71
Psikologi Pembelajaran Dan Pengajaran Sijil Pendidikan Lepasan Ijazah (Menengah Ugama) Adeendra 1 Definisi Pembelajaran : sebagai proses perubahan tingkah laku yang kekal / tetap akibat pengalaman / latihan proses perubahan kekal / tetap akibat pengalaman / latihan

Nota Psikologi Pembelajaran

  • Upload
    adeendra

  • View
    37.512

  • Download
    8

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Nota Psikologi Pembelajaran

Psikologi Pembelajaran Dan Pengajaran Sijil Pendidikan Lepasan Ijazah (Menengah Ugama) Adeendra

1

Definisi Pembelajaran : sebagai proses perubahan tingkah laku yang

kekal / tetap akibat pengalaman / latihan

proses

perubahan

kekal / tetap

akibat pengalaman / latihan

Page 2: Nota Psikologi Pembelajaran

Psikologi Pembelajaran Dan Pengajaran Sijil Pendidikan Lepasan Ijazah (Menengah Ugama) Adeendra

2

Bertujuan tertentu

mesti ada objektif, mengikut subjek dan juga topik, mencatat

perolehan apa yang dapat semasa pembelajaran berlaku.

Dirancang / mempunyai kurikulum – SPN21

Yang melibatkan negara agar generasi bersedia.

Berjadual waktu

Ada masa yang khusus (tertentu yang telah ditetapkan)

Dilaksanakan oleh yang terlatih – guru dan pensyarah

Dilaksanakan oleh agensi formal di tempat tertentu

Sekolah, institusi pendidikan, maktab dan universiti.

Kedatangan diperlukan

Penilaian di akhir sesi

Dinilai melalui exam, ujian atau projek

Page 3: Nota Psikologi Pembelajaran

Psikologi Pembelajaran Dan Pengajaran Sijil Pendidikan Lepasan Ijazah (Menengah Ugama) Adeendra

3

Tiada bertujuan tertentu

Tiada mempunyai kurikulum – SPN21

Tiada berjadual waktu

Tidak perlu dilaksanakan oleh orang yang terlatih

Tiada memerlukan tempat tertentu

boleh didapati melalui filem-filem, iklan-iklan, ibu bapa dsb

didapati melalui 2 sumber :

1) Persekitaran Fizikal – alam semulajadi

2) Persekitaran Sosial: keluarga, kumpulan-kumpulan sosial,

pekerjaan dadn aktiviti masa Lapang.

Page 4: Nota Psikologi Pembelajaran

Psikologi Pembelajaran Dan Pengajaran Sijil Pendidikan Lepasan Ijazah (Menengah Ugama) Adeendra

4

Mempunyai ciri-ciri dalam kedua-dua cara pembelajaran diatas.

Contoh: kursus2 kemahiran dan bimbingan yang dijalankan oleh

agensi2 / institusi2 tertentu seperti kursus masakan, kursus

pertanian.

Yang menjalankannya terdiri dari orang-orang yang berpengetahuan

dan kemahiran.

Dirancang / mempunyai sukatan pelajaran dan tujuan tertentu.

Kedatangan tidak diwajibkan.

Tiada penilaian di akhir sesi.

Page 5: Nota Psikologi Pembelajaran

Psikologi Pembelajaran Dan Pengajaran Sijil Pendidikan Lepasan Ijazah (Menengah Ugama) Adeendra

5

Proses yang berorientasikan matlamat yang dirancang tetlebih dahulu.

“Satu latihan penyelesaian masalah, guru menitikberatkan proses

komunikasi, motivasi, pengurusan, pentadbiran dan penilaian bilik

darjah”

(Burns & Anderson, 1987)

Objektif

Kesediaan pelajar

ABM, strategi

Langkah

Penilaian

Pelaksanaan

Strategi

Langkah

Objektif

Penilaian

PROSES PENGAJARAN

Sebelum Semasa Selepas

Page 6: Nota Psikologi Pembelajaran

Psikologi Pembelajaran Dan Pengajaran Sijil Pendidikan Lepasan Ijazah (Menengah Ugama) Adeendra

6

Taxanomy : Suatu bentuk klasifikasi berdasarkan prinsip Benjamin S.

Bloom mencadangkan pembelajaran boleh dibahagikan kepada 3

Domain:

1) Kognitif

2) Afektif

3) Psikomotor

Kognitif

1) Pengetahuan / Pengenalan

2) Kefahaman

3) Aplikasi / Penggunaan

4) Analisis

5) Sintesis

6) Penilaian

Domain Afektif

(merangkumi tingkah laku bersifat perasaan, emosi atau nilai)

1) Penerimaan

2) Membalas (bertindak balas)

3) Menghargai (nilaian)

4) Organisasi (pengelolaan)

5) Perwatakan

Page 7: Nota Psikologi Pembelajaran

Psikologi Pembelajaran Dan Pengajaran Sijil Pendidikan Lepasan Ijazah (Menengah Ugama) Adeendra

7

Domain Psikomotor

(merujuk kepada tingkahlaku motor dan otot)

1) Pengamatan

2) Set (persediaan)

3) Pergerakan terkawal

4) Mekanisme

5) Pergerakan khusus

6) Penyesuaian

7) Keaslian

Page 8: Nota Psikologi Pembelajaran

Psikologi Pembelajaran Dan Pengajaran Sijil Pendidikan Lepasan Ijazah (Menengah Ugama) Adeendra

8

W.M Ryburn dan K.B Forge menyarankan dalam buku mereka yang

berjudul Principles Of Teaching mengklasifikasikan pembelajaran kepada

6 jenis.

1) Belajar dengan cara meniru dan bermain.

2) Belajar dengan cara Pragmatis (sesuatu perbuatan yang menuju

praktikal).

3) Belajar dengan cara pengamatan atau persepsi dan tanggapan atau

konsep.

4) Belajar dengan cara Akademik (pembelajaran Induktif dan

Deduktif)

5) Belajar dengan cara penghubungan (seperti mengingati tarikh,

sempena dsbnya).

pengulangan

kebaharuan

Anggapan mulia

Kesan (kesan berhubungkait dengan anggapan mulia)

Keragaman (ragam emosi pelajar)

6) Belajar dengan cara membuat.

Page 9: Nota Psikologi Pembelajaran

Psikologi Pembelajaran Dan Pengajaran Sijil Pendidikan Lepasan Ijazah (Menengah Ugama) Adeendra

9

Mengklasifikasikan pembelajaran kepada peringkat-peringkat

kerumitan pembelajaran yang dialami oleh manusia.

Lapan jenis pembelajaran dikenalpasti:

1) Pembelajaran isyarat

2) Pembelajaran rangsangan gerak balas

3) Rangkaian

4) Pertalian berbahasa / verbal

5) Pembelajaran Diskriminasi

6) Pembelajaran konsep

7) Pembelajaran hukum

8) Penyelesaian masalah

Page 10: Nota Psikologi Pembelajaran

Psikologi Pembelajaran Dan Pengajaran Sijil Pendidikan Lepasan Ijazah (Menengah Ugama) Adeendra

10

Prinsip-prinsip pembelajaran berdasarkan ahli-ahli psikologi pendidikan

semasa adalah seperti berikut:

Manusia mudah belajar dan mengingatkan perkara-perkara yang

ada pertalian antara satu sama lain.

Pembelajaran terhasil daripada pengalaman

Kepuasan pelajar akan menyebabkan pembelajaran lebih mudah

berlaku dan kekal tersimpan dalam ingatan.

Mengamalkan kekerapan untuk mengulang pembelajaran.

Pembelajaran secara paksaan tidak akan mengakibatkan

keberkesanan dalam pembelajaran.

Pembelajaran adalah satu proses pelaziman.

Pembelajaran perlu menggunakan peneguhan positif atau negatif

untuk diteguhkan atau dikukuhkan.

Motivasi adalah penting untuk pembelajaran.

Pembelajaran mementingkan pertalian antara pengalaman-

pengalaman yang sedia ada dengan pengalaman-pengalaman yang

sedang dihadapi supaya pengalaman yang sedang dihadapi akan

difahami dengan lebih mudah.

Penyertaan pelajar akan menentukan keberkesanan pembelajaran.

Page 11: Nota Psikologi Pembelajaran

Psikologi Pembelajaran Dan Pengajaran Sijil Pendidikan Lepasan Ijazah (Menengah Ugama) Adeendra

11

Kaedah pembelajaran yang digunakan oleh pelajar dan kaedah

pengajaran yang digunakan oleh guru akan lebih memberi kesan

terhadap pembelajaran.

Pembelajaran adalah peniruan.

Pembelajaran akan berlaku dengan mudah jika isi pelajaran

disusun.

Memberi maklum balas pada pelajar adalah perlu.

Mengutamakan belajar dengan cara memahami daripada dengan

cara menghafal.

Belajar akan lebih berkesan jika mempunyai objektif yang jelas.

Perbezaan kebolehan pelajar perlu diambik kira semasa merancang

dan menyampaikan pelajaran.

Guru hendaklah memahami latar belakang persekitaran pelajar.

Taraf kebimbangan mempengaruhi taraf pencapaian pelajar.

Pembelajaran melibatkan pelajar membuat diskriminasi dan

generalisasi.

Pembelajaran adalah hasil aktiviti-aktiviti saraf yang berlaku pada

otak manusia.

Page 12: Nota Psikologi Pembelajaran

Psikologi Pembelajaran Dan Pengajaran Sijil Pendidikan Lepasan Ijazah (Menengah Ugama) Adeendra

12

Pengertian Kesediaan Pembelajaran

Masa-masa yang menunjukkan samaada seseorang pelajar itu telah

mempunyai kelengkapan diri (fizikal, mental, emosi ataupun sosial)

untuk memperolehi pengalaman yang baru.

