28
1.0 PENGENALAN · Menurut pandangan penganalisis politik, cadangan pembentukan Malaysia oleh Tunku Abdul Rahman pada 27 Mei 1961 di Singapura (Sunday Mail 1961, Sunday Times 1961) merupakan satu detik penting yang membawa kepada perkembangan parti politik di Sabah.[1] Lanjutan daripada cadangan pembentukan Malaysia ini, wujud kesedaran politik dan sekali gus menyebabkan munculnya parti-parti politik di Sabah. (Whelan 1970; Ness 1965).Gagasan penubuhan Malaysia ini telah di kemukakan oleh Tunku Abdul Rahman dalam persidangan dengan Persatuan Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura.Tunku Abdul Rahman menyatakan kemasukan Borneo Utara, Sarawak, Singapura dan Brunei mampu memberi kesan yang amat baik.Dengan cara ini, negeri-negeri tersebut mampu mencapai kemerdekaan melalui pembentukan sebuah kesatuan politik yang di namakan Malaysia.Tunku Abdul Rahman juga menyatakan betapa pentingnya kesatuan politik ini dalam mewujudkan kerjasama yang lebih erat dalam politik dan ekonomi memandangkan latar belakang sejarah dan sosiobudaya yang tidak jauh berbeza.Di samping itu, dengan pembentukan kesatuan ini di harapkan mampu menyekat penularan pengaruh komunis di negeri-negeri yang di nyatakan ini.

Nota Parti Politik Di Sabah

  • View
    87

  • Download
    1

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Nota Parti Politik Di Sabah

Citation preview

Page 1: Nota Parti Politik Di Sabah

1.0 PENGENALAN

· Menurut pandangan penganalisis politik, cadangan pembentukan Malaysia oleh

Tunku Abdul Rahman pada 27 Mei 1961 di Singapura (Sunday Mail 1961, Sunday

Times 1961) merupakan satu detik penting yang membawa kepada

perkembangan parti politik di Sabah.[1]Lanjutan daripada cadangan pembentukan

Malaysia ini, wujud kesedaran politik dan sekali gus menyebabkan munculnya

parti-parti politik di Sabah. (Whelan 1970; Ness 1965).Gagasan penubuhan

Malaysia ini telah di kemukakan oleh Tunku Abdul Rahman dalam persidangan

dengan Persatuan Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara di Hotel Adelphi,

Singapura.Tunku Abdul Rahman menyatakan kemasukan Borneo Utara,

Sarawak, Singapura dan Brunei mampu memberi kesan yang amat baik.Dengan

cara ini, negeri-negeri tersebut mampu mencapai kemerdekaan melalui

pembentukan sebuah kesatuan politik yang di namakan Malaysia.Tunku Abdul

Rahman juga menyatakan betapa pentingnya kesatuan politik ini dalam

mewujudkan kerjasama yang lebih erat dalam politik dan ekonomi

memandangkan latar belakang sejarah dan sosiobudaya yang tidak jauh

berbeza.Di samping itu, dengan pembentukan kesatuan ini di harapkan mampu

menyekat penularan pengaruh komunis di negeri-negeri yang di nyatakan ini.

Berdasarkan usul yang di kemukakan oleh Tunku Abdul Rahman ini, ia telah

membangkitkan kesedaran politik di kalangan pemimpin Sabah dan ini telah

memberi rangsangan kepada kelahiran parti-parti politik di Sabah.Justeru

itu,adalah boleh di katakan pengumuman gagasan Malaysia ini telah menjadi

landasan kepada perkembangan politik di Sabah dan seterusnya

memperjuangkan kemerdekaan sendiri dan kemerdekaan kepada Sabah.[2]

