result showed that the levels of UTM’s environment effectiveness to
the student social development were found to be high. The most dominant factor was
UTM’s co-curriculum. In the t-test analysis, it is indicated that there were no
differences in student’s perception on UTM’s co-curriculum and peers group in affecting
social development with respect to their living places. However, regarding their living
places, result showed that there were differences in student’s perception on college
residential, faculty and student affair department in terms of their social development
aspect. The result from the ANOVA analysis showed that there were no differences in
student’s perception to all factors in student’s social development regarding the
department. Lastly, several suggestions were made as the references to the UTM’s
administration and as the guide-line for the coming research in the future.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PERHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
BAB 1 PENDAHULUAN MUKA SURAT
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Persoalan Kajian 9
1.6 Hipotesis Kajian 9
1.7 Rasional Kajian 11
1.8 Kepentingan Kajian 11
viii
1.8.1 Hal Ehwal Pelajar 12
1.8.2 Pusat Kokurikulum UTM 12
1.8.3 Fakulti Pendidikan 12
1.8.4 Kolej Kediaman 13
1.8.5 Pelajar 13
1.9 Skop dan Batasan Kajian 13
1.10 Definisi Konsep dan Istilah 14
1.10.1 Pembangunan Sosial Pelajar 14
1.10.2 Pelajar 15
1.10.3 Faktor Persekitaran 15
1.10.4 Kokurikulum 16
1.10.5 Rakan Sebaya 16
1.10.6 Kolej Kediaman 16
1.10.7 Fakulti 17
1.10.8 HEP 17
1.10.9 Penutup 18
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 19
2.2 Konsep Pembangunan Pelajar 20
2.3 Pembangunan Sosial Pelajar 21
2.3.1 Kemahiran Sosial 22
2.4 Teori-teori Berkaitan 24
2.4.1 Teori Chickering 24
2.4.2 Teori Psikososial Erikson 25
2.4.3 Teori Pertukaran Sosial 28
2.4.4 Teori Psikodinamik Sigmund Freud 29
2.5 Faktor Persekitaran 30
ix
2.5.1 Peranan Kokurikulum 31
2.5.2 Peranan Rakan Sebaya 33
2.5.3 Peranan Kolej kediaman 35
2.5.4 Peranan Fakulti 37
2.5.5 Peranan Bahagian Hal Ehwal Pelajar 40
2.6 Kajian Berkaitan 42
2.7 Penutup 43
BAB 3 METADOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 44
3.2 Reka Bentuk Kajian 45
3.3 Tempat Kajian 46
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 46
3.5 Instrumen Kajian 47
3.5.1 Bahagian A – Demografi Responden 48
3.5.2 Bahagian B – Faktor Persekitaran 48
3.6 Kajian Rintis 49
3.7 Kaedah Pengumpulan Data 50
3.8 Analisis Data 51
3.9 Penutup 53
x
BAB 4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 54
4.2 Bahagian A – Latar Belakang Responden 55
4.3 Analisis Deskriptif 58
4.3.1 Tahap Persekitaran UTM Dalam
Membangunkan Sosial Pelajar 58
4.3.2 Faktor Persekitaran UTM yang Paling
Dominan Dalam Membangunkan
Sosial Pelajar 59
4.4 Analisis Inferensi 70
4.4.1 Analisis Inferensi Ujian-t 70
4.4.2 Analisis Inferensi ANOVA 74
4.5 Penutup 78
BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan 79
5.2 Rumusan 80
5.3 Perbincangan Hasil Kajian 81
5.3.1 Kesan Persekitaran UTM Dalam
Membangunkan Aspek Sosial Pelajar 82
5.3.2 Kesan Persekitaran Berdasarkan Latar
Belakang Pelajar 89
5.4 Cadangan Kajian 91
5.4.1 Cadangan Tindakan 91
5.4.1.1 HEP 91
5.4.1.2 Pusat Kokurikulum UTM 92
5.4.1.3 Fakulti Pendidikan 93
xi
5.4.1.4 Kolej Kediaman 93
5.4.1.5 Pelajar 94
5.4.2 Cadangan Kajian Lanjutan 94
5.5 Penutup 96
RUJUKAN 98
LAMPIRAN 104
xii
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Pemeringkatan Skala Likert 48
3.2 Penyusunan Nombor Soalan Mengikut Faktor
Persekitaran 49
3.3 Pengukuran Tahap Min 51
3.4 Ringkasan Pengujian Statistik Objektif Kajian 52
4.1 Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut Jantina 55
4.2 Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut Bangsa 55
4.3 Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut
Penempata Asal 56
4.4 Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut Jabatan 56
4.5 Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut Kursus 57
4.6 Taburan Min dan Tahap Keseluruhan Bagi Setiap Faktor
Persekitaran 58
4.7 Taburan Min dan Tahap Bagi Setiap Faktor Persekitaran 59
4.8 Taburan Responden Mengikut Peratusan, Min dan Sisihan Piawai
Bagi Pelajar Terhadap Faktor Kokurikulum (UTM) Dalam
Membangunkan Aspek Sosial 61
4.9 Taburan Responden Mengikut Peratusan, Min dan Sisihan Piawai
Bagi Pelajar Terhadap Faktor Rakan Sebaya Dalam
Membangunkan Aspek Sosial 62
xiii
4.10 Taburan Responden Mengikut Peratusan, Min dan Sisihan Piawai
Bagi Pelajar Terhadap Faktor Kolej Kediaman Dalam
Membangunkan Aspek Sosial 64
4.11 Taburan Responden Mengikut Peratusan, Min dan Sisihan Piawai
Bagi Pelajar Terhadap Faktor Fakulti Dalam Membangunkan
Aspek Sosial 66
4.12 Taburan Responden Mengikut Peratusan, Min dan Sisihan Piawai
Bagi Pelajar Terhadap Faktor HEP Dalam Membangunkan
Aspek Sosial 68
4.13 Analisis Ujian-t Persepsi Pelajar Terhadap Faktor
Kokurikulum (UTM) Dalam Membangunkan Aspek Sosial
Berdasarkan Penempatan Asal 70
4.14 Analisis Ujian-t Persepsi Pelajar Terhadap Faktor
Rakan Sebaya Dalam Membangunkan Aspek Sosial
Berdasarkan Penempatan Asal 71
4.15 Analisis Ujian-t Persepsi Pelajar Terhadap Faktor
Kolej Kediaman Dalam Membangunkan Aspek Sosial
Berdasarkan Penempatan Asal 72
4.16 Analisis Ujian-t Persepsi Pelajar Terhadap Faktor Fakulti
Dalam Membangunkan Aspek Sosial Berdasarkan
Penempatan Asal 73
4.17 Analisis Ujian-t Persepsi Pelajar Terhadap Faktor HEP
Dalam Membangunkan Aspek Sosial Berdasarkan
Penempatan Asal 73
4.18 Analisis ANOVA Persepsi Pelajar Terhadap Faktor
Kokurikulum (UTM) Dalam Membangunkan Aspek Sosial
Berdasarkan Jabatan 74
4.19 Analisis ANOVA Persepsi Pelajar Terhadap Faktor Rakan
Sebaya Dalam Membangunkan Aspek Sosial Berdasarkan Jabatan 75
4.20 Analisis ANOVA Antara Persepsi Pelajar Terhadap Fakotr
Kolej Kediaman Dalam Membangunkan Aspek Sosial
Berdasarkan Jabatan 76
xiv
4.21 Analisis Anova Antara Persepsi Pelajar Terhadap Faktor
Fakulti Dalam Membangunkan Aspek Sosial Berdasarkan Jabatan 77
4.22 Analisis ANOVA Antara Persepsi Pelajar Terhadap Faktor HEP
Dalam Membangunkan Aspek Sosial Berdasarkan Jabatan 77
xv
SENARAI SINGKATAN
IPT Institut Pengajian Tinggi
HEP Hal Ehwal Pelajar
SPJ Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal)
SPA Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)
SPE Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik)
SPH Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
SPI Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Pengajian Islam)
SPS Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Sains Sukan)
SPF Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Fizik)
SPC Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kimia)
SPM Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Matematik)
SPN Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Sains)
SPP Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Fizik)
SPT Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik)
SPK Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Kimia)
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang Soal Selidik 104
B Keputusan Ujian-t 110
C Keputusan ANOVA 112
D Pengesahan Borang Soal Selidik 117
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pengenalan
Sistem pendidikan memainkan peranan yang amat penting dalam
membentuk generasi dan pemimpin pada masa akan datang. Ia merupakan
wahana utama yang dapat menghasilkan individu yang cekap memainkan
peranannya dalam proses pembangunan diri sendiri, proses pembangunan
masyarakat dan juga negara. Dalam konteks ini, pendidikan dikatakan sebagai
agen pembangunan diri manusia dan pembangunan sumber tenaga manusia.
Menurut Sufean Hussin (2004), tujuan pendidikan adalah untuk melahirkan
individu yang terdidik dalam pelbagai segi agar mereka matang berfikir,
berkemahiran untuk mendukung aspirasi negara agar hasrat pembangunan
masyarakat dari segi fizikal, material dan spiritual dapat dicapai sepenuhnya.
Pendidikan boleh dikategorikan kepada beberapa peringkat iaitu bermula
dengan peringkat rendah, menengah rendah, menengah atas dan peringkat tinggi.
Peringkat tinggi adalah kemuncak bagi sistem pendidikan. Pada tahap ini, ia akan
melahirkan individu-individu yang mempunyai aras intelek yang tinggi merentasi
pelbagai bidang seperti bidang kedoktoran, kejuruteraan, pendidikan, ekonomi
dan sebagainya. Contoh pendidikan pada tahap tinggi ialah pendidikan di
peringkat universiti.
Universiti merupakan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang menjadi
pemangkin ke arah proses penjanaan ilmu di samping menghasilkan sumber
tenaga manusia yang berkelayakan dan berketerampilan bagi memenuhi keperluan
dan aspirasi negara sejajar dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan
serta Wawasan 2020. Falsafah Pendidikan Kebangsaan menjelaskan bahawa
pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani
dan intelek berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini
adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Secara
keseluruhan, Falsafah Pendidikan Kebangsaan jelas berpaksikan ketuhanan yang
mempunyai beberapa perkara pokok antaranya mahu melahirkan warganegara
Malaysia yang baik serta memperkembangkan potensi individu yang bersifat
menyeluruh dan bersepadu dengan ciri-ciri insan yang seimbang. (Jamaludin et al.
1996).
IPT juga berperanan dalam melahirkan graduan yang akan menjadi
penggerak negara. Bersesuaian dengan itu, mereka perlu dibekalkan dengan
segala ilmu, kemahiran dan sikap yang mencukupi supaya mereka dapat
meneruskan kehidupan yang bermakna bukan sahaja untuk diri mereka sendiri
malah kepada masyarakat dan juga negara. Di dalam erti kata lain, pendidikan di
IPT bertujuan untuk membekalkan ilmu, kemahiran dan sikap untuk pelajar
berkebolehan menanggani cabaran hidup masing-masing. Oleh yang demikian,
segala proses dalam pendidikan adalah untuk pembangunan manusia dan proses
ini dimantapkan dan dilengkapkan di universiti.
Dengan itu, peranan IPT dalam era globalisasi sekarang sudah menjadi
semakin mencabar. Tugas utama bukan hanya untuk mendidik malah ia lebih ke
arah pembentukan mahasiswa yang dinamik dan pragmatik. Disebabkan ini,
persekitaran IPT itu perlu dipertingkatkan kerana ia akan menyumbang dalam
menghasilkan para graduan yang berkualiti tinggi. Dalam era globalisasi,
mahasiswa bukan sahaja memerlukan kepelbagaian ilmu akademik untuk
meningkatkan keuapayaan intelek, malah mereka juga memerlukan penguasaan
ilmu kepimpinan, keupayaan berinteraksi dan kemahiran dalam berbagai bahasa
bagi melahirkan tenaga kerja yang dapat memenuhi keperluan negara dan
antarabangsa. Selain itu, mereka juga perlu diseimbangi dengan ciri-ciri sahsiah
yang unggul kerana mereka inilah yang akan menjadi pemimpim pada masa
hadapan dan bakal memikul tanggungjawab untuk membawa Malaysia terus ke
mata dunia.
1.2 Latar Belakang Masalah
Graduan-graduan yang lahir daripada IPT merupakan aset terpenting
negara untuk masa hadapan. Pada bahu mereka tergalas tanggungjawab bagi
meneruskan lagi pembangunan negara di samping membentuk kemajuan dari
segenap aspek termasuk ekonomi, sosial dan politik. Selaras dengan Wawasan
2020 yang menyebut modal insan yang memiliki personaliti unggul adalah
pemangkin kepada matlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju
sepenuhnya.
