Upload
sangkari-suppaiah
View
24
Download
3
Embed Size (px)
DESCRIPTION
nota kuliah
Citation preview
q
Konsep
Asasnya
Sebahagian daripada kurikulum sekolah
Boleh dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah
(mengikut kesesuaian)
Boleh menyediakan pengetahuan dan pengalaman bagi perkembangan mental, minat, bakat, jasmani, rohani dan pembentukan nilai-nilai estetika serta sosial yang positif.
Sebagai satu bidang pendidikan, penglibatan semua murid dan ahli masyarakat adalah perlu dan berasaskan kepada anggapan
semua murid harus mempunyai perseimbangan antara perkembangan mental (akademik)dengan perkembangan sahsiah yang bersepadu (sosial, jasmani dan rohani)
semua murid mempunyai minat dan bakat yang boleh dimajukan.
semua murid boleh dididik dan boleh pula mendidik diri sendiri.
sekolah bertanggungjawab bagi melahirkan murid-murid untuk keperluan masyarakat dan negara.
masyarakat juga bertanggungjawab dan memainkan peranan mereka dalam mendidik murid-murid, termasuklah pendidikan kemasyarakatan.
Matlamat
Matlamat utama:menyemai kesedaran dan kepatuhan terhadap agama dan kepercayaan kepada Tuhan (FPK)
Matlamat lain:
perseimbangan antara perkembangan mental dengan perkembangan sahsiah
pengukuhan interaksi dan integrasi di kalangan murid di sekolah
peningkatan minat, bakat dan kemahiran murid dalam gerak kerja kokurikulum yang diceburi
pengukuhan dan pengayaan perkara yang dipelajari dalam bilik darjah serta perluasan pengetahuan dan pengalaman murid dalam bidang tertentu
pengisian masa lapang murid dengan berfaedah, memberi kegembiraan serta pembinaan kesihatan dan kesejahteraan diri
peningkatan disiplin murid melalui penyemaian dan pemupukan nilai dan sikap positif, selaras dengan hasrat Rukunegara
peningkatan suasana sekolah yang lebih menarik dan menggembirakan murid
peningkatan penglibatan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dengan ibu bapa dan masyarakat
Perseimbangan
perkembangan mental dan sahsiah
Pengukuhan
interaksi dan integrasi murid
(pengayaan)
yang dipelajari dalam bilik darjah
Peningkatan
minat, bakat dan kemahiran murid
disiplin murid
suasana sekolah yang lebih menarik
penglibatan ibu bapa dan masyarakat
Pengisian
masa lapang murid
Strategi Pelaksanaan
memberi
wajaran yang sesuai kepada gerak kerja kokurikulum supaya kurikulum dan gerak kerja kokurikulum boleh saling melengkapi dalam proses pendidikan di sekolah
penghargaan kepada murid dan pihak lain, dari semasa ke semasa
menambahkan lagi bilangan dan mempelbagaikan gerak kerja kokurikulum, dengan tujuan memberi peluang kepada semua murid melibatkan diri dengan aktif secara individu, kumpulan dan beramai-ramai
melibatkan
murid dari semua kaum ( di mana yang sesuai) untuk tujuan pemupukan perpaduan
murid dan pihaksekolah dalam gerak kerja khidmat masyarakat
JBPS, PIBG, guru-guru dan murid-murid dalam perancangan dan pelaksanaan gerak kerja kokurikulum
merancang dengan teliti gerak kerja kokurikulum bagi menetapkan matlamat yang dikehendaki
merekod dan menilai kemajuan gerak kerja kokurikulum yang dijalankan
mengadakan
pertandingan dengan melibatkan semua murid
penyeliaan dan penilaian yang sistematik secara berterusan
GERAK KERJA KOKURIKULUM
Pengetua
J.B.P.S
GPK HEM
Guru Kanan Kokurikulum
Penyelaras
Penyelaras
Setiausaha Sukan
Unit Beruniform Kelab/Persatuan
Guru Penasihat
Guru Penasihat
Ketua Guru Rumah
AJK
AJK
Guru
Ahli-ahli
Ahli-ahli
AJK
Ahli- ahli
Carta Organisasi Pengurusan
Gerak Kerja Kokurikulum Sekolah Rendah
Nota: Carta ini sesuai bagi sekolah Gred A. Bagaimanapun ia boleh diubahsuai bagi semua sekolah
GARIS PANDUAN YANG BERKAITAN DENGAN IKHTISAS
DIKELUARKAN OLEH KPM
CONTOH
Bahagian Sekolah-sekolah
Jabatan Sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia
Paras 5, Blok J Selatan
Pusat Bandar Damansara
Tel: 03- 20986900
50604 Kuala Lumpur Kawat: PENDIDIKAN
_____________________________________________________________
KP (BS) 8591 / Jld. III / (8)
(Tarikh)
Semua Pengarah Pendidikan Negeri,
Y. Bhg. Datuk / Tuan/ Puan,
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 6/(tahun)
Panduan Tajaan Oleh Syarikat/Badan Perniagaan Di Sekolah
.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,
( )
Bahagian Sekolah-Sekolah
b.p. Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan
s.k.
