Nota Item Ujian Objektif Dan Subjektif

Embed Size (px)

Citation preview

PEMBINAAN ITEM OBJEKTIF DAN SUBJEKTIF

DEFINISI ITEM OBJEKTIF Item yang membolehkan calon

bertindak balas (respons)secara terkawal dan terbatas. Untuk mendapatkan jawapan yang betul, calon memerlukan pengetahuan serta kefahaman yang khusus.

2

Ujian objektif adalah dibentuk daripada beberapa item objektif yang boleh diperiksa secara objektif, pemeriksa yang berlainan memperolehi skor yang sama ketika memeriksa jawapan yang serupa.

Grondlund,1977

BENTUK ITEM OBJEKTIF ITEM YANG MEMERLUKAN

SUMBANGAN CALON JAWAPAN BEBAS Terbahagi kepada 3 jenis iaitu; jawapan pendek item melengkapkan item perkaitan

4

Item Jawapan Pendek

Contoh: Bilakah orang-orang Portugis menawan Melaka?

Tahun

5

Item perkaitan Satu senarai perkataan atau peristiwa diberi dan pelajar dikehendaki memberi jawapan yang berkaitan dengan perkataan di sebelahnya.

6

Item perkaitanContohnya:

Arahan: Tulis nama Perdana Menteri Malaysia di tempat-tempat kosong mengikut peristiwa penting yang telah diberikan.(a) Melancarkan Buku Hijau . (b) Melancarkan dasar Pandang ke Timur ..

7

ITEM OBJEKTIF JENIS PILIHAN TETAP(a) Item Betul/Salah

(b) Item Padanan(c) Item pengkelasan

(d) Item Aneka Pilihan

8

ITEM OBJEKTIF JENIS PILIHAN BETUL DAN SALAHSatu pernyataan diberi dan calon dikehendaki membuat pilihan, iaitu sama ada dia bersetuju atau tidak dengan pernyataan itu. Item ini merupakan sejenis soalan yang paling mudah dibina. Peluang untuk mendapat jawapan adalah separuh (kelemahan utama). Contoh:

Arahan: Potong kenyataan yang salah dalam kurungan.Ipoh adalah ibu negeri Terengganu. [Betul/Salah]9

ITEM OBJEKTIF JENIS PILIHAN BETUL DAN SALAHArahan: Tandakan (/) bagi pernyataan betul dan (X) bagi pernyataan yang salah dalam kurungan. (a)Kenyir, Langkawi dan Pulau Tioman terkenal sebagai tempat pelancongan [ ] (b) Pengarah Tanah dan Galian dan Mufti adalah ahli ex-officio DUN. [ ]10

ITEM OBJEKTIF JENIS PADANANItem ini memerlukan seseorang calon memilih perkara di ruang kanan dengan perkara di sebelah. Contoh: 1. Padankan set akronim dengan set nama

(i) (Risda, Felda, Mardi)(ii) (Petronas, Pertamina ) (iii) (UMNO, PAS, DAP)

A.

PertanianB. C. Parti Politik Petrolium

11

ITEM OBJEKTIF JENIS PADANAN2. Suaikan :(a) Senator (b) Hakim A. Universiti B. Parlimen

(c) Profesor

C. Mahkamah

12

ITEM OBJEKTIF JENIS PENGKELASANItem ini hampir sama dengan item padanan. Beberapa pernyataan atau tajuk diberi dan kemudian diberikan beberapa soalan berasaskan pernyataan atau tajuk tersebut. Pelajar dikehendaki memilih perkataan/rangkai kata/ pernyataan yang paling berkaitan dengannya. Huruf ditulis atau ditandakan di sebelahnya.13

ITEM OBJEKTIF JENIS PENGKELASANContoh:

Soalan 1-5 mengandungi ayat matematik dan A-c mengandungi hokum-hukum matematik. Padankan hukum matematik dengan menulis huruf yang sesuai di tempat-tempat yang disediakan.Ayat Matematik 1. a +b = b+a 2. a(b-c)= ab-ac Hukum A. Hukum penaburan B. Hukum Sekutuan

3. a+b+c= (a+b)+c 4. abc = cba 5. bc=cb

C. Hukum tukar tertib.

14

ITEM OBJEKTIF ANEKA PILIHANCiri-ciri soalan objektif aneka pilihan.