Umur digunakan sebagai ukuran kelengkapan diri.

Kesediaan pembelajaran diketahui mengunakan ujian-ujian

kesediaan yang dicipta oleh ahli-ahli psikologi.

PEMATANGAN

Keadaan pertumbuhan dan perkembangan akan mempengaruhi

pembelajaran.

Kematangan ini haruslah mencapai tahap yang tertinggi dalam

aspek pertumbuhan dan perkembangan.

Pematangan mana-mana aspek pertumbuhan dan perkembangan

akan tetap berlaku tanpa mengira adanya pengaruh persekitaran

atau tidak.

Hasil pembelajaran bergantung kepada saling tindak antara

permatangan dan pembelajaran.

PENGALAMAN

Pengalaman yang ada itu hendaklah ada pertaliannya dengan

perkara yang hendak dipelajari.

”Sekatan Kebudayaan” akan mengakibatkan kekurangan kesediaan

pembelajaran.

Page 13: Nota Psikologi Pembelajaran

Psikologi Pembelajaran Dan Pengajaran Sijil Pendidikan Lepasan Ijazah (Menengah Ugama) Adeendra

13

KESESUAIAN BAHAWA PENGAJARAN DAN KAEDAH MENGAJAR2

DENGAN KANAK2

Kesuaian isi buku (penggunaan perkataannya, perbendaharaan

kata, saiz tulisan dll)

Cara guru menyampaikan pengajaran (dari segi bahasa dan

kaedahnya)

KAEDAH EMOSI DAN PENYESUAIAN DIRI KANAK2

Emosi yang belum lagi stabil.

Page 14: Nota Psikologi Pembelajaran

Psikologi Pembelajaran Dan Pengajaran Sijil Pendidikan Lepasan Ijazah (Menengah Ugama) Adeendra

14

Faktor2 yang memainkan perana untuk memupuk kesediaan

pembelajaran seseorang adalah:

PENGALAMAN2 PRA SEKOLAH

Kanak2 perlu tahu menyalurkan sifat agresifnya dengan cara yang

dapat diterima umum.

Kanak2 perlu mempunyai kemahiran2 sosial.

Faktor kebudayaan.

PROGRAM-PROGRAM KESEDIAAN DI SEKOLAH

Memulakan dengan aktiviti asas.

Induksi set pelajaran haruslah dapat menarik minat dan

mengekalkan tumpuan pelajar.

MEMBINA KEYAKINAN DIRI

Memupuk keyakinan diri pelajar dengan melibatkan mereka secara

aktif.

Membina kemahiran2 khas secara individu pada pelajar.

Menempatkan kanak2 dengan mereka yang lebih muda usianya.

Berikan penghargaan. (pujian atau penghargaan yang bersesuaian)

PERBEZAAN INDIVIDU

Kesediaan pelajar bagi menerima sesuatu perkara itu tidaklah sama

bagi semua pelajar.

Ada beberapa perkara yang perlu difahami oleh guru semasa

merancangkan pembelajaran.

Perbezaan kadar pertumbuhan

Perbezaan minat atau kecenderungan

Perbezaan Jantina

Perbezaan dalam diri individu.

Page 15: Nota Psikologi Pembelajaran

Psikologi Pembelajaran Dan Pengajaran Sijil Pendidikan Lepasan Ijazah (Menengah Ugama) Adeendra

15

Apa dia teori Pembelajaran ?

Merujuk kepada rangkaian prinsip-prinsip dan hukum-hukum yang

terjalin dan saling bergantung serta bertujuan mengelaskan

beberapa pemerhatian dadn faktor dalam alam pembelajaran.

Teori Pembelajaran:

Pendapat atau idea ahli psikologi pendidikan yang cuba

menghuraikan apa yang dimaksudkan dengan pembelajaran,

bagaimana pembelajaran berlaku dan faktor apa yang

mempengaruhinya.

Teori pembelajaran juga berfungsi untuk menghuraikan

pengetahuan yang luas mengenai dengan hukum-hukum

pembelajaran dengan mudah dan ringkas.

Teori pembelajaran dapat dihuraikan dan disimpulkan apa yang kita

ertikan dengan pembelajaran............

Page 16: Nota Psikologi Pembelajaran

Psikologi Pembelajaran Dan Pengajaran Sijil Pendidikan Lepasan Ijazah (Menengah Ugama) Adeendra

16

TEORI PELAZIMAN KLASIK PAVLOV

Menurut Pavlov (1894), setiap rangsangan akan menimbulkan gerakbalas.

Perkaitan antara ransangan dan gerakbalas akan mewujudkan proses

pembelajaran.

Mengikut teori ini setiap rangsangan akan menghasilkan gerakbalas.

Gerakbalas ialah tingkahlaku yang timbul kesan daripada rangsangan.

Rangsangan pula ialah tenaga yang menimbulkan gerakbalas.

Contohnya:

Apabila guru memberikan arahan supaya murid berdiri, maka murid

dengan cepat akan berdiri.

Arahan ialah rangsangan

Manakala tindakan berdiri ialah gerakbalas.

Hasil daripada kajiannya, Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran

boleh berlaku kesan daripada kaitan antara rangsangan dengan

gerakbalas. Pembelajaran yang berlaku melalui perkaitan tersebut

dinamakan sebagai pelaziman dan pembelajaran yang berlaku akibat

dua ransangan ini dikenali sebagai pelaziman klasik.

Page 17: Nota Psikologi Pembelajaran

Psikologi Pembelajaran Dan Pengajaran Sijil Pendidikan Lepasan Ijazah (Menengah Ugama) Adeendra

17

PELAZIMAN KLASIK

Proses apabila rangsangan neutral yang terlazim mendapat gerak

balas yang dahulunya hanya diperolehi oleh rangsangan tak

terlazim dengan cara berpasangan selalu dengan rangsangan tidak

terlazim.

RANGSANGAN TAK TERLAZIM

Rangsangan yang dahulunya neutral dan telah dipasangkan dengan

RANGSANGAN TAK TERLAZIM dan dengan pasangan ini telah

memperolehi kuasa mengeluarkan gerak balas.

Rangsangan semulajadi atau normal diberi nama rangsangan tak

terlazim (RTT).

GERAK BALAS TAK TERLAZIM

Gerak balas yang berlaku secara automatik berikutan daripada

persembahan sesuatu rangsangan. Dikatakan juga gerak balas

yang automatik dan tidak dipelajari.

Adapun Gerak balas semujadi terhadap rangsangan tersebut diberi

nama gerak balas tak terlazim (GTT).

GERAK BALAS TERLAZIM

Gerak balas yang dilakukan oleh seseorang individu terhadap

rangsangan yang dahulunya tidak mengakibatkan gerak balas

tersebut.

Page 18: Nota Psikologi Pembelajaran

Psikologi Pembelajaran Dan Pengajaran Sijil Pendidikan Lepasan Ijazah (Menengah Ugama) Adeendra

18

Gerak balas yang dikawal oleh rangsangan luar atau asing.

Rangsangannya ialah rangsangan terlazim (RT).

Eksprimen Pavlov – Pelaziman Klasik Pavlov menunjukkan

bagaimana Gerak balas (air liur) dilazimkan dengan rangsangan

(loceng) setelah dipasangkan berulang-ulang (penyampaian kali 1-25)

Penyampaian kali pertama

Penyampaian kali ke 12

Penyampaian kali ke 25

Page 19: Nota Psikologi Pembelajaran

Psikologi Pembelajaran Dan Pengajaran Sijil Pendidikan Lepasan Ijazah (Menengah Ugama) Adeendra

19

SEBELUM PROSES PELAZIMAN

Makanan Air liur

(RTT) (GTT)

Lonceng Tidak ada

(RN -> RT) (G)

Ransangan Neutral

PROSES PELAZIMAN

Lonceng + Daging Air liur

(RT) (RTT) (GTT)

Diulang-ulang

SELEPAS PROSES PELAZIMAN

Daging Air Liur

(RTT) (GTT)

RT (GT)

Keluar air liur

RT – Rangsangan Terlazim (sesuatu berlaku secara tak semulajadi)

RTT – Rangsangan Tak Terlazim (sesuatu berlaku secara semulajadi)

GT – Gerak Balas Terlazim

GTT – Gerak Balas Tak Terlazim

Page 20: Nota Psikologi Pembelajaran

Psikologi Pembelajaran Dan Pengajaran Sijil Pendidikan Lepasan Ijazah (Menengah Ugama) Adeendra

20

PENGHAPUSAN

Penghapusan berlaku apabila ransangan terlazim yang tidak

disertai dengan ransangan tidak terlazim.

Maka gerak balas terlazim semakin sedikit dan akhirnya hapus

sama sekali.

Sesuatu tingkah laku tidak diberi peneguhan ia boleh

dikikiskan secara perlahan-perlahan.

Contoh:

Guru boleh mengikiskan perasaan takut yang dialami

oleh pelajar dalam situasi pengajaran dan pembelajaran.

Jika pelajar takut untuk membuatpembentangan di

hadapan kelas, guru perlu meningkatkan keyakinannya

secara berperingkat.

Pertama sekali, guru membiarkan pelajar itu membaca

kepada kumpulan yang lebih kecil semasa dia duduk,

kemudian semasa dia berdiri.

Akhir sekali, baru pelajar itu diberi peluang membaca di

hadapan kelas.

KONSEP BERKAITAN DENGAN PELAZIMAN KLASIK (PAVLOV)

Page 21: Nota Psikologi Pembelajaran

Psikologi Pembelajaran Dan Pengajaran Sijil Pendidikan Lepasan Ijazah (Menengah Ugama) Adeendra

21

Ini dapat menghapuskan perasaan takut yang dialami

oleh pelajar tersebut.

PEMULIHAN SPONTAN/SEMERTA

Apabila sesuatu gerak balas telah dihapuskan, gerak balas tersebut

boleh berlaku semula setelah masa berehat tertentu.

Hal ini tidak pula bermakna bahawa sesuatu gerak balas tidak

mungkin akan berlaku lagi semata-mata kerana telah ‟dihapuskan‟

sekali.

Setengah-setengah gerak balas mungkin perlu dihapuskan

beberapa kali sebelum boleh dikatakan yang hal itu tidak akan

berlaku lagi.

GENERALISASI/PENYELURUHAN

Definisi GENERALISASI ialah organisma akan melakukan gerak balas

yang sama walaupun rangsangan yang menggerakkannya tidak serupa

seratus peratus.

Ransangan yang sama akan menghasilkan tindakbalas yang sama.

Misalnya, Ali menjadi risau setiap kali ujian kimia akan diadakan. Ali

juga menjadi risau setiap kali ujian biologi akan diadakan kerana kedua

mata pelajaran tersebut mempunyai perkaitan antara satu sama lain.

Jadi kerisauan dalam Kimia telah digeneralisasikan ke dalam Biologi.

Page 22: Nota Psikologi Pembelajaran

Psikologi Pembelajaran Dan Pengajaran Sijil Pendidikan Lepasan Ijazah (Menengah Ugama) Adeendra

22

DISKRIMINASI

- Berlaku apabila individu bertindakbalas terhadap sesuatu ransangan

yang tertentu sahaja dan tidak pada ransangan yang lain.

- Guru perlu memastikan bahawa pelajar memberi fokus kepada

rangsangan yang betul dan dapat membezakan rangsangan-rangsangan

yang lebih penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

- CONTOH:

guru boleh memberitahu pelajar objektif spesifik yang perlu

dikuasai dalam sesuatu pelajaran.

Maka pelajar akan memberi perhatian yang lebih kepada

maklumat penting yang berkaitan dengan objektif pelajaran.

Ini menunjukkan bahawa pelajar dapat membuat diskriminasi

antara maklumat penting yang kurang relevan.

Page 23: Nota Psikologi Pembelajaran

Psikologi Pembelajaran Dan Pengajaran Sijil Pendidikan Lepasan Ijazah (Menengah Ugama) Adeendra

23

EKSPRIMEN WATSON

SEBELUM PROSES PELAZIMAN

RT Tiada Gerak Balas

(Tikus Putih) (yang dimaksudkan)

RTT GTT

(bunyi Gong) (takut/menangis)

PROSES PELAZIMAN

Tikus Putih + bunyi gong Takut/menangis

(RT) (RTT) (GTT)

Diulang beberapa kali

SELEPAS PROSES PELAZIMAN

Bunyi Gong Takut / menangis

(RTT) (GTT)

RT (GT)

(tikus putih) Keluar air liur

Page 24: Nota Psikologi Pembelajaran

Psikologi Pembelajaran Dan Pengajaran Sijil Pendidikan Lepasan Ijazah (Menengah Ugama) Adeendra

24

Ransangan Terlazim haruslah kuat dan jelas diamati oleh subjek.

Kedudukan urutan memberi Ransangan Terlazim (RT) dan

Ransangan Tak Terlazim (RTT).

Jangka masa / jarak masa antara RT & RTT (kedekatan waktu/

kontiguiti).

Kebanyakkan pelaziman klasik perlu diulang-ulang (latihan

ulangan).

FAKTOR PENTING DALAM PELAZIMAN PAVLOV

Page 25: Nota Psikologi Pembelajaran

Psikologi Pembelajaran Dan Pengajaran Sijil Pendidikan Lepasan Ijazah (Menengah Ugama) Adeendra

25

Guithrie (1935) menamakan teknik pemansuhan tabiat ini sebagai

kaedah ambang

Kaedah Ambang

Ransangan disampaikan berperingkat-peringkat dan sedikit demi

sedikit dibawah tahap ambang untuk mengelakkan Gerakan yang

tidak diingini.

Contoh: Katakanlah ada seorang kanak-kanak yang meronta-ronta

tidak mahu tidak mahu ke bilik air kerana dia tidak suka mandi atau

kena air. Kita boleh mengurangkan reaksi ini dengan membawa

kanak-kanak bermaindekat bilik air tanpa membawanya masuk ke

bilik air. Di sini bolehlah kita berpindah ke tempat yang lebih dekat

dengan bilik air itu. Sedikit demi sedikit kita akan beransur

memasukibilik air, hingga akhirnya kanak-kanak itu dapat berada di

dalam bilik air dan secara beransur-ansur pula menggalakkannya

bermain dengan air.

Kaedah Kepenatan

Menyampaikan sesuatu RANSANGAN berulang-ulang untuk

menghasilkan GERAK BALAS yang tidak diingini (tabiat) begitu

kerap kali sehingga individu itu akan penat bergerak balas.

Contoh: kanak-kanak yang suka bermain macis. Puas dia dimarahi

dan dileteri oleh ibunya, namun perangainya tidak juga berubah.

Page 26: Nota Psikologi Pembelajaran

Psikologi Pembelajaran Dan Pengajaran Sijil Pendidikan Lepasan Ijazah (Menengah Ugama) Adeendra

26

Oleh demikian, ibunya telah menyuruhnya nyalakan macis banyak-

banyak dan cepat-cepat sampai dia tidak lagi berdaya untuk

menyalakan macis itu kerana terlalu letih. Lantaran keletihannya itu

dia pun mencampakkan kotak mancis itu. Gerak balas mencampak

kotak mancis itu merupakan gerak balas terakhir yang dipelajarinya

berhubung dengan kotak mancis. Oleh demikian, setiap kali kanak-

kanak itu nampak kotak mancis, dia tidak lagi bermain seperti

dahulu, tetapi sebaliknya mencampakannya.

Kaedah RANSANGAN tak sepadan

Menyebabkan GERAK BALAS yang tidak diingini, pada ketika yang

mana GERAK BALAS berkenaan tidak dapat bangkit (menghalang

GERAK BALAS berlaku).

Rangsangan yang menghasilkan gerak balas yang tidak diingini

dikemukakan bersama-sama dengan rangsangan lain yang tidak

serasi dengannya, dan yang boleh menghasilkan gerak balas baharu

yang berlainan dan tidak serasi dengan gerak balas yang lama,

maka rangsangan asal akhir-akhirnya boleh menghasilkan gerak

balas baru ini.

Contoh : seorang pelajar yang tidak boleh menumpukan perhatian

kepada pelajarannya kerana suasana terlalu bising.

Belajar .............. Bising ........... Tak ada tumpuan perhatian

Baca buku cerita...... Bising ........ Ada tumpuan perhatian

Belajar ...... Bising .......... Ada tumpuan perhatian

Page 27: Nota Psikologi Pembelajaran

Psikologi Pembelajaran Dan Pengajaran Sijil Pendidikan Lepasan Ijazah (Menengah Ugama) Adeendra

27

SEBELUM PELAZIMAN BERLAKU

Bunyi Loceng Tidak ada gerak balas

(ransangan / terlazim)

Makanan Keluar air liur

(ransangan tdk terlazim) (gerak balas tdk terlazim)

SEMASA PELAZIMAN BERLAKU

Bunyi loceng

(Ransangan terlazim) keluar air liur

Gerak balas tidak terlazim

Makanan

(ransangan tidak terlazim)

SELEPAS PELAZIMAN BERLAKU

Bunyi Loceng Keluar air liur

(ransangan terlazim) (gerak balas terlazim)

Page 28: Nota Psikologi Pembelajaran

Psikologi Pembelajaran Dan Pengajaran Sijil Pendidikan Lepasan Ijazah (Menengah Ugama) Adeendra

28

Guy Le Francois (1972) ada 4 cara bagaimana RTT dapat

diregukan dengan rangsangan yang bukan semulajadi bagi

menjadikannya rangsangan terlazim (RT)

Mula Henti

Terlewat

Sesuatu Gerak balas dapat dilazimkan dengan paling berjaya sekali

apabila rangsangan terlazim (RT) dikemukakan sebelum

rangsangan tidak terlazim (RTT), dan terus dikemukakan semasa

rangsangan tidak terlazim dikemukakan.

Mula Henti

Turihan

Juga amat berkesan bila rangsangan terlazim (RT) mendahului

sedikit rangsangan tidak terlazim (RTT), tetapi tidak dikemukakan

berterusan seperti di dalam pelaziman terlewat.

Mula Henti

RT

RTT

RT

RTT

Page 29: Nota Psikologi Pembelajaran

Psikologi Pembelajaran Dan Pengajaran Sijil Pendidikan Lepasan Ijazah (Menengah Ugama) Adeendra

29

Serentak

Dalam kaedah ini rangsangan tidak terlazim (RTT) dan rangsangan

terlazim (RT) dikemukakan sekaligus atau serentak.

Mula Henti

Kebelakangan

Kaedah ini didapati kurang berkesan.

Di mana rangsangan tidak terlazim (RTT) mendahului rangsangan

terlazim (RT).

Agak sukar bagi sesuatu organisma memberi perhatian kepada

rangsangan terlazim (RT) setelah rangsangan tidak terlazim (RTT)

dikemukakan kepadanya.

RT Loceng RTT makanan

RT

RTT

RT

RTT

TEORI PELAZIMAN OPERAN

Page 30: Nota Psikologi Pembelajaran

Psikologi Pembelajaran Dan Pengajaran Sijil Pendidikan Lepasan Ijazah (Menengah Ugama) Adeendra

30

Manusia belajar melalui ganjaran dan denda.

Belajar dengan cuba jaya (belajar dengan memilih dan mengaitkan

ransangan dan gerak balas).

Perkataan 'operan' dicipta oleh Skinner yang membawa maksud

bertindak ke atas.

Pelaziman operan ialah apabila organisme menghasilkan sesuatu

gerak balas kerana organisme itu bekerjasama ke atas

persekitarannya.

Skinner menegaskan bahawa setiap gerak balas hanya akan

berulang sekiranya ada ganjaran.

dalam pelaziman operan, organisme mempunyai pilihan untuk

bertindak atau tidak kerana gerak balasnya menentukan

rangsangan yang diberikan.

Contohnya: seorang budak yang mengemaskan tempat tidur jika

dia tahu dia akan dibelanja makan ais krim.

Page 31: Nota Psikologi Pembelajaran

Psikologi Pembelajaran Dan Pengajaran Sijil Pendidikan Lepasan Ijazah (Menengah Ugama) Adeendra

31

1) HUKUM KESEDIAAN

Persiapan dalam diri individu sebelum ia bertindak.

Untuk melakukan sesuatu aktiviti yang diperlukan, individu perlu

berada dalam keadaan fizikal yang baik dan mempunyai aras

motivasi yang tinggi.

Contoh :

- apabila pelajar berada dalam keadaan bersedia, dia akan berasa

puans apabila dia bertindak.

- Jika pelajar belum bersedia untuk bertindak, dan guru menyuruh

pelajar bertindak, dia akan berasa kecewa.

- Oleh itu, guru perlu melihat tahap kesediaan pelajar.

Pelajar bersedia belajar, (rangsangan motivasi) berkesan.

Pelajar belum bersedia belajar , (tanpa rangsangan) -> tidak

berkesan.

2) HUKUM LATIHAN

Sesuatu perkaitan antara ransangan dan gerak balas akan

bertambah kukuh jika terdapat latihan.

Maksudnya : Pertalian antara rangsangan dan gerak balas akan

bertambah kukuh jika latihan, aplikasi serta aktiviti pengukuhan

diberikan.

3 HUKUM PERTAMA YANG DIKEMUKAKAN OLEH THORNDIKE

Page 32: Nota Psikologi Pembelajaran

Psikologi Pembelajaran Dan Pengajaran Sijil Pendidikan Lepasan Ijazah (Menengah Ugama) Adeendra

32

Hukum latihan menyatakan bahawa satu tingkah laku akan

diteguhkan melalui aplikasi dan akan dilemahkan tanpa

pengukuhan.

Contoh:

Jika pelajar selalu mengulangkaji rumusan sifirnya, dia dapat

mengingatinya dengan lebih senang.

* hukum latihan sangat sesuai digunakan bagi latihan hafalan.

3) HUKUM KESAN

Sesuatu perkaitan antara ransangan dan gerak balas akan

bertambah kukuh jika terdapat kesan yang memuaskan selepas

sesuatu gerak balas dihasilkan.

Pertalian antara rangsangan dan gerak balas akan bertambah

kukuh jika dapat kesan pengalaman yang menyeronokkan dan

gerak balas ini akan diulang.

Manakala, jika kesan pengalaman itu menyakitkan, gerak balas

tersebut akan lenyap.

Merumuskan bahawa ganjaran dapat menggalakkan individu

manakala denda menghalang individu daripada melakukannya.

Page 33: Nota Psikologi Pembelajaran

Psikologi Pembelajaran Dan Pengajaran Sijil Pendidikan Lepasan Ijazah (Menengah Ugama) Adeendra

33

E.L THORNDIKE

Meletakkan seekor kucing lapar dalam sangkar.

Di dalam sangkar itu ada satu selak.

Apabila selak ditekan, pintu akan terbuka.

Kucing melakukan pelbagai pergerakkan (secara cuba jaya) lalu

terpijak selak.

Kucing pun keluar dan makan makanan di luar sangkar itu.

Kucing dimasukkan semula kedalam sangkar.

Kali ini, kucing dapat menekan selak dengan lebih cepat.

Dengan itu, jelaslah kucing telah mempelajari cara membuka pintu

sangkar secara cuba jaya (trial and error).

Kucing belajar bahawa gerak balas yang betul membolehkannya

keluar untuk mendapatkan makanan.

Gerak balas salah menyebabkan terus terkurung.

Page 34: Nota Psikologi Pembelajaran

Psikologi Pembelajaran Dan Pengajaran Sijil Pendidikan Lepasan Ijazah (Menengah Ugama) Adeendra

34

Organisma berupaya menunjukkan pelbagai jenis gerak balas

terhadap suatu keadaan.

Apabila gerak balas betul ditunjukkan dan diberi ganjaran,

pembelajaran akan terus berlaku.

Penyelesaian sukar dicapai sekiranya organisma tidak boleh

menunjukkan pelbagai gerak balas.

Sesuatu pembelajaran itu dipandu atau dipengaruhi oleh sesuatu

sikap atau set yang menyeluruh yang terdapat pada organisma.

Gerak balas seseorang itu dipengaruhi bukan sahaja oleh

kebudayaannya, bahkan juga keadaan-keadaan masa itu.

Sikap sesuatu organisma menentukan apa yang akan dilakukannya,

serta apa yang boleh memuaskannya atau menyakitinya. Justeru

kerana itu kadang-kadang apa yang memberi kepuasan kepada

seseorang itu, tidak dapat memberi kesan yang sama kepada orang

lain.

Manusia mengeluarkan gerak balas yang berbeza bagi sesuatu

masalah.

5 PRINSIP TAMBAHAN

1) Gerak Balas Aneka

2) Sikap atau Set

Page 35: Nota Psikologi Pembelajaran

Psikologi Pembelajaran Dan Pengajaran Sijil Pendidikan Lepasan Ijazah (Menengah Ugama) Adeendra

35

Mengikut prinsip ini, seseorang murid dapat membezakan unsur-

unsur penting daripada unsur-unsur tidak penting.

Keupayaan seperti ini membolehkan berlakunya pembelajaran

analitis.

Gerak balas yang dihasilkan oleh ransangan boleh dikekalkan

dengan gerak balas yang baru.

Ransangan lama tidak ada memberi apa-apa ransangan. Cukup

pada ransangan baru.

Contohnya, hadiah yang diberikan murid kerana suatu prestasi baik

boleh digantikan dengan kata-kata pujian.

Prinsip ini bermaksud seseorang boleh bertindak balas dalam suatu

situasi baru dengan menggunakan kemahiran sedia ada dan

disertakan tindakan yang baru.

3) Pemilihan perkara-perkara penting

4) Pemindahan Berkait

5) Gerak Balas Melalui Analogi

Page 36: Nota Psikologi Pembelajaran

Psikologi Pembelajaran Dan Pengajaran Sijil Pendidikan Lepasan Ijazah (Menengah Ugama) Adeendra

36

Mendapat sesuatu

yang menyeronokkan

Rangsangan Gerak Balas

pembelajaran

HUKUM-HUKUM DALAM TEORI THORNDIKE

Mendapat sesuatu

yang menyakitkan

Hukum kesediaan

Hukum

Latihan

Hukum

Kesan

+

Gerak Balas

yang pelbagai

(perlu peneguhan)

Page 37: Nota Psikologi Pembelajaran

Psikologi Pembelajaran Dan Pengajaran Sijil Pendidikan Lepasan Ijazah (Menengah Ugama) Adeendra

37

PERBEZAAN ANTARA PELAZIMAN KLASIK

DAN PELAZIMAN OPERAN

TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORISME PELAZIMAN OPERAN SKINNER

Tidak sukarela

(individu tidak

dapat mengawal

tingkah laku)

Sukarela

(individu dapat

mengawal

tingkahlaku)

Tingkahlaku

Pelaziman klasik Pelaziman Operan

Tingkahlaku

muncul selepas

rangsangan

Tingkahlaku

adalah kesan

daripada

rangsangan

Rangsangan tidak

terlazim dikaitkan

dengan

rangsangan

terlazim

Kesan

tingkahlaku

mempengaruhi

pembelajaran

berikut

PAVLOV Thorndike skinner

Urutan

Cara Pembelajaran

Pelapor Utama

Page 38: Nota Psikologi Pembelajaran

Psikologi Pembelajaran Dan Pengajaran Sijil Pendidikan Lepasan Ijazah (Menengah Ugama) Adeendra

38

1- Teori-teori yang menekankan peranan rangsangan yang diketahui

bagi menghasilkan gerak balas dikatakan Teori JENIS S.

(Stimulous).

2- Teori yang tidak menekankan peranan rangsangan bagi

menghasilkan sesuatu dikatakan Teori Jenis R. (Reinforcement :

peneguhan)

Dalam pelaziman operan, individu akan bertindak balas terhadap

persekitaran.

PRINSIP: jika sesuatu tingkahlaku diingini, ia hendaklah diberi

peneguhan. Jika tiada peneguhan, tingkahlaku itu akan terhapus.

PENEGUHAN YANG DIKEMUKAKAN OLEH SKINNER TERDIRI

DARIPADA 2 JENIS:

Skinner Telah Membuat Beberapa Kesimpulan

Page 39: Nota Psikologi Pembelajaran

Psikologi Pembelajaran Dan Pengajaran Sijil Pendidikan Lepasan Ijazah (Menengah Ugama) Adeendra

39

1) Peneguhan Positif

Untuk menentukan tingkah laku positif dengan stimulus atau

maklum balas yang positif.

Peneguhan positif boleh menambahkan kebaraangkalian

berulangnya asesuatu tingkah laku, jika ia diberikan selepas

sesuatu tingkah laku itu berlaku.

Peneguhan boleh diberikan dalam bentuk-bentuk berikut:

- kebendaan: wang, hadiah, gula-gula dan lain-lain.

- Sosial: pujian, kata-kata perangsang, sentuhan.

- Token: poin atau bintang yang dikumpul kemudian boleh

ditukarkan untuk sesuatu ganjaran.

2) Peneguhan Negatif

Tingkah laku positif yang ditonjolkan kerana individu ingin

melepaskan diri daripada stimulus yang tidak menyeronokkan

atau menyakitkan.

Peneguhan negatif tidak bererti mendera atau mendenda.

Peneguhan negatif diberikan untuk membawa kesan yang tidak

menyeronokkan atau memalukan, yang ingin dihindari oleh

seseorang individu.

Peristiwa yang memalukan, menyaktikan dan menyusahkan akan

bertindak sebagai peneguh negatif.

Untuk mengelakkan atau menghindari sesuatu yang negatif,

individu akan mengulangi tingkah laku operan yang dikehendaki.

Peneguhan positif atau negatif bertujuan untuk menambahkan

kebarangkalian berulangnya sesuatu tingkahlaku

Page 40: Nota Psikologi Pembelajaran

Psikologi Pembelajaran Dan Pengajaran Sijil Pendidikan Lepasan Ijazah (Menengah Ugama) Adeendra

40

Dan bukan menyekatkan atau menghentikannya seperti yang

dilakukan oleh denda atau dera.

Page 41: Nota Psikologi Pembelajaran

Psikologi Pembelajaran Dan Pengajaran Sijil Pendidikan Lepasan Ijazah (Menengah Ugama) Adeendra

41

Ialah mengaitkan aktiviti yang kurang diminati dengan aktiviti yang

lebih diminati.

Ia bertujuan untuk mengukuhkan tingkah laku murid terhadap

aktiviti yang kurang diminati.

Sebagai contoh, seorang murid dibenarkan menggunakan perisian

komputer sekiranya dia berjaya menghabiskan tugasan yang

diberikan oleh gurunya.

Ini merupakan satu prosedur yang teratur di mana token atau

hadiah diberikan sebagai peneguhan untuk tingkah laku yang

bersesuaian. Token ini adalah dalam bentuk seperti duit syiling

plastik, markah, bintang atau apa sahaja benda yang boleh

ditunaikan atau ditebus (cashed in) dengan hadiah atau sebagainya.

PRINSIP PREMACK

EKONOMI TOKEN

Page 42: Nota Psikologi Pembelajaran

Psikologi Pembelajaran Dan Pengajaran Sijil Pendidikan Lepasan Ijazah (Menengah Ugama) Adeendra

42

Time-out ini biasanya dalam bentuk menyuruh pelajar untuk duduk

di sebuah kursi atau masuk ruangan tertentu dalam waktu tertentu.

Waktu time-out selesai, guru harus menjelaskan kenapa pelajar

dikenai time-out, dan kemudian menasehati tentang perbuatan

yang seharusnya dilakukan oleh pelajar tersebut.

RT – hilang (peluang belajar semasa ia di beri time-out tetapi

Tingkah laku menurun. Contoh buat bising).

TIME - OUT

Page 43: Nota Psikologi Pembelajaran

Psikologi Pembelajaran Dan Pengajaran Sijil Pendidikan Lepasan Ijazah (Menengah Ugama) Adeendra

43

PENEGUHAN POSITIF, PENEGUHAN NEGATIF DAN

DENDA

Peneguhan Positif:

Ali mendapat sebiji

gula kerana bersikap

baik

Diberikan

selepas tingkahlaku

Tingkahlaku

Bertambah Kuat

Tingkahlaku

Bertambah Lemah

Persembahan

Hukuman:

Ali mendapat cubitan

kerana bersikap tidak

baik.

Ditiadakan selepas

sesuatu tingkahlaku

Peneguhan Negatif:

Ali disuruh kembali

duduk selepas

bersikap baik.

Penyingkiran

Hukuman:

Gula Ali telah diambil

kembali kerana

bersikap tidak baik.

HUKUMAN

JENIS I

HUKUMAN

JENIS II

Page 44: Nota Psikologi Pembelajaran

Psikologi Pembelajaran Dan Pengajaran Sijil Pendidikan Lepasan Ijazah (Menengah Ugama) Adeendra

44

HUKUMAN JENIS I = PERSEMBAHAN HUKUMAN Dendaan yang tidak melibatkan fizikal, tetapi dapat menakutkan

murid.

Contohnya, Cik Salimah boleh mengambil semula hadiah yang telah

diberikan sekiranya murid itu tidak dapat menyelesaikan tugasan

yang diberikan.

Lari keliling padang, beri kerja tambahan.

HUKUMAN JENIS II = PENYINGKIRAN HUKUMAN

Dendaan berkaitan dengan penyingkiran rangsangan.

Contohnya, seseorang murid tidak dibenarkan bermain permainan

yang sememangnya disediakan di dalam kelas seperti permainan

suai padan dan sebagainya sekiranya dia tidak menyiapkan tugasan

yang diberikan.

Dilarang menonton tv sebab hendak periksa.

Nota: Dendaan hendaklah dilakukan segera, iaitu sebaik sahaja perlakuan tidak

diingini dilakukan oleh seseorang murid. Selain itu, murid yang didenda

mesti tahu mengapa mereka dihukum. Dendaan juga hendaklah diberi

atas dasar untuk mengubah kelakuan yang telah dilakukan dan bukannya

sebagai balasan atas perlakuannya. Walau bagaimanapun, dendaan yang

dikenakan ke atas seseorang pelajar hendaklah konsisten. Contohnya,

sekiranya Ahmad didenda dengan sesuatu jenis hukuman, maka Ali pun

mesti mendapat hukuman yang serupa untuk kesalahan yang sama.

Namun demikian, perlu diingat bahawa dendaan yang dijalankan

hendaklah berpada-pada kerana dendaan yang keterlaluan boleh

menghasilkan gangguan emosi, membentuk tingkah laku yang negatif

seperti rasa rendah diri pada murid-murid yang terlibat.

Page 45: Nota Psikologi Pembelajaran

Psikologi Pembelajaran Dan Pengajaran Sijil Pendidikan Lepasan Ijazah (Menengah Ugama) Adeendra

45

PRINSIP-PRINSIP PELAZIMAN OPERAN

Kalau peneguhan mengikuti gerak balas dengan cepatnya, Maka

kaitan antara peneguhan dan gerak balas akan dipelajari dengan

cepatnya.

Kalau peneguhan (makanan) diberi lewat (iaitu selepas lama

haiwan tekan tuil) akan didapati haiwan tidak akan menambahkan

tekan tuil itu.

Jarak masa antara gerak balas dan peneguhan adalah penting bagi

perolehan kaitan antara gerak balas dan peneguhan.

Kalau kita berhenti pemberian peneguhan penghapusan akan

terjadi.

Kalau kaitan antara tekan tuil (gerak balas) dengan makanan

(peneguhan) dihentikan .

Page 46: Nota Psikologi Pembelajaran

Psikologi Pembelajaran Dan Pengajaran Sijil Pendidikan Lepasan Ijazah (Menengah Ugama) Adeendra

46

PELAZIMAN OPERAN

Menurut Skinner, terdapat 2 jenis tingkah laku:

1) Tingkah laku Respoden

Tingkah laku yang terjadi selepas dan juga akibat dari rangsangan.

Pelaziman klasik Pavlov memberi keterangan tentang tingkah laku

responden.

Gerak balas automatik terhadap situasi tertentu.

2) Tingkah Laku Operan

Tingkah laku gerak balas yang bertindak terhadap rangsangan dan

juga alam persekitaran.

Skinner mengemukakan pelaziman operan/instrumental untuk

menerangkan tingkah laku operan.

Ganjaran (makanan/air) menyebabkan haiwan tekan tuil dalam

eksperimen Skinner. Ini dipanggil sebagai pelaziman Operan dimana

haiwan telah dilazimkan untuk menekankan tuil untuk mendapatkan

makanan (ganajaran). Ia akan bertindak demikian sehingga ia kenyang.

Ini bermakna haiwan telah belajar tekan tuil supaya dapat makanan.

Page 47: Nota Psikologi Pembelajaran

Psikologi Pembelajaran Dan Pengajaran Sijil Pendidikan Lepasan Ijazah (Menengah Ugama) Adeendra

47

1- Hukuman ialah sesuatu yang menyakiti (aversif) menyebabkan

orang atau situasi yang dihubungkaitkan dengan hukuman melalui

pelaziman menjadi aversif seperti ditakuti, tidak disukai atau

dibenci.

2- Rangsangan aversif menghasilkan pembelajaran pengelakan.

Pembelajaran pengelakan ialah sebahagian pengalaman

yang kita alami setiap hari.

Pembelajaran pengelakkan adalah akibat daripada kawan

aversif.

3- Menghasilkan alam sekitar pembelajaran yang menimbulkan

tingkah laku aversif.

Page 48: Nota Psikologi Pembelajaran

Psikologi Pembelajaran Dan Pengajaran Sijil Pendidikan Lepasan Ijazah (Menengah Ugama) Adeendra

48

JADUAL PENEGUHAN SKINNER

Peneguhan Berterusan

PENEGUHAN

Peneguhan Berkala

Nisbah Masa

Tetap Tetap Berubah Berubah

Page 49: Nota Psikologi Pembelajaran

Psikologi Pembelajaran Dan Pengajaran Sijil Pendidikan Lepasan Ijazah (Menengah Ugama) Adeendra

49

Page 50: Nota Psikologi Pembelajaran

Psikologi Pembelajaran Dan Pengajaran Sijil Pendidikan Lepasan Ijazah (Menengah Ugama) Adeendra

50

Setiap tingkah laku operan yang terhasil akan diberikan peneguhan

untuk memastikan tingkah laku yang dikehendaki terbentuk.

Peneguhan berterusan ini diberikan pada peringkat awal supaya

tingkah laku operan berulang.

Apabila sesuatu tingkah laku operan telah diperolehi, barulah

peneguhan diberi dalam bentuk berkala.

Peneguhan yang berterusan adalah paling mudah untuk

dilaksanakan kerana ia diberi setiap kali tingkah laku operan

ditunjukkan.

Contohnya: setaip kali Ryan dapat menjawap semua soalan tauhid

dengan betul, guru akan memberikan bintang dalam buku

latihannya.

Bintang merupakan peneguhan kepada tingkah laku operan

membuat kerja tauhid dengan baik.

Peneguhan berterusan

Page 51: Nota Psikologi Pembelajaran

Psikologi Pembelajaran Dan Pengajaran Sijil Pendidikan Lepasan Ijazah (Menengah Ugama) Adeendra

51

Peneguhan ini tidak diberikan secara berterusan, tetapi ia diberikan

dalam bentuk nisbah dan masa. Jika pengetahuan diberikan dalam dua bentuk, iaitu mengikut

bilangan atau kadar sesuatu tingkah laku operan itu dihasilkan, ia

disebut jadual peneguhan berkala nisbah. Misalnya: jika kita menetapkan bahawa selepas selepas tiap-tiap

tiga kali tingkah laku operan dihasilkan, individu akan diberikan

ganjaran, maka tindakan yang sebegini adalah tindakaan menurut

jadual nisbah. Jika sesuatu peneguhan itu diberikan bergantung kepada masa,

maka ia dinamakan jadual peneguhan berkala masa. Contoh: guru boleh memberi arahan berikut pada pelajar yang

hiperaktif: ”Jika kamu duduk diam selama 5 minit, kamu akan

diberikan peneguhan dalam bentuk wang”. Jika kita menetapkan bahawa selepas tiap-tiap 5 minit tingkah laku

operan yang telah dihasilkan, kita beri peneguhan, maka tindakan

ini adalah menurut jadual masa. Dalam jadual berkala ini boleh diberikan secara tetap atau berubah.

Peneguhan berkala

Page 52: Nota Psikologi Pembelajaran

Psikologi Pembelajaran Dan Pengajaran Sijil Pendidikan Lepasan Ijazah (Menengah Ugama) Adeendra

52

1) Jadual Nisbah Tetap

Bilangan Operan yang mesti dilakukan sebelum diberikan

peneguhan ditentukan.

Guru tetapkan bilangan operan yang mesti dilakukan sebelum

peneguhan diberikan.

Contoh: guru memberitahu pelajar bahawa mereka mesti mendapat

markah 100 peratus sebanyak tiga kali sebelum dia membawa

mereka melawat ke Muzium.

2) Jadual Nisbah Berubah

Bilangan Operan yang mesti dilakukan sebelum diberikan

peneguhan tidak ditentukan.

Guru tidak tetapkan bilangan operan yang mesti dilakukan.

Peneguhan diberi mengikut kehendak guru.

Kadang-kadang selepas 3 kali atau 5 kali tingkah laku operan

dilakukan dan sebagainya.

Oleh kerana pelajar tidak mengetahui bila masa peneguhan akan

diberikan, dia akan terus melakukan operan dengan harapan diberi

ganjaran yang ditetapkan.

3) Jadual Masa Tetap

Jumlah masa yang mesti berlalu tanpa mengira bilangan operan

yang dilakukan sebelum peneguhan diberikan ditetapkan.

Guru menentukan jumlah masa yang mesti berlalu tanpa mengira

bilangan operan yang dilakukan, sebelum peneguhan diberikan.

4 JENIS JADUAL PENEGUHAN

Page 53: Nota Psikologi Pembelajaran

Psikologi Pembelajaran Dan Pengajaran Sijil Pendidikan Lepasan Ijazah (Menengah Ugama) Adeendra

53

4) Jadual Masa Berubah

Jumlah masa yang tertentu sebelum peneguhan diberikan tidak

ditetapkan.

Contoh: ia mungkin diberikan selepas lima minit atau lepas lima

jam pelajar menunjukkan tingkahlaku operan. Yakni tidak

bergantung kepada faktor masa.

Page 54: Nota Psikologi Pembelajaran

Psikologi Pembelajaran Dan Pengajaran Sijil Pendidikan Lepasan Ijazah (Menengah Ugama) Adeendra

54

KESAN JADUAL PENEGUHAN

YANG BERBEZA

1- Jadual peneguhan yang berubah mendorong organisma

menghasilkan lebih banyak tingkah laku operan kerana peneguhan

tidak ditetapkan oleh masa atau nisbah.

Organisma akan memperolehi lebih banyak peneguhan jika ia

memperlihatkan lebih banyak tingkah laku operan.

2- Jadual peneguhan yang tetap mengikut masa atau nisbah,

organisma memperlihatkan tingkah laku operan yang paling sedikit

selepas diberikan peneguhan kerana ia berjaya meramal pola

peneguhan yang ditetapkan. Ia telah sedar yang ia tidak akan

diberikan peneguhan dengan serta merta selepas diberikan

peneguhan. Ia boleh mengagak bila ia akan menerima peneguhan.

Bagi jadual nisbah yang tetap, organisma akan terus bertindak

balas dengan kekerapan yang tinggi jika nisbah yang digunakan itu

kecil. Jika nisbah itu besar kecenderungan untuk tindak balas

menurun.

Page 55: Nota Psikologi Pembelajaran

Psikologi Pembelajaran Dan Pengajaran Sijil Pendidikan Lepasan Ijazah (Menengah Ugama) Adeendra

55

TEORI PEMBELAJARAN HUMANIS

Mementingkan aspek perbezaan individu.

iaitu cara pengajaran dan pembelajaran disusun mengikut

kehendak dan perkembangan emosi individu.

Kefahaman tentang pengalaman peribadi individu itu diperoleh dari

komunikasi dengan individu tersebut.

Teori menekankan perasaan dan emosi manusia.

Pengamatan seseorang tentang sesuatu adalah penting dalam

pendekatan humanis.

Setiap orang mempunyai potensi untuk mencapai kecemerlangan

diri (bedasarkan Maslow).

Tambahan:

Setiap orang mempunyai pengalaman peribadi yang tidak dapat

difahami oleh orang lain.

Page 56: Nota Psikologi Pembelajaran

Psikologi Pembelajaran Dan Pengajaran Sijil Pendidikan Lepasan Ijazah (Menengah Ugama) Adeendra

56

Prinsip Dalam Teori Pembelajaran Humanis

Sistem pendidikan humanis memberi Kebebasan pada pelajar untuk

belajar apa yang mereka kehendaki.

kecemerlangan akademik tidak dipentingkan. Tetapi yang penting

ialah keinginan untuk belajar dan cara belajar.

Dalam sistem ini pelajar membuat penilaian kendiri.

Perasaan dan emosi pelajar adalah sangat penting dalam proses

pembelajaran.

Suasana pembelajaran mesti kondusif untuk proses pengajaran dan

pembelajaran. Pelajar mesti berada dalam keadaan relaks dan tidak

tegang semasa belajar.

Guru mesti menjaga penghargaan kendiri pelajar dengan tidak

memarahinya selalu.

Pelajar diberi kebebasan supaya berdikari dalam pengajaran dan

pembelajaran.

Pelajar mesti bersifat bertanggungjawab terhadap tindakan sendiri.

Pelajar diberi peluang untuk meningkatkan daya cipta dan minat

serta memperkembangkan potensi mereka.

Page 57: Nota Psikologi Pembelajaran

Psikologi Pembelajaran Dan Pengajaran Sijil Pendidikan Lepasan Ijazah (Menengah Ugama) Adeendra

57

TEORI PEMBELAJARAN – CARL ROGERS

Ciri-ciri utama teori pembelajaran Rogers.

a) Memberikan pengalaman realistik setiap individu adalah

fenemonogikal.

Pengalaman setiap orang hanya boleh dialami dan diketahui oleh

individu itu sendiri sahaja.

b) Setiap orang mempunyai motivasi untuk mencapai kesempurnaan

kendiri.

Setiap orang mempunyai naluri semulajadi untuk menjadi manusia

yang sihat dan berjaya.

c) Membentuk konsep kendiri yang unik.

Individu menyedari tentang konsep kendiri melalui sistem nilai dan

kepercayaan diri dan orang lain.

d) Tingkah laku wujud dalam konteks kenyataan realiti kendiri.

Cara yang paling baik untuk memahami seseorang ialah dengan

memahami pandangannya. Komunikasi dan empati adalah penting.

e) Tingkah laku seiras dengan pemikiran kendiri.

Manusia memilih tingkah laku yang tidak bercanggah dengan

sistem kepercayaannya.

Page 58: Nota Psikologi Pembelajaran

Psikologi Pembelajaran Dan Pengajaran Sijil Pendidikan Lepasan Ijazah (Menengah Ugama) Adeendra

58

Aspek perbezaan individu dalam proses pengajaran dan

pembelajaran.

Guru perlu merancang strategi pengajaran dan pembelajaran yang

sejajar dengan kebolehan pelajar.

Jika pelajar adalah lemah, strategi pemulihan digunakan dan jika

pelajar adalah pandai,strategi pengayaan digunakan.

Guru perlu tekankan pada perasaan dan pemikiran pelajar daripada

pengetahuan dan pencapaian akademik. Ini adalah kerana pelajar

sudah mempunyai motivasi instrinsik yang tinggi untuk belajar.

Meningkatkan harga kendiri yang positif.

Tugas guru yang paling penting dalam bilik darah ialah

meningkatkan konsep kendiri pelajar.

Dia perlu mengajar secara bertimbang rasa dan dengan penuh

kasih sayang.

Guru mesti memastikan pelajar dapat membina konsep kendiri

yang positf dengan membina suasana kelas yang bebas daripada

ancaman dan ketegangan.

Guru tidak boleh mengkritik dan memarahi pelajar selalu kerana ini

akan menjejaskan konsep kendiri yang positif.

Guru mesti mengiktirafkan kejayaan pelajar.

Page 59: Nota Psikologi Pembelajaran

Psikologi Pembelajaran Dan Pengajaran Sijil Pendidikan Lepasan Ijazah (Menengah Ugama) Adeendra

59

Aspek komunikasi dalam bilik darjah

Guru perlu mengadakan komunikasi intra-personal yang jujur

dengan pelajar dalam bilik darjah, dan membina hubungan yang

positif.

Guru perlu melihat kesan emosi dan kesan afektif dalam situasi

pengajaran dan pembelajaran.

Guru juga perlu mengemukakan soalan pemikiran divergen dalam

bilik darjah untuk lebih memahami pemikiran pelajar.

Penekanan ke atas motivasi instrinsik.

Dalam Pendekatan humanis, guru perlu meningkatkan motivasi

instrinsik pelajar kerana pembelajaran bersifat arah kendiri.

Ini adalah kerana pelajar mesti terdorong untuk menghabiskan

sendiri kurikulum yang telah ditentukan.

Oleh kerana prestasi akademik bukan kriteria yang utama, pelajar

akan menentukan kadar dan matlamat pembelajaran yang

tersendiri.

Jika motivasi intrinsik adalah rendah, pembelajaran ke arah kendiri

tidak akan tercapai.

Oleh itu guru perlu mementingkan nilai-nilai kendiri yang positif.

Page 60: Nota Psikologi Pembelajaran

Psikologi Pembelajaran Dan Pengajaran Sijil Pendidikan Lepasan Ijazah (Menengah Ugama) Adeendra

60

TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL

TEORI PEMODELAN BANDURA

Pengenalan:

Teori Bandura menjelaskan pelbagai tingkah laku sosial seperti

dalam tarian, pakaian, peranan jantina, keagresifan dan

sebagainya.

Elemen sosial terbabit kerana pembelajaran diperoleh dengan:

melihat

meniru

dan memerhaikan tingkah laku orang lain.

Ciri-Ciri Teori Pemodelan ( pemerhatian atau peniruan) Bandura:

Pemerhatian gerak balas yang ditonjolkan oleh orang lain.

Tingkah laku orang lain boleh dipelajari melalui bahasa, contoh dan

teladan.

Tingkah laku itu akan ditiru jika seseorang itu memperolehi

kepuasan dan peneguhan yang tinggi.

Jika peniruan terhadap manusia (model) lain berlaku, status atau

darjah model tersebut mesti tinggi.

Peniruan yang mudah untuk kanak2 banyak dipelajari dengan

meniru tingkah laku daripada ibubapa dan adik beradik untuk

mempelajari tingkah laku yang mudah seperti menulis, menggosok

gigi dan sebagainya.

Cara-Cara Peniruan

Page 61: Nota Psikologi Pembelajaran

Psikologi Pembelajaran Dan Pengajaran Sijil Pendidikan Lepasan Ijazah (Menengah Ugama) Adeendra

61

Peniruan secara langsung dan tidak langsung

¥ Proses peniruan secara langsung berlaku dengan memerhatikan

tingkah laku model.

¥ Model boleh berada di depan mata atau wujud dalam khayalan

individu.

JENIS HURAIAN CONTOH

Peniruan Langsung

Meniru tingkah laku

yang ditonjolkan oleh

model.

Aminah meniru cara

ibunya membuat kek.

Peniruan tak

langsung (simbolik)

Meniru tingkah laku

watak2 dalam

televisyen, buku dan

filem

Ali meniru watak

pahlawan yang

diminatinya.

Peniruan gabungan

Mewujudkan tingkah

laku dengan

menggabungkan

tingkah laku peniruan

yang berlainan.

Fifie melihat kakaknya

menggunakan kerusi

untuk membersihkan

almari. Dia juga

melihat ibunya

membuka pintu dapur.

Dia meniru dengan

berdiri di atas kerusi

dan membuka pintu

dapur.

Page 62: Nota Psikologi Pembelajaran

Psikologi Pembelajaran Dan Pengajaran Sijil Pendidikan Lepasan Ijazah (Menengah Ugama) Adeendra

62

1) Peniruan sekat laluan

Sesuai dilakukan dalam keadaan yang tertentu.

Contoh: Ikram suka meniru cara fesyen rambut dari modelnya

seorang pelakon terkenal. Tetapi dia telah mempelajari bahawa dia

tidak boleh menggayakan rambut seperti itu ke sekolah kerana

akan diambil tindakan disiplin.

Dalam peniruan sekat lakuan, individu akan menyekat tingkah laku

yang tidak sesuai ditiru dalam situasi yang tertentu.

2) Peniruan tak sekat laluan

Seseorang akan terus mengamalkan peniruan dalam apa jua

situasi.

Contoh : Milah menyimpan kuku panjang yang berwarna kerana

mengikut pelakon kegemarannya. Oleh kerana guru disiplin belum

mengambil atas perkara ini, Milah akan terus menyimpan kuku

yang berwarna , walaupun dia tahu satu dia akan ditangkap.

3) Peniruan melalui Proses Elistasi

Seseorang akan terus melakukan apa yang dilakukan oleh orang

lain jika dia sudah mengetahui cara melakukan tingkah laku

tersebut.

Keinginan untuk meniru akan timbul apabila melihat gerak balas

yang dilakukan oleh orang lain.

Contoh : Elly melihat Leeya menolong membawa buku Cikgu Aqsa,

maka Elly pun meniru tingkah laku ini dengan menolong membawa

beg Cikgu Madinah.

Page 63: Nota Psikologi Pembelajaran

Psikologi Pembelajaran Dan Pengajaran Sijil Pendidikan Lepasan Ijazah (Menengah Ugama) Adeendra

63

1) Memberi Perhatian

Menggunakan deria seperti mata, telinga dan anggota badannya.

Penumpuan yang diberikan mesti tinggi supaya tingkah laku model

dapat ditiru.

Faktor2 yang mempengaruhi perhatian ialah:

- Kecekapan model.

- Faedah2 yang diperolehi daripada memerhai model.

2) Menyimpan hasil pemerhatian dalam ingatan

Ciri2 positif yang dapat dilihat dalam model mesti disimpan dalam

bentuk kod ingatan jangka panjang supaya ciri2 ini boleh dipanggil

semula.

Mengikut Bandura, kita akan menyimpan maklumat melalui bahasa

dan imaginasi (visual).

Bandura mengesyorkan supaya pelajar menyusun maklumat dan

melatih laku yang hendak ditiru dalam otak secara mentah.

Jika pelajar ingin membuat sesuatu kemahiran gimnastik, dia perlu

menyimpan maklumat urutan langkah-langkah yang terlibat secara

visual. Dengan cara ini dia dapat mengingat kemahiran gimnastik

dengan lebih berkesan.

Page 64: Nota Psikologi Pembelajaran

Psikologi Pembelajaran Dan Pengajaran Sijil Pendidikan Lepasan Ijazah (Menengah Ugama) Adeendra

64

3) Kemahiran Tiruan Motor

Kebolehan seseorang untuk meniru sesuatu tingkah laku itu adalah

dihadkan oleh kebolehan fizikal dan kemahiran motornya.

Contoh: guru yang ingin mengajar Pendidikan Jasmani boleh

membuat banyak demonstrasi tetapi keupayaan pelajar untuk

meniru tingkah laku dalam demonstrasi bergantung kepada

kemahiran motor dan kesediaan fizikalnya.

Guru perlu peka tentang faktor ini semasa melakukan demonstrasi

dalam permainan. Ini adalah kerana pelajar memerlukan kemahiran

motor yang secukupnya sebelum dia dapat meniru sesuatu gerak

balas.

4) Mendapat kepuasan, ganjaran atau peneguhan apabila tingkah

laku itu selesai dilakukan.

Individu akan meniru sesuatu tingkah laku jika hasil yang diperolehi

adalah memuaskan dengan mendapat peneguhan positif atau

ganjaran.

Tetapi jika individu ditegur atau didenda, dia mungkin tidak mahu

meniru tingkah laku tersebut.

Contoh: Adeem meniru cara percakapan kurang bersopan rakan

sebayanya. Apabila dia dimarahi oleh ayahnya, dia pun

menghentikan tingkah laku ini.

Page 65: Nota Psikologi Pembelajaran

Psikologi Pembelajaran Dan Pengajaran Sijil Pendidikan Lepasan Ijazah (Menengah Ugama) Adeendra

65

Teori Pembelajaran Kognitif – Kohler

Dan

Pembelajaran Celik Akal

Teori Kohler berkaitan dengan persepsi dan struktur pemikiran.

