17
` Pengenalan 1. Pembentukan negara bangsa kerajaan Alam Melayu sebelum kedatangan kuasa Barat lagi 2. Kerajaan Funan merupakan kerajaan yang paling awal di Alam Melayu yang mempunyai ciri-ciri pembentukan negara bangsa 3. Ciri ciri kerajaan Funan dan Champa telah diwarisi oleh Kerajaan srivijaya 4. Ia diteruskan oleh Kerajaan Kesultanan Melayu dan Kesultanan Johor Riau 5. Ciri-ciri negara bangsa Kerajaan Alam Melayu tersebut ialah: a. Raja b. Undang-undang c. Wilayah Pengaruh d. Rakyat 6. Kesultanan Melayu Melaka telah mengungguli sistem pentadbiran dan perundangan sebelum hadirnya kuasa Barat 7. Antara ciri-ciri negara bangsa Kesultanan Melayu Melaka ialah: a. Kerajaan b. Rakyat c. Kedaulatan d. Wilayah Pengaruh e. Undang-Undang f. Lambang kebesaran 8. Warisan yang sangat bernilai iaitu hubungan pemerintah dengan rakyat yang wujud secara timba balik kekal sehingga kini. Istana Melaka dibina di atas bukit St. Paul merupakan Istana Sultan Mansur Shah. Keindahan Istana tersebut digambarkan oleh Tun Sri Lanang dalam bukunya Sejarah Melayu. Pembinaan replika istana Melaka tersebut telah dicetuskan oleh Ketua Menteri Melaka ketika iaitu YAB Dato, Sri Abduk Rahim Tamby Chik. Ia dibina pada bulan oktober 1984 dan siap pada tahun 17 Julai 1986. Dan dirasmikan oleh YAB Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad. Projek tersebut menelan belanja RM1.4 Juta Menurut Sejarah Melayu Istana tersebut mempunyai 17 ruang yang panjang, iaitu setiap satunya mempunyai panjang 87.5 meter dan 40 pintu. Bagi pembinaan replika tersebut ukuran sebenar telah dikecilkan mengikut keluasan tapak yang disediakan oleh kerajaan. Tedapat bumbungyang terpanjang berukuran 75 meter serta 12.5 meter lebar. Hujung setiap setiap bumbung dibina melentik ke atas bagi menyamai reka bentuk rumah Minangkabau.Istana ini ditegakkan dengan empat batang tiang seri.Pada Bahagian depan istana terdapat enam buah balai Bab 1 Warisan Negara Bangsa Abad Ke - 15 Aba Abad Petama Aba

nota KSSM Ting 5 bab 1

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Nota utk rujukan Bab 1

Citation preview

Page 1: nota KSSM Ting 5 bab 1

`

Pengenalan

1. Pembentukan negara bangsa kerajaan Alam Melayu sebelum kedatangan kuasa Barat lagi

2. Kerajaan Funan merupakan kerajaan yang paling awal di Alam Melayu yang mempunyai ciri-ciri pembentukan negara bangsa

3. Ciri ciri kerajaan Funan dan Champa telah diwarisi oleh Kerajaan srivijaya

4. Ia diteruskan oleh Kerajaan Kesultanan Melayu dan Kesultanan Johor Riau

5. Ciri-ciri negara bangsa Kerajaan Alam Melayu tersebut ialah:a. Rajab. Undang-undangc. Wilayah Pengaruhd. Rakyat

6. Kesultanan Melayu Melaka telah mengungguli sistem pentadbiran dan perundangan sebelum hadirnya kuasa Barat

7. Antara ciri-ciri negara bangsa Kesultanan Melayu Melaka ialah:

a. Kerajaanb. Rakyatc. Kedaulatand. Wilayah Pengaruhe. Undang-Undangf. Lambang kebesaran

8. Warisan yang sangat bernilai iaitu hubungan pemerintah dengan rakyat yang wujud secara timba balik kekal sehingga kini.

Gambar : Replika Istana Melaka

Istana Melaka dibina di atas bukit St. Paul merupakan Istana Sultan Mansur Shah. Keindahan Istana tersebut digambarkan oleh Tun Sri Lanang dalam bukunya Sejarah Melayu. Pembinaan replika istana Melaka tersebut telah dicetuskan oleh Ketua Menteri Melaka ketika iaitu YAB Dato, Sri Abduk Rahim Tamby Chik. Ia dibina pada bulan oktober 1984 dan siap pada tahun 17 Julai 1986. Dan dirasmikan oleh YAB Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad. Projek tersebut menelan belanja RM1.4 Juta Menurut Sejarah Melayu Istana tersebut mempunyai 17 ruang yang panjang, iaitu setiap satunya mempunyai panjang 87.5 meter dan 40 pintu. Bagi pembinaan replika tersebut ukuran sebenar telah dikecilkan mengikut keluasan tapak yang disediakan oleh kerajaan.Tedapat bumbungyang terpanjang berukuran 75 meter serta 12.5 meter lebar. Hujung setiap setiap bumbung dibina melentik ke atas bagi menyamai reka bentuk rumah Minangkabau.Istana ini ditegakkan dengan empat batang tiang seri.Pada Bahagian depan istana terdapat enam buah balai yang mempunyai kepentinganya sendiri. Kayu tempatan telah digunakan untuk membina replikan istana Melaka seperti cengal, resak dan nyatoh. Atapnya menggunakan kayu berlian dari Sarawak. Replika ini tidak menggunakan paku besi.Reka bentuknya bermotifkan tumbuh-tumbuhan dan bunga-bungaan serta mempunyai pengaruh Minangkabau. Di tingkat satu terdapat ruang pameran umpama di balairung yang menngambarkan zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka seperti pembesar mengadap Sultan Melaka dan peraturan istana

Bab 1 Warisan Negara Bangsa

1. Abad pertama – Kerajaan funan

2. Abad Kedua- Kerajaan Champa

3. Abad ketujuh- Kerajaan Srivijaya

4. Abad ke-15 – Kerajaan Melaka

5. Abad ke -16- Kerajaan Johor Riau

Abad Ke - 15 Abad ke - 16Abad Ketiga

Abad Petama Abad kedua Abad Ketujuh

Page 2: nota KSSM Ting 5 bab 1

1. Kewujudan kerajaan-kerajaan Alam Melayu seperti Kerajaan Funan, Champa, Kedah Tua, Gangga Negara, Srivijaya, Angkor Wat dan Majapahit telah membukti asas negara bangsa telah bermula sebelum kedatangan kuasa barat lagi.

2. Ia berkembang dan diwarisi oleh Kerajaan Alam Melayu selepasnya.

Sejarah ringkas Kerajaan-Kerajaan Alam Melayu

1. Tarikh Kewujudan : Abad Kedua Masihi2. Pengasas : Chu-Lien pada tahun 192 Masihi yang berpusat di Indrapura3. Pembentukan dan Pengukuhan : Kerajaan ini bermula dengan kejayaan kerajaan Champa membebaskan diri

daripada pengaruh China. Champa juga sering mendapat tentangan daripada kerajaan Dai Viet. Kerajaan Champa berjaya membunuh rajanya iaitu Raja Tran Due Tong. Kejayaan ini berlaku di bawah pemerintahan Che Bong Nga. Baginda juga dikenali sebagai Red King (Raja Merah) dalam sejarah Vietnam. Raja Merah berjaya

4. Faktor Perkembangan ; mengadakan hubungan dengan china, pada abad ke ketiga masihi telah menghantar utusan untuk memulihkan hubungan kerana berperang dengan sekutu China iaitu Dai Viet,

5. Pemerintahan : Raja Champa Menggunakan gelaran Rajadhiraja dan dibantu oleh pembesar. Terdapat lima wilayah yang diperintah oleh seorang pembesar

Kerajaan Champa

1. Tarikh Kewujudan : Awal abad Pertama2. Pengasas : Kerajaan Funan telah diasaskan oleh Kaundinya. Beliau merupakan seorang Brahmin

beragama Hindu.3. Ibukota : Vyadhapura.4. Proses Pembentukan : Pembentukan dan pengukuhan kerajaan Funan berlaku selepas Kaundinya

berkahwin dengan pemerintah di Sungai Mekong yang bernama Soma5. Zaman Kegemilangan : . Kemasyhuran kerajaan Funan terserlah ketika pemerintahan Fan Shih-nian.

Pada zaman baginda, kerajaan Funan telah berkembang sehingga Sungai Mekong dan Teluk Cam Ranh. Seterusnya, baginda telah menguasai selatan Myanmar dan Segenting Kra. Peluasan kuasa ini membolehkan kerajaan Funan menguasai jalan perdagangan antara timur dengan barat. Kejayaan ini membolehkan kerajaan Funan menjadi pusat perdagangan utama di Alam Melayu. Pelabuhan utama kerajaan Funan ialah Pelabuhan Oc Eo. Pedagang luar yang sering berdagang di sini ialah pedagang China, India, Arab dan Parsi.

6. Faktor Kegemilangan : Mengadakan hubungan dengan kerajaan luar seperti China dan India. Hubungan luar dengan China bermula pada abad ketiga apabila kerajaan Funan menghantar utusan ke China., ia bertujuang untuk meminta bantuan China untuk melawan Dai Viet, iaitu musuh China.Hubungan dengan India juga telah dijalankan pada abd ketiga bertujuan untuk tujuan perdagangan dan dapat memperkukuh hubungan perdagangan dua hala. Ia juga bertujuan untuk mendalami ilmu keagamaan

7. Sistem Pemerintahan : Mengamalkan pemerintahan beraja, dibantu oleh golongan agama dan juga golongan tentera.Raja menggunakan pelbagai gelaran bagi memperkukuh kedudukan mereka. Terdapat 7 buah wilayah dan setiap wilayah ditadbir oleh putera Raja yang dikenali dengan Raja Kecil

8. Bahasa : Menggunakan Bahasa Sangskrit dan tulisan orang Hu9. Zaman Kemerosotan : zaman pemerintahan Raja Funan terakhir, iaitu Rudravarman. Kemerosotan ini

berlaku apabila Funan diserang oleh kerajaan Chenla pada abad keenam

Kerajaan Funan

1.1 : Latar Belakang Negara Bangsa Sebelum Kedatangan Barat

Page 3: nota KSSM Ting 5 bab 1

..

6. Pelabuhan : Turan, Kam ran, Sri Banoy dan Maliti.7. Bahasa : Bahasa Melayu Champa dan Bahasa Sanskrit8. Masa kewujudan ; Kerajaan yang paling lama di Alam melayu dan mampu bertahan sehingga 1500 tahun9. Kejatuhan ; selepas kematian pemerintahnya iaitu Raja Indravarman yang menyebabkan berlakunya perang

saudara. Situasi tersebut digunakan oleh musuhnya Dai Vietdan manawan champa pada tahun 1471

1. Pengasas : Di asaskan oleh Dapunta Hyang Sri Jayanasa pada tahun 683 Masihi di Palembang. Dalam perkataan Sanskrit “sri” bermaksud cahaya, manakala “vijaya” bermaksud kemenangan

2. Perkembangan : Kerajaan Srivijaya yang berkembang selepas kejatuhan kerajaan Funan 3. Pentadbiran : Mempunyai sistem pentadbiran yang sistematik. raja mempunyai pelbagai peranan

seperti mempunyai kuasa dalam kehakiman, pungutan cukai dan perkara- perkara yang berkaitan dengan kesejahteraan rakyat. Pentadbiran dibantu oleh anak-anak raja, iaitu Yuvaraja, Pratiyuvaraja dan Rajakumara. Golongan agama, tentera dan hakim juga antara golongan yang membantu raja dalam pentadbiran. Empayar Srivijaya dibahagikan kepada beberapa mandala dan setiap mandala ini ditadbir oleh seorang datu. Datu terdiri daripada anak raja ataupun pembesar bukan keturunan. Raja-raja Srivijaya juga dikatakan mempunyai unsur kesaktian. Ia telah memperkukuh kedudukan sebagai raja. Raja Srivjiaya dianggap sebagai inkarnasi daripada dewa Hindu, Amogapasha Avalokiteswara. Raja-raja Srivijaya juga dikatakan mempunyai unsur kesaktian yang memperkukuh kedudukan sebagai raja. Konsep daulat Raja Srivijaya muncul dengan pendewaan raja yang memerintah. Kepercayaan konsep daulat ini mewujudkan tradisi persetiaan antara golongan yang diperintah dengan yang memerintah

4. Bahasa : Menggunakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa utama dalam pentadbiran, Penemuan batu-batu bersurat di Kedukan Bukit, Kota Kapur, Telaga Batu dan Talang Tuwo membuktikan pengaruh bahasa Melayu

5. Faktor Kejayaan : Menguasai jalan perdagangan di Alam Melayu, Menguasai jalan perdagangan laut antarabangsa Selat Melaka dan Selat Sunda, Menjalankan dasar penaklukan hingga ke Selatan Myanmar, Tanah Melayu dan Segenting Kra, Kerajaan Srivijaya telah menjalankan hubungan dengan China dan mendapatkan pengiktirafan China dan membolehkan Srivijaya menjadi pelindung kepada kapal dagang China. Kerajaan Srivijaya terkenal sebagai pusat perkembangan dan pengajian agama Buddha di rantau Alam Melayu. Menjalankan hubungan persahabatan dan keagamaan dengan India. Seorang Rahib China, I-Ching dalam catatannya menceritakan kehebatan kerajaan Srivijaya.Tanggung jawab Rakyat : Berbakti kepada negara, membayar cukai, memberikan sumbangan tenaga, menerima kerahan tenaga, mempertahankan negara dan tidak menderhaka kerpada raja

6. Faktor Kemerosotan: serangan Raja Chola dari Selatan India pada tahun 1025 telah menyebabkan kerajaan Srivijaya mengalami kemerosotan dan semakin lemah sehingga kerajaan lain mula membebaskan diri dari kerajaan Srivijaya dan kerajaan Alam Melayu yang lain memberi saingan kepada kerajaan Srivijaya terutamanya kerajaan Jambi

Kerajaan Srivijaya

Page 4: nota KSSM Ting 5 bab 1

Latar Belakang - Pengasas Parameswara 1400 (anak putera Palembang)

1. Pengasas : Parameswara pada tahun 1400 yang merupakan anak raja Palembang.Kemunculan kerajaan Majapahit setelah keruntuhan kerajaan Srivijaya menyebabkan kerajaan tersebut berjaya menakluki beberapa buah kerajaan di Alam Melayu Palembang dan Temasik (sekarang Singapura). Parameswara dan ayahnya cuba pertahankan Palembang namun gagal menyebabkan Parameswara lari ke Temasik. Parameswara membunuh pemerintah Temasik menyebabkan beliau berpindah dan tiba di sebuah perkampungan nelayan yg berpotensi untuk menjadi sebuah pelabuhan yang maju iaitu Melaka.

2. Asas Usul : Mengikut sumber Sejarah Melayu Melaka mendapat nama dari Pokok Melaka.Pedagang Arab menggunakan perkataan “Malakat” bermaksud perhimpunan segala dagang. Mereka Juga menggelarnya “Mulaqah” bermaksud tempata pertemuan. Mengikut Bahasa Sanskrit Melaka mendapat nama dr pokok “Amalaka” yg berbuah masam. Mengikut ajaran Ajaran Hindu “Amalaka” pokok pertama tumbuh di alam semesta. The Suma Oriental oleh Tom Pires Nama Melaka berasal dari perkataan “Malaqa” bermaksud tempat perlindungan.

3. Faktor Perkembangan : Terletak dikedudukan yang strategik di laluan perdagangan antarabangsa iaitu di Selat Melaka. Pelabuhan Melaka terlindung daripada tiupan angin monsun. Bentuk muka buminya yang berbukit bukau dan mempunyai banteng semula jadi daripada pokok bakau dan pokok api-api.

4. Hubungan Luar : Menjalankan hubungan dengan china untuk menjamin keselamatan dan kedaulatan Melaka. Menjalinkan hubungan dengan Ryukyu (Jepun), Siam, Pasai, Demak, Pegu, Luzon dan Gujerat bertujuan untuk mengukuhkan kedaulatan Melaka dan berjaya menjamin keselamatan Kesultanan Melayu Melaka.

5. Perluasan Empayar : Melaka sebuah empayar masyhur dan agung. Cara Peluasan empayar Melaka melalui tiga cara, iaitu penaklukan, perkahwinan dan naungan. Bermula semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah yang meluaskan jajahan takluk ke Pahang, Inderagiri dan Kampar. Semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah pula, baginda meluaskan jajahan sehingga Bernam, Perak dan Siak. Pengganti baginda, Sultan Alauddin Riayat Shah telah menguasai Aru

6. Pusat Penyebaran Agama Islam : Penyebaran agama Islam berlaku melalui pengislaman pemerintah, perkahwinan, peranan ulama dan mubaligh, melalui perdagangan dan akhirnya peluasan kuasa. Perkembangan Islam di Kesultanan Melayu Melaka menjadikannya sebagai tempat tumpuan ulama dan pendakwah, selain tempat pembelajaran agama Islam.

7. Sistem Pentadbiran : Kepimpinan Kesultanan Melaka membolehkan Melaka menjadi sebuah kerajaan yang masyhur. Raja merupakan ketua pemerintah tertinggi. Raja yang adil dan berwibawa memberikan keyakinan dan menjaga keselamatan rakyat. Pentadbiran menggunakan sistem pentadbiran Pembesar Empat Lipatan yang teratur dan sistematik membantu melancarkan pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka. Kepimpinan raja dibantu oleh pembesar yang berwibawa. Tun Perak merupakan seorang bendahara yang berkhidmat untuk empat Sultan Melaka.

8. Zaman Keagongan: Mencapai zaman kegemilangan pada masa pemerintahan Sultan Mansur Shah. Kejayaan Kesultanan Melayu Melaka mewujudkan sebuah empayar yang terkenal dan luas merupakan penyambung kepada keagungan kerajaan Srivijaya.

9. Faktor Kemerosotan : Kelemahan dlm pentadbiran Sultan Mahmud. Baginda membunuh Bendahara Tun Mutahir seluruh keluarga tanpa usul periksa. Baginda termakan fitnah pembesar lain yang tidak puas hati dengan Tun Mutahir yang dikatakan pilih kasih. Perpaduan merupakan masalah utma dikalangan pembesar Melaka semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah. Pembesar dan rakyat berpecah belah selepas pembunuhan Bendahara Tun Mutahir. Ia menyebabkan pentedbiran Melaka terjejas dan kegiatan perdagangan menjadi merosot. Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka berakhir apabila Kedatangan Portugis pada tahun 1509 untuk menguasai perdagangan rempah yang dikuasai oleh pedagang Islam. Kedatangan wakil Portugis iaitu Lopez de Sequeira telah disambut baik oleh Sultan Mahmud Shah dan dibenarkan berniaga di Melaka. Sultan Melaka akhirnya telah mengarahkan penangkapan ke atas rombongan tersebut atas nasihat pedagang Islam Jawa dan Gujerat yang mengatakan bahawa kedatangan Portugis bertujuan menguasai perdagangan dan menentang Islam. Lopez de Sequeira berjaya melarikan diri ke Goa. Raja Portugal telah menghantar pasukan tentera pimpinan Alfonso de Albuquerque untuk menyerang Melaka dan selepas tiga kali serangan akhirnya Melaka berjaya di tawan oleh Portugis padea tahun 1511, maka berakhirlah zaman kegemilangan Kesultanan Melaka dan diganti dengan kerajaan Kesultanan Johor-Riau.

Kerajaan Melaka

Page 5: nota KSSM Ting 5 bab 1

- Majapahit muncul selepas srivijaya merosot. Majapahit menguasai beberapa kawasan spt Palembang dan Temasik (Singapura). Parameswara dan ayahnya cuba pertahan Palembang namun gagal menyebabkan Parameswara lari ke Temasik. Parameswara membunuh pemerintah Temasik menyebabkan beliau berpindah dan tiba di kampung nelayan yg berpotensi (Melaka)

Asal-Usul nama Melaka - Sumber Sejarah Melayu Melaka mendpt nama dr Pokok Melaka. - Pedagang Arab menggunakan “Malakat” bermaksud perhimpunan segala dagang. - Juga menggelarnya “Mulaqah” bermaksud pertemuan. - Bhs Sanskrit Melaka mendapat nama dr pokok “Amalaka” yg berbuah masam. - Ajaran Hindu “Amalaka” pokok pertama tumbuh di alam semesta. - The Suma Oriental oleh Tom Pires berasal dr kata “Malaqa” bermaksud tempat perlindungan.

Faktor kemunculan Melaka sbg pelabuhan antarabangsa / entrepot - Lokasi strategik - laluan perdagangan timur dan barat - Terlindung tiupan angin monsun - Bentuk muka bumi berbukit - benteng pertahanan semulajadi iaitu pokok bakau dan api²

Hubungan luar (keselamatan dan kedaulatan) - Hubungan dgn China

1. Pengasas : Diasaskan oleh waris Kesultanan Melayu Melaka. Raja Ali merupakan pengasas Kesultanan Johor-Riau pada tahun 1528 yang merupakan putera Sultan Mahmud Shah dan Tun Fatimah. Baginda menggunakan gelaran Sultan Alauddin Riayat Shah 1. Kesultanan ini diperintah oleh sultan daripada beberapa keturunan. Tahun 1528 – 1699 – di perintah oleh waris kesultanan Melayu Melaka, Dari tahun 1699 diteruskan oleh Sultan berketurunan Bendahara Johor, Selepas 1855 diterajui oleh Waris keturunan Temenggung Johor

2. Pemerintahan dan pentadbiran : Pada tahun 1528, Raja Ali membina pusat pemerintahan di Kota Kara, Pekan Tua, Johor, dengan bantuan Bendahara Seri Nara Diraja. Kota Kara yang dikelilingi oleh kawasan berbukit menjadikan Kota Kara selamat daripada ancaman luar. Kedudukannya berhampiran dengan sungai yang lebar dan dalam memudahkan kapal-kapal keluar dan masuk. Pada tahun 1535 kota tersebut disebut telah dimusnahkan oleh Portugis menyebabkan Sultan Alauddin Riayat Shah memindahkan ibukotanya ke Kota Sayong kerana ia lebih selamat kerana laluan sungai yang sempit akan menyukarkan kapal perang musuh melepasinya. Selepas beberapa tahun, baginda mengambil keputusan untuk memindahkan pusat Pemerintahannya ke Kota Batu, Johor Lama.

3. Zaman kegemilangan : Kesultanan Johor-Riau muncul sebagai kerajaan yang gemilang dalam perdagangan pada abad ke-16 dan ke-17. Pelabuhannya menjadi tumpuan para pedagang dari China, Gujerat, Belanda dan Inggeris. Ia juga menjadi pusat pertukaran barangan keluaran Alam Melayu dengan barangan dari China, India dan Arab. Pelabuhannya sentiasa sibuk dengan kedatangan beratus-ratus kapal dari pelbagai tempat. Pelbagai kemudahan pelabuhan disediakan oleh kerajaan bagi memudahkan para pedagang menjalankan urusan perdagangan di Pelabuhan Johor-Riau.

4. Cabaran kerajaan Johor-Riau: Perang Tiga Segi – Ia melibatkan Johor, Acheh dan Portugis untuk menguasai perdagangan di Selat Melaka. Berlaku hampir 100 tahun dan saling menyerang antara satu sama lain. Peperangan ini tamat apabila Belanda menakluki Melaka dan berjaya mengusir Portugis dari Melaka dengan bantuan Johor. Acheh tidak berjaya untuk meneruskan perang kerana kemangkatan Sultan Iskandar Thani. Perang Johor Jambi : Ia berlansung dari 1659 – 1679, Johor berjaya mengalahkan Jambi dan tunduk dibawah naungan Kerajaan Johor.Cabaran Raja Kechil : Raja Kechil mendakwa sebagai dirinya putera kepada Sultan Mahmud Shah 1 beliau kemudainnya telah mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Johor-Riau dengan menggunakan gelaran Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah. Raja Kechil akhirnya dapat dikalahkan oleh Kerajaan Johor-Riau dengan bantuan Bugis Lima bersaudara pada tahun 1722. Putera Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV ditabalkan sebagai Sultan Johor iaitu Raja Sulaiman yang menggunakan gelaran Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah.Masalah Dalaman Pembesar : Masalah dalaman antara pembesar iaitu BendaharaTun Habib Abdul Majid yang bersaing dengan Laksamana Tun Abdul Jamil untuk menguasai pemerintahan kesultanan Johor-Riau. Keturunan Bendahara mula berkuasa dalam pemerintahan Kesultanan Johor-Riau apabila Laksamana Tun Abdul Jalil mengundur ke Terengganu. Kewibawaan Kesultanan Johor-Riau tidak tergugat dengan cabaran yang dihadapinya.

Kerajaan Kesultanan Johor-Riau

Page 6: nota KSSM Ting 5 bab 1

1. Pembentukannya berbeza dengan yang berlaku di Barat, Ia berkembang mengikut peredaran masa dan keperluan

2. Ciri-Ciri negara Bangsa Alam Melayu ialah a. Rajab. Undang-Undangc. Wilayah Pengaruhd. Rakyat

3. Kerajaan Srivijaya yang berpusat di Palembang meneruskan ciri-ciri negara yang diasaskan oleh Kerajaan Alam Melayu sebelumnya iaitu Kerajaan Funan dan Champa

4. Ia memberikan asas yang kukuh kepada kerajaan Srivijaya untuk berkembang dan muncul sebagai sebuah empayar yang terkenal.

5. Ciri-ciri negara bangsa tersebut telah membawa kesejahteraan kepada empayar Srivijaya da diwarisi oleh Kesultanan Melayu Melaka.

6. Kesultanan Melayu Melaka telah memperkukuhkan lagi ciri negara bangsa dengan menyerapkan ciri-ciri lain

7. Kesultanan Johor-Riau telah meneruskan ciri-ciri tersebut dan menambahkan lagi dengan menekannkan kepentingan Islam.

8. Ciri-ciri negara bangsa yang menjadio warisan telah memperkukuhkan kerajaan Srivijaya, Kesultanan Melayu Melaka Dan Kesultanan Melayu Melaka

9. Ia menyebabkan kerajaan tersebut sangat terkenal dan berkuasa di Alam Melayu

1.

Ciri-Ciri Negara Bangsa Kerajaan Alam Melayu

Inskripsi Telaga Batu digunakan dalamupacara persetiaan antara pemerintahdengan golongan diperintah dalamkerajaan Srivijaya.Dalam upacara tersebut Air dituangkan ke atas Inskripsi Telaga Batu dan mengalir di corong di bawahnya. Air tersebut akan ditadah dan diminum oleh rakyat untuk menunjukkan kesetiaan kepada pemerintah

Raja Srivijaya dikenang melalui jumloh ketulan emaws yang telah ditinggalkan

Raja Tonggak utama Kerajaan ialah Seorang Raja

Raja diperkukuhkan dengan pentadbiran yang dibantu oleh pembesar

Undang-Undang

Raja sentiasa dianggap Suci dan ditaati oleh rakyatContoh : Raja Champa dianggap

Ia dilaksanakan bagi memastikan kesejahteraan sesebuah kerajaan

Ia dipakai diseluruh wilayah pengaruh dan sebagai panduan pemerintahan Kerajaan Contohnya Kerajaan Majapahit mengamalkan Undang-Undang Kutara Manawa

Wilayah Pengaruh

Kawasan yang rakyatnya menerima dan memperakui pemerintahan seorang raja.

1.2 : Ciri-Ciri Negara Bangsa Kesultanan Melayu Melaka

Contoh : kerajaan Funan mempunyai wilayah pengaruh yang luas dari sungai Mekong,

Rakyat

Ciri Ciri Negara Bangsa Kerajaan

Alam Melayu

Penduduk di dalam sesebuah wilayah yang setia dan tidak menderhaka kepada raja

Contoh : Rakyat Srivijaya membuktikan kesetiaan mereka kepada raja Srivijaya dengan upacara persetiaan dan meminum air sumpah

Page 7: nota KSSM Ting 5 bab 1

Pembinaan dan perkembangan sesebuah sesebuah negara bangsa amat penting kepad sesebuah kerajaan .

2. Ini dapat dilihat pada Ciri-ciri negara bangsa yang diwarisi oleh Kesultanan Melayu Melaka yang mempunyai sistem pentadbiran, peraturan, masyarakat yang tersusun dan corak politiknya yang tersendiri bagi membentuk negara bangsa.

3. Ciri-ciri Negara bangsa Kesultanan Melayu Melaka ialah :a. Kerajaanb. Kedaulatanc. Wilayah Pengaruhd. Undang –undangte. Lambang kebesaran 4. Ia mengambarkan pembentukan negara bangsa yang kukuh pada zaman

kesultanan Melayu Melaka

Kesimpulan Wilayah

Pengaruh

Merupakan kawasan pemerintahan raja yang diterima dan diakui oleh rakyah Wilayah Kesultanan Melayu Melaka amat luas yang merangkumi keseluruhan

Semenanjung Tanah Melayu dan pantai timur Wilayah tersebut diperolehi menerusi penaklukan, naungan dan perkahwinan Ia membuktikan kewibawaan pemerintahan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka

Kerajaan muncul disebabkan oleh adanya raja. Raja merupakan pemerintah tertinggi yang dibantu oleh pembesar. Ia diperkukuhkan oleh sistem pembesar empat lipatan. Sistem pentadbiran yang tersusun menjadikan Melaka sebagai sebagi empayar yg

terkenal. Gelaran sultan digunakan apabila Melaka menerima kedatangan islam

Hukum kanun Melaka dan undang-Undang Laut Melaka Ia digunakan untuk mengukuhkan kerajaan dan melindungi rakyat Ia menjadikan Kerajaan kesultanan Melayu Melaka sebagai sebuah kerajaan yang unggul

Rakyat Melaka terdiri daripada orang Melayu dan orang laut Golongan yang diperintah adalah rakyat yang merupakan golonngan merdeka dan

hamba Rakyat akan taat setia kepada raja Kesejahteraan rakyat dijamin oleh sultan Rakyat mengakui kekuasaan sultan Hubungan ini mewujudkan persefahaman dan ikatan antara golongan pemerintah dan

golongan yang diperintah

1. Ciri ciri negara bangsa Kesultanan Melayu Melaka ialah kerajaan, rakyat, kedaulatan, wilayah pengaruh, undang-undang dan lambang kebesaran

2. Ia telah menjadikan kerajaan Melaka sebagai sebuah kerajaan yang gemilang3. Ia membuktikan asas negara bangsa telah terbentuk sebelum kedatangan kuasa

barat lagi4. Ciri tersebut menjadi panduan pembentukan negara bangsa kita pada masa kini

mengikut acuan negara kita sendiri.5. Kita sebagai rakyat Malaysia harus bersatu padu untuk mengukuh pembentukan

sebuah negara bangsa

Undang-

Undang

Kerajaan

Lambang

Kebesaran

Rakyat

Merupakan sesebuah kerajaan dan keistimewaan sultan Melaka Ia merupakan symbol kedaulatan sultan yang memerintah Cop Mohor, adat istiadat, penggunaan warna, nobat, regalia merupakan lambang

kebesaran Kesultanan Melaka Cap Mohor digunakan untuk mengesahkan arahan sultan.

Kedaulatan

Ia merupakan lambang kekuasaan tertinggi seseorang sultan Ia merupakan ,hak mutlak sultan untuk mengawal rakyat dan pemerintah Kedaulatan kwsultanan Melayu Melaka telah diakui oleh kerajaan lain Kerajaaan Melaka bebas dari campurtangan kuasa asing Di iktiraf oleh kerajaan Dinasti Ming Beberapa utusan telah dihantar oleh kerajaan Dinasti Ming ke Melaka antaranya

diketuai olehLaksamana Cheng Ho untuk mengeratkan hubugan China dan Melaka

Page 8: nota KSSM Ting 5 bab 1

1. Keunggulan sistem pentadbiran dan Undang-Undang kesultanan Melayu Melaka terbukti melalui sistem pentadbiran dan Undang-Undang yang tersusun sehingga kesultanan Melayu Melak menjadi sebuah kerajaan yang masyhur.

2. Keunggulan merupakan kesempurnaan dan keistimewaan yang dimiliki oleh sesebuah kerajaan seperti Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka.

Sistem Pentadbiran

1. Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka menggunakan Sistem pembesar Empat Lipatan. Ia menjadikan pentadbiran Melaka berlacar lancar, tersusun dan lengkap.

2. Kuasa memerintah atau mentadbir sesuatu kawasan seperti wilayah, sungai atau pulau telah diberikan kepada pembesar Berempat.

3. Pentadbiran ini dikenali sebagai kawasan pegangan.4. Sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka adalah tersusun dan

berhieraki

5. Pemerintahan kerajaan diketuai oleh Sultan yang mempunyai

kuasa dalam segala aspek seperti :

a. Pemerintahanb. Peperanganc. Hubungan

Diplomatikd. Agama

6. Di dalam pentadbiran tersebut terdapat Pembesar Berempat yang terdiri daripada Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana.

7. Terdapat pembesar lain yang membantu seper5ti Syahbandar, Bentara, Orang Kaya, hulubalang dan Penghulu.

8. Pentadbiran yang sistematik menjadikan pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka sebuah kerajaan yang unggul.

Sistem Pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka

Sultan

Bendahara

Penghulu Bendahari Temenggung

1. Dilaksanakan oleh Pembesar Empat terdiri daripada Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana

2. Wujud hubungan dan pesafahaman dua hala antara sultan dan pembesar yang membawa kejayaan kepada Kesultanan Melayu Melaka

3. Permuafakatan ini mewujudkan proses pentadbiran yang sempurna4. Ia mengelakkan tindakan yang sewenang-wenangnya oleh pemerintah5. Ia wujud hingga ke hari ini.6. Bendahara merupakan ketua pentadbir dan ketua turus angkatan tentera7. Bendahara juga merupakan pemasihat kepada sultan dan boleh menjadi

pemangku sultan.

Pentadbiran Peringkat Pusat

Fokus Spm Struktur

Jelaskan peranan sultan dalam kerajaan kesultanan Melayu Melaka

Info :

Undang-Undang Pahang : atau Hukum Kanun Pahang

Dikenali sebagai manuskrip Undang-Undang Pahang. Mempunyai beberapa maklumat tentang corak pemerintahan tradisi kerajaan di Pahang Disusun sekitar tahun 1596 merupakan kanun tertua selepas Undang-Undang Melaka

1.3 : Keunggulan Sistem Pentadbiran dan undang-Undang

Page 9: nota KSSM Ting 5 bab 1

Kesimpulan

1. Kebijaksanaan pemerintahan kesultanan melayu Melaka membolehkan kerajaannya muncul sebagai sebuah Kerajaan yang unggul dan empayar yang bear di Asia Tenggara

2. Setiap pembesar diberimagihan tubas yang tersusun dan kemas

3. Pembesar berperanan dalam tugas masking-masing bagi memastikan pentadbiran kerajaan kesultanan Melayu Melaka berjalan lancar

Undang- Undang

1. Terdapat dua undang-undang yang diamalkan di Melaka iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka

1. Dilaksanakan oleh Pembesar Empat terdiri daripada Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana

2. Wujud hubungan dan pesafahaman dua hala antara sultan dan pembesar yang membawa kejayaan kepada Kesultanan Melayu Melaka

3. Permuafakatan ini mewujudkan proses pentadbiran yang sempurna4. Ia mengelakkan tindakan yang sewenang-wenangnya oleh pemerintah5. Ia wujud hingga ke hari ini.6. Bendahara merupakan ketua pentadbir dan ketua turus angkatan tentera7. Bendahara juga merupakan pemasihat kepada sultan dan boleh menjadi

pemangku sultan.

1. Pembesar ditugaskan untuk menguruskan pentadbiran di peringkat daerah dan kampung.

2. Pembesar dilantik oleh Sultan dan Pembesar Empat3. Peranan pembesar ialah menjaga dan mngekalkan keamanan pentadbiran4. Dibenarkan mjengutip cukai di kawasan tersebut

Pentadbiran Peringkat Jajahan

13. Temenggung telah dilantik untuk menjaga keselamatan kota Melaka.14. Laksamana bertindak sebagai panglima angkatan laut.15. Ia menjadikan sistem keselamatan di Melaka sentiasa terkawal dan terjamin kemas di darat dan juga di laut16. Ia telah menjadi teras kepada kemasyhuran Kesulatanan Melaka.

Fokus Spm Struktur

Jelaskan peranan sultan dalam kerajaan kesultanan Melayu Melaka

Fokus Spm objektif

Antara berikut , yang manakah merupakan sumber kewangan kerajaan kesultanan Melayu Melaka?

I cukaiII UftiIII ZakatIV Hadiah

A I dan IIB I dan IV

Info :

Undang-Undang Pahang : atau Hukum Kanun Pahang

Dikenali sebagai manuskrip Undang-Undang Pahang. Mempunyai beberapa maklumat tentang corak pemerintahan tradisi kerajaan di Pahang Disusun sekitar tahun 1596 merupakan kanun tertua selepas Undang-Undang Melaka

Page 10: nota KSSM Ting 5 bab 1

2. Undang-undang tersebut berasaskan syariah dan hukum adat.3. Ia bertujuan menjamin kemakmuran dan kesejahteraan Kesultanan

Melayu Melaka

Hukum Kanun Melaka

Mengandungi 44 Fasal membincangkan hal jenayah, bidang kuasa sultan dan pembesar, kekeluargaan dan hal berkaitan ekonomi

Fasal 1 : Menjadi satu kesalahan bagi rakyat sekiranya memakai pakaian berwarna kuning, kain kasa dan keris yang berhulukan emas.

Fasal 3: Antara perkara yang dilarang bagi orang biasa menggunakannya semasa pengebumian, iaitu berpayung, menghambur dirham, menggunakan bantal atau tilam berwarna kuning.

Fasal 12: Seseorang yang mengganggu isteri orang, dikehendaki menyembah suami perempuan itu di hadapan khalayak ramai. Jika enggan, orang tersebut akan didenda. Jika seseorang mengganggu atau menawari (memikat) anak perempuan orang lain, orang itu akan didenda atau dikahwinkan dengan perempuan tersebut jika ada persetujuan bapa perempuan tersebut. Jika perempuan yang ditawari itu seorang hamba, hukumannya hanya denda.

Fasal 19 : Bagi orang menduduki tanah orang lain, sekiranya ada buah-buahan, makan perlulah makan bersama tuan tanah itu. Jika hasil tanaman dijual, maka satu pertiga hasil jualan perlu diserahkan kepada tuan tanah. Jika ada pokok yang ditebang dalam kawasan tanah itu , maka perlu dibayar ganti rugi 1 1/3 harga pokok tersebut. Seterusnya, menjadi satu kesalahan jika seseorang pembesarmemberikan sesebuah kampung kepada orang lain tanpa pengetahuan raja.

Fasal 20 : Tanah dibahagikan kepada dua jenis, iaitu tanah hidup dan tanah mati. Tanah hidup bermaksud tanah yang pernah dikerjakan oleh orang. Tanah mati pula ialah tanah hutan dan sebagainya. Orang membuat ladang di tanah hidup boleh didakwa.

Fasasl 21 : Tuan punya lembu akan dikenakan denda 1 ¼ tahil jika lembunya yang ditambat di tempat orang lalu lalang, menanduk orang. Tuan punya lembu tidak akan didenda jika lembu yang ditambat di hutan dan menanduk orang.

Fasal 23 : Seseorang dilarang menjual hamba yang asalnya ialah orang yang lapar dan orang yang dalam kesempitan.

Fasal 29: Antara tugas syahbandar adalah dengan menghukum kesalahan yang berkaitan dengan gantang dan cupak (perniagaan) dan hal-hal yang berlaku pada orang-orang dagang

Fasal 31 Jika seseorang itu menjual tanah, jualan itu termasuklah semua kayu-kayan yang terdapat di dalamnya. Bagi tanah huma (padi) yang dijual (tidak membuat perjanjian ), hasil pertama huma perlu diberikan kepada tuan tanah lama dan hasil selepasnya milik pembeli tanah tersebut

1. Ia menggugat ketenteraman dan keharmonian Kesultanan Melayu Melaka

2. Hukuman yang setimpal dikenakan ke atas perbuatan jenayah seperti membunuh, menikam dan mencuri

3. Contoh hukuman bunuh yang boleh diperkenalkan ialah fasal 5.1 : apabila seseorang didapati membunuh orang lain tanpa pengetahuan raja atau pembesar, pesalah akan dikenakan hukum bunuh.

4. Fasal 4, Hukuman bunuh dikenakan kepada sesiapa yang ingkar arahan sultan dan memalsukan titah sultan

Isi Kandungan Undang-Undang Melaka Jenayah

1. Semua pembesar mempunyai tanggungjawab di dalam pentadbiran

2. Pembesar perlu arif dalam pelaksanaan Undang-undang

3. Fasal 1 mengandungi tugas sultan, Bendahara, Temenggung dan Penghulu Bendahari

4. Sultan melantik pembesar seperti Bendahara dan Temenggung.

Peranan Sultan dan Pembesar

1. Ia bertujuan mewujudkan keharmonian dalam keluarga dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh keluarga atau dalam perkahwinan

2. Fasal 26 , Pernikahan memerlukan empat orang saksi.3. Jika tidak cukup memadai dua orang saksi sahaja.4. Hamba abdi dan wanita tidak boleh menjadi saksi

dalam pernikahan.

Kekeluargaan

1. Kerajaan kesultanan Melayu Melaka terkenal diseluruh dunia kerana aktiviti perdagangan di Pelabuhan Melaka

2. Terdapat peraturan yang jelas tentang urusniaga untuk mengawal perdagangan di Melaka agar tiada sebarang kesalahan yang bertentangan dengan ajaran islam.

3. Fasal 30 : amalan Riba diharamkan dalam urusan perdagangan

4. Orang yang terlibat di dalam perniagaan hendaklah aqil

Ekonomi

Fokus Spm objektif

Antara berikut , yang manakah merupakan sumber kewangan kerajaan kesultanan Melayu Melaka?

I cukaiII UftiIII ZakatIV Hadiah

A I dan IIB I dan IV

Page 11: nota KSSM Ting 5 bab 1

1. Pelbagai cukai dikenakan dalam urusan pelayaran untuk aktiviti perdagangan

2. Sistem percukaian yang sistematik dan adil dinyatakan dalam undeang-unedang.

3. Fasal 6.3, jumlah cukai dikenakan oleh nakhoda kepada penumpang iaitu satu persepuluh daripada hasil penumpang

Percukaian

1. Mempunyai kuasa penuh atau sebagai Raja dalam pelayaran.

2. Semua perintah nakhoda harus dipatuhi 3. Fasal 13.1 Nakhoda perlu diberi keutamaan

untuk berniaga selama empat hari4. Fasal 13. 3 Nakhoda harus bermesyuarat

dengan semua anak kapal untuk mendapat persetujuan jika hendak singgah ditempat yang tidak ada dalam senarai persinggahan

Peranan Nakhoda

1. Kerajaan kesultanan Melayu Melaka terkenal diseluruh dunia kerana aktiviti perdagangan di Pelabuhan Melaka

2. Terdapat peraturan yang jelas tentang urusniaga untuk mengawal perdagangan di Melaka agar tiada sebarang kesalahan yang bertentangan dengan ajaran islam.

3. Fasal 30 : amalan Riba diharamkan dalam urusan perdagangan

4. Orang yang terlibat di dalam perniagaan hendaklah aqil

Undang-undang Laut Melaka

Ia telah diusahakan oleh beberapa nahkodfa Melaka iaitu Nakhoda Jenal, Nahkodfa Diri Nahkoda Sahak. Ia telah diperkenan oleh Sultam Mahmud Shah dan mengandungi pekara yang berkaitan dengan peranan nahkoda,

pelayaran, jenayah di atas kapal dan percukaian

Page 12: nota KSSM Ting 5 bab 1

1. Hubungan pemerintah dengan rakyat wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi.

2. Hubungan ini adalah selaras dengan konsep Waadat atau Perjanjian

3. Rakyat dan pemerintah saling berkait antara satu sama lain

4. Ia berfungsi menggerakkan jentera kerajaan dan sistem pemerintahan.

5. Ia juga telah mengukuhkan pemerintahan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka dan menjadikannya sebuah kerajaan yang gemilang.

1. Terdapat golongan pemerintah dan golongan yang diperintah di dalam masyarakat Kesultanan Melayu Melaka

Golongan Pmerintah Dan Rakyat

Golongan pemerintah terdiri daripada Sultan,

Pembesar, kerabat diraja dan ulama

1. Menjaga keamanan dan kebajikan rakyat di kawasan pegangan

2. Menjadi Perantara antara sultan dengan rakyat

3. Mengutip hasil melalui sistem serah dan membekalkan tenaga tentera melalui sistem kerah

Peranan pembesar

1.4 Peranan Pemerintah dan Rakyat

Page 13: nota KSSM Ting 5 bab 1

1. Kewujudan hubungan baik antara pemerintah dengan rakyat sangat penting dalam menjamin kesajahteraan.

2. Ia dapat memelihara kedaulatan raja dan kesejahteraan rakyat.

3. Kita sebagai rakyat perlu menjaga hubungan baik dengan pemerintah bagi mengekalkan kemajuan dan keamanan negara

Rakyat terdiri daripada peniaga, petani, tukang dan

nelayan. Hamba terdiri daripada

hamba raja, hamba berhutang dan hamba

biasa

1. Taat setia kepada pemerintah2. Mematuhi segala arahan pemerintah

dan tidak akan menderhaka kerana takut ditimpa tulah

3. Menjadi tentera4. Menghadiri majlis umum seperti

gotong royong5. Menjadi pengayuh dan pendayungt

kapal perangh6. Menyumbang tenaga kerja melalui

sistem kerah seperti membina istana

1. Kerajaan Srivijaya mewarisi ciri-ciri negara bangsa daripada Kerajaan Alam Melayu yang lain seperti Funan dan Champa.

2. Ciri-ciri tersebut telah mengukuhkan kerajaan Srivijaya.3. Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka mewarisi ciri-ciri negara

bangsa yang menjadi asas kepada kewujudan negara bangsa di negara kita.

4. Kekuatan dan keunggulan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka yang terletak kepada kepimpinan yang baik dan diperkukuhkan

Kesimpulan

Fokus SPM objektifMengapakah rakyat tidak akan menderhaka kepada raja Melaka?

A. Akan dihukum bunuhB. Melanggar perintah agamaC. Takut ditimpa tulahD. Tidak mendapat keistimewaan

Jawapan : C- Takut ditinpa Tulah Buku Teks. Hal. 13Fakta : Mematuhi segala arahan pemerintah dan tidak akan menderhaka kerana takut ditimpa tulah

Waadat ialah perjanjian yang dilakukan oleh Demang Lebar Daun yang mewakili gaolongan

diperintah dengan Sang Sapurba yang mewakili golongan Pemerintah

Tulah ialah kecekelakaan yang

menimpa seseorang kerana melanggar

larangan atau titah raja dan menderhaka

kepada raja

Page 14: nota KSSM Ting 5 bab 1

1. Kerajaan Srivijaya mewarisi ciri-ciri negara bangsa daripada Kerajaan Alam Melayu yang lain seperti Funan dan Champa.

2. Ciri-ciri tersebut telah mengukuhkan kerajaan Srivijaya.3. Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka mewarisi ciri-ciri negara

bangsa yang menjadi asas kepada kewujudan negara bangsa di negara kita.

4. Kekuatan dan keunggulan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka yang terletak kepada kepimpinan yang baik dan diperkukuhkan

Unsur Patriotisme/ Iktibar

Sebagai rakyat Malaysia, Kita harus berbangga kerana mewarisi asas negara bangsa yang akan menjamin kesejahteraan dan keharmonian negara kita

Page 15: nota KSSM Ting 5 bab 1

.