Faktor-faktor yang mempengaruhi penubuhan
Keperluan setempat
Kemudahan infra struktur
Kepakaran
Faedah yang diperolehi oleh murid
Bilangan murid/guru
Penubuhan Unit Yang Mempunyai Badan Induk
Pihak pengurusan sekolah mengadakan perbincangan awal dengan badan induk yang berkenaan Mengisi borang permohonan dan menyediakan maklumat yang diperlukan oleh badan induk
Menghantar borang permohonan kepada pihak yang berwajib (daerah/ negeri/ kebangsaan)
Pengumuman pendaftaran murid sementara menunggu kelulusan daripada badan induk
Mendapat kelulusan/ sijil pendaftran dari badan induk
Melaksanakan aktiviti
Perlembagaan dan Undang-undang(umum)
1) Nama dan alamat pertubuhan
2) Matlamat
3) Keahlian
4) Jawatankuasa (bilangan, tugas dsb)
5) Kewangan pertubuhan
6) Pembatalan dan pembubaran pertubuhan
7) Pindaan perlembagaan
8) Mesyuarat
1 Memberi panduan, nasihat, bimbingan dsb kepada JK bagi melaksanakan aktiviti dan aspek pentadbiran
2 Melaksana dan menentukan polisi Kementerian Pelajaran, Pejabat Pelajaran Negeri & Daerah, sekolah dilaksanakan dengan berkesan
3 Menghadiri dan memberi nasihat dalam mesyuarat agung dan mesyuarat jawatankuasa
4 Menjadi pengantara antara pentadbir sekolah dengan murid
5 Berperanan aktif memberi tunjuk ajar dan latihan kepada ahli(murid)
(tiga jawatan utama)
1.PENGERUSI
Mengurus dan mentadbir mengikut perlembagaan
Melaksanakan keputusan mesyuarat agung atau mesyuarat JK
Mempengerusikan mesyuarat JK
Merancang, melaksana dan menyelia aktiviti
2. SETIAUSAHA
Menyimpan pendaftaran ahli
Bertanggungjawab dalam urusan surat menyurat dengan pihak luar, pentadbir sekolah dan ahli
Menjemput dan mengedar surat memanggil semua mesyuarat
Bekerjasama dengan Pengerusi bagi mentadbir dan mengurus
Menjalankan tugas mengikut perlembagaan
3. BENDAHARI
Menyimpan rekod dan stok harta pertubuhan Memungut dan menyimpan penyata pembayaran yuran ahli Memungut dan menyimpan penyata keluar masuk wang pertubuhan Mengurus dan mentadbir pembelian dan kewangan pertubuhan Menyimpan dan menyiapkan penyata kira-kira pertubuhan Menjalankan tugas mengikut perlembagaan
SISTEM FAIL
Fail ialah proses menyimpan segala rekod dan dokumen untuk simpanan selamat atau satu rantaian aktiviti yang bermula dan berakhir pada titik yang sama.
Sistem fail bertujuan sesuatu rekod mudah dicari apabila diperlukan tanpa membuang masa, maklumat dan rekod tidak hilang, mudah disediakan dan disimpan.
Sistem fail yang sistematik dapat menambah kecekapan mentadbir dan mengurus sesuatu unit GERKO dan membuat rujukan apabila perlu.
Secara umumnya, ada terdapat 4 sistem pengkelasan fail yang utama:
1. mengikut abjad
2. mengikut perkara
3. mengikut angka
4. mengikut tempat dan kawasan
Ciri umum sistem fail
sesuatu dokumen itu mudah dicari dan diperoleh dengan cepat apabila diperlukan sistem fail itu tidak kompleks, mudah dikendalikan dan difahami serta tidak mengelirukan sistem fail perlu disesuaikan dengan keperluan organisasi. sistem fail boleh diubah suai jika perlu, mengikut kehendak dan keadaan organisasi. Pengubahansuai bermaksud membesarkan dan mengecilkan sistem fail sistem fail perlu melibatkan kos yang paling minimum. dokumen yang difailkan perlu mendapat perlindungan keselamatan daripada kebakaran, kekotoran, bencana alam dan kebocoran rahsia organisasi sistem fail perlu menggunakan ruang yang paling minimum.
