97
SUKATAN PELAJARAN TINGKATAN 2 BAHAGIAN A : KEMAHIRAN Unit 1: Kedudukan Unit 2: Arah Unit 3: Skala Unit 4: Graf Unit 5: Rajah Unit 6: Peta BAHAGIAN B : GEOGRAFI FIZIKAL DAN MANUSIA TEMA 4 : DINAMIK PENDUDUK Unit 7 : Taburan Penduduk Unit 8 : Perubahan Penduduk Unit 9 : Migrasi Penduduk Unit 10: Kesan Perubahan Penduduk Terhadap Alam Sekitar Unit 11: Hubungan Kependudukan Dengan Sumber TEMA 5 : PETEMPATAN DAN PERKEMBANGANNYA Unit 12: Petempatan Unit 13: Pembandaran TEMA 6 : PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN Unit 14: Keperluan Pengangkutan Dan Perhubungan Awal Unit 15: Perkembangan Jaringan Pengangkutan Unit 16: Perkembangan Sistem Perhubungan

Nota Geografi Tingkatan 2

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Nota Geografi Tingkatan 2

SUKATAN PELAJARAN TINGKATAN 2

BAHAGIAN A : KEMAHIRAN

Unit 1: Kedudukan Unit 2: Arah  Unit 3: Skala Unit 4: Graf Unit 5: RajahUnit 6: Peta 

BAHAGIAN B : GEOGRAFI FIZIKAL DAN MANUSIA

TEMA 4 : DINAMIK PENDUDUK

Unit 7  : Taburan PendudukUnit 8  : Perubahan PendudukUnit 9  : Migrasi PendudukUnit 10: Kesan Perubahan Penduduk Terhadap Alam SekitarUnit 11: Hubungan Kependudukan Dengan Sumber

TEMA 5 : PETEMPATAN DAN PERKEMBANGANNYA

Unit 12: PetempatanUnit 13: Pembandaran

TEMA 6 : PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN

Unit 14: Keperluan Pengangkutan Dan Perhubungan AwalUnit 15: Perkembangan Jaringan PengangkutanUnit 16: Perkembangan Sistem Perhubungan

Page 2: Nota Geografi Tingkatan 2

UNIT 1 : KEDUDUKAN

SUB TAJUK :

1. Objektif2. Mengenal Latitud3. Mengenal Longitud4. Menyata Dan Menentukan Kedudukan Sesuatu Tempat Berasaskan Latitud

Dan Longitud5. Mengira Waktu Tempatan6. Waktu Piawai7. Rumusan

1. OBJEKTIF

Pada akhir unit ini, anda dapat:

Mengenal latitud dan longitud. Menyatakan kedudukan sesuatu tempat berasaskan latitud dan longitud. Mengenal zon waktu di atas peta dunia. Mentakrif waktu tempatan dan waktu piawai. Menentukan kedudukan sesuatu tempat dengan menggunakan latitud dan

longitud. Mengira waktu tempatan berasaskan kedudukan longitud.

2. MENGENAL LATITUD / GARIS LINTANG

Garis lintang adalah garisan-garisan yang dilukis secara selari di atas peta atlas dan glob.

Garis lintang adalah sama panjang pada peta atlas dan membentuk bulatan selari yang semakin kecil ke arah kutub utara dan kutub selatan.

Garis lintang diberi nilai darjah (° ) Utara atau Selatan. Garis lintang di Hemisfera Utara diberi nilai 1°U hingga 90°U manakala di

Hemisfera Selatan diberi nilai 1°S hingga 90°S.  Garis-garis lintang yang utama ialah: 

i. GarisanKhatulistiwa ( 0° ) ii. Garisan Sartan ( 23½°U )

iii. Garisan Artik ( 66½°U ) iv. Garisan Jadi ( 23½°S ) v. Garisan Antartik ( 66½°S )

vi. Garisan lintang Khatulistiwa adalah garisan lintang yang terpanjang dan membahagikan bumi kepada dua hemisfera iaitu hemisfera utara dan hemisfera selatan.

Page 3: Nota Geografi Tingkatan 2

3. MENGENAL LONGITUD / GARIS BUJUR / MERIDIAN

Garis longitud  ialah garisan menegak yang dilukis dari kutub utara ke kutub selatan.

Di atas peta, garis longitud dilukis selari dan sama panjang dari utara ke selatan. Di atas glob, garis longitud berbentuk separuh bulatan yang panjangnya adalah

separuh lilitan bumi.  Garis longitud yang melalui Pusat Penyelidikan Astronomi Di Raja di Greenwich,

London diberi nilai 0°. Garis longitud ini dikenali sebagai Meridian Greenwich atau Meridian Pangkal.

Terdapat sebanyak 360° garis longitud.  Garis longitud yang dilukis di sebelah timur Meridian Pangkal diberi nilai 1°T

hingga 180°T, manakala garis longitud di sebelah barat Meridian Pangkal diberi nilai 1°B hingga 180°B.

Oleh kerana bumi berbentuk sfera, jadi garis longitud 180°T dan 180°B adalah garisan yang sama.

Garisan ini dikenali sebagai Garisan Tarikh Antarabangsa (GTA ). 

4. MENYATA DAN MENENTUKAN KEDUDUKAN SESUATU TEMPAT BERASASKAN LATITUD DAN LONGITUD

Persilangan garis latitud dan garis longitud digunakan untuk menentukan kedudukan sesuatu tempat.

Apabila menyatakan kedudukan, nilai garis latitud dinyatakan terlebih dahulu diikuti nilai garis longitud.

Bagi mendapatkan kedudukan yang lebih tepat, setiap darjah (°) dibahagikan kepada 60 minit ( ’ )

Contoh:  Rujuk peta di bawah

Nama Tempat Garis Latitud Garis LongitudKudat 6° 54’U 116° 51’TTuaran 6° 10’U 116° 14’T

Kota Belud 6° 22’U 116° 26’TRanau 5° 58’U 116° 43’T

Kota Kinabalu 5° 40’U 116°TBeufort 5° 20’U 115° 46’TTenom 5° 2’U 115° 57’TTawau 4° 16’U 117° 53’T

Page 4: Nota Geografi Tingkatan 2

5. MENGIRA WAKTU TEMPATAN

Garis longitud digunakan untuk mengira waktu. Waktu tempatan dikira dengan merujuk kepada waktu di Greenwich yang terletak

di Meridian Pangkal ( 0° ). Oleh kerana bumi berputar dari barat ke timur, maka tempat di sebelah timur akan

menerima cahaya matahari lebih dahulu daripada barat. Ini bererti waktu di timur mendahului waktu di sebelah barat.

Contoh Mengira Waktu Tempatan 

Jika waktu tempatan di Meridian Pangkal ialah 1 pagi pada 20 Oktober, apakah waktu tempatan di: 

Bombay ( 73°T )  Buenos Aires ( 58°B)

1. Waktu di Bombay ( 73°T ) 

Langkah-langkah  Cari perbezaan garis longitud = 73°- 0° = 73°  Cari perbezaan masa                   = 73 ÷15 = 4 jam 52 minit  Oleh sebab itu, waktu tempatan di Bombay 

                                                   = 1.00 pagi + 4 jam 52 minit                                                     = 5.52 pagi 

2. Waktu di Buenos Aires ( 58°B ) 

Langkah-langkah  Cari perbezaan garis longitud          = 58° - 0° = 58°  Cari perbezaan masa                       = 58 ÷ 15 = 3 jam 52 minit  Oleh sebab itu waktu tempatan di Buenos Aires 

                                                     = 1.00 pagi – 3 jam 52 minit                                                        = 9.08 minit malam 

Page 5: Nota Geografi Tingkatan 2

6. WAKTU PIAWAI

Waktu piawai ditentukan untuk mengelakkan terdapatnya waktu yang berlainan di sesuatu kawasan yang kecil. 

Biasanya setiap negara mempunyai satu sistem waktu piawai. Di Malaysia waktu piawai yang digunakan di seluruh negara adalah mengikut

kedudukan garis bujur yang melalui Kuala Lumpur.  Seluruh dunia dibahagikan kepada 24 zon waktu piawai dengan setiap zon waktu

meliputi 15° garis longitud. 

Garisan Tarikh Antarabangsa (GTA) ialah garis bujur 180° B/ 180°T. Garisan ini menjadi pemisah tarikh antara zon waktu barat dan zon waktu timur. Hari baru bagi seluruh dunia bermula apabila garis bujur 180° mengalami

keadaan tengah malam. Bagi mengelakkan kedudukan Kepulauan Fiji, Tonga, Aleutian dan New Zealand,

GTA dilukis secara bengkang-bengkok. Terdapat selisih waktu selama 24 jam di sebelah menyebelah GTA.  Apabila seseorang melintasi GTA dari kawasan di benua Australia ke kawasan di

benua Amerika Selatan, dia akan ‘untung’ sehari. Sebaliknya, apabila seseorang melintasi GTA dari kawasan di benua Amerika

Selatan ke kawasan di benua Australia, dia akan ‘rugi’ sehari.

7. RUMUSAN

Page 6: Nota Geografi Tingkatan 2
Page 7: Nota Geografi Tingkatan 2

SUB TAJUK :

2.1 . Objektif 2.2 . Pengenalan2.3 . Mengukur Bearing Dengan Menggunakan Jangka Sudut2.4 . Contoh Pengiraan Bearing2.5 . Rumusan

2.1. OBJEKTIF

Dalam unit ini anda akan dapat: Menyatakan bearing sudutan Mengukur bearing sudutan sesuatu tempat dengan menggunakan jangka sudut di

atas peta lakar berasaskan peta topografi.

2.2. PENGENALAN

Bearing ialah cara yang lebih tepat untuk menyatakan arah. Ia diukur dengan kiraan darjah (°).  Terdapat dua cara untuk membaca, mengukur dan menyatakan bearing iaitu: 

1. Bearing Bulatan Penuh / Bearing Azimut / Bearing Tentera / Bearing  Bearing bulatan penuh adalah arah yang dinyatakan mengikut pusingan

jam. Bacaan dan kiraan dimulakan dari 0° hingga 360°.

2. Bearing Sukuan Bearing sukuan, kiraan dan bacaan diasaskan pada arah utara dan selatan.

Oleh itu, arah mata angin utara dan selatan ditandakan 0°. Arah mata angin timur dan barat ditandakan 90°. 

2.3. MENGUKUR BEARING DENGAN MENGGUNAKAN JANGKA SUDUT

Kompas magnetik digunakan untuk mencari bearing sesuatu tempat semasa menjalankan kerja luar.

Jangka sudut pula digunakan untuk mengukur bearing dalam peta. Semua ukuran sudut ikut arah pusingan jam bermula 0° hingga 360° .

2.4. CARA MENGUKUR BEARING  SUDUTAN

Page 8: Nota Geografi Tingkatan 2

Sambungkan titik P dan Q dengan garis lurus.

Buatkan satu palang di P dan satu palang lagi di Q.

Tandakan arah Utara-Selatan pada palang di P.

Ukur sudut UPQ dengan sebuah jangka sudut. Pastikan jangka sudut di garisan. Utara-Selatan dan berpusat di P.

Sudut UPQ ialah bearing Q dari P, iaitu 45°

2.5. RUMUSAN

UNIT 3 SKALA

P

Q

U

U

450

Page 9: Nota Geografi Tingkatan 2

SUB TAJUK :

3.1: Objektif3.2: Pengenalan 3.3: Mengukur Jarak Di Antara Dua Tempat Pada Peta Dengan Menggunakan Skala Lurus 3.4: Menukar Jarak Pada Peta Kepada Jarak Sebenar3.5: Menukar Jarak Di Lapangan Kepada Jarak Pada Peta3.6: Rumusan

3.1 OBJEKTIF

Dalam bab ini anda akan dapat:

Mengukur jarak antara dua tempat di atas peta dengan menggunakan skala lurus .

Menukar jarak di atas peta kepada jarak sebenar dengan menggunakan skala lurus.

Menukar jarak di atas lapangan kepada jarak sebenar dengan menggunakan skala lurus.

3.2 PENGENALAN

Skala ialah nisbah antara jarak yang dilukis dalam peta dengan jarak sebenar di atas permukaan bumi.

Skala membolehkan saiz kawasan tertentu dikecilkan supaya dapat dilukis pada peta.

Terdapat tiga jenis skala yang biasa digunakan dalam peta, iaitu :1. Skala lurus2. Skala penyata3. Pecahan wakilan

3.3 MENGUKUR JARAK DI ANTARA DUA TEMPAT PADA PETA DENGAN MENGGUNAKAN SKALA LURUS

Skala lurus ialah skala yang dilukis dalam beberapa unit yang sama jaraknya dalam satu garisan lurus.

Unit-unit di sebelah kiri skala lurus penuh dibahagikan kepada pecahan lebih kecil supaya jarak dapat diukur dengan lebih tepat.

Contoh Skala Lurus

Mengukur Jarak Lurus1. Menggunakan Jangka Tolok

Page 10: Nota Geografi Tingkatan 2

2. Menggunakan Jalur Kertas

Mengukur Jarak Melengkung1. Menggunakan Jalur Kertas2. Menggunakan Benang

3.4 MENUKAR JARAK PADA PETA KEPADA JARAK SEBENAR

Jarak di antara dua tempat di atas peta dapat diukur dengan menggunakan pembaris.

Unit pembaris yang biasanya digunakan ialah sentimeter (cm). Untuk menukarkan jarak di atas peta kepada jarak sebenar, skala lurus digunakan. Contohnya:

1. Gunakan sebatang pembaris dan padankan nombor 0 pada rumah Devi. 2. Kemudian membaca nomborpada sekolah. 3. Jarak di atas peta darirumah Devi ke sekolah ialah 4.5 cm. 4. Untuk menukar jarak peta4.5 cm kepada jarak sebenar, letakkan

pembaris pada skala lurus di bawah peta. 5. Berdasarkan skala lurusitu, jarak sebenar di antara rumah Devi dengan

sekolah ialah 4.5 km.

Kalau skala lurus seperti di bawah digunakan di atas peta, jarak di atas peta masih sama 4.5 cm, tetapi jarak sebenar sudah berubah.

Jarak sebenar di antara rumah Devi dengan sekolah menjadi 9 km. Jarak sebenar di atas bumiditentukan oleh skala lurus yang digunakan oleh

sebuah peta.

3.5 MENUKAR JARAK DI LAPANGAN KEPADA JARAK PADA PETA

Page 11: Nota Geografi Tingkatan 2

Berpandukan skala lurus, anda boleh menukar jarak di lapangan kepada jarak di atas peta.

Dengan cara itu, anda boleh melukis pelan atau peta sesebuah tempat.

Lihat Rajah di atas, Jarak jalan raya antara Kampung Jong dengan Kampung Pahat ialah 5.5 kilometer. Berapakah jarak jalan raya ini dalam peta?

