24
KEBERKESANAN KURSUS BAHASA MELA YU ILMIAH (PU 1092) DAN PEMBELAJARAN PENYELIDIK IDRIS MOHO RADZI, NORLIZA JAMALUDDIN, DR. SULAIMAN MASRI, SAMSUDIN SUHAILI PENYELlDlK BERSAMA AHMAD KHAIR MOHO NOOR, SERI LANANG JAY A HJ. ROHANI, ZAlNAL ABIDIN MOHO SHAARI, NIK HASSAN BASRI NIK ABD. KADIR, HUSNA FAREDZA MOHAMED REDZW AN, RAZALI A YOB, HAMID AW ANG, ABU HASSAN ABDUL, ZULKIFLI OSMAN, MARLIN I IDRIS, KHAIRUL AZAM KOD PENYELIDIKAN UPSI :-U-r:ur:05-01 AKAUN PENYELIDIKAN UPSI : 050510 2003

NOOR, SHAARI, YOB, - pustaka2.upsi.edu.mypustaka2.upsi.edu.my/eprints/592/1/KEBERKESANAN KURSUS BAHA… · BahasaMelayuI1miah 2-3 ... dan soal jawab dengan pelajar dapat dijalankan

  • Upload
    lethien

  • View
    247

  • Download
    6

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: NOOR, SHAARI, YOB, - pustaka2.upsi.edu.mypustaka2.upsi.edu.my/eprints/592/1/KEBERKESANAN KURSUS BAHA… · BahasaMelayuI1miah 2-3 ... dan soal jawab dengan pelajar dapat dijalankan

KEBERKESANAN KURSUS BAHASA MELAYU ILMIAH (PU 1092) DANPEMBELAJARAN

PENYELIDIK

IDRIS MOHO RADZI, NORLIZA JAMALUDDIN, DR. SULAIMAN MASRI,SAMSUDIN SUHAILI

PENYELlDlK BERSAMA

AHMAD KHAIR MOHO NOOR, SERI LANANG JAYA HJ. ROHANI, ZAlNALABIDIN MOHO SHAARI, NIK HASSAN BASRI NIK ABD. KADIR, HUSNAFAREDZA MOHAMED REDZWAN, RAZALI AYOB, HAMID AWANG, ABUHASSAN ABDUL, ZULKIFLI OSMAN, MARLINI IDRIS, KHAIRUL AZAM

KOD PENYELIDIKAN UPSI :-U-r:ur:05-01AKAUN PENYELIDIKAN UPSI : 050510

2003

Page 2: NOOR, SHAARI, YOB, - pustaka2.upsi.edu.mypustaka2.upsi.edu.my/eprints/592/1/KEBERKESANAN KURSUS BAHA… · BahasaMelayuI1miah 2-3 ... dan soal jawab dengan pelajar dapat dijalankan

KANDUNGAN

Halaman

Kandungan

Senarai Gambar Rajah dan Jadual II - III

Latar Belakang 1 - 2

Bahasa Melayu I1miah 2 - 3

Penyataan Masalah 3-4

Tujuan Kajian 4-5

Soalan Kajian 5

Kepentingan Kajian 5 - 7

Batasan Kaj ian 7

Sorotan Literatur 7 - 26

Reka Bentuk dan Kaedah Kajian 26

Populasi dan Sampel Kajian 26 - 28

Alat Kajian 28 - 30

Prosedur Pengumpulan Data 30 - 31

Penganalisisan Data 31 - 33

Dapatan Kajian 33 - 64

Rumusan Kajian 64 - 67

Cadangan 67 - 71

Bibliografi 71 - 74

Lampiran A - Jadual Analisis Dapatan KajianLampiran B - Soalan UjianLampiran C - Soal Selidik

74

Page 3: NOOR, SHAARI, YOB, - pustaka2.upsi.edu.mypustaka2.upsi.edu.my/eprints/592/1/KEBERKESANAN KURSUS BAHA… · BahasaMelayuI1miah 2-3 ... dan soal jawab dengan pelajar dapat dijalankan

SENARAI GAMBAR RAJAH DAN JADUAL

Senarai Gambar Rajah

Bil Tajuk ! Halaman

1. Kerangkan Analisis Perbezaan Min I 33

Senarai Jadual

Bil Tajuk Halaman

1. Bangsa Responden 27

2_ Jantina Responden 27

" Gred Bahasa Melayu Responden Dalam SPM 27J_

4_ Saluran Kemasukan Responden Ke UPSI 28

5_ Program Pengajian Responden Di UPSI 28

6_ Tahap Kebolehpercayaan Soal Selidik Berasaskan Subkategori 29

7_ Min Objektif Kursus Bahasa Melayu Ilmiah Secara Keseluruhan 35

8_ Min ObjektifKursus Bahasa Melayu Ilmiah Berasaskan Jantina 36

9_ Min Pengukuhan Penggunaan Bahasa Melayu Secara Keseluruhan 39

10_ Min Pengukuhan Penggunaan Bahasa Melayu Berasaskan Jantina 40

11. Min Kerelevanan Kursus Bahasa Melayu I1miah Secara 44

Keseluruhan

12_ Min Kerelevanan Kursus Bahasa Melayu I1miah Berasaskan Jantina 45

13_ Min Tahap Kecukupan Kurikulum Kursus Bahasa Melayu I1miah 50

Secara Keseluruhan

14 Min Tahap Kecukupan Kurikulum Kursus Bahasa Melayu Ilmiah 51Berdasarkan Jantina

15_ Min Perkhidmatan Yang Diberi Secara Keseluruhan 54

II

Page 4: NOOR, SHAARI, YOB, - pustaka2.upsi.edu.mypustaka2.upsi.edu.my/eprints/592/1/KEBERKESANAN KURSUS BAHA… · BahasaMelayuI1miah 2-3 ... dan soal jawab dengan pelajar dapat dijalankan

16. Min Perkhidmatan Yang Diberi Berdasarkan Jantina 56

17. Min Bentuk Penzaiaran Pensvarah Secara Keseluruhan 59

18. Min Bentuk Pengajaran Pensvarah Berdasrkan Jantina 61

111

Page 5: NOOR, SHAARI, YOB, - pustaka2.upsi.edu.mypustaka2.upsi.edu.my/eprints/592/1/KEBERKESANAN KURSUS BAHA… · BahasaMelayuI1miah 2-3 ... dan soal jawab dengan pelajar dapat dijalankan

1. Latar Belakang

Kertas Bahasa Melayu bertarafwajib di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang

mula ditawarkan kepada pelajar pada sesi 1997/98 mempunyai dua tujuan: pertama, bagi

memelihara status institusi ini, yang pada masa itu bergelar Sultan Idris Training College

(SITCi, sebagai pusat melatih guru berketurunan Melayu terulung di rantau ini. Pada

masa itu, SITC dianggap pusat pengajian Melayu yang tersohor. Ini selari dengan

tanggapan,"

... timbul semacam kesan dalam fikiran setengah-setengah orang luar bahawa

kalau pergi ke maktab kita haruslah menggunakan bahasa Melayu yang betul, yang baku

dan dalam bentuk bahasa persuratan ..."

