166
PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

  • Upload
    others

  • View
    5

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT

TAHFIZ SELANGOR

NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PSZ 19:16 (Pind.1/07)

Page 3: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

PENGESAHAN PENYELIA

Page 4: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

JUDUL

PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT

TAHFIZ SELANGOR

NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH

Laporan projek ini dikemukakan sebagai mematuhi sebahagian syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains (Pembinaan)

FAKULTI ALAM BINA

Universiti Teknologi Malaysia

JUN 2018

Page 5: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

ii

Page 6: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

iii

DEDIKASI

To my beloved mother, sister and family thank you for the non-stop courages and spirits for

me completing this thesis.

My unbiological sister, Amni for always lend the shoulder and been around with me judging,

struggling despite all the laziness we had

Jaja, Ama, Maira, Shey, Mady & Illy, the lovely bosom ladies

Thank you for all the immeasureable helps, opinions, laughters we coloured together

Mr.MSMI, through the 6 years acquaintance along this ups and downs study

Not to be forgotten the buddies that I have shared my teenhood and adulthood with,

2012-2018 all the QS-Cecomelz members, may the ukhuwah lasts forever

Page 7: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat illahi kerana dengan limpah kurniaNya

kerana telah memberi kesempatan kepada saya untuk menyiapkan Projek Sarjana

Muda ini dengan jayanya mengikut perancangan dan masa yang telah di tetapkan.

Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada Dr. Syamsul Hendra Bin

Mahmud selaku penyelia Projek Sarjana Muda saya di mana beliau telah banyak

memberi tunjuk ajar serta bimbingan yang tidak ternilai sepanjang proses

menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.

Ribuan terima kasih juga diberikan kepada semua pihak luar yang terlibat

sama ada secara langsung atau tidak langsung kerana telah memberi kerjasama yang

baik di dalam memberikan maklumat-maklumat yang diperlukan untuk kajian ini.

Sekalung penghargaan turut diberikan kepada kedua ibu bapa saya yang telah

banyak memberi bantuan dan sumbangan terutamanya dari segi sokongan moral dan

bantuan kewangan.

Akhir sekali, terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan saya

di atas segala tunjuk ajar dan bantuan yang ikhlas diberikan kepada saya sepanjang

proses kajian ini.

Page 8: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

v

ABSTRAK

Pusat tahfiz iaitu institusi pendidikan Al-Quran berkembang pesat di Malaysia

kerana permintaan masyarakat dan kesedaran masyarakat tentang pentingnya

membaca atau belajar Al-Quran. Juga tanpa disedari, pembangunan pusat tahfiz

bercambah tanpa pemerhatian ke atasnya sehingga banyak kes kebakaran dalam

kelompok tahfiz dilaporkan. Saban hari, kebakaran semakin meningkat berlaku

dalam kelompok yang sama. Namun, kajian terhadap pusat tahfiz dalam mematuhi

piawaian keselamatan kebakaran hanya sekadar menilai tahap pematuhan. Oleh itu,

kajian penuh ke atas pusat-pusat tahfiz dalam mengenalpasti masalah-masalah yang

dihadapi dalam mematuhi piawian adalah penting supaya dapat merungkai mengapa

tahap pematuhan pusat tahfiz masih lemah serta sekali gus untuk melihat sejauh

mana pusat-pusat tahfiz peka terhadap aspek ini dengan mengenalpasti langkah-

langkah yang diambil untuk mengurangkan masalah tersebut. Kajian ini tertumpu

kepada sepuluh buah pusat tahfiz negeri Selangor dan dilaksanakan melalui kaedah

kualitatif. Pengumpulan data dilaksanakan dengan temubual semi-struktur iaitu

bersama sepuluh orang mudir sebagai responden. Hasil kajian mendapati bahawa

masalah utama pusat-pusat tahfiz ini adalah sumber kewangan yang terhad serta

kesulitan kehendak dan syarat JAIS yang rumit telah menyebabkan kesukaran

mereka menerima bantuan memperbaiki elemen-elemen keselamatan kebakaran

seterusnya kesukaran dalam mematuhi piawaian keselamatan kebakaran.