Anda boleh mengira jarak jalan raya ini dalam peta berpandukan skala lurus terpilih:

Jarak sebenar = 5.5 kilometer

Berdasarkan skala dalam peta, Jarak dalam peta =5.5 cm

Dengan cara yang sama, tukar jarak sebenar tempat-tempat berikut kepada jarak dalam peta. Gunakan skala lurus di atas.

1. Jarak sekolah dari Kampung Jong 2. Jarak rumah Devi dari Kampung Jong 3. Jarak Kampung Plang dari Kampung Jong

Setelah menukar jarak sebenar kepada jarak dalam peta, anda boleh melukis peta atau pelan untuk menunjukkan kedudukan tempat-tempat berkenaan.

Lihat contoh di bawah.

Page 12: Nota Geografi Tingkatan 2

3.6 RUMUSAN

UNIT 4 GRAF

SUB TAJUK :

4.1: Objektif 4.2: Pengenalan4.3: Graf Bar Berganda 4.4: Graf Garisan Berganda 4.5: Rumusan

4.1 OBJEKTIF

Dalam unit ini anda akan dapat:

Mengumpul dan merekod maklumat dan data. Menyusun maklumat dan data dalam bentuk jadual. Melukis graf bar berganda dan graf garisan berganda berdasarkan jadual

dengan menggunakan label dan petunjuk yang betul. Mentafsir jadual, graf bar berganda dan graf garisan berganda.

4.2 PENGENALAN

Page 13: Nota Geografi Tingkatan 2

Graf ialah bentuk grafik yang menunjukkan pertalian di antara satu variabel (pemboleh ubah) dengan variabel yang lain.

Graf mempersembahkan maklumat dan data secara menarik, jelas dan tepat. Terdapat pelbagai jenis graf, contohnya graf bar mudah, graf garisan mudah, graf

bar berganda, graf garisan berganda, graf gabungan dan graf majmuk Dalam bab ini, anda akan mempelajari

1. Graf bar berganda : iaitu graf yang terdiri daripada beberapa pasangan atau kumpulan bar yang mengandungi maklumat berlainan.

2. Graf garisan berganda : iaitu graf yang terdiri daripada dua atau lebih garisan. Garisan-garisan ini menyambung kan titik-titik yang ditandakan dalam graf. Titik-titik ini mempunyai nilai yang berlainan.

4.3 GRAF BAR BERGANDA

Ciri-ciri graf bar berganda ialah: Terdiri daripada sekurang-kurangnya 2 bar.  Tiap-tiap bar mewakili satu set data yang tertentu.  Memudahkan perbandingan.  Petunjuk yang jelas diperlukan.

Kaedah melukis graf bar berganda. Lukis paksi menegak dan paksi melintang. Paksi melintang biasanya mewakili

nilai tetap seperti tahun dan paksi menegak adalah nilai berubah. Pilih skala yang sesuai dan tandakan di kedua-dua paksi. Pilih saiz bar yang sesuai. Semua bar mesti bermula pada nilai 0 di paksi

melintang. Lukis bar yang terpanjang dahulu diikuti dengan lain-lain bar. Bar-bar tersebut

mesti dilukis dengan rapat tanpa diselang. Warna atau lorekkan bar-bar yang telah dilukis. Sediakan petunjuk

4.4 GRAF GARISAN BERGANDA

Ciri-ciri utama graf garisan berganda ialah: Terdiri daripada dua atau lebih garis. Setiap garis mewakili satu set data yang tertentu. Berguna untuk membuat perbandingan antara dua atau lebih set data.

Langkah-langkah melukis graf garisan berganda. Lukis paksi menegak dan paksi melintang. Tentukan nilai di paksi menegak dan paksi melintang. Nilai tetap selalunya ditulis

di paksi melintang dan nilai berubah di paksi menegak. Pilih skala yang sesuai bagi mewakili keluaran hasil pertanian di paksi menegak.

Di paksi melintang tahun ditulis pada jarak yang bersesuaian.

Page 14: Nota Geografi Tingkatan 2

Tandakan pangkah-pangkah kecil di atas kertas graf. Mulakan dengan padi kerana padi merupakan nilai yang terbesar.

Sambungkan tanda-tanda pangkah tersebut dengan satu garisan. Ulangi langkah-langkah di atas bagi melukis garisan yang mewakili jagung dan

kelapa. Warnakan atau lorekkan garis-garis tersebut dengan warna atau lorekan yang

berbeza.

4.5 RUMUSN

UNIT 5 RAJAH

SUB TAJUK:

5.1: Objektif5.2: Pengenalan5.3: Rajah Kitaran5.4: Peta Minda5.5: Rumusan

5.1 OBJEKTIF

Dalam unit ini, anda akan dapat: Mengumpul maklumat Melukis dan melabel rajah berdasarkan maklumat Mentafsir rajah

5.2 PENGENALAN

Rajah digunakan untuk menerangkan sesuatu proses atau perkara. Sebuah rajah biasanya menunjukkan beberapa bahagian.   Rajah boleh dibahagikankepada dua jenis iaitu:

1. Rajah kitaran 2. Peta minda

Page 15: Nota Geografi Tingkatan 2

Kebaikan menggunakan rajah.1. Huraian yang panjang lebar dapat diringkaskan. 2. Maklumat dapat disampaikan dengan cepat dan menarik.3. Memudahkan penerangan dan memberikan gambaran yang lebih jelas

dan mudah difahami.

5.3 RAJAH KITARAN

Rajah kitaran menunjukkan gambaran yang boleh disusun menjadi sebuah kitaran yang lengkap.

Bahagian-bahagian dalam rajah kitaran disusun dari peringkat awal sehingga peringkat akhir. 

Setiap bahagian dikaitkan dengan bahagian seterusnya melalui anak panah. Penerangan yang ringkas perlu ditulis di setiap bahagian dalam rajah.

Rajah kitaran digunakan untuk menerangkan aktiviti-aktiviti berterusan seperti:

Proses pertanian : seperti proses pengeluaran padi, getah dan kelapa sawit. Proses perkilangan : seperti memasang kereta, membuat tayar dan membuat

minuman botol. Proses fizikal : seperti hujan bukit, bayu darat, bayu laut dan aliran sungai.

Langkah-langkah melukis dan melabel rajah kitaran. Baca maklumat yang dikumpuldan memilih ciri fizikal yang hendak dilukis. Tentukan susunan setiap ciridalam rajah. Gunakan anak panah untukmenunjukkan kaitan setiap peringkat. Warnakan dan labelkan ciriyang dilukis. Tambahkan huraian ringkasyang diperlukan. Berikan tajuk yang sesuai.

Langkah-langkah mentafsir rajah kitaran. Perhatikan tajuk yang menerangkanperkarayang digambarkan. Teliti susunan atau urutan, arah anak panah dan nombor serta keterangan-

keterangan ringkas yang diberikan.

5.4 PETA MINDA Peta minda adalah rajah yang dilukis untuk meringkaskan maklumat. Maklumat yang dikumpulkan untuk satu tajuk hanya diperlukan dalam bentuk

ayat ringkas sahaja.

Langkah-langkah melukis dan melabel peta minda.

Tulis tajuk di tengah-tengah peta minda. Tulis semua isi-isi mengikut keutamaan. Lukiskan anak panah dan tajukyang sesuai.

Page 16: Nota Geografi Tingkatan 2

Langkah-langkah mentafsir peta minda.

Perhatikan tajuk yangmenerangkan perkara yang digambarkan. Kenal pasti perkara yang diterangkan. Baca setiap huraian ringkasyang diberikan.

5.5 RUMUSAN

UNIT 6 PETA

SUB TAJUK:

6.1: Objektif 6.2: Pengenalan6.3: Mengenal Ciri Fizikal Dan Ciri Budaya Pada Peta Bergambar6.4: Mentafsirkan Peta Bergambar 6.5: Rumusan

6.1 OBJEKTIF

Dalam unit ini, anda akan dapat: Mengenal pasti ciri fizikal dan budaya berdasarkan peta bergambar (peta

pelancongan), tempat bersejarah, tempat rekreasi, pusat membeli-belah, kemudahan penginapan, kemudahan pengangkutan.

Menyatakan kedudukan dan taburan ciri-ciri geografi yang diperhatikan dalam peta bergambar. 

Mengelaskan simbol-simbol yang mewakili ciri fizikal dan budaya dalam peta bergambar. 

Mentafsir peta bergambar.

6.2 PENGENALAN

Page 17: Nota Geografi Tingkatan 2

Peta bergambar merupakan peta yang mengandungi simbol bergambar, simbol huruf atau simbol angka.

Simbol-simbol ini menunjukkan kedudukan atau taburan ciri geografi dalam peta. Biasanya, simbol-simbol ini digunakan dalam peta pelancongan.

Ciri fizikal merujuk kepada ciri semula jadi seperti pantai, sungai, gua, bukit, hutan dan air terjun.

Ciri budaya merujuk kepada ciri buatan manusia seperti petempatan, bangunan, jambatan, tempat bersejarah, kemudahan penginapan dan tasik buatan manusia.

6.3 MENGENAL CIRI FIZIKAL DAN CIRI BUDAYA PADA PETA BERGAMBAR

Simbol Ciri-ciri Budaya Simbol Ciri-ciri Fizikal

6.4 MENTAFSIRKAN PETA BERGAMBAR

Anda boleh mentafsir peta pelancongan mengikut langkah-langkah yang berikut.1. Perhatikan tajuk peta, arahmata angin dan petunjuk. 2. Perhatikan ciri fizikal dan budaya. 3. Kenal pasti kedudukan atau taburan ciri fizikal dan budaya. 4. Gunakan titik rujukan yang sesuai semasa menerangkan kedudukan ciri tersebut. 5. Tafsir saling kaitan antara ciri fizikal dengan ciri budaya tersebut.

6.5 RUMUSAN

Page 18: Nota Geografi Tingkatan 2

TEMA 4 : DINAMIK PENDUDUK

UNIT 7 TABURAN PENDUDUK

Page 19: Nota Geografi Tingkatan 2

SUB TAJUK:

7.1 : Objektif7.2 : Pengenalan7.3 : Taburan Penduduk Negara Malaysia7.4 : Faktor-faktor Yang Mempengaruhi  Taburan Penduduk Negara Malaysia

Bentuk Muka Bumi Dan Tanih Dasar Kerajaan / Governan Pengangkutan Dan Perhubungan Kegiatan Sosio-Ekonomi Sumber Mineral Perkhidmatan Dan Pendidikan

7.5 : Rumusan

7.1 OBJEKTIF

Di akhir unit ini, anda akan dapat : Mengenal pasti taburan penduduk negara Malaysia. Menyenaraikan faktor-faktor yang mempengaruhi taburan penduduk negara

Malaysia. Menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi taburan penduduk negara

Malaysia.

7.2 PENGENALAN

Taburan penduduk ialah sebaran penduduk di sesuatu kawasan. Kepadatan penduduk Malaysia ialah 71 orang setiap kilometer persegi.

NegeriJumlah penduduk

(orang)Luas kawasan

(km2)Kepadatan penduduk

(setiap km2)Johor 2 740 625 18 987 144

Page 20: Nota Geografi Tingkatan 2

Kedah 1 649 756 9 425 175

Kelantan 1 313 014 15 024 87

Melaka 635 791 1 652 385N. Sembilan 859 924 6 644 129Pahang 1 288 376 35 965 36

Perak 2 051 236 21 005 98

Perlis 204 450 795 257Pulau Pinang 1 313 449 1 031 1 274Selangor 4 188 876 7 960 526Terengganu 898 825 12 955 69WP K. Lumpur 1 379 310 243 5 676Sabah 2 603 485 73 619 35Sarawak 2 071 506 124 450 17WP Labuan 76 067 92 827

Taburan Penduduk Di Malaysia Pada Tahun 2000

7.3 TABURAN PENDUDUK DI MALAYSIA

Jumlah penduduk di Malaysia berdasarkan Banci 2000 ialah 23.27 juta orang. Sejumlah 79.7% orang tinggal di Semenanjung Malaysia, 11.4% tinggal di Sabah,

dan 8.9% tinggal di Sarawak. Selangor merupakan negeri yang mempunyai penduduk paling ramai (4.19 juta),

diikuti oleh Johor (2.74 juta), dan Sabah (2.60 juta). Negeri yang paling sedikit penduduk ialah Perlis (0.20 juta). Taburan penduduk Malaysia adalah tidak sekata dan dapat dibahagikan kepada

kawasan padat, sederhana padat, dan jarang.

1. Kawasan Berpenduduk Padat Di Malaysia

Kepadatan penduduk melebihi daripada 200 orang sekilometer persegi. Tumpuan di ibu negeri, pusat perniagaan dan perdagangan, pusat kewangan, dan

pusat perindustrian. Bangunan dan rumah dibina rapat-rapat untuk menampung bilangan penduduk

yang ramai. Contoh kawasan:

Ibu negeri Johor Bahru, Kuantan, Seremban, Melaka, Kuching Pertanian Dataran Kedah-Perlis, Dataran Terengganu, Dataran KelantanPerlombongan Lembah Kinta, Lembah Klang Perindustrian dan perniagaan

Lembah Klang, Shah Alam

Page 21: Nota Geografi Tingkatan 2

2. Kawasan Berpenduduk Sederhana Di Malaysia

Kepadatan penduduk antara 50 hingga 200 orang sekilometer persegi. Tumpuan di kawasan pertanian dan perikanan. Contoh kawasan:

Kawasan tanah rendah dan beralun di pantai barat Semenanjung Malaysia, kawasan Kelantan Utara, Kuala Terengganu.

Pantai barat Sabah dan Sarawak Sepanjang lembah Sungai Rajang dan Sungai Kinabatangan Kawasan Rancangan Kemajuan Tanah Bandar-bandar seperti Kerteh, Mersing, Miri, Bintulu, Sandakan

3. Kawasan Berpenduduk Jarang Di Malaysia

Kurang daripada 50 orang sekilometer persegi. Kawasan tanah tinggi, pedalaman yang berhutan tebal, dan kawasan berpaya. Contoh kawasan:

Kawasan bergunung-ganang dan berhutan tebal di pedalaman Semenanjung Malaysia, Sabah, dan Sarawak

Kawasan berpaya di pantai timur Sabah, Sarawak, dan Johor Sekitar Tasik Chini

7.4 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TABURAN PENDUDUK NEGARA MALAYSIA

1. Bentuk Muka Bumi Dan Tanih

Tanah pamah

kawasan padat penduduk kerana: Memudahkan pembinaan petempatan serta jaringan pengangkutan dan

perhubungan. Tanah yang subur dan sesuai untuk pertanian. Kawasan bersaliran baik seperti lembah sungai. Contoh: Taiping, sekitar Johor Bahru, Sibu, Kota Kinabalu, Kuala Lumpur

Kawasan gunung dan

berhutan tebal

Taburan penduduk jarang kerana: Menyukarkan pembinaan kawasan petempatan dan jaringan pengangkutan dan

perhubungan. Kegiatan pertanian sukar dijalankan Contoh: Kawasan tengah Semenanjung Malaysia, kawasan timur dan

pedalaman Sabah, dan pedalaman Sarawak

Kawasan tanah tinggi

Seperti Tanah Tinggi Cameron, Ranau, dan Kundasang. Mempunyai penduduk yang padat kerana dibangunkan sebagai kawasan

pertanian tanaman hawa sederhana dan menjadi tarikan pelancong.