(Awang Had, 1993:58). Kedua, kursus ini

ditawarkan untuk membantu pelajar memahami dan mengamalkan bahasa Melayu yang

betul selaras dengan fungsinya sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, dan yang lebih

penting sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan.

Untuk merealisasikan hasrat ini Program Bahasa Melayu di Fakulti Bahasa

Universiti Pendidikan Sultan Idris dipertanggungjawabkan untuk menggubal kurikulum

dan melaksanakan pengajaran kursus tersebut yang dikenali sebagai Kursus Bahasa

Melayu Akademik. Pada peringkat awal, Program Bahasa Melayu memperkenalkan tiga

kursus yang setiap satunya bernilai 2 kredit. Kursus tersebut ialah PU 1062 Bahasa

Melayu Akademik I yang menekankan kemahiran bertutur dan mendengar, PU 2072

Bahasa Melayu Akademik II yang banyak menekankan aspek pembacaan, dan PU 3082

Bahasa Melayu Akademik III yang menekankan kernahiran menulis.

Bagi ambilan 2000/2001 terdapat perubahan yang besar dalam struktur pengajian

di UPSI. Struktur pengajian yang dahulunya berjumlah 127 kredit kini dikurangkan

menjadi 110 kredit sahaja. Selari dengan perubahan tersebut. semua kursus yang

1 Ditubuhkan pada 1922. Pada 1958 ditukar nama menjadi Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI). pada1987 mcnjadi Institut Pcrguruan Sultan ldris (IPSI) dan pada Me: 19\)7 dinaik taraf menjadi Universiti(UPSI).

Page 6: NOOR, SHAARI, YOB, - pustaka2.upsi.edu.mypustaka2.upsi.edu.my/eprints/592/1/KEBERKESANAN KURSUS BAHA… · BahasaMelayuI1miah 2-3 ... dan soal jawab dengan pelajar dapat dijalankan

ditawarkan kepada pelajar sebelumnya, disemak semula bagi menyesuaikannya dengan

struktur pengajian yang baharu. Beberapa kursus dikurangkan kreditnya termasuk kursus

Bahasa Melayu Akademik. Kursus ini dikurangkan menjadi dua kredit sahaja dan nama

serta kod kursus diubah menjadi PU 1092 Bahasa Melayu Ilmiah.

2. Bahasa MeJayu I1miah

Pengurangan kredit daripada 6 kepada 2 memaksa Program Bahasa Melayu menggubal

semula kurikulum yang sedia ada. Proses penggubalan ini dibuat dengan teliti bagi

memastikan aspek penting yang disentuh dalam kurikulum lama itu dapat dikekalkan.

Akhirnya, sebanyak 11 tajuk dipilih untuk dimuatkan dalam kurikulum Bahasa Melayu

Ilmiah ini, iaitu (1) Tatacara Pengendalian Majlis Rasmi, (2) Kemahiran Lisan Formal,

(3) Pembacaan Pantas, (4) Pembacaan Interaktif, (5) Pembacaan Teliti, (6) Format dan

Protokol Dalam Prapenulisan Ilmiah, (7) Laras Bahasa dalam Penulisan Ilmiah, (8)

Koheren dan Kohesi, (9) Pemerengganan, (10) Teknik Persembahan dalam Penulisan

llmiah, dan (11) Penyuntingan. Tajuk yang dinyatakan di atas tidak termasuk kemahiran

tatabahasa. Kepersisan tatabahasa memang dititikberatkan dan diajarkan secara langsung

(incidental) dalam kesemua topik tersebut.

Memandangkan jam interaksi dengan pelajar agak terbatas, sedangkan pada masa

yang sarna ada pihak yang mahukan supaya objektif penawaran kursus ini tidak terjejas,

maka teknik pelaksanaan pengajarannya juga turut mengalami perubahan. Melalui

pendekatan baharu, penyampaian ilmu dibuat dalam tiga mod: pertama melalui modul,

kedua melalui kuliah, dan ketiga melalui aktiviti di luar waktu kuliah seperti aktiviti lisan

dan bertulis.

2

Page 7: NOOR, SHAARI, YOB, - pustaka2.upsi.edu.mypustaka2.upsi.edu.my/eprints/592/1/KEBERKESANAN KURSUS BAHA… · BahasaMelayuI1miah 2-3 ... dan soal jawab dengan pelajar dapat dijalankan

Pelajar diwajibkan memiliki modul yang ditulis berdasarkan 11 tajuk yang

dinyatakan di atas. Dalam modul tersebut disediakan huraian ringkas dan latihan yang

sesuai. Pensyarah memantau dan membimbing setiap latihan yang dilakukan pelajar. Sesi

kuliah dijalankan dalam kelas-kelas kecil, yang setiap satu tidak melebihi 40 orang. Oleh

sebab saiz kelas yang agak kecil pembelajaran berpusatkan pelajar (student-centred

learning) dapat dilaksanakan dengan jayanya. Setiap aktiviti seperti perbincangan, forum,

dan soal jawab dengan pelajar dapat dijalankan dengan lebih aktif Di samping itu,

dijalankan aktiviti di luar waktu kuliah. Pelajar dikehendaki mengaplikasikan setiap

aktiviti pembelajaran dalam kelas (ADK) seperti latihan merujuk buku di perpustakaan,

menulis esei berasaskan tajuk yang dipilih, dan membuat folio. Aktiviti ini dijangka

mampu mengukuhkan kemahiran pelajar terhadap teori yang dipelajari melalui modul

dan kuliah.

3. Penyataan Masalah

Kajian ini dibuat berdasarkan dua permasalahan: Pertama, kepelbagaian latar belakang

pengalaman bahasa dan kelulusan pelajar yang memasuki UPSI, dan kedua, jangka masa

penawaran kursus serta perubahan yang berlaku terhadap kursus tersebut berdasarkan

penilaian yang dilakukan kemudian.