2.0 PERKEMBANGAN PARTI POLITIK DI SABAH

Page 2: Nota Parti Politik Di Sabah

2.01 United National Kadazan Organization (UNKO)

· Parti United Kadazan Organization (UNKO) atau Pertubuhan Kebangsaan

Kadazan Bersatu merupakan parti pertama di tubuhkan di Sabah.Parti ini

di anggotai oleh kaum Kadazan dan kumpulan Kristian lain seperti Rungus

dan Murut.Antara tokoh-tokoh penting UNKO, selain Donald Stephens

ialah seperti Peter Mojuntin, Herman Luping, Ganie Gilong dan G.S

Sundang. Rancangan untuk menubuhkan parti UNKO ini mula di fikirkan

pada 26 Mac 1961 (Kely Jitilon, 1984/85: 76).[3] UNKO di tubuhkan

berasaskan penyatuan pertubuhan-pertubuhan sosial dan kebudayaan

orang Kadazan di seluruh Sabah untuk membentuk satu pertubuhan

politik. Proses pembentukannya telah di pesatkan lagi apabila pada 27 Mei

1961, Tunku Abdul Rahman mengumumkan di Singapura cadangan

gagasan Malaysia.Rentetan daripada pengumuman gagasan Malaysia ini,

Persatuan Sosiobudaya Kadazan telah mengadakan satu Kongres

Persatuan di rumah kediaman Donald Stephens.Dalam kongrses tersebut

satu resolusi telah di luluskan bagi menubuhkan satu lembaga pusat untuk

menyelaraskan semua kerja-kerja Persatuan Kadazan di Sabah.Kongres

telah mengambil keputusan untuk menamakan Lembaga Pusat itu sebagai

The United National Kadazan Organization (UNKO). Pertubuhan ini

merupakan parti politik suku Kadazan yang berpusat di pantai barat Sabah

yang di tubuhkan pada bulan Ogos 1961 yang di pengerusikan oleh

Donald Stephen iaitu seorang ahli perniagaan peranakan Australia-

Kadazan dari Jesselton (Kota Kinabalu).Beliau adalah saudagar balak

(timber magnate) dan juga terkenal sebagai pengarang akhbar North

Borneo News and Sabah Times.(kemudiannya di kenali sebagai Sabah

Times).[4] Kekayaan hasil konsesi balak yang di perolehi daripada

penjajah British,telah membolehkan menampung perbelanjaan kegiatan

Page 3: Nota Parti Politik Di Sabah

parti politik UNKO.Melalui pengelibatan beliau sebagai pengarang akhbar

North Borneo News and Sabah Times telah memudahkan penyampai

pandangan UNKO mengenai politik Sabah dan Malaysia secara lebih

berkesan.

Pada awal penubuhan UNKO, ia mendapat sokongan terbesar daripada

kalangan orang-orang Kadazan/Dusun Pantai Barat, terutamanya dari

Penampang dan Papar.Kebanyakan ahli-ahli jawatankuasa kerja adalah

terdiri daripada mereka yang beragama Kristian.Pada awal

penubuhannya, UNKO hanya membuka keahliannya kepada orang-orang

Kadazan/Dusun termasuklah orang Dusun dan Sino-Kadazan.Donald

Stephens percaya dengan jumlah penduduk Kadazan/Dusun seramai

167,367 (32 % dari jumlah penduduk Sabah) pada tahun 1960 sudah

cukup bagi UNKO untuk berdiri dengan teguh sebagai sebuah parti politik

dan boleh menjadi dominat partner dalam sebarang penggabungan parti

politik lain yang wujud di Sabah.Namun apabila parti United Sabah Nation

Organization (USNO) wujud dengan dasarnya yang membuka keahlian

kepada semua kaum bumiputera di Sabah sama ada beragama Islam atau

tidak telah menyebabkan kedudukan parti UNKO tergugat.Dasar USNO

yang membuka keahliannya kepada semua kaum ini telah menarik ramai

sokongan orang-orang Dusun yang tidak setuju dengan penggunaan

istilah Kadazan ini yang di perjuangkan oleh UNKO untuk menyertai parti

USNO.Golongan Dusun ini khuatir dengan kedudukan mereka dalam

UNKO memandangkan mereka kurang maju dalam pelajaran dan ekonomi

akan mudah di dominasikan oleh orang-orang Kadazan Penampang yang

sedia lebih berpelajaran dan lebih berada berbanding orang-orang

Dusun.Ini terbukti apabila mereka menyaksikan keahlian parti politik

UNKO banyak di kuasai oleh orang Kadazan Penampang.[5]

Page 4: Nota Parti Politik Di Sabah

· Menurut Donald Stephens, matlamat utama penubuhan UNKO ialah untuk

menyatupadukan rakyat Kadazan/Dusun dan Murut supaya mereka pada

akhirnya berkerjasama dan bersatu dengan etnik-etnik yang lain untuk

memajukan serta membangunkan negeri Sabah.[6] [7] Selain itu, tujuan

penubuhan UNKO juga adalah untuk memperkuatkan perhubungan di

antara orang-orang Kadazan/Dusun agar mereka dapat memperjuangkan

satu cita-cita dan satu matlamat dalam politik, ekonomi, dan sosial, di

samping menggesa kerajaan British supaya tidak mengabaikan hak-hak

bumiputera Sabah, terutamanya orang-orang Kadazan/Dusun.Ia juga

bertujuan untuk menggalakkan semangat orang-orang Kadazan/Dusun

supaya bersatu dan tidak mudah mengalah kepada orang-orang lain, agar

terus hidup dalam suasana kegembiraan, keharmonian dan

kesederhanaan (Kely Jitilon, 1984/85 : 82).

2.02 United Sabah National Organization (USNO)

· Kemunculan UNKO telah menimbulkan rasa kebimbangan di kalangan

penduduk bumiputera Islam di Sabah.Oleh itu, bumiputera Islam telah

menubuhkan parti politik mereka sendiri,iaitu United Sabah National

Organization(USNO) yang mewakili cita-cita dan objektif komuniti Melayu

Muslim di Sabah.Ia di lancarkan di Kudat oleh Tun Datu Mustapha pada

23 Disember 1961, empat bulan selepas penubuhan UNKO (Abdullah

Hussain 1976, 71).[8] Sebenarnya kewujudan parti USNO ini adalah hasil

daripada kesedaran orang-orang Melayu Islam terutamanya Datu

Mustapha Harun dan pemimpin-pemimpin Islam Sabah yang bergiat

dalam berbagai persatuan Islam.Kebanyakan pemimpin persatuan Islam

tersebut menjadi pemimpin dalam parti USNO. Di antara mereka yang

menjadi pengasasnya ialah Datuk Hj.Zakaria Gunn, Datuk Ahmad

Page 5: Nota Parti Politik Di Sabah

Mahmud, Hj.Yusuf Shamsuddin, Parman bin Hassan Raji, Datuk Hj.

Ariffin, Datuk Abd. Malik Jangkat, Datuk Othman Hj.Sidik dan Datu K.M

Edinin (Abdullah Hussain, 1976 : 69). Pemimpin utama Persatuan Islam

Putatan, Allahyarham Datuk Hj. Abu Bakar Titingan adalah Timbalan

Presiden USNO yang pertama.Pemimpin-pemimpin Islam ini telah berjaya

menggabungkan persatuan-persatuan sosial dan Islam seluruh Sabah di

bawah naungan satu parti politik.Sejak awal penubuhan parti USNO ini, ia

telah di pimpin oleh Datu Mustapha Datu Harun yang merupakan seorang

pemimpin bumiputera tempatan yang sangat kuat pengaruhnya di

kalangan orang Islam Sabah sejak awal tahun 1950-an.Sebelum penerajui

kepimpinan parti USNO, beliau pernah memegang jawatan sebagai Ketua

Anak Negeri Gred Satu yang membawa gelaran Orang Kaya-kaya dan di

lantik menjadi ahli Majlis Perundangan Sabah pada tahun 1955.[9]

· Pada 24 Disember 1961, Datu Mustapha menggariskan cogan kata Parti iaitu

Bersatu, Bersedia, Berkhidmat kearah mencapai kemerdekaan melalui

Malaysia.USNO sejak awal lagi menyokong gagasan Malaysia kerana ia

dapat menjamin perkembangan ekonomi dan kestabilan politik

Sabah.Malah pembentukan ini mampu menyekat perkembangan komunis

di Sabah.Datu Mustapha adalah pemimpin pertama Sabah yang

menyokong agama Islam di jadikan agama rasmi Sabah dan begitu juga

Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.Dasar ini ketara bertentangan

dengan dasar UNKO dan inilah yang menyebabkan kontroversi antara dua

parti ini.Namun kedua-dua parti ini bersatu menjelang penubuhan

Malaysia.[10]

2.03 United National Pasok-Momugun Organization (PASOK-MOMUGUN)

Page 6: Nota Parti Politik Di Sabah

· PASOK-MOMUGUN di anggotai oleh suku-suku bumiputera dari kawasan

pedalaman Sabah.O.K.K. Sedomon dan O.K.K. Sundang iaitu dua orang

adik-beradik telah memimpin parti ini sejak ia di tubuhkan.[11] Orang Murut

berasa bimbang bahawa kemungkinan mereka akan ketinggalan dalam

arus perubahan yang pesat di Sabah berbanding dengan orang Kadazan

dan Melayu Muslim.Oleh itu, G.S.Sundang keluar dari UNKO dan

menubuhkan United National Pasok Momugun Organization (Pasok

Momugun) pada 4 Januari 1962 bersama-sama dengan Orang Kaya-Kaya

Sedomon.Perkataan Pasok Momogun dalam bahasa Dusun membawa

maksud People Of the Country, tetapi ia di anggotai oleh kebanyakan kaum

Murut dan Dusun di Sabah.Pasok Momogun di tubuhkan oleh golongan

Bumiputera Sabah yang tidak setuju dengan USNO yang menyokong

gagasan Malaysia dan penggunaan “Kadazan” oleh UNKO.[12]

· Tujuan parti ini di tubuhkan adalah untuk melindungi hak kaum Bumiputera di

kawasan pedalaman dan di sokong oleh segelintir orang Cina yang

bimbang tentang kedudukan ekonomi mereka apabila menyertai

Malaysia.Misalnya, Khoo Siak Chiew, seorang tauke Cina dari Sandakan

menyuarakan kebimbangan mengenai Sabah akan di jajah oleh Tanah

Melayu sekiranya Sabah tidak di beri hak berkerajaan sendiri terlebih

dahulu.Pada peringkat awalnya, orang Cina menggunakan orang Murut

sebagai alat untuk menentang penubuhan Malaysia.Tauke-tauke Cina

seperti Peter Chin dari Kota Kinabalu dan Khoo Siak Chiew dari Sandakan

memberi sokongan kewangan kepada orang Murut untuk menubuhkan parti

politik.Sebuah laporan di buat bahawa pada tahun 1962, United Party telah

menyumbang wang sebanyak $250,000 kepada Pasok Momogun.[13]Pada

dasarnya, Pasok Momogun juga menentang penubuhan Malaysia kerana

kebimbangan terhadap dominasi Melayu Islam.Selain itu juga,parti ini

Page 7: Nota Parti Politik Di Sabah

mahukan Sabah mencapai kemajuan dan kemerdekaan sendiri sebelum

menyertai sebarang persekutuan.Namun, walau bagaimanapun akhirnya

Peter Chin dan Khoo Siak Chiew menerima pembentukan gagasan

Malaysia apabila mereka sedar bahawa gagasan itu pasti akan menjadi

kenyataan.Setelah itu, bantuan kewangan kepada Posok-Momogun pun

dihentikan dan G.S.Sundang di tinggalkan dengan sikap anti

Malaysianya.Selepas itu, pengaruh Pasok-Momogun pun semakin merosot

dengan beberapa kehadiran parti Cina dan parti Cina tersebut telah mula

bergerak kearah berkerjasama dengan UNKO dan USNO.Setelah melihat

perkembangan itu, akhirnya G.S. Sundang akhirnya terpaksa akur lalu

mempertimbangkan semula gagasan Malaysia.Akhirnya, pada November

1962, Pasok Momogun menyertai Parti Perikatan Sabah sebagai salah satu

komponen parti yang menyokong Malaysia.Kemudian Pasok Momogun

telah bergabung dengan UNKO pada Jun 1964 membentuk United Pasok

Momogun Kadazan Organization (UPKO).Adalah dapat di lihat bahawa

penubuhan Pasok Momogun ini berkait rapat dengan gagasan Malaysia dan

akhirnya menjadi satu parti yang terdapat dalam Parti Perikatan Sabah.[14]