Tanih Aluvium

Sesuai untuk penanaman padi. Kawasan ini mempunyai taburan penduduk yang padat dan sederhana. Contoh : Lembah Sungai Kelantan, Lembah Sungai Kedah, dan lembah sungai

perak.

Page 22: Nota Geografi Tingkatan 2

Tanih Laterit Terdapat di kawasan kaki bukit dan dataran beralun seperti di Johor amat sesuai

untuk tanaman getah dan kelapa sawit. Kawasan ini mempunyai taburan penduduk yang sederhana.

2. Dasar Kerajaan / Governan Zon Perindustrian Bebas -Sungei Way, Bayan Lepas, Sama Jaya, Telok Kalong,

Telok Panglima Garang Pembangunan kawasan luar bandar    melalui Penubuhan Lembaga Kemajuan

Tanah Persekutuan (FELDA) seperti Felda Jengka, Felda Air Tawar, Felda Gugusan Sahabat

3. Pengangkutan Dan Perhubungan Jaringan pengangkutan yang padat membantu perkembangan perniagaan,

perdagangan, dan perindustrian Jaringan pengangkutan memudahkan perpindahan barangan dari satu tempat ke

tempat lain Contohnya:

Pembinaan KLIA menyebabkan penduduk bertumpu di Sepang Pembinaan Lebuh raya Utara-Selatan menggalakkan perkembangan

kawasan Sungai Petani, Jelapang, Senai

4. Sosio Ekonomi Kawasan penanaman padi - Dataran Kedah-Perlis, Dataran Kelantan, dan

Dataran Terengganu Kawasan penanaman getah - Sekitar Seremban dan Lahad Datu Kawasan penanaman kelapa sawit - Sekitar Kluang, Kuala Pilah, dan Tawau Kawasan perniagaan dan perindustrian - Shah Alam, Petaling jaya, Pasir

Gudang, Bayan Lepas, Bintulu

5. Sumber Mineral Perlombongan bijih timah - Lembah Kinta Perlombongan petroleum dan gas asli Kerteh, Lutong, Port Dickson menjadi pusat penapisan petroleum Bintulu menjadi pusat pencairan gas asli

6. Perkhidmatan Dan Pendidikan Perkhidmatan dan pendidikan mempengaruhi taburan penduduk. Perkhidmatan merangkumi aktiviti-aktiviti seperti pentadbiran, perniagaan,

perdagangan dan pelancongan. Sektor perkhidmatan dan pendidikan menyediakan pelbagai peluang pekerjaan. Oleh itu, bandar-bandar seperti Putrajaya (pentadbiran), Kota Kinabalu

(perniagaan dan perdagangan) danTanah Tinggi Cameron (pelancongan) menjadi tumpuan penduduk.

Selain itu, bandar-bandar seperti Bandar Baru Bangi dan Skudai juga berpenduduk padat kerana menjadi pusat pendidikan.

7.5 RUMUSAN

Page 23: Nota Geografi Tingkatan 2

TEMA 4 : DINAMIK PENDUDUK

UNIT 8 PERUBAHAN PENDUDUK

Page 24: Nota Geografi Tingkatan 2

SUB TAJUK:

8.1 : Objektif8.2 : Pengenalan8.3 : Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Perubahan Penduduk Malaysia

Kadar Kelahiran Kadar Kematian Migrasi

8.4 : Perubahan Penduduk Malaysia Pada Masa Depan 8.5 : Rumusan

8.1 OBJEKTIF

Di akhir unit ini, anda akan dapat : Mendefinisikan perubahan penduduk Menyenaraikan faktor-faktor yang mempengaruhi kadar kelahiran, kadar

kematian dan migrasi Menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi kadar kelahiran, kadar

kematian dan migrasi Merumus tentang perubahan penduduk negara Malaysia pada masa depan

berdasarkan kadar kelahiran, kadar kematian dan migrasi

8.2 PENGENALAN

Sesebuah negara mengalami perubahan penduduk dari masa ke semasa. Perubahan penduduk merujuk kepada jumlah penduduk bertambah atau berkurang

dalam setahun di sesebuah negara. Perubahan boleh menyebabkan penduduk bertambah, berkurang atau statik. Contoh :

Penduduk negara Malaysia pada tahun 1970 ialah 10.81 juta orang. Pada tahun 2000, jumlah penduduknya ialah 23.27 juta orang. Dalam tempoh 30 tahun, penduduk negara Malaysia telah meningkat

sebanyak 12.46 juta orang.

8.3 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERUBAHAN PENDUDUK MALAYSIA

1. Kadar Kelahiran

Page 25: Nota Geografi Tingkatan 2

Kadar kelahiran ialah jumlah kelahiran bayi dibandingkan dengan jumlah penduduk pada pertengahan  tahun  berkenaan  bagi  setiap 1 000 penduduk.

Kadar tersebut dikenal sebagai kadar kelahiran kasar. Kadar kelahiran kasar dikira berdasarkan formula berikut.

Faktor-faktor yang  mempengaruhi kadar kelahiran

i. Peranan  kerajaan dan  Dasar Kependudukan Negaraii. Peningkatan taraf pendidikan

iii. Peningkatan taraf pendidikaniv. Keadaan ekonomi yang baikv. Kos hidup yang tinggi

vi. Amalan perancangan keluargavii. Sosiobudaya dan agama

2. Kadar Kematian

Kadar kematian ialah jumlah kematian yang dibandingkan dengan jumlah penduduk pada pertengahan tahun berkenaan bagi setiap 1 000 penduduk.

Kadar ini dikenal sebagai kadar kematian kasar. Kadar kematian kasar dikira berdasarkan formula berikut:

Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar kematian

i. Kemudahan perubatanii. Dasar kerajaan (kawalan penyakit)

iii. Bekalan makananiv. Peningkatan  dalam larat pendidikan dan program kesihatanv. Bencana alam

vi. Keadaan politik

3. Migrasi

Migrasi ialah perpindahan penduduk dari satu tempat ke satu tempat yang lain dengan tujuan menetap secara tetap atau sementara.

Terdapat dua jenis migrasi, iaitu :

Page 26: Nota Geografi Tingkatan 2

1. Migrasi dalaman2. Migrasi antarabangsa

Kawasan yang penduduknya berpindah keluar akan mengalami pengurangan penduduk.

Kawasan yang menerima kemasukan penduduk akan  mengalami  pertambahan penduduk.

Berikut merupakan faktor tolakan dan faktor tarikan yang mempengaruhi migrasi.

8.4 PERUBAHAN PENDUDUK MALAYSIA PADA MASA DEPAN

Ciri-ciri Penduduk Masa Kini

Kadar kelahiran menurun daripada 28 orang bagi setiap 1000 penduduk pada tahun 1990 kepada 23.5 orang pada tahun 2001.

Kadar kematian menurun daripada 4.6 orang bagi setiap 1000 penduduk pada tahun 1990 kepada 4.4 orang pada tahun 2001.

Ciri-ciri Penduduk Masa Depan

Kekurangan tenaga buruh terutama dalam sektor pertanian, binaan dan perkhidmatan.

Peningkatan jumlah warga tua. Kemasukan buruh asing. Peningkatan kos rawatan dan kesihatan

Langkah-langkah

Galakan pada pasangan suami isteri supaya mempunyai keluarga besar. Menggunakan robot dan jentera di kilang. Perkhidmatan layan diri di restoran dan stesen minyak.

Page 27: Nota Geografi Tingkatan 2

Meningkatkan usia persaraan. Menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan dengan tawaran gaji yang tinggi.

8.5 RUMUSAN

TEMA 4 : DINAMIK PENDUDUK

UNIT 9 MIGRASI PENDUDUK

Page 28: Nota Geografi Tingkatan 2

SUB TAJUK:

9.1 : Objektif9.2 : Pengenalan9.3 : Pola Migrasi Penduduk Negara Malaysia9.4 : Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Migrasi Penduduk Dari Luar Bandar Ke Bandar9.5 : Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Migrasi Penduduk Dari Luar Bandar Ke Luar Bandar9.6 : Rumusan

9.1 OBJEKTIF

Di akhir unit ini, anda akan dapat : Menerangkan migrasi penduduk Menerangkan pola migrasi penduduk Menyenaraikan faktor-faktor yang mempengaruhi migrasi penduduk dari luar

bandar ke bandar dan dari luar bandar ke luar bandar Menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi migrasi penduduk

9.2 PENGENALAN

Migrasi ialah penghijrahan seseorang dari suatu tempat ke tempat lain. Migrasi melintasi sempadan kawasan, negeri, negara, atau antarabangsa. Terdapat dua jenis migrasi, iaitu :

1. Migrasi dalaman2. Migrasi antarabangsa.

Migrasi Dalaman   Migrasi Antarabangsa.

Penghijrahan penduduk yang melintasi sempadan kawasan atau negeri.

Contoh: Penduduk dari Melaka

berhijrah ke Kuala Lumpur untuk belajar, berniaga, atau bekerja.

Penduduk dari Kampung Jong, Gerik, Perak berhijrah ke Felda Lawin, Lenggong Perak

 

Penghijrahan penduduk dari sebuah negara ke negara lain dan melintasi sempadan antarabangsa.

Contoh: Penduduk Malaysia berpindah

ke Kanada untuk bekerja atau mengikut keluarga (emigran - keluar).

Penduduk Indonesia dan Bangladesh berhijrah ke Malaysia untuk bekerja (imigran - masuk)

9.3 POLA MIGRASI PENDUDUK NEGARA MALAYSIA

Pola migrasi penduduk merujuk kepada arah aliran pergerakan penduduk secara kekal.

Terdapat empat jenis arah aliran pergerakan, iaitu: 1. Luar bandar ke bandar

Page 29: Nota Geografi Tingkatan 2

2. Luar bandar ke luar bandar 3. Bandar ke bandar 4. Bandar ke luar bandar

Dalam unit ini, tumpuan kita hanyalah pada migrasi luar bandar ke bandar dan migrasi luar bandar ke luar bandar.

9.4 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MIGRASI PENDUDUK DARI LUAR BANDAR KE BANDAR

FAKTOR TOLAKAN DI LUAR BANDAR

  FAKTOR TARIKAN DI BANDAR

Kegiatan ekonomi yang agak terhad Tumpuan pada sektorpertanian Peluang pekerjaan terhad Kadar upah rendah Taraf hidup rendah Kemiskinan Kekurangan kemudahan asas Peluang pendidikan terhad Bencana alam seperti banjir Pertukaran kerja Perkembangan ekonomi terhad

 

Kestabilan politik Penubuhan Zon Perdagangan

Bebas Pertambahan peluang pekerjaan Kadar upah yang tinggi Pelbagai bidang ekonomi Melanjutkan pelajaran Sistem perhubungan dan jaringan

pengangkutan yang baik Kemudahan infrastruktur lengkap Cara hidup moden Terdapat pusat rekreasi

9.5 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MIGRASI PENDUDUK DARI LUAR BANDAR KE LUAR BANDAR

9.6 RUMUSN

Page 30: Nota Geografi Tingkatan 2

TEMA 4 : DINAMIK PENDUDUK

Page 31: Nota Geografi Tingkatan 2

UNIT 10 KESAN PERUBAHAN PENDUDUK TERHADAP ALAM SEKITAR

SUB TAJUK:

10.1 : Objektif10.2 : Pengenalan10.3 : Kesan Perubahan Penduduk

Terhadap Penerokaan Sumber Tanih Terhadap Penerokaan Sumber Hutan Terhadap Sumber Air

10.4 : Langkah-langkah Penerokaan Sumber Secara Terancang10.5 : Rumusan

10.1 OBJEKTIF

Di akhir unit ini, anda akan dapat : Menyenaraikan kesan-kesan perubahan penduduk terhadap penerokaan sumber

iaitu, tanah, hutan dan air. Menghuraikan dengan contoh kesan-kesan perubahan penduduk terhadap

penerokaan sumber. Mencadangkan langkah-langkah penerokaan sumber secara terancang.

10.2 PENGENALAN

Kebanyakan negara di dunia telah mengalami pertambahan penduduk secara semula jadi.

Pada tahun 1996, jumlah penduduk dunia melebihi 5 bilion orang. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan penduduk dunia akan

mencapai jumlah 8.2 bilion menjelang tahun 2021. Perubahan penduduk ini akan membawa kesan positif dan kesan negatif terhadap

penerokaan sumber, khususnya tanih, hutan, dan air. Dalam bab ini kita akan memahami dengan lebih lanjut kesan perubahan

penduduk yang berlaku di negaraMalaysia terhadap alam sekitar. Penduduk dunia semakin bertambah setiap tahun. Banyak sumber seperti tanih, hutan, dan air yang perlu diteroka untuk memenuhi

keperluan hidup. Keadaan ini turut berlaku di negara Malaysia.

10.3 KESAN PERUBAHAN PENDUDUK

1. Kesan Perubahan Penduduk Terhadap Penerokaan Sumber Tanih

Page 32: Nota Geografi Tingkatan 2

Kesan positif penerokaan: Kesan negatif penerokaan:

1. Tanih digunakan untuk pertanian,

Contoh: Tanih aluvium

Ditanam padi (Dataran Kedah-Perlis, Delta Rajang, Delta Kemubu)

Ditanam tembakau (Dataran Kelantan, sekitar KualaTerengganu, Chuping)

Tanih laterit Ditanam getah dan kelapa sawit di

pantai barat Semenanjung Malaysia dan FELDA

Tanih gambut Ditanam nanas di Pekan Nanas,

Simpang Renggam, dan Labis

Tanih pasir Ditanam kelapa (sekitar Bagan

Datuk, Sabak Bernam, Tumpat, Pasir Putih)

2. Tanih diteroka untuk mendapatkan pasir dan lempung, contoh

Pasir - industri pembuatan kaca Lempung - membuat barang-barang

tembikar Perlombongan mendapatkan mineral

- bijih timah, bijih besi,emas, bauksit, dan kuprum

Hakisan tanih

Tanih tidak subur kerana pertanian secara giat - kandungan mineral dalam tanah berkurangan

Penggunaan baja kimia dan racun

serangga mengakibatkan pencemaran air dan mengancam hidupan akuatik

Pembakaran jerami padi membebaskan gas metana yang dapat meningkatkan suhu bumi

2. Kesan Perubahan Penduduk Terhadap Penerokaan Sumber Hutan

Kesan positif penerokaan: Kesan negatif penerokaan:

Page 33: Nota Geografi Tingkatan 2

Pembalakan menjadi sumber pendapatan kerajaan -hutan hujan tropika kaya dengan kayu keras yang bernilai tinggi seperti meranti, cengal, merbau yang digunakan dalam industri perabot dan dieksport.

