98
PEMBANGUNAN BAHAN BANTU MENGAJAR BERASASKAN E-PETA MINDA BERTAJUK “THE REACTIVITY SERIES OF METALS AND ITS APPLICATIONS” UNTUK KIMIA TINGKATAN LIMA MOHD MUSA BIN MAHIDI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Nota sce 3112

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Nota sce 3112

PEMBANGUNAN BAHAN BANTU MENGAJAR BERASASKAN E-PETA

MINDA BERTAJUK “THE REACTIVITY SERIES OF METALS AND ITS

APPLICATIONS” UNTUK KIMIA TINGKATAN LIMA

MOHD MUSA BIN MAHIDI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: Nota sce 3112
Page 3: Nota sce 3112
Page 4: Nota sce 3112
Page 5: Nota sce 3112

PEMBANGUNAN BAHAN BANTU MENGAJAR BERASASKAN E-PETA

MINDA BERTAJUK “THE REACTIVITY SERIES OF METALS AND ITS

APPLICATIONS” UNTUK KIMIA TINGKATAN LIMA

MOHD MUSA BIN MAHIDI

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MAY 2011

Page 6: Nota sce 3112

ii

DEDIKASI

Alhamdulillah...

Kupanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana memberiku

kekuatan dalam proses menyiapkan projek sarjana muda ini...

Sekalung penghargaan kuucapkan buat keluarga

Terutama sekali ayah dan bonda di atas sokongan yang tidak berbelah

bagi sepeanjang perjuanganku dan senantiasa mendoakan

kesejahteraan akan diriku...

Untuk pensyarah-pensyarah yang dihormati dan disayangi, terima kasih

di atas segala bakti dan ilmu yang telah dicurahkan...

Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa baik tuan dan puan di

atas segalanya...

Terima kasih kepada rakan seperjuangan yang turut memberi sokongan

dan dorongan... segala pahit dan manis perjuangan kita harungi akan

kukenangi...

Semoga kejayaan milik kita bersama...

Terima Kasih atas segalanya...

Page 7: Nota sce 3112

iii

PENGHARGAAN

Segala puji kehadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmat dan hidayah-Nya Projek

Sarjana Muda ini mampu disempurnakan seperti yang telah dirancang. Sekalung

penghargaan kepada pensyarah pembimbing, Tn Hj Muslim Bin Jonid yang telah

banyak membantu, membimbing, memberi tunjuk ajar, panduan dan nasihat tanpa kenal

erti jemu. Hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalas jasa baik tuan.

Tidak ketinggalan, ucapan terima kasih ini juga ditujukan kepada rakan

sepasukan yang turut sama membangunkan e-peta minda yang telah banyak memberikan

pandangan dan tunjuk ajar dalam usaha menjayakan projek ini. Terima kasih diucapkan

kepada rakan seperjuangan kerana sentiasa memberikan kerjasama dalam

menyempurnakan kajian ini. Ingatlah teman hanya Allah sahaja yang mampu

membalasnya.

Penghargaan khas ini ditujukan buat ayah dan bonda tersayang, Mahidi bin Hj

Gombis dan Dara Binti Unus serta adik beradik yang disayangi. Terima kasih yang tidak

terhingga di atas segala dorongan, pengorbanan dan kasih sayang yang telah dicurahkan

dengan penuh keikhlasan.

Page 8: Nota sce 3112

iv

ABSTRAK

Buku teks merupakan bahan yang penting dalam proses pengajaran dan

pembelajaran, namun sumbangannya terhadap pelajar masih lagi dipersoalkan. Oleh

yang demikian, langkah untuk memperbaiki keadaan ini adalah dengan membangunkan

e-Peta minda sebagai modul BBM. Projek pembangunan e-Peta minda modul BBM

yang bertajuk “The Reactivity Series of Metals and Its Applications” untuk mata

pelajaran Kimia tingkatan lima ini dibangunkan dengan menggunakan Mind Mappers

2008 dalam Bahasa Inggeris. Modul ini dibangunkan dengan menggunakan perisian

Microsoft Power Point 2007, Adobe Photoshop CS3, Photo Scape, Ulead Cool 3D, Sony

Sound Forge 8.0, Hot Potato Quiz Creator, dan Ulead Gif Animator 5.0. Oleh yang

demikian, elemen-elemen multimedia seperti teks, grafik, animasi, audio, video,

hiperteks, dan hipermedia disepadukan bersama ke dalam modul ini menjadikannya

lebih menarik, lengkap, dan mesra pengguna. Isi kandungan yang diperolehi dalam e-

Peta minda adalah objektif pembelajaran, isi kandungan bagi semua sub-topik, kuiz

formatif, kuiz sumatif, glosari, video, grafik, pautan, dan permainan minda.

Pembangunan projek ini diharapkan dapat membantu pengguna dalam

memperkukuhkan permahaman dan penguasaannya terhadap topik berkenaan. Para guru

dapat menggunakan modul BBM ini dalam sesi pengajaran dan pembelajaran mereka

kerana telah dimuatkan di dalam cakera padat. Pelajar turut sama dapat menggunakan

modul BBM ini di rumah. Selain itu, pengguna berpeluang untuk menguji tahap

kefahaman melalui kuiz formatif dan sumatif. Akhir kata, projek ini diharap agar dapat

memberi kemudahan kepada pengguna yang berminat dalam mempelajari topik “The

Reactivity Series of Metals and Its Application”.

Page 9: Nota sce 3112

v

ABSTRACT

Though text books are one of the most important references in teaching and

learning process, its contribution in students understanding is questionable. Thus, the

development of e-Mind map of modules could help to solve this problem. The

development of e-Mind map of “The Reactivity Series of Metals and Its Applications”

for Chemistry form five by using the application MindMapper2008 and in English is

highly anticipated. This module was developed using few latest applications such as

Microsoft Power Point 2007, Adobe Photoshop CS3, Photo Scape, Ulead Cool 3D, Sony

Sound Forge 8.0, Hot Potato Quiz Creator, and Ulead Gif Animator 5.0. In order to

create such interesting, complete and user friendly module, hence, the multimedia

elements such as texts, graphics, animations, audios, videos, hypertexts, and hypermedia

were integrated. By the way, the contents which can be obtained in the module are

learning objectives, contents of all sub-topics, formative quizzes, summative quizzes,

glossaries, videos, graphics, links and tricky mind games. Students’ understanding and

empowering of this topic was hoped to give positive output through this e-Mind Map.

Also, teachers could use this e-Mind map during lesson since it was packed in the form

of a compact disk. Students could also use it at any settlements besides testing their own

level of understanding through formative and summative quizzes. Last but not the least;

I hope that this project could give students the convenience they seek for in learning

“The Reactivity Series of Metals and Its Applications”.

Page 10: Nota sce 3112

vi

ISI KANDUNGAN

BAB TAJUK MUKA

SURAT

PENGAKUAN i

DEDIKASI ii

PENGHARGAAN iii

ABSTRAK iv

ABSTRACT v

ISI KANDUNGAN vi

SENARAI RAJAH xii

SENARAI LAMPIRAN xiii

SENARAI SINGKATAN xiv

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 5

1.3 Penyataan Masalah 7

1.4 Objektif Projek 8

1.5 Rasional Pemilihan Tajuk 9

Page 11: Nota sce 3112

vii

1.6 Kepentingan Projek 10

1.6.1 Guru 10

1.6.2 Pelajar 11

1.6.3 Sekolah 11

1.6.4 Kementerian Pelajaran Malaysia 12

1.7 Skop Projek 12

1.7.1 Bahan pembelajaran yang meliputi subtajuk 13

1.7.2 Kuiz 13

1.7.3 Pautan 14

1.8 Definisi Terma 14

1.8.1 Mind Mapper 2008 15

1.8.2 Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) 15

1.8.3 Pembelajaran Berbantu Komputer (PBK) 16

1.8.4 Bahan Bantu Mengajar (BBM) 16

1.8.5 Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) 17

1.8.6 Kimia 18

1.8.7 Elemen Multimedia 18

1.9 Penutup 19

2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 20

Page 12: Nota sce 3112

viii

2.2 Siri Kereaktifan Logam dan Aplikasinya 21

2.3 Konsepsi dan Miskonsepsi 22

2.4 Multimedia 23

2.5 Pembelajaran Berbantu Komputer (PBK) 24

2.6 Definisi Bahan Bantu Mengajar (BBM) 26

2.6.1 Ciri-ciri BBM yang baik 27

2.6.2 Ciri-ciri BBM yang kurang baik 28

2.7 Teori Pengajaran dan Pembelajaran 29

2.7.1 Pendekatan Pembelajaran Deduktif 30

2.7.1.1 Aplikasi Prinsip Pembelajaran Deduktif

dalam Bahan Pembelajaran 32

2.7.2 Teori Behaviorisme (Tingkah Laku) 33

2.7.2.1 Aplikasi Prinsip Teori Behaviorisme

dalam Bahan Pembelajaran 35

2.8 Pembelajaran Berbantu Komputer (PBK) 36

2.8.1 Kelebihan PBK 36

2.8.2 Kelemahan PBK 37

2.9 Penutup 38

3 METODOLOGI PENGURUSAN PROJEK

3.1 Pengenalan 39

3.2 Lakaran Pelan 39

Page 13: Nota sce 3112

ix

3.2.1 Model Reka Bentuk Hannifen Peck 41

3.3 Fasa Analisa Keperluan 42

3.3.1 Isi Kandungan Topik 42

3.3.2 Skop Isi Kandungan Topik 43

3.3.3 Sasaran 43

3.3.4 Perisian Berasaskan E-Peta minda untuk

Pembangunan Projek 44

3.3.5 Sumber Idea dan Inspirasi 44

3.4 Fasa Reka Bentuk 44

3.4.1 Modul 45

3.4.2 Hasil Pembelajaran 45

3.4.2.1 Reactivity Series of Metals With Oxygen 46

3.4.2.2 The Position of Carbon in The Reactivity

Series of Metals 46

3.4.2.3 The Position of Hydrogen in The

Reactivity Series of Metals 46

3.4.2.4 Application of The Reactivity Series

in The Extraction of Metals 47

3.5 Fasa Pembangunan/ Perlaksanaan 47

3.5.1 Pemilihan Perisian untuk e-Peta minda

- MindMapper 2008 47

3.5.2 Pemilihan Perisian untuk Pembangunan Projek 49

3.5.2.1 Perisian Aplikasi 49

Page 14: Nota sce 3112

x

3.5.2.2 Perisian Multimedia 51

3.6 Fasa Penilaian dan Penyemakan 53

3.6.1 Kaedah Penilaian Pembangunan Modul 54

3.7 Spesifikasi Perkakasan untuk Pembangunan Projek 55

3.8 Spesifikasi Keperluan Minimum Perkakasan untuk

Pengguna 56

3.9 Penutup 56

4 PEMBANGUNAN BAHAN BANTU MENGAJAR

BERASASKAN E-PETA MINDA BERTAJUK “THE

REACTIVITY SERIES OF METALS AND ITS

APPLICATIONS” UNTUK KIMIA TINGKATAN LIMA

4.1 Pengenalan 57

4.2 Struktur-struktur Asas e-Peta minda Berasaskan

MindMapper 2008 58

4.2.1 Skrin Halaman Utama 58

4.2.2 Bahagian Introduction 59

4.2.3 Bahagian Module 60

4.2.4 Bahagian Quiz 62

4.2.5 Bahagian Games 64

4.2.6 Bahagian Glossary 65

4.3 Penilaian oleh Guru Berpengalaman 66

4.4 Penutup 68

Page 15: Nota sce 3112

xi

5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Pengenalan 69

5.2 Perbincangan 69

5.3 Masalah-masalah yang dihadapi semasa membangunkan

projek 70

5.3.1 Kekangan masa 70

5.3.2 Masalah teknikal 71

5.3.3 Masalah kepakaran 72

5.4 Masalah yang dihadapi dalam Pembangunan

Bahan Bantu Mengajar e-Peta minda 72

5.5 Cadangan 73

5.6 Refleksi 75

5.7 Penutup 76

RUJUKAN 77

LAMPIRAN 80

Page 16: Nota sce 3112

xii

SENARAI RAJAH

NO PERKARA MUKA

RAJAH SURAT

3.1 Aliran Kerja berdasarkan Model ADDIE 36

3.2 Model Reka Bentuk Hannifen and Peck 37

4.1 Skrin Halaman Utama 54

4.2 Paparan Introduction 55

4.3 Skrin Bahagian Module 56

4.6 Bahagian Quiz 58

4.7 Skrin Word Search 59

4.8 Skrin Glossary 60

Page 17: Nota sce 3112

xiii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A BORANG SOKONGAN PEMILIHAN TAJUK 83

B BORANG SENARAI SEMAK 84

Page 18: Nota sce 3112

xiv

SENARAI SINGKATAN

PBK - Pengajaran Berpandukan Komputer

BBM - Bahan Bantu Mengajar

ICT - Teknologi Maklumat dan Komunikasi

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

Page 19: Nota sce 3112

xv

Page 20: Nota sce 3112

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah memperkenalkan pelbagai inisiatif

untuk mempertingkatkan intergrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dan

penggunaan internet bagi meningkatkan keberkesanan ICT terhadap output

pembelajaran, latihan kepada tenaga pengajar, dan juga untuk kebaikan kepada pelajar.

Hal ini telah digariskan di dalam Pelan Induk ICT pada tahun 2001. Wawasan 2020

telah menyatakan strategi Negara dalam mencapai status negara maju berdasarkan acuan

sendiri. Usaha yang dilakukan oleh kerajaan ini adalah untuk menyediakan generasi

muda bagi menghadapi cabaran globalisasi. Wawasan juga terhasil kerana keinginan kita

untuk memperluaskan sempadan pemikiran manusia sejagat. Memetik kata-kata

Qaradhawi (1998) dalam Ijtihad Dalam Syariat Islam, “Pada abad kegemilangan

tamadun Islam, ijtihad dan jihad sentiasa berdampingan sehingga umat Islam merasa

hidup bahagia dengan banyaknya para mujtahid membawa panji keilmuan dan para

mujahidin membawa panji keselamatan.”

Page 21: Nota sce 3112

2

Pada masa yang sama, Falsafah Pendidikan Kebangsaan menyatakan

“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan

potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang

seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan

kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan

warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan

sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.”

KPM telah mengiktiraf kepentingan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

(ICT) adalah perlu diambil berat dan digunakan sebagai alat bagi membangunkan

revolusi pendidikan dan proses pengajaran, membolehkan kementerian menyediakan

kurikulum yang lebih mapan, meningkatkan pedagogi pengajaran, menuju ke arah yang

lebih efektif dan struktur organisasi sekolah yang lebih baik, mengukuhkan hubungan di

antara sekolah dan masyarakat serta meningkatkan kuasa belajar.

Akhir-akhir ini, ICT telah menarik minat beberapa pihak untuk melihat tahap

keberkesanannya dalam pendidikan termasuklah pendidikan formal mahupun tidak

formal. Shahwiran Shahrany (2002) menerangkan penggunaan ICT dalam pengajaran

dan pembelajaran (P&P) bermaksud menggunakan ICT secara terancang dan

bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan pengajaran dan pembelajaran.

Antara contoh pengunaan ICT di negara ini adalah seperti Koridor Raya Multimedia

(MSC), yang dimulakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan Wawasan 2020 yang

menekankan penggunaan ICT dalam memacu Negara ke arah dunia digital dan abad ke-

21.