2.04 PARTI POLITIK CINA

· Orang cina juga telah mula mencari idea terbaik untuk melindungi

kepentingan komunitinya di Sabah.Timbul kebimbangan di kalangan

orang Cina bahawa pembentukan gagasan Malaysia ini bukan sahaja

menggugat peluang ekonomi mereka, malah orang Cina juga

beranggapan ia akan membawa dominasi politik orang Melayu dan

menjejaskan kedudukan bahasa Cina dan pendidikan mereka di Sabah.

[15] Muncul dua aliran reaksi orang Cina di Sabah terhadap

pembentukan gagasan Malaysia.Pertama, di satu pihak mereka inginkan

Page 8: Nota Parti Politik Di Sabah

sebuah pertubuhan politik, manakala di satu pihak lagi mereka inginkan

sebuah badan bukan politik untuk memperjuangkan kepentingan mereka

di Sabah. Akhirnya, orang Cina yang inginkan pertubuhan politik telah

menubuhkan parti politik mereka pada tahun 1962.Pada awal tahun

1962, terdapat dua buah parti Cina iaitu North Borneo Democratic Party

(NBDP) yang di bentuk di Kota Kinabalu yang di pimpin oleh Peter Chin

dan United Party (UP) yang di bentuk di Sandakan pada Febuari 1962

yang di pimpin oleh Khoo Siak Chiew.[16]United Party ini di sertai oleh

peniaga-peniaga kaya dari golongan Hakka dan Teochew yang

berpendidikan Inggeris serta sebilangan kecil golongan

profesional.NBDP pula mewakili peniaga dan pedagang sederhana dari

golongan Hokkien dan Hakka yang kebanyakan daripada mereka

berpendidikan Cina.

· Kedua-dua parti Cina ini inginkan Sabah mencapai kerajaan sendiri terlebih

dahulu sebelum menyertai Malaysia.UP berpendapat bahawa

penubuhan Malaysia adalah perkembangan yang terlalu awal bagi

Sabah.Sementara NBDP menuntut taraf berkerajaan sendiri,tidak ada

bahasa atau agama rasmi,bahasa Inggeris terus di kekalkan,hubungan

rapat dengan Tanah Melayu dan Singapura mesti di jalankan secara

beransur-ansur serta hendaklah di tentukan taraf orang Cina kacukan

Dusun (Sino-Dusun) di Sabah. Jika dibandingkan parti ini dengan UNKO

dan USNO parti ini kecil yang memperjuangkan kepentingan dan masa

depan komunitinya di Sabah.Penubuhan dua buah parti ini semakin

penting memandangkan sejak tahun 1960, komuniti Cina telah

menguasai 32 lesen kayu balak dan 90% ekonomi Sabah juga berada

pada tangan orang Cina.Maka kepentingan ekonomi mereka di Sabah

perlu lah di lindungi.[17]

Page 9: Nota Parti Politik Di Sabah

· Menjelang pilihanraya tempatan pertama di Sabah, pada Febuari 1962, wakil-

wakil Malayan Chinese Association (MCA) dari Tanah Melayu telah

melawat Sabah dan berjaya memujuk kedua-dua buah parti ini untuk

membentuk gabungan bagi mewakili komuniti Cina dalam pilihanraya

yang akan di adakan di Sabah.Di bawah pimpinan Dr.Lim Swee Aun,

MCA berjaya menyatukan kedua-dua parti tersebut untuk membentuk

Borneo Utara National Party (BUNAP) pada 12 Oktober 1962.Pada masa

yang sama juga, MCA berjaya mengurangkan kebimbangan orang Cina

tentang kedudukan ekonomi mereka apabila menyertai dan ini sekali gus

mempengaruhi mereka untuk berkerjasama dengan kaum lain dalam

proses Sabah menghadapi pilihanraya dan mencapai

kemerdekaan.Menjelang tahun 1962, parti ini mengumumkan

penerimaan gagasan Malaysia dan bersedia untuk berkerjasama dengan

parti-parti yang menyokong gagasan Malaysia dan ini sekali gus telah

membawa kepada penyertaan BUNAP dalam parti Perikatan

Sabah.Apabila Sabah menyertai Malaysia dan namanya ditukar daripada

Borneo Utara kepada Sabah,iaitu pada 16 Sept. 1963, nama BUNAP

ditukar kepada Sabah National Party (SANAP).