Hutan ditebang untuk dijadikan kawasan petempatan, pengangkutan, dan pusat rekreasi.

Pertanian - Rancangan Tanah Kerajaan (FELDA)

Menjana kuasa hidroelektrik

Hakisan air larian permukaan Spesies flora diancam kepupusan - orkid,

rafflesia Spesies fauna diancam kepupusan - orang

utan, gajah, dan badak sumbu Permukaan tanih menjadi tandus Hakisan tanih Kemusnahan hasil hutan Banjir Mengurangkan kawasan tadahan

3. Kesan Perubahan Penduduk Terhadap Penerokaan Sumber Air

Kesan positif penerokaan: Kesan negatif penerokaan: Sumber air minuman dan

perindustrian – Empangan Klang Gate

Air digunakan untuk pengairan – Rancangan Pengairan Sungai Muda dan Rancangan Pengairan Sungai Kemubu

Menjana kuasa hidroelektrik - Empangan Kenyir, Chenderoh, Batang Ai

Mengawal banjir - Empangan Temenggor

Pencemaran sungai - Sungai Klang Penduduk di pedalaman hilang tempat

tinggal Pemusnahan hutan Banjir di kawasan petempatan Pembinaan empangan kuasa

hidroelektrik menyebabkan kawasan sekitarnya ditenggelami air

10.4 LANGKAH-LANGKAH PENEROKAAN SUMBER SECARA TERANCANG

Sumber tanih: Kawasan tidak subur dibaja dengan baja kimia Kawasan paya ditebus guna untuk penanaman padi - Sungai Manik, Perak dan Paya

Besar, Pahang. Bekas lombong dan kawasan paya ditebus guna dan dijadikan kawasan pertanian -

Lembah Kinta, Ipoh di Perak Kawasan bekas lombong dibina taman tema dan dijadikan destinasi pelancongan -

Sunway Lagoon, Desa Waterpark Kawasan lombong dijadikan tapak perumahan - Rawang, Puchong, Bandar Sunway di

Selangor Menambak kawasan laut - Bandar Hilir, Melaka Penanaman berteres dan secara hidroponik Penggunaan teknik pertanian yang moden, iaitu menggunakan benih bermutu tinggi, baja

kimia, dan racun serangga Hakisan tanih dapat dikurangkan dengan

i. membaiki sistem perparitan ii. menanam tanaman tutup bumi

Page 34: Nota Geografi Tingkatan 2

 Sumber hutan:

Mewartakan hutan simpan dan taman negara untuk melindungi tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar - Taman Negara Pahang, Hutan Simpan Sepilok, Hutan Simpan Endau-Rompin, Taman Negara Banjaran Crocker, dan Taman Negara Bako.

Projek ladang hutan - Bukit Tinggi, Pahang (untuk memastikan bekalan balak masa depan berterusan)

Ladang jati diwujudkan di Perlis dan Kedah bagi menghasilkan kayu bermutu tinggi Bekas lombong ditebus guna dan ditanam pokok akasia – Batang Berjuntai, Selangor Rawatan silvikultur - pokok-pokok berharga dibiarkan tumbuh manakala pokok-pokok

tidak bernilai ditebang FRIM menjalankan penyelidikan untuk menentukan spesies pokok-pokok cepat tumbuh

dan bermutu seperti akasia, batai, dan sesenduk Menguatkuasakan undang-undang - Undang-undang Perhutanan Negara (Pindaan 1993)

dan Enakmen Industri Berasaskan Kayu (1985) untuk mengawal pembalakan haram Kempen kesedaran dan kitar semula - Persatuan Pencinta Alam (MNS)

 Sumber air:

Kawasan tadahan hujan dipelihara, iaitu tidak membenarkan kawasan hutan di tempat ini ditebang

Mengawal kualiti air sungai dengan membersihkan dan mendalamkan sungai serta mendenda kilang yang mencemarkan sungai

Kempen kesedaran - kempen "Cintailah Sungai Kita" Memastikan sistem saluran air bersih ke rumah dan kilang teratur Menguatkuasakan undang-undang - Akta Kawalan Pencemaran Air Penerokaan air bawah tanah oleh Jabatan Kajian Geologi

Page 35: Nota Geografi Tingkatan 2

10.1 RUMUSAN

Kesan Perubahan Penduduk Terhadap Penerokaan Sumber

Kesan Penerokaan Sumber

Air Hutan TanihKesan positif Kesan positif Kesan positif

Meningkatkan penerokaan air untuk kegunaan domestik, dan industri,

Pembalakan dan industri berasaskan kayu bertambah

Hasil tanamandan perlombongan bertambah

Kesan negatif Kesan negatif Kesan negatif

Hutan musnah Banjir di kawasan

petempatan dan pertanian

Pencemaran air  

Flora dan fauna diancam kepupusan

Ketandusan tanih Pencemaran air dan

banjir Kawasan tadahan hujan

terjejas

Tanih tidak subur Peningkatan suhu

atmostera dan pencemaran

Langkah-langkah Penerokaan Sumber Secara Terancang

Air Hutan Tanih

Mengawasi kawasan tadahan hujan

Mengawal kualiti air Mencari punca air

alternatif Kempen "cintailah

Sungai Kita" Mengawal kebocoran

paip   

Menubuhkan ladang hutan dan ladang jati

Menebus guna bekas lombong dan paya

Rawatan silvikultur Mewartakan hutan

simpan dan taman negara

Penguatkuasaan undang-undang

Mewartakan hutan lipur Kitar semula kertas

Menambahkan baja

Menebus guna bekas lombong dan paya

Menambak pinggir laut

Tanaman berteres Tanaman

hidroponik Teknik pertanian

moden

TEMA 4 : DINAMIK PENDUDUK

Page 36: Nota Geografi Tingkatan 2

UNIT 11 HUBUNGAN KEPENDUDUKAN DENGAN SUMBER

SUB TAJUK:

11.1 : Objektif 11.2 : Pengenalan11.3 : Ciri-ciri Penduduk Berlebihan11.4 : Kesan Penduduk Berlebihan11.5 : Ciri Kurangan Penduduk11.6 : Kesan Kurangan Penduduk11.7 : Rumusan

11.1 OBJEKTIF

Di akhir unit ini, anda akan dapat : Mentakrifkan konsep penduduk berlebihan, kurang penduduk dan penduduk

optimum. Menyenaraikan ciri dan contoh penduduk berlebihan dan kurang penduduk. Menyatakan kesan penduduk berlebihan dan kurang penduduk terhadap sumber

untuk memenuhi keperluan kependudukan: makanan, tempat tinggal, pekerjaan, pendidikan, perubatan dan kemudahan asas.

Menghuraikan ciri berserta contoh penduduk berlebihan dan kurang penduduk. Menjelaskan kesan penduduk berlebihan dan kurang penduduk terhadap sumber

untuk memenuhi keperluan kependudukan: makanan, tempat tinggal, pekerjaan, pendidikan, perubatan dan kemudahan asas.

11.2 PENGENALAN

Jumlah penduduk di negara-negara di dunia adalah berbeza-beza. Jumlah penduduk di sesebuah negara di dunia boleh dikategorikan kepada tiga

jenis iaitu: i. Penduduk berlebihan,

ii. penduduk optimumiii. kurang penduduk

Negara penduduk berlebihan bermaksud sesebuah negara mempunyai saiz penduduk yang terlalu besar sehingga sumber alamnya tidak dapat menampung keperluan penduduk dengan secukupnya.

Negara penduduk optimum bermaksud sesebuah negara mempunyai saiz penduduk yang dapat menggunakan sumber alamnya dengan sepenuhnya dan menikmati taraf hidup yang paling tinggi.

Negara kurang penduduk bermaksud sesebuah negara mempunyai saiz penduduk yang kecil berbanding dengan sumber alamnya yang banyak tetapi tidak dapat digunakan dengan sepenuhnya oleh penduduknya.

Page 37: Nota Geografi Tingkatan 2

11.3 CIRI-CIRI PENDUDUK BERLEBIHAN

Sesebuah   negara   dianggap   mempunyai penduduk berlebihan apabila sumber alamnya tidak cukup untuk menampung keperluan penduduk yang ramai.

Negara-negara yang mempunyai penduduk berlebihan ialah seperti India, Bangladesh, Ethiopia, Pakistan dan China.

Ciri-ciri penduduk berlebihan:

i. Saiz penduduknya amat besar, iaitu melebihi l00 juta orang. ii. Kepadatan penduduk melebihi 200 orang sekilometer persegi.

iii. Sumber alam yang sedia ada tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan bilangan penduduk yang ramai

iv. Taraf hidup yang rendah v. Taraf teknologi yang rendah

vi. Kadar pengangguran yang tinggi vii. Kekurangan kemudahan awam dan perkhidmatan sosial

Faktor-faktor yang mempengaruhi penduduk berlebihan:

1. Taraf kesihatan yang rendah Taraf kesihatan yang rendah menyebabkan kadar kelahiran meningkat dan kadar

kematian juga meningkat. Ini disebabkan oleh kadar pertambahan penduduk yang ramai menyebabkan kemudahan kesihatan tidak mencukupi.

2. Hasil produktiviti rendah Kegiatan ekonomi utama penduduk ialah pertanian dan menyebabkan hasil

produktiviti negara rendah kerana bergantung kepada tenaga buruh manusia.

3. Taraf pendidikan yang rendah Penduduk mempunyai taraf pendidikan yang rendah dan kadar buta huruf yang

tinggi.

4. Anak yang ramai Penduduk tidak mengamalkan perancangan keluarga kerana mereka suka

mempunyai anak yang ramai supaya dapat membantu mereka dalam kerja pertanian.

5. Migrasi penduduk tinggi Migrasi penduduk luar bandar ke kawasan bandar selalu berlaku kerana untuk

mendapatkan lebih banyak peluang pekerjaan yang menawarkan kadar upah yang tinggi.

6. Taraf  teknologi rendah Taraf  teknologi rendah menyebabkan negara sukar membangun dan hanya kekal

dalam bidang pertanian sahaja. 11.4 KESAN PENDUDUK BERLEBIHAN

Page 38: Nota Geografi Tingkatan 2

1. Kekurangan makanan Negara-negara yang penduduk berlebihan mengalami masalah kekurangan makanan

kerana tanah yang boleh digunakan untuk menjalankan pertanian adalah terhad. Contohnya, negara Ethiopia mengalami kemarau yang berpanjangan menyebabkan

kegiatan pertanian tidak dapat diusahakan. Oleh itu, bekalan makanan yang ada tidak cukup untuk keperluan penduduk. 

2. Kekurangan tempat tinggal Migrasi penduduk dari luar bandar ke bandar berlaku dengan giat di negara-negara

penduduk berlebihan. Ini menyebabkan kos rumah dan sewa rumah meningkat dengan cepat dan sangat mahal. Golongan migran kebanyakannya terdiri daripada golongan berpendidikan rendah. Oleh itu, mereka susah mendapatkan kerja yang baik dan terpaksa tinggal di kawasan

setinggan seperti di Mumbai, India.

3. Kekurangan pekerjaan Penduduk berlebihan di sesuatu kawasan menyebabkan ramai penduduk berkongsi sedikit

peluang pekerjaan. Oleh itu, penduduk yang tidak kenal huruf akan mengalami masalah pengangguran dan

sukar mendapatkan pekerjaan. Contohnya, bidang perindustrian yang kurang maju di Bangladesh hanya

menyumbangkan sedikit peluang pekerjaan kepada penduduk.

4. Kekurangan pendidikan Penduduk berlebihan di sesebuah negara menyebabkan ramai kanak-kanak tidak

berpeluang untuk mendapatkan pendidikan. Kebanyakan negara miskin seperti Ethiopia, India dan Bangladesh mempunyai anak yang

ramai dalam satu keluarga dan mereka tidak mampu pergi ke sekolah kerana faktor kemiskinan.

Keadaan ini menyebabkan kadar kenal huruf rendah dan kanak-kanak terpaksa bekerja sebagai buruh kasar untuk membantu keluarga.

5. Kekurangan perubatan Negara-negara yang mempunyai penduduk berlebihan tidak mempunyai kemudahan

perubatan yang baik kerana terlalu ramai penduduk menggunakan sedikit perkhidmatan perubatan.

Oleh itu, wabak penyakit senang merebak dan boleh menyebabkan kematian. Contohnya, di Bangladesh terdapat 1 orang doktor untuk merawat 4 759 orang pesakit.

6. Jangka hayat pendek Negara penduduk berlebihan mempunyai amalan pemakanan yang kurang berkhasiat dan

kebuluran. Oleh itu, jangka hayat penduduk akan menjadi semakin pendek. Contohnya, purata

jangka hayat penduduk Bangladesh ialah 58 tahun.

7. Kekurangan kemudahan asas Penduduk berlebihan di sesebuah negara boleh menyebabkan kemudahan asas dalam

negara tidak mencukupi.

Page 39: Nota Geografi Tingkatan 2

Oleh itu, penduduk terpaksa menggunakan kos yang tinggi untuk mendapatkan kemudahan asas.

Contohnya, hanya 42.4% penduduk India mendapatkan bekalan elektrik.

11.5 CIRI KURANGAN PENDUDUK

Sesebuah negara dianggap kurang penduduk apabila jumlah penduduknya kurang dan tidak dapat membangunkan sumber alamnya dengan maksimum.

Negara-negara yang mempunyai kurang penduduk ialah seperti Kanada, Australia dan Brazil.

Ciri-ciri kurang penduduk: Mempunyai keluasan tanah yang besar tetapi bilangan penduduk sedikit. Kepadatan penduduk rendah iaitu kurang daripada 50 orang sekilometer persegi. Terdapat sumber alam yang banyak tetapi tidak diusahakan sepenuhnya. Berupaya menampung lebih ramai penduduk tanpa menjejaskan taraf hidup

Faktor-faktor yang mempengaruhi kurang penduduk:

1. Taraf pendidikan yang tinggi Penduduk mempunyai taraf pendidikan yang tinggi dan kebanyakannya

berkelulusan kolej atau universiti.

2. Golongan muda berkahwin lambat Golongan muda berkahwin lambat menyebabkan kadar kelahiran rendah dan

kadar pertumbuhan penduduk juga rendah.

3. Mengamalkan perancangan keluarga Penduduk mementingkan kerjaya dan mengamalkan perancangan keluarga untuk

mengehadkan bilangan anak.