Oleh sebab itu, sistem pendidikan di Malaysia telah disusun dan digubal

mengikut kesesuaian generasi sekarang yang sudah biasa dengan teknologi dan boleh

Page 22: Nota sce 3112

3

menerima serta mengakses maklumat-maklumat baru dengan mudah. Antara faktor yang

menjurus ke arah matlamat ini ialah kewujudan Sekolah Bestari. Sekolah Bestari boleh

didefinisikan sebagai institusi pembelajaran yang menyediakan murid untuk zaman

maklumat (Konsep Sekolah Bestari). Maka, ististusi ini melengkapkan pelajar supaya

boleh belajar sepanjang hayat. Ini menggambarkan bahawa pendidikan primer dan

sekunder yang ditekankan oleh kerajaan adalah sangat penting untuk pembinaan strategi

pos-industri jangka masa panjang.

Penggunaan komputer sebagai satu sumber pengajaran dan pembelajaran bagi

membantu guru mencapai objektif pedagogi sering diperkatakan (Sulaiman Sharkawi,

1994). Penggunaan teknologi pedagogi komputer dalam pengajaran dan pembelajaran

bukan sahaja membantu guru mencapai objektif pedagogi malah ia juga memberi

peluang kepada murid mencuba cara pembelajaran yang baru. Salah satu contoh ialah

pembelajaran elektronik. Pembelajaran elektronik dalam proses pengajaran dan

pembelajaran merupakan satu pendekatan yang bertujuan untuk melahirkan generasi

yang celik maklumat selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekan

untuk melahirkan generasi muda yang berilmu pengetahuan.

Menurut Omardin Arsham (2001), peranan dan tugas akademik guru di sekolah

adalah mereka perlu membuat persediaan untuk mengajar seperti mambaca buku-buku

tambahan, membuat nota pengajaran, menyediakan bahan bantu mengajar dan

memeriksa buku latihan pelajar. Maka kita sebagai guru masa kini, perlulah

menggalakkan ICT dan penggunaan komputer di sekolah. Dengan ini, sebagai seorang

guru yang mencintakan kerjayanya, bolehlah menyediakan bahan bantu mengajar dalam

bentuk perisian komputer untuk meningkatkan minat pelajar sekaligus mewujudkan satu

suasana pembelajaran yang efektif dan menarik.

Page 23: Nota sce 3112

4

Belakangan ini, pembelajaran elektronik semakin diperkatakan. Hal ini adalah

kerana wujudnya pelbagai peralatan yang canggih yang telah diciptakan bagi

kemudahan semua dan tidak dikhaskan kepada golongan pelajar semata-mata.

Pembelajaran elektronik adalah salah satu kaedah pembelajaran baru yang melibatkan

semua maklumat seperti nota mata pelajaran mahupun tugasan yang diperkenalkan oleh

pelajar akan dihantar kepada guru melalui mel elektronik, cakera padat dan internet pula

menjadi kunci kepada semua pintu-pintu ilmu yang bermanfaat. Menurut Iskandar dan

Zaitun (2006), terdapat banyak maklumat yang dapat diperoleh daripada internet seperti

portal pendidikan, ensiklopedia, kamus interaktif, multimedia dan banyak lagi.

Multimedia mempunyai fungsi-fungsi tambahan seperti animasi, kandungan

kesan bunyi dan ucapan, video pendek dan lebih interaktif. Ini bermanfaat kepada proses

pengajaran dan pembelajaran. Multimedia juga membolehkan pelajar menstimulasikan

proses yang benar-benar berlaku dan menjalankan eksperimen melalui video. Ciri-ciri

menarik elemen multimedia merupakan satu elemen penting dalam pengajaran ilmu

kimia kerana melibatkan minat pelajar untuk mengetahui sesuatu perkara dengan lebih

mendalam. Kimia merupakan subjek abstrak, idea-idea yang sukar dan pengetahuan-

pengetahuan teori yang tidak boleh dilihat dan dikawal sendiri oleh pelajar. Oleh itu,

dalam aspek ini multimedia dan ICT merupakan alat yang boleh membantu pelajar.

Multimedia dan ICT boleh memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan

memaparkan imej-imej yang jelas dan menarik. Ia juga boleh digunakan sebagai

alternatif kepada eksperimen yang berbahaya dan pada masa yang sama sangat penting.

Selain itu, multimedia juga menyampaikan konsep dan maklumat secara berkesan

melalui pendekatan yang berbeza daripada pengajaran konvensional yang mana

mempunyai objektif yang sama dalam pengajaran. Namun, cara ini lebih praktikal,

efektif dan efisyen.

Pengajaran dan pembelajaran yang efektif di sekolah boleh dibantu dengan alat

bantu mengajar yang tepat dan sesuai kerana adalah sangat penting untuk melibatkan

Page 24: Nota sce 3112

5

pelajar secara aktif dalam proses P&P. Proses P&P yang efektif melibatkan pertukaran

idea dan pandangan di antara guru dan pelajar. Jika dibandingkan dengan kaedah

konvensional, guru hanya menjadi “tukang suap” kepada semua isi kandungan

pembelajaran. Berbeza dengan kaedah moden, guru adalah seorang fasilitator kepada

pelajar. Pilihan alat bantu mengajar yang tepat boleh membantu proses pengajaran dan

pembelajaran menjadi lebih menarik dan meningkatkan interaksi di antara guru dan

pelajar. Hal ini menjurus kepada persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif dan

selesa.

1.2 Latar Belakang Masalah

Bidang sains merupakan satu bidang yang mendapat perhatian yang tinggi oleh

kerajaan Malaysia. Malah, bidang ini juga dianggap sebagai satu bidang yang penting

dalam mengekalkan pembangunan ekonomi, memperbaiki mutu hidup, meningkatkan

kehidupan lestari dan membangunkan keselamatan negara.

Penggunaan komputer sering kali dikaitkan dengan proses P&P yang menilai

tahap kefahaman pelajar dan keberkesanan penyampaian guru dalam bilik darjah.

Perkara yang paling penting telah ditekankan oleh KPM ialah pengetahuan guru dalam

bidang teknologi. Berdasarkan masalah ini, KPM telah memperkenalkan pelbagai

langkah untuk mengatasi masalah berkenaan. Sebahagian daripada jalan penyelesaian

yang diambil kira adalah seperti mewajibkan setiap guru yang mengajar mata pelajaran

sains (Kimia, Biologi, dan Fizik) dan matematik di sekolah untuk menghadiri kursus

khas yang melibatkan pemantapan teknik pengajaran berasaskan komputer daripada

pakar. Selain itu, setiap seorang guru di sekolah juga dibekalkan dengan satu komputer

riba sebagai alat bantu mengajar.

Page 25: Nota sce 3112

6

Berdasarkan kepada penjelasan Ibrahim (1992), jangkaan pendidik dan pemasar

alatan serta inovasi teknologi ialah bahawa penggunaan teknologi maklumat akan

membawa perubahan dalam suasana bilik darjah. Hal ini membuktikan bahawa

penggunaan alat bantu mengajar berbantukan komputer amat memberikan impak yang

positif terhadap penerimaan isi kandunagan matapelajaran daripada pelajar. Ini bukan

sahaja menarik minat pelajar malah mewujudkan satu suasana yang amat selesa dan

guru juga akan berasa yakin dalam penyampaian isi kandungan matapelajaran dalam

bilik darjah.

Namun hanya segelintir guru sahaja yang menggunaan komputer sebagai alat

bantu mengajar. Hal ini disebut dalam kajian oleh Baharuddin (2000), penggunaan alat

bantu mengajar (ABM) yang canggih atau yang berbentuk elektronik jarang sekali

digunakan memandangkan untuk menghasilkan satu perisian alat bantu mengajar

memerlukan masa dan tenaga yang banyak. Berkaitan dengan itu, guru lebih cenderung

menggunakan kaedah tutur dan kapur, carta dan poster. Kesannya, pelajar akan berasa

cepat bosan dengan kaedah tradisional ini.

Adaptasi peralatan elektronik sebagai ABM mampu memberikan suasana

pembelajaran yang baru. Hal ini bermakna teknik P&P juga akan turut berubah.

Penggunaan multimedia dalam membangunkan bahan bantu mengajar (BBM) melalui

komputer juga sangat mudah, menjimatkan masa serta kos. Penggunaan multimedia

dalam menyampaikan isi kandungan pelajaran seperti ilustrasi gambar, animasi, video,

audio boleh menarik dan mengekalkan minat, serta perhatian pelajar.

Fungsi tambahan yang ditawarkan oleh multimedia dalam pengajaran boleh

membantu meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dalam

mengajar Kimia. Multimedia boleh dijadikan sebagai alat untuk menarik minat dan

Page 26: Nota sce 3112

7

motivasi pelajar dalam pembelajaran. Pelajar boleh mengulangkaji mengikut tahap

kemajuan masing-masing lantas memberikan kesan pencapaian kepada pelajar. Jika

dibandingkan dengan belajar dalam satu kumpulan yang besar seperti di dalam bilik

darjah, dengan multimedia pelajar dapat mengatasi perasaan malu, belajar mengikut

tahap kemajuan sendiri, dan menggalakkan pelajar untuk berdikari. Mereka juga boleh

mengulangi isi kandungan pelajaran berulang-ulang kali mengikut kemahuan masing-

masing. Dengan ini, jika terdapat kekeliruan dalam proses memahami isi kandungan

pelajaran, pelajar boleh merujuk semula kandungan yang sebelumnya dengan mudah,

cepat dan efektif.

Walaupun sumber-sumber isi kandungan mata pelajaran yang telah disediakan

oleh profesional boleh didapati di internet dengan mudah, namun kebanyakannya adalah

kurang memuaskan kerana tidak mengikut sukatan pelajaran yang telah digariskan.

Pemilihan BBM yang sesuai adalah amat penting bagi memastikan ilmu pengetahuan

yang disampaikan dengan betul dan tersusun.

1.3 Penyataan Masalah

i) Proses pengajaran dan pembelajaran konvensional adalah kurang interaktif,

kurang menarik, dan penggunaan alat bantu mengajar yang kurang efektif

seperti kertas mahjong, kapur berwarna, dan kad manila. Oleh hal yang

demikian, inisiatif untuk menyalin nota adalah daripada pelajar sendiri.

ii) Daya cipta guru dalam pengajaran adalah lemah menjadikan proses

pengajaran dan pembelajaran menjadi bosan. Komputer digunakan sebagai

Page 27: Nota sce 3112

8

ABM merupakan inisiatif yang baik dalam meningkatkan daya cipta BBM

yang lebih efektif, tersusun, dan menarik dengan menambahkan unsur-unsur

multimedia dalam BBM.

iii) Penggunaan komputer dalam bilik darjah sebagai ABM merupakan

persekitaran pembelajaran alternatif kepada pelajar dan bertindak sebagai

medium untuk berkongsi maklumat di antara guru dan pelajar. Hal ini boleh

membantu guru untuk menggunakan ABM yang lebih sesuai dan efektif.

Namun, kekurangan pendedahan dan sumber yang sedia ada menimbulkan

kesukaran di antara guru dan pelajar untuk saling bertukar dan berkongsi

maklumat yang berkaitan dengan kurikulum sekolah.

1.4 Objektif Projek

i. Membangunkan bahan bantu mengajar berasaskan e-peta minda bagi topik The

Reactivity Series of Metal and Its Applications di bawah tajuk Oxidation and

Reduction subjek Kimia tingkatan lima

a) Menggunakan Microsoft Office PowerPoint 2007 sebagai platfom untuk

membangunkan e-peta minda dan semua perisian yang terlibat seperti Adobe

Photoshop CS3, GIF Animator, Sound Forge, Ulead 3D Studio, Hot Potatoes

dan banyak lagi.

b) Menggabungkan penggunaan elemen-elemen multimedia seperti teks, grafik,

animasi, video, dan audio dalam persembahan isi kandungan.

Page 28: Nota sce 3112

9

1.5 Rasional Pemilihan Tajuk

Projek ini dibangunkan berdasarkan pembangunan BBM yang berasaskan e-peta

minda. Selain mempunyai ciri-ciri menarik peta minda, material yang boleh didapati

dalam BBM ini telah digabungkan dengan pelbagai jenis elemen-elemen multimedia

seperti teks, grafik, animasi, audio dan video. Elemen-elemen multimedia ini

mempunyai ciri-ciri bahan pembelajaran yang menarik bagi menggalakkan perhatian

dan kefahaman pelajar mengenai topik yang berkenaan. Dengan itu, salah faham yang

berlaku di antara pelajar dapat dikurangkan. Kaedah pembelajaran ini adalah lebih

sesuai untuk digunakan kerana menggalakkan persekitaran pembelajaran aktif dalam

kalangan pelajar jika dibandingkan dengan kaedah konvensional yang lebih dominan

kepada pembelajaran yang berpusatkan guru.

Topik The Reactivity Series of Metals and Its Applications telah dipilih untuk

dibangunkan menggunakan e-peta minda kerana topik ini merupakan sebahagian

daripada Bab 3: Oxidation and Reduction tingkatan lima dan memerlukan penerangan

yang terperinci dengan bantuan gambar rajah dan animasi. Pelajar terdedah kepada

kekeliruan kerana setiap tindak balas logam adalah unik dan hasil tindak balas yang

berlainan jenis dan warna. Tambahan pula, terlalu banyak eksperimen yang harus

dijalankan oleh guru bagi memastikan pelajar faham sepenuhnya isi kandungan topik

dan perkara ini memerlukan masa yang panjang. Sesetengah tindak balas logam ini juga

sukar untuk dijalankan di dalam makmal kerana berbahaya kepada kesihatan guru dan

pelajar.

Oleh itu, bantuan gambar rajah, teks, audio dan video yang menarik dapat

membantu guru menyampaikan isi kandungan topik dengan lebih berkesan. Hal ini juga

dapat menarik minat pelajar untuk menumpukan perhatian dan meningkatkan tahap

Page 29: Nota sce 3112

10

kefahaman pelajar terhadap isi kandungan yang disampaikan. Oleh sebab itu juga, bahan

bantu mengajar adalah amat penting kepada guru bagi memastikan penyampaian isi

kandungan topik diterima oleh pelajar dengan mudah.

1.6 Kepentingan Projek

Hasil projek ini akan berguna kepada guru, pelajar, sekolah, Kementerian Pelajaran

Malaysia:

1.6.1 Guru

Guru memainkan peranan yang penting dalam proses P&P. Menurut kaedah

konvensional, peranan guru lebih kepada seorang pemimpin, motivator, pendidik,

pengurus, penyampai ilmu, pentafsir, penyampai nasihat, dan pencabar. Apabila ICT

diperkenalkan di makmal-makmal atau bilik darjah sekolah, kebanyakan peranan guru

masih lagi dikekalkan tapi sedikit keperluan yang penting perlu diubah suai. Kejayaan

penyampaian yang efektif oleh seorang guru banyak bergantung kepada strategi yang

diaplikasikan dan penggunaan ICT dalam pengajaran Kimia. Proses pengajaran boleh

bertambah baik dan efektif dengan menggabungkan kaedah pengajaran moden dan

teknologi. Tambahan pula, dengan bahan yang sedia ada, guru tidak perlu lagi risau

untuk mendapatkan bahan bantu mengajar yang berkaitan dengan isi kandungan mata

pelajaran.

Page 30: Nota sce 3112

11

1.6.2 Pelajar

Dalam proses pembelajaran, seseorang pelajar juga inginkan yang terbaik bagi

mereka bagi memastikan proses pembelajaran yang berlaku pada tahap optimum.

Menurut Loveless (1995), komputer memudahkan proses pembelajaran dengan baik

apabila pelajar melakukan aktiviti secara individu atau berpasangan. Pelajar hendaklah

diberi peluang untuk melakukan aktiviti pada tahap kemampuan mereka sendiri,

membiarkan mereka melakukan aktiviti tanpa perasaan takut dan malu. Penyertaan

secara aktif daripada pelajar menggalakkan mereka untuk memerhati, menyiasat dan

berfikir. Apabila mereka dibiarkan bekerja secara individual, mereka boleh melakukan

aktiviti tersebut berdasarkan kemampuan dan perancangan mereka sendiri. Mereka

boleh merujuk semula isi kandungan topik dan sub topik yang berkenaan seberapa

banyak yang mereka mahu sebelum mereka bersedia untuk maju ke topik yang baru.