Tahap Pertama (Tajuk utama)
07
GERKO
Tahap Kedua (Subtajuk)
07/04
Sukan
Tahap Ketiga (Perkara)
07/04/05Bola Keranjang
07 Gerak Kerja Kokurikulum (GERKO)
07/01
Pentadbiran
07/02
Unit Beruniform
07/02/01
Pengakap KLM 14
07/02/02
Kadet Pandu Puteri Malaysia
07/02/03
Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia
07/02/04
St. John Ambulans Malaysia
07/02/05
Pergerakan Puteri Islam Malaysia
07/03
Persatuan
07/03/01
Bahasa Melayu
07/03/02
Bahasa Inggeris
07/03/03
Bahasa Cina
07/03/04
Bahasa Tamil
07/03/05
Matematik
07/03/06
Sains
07/03/07
Kemahiran Hidup
07/03/08
Kajian Tempatan
07/03/09
Bimbingan dan Kaunseling
07/03/10
Bahasa Arab dan Berzanji
07/03/11
Teknologi Pendidikan
07/03/12
Seni Lukis dan Kraftangan
07/03/13
Muzik dan Nyanyian
07/03/14
Kebudayaan
07/03/15
Teater dan Drama
07/04
Sukan
07/04/01
Bola Sepak
07/04/02
Bola Jaring
07/04/03
Bola Tampar
07/04/04
Bola Baling
07/04/05
Bola Keranjang
07/04/06
Badminton
07/04/07
Hoki
07/04/08
Tenis
07/04/09
Pingpong
07/04/10
Sepak Takraw
07/04/11
Gimrama
07/04/12
Olahraga
SAMPUL KECIL
Satu fail sementara dibuka apabila fail asalnya tidak ditemui.
Fail sementara ini mengandungi satu tajuk sahaja
Apabila fail berkenaan sudah digunakan ia hendaklah ditutup dan dimasukkan ke dalam fail besar.
Fail ini tidak aktif
KERTAS MINIT
Mengandungi senarai surat yang masuk dan keluar dengan memberi nombor rujukan.
Biasanya menggunakan warna dakwat yang berbeza untuk membezakan surat masuk dan surat keluar.
PENUTUPAN FAIL
Sesuatu fail hendaklah ditutup apabila telah mengandungi 100 kandungan atau difikirkan terlalu tebal
Setelah ditutup, fail tersebut hendaklah dicatat dengan Jilid I Fail baru dibuka dan dicatat dengan Jilid II Nombor rujukan fail yang sama digunakan
Nombor bilangan surat menggunakan nombor baru iaitu bermula dengan 1 (satu)
MENULIS SURAT RASMI
Surat menyurat merupakan satu alat komunikasi
Surat rasmi termasuklah:
Surat yang dihantar oleh jabatan kerajaan, pertubuhan/ persatuan induk kepada pertubuhan/persatuan atau sebaliknya
Surat panggilan mesyuarat
Surat memohon memberi ceramah
Surat memohon membuat aktiviti sprt lawatan
Surat rasmi mempunyai format yang tertentu
FORMAT UMUM SURAT RASMI
1) Logo, nama dan alamat persatuan (logo jika kepala surat dicetak khusus)
2) Nombor fail (Ruj. Kami dan Ruj.Tuan)
3) Tarikh
4) Alamat penerima
5) Menghadap atau pembukaan surat
6) Perkara (tujuan surat)
7) Kandungan surat (seringkas mungkin)
8) Ucapan terima kasih dan penghargaan
9) Cogan kata (jika perlu)
10) Yang menurut perintah, menjalankan tugas
11) Tandatangan
12) Nama dan jawatan
Perkara yang perlu diberi perhatian!
Kepala surat bercetakJika menggunakan lebih daripada sehelai, gunakan kepala surat bercetak pada muka surat pertama sahaja.
Nombor rujukanTulis nombor rujukan fail sendiri (Ruj. Kami) dan jika menjawab surat,perlu dicatit nombor rujukan surat pengirim (Ruj. Tuan) di bahagian atas Ruj. Kami.
Tarikha) Hari (tulis nombor)
b) Bulan (diejakan, mulakan dengan huruf besar atau kesemuanya huruf besar)
c) Tahun (tulis nombor)
d) Contoh: 14 Mac 2003
Alamat penerimaa) perkataan kepada tidak pelu ditulis
b) Taip (u.p.: ............) untuk tindakan pegawai yang telah dikenal pasti
c) Semua baris ditaip sebelah kiri tanpa inden
Melaluia) Pengirim surat mempunyai pihak yang lebih tinggi daripada jawatannya(cth: Guru Penasihat menghantar surat kepada organisasi luar perlu melalui Guru Besar/Pengetua)
b) Perkataan melalui ditulis di bawah alamat penerima
Menghadap atau pembukaan surata) menggunakan perkataan penghormatan seperti Tuan, Puan, Dato, Yang Berbahagia
b) jarak dengan alamat penerima /melalui ialah empat baris
Tajuk Surat
a) ditulis dua baris di bawah menghadap atau pembukaan surat
b) tidak perlu tulis Per atau PERKARA
c) jika semua huruf bold, tidak perlu underlined) setiap perkataan dimulakan dengan huruf besar Pembukaan dan kandungan surat
a) jarak di antara pembukaan surat dengan tajuk ialah dua baris
b) pembukaan surat atau perenggan pertama tidak perlu dinomborkan. Mulakan di sebelah kiri (tanpa inden)
c) perenggan seterusnya dinomborkan, iaitu 2, 3 dan seterusnya
d) jarak antara perenggan ialah dua baris
e) pecahan perenggan tidak boleh melebihi dua peringkat pecahan.
f) Taip tiga titik di sebelah kiri jika ada lampiran bersetentang dengan perkataan Bersama-sama ini..
Cogan kata
a) menggunakan huruf besar,cth: BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
b) Langkau dua barisan, tulis saya yang menurut perintah
c) Tanpa inden
Tandatangan, nama dan gelaran jawatan
a) jaraknya empat baris di bawah saya yang menurut perintah
b) nama pengirim ditulis semuanya dengan huruf besar dan dalam kurungan
c) gelaran jawatan ditulis seperti biasa, tidak perlu semuanya huruf besar
d) tanpa inden
Surat- surat salinan
a) ditaip perkataan s.k. untuk surat-surat salinan.
b) Jika lebih daripada satu salinan, tidak perlu dinomborkan
c) Tanpa inden
Kependekan (initial) nama penulis dan jurutaip
a) Nama penulis menggunakan semuanya huruf besar dan jurutaip menggunakan huruf kecil ( cth: MHM/hn)
b) Tanpa inden
Kumpulan Pengakap KLM 14 (KPLI)
Institut Perguruan Raja Melewar
Seremban.
_____________________________________________________________________
Ruj.Tuan:
Ruj. Kami: IPRM 07/02/KLM14/KPLI/ (12)
Tarikh: 10 April 2008Pengarah
Institut Perguruan Raja Melewar
Seremban.
(u.p. Timbalan Pengarah)
Melalui:
Pensyarah Penasihat
KOKU Pengakap KLM 14 (KPLI)
Tuan,
Memohon Kebenaran Mengadakan Kursus Kepimpinan Asas Pengakap Peringkat II Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Pengakap KLM 14 (KPLI) memohon kebenaran untuk mengadakan kursus tersebut di atas seperti berikut:
Tarikh:
20 hingga 22 Mei 2006
Tempat:COMAS, Telok Kemang, Port Dickson
2. Untuk makluman tuan, kursus ini diadakan bagi memenuhi keperluan kursus GERKO Unit Beruniform.
...3.Bersama-sama ini disertakan kertas kerja kursus tersebut.
Diharap tuan dapat mempertimbangkan permohonan ini. Kerjasama dan pertimbangan tuan didahulu dengan uacapan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
SELALU BERSEDIA
Saya yang menjalankan tugas
(MUHAMMAD BIN ABDULLAH)
Setiausaha
GERKO Pengakap KLM 14 (KPLI)
s.k.Setiausaha GERKO
Penyelaras GERKO Unit Beruniform
MBA/ykm
PENGURUSAN MESYUARAT
Jenis Mesyuarat
1. Mesyurat Agung Tahunan
membincangkan tentang persatuan secara menyeluruh dan melaksanakan pemilihan JK kerja yang baru
Agenda umum:
1. Ucapan Pengerusi
2. Membentangkan dan mengesahkan minit mesyuarat agung yang lepas
3. Membentangkan dan menerima penyata tahunan tahun lalu
4. Membentang dan mengesahkan penyata kewangan tahun lalu
5. Memilih jawatankuasa kerja yang baru
6. Membincangkan dan meluluskan usul atau cadangan
7. Ucapan penangguhan
Notis mesyuarat perlu diedarkan dalam tempoh 14 hari yang ditandatangani oleh Setiausaha
Mesyuarat hanya boleh dijalankan sekiranya korum (mengikut perlembagaan) mencukupi
2. Mesyuarat Agung Luar Biasa atau Tergempar
hanya membincangkan sesuatu isu atau perkara
Agenda:
1. Penerangan atau taklimat oleh ketua atau setiausaha tentang latar belakang isu yang akan dibincangkan
2. Perbincangan tentang isu berkenaan dan membuat keputusan
3. Mesyuarat Jawatankuasa Kerja
mesyuarat untuk menggerakkan persatuan
dihadiri oleh AJK yang dilantik dalam mesyuarat agung
Agenda:
1. Ucapan Pengerusi
2. Mengesahkan minit mesyuarat yang lepas
3. Perkara-perkara berbangkit
4. Agenda yang ingin dibincangkan dalam mesyuarat tersebut
5. Hal-hal lain
4. Mesyuarat Jawatankuasa Kecil/Biro
mesyuarat khusus bagi sesuatu JK kecil
membincangkan atau menyelesaikan sesuatu tanggungjawab
Peranan dan Tanggungjawab AJK
1. Pengerusi
1.1SIFAT:
Daya usaha
Kepimpinan
Adil
Tidak emosional
Berpakaian kemas
Sentiasa tenang
Mendapat kepercayaan ahli
Berpengetahuan
1.2 TANGGUNGJAWAB
a) memulakan mesyuarat
cukup korum
ikut waktu yang ditetapkan
menjelaskan tujuan mesyuarat
b) semasa mesyuarat
ikut urutan agenda
mengemukakan perkara yang ingin dibincangkan secara jelas dan padat
bercakap dengan ringkas, padat, jelas dan bahasa yang mudah difahami