Item / soalan dikemukan bersama-sama

dengan beberapa pilihan jawapan. Item jenis ini terdiri daripada satu masalah dan beberapa pilihan jawapan yang munasabah kepada masalah tersebut.

15

ITEM OBJEKTIF ANEKA PILIHAN Aneka Pilihan dibahagikan kepada

pokok soalan dan pilihan. Pokok soalan boleh mempunyai rangsangan. Satu daripada pilihan adalah jawapan dan pilihan yang bukan jawapan dinamakan pengganggu.

16

JENIS-JENIS ITEM OBJEKTIF ANEKA PILIHAN Antonim Sinonim Jawapan disenaraikan Interpretif Mencari kesilapan Cantuman Kloz

17

SATU JAWAPAN BETUL

Soalan atau pernyataan tidak

lengkap diikuti oleh beberapa pilihan jawapan. Hanya satu jawapan sahaja yang betul. Yang lain adalah pengganggu.

18

Contoh:

3 daripada 8 biji bola berwarna merah. Berapakah pecahannya yang berwarna merah itu? (A) (B) (C) (D) 3/8 5/8 8/3 8/5

19

JAWAPAN TERBAIK

Soalan diikuti oleh beberapa jawapan. Setiap jawapan ada kebenarannya tetapi ada satu sahaja jawapan paling tepat / terbaik.

20

JAWAPAN TERBAIK. Contoh:

Apakah peranan paling penting yang dimainkan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru dalam sistem prasekolah kini?

21

JAWAPAN TERBAIK. A. Mempereratkan hubungan antara

sekolah dan masyarakat. B. Menjayakan hari penyampaian hadiah dan hari sukan sekolah. C. Mengutip derma untuk muridmurid yang kurang kemampuan. D. Mengawasi pentadbiran sekolah dan pengurusan hal ehwal murid.

22

Analogi Soalan dalam bentuk pasangan perkataan

diikuti dengan empat atau lebih pasangan perkataan sebagai pilihan jawapan. Calon memilih pasangan pilihan yang berkaitan dengan pasangan soalan.

23

Analogi Contoh:

periuk - nasi(A) (B) (C) (D) kuali-ikan cawan-kopi lesung-sambal keranda-mayat

24

ANTONIM DAN SINONIM

Soalan dimulakan dengan perkataan berhuruf besar dan diikuti dengan empat atau lebih perkataan pilihan. Pilih perkataan yang berlawanan / bersamaan dengan perkataan berhuruf besar.

25

ANTONIM DAN SINONIM Contoh: Cari perkataan berlawanan

PEMARAHA B C D Peramah Penyabar Pendamai Pengampun

26

NEGATIFCalon dikehendaki mencari fakta yang

bertentangan. Pokok soalan kerap mengandungi perkataan seperti kecuali, bukan, paling, kurang, tidak dan lain-lain. Kesemua pilihan jawapan betul kecuali satu yang salah.

27

NEGATIF

Contoh:

Kemenangan besar pihak tentera Islam dalam peperangan Badar adalah disebabkan perkara-perkara berikut kecuali;

28

NEGATIF A. Tentera Islam bersatu padu

B. Tentera Islam menurut perintah Rasullulah C. Senjata tentera Islam lebih moden dan lengkap D. Tentera Islam mendapat pertolongan dari Allah

29

MENCARI KESALAHAN Soalan merupakan ayat /pernyataan yang

mengandungi satu kesalahan sama ada kesalahan ejaan, penggunaan perkataan atau bentuk ayat. Jawapan adalah merupakan `kesalahan' yang dikesan oleh murid.