Tambahan pula, bahan-bahan ini merupakan bahan sokongan yang meningkatkan tahap

kefahaman pelajar dan memenuhi keperluan masing-masing dalam proses pembelajaran.

Dalam erti kata lain, memotivasikan pelajar untuk belajar.

1.6.3 Sekolah

Pihak sekolah dapat menggalakkan para guru dan pelajar untuk menggunakan

komputer sebagai ABM bagi menyokong saranan kerajaan dan memperoleh bahan-

bahan yang sedia ada sebagai bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Peta minda ini merupakan alternatif kepada pengajaran kaedah

konvensional di dalam bilik darjah dengan menawarkan lebih keseronokan dan bahan

bantu mengajar yang lebih interaktif kepada guru dan pelajar. Di samping itu,

penggunaan elemen multimedia dalam pengajaran membantu menyediakan alternatif

pembelajaran terutama sekali dalam bidang sains. Bantuan multimedia merupakan

Page 31: Nota sce 3112

12

kaedah terbaik dalam menyampaikan isi kandungan mata pelajaran yang memerlukan

bantuan visual. Tambahan pula, terdapat beberapa eksperimen di makmal adalah

berbahaya, kompleks mahupun sukar dan tidak selamat untuk pelajar boleh digantikan

dengan video dan bantuan multimedia. Hal ini boleh menjamin keselamatan pelajar,

guru dan individu di persekitaran.

1.6.4 Kementerian Pelajaran Malaysia

Isi kandungan mata pelajaran adalah ditentukan oleh KPM.

Walaubagaimanapun, kekurangan sumber multimedia yang terdapat di internet tidak

membantu untuk tujuan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Pihak

Kementerian boleh memanfaatkan kegunaan peta minda secara sepenuhnya dengan

memuatkan sambungan kepada material yang boleh digunakan sebagai bahan bantu

mengajar. Selain itu, peta minda ini juga menyediakan penyelesaian kepada masalah

untuk mendapatkan perisian pendidikan yang menyokong pengajaran dan pembelajaran

yang efektif. Bahan yang diperoleh dari internet menawarkan tahap interaktif yang lebih

baik dan boleh memberi kesan positif kepada proses pengajaran dan pelajar juga boleh

mendapat manfaat daripada gabungan multimedia dalam pengajaran kimia dan kegunaan

ICT.

1.7 Skop Projek

E-Peta minda bagi topik “The Reactivity Series of Metals and Its Applications”

bagi subjek Kimia tingakatan lima dibangunkan menggunakan perisian MindMapper

Page 32: Nota sce 3112

13

2008, merupakan aplikasi pembangunan e-peta minda interaktif. E-Peta minda ini

mengandungi pautan bahan bantu mengajar yang boleh membantu guru dan menyokong

bahan pembelajaran pelajar kerana isi kandungan mata pelajaran berasaskan buku teks

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).

Bahan yang terdapat di dalam e-peta minda berkenaan merangkumi bahan P&P

yang menggabungkan penggunaan multimedia sepenuhnya seperti teks, grafik, animasi,

audio dan video.

1.7.1 Bahan pembelajaran yang meliputi subtajuk The Series of Metal and Its

Application.

Antara skop isi kandungan BBM berkenaan ialah:

i. Reactivity of Metals with Oxygen

ii. The Position of Carbon in The Reactivity Series of Metals

iii. The Position of Hydrogen in The Reactivity Series of Metals

iv. Application of The Reactivity Series in The Extraction of Metals

1.7.2 Kuiz

Kuiz adalah merupakan ujian pendek yang dilakukan dalam jangka masa yang

lebih singkat daripada ujian biasa. Kuiz ini disediakan untuk menguji tahap kefahaman

Page 33: Nota sce 3112

14

pelajar bagi subtopik yang diajar. Aktiviti ini dapat mengukuhkan daya ingatan dan

kefahaman mengenai Jadual Bersiri Logam. Manakala, guru pula dapat mengenal pasti

kelemahan pelajar pada sesuatu subtopik dan miskonsepsi pelajar agar dapat diperbaiki

lagi prestasi mereka di masa hadapan. Kuiz yang disediakan adalah terdiri daripada

pelbagai bentuk antaranya, soalan pelbagai pilihan, padanan, betul atau salah dan

susunkan dengan aturan yang betul.

1.7.3 Pautan

Pautan ke slaid pilihan disediakan bagi memudah guru untuk memilih slaid yang

dikehendaki. Hal ini bagi memudahkan pelajar dan guru untuk mencari bahan yang

berkenaan dengan topik yang diajar. Informasi seperti definisi, dan bahan media seperti

animasi simulasi, grafik yang menarik dan video dapat dicapai dengan pautan yang

disediakan.

1.8 Definisi Terma

Berikut merupakan definisi beberapa terma yang digunakan di dalam proses

memperkenalkan projek ini:

Page 34: Nota sce 3112

15

1.8.1 MindMapper 2008

MindMapper 2008 merupakan aplikasi yang membangunkan e-peta minda secara

interaktif visual. Aplikasi dan ciri-ciri menarik yang ditawarkan oleh perisian ini

menjadikannya salah satu contoh evolusi peta minda konvensional dan memberikan

nafas baru dalam penggunaan peta minda sebagai bahan bantu mengajar.

Perisian ini adalah merupakan salah satu perisian yang menyokong

pembangunan peta minda yang jelas, mengandungi peta visual yang menyusun

informasi dan pengetahuan dengan sangat jelas.

1.8.2 Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)

ICT adalah teknologi yang berkait rapat dengan mengakses, mengumpul,

memanipulasi dan memapar informasi maklumat (The Commonwealth Department of

Education, May (2001)). Menurut Ron Oliver (2002), ICT merupakan tenaga yang

mengubah aspek kehidupan. Manakala dalam pendidikan, ICT merupakan semua alat-

alat digital yang boleh digunakan untuk mencapai objektif pendidik.

Page 35: Nota sce 3112

16

1.8.3 Pembelajaran Berbantu Komputer (PBK)

Menurut Roger et al. (1972) pembelajaran berbantukan komputer (computer

aided teaching) adalah salah satu pendekatan yang berjaya menghidupkan penyampaian

seorang guru di dalam kelas. Ini menunjukkan penggunaan PBK dalam proses

pengajaran dan pembelajaran adalah penggunaan komputer dengan sepenuhnya yang

telah menggantikan tugas guru.

Satu pendekatan yang menggunakan komputer untuk tujuan pengajaran dan

pembelajaran untuk mempelajari sesuatu secara langkah demi langkah iaitu program

terancang. (Baharuddin, 2001).

1.8.4 Bahan Bantu mengajar (BBM)

BBM adalah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantunya

dalam menyampaikan pengajaran. Kategori dan penjelasan BBM. Bahan bantu mengajar

boleh dibahagikan kepada tiga kategori yang terdiri daripada pelbagai jenis iaitu:

- Bahan bantu mengajar bukan akademik

- Bahan bantu mengajar elektronik

- Bahan-bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar

Page 36: Nota sce 3112

17

Contoh BBM bukan elektronik ialah papan hitam atau papan tulis, buku teks,

papan pamer atau papan bulletin. Semua BBM ini merupakan sumber pengajaran yang

produktif dan dapat memperkenalkan idea baru, memberi maklumat, memberi

kefahaman, memperkayakan perbendaharaan kata, merangsang perbincangan,

menimbulkan daya kreativiti, membentuk sikap dan nilai serta menambah pengekalan

pembelajaran seseorang pelajar. Contoh BBM berbentuk elektronik ialah Overhead

Projector (OHP), transparensi OHP, pita slaid (filem slaid), radio, televisyen dan VCR

(Video Cassete and Recorder), alat rakaman, tayangan filem dan komputer. Contoh

bahan-bahan bercorak pengalaman adalah seperti lakonan, pantomin, lawatan dan projek

pameran. Manakala bahan sebenar dari alam sekitar telah dikelaskan dalam bahan jenis

tiga dimensi dan dibahagi kepada beberapa kumpulan iaitu:

- Benda bukan hidup

- Benda buatan

- Tumbuh-tumbuhan

- Benda hidup

1.8.5 Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)

Baharuddin (2001) mengaitkan pengajaran dengan penglibatan guru dalam

memilih kaedah dan strategi yang sesuai untuk menyusun informasi, aktiviti-aktiviti,

pendekatan dan merupakan medium yang sesuai untuk membantu pelajar dalam

mencapai output atau objektif yang telah ditetapkan. Pembelajaran hanya berlaku

apabila terdapat perubahan dalam sikap seseorang individu hasil daripada interkasi

dengan persekitarannya.

Page 37: Nota sce 3112

18

1.8.6 Kimia

Kimia sebagai subjek adalah berkenaan dengan ciri-ciri dan tindak balas bahan.

Bahan-bahan ini selalunya difahami dari segi kumpulan-kumpulan zarah, dan sifat

semula jadi ikatan di antara zarah-zarah digunakan untuk menerangkan ciri-ciri kimia

dan fizik bahan sama ada bahan tersebut pepejal, cecair ataupun gas pada suhu dan

tekanan yang tertentu.

Kandungan teori bahan kimia boleh dilihat dengan baik melalui model-model

bahan berkenaan. Gilbert (1998) menyatakan bahawa model memainkan peranan yang

penting dalam semua disiplin sains.

1.8.7 Elemen Multimedia

Multimedia adalah penggunaan komputer untuk menggabungkan teks, suara,

gambar, animasi dan video dengan alat bantu dan perhubungan sehingga pengguna dapat

berinteraksi, berkarya dan berkomunikasi. Multimedia sering digunakan dalam dunia

hiburan. Selain dari dunia hiburan, Multimedia juga diadatasi oleh dunia Game.

Multimedia dimanfaatkan juga dalam dunia pendidikan. Di dunia pendidikan,

multimedia digunakan sebagai media pengajaran, baik dalam kelas mahupun secara

sendiri-sendiri. Di dunia ini, multimedia digunakan sebagai media profil perusahaan,

profil produk, bahkan sebagai media kios informasi.

Page 38: Nota sce 3112

19

Elemen multimedia temasuklah penggunaan teks, grafik, animasi, audio, dan

video semasa penyampaian isi kandungan dalam proses P&P. Penggunaan multimedia

yang sesuai boleh menggalakkan strategi pengajaran dan meningkatkan keberkesanan

proses pengajaran. Elemen multimedia ini menjadikan penyampaian idea dan

komunikasi menjadi lebih seronok dan menarik.

1.9 Penutup

Penggunaan ICT dan gabungan beberapa elemen multimedia dalam proses

pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Kimia hendaklah digalakkan dalam

kalangan guru dan pelajar bagi meningkatkan lagi output pembelajaran pelajar. E-Peta

minda berciri multimedia boleh dilihat sebagai kaedah alternatif jika dibandingkan

dengan kaedah konvensional yang menggunakan kapur dan papan tulis. Pembangunan e-

peta minda boleh dijadikan sebagai platfom untuk akses kepada material yang berguna

dan berfaedah sebagai bahan bantu mengajar dan dengan menggunakan bahan tersebut,

proses pengajaran boleh menjadi lebih menarik dan menyeronokkan. Selain itu, pelajar

juga boleh mendapatkan akses kepada bahan pengajaran sebagai rujukan. Mereka juga

boleh belajar topik yang dirasakan sukar untuk difahami mengikut tahap kefahaman

masing-masing. Pelajar boleh belajar pada bila-bila masa, dan di mana sahaja yang

mereka suka dan bahan pembelajaran yang boleh didapati dan menarik. Hal ini penting

bagi memastikan fokus dan mengekalkan minat pelajar. Teknologi yang maju dan

perisian komputer yang berguna membolehkan pelajar belajar Kimia dengan seronok

dan hasil pembelajaran yang positif.

Page 39: Nota sce 3112

BAB 2

SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan

Topik yang telah dipilih bagi membangunkan e-peta minda - The Reactivity

Series of Metals and Its Application dan material untuk isi kandungan pengajaran dan

pembelajaran akan dibincangkan di dalam bab ini. Di samping itu, beberapa perkara

yang akan disentuh di dalam bab ini termasuklah kepentingan tahap kefahaman dan

tanggapan yang salah berkenaan dengan topik dalam kalangan pelajar. Tambahan pula,

definisi e-peta minda, Pembelajaran berbantukan komputer (PBK), Bahan Bantu

mengajar (BBM), konsep dan kelebihan e-peta minda, ciri-ciri e-peta minda

(MindMapper 2008), dan teori pembelajaran yang berkaitan di dalam aplikasi juga turut

dibincangkan. Akhir sekali, jenis-jenis penilaian juga akan dibincangkan.

Page 40: Nota sce 3112

21

2.2 Siri Kereaktifan Logam dan Aplikasi

Garam adalah bahan kimia yang mengandungi ion logam dan ion negatif yang

terikat di antara satu sama lain. Ion logam boleh terdiri daripada kuprum, natrium, zink

dan sebagainya. Manakala ion negatif pula terdiri daripada sulfida, klorida, oksida dan

sebagainya. Sesetangah logam adalah lebih kuat berbanding yang lain. Jika logam kuat

dicampurkan dengan garam daripada logam lemah, logam kuat akan bertindak balas

dengan ion negatif daripada logam lemah.

Siri Kereaktifan Logam merupakan senarai elemen-elemen berlogam dengan

susunan logam paling kuat berada di atas dan logam yang paling lemah berada di bawah

senarai. Logam yang paling kuat dikenali sebagai logam paling reaktif manakala logam

yang paling lemah pula dikenali sebagai logam kurang reaktif. Merujuk kepada Jadual

Berkala Unsur, kereaktifan logam meningkat apabila berada ke kiri jadual atau ke bawah

jadual. Logam transisi berada pada kedudukan khas kerana ciri istimewa iaitu logam

berkenaan mempunyai elektron pada petala D.

Elektron mengorbit semua atom termasuklah atom logam ataupun bukan dan

elektron berkenaan disusun mengikut petala yang berlainan pada jarak yang berbeza

daripada nukleus. Atom logam mempunyai beberapa elektron pada petala paling jauh,

dan biasanya bertindak dengan menyingkirkan elektron berkenaan sehingga mencapai

susunan oktet.

Kereaktifan logam menurun jika bergerak ke kanan Jadual Berkala Unsur kerana

atom-atom mempunyai elektron yang bertambah. Hal ini kerana tenaga diperlukan untuk

menyingkirkan ion negatif daripada nukleus yang bersifat positif. Memandangkan

kedua-duanya memiliki caj yang berbeza, mereka cenderung untuk menarik di antara

Page 41: Nota sce 3112

22

satu sama lain dan semakin banyak elektron yang ada pada petala paling luar logam,

semakin sukar untuk atom berkenaan untuk bertindak balas. Sebagai contoh, Natrium

bertindak balas dengan menyingkirkan satu elektron, manakala Magnesium bertindak

balas dengan menyingkirkan dua elektron. Menyingkirkan setiap elektron memerlukan

tenaga. Oleh itu, Natrium lebih reaktif jika dibandingkan dengan Magnesium.

Di samping itu, kereaktifan logam akan meningkat jika menuruni Jadual Berkala

Unsur kerana elektron pada petala paling luar logam berada lebih jauh daripada nukleus

atom. Ini bermakna nukleus menggunakan tenaga elektrostatik yang kurang untuk

menarik elektron berkenaan. Semakin jauh ke bawah atom berkenaan, semakin besar

saiz atom tersebut dan menjadikannya lebih reaktif. Atom Natrium (Na) adalah lebih

besar jika dibandingkan dengan Litium (Li). Begitu juga dengan Kalium (K) adalah

lebih besar daripada Natrium. Lantas menjadikannya lebih reaktif daripada Natrium.

