6
Nota Sejarah bab 3 Pembinaan Negara dan Bangsa 1. Sistem politik masyarakat melayu tradisional adalah berbeza daripada system politik negara moden. Dalam masyarakat Melayu tradisional, muncul kerajaan yang membawa kepada kewujudan raja. Kedudukan raja adalah begitu tinggi dan istimewa dalam sesebuah kerajaan. Raja bertanggungjawab memberikan perlindungan politik dan jaminan keselamatan kepada rakyat yang mendiami kawasan kekuasaannya. Rakyat yang mendiami wilayah yang diperintah raja pula akan menerima dan mengakui kekuasaan raja. Kesetiaan rakyat terhadap rajanya menentukan sempadan kerajaan atau wilayah yang diperintah oleh raja tersebut. Kerajaan yang kuat akan menakluk dan menaungi kerajaan lain yang lemah untuk mengembangkan empayarnya. 2. Konsep bangsa merujuk kepada sekumpulan manusia dalam ikatan ketatanegaraan atau dengan kata lain warganegara sesebuah negara. Konsep bangsa Malaysia merupakan konsep baru bagi rakyat berbilang kaum di negara ini. Konsep bangsa Malaysia dikemukakan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam ucapannya di Majlis Perniagaan Malaysia pada 28 Februari 1991. Negara dan bangsa Malaysia terbentuk apabila Persekutuan Tanah Melayu diisytiharkan merdeka pada 31 Ogos 1957 dan pembentukan Malaysia pada 16 September 1963. Bangsa Malaysia terdiri daripada masyarakat berbilang kaum yang mempunyai bahasa, budaya, kepercayaan dan pendapat terhadap keduniaan yang berbeza. Bangsa Malaysia dibentuk melalui penggunaan satu bahasa kebangsaan. Ia juga diperkukuhkan melalui pengamalan kebudayaan kebangsaan. Pembentukan bangsa Malaysia dipraktikkan melalui pengamalan rukun negara dalam setiap aspek kehidupan. Akhir kata, pembentukan bangsa Malaysia merupakan hasil perjuangan kemerdekaan, pengisian kemerdekaan dan pengekalan kemerdekaan. 3. Rujuk buku teks – ciri-ciri negara bangsa (ada 4) - Ciri –ciri negara dan bangsa KMM ( ada 6) 4. Kejayaan yang dicapai daripada pembentukan negara bangsa di Malaysia Disediakan oleh : Pn. Chandramathi a/p Kanesan

Nota Sejarah Bab 3

  • Upload
    peragas

  • View
    233

  • Download
    5

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Nota Sejarah Bab 3

Nota Sejarah bab 3

Pembinaan Negara dan Bangsa

1. Sistem politik masyarakat melayu tradisional adalah berbeza daripada system politik negara moden. Dalam masyarakat Melayu tradisional, muncul kerajaan yang membawa kepada kewujudan raja. Kedudukan raja adalah begitu tinggi dan istimewa dalam sesebuah kerajaan. Raja bertanggungjawab memberikan perlindungan politik dan jaminan keselamatan kepada rakyat yang mendiami kawasan kekuasaannya. Rakyat yang mendiami wilayah yang diperintah raja pula akan menerima dan mengakui kekuasaan raja. Kesetiaan rakyat terhadap rajanya menentukan sempadan kerajaan atau wilayah yang diperintah oleh raja tersebut. Kerajaan yang kuat akan menakluk dan menaungi kerajaan lain yang lemah untuk mengembangkan empayarnya.

2. Konsep bangsa merujuk kepada sekumpulan manusia dalam ikatan ketatanegaraan atau dengan kata lain warganegara sesebuah negara. Konsep bangsa Malaysia merupakan konsep baru bagi rakyat berbilang kaum di negara ini. Konsep bangsa Malaysia dikemukakan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam ucapannya di Majlis Perniagaan Malaysia pada 28 Februari 1991. Negara dan bangsa Malaysia terbentuk apabila Persekutuan Tanah Melayu diisytiharkan merdeka pada 31 Ogos 1957 dan pembentukan Malaysia pada 16 September 1963. Bangsa Malaysia terdiri daripada masyarakat berbilang kaum yang mempunyai bahasa, budaya, kepercayaan dan pendapat terhadap keduniaan yang berbeza. Bangsa Malaysia dibentuk melalui penggunaan satu bahasa kebangsaan. Ia juga diperkukuhkan melalui pengamalan kebudayaan kebangsaan. Pembentukan bangsa Malaysia dipraktikkan melalui pengamalan rukun negara dalam setiap aspek kehidupan. Akhir kata, pembentukan bangsa Malaysia merupakan hasil perjuangan kemerdekaan, pengisian kemerdekaan dan pengekalan kemerdekaan.