menjadi orang paling aktif dan bertindak sebagai fasilitator
mengambil perhatian terhadap idea-idea yang dikemukakan
pandai dan boleh mengawal suasana mesyuarat
sentiasa menjadi pendengar yang baik
merumus agenda dengan padat dan tepat
tidak memperkecilkan pendapat dan cadangan ahli
membenarkan hanya seorang ahli sahaja bercakap dalam satu-satu masa
tidak boleh mengundi kecuali
c) Menutup mesyuarat dengan segera sekiranya perbincangan telah tamat
d) Memastikan Setiausaha menaip minit mesyuarat dan mengedarkan kepada ahli untuk tindakan seterusnya
2. Setiausaha
2.1SIFAT:
Berdedikasi
Cekap
Berdisiplin
Membuat kerja dengan kemas & teratur
Boleh bekerjasama dengan Pengerusi
Mementingkan fakta yang terperinci
2.2 TANGGUNGJAWAB
a) sebelum mesyuarat
berbincang dengan Pengerusi untuk menyediakan agenda mesyuarat
menghantar surat jemputan atau notis mesyuarat lebih awal
memastikan tempat mesyuarat sesuai
menyediakan perlatan yang diperlukan semasa mesyuarat
menyediakan minit mesyuarat yang terdahulu
b) semasa mesyuarat
datang lebih awal ke tempat mesyuarat untuk memastikan semua persiapan tidak tergendala dan diatur dengan sempurna
mencatat perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat dengan ringkas, tepat dan padat
mengedarkan borang kehadiran mesyuarat kepada ahli yang hadir
c) selepas mesyuarat
menyiapkan minit mesyuarat dengan seberapa segera dan dapatkan pengesahan Pengerusi
mengedarkan minit mesyuarat berkenaan secepat mungkin untuk membolehkan pihak berkenaan mengambil tindakan
Minit Mesyuarat
Maksud:perkara yang dibincangkan dan telah diputuskan dalam sesuatu mesyuarat
Kegunaan:untuk maklum balas dan rujukan mesyuarat berikutnya
Tanggungjawab:Setiausaha
Kaedah dan Prosedur:
1) Bilangan mesyuarat ( Mesyuarat kali ke ..)
2) Senarai kehadiran
(Hadir/Tidak hadir/Turut hadir)
3) Tarikh mesyuarat
4) Tempat mesyuarat
5) Masa mesyuarat
6) Minit dicatat dengan ringkas mengikut agenda
7) Dinyatakan tindakan siapa?
8) Tandatangan atau nama pencatat/Setiausaha
9) Pengesahan Pengerusi
Contoh aktiviti :
Perkhemahan
Lawatan
Olahraga Tahunan
Rekreasi
Seminar/Forum/Bengkel/Dialog/Persidangan
Tertakluk kepada SPI Kementerian Pendidikan dan Ordinan Pendidikan, contoh
SPI Bil. 6/1988 Panduan Tajaan oleh Syarikat/ Badan Perniagaan di sekolah
SPI Bil. 7/1983Garis Panduan Mengenai Pungutan Derma Melibatkan Murid-murid Sekolah
The Schools (Tours) Regulations, 1957
Kejayaan sesuatu program bergantung kepada perancangan dan pengendalian/ perlaksanaannya
PERANCANGAN:merancang, merangka,menyusun aktiviti dan menyelaras tugas bagi melaksanakan sesuatu program yang telah dirancangkan
PENGENDALIAN:mentadbir,mengurus dan mengawal atau melaksanakan sesuatu program yang telah dirancang
PERINGKAT PERANCANGAN
Kertas Kerja
Mesyuarat
Tindakan susulan
persiapan awal
Pengagihan tugas
Keperluannya:
merupakan cadangan dan
perancangan program
Kandungan:
Pendahuluan
Objektif dan Matlamat
Tema
Tempat
Tarikh dan tempoh program
Dif Perasmian/Penutup
Penyertaan
Bayaran
Jawatankuasa
Perbelanjaan
Pendapatan
Penutup
Lampiran,cth:
Jadual keseluruhan
Keperluan: satu cara menentukan semua tindakan dilaksanakan mengikut perancangan
Langkah-langkah untuk mengatasi
boleh diatasi SEGERA
PerananTarikhTandakan / jika sudah dilaksanakanCatatan
1. Setiausaha/Urusetia
1.1 Mesyuarat penyelarasan dengan Ketua Guru Rumah
1.2 Menyediakan anggaran perbelanjaan berdasarkan anggaran perbelanjaan JK Kecil
Contoh:Pengelolaan Hari Kejohanan Olahraga Tahunan Sekolah
1. Memaklumkan kepada Pentadbir sekolah melalui kertas kerja
2. Memaklumkan kepada penjaga mengenai rancangan aktiviti
3. Urusan surat menyurat seperti kebenaran daripada tempat melakukan aktiviti,JPN atau PPD, Agensi Kerajaan yang terlibat, penjaga dll.
