24
PETA BULATAN Langkah membina peta bulatan 1. Lukiskan sebuah bulatan kecil di bahagian tengah. 2. Tuliskan topik utama yang ingin diperkenalkan dalam bulatan tersebut 3. Lukiskan sebuah bulatan yang lebih besar mengelilingi bulatan kecil tersebut 4. Isikan bahagian dalam bulatan besar dengan segala maklumat berkaitan dengan topik tersebut untuk

Nota i Think

Embed Size (px)

DESCRIPTION

ithink

Citation preview

Page 1: Nota i Think

PETA BULATAN

Langkah membina peta bulatan

1. Lukiskan sebuah bulatan kecil di bahagian tengah.

2. Tuliskan topik utama yang ingin diperkenalkan dalam bulatan tersebut

3. Lukiskan sebuah bulatan yang lebih besar mengelilingi bulatan kecil tersebut

4. Isikan bahagian dalam bulatan besar dengan segala  maklumat berkaitan dengan topik tersebut untuk menjana idea (proses sumbangsaran).

Page 2: Nota i Think

5. Lukis bingkai di bahagian luar bulatan besar untuk menyatakan sumber rujukan atau sudut pandangan daripada pelbagai pihak.

Page 3: Nota i Think

PETA BUIH

Langkah membina peta buih

1. Lukiskan sebuah bulatan dibahagian tengah dan labelkan topik utama di dalamnya.

2. Lukiskan beberapa bulatan disekelilingnya untuk diisi dengan kata adjektif /kata sifat bagi topik tersebut

3. Sambungkan semua bulatan tersebut dengan topik utama menggunakan garis lurus.

4. Senaraikan beberapa banyak kata /frasa adjektif berkaitan sama ada positif/ negative .Warna yang berbeza boleh digunakan .

5. Contoh:

Page 4: Nota i Think

Kata Adjektif-Cantik,Baik hati,Periang,Pandai,Pendiam,Cemburu,Malas

Frasa Adjektif-Bertelinga besar-Berion positif,Bersisik tebal.

Page 5: Nota i Think

PETA BUIH BERGANDA

Langkah membina Peta Buih Berganda.

1. Lukiskan 2 bulatan (berwarna biru dan merah)di dua bahagian untuk menulis 2 topik (objek /idea)yang ingin dibandingkan .

2. Tuliskan kedua-dua topic tersebut di dalamnya .

3. Lukiskan beberapa bulatan di sekelilingnya termasuklah di antara 2 bulatan utama .

Page 6: Nota i Think

4. Sambungkan semua bulatan dengan 2 topik utama menggunakan garis lurus .

5. Bagi bulatan (berwarna hijau)yang berada di antara 2 topik ,gabungkannya  dengan kedua-dua topic untuk mewakili persamaan .

6. Isikan semua perbezaan di dalam bulatan (mewakili kuning atau ungu)yang hanya bersambung dengan 1 topik sahaja .

7. Peta ini juga boleh digunakan untuk menunjukkan persamaan sahaja atau perbezaan sahaja.

Page 7: Nota i Think

PETA POKOK

Langkah Membina Peta Pokok.

1. Tuliskan tajuk /topik utama dibahagian atas dan gariskannya.

Page 8: Nota i Think

2. Lukiskan garisan untuk mengasingkan topic utama kepada beberapa kumpulan /kategori.

3. Tuliskan setiap kategori pada setiap cabang pengelasan.

4. Senaraikan contoh/penjelasan bagi setiap kategori.

5. Gariskan setiap contoh yang ditulis.

Page 9: Nota i Think

PETA DAKAP

Langkah Membina Peta Dakap

1. Digunakan untuk mengkaji /menganalisa objek secara fizikal /maujud.

2. Tuliskan bahagian objek yang ingin dipisahkan dan gariskannya.

3. Tuliskan bahagian/pecahan utama.

4. Tuliskan bahagian /komponen yang lebih kecil di sebelah kanannya.

Page 10: Nota i Think

5. Lukiskan ({) untuk menggabungkan /menyatuhkan objek dan komponennya.

Page 11: Nota i Think

PETA ALIR

Langkah Membina Peta Alir.

1. Tuliskan tajuk (peristiwa/langkah)2. Lukiskan sebuah kotak di sebelah kiri kertasdan isikan dengan

langkah dengan langkah pertama untuk menghasilkan /membina/membuat……

3. Lukiskan anak panah mengarah ke sebelah kanan.4. Lukiskan kotak yang kedua dan isikan dengan langkah seterusnya .5. Ulangi langkah sehingga tamat proses yang  diterangkan.6. Sambung kan kotak dari kiri ke kanan untuk baris  berikutnya (jika

perlu).7. Sekiranya terdapat peneranganselanjutnya ,lukiskan kotak kecildi

bawah langkah utama berkenaan.