Elemen yang berada di bawah Kalium sepatutnya lebih reaktif daripada Kalium.

Eksperimen telah membuktikan bahawa Rubidium sememangnya lebih reaktif daripada

Kalium manakala Caesium pula lebih reaktif daripada Rubidium.

2.3 Konsepsi dan Miskonsepsi

“Chemical equations ... it took me ages to pick it up as I found it quite confusing

... but having been taught by a teacher one way I tend to relate to it in the same

way but in my own thinking ... in an exam I would probably get it wrong. You see

when we are told to swot for a test we have to go swot in our book all the stuff

the teacher’s way ... we go home and we try to learn that ... but as soon as it hits

our eyes it goes in our brain and it goes out the other way ... and so when we

come to write it down and we think ... and we write it down all our way ...

because of course it still means the same thing ... there is no difference ... but to

Page 42: Nota sce 3112

23

the teacher there is a distinct difference between our way and the teacher’s way

... and the teacher’s way is the right way ... that’s what I find so hard.”

Pelajar Sains di New Zealand dalam Osborn and Freyberg (1985).

Anton E. Lawson (2002), dalam kajiannya bertajuk Science Teaching and

Development of Thinking menunjukkan bahawa kajian telah dijalankan untuk

mengenalpasti maksud sebenar “miskonsepsi”, yang mana didefinisikan sebagai sifat

tidak konsisten atau bertentangan dengan pandangan saintifik (cth., Arnaudin and

Mintzes, 1985; Brumby, 1984; Champagne, Klopferand Anderson, 1980; Clement,

1982; Piburn, Baker and Tregust, 1988; Simpson and Marek, 1988; Steward, 1982).

Sesetengah miskonsepsi ini adalah sukar untuk dibetulkan semula.

Antara miskonsepsi berkenaan dengan Siri Kereaktifan Logam dalam kalangan

pelajar menurut Kind, m/s. 44 (2004), ialah oksigen tidak memainkan peranan dalam

proses pembakaran. Bagi menentukan kereaktifan logam terhadap oksigen, logam yang

dimaksudkan akan dibakar dengan kehadiran oksigen. Tanpa kehadiran oksigen, tindak

balas yang menentukan kereaktifan logam berkenaan terhadap oksigen tidak akan

berlaku.

2.4 Multimedia

Multimedia berasal daripada perkataan multi yang bermaksud banyak atau

pelbagai dan medium iaitu alat untuk menyampaikan atau membuat sesuatu,

Page 43: Nota sce 3112

24

perantaraan, alat pengantar, suatu bentuk media komunikasi seperti surat khabar,

majalah atau televisyen (DBP).

Rozinah (2000) mendefinisikan multimedia sebagai penggunaan dua atau lebih

jenis media termasuklah video bergerak, audio, imej kaku, grafik, animasi, teks dan lain-

lain bagi komunikasi maklumat yang mewujudkan kategori informasi, pendidikan dan

hiburan yang dikenali sebagai ‘infotainment’.

Manakala, Jamaluddin dan Zaidatun (2002) menerangkan multimedia adalah

gabungan pelbagai media yang menjanjikan persembahan yang menarik, dinamik, dan

lebih hidup. Multimedia juga membolehkan sesuatu imej itu disampaikan dalam

pelbagai bentuk dan keadaan. Ini seterusnya menjanjikan keberkesanan dan

kepelbagaian dalam penyaluran maklumat yang ingin disampaikan.

2.5 Pembelajaran Berbantu Komputer (PBK)

Kemunculan Sekolah Bestari di Malaysia merupakan salah satu titik perubahan

yang menyebabkan berlakunya anjakan dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran

antara guru dan pelajar pada masa ini. Penggunaan PBK dan multimedia dalam proses

P&P di sekolah atau di institusi pendidikan yang lain menjadi semakin giat. Baharuddin,

Manimegalai dan Rio Sumarni (2001) menyatakan para guru perlu arif tentang

kesesuaian dalam penggunaan PBK untuk mempelajari mata pelajaran atau menguasai

kemahiran tertentu.

Page 44: Nota sce 3112

25

PBK atau Computer Assisted Instruction (CAI) adalah singkatan kepada

“Pembelajaran Berbantukan Komputer”. Alessi dan Troliip (2001), menyatakan

pembelajaran berbantukan komputer ialah penggunaan komputer untuk menyampaikan

maklumat, melatih dan menilai prestasi pelajar sama ada secara keseluruhan atau

sebahagian pembelajaran. Pelajar akan dapat mempelajari suatu pelajaran melalui

komputer yang lengkap dengan arahan untuk membantu pelajar tanpa pengawasan

daripada guru. Secara tidak langsung, tugas guru akan digantikan dengan menggunakan

komputer dan perisian yang mantap dapat memudahkan pelajar untuk berinteraksi.

Menurut Baharuddin Aris et al. (2001) “Pengajaran berbantukan komputer

(PBK) boleh dibentuk penggunaan komputer untuk mempelajari sesuatu secara langkah

demi langkah seperti program terancang atau menggunakan komputer untuk tujuan

pengajaran dan pembelajaran secara penemuan yang memberikan kebebasan kepada

pelajar untuk meneroka maklumat melalui komputer”.

“Many teachers have taken up the challenge and schools have been transformed

by the development and creative use of new technology. The use of computer

based-stimulations, or simply the use of audio or video, classroom learning have

benefited a lot”.

(John and Wheeler, 2008).

Daripada kenyataan di atas dapat kita rumuskan bahawa penggunaan komputer

dalam proses P&P telah meningkatkan pencapaian dan telah mendatangkan banyak

faedah kepada pelajar.

KPM sangat giat dalam mensepadukan komputer dalam pendidikan di peringkat

sekolah dan perkembangan teknologi maklumat dan penggunaan komputer telah

Page 45: Nota sce 3112

26

membawa kepada penggunaan PBK dalam proses P&P. menurut Sharifah Maimunah

(2001), kelebihan menggunakan ICT untuk proses pengajaran dan pembelajaran adalah

seperti berikut:

i. Mendorong murid terlibat secara aktif dalam pembelajaran.

ii. Memberi peluang kepada murid untuk menangani masalah sebenar di

dalam kelas.

iii. Memberi peluang kepada guru untuk menerapkan teori pembelajaran

moden seperti constructivism, multiple intelligence dan lain-lain.

iv. Memberi peluang kepada murid untuk menentukan haluan dan kemajuan

pembelajaran masing-masing.

Menurut beliau lagi, kebolehan komunikasi global melalui ICT membolehkan

pelajar bertukar maklumat berhubung budaya dan geografi setempat bagi membolehkan

mereka menganalisis dan membuat perbandingan dengan pengalaman mereka. Ini

adalah merupakan satu pengalaman pembelajaran yang berupaya membuka minda

mereka serta menjadikan pembelajaran lebih menarik dan bermakna.

2.6 Definisi Bahan Bantu Mengajar (BBM)

Bahan bantu mengajar memainkan peranan yang penting dalam sesuatu proses

P&P. BBM merupakan faktor terpenting dalam menentukan kejayaan program

pembelajaran, menimbulkan rangsangan keinginan pelajar untuk mengetahui sesuatu

dan untuk menjadikan pembelajaran bertambah baik dan lebih menarik (Musa Sulaiman,

2000).

Page 46: Nota sce 3112

27

Sebenarnya Bahan Bantu mengajar bukanlah merupakan sesuatu yang tersisih

daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Bahan Bantu mengajar ialah satu

bahagian yang padu dalam proses tersebut. Bahan itu bertujuan menambah kelancaran

perhubungan antara guru denga pelajar dan sebaliknya, pelajar sesame pelajar dan

membantu mempercepatkan proses pemahaman pelajar (Noraziah Abd. Hamid, (1981).

Selain itu, bahan bantu mengajar juga ditakrifkan sebagai aktiviti penggunaan

alat-alat pengajaran yang moden dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang

sistematik dengan memanipulasikan media dan kaedah yang sesuai (Musa Sulaiman,

2000). Menurut Atan Long (1982), beliau menyatakan bahawa bahan bantu mengajar

terdiri daripada pelbagai bahan. Sesuatu bahan dapat disampaikan dengan berbagai-

bagai cara. Sebagai contoh, sesuatu bahan itu mungkin diterbitkan dalam bentuk buku,

bentuk carta atau dicetak pada slaid dan dipancarkan pada skrin. Penggunaan BBM

dalam kelas jua merupakan sebahagian daripada kaedah dan idea-idea yang disampaikan

oleh guru kepada pelajarnya.

Mok Soon Sand et al. (1998) pula mendefinisikan BBM sebagai alat atau

perkakasan yang digunakan oleh guru untuk membantu dalam penyampaian pengajaran

dalam bilik darjah dan membantu pelajar belajar dengan lebih berkesan dan menarik.

2.6.1 Ciri-ciri BBM yang baik

i. Menarik dan berwarna-warni.

ii. Memerlukan kos yang rendah.

iii. Jelas dan mudah dilihat.

iv. Kemas dan bersih.

Page 47: Nota sce 3112

28

v. Grafik dan tulisan yang bersesuaian.

vi. Boleh digunakan berkali-kali dan tahan lama.

vii. Realistik dan mudah difahami.

viii. Kontras warna yang sesuai.

ix. Mudah digunakan.

2.6.2 Ciri-ciri BBM yang kurang baik

i. Warna yang pudar dan tidak menarik.

ii. Menggunakan grafik dan tulisan yang kecil.

iii. Terlalu kompleks ataupun padat dengan grafik dan tulisan.

iv. Kontras warna yang tidak sesuai.

v. Sukar difahami dan tidak jelas.

vi. Susunan isi kandungan yang tidak teratur.

vii. Terlalu kecil dan tidak kemas.

viii. Tidak tahan lama.

ix. Sukar digunakan.

Menurut Kamarudin Hj. Husin (1994), kepentingan BBM dalam proses P&P

ialah BBM dapat menyediakan dasar yang kukuh untuk perkembangan kefahaman dan

corak pemikiran dan mengurangkan gerak balas lisan yang tidak diperlukan daripada

pelajar. Selain itu, BBM juga dapat memberi rangsangan kepada pelajar semasa proses

P&P sedang dijalankan. Tambahan pula, BBM menyediakan pengalaman baru yang

tidak diperoleh dengan mudah oleh cara-cara lain. BBM menjadikan pembelajaran

pelajar lebih mendalam dan seragam. BBM secara tidak langsung dapat menguatkan

kefahaman dan mempercepat perkembangan perbendaharaan kata dalam sesuatu subjek.

Page 48: Nota sce 3112

29

2.7 Teori Pengajaran dan Pembelajaran

Tugas guru dan pendidik yang paling utama adalah untuk menjadikan suatu

proses pembelajarn itu menjadi mudah. Bagi memenuhi tanggungjawab ini, guru bukan

sahaja harus menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, malah

juga menghasilkan pengajaran yang berkesan. Ini bermakna seseorang guru itu perlu

mewujudkan suasana pembelajaran yang merangsang minat pelajar di samping sentiasa

memikirkan kebajikan dan keperluan mereka.

Setiap pelajar memiliki kebolehan yang berbeza-beza dan guru akan berhadapan

dengan hal ini dalam setiap sesi pembelajaran. Hal ini memerlukan kepakaran guru

dalam menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, seorang guru

hendaklah boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik-

teknik tertentu yang bersesuaian dengan tahap perkembangan dan kebolehan pelajar.

Strategi yang dipilih berkenaan hendaklah berpotensi untuk merangsang pelajar untuk

belajar secara aktif, mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya

menambat hati pelajar serta dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna.

Seseorang guru perlu menarik minat pelajar dalam sesuatu pengajaran, aktiviti-

aktiviti yang dipilih hendaklah menarik dan mempunyai potensi yang tinggi untuk

membolehkan isi pengajaran dan konsep-konsep yang diterjemahkan secara jelas.

Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan hendaklah boleh mempengaruhi intelek, emosi dan

minat pelajar secara berkesan.

Aktiviti-aktiviti yang dipilih semasa merancang persediaan mengajar perlu

mempunyai urutan yang baik dan sempurna. Aktiviti berkenaan hendaklah diselaraskan

dengan isi kemahiran dan objektif pengajaran. Lazimnya aktiviti yang dipilih itu adalah

gerak kerja yang mampu memberi pengaruh terhadap perhatian dalam pelajar

Page 49: Nota sce 3112

30

sepenuhnya, berupaya meningkatkan kesan terhadap intelek, ingatan, emosi, minat dan

kecenderungan serta mampu membantu guru untuk menjelaskan pengajarannya.

2.7.1 Pendekatan Pembelajaran Deduktif

Proses pengajaran yang menggunakan pendekatan deduktif boleh ditakrifkan

sebagai pendekatan mengajar yang bermula daripada suatu atau beberapa rumus, prinsip,

hukum, teorem atau peraturan diikuti dengan aplikasinya ke atas contoh contoh yang

dikhususkan. Pendekatan ini juga digunakan untuk mendapatkan kesimpulan atau

generalisasi yang baru daripada rumus, prinsip, hukum, atau teorem yang diketahui.

Guru akan memberitahu pelajar objektif pembelajaran pada peringkat awal, kemudian

pelajar akan dibimbing untuk mengingat kembali rumus, prinsip, teori atau peraturan

yang berkaitan untuk membolehkan mereka menyelesaikan masalah atau mendapatkan

kesimpulan yang baru.

Antara ciri-ciri pembelajaran deduktif ialah:

a) Pembelajaran mementingkan pengetahuan yang akan diperolehi oleh pelajar.

b) Pendekatan ini menggunakan pegantara fikiran untuk mendapatkan ilmu.

c) Penyusunan isi mestilah dimulakan daripada keseluruhan kepada yang lebih

kompleks.

d) Pembelajaran kefahaman lebih kekal daripada teknik hafalan.

Tambahan pula, pembelajaran deduktif adalah terdiri daripada tiga jenis, iaitu:

Page 50: Nota sce 3112

31

a) Penyelesaian masalah

Pembelajaran deduktif banyak digunakan untuk menyelesaikan masalah.

Contohnya, setelah murid mempelajari Asid dan Bes, pelajar akan dikehendaki

untuk memberi contoh lain yang mempunyai ciri-ciri asid dan bes bagi

menggambarkan asid dan bes.

b) Membuat generalisasi baru

Pembelajaran deduktif juga membantu pelajar untuk membuat generalisasi baru.

Contohnya, setelah murid mempelajari Jadual Berkala Unsur, guru akan

membimbing pelajar untuk menggunakan teori penentuan unsur Kumpulan I

untuk menyusun unsur-unsur Kumpulan II dan seterusnya.

c) Membukti hipotesis

Pembelajaran deduktif boleh digunakan untuk membuat hipotesis melalui prinsip

atau hukum yang telah dipelajari. Contohnya, setelah pelajar mempelajari teknik

untuk menulis persamaan kimia, guru akan membimbing pelajar untuk

menggunakan teori kemolaran dalam penulisan persamaan kimia berkenaan.

Berikut merupakan prinsip-prinsip pembelajaran deduktif:

a) Pada peringkat permulaan, masalah atau hipotesis harus didedahkan terlebih

dahulu.

b) Pelajar harus dibimbing mengingat kembali rumus, generalisasi, prinsip teorem

atau teori melalui soalan formatif agar pelajar dapat menyelesaikan masalah atau

hipotesis baru yang akan didedahkan.

