5
BAB 5 TOKOH YANG BERHEMAH TINGGI

Nota hemah Tinggi

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Pendidikan Moral Tingkatan 4

Citation preview

BAB 5 TOKOH YANG BERHEMAH TINGGI

BAB 5TOKOH YANG BERHEMAH TINGGIPENERANGAN NILAI: HEMAH TINGGI

Berhemah tinggi memerlukan kita berkelakuan secara bersopan santun, berbudi pekerti mulia dan lemah lembut.

Seseorang yang berhemah tinggi tidak akan bergaduh, bertindak agresif atau mengganggu ketenteraman orang lain.

Seseorang yang berhemah tinggi aan memberi layanan mesra dan beradab sopan untuk mengekalkan kesejahteraan dan keharmonian antara dirinya dengan individu lain termasuk keluarganya sendiri, rakan di sekolah ataupun masyarakat.

Amalan berhemah tinggi biasanya ditunjukan dalam pertuturan iaitu tidak menggunakan kata kasar dan menggunakan kata-kata beradab apabila berinteraksi.

Kesopanan merupakansatu konsep penting dalam nilai berhemah tinggi.

Orang yang bersopan tidak angkuh, tidak berlagak atau tidak sombong ketika bergaul

KANDUNGAN AKADEMIK:TINDAKAN YANG BIJAKSANA MELALUI PENDEKATAN BERHEMAH

RAMAH MESRA TANPA MENGIRA STATUS

Orang yang berhemah tinggi gemar bergaul mesra, tidak menjadi kera sumbang atau mengasingkan diri daripada orang lain, dan sentiasa berbudi bahasa dalam pergaulan seharian.

Oran gyang berbudi bahasa akan hidup lebih sejahtera dan aman kerana sentiasa menjadikan ungkapan tutur kata yang lembut akan menggembirakan, tutur kata yang kasar akan mendukakan sebagai pedoman hidup.

Perhubungan mesra antara individu adalah penting supaya keharmonian, perpaduan dan keamanan sesama manusia dapat dikekalkan.

Sesorang yang beramah mesra akan:Mengeratkan hubungan dengan orang lain tanpa mengira kaum dan status.Akan mendapat banyak kawanSeorang yang tidak mementingkan diri sendiri, sanggup menolong, memahami perasaan orang lain dan bersikap simpati. USAHA MENYESUAIKAN DIRI DALAM PELBAGAI SITUASI

Seseorang individu perlu mengubah cara hidup, pertuturan dan perlakuannya untuk menyesuaikan diri dengan keadaan dan tempat baru baginya.

Usaha menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi memerlukan beberapa kemahiran asas iaitu;

Seseorang itu perlu peka terhadap keadaan persekitarannya seseorang itu perlu ada kemahiran untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran barunya

Kebaikan menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi adalah di terima oleh semua golongan masyarakat.

Keburukan orang yang tidak dapat menyesuaikan diri ialah sukar didampingi, lebih suka bersendirian, jarang mengambil bahagian dalam majlis keramaian dan mungkin disisihkan masyarakat dan rakan sekerjanya kerana tidak mengubah sikapnya,