4. Melengkapkan borang-borang tertentu
5. Menyusun program sepanjang lawatan/aktiviti
6. Menentukan tugas dan peranan setiap jawatankuasa
7. Latihan dan kemahiran asas yang diperlukan
8. Taklimat kepada peserta
9. Persiapan
Kenapa perlu?
Mengikut Undang-undang sivil (Undang-undang Tort)
Apabila seseorang itu melakukan kesalahan di dalam tort, maka timbullah liabiliti sivil terhadapnya untuk mengganti rugi orang yang mengalami kerosakan atau kecederaan akibat daripada kesalahan (kecuaian)nya
LIABILITI timbul akibat daripada perbuatan cuai seseorang itu terhadap seseorang yang lain.
KECUAIAN ialah pengabaian tanggungjawab oleh kerana sesuatu perbuatan atau ketinggalan yang mengakibatkan kecederaan,kerugian atau kerosakan kepada seseorang
TINDAKAN?Secara lisan , bertulis dan perbuatan
Sebelum
Semasa
Selepas
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN SISTEM PERTANDINGAN
Undang-undang dan peraturan
Kesesuaian acara yang dipertandingkan
Jumlah penyertaan
Peringkat pertandingan dijalankan
SISTEM PERTANDINGAN
Pertandingan sekali gus (keputusan berdasarkan markah/mata tertinggi)
Pertandingan kalah mati
Pertandingan kalah mati dua kali
Pertandingan kalah mati dengan sagu hati
Pertandingan liga
Pertandingan separuh liga
Pertandingan bentuk piramid
Pertandingan bentuk tangga
Pertandingan bentuk corong
Pertandingan bentuk serombong
KALAH MATI
Peraturan Penentuan dan Penempatan bye
Bye ditetapkan sebelum penempatan peserta dalam struktur jadual. Ia tidak diletak untuk seorang peserta secara dua kali berturut-turut Semua bye mesti diletakkan dalam pusingan pertama Bilangan bye = (Kuasa dua tertinggi) (Bilangan peserta)Contoh: 12 peserta
24 12 = 16 12 = 4 bye
Peserta pilihan dapat bye mengikut kedudukan pilihan, iaitu peserta pilihan pertama dapat bye pertama, pilihan kedua dapat bye kedua.Bye1 (Pilihan 1)
Bye 3 (Pilihan 3)
Bye 2 (Pilihan 2)
Bye 4 (Pilihan 4)
LIGA
Penentuan jumlah bilangan perlawanan
Jumlah perlawanan = n (n 1)
2
n adalah bilangan pasukan
Contoh:
Bilangan pasukan yang menyertai, n = 10
Jumlah perlawanan = 10 (10 1)
2
= 10 X 9
2
= 45 perlawanan
Contoh
KUMPULAN A
Pasukan
1Pasukan
2Pasukan
3Pasukan 4Pasukan
5Jumlah
mataKedudukan
Pasukan
12
(2-1)0
(2-4)1
(1-1)2
(1-0)5
(6-6)
Pasukan
20
(2-3)2
(2-1)2
(3-1)
Pasukan
31
(1-1)0
(0-1)
Pasukan
41
(3-3)
Pasukan
5
Johan : .
Naib Johan: ..
Contoh:
ATUR CARA PERTANDINGAN
19 Jun 2001 (Selasa)
8.30 pagiSarapan pagi
9.00 pagiTaklimat Hakim
9.00 pagiPendaftaran peserta/undian
9.35 pagiKuarantin peserta
10.45 pagiPertandingan 1 dan 2
2.00 ptg.
Pendaftaran peserta/undian
2.35 ptg.
Kuarantin peserta
3.45 ptg.
Pertandingan 3 dan 4
20 Jun 2001 (Rabu)
9.00 pagiPendaftaran peserta/undian
9.35 pagiKuarantin peserta
10.45 pagiPertandingan 5 dan 6
2.00 ptg.
Pendaftaran peserta/undian
2.35 ptg.
Kuarantin peserta
3.45 ptg.