Pelajar yang memasuki universiti ini melalui pelbagai saluran, iaitu melalui Sijil

Tinggi Persekolahan (STPM), Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia, Diploma

yang diiktiraf oleh Senat Universiti, dan guru yang berkhidmat lebih daripada 5 tahun.

Walaupun syarat minimum bagi pelajar yang memasuki UPSI dikehendaki memiliki

sekurang-kurangnya kredit dalam subjek Bahasa Melavu di peringkat Sijil Pelajaran

Page 8: NOOR, SHAARI, YOB, - pustaka2.upsi.edu.mypustaka2.upsi.edu.my/eprints/592/1/KEBERKESANAN KURSUS BAHA… · BahasaMelayuI1miah 2-3 ... dan soal jawab dengan pelajar dapat dijalankan

Malaysia (SPM), namun pengalaman bahasa mereka berbeza-beza. Natijah daripada

pengalaman pendidikan yang berbeza-beza ini, keupayaan dan kemahiran bahasa pelajar

juga turut pelbagai.

Kurikulum kursus ini mengalami perubahan yang agak besar walaupun baru lima

tahun dilaksanakan di UPSI. Dua perubahan penting; jam kredit dikurangkan, dan

pelaksanaan pengajaran ditukar. Sehubungan itu, pada peringkat awal, kursus ini banyak

dikendalikan oleh tenaga yang dipinjam dari luar kerana bilangan tenaga pengajar tetap

di Fakulti Bahasa tidak mencukupi. Apabila jam kredit dikurangkan pula, semua kelas

dikendalikan oleh pensyarah fakulti sendiri.

Perbezaan pelajar dan perubahan kurikulum ini dijangka mempengaruhi

keberkesanan pengajaran kursus PU 1092 ini. Oleh itu, pengkaji berpendapat satu kajian

penilaian secara menyeluruh tentang keberkesanan kurikulum dan tenaga pengajar perlu

dilakukan bagi menjamin pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan secara optimum.

4. Tujuan Kaj ian

Tujuan kajian ini adalah untuk menilai semula keberkesanan kursus Bahasa Melayu

Ilmiah (PU 1092) yang ditawarkan kepada pelajar. Setelah lima tahun ditawarkan kepada

pelajar, dilakukan beberapa perubahan dari segi kurikulum dan pelaksanaannya terutama

jam interaksi pelajar dengan tenaga pengajar. Pengkaji berpendapat perubahan ini

berpotensi menjejaskan sedikit banyak keberkesanan kursus itu kepada pelajar. Oleh

itu, secara khusus kajian ini bertujuan mengenal pasti keberkesanan kursus ini melalui

respons daripada pelajar yang terlibat; mengetahui sejauh mana objektif kurikulum

4

Page 9: NOOR, SHAARI, YOB, - pustaka2.upsi.edu.mypustaka2.upsi.edu.my/eprints/592/1/KEBERKESANAN KURSUS BAHA… · BahasaMelayuI1miah 2-3 ... dan soal jawab dengan pelajar dapat dijalankan

kursus tercapai; dan, secara tidak langsung menilai keberkesanan perkhidmatan dan

penyampaian pensyarah.

5. Soalan Kajian

Berdasarkan objektif yang dihuraikan di atas, beberapa soalan digubal bagi memberi

fokus kepada kajian tersebut. Sehubungan itu, kajian ini cuba mencari jawapan kepada

soalan-soalan yang dinyatakan di bawah:

5.1 Sejauh manakah kursus Bahasa Melayu Ilmiah berjaya mencapai

objektifnya?

5.2 Sejauh manakah kursus Bahasa Melayu Ilmiah membantu memperkukuh

penguasaan bahasa Melayu?

5.3 Sejauh manakah kursus Bahasa Melayu Ilmiah ini reIevan dengan pelajar

universiti?

5.4 Sejauh manakah kurikulum ini mecukupi untuk menyediakan pelajar yang

mahir berbahasa Melayu?

5.5 Sejauh manakah perkhidmatan yang diberi membantu mempertingkatkan

penguasaan bahasa Melayu?

5.6 Sejauh manakah bentuk pengajaran pensyarah membantu

mempertingkatkan penguasaan bahasa Melayu pelajar?

6. Kepentingan Kajian

Kajian ini akan memberi manfaat kepada banyak pihak. antaranya Program Bahasa

Melayu, tenaga pengajar, pelajar dan UPSI sendiri.

Page 10: NOOR, SHAARI, YOB, - pustaka2.upsi.edu.mypustaka2.upsi.edu.my/eprints/592/1/KEBERKESANAN KURSUS BAHA… · BahasaMelayuI1miah 2-3 ... dan soal jawab dengan pelajar dapat dijalankan

6.1 Manfaat kepada program, antaranya sebagai usaha memantapkan

penggunaan bahasa Melayu baku dalam pelbagai aspek seperti ejaan,

tatabahasa, dan pemasyarakatan bahasa Melayu sebagai linguafranca, dan

sebagai bahasa pengantar ilmu pelbagai disiplin termasuk sains dan

teknologi.

6.2 Manfaat kepada tenaga pengajar, antaranya dapat memberikan kemahiran

dalam penggunaan bahasa Melayu yang betul dan berkesan di samping

menguasai pelbagai aspek terkini dalam bidang kebahasaan yang

diusahakan oleh pakar bahasa dan linguistik Melayu, dan badan perancang

bahasa seperti Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

6.3 Manfaat kepada pelajar, antaranya dapat mengetahui, menguasai dan

mengaplikasikan komponen dan selok-belok penggunaan bahasa Melayu

yang betul bukan sahaja dalam disiplin yang bertunjangkan budaya dan

alam Melayu tetapi juga dalam disiplin ilmu yang diajarkan dalam bahasa

kebangsaan.

6.4 Manfaat kepada UPSI, antaranya dapat bersama-sama memantapkan

penggunaan bahasa Melayu bukan sahaja di kalangan tenaga pengajar dan

pelajarnya tetapi juga dalam urusan pengurusan dan pentadbiran di

universiti dan dengan pihak luar yang menggunakan bahasa Melayu.