4. Meningkatkan taraf hidup Penduduk lebih mementingkan kehidupan dan sentiasa berusaha untuk

meningkatkan taraf hidup mereka.

5. Cara hidup pergaulan bebas Cara hidup pergaulan bebas mempengaruhi golongan muda berkahwin lambat.

11.6 KESAN KURANGAN PENDUDUK

1. Kadar pertambahan semula jadi rendah

Page 40: Nota Geografi Tingkatan 2

Negara-negara yang kurang penduduk mempunyai kadar pertambahan semula jadi yang rendah.

Contohnya, negara Kanada dan Australia mengalami kadar kelahiran dan kadar kematian yang rendah.

2. Sumber alam yang banyak Negara-negara yang kurang penduduk mempunyai sumber alam yang banyak dan

hasil pengeluarannya bukan sahaja cukup untuk penduduknya malah dapat dieksport ke luar negara

3. Lebihan makanan Negara-negara yang kurang penduduk mempunyai tanah yang luas dan teknik

pertanian moden yang canggih untuk menghasilkan tanaman makanan yang banyak, lebih berkhasiat dan seimbang.

4. Tempat tinggal yang lengkap Penduduk di negara kurang penduduk memiliki rumah yang besar dan lengkap.

Ini adalah kerana mereka mempunyai tanah yang luas dan ahli keluarga yang kecil.

Contohnya, purata pendapatan setiap keluarga di Kanada ialah AS$39 655 dalam setahun.

5. Pekerjaan yang banyak Kadar pengangguran di negara kurang penduduk adalah rendah. Ini adalah kerana negara mereka mempunyai banyak pekerjaan dan kadar upah

yang tinggi sedia dipilih oleh penduduk. Contohnya, Kanada memerlukan banyak pekerja untuk membangunkan

negaranya. Oleh itu, kerajaan Kanada menggalakkan kemasukan pekerja asing dari negara lain.

6. Struktur penduduk tidak seimbang Negara-negara yang kurang penduduk mempunyai jumlah penduduk muda yang

sedikit dan jumlah penduduk tua yang ramai. Ini menyebabkan kerajaan terpaksa menambahkan perbelanjaan untuk

menyediakan rumah orang tua, skim pencen dan perkhidmatan kesihatan.

7. Sistem pendidikan yang lengkap Pihak kerajaan menyediakan prasarana pendidikan yang lengkap untuk penduduk. Oleh itu, penduduk di negara kurang penduduk kebanyakannya berkelulusan kolej

atau universiti.

8. Sistem perubatan moden Negara kurang penduduk mempunyai perkhidmatan kesihatan yang baik dan

mereka mempunyai pelbagai peralatan perubatan moden. Oleh itu, kadar kematian penduduk adalah rendah di negara kurang penduduk.

9. Kemudahan asas dibiayai Penduduk di negara kurang penduduk dapat menikmati segala kemudahan asas

kerana dibiayai oleh kerajaan.

Page 41: Nota Geografi Tingkatan 2

Contohnya, Brazil mempunyai banyak hutan yang menjadi kawasan tadahan hujan bagi tasik dan sungai.

Keluasan tadahan dapat menjana kuasa hidroelektrik untuk menampung keperluan penduduk

11.1 RUMUSAN

TEMA 5 : PETEMPATAN DAN PERKEMBANGAN NYA

UNIT 12 PETEMPATAN

Page 42: Nota Geografi Tingkatan 2

SUB TAJUK:

12.1 : Objektif12.2 : Pengenalan12.3 : Sejarah Petempatan Awal 12.4 : Petempatan Awal Di Malaysia12.5 : Jenis Petempatan Di Malaysia15.6 : Petempatan Luar Bandar Dan Faktor Penentu Tapak12.7 : Pola Petempatan12.8 : Fungsi Petempatan Luar Bandar12.9 : Rumusan

12.1 OBJEKTIF

Di akhir unit ini, anda akan dapat : Menerangkan definasi petempatan Menerangkan sejarah dan lokasi petempatan awal di dunia dan Malaysia Menyenaraikan faktor-faktor yang mempengaruhi petempatan awal Menyatakan jenis petempatan Menyenaraikan faktor penentu tapak petempatan luar bandar Menjelaskan dengan contoh ciri pola petempatan di Malaysia Menyenaraikan fungsi petempatan luar bandar di Malaysia

12.2 PENGENALAN

Petempatan merupakan sesuatu tempat manusia tinggal dan berinteraksi antara satu dengan yang lain melalui pelbagai aktiviti.

Antara aktiviti itu termasuklah pertanian dan perikanan, perlombongan, pembalakan, perindustrian, perniagaan, dan perkhidmatan.

Terdapat petempatan berselerak di kawasan kebun kecil. Ada juga petempatan yang terdiri daripada beberapa buah rumah yang lengkap

dengan kedai, bangunan komersial, dan taman rekreasi. Bandar Georgetown adalah petempatan yang padat. Penduduknya menjalankan

pelbagai jenis kegiatan ekonomi. Di negara Malaysia, petempatan bermula daripada petempatan yang kecil dengan

kegiatan ekonomi yang terhad.

12.3 SEJARAH PETEMPATAN AWAL

Pada masa dahulu, manusia hidup secara nomad. Mereka berpindah-randah untuk mencari  makanan dengan memburu binatang dan mengumpul buah-buahan.

Page 43: Nota Geografi Tingkatan 2

Kira-kira 8 000 S.M, cara hidup mereka mula berubah. Manusia mula pandai mentemak binatang seperti lembu, biri-biri, dan kambing. Mereka juga menanam tanaman seperti padi, gandum, dan jagung.

Perkembangan ini menyebabkan manusia tinggal dan menetap di sesuatu tempat. Seterusnya, manusia mempelbagaikan kegiatan dan menjalankan aktiviti bukan

pertanian seperti perniagaan dan perkhidmatan. Petempatan awal di dunia bermula di lembangan sungai, iaitu di Lembangan

Sungai Tigris-Euphrates (Mesopotamia), Lembangan Sungai Nil, Lembangan Sungai Indus, dan Lembangan Sungai Hwang He.

Keempat-empat petempatan awal ini juga merupakan tamadun yang paling awal. Faktor-faktor yang menggalakkan manusia menetap di keempat-empat lembangan

sungai tersebut adalah hampir sama. Iaitu mempunyai keadaan yang sesuai untuk petempatan dan aktiviti pertanian.

Antaranya termasuklah:i. Dataran sungai yang rata,subur, serta kaya dengan tanih aluvium.

ii. Terdapat kawasan rumput untuk temakan. iii. Sungai yang menyediakan bekalan air tetap untuk kegunaan domestik dan

pengairan. iv. Sungai menyediakan jalan pengangkutan serta pergerakan penduduk,

perniagaan, dan perdagangan.

12.4 PETEMPATAN AWAL DI MALAYSIA

Gua, muara sungai, dan tepi laut merupakan petempatan awal di Malaysia. Gua menjadi pilihan petempatan awal kerana terlindung daripada serangan

musuh, binatang buas, dan cuaca buruk. Contoh kawasan gua ialah Gua Niah (Sarawak) dan Gua Kota Tampan di

Lenggong (Perak) Faktor-faktor yang menggalakkan petempatan awal di lembangan sungai

ialah:a) Kawasan  rata  yang  subur dan tanih aluvium b) Sungai membekalkan air untuk kegunaan domestik dan pengairan ke

kawasan pertanian c) Sungai membekalkan sumber makanan seperti ikan, udang, dan ketam d) Sungai menyediakan jalan pengangkutan untuk pergerakan penduduk,

perniagaan, dan perdagangan e) Terlindung daripada ancaman binatang buas

Muara  sungai menjadi  petempatan  awal disebabkan oleh faktor-faktor berikut: a) Tanah pamah dan tanih aluvium yang subur untuk pertanian. b) Mudah memperoleh bekalan air c) Sungai membekalkan sumber makanan d) Sungai menyediakan jalan pengangkutan mudah dan utama

Kawasan muara sungai yang menjadi petempatan awal ialah Melaka (Sungai Melaka), Lembah Bujang (Sungai Merbok), dan Kerajaan Johor-Riau (Sungai Johor).

Kawasan pantai juga menjadi kawasan petempatan awal kerana laut merupakan salah satu jalan pengangkutan utama.

Page 44: Nota Geografi Tingkatan 2

12.5 JENIS PETEMPATAN DI MALAYSIA

Jenis petempatan terbahagi kepada dua, iaitu a) Petempatan bandarb) Petempatan luar bandar.

Faktor yang membezakan jenis petempatan ini ialah dari a) Segi fungsib) Saiz pendudukc) Kepadatan penduduk.

Petempatan Bandar Petempatan Luar Bandar Ia mempunyai jumlah

penduduk melebihi 10000 orang Kepadatan penduduk adalah

tinggi Aktiviti ekonominya lebih

mengutamakan perniagaan, perdagangan, perkilangan dan perkhidmatan

Contoh petempatan bandar ialah Kuala Lumpur, Ipoh, Kuching dan Kota Kinabalu

 

Ia mempunyai jumlah penduduk kurang daripada 10000 orang

Kepadatan penduduk adalah sederhana atau jarang

Aktiviti ekonominya lebih mengutamakan pertanian, pembalakan, perlombongan dan perikanan

Contoh petempatan bandar ialah Lenggong,  Pengkalan Hulu,  Bagan Datoh dan Beserah

Page 45: Nota Geografi Tingkatan 2

12.6 PETEMPATAN LUAR BANDAR DAN FAKTOR PENENTU TAPAK

Terdiri daripada petempatan kampung dan pekan. a) Petempatan kampung mempunyai penduduk antara 1 hingga 1 999

orang. b) Petempatan pekan mempunyai penduduk antara 2000 hingga 9 999

orang. Menjalankan kegiatan pertanian dan perikanan seperti di Dataran Kedah-Perlis

(menanam padi) dan Pulau Ketam (petempatan nelayan) Faktor yang mempengaruhi petempatan luar bandar ialah:

Faktor Huraian

Bentuk muka bumi

Kawasan tanah pamah - Memudahkan  pembinaan  petempatan  dan penanaman padi . Contoh: Dataran Kedah, Sungai Manik

Kawasan beralun - Sesuai untuk penanaman getah, kelapa sawit, dan nanas. Contoh: Dataran pantai barat SemenanjungMalaysia

Lembah di kawasan tanah tinggi - Sesuai untuk tanaman hawa sederhana. Contoh: Nalapak di Sabah

Sumber air Untuk   kegunaan   harian,   mengairi   kawasan tanaman,

dan aktiviti menangkap ikan. Contoh: Sungai Perak, Sungai Kelantan

Tanih Dataran sungai yang kaya dengan tanih aluvium yang

kaya dengan tanih aluvium untuk penanaman padi Contoh: Dataran Sungai Rajang

Kegiatan ekonomi Pertanian, perikanan, perlombongan Contoh: Kuala Sedili, Mukah, Kuala Besut

Ketersampaian

Berhampiran dengan jalan raya, sepanjang pinggir pantai, dan sungai

Contoh:  Kampung Merang di Terengganu menghadap Laut China Selatan, Sungai Rajang dapat dimudiki hingga ke Kapit

Dasar kerajaan Pembukaan tanah oleh FELDA Contoh: Felda Jengka di Pahang, Felda Air Tawar di

Kota Tinggi

Page 46: Nota Geografi Tingkatan 2

12.7 POLA PETEMPATAN

1. Pola Petempatan Berselerak

Terdapat di kawasan luar bandar. Rumah dibina berselerak tanpa susunan yang tetap serta dipengaruhi juga oleh bentuk muka bumi.

Dibina di tanah pertanian yang dimiliki sendiri. Terdapat di kawasan kebun-kebun kecil getah, kelapa dan padi. Jarak antara bangunan adalah berjauhan antara satu sama lain.

2. Pola Petempatan Berjajar

Rumah dibina dalam satu barisan yang panjang lagi sempit. Pola ini terdapat di sepanjang jalan raya, sungai, kaki bukit, permatang, benteng,

tali air, dan pinggir laut. Ia juga dikenali sebagai petempatan linear.

3. Pola Petempatan Berpusat

Rumah dirapat dan padat dalam satu kawasan. Terdapat di kawasan seperti bandar, bandaraya, kampung baru, ladang getah dan

ladang kelapa sawit. Mempunyai jaringan jalan raya yang baik. Petempatan berfungsi sebagai pusat pentadbiran, perindustrian, perdagangan dan

perkhidmatan

4. Pola Petempatan Berkelompok

Petempatan berkelompok ialah susun atur rumah-rumah secara berkelompok di sesuatu kawasan seperti petempatan FELDA.

Petempatan jenis ini terdapat di simpang jalan raya, jalan kereta api dan muara sungai.

Susun atur rumah dan bangunan di petempatan berkelompok yang terancang adalah lebih teratur.

Page 47: Nota Geografi Tingkatan 2

12.8 FUNGSI PETEMPATAN LUAR BANDAR

FUNGSI HURAIAN

FungsiEkonomi

Pertanian dan perikanan : Contoh petempatan luar bandar yang bertungsi sebagai pusat pengeluar hasil pertanian dan perikanan ialah Dataran Kedah-Perlis, Tanah Tinggi Cameron, dan Dataran Kelantan

Industri kecil : Contoh petempatan luar bandar yang menjalankan industri kecil ialah Kampung Bahagian, Air Hitam, Pulau Pangkor

Pembalakan : Contoh petempatan luar bandar yang bertungsi sebagai pengeluar sumber hutan ialah Sabah dan Sarawak

Rekreasi dan pelancongan : Contoh petempatan luar bandar yang menjalankan aktiviti agropelancongan ialah Taman Agro Sungai Udang dan Taman Agro Selandar

Perniagaan kecil-kecilan : Contohnya kedai runcit

FungsiSosial

Kemudahan awam : Contohnya ialah pejabat pos, klinik desa, kemudahan teleton awam

Pendidikan : Contohnya ialah tadika, sekolah rendah, dan sekolah menengah

Budaya dan sosial : Balai raya, masjid, dewan orang ramai

FungsiPolitik

Berfungsi sebagai pusat pentadbiran kecil-kecilan Ketua Kampung atau Tok Sidang menjalankan fungsi

pentadbiran di kampung dengan bantuan JKKK Penghulu atau Penggawa mentadbir kampung Tuai Rumah mengetuai rumah panjang Tuai Batin mengetuai perkampungan orang asli

Page 48: Nota Geografi Tingkatan 2

12.9 RUMUSAN

TEMA 5 : PETEMPATAN DAN PERKEMBANGAN NYA

Page 49: Nota Geografi Tingkatan 2

UNIT 13 PEMBANDARAN

SUB TAJUK:

13.1 : Objektif13.2 : Pengenalan13.3 : Trend Pembandaran Di Negara Malaysia13.4 : Faktor Yang Mempengaruhi Pembandaran Di Negara Malaysia13.5 : Fungsi Petempatan Bandar13.6 : Kesan Pembandaran Di Malaysia13.7 : Masalah Pembandaran Di Bangkok, Thailand13.8 : Masalah Pembandaran Di Tokyo, Jepun13.9 : Langkah Untuk Menyelesaikan Masalah  Pembandaran Di Malaysia13.10 : Rumusan

13.1 OBJEKTIF

Di akhir unit ini, anda akan dapat : Menjelaskan takrif pembandaran. Menerangkan trend pembandaran. Menyenaraikan faktor-faktor yang mempengaruhi pembandaran negara

Malaysia. Menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi pembandaran negara Malaysia. Menyenaraikan fungsi bandar. Menghuraikan fungsi bandar. Menyatakan fungsi bandar. Menghuraikan kesan pembandaran di negara Malaysia, Bangkok, dan Tokyo. Menyatakan langkah-langkah untuk mengatasi kesan pembandaran. Menyenaraikan langkah-langkah untuk mengatasi masalah pembandaran. Menghuraikan langkah-langkah untuk mengatasi masalah akibat pembandaran

13.2 PENGENALAN

Proses pembandaran menyebabkan jumlah penduduk bandar bertambah dengan pesat disebabkan oleh ramai penduduk bertumpu di kawasan bandar.