Pertandingan 7 dan 8
21 Jun 2001 (Khamis)
9.00 pagiPendaftaran peserta/undian
9.35 pagiKuarantin peserta
10.45 pagiPertandingan 9 dan 10
12.00 thariMajlis Penutup dan
Penyampaian Hadiah/Sijil
Jamuan
Bersurai
Contoh:
JADUAL PERTANDINGAN
Maktab Perguruan Raja Melewar, Seremban (MPRM)
Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru (MPTI)
Maktab Perguruan Perempuan Melayu, Melaka (MPPM)
Maktab Perguruan Batu Pahat, Batu Pahat (MPBP)
Maktab Perguruan Ilmu Khas, Kuala Lumpur (MPIK)
Tarikh/HariNo. Pert.MasaTempatPasukan
19.6.2001
(Selasa)110.45 pgBalai IlmuMPPM lwn MPBP
2Balai KerapatanMPRM lwn MPIK
33.45 ptgBalai IlmuMPBP lwn MPIK
4Balai KerapatanMPPM lwn MPTI
20.6.2001
(Rabu)510.45 pgBalai IlmuMPRM lwn MPPM
6Balai KerapatanMPTI lwn MPBP
73.45 ptgBalai IlmuMPTI lwn MPIK
8Balai KerapatanMPRM lwn MPBP
21.6.2001
(Khamis)910.45 pgBalai IlmuMPRM lwn MPTI
10Balai KerapatanMPPM lwn MPIK
PENILAIAN PROGRAM
1. Menentukan sejauh mana objektif tercapai
2. Memberi bukti tentang nilai dan sumbangan program tersebut
3. Mengetahui keberkesanan perlaksanaan dan tugas setiap AJK
4. Menggalakkan JK menyesuai dan membaiki proses dan langkah-langkah melaksanakan tugas
5. Mengetahui semua operasi dijalankan mengikut rancangan supaya dapat memperbaiki kelemahan dan kegiatan yang tidak sepadan
6. Menyemak pencapaian pentadbiran/ pengelolaan
LAPORAN
1. Pendahuluan
2. Tarikh,hari dan masa
3. Tempat
4. Penyertaan (peserta,jurulatih, pegawai dll)
5. Prosedur dan jadual kerja
6. Dif yang hadir
7. Jawatankuasa
8. Atur cara dan aktiviti yang telah dijalankan
9. Kewangan
10. Laporan setiap JK Kecil
11. Maklum balasdan penilaian secara menyeluruh
12. Masalah yang timbul
13. Pandangan dan cadangan memperbaiki atau mengatasinya
14. Penutup
LAPORAN INI DIBENTANGKAN DALAM MESYUARAT TERAKHIR.
6. Lawatan dan Aktiviti Luar
berbentuk aktiviti pendidikan :- aktiviti pengukuhan dan pengayaan pengajaran pembelajaran
mendapat pengalaman terus
biasanya dijalankan pada hujung minggu atau cuti sekolah
mengadakan aktiviti luar memerlukan persediaan yang lebih berbanding dengan lawatan
Contoh aktiviti luar:
Perkhemahan
Berkeno
Treking
Absailing
Snokeling
Tertakluk kepada SPI Kementerian Pendidikan dan Ordinan Pendidikan, contoh
SPI Bil. 6/1988 Panduan Tajaan oleh Syarikat/ Badan Perniagaan di sekolah
SPI Bil. 7/1983Garis Panduan Mengenai Pungutan Derma Melibatkan Murid-murid Sekolah
The Schools (Tours) Regulations, 1957
10. Memaklumkan kepada Pentadbir sekolah melalui kertas kerja
11. Memaklumkan kepada penjaga mengenai rancangan aktiviti
12. Urusan surat menyurat seperti kebenaran daripada tempat melakukan aktiviti,JPN atau PPD, Agensi Kerajaan yang terlibat, penjaga dll.
13. Melengkapkan borang-borang tertentu
14. Menyusun program sepanjang lawatan/aktiviti
15. Menentukan tugas dan peranan setiap jawatankuasa
16. Latihan dan kemahiran asas yang diperlukan
17. Taklimat kepada peserta
18. Persiapan
Kenapa perlu?
Mengikut Undang-undang sivil (Undang-undang Tort)
Apabila seseorang itu melakukan kesalahan di dalam tort, maka timbullah liabiliti sivil terhadapnya untuk mengganti rugi orang yang mengalami kerosakan atau kecederaan akibat daripada kesalahan (kecuaian)nya
LIABILITI timbul akibat daripada perbuatan cuai seseorang itu terhadap seseorang yang lain.
KECUAIAN ialah pengabaian tanggungjawab oleh kerana sesuatu perbuatan atau ketinggalan yang mengakibatkan kecederaan,kerugian atau kerosakan kepada seseorang
TINDAKAN?Secara lisan , bertulis dan perbuatan
Sebelum
Semasa
Selepas
PASTIKAN LAPORAN AKTIVITI DIHANTAR !!!!!!
