4
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MUZIK DENGAN PERGERAKAN 5.2 Penglibatan Individu Apresiasi muzik merupakan satu bentuk kefahaman yang merangkumi rasa keindahan dalam diri seseorang apabila ianya mendengar sesuatu muzik. Perkara asas untuk membimbing kanak-kanak supaya berkeupayaan untuk membuat apresiasi konsep muzik dalam pergerakan ialah dengan mendedahkannya dengan seberapa banyak mungkin pengalaman-pengalaman yang diterima secara langsung dengan pelbagai unsur atau konsep seni muzik seperti melodi, irama, harmoni, bentuk, warna ton dan ekspresi. a) Pergerakan megikut konsep muzik i. Melodi/ lagu- Kedudukan pic setiap lagu sama ada tinggi atau rendah. Untuk itu kanak-kanak akan membuat pergerakan merendahkan badan apabila pic rendah dan meninggikan badan untuk menunjukkan pic tinggi. Rajah 5.1: Contoh skor lagu menunjukkan pic/not menaik dan menurun. ii. Irama (beat) rentak, meter, tekanan, tempo Contoh aktiviti yang boleh dilahirkan adalah seperti bergerak laju seperti arnab untuk menunjukkan tempo yang cepat dan berjalan seperti kura-kura untuk menu) dan menjukkan tempo yang perlahan.

nota modul penglibatan individu

Embed Size (px)

DESCRIPTION

nota modul penglibatan individu

Citation preview

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MUZIK DENGAN PERGERAKAN5.2 Penglibatan IndividuApresiasi muzik merupakan satu bentuk kefahaman yang merangkumi rasa keindahan dalam diri seseorang apabila ianya mendengar sesuatu muzik. Perkara asas untuk membimbing kanak-kanak supaya berkeupayaan untuk membuat apresiasi konsep muzik dalam pergerakan ialah dengan mendedahkannya dengan seberapa banyak mungkin pengalaman-pengalaman yang diterima secara langsung dengan pelbagai unsur atau konsep seni muzik seperti melodi, irama, harmoni, bentuk, warna ton dan ekspresi.

a) Pergerakan megikut konsep muziki. Melodi/ lagu- Kedudukan pic setiap lagu sama ada tinggi atau rendah. Untuk itu kanak-kanak akan membuat pergerakan merendahkan badan apabila pic rendah dan meninggikan badan untuk menunjukkan pic tinggi.

Rajah 5.1: Contoh skor lagu menunjukkan pic/not menaik dan menurun.

ii. Irama (beat) rentak, meter, tekanan, tempoContoh aktiviti yang boleh dilahirkan adalah seperti bergerak laju seperti arnab untuk menunjukkan tempo yang cepat dan berjalan seperti kura-kura untuk menu) dan menjukkan tempo yang perlahan.

Manakala dalam konsep meter aktiviti kanak-kanak berjalan sambil mengira detik (one, two, three and four) untuk menunjukkan 4/4 (meter empatan) dan menghentakkan kaki pada detik pertama dan ketiga. Manakala jika lagu dalam (meter tigaan) kanak-kanak akan mengira detik (one, two and three) dan menghentakkan kaki pada detik/ tekanan pertama. (Rujuk skor lagu di atas)

iii. HarmoniHarmoni adalah gabungan beberapa not yang dinamakan sebagai kod dan petikan kod dinamakan sebagai arpeggio.

iv. EkpresiMerupakan juga sebagai dinamik sesebuah lagu. Untuk itu kanak-kanak akan membuat pergerakan berdasarkan dinamik sesebuah lagu sama ada lembut, kuat, keras dan cepat.

v. JalinanJalinan adalah bentuk garisan melodi sesebuah lagu sama ada bercorak monofonik, polifonik dan homofonik.

vi. Warna ton/ timbre.Bunyi ton mempunyai sifat dan kualiti tersendiri dan ini dinamakan warna ton dalam muzik. Contoh bunyi yang mempunyai warna ton yang berbeza ialah: suara lelaki dan suara perempuan suara orang menjerit dengan suara berbisik tepuk tangan dengan petikan jari

Cuba anda nyatakan contoh-contoh warna ton selain daripada di atas.5.2.1Aktiviti MendengarPendekatan Kodaly ada menyatakan tentang kepentingan aktiviti mendengar kepada kanak-kanak. Beliau menekankan tentang pendengaran dalaman (inner hearing) yang merupakan asas penting dalam pedagogi Kodaly. Untuk itu pemahaman kanak-kanak tentang elemen dan konsep muzik adalah penting terutamanya irama, melodi, bentuk, harmoni dan tempo.Latihan mudah yang digunakan dalam menguatkan pendengaran dalaman seseorang ialah dengan melalui TIGA frasa. Frasa pertama, kanak-kanak akan menyanyikan sebuah lagu dengan kuat dan kemudian frasa kedua di dalam kepala dan frasa ketiga dinyanyikan secara kuat semula. Menurut Kodaly tujuan utama latihan menyanyi corak mengikut frasa ini adalah untuk menguji konsentrasi kanak-kanak dan untuk melihat keupayaan mereka mendengar sesebuah lagu atau frasa dalam kepala tanpa menyanyikan lagu tersebut. Penggunaan isyarat tangan untuk menguji pendengaran dalaman adalah satu kaedah pengajaran yang amat berkesan sekali.

5.2.2Aktiviti Merasai (Feel)Falsafah Bahasa Inggeris ada menyatakan Tell me, I forget........ show me, I remember..........involve me, I understand. Ini merupakan moto utama dalam pendekatan Orff. Moto ini menekankan jika guru hanya memberitahu kanak-kanak , mereka akan melupakannya, jika guru menunjukkan cara untuk membuat sesuatu, kanak-kanak akan mengingatinya, tetapi jika guru melibatkan kanak-kanak dalam sesuatu aktiviti, mereka akan lebih memahaminya. Dengan penglibatan kanak-kanak ini membuatkan kanak-kanak itu merasai aktiviti yang dijalankan. Untuk itu Orff menekankan bahawa penglibatan kanak-kanak dalam mana-mana sesi muzikal adalah prinsip asas pendekatan Orff. Beliau juga mempercayai kanak-kanak akan dapat belajar dan memahami dengan lebih mendalam sesuatu aktiviti jika ianya diberi peluang untuk merasai sendiri dalam aktiviti tersebut.

5.2.3Aktiviti Berimaginasi Kuat ( Strong Imagination)Aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam muzik dengan pergerakan memberi peluang kepada kanak-kanak untuk melatih dirinya supaya menjadi seorang yang berimaginasi kuat. Ini dapat dilihat berdasarkan daripada latihan-latihan yang diperolehi dalam bunyi-bunyian yang didengar, lirik-lirik lagu, unsur-unsur muzik dan pengalaman-pengalaman yang telah diperolehi.Dalam mempelajari bunyi-bunyian yang didengar, kanak-kanak terpaksa menggunakan tahap pemikiran kepelbagaian kecerdasan yang tinggi untuk membuat keputusan. Untuk itu kanak-kanak dengan dibantu oleh guru perlu banyak mengadakan latihan-latihan dan aktiviti-aktiviti pembelajaran yang dapat merangsang minda dan pemikiran mereka.Berdasarkan lirik atau senikata lagu kanak-kanak diharapkan akan dapat membuat sesuatu imaginasi iaitu akan cuba untuk mentafsirkan setiap lirik lagu yang dinyanyikan dengan membuat pelbagai pergerakan.Pemahaman yang kuat terhadap unsur-unsur muzik akan dapat membantu kanak-kanak untuk berimaginasi dengan lebih kuat.