2.05 PERIKATAN SABAH

· Parti perikatan Sabah di anggotai oleh UNKO,USNO,SANAP dan

PM.Penubuhan Perikatan ini adalah atas intensif dan usaha pemimpin-

pemimpin politik Sabah dan Persekutuan Tanah Melayu bagu

mewujudkan satu perpadun untuk menyokong penubuhan gagasan

Malaysia.Pada awal penubuhan perikatan ini (1962-1967) masih wujud

perbezaan pendapat dan asas antara parti yang menganggotai perikatan

ini.Persengketaan dan perbezaan pendapat ini jelas kelihatan

Page 10: Nota Parti Politik Di Sabah

terutamanya antara parti UNKO dan USNO.Namun disebabkan oleh

beberapa perkara akibat ancaman Filipina yang menuntut Sabah dan

Konfrontasi Indonesia, persengketaan ini terpaksa di lupakan demi

kepentingan dan kemerdekaan Sabah.Pemimpin seperti Datu Mustapha,

Donald Stephens, G.S.Sundang dan Khoo Siak Chiew telah bersama-

sama menyatakan bahawa penduduk Sabah adalah bersaudara dan

mereka harus berkerjasama untuk mewujudkan sebuah negeri yang

makmur.Namun ia tidak dapat bertahan lama kerana terpaksa tunduk

kepada kehendak masing-masing yang sentiasa wujud curiga mencurigai

yang kurang percaya kepada parti-parti lain dalam komponen.Walaupun

berada dalam satu perikatan yang sama, namun masih wujud unsur

perkauman dalam menyokong calon parti.USNO penyokongnya terdiri

daripada Melayu-Muslim,UNKO disokong oleh Kadazan/Dusun dan Sino-

Kadazan ,SANAP disokong oleh Cina manakala Pasok Momogun

disokong oleh masyarakat Dusun dan Murut di Pedalaman.

2.06 KERAJAAN PERIKATAN 1962-1967

· Pada awal penubuhannya, asas penubuhan parti adalah tidak kukuh dan

terburu-buru bagi menyokong penubuhan gagasan Malaysia.Di

sebabkan hal ini, setiap parti yang ada dalam perikatan ini masih

memperjuangkan hak kaum masing-masing.Dalam tiap-tiap parti ini

masih wujud perasaan perkauman yang terlalu tebal yang lebih berpihak

kepada kepentingan kaum masing-masing. .[18]

· Perikatan telah membentuk kerajaan selepas memenangi pilihanraya secara

langsung menerusi ”Residency Electoral Colleges”(Roff,1967: hlm.86.)

yang di adakan pada bulan Mac 1963.Pilihanraya ini di adakan bertujuan

untuk memilih calon menduduki Majlis Dewan Undangan.Dalam

Page 11: Nota Parti Politik Di Sabah

pilihanraya tersebut, USNO menang 8 kerusi,UNKO 5 kerusi, SANAP 4

kerusi dan PM 1 kerusi.[19]Dalam kerajaan baru ini British dan semua

ahli perikatan bersetuju untuk memilih Donald Stephens sebagai Ketua

Menteri.Kalau di lihat melalui pemilikan jumlah kerusi,Tun Mustapha lebih

layak menjadi Ketua Menteri tetapi Tun Mustapha mengalah dan

memberi peluang kepada Donald Stephens dan memegang jawatan

sebagai Yang Di-pertua Negeri dan nampak lebih adil untuk

mengurangkan ketegangan antara bumiputera Islam dan bukan

Islam.Namun ada juga mengatakan bahawa Tun salah tanggapan pada

jawatan Yang di-Pertua.Beliau beranggapan bahawa jawatan ini sama

seperti Gabenor pada zaman British.Tetapi sangkaan beliau ini adalah

sebaliknya.Kedudukan beliau sangat terkongkong dalam politik kerana

semua kuasa pentadbiran Sabah di pegang oleh Donald Stephens.Ini

menyebabkan beliau enggan berkerjasama dengan Donald Stephens

lalu melemahkan kedudukan perikatan.[20]

· Ketegangan yang berterusan antara USNO dan UPKO ini telah memberi

keuntungan kepada orang Cina.Hal ini bertambah rumit apabila Kerajaan

Pusat campur tangan dan memaksa Donald Stephens meletak

jawatan.Apabila Donald Stephens meletak jawatan dan memegang

Menteri Hal-Ehwal Sabah ,jawatan Ketua Menteri telah di sandang oleh

Peter Lo dar SCA.Parti UPKO berasa kecewa dengan tindakan

USNO/SCA dan Kerajaan Persekutuan kerana mereka beranggapan

bahawa perlantikan Peter Lo ini akan menjadi laluan kepada Tun

Mustapha untuk menjadi Ketua Menteri selepas itu.Ini menyebabkan

UPKO bertindak meminta supaya kemasukan Sabah ke Malaysia di kaji

semula namun di tolak oleh Tunku dan ini menyebabkan Donald

Stephens mahu berkerjasama dengan Singapura untuk menubuhkan

Page 12: Nota Parti Politik Di Sabah

Persekutuan 3 S (Singapura,Sabah,Sarawak).Ini di anggap ancaman

kepada Tunku dan menyebabkan Tunku menekan perikatan Sabah

supaya menggugurkan jawatan pemimpin UPKO ini.Untuk kepentingan

penyokong UPKO,Donald Stephens dan Peter Mojuntin meletak jawatan

dan kedudukan UPKO dalam perikatan semakin lemah[21]

· Pada bulan Disember 1967, UPKO di bubarkan kerana Donald Stephens

merasakan pengaruh beliau dan UPKO semakin lemah kerana hampir

semua rancangan beliau gagal.Ini di tambah lagi apabila seorang demi

seorang ADUN UPKO melompat parti kerana kedudukan mereka lebih

terjamin dan mendapat keistimewaan.Setelah UPKO di bubarkan,USNO

menguasai Sabah semula dan ia di sambut baik oleh Tunku dan Tun

Mustapha.Ekoran dari itu,Donald Stephens di lantik sebagai Pesuruhjaya

Tinggi Malaysia di Australia.[22]

· Dengan pembubaran UPKO dan ketiadaan Donald Stephens dalam politik

Sabah telah meredahkan suasana ketegangan politik Sabah dan Sabah

dapat menumpukan sepenuhnya perhatian kepada pembangunan negeri

Sabah.