3. Rujuk buku teks – ciri-ciri negara bangsa (ada 4)

- Ciri –ciri negara dan bangsa KMM ( ada 6)

4. Kejayaan yang dicapai daripada pembentukan negara bangsa di Malaysia

Antara kejayaan yang dicapai hasil daripada pembentukan negara bangsa di Malaysia ialah berjaya mengurangkan kadar jenayah di negara kita. Selain itu, gejala rasuah dapat diperangi. Akses internet telah diperluaskan ke serata tempat demi memberikan kualiti pendidikan yang bermutu kepada generasi muda. Pembentukan negara bangsa ini juga telah terbukti meningkatkan taraf hidup isi rumah berpendapatan rendah. Justeru itu, hasil kejayaannya juga ialah menambah baik prasarana luar bandar dan pedalaman.

Di samping itu, pembentukan negara bangsa ini juga telah dapat memperkasa pengangkutan awam di bandar. KPI atau Petunjuk Prestasi Utama juga telah berjaya dilaksanakan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan awam. Kerajaan Malaysia juga telah memberi bantuan BR1M kepada rakyat yang berpendapatan RM 3000 ke bawah. Tidak dinafikan juga, hasil pembentukan negara dan bangsa ini berjaya memperkenalkan Skim Perumahan 1 Malaysia atau PRIMA untuk membina perumahan mampu milik.

Disediakan oleh : Pn. Chandramathi a/p Kanesan

Page 2: Nota Sejarah Bab 3

Selain itu, kejayaan yang dicapai hasil daripada pembentukan negara dan bangsa Malaysia ialah dapat mengurangkan tekanan kos hidup rakyat seperti Kedai Rakyat 1 Malaysia, Klinik 1 Malaysia, dan menu rakyat 1 Malaysia. Kejayaan seterusnya ialah dalam bidang pertahanan dengan memperkenalkan ‘Strategi Lautan Biru’ (National Blue Ocean Strategy) untuk meningkatkan jumlah anggita polis terutamanya di kawasan yang tinggi kadar jenayah. Hasil usaha pembentukan negara bangsa Malaysia juga telah berjaya melancarkan Program Transformasi Luar Bandar sebagai sebahagian daripada Dasar Transformasi Nasional. Seterusnya, kejayaan yang menjadi reality di depan mata kita ialah Pusat Transformasi Luar bandar (RTC), Pusat Transformasi Komuniti dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang berkonsepkan “Satu hentian, Pelbagai Perkhidmatan” (One Stop Center).

5. Peranan warganegara dalam menjadikan bangsa Malaysia yang cemerlang.

Peranan warganegara dalam menjadikan bangsa Malaysia yang cemerlang ialah rajin mengulangkaji pelajaran dan mengamalkan pendidikan sepanjang hayat serta menguasai pelbagai bahasa dan kemahiran ICT. Dalam merealisasikan bangsa Malaysia yang cemerlang juga, kita haruslah bersikap berdikari, kreatif, inovatif dan sentiasa menjalankan kajian dan penyelidikan untuk menambah kualiti dan mutu dalam segala bidang.

Selain itu, kita haruslah mengamalkan disiplin diri dan mempunyai ciri kepimpinan, memelihara jati diri dan berani menegakkan kebenaran. Sebagai warganegara yang cintakan negara, kita haruslah bijak bertindak, menilai dan merancang strategi untuk masa hadapan. Bangsa Malaysia yang cemerlang juga dapat dibentuk melalui sikap menghormati orang tua, bersikap matang, tidak beremosi, tabah menghadapi dugaan dan berhemah semasa mengambil sesuatu keputusan.

Bangsa Malaysia cemerlang dapat diwujudkan dengan meningkatkan perpaduan kaum, semangat kekitaan dan saling menghormati antara satu sama lain tanpa mengira agama, bangsa dan budaya. Kita haruslah menghormati pegangan agama lain dan amalan budaya masyarakat berlainan bangsa. Selain itu, kita haruslah melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kemasyarakatan seperti program perpaduan dan menyokong dasar-dasar kerajaan.

Setiap warganegara haruslah setia kepada negara dengan berani mempertahankan dan sanggup berkorban untuk negara. Kita haruslah mengekalkan kedaulatan negara Malaysia dengan mengambil iktibar peristiwa lalu. Kita juga wajarlah menghargai kemerdekaan negara kita dan sentiasa berbangga sebagai rakyat Malaysia.

Selain itu, peranan yang harus dimainkan oleh seseorang warganegara ialah menghormati keluhuran pelembagaan dan kedaulatan undang-undang. Kita juga haruslah berbangga dengan keunikan negara Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian bahasa dan budaya. Bangsa Malaysia yang cemerlang juga dapat diwujudkan dengan menghormati lambang-lambang negara, menghargai perjuangan tokoh tanah air, menghormati raja dan pemimpin negara dan senantiasa sedia berubah ke arah kemajuan.

Disediakan oleh : Pn. Chandramathi a/p Kanesan

Page 3: Nota Sejarah Bab 3

6. Penghayatan semangat cinta akan negara dalam membentuk keharmonian masyarakat.

Keharmonian masyarakat sudah semestinya hanya dapat dicapai dengan penghayatan semangat cinta akan negara. Setiap individu haruslah memainkan peranan dalam mengekalkan keamanan negara. Kita haruslah tidak membangkitkan isu sensitive dan sentiasa menghormati hak asasi, agama dan budaya lain. Kita juga haruslah mematuhi kedaulatan undang-undang dan menolak sebarang bentuk keganasan.

Rakyat Malaysia haruslah sentiasa bertoleransi antara kaum dan berfikiran terbuka menerima pendapat kaum lain. Rakyat juga hendaklah bersama-sama mempertahankan kedaulatan negara dan berganding bahu membangunkan ekonomi negara. Di samping itu, rakyat juga berperanan menentukan hala tuju negara dan memastikan pentadbiran yang licin dan cekap. Rakyat juga perlu memastikan pengekalan hak asasi mereka serta menghormati kedudukan hak istimewa masyarakat Bumiputera Sabah dan Sarawak.

Penghayatan konsep 1 Malaysia amat penting dalam membentuk keharmonian masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum. Hubungan erat antara kaum dapat dibentuk dengan meningkatkan perpaduan kaum, sedia bekerjasama, saling menghormati pegangan dan amalan budaya lain. Sebagai warganegara yang rasional, kita haruslah mengamalkan nilai murni seperti aktiviti bergotong-royong, kejiranan dan bertolak ansur dalam semua perkara.

Rakyat Malaysia juga semestinya menghormati hak kebebasan rakyat demi perpaduan. Di samping itu, persoalan isu sensitif haruslah dielakkan dipersoal secara terbuka demi memelihara perpaduan dan keharmonian negara. Selain itu, rakyat juga perlu patuh pada undang-undang bagi memastikan keamanan negara terpelihara serta melaporkan sebarang kes pelanggaran undang-undang kepada pihak berkuasa. Rakyat haruslah menjaga imej negara dengan menghormati amalan demokrasi.

7. Cabaran yang dihadapi oleh pemimpin negara dan langkah mengatasinya.

Pemimpin negara menghadapi pelbagai cabaran dalam memperkukuh pembinaan negara dan bangsa Malaysia. Antaranya ialah keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu. Keadaan ini telah mengakibatkan kenaikan hg barangan secara mendadak. Selain itu, pemimpin juga menghadapi cabaran dalam memperkukuh perpaduan antara masyarakat yang tediri daripada pelbagai kaum. Kadar pengangguran yang tinggi dan sikap terlalu memilih pekerjaan dalam kalangan masyarakat tempatan juga merupakan cabaran besar yang harus ditangani. Justeru itu, pemimpin negara juga berhadapan dengan cabaran merapatkan jurang ekonomi antara penduduk bandar dan luar bandar akibat perbezaan pendapatan per kapita yang diperoleh. Tidak dinafikan juga, gejala sosial yang semakin menjadi-jadi turut merupakan cabaran bagi pemimpin kita dalam menanganinya. Cabaran seterusnya yang agak kritikal ialah kemasukan pendatang asing tanpa izin yang ramai dan membanjiri negara kita, telah menyebabkan hak-hak rakyat tempatan diganggugugat.

Disediakan oleh : Pn. Chandramathi a/p Kanesan

Page 4: Nota Sejarah Bab 3

Langkah bagi mengatasi cabaran-cabaran ini ialah pemimpin negara perlu memantapkan hubungan diplomatik dengan negara jiran. Dalam masa yang sama, pemimpin perlu meningkatkan hubungan persahabatan dengan mengadakan pelbagai program yang dapat mengeratkan hubungan antara negara seperti melalui sukan dan media massa. Pemimpin juga perlu mengamalkan sikap tolak ansur dalam menangani konflik serantau seperti kebanjiran PATI dari Indonesia. Sebarang masalah haruslah diselesaikan di meja rundingan. Bagi menangani cabaran dlm negara, pemimpin wajar menguatkuasakan undang-undang untuk memastikan keselamatan negara daripada perlakuan jenayah. Perpaduan dalam kalangan rakyat perlu dimantapkan melalui pelbagai program seperti rumah terbuka dan sebagainya. Isu-isu sensitive seperti yang berkaitan dengan agama dan bangsa perlu dihindarkan. Selain itu, pemimpin perlu terus berusaha memantapkan ekonomi negara dengan mempelbagaikan sumber ekonomi dan melahirkan lebih ramai pakar dan tenaga mahir untuk bersaing di peringkat antarabangsa. Pemimpin juga perlu mengukuhkan teknologi pertahanan dan meningkatkan keupayaan ketenteraan. Keselamatan di sempadan dan kawasan perairan negara juga perlu ditingkatkan.

8. Nilai-nilai murni….

Nilai-nilai murni daripada usaha pembentukan negara dan bangsa Malaysia ialah bekerjasama dalam membangunkan negara yang tercinta. Selain itu, peristiwa ini juga dapat mengeratkan perpaduan antara kaum kerana negara kita mempunyai masyarakat berbilang kaum.

Seterusnya, sebagai seorang pemimpin yang berkaliber, seharusnya tidak bertindak terburu-buru dalam menguruskan sesuatu isu. Malahan, mereka mestilah bersifat adil seperti mengutamakan suara majority dan kepentingan rakyat diutamakan.

Di samping itu, pemimpin juga perlu bertindak bijak serta rasional dalam setiap tindakan. Seseorang pemimpin itu juga mestilah bersikap inovatif dan berhemah tinggi. Pemimpin juga harus berpandangan jauh dan berwawasan. Akhir sekali, pemimpin seharusnya bersikap terbuka, bertoleransi dan rasional terhadap rakyat.

9. Kesimpulannya, pengetahuan yang diperoleh daripada pembentukan negara dan bangsa Malaysia ialah terdapatnya empat ciri bagi pembentukannya seperti negara, bangsa, kerajaan dan perlembagaan. Selain itu, Ciri-ciri pembinaan negara dan bangsa pada zaman kesultanan Melayu Melaka terdiri daripada 6 ciri utama.

Iktibar yang saya peroleh ialah berusaha bersungguh-sungguh untuk menjayakan wawasan negara. Selain itu, iktibar kepada masyarakat ialah kita bersatu hati bagi mencapai matlamat yang dihasratkan seperti menjayakan Wawasan 2020. Seterusnya, iktibar kepada negara ialah kita haruslah bersama-sama menjaga dan mengekalkan kedaulatan negara.

Harapan saya ialah pemimpin hari ini perlu mencontohi kebijaksaan pemimpin terdahulu dalam membawa negara ke mercu kegemilangan. Selain itu, saya berharap rakyat Malaysia terus bersatu padu demi mengekalkan keharmonian masyarakat yang berbilang kaum.

Disediakan oleh : Pn. Chandramathi a/p Kanesan