Di dalam Wawasan 2020 seperti yang dicatat oleh Yunus (1991), telah
menggariskan sembilan cabaran strategik yang memerlukan pengembelingan
tenaga semua pihak terutamanya bidang pendidikan. Sembilan cabaran tersebut
adalah untuk melahirkan Bangsa Malaysia yang bersatu padu, masyarakat yang
bebas lagi berkeyakinan diri, masyarakat yang demokratik, masyarakat yang
bermoral tinggi, masyarakat yang bertoleransi, masyarakat yang penyayang,
masyarakat saintifik, progresif, inovatif dan berpandangan jauh, masyarakat adil,
masyarakat makmur dan kompetitif. Maka untuk merealisasikan kesemua yang
disebutkan tadi ia memerlukan perlaksanaan yang berkesan di peringkat pengajian
tinggi untuk mengeluarkan lebih ramai sumber tenaga manusia yang bukan sahaja
mempunyai pengetahuan teknologi canggih tetapi mempunyai sikap yang cekal
dan daya kepimpinan yang tinggi.
Menurut Timbalan Ketua Pengarah Sektor Pengurusan Institusi Pengajian
Tinggi Awam, Jabatan Pengurusan Institusi Pengajian Tinggi, Kementerian
Pengajian Tinggi, Mohd Yusof Kasim dalam Utusan Malaysia (27 Mei 2005),
dunia hari ini memerlukan graduan-graduan yang bukan sahaja cemerlang dari
segi akademik malah perlu memiliki daya saing yang tinggi serta pemikiran yang
kreatif yang mampu mencorakkan masa depan negara. Sehubungan dengan itu,
institusi pendidikan perlulah bijak merangka strategi untuk melahirkan generasi
yang mampu membawa Malaysia terus ke mata dunia.
Sebagai seorang pelajar di IPT, mereka perlu dibekalkan dengan
kemahiran-kemahiran sosial. Antara kemahiran-kemahiran tersebut ialah
kemahiran komunikasi, kemahiran interpersonal, kemahiran membina
persahabatan dan lain-lain. Semua kemahiran ini penting untuk diterapkan dalam
diri pelajar supaya mereka bersedia untuk menghadapi dunia luar terutamanya
dunia pekerjaan kelak. Isu utama yang sering melanda graduan pada masa kini
ialah isu pengangguran. Ini disebabkan graduan yang dikeluarkan oleh IPT tidak
menepati ciri-ciri yang diperlukan oleh majikan. Majikan pada hari ini tidak hanya
menilai seseorang itu berdasarkan pencapaian akademik semata-mata malah telah
menetapkan salah satu syarat tambahan yang perlu dimiliki oleh graduan iaitu
kemahiran komunikasi.
Menurut Prof Abdul Rahim dalam kenyataannya di dalam akhbar Berita
Harian (19 Jun 2005) telah menggariskan sembilan ciri graduan yang mempunyai
pasaran kerja iaitu maju dan berdaya saing, berketerampilan dan berpersonaliti
unggul, mempunyai pengetahuan dan berkelayakan sesuai dengan kerjaya,
mempunyai kemahiran komunikasi, bersikap positif dan bersemangat tinggi,
beretika dan mempunyai integriti yang tinggi, mempunyai kemahiran sampingan,
mempunyai kualiti intelektual, dan memanfaatkan kemahiran teknologi maklumat
dan komunikasi. Kesembilan ciri ini adalah penting untuk melengkapkan jati diri
graduan ke arah bidang pekerjaaan pada masa akan datang.
Menurut Hasliza (2002), antara faktor graduan Institusi Pengajian Tinggi
tidak mendapat tempat di pasaran pekerjaan adalah kerana mereka tidak
mempunyai kemahiran-kemahiran soft skill atau generik. Bakal majikan berasa
kurang yakin dengan graduan institusi terutamanya pada aspek keperibadian,
penampilan, keyakinan diri, kemahiran komunikasi, kemampuan membuat
keputusan dan kemahiran bekerja di dalam kumpulan. Manakala Tengku Mahalee
(2002) berpendapat untuk penempatan dan persaingan di pasaran kerja pada masa
ini, para graduan harus mempunyai elemen-elemen dalam kemahiran generik di
samping cemerlang di dalam bidang akademik.
Selain isu pengangguran yang dibincangkan di atas, isu lain yang boleh
dikaitkan dengan aspek sosial pelajar ialah masalah keruntuhan akhlak yang kian
meruncing di kalangan pelajar IPT. Sebagai seorang pelajar di IPT, mereka perlu
menunjukkan contoh serta teladan yang baik kepada masyarakat. Ini kerana
masyarakat sering memandang tinggi dan menyandarkan harapan kepada mereka
untuk menerajui kepimpinan negara pada masa akan datang. Oleh sebab itu,
pelajar juga perlu mempunyai jati diri yang kuat supaya tidak mudah terpengaruh
dengan budaya-budaya negatif yang terdapat di universiti. Antara budaya-budaya
negatif seperti yang dilaporkan oleh Mohd Nasir (2005) di dalam kajiannya ialah
pelajar lelaki lembut (mak nyah), terlibat dengan bahan lucah, perhubungan siswa
dan siswi (couple), khalwat dan juga persetubuhan luar nikah. Menurut beliau
lagi, isu sosial di kalangan mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
menjadi perbualan hangat dengan tersebarnya gambar perlakuan sumbang
menerusi internet dan laporan media yang kononya dilakukan oleh golongan
mahasiswa IPTA. Sungguhpun kesahihan berita dan gambar tersebut boleh
diragui, namun ia boleh memalukan nama baik IPTA termasuk Universiti
Teknologi Malaysia (UTM) sendiri.
Merujuk pada salah satu isu hangat sekitar Jun 2003 yang tersebar di
internet gambar aksi lucah yang didakwa dilakukan oleh golongan mahasiswa
(Utusan Malaysia, 3 Jun 2003). Wawancara penuh bersama Naib Canselor UiTM
sebagai menjawab dakwaan sesetengah pihak bahawa aksi lucah tersebut adalah
melibatkan pelajar UiTM. Dalam wawancara tersebut, Prof Datuk Dr Ibrahim
Abu Shah menafikan bahawa aksi tersebut dilakukan oleh pelajar UiTM kerana
tiada bukti-bukti kukuh yang dapat mengaitkan pelajarnya dengan gambar-gambar
tersebut.
Selain itu, isu seperti yang dilaporkan di Utusan Malaysia (18 Januari
2003), seramai empat pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia mengaku
bersalah dalam satu kes khalwat di Makhamah Tinggi Syariah, Kuala Lumpur.
Isu ini walaupun tidak pasti kesahihannya, tetapi sedikit sebanyak ia telah
memberi satu impak yang negatif kepada institusi pengajian tinggi (IPT).
Tanggapan masyarakat terhadap pelajar terbabit turut mengheret imej IPT
berkenaan sekaligus memberi gambaran buruk terhadap IPT terbabit. Oleh itu,
adalah menjadi tanggungjawab pihak universiti untuk membendung masalah ini
supaya ia tidak terus mewujudkan ancaman besar terhadap pelajar yang dilabel
sebagai aset yang tidak ternilai.
Sehubungan dengan itu, Berita Harian (18 Ogos 2003) dalam temubual
yang dibuat kepada Prof Madya Rahmatullah Abdul Wahab Khan, Pesyarah
Jabatan Psikologi UIAM berkata punca mahasiswa terlibat dengan masalah sosial
adalah sama dengan faktor yang menyebabkan remaja-remaja lain melakukan
kesalahan akhlak dan sosial iaitu pengaruh persekitaran di samping faktor
kelemahan penguatkuasaaan dan kawalan.
Oleh yang demikian, dapatlah dirumuskan bahawa persekitaran pendidikan
memainkan peranan yang penting dalam membentuk serta membangunkan diri
seseorang pelajar. Maka dengan ini, pihak IPT perlu mengambil berat tentang
perkara ini dan perlu memastikan persekitaran IPT mereka mendorong melahirkan
pelajar yang seimbang dan menyeluruh serta bebas dari perkara-perkara negatif.