Proses pembandaran atau urbanisasi merupakan proses perkembangan sesebuah bandar dari segi saiz penduduk, luas kawasan, fungsi, kemudahan infrastruktur,ekonomi dan sosial. 

Sebagai   contoh, kegiatan ekonomi telah berubah daripada kegiatan pertanian kepada perindustrian, perdagangan, dan perkhidmatan.

13.3 TREND PEMBANDARAN DI NEGARA MALAYSIA

Page 50: Nota Geografi Tingkatan 2

Selepas kemerdekaan, proses pembandaran di Malaysia bertambah dengan pesat. Keadaan  ini  dapat  dilihat  dari  segi  saiz penduduk, kegiatan ekonomi, dan kemudahan infrastruktur.

1. Dari segi saiz penduduka) Jumlah penduduk di bandar telah bertambah berbanding dengan jumlah penduduk

di luar bandar.  b) Sebagai contoh, terdapat 61.8% penduduk Malaysia yang tinggal di bandar-

bandar utama pada tahun 2000. c) Peningkatan jumlah penduduk bandar di Malaysia dari tahun 1980 hingga 2000

adalah seperti berikut:

Tahun Penduduk Bandar (%) Bilangan Bandar1980 28.7 491991 34.2 672000 61.8 138

Jadual  : Jumlah penduduk bandar dan bilangan bandar di Malaysia, 1980 – 2000

2. Dari segi ekonomi Proses pembandaran telah menyebabkan perubahan guna tanah berlaku di kawasan

bandar. Kawasan kegiatan pertanian telah bertukar menjadi kawasan perindustrian,

petempatan, perniagaan, dan perkhidmatan. Fungsi bandar telah semakin bertambah.

3. Dari segi kemudahan sosial dan infrastruktur Pertambahan penduduk  di bandar telah menyebabkan pertambahan keperluan

Kemudahan sosial dan infrastruktur. Contohnya, sistem pengangkutan dan  perhubungan, sekolah, dan hospital.

13.4 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBANDARAN DI NEGARA MALAYSIA

1. Dasar kerajaan Kerajaan membuka beberapa zon industri, seperti zon industri ringan di Kepong,

Zon Perdagangan Bebas di Petaling Jaya, Bayan Lepas, dan Pasir Gudang. Bandar-bandar baru yang berkembang sebagai bandar perindustrian ialah Shah

Alam, Kerteh, Ayer Keroh, dan Senawang. Kawasan luar bandar dibangunkan seperti Rancangan Tanah Kerajaan di Pahang,

Negeri Sembilan, dan Sabah.

2. Taraf pendidikan semakin baik di bandar seperti di Bangi, Sintok, dan Skudai

3. Perkembangan jaringan jalan raya yang baik di bandar-bandar besar seperti bas, teksi, LRT, dan Monorel.

Page 51: Nota Geografi Tingkatan 2

4. Migrasi penduduk dari luar bandar ke bandar disebabkan peluang pekerjaan, kemudahan infrastruktur yang baik, dan pusat hiburan

5. Sumber mineral - penerokaan sumber mineral seperti petroleum, gas asli dan bijih timah telah membangunkan bandar-bandar seperti Miri dan Kerteh.

6. Peluang pekerjaan - terdapat banyak sektor swasta dan kerajaan yang menyediakan peluang pekerjaan

13.5 FUNGSI PETEMPATAN BANDAR

1. Pusat pentadbiran Bandar besar menjadi ibu kota seperti Kuantan, Georgetown, Ipoh, Kuala

Terengganu, Johor Bahru, Kota Bahru, Kuching, dan Kota Kinabalu. Putrajaya telah menjadi Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

2. Pusat perindustrian Kerajaan telah membuka dan memajukan banyak kawasan  industri  melalui 

Dasar  Perindustrian Negara. Kawasan ini membekalkan banyak peluang pekerjaan.

3. Pusat perniagaan dan perdagangan Di bandar-bandar besar terdapat pusat membeli-belah yang bertaraf dunia seperti

Sogo, Lot 10, Times Square, dan Suria KLCC. Bandar juga lengkap dengan pelbagai kemudahan kewangan dan perdagangan

antarabangsa seperti HSBC dan Citibank.

4. Pusat pendidikan Terdapat pelbagai jenis institusi pendidikan tinggi di bandar seperti:

a) Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi b) Universiti Teknologi Mara, Shah Alam c) Universiti Malaya, Kuala Lumpur

5. Pusat pengangkutan dan perhubungan Jalan raya

a) Lebuh raya Utara-Selatan b) Lebuh raya Timur-Barat c) Jalan raya bertingkat

Jalan kereta api a) LRT, Komuter, ERL, Monorel

6. Pusat pelancongan Kuala Lumpur - Muzium Negara, Zoo Negara, Pasar Seni Melaka - Kota A Famosa, Stadhuys, Gereja St. Paul Pulau Langkawi - Pulau bebas cukai, tempat bersejarah

Page 52: Nota Geografi Tingkatan 2

7. Pusat pengumpulan dan pemprosesan Kota Bharu dan Tanjung Karang - Padi

13.6 KESAN PEMBANDARAN DI MALAYSIA

Kesan Positif  Pembandaran

1. Pertambahan peluang  pekerjaan Proses pembandaran  menyebabkan perkembangan pelbagai jenis sektor ekonomi

di bandar yang mewujudkan banyak peluang pekerjaan kepada masyarakat tempatan.

Peluang pekerjaan boleh didapati dalam sektor perindustrian, perdagangan, perniagaan, perkhidmatan, dan pentadbiran

2. Peningkatan kemudahan intrastruktur Pertambahan penduduk di sesuatu kawasan hasil  daripada  proses  pembandaran 

telah menyebabkan peningkatan keperluan kemudahan intrastruktur. Sistem pengangkutan yang cepat terdapat di bandarayaKuala Lumpur. Contohnya

ialah Sistem Pengangkutan Aliran Ringan (LRT), komuter, dan monorel. Selain itu, pusat kesihatan, hospital, pusat pendidikan awam dan swasta, dan

rumah-rumah kos rendah turut ditambahkan sejajar dengan pertambahan penduduk.

3. Peningkatan taraf  hidup Peluang  pekerjaan  yang mencukupi dan pendapatan yang tinggi  di bandar

membolehkan penduduk menikmati   taraf  hidup yang lebih selesa dan moden. Mereka yang menerima tahap pendidikan yang tinggi boleh mendapat pekerjaan

yang lebih baik serta gaji yang lebih lumayan. Keadaan ini secara tidak langsung meningkatkan taraf hidup mereka.

Kemudahan seperti sekolah, hospital, klinik, jalan raya, bekalan air dan elektrik, pusat rekreasi membolehkan penduduk mendapat kemudahan asas yang sempuma dan rawatan kesihatan yang baik.

Kesan Negatif  Pembandaran

1. Kesesakan lalu lintas Kesesakan lalu lintas merupakan masalah yang berlaku hasil daripada

pertambahan hilangan kenderaan yang pesat di bandar. Jaringan jalan raya yang kurang cekap dan keadaan jalan yang kurang memuaskan

juga menyebabkan kesesakan lalu lintas.

2. Pencemaran Jumlah kenderaan yang semakin bertambah di bandar telah menyebabkan

pencemaran udara.

Page 53: Nota Geografi Tingkatan 2

Pelepasan gas-gas bertoksik seperti karbon dioksida, sulfur oksida, karbon monoksida, dan oksida nitrogen telah mencemarkan udara dan menyebabkan berlakunya hujan asid dan masalah pulau haba.

Pertambahan kawasan perindustrian juga menyebabkan pencemaran udara dan air. Pembuangan sisa kilang dan udara kotor telah mencemarkan air sungai dan udara.

Pertambahan penduduk juga mendatangkan isu pencemaran. Pembuangan sampah sarap yang tidak terkawal telah mencemarkan sungai.

3. Banjir kilat Banjir kilat yang sering berlaku di kawasan bandar disebabkan oleh bangunan

konkrit dan jalan raya yang berturap. Apabila hujan turun, air larian permukaan tidak dapat diserap ke dalam tanah

kerana dihalang  oleh jalan  raya  yang  berturap. Keadaan ini menyebabkan banjir kilat berlaku, Sistem perparitan dalam bandar

yang kurang sempurna telah memburukkan lagi masalah ini.

4. Pertambahan kawasan setinggan Pertambahan penduduk di bandar hasil daripada penghijrahan penduduk dari luar

bandar telah menimbulkan  masalah  kekurangan  tempat tinggal. Masalah setinggan di bandar disebabkan oleh kekurangan perumahan, kadar sewa

rumah, dan harga tanah yang tinggi. Kawasan setinggan juga dapat menimbulkan isu sosial  seperti masalah 

keselamatan, kesihatan, dan sebagainya.

5. Kekurangan tenaga kerja di luar bandar Faktor tarikan di bandar telah menyebabkan penghijrahan penduduk luar bandar

ke bandar. Golongan muda yang berpendidikan tinggi lebih gemar mencari pekerjaan dalam

sektor perindustrian, perdagangan, dan perkhidmatan. Keadaan ini menyebabkan mereka berpindah ke bandar. Masalah kekurangan tenaga kerja di kawasan luar bandar timbul akibat daripada

penghijrahan  penduduk  desa  terutamanya penduduk pemuda ke bandar. Keadaan  ini  telah menyebabkan banyak kawasan pertanian di luar bandar

dibiarkan dan tidak dapat dimajukan.

Page 54: Nota Geografi Tingkatan 2

13.7 MASALAH PEMBANDARAN DI BANGKOK, THAILAND

Bangkok ialah ibu negara dan bandar yang terbesar di Thailand. Jumlah penduduk di Bangkok ialah kira-kira 5 juta orang.

Bangkok merupakan bandar primat diThailand. Fungsi  Bandar Bangkok ialah sebagai pusat pentadbiran, pusat perdagangan dan perniagaan, pusat pengangkutan, pusat pengumpulan, dan pusat pelancongan.

Kesan positif akibat proses pembandaran di Bangkok adalah seperti berikut:

a) Peluang pekerjaan yang banyak telah wujud hasil daripada pembukaan kawasan perkilangan.

b) Kewujudan pelbagai kemudahan sosial seperti Hospital Besar Bangkok dan Hospital Bumrungrad.

c) Sistem pengangkutan yang sempurna terdapat di Bangkok. Contohnya ialah lebuh raya bertingkat, pengangkutan aliran ringan (LRT), serta terusan-terusan air yang dikenal sebagai Klong.

d) Pembukaan kawasan pelancongan yang terkenal iaitu Safari World. e) Peningkatan taraf hidup penduduk Bangkok.

Bangkok juga mengalami kesan negatif pembandaran. Antaranya ialah:

a) Masalah kesesakan lalu lintas. Bangkok merupakan salah sebuah bandar yang mengalami kesesakan lalu lintas yang paling serius di dunia.

b) Berlakunya masalah pencemaran air, udara, dan bunyi. c) Kawasan setinggan bertambah akibat daripada kekurangan tempat tinggal.

13.8 MASALAH PEMBANDARAN DI TOKYO, JEPUN

Tokyo mempunyai jumlah penduduk seramai 27 juta orang. Merupakan ibu negara Jepun. Tokyo berfungsi sebagai pusat pentadbiran, pusat perindustrian, pusat perdagangan,

pusat kebudayaan dan pelancongan yang penting di Jepun.

Kesan positif akibat pembandaran di Tokyo adalah seperti berikut:

a) Kewujudan  peluang pekerjaan yang banyak terutamanya di kawasan perusahaan Keihin.

b) Menambahkan kemudahan intrastruktur yang baik  dan  cekap  dalam bandar. c) Contohnya,   perkhidmatan   kereta  api peluru (bullet train) dan landasan kereta

api bawah tanah. d) Wujud kawasan rekreasi dan pelancongan seperti Disneyland. e) Pembangunan kawasan pinggir bandar berlaku. Contohnya, pembandaran di

Tokyo telah menyebabkan kawasan bandar diperluaskan ke sempadan Wilayah Chiba di bahagian timur, Wilayah Kanagawa di bahagian selatan, dan Wilayah Saitama di bahagian Utara.

Page 55: Nota Geografi Tingkatan 2

Kesan-kesan negatif  pembandaran  yang dialami oleh Tokyo ialah seperti berikut: a) Kesesakan lalu lintas b) Kekurangan tempat tinggal c) Pencemaran

13.9 LANGKAH UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH  PEMBANDARAN DI MALAYSIA

1. Kesesakan lalu lintas Masalah   ini   dapat dikurangkan  dengan mengadakan kempen untuk

menggalakkan penduduk menggunakan kenderaan awam atau berkongsi kereta. Selain  itu, jalan raya yang  sempit perlu dilebarkan. Jejantas pula perlu dibinakan. Perkhidmatan pengangkutan aliran ringan (LRT) dan monorel diperkenalkan

untuk mengurangkan penggunaan kenderaan dan masalah kesesakan lalu lintas

2. Pencemaran Pelbagai undang-undang digubal dengan tujuan mengawal kualiti alam sekitar.

Contohnya ialah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974, 1985 (Pindaan). Akta ini dibahagikan kepada: Peraturan Kenderaan Bermotor (Kawalan perlepasan asap, 1977). Peraturan ini mengehadkan perlepasan asap kenderaan kepada 50 HDV. Peraturan Kualiti Alam Sekitar (Udara Bersih, 1978). Peraturan ini menghadkan jarak antara kawasan  industri dengan kawasan kediaman kepada 1000 meter.