Walaubagaimanapun, langkah mengurangkan masalah serta beban yang ditanggung

dalam mematuhi piawaian melalui usaha sendiri mahupun alternatif daripada pihak

luar telah semakin giat dijalankan terutamanya dalam menjana kewangan dan

pemantapan ilmu keselamatan kebakaran. Ini disokong oleh pihak-pihak tahfiz yang

telah menggunakan pengalaman, pemahaman serta pandangan mereka dalam

mematuhi piawaian keselamatan kebakaran.

Page 9: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

vi

ABSTRACT

Tahfiz Institutes, which the Al-Quran education institution, is growing rapidly in

Malaysia due to community demands and community awareness on how important

of reading or studying the Quran. Also without realizing it, the development of the

tahfiz institutes sprouted rapidly without observation on it so many cases of fire in

tahfiz group was reported. Every day, fire cases are rising in the same group.

However, studies of tahfiz in compliance with fire safety standards are merely

assessing the level of compliance. Hence, a thorough study of tahfiz in identifying

problems faced in compliance with standards is essential in order to illustrate why

the Tahfiz center's compliance level is still weak and thus to see how far tahfiz are

sensitive to this aspect by identifying the steps taken to reduce the problem.. This

study focuses on ten of tahfiz institutes in Selangor and implemented through

qualitative methods. Data collection was conducted with semi-structured interviews

with ten people as respondents. The findings show that the major problems of these

tahfiz institues are limited financial resources as well as the complicated difficulties

and requirements of JAIS have caused their difficulty in improving fire safety

elements then caused difficulties in complying with fire safety standards. However,

mitigating measures and burdens in complying with standards through their own

efforts or alternatives from external parties and authorities have been intensively

implemented, especially in financial firms and the establishment of fire safety

knowledge. This is indeed supported from a survey of interview where the Tahfiz

parties use their own experience, understanding and views in compliance with fire

safety standards.

Page 10: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN PENYELIA iii

JUDUL IV

PENGAKUAN

ERROR! BOOKMARK NOT DEFINED.