30

MENCARI KESALAHANContoh: (A) Pelajar-pelajar sekolah itu sering menghabiskan waktu lapang mereka (B) di perpustakaan untuk mengulangkaji. (C) Tiada kesalahan. (D)

31

CANTUMAN YANG SESUAI

Soalan mengandungi lebih daripada satu jawapan betul. Calon dikehendaki mencantumkan jawapanjawapan tersebut. Jika empat unsur diberikan, cantuman jawapan yang betul mestilah dua unsur. Jika lima unsur diberikan, tiga cantuman jawapan yang betul diberikan.

32

CANTUMAN (4 UNSUR) Sebelum mengendalikan sesuatu ujian lisan,

guru perluI. Menyemak keseluruhan soalan. II. Mengenal pasti potensi bahasa pelajar. III. Menyemak peraturan memberi markah. IV. Mengenal pasti masalah pembelajaranbahasa pelajar.

33

(A) I dan II sahaja

(B) II dan III sahaja (C) III dan IV sahaja (D) I dan IV sahaja

34

CANTUMAN (5 UNSUR) Sesuatu kelompok manusia dikatakan sebagai

masyarakat apabila mempunyai ciri-ciri berikut;I. Bilangan ahlinya kekal II. Hidup di suatu kawasan tertentu III. Mempunyai peraturan dan norma IV. Mempunyai taraf sosioekonomi hampir sama V. Hidup bekerjasama untuk kepentingan bersama

35

(A) I, II dan III sahaja

(B) I, III dan IV sahaja (C) II, IV dan V sahaja (D) III, IV dan V sahaja

36

CANTUMAN SEKUEN Calon dikehendaki mencantumkan jawapan-

jawapan mengikut sekuen yang betul. Contoh:Siaran Televisyen Pendidikan boleh digunakan sebagai kaedah pengajaran berkesan.

37

CANTUMAN SEKUEN Turutan langkah menggunakan kaedah

pengajaran ini ialahI. Guru menyediakan tugas pembelajaran.II. Murid mendengar dan memerhati apa yang disampaikan. III. Guru membuat rumusan secara berbincang dengan murid. IV Guru memilih rancangan yang sesuai dengan objektif pengajaran.

38

CANTUMAN SEKUENA. B. C. D. I, II, III dan IV II, III, I dan IV III, IV, I dan II IV, II,III dan I

39

ITEM INTERPRETIF Soalan yang dibentuk berdasarkan sesuatu

rangsangan yang mungkin berupa graf, peta, rajah, jadual atau petikan karangan. Item begini biasanya dapatmengukur peringkat kognitif yang lebih tinggi.

40

ITEM INTERPRETIF Contoh:

Dalam satu pengajaran mikro, guru pelatih memilih kemahiran yang berikut untuk diajarKemahiran Utama I.9 Melafazkan puisi dengan gaya pengucapan yang sesuai.

Kemahiran Sampingan 2.7 Membaca dan memahami kata dan frasa yang terdapat dalam pelbagai bahan puisi.41

ITEM INTERPRETIFApakah aktiviti yang paling sesuai dijalankan? (A) (B) (C) (D) Menulis sajak Manghayati sajak Mendeklamasikan sajak Mancari perkataan sukar

42

KLOZ ( CLOZE) Soalan dibuat dengan memotong/memadankan

perkataan-perkataan pada sesuatu karangan atau cerita pendek. Calon dikehendaki menulis/mengisisetiap tempat yang dikosongkan itu. Soalan kloz biasanya adalah berhubung (context) dan kadang kala merupakan satu perenggan atau lebih.

43

KLOZ Contoh: Pada musim cuti yang ____1_____, saya dan keluarga telah ___2_____ ke Pulau Pinang untuk melawat ibu saudara saya yang menetap______.Semasa berada di sana, kami ___3____ dibawa oleh ibu saudara saya ke beberapa ___4_____ peranginan.