Selain itu, pihak IPT juga bertanggungjawab dalam memastikan graduan yang
dilahirkan mempunyai ciri-ciri yang dikehendaki oleh majikan. Ini kerana di
peringkat universiti akan melahirkan individu-individu yang akan mencorakkan
masa depan negara. Maka kerjasama yang bersepadu dari semua pihak diperlukan
bagi mencapai matlamat universiti sekaligus negara iaitu melahirkan insan yang
cemerlang, gemilang dan terbilang.
1.3 Pernyataan Masalah
Pembangunan pelajar di universiti merupakan tanggungjawab semua pihak
bagi melahirkan mahasiswa yang bukan sahaja cemerlang dari sudut akedemik
malah mempunyai kemahiran, sikap, nilai serta akhlak yang terpuji. Dengan ini,
ia mampu menjadikan mahasiswa itu seseorang yang memiliki nilai tambah
dalam diri mereka. Manakala pembangunan dari aspek sosial dilihat mempunyai
hubungan dengan kemahiran interpersonal pelajar. Ia merangkumi bagaimana
persekitaran dapat menyumbang kepada kemahiran berkomunikasi, kemahiran
berhubung serta kemahiran membina persahabatan.
Seperti yang kita sedia maklum, di dalam kehidupan setiap orang sering
berkomunikasi di antara satu sama lain. Oleh sebab itu, pembangunan sosial
adalah salah satu aspek yang penting supaya mereka dapat memupuk
perhubungan yang erat serta dapat memudahkan mereka untuk melibatkan diri
dengan orang-orang di sekitarnya. Mereka juga perlu mempunyai pengetahuan
dalam aspek ini supaya mereka tidak mudah terjebak dengan gejala-gejala yang
tidak sihat. Selain itu, dengan adanya kemahiran sosial yang baik, pelajar akan
rasa lebih berkeyakinan dan dapat menonjolkan potensi diri yang terdapat di
dalam diri mereka. Secara tidak langsung, ia dapat memberi persediaan kepada
mereka untuk menghadapi dunia pekerjaan kelak.
Dengan itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan faktor
persekitaran UTM dalam membangunkan aspek sosial pelajar. Persekitaran yang
dimaksudkan di sini ialah Pusat Kokurikulum UTM, fakulti, Hal Ehwal Pelajar
(HEP), kolej kediaman dan juga kumpulan rakan sebaya. Melalui hasil kajian ini,
kita dapat mengetahui sama ada faktor persekitaran tersebut berjaya
membangunkan aspek sosial pelajar atau pun sebaliknya.
1.4 Objektif Kajian
Secara umumnya, kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas
pelajar UTM tentang kesan faktor persekitaran UTM terhadap pembangunan
sosial mereka. Secara khususnya, objektif kajian ini adalah bertujuan untuk:
1.4.1 Mengenal pasti tahap kesan persekitaran UTM (Pusat Kokurikulum
UTM, kumpulan rakan sebaya, kolej kediaman, fakulti dan Hal Ehwal
Pelajar) dalam membangunkan aspek sosial pelajar.
1.4.2 Mengenal pasti faktor persekitaran UTM yang paling dominan dalam
membangunkan aspek sosial pelajar.
1.4.3 Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan persepsi
pelajar terhadap kesan persekitaran UTM dalam membangunkan aspek
sosial berdasarkan penempatan asal.
1.4.4 Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan persepsi
pelajar terhadap kesan persekitaran UTM dalam membangunkan aspek
sosial berdasarkan jabatan.
1.5 Persoalan Kajian
Sehubungan daripada pernyataan-pernyataan di atas, beberapa persoalan
berikut dikemukakan:
1.5.1 Apakah tahap kesan persekitaran UTM (Pusat Kokurikulum UTM,
kumpulan rakan sebaya, kolej kediaman, fakulti dan Hal Ehwal
Pelajar) dalam membangunkan aspek sosial pelajar?
1.5.2 Apakah faktor persekitaran UTM yang paling dominan dalam
membangunkan aspek sosial pelajar?
1.5.3 Adakah terdapat perbezaan yang signifikan persepsi pelajar terhadap
kesan persekitaran UTM dalam membangunkan aspek sosial
berdasarkan penempatan asal?
1.5.4 Adakah terdapat perbezaan yang signifikan persepsi pelajar terhadap
kesan persekitaran UTM dalam membangunkan aspek sosial
berdasarkan jabatan?