DEDIKASI III

PENGHARGAAN IV

ABSTRAK V

ABSTRACT VI

BAB 1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Penyataan Masalah 3

1.3 Persoalan Kajian 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.7 Kaedah kajian 8

BAB 2 KAJIAN LITERATUR 12

2.1 Pendahuluan 12

2.2 Definisi Piawaian, Keselamatan dan Kebakaran 13

2.3 Masalah-masalah yang dihadapi dalam mematuhi piawaian

Page 11: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

viii

keselamatan kebakaran 14

2.3.1 Sumber kewangan yang tidak mencukupi 15

2.3.2 Mengalami konflik dengan kehendak-kehendak dan syarat-

syarat yang diperlukan oleh JAIS 15

2.3.3 Mempunyai pengetahuan kepentingan dan ilmu keselamatan

kebakaran yang terhad 16

2.3.4 Tidak mempunyai sistem pengurusan yang sistematik 17

2.3.5 Mengalami konflik dengan kehendak-kehendak sistem

keselamatan 18

2.3.6 Berhadapan dengan kerumitan prosedur pendaftaran dan

tindak balas daripada JAIS 19

2.3.7 Kebuntuan antara manfaat pematuhan dengan perkara penting

lain 20

2.4 Langkah-langkah mengurangkan masalah-masalah yang dihadapi

dalam mematuhi piawaian keselamatan kebakaran 20

2.4.1 Memohon bantuan kewangan 21

2.4.2 Mengenakan kadar bayaran yuran yang adil 21

2.4.3 Mendapatkan nasihat daripada Jabatan Bomba mengenai

tahap keselamatan dalam bangunan 22

2.4.4 Beterusan Mendapatkan Susulan dan Pengemaskinian

Daripada Pihak JAIS 22

2.4.5 Menghadiri dan mengadakan aktiviti ceramah, seminar

dan demonstrasi kebakaran 22

2.4.6 Memberikan khidmat pendidikan kebakaran di dalam

kelas 23

2.4.7 Mewujudkan skuad Bomba Tahfiz 23

2.5 Proses Penubuhan Sekolah Islam dan Tahfiz Persendirian 24

2.5.1 Prosedur Pendaftaran Sekolah Islam Persendirian 24

2.6 Peruntukan Piawaian dan Perundangan Pencegahan Kebakaran

dan Elektrik 27

2.6.1 Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam, 1984

(UKBS 1984) 27

2.6.2 Akta Perkhidmatan Bomba, 1988 30

Page 12: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

ix

2.6.3 Akta Bekalan Elektrik 31

2.6.4 Keperluan-keperluan Am Yang Ditetapkan Oleh Jabatan

Bomba Dan Penyelamat, Malaysia untuk Pepasangan

Pencegahan Kebakaran 32

2.7 Rumusan Bab 36

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 37

3.1 Pengenalan 37

3.2 Rekabentuk Kajian 38

3.2.1 Kajian Kualitatif 38

3.2.1.2 Rekabentuk Kajian Teori Grounded 39

3.3 Prosedur Kajian 40

3.3.1 Kajian Literatur 40

3.3.2 Proses Pengumpulan Data 41

3.3.2.1 Kaedah Pengumpulan Data 41

3.3.2.2 Instrumen Kajian 42

3.3.2.3 Sampel dan Populasi Kajian 44

3.3.3 Proses Penganalisaan Data 46

3.3.3.1 Analisa Kandungan 46

3.3.3.2 Pengekodan Teks 47

3.4 Rumusan Bab 49

BAB 4 ANALISIS DATA 50

4.1 Pengenalan 50

4.2 Analisis Kajian Temu Bual 51

4.3 Analisis Bahagian A- Latar Belakang Responden & Pusat Tahfiz 53

4.3.1 Maklumat Responden 53

4.3.2 Maklumat Pusat Tahfiz 54

4.4 Pusat Tahfiz A 55

4.4.1 Masalah-masalah yang dihadapi dalam mematuhi piawaian

keselamatan kebakaran 55

Page 13: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

x

4.4.2 Langkah-langkah mengurangkan masalah-masalah yang

dihadapi dalam mematuhi piawaian keselamatan kebakaran 57

4.5 Pusat Tahfiz B 59

4.5.1 Masalah-masalah yang dihadapi dalam mematuhi piawaian

keselamatan kebakaran 59

4.5.2 Langkah-langkah mengurangkan masalah-masalah yang

dihadapi dalam mematuhi piawaian keselamatan kebakaran 62

4.6 Pusat Tahfiz C 64

4.6.1 Masalah-masalah yang dihadapi dalam mematuhi piawaian

keselamatan kebakaran 64

4.6.2 Langkah-langkah mengurangkan masalah-masalah yang

dihadapi dalam mematuhi piawaian keselamatan kebakaran 66

4.7 Pusat Tahfiz D 68

4.7.1 Masalah-masalah yang dihadapi dalam mematuhi piawaian

keselamatan kebakaran 69

4.7.2 Langkah-langkah mengurangkan masalah-masalah yang

dihadapi dalam mematuhi piawaian keselamatan kebakaran 69

4.8 Pusat Tahfiz E 71

4.8.1 Masalah-masalah yang dihadapi dalam mematuhi piawaian

keselamatan kebakaran 71

4.8.2 Langkah-langkah mengurangkan masalah-masalah yang

