26
NOVEL MERENANG GELORA

NOVEL MERENANG GELORA

  • Upload
    gittel

  • View
    471

  • Download
    1

Embed Size (px)

DESCRIPTION

NOVEL MERENANG GELORA. Watak. BADRI. Watak utama / protagonis : Badri ~ anak sulung Mak Siti ~ abang Badrul ~ pengawas sekolah ( baharu ) Watak penentang / antagonis : Shahrul. SHAHRUL. Watak lain. - PowerPoint PPT Presentation

Citation preview

NOVEL MERENANG GELORA

NOVEL MERENANG GELORA

WatakWatak utama / protagonis : Badri ~anak sulung Mak Siti ~abang Badrul ~pengawas sekolah (baharu)Watak penentang / antagonis : Shahrul

BADRI

SHAHRULWatak lain ~Mak Siti / ibu Badri ~Badrul / adik Badri / pemain bola sepak sekolah ~Jamil / kawan baik Badri ~Cikgu Kamarul / guru kelas Badri / guru Geografi ~Siti Cahya Nadira / murid baharu / anak buah Pak Long Badri ~Meng Kong / kawan ShahrulBab 1 (Tugas Baharu)~Hari itu buat pertama kali Badri akan bertugas sebagai pengawas sekolah~Badri memulakan tugas dengan meronda Blok C~Jamil menasihati Badri tentang risiko menjadi pengawas~Kelas Badri menerima murid baru yang bernama Nadira

NadiraBab 2 (Api yang Mula Membara)~Badri berasa hairan kerana banyak murid berjumpa dengan Meng Kong pada waktu rehat~Semasa di tandas, pakaian Badri basah kerana fisimbah air oleh seseorang yang tidak dapat dicam identitinya~Badri terkejut apabila melihat Nadira membonceng motosikal Shahrul~Di rumah Pak Alang, Badri terkejut apabila melihat Nadira, iaitu anak buah Mak Alang ada di situBab 3 (Bermain Api)~Badri berjaya mengecam murid yang menyiramnya di dalam tandas berdasarkan tanda lahir yang terdapat pada leher murid itu, iaitu Kumar~Kumar didapati bersalah kerana membawa telefon bimbit ke sekolah~Nadira meminta Badri tidak melaporkan perbuatannya kepada Mak Alang~Ketika turun dari bas, Badri mendapati ada sekeping nota daripada Siew Mei di dalam saku seluarnyaBab 4 (Duri dalam Daging)~Kumar melahirkan rasa Benci dan marahnya terhadap Badri yang menangkapnya sehingga menyebabkan telefon bimbitnya dirampas oleh Cikgu Jailani~Badri telah merosakkan rancangan mereka menjual telefon bimbit dan kad prabayar di sekolahBab 5 (Pertemuan)~Badri mengetahui perbuatan Jamil yang bekerjasama dengan Meng Kong menjual kad prabayar~Jamil semakin menjauhkan dirinya daripada Badri~Siew Mei memberitahu Badri bahawa abangnya, Ah Meng bekerja di kedai telefon bapa Meng Kong~Ah Meng cuba mengumpulkan maklumat mencari pencuri telefon dan kad prabayar di kedai tersebut~Siew Mei ingin mendapatkan kerjasama daripada Badri bagi mengelakkan abangnya dibuang kerja kerana kehilangan peralatan telefon ituBab 6 (Kemuncak Dunia)~Nadira ditegur oleh kakaknya, Nurul Ain kerana berpakaian kurang sopan~Nadira keluar bersiar-siar dengan Shahrul~Nadira marah kepada Badri serta menuduh Badri cuba mengambil tahu akan urusannya~Nadira membonceng motosikal Shahrul bersama-sama dengan kumpulan Mat Rempit~Rakan Shahrul, Aziz berjaya meloloskan diri daripada ditangkap polis semasa Shahrul membeli air~Nadira marah terhadap Shahrul kerana ditinggalkan keseorangan dan dihantar pulang ke rumahnya oleh anggota polis.Sinopsis Bab 1"Merenang Gelora" bermula dengan Badri sibuk menggayakan tali leher dan pakaian pengawas di hadapan cermin di rumahnya. Setelah itu dia menikmati nasi lemak sambal sotong air tangan ibunya. Usikan adiknya tidak memesongkan fikiran Badri tentang tanggungjawab sebagai pengawas yang juga lambang kepercayaan guru kepada dirinya. Dalam kegelapan pagi, dua beradik itu munuju ke perhentian bas. Tiba di sekolah, Badri terus disapa oleh Jamil yang menghamburkan pujian. Badri memberitahu bahawa dia bertugas di blok C, sambil mengajak Jamil sebagai teman. Bagi Badri, Jamil ialah rakan yang memberi sokongan ketika dia meminta pendapat tentang agihan tanggungjawab pengawas dengan persediaan peperiksaan. Jamil mengingatkan Badri tentang Shahrul, murid nakal yang suka melakukan peras ugut, dan kes disiplin murid yang makin buruk. Namun, Badri menegaskan bahawa dia tidak gentar, malah tidak sanggup membiarkan murid yang tidak bersalah menjadi mangsa. Apabila diduga oleh Jamil akan keberanian Badri bertindak, Badri dengan selamba mengatakan bahawa dia akan sentiasa merujuk guru. Dia tidak akan bertindak sendiri atau berlagak sebagai hero.Sebaik kembali ke kelas, Jamil memberitahu tentang murid perempuan baharu (yang berpindah dari Sekolah Menengah Badrul Shah, Kulim). Cikgu Kamarul masuk dan meminta Nadira memeperkenalkan diri. Apabila loceng berbunyi, beberapa orang murid menghampiri Nadira yang memiliki wajah yang cantik. Kemudian, apabila Badri mengusik Jamil tentang peluang tipis Jamil mendekati Nadira, Jamil membalas bahawa Badri bersikap kolot. Disebabkan tercabar kerana perbualan mereka didengar oleh Nadira, Jamil "membalas dendam" dengan mengatakan Badri antiperempuan. Marah mereka tidak lama apabila bertemu semula di kantin. Ketika ke tandas, Badri terserempak dengan Meng Kong yang sedang berurusan dengan lima orang murid lain. Mereka tergesa-gesa bersurai. Meng Kong juga cepat-cepat meninggalkan kantin demi terpandang Badri. Badri berasa hairan...Sinopsis Bab 2 (Api yang mula membara)Badri melakukan muhasabah (penilaian kendiri, introspektif) tentang matlamat dirinya dalam pelajaran, serta peranan sebagai anak kepada pasangan pegawai kerajaan dan suri rumah yang hidup sederhana. Badri rela dianggap kolot kerana tidak terpengaruh dengan pergaulan bebas atau lepak. Ajakan Jamil untuk melepak di Mastika Mall ditolak dengan alasan lebih baik dia membantu ibunya kalau sekadar untuk menghilangkan tekanan (stres). Entah macam mana mereka boleh rapat dengan prinsip hidup yang berbeza. Sedang Badri mengelamun, motosikal Shahrul meluncur ke kawan sekolah.Bab 3 (Bermain api)Rentetan peristiwa Badri dianiaya di tandas, Cikgu Jailani mengarahkan pengawasan ketat hingga kelibat Meng Kong tidak kelihatan pada waktu rehat. Namun, Badri terserempak dengan suspek dengan tanda lahir di leher, Kumar yang kebetulan tidak memakai lencana dan tanda nama. Ketika dibawa berjumpa Cikgu Jailani, sekali lagi Kumar terperangkap (kantoi - bahasa pasar) apabila telefon bimbit dalam kocek seluarnya bergetar. Badri kemudian mendapat maklumat tentang kegiatan Kumar bersama Meng Kong dan Shahrul apabila berbual dengan rakan sekelas, Ah Chun dan Selva. Mereka syak bahawa Meng Kong, Shahrul dan Kumar menjual telefon bimbit dan kad prabayar di sekolah, tetapi tidak cukup bukti.Sementara itu, Jamil kelihatan gelisah dan aneh. Jamil kemudian seolah-olah jurucakap Kumar yang meminta Badri tidak terlalu memerhatikan Meng Kong, tetapi Badri menafikannya kerana perkara itu kebetulan sahaja. Badri cuba menebak perkara yang cuba disembunyikan oleh Jamil, tetapi tidak sempat, malah ketika pula Jamil tergesa-gesa pergi. Sebaliknya, Badri seperti diberi amaran oleh Nadira supaya pandai menjaga mulut dan terus dilabel (dicap) sebagai tukang lapor (kepada Mak Alang).Di perhentian bas, Badri dirempuh dengan kuat (oleh Bob) hingga dia tersungkur dan beg sekolahnya tercampak. Nadira ketawa mengejek, manakala Kumar yang sengaja mencari gara-gara mengajak Bob berlalu sambil ketawa terbahak-bahak. Badri bertekad untuk melawan dan terus melaksanakan amanah tanpa menggunakan kekerasan. Ketika turun daripada bas, baru Badri perasan ada kertas kecil telah diselitkan dalam saku seluarnya. Nota itu hanya menghendaki dia pergi ke sebuah pasar raya pada pukul 4.00 petangnya.