Cimpanzi telah digunakan dalam kajian Kohler untuk menyelesaikan

masalah yang dikemukakan kepadanya dengan menggunakan celik

akal.

Mengkaji pembelajaran penyelesaian masalah.

2 eksperimen Kohler dengan cimpanzi

Penyelesaian masalah berlaku mendadak atau tiba2 dan lengkap.

Penyelesaian yang dibuat disimpan untuk masa yang agak lama.

Prinsip dalam celik akal dapat dipindahkan kepada situasi lain.

Individu2 dapat memikirkan alternatif2 lain.

Individu dapat memikirkan tentang struktur dan persepsi yang

baru.

Penyelesaian pada sesuatu masalah secara tiba2 juga disebut

sebagai pengalaman „Aha‟.

Celik akal boleh dianggapkan sebagai katalis dalam proses pembelajaran.

Bagaimanakah celik akal membantu dalam mempercepatkan pencapaian

kemahiran? Celik akal bertindak dalam berbagai cara:

1. Celik akal membolehkan pelajar mempratikkan segala prinsip yang

telah dipelajarinya.

2. Celik akal juga mebantu ingatan pelajar.

3. Celik akal membolehkan seseorang bertindak dengan lebih

berkesan.

4. Celik akal juga berfaedah kerana ia mendatangkan kepuasan

kepada seseorang.

Page 66: Nota Psikologi Pembelajaran

Psikologi Pembelajaran Dan Pengajaran Sijil Pendidikan Lepasan Ijazah (Menengah Ugama) Adeendra

66

Berdasarkan kajian-kajian yang dijalankan oleh kohler dan pendukung-

pendukung Gestalt, didapati umumnya:

Organisma yang lebih cerdas mempunyai kemungkinan yang lebih besar

untuk mendapat celik akal.

[ Organisma yang lebih berpengalaman mempunyai kemungkinan

yang lebih besar untuk mendapat celik akal daripada organisma

yang kurang berpengalaman.

[ Setengah2 susunan eksperimen lebih sesuai untuk menghasilkan

celik akal daripada yang lain.

[ Usaha2 berbentuk cuba-jaya sering terdapat di dalam mencapai

penyelesaian secara celik akal.

Cara mengalakkan pemikiran celik akal di kalangan pelajar

Perkara yang hendak disampaikan mestilah mudah difahami.

Pengajaran haruslah sesuai dengan tahap kognitif pelajar.

Berikan banyak contoh supaya pelajar boleh membuat generalisasi.

Galakkan pemikiran yang kritikal dan perasaan ingin tahu pelajar.

Menyusun langkah2 yang tersusun untuk membantu pelajar

mencapai celik akal.

Page 67: Nota Psikologi Pembelajaran

Psikologi Pembelajaran Dan Pengajaran Sijil Pendidikan Lepasan Ijazah (Menengah Ugama) Adeendra

67

TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF

TEORI PEMPROSESAN MAKLUMAT GAGNE

p Pembelajaran dikenali sebagai proses input-proses-output.

p Organisma menerima pelbagai jenis rangsangan daripada

persekitarannya secara sedar dan tak sedar.

p Setiap individu menilai input dari persekitarannya, merekodkannya

dan memindahkannya kepada tindak balas tertentu.

p Rangsangan diproses oleh sistem saraf untuk dikenali dan

diletakkan dalam bahagian otak ingatan jangka pendek.

p Setelah dikodkan, maklumat yang penting dihantar kepada ingatan

jangka panjang.

p Ingatan jangka panjang ialah bahagian otak di mana pengalaman

tertentu disimpan untuk dikaitkan dengan pengalaman lama untuk

memudahkan proses pembelajaran.

p Jika kod adalah betul maka tindak balas juga adalah tepat dan

begitu juga sebaliknya.

P

E

R

S

E

K

I

T

A

R

A

N

Pel

aksa

naa

n

Pen

erim

aan

Pengerak

Tindak

balas

Per

akam

Der

ia Stor

Ingatan

Jangka

pendek

Stor

Ingatan

Jangka

Panjang

Kawalan

Eksekutif

Jangkaan

Page 68: Nota Psikologi Pembelajaran

Psikologi Pembelajaran Dan Pengajaran Sijil Pendidikan Lepasan Ijazah (Menengah Ugama) Adeendra

68

Terdapat beberapa peringkat spesifik dalam model pemprosesan

maklumat.

Peringkat pertama (Ingatan atau memori sensori):

Ingatan atau sensori memori berlaku dalam masa yang amat

singkat (1/2 saat hingga 4 saat). Pada masa ini, otak menentukan

sama ada rangsangan perlu diberikan perhatian atau tidak.

Peringkat kedua (Pengiktirafan dan Penilaian):

Peringkat ini akan menentukan sama ada maklumat dalam ingatan

sensori dapat diproses selanjutnya.

Pengiktirafan: interaksi rangsangan yang diperolehi dengan

membuat perkaitan dengan maklumat yang tersimpan dalam

ingatan jangka panjang.

Perhatian: tumpuan pancaindera adalah tinggi terhadap

rangsangan tersebut.

Peringkat ketiga (Ingatan Jangka Pendek):

Ingatan jangka pendek ialah merupakan „Ingatan yang berkerja

atau ingatan yang sedar‟.

Berupaya menyimpan tujuh item untuk masa yang terhad.

Maklumat yang diberi perhatian dikodkan untuk disimpan dalam

saraf pusat.

Ingatan jangka pendek yang tidak diulang akan kekal selama 15

saat.

Ingatan jangka pendek jika sentiasa diulang akan dipindahkan pada

ingatan jangka panjang.

Jika maklumat digabung melalui „Chunking‟ atau pengumpulan daya

ingatan bertambah.

Page 69: Nota Psikologi Pembelajaran

Psikologi Pembelajaran Dan Pengajaran Sijil Pendidikan Lepasan Ijazah (Menengah Ugama) Adeendra

69

Ulangan atau raptai adalah satu cara yang boleh menambahkan

kekuatan ingatan jangka pendek.

Raptai adalah tingkah laku berulang untuk membiasakan dengan

sesuatu maklumat.

Pengkodan adalah cara memproses maklumat untuk menyimpan

dalam ingatan jangka masa panjang.

Ulang maklumat juga adalah satu cara untuk mengulang maklumat

dengnan menyebutnya selalu.

Satu lagi cara untuk mengulang ialah latihan elaboratif.

Peringkat keempat (Ingatan jangka panjang):

Ingatan jangka panjang merupakan stor di mana pengalaman2

tertentu itu disimpan untuk dikaitkan dengan pengalaman2 baru

bagi memudahkan pembelajaran baru berlaku.

Maklumat boleh disimpan selama beberapa minit atau tahun.

Contoh pengalaman yang disimpan dalam ingatan jangka panjang ialah

seperti: Peristiwa yang menarik perhatian, bermakna dan yang sukar

dilupakan.

Page 70: Nota Psikologi Pembelajaran

Psikologi Pembelajaran Dan Pengajaran Sijil Pendidikan Lepasan Ijazah (Menengah Ugama) Adeendra

70

Ingatan jangka panjang boleh dikategorikan kepada:

1. Ingatan episodic: pengalaman peribadi atau peristiwa yang

berkaitan dengan masa, tarikh dan tempat.

2. Ingatan semantic: maklumat yang digunakan untuk rumusan,

membuat generalisasi, hukum dan rumus.

3. Ingatan hafazan: penyimpanan maklumat dalam bentuk mental

dan dikeluarkan semula tanpa pengubahsuaian.

4. Ingatan logik: menerima maklumat rasional dan logik.

5. Ingatan intelektual: berkaitan dengan idea konsep dan maklumat

yang abstrak.

Semua maklumat, data, rangsangan, pengalaman atau input ini

diproseskan untuk melaksanakan tugas pemprosesan dan Gagne

mengemukakan dua komponen yang dinamakan:

1. Majlis kerja atau executive council.

2. Jangkaan atau expectancies.

Bertanggungjawab bagi mengkodkan maklumat atau rangsangan

apabila maklumat ini memasuki stor ingatan jangka panjang.

Bertugas mencari sesuatu data atau maklumat yang telah dikodkan

di dalam stor ingatan jangka panjang bila keadaan memerlukan.

Dalam diri individu wujud jangkaan2 tertentu dan dengan inilah

individu itu melihat dan menilai input dari persekitarannya,

mengkodkannya dan kemudiannya memindahkannya menjadi

tindak balas tertentu.

Page 71: Nota Psikologi Pembelajaran

Psikologi Pembelajaran Dan Pengajaran Sijil Pendidikan Lepasan Ijazah (Menengah Ugama) Adeendra

71

Strategi kognitif – proses2 yang terlibat di dalam kawalan maklumat

oleh majlis kerja dan jangkaan yang merangkumi semua aspek sebelum,

semasa dan selepas.

Aspek sebelum (aspek input)

Aspek semasa (aspek proses yang akan melakukan penentuan2

tertentu)

Aspek selepas (aspek output yang berkait dengan tindak balas yang

akan dilakukan)

Tindakan belajar yang menyeluruh (total learning action)

Keadaan sebelum – peristiwa penting – peristiwa yang menyusul.

Peringkat kelima (keusangan atau Gangguan)

Ada maklumat yang hilang daripada ingatan jangka pendek melalui

gangguan dan keusangan atau kerana tidak digunakan.

Keusangan: apabila perhatian tidak diberi dan kadar aktif

maklumat menurun.

Gangguan: pembelajaran baru mengganggu pembelajaran yang

lama.