6

Page 11: NOOR, SHAARI, YOB, - pustaka2.upsi.edu.mypustaka2.upsi.edu.my/eprints/592/1/KEBERKESANAN KURSUS BAHA… · BahasaMelayuI1miah 2-3 ... dan soal jawab dengan pelajar dapat dijalankan

7. Batasan Kajian

Kajian ini dilakukan berdasarkan pengajaran dan pembelajaran (P&P) PU 1092 - Bahasa

Melayu Ilmiah dari semester Mei 200012001 hingga semester November 2001/2002.

Bahan yang digunakan ialah 11 topik yang terkandung dalam modul Bahasa Melayu

Ilmiah. Topik tersebut adalah (1) Tatacara Pengendalian Majlis Rasmi, (2) Kemahiran

Lisan Formal, (3) Pembacaan Pantas, (4) Pembacaan Interaktif, (5) Pembacaan Teliti, (6)

Format dan Protokol Dalam Prapenulisan Ilmiah, (7) Laras Bahasa dalam Penulisan

Ilmiah, (8) Koheren dan Kohesi, (9) Pemerengganan, (10) Teknik Persembahan dalam

Penulisan Ilmiah, dan (11) Penyuntingan. Semua pelajar yang mendaftar ialah 840 orang

dalam semester tersebut menjadi sampel kajian.

8. Sorotan literatur

Bahasa Melayu telah dinobatkan dan diwartakan dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah

Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, dan bahasa penghantar ilmu sejak

kemerdekaan pada tahun 1957. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi secara

khusus diwartakan dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1967 dan sebagai bahasa pengantar

ilmu pula diwartakan dalam Akta Pendidikan 1961, dan kemudian dalam Akta

Pendidikan 1996. Kedudukan yang diberikan kepada bahasa Melayu telah dijadikan

unsur pembinaan jati diri rakvat Malaysia dan juga sebagai unsur perpaduan semua

kaum.

7

Page 12: NOOR, SHAARI, YOB, - pustaka2.upsi.edu.mypustaka2.upsi.edu.my/eprints/592/1/KEBERKESANAN KURSUS BAHA… · BahasaMelayuI1miah 2-3 ... dan soal jawab dengan pelajar dapat dijalankan

Sesuai dengan kedudukan dan peranannya sebagai bahasa kebangsaan, bahasa

rasrm, dan bahasa pengantar ilmu, bahasa Melayu dijadikan mata pelajaran wajib,

terntama di peringkat persekolahan. Di peringkat pengajian tinggi pula, kebanyakan

universiti mempunyai dasar mewajibkan pelajar mengambil kursus bahasa Melayu,

khususnya bahasa Melayu akademik dan lulus sebagai syarat untuk dikurniai ijazah.

Bahkan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang tidak tertakluk kepada Akta

Universiti dan Kolej Universiti pun turut mewajibkan pelajar mengambil pakej kursus

bahasa Melayu dalam dua semester, dan pelajar warga negara Malaysia diwajibkan luius

untuk pengijazahan.

Satu hakikat yang tidak dapat disangkal bahawa bahasa Melayu telah mencapai

taraf bahasa ilmiah, bahasa teknikal, bahasa pentadbiran, bahasa undang-undang, bahasa

perhubungan diplomatik, dan bahasa sastera yang halus dalam zaman kegemilangan

tamadun Melayu, iaitu zaman yang terkenal sebagai zaman bahasa Melayu klasik.

Berdasarkan asas yang kukuh ini, bahasa Melayu berupaya menjadi bahasa moden yang

mampu menghadapi ujian zaman serta mampu berdiri sarna tinggi dan duduk sarna

rendah dengan bahasa-bahasa moden yang lain.

Pengembangan minda dan ilmu sesuatu masyarakat atau bangsa secara fitrahnya

perlu berasaskan bahasa yang telah dikurniakan oIeh Tuhan kepada masyarakat atau

bangsa itu, sesuai dengan sunatuIIah atau peraturan yang ditentukan Tuhan sebagaimana

yang diisyaratkan dalam Surah al-Hujurat, ayat 13, Surah Ibrahim, ayat 4, dan Surat al­

Rum, ayat 22. Penjelasan tentang peranan bahasa sesuatu bangsa dalam pembinaan

minda dan ilmu bangsa itu telah dihuraikan juga oleh pemikir besar, seperti Malek bin

Nabi dan Hassan al-Bana. Banyak negara maju, malah yang bukan Islam, yang

8

Page 13: NOOR, SHAARI, YOB, - pustaka2.upsi.edu.mypustaka2.upsi.edu.my/eprints/592/1/KEBERKESANAN KURSUS BAHA… · BahasaMelayuI1miah 2-3 ... dan soal jawab dengan pelajar dapat dijalankan

mengambil iktibar daripada fitrah itu, seperti Jerman, Switzerland, Jepun, Korea,

Perancis, dan sebagainya. Benar bahawa mereka tidak menolak bahasa lain, sebagaimana

juga kita tidak menolak penguasaan bahasa lain, tetapi mereka tidak sampai

"mengorbankan" dasar pemuliharaan kebangsaan masing-masing. Dalam hal ini, perlu

dihayati faham nasionalisme yang digagaskan oleh Ibn Khaldun dalam al-Muqaddimah

sebagai unsur asas yang menjamin keutuhan sesuatu bangsa dan bahasa kebangsaan

merupakan salah satu unsur utamanya.

Bahasa dari sudut falsafah

Apabila Nabi Adam a.s diturunkan Allah ke muka bumi ini, unsur yang dibawa bersama

ialah bahasa. Pemyataan ini jelas dapat dibuktikan dengan firman Allah dalam surah al­

Baqarah ayat 13 yang berbunyi, "Dan Dia (Allah) telah mengajar Nabi Adam tentang

nama segala benda dan gunanya". Menurut ajaran Abdullah Yusuf Ali (1983:24) 'nama

segala benda dan gunanya' yang dimaksudkan dalam ayat di atas bukan sahaja merujuk

kepada bentuk konkrit kejadian alam, bahkan tersirat dalamnya keterangan tentang sifat

dan kualiti setiap kejadian itu.

Pendidikan muncul serentak dengan kewujudan rnanusia. Proses pendidikan

memungkinkan manusia membentuk kebudayaan dan tamadun kerana pendidikan ialah

suatu yang progresif dan terus-menerus diserapkan ke dalam diri manusia (al-Attas,

1991: 13). Pendidikan ini berlaku dalam dua peringkat, iaitu peringkat masyarakat dan

individu. Peringkat masyarakat merupakan proses pewarisan kebudayaan generasi tua

kepada generasi muda secara terus-menerus agar kelangsungan hidup masyarakat dapat

berlaku. Unsur-unsur kebudavaan yang diwariskan itu meliputi pemikiran, politik,

9

Page 14: NOOR, SHAARI, YOB, - pustaka2.upsi.edu.mypustaka2.upsi.edu.my/eprints/592/1/KEBERKESANAN KURSUS BAHA… · BahasaMelayuI1miah 2-3 ... dan soal jawab dengan pelajar dapat dijalankan

ekonomi, kesenian adat-istiadat dan tidak ketinggalan bahasa. Setiap unsur itu disaluti

dengan nilai-nilai khusus yang secara keseluruhannya membentuk imej dan identiti

sesuatu masyarakat atau bangsa tertentu

Pada hakikatnya pewarisan nilai-nilai yang menayangkan pandangan hidup atau

weltanschauung bangsa inilah menjadi bahagian penting dalam proses pendidikan selain

untuk memenuhi keperluan hidup, khususnya yang berkaitan dengan ilmu dan

keterampilan tertentu. Sehubungan dengan itu, pendidikan menjadi agen pemasyarakatan

yang penting, iaitu untuk menghasilkan perubahan yang dikehendaki dalam diri

seseorang anggota masyarakat agar dia dapat pula menghayati dan merealisasikan nilai­

nilai tertentu yang menjadi garis panduan hidup masyarakat yang disertainya (Atan Long,

1988:25-26)

Pada peringkat individu, pendidikan merupakan proses pengembangan potensi­

potensi yang ada pada individu sehingga potensi itu dapat menimbulkan keupayaan­

keupayaan tertentu bagi memungkinkan manusia menjalani kehidupan normal dan

seirnbang. Potensi ini meliputi akal, emosi, rohani dan jasmani. Pengembangan potensi­

potensi ini penting untuk memenuhi hakikat diri manusia yang terdiri daripada yang zahir

dan diri yang batin. Melalui proses pengembangan potensi individu ini, dapat dikenal

pasti ragam potensi yang ada pada manusia untuk dikembangkan pula melalui proses

pendidikan, baik secara formal atau tidak formal. Sebagai contoh, potensi akal dan

intelek manusia meliputi kemahiran berbahasa, mengira, mengingat, berfikir dan

mencipta (Hassan Langgulung, 1991:4)

Pada peringkat yang lebih asas, pendidikan peringkat individu ialah penyerapan

adab, dengan pengertiancc

pengenalan dan pengakuan tentang letak sesuatu menurut

10

Page 15: NOOR, SHAARI, YOB, - pustaka2.upsi.edu.mypustaka2.upsi.edu.my/eprints/592/1/KEBERKESANAN KURSUS BAHA… · BahasaMelayuI1miah 2-3 ... dan soal jawab dengan pelajar dapat dijalankan

susunan yang akhirnya membawa manusia kepada pengenalan dan pengakuan tentang

kedudukan hakiki Tuhan dalam susunan kejadian dan kewujudan" (al-Attas, 1991 : 13-

28). Hasilnya, tercipta peradaban, iaitu istilah lain bagi tamadun yang mencerminkan

pencapaian kehidupan cemerlang sesebuah masyarakat.

Pendidikan yang disampaikan dalam bentuk pengumiaan ilmu tentang nama

seluruh kejadian alam (termasuk segala sifat dan kualitinya) jelas menggambarkan peri

pentingnya dwiperanan bahasa, iaitu bahasa sebagai cabang ilmu dan juga bahasa sebagai

wahana penyerapan ilmu ke dalam diri manusia. Inilah dua perspektif pendidikan bahasa

yang cukup penting dan relevan untuk sepanjang zaman.

Yang pertama : bahasa sebagai cabang ilmu perlu dipelajari sebagaimana sains

perlu dipelajari untuk mengenal binaan dan struktumya serta fungsinya dalam kehidupan

manusia, dalam rangka mengenal dan mengakui kebesaran Allah sebagai pencipta segala

sesuatu termasuk bahasa.

Yang kedua : bahasa sebagai wahana penyerapan atau penyampaian ilmu menjadi

alat terpenting dalam proses pendidikan keseluruhannya. Dengan menggunakan istilah

dalam pendidikan moden mutakhir, bahasa sebagai wahana ilmu itu disebut " bahasa

merentas kurikulum" (language across the curriculum). Hakikat bahasa sebagai wahana

ilmu dan pendidikan ini dengan jelas diterapkan oleh Imam al-Ghazali dalam skema

hierarki ilmu atau pengelasan ilmu yang terpuji, iaitu ilmu yang diredhai dan dituntut

oleh agama Islam.

Skema hirarki ilmu menurut rumusan al-Ghazali itu dengan jelas meletakkan ilmu

bahasa dan tatabahasa serta pelbagai cabang ilmu linguistik sebagai ilmu asas atau ilmu

bantu yang cukup penting untuk maksud pemerolehan dan penyebaran ilmu

11

Page 16: NOOR, SHAARI, YOB, - pustaka2.upsi.edu.mypustaka2.upsi.edu.my/eprints/592/1/KEBERKESANAN KURSUS BAHA… · BahasaMelayuI1miah 2-3 ... dan soal jawab dengan pelajar dapat dijalankan

keseluruhannya. Ini jelas pula memperlihatkan pertalian yang erat antara pendidikan

bahasa dengan pendidikan umum, khususnya dalam konteks fungsi bahasa sebagai

wahana pemerolehan dan penyebaran ilmu , atau dengan kata lain "bahasa merentas

kurikulum". Kedudukan ilmu bahasa sebagai ilmu asas temyata menjadi prasyarat proses

mendalami ilmu-ilmu lain dalam masyarakat.

Yang ketiga : pertalian antara pendidikan bahasa dengan pendidikan umum,

dilihat dari segi pendidikan pada peringkat individu. Pendidikan individu berlaku dalam

bentuk pengembangan potensi-potensi yang ada pada diri manusia dan salah satu potensi

yang penting ialah intelek (akal). Salah satu cabang potensi intelek pula ialah potensi

berbahasa. Justeru, pendidikan bahasa berperanan mengembangkan potensi berbahasa

agar individu itu dapat menjalani kehidupan sebagai manusia yang mampu melaksanakan

amanah dan tanggungjawab sebagai khalifah Allah di muka bumi dengan berasaskan

konsep bahasa sebagai tunjang kebudayaan dan tamadun.

Pertalian antara pendidikan bahasa dengan pendidikan umum pada peringkat

individu dapat juga dijelaskan dengan meninjau hubungan antara bahasa dengan diri,

akal, dan ilmu. Diri manusia terdiri daripada dua bahagian, iaitu jasad (zahir) dan roh

(bat in atau diri yang hakiki). Manakala bahasa merupakan bahagian atau fakulti ilmu

yang terletak dalam akal dengan pengertian bahawa bahasa pada asasnya salah satu fitrah

atau innate yang sedia wujud dalam akal apabila manusia lahir ke dunia (Hashim Musa,

1980: 67 dan 1991: 17 - 24)

Sebagai salah satu fakulti ilmu dalam akal, bahasa berfungsi sebagai wahana

penerimaan ilmu pada diri rnanusia. Hal ini digambarkan oleh fenomena komunikasi

antara Tuhan dengan manusia di alam arwah sebelum manusia lahir ke dunia, iaitu

12

Page 17: NOOR, SHAARI, YOB, - pustaka2.upsi.edu.mypustaka2.upsi.edu.my/eprints/592/1/KEBERKESANAN KURSUS BAHA… · BahasaMelayuI1miah 2-3 ... dan soal jawab dengan pelajar dapat dijalankan

komunikasi terpenting yang berkaitan dengan pengisytiharan janji setia makhluk kepada

Khaliqnya tentang ketuhanan Allah( al A'raf': 172). Komunikasi perjanjian ini ditafsirkan

oleh para ulama sebagai titik tolak penerimaan ilmu oleh manusia daripada Alah melalui

perantaraan bahasa, khususnya ilmu tentang hakikat Allah dan hakikat diri manusia itu

sendiri.

Selain itu, fenomena ini membuktikan bahawa manusia telah sedia dikurniai ilmu

yang berkaitan dengan keupayaan berbahasa dalam alam arwah lagi. Hal ini diperkuatkan

lagi dengan Hipotesis Kenuranian Bahasa yang dikemukakan oleh ahli linguistik

rasional-mentalis seperti Plato, Descartes, Kant dan Chomsky.

Dalam konteks Malaysia, kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia

telah menggubal Falsafah Pendidikan Negara (FPN) pada tahun 1988 sebagai salah satu

langkah awal melaksanakan Reformasi Pendidikan. Falsafah pendidikan menjadi teras

dan tunjang kepada sistem pendidikan kebangsaan supaya semua perancangan dan

aktiviti pendidikan merupakan perancangan prinsip-prinsip dan nilai yang terkandung

dalam falsafah tersebut. Petikan FPN 1988 "... pengembangan potensi individu secara

menyeluruh dan bersepadu ..." adalah berkaitan dengan penyatupaduan bahasa Melayu

dalam semua mata pelajaran atau ilmu yang diajarkan kecuali mata pelajaran bahasa lain.

Konsep kesepaduan ilmu dan kemahiran yang melibatkan bahasa Melayu ini

dengan sendirinya mengubah gagasan dan pendekatan dalam pendidikan bahasa Melayu

di sekolah. Terdapat dua strategi bagi mengisi konsep kesepaduan yang berkaitan dengan

bahasa Melayu, iaitu (1) melalui pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu dengan

berasaskan strategi 2P, iaitu penggabungjalinan dan penyerapan ilmu serta nilai murni.;

13

Page 18: NOOR, SHAARI, YOB, - pustaka2.upsi.edu.mypustaka2.upsi.edu.my/eprints/592/1/KEBERKESANAN KURSUS BAHA… · BahasaMelayuI1miah 2-3 ... dan soal jawab dengan pelajar dapat dijalankan

dan (2)melalui mata-mata pelajaran lain dengan berasaskan gagasan Bahasa Melayu

Merentas Kurikulum (BMMK).

Berhubung Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan pelaksanaan pendidikan

bersepadu yang menyentuh bahasa Melayu, dua aspek dapat diketengahkan, iaitu (1)

keperluan terhadap suatu falsafah pendidikan bahasa (Bahasa Melayu) yang selaras

dengan FPK dan dapat mengisi usaha mengembangkan potensi individu secara

menyeluruh dan bersepadu dari sudut bahasa, dan (2) aspek pelaksanaan dan amalan

pendidikan bahasa Melayu yang semestinya memerlukan reformasi untuk mengisi

faIsafah tersebut.

Anwar Ibrahim (1989 : 69) berpendapat bahawa falsafah murni ini jika tidak

diterjemahkan ke dalam kurikulum secara terperinci, perancangan yang teratur, kaedah

latihan guru yang cukup baik dan pengurusan sekolah yang berkesan, akan tinggal

sebagai pernyataan falsafah sahaja. Oleh itu, pelaksanaan falsafah pendidikan bahasa di

sekolah diharap dapat memberi sumbangan kepada pemenuhan idealisme FPK itu.

Bahasa tidak wajar dibiarkan tumbuh dengan sendirinya tanpa sebarang usaha

untuk mengarahkannya kepada matlamat tertentu. Untuk menjadikan bahasa itu sebagai

lambang negara bangsa lebih-Iebih lagi dalam sebuah negara yang masyarakatnya

berbilang kaum seperti Malaysia, maka perlulah penentuan dan pembinaannya.

Penentuan dan pembinaannya boleh dilaksanakan melalui proses dasar bahasa yang

dinamai perancangan bahasa. Menurut Asmah Haji Omar (1978: 1) perancangan bahasa

merupakan suatu usaha agar sistem bahasa berjalan lancar terutama yang berkait dengan

pendidikan, ekonomi, pentadbiran dan perpaduan kaumnya. Oleh itu, hasil daripada

14

Page 19: NOOR, SHAARI, YOB, - pustaka2.upsi.edu.mypustaka2.upsi.edu.my/eprints/592/1/KEBERKESANAN KURSUS BAHA… · BahasaMelayuI1miah 2-3 ... dan soal jawab dengan pelajar dapat dijalankan

penentuan dan pembinaannya, bahasa Melayu telah mengambil peranannya sebagai

bahasa rasmi, bahasa kebangsaan dan bahasa akademik.

Sebelum tahun 1969, bahasa Inggeris ialah bahasa rasmi di Malaysia dan

kedudukan bahasa Melayu pada waktu itu hanya sebagai bahasa kebangsaan. Bahkan,

bahasa Inggeris masih digunakan dalam segala urusan rasmi dalam pemerintahan dan

sebagainya; malahan bahasa Inggeris mengatasi bahasa Melayu. Namun begitu, mulai

tahun 1969, bahasa Inggeris hilang kedudukannya, sebaliknya tempatnya diisi oleh

bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi (Asmah Haji Omar, 1978: 27). Jelasnya, bahasa

rasmi ialah bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi, yakni dalam urusan pemerintahan

dan pentadbiran, sistem pendidikan negara, urusan perdagangan dan perusahaan, upacara

rasmi dan sebagainya. Manakala, bahasa kebangsaan pula ialah bahasa yang

melambangkan identiti dan kedaulatan negara yang fungsi utamanya menyatukan rakyat.

Melihat fungsi bahasa rasmi itu, maka bahasa kebangsaan juga ialah bahasa rasmi atau

bakal bahasa rasmi, yakni bagi bahasa kebangsaan yang belum begitu maju. Bahasa rasmi

tidak perlu merupakan bahasa kebangsaan kerana bahasa rasmi ialah bahasa yang semata­

mata dianggap sebagai alat untuk tujuan tertentu yang tidak perlu dikaitkan dengan

nasionalisme.

Konsep bahasa Malaysia yang diketengahkan sebelum ini sebagai bahasa rasmi

hanya satu nama yang timbul selepas 13 Mei 1969 (Abdullah Hassan, 1999: 6). Beliau

berpendapat bahawa tujuan penamaan itu hanyalah untuk menghilangkan konotasi

bahawa bahasa Melayu itu ialah kepunyaan orang Melayu sahaja. Tegasnya, bahawa

dengan menamakannya sebagai bahasa Malaysia, maka diharapkan kaum-kaum lain

15

Page 20: NOOR, SHAARI, YOB, - pustaka2.upsi.edu.mypustaka2.upsi.edu.my/eprints/592/1/KEBERKESANAN KURSUS BAHA… · BahasaMelayuI1miah 2-3 ... dan soal jawab dengan pelajar dapat dijalankan

mudah menerimanya. Jelasnya lagi, sebenarnya bahasa itu tetap serupa walau apapun

nama yang diberikan kepadanya.

Seterusnya, apabila bahasa Melayu diterima sebagai bahasa kebangsaan, maka

peranan bahasa Melayu menjadi sangat penting bagi Malaysia. Hal ini kerana bahasa

Melayu menjadi bahasa penyatuan bangsa.

Bahasa merupakan aspek yang penting dalam kehidupan kerana bahasa

merupakan alat komunikasi, alat berfikir dan alat menghasilkan buah fikiran. Tanpa

bahasa yang baik, sesuatu bangsa itu tidak akan membangun dan maju kerana

ketidakupayaan mereka menghasilkan buah fikiran yang baik menyebabkan mereka

ketinggalan dalam segala bidang. Masyarakat yang tidak menguasai bahasa dengan baik,

tidak berupaya membuat konseptualisasi dalam hidupnya (Asmah Hj. Omar, 1985:4).

Malahan, masyarakat yang tidak menghargai bahasanya sendiri merupakan masyarakat

yang tidak bertamadun (Abdullah Hassan, 2002).

Sehubungan itu, bagi merealisasikan masyarakat yang berkeupayaan

menggunakan bahasa dengan baik, khususnya bagi sebuah negara yang baru membangun

atau merdeka, satu perancangan bahasa telah dilakukan, sebagaimana yang telah

dilakukan oleh negara yang baru mencapai kemerdekaan yang lain seperti Indonesia.

Tujuannya ialah untuk menegakkan bahasa kebangsaannya sendiri sebagai bukti negara

berdaulat (Hussein Hj. Ahmad, 1993:4).

Adab dan sopan santun ketika berbicara memberi makna dan kesan yang besar

kepada penutur dan pendengarnya. Untuk berbahasa dengan berkesan, seseorang itu perlu

memahami proses komunikasi yang melibatkan pelbagai hal yang ada hubung kait

16

Page 21: NOOR, SHAARI, YOB, - pustaka2.upsi.edu.mypustaka2.upsi.edu.my/eprints/592/1/KEBERKESANAN KURSUS BAHA… · BahasaMelayuI1miah 2-3 ... dan soal jawab dengan pelajar dapat dijalankan

dengan masyarakat berbahasa itu. Kegagalan seseorang untuk bertutur dengan beradab

akan menyebabkan ia dianggap "tidak tahu bahasa" dan "tidak beradab."

Orang Melayu menyanjung tinggi budaya berbahasa. Tutur kata yang sopan dan

semanis yang mungkin diucapkan bagi mengekalkan suasana harmoni antara kedua-dua

belah pihak. Kepentingan ketika berbicara telah diperkatakan oleh Za'ba (1965:2).

Menurut beliau "

... Bahasa itu alat mengeluarkan fikiran supaya dapat diketahui orang

dengan mendengar atau membacanya. Maka jika bahasa yang dipakai itu tidak menepati

betul-betul maksud yang di dalam hati, tentulah orang tersalah faham atau tiada dapat

oleh mereka tujuan yang dikehendakkan itu ".

Dalam buku IImu Mengarang Melayu, Za'ba telah membicarakan pen

pentingnya menghiasi sesuatu hasil tulisan dengan bunga-bunga bahasa seperti pantun,

peribahasa, simpulan bahasa dan sebagainya. lni merupakan satu seni berbahasa Melayu

yang mempunyai muslihatnya apabila menyampaikan sesuatu secara beradab dan

bersopan. Bunga-bunga bahasa dan puisi bukan sahaja untuk mencantikkan bahasa, tetapi

dapat menimbulkan gambaran yang lebih jelas tentang sesuatu idea atau perkara yang

diperkatakan. Misalnya dengan menggunakan peribahasa atau simpulan bahasa

menjadikan sesuatu maksud lebih terang, jelas dan menjadi pemanis untuk melindungi

perkara yang tidak elok atau tidak manis didengar orang. Melalui bandingan yang berkias

itu perkataan yang diungkapkan seolah-olah lukisan gambar, iaitu terang dan lekas

menangkap maksudnya dan menambahkan tajamnya sesuatu karangan atau pertuturan

supaya dapat menarik perhatian pernbacanya atau pendengarnya.