dihadapi dalam mematuhi piawaian keselamatan kebakaran 72

4.9 Pusat Tahfiz F 74

4.9.1 Masalah-masalah yang dihadapi dalam mematuhi piawaian

keselamatan kebakaran 74

4.9.2 Langkah-langkah mengurangkan masalah-masalah yang

dihadapi dalam mematuhi piawaian keselamatan kebakaran 76

4.10 Pusat Tahfiz G 78

4.10.1 Masalah-masalah yang dihadapi dalam mematuhi piawaian

keselamatan kebakaran 78

4.10.2 Langkah-langkah mengurangkan masalah-masalah yang

dihadapi dalam mematuhi piawaian keselamatan kebakaran 79

4.11 Pusat Tahfiz H 80

Page 14: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

xi

4.11.1 Masalah-masalah yang dihadapi dalam mematuhi piawaian

keselamatan kebakaran 80

4.11.2 Langkah-langkah mengurangkan masalah-masalah yang

dihadapi dalam mematuhi piawaian keselamatan kebakaran 81

4.12 Pusat Tahfiz I 82

4.12.1 Masalah-masalah yang dihadapi dalam mematuhi piawaian

keselamatan kebakaran 82

4.12.2 Langkah-langkah mengurangkan masalah-masalah yang

dihadapi dalam mematuhi piawaian keselamatan kebakaran 83

4.13 Pusat Tahfiz J 85

4.13.1 Masalah-masalah yang dihadapi dalam mematuhi piawaian

keselamatan kebakaran 85

4.13.2 Langkah-langkah mengurangkan masalah-masalah yang

dihadapi dalam mematuhi piawaian keselamatan kebakaran 87

4.14 Analisis Bahagian B (objektif 1) - Masalah-masalah yang dihadapi

oleh pusat tahfiz dalam mematuhi piawaian keselamatan

kebakaran 89

4.14.1 Sumber kewangan yang tidak mencukupi 91

4.14.2 Melalui konflik dengan kehendak dan syarat yang diperlukan

oleh JAIS 92

4.14.3 Berhadapan dengan kerumitan prosedur pendaftaran dan

tindak balas daripada pihak JAIS 93

4.14.4 Pengetahuan kepentingan keselamatan kebakaran yang

terhad 94

4.14.5 Tidak mempunyai sistem pengurusan yang sistematik 95

4.14.6 Kurang menerima keprihatinan daripada pihak bernama 96

4.14.7 Mengalami konflik dengan kehendak-kehendak sistem

keselamatan 96

4.14.8 Turut menggalas tanggungan lain 97

4.15 Analisis Bahagian C (objektif kedua) – Langkah-langkah yang

diambil untuk mengurangkan masalah yang dihadapi dalam

mematuhi piawaian keselamatan kebakaran. 97

Page 15: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

xii

4.15.1 Menjana kewangan perniagaan daripada perniagaan, usaha

sendiri dan yuran 102

4.15.2 Mencari tajaan untuk keperluan keselamatan kebakaran

daripada kenalan 103

4.15.3 Menubuhkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru 104

4.15.4 Memohon, menghadiri dan mengadakan aktiviti ceramah,

seminar dan demonstrasi kebakaran 104

4.15.5 Mewujudkan skuad Bomba Tahfiz 105

4.15.6 Memberikan khidmat pendidikan kebakaran di dalam

kelas 105

4.15.7 Memanggil badan bukan kerajaan memberikan ceramah 105

4.15.8 Mengadakan sesi kaunseling pentingnya keselamatan

kebakaran 106

4.15.9 Berterusan mengikuti serta mendapatkan susulan dan

kemaskini daripada pegawai JAIS 106

4.15.10 Memperbaiki teknik sistem pengurusan tahfiz 107

4.15.11 Menaiktaraf pemasangan elemen keselamatan kebakaran 107

4.15.12 Memohon bantuan kewangan dan derma 107

4.16 Rumusan Bab 108

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 109

5.1 Pengenalan 109

5.2 Semakan Objektif 110

5.2.1 Masalah-masalah yang dihadapi dalam mematuhi piawaian

keselamatan kebakaran 110

5.2.2 Langkah-langkah yang diambil dalam mengurangkan

masalah-masalah mematuhi piawaian keselamatan

kebakaran 111

5.3 Masalah yang dihadapi semasa penyelidikan 113

5.3.1 Kesukaran memahami penyampaian maklumat yang

disampaikan oleh responden 113

5.4 Cadangan Dan Kajian Lanjutan 114

Page 16: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

xiii

5.4.1 Pengurusan Sistem Keselamatan Kebakaran Pusat tahfiz 114

RUJUKAN 115

LAMPIRAN A-D 119

Page 17: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

xiv

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

3.2 Contoh Analisis Pengekodan Terbuka 48

4.1 Latar Belakang Responden dan Pusat Tahfiz 53

4.2 Latar Belakang Pusat Tahfiz yang Dikaji 54

4.14 Susunan Masalah-masalah yang Dihadapi

Dalam Mematuhi Piawaian Keