Nota Kursus Basic Excel Macro Dan VBA Programming

  • View
    2.362

  • Download
    32

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Nota Kursus Basic Excel Macro Dan VBA Programming

Text of Nota Kursus Basic Excel Macro Dan VBA Programming

Nota Kursus

BASIC EXCEL MACRO DAN VBA PROGRAMMING

Disediakan Oleh:

MOHD SAFFUAN BIN SUNTONG

1

Modul Kursus Basic Excel Macro dan VBA Programming Hari 1 Modul Pengenalan Kepada Excel Macro dan VBA Mempelajari asas kepada macro programming: a) Pengenalan kepada Macro dan VBA b) Merekod aktiviti Excel sebagai Macro dan mencipta Macro sendiri c) Pembangunan form ringkas di Excel d) Manipulasi komponen Excel menggunakan Macro Asas Macro Programming menggunakan VBA Mempelajari asas macro programming menggunakan bahasa VBA (Visual Basic for Application): a) Pengenalan kepada Visual Basic Editor b) Mentakrif VBA Variable c) VBA Array d) VBA Operators dan Built-In Function e) VBA If-Then-Else Statement f) VBA Select-Case Statement g) VBA Do-While / Do-Until Loop h) VBA For-Next Loop i) VBA For-Each Loop j) Membina VBA Sub-Procedure dan Function sendiri Muka Surat Tempoh (Jam) 2.5 jam 1 2 7 10

4 jam 13 14 15 17 20 22 24 26 28 29

2

MODUL 1: PENGENALAN KEPADA EXCEL MACRO dan VBA 1. Pengenalan kepada Macro dan VBA Microsoft Excel adalah sebuah program aplikasi spreadsheet yang dibangunkan oleh Microsoft. Ia juga adalah salah satu perisian yang dimasukkan ke dalam Microsoft Office yang standard selain MS Word dan MS Powerpoint. Sebelum kewujudan MS Excel, aplikasi spreadsheet yang paling terkenal dan banyak digunakan adalah Lotus 1-2-3. Namun sejak munculnya MS Excel, ia telah mengambil alih perisian Lotus 1-2-3 sebagai aplikasi spreadsheet yang paling terkenal. Aplikasi MS Excel versi pertama yang dikeluarkan adalah MS Excel 2.0, kemudian diikuti dengan MS Excel 3.0, MS Excel 4.0, MS Excel 5.0, MS Excel 95, MS Excel 97, MS Excel 2000, MS Excel 2002, MS Excel 2003, MS Excel 2007 dan yang paling terkini iaitu MS Excel 2010.

MS Excel mempunyai fungsi yang dipanggil macro yang boleh digunakan untuk merekod segala aktiviti dan arahan yang boleh digunakan di dalam Excel dan kemudian akan disimpan dalam bentuk program macro. Dengan membangunkan macro, pengguna boleh menjalankan segala fungsi dan arahan yang telah diprogramkan dalam macro dengan hanya menjalankan sahaja macro tersebut. Macro juga dikenali sebagai VBA procedure. VBA bermaksud Visual Basic for Applications di mana penggunakan boleh membangunkan sendiri aplikasi ringkas dengan hanya menggunakan MS Excel dengan menggunakan bahasa VBA yang boleh difahami oleh MS Excel dan ia akan menjalankan segala yang telah diprogramkan. Untuk membangunkan program VBA, pengguna akan membuat programming di dalam Visual Basic Editor. 1

2. Merekod aktiviti Excel sebagai Macro dan mencipta Macro sendiri Bagi menggunakan Macro dan VBA, bagi MS Excel 2010, keluarkan dahulu menu Developers dengan pergi ke File > Options. Kemudian pilih Customize Ribbon, dan pada Choose commands from, pilih All Tabs. Highlight pada Developer dan tekan butang Add >> untuk memasukkan menu Developer ke column sebelah kanan. Pastikan Developer telah ditandakan dan tekan butang OK. Perhatikan menu Developer telah wujud di bahagian Menu di bahagian atas. Klik pada menu Developer untuk melihat kandungan submenu bagi Developer.

Bagi MS Excel 2007, klik pada dan klik pada butang Excel Options. Kemudian tandakan Show Developer tab in the Ribbon dan klik OK.

2

Main Menu:

Bagi mencuba untuk merekod segala aktiviti yang kita lalukan di dalam Excel, klik pada submenu Record Macro. Tetingkap berikut akan dipaparkan:

Anda boleh namakan apa-apa sahaja untuk nama Macro yang akan direkod, seperti contoh Macro1. Shortcut key digunakan untuk kita takrifkan sendiri shortcut key yang hendak digunakan untuk menjalankan Macro yang akan direkod. Secara default simpan sahaja macro di dalam This Workbook. Tekan OK untuk mula merekod. Taip apa-apa sahaja di dalam worksheet Excel seperti contoh di bawah:

Pada bahagian Jumlah, jumlahkan kesemua harga barangan dengan menggunakan fungsi AutoSum pada menu Home.

3

Setelah tamat, pada menu Developer, klik pada Stop Recording. Dengan itu segala aktiviti yang baru sahaja dilakukan telah direkod ke dalam macro Macro1.

Sekarang padam semua perkara yang telah kita lakukan di dalam worksheet Excel sebentar tadi. Klik pada submenu Macros di menu Developer. Pilih Macro1 dan tekan butang Run.

Didapati segala isi kandungan worksheet yang baru dipadam akan muncul semula. Ini kerana segala aktiviti sebelum ini telah pun direkod dan apabila dijalankan, ia akan melaksanakan semula aktiviti yang telah direkod tersebut.

4

Aktiviti yang direkod ini disimpan di dalam satu procedure Macro yang diprogramkan dalam bahasa VBA. Untuk melihat program tersebut, klik semula pada submenu Macros di menu Developer, pilih Macro1 dan tekan butang Edit. Sebuah aplikasi Visual Basic Editor akan dibuka dan di dalamnya terkandung program Macro1 yang telah direkod sebentar tadi.

Di dalam program Macro1 tersebut, segala aktiviti menaip, pilihan cell dan lain-lain akan direkod. Kini kita akan cuba untuk mengubah dan membangunkan sendiri kod aturcara untuk mendapatkan hasil yang sama dengan kaedah yang berlainan. Untuk menghantar nilai kepada sel-sel tertentu di dalam worksheet Excel, format sintaks adalah seperti berikut: Range("[No. Sel]").Value = "[Nilai] Contohnya penggunaan adalah seperti berikut di mana pada sel A1 akan diisi dengan teks Senarai Harga Barang apabila dijalankan: Range("A1").Value = "Senarai Harga Barang"

5

Untuk memasukkan formula di dalam sebuah sel, gunakan sintaks seperti contoh berikut: Range("A6").Formula = "=SUM(A2:A5)" Untuk membina macro sendiri, padam semua aturcara program bagi Macro1 dan cuba gantikan dengan aturcara berikut: Sub Macro1() Range("A1").Value = "Senarai Harga Barang" Range("A3").Value = "Komputer" Range("B3").Value = "2000" Range("A4").Value = "Monitor" Range("B4").Value = "500" Range("A5").Value = "Printer" Range("B5").Value = "400" Range("A6").Value = "Scanner" Range("B6").Value = "150" Range("A7").Value = "Jumlah" Range("B7").Formula = "=SUM(B3:B6)" End Sub Padam juga semula semua isi kandungan di dalam Excel worksheet itu tadi. Kemudian pergi semula ke Visual Basic Editor dan tekan butang Run Sub/UserForm atau tekan F5 untuk menjalankan Macro1 yang baru dicipta tadi.

Lihat semula pada worksheet dan didapati isi kandungan yang telah dipadam wujud semula. Tanpa menggunakan fungsi Record Macro, kita juga boleh membangunkan program macro kita sendiri dengan menggunakan teknik pengaturcaraan VBA.

6

3. Pembangunan form ringkas di Excel Untuk membangunkan form di dalam Excel dengan menggunakan beberapa komponen seperti Textbox, Combobox, List box, Button dan sebagainya, pada menu Developer, klik pada submenu Design Mode untuk mula merekabentuk form.

Untuk memasukkan komponen form, klik pada submenu Insert dan pilih komponen form yang hendak digunakan. Di dalam tutorial ini, kita akan menggunakan komponen form daripada ActiveX Controls.

Bina satu form seperti gambar yang berikut yang mengandungi Textbox, Combobox dan Command Button:

7

Setiap komponen mempunyai nama yang unik yang digunakan untuk mengenalpasti komponenkomponen tersebut. Untuk mengetahui nama komponen, klik kanan pada komponen dan klik Properties.

Properties bagi komponen tersebut akan dipaparkan seperti berikut:

Seperti contoh, nama bagi komponen tersebut adalah ComboBox1. Anda juga boleh menamakan komponen tersebut dengan nama yang lain dengan menukarnya pada bahagian (Name).

8

Bagi komponen ComboBox atau ListBox, untuk memasukkan data ke dalam senarai komponen, buat satu senarai di dalam mana-mana bahagian dalam worksheet seperti berikut:

Kemudian pada properties bagi ComboBox1 itu tadi, cari parameter ListFillRange dan masukkan range bagi senarai yang telah ditulis di dalam worksheet seperti contoh, ComboBox1 digunakan untuk memaparkan senarai komputer, oleh itu masukkan range E5:E7 (mengikut no. lajur dan baris yang di komputer anda).

Tutup tetingkap properties dan klik pada submenu Design Mode untuk disablekannya. Pergi pada ComboBox itu tadi dan klik pada tanda V untuk memaparkan senarai seperti berikut:

Buat untuk kesemua ComboBox yang ada dengan memasukkan senarai isi kandungannya di dalam Design Mode. Kemudian semak semula dan pastikan semua senarai telah dimasukkan ke dalam ComboBox. Bagi Command Button pula, secara default, perkataan yang dipaparkan di atas Command Button tersebut adalah CommandButton1. Anda boleh menukar perkataan tersebut dengan membuka tetingkap properties bagi Command Button dan tukar pada parameter Caption.

9

4. Manipulasi komponen Excel menggunakan Macro Setelah form ringkas siap dibangunkan, kita perlu memasukkan aturcara macro agar form kita dapat menjalankan fungsi yang kita kehendaki. Seperti contoh dengan menggunakan form yang kita bangunkan, pengguna dikehendaki memilih jenis jenama bagi setiap barang, masukkan harga dan klik butang Kira Jumlah untuk mengetahui jumlahnya. Untuk tujuan itu, kita perlu menulis aturcara macro bagi insiden butang Kira Jumlah diklik. Bagi menulis aturcara, klik kanan pada butang Kira Jumlah dan klik View Code.

Apabila View Code diklik, Visual Basic Editor akan dibuka dan sebuah sub procedure akan dicipta secara automatik iaitu CommandButton1_Click(). Sub procedure ini bermaksud, apabila butang CommandButton1 diklik (dipanggil Event atau Insiden), maka segala aturcara di dalam sub procedure ini akan dijalankan.

10

Bagi setiap komponen, terdapat insiden yang boleh digunakan bersama komponen tersebut. Untuk melihat senarai insiden bagi komponen, klik pada Combo Box di bahagian atas kanan seperti berikut:

Masukkan contoh aturcara berikut di dalam sub procedure CommandButton1_Click() (Ubah nama TextBox sekiranya anda ada membuat perubahan pada namanya): Private Sub CommandButton1_Click() TextBox