4. A. tempatB. universiti C. bangunan D. perpustakaan,44

ATURAN TERBAIK Rangsangan soalan merupakan ayat-

ayat dari satu perenggan yang telah diubahkan susunannya. Calon dikehendaki menentukan susunan ayat yang betul bagi menjadikan perenggan itu satu rencana yang sesuai dan munasabah.

45

Contoh:

I. Mereka terus berlari ke arah bunyi yang kuat itu II. Ayat . III. Ayat. IV. Ayat

46

ATURAN TERBAIK Ayat manakah yang sesuai digunakan

untuk memulakan perenggan ?(A) (B) (C) (D) I II III IV

47

ATURAN TERBAIK 2. Ayat manakah sesuai selepas ayat

G?(A) (B) (C) (D) F H I J

48

Panduan Membina Item Objektif Soalan biasanya dapat dijawab dengan menggunakan satu perkataan / satu rangkai kata/ satu lambang / nombor /satu formula. Soalan ini ditanya secara langsung iaitu di akhiri dengan tanda soal (?) Ini berbeza dengan bentuk lengkapkan yang biasanya menggunakan pernyataan yang tidak lengkap dan tiada tanda soal.

49

Panduan Membina Item Item jawapan pendek digunakan untuk mengukur pelbagai hasil pembelajaran yang agak mudah, antaranya yang berkaitan pengetahuan, peristilahan tentang tatacara, kaedah, alat dan sebagainya.

50

Panduan Membina ItemApabila menyediakan item jenis ini, hendaklah disediakan ruang untuk pelajar menjawab di sebelah kiri atau kanan. Jika perlu sediakan unit jawapan di hujung jawapan tersebut. ( kg. gm. cm. km.) Jauhkan daripada perkataan atau ayat yang dipetik secara terus menerus daripada buku teks. Ini untuk mengelakkan pelajar menghafal atau menuslis kembali apa yang telah dibaca.51

Panduan Membina ItemPastikan soalan yang dibentuk supaya hanya ada satu jawapan yang betul sahaja.Pastikan jawapanya ringkas adan tepat dengan menggunakan satu perkataan.

52

Item Melengkapkan Jawapan Item jenis ini adalah dalam bentuk satu ayat dengan perkataan atau rangkai kata tertentu ditinggalkan dan diganti dengan tempat kosong untuk diisi oleh pelajar. Ayat boleh mengandungi satu atau lebih tempat kosong.

Contoh:1) Haiwan yang memakan daging dinamakan.

2) Di dalam dinamo, tenaga bertukar menjadi tenaga 53

Peringatan pentingElakkan daripada menggunakan pernyataan yang kabur. Jauhkan daripada menggunakan pernyataan atau ayat-ayat yang mengandungi terlalu banyak tempat kosong sehingga maknanya hilang. Kosongkan perkataan atau rangkai kata penting untuk di isi oleh calon dan bukan butir-butir yang tidak penting.54

Peringatan pentingPilih pernyataan yang hanya terdapat satu jawapan yang betul bagi tempat kosong. Jawapan yang dikehendaki mestilah dalam bentuk satu perkataan atau rangkai kata ringkas. Jauhkan daripada mengambil pernyataan terus- menerus daripada buku teks.55

Peringatan penting.Elakkan daripada menggunakan petunjuk tatabahasa yang menunjukkan kepada jawapan betul. Apabila menyediakan item jenis ini, hendaklah disediakan ruang untuk pelajar menjawab di sebelah kiri atau kanan. Jika perlu sediakan unit jawapan di hujung jawapan tersebut. ( kg. gm. cm. km.)56

Peringatan pentingMenjadikan semua tempat kosong sama panjang. Sediakan petanda pemarkahan yang mengandungi semua jawapan yang boleh diterima

57

Ujian Subjektif Soalan yang memerlukan calon

bertindak balas / jawapan secara lisan atau bertulis Tindakbalas / jawapan mungkin bebas ( panjang ) atau terhad ( pendek ) seperti satu perkataan dan satu ayat.