Kilang-kilang perlu memasang penapis dan meninggikan cerobong asap. Dendaan  yang tinggi dikenakan terhadap sesiapa yang membebaskan sisa

buangan ke udara dan sungai. Pokok-pokok ditanam di bandar untuk tujuan penghijauan   bandar. Penanaman 

pokok dapat mengekalkan suhu sekeliling. Pencemaran air dapat dikurangkan dengan memasang perangkap sampah  di

sungai. Selain itu, sistem rawatan air kumbahan yang sempuma dengan pembinaan loji

kumbahan perlu dijalankan.

3. Banjir kilat Masalah banjir kilat di bandar berpunca daripada kelemahan dalam sistem

perparitan dan saliran. Jadi taraf sistem perparitan dan saliran perlu dinaikkan. Selain itu, kerja-kerja mendalamkan sungai perlu dilakukan.

4. Kekurangan tempat tinggal Masalah   ini dapat dikurangkan dengan membina lebih banyak rumah kos rendah

dan pangsapuri. Kawasan yang sedia ada perlu ditempatkan semula di petempatan terancang. Masalah kekurangan tempat tinggal berlaku akibat daripada penghijrahan

penduduk luar bandar ke bandar. Konsep memperbandarkan kampung diperkenalkan untuk mengurangkan tumpuan penduduk di bandar.

13.10 RUMUSAN

Page 56: Nota Geografi Tingkatan 2

TEMA 6 : PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN

Page 57: Nota Geografi Tingkatan 2

UNIT 14 PKEPERLUAN PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN AWAL

SUB TAJUK:

14.1 : Objektif14.2 : Pengenalan14.3 : Cara Pengangkutan Dan Perhubungan Awal14.5 : Keperluan Pengangkutan Dan Perhubungan Awal Pada Zaman Penjajahan 14.6 : Rumusan

14.1 OBJEKTIF

Di akhir unit ini, anda akan dapat :

Menyatakan cara pengangkutan dan perhubungan awal negara Malaysia Menyenaraikan keperTuanpengangkutan dan perhubungan awal negara

Malaysia Menghuraikan keperluanpengangktitan dan perhubungan awal negara Malaysia

14.2 PENGENALAN

Sejak bermulanya tamadun manusia, pengangkutan dan perhubungan penting untuk manusia bergerak bagi mengangkut barang dan berutus maklumat antara kelompok.

Pada masa itu jenis pengangkutan yang digunakan ialah binatang dan perahu. Peningkatan interaksi antara manusia dalam kegiatan ekonomi menyebabkan

keperluan terhadap pengangkutan dan perhubungan semakin meningkat.

14.3 CARA PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN AWAL

1. Jalan Darat

Pada peringkat awal, lorong dan denai digunakan untuk kegunaan kereta lembu dan kereta kuda.

Kebanyakan jalan awal tertumpu di tepi sungai kerana kawasan ini rata jika dibandingkan dengan kawasan pedalaman yang bergunung-ganang dan berhutan tebal.

Masyarakat menggunakan jalan darat untuk mencari hasil hutan.

Page 58: Nota Geografi Tingkatan 2

2. Jalan Air

Jenis pengangkutan ini sangat penting kerana tumpuan penduduk adalah di tepi sungai.

Jalan air penting untuk mengangkut penumpang dan mengangkut hasil pertanian. Perahu, rakit, dan jong digunakan untuk mengangkut barangan dan orang.

3. Perhubungan

Perhubungan pada peringkat awal tidak maju. Isyarat asap dan bunyi digunakan untuk menghantar maklumat. Api digunakan untuk mengeluarkan asap ke udara, manakala  batang kayu, beduk

digunakan  untuk mengeluarkan bunyi. Cara-cara di atas digunakan untuk memberi isyarat dan tujuan keselamatan.

14.4 KEPERLUAN PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN AWAL PADA ZAMAN PENJAJAHAN

1. Jalan Darat

Semasa zaman penjajahan, tumpuan diberikan kepada jalan kereta api untuk mengangkut bijih timah:

Taiping ke Port Weld (landasan kereta api pertama) Seremban ke Port Dickson Kuala Lumpur ke Port Swettenham Tenom ke Jesselton (mengangkut hasil pertanian) Jalan  raya dibina di  kawasan  pedalaman untuk mengangkut hasil pertanian atau

hasil perlombongan. Pembinaan lebih banyak jalan raya menyebabkan Iori dan bas diperkenalkan.

Kenderaan ini penting kerana dapat mengangkut barang pukal.

2. Jalan Air

Jalan  air  digunakan untuk  mengangkut  barang makanan dan mesin. Penggunaan kapal wap diperkenalkan semasa kemasukan imigran dari Negara

China dan India. Tongkang digunakan untuk mengangkut bekalan makanan, jentera, dan buruh. Beberapa pelabuhan telah dibuka seperti Pelabuhan Labuan, Pelabuhan

Swettenham, dan Pelabuhan Pulau Pinang.

3. Perhubungan Telegraf diperkenalkan (1876) dan talian telegraf dibina di sepanjang landasan

kereta api. Perkhidmatan pos yang pertama dibina di Pulau Pinang. Tujuan perkhidmatan pos

ialah pengendalian surat, penghantaran dokumen perniagaan, dan bungkusan. Perkhidmatan telefon (1886) diperkenalkan di Negeri-negeri Selat.

14.5 RUMUSAN

Page 59: Nota Geografi Tingkatan 2
Page 60: Nota Geografi Tingkatan 2

TEMA 6 : PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN

UNIT 15 PERKEMBANGAN JARINGAN PENGANGKUTAN

SUB TAJUK:

15.1 : Objektif15.2 : Pengenalan15.3 : Perkembangan Jaringan Pengangkutan15.4 : Kepentingan Jaringan Pengangkutan Terhadap Pembangunan Di Negara Malaysia Dan Kanada15.5 : Kesan-kesan Perkembangan Pengangkutan Terhadap Alam Sekitar15.6 : Langkah-langkah Mengurangkan Pencemaran15.7 : Rumusan

15.1 OBJEKTIF

Di akhir unit ini, anda akan dapat :

Menyatakan perkembangan jaringan pengangkutan negara Malaysia.   Menghuraikan perkembangan jaringan pengangkutan negara Malaysia.   Menyenaraikan faktor-faktor yang mempengaruhi jaringan pengangkutan negara

Malaysia. Menjelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi jaringan pengangkutan negara

Malaysia. Menyatakan kepentingan perkembangan jaringan pengangkutan terhadap

pembangunan negara Malaysia. Menghuraikan kepentingan perkembangan jaringan pengangkutan terhadap

pembangunan negara Malaysia. Membuat rumusan kepentingan pengangkutan di negara Malaysia dan Kanada. Menyenaraikan kesan-kesan perkembangan pengangkutan terhadap alam sekitar

negara Malaysia. Menjelaskan kesan-kesan perkembangan pengangkutan terhadap alam sekitar

negara Malaysia dengan contoh. Menyatakan langkah-langkah untuk mengurangkan kesan-kesan negatif

perkembangan pengangkutan ke atas alam sekitar negara Malaysia. Menghuraikan contoh langkah-langkah mengurangkan kesan-kesan negatif

perkembangan pengangkutan ke atas alam sekitar negara Malaysia.

Page 61: Nota Geografi Tingkatan 2

15.2 PENGENALAN

Dalam Bab 14 anda telah memahami keperluan pengangkutan awal. Pada masa itu keperluan terhadap pengangkutan dipengaruhi faktor ekonomi dan

dasar penjajah. Kini, negara kita sedang mengalami pembangunan yang pesat. Terdapat perubahan dan perkembangan dalam sistem pengangkutan. Kita akan mempelajarinya dalam bab ini.

15.3 PERKEMBANGAN JARINGAN PENGANGKUTAN

Pengangkutan Darat

1. Jalan Raya Paling utama di Malaysia. Jalan raya lebih tertumpu di pantai barat berbanding

pantai timur SemenanjungMalaysia. Pantai barat Sabah danSarawak juga padat dengan jalan raya. Jalan raya dibina untuk menghubungkan kawasan pertanian, perlombongan, dan

perikanan dengan pelabuhan - Prai ke Pelabuhan Pulau Pinang dan Petaling Jaya ke Pelabuhan Klang.

Lebuh raya dibina untuk memendekkan jarak perjalanan dan menjimatkan masa. a) Lebuh raya Utara-Selatan (PLUS)- menghubungkan Bukit Kayu Hitam

dengan Johor Bahru b) Lebuh raya Timur-Barat- menghubungkan Grik dengan Jeli c) Lebuh raya Persekutuan - menghubungkanKuala Lumpur dengan

Pelabuhan Klang d) Lebuh raya Pan-Borneo- menghubungkan Kuching dengan Bintulu

dan Miri Jalan raya bertingkat dibina untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Contohnya, Kerinchi Link di Kuala Lumpur. Selain itu terowong dibina untuk memendekkan masa perjalanan seperti Penchala Link di Kuala Lumpur.

2. Jalan Kereta Api

Perkhidmatan kereta api digunakan untuk mengangkut penumpang dan barangan pukal seperti bijih timah dan kayu balak.

Perkhidmatan kereta api diuruskan oleh Kereta Api Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Terminal kereta api yang utama ialah Tumpat, Gemas, dan Kuala Lumpur Sentral. Kereta api ekspress diperkenalkan untuk menghubungkan bandar-bandar utama.

a) Ekspres Antarabangsa menghubungkan Bangkok, Kuala Lumpur, dan Singapura

b) Ekspres Sinaran dan Ekspres Langkawi, perkhidmatan utara-selatan c) Ekspres Kenali dan Ekspres Wau, perkhidmatan pantai timur

Page 62: Nota Geografi Tingkatan 2

Di Kuala Lumpur, sistem kereta api dibaik pulih dandisediakan perkhidmatan bersepadu untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas, memendekkan masa perjalanan dan mengurangkan pencemaran udara.

a) PUTRA-LRT b) KL Monorel c) STAR-LRT d) ERL (Express Rail Link)

Pengangkutan Air

Terdapat tiga jenis pengangkutan air di Malaysia iaitu, pengangkutan sungai, pengangkutan pesisiran pantai dan pengangkutan laut.

1. Pengangkutan Sungai

Pengangkutan sungai adalah lebih penting di Sabah dan Sarawak kerana jalan raya dan jalan kereta api kurang dimajukan.

Pengangkutan ini hanya terhad di kawasan pedalaman kerana kos yang lebih murah dan mudah untuk mengangkut barangan pukal dan penumpang dari kawasan pedalaman ke kawasan bandar.

Sungai-sungai yang dapat dimudiki adalah seperti Sungai Rajang, Sungai Kinabatangan, Sungai Pahang dan Sungai Perak.

Sungai Rajang dapat dimudik hingga ke Kapit dan boleh digunakan untuk mengangkut barangan pukal seperti kayu balak dan penumpang.

Sungai Kinabatangan digunakan untuk menghanyutkan kayu balak dari kawasan pedalaman hingga ke Sandakan.

Di Semenanjung Malaysia, pengangkutan sungai hanyalah terhad di kawasan pedalaman Pahang dan Kelantan.

Di Pahang, cara untuk sampai ke Taman Negara ialah dengan menaiki bot dan yang menyusuri Sungai Tembeling.

2. Pengangkutan Pesisiran Pantai

Pengangkutan pesisiran pantai penting bagi penduduk pinggir pantai untuk mengangkut barangan pukal dari pelabuhan kecil ke pelabuhan besar.

Lumut ialah sebuah pelabuhan kecil yang membolehkan bot-bot dari Pulau Pangkor bersinggah. Pelabuhan  ini juga mengumpulkan hasil tangkapan laut dan menjual di seluruh SemenanjungMalaysia.

Pelabuhan ini juga terdapat perkhidmatan polis marin dan pangkalan tentera laut untuk mengawal keselamatan perairan negara.

Pelabuhan-pelabuhan pesisiran pantai yang penting ialah, Sandakan, Lahad Datu, Mukah, dan Sibu

3. Pengangkutan Laut

Pengangkutan laut penting bagi perdagangan antarabangsa. Pengangkutan laut di Malaysia dapat berkembang kerana:

Page 63: Nota Geografi Tingkatan 2

a) Dapat mengangkut barangan pukal dengan kos murah b) Mempunyai pelabuhan terlindung c) Mempunyai pelabuhan yang dalam d) Mempunyai kemudahan gudang e) Terletak di lokasi strategik

Syarikat Perkapalan Antarabangsa Malaysia (MISC) mengendalikan semua urusan perdagangan luar Malaysia. Ini adalah kerana MISC memiliki kapal kargo, kapal tangki, kapal kontena dan kapal penumpang dengan jumlah yang banyak.

Antara pelabuhan antarabangsa yang penting di Malaysia ialah: a) Pelabuhan Klang b) Pelabuhan Pulau Pinang c) Pelabuhan Pasir Gudang  d) Pelabuhan Kuantan

Pelabuhan antarabangsa biasanya dilengkapi dengan perkhidmatan gudang, limbungan membaiki kapal dan kren memunggah.

Pelabuhan yang mempunyai kemudahan kontena ialah Pelabuhan Klang, Pelabuhan Pulau Pinang, Pelabuhan Pasir Gudang, Pelabuhan Kuantan dan Pelabuhan Bintulu.

Pelabuhan Klang merupakan pelabuhan yang tercanggih dan termoden di Malaysia. Ia menyediakan kemudahan kontena dan kemudahan membaiki kapal.

Pelabuhan Pulau Pinang merupakan pelabuhan kedua penting di Malaysia. Ia mengendalikan eksport dan import di utara Semenanjung Malaysia.

Pelabuhan Pasir Gudang merupakan pelabuhan ketiga penting di Malaysia. Ia menyediakan kemudahan membaiki dan membuat kapal serta mengendalikan eksport dan import di selatan Semenanjung Malaysia.

Pelabuhan-pelabuhan utama di Sabah ialah Pelabuhan Kota Kinabalu dan Sandakan.

Pelabuhan utama di Sarawak ialah Pelabuhan Kuching di Pending. Kos pengendalian yang rendah telah menyebabkan pengangkutan laut sesuai

untuk urusan eksport dan import barangan pukal.

Pengangkutan Udara

Pengangkutan udara merupakan cara pengangkutan yang cekap dan cepat tetapi kosnya mahal.

Laluan pengangkutan udara menghubungkan bandar-bandar utama negara di dunia.

Hampir semua negeri di Malaysia mempunyai perkhidmatan udara kecuali Perlis dan Negeri Sembilan.