Sebagai calon guru, kemampuan dan kebolehan guru berbahasa dengan baik

sangat penting, sesuai dengan peranan dan matlamat Universiti Pendidikan Sultan Idris

I"""'

Page 22: NOOR, SHAARI, YOB, - pustaka2.upsi.edu.mypustaka2.upsi.edu.my/eprints/592/1/KEBERKESANAN KURSUS BAHA… · BahasaMelayuI1miah 2-3 ... dan soal jawab dengan pelajar dapat dijalankan

melahirkan guru yang berketrampilan dalam semua bidang. Guru yang baik dan berkesan

ialah guru yang dapat menyampaikan mesejnya dengan jelas kepada pelajamya.

Kebijaksaan guru boleh menarik minat dan memujuk pelajarnya untuk terus mendengar

sangat penting. Kekreatifan guru ketika berbahasa sangat penting untuk memastikan

mesej yang disampaikan jelas dan tidak tergendala.

Halliday (1970) melihat bahasa sebagai alat komunikasi yang mempunyai pelbagai

fungsi, iaitu

• Fungsi Instrumental - untuk mernperoleh sesuatu;

• Fungsi Regulatori - mengawal perilaku orang lain;

• Fungsi Interaksional - mencipta interaksi dengan orang lain;

• Fungsi Personal - mengungkapkan perasaan dan makna;

• Heuristik - belajar dan menemukan makna;

• Fungsi Imaginatif - mencipta dunia imaginasi;

• Fungsi Representasional - menyampaikan informasi;

Bahasa berkait rapat dengan penggunaannya secara fungsional. Halliday

menambah "Linguistic ... is concerned ... with the description of speech arts or texts,

since only though the study of language, and therefore all components of meaning,

brought into focus" (1970: 145)

Kemampuan seseorang guru menyampaikan ilmu bergantung kepada sejauh

mana kebolehannya berkomunikasi dengan baik dan berkesan. Dalam konteks In!

kemahiran berbahasa dengan berkesan memainkan peranan penting. Dalam hal In!

matlamat pendidikan bahasa Melayu peringkat sekolah menengah jelas mengungkapkan

bahawa guru itu berperanan"

...membimbing pelajar-pelajar menguasai kecekapan

18

Page 23: NOOR, SHAARI, YOB, - pustaka2.upsi.edu.mypustaka2.upsi.edu.my/eprints/592/1/KEBERKESANAN KURSUS BAHA… · BahasaMelayuI1miah 2-3 ... dan soal jawab dengan pelajar dapat dijalankan

berbahasa untuk berkomunikasi dengan berkesan bagi melahirkan fikiran dan perasaan

tentang ilmu pengetahuan, hal-hal persendirian dan kemasyarakatan dalam konteks

rasmi, tak rasmi, dan penulisan (Rumi atau Jawi) selaras dengan Dasar Pendidikan

Kebangsaan."

(Sukatan Pelajaran, 1988: 2).

Hal ini sejajar dengan falsafah penubuhan Fakulti Bahasa Universiti Pendidikan

Sultan ldris. iaitu untuk melahirkan bahasawan dan sasterawan berijazah yang kreatif dan

inovatif serta mampu membangunkan bidang pendidikan dan pembangunan sosial yang

lain bagi memenuhi permintaan sektor awam dan swasta yang semakin bertambah.

Perkembangan pesat negara dalam bidang teknologi maklumat dan teknologi komunikasi

pada amnya memerlukan lebih ramai pakar bahasa dan kesusasteraan yang

berketrampilan bagi menimba ilmu pengetahuan daripada multimedia, serta dapat

memindahkannya kepada kumpulan sasaran masing-masing.

Fakulti Bahasa juga bertanggungjawab melatih dan melahirkan guru-guru yang

mahir dan berketrampilan dalam pengajaran bahasa, terutama bahasa-bahasa yang

menjadi pengantar di sekolah-sekolah dan institusi-institusi pendidikan dalam negara

sarna ada milik kerajaan atau swasta. Ini sesuai pula dengan matlamat untuk melahirkan

guru yang boleh bertutur dengan fasih dan lancar serta memberikan pendapat dan hujah­

hujah yang kritis dan analitis dalam pelbagai situasi, membaca pelbagai jenis bahan

dengan cekap dan kritis serta dapat membuat tafsiran, penilaian, rumusan dan boleh

menulis dalam bahasa Melayu ilmiah yang wajar sebagai seorang guru.

19

Page 24: NOOR, SHAARI, YOB, - pustaka2.upsi.edu.mypustaka2.upsi.edu.my/eprints/592/1/KEBERKESANAN KURSUS BAHA… · BahasaMelayuI1miah 2-3 ... dan soal jawab dengan pelajar dapat dijalankan

Bahasa Melayu sebagai prasyarat pemugaran ilmu

Asmah Hj. Omar (1984: 58) menyatakan bahawa bahasa Melayu telah menjadi prasyarat

melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya (UM) sejak 1967 dengan adanya Laporan

Jawatankuasa Bersama Senat Majlis Mengenai Bahasa Kebangsaan. Prasyarat ini juga

turut membawa kepada tertubuhnya Pusat Bahasa UM 1972. Beliau turut menambah

bahawa walau apa juga tahap kecekapan bahasa Melayu di kalangan pelajar, hasilnya

ialah pelajar yang cekap berbahasa.

Kemampuan bahasa Melayu membicarakan ilmu-ilmu pada peringkat tinggi

terbukti;

"

... dengan terhasilnya karya-karya ilmiah yang teracu dalam wacana yangutuh dan canggih, dapat diduga bahawa bahasa Melayu ketika itu telah

mencapai tahap "bahasa tinggi" atau "bahasa terbina" (elaborated codemenurut istilah Bernstein, 1968), iaitu bahasa yang telah memiliki ciri

kompleks, dengan susunan yang teratur dan rapi, serta memerlukan

pengalaman budaya yang tinggi. "(Awang Sariyan, 1998)

Dasar bahasa di Malaysia telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,

Fasal 152, dan dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1967, dan berdasarkan undang-undang

pendidikan kebangsaan sejak Akta Pelajaran (Pendidikan) tahun 1957 (yang

menggantikan Education Ordinance 1950 ciptaan British) hingga Akta Pendidikan tahun

1996.

Dasar bahasa di negara ini dapat diringkaskan seperti yang berikut:

• Bahasa Melayu diisytiharkan sebagai bahasa kebangsaan Negara;

• Bahasa kebangsaan ini hendaklah digunakan untuk tujuan rasmi kerajaan;

20