2.07 KERAJAAN PERIKATAN 1967-1976

· Terdapat banyak kecacatan dalam pentadbiran Kerajaan Perikatan tahun

1967-1976.Sungguh pun begitu, pentabiran USNO masih membawa

kebaikan kepada negeri dan rakyat Sabah.Pada era pentadbiran

ini,keadaan politik stabil dan ini memudahkan lagi pembangunan Sabah

untuk di jalankan.Banyak Rancangan-rancangan pembangunan telah

berjaya di laksanakan dengan licin disebabkan adanya perpaduan

rakyat.Kerajaan perikatan pada tempoh ini sentiasa berusaha untuk

Page 13: Nota Parti Politik Di Sabah

menggalakkan perpaduan di kalangan rakyat dan tanamkan semangat

cintakan negara memandangkan terdapat banyak kaum di Sabah yang

masing-masing dengan agama dan budaya tersendiri.Oleh itu,adalah

menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menyatupadukan rakyat demi

kepentingan pembangunan Sabah.Antara langkah yang telah di

laksanakan ialah meingiktiraf agama Islam sebagai agama rasmi

manakala Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di Sabah yang

bertujuan penyatuan rakyat.

· Walaupun USNO bukan parti Islam tetapi parti ini banyak berusaha untuk

mengukuhkan dan meluaskan Islam di Sabah.Di bawah pentadbiran

USNO, agama Islam telah di jadikan agama rasmi negeri

Sabah.Namun walau Islam sebagai agama rasmi negeri,tetapi agama

lain bebas di amalkan.Bagi menjayakan rancangan ini, Ketua Menteri

telah menubuhkan United Sabah Islamic Association (USIA) pada bulan

Ogos 1969 yang bertujuan untuk mentadbir Islam dan menyebarkan

dakwah Islam di Sabah.Selain USIA, Kerajaan USNO juga telah

menubuhkan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) pada tahun 1971 bagi

menguruskan hal-ehwal Islam di Sabah.Namun, tindakan USNO ini

tidak di senangi oleh bumiputera bukan Islam kerana mereka

merasakan bahawa dasar ini tidak harus di laksanakan kerana Sabah

terdiri daripada pelbagai agama.Dasar-dasar yang di laksanakan oleh

Tun Mustapha tidak berapa di senangi oleh bumiputera bukan

Islam.Akhirnya perpaduan yang di kecapi telah goyah dan semangat

perkauman dan keagamaan semakin menenebal di hati bumiputera

Kristian dan Kadazan di Sabah.

Page 14: Nota Parti Politik Di Sabah

· Namun,walau wujud banyak kontroversi, terdapat juga pembangunan dari

segi ekonomi dan pelajaran bumiputera Sabah.Pada tahun 1969

Yayasan Sabah telah di tubuhkan yang banyak memberi manfaat

kepada bumiputera Sabah.

· Walaupun banyak kontroversi,namun ia tidak lah sampai kepada tahap yang

membimbangkan kerana kedudukan USNO pada waktu itu telah kukuh

dan sukar untuk di tandingi.Walau pun ada cubaan-cubaan untuk

menggugat kedudukan USNO,namun dengan cepat-cepat ia di atasi

oleh USNO.Contohnya, Peter Mojuntin telah menubuhkan Union Of

Sabah People (USAP) tetapi ia gagal di daftarkan kerana penyokong-

penyokongnya di ancam dan pemimpinnya pula begitu mudah di sogok

dengan wang.

· Penentangan ke atas pimpinan USNO tidak berdiam begitu

sahaja.Kemarahan dan ketidakpuasan di kalangan rakyat semakin

membara di atas dasar-dasar USNO yang kurang di persetujui.Peluang

yang di tunggu telah tiba apabila BERJAYA di tubuhkan untuk

mengembalikan semangat politik rakyat Sabah.

2.08 Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (BERJAYA)

· Pembentukan Parti Bersatu Rakyat Sabah (BERJAYA) dapat di bincangkan

berdasarkan hubungan antara Kerajaan Perikatan Sabah dan Kerajaan

Pusat Kuala Lumpur pada tahun-tahun akhir pemerintahan Perikatan

Sabah.Pada era awal pemerintahan Perikatan Sabah, hubungan di antara

Kerajaan Perikatan Sabah dan Kerajaan Pusat Kuala Lumpur adalah

sangat baik dan erat terutama sekali semasa Tunku Abdul Rahman

menjadi Perdana Menteri.Namun, apabila Tun Mustapha sudah menjadi

Page 15: Nota Parti Politik Di Sabah

semakin kuat dan terlalu berkuasa, hubungan baik ini semakin

renggang.Tindak-tanduk Tun Mustapha semakin sukar untuk di kawal dan

banyak bercanggah dengan dasar Kerajaan Pusat pimpinan Tun Abdul

Razak.Banyak berlaku pembaziran wang,penyelewengan, dan

penyalahgunaan kuasa yang telah menyebabkan berlaku pertelagahan

peribadi di antara kedua-dua tokoh Pusat dan Negeri itu.Pertentangan

yang berlaku ini telah menjadi faktor penting yang membawa Kerajaan

Pusat untuk menyokong penubuhan BERJAYA (Yusoff Jalil, 1979; Jenar

Lamdah, 1981, Bernard Sta Maria, 1978).Dengan sokongan yang di

lakukan oleh Kerajaan Pusat Kuala Lumpur ini, Tun Mustapha tidak dapat

menyekat pertumbuhan parti BERJAYA seperti yang pernah di lakukan

oleh beliau sebelum ini ke atas parti politik yang lain.Selain daripada

sokongan daripada Kerajaan Pusat Kuala Lumpur, penubuhan parti ini

juga turut di sokong oleh tokoh-tokoh seperti Abd.Ghafar Baba,

Abd.Rahman Yaacub dan Yang Dipertua Negeri Sabah sendiri iaitu Tun

Fuad juga turut menyokong penubuhan parti ini.[23]

· Pada awal tahun 1975, hubungan antara Kerajaan USNO-SCA dan Kerajaan

Barisan Nasional (BN) menjadi semakin tegang apabila Perdana Menteri,

Tun Abdul Razak, meminta dan menyokong supaya di bentuk satu parti

baru yang lebih berbentuk multi-racial iaitu pelbagai corak bangsa di

Sabah untuk menentang Tun Mustapha dan USNO. Suatu keputusan

telah di capai untuk membentuk parti BERJAYA, suatu usul yang cepat

dan sebuah parti baru ini telah di bentuk pada 15 Julai 1975.Pemimpin

yang menerajui parti BERJAYA ini terdiri daripada bekas pemimpin dalam

USNO yang tidak puas hati dan tidak bersefahaman dengan kepimpinan

Tun Mustapha, seperti Datuk Harris Salleh dan Datuk Salleh Sulong,

bekas pemimpin parti UNKO seperti Tun Fuad Stephens dan Datuk Peter

Page 16: Nota Parti Politik Di Sabah

Mojuntin, pemimpin Parti Cina seperti Yap Pak Leong,Chong Thain Vun

dan Lim Guan Sing serta ahli baru yang terdiri daripada sektor

persendirian dan bekerja seperti Datuk Yeh Pao Tzu,Datuk K.Y.Lee,

Wong Boon Ping, Nicholas Fung,Joseph Pairin Kitingan, Wong Yau

Ket,Darius Binion,Datuk Fred Sinidol dan James P.Ongkili.[24]

· Apa yang unik mengenai parti BERJAYA ialah, parti ini merupakan parti

pertama yang betul-betul bersifat multiracial yang di tubuhkan di Sabah

sejak negeri mencapai kemerdekaan melalui Malaysia pada tahun

1963.Ini dapat di lihat apabila parti ini di terajui oleh pemimpin dari

golongan bumiputera Muslim dan bukan Muslim iaitu terdiri daripada

bangsa Kadazan/Dusun,Bajau,Suluk,Rungus,Murut,Bisaya,Brunei,Orang

Sungai,Kwijau,Tatana,Tidong dan Kimaragang.Persatuan-persatuan Cina

juga menyertai parti ini kerana keyakinan mereka kepada parti ini dalam

membangunkan semua bangsa di Sabah dalam melibatkan diri dalam

politik Sabah.

· Kemunculan Parti BERJAYA ini telah di sambut baik oleh segenap

masyarakat yang cintakan demokrasi.Hal ini terbukti apabila Parti

BERJAYA memenangi pilihanraya negeri dalam bulan April,

1976.BERJAYA telah memperolehi 28 kerusi daripada 48 kerusi yang di

pertandingkan.Manakala USNO hanya memperolehi 20 kerusi dan

kebanyakan kerusi ini di perolehi daripada kawasan bumiputera

Islam.Parti BERJAYA hanya dapat menawan tiga buah kawasan

penduduk Islam iaitu Lahad Datu, Papar dan Kawang.Tetapi memperolehi

undi yang terbanyak daripada orang-orang Kadazan dan Cina.[25]

2.09 Parti Bersatu Sabah (PBS)

Page 17: Nota Parti Politik Di Sabah

· Kemenangan Parti PBS dalam pilihanraya pada tahun 1965 telah

memeranjatkan semua pihak terutamanya parti BERJAYA dan Kerajaan

Persekutuan sendiri.Namun bagi rakyat ia sememangnya telah di duga

memandangkan keadaan politik pada masa tersebut yang tidak

menentu.Rakyat sememangnya menunggu kemunculan parti baru yang

lebih baik yang mampu mempertimbangkan tentang keperluan dan hak

mereka.[26]Keadaan pergolakan politik pada masa tersebut telah di

gunakan sebaik mungkin oleh PBS untuk meraih sokongan daripada

rakyat.Walaupun wujud 40 hari sebelum pilihanraya berlangsung namun

pemimpin-pemimpin hebat seperti Joseph Pairin Kitingan,Joseph

Kurup,Benard Giluk Dompok serta pemimpin Kadazan yang lain yang

berpendidikan tinggi telah berusaha sekuat-kuatnya untuk menumpaskan

parti BERJAYA.Parti PBS turut mendapat sokongan kuat daripada orang

Kadazan/Dusun yang tidak puas hati dengan tindakan Datuk Harris yang

menarik taraf daerah Tambunan dan sikap tidak adil Parti BERJAYA

dalam mengagihkan kekayaan kepada penduduk yang kurang berada di

bandar dan luar bandar.[27]Sokongan padu daripada rakyat ini dapat di

lihat apabila PBS memenangi pilihanraya pada 10 April 1985.Daripada 48

kerusi yang di pertandingkan, PBS telah memenangi 25 kerusi manakala

USNO 16,PASOK 1 dan BERJAYA 6 kerusi (Darman Shah,

1985/86:274).Kemenangan ini mengejutkan Kerajaan Persekutuan dan

presiden BERJAYA apabila Datuk Harris kalah di tempat sendiri iaitu di

Tenom kepada calon baru PBS yang tidak terkenal iaitu Encik Kadoh

Agundang.[28]