Page 51: Nota sce 3112

32

c) Generalisasi, prinsip, atau teori digunakan untuk menyelesaikan masalah atau

membukti hipotesis haruslah diketahui serta telah difahami secara mendalam.

d) Penggunaan pembelajaran deduktif haruslah dilaksanakan mengikut prosedur

dengan tepat.

e) Proses menyelesaikan atau untuk membuktikan hipotesis tidak terhad kepada

menggunakan satu generalisasi, prinsip, rumus, hukum, atau teori yang telah

dipelajari.

f) Guru sendiri tidak perlu menunjukkan cara menyelesaikan masalah atau

menghuraikan cara membukti hipotesis, tetapi membimbing pelajar melalui

aktiviti soal jawab sehingga mereka menjalankan aktiviti penyelesaian masalah

sendiri.

2.7.1.1 Aplikasi Prinsip Pembelajaran Deduktif dalam Bahan Pembelajaran

Terdapat beberapa aplikasi pembelajaran deduktif yang boleh dimasukkan ke

dalam reka bentuk pembinaan BBM. (Baharuddin, Rio Sumarni dan Manimegalai

(2002). Antaranya ialah:

i. PBK hendaklah berstruktur agar mudah diterima oleh pelajar.

ii. PBK mestilah direka bentuk untuk memudahkan pelajar mengekploitasi dan

mengisi ruangan kosong pada pengetahuan pelajar.

iii. Organisasi kandunagan dalam PBK perlulah dari atas ke bawah apabila memberi

kandungan pelajaran kepada pelajar kerana ia elok disusun supaya memberi

gambaran yang global sebelum membincangkan fakta yang lebih spesifik.

Page 52: Nota sce 3112

33

iv. PBK adalah berpusatkan pelajar dan pelajar bebas memilih tajuk pembelajaran

dan merancang pembelajaran masing-masing.

v. Pengajaran dalam PBK mestilah berdasarkan kepada pengalaman pelajar dan

menyediakan persekitaran yang melahirkan suasana ingin belajar.

2.7.2 Teori Behaviorisme (Teori Tingkah Laku)

Teori behaviorisme menganalisis perilaku yang nampak, boleh diukur, dilukis

dan diramal. Teori behaviorisme ini lebih dikenali sebagai teori belajar, kerana

keseluruhan perilaku manusia adalah hasil pembelajaran. Pengalaman dan pemeliharaan

akan membentuk perilaku seseorang manusia. Oleh hal yang demikian, timbul konsep

“manusia mesin.”

Ciri-ciri utama teori ini adalah menekankan unsur-unsur dan bahagian kecil yang

bersifat mekanisktik, peranan persekitaran, pembentukkan reaksi atau respons,

kepentingan latihan, mementingkan mekanisme hasil belajar, peranan kemampuan dan

hasil belajar yang diperoleh adalah hasil daripada perilaku individu itu sendiri. Teori in

seringkali disebut oleh S-R psikologi yang membawa maksud tingkah laku manusia

dikendalikan oleh ganjaran atau reward dan penguatan atau reinforcement dari

persekitaran. Oleh yang demikian, tingkah laku belajar dan reaksi-reaksi behavioural

mempunyai kaitan yang kuat dengan stimulusnya. Guru yang berpegang kepada teori ini

berpendapat bahawa tingkah laku pelajar merupakan reaksi terhadap persekitaran dan

hasil pembelajaran.

Page 53: Nota sce 3112

34

Berdasarkan teori behaviorisme, terdapat lima dasar yang boleh diterapkan

dalam PBK iaitu bermula dengan menentukan matlamat tingkah laku, mengenalpasti

penegasan yang digunakan, memilih prosedur untuk mengubah tingkah laku,

melaksanakan prosedur bagi mengubah tingkah laku dan penilaian yang berterusan dan

diulangi selagi diperlukan. Menurut teori behaviorisme lagi, perkara ini dapat

menggalakkan pelajar untuk memberi tindak balas dengan sempurna. Tokoh-tokoh

behaviorisme menyatakan bahawa tingkah laku pelajar boleh diperhati, dikawal dan

diramal.

Namun, tidak semua perilaku dapat dijelaskan dengan pembiasaan. Bandura

menambahkan konsep belajar secara sosial (social learning). Konsep ini menyatakan

bahawa peranan ganjaran dan hukuman dalam proses pembelajaran. Teori behaviorisme

tradisional menjelaskan bahawa kata-kata yang berulang tidak memberi kesan kepada

pelajar, yang memberikan kesan adalah dengan memberikan sumbangan atau objek

(pelaziman klasik). Teori belajar yang dikemukakan oleh Bandura adalah teori belajar

secara sosial atau kognitif sosial serta efikasi diri yang menunjukkan kepentingan proses

memerhati dan meniru perilaku, sikap dan emosi orang lain. Teori bandura juga

menerangkan perilaku manusia dalam konteks interaksi tingkah laku timbal balik yang

berkesinambungan antara kognitif perilaku dan pengaruh persekitaran. Antara faktor-

faktor yang mempengaruhi proses berkenaan adalah pemerhatian, mengingat, produksi

motorik, dan motivasi.

Dalam proses PBK, bahan bantu mengajar yang berbentuk elektronik digunakan

oleh guru mengandungi elemen-elemen multimedia yang menraik seperti grafik dan

animasi memberikan rangsangan untuk pelaziman. Pembelajaran melalui elemen

tersebut dikawal sepenuhnya oleh pembangun sistem pengajaran berkenaan. Selain itu,

unsur-unsur seperti bimbingan, latihan, pemberian ganjaran, pengukuhan dan tunjuk ajar

yang berterusan adalah penting dalam menjamin perubahan tingkah laku yang berkesan.

Page 54: Nota sce 3112

35

2.7.2.1 Aplikasi Prinsip Teori Behaviorisme dalam Bahan Pembelajaran

Teori behaviorisme adalah teori yang menekankan pada perilaku individu. Isi

utama teori ini adalah stimulus respons. Tokoh-tokoh yang terlibat dalam teori ini adalah

Edward Lee Thorndike (1874-1949) dengan tiga hukum pelajarnya iaitu hukum

kesiapan, hukum latihan, dan hukum pengaruh. Iva Petrovich Pavlo (1849-1936) dengan

teori pengkonduksi klasik, Skinner dengan operan-condition dan banyak lagi. Terdapat

beberapa aplikasi prinsip ini yang boleh diguna pakai dalam pembangunan bahan bantu

pengajaran ini. Aplikasi ini adalah berpandukan kajian yang telah dilaksanakan oleh

Baharuddin, Rio Sumarni, dan Manimegalai (2002).

i. PBK hendaklah menekankan pembelajaran asas sebelum beransur kepada isi

pembelajarn yang lebih sukar dan lanjutan.

ii. PBK hendaklah menggunakan pengukuhan positif bagi memastikan tingkah laku

berulang.

iii. Pembangun bahan bantu pembelajaran hendaklah menilai pengetahuan sedia ada

pada pelajar untuk menentukan papa yang perlu diajar dalam bahan tersebut.

iv. PBK hendaklah menekankan penghasilan output yang boleh diperhatikan dan diukur

pada pelajar.

Oleh yang demikian, bahan bantu pembelajaran hendaklah mengandungi unsur-

unsur yang telah dinyatakan di atas termasuklah multimedia interaktif seperti audio,

grafik, video, animasi dan teks yang menarik bagi menarik minat dan perhatian pelajar.

Perkara ini juga akan menjamin tahap pemahaman pelajar terhadap isi kandungan

pelajaran meningkat.

Page 55: Nota sce 3112

36

2.8 Pembelajaran Berbantu Komputer (PBK)

PBK adalah merujuk kepada penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Menurut Baharuddin, Rio, dan Manimegalai (2002), PBK boleh

berbentuk pembelajaran menggunakan komputer untuk mempelajari suatu langkah demi

langkah, iaitu program terancang atau menggunakan komputer untuk pembelajaran dan

pengajaran secara penemuan yang memberikan kebebasan kepada pelajar untuk

meneroka maklumat melalui komputer.

2.8.1 Kelebihan PBK

i. Keberkesanan Individu

Individualisasi bermula dengan perkataan pretest, yang digunakan untuk

mengetahui sama ada pelajar telah memilik kemampuan prasyarat yang

diperlukan untuk meneruskan pembelajaran ke peringkat seterusnya.

Individualisasi digunakan agar pembelajaran menjadi lebih menarik, lebih

relevan dan efisyen. Dalam erti kata lain, PBK lebih sesui dengan ciri-ciri

pelajar.

ii. Motivasi

Kebanyakan pelajar beranggapan bahawa PBK sangat menarik. Oleh itu,

pelajar akan berasa lebih bersemangat dan akan menyukai PBK kerana

mereka tertarik kepada kemampuan komputer dan menjadikan proses

pembelajaran lebih efisyen.

Page 56: Nota sce 3112

37

iii. Keutuhan Pembelajaran

PBK menerapkan beberapa bentuk aktiviti seperti membaca, melihat video

dan bermain permainan minda secara beramai-ramai di dalam kelas. Melalui

PBK, isi pembelajaran dapat disampaikan dengan lebih jelas dan kukuh. Hal

ini berbeza dengan kaedah konvensional kerana kaedah ini memerlukan guru

untuk menjelaskan sesuatu isi pelajaran terlalu lama dan berjela. Ini akan

mengambil masa dan mengurangkan minat pelajar untuk terus mendengar

penjelasan daripada guru.

2.8.2 Kelemahan PBK

i. Memerlukan Perkakasan Khas dan Mahal

Pembangunan PBK memerlukan perkakasan khas dan mahal seperti komputer.

Selain itu juga, pembangunan PBK memerlukan perisian-perisian lain yang hanya

boleh didapati di kedai-kedai menjual perisian komputer.

ii. Grafik Tidak Realistik

Komputer menggambarkan grafik atau gambar yang kadang kala tidak mewakili

objek yang sebenarnya. Hal ini mungkin kerana perbezaan dari segi warna dan

memerlukan masa yang panjang untuk menghasilkan gambar dan video yang

berkualiti. Namun, kadang kala dan juga komputer yang tidak mempunyai resolusi

yang baik dan merosakkan tekstur dan mengurangkan kualiti gambar dan video yang

telah dihasilkan.

Page 57: Nota sce 3112

38

iii. Pembangunan PBK yang Memakan Masa

Proses pembangunan PBK adalah sangat kompleks dan rumit kerana memerlukan

penambahan latar audio dan latar tersebut hendaklah selari dengan isi pelajaran.

Tambahan pula, PBK berkenaan hendaklah diuji terlebih dahulu bagi memastikan

PBK berfungsi dengan baik dan diuji secara menyeluruh bagi memastikan tujuan

pembelajaran menggunakan PBK berkenaan mencapai matlamat yang telah

digariskan.

2.9 Penutup

Pembelajaran elektronik melalui e-peta minda merupakan pengajaran yang

efektif dalam pengajaran Kimia. Pembangunan BBM ini dapat menjimatkan masa guru

dalam mencari maklumat atau bahan alternatif untuk mengajar. Guru yang mampu

menggunakan kemudahan ICT dengan baik mampu menarik minat dan perhatian pelajar

dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan e-peta minda

ini. Di samping itu juga, e-peta minda ini akan membolehkan guru mengenal pasti

kelemahan pelajar dengan mudah dan mengatasi masalah miskonsepsi pelajar dengan

berkesan.

Page 58: Nota sce 3112

BAB 3

METODOLOGI PENGURUSAN PROJEK

3.1 Pengenalan

Bab ini akan menghuraikan kaedah yang akan digunakan untuk membangunkan

bahan pengajaran dan pembelajaran yang boleh didapati di dalam modul pengajaran e-

peta minda seperti yang telah dibincangkan. Tajuk yang telah dipilih untuk

membangunkan portal web pendidikan ini ialah The Reactivity Series of Metal and Its

Application, Kimia tingkatan lima. Tambahan pula, bab ini memfokuskan proses yang

sistematik dalam perkembangan bahan pembelajaran menggunakan model tiga fasa

pelan Hannifen Peck.

3.2 Lakaran Pelan

Model untuk lakaran pelan memaparkan prosedur untuk rancangan kerja yang

bersistematik bagi sesuatu produk. Model ini menggabungkan beberapa elemen pelan

yang penting bagi proses yang mengandungi analisis pelajar atau menentukan objektif

Page 59: Nota sce 3112

40

dan matlamat. Sebagaimana yang diterjemahkan oleh Berger dan Kam (1996),

pembangunan bahan dan aktiviti, dan penilaian kepada semua aktiviti pelajar termasuk

dalam lakaran pelan.

Walaupun banyak contoh lakaran pelan boleh didapati, namun kesemua lakaran

pelan tersebut mengadungi lima fasa utama. Fasa tersebut adalah analisis (Analyze), reka

bentuk (Design), pembangunn (Develop), perlaksanaan (Implement), dan penilaian

(Evaluate). Fasa-fasa ini menyediakan panduan untuk pelan yang dinamis dan fleksibel

disamping menjadikannya lebih efisyen dan berkesan. Model ini juga lebih dikenali

sebagai Model ADDIE, model am kepada lakaran pelan.

Rajah 3.1: Aliran kerja berdasarkan Model ADDIE

A• Analysis• (Analisis)

D• Design• (Reka Bentuk)

D• Development• (Pembangunan)

I• Implementation• (Perlaksanaan)

E• Evaluation• (Penilaian)

Page 60: Nota sce 3112

41

3.2.1 Model Reka Bentuk Hannifen Peck

Di antara kesemua model reka bentuk, Model Reka Bentuk Hannifen Peck

(1987) telah dipilih untuk membangunkan projek ini. Model ini juga digunakan sebagai

panduan dalam merancang pelan dan membangunkan e-peta minda dan material

pembelajaran.

Menurut Jamaluddin, Baharuddin dan Zaidatun (2001), model ini menggunakan

pendekatan tiga fasa. Fasa satu melibatkan pentaksiran bahan keperluan. Diikuti fasa

kedua iaitu fasa membuat pelan. Fasa ketiga ialah perkembangan dan perlaksanaan

lakaran pelan. Tambahan pula, kesemua fasa haruslah melalui proses penilaian dan

penambahbaikan.

Fasa Analisa Keperluan (Needs Assesment Phase)

Fasa Reka Bentuk (Design Phase)

Fasa Pembangunan dan Perlaksanaan (Develop and Implement Phase)

Fasa Penilaian dan Penyemakan (Evaluation and Revision Phase)

Rajah 3.2: Model Reka Bentuk Hannifen and Peck

START

PHASE 1

NEEDS ASSESMEN

PHASE 2

DESIGN

PHASE 3

DEVELOP/ IMPLEMEN

EVALUATION AND REVISION

Page 61: Nota sce 3112

42

Model pelan Hannifen Peck adalah mudah dan bersesuaian dengan e-peta minda

pendidikan untuk tujuan pembelajaran kerana pengguna bahan ini kebanyakkannya

tergolong dalam golongan pelajar, menjadikan kesemua fasa dihubungkan dengan

“penilaian dan penambahbaikan”. Kualiti projek ini dipastikan dengan proses penilaian

dan penambahbaikan secara berterusan.

3.3 Fasa Analisa Keperluan

Fasa ini bertindak sebagai fasa analisis di mana masalah-masalah akan

dijelaskan, objektif dan matlamat ditetapkan dan persekitaran pembelajaran,

pengetahuan sedia ada, dan kemahiran pelajar dikenal pasti. Berikut merupakan contoh

kepada soalan yang diajukan semasa fasa pentaksiran bahan, Apakah pengetahuan sedia

ada yang dikuasai oleh pelajar? Apakah perubahan baru dari segi tingkah laku yang

diharapkan? Siapakah pembaca dan bagaimanakah sifat-sifat mereka? Apakah jenis-

jenis kekangan pembelajaran yang wujud?, dan sebagainya.

3.3.1 Isi Kandungan Topik

“The Reactivity Series of Metals and Its Applications” daripada silibus Kimia

tingkatan lima, telah dipilih sebagai topik untuk isi kandungan pengajaran dan

pembangunan e-peta minda. Topik ini telah dipilih berdasarkan persetujuan dan

penghargaan daripada guru matapelajaran Kimia sekolah menengah di Johor Bharu

selepas melakukan tinjauan dan temu bual.

Page 62: Nota sce 3112

43

3.3.2 Skop Isi Kandungan Topik

Topik yang telah dipilih untuk tujuan pembangunan e-peta minda berasaskan

MindMapper 2008 ialah The Reactivity Series of Metal and Its Application, daripada

subjek Kimia Bab 3, Tingkatan Lima. Skop yang telah dikenal pasti untuk tujuan

penghasilan material P&P adalah seperti berikut:

i. Tahap kereaktifan logam apabila bertindak balas dengan oksigen berdasarkan

eksperimen.

ii. Kedudukan karbon dan hydrogen dalam siri kereaktifan logam menggunakan agen

penurun dan pengoksida.

iii. Aplikasi siri kereaktifan logam dalam pengekstrakan logam melalui dua cara iaitu

menyingkirkan bendasing dalam bahan dan menurunkan bijih kepada logam yang

dikehendaki.

3.3.3 Sasaran

Sasaran bagi projek ini adalah guru yang mengajar subjek Kimia sekolah

menengah tingkatan lima yang mengambil subjek Kimia. Bahan-bahan pembelajaran

yang boleh diperolehi ini boleh dijadikan sebagai bahan sokongan di samping

meningkatkan semangat dan motivasi belajar pelajar. Selain itu, pelajar sekolah

menengah juga boleh menggunakan bahan tersebut sebagai bahan ulang kaji dan belajar

kendiri bagi mengukuhkan lagi kemahiran mengajar dan kepelbagaian teknik mengajar

di dalam bilik darjah.

Page 63: Nota sce 3112

44

3.3.4 Perisian Berasaskan E-Peta Minda untuk Pembangunan Projek

Objektif projek ini adalah untuk membangunkan modul pendidikan yang

menyediakan platfom dan peluang kepada guru dan pelajar untuk memperolehi bahan

yang berkaitan dengan pelajaran. Terdapat dua perisian komputer yang menyokong

pembangunan projek ini iaitu membangunkan peta minda menggunakan MindMapper

2008 Selain itu, Microsoft Office Power Point 2007 dijadikan sebagai platfom untuk

membangunkan bahan-bahan dan modul pengajaran untuk dimasukkan ke dalam modul.

3.3.5 Sumber Idea dan Inspirasi

Bagi memastikan produk yang telah dihasilkan boleh diterima pakai, pelbagai

jenis bahan telah digunakan untuk dimasukkan ke dalam modul pengajaran. Antara

sumber-sumber bahan tersebut termasuklah talian internet, buku rujukan, buku teks

sekolah menengah, CD-ROM daripada buku rujukan, ensiklopedia dan banyak lagi.

Selain itu, idea untuk membangunkan isi kandungan dan teknik pengajaran diperolehi

daripada penilaian pengalaman guru dan pensyarah.

3.4 Fasa Reka Bentuk

Fasa ini bermula setelah proses pentaksiran bahan selesai dilakukan. Fasa ini

memaparkan gambaran penuh pelan, struktur, strategi pengajaran, teori pendidikan, jenis

aplikasi perisian yang diperlukan, jenis media dan alat teknologi yang diperlukan dalam

Page 64: Nota sce 3112

45

proses pembangunan portal web ini. Selain daripada semua yang dinyatakan, hasil

pembelajaran yang dijangka daripada pelajar juga akan dinyatakan.

3.4.1 Modul

Berdasarkan skop yang telah dikenal pasti, sebanyak empat modul akan

disediakan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran dan untuk dimuatkan ke dalam

modul peta minda ini. Sebelum memulakan setiap modul, hasil pembelajaran akan

disenaraikan bagi menyatakan matlamat dan tujuan yang bakal diperoleh oleh guru dan

pelajar di akhir pengajaran.

Modul 1: Reactivity of Metals with Oxygen

Modul 2: The Position of Carbon in The Reactivity Series of Metals

Modul 3: The Position of Hydrogen in The Reactivity Series of Metals

Modul 4: Application of The Reactivity Series in The Extraction of Metals

3.4.2 Hasil Pembelajaran

Hasil pembelajaran kelima-lima modul akan disetkan dan menjadi komponen

utama kepada setiap modul kerana hasil pembelajaran akan diuji di akhir setiap proses

pembelajaran dan pembelajaran.

Page 65: Nota sce 3112

46

3.4.2.1 Reactivity of Metals with Oxygen

Di akhir proses pengajaran, pelajar akan dapat:

i. Menunjukkan perbezaan tahap kecergasan logam bertindak balas

dengan oksigen

ii. Menyusun Siri Kereaktifan Logam berdasarkan tindak balas berkenaan

3.4.2.2 The Position of Carbon in The Reactivity Series of Metals

Di akhir proses pengajaran, pelajar akan dapat:

i. Menentukan kedudukan karbon dalam siri kereaktifan logam

ii. Mendefinisikan siri kereaktifan logam

3.4.2.3 The Position of Hydrogen in The Reactivity Series of Metals

Di akhir proses pengajaran, pelajar akan dapat:

i. Menentukan kedudukan hidrogen dalam siri kereaktifan logam

ii. Mendefinisikan siri kereaktifan logam

Page 66: Nota sce 3112

47

3.4.2.4 Application of The Reactivity Series in The Extraction of Metals

Di akhir proses pengajaran, pelajar akan dapat:

i. menghuraikan proses pengekstrakan besi daripada bijih besi

ii. menerangkan kegunaan karbon sebagi agen penurun dalam

pengekstarakan logan

iii. menggunakan siri kereaktifan logam untuk meramal tindak balas logam

yang berkemungkinan

3.5 Fasa Pembangunan/ Perlaksanaan

Sebelum fasa ini dimulakan, pembangun modul telah membayangkan hasil

daripada analisis dan lakaran pelan disatukan ke dalam platfom yang berkaitan. Proses

menyusun isi kandungan, memasukkan elemen-elemen multimedia ke dalam modul dan

semua fungsi yang berkaitan akan dilaksanakan. Di samping itu, modul yang akan

dimuatkan ke dalam modul telah disiapkan mengikut isi kandungan topik yang telah

dipilih. Termasuklah bahan-bahan multimedia seperti grafik, video, audio, dan animasi

akan direka menggunakan aplikasi perisian komputer yang bersesuaian.

3.5.1 Pemilihan Perisian untuk e-Peta Minda – MindMapper 2008

MindMapper 2008 keluaran SimTech Systems adalah merupakan salah satu

program peta minda visual yang telah ada selama ini. Aplikasi ini mempunyai banyak

Page 67: Nota sce 3112

48

kebolehan yang menjadikannya mudah digunakan dan lebih menarik berbanding peta

minda tradisional. Semua ciri-ciri menarik yang boleh didapati dalam aplikasi ini

memenuhi citarasa dan keperluan pengguna pada zaman sekarang.

Antara ciri-ciri menarik tersebut ialah:

i. Menyokong penghasilan carta alir dan peta minda.

ii. Membolehkan gambar rajah visual daripada fail pengguna dimasukkan ke

dalam peta minda.

iii. Memilih tema yang spesifik dan subjek mengikut kehendak pengguna.

iv. Memilih untuk memasukkan warna, teks, gambar rajah dan sebagainya

mengikut kehendak dan keperluan pengguna.

v. Dilengkapi dengan aplikasi auto-focus yang membolehkan pengguna

memastikan tajuk utama berada di tengah-tengah paparan skrin bagi

memudahkan pengguna untuk menukar paparan lain dengan lebih efisyen.

vi. Menawarkan navigasi peta yang lebih praktikal.

Page 68: Nota sce 3112

49

3.5.2 Pemilihan Perisian Untuk Pembangunan Projek

Dalam pembangunan e-peta minda ini, beberapa komputer dan perisian

multimedia diperlukan dan diselidik agar menghasilkan produk e-peta minda yang

terbaik, menarik dan efektif. Antara perisian yang digunakan,

3.5.2.1 Perisian Aplikasi

Terdapat beberapa perisian aplikasi yang digunakan bagi membangunkan e-peta

minda ini.

3.5.2.1.1 Microsoft Office PowerPoint 2007

Microsoft Office PowerPoint 2007 digunakan sebagai platfom utama untuk

membangunkan bahan-bahan e-peta minda. Microsoft Office PowerPoint 2007 adalah

perisian persembahan grafik yang telah dibangunkan oleh Microsoft. Microsoft Office

PowerPoint 2007 membolehkan pengguna menghasilkan kesan yang menarik,

persembahan yang dinamik sementara menggabungkan aliran kerja dan perkongsian

informasi dengan lebih mudah. Perisian ini merupakan salah satu perisian Microsoft

Office yang boleh digunakan pada mana-mana komputer yang menggunakan Microsoft

Windows dan Apple’s Mac OS sebagai operasi sistem. Microsoft PowerPoint 2007

merupakan perisian yang menggantikan perisian lama iaitu Microsoft PowerPoint 2003.

Kaedah penyampaian dalam Microsoft Office PowerPoint 2007 mengandungi

muka surat individu atau slaid. Ciri-ciri menarik yang ditawarkan oleh Microsoft

Page 69: Nota sce 3112

50

PowerPoint 2007 menjadikannya perisian untuk membangunkan lampiran modul

pembelajaran portal web ini. Perisian ini dapat disesuaikan dengan daya kreatif

pembangun modul untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, lampiran untuk

pembentangan boleh digabungkan dengan teks, grafik, video, audio dan elemen-elemen

multimedia yang lain. Elemen-elemen ini boleh disusun menurut kehendak pembangun

di atas slaid pembentangan. Antara ciri-ciri menarik lain yang menjadikannya perisian

pilihan ialah slaid pembentangan boleh dicetak, dipaparkan pada skrin komputer dan

boleh dikendalikan mengikut kehendak pengguna. Microsoft PowerPoint 2007 boleh

menyediakan pergerakan objek menggunakan “Custom Animation”, “Transition” dan

arahan interaktif yang lain untuk menjadikan persembahan lebih menarik.

Tambahan pula, Microsoft Office PowerPoint 2007 menyediakan alternatif

kepada bantuan visual lain seperti pembentangan lukisan tangan atau taip, papan hitam

atau papan putih, mahupun projektor. Perisian ini sesuai digunakan untuk pembentangan

dalam penonton kumpulan kecil dan kumpulan besar. Selain itu, antara kebaikan lain

Microsoft Office PowerPoint 2007 ini ialah kebolehannya menghubungkan fail-fail atau

elemen-elemen lain dengan satu aplikasi mudah. Ini membolehkan pembentang

memainkan fail-fail yang diperoleh melalui sumber-sumber yang spesifik tanpa

menghadapi masalah untuk mencari fail-fail yang berkenaan. Jika dibandingkan dengan

perisian yang sebelumnya, Microsoft Office PowerPoint 2007 menawarkan kelebihan

yang pelbagai dan membolehkan pengguna untuk mengahasilkan slaid yang lebih

menarik dan unik. “Master Slide” membantu pengguna baru dengan menyediakan

paparan slaid yang sedia ada di dalam aplikasi.

Kesimpulannya, keupayaan Microsoft Office PowerPoint 2007 ini

menjadikannya perisian komputer yang paling sesuai untuk dijadikan sebagai platfom

untuk membangunkan material pembelajaran yang mengandungi gabungan pelbagai

jenis aplikasi elemen-elemen multimedia seperti teks, animasi, grafik, audio dan video.

Perisian ini sesuai didedahkan kepada guru dan pendidik untuk tujuan proses P&P. Oleh

Page 70: Nota sce 3112

51

itu, tidak timbul masalah dalam penyampaian isi kandunagan pembelajaran dengan

menggunakan perisisan ini sebagai platfom untuk membangunkan projek ini.

3.5.2.2 Perisian Multimedia

Selain menggunakan perisian Microsoft Office PowerPoint 2007, terdapat

beberapa perisian multimedia lain yang dipilih untuk membangunkan material e-

pembelajaran yang lebih menarik. Antaranya ialah Adobe Photoshop CS3, Ulead 3D

Studio, Ulead GIF Animator 5.0, Adobe Flash CS3, Sony Sound Forge dan

Wondershare QuizCreator.

3.5.2.2.1 Adobe Photoshop CS3

Perisian Adobe Photoshop CS3 ini dibangunkan oleh Adobe System yang

membolehkan pengguna untuk mengubah gambar, menambah kesan-kesan khas atau

teks pada gambar dan juga menghasilkan gambar baru mengikut kehendak dan kreativiti

pengguna. Gambar yang terhasil daripada perisian ini adalah dalam format yang

pelbagai dan biasa seperti .jepg, .psd, .tiff, .gif, .png, .bmp dan bayak lagi. Adobe

Photoshop atau lebih dikenali sebagai Photoshop ini biasanya melibatkan banyak

lapisan termasuklah masks, color spaces, transparency, text, clipping path dan banyak

lagi. Gambar yang telah dipilih boleh diubah mengikut kesesuaian warna, tekstur, tahap

keterangan dan pelbagai kesan-kesan khas lain yang boleh dimasukkan ke dalam gambar

yang berkenaan.

Page 71: Nota sce 3112

52

3.5.2.2.2 Ulead 3D Studio

Perisian ini adalah untuk menghasilkan elemen-elemen 3D yang mudah untuk

Microsoft Windows yang dibangunkan oleh Ulead System. Perisian ini membolehkan

pengguna untuk menghasilkan gambar dalam bentuk 3D walaupun tanpa kebolehan atau

pengetahuan dalam produksi animasi 3D. Dengan menggunakan perisian ini, pengguna

juga boleh melakar dan mereka teks atau grafik dengan lebih dinamik dan menarik

perhatian pelajar di samping persembahan bahan yang lebih menarik dan tidak bosan.

Hasil terakhir perisian ini adalah dalam bentuk .gif dan boleh dimasukkan ke dalam

lampiran PowerPoint.

3.5.2.2.3 Ulead GIF Animator 5.0

Ini merupakan perisian yang menghasilkan animasi dan video yang mudah.

Kebanyakan hasil terakhir animasi dan video boleh disimpan dalam format .avi, .mpeg,

atau .gif. Perisian ini juga menawarkan kelebihan yang sama. Tambahan pula, animasi

dan video yang telah dihasilkan boleh dimasukkan ke dalam lampiran PowerPoint untuk

tujuan pembentangan.

3.5.2.2.4 Adobe Flash CS3 (juga dikenali sebagai Macromedia Flash)

Perisian ini merupakan platfom multimedia yang berasal dari Macromedia dan

dibangunkan oleh Adobe System. Perisian ini biasa digunakan untuk menghasilkan

Page 72: Nota sce 3112

53

animasi dalam pengiklanan dan pelbagai jenis komponen Flash dalam paparan web

seperti gabungan video. Di samping itu, perisian ini juga boleh digunakan untuk

menghasilkan montaj yang menarik sebagai pengenalan atau persembahan sesuatu topik.

Adobe Flash boleh memanipulasi vektor dan rasta objek grafik. Hasil perisian ini

kebiasaanya disimpan dalam format sambungan .swf atau .flv. Fail-fail tersebut boleh

dimainkan melalui pemain yang menyokong format .flv seperti QuickTime, VLC dan

Window Media Player.

3.5.2.2.5 Sony Sound Forge 8.0

Sony Sound Forge 8.0 digunakan untuk mengubah audio digital untuk tujuan

penghasilan elemen audio yang lebih berkualiti. Perisian ini membolehkan perakaman

bunyi dan suara, memasukkan muzik latar belakang dan juga memasukkan kesan-kesan

bunyi lain. Ia membolehkan fail yang berformat sambungan .mp3 ditukarkan kepada

format lain seperti .wav atau sebaliknya. Kemudian fail tersebut boleh dimasukkan ke

dalam lampiran PowerPoint sebagai elemen audio.

3.6 Fasa Penilaian dan Penyemakan

Merujuk kepada Rajah 3.1 Model Pelan Hannifen Peck, fasa ini dilakukan

seiring dengan tiga fasa lain. Ini bermakna penilaian projek dilakukan sepanjang

pembangunan pelan peta minda dan pelan isi kandungan modul. Ini membolehkan

pembangun untuk memperoleh maklum balas dari semasa ke semasa bagi memastikan

penyesuaian atau penambahbaikan dan menghindari perubahan besar diakhir fasa

Page 73: Nota sce 3112

54

pembangunan projek. Penilaian akan dilakukan bagi mendapatkan maklum balas untuk

tahap keberkesanan projek berdasarkan komponen di dalam peta minda sama ada

melalui soalan-soalan, temubual, dan mana-mana langkah yang berkenaan untuk

memastikan kesesuaian dan tahap kegunaan material.

3.6.1 Kaedah Penilaian Pembangunan Modul

Fasa penilaian untuk projek ini dilakukan sepanjang proses pembangunan dengan

mengaplikasikan penilaian secara formatif di antara pembangun dan penyelia,

pembangun dan rakan sebaya, pembangun dan kumpulan pakar.

Penilaian yang dilakukan di antara pembangun dan penyelia projek menyediakan

pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk membangunkan e-peta minda ini. Di

samping itu, penilaian daripada penyelia sebagai pakar dalam menggunakan

MindMapper 2008 untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran yang boleh menyediakan

maklum balas ke atas paparan dan struktur isi kandungan.

Di samping itu, penilaian di antara pembangun dan rakan sebaya membolehkan

idea dan inspirasi berinteraksi. Pendapat dan cadangan diperoleh dijadikan sebagai

pertimbangan dan ruang untuk penambahbaikan. Bardasarkan penilaian ini, pembangun

akan lebih peka akan masalah yang timbul dan maklum balas dengan menyediakan jalan

penyelesaian atau melakukan pengubahsuaian dengan segera.

Akhir sekali, penilaian formatif bersama kumpulan pakar termasuklah guru

sekolah yang mengajar subjek berkenaan. Guru yang terlibat dalam penilaian ini terdiri

Page 74: Nota sce 3112

55

daripada kumpulan guru yang mempunyai pengalaman mengajar lebih dari 10 tahun.

Kaedah penilaian untuk kumpulan ini adalah temu bual. Setiap penilaian dilakukan

secara individu dengan menunjukkan e-peta minda dan beberapa modul yang berkenaan.

Borang maklum balas diagihkan kepada guru berkenaan dan diisi sehingga lengkap.

Cadangan dan komen yang diberikan dijadikan sebagai bahan untuk kebaikan projek.

3.7 Spesifikasi Perkakasan untuk Pembangunan Projek

Untuk projek ini, berikut merupakan spesifikasi hardware yang diperlukan:

i. Intel CoreTM2 Duo 1.5 GHz Processor

ii. Skrin Monitor 14.0”

iii. Card Reader Siap Pasang

iv. Cakera Keras Berkapasiti 120GB

v. 1.5GB DDR Memory RAM

vi. DVD/ CD-ROM

vii. Mikrofon

viii. Pembesar Suara

ix. Tetikus

x. Papan Kekunci

xi. Server-disediakan oleh Fakulti Pendidikan, UTM

xii. Akses Internet

Page 75: Nota sce 3112

56

3.8 Spesifikasi Keperluan Minimum Perkakasan untuk Pengguna

Bagi membolehkan pengguna menggunakan e-peta minda yang disediakan,

pengguna hendaklah memenuhi spesifikasi minima hardware yang diperlukan.

Spesifikasi minima yang diperlukan oleh pengguna adalah seperti berikut:

i. Intel Pentium Processor dengan sekurang-kurangnya 600 MHz

ii. 4.0 GB kapasiti cakera keras

iii. Skrin monitor dengan 1024x768 piksel

iv. Sistem yang beroperasi dengan WINDOWS Office XP

v. Pembesar Suara

vi. Papan kekunci dan tetikus

vii. Memory RAM dengan sekurang-kurangnya 256MB

viii. CD ROM Drive 40x

ix. Perisian Microsoft Office

3.9 Penutup

Projek ini dibangunkan berdasarkan Model Pelan Hannifen dan Peck yang

melibatkan tiga fasa, iaitu Fasa Pentaksiran Bahan, Fasa Lakaran Pelan dan Fasa

Membangun/ Perlaksanaan dan Penilaian/Ulang kaji untuk stiap fasa. Pelan yang

sistematik adalah amat penting bagi memastikan hasil projek yang terbaik. Di samping

itu, perisian aplikasi dan perisian multimedia juga amat penting kerana boleh dijadikan

sebagai alat yang berkesan bagi menghasilkan material pembelajaran untuk peta minda

tersebut.

Page 76: Nota sce 3112

BAB 4

PEMBANGUNAN BAHAN BANTU MENGAJAR BERASASKAN E-PETA

MINDA BERTAJUK “THE REACTIVITY SERIES OF METALS AND IT’S

APPLICATION”

4.1 Pengenalan

E-Peta minda berasaskan MindMapper 2008 yang bertajuk The Reactivity Series

of Metals and It’s Application telah berjaya dihasilkan dalam jangka masa yang telah

ditetapkan melalui perancangan yang bersistematik. Bab ini akan memfokuskan kepada

kandungan hasil projek dan panduan kepada pengguna yang akan mengaplikasikannya.

Media-media seperti teks, animasi, grafik dan video telah digabungkan ke dalam platfom

Microsoft Power Point 2007 dalam mpenyediaan peta minda ini. Peta minda ini adalah

merupakan salah satu bahan pembelajaran yang berasaskan sistem pembelajaran

elektronik. Oleh itu dalam bab ini, proses-proses yang berkaitan dengan penghasilan peta

minda yang interaktif dan persembahan maklumat unutk pengguna akan dijelaskan.

Selain itu, penggunaan bahan lain turut juga akan dibincangkan dalam bab ini.

Page 77: Nota sce 3112

58

4.2 Struktur-struktur Asas Peta Minda Berasaskan MindMappers 2008

Bahagian ini akan membincangkan secara ringkas tentang paparan yang terdapat

dalam peta minda dan modul BBM. Gambar paparan disertakan untuk memberi gambaran

dengan lebih jelas tentang pembangunan portal berasaskan MindMappers 2008 ini.

4.2.1 Skrin Halaman Utama

Para pengguna yang ingin menggunakan e-peta minda yang berasaskan

MindMappers2008 ini hanya perlu membuka fail e-peta minda yang berkenaan. Sebelum

boleh membuka aplikasi tersebut, pengguna perlu “install” aplikasi MindMappers2008 yang

dibekalkan bersama di dalam cakera padat (CD-ROM).

Antaramuka paparan e-peta minda ini adalah jelas dengan tajuk dan animasi yang

berkaitan dengan tajuk. Di sekeliling tajuk adalah sub topik bagi tajuk peta minda.

Manakala, disetiap pecahan subtopik peta minda akan dimasukkan pautan untuk ke paparan

lain yang berkaitan. Pembangun telah menggabungkan ciri-ciri unik, konfigurasi kursus dan

kandungan untuk membangunkan behan pembelajaran yang mempunya struktur seperti di

bawah:

Page 78: Nota sce 3112

59

Rajah 4.1 Skrin Halaman Utama

4.2.2 Bahagian Introduction

Bahagian Introduction ini mengandungi bahan pembelajaran yang memperkenalkan

tajuk pembelajaran untuk setiap subtopik. Bahagian ini juga boleh digunakan sebagai set

induksi buat para guru sebelum sesi pembelajaran dimulakan .

Page 79: Nota sce 3112

60

Rajah 4.2 Paparan Introduction

4.2.3 Bahagian Module

Bahagian Module merupakan bahagian yang memuatkan semua isi pembelajaran

interaktif yang telah disediakan. Bahagian ini memuatkan objektif pembelajaran, isi-isi

utama subtopik, dan pelbagai animasi menarik bagi memastikan tumpuan pelajar terhadap

proses pembelajaran adalah pada tahap optimum. Bahagian ini telah dibangunkan

menggunakan aplikasi Microsoft Powerpoint 2007.

Page 80: Nota sce 3112

61

Rajah 4.3 Skrin Bahagian Modul

Page 81: Nota sce 3112

62

Bahagian modul ini memuatkan semua isi pelajaran bagi subtopik The Reactivity Series of

Metals and It’s Applications. Bahagian ini terdiri daripada empat lagi subtopik yang telah

disediakan, termasuklah:

• The Reactivity of Metals With Oxygen

• The Position of Carbon in The Reactivity Series of Metals

• The Position of Hydrogen in The Reactivity Series of Metals

• The Applicationsof The Reactivity Series of Metals in The Extraction of Metals.

Tambahan pula, ruangan Pop Quiz dan Glossary juga disertakan bagi membantu

pelajar untuk mengingati semula kandungan pembelajaran yang sebelumnya dan membantu

dalam memahami istilah saintifik yang baru dan sukar. Gambar-gambar animasi telah

disediakan menggunakan aplikasi Adobe Photoshop. Manakala semua audio yang

digunakan telah disediakan menggunakan aplikasi Sound Forge 8.0 dan Voice Recorder.

4.2.4 Bahagian Quiz

Bahagian Quiz telah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Pop Quiz dan Final

Quiz. Pop Quiz telah disediakan di setiap modul bagi menilai tahap kefahaman pengguna

selepas mereka membaca nota-nota berkenaan yang telah disediakan. Oleh yang demikian,

terdapat berberapa soalan Pop Quiz di dalam setiap modul dimasukkan bagi memastikan

pelajar benar-benar bersedia untuk Final Quiz. Manakala Final Quiz pula merupakan

penilaian sumatif di mana latihan telah disediakan oleh pembangun supaya tahap kefahaman

pelajar boleh diuji. Penilaian sumatif bertujuan untuk meniliai keseluruhan pengetahuan dan

kefahaman pelajar sejurus selepas proses pembelajaran. penilaian berkenaan adalah bagi

menguji kefahaman pelajar untuk subtopik yang berkenaan sahaja. Soalan-soalan yang

Page 82: Nota sce 3112

63

dibina adalah berpandukan buku-buku rujukan dan sebahagian daripadanya adalah daripada

pembangun sendiri. Bahagian ini telah dibangunkan menggunakan Microsoft Power Point

2007, Sound Forge 8.0, Voice Recorder dan Hot Potato.

Rajah 4.4 Skrin Pop Quiz

Rajah 4.5 Skrin soalan Pop Quiz

Page 83: Nota sce 3112

64

Rajah 4.6 Skrin Quiz

4.2.5 Bahagian Games

Bahagian Games ini adalah bahagian yang menyediakan ruang untuk pelajar untuk

melupakan sebentar tekanan, tetapi dalam pada masa yang sama pelajar boleh belajar

dengan lebih santai. Bahagian ini menyediakan permainan minda yang berkaitan dengan

topik kepada pelajar. Permainan juga dibangunkan menggunakan aplikasi Microsoft Power

Point 2007. Dengan ini, pembelajaran akan menjadi lebih seronok dengan diselangi sedikit

hiburan seperti permainan dan simulasi. Bahagian Games ini berformat teka silang kata

(Word Puzzle), dan mencari perkataan tersembunyi (Word Search) bagi merangsang minda

pelajar dan menilai sejauh mana pelajar mencari penyelesainnya. Dengan adanya pengisian

seumpama ini, pengguna tidak akan berasa bosan dan tertekan apabila mempelajari sesuatu

yang baru.

Page 84: Nota sce 3112

65

Rajah 4.7 Skrin Word Search

4.2.6 Bahagian Glossary

Bahagian Glosari ini menyediakan definisi bagi istilah-istilah saintifik yang biasa

digunakan dalam subtopik ini. Bahagin ini telah dibangunkan pada setiap Module atau

bahagian Lesson untul memudahkan proses pembelajaran dan memudahkan para pengguna

unutk mencari istilah-istilah yang tertentu. Bahasa Inggeris bagi istilah yang berkenaan

disusun mengikut abjad dan beberapa perkataan Bahasa Malaysia juga dimuatkan ke dalam

Glosari dan ini adalah amat penting untuk membantu pengguna dalam memberi makna atau

istilah dalam Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia. Hal ini kerana kefahaman pengguna akan

menjadi lebih tinggi terutama sekali pengguna yang tidak biasa kepada Bahasa Inggeris.

Bahagian ini telah dibangun menggunakan Microsoft Power Point 2007, Sound Forge 8.0

dan Voice Recorder.

Page 85: Nota sce 3112

66

Rajah 4.8 Skrin Glossary

4.3 Penilaian oleh Guru Berpengalaman

Penilaian formatif iaitu Penilaian Secara Individu yang dijalankan dengan kaedah

temuduga dengan beberapa orang guru berpengalaman mengajar Kimia lebih 10 tahun di

sekolah-sekolah berdekatan. Dua orang guru berpengalaman telah dipilih bagi mendapatkan

maklum balas berkenaan dengan projek e-peta minda dan bahan pembelajaran yang telah

dibangunkan.

Guru pertama adalah Pn Faridah Bt Abdul Kadir. Beliau merupakan seorang guru

Kimia di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail, Johor Bahru dan berkhidmat

sebagai guru Kimia selama 13 tahun. Komen beliau adalah seperti berikut:

Page 86: Nota sce 3112

67

a) Kekuatan

i. Persembahan modul pembelajaran seperti warna, audio, teks dan latar

belakang adalah sangat menarik, bersesuaian dan menarik perhatian.

ii. Siri Kereaktifan Logam disampaikan dengan menarik dan jelas dengan

menyertakan tayangan ekperimen yang penting bagi setiap sub-topik.

iii. Pautan-pautan yang senang untuk mengakses kandungan lain disediakan

dengan baik.

b) Kekurangan

i. Beberapa istilah penting hendaklah dibetulkan kerana ini akan

mengelirukan pelajar.

Guru kedua adalah Pn Zanariah Bt Mohamad Nordin yang berkhidmat di Maktab

Sultan Abu Bakar, Johor Bahru dan telah berkhidmat sebagai guru Kimia selama 17 tahun.

Berikut adalah komen daripada beliau:

a) Kekuatan

i. Video eksperimen yang menarik.

ii. Permainan yang disediakan membantu pelajar untuk terlibat sama dengan

proses pembelajaran.

iii. Modul yang dibangunkan adalah menarik dan mesra pengguna.

iv. Pemilihan soalan yang diajukan adalah bagus kerana mengikut format

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Page 87: Nota sce 3112

68

b) Kekurangan

i. Gambar rajah saintifik hendaklah dilukis mengikut format SPM iaitu

tanpa warna dan hanya dalam bentuk 2 dimensi (2D) sahaja tetapi, untuk

proses pengajaran, boleh dimaafkan.

4.4 Penutup

E-Peta minda bertajuk The Reactivity Series of Metals and Its Application

merupakan pembangunan yang berbentuk produk. Hasil akhir produk ini akan dikeluarkan

dalam bentuk cakera padat dan boleh diagihkan kepada sekolah untuk diuji. Pembangunan

projek akan diteruskan sehingga siap sepenuhnya sebelum di keluarkan dalam bentuk cakera

padat. Oleh yang demikian, pembangunan e-peta minda ini akan dilaksanakan sepenuhnya

sebelum dikeluarkan dan diedarkan kepada pihak sekolah yang berminat untuk

menggunakan e-peta minda ini sebagai BBM.

Page 88: Nota sce 3112

BAB 5

PERBINCANGAN, CADANGAN, DAN KESIMPULAN

5.1 Pengenalan

Bab ini membincangkan masalah-maslaah yang dihadapi semasa membangunkan

e-peta minda berasaskan MindMapper 2008 dari awal sehinga tamat proses

pembangunan. Bab ini juga membincangkan kekuatan dan kelemahan e-peta minda serta

modul BBM. Selain daripada itu, cadangan-cadangan yang berupaya untuk memperbaiki

kelemahan peta minda dan meningkatkan kualiti projek dalam proses pembelajaran bagi

pembangunan lanjutan juga akan dibincangkan dalam bab ini.

5.2 Perbincangan

Tujuan utama projek ini adalah untuk membangunkan e-peta minda yang

berasaskan MindMapper2008 yang bertajuk “The Reactivity Series of Metals and It’s

Application”. Perisian Microsoft Power Point 2007 telah digunakan sebagai platfom

untuk membangunkan modul BBM. Penggunaan Microsoft Power Point 2007

Page 89: Nota sce 3112

70

mempunyai banyak fungsi yang menarik dan berlainan. Namun begitu, keupayaan

perisian ini adalah terhad dan memerlukan beberapa perisisan sokongan untuk

mempelbagaikan media seperti visual grafik, video, animasi, dan audio.

Modul BBM yang dimasukkan ke dalam e-peta minda ini adalah bertujuan bagi

memperkayakan modul BBM versi Bahasa Inggeris yang bermutu dari segi

penyampaian isi kandungan dan mengikut silibus KPM serta mampu menarik minat

pelajar untuk belajar. Platfom MindMapper 2008 digunakan untuk merangsangkan

pembelajaran elektronik antara pengguna sama ada pelajar atau para guru di sekolah.

MindMapper 2008 menyediakan ruangan untuk pembangun memuatkan modul, kuiz,

dan sebagainya. Projek ini telah menyediakan satu persekitaran yang membolehkan

pengguna mempelajari sesuatu secara kendiri.

5.3 Masalah-masalah yang dihadapi semasa membangunkan projek

Beberapa masalah telah dihadapi oleh pembangun sepanjang pembangunan

projek berlangsung, antaranya ialah kekangan masa, masalah teknikal, dan masalah

kepakaran.

5.3.1 Kekangan masa

Masa yang diperlukan untuk membangunkan projek ini adalah panjang. Hal ini

kerana elemen-elemen yang diperlukan perlu diubah suai menggunakan perisian Adobe

Photoshop mengikut kesesuaian latar supaya menjadikan modul lebih menarik dan

Page 90: Nota sce 3112

71

bersesuaian. Animasi-animasi yang berkenaan pula dibangunkan menggunkan Gif

Animator. Selain itu, proses penyediaan produk dalam bentuk cakera padat juga

mengambil masa kerana melalui proses melakar muka hadapan cakera padat dan

menyusun semula fail mengikut susunan yang betul agar hasil produk boleh digunakan

disemua komputer yang memenuhi keperluan minima untuk mengoperasikan modul.

5.3.2 Masalah teknikal

Perkakasan utama bagi membangunkan projek ini ialah komputer dan

memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan pembangunan projek

berjalan dengan lancar. Pembangun perlu memanfaatkan penggunaan komputer sendiri

kerana dilengkapi dengan perisian-perisian tertentu yang memastikan prmbangunan

projek tidak tergendala. Selain itu, ruang storan yang besar dan kepantasan komputer

bekerja juga amat diperlukan kerana ruang storan yang besar boleh menyimpan fail-fail

projek berkenaan dalam satu lokasi dan kelajuan komputer untuk mencapai fail-fail

berkanaan juga harus diambil kira bagi memastikan perjalanan pembangunan projek

adalah lancar. Hal ini bagi memastikan kelancaran projek tidak terganggu kerana

pembangunan projek mengambil masa yang lama. Di samping itu, pembangun harus

sentiasa peka untuk membuat salinan kedua fail atau kerja-kerja lain di storan luaran

seperti cakera keras, pendrive, dan lain-lain bagi memastikan hasil kerja tidak hilang

kerana serangan virus atau masalah-masalah teknikal komputer seperti self shut-down,

hang dan lain lain.

Page 91: Nota sce 3112

72

5.3.3 Masalah kepakaran

Elemen-elemen media seperti animasi, video, audio, teks, dan grafik yang

menarik dan bersesuaian perlu dimasukkan ke dalam modul bagi menjadikan modul

lebih menarik dan menjadikan modul ini lain daripada yang lain. Namun, kepakaran

untuk menggunakan perisian yang berkenaan memerlukan kepakaran kerana terdapat

cara dan teknik yang berbeza untuk menyimpan fail-fail seperti video, audio dan grafik

yang digunakan dalam modul. Contohnya Gif Animator, Ulead 3D Cool Studio, Adobe

Photoshop CS3, dan Sound Forge merupakan perisian utama bagi membangunkan

media jenis animasi untuk dimuatkan ke dalam modul. Perisian ini merupakan perisian

yang rumit untuk dikendalikan. Oleh hal yang demikian, pembangun memerlukan masa

yang panjang untuk menguasai perisian ini. Maka, kepakaran merupakan aspek yang

penting bagi memastikan pembangunan projek ini mencapai kejayaan.

5.4 Masalah yang dihadapi dalam Pembangunan Bahan Bantu mengajar e-Peta

minda

Pelbagai jenis rintangan dan masalah yang dihadapi sepanjang pembangunan

projek. Namun hal ini tidak mematahkan semangat pembangun untuk menyiapkan

projek ini. Bahagian seterusnya akan membincangkan beberapa masalah yang dihadapi

oleh pembangun.

a) Masa yang terhad menyebabkan proses penilaian perisian secara formal

dengan penilai pakar isi kandungan mata pelajaran tidak dapat dilakukan.

Page 92: Nota sce 3112

73

b) Kekangan masa dan masalah teknikal merupakan faktor utama pembangun

mengambil keputusan untuk tidak merangkumi kesemua sub topik dan skop

dalan sukatan pelajaran Kimia tingkatan lima. Malangnya, pelajar tidak

berkesempatan untuk menggunakan modul ini untuk sub topik dan skop lain.

c) Pembangun kurang memasukkan video dan animasi kreatif kerana

penyediaan media berkenaan memerlukan pengetahuan dan kepakaran yang

dalam serta memakan masa yag panjang. Tambahan pula, kandungan

persembahan dalam e-peta minda ini disediakan berdasarkan kemampuan

pembangun dan hanya menggunakan Microsoft Power Poin 2007t sebagai

platfom utama.

d) Komponen video juga kurang dimuatkan ke dalam modul kerana saiz fail

yang terlalu besar. Kelancaran penggunaan modul juga akan terganggu

apabila saiz fail yang hendak dibuka melalui pautan yang disediakan adalah

terlalu besar. Oleh itu, pembangun mengambil keputusan untuk memuatkan

video yang penting sahaja ke dalam modul bagi memastikan kandungan mata

pelajaran disampaikan dengan efektif.

5.5 Cadangan

Terdapat beberapa masalah yang dihadapi sepanjang pembangunan projek ini.

oleh hal yang demikian, produk yang dihasilkan mungkin tidak setanding dengan

perisian yang sudah sedia ada di pasaran. Namun, bagi memastikan kualiti produk ini

mencapai tahap yang lebih baik, beberapa cadangan telah dikemukakan bagi

memastikan kelemahan-kelamahan lain dapat diperbaiki dan ditangani. Antara cadangan

tersebut adalah:

Page 93: Nota sce 3112

74

a) Pembangun perlu mempunyai kepakaran untuk menggunakan perisian-perisian

lain yang dimuatkan ke dalam e-peta minda dengan menghadiri kelas kemahiran

operasi perisian.

b) Penggunaan animasi dan video kreatif yang lebih kemas dan menarik supaya

penyampaian isi pengajaran lebih jelas dan mudah.

c) Pembangun digalakkan untuk menggunakan kapasiti komputer yang lebih tinggi

dan baik bagi memastikan masa yang diambil untuk pembangunan e-peta minda

boleh disingkatkan. Contohnya penggunaan RAM yang lebih tinggi.

d) Melakukan penilaian daripada pakar-pakar berkenaan seperti pakar

MindMapper2008, Microsoft Power Point 2007, pakar tajuk, serta guru-guru

pakar bagi memastikan kualiti dan mutu produk yang dihasilkan adalah terjamin.

e) Bahan bantu mengajar ini telah dibangunkan sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris.

Hal ini akan menyukarkan pengguna akan datang kerana mulai tahun 2012, mata

pelajaran sains akan diajar semula dalam Bahasa Malaysia. Oleh itu, pembangun

e-peta minda seterusnya hendaklah menyediakan perisian mereka dalam Bahasa

Malaysia sepenuhnya.

f) Berdasarkan daripada komen guru berpengalaman yang telah diperolehi,

pembagnun hendaklah memuatkan soalan-soalan yang membantu pelajar untuk

menjawab soalan peperiksaan dengan mudah selain menyediakan soalan

berkenaan dalam bentuk yang lebih menarik dan efisyen.

Page 94: Nota sce 3112

75

5.6 Refleksi

Pembangunan projek seumpama ini merupakan salah salu projek yang

bermanfaat kepada pelajar kerana perisian ini mampu membantu pelajar untuk mendapat

gambaran secara menyeluruh mengenai isi pelajaran yang bakal mereka pelajari.

Perisian ini juga adalah yang pertama seumpamanya yang telah dibangunkan iaitu e-peta

minda. E-peta minda ini adalah salah satu contoh bahan bantu mengajar yang baik

kerana mengandungi banyak pautan yang memudahkan proses pembelajaran. produk

akhir e-peta minda ini adalah dalam bentuk cakera padat. Hal ini memudahkan proses

untuk mendapatkan bahan pembelajaran kerana pelajar tidak lagi perlu untuk memuat

turun bahan bantu mengajar di internet. Ini boleh memperlahankan lagi proses

pembelajaran.

Selain itu, dengan adanya kemudahan komputer di setiap sekolah, e-peta minda

ini boleh dimainkan secara terus di dalam bilik darjah tanpa perlu ada kerisauan masalah

internet memandangkan sumber-sumber video hanya boleh didapati daripada internet.

E-peta minda ini secara tidak langsung akan mengubah cara dan teknik mengajar

guru di sekolah daripada pengajaran konvensional kepada pengajaran bestari dan

interaktif selaras dengan keinginan KPM.

Page 95: Nota sce 3112

76

5.7 Penutup

Satu e-peta minda telah Berjaya dibangunkan bagi mata pelajaran Kimia

tingkatan lima yang bertajuk The Reactivity Series of Metals and Its Application

berdasarkan objektif yang telah ditetapkan.

Elemen-elemen media seperti grafik, audio, video, teks dan animasi telah

dimuatkan dalam bahan e-peta minda. Pembangun telah menggunakan Microsoft Power

Point 2007 sebagai platfom utama serta perisian-perisian lain seperti Adobe Photshop

CS3, Sony Sound Forge, Photo Scape, Ulead 3D Cool Studio, Windows Movie Maker,

dan Ulead Gif Animator untuk membangunkan bahan bantu mengajar selain

menggunakan MindMapper2008 sebagai asas pembangunan modul.

Bahan bantu mengajar berasaskan e-peta minda bagi mata pelajaran Kimia

tingkatan lima bertajuk “The Reactivity Series of Metals and Its Applications” telah

berjaya dihasilkan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Walaupun terdapat

beberapa masalah yang dihadapi, namun pembangun telah berjaya mengatasinya dengan

profesional dan sistematik. Bahan pembelajaran elektronik ini diharapkan agar

membawa kebaikan kepada guru dan menaikkan semangat pelajar untuk lebih

bersemangat dalam menuntut ilmu serta mendapat keputusan yang membanggakan

pihak sekolah. Bahan e-peta minda ini juga diharap agar dapat membantu guru dalam

proses pembelajaran.

Page 96: Nota sce 3112

77

RUJUKAN

Alessi, Stephen M. Trollip and Stanley R. (2001) Multimedia for Learning : Methods

and Development. Calif: Corwin Pr.

Atan Long (1992). Psikologi Pendidikan,Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Atan Long (1982). Pedagogi Kaedah Mengajar. Petaling Jaya:Penerbit Fajar Bakti Sdn

Bhd.

Baharuddin Aris, Rio Sumarni Shariffudin, Manimegalai Subramaniam (2002). “Reka

Bentuk Perisian Multimedia”: Johor .Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Colette, E. (2001). “Electronic Education System Model.” Computers & Education,

36.171-82.

Christopher Horton (2004), “Student Alternative Conception in Chemistry.” Arizona

State University, Worchester.

Dasar Wawasan 2020: http:// www.vlib.unitarklj.edu.my

Denton Philip, Madden Judith, Roberts Mathew dan Rowe Philip .Students’ Response to

Traditional and Computer-Assisted Formative Feedback: A Comparative Case

Study. British Journal of Educational Technology vol 39, num 3 2008. pp486-

500.

Ismail Zain (2002). “Aplikasi Multimedia dalam Pengajaran”. Kuala Lumpur: Utusan

Publication.

Ismail Zain (2003). “Pelajar cemerlang melangkah ke alam siber”. Selangor Darul Ehsan

:Utusan publication and Distributors Sdn Bhd.

Page 97: Nota sce 3112

78

Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2001). Menguasai Perisian Persembahan

Elektronik : Microsoft PowerPoint XP. Kuala Lumpur : Venton Publishing.

Jamalludin Harun, Baharuddin Aris & Zaidatun Tasir (2001). Pembangunan Multimedia

: Satu Pendekatan Sistemetik. Kuala Lumpur : Venton Publishing.

Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir (2003). Asas Multimedia dan Aplikasinya dalam

Pendidikan. Bentong: PTS Publication.

John Parkinson and Peter Hollamby (2003).PowerPoint: just another slide show or a

useful learning aid? School Science Review, June 84(209) Page 61-67.

Knapper Ck (1980). Evaluating Instruction Technology. New York : John Wiley &

Sons, Inc

Mok S. S (1998). Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn

Bhd.

Musa Bin Sulaiman (2000). Fokus Kepada Inovasi Sumber Pengajaran Dan

Pembelajaran, jabatan pengajian Melayu.

Omardin Arshaan(2001). “Peranan, Tugas dan tanggungjawab Guru di Sekolah”.

Cheras,Kuala Lumpur:Utusan Publication & Distribution.

Pendekatan Pengajaran Deduktif:

http://www.aber.ac.uk/~mflwww/seclangacq/langteach8.html

Rae Condie and Bob Munro (2007). ‘The impact of ICT in schools’. Quality in

Education Centre, University of Strathclyde, pp. 25-26.

Robert E.Salvin (2006). “Educational Psychology- Theory and Practice”. Library of

Congress Cataloging in-Publication Data:Pearson, Eight Edition.

Page 98: Nota sce 3112

79

Rozinah Jamaludin (2000). “Asas-asas Multimedia dalam Pendidikan”. Kuala Lumpur:

Utusan Publication & Distibutors Sdn.Bhd.

Shaharom Noordin (1993). “Modul Pengajaran Kendiri(MPK);Satu inovasi dalam

Proses Pengajaran & Pembelajaran”. Journal. Akademik Maktab Perguruan

Perempuan Melayu Melaka.

Shahwiran Shahrany (2005), Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam

Pengajaran dan Pembelajaran.ppt

Steve Heath (2005). Multimedia dan Teknologi Komunikasi. Johor: Penerbit Universiti

Teknologi Malaysia.

Tan Ai Ngoh (1998). Penggunaan Komputer Di Kalangan Guru-Guru Sekolah

Kebangsaan Convent Kajang. Jurnal Pendidikan Tigaenf 2. 52

Yusup Hashim (1998). Reka bentuk pengajaran bersistem dalam pembinaan pengajaran

berbantukan komputer. Journal Pendidikan, 18 1-14