58

Contoh Apakah yang dimaksudkan fitnah ?

Huraikan lima faktor yang

memyebabkan berlakunya vandalisme di kalangan remaja Melayu ( dikenali sebagai Soalan Esei )

59

Ciri-ciri Soalan Esei Calon bebas memberi jawapan / fakta /

olahan / persembahan Jawapan adalah terbuka dan mengikut kematangan calon

60

Tujuan Soalan Esei Untuk menguji kebolehan calon

mengaplikasi pengetahuan , menganalisis , mensentisis dan menilai maklumat

61

Soalan Esei ada dua jenis Tindakbalas terbatas ( restricted

response ) Tindakbalas Lanjutan (extended respon)

62

Esei Tindakbalas Terbatas Jawapan tertakluk kepada rangsangan

dalam bentuk gambar , peta , carta dll Olahan jawapan kurang penting Jawapan pendek Markah yang diberi kecil

63

contoh1. Huraikan bagaimana sebuah kapal selam boleh tenggelam dan timbul dalam lautan ( 6 markah ) 2. Satu daripada sebab pelajar tidak dapat menjawab soalan dengan baik adalah kerana mereka cepat lupa. (a) Nyatakan dua sebab lupaan berlaku? ( 2 markah )

64

contoh( b ) Jelaskan empat cara guru boleh meningkatkan daya ingatan pelajarpelajar ( 8 markah )

65

Esei Tindakbalas Lanjutan Memerlukan pengolahan , kematangan dan

kreativiti Jawapan panjang Markah banyak Contoh : Bincangkan masalah keruntuhan akhlak dikalangan remaja Islam di Malaysia. ( 20 markah )

66

Panduan Membina Soalan Esei Berdasarkan Jadual Penentuan Ujian

dan Objektif Pengajaran Spesifik Tugasan / task mesti jelas Peraturan Memberi Markah disediakan Sebaik-baiknya jawab semua soalan Bilangan soalan sesuai dengan masa Soalan sesuai dengan kematangan calon67

Panduan Membina Soalan Esei Soalan beraras tinggi dan mencabar

Adakan penyelarasan markah Rajah , gambar atau lain-lain

rangsangan mesti jelas dan relevan

68

Soalan Struktur Beberapa soalan yang disusun secara

sistematik dan berkembang untuk menjadi rangka kepada satu persoalan yang lebih besar atau berkaitan sesuatu tema.

69

Contoh 13. Apakah yang dimaksudkan dengan a. i. Ujian objektif ii. Ujian subjektif

(2 markah)b. i. Senaraikan tiga kelebihan ujian objektif ii. Senaraikan tiga kelemahan ujian subjektif (4 markah)70

Contoh 2Kraf ini dihasilkan melalui proses menerap lilin dan mewarnakan kain Berdasarkan pernyataan di atas, sila jawab soalan berikut.

71

1. Pernyataan di atas merujuk kepada seni __________________________ _____ 1 markaha. Nyatakan tiga bahan utama untuk menghasilkan kraf tersebut.

3 markah

b. c.

Nyatakan satu alat utama yang digunakan untuk menghasilkan kraf di atas. Lukis alatan tersebut.

72

Latihan (10 item)Pendidikan Seni Visual Tahun 6 Bidang Menggambar Kegiatan Catan Item objektif aneka pilihan jenis negatif Aras pengetahuan / rendah1.

Antara berikut, manakah yang bukan warna asas? A. Biru B. Hijau C. Merah D. Kuning Jawapan = B73

Bengkel Format dan JPU

5 item objektif aneka pilihan 1 item struktur

1 item esei tindak balas terbatas 1 item esei tindak balas lanjutan Sila nyatakan topik, aras, markah dan

skema jawapan

74