Rasa ingin tahu menyebabkan Badri akur dengan nota tadi. Setelah 15 minit, ada suara seorang gadis yang tidak dikenalinya, memperkenalkan diri sebagai murid tingkatan 5. Siew Mei ingin meluahkan perkara penting dan rahsia. Mereka ke restoran makanan segera di situ, lalu Siew Mei mengatakan dia tahu peristiwa yang menimpa Badri.Hari itu kebetulan Badri sakit perut dan berulang-alik ke tandas. Di situ, dia disiram dengan air daripada mangkuk tandas. Pelaku (suspek) lari, tetapi Badri kemudian teringat tanda leher pada budak India tingkatan 5 itu. Badri terus ke kelas, tetapi terus disindir oleh Nadira. Badri hairan bahawa begitu cepat Nadira tahu. Tiba-tiba Jamil pula muncul dan membuat andaian Badri sebagai mangsa balas dendam budak tingkatan 2 yang ditangkap ponteng kelas. Jamil juga cuba mempengaruhi Badri supaya tidak mencampuri urusan murid lain kerana mungkin hal itu menyakitkan hati mereka. Badri sebaliknya mempertahankan tanggungjawab pengawas untuk membantu pihak sekolah supaya mematuhi disiplin.Jamil juga terperangkap dengan soalan Badri akan sebab dia tahu Badri berada di kelas. Jamil mengatakan cerita itu tersebar di kantin, tetapi dia mengelak daripada menyebut nama sesiapa. Badri bingkas ke bilik guru bertemu Cikgu Jailani. Badri disuruh pulang menukar baju.Di rumah, Badri membuat helah kepada ibunya, Mak Siti bahawa dia terjatuh lopak . pada sebelah petang Badri ke perpustakaan, tetapi dia gagal memberi tumpuan. Dia keluar merayau-rayau di bandar tanpa tujuan khusus. Setelah minum teh O ais di gerai, Badri ternampak Nadira membonceng motosikal Shahrul. Kemudian, Badri menuju rumah Pak Alang, bapa saudaranya. Rupa-rupanya ada tetamu. Badri terkejut kerana tetamu itu ialah Nadira, anak buah Mak Alang. Nadira resah, tetapi Badri puas...

Bab 4 (Duri dalam daging)Kumar tiba kemudian sedikit daripada Meng Kong dan Shahrul di pusat boling. Kumar kelihatan muram dan enggan bermain boling. Shahrul lalu mengajak mereka makan dan Meng Kong akan membelanja mereka stik. Kumar nyata maih begitu marah kepada Badri ekoran peristiwa telefon bimbit miliknya dirampas oleh Cikgu Jailani. Meng Kong berjanji untuk mengganti telefon itu dengan set yang baharu sebagai balasan kepada Kumar yang tidak membocorkan rahsia kegiatan mereka di sekolah. Kumar menganggap Badri sebagai penghalang urus niaga mereka. Nadira juga dimasukkan sebagai sasaran baharu mereka walaupun Shahrul rapat dengannya. Meng Kong mencuri telefon bimbit di kedai ayahnya, lalu dijual kepada murid secara ansuran. Shahrul yang menerima panggilan Nadira meninggalkan mereka sebentar. Kemudian, Shahrul memberitahu bahawa Nadira mengajaknya makan dan berjalan-jalan di sekitar bandar raya Kuala Lumpur.

Bab 5 (Duri dalam daging)Jamil yang balik awal daripada gerai ibunya ternampak Badri dengan Siew Mei, lantas mengusik Badri sebagai romeo (mata keranjang). Kebetulan maklumat Siew Mei tadinya ada kaitan dengan dengan sikap curang Jamil, iaitu bersekongkol dengan kumpulan Meng Kong, Kumar dan Shahrul. Badi mengajak Jamil ke restoran makanan segera yang sama, lalu terus melepaskan "peluru" tentang tembelang yang disimpan oleh Jamil selama ini. Jamil terkedu, enggan makan dan sebaliknya terus pergi dengan rasa malu. Badri menganggap tindakan Jamil itu bagai satu pengakuan. Siew Mei mendedahkan semua kegiatan Meng Kong kerananya abangnya, Ah Meng bekerja di kedai telefon bimbit ayah Meng Kong. Kehilangan telefon bimbit, aksesori dan kad prabayar semuanya dicatat oleh Ah Meng. Siew Mei merayu Jamil supaya membantu Ah Meng kerana dia tempat bergantung keluarga mereka. Namun, mereka mesti mengumpul bukti. Badri akan mendesak Jamil supaya memberi maklumat yang diperlukan, serta berhenti berurus niaga secara haram itu. Tiba-tiba Badri akan Nadira (anak buah Mak Alang, isteri bapa saudaranya) yang mungkin diperangkap oleh Shahrul, tetapi sikap Nadira yang angkuh sukar untuk diubah. Jalan akhir yang difikirkan oleh Badri untuk menyelamatkan Nadira ialah memberitahu Mak Alang. Badri tidak mahu diburu perasaan bersalah kerana tidak berbuat apa-apaTemaNovel ini bertemakan cabaran dan tangggungjawab seorang pelajar dalam menjalankan tugas sebagai seorang pengawas.Tema ini dijelmakan melalui watak utama,Badri yang merempuh pelbagai cabaran sepanjang menjalankan tugas sebagai pengawas sekolah yang belum pernah disandang sejak zaman persekolahannya.PersoalanIbu bapa yang mementingkan kerjaya menyebabkan anak-anak yang terlibat dalam gejala sosial.Contoh: Shahrul yang kurang mendapat perhatian daripada ibu bapanya telah terlibat dalam masalah displin sekolah dan bercampur dengan kumpulan motor.2) Kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anakContoh: Encik Tan memohon kepada pegetua supaya Meng Kong ditempatakan di asrama sekolah supaya anaknya berdisplin dan berjaya dalam peperiksaan.3) Tanggungjawab terhadap tugasContoh: Badri sebagai pengawas terus merujuk Cikgu Jailani sekiranya pelajar terlibat dalam kes displin walaupun melibakan kawannya Jamil. 4)Semangat kerjasama dalam menyelesaikan masalah.Contoh: Siew Mei memberikan maklumat kepada Badri tentang penglibatan Shahrul dan rakan-rakannya dalam perjualan telefon bimbit secara ansuran kepada pelajar di sekolahnya.5)Sikap gigih golongan perlajar untuk mendapatkan kejayaan dalam peperiksaan.Contoh: Badri,Siew Mei dan Taufik mengadakan belajar berkumpulan dan akhirnya berjaya memperoleh keputusan 9A dan 7A dalam Sijil Pelajaran Malaysia.6)Buruk sangka dalam kalangan pelajar.Contoh: Shahrul,Kumar,Jamil dan Meng Kong bersangka buruk terhadap Badri sehingga menyimbahkan air ketika Badri di dalam tandas sekolah.7)Gejala lumba haram dalam kalangan pelajar.Shahrul dan Aziz terlibat dalam perlumbaan haram sehingga hampir di tangkap oleh polis.

8) Berdikari untuk mendapatkan pengalaman.Contoh:Badri dan Taufik bekerja sambilan di resort bapa saudara Badri sementara menungu keputusan SPM.

9)Perpaduan kaum.Contoh:Badri,Siew Mei,Tufik dan Kumar belajar bersama-sama walaupun mereka berlainan agama dan bangsa.