· Kemenangan PBS dalam pilihanraya ini membolehkan PBS membentuk

kerajaan baru di Sabah.Datuk Jospeh Pairin Kitingan sebagai presiden

parti telah di lantik sebagai Ketua Menteri manakala Mark Koding telah di

Page 18: Nota Parti Politik Di Sabah

lantik sebagai Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan

Perindustrian dan Luar Bandar.

· Selepas kejatuhan parti BERJAYA ini, maka Sabah terdedah semula kepada

politik yang bersifat perkauman.Bumiputera Islam kebanyakannya

menyokong perjuangan parti USNO manakala bumiputera bukan Islam

menyokong perjuangan PBS.Namun, Datuk Joseph Pairin Kitingan

menyatakan bahawa parti ini untuk semua kaum tetapi di sebabkan ia

dibentuk oleh pemimpin dari orang Kadazan/Dusun dan penyokong ramai

dari Kadazan/Dusun dan Murut maka ia kelihatan seperti di kuasai oleh

satu kaum sahaja.Tatapi PBS juga berhasrat untuk menarik sokongan

bumiputera Islam dan orang-orang Cina.Pada permulaan,PBS kurang

mendapat sokongan daripada bumiputera Islam kerana kurang yakin

dengan wakil bumiputera Islam dalam PBS.Wakil tersebut adalah Encik

Nahalan Hj.Damsal dan Puan Ariah Tengku Ahmad.Wakil-wakil ini tidak di

yakini oleh bumiputera Islam kerana Encik Nahalan Hj.Damsal yang

merupakan pengikut ajaran Qadiani manakala Puan Ariah merupakan

saudara baru yang berketurunan Australia.Oleh itu,kesetiaan mereka

terhadap Islam masih di ragui.Tanpa wakil Islam yang berpengaruh dalam

PBS,sokongan Orang Melayu-Muslim tetap kurang.Tetapi sungguh pun

begitu,Datuk Pairin tetap berusaha untuk menjadikan PBS sebagai parti

yang berbilang kaum.[29]

· Setelah mengalahkan parti USNO dan BERJAYA,PBS memenangi

pilihanraya pada 5 dan 6 Mei 1986 sekali lagi.Usaha USNO, Berjaya serta

BN untuk menyekat pengaruh PBS tidak berjaya.Dalam pilihanraya

tersebut PBS memenangi 34 kerusi manakala USNO dan Berjaya

masing-masing 12 dan 1 kerusi.Dengan 6 wakil yang di lantik oleh

Page 19: Nota Parti Politik Di Sabah

kerajaan selaras dalam peruntukan Perlembagaan Negeri Sabah, PBS

menguasai 40 daripada 54 kerusi Dewan Undangan Negeri Sabah dan

melayakkan PBS di terima sebagai ahli BN namun kekecohan terus

berlaku sehinggalah PBS keluar dari BN menjelang pilihanraya tahun

1994 dan menyertai pakatan pembangkang di Semenanjung.[30] Selepas

pilihanraya pada tahun 1994, beberapa ahli PBS melompat parti dengan

menyertai BN dan atas usaha USNO,BN berjaya menguasai Sabah

semula.Kedudukan BN semakin kukuh apabila PBS hanya menang 8

kerusi daripada 19 kerusi yang di pertandingkan dalam pilihanraya

parlimen pada tahun 1995.Setelah itu,UMNO terus maju ke Sabah

apabila ramai anggota parti USNO,Berjaya dan PBS menyertai parti

tersebut.Akhirnya PBS menyertai semula BN apabila sekali lagi kalah

dalam pilihanraya pada tahun 1999.[31]

3.0 KESIMPULAN

· Dapat di simpulkan perkembangan politik Sabah berlaku begitu rancak sekali

selepas gagasan Malaysia di tubuhkan.Walaupun sebelum gagasan Malaysia

di umumkan tidak wujud parti politik yang lebih radikal tetapi pengumuman

gagasan Malaysia ini telah di jadikan landasan oleh pemimpin dan rakyat

Sabah untuk membuka mata tentang pentingnya satu kesatuan politik yang

dapat di jadikan wadah untuk memperjuangkan hak rakyat dan memberi

kemerdekaan kepada Sabah.Bermula dengan penubuhan Parti UNKO

hinggalah kepada zaman PBS , kita dapat lihat bagaimana berlaku persaingan

yang sangat kuat dalam berpolitik di Sabah.Kontroversi-kontroversi yang

berlaku telah menjadi satu titik permulaan kepada rakyat Sabah untuk

membina matlamat dan cita-cita bagi kepentingan seluruh peringkat sosial di

negeri Sabah.

Page 20: Nota Parti Politik Di Sabah