Page 12: Nota i Think

8. Cadangan topik-Apakahyang dilakukan semasa cuti sekolah?

PETA PELBAGAI ALIR

Page 13: Nota i Think

Langkah Membina Peta Pelbagai Alir

1. Digunakan untuk mnerangkan analisis sebab dan kesan .2. Lukiskan kotak di bahagian tengah dan tuliskanperistiwa tersebut yang

dikaji.3. Di sebelah kiri rajah, tuliskan sebab-sebab berlakunya peristiwa

tersebut dalam kotak berasingan .4. Sambungkan setiap sebab dengan anak panah mengarah kepada

peristiwa.5. Tuliskan beberapa kesan daripada peristiwa tersebut dalam kotak di

sebelah kanan .6. Lukis anak panah mengarah ke kotak sebelah kanan.

Page 14: Nota i Think

7. Peta ini juga boleh digunakan untuk menerangkan sebab atau kesan sahaja.

8. Cadangan Topik-Saya berjaya dalam perperiksaan.

Page 15: Nota i Think

PETA TITI

Langkah Membina Peta Titi

1. Lukiskan sebuah garisan dan tuliskan factor penghubung (realiting factor)di bahagian kiri.

2. Faktor penghubung (RF) adalah frasa setara yang mengaitkan  ananlogi .

3. Lukiskan garisan dan tuliskan di bahagian atas dan bawahnya pasangan yang berkaitan.

Page 16: Nota i Think

4. Seterusnya ,ikuti langkah yang sama untuk pasangan berikutnya.

5. Kedua-dua pasangan berkaitan ini disambung oleh puncak oleh puncak .

6. Sambungkan pasangan setrusnya sehingga tamat.

7. Sentiasa meletakkan ‘as’ yang bererti  sama seperti  pada peta titi.

Cara membaca peta titi di atas :

Peribahasa umpama aur dengan tebing yang bermaksud hidup saling memerlukan antara satu sama lain  seperti perbahasa  enau dalam belukar yang melepaskan pucuk masing-masing yang bermaksud  sikap mementingkan diri sendiri  sama seperti….

Page 17: Nota i Think

AKTIVITI PENDEDAHAN PROGRAM i-THINK SK BATU MUDA.

Page 18: Nota i Think

Bagi meningkatkan kesedaran dan minat warga sekolah terhadap program i-Think ini, aktiviti

membuat mural telah dilakukan. Aktiviti ini dilakukan oleh murid-murid Tahun 6 bersama dengan

Puan Aznida dan dibantu oleh Encik Mior. Mural yang dilukis adalah tentang jenis-jenis peta

pemikiran seperti peta bulatan, peta buih, peta buih berganda, peta pokok, peta dakap, peta alir,

peta titi dan peta pelbagai alir. Aktiviti membuat mural berlangsung selama 3 hari bermula pada hari

Rabu, 6hb November sehingga Jumaat, 8hb November 2013 semasa waktu persekolahan.

PENGENALAN

Page 19: Nota i Think

Projek ini membantu pihak sekolah dengan memupuk kemahiran berfikir; menyemai budaya pembelajaran sepanjang hayat; mahir di dalam menyelesaikan masalah dan berupaya menghasilkan jalan penyelesaian secara kreatif di kalangan murid sekolah. i-THINK melahirkan inovator generasi masa depan Malaysia dengan kebolehan dan kemahiran berfikir secara kritis serta berupaya untuk menyesuaikan diri dan menangani cabaran pada masa akan datang.

Agensi Inovasi Malaysia (AIM) merupakan badan berkanun yang ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia untuk memacu dan memperkukuh kemajuan Malaysia dengan mempercepat budaya inovasi.

Penyediaan peluang sama rata serta pendidikan berkualiti untuk semua merupakan fokus utama Kementerian Pelajaran Malaysia. Matlamat pendidikan Malaysia telah dimanifestasikan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan tujuan muktamad untuk mencapai wawasan negara dalam menyediakan anak-anak Malaysia supaya menjadi individu yang berpengetahuan dan berkemahiran ke arah menghadapi cabaran Abad ke-21.

Penekanan juga diberi kepada sains, teknologi dan teknologi maklumat, selain daripada menyemai etika moral dan etika kerja yang baik. Ini menjadi tumpuan utama untuk membangunkan kurikulum bertaraf dunia yang akan membantu guru, ibu bapa dan murid agar seiring dengan kadar perubahan ekonomi dan teknologi yang bergerak pantas.

Akses, ekuiti dan pendidikan berkualiti akan memastikan masa depan yang progresif untuk Malaysia, dan turut mengambil kira bidang-bidang yang sukar dicapai. Di bawah Rancangan Malaysia Ke-10, inisiatif baru dipertingkat melalui kitaran hayat pembangunan pendidikan yang menyeluruh, daripada pendidikan

Page 20: Nota i Think

awal kanak-kanak, pendidikan asas dan pendidikan tertiari sehingga ke pendidikan semasa bekerja. Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi pendidikan di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP) telah menyediakan pelan hala tuju dengan objektif terperinci, hasil dan tindakan untuk menangani cabaran tersebut dalam memastikan pendidikan berkualiti dapat disediakan kepada semua.

Page 21: Nota i Think
Page 22: Nota i Think

AKTIVITI

I-THI