Mengetahui prosedur membuka akaun persatuan di bank Menyediakan penyata wang masuk,wang keluar, penyata pendapatan dan penyata perbelanjaan pesatuan Menyediakan penyata kira-kira pesatuan Menghuraikan peraturan pembelian keperluan persatuan Menyediakan buku rekod dan stok persatuan dengan kemas dan mengikut peraturan
Persatuan seharusnya mengendalikan dan menguruskan kewangan dengan cekap dan teliti mengikut perlembagaan persatuan
Kelancaran dan aktifnya sesuatu persatuan sangat bergantung kepada kewangan
Mengurus kewangan bermaksud membuat penyata kewangan dengan rapi,teratur dan sistematik.
Bendahari bertanggungjawab ke atas pengurusan kewangan
Pembentangan kewangan sepatutnya dilakukan setiap kali mesyuarat jawatankuasa
Perkara yang perlu disediakan:
Kenyataan yuran ahli
Kenyataan wang keluar-masuk
Kenyataan simpanan di institusi kewangan
Resit-resit pembayaran
Buku resit terima wang
Daftar nama harta kepunyaan persatuan (buku stok)
Alat tulis dll
Alatan lain
Organisasi bukan perdagangan
Akaun dan penyata kewangan utama yang perlu disediakan:
1) Akaun kumpulan wang terkumpul
2) Akaun penerimaan dan pembayaran
3) Akaun pendapatan dan perbelanjaan
4) Kunci kira-kira
Penentuan dan pemilihan bank ditentukan oleh persatuan
Menggunakan borang
Maklumat dan tandatangan Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari
Pengeluaran secara tunai atau cek
Cek ditandatangani oleh pemegang amanah
Sekiranya berlaku pertukaran AJK, maklumat dan contoh tandatangan perlu ditukar
Proses pertukaran perlu disertakan dengan Minit Mesyuarat AJK atau Agung
Minit mesyuarat perlu disahkan
WANG MA$UK DAN WANG KELUARWang masuk :wang yang diterima melalui cek atau tunai
Wang keluar :wang yang dibayar melalui cek atau tunai
Bendahari dibenarkan menyimpan wang tunai mengikut perlembagaan untuk pembelian tunai Buku resit digunakan sebagai rekod penerimaan wang Buku resit mesti mempunyai nombor siri Pada resit dicatitkan pengeluaran/ penerimaan secara tunai atau cek Baucar disediakan sebagai dokumen merekodkan pengaliran keluar wang tunai atau cek Maklumat umum yang ada pada baucar:Nama dan alamat penerima,Tarikh, Tujuan pembayaran,
Jumlah pembayaran, Tandatangan penerima (dan cop),
Dua salinan (salinan asal disimpan oleh Bendahari dan salinan karbon disimpan oleh penerima)
PENYATA PENDAPATAN & PERBELANJAAN
SATU PENYATA KEWANGAN YANG MENYENARAIKAN KESEMUA PENDAPATAN YANG DITERIMA DAN DIBELANJAKAN DALAM TEMPOH TERTENTU
Berbeza dengan penyata perbelanjaan dan pendapatan
Ia menunjukkan kedudukan sebenar kewangan iaitu semua harta dan hutang yang dimiliki dalam satu jangka masa yang tertentu
Jumlah hutang yang masih ditanggung dinamakan sebagai tanggungan atau liabiliti Tangggungan mungkin jangka panjang atau jangka pendek
Hutang juga ujud jika pembelian secara kredit
HARTA atau ASET
Bermaksud semua barang kepunyaan yang mempunyai nilai sprt wang tunai, perabottanah bangunan, saham dsb.
Dinyatakan dalam bentuk wang ringgit
Aset terbahagi dua
1. Aset tetap sprt. bangunan,perabot
2. Aset semasa sprt stok, penghutang dan tunai
STOK
Semua harta yang akan dijual atau disimpanKunci kira-kira perlu dibentangkan dalam dua bahagian utama iaitu bahagian asset dan bahagian tanggungan
Merekodkan semua stok Untuk mengawal dan mengenal pasti sama ada sesuatu harta masih terdapat dalam simpanan Antara maklumat dalam buku stok: nombor pesanan
pembekal
tarikh dan jumlah penerimaan
jumlah dikeluarkan
nama dan tandatangan penerima
baki dalam stok
J.B.P.S.
Guru Besar
Penyelia
Petang
Penolong Kanan
(Kokurikulum)
Penolong Kanan II
(Hal Ehwal Murid)
Penolong Kanan I
(Kurikulum)
Penyelaras
Gerka kerja
Kokurikulum
(Kumpulan C)
Penyelaras
Gerka kerja
Kokurikulum
(Kumpulan B)
Penyelaras
Gerka kerja
Kokurikulum
(Kumpulan A)
Pelaksana
Guru
Agama
Pelaksana
Guru
Jasmani
Pelaksana
Guru
Media
Pelaksana
Guru Mata
Pelajaran
Pelaksana
Guru-guru
Kelas