Pengangkutan udara berperanan penting dalam menghubungkan Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak

Di Sabah dan Sarawak mempunyai lebih banyak lapangan terbang untuk perkhidmatan dalam negeri kerana:

a) Kebanyakan  petempatan terletak di kawasan pedalaman b) Kawasan yang luas dan bergunung-ganang

Page 64: Nota Geografi Tingkatan 2

c) Pengangkutan darat yang kurang dimajukan Perkhidmatan pengangkutan udara di Malaysia terbahagi kepada dua iaitu,

perkhidmatan domestik dan perkhidmatan antarabangsa. Perkhidmatan pengangkutan udara domestik di Malaysia melibatkan penerbangan

dalam negeri seperti dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur. Antara lapangan terbang domestik di Malaysia ialah seperti di Kepala Batas (Kedah), Ipoh, Kuantan, Kota Bharu dan Kuala Terengganu.

Perkhidmatan pengangkutan udara antarabangsa di Malaysia menghubungkan Malaysia dengan bandar di luar negara seperti Tokyo, London, Paris dan Bangkok.

Lapangan terbang antarabangsa di Malaysia ialah: a) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang,

Selangor b) Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang c) Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor d) Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Kedah e) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak f) Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah

Pengangkutan udara di Malaysia dikendalikan oleh Penerbangan Malaysia (MAS), Air Asia, Syarikat Penerbangan Pelangi dan Penerbangan Sabah.

Terdapat juga syarikat penerbangan asing di Malaysia seperti Cathay Pasifik, Lufthansa dan British Airways.

15.4 KEPENTINGAN JARINGAN PENGANGKUTAN TERHADAP PEMBANGUNAN DI NEGARA MALAYSIA DAN KANADA

Malaysia   Kanada

Sistem pengangkutan darat Malaysia sangat cekap, terdapatLebuh raya Utara-Selatan dari utara ke selatan.

Jambatan dibina untuk menghubungkan Pulau Pinang dengan tanah besar Semenanjung Malaysia.

Jaringan jalan kereta api dibina untuk menghubungkan kawasan pedalaman dan mengangkut hasil pertanian.

Terdapat banyak pelabuhan pesisiran pantai, perikanan, dan kontena untuk kemudahan perdagangan.

Di Sabah, terdapat Sungai Kinabatangan dan di Sarawak terdapat Sungai Rajang untuk menghubungkan kawasan pedalaman.

Pengangkutan udara membawa penumpang, mengangkut barangan, dan menggalakkan pelancongan serta menghubungkan kawasan pedalaman dengan bandar.

Sistem pengangkutan darat maju, terdapat lebuh raya, Trans Canada Highway.

Sebuah jambatan dibina untuk menghubungkan New Brunswick dengan tanah besar, iaitu Jambatan New Brunswick.

Jaringan landasan kereta api sangat luas, kereta api digunakan untuk mengangkut barang pukal seperti gandum di Prairie.

Pembinaan jalan kereta api menggalakkan pembukaan lebih banyak kawasan tanaman gandum.

Jalan Air St. Lawrence menggalakkan lahirnya industri baru di Tanah Pamah St. Lawrence dan bandar-bandar baru wujud di Montreal, Quebec, dan Ottawa

Pengangkutan udara digunakan untuk mengesan dan mengawal kejadian kebakaran, menghubungkan kawasan pedalaman, membawa penumpang, dan mengangkut barangan.

Page 65: Nota Geografi Tingkatan 2

15.5 KESAN-KESAN PERKEMBANGAN PENGANGKUTAN TERHADAP ALAM SEKITAR

1. Pencemaran Udara Pertambahan bilangan kenderaan di bandar-bandar telah meningkatkan kadar

pencemaran udara. Asap kenderaan seperti kereta dan lori boleh mencemarkan udara bandar-bandar

di Malaysia. Gas-gas yang mencemarkan udara yang dihasilkan oleh kenderaan ialah seperti

nitrogen oksida, karbon dioksida, karbon monoksida dan sulfur dioksida. Di samping itu, pencemaran udara juga boleh meningkatkan suhu atmosfera dan

menjejaskan kesihatan penduduk seperti menyerang tisu sistem pemafasan manusia dan haiwan.

Kuala Lumpur mempunyai lebih kurang 1 juta kenderaan bermotor keluar masuk setiap hari untuk bekerja. Ini boleh menambahkan lagi pencemaran udara dan menyebabkan berlakunya jerebu.

2. Pencemaran Bunyi

Pertambahan kenderaan di kawasan bandar boleh menghasilkan bunyi yang bising dan mencemarkan bunyi di bandar.

Penduduk yang tinggal berhampiran dengan jalan raya utama dan lebuh raya selalu mengalami keadaan   yang   bising   dan ketenteraman emosi mereka akan terganggu.

Selain itu, kerja-kerja pembinaan jalan raya dan lebuh raya juga boleh menghasilkan bunyi bising yang kuat

3. Perubahan Landskap

Pembinaan  sistem  pengangkutan  boleh mengubah landskap fizikal sesuatu kawasan.

Pembinaan lebuh raya atau melebarkan jalan raya boleh menyebabkan cerun bukit dipotong dan hutan-hutan ditebang dengan banyaknya.

Projek memotong dan menarah bukit boleh menyebabkan kejadian hakisan cerun. Seterusnya apabila berlaku hujan lebat, air hujan boleh melonggarkan tanah dan

menyebabkan berlakunya tanah runtuh.

15.6 LANGKAH-LANGKAH MENGURANGKAN PENCEMARAN

Langkah-langkah untuk mengurangkan kesan negatif perkembangan pengangkutan terhadap alam sekitar ialah:

Memasang alat catalytic converter pada ekzos kereta Pengurusan trafik yang lebih efisien Kawalan undang-undang Kempen kesedaran Menanam rumput di cerun    

Page 66: Nota Geografi Tingkatan 2

15.7 RUMUSAN

TEMA 6 : PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN

UNIT 16 PERKEMBANGAN SISTEM PERHUBUNGAN

Page 67: Nota Geografi Tingkatan 2

SUB TAJUK:

16.1 : Objektif16.2 : Pengenalan16.3 : Perkembangan Sistem Perhubungan Negara Malaysia16.4 : Perbandingan Kepentingan Sistem Perhubungan di Negara Malaysia Dan Kanada16.5 : Kesan Perkembangan Sistem Perhubungan Di Malaysia16.6 : Langkah-langkah Untuk Mengurangkan Kesan-kesan  Negatif16.7 : Rumusan

16.1 OBJEKTIF

Di akhir unit ini, anda akan dapat :

Menyatakan perkembangan sistem perhubungan negara Malaysia Menghuraikan perkembangan sistem perhubungan negara Malaysia Menyenaraikan faktor-faktor yang mempengaruhi jaringan perhubungan negara

Malaysia Menjelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi jaringan perhubungan negara Malaysia

Menyatakan kepentingan jaringan perhubungan Menghiraikan kepentingan jaringan perhubungan (ekonomi, sosial, governan) Membuat rumusan tentang kepentingan perhubungan (negara Malaysia dan

Kanada) menyenaraikan kesan perkembangan perhubungan Menjelaskan kesan perkembangan perhubungan dengan contoh Menyatakan langkah-langkah mengurangkan kesan negatif perkembangan

perhubungan Menghuraikan langkah-langkah mengurangkan kesan negatif perkembangan

perhubungan

16.2 PENGENALAN

Di negara Malaysia, perhubungan awal bermula dengan adanya perkhidmatan pos.

Namun, perkhidmatan pos hanya terhad dalam hal surat-menyurat. Kaedah ini menyebabkan maklumat yang ingin disampaikan terpaksa mengambil

masa yang agak lama untuk sampai ke destinasinya. Apabila alat-alat perhubungan yang moden dan lebih efektif fungsinya tercipta,

sistem perhubungan di negara Malaysia turut berkembang. Telefon, telegraf, teleks, dan faksimili digunakan untuk menghantar dan

menerima maklumat dengan lebih cepat. Fungsinya sangat penting dalam aktiviti seharian penduduk negara Malaysia.

Page 68: Nota Geografi Tingkatan 2

16.3 PERKEMBANGAN SISTEM PERHUBUNGAN NEGARA MALAYSIA

Sistem perhubungan diMalaysia berkembang pesat selepas merdeka. Faktor-faktor yang mempengaruhinya ialah perkembangan teknologi, dasar

kerajaan, dan perkembangan sosioekonomi Pengenalan dan pengunaan telefon selular, komputer dan internet telah

meletakkanMalaysia sebaris dengan negara maju dalam bidang teknologi maklumat.

Alat-alat perhubungan seperti Radio,Televisyen,Telefon,dan Komputer.

1. Radio

Bermula pada tahun 1950-an Beroperasi sementara di Jalan Young ( kini Jalan Cenderasari ) di Kuala Lumpur 1956, telah berpindah ke Rumah Persekutuan Kuala Lumpur. Oktober 1969, Angkasapuri dimulakan Radio dan televisyen digabungkan di bawah Kementerian Penerangan.

2. Televisyen

1963 televisyen hitam putih telah dilancarkan 1978 siaran berwarna dilancarkan Pembinaan satelit bumi di Kuantan dan Melaka, siaran langsung dari luar negeri

diadakan melalui TV1 dan TV2 TV3 ditubuhkan pada 1984 dan NTV7 pada 1998 Satelit Malaysia MEASAT 1 dan MEASAT II dilancarkan pada tahun 1996 Terdapat juga sebuah stesen televisyen baru iaitu ASTRO (Siaran TV Berbayar)

3. Telefon

Bermula selepas 1960-an Bermula dengan kabel darat kini telah berkembang kepada kabel selular Semenanjung Malaysia dihubungkan dengan Sabah dan Sarawak menerusi kabel

laut antara Kuantan dengan Kuching. Ini membolehkan sambung jauh terus dail (STD) dijalankan seluruh negara. Projek Kabel Pulau Pinang- Medan dan Kabel Asean menghubungkan Malaysia

dengan Thailand, Singapura dan Indonesia. Satelit Antarabangsa iaitu Intelsat IV-A dan Intelsat V  mengendalikan

telekomunikasi di asia. Kini gentian optik telah dicipta untuk menggantikan wayar kuprum yang terhad

kapasitinya. 4. Komputer

Bermula dengan komputer peribadi (PC) Alat untuk menyimpan dan memproses maklumat Internet diperkenalkan dengan laman web teks, visual dan audio. Terdapat juga e-mel dan mel elektronik

Page 69: Nota Geografi Tingkatan 2

Kerajaan telah menubuhkan Koridor Raya Multimedia (MSC) untuk memajukan Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT)

Perkembangan ini telah memajukan pelbagai bidang seperti e-kerajaan, tele-perubatan, e-learning, e-village, e-dagang, e-sidang.

ICT juga telah menyebabkan wujudnya kad pintar atau MyKad.

16.4 PERBANDINGAN KEPENTINGAN SISTEM PERHUBUNGAN DI NEGARA MALAYSIA DAN KANADA

Malaysia   Kanada Semenanjung Malaysia terpisah

daripada sabah dan Sarawak oleh Laut China Selatan yang memerlukan sistem perhubungan yang baik untuk pembangunan

ICT penting untuk ekonomi ICT penting dalan bidang

pendidikan contonnya Universiti Multimedia dan UNITAR

Terdapat tele-perubatan contohnya Hospital Selayang

Terdapat MSC (Multimedia Super Corridor)

MSC-Mutimedia Super Corridor terletak antara Kuala Lumpur dan KLIA.

Bandar penting ialah Putrajaya dan Cyberjaya

Menara Kuala Lumpur - Menara telekomunikasi keempat tertinggi di dunia (421m)

Berfungsi sebagai stesen transmisi untuk telekomunikasi,radio dan TV

 

Salah sebuah negara terbesar di dunia yang sebahagian besar kawasan utaranya terpencil

ICT penting dalam ekonomi ICT semakin penting dalam

pendidikan contohnya di beberapa universiti.

Perkhidmatan tele-perubatan banyak terdapat di Kanada.

Terdapat NIT (Niagara International Teleport)

NIT-Niagara International Teleport. Terletak di Jambatan Peace antara Amerika Syarikat dan Kanada.

Bandar penting ialahFort Erie Menara CN-Menara

telekomunikasi yang tertinggi di dunia (553m)

Memberi perkhidmatan telekomunikasi yang cepat dan cekap

 

16.5 KESAN PERKEMBANGAN SISTEM PERHUBUNGAN DI MALAYSIA

Kesan-kesan Positif

1. Wujudnya dunia tanpa sempadan

Page 70: Nota Geografi Tingkatan 2

Sempadan dan jarak bukan halangan untuk kegiatan ekonomi,pendidikan dan penyelidikan.

Dunia merupakan pasaran besar yang mudah didekati Semua maklumat dan perkhidmatan boleh diakses dengan mudah,cepat dan

murah Dikenali sebagai globalisasi

2. Kegiatan ekonomi dapat diperluaskan ICT dalam kewangan, pengangkutan, pendidikan dan pentadbiran akan lebih

berkesan dan cekap Contohnya, bank-bank telah menggunakan ICT melalui ATM

3. Perkhidmatan 'On-line' memberi banyak kemudahan Contohnya, boleh memperbaharui lesen memandu atau membayar bil-bil yang

pelbagai di mana-mana pejabat pos yang dilengkapi dengan komputer.

4. Memberikan perkhidmatan yang baik Penggunaan ICT dalam penerbangan,perkapalan dan kereta api memberi

perkhidmatan yang lebih cepat,selamat dan mudah Dari segi pendidikan pula, CD-ROM dan e-learning dalam proses pengajaran dan

pembelajaran

Kesan-kesan Negatif

1. Pengaruh budaya asing

Proses globalisasi mendedahkan penduduk negara kita kepada budaya asing yang mungkin bercanggah dengan budaya kita.

2. Pengaruh maklumat palsu

Penyalahgunaan internet membazirkan masa dalam permainan video,'chatroom' dan sebagainya

Laman-laman web juga disogok dengan maklumat yang salah maklumat juga boleh terdedah kepada bahaya ancaman seperti diintip, dipintas, dipinda atau diolah.

Mungkin juga terjadi serangan virus yang membawa banyak kerugian

3. Pengangguran

Penggunaan ATM boleh menyebabkan keperluan pekerja berkurangan di bank.

16.6 LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGURANGKAN KESAN-KESAN NEGATIF

1. Pengawalan

Dilakukan oleh pihak-pihak berkuasa

Page 71: Nota Geografi Tingkatan 2

Negara kita berhati-hati dalam usaha membangunkan ekonominya dalam dunia tanpa sempadan

Salah satu caranya ialah meningkatkan taraf ICT di kalangan penduduk

2. MAMPU (Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan)

Bertanggungjawab ke atas keselamatan ICT di sektor awam Dasar Keselamatan ICT Sektor Awam dan Standard Keselamatan ICT boleh

dijadikan sebagai panduan untuk pengguna internet. Akta Siber pula untuk mengawal penyalahgunaan ICT.Contohnya Akta

Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Undang-undang Siber Malaysia.

16.6 RUMUSAN

Page 72: Nota Geografi Tingkatan 2