Nota Kuliah Mei_Mohammad Hidir Baharudin

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/23/2019 Nota Kuliah Mei_Mohammad Hidir Baharudin

    1/6

    1 Mohammad Hidir Baharudin_Surah Al-Hujurat: 6-8

    # Nota Kuliah Bulanan (Mei 2015)

    Tabayyun

    Wahai orang-orang yang beriman, jika

    datang kepadamu orang fasik membawa

    suatu berita, maka periksalah dengan teliti

    agar kamu tidak menimpakan suatu

    musibah kepada suatu kaum tanpa

    mengetahui keadaannya yangmenyebabkan kamu menyesal atas

    perbuatanmu itu.

    Dan ketahuilah olehmu bahawa di

    kalanganmu ada Rasulullah. Kalau dia

    menuruti kemauanmu dalam beberapa

    urusan benar-benarlah kamu mendapat

    kesusahan, tetapi Allah menjadikan kamucinta kepada keimanan dan menjadikan

    keimanan itu indah di dalam hatimu serta

    menjadikan kamu benci kepada kekafiran,

    kefasikan, dan kedurhakaan. Mereka itulah

    orang-orang yang mengikuti jalan yang

    lurus,

    sebagai karunia dan ni'mat dari Allah. Dan

    Allah Maha Mengetahui lagi Maha

    Bijaksana.

    (Surah Al-Hujurat: 6-8)

    ____________________________

    1. Latar Belakang Ayat

    2.

    Asbabul Nuzul(Sebab Turunnya Ayat)

    Al-Harits bin Abu Dhiror Al-Khuzai

    berkata: Saya mendatangi Rasulullah s.a.w.

    dan baginda mengajakku memeluk Islam.

    Maka aku pun memeluk Islam dan

    mengikrarkannya. Kemudian baginda

    menyuruhku mengeluarkan zakat maka aku

    pun mengikrarkannya. Dan aku pun

    berkata: Aku akan pulang kepada kaumku

    (Bani Mustaliq) untuk mengajak merekamasuk Islam dan menunaikan zakat.

    Sesiapa yang menyahut seruan dakwahku,

    maka aku akan kumpulkan zakat yangdikeluarkan. (Kemudian Rasulullah s.a.w.

    mengutus seseorang utusan pada waktu

    yang ditetapkan untuk mengambil zakat

    yang dikumpulkan). Ketika Al-Harits telah

    mengumpulkan zakat daripada orang yang

    menyahut seruan dakwahnya, bertepatan

    waktu yang disepakatinya dengan

    Rasulullah s.a.w., utusan itu tertahan olehsesuatu hal sehingga dia tidak dapat

    datang. Al-Harits menduga Rasulullahs.a.w. marah kepadanya dengan ketidak

    datangnya utusan Rasulullah s.a.w. adalahtandanya. Maka Al-Harits memanggil

    pembesar kaumnya dan berkata:

    Rasulullah s.a.w. sebenarnya telah

    menetapkan waktu untuk mengirim utusan

    untuk mengambil zakat yang aku

    kumpulkan. Aku melihat utusan tidak

    datang adalah tanda marahnya Rasulullahs.a.w. Dalam masa yang sama,

    Rasulullah s.a.w. mengirim Walid bin

    Uqbah bin Abi Muit (Bani Amr bin

    Umayah) kepada Al-Harits untuk

    mengumpulkan zakat. Sampai di

    pertengahan jalan, Walid berpatah balik

    kepada Rasulullah s.a.w. dan berkata,Wahai Rasulullah, sesungguhnya Al-

    Harits telah menghalangku daripada

    mengambil zakat dan berniat

    membunuhku. Maka Rasulullah s.a.w.

    mengirim rombongan (Khalid Al-Walid)

    kepada Al-Harits. Mereka berkata, Inikah

    Al-Harits? Al-Harits datang kepada

    mereka dan berkata, Kepada siapakah

  • 7/23/2019 Nota Kuliah Mei_Mohammad Hidir Baharudin

    2/6

    2 Mohammad Hidir Baharudin_Surah Al-Hujurat: 6-8

    kalian diutuskan? Mereka menjawab,

    Kepadamu. Al-Harits bertanya,

    Kenapa? Mereka menjawab, Kerana

    Rasulullah telah mengirimmu utusan, lalu

    dia menduga engkau telah menghalanginya

    dan mahu membunuhnya. Maka Al-Haritsberkata, Demi Dzat yang mengutus

    Muhammad, sesungguhnya kami tidakseperti yang kalian tuduh. Kami belum

    pernah melihat utusan Rasulullah sepertikalian maksudkan dan dia tidak pernah

    datang kepadaku. Ketika Al-Harits

    menemui Rasulullah s.a.w., berkatalah

    baginda kepada Al-Harits, Wahai Al-

    Harits, kalian telah menahan utusanku dan

    mahu membunuhnya. Al-Harits lalu

    menjawab, Demi Dzat yang mengutusengkau sebagai utusanNya, aku tidak

    seperti itu. Utusanmu tidak pernah datang

    dan menemuiku. Bahkan ketika utusanmu

    tidak datang pada waktu yang dipersetujui,

    kami menduga itu adalah petanda daripada

    kemurkaan Allah dan RasulNya kepada

    kami.

    Maka turunlah ayat 6 Surah Al-Hujurat.1

    3.

    Pengajaran

    Kepentingan Memeriksa Dan

    Menapis Berita Yang Diperolehi.

    1HR AhmadHadis Hasan

    Tabayyun adalah meneliti,

    memeriksa, dan menapis akan

    sesuatu perkara. Prinsip tabayyun

    menyuburkan konsep berfikir

    apabila mendapat sesuatu berita

    samada melalui pembacaan ataupendengaran. Kurangnya tabayyun

    menunjukkan umat Islam kurangberfikir.

    Jika prinsip tabayyun tidak

    dipraktikkan dalam kehidupan

    seseorang, maka akan berleluasalah

    tuduhan dan fitnah, bertebaranlah

    perkataan bohong dan dusta, hingga

    menyebabkan akan terjadinya

    pergaduhan dan pertumpahan darahantara sesama saudara Islam. Maka

    ikatan perpaduan di atas nama

    Islam hanya akan tinggal nama.

    Umat Islam akan menjadi lemah.

    Musuh di kiri dan kanan, depan dan

    belakang akan menguasai umat

    Islam.

    Jangan Bercakap Bohong & Dusta.

    Maka takutlah kamu ketika kamuberkata bohong dan berbuat dusta

    kerana Allah s.w.t. akan

    memberitahu apa yang kamu

    lakukan kepada NabiNya.2

    2Tafsir At-Tobari,

    Dan ketahuilah olehmu bahawa di

    kalanganmu ada Rasulullah.

    Menjadikan Allah Dan Rasul(Islam) Sebagai Sandaran Utama

    Dalam Kehidupan

    3. Maka

    kehidupan berpandukan agama

    Islam menjadi mudah dan senang

    dalam setiap masa dan tempat.

    Sebaliknya, jika hawa nafsu

    menjadi sandaran, kesusahan demi

    kesusahan akan memenuhi hidup

    seseorang manusia.

    3Firman Allah s.w.t.;

    Wahai orang-orang yang beriman,

    janganlah kamu mendahului Allah dan

    Rasulnya dan bertakwalah kepada Allah.

    Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi

    Maha Mengetahui. (Surah Al-Hujurat: 1)

    Kata Ibnu Abbas, Janganlah kalian

    menyalahi Al-Quran dan As-Sunnah.

  • 7/23/2019 Nota Kuliah Mei_Mohammad Hidir Baharudin

    3/6

    3 Mohammad Hidir Baharudin_Surah Al-Hujurat: 6-8

    Kata Qatadah, Kalau baginda

    s.a.w. menuruti kemauan kalian

    dalam urusan, maka benar-benarlah

    kamu akan mendapat kesusahan,

    kerana kalian adalah orang yang

    memiliki pendapat yang jelek danburuk. Sementara Al-Quran dan As-

    Sunnah adalah ikutan yang palingbagus dan terpercaya.

    Akal & HidayahMata & Cahaya

    Kaitan Menapis Berita, Iman,

    Fasiq, Dan Maksiat. Allah s.w.t.

    mengaitkan kepentingan menapis

    berita, iman, kufur, fasiq, dan

    maksiat. Daripada berita dankhabar, seseorang yang beriman itu

    boleh bertambah imannya, atau

    menjadi kufur dengan hatinya.

    Dengan berita, seseorang itu boleh

    mengucapkan perkataan fasiq

    daripada lidahnya. Dengan berita,

    seseorang itu boleh membuat

    maksiat dengan anggota badannya.

    Maka, periksalah berita. Firman

    Allah;

    Mereka itulah orang-orang yang

    mengikuti jalan yang lurus,

    Iaitu orang-orang yang cinta kepada

    keimanan dan benci kepada

    kekufuran, kefasiqan, dan

    kemaksiatan adalah orang-orang

    yang mengikut jalan yang lurus.

    Iaitu daripada berita yangdiperolehi.

    Keadilan Para Sahabat

    Sahabat ialah orang yang pernah

    bertemu dengan Nabi s.a.w. dalam

    keadaan beriman dan meninggal

    dunia dalam keadaan beragama

    Islam.4 (Bandingan Abdullah IbnMakhtum, Najashi, & Abu Lahab).

    Jumlah sahabat ketika Nabi s.a.w.

    wafat ialah 100 000 lelaki dan

    perempuan.5

    Ibnu Masud berkata:

    Sesungguhnya Allah melihat ke

    dalam hati-hati hambaNya, maka

    Dia menemukan hati Muhammadsebagai hati yang terbaik diantara

    hati-hati hambaNya. Allah pun

    memilihnya secara khusus

    untukNya lalu mengutuskannyauntuk memegang risalahNya.

    Sesudah itu Allah melihat lagi ke

    4Al-Ishobah karya Ibnu Hajar5Al-Bidayah Wan Nihayah karya Ibnu Kathir

    dalam hati hamba-hambaNya, maka

    Dia mendapati hati-hati Sahabat

    Muhammad sebagai hati-hati yang

    terbaik diantara hambaNya. Maka

    Dia jadikan mereka sebagai

    pendamping NabiNya yangberperang di atas agamaNya. Apa

    saja yang dilihat kaum Musliminbaik, maka itu juga baik disisi

    Allah. Dan apa saja yang dilihatburuk oleh kaum Muslimin, maka

    itu juga buruk disisi Allah.6

    Keutamaan Sahabat Menurut Al-

    Quran

    6HR AhmadHadis Hasan

    Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan

    untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, danmencegah dari yang munkar, dan beriman kepada

    Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu

    lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yangberiman, dan kebanyakan mereka adalah orang-

    orang yang fasik. (Surah Ali Imran: 110)

  • 7/23/2019 Nota Kuliah Mei_Mohammad Hidir Baharudin

    4/6

    4 Mohammad Hidir Baharudin_Surah Al-Hujurat: 6-8

    Sesungguhnya Allah telah ridha terhadaporang-orang mu'min ketika mereka berjanji

    setia kepadamu di bawah pohon, makaAllah mengetahui apa yang ada dalam hati

    mereka lalu menurunkan ketenangan atasmereka dan memberi balasan kepada

    mereka dengan kemenangan yang dekat

    (waktunya). (Surah Al-Fath: 18)

    Jabir bin Abdillah menerangkan, Jumlah

    kami saat peristiwa itu (Baiatul Ridwan6H) ialah 1400 orang7

    Nabi s.a.w. bersabda, Tidak akan masuk

    neraka insyallah seorang pun yang

    termasuk dalam golongan orang-orang di

    bawah pokok, iaitu yang berbaiah di

    bawahnya. 8

    7HR Bukhari (4145)8HR Muslim (2496)

    - Riwayat lain menyebut kecuali si pemilik untamerah iaitu Al-Jadd bin Qais, seorang

    munafik.

    Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-

    orang yang bersama dengan dia adalah keras

    terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasihsayang sesama mereka. Kamu lihat mereka

    ruku' dan sujud mencari karunia Allah dankeridhaan-Nya, tanda-tanda mereka tampak

    pada muka mereka dari bekas sujud9.

    Demikianlah sifat-sifat mereka dalam Taurat

    9

    :

    (Tafsir At-Tobari)

    dan sifat-sifat mereka dalam Injil, yaitu seperti

    tanaman yang mengeluarkan tunasnya maka

    tunas itu menjadikan tanaman itu kuat lalu

    menjadi besarlah dia dan tegak lurus di ataspokoknya; tanaman itu menyenangkan hati

    penanam- penanamnya kerana Allah hendak

    menjengkelkan hati orang-orang kafir. Allah

    menjanjikan kepada orang- orang yang

    beriman dan mengerjakan amal yang soleh diantara mereka ampunan dan pahala yang besar.

    (Surah Al-Fath: 29)

    Imam Malik berkata, Aku mendengar beritabahawa orang-orang Nasrani ketika melihat

    para sahabat membuka Syam, mereka berkata,Demi Allah, mereka lebih baik daripada

    Hawariyun..

  • 7/23/2019 Nota Kuliah Mei_Mohammad Hidir Baharudin

    5/6

    5 Mohammad Hidir Baharudin_Surah Al-Hujurat: 6-8

    (Juga) bagi orang fakir yang berhijrah yangdiusir dari kampung halaman dan dari harta

    benda mereka (karana) mencari karunia dari

    Allah dan keridhaan-Nya dan mereka

    menolong Allah dan RasulNya. Mereka itulah

    orang-orang yang benar. - Dan orang-orangyang telah menempati kota Madinah dan telah

    beriman (Anshor) sebelum (kedatangan)

    mereka (Muhajirin), mereka (Anshor)

    'mencintai' orang yang berhijrah kepadamereka (Muhajirin). Dan mereka (Anshor)

    tiada menaruh keinginan dalam hati merekaterhadap apa-apa yang diberikan kepada

    mereka (Muhajirin); dan mereka

    mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atasdiri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam

    kesusahan. Dan siapa yang dipelihara dari

    kekikiran dirinya, mereka itulah orang orangyang beruntung - Dan orang-orang yang datang

    sesudah mereka (Muhajirin dan Anshor),mereka berdoa: "Ya Rabb kami, beri ampunlah

    kami dan saudara-saudara kami yang telah

    beriman lebih dulu dari kami, dan janganlah

    Engkau membiarkan kedengkian dalam hatikami terhadap orang-orang yang beriman; Ya

    Rabb kami, Sesungguhnya Engkau Maha

    Penyantun lagi Maha Penyayang." (Surah Al-

    Hasyr: 8-10)

    Kata Ibnu Abbas, Janganlah kalian

    mencaci maki sahabat kerana

    sesungguhnya Allah memerintah kalian

    agar memohon ampun bagi mereka. Dan

    Allah sudah sedia maklum bahawa mereka

    akan berperang.10

    Orang-orang yang terdahulu lagi yangpertama-tama (masuk Islam) dari golongan

    muhajirin dan anshar dan orang-orang yang

    mengikuti mereka dengan baik, Allah ridha

    kepada mereka dan mereka pun ridha

    kepada Allah dan Allah menyediakan bagi

    mereka surga-surga yang mengalir sungai-

    sungai di dalamnya selama- lamanya.

    Mereka kekal di dalamnya. Itulah

    kemenangan yang besar. (Surah At-

    Taubah: 100)

    - Kisah Hathib Abi Baltaah- Bilangan

    10HR AhmadHadis Sahih

    Allah ridha kepada mereka dan

    mereka pun ridha kepada Allah

    dalam Al-Quran & Sifat-Sifat

    Dan mengapa kamu tidak menafkahkan

    (sebagian hartamu) pada jalan Allah,padahal Allah-lah yang memiliki langit dan

    bumi? Tidak sama di antara kamu orangyang menafkahkan (hartanya) dan

    berperang sebelum penaklukan (Mekah).

    Mereka lebih tingi derajatnya daripada

    orang-orang yang menafkahkan (hartanya)

    dan berperang sesudah itu. Allah

    menjanjikan kepada masing-masing

    mereka Husna. Dan Allah mengetahui

    apa yang kamu kerjakan. (Surah Al-Hadid:

    10)

    - Kata Ibn Hazm, Husna ialah

    syurga.

    - Kisah Khalid Al-Walid & Abdul

    Rahman Auf.

  • 7/23/2019 Nota Kuliah Mei_Mohammad Hidir Baharudin

    6/6

    6 Mohammad Hidir Baharudin_Surah Al-Hujurat: 6-8

    Dan orang-orang yang beriman danberhijrah serta berjihad pada jalan Allah,

    dan orang-orang yang memberi tempatkediaman dan memberi pertolongan

    (kepada orang-orang muhajirin), merekaitulah orang-orang yang benar-benar

    beriman. Mereka memperoleh ampunan

    dan rezki (ni'mat) yang mulia. (Surah Al-

    Anfal: 74)11Banyak hadis-hadis lain.

    Sahabat-Sahabat Yang DijaminMasuk Syurga 10 Yang Dijamin,

    Isteri-Isteri Nabi, Anak-Anak Nabi,

    1400 Baiah Ridwan, Ukasyah

    Mihson, 312+ Mujahidin Badar, ...

    Isu-Isu Tentang Sahabat

    Syahidnya Uthman, (35H)

    Fitnah di zaman Ali,Peperangan Jamal, (36H)

    Peperangan Siffin, (37H)

    11Mukmin Yang Sebenar (Surah Al-Anfal & Latar)

    1. Ayat Al-Quran memberi kesan pada hati2.

    Bertawakal kepada Allah3.

    Mendirikan Solat

    4.

    Menunaikan zakat

    5.

    Bersifat seperti Sifat Sahabat

    Peperangan Nahrawan, (38H)

    Pembunuhan Ali, (40H)

    Hasan sebagai Khalifah, (40-41H)

    Muawiyah sbg Khalifah, (41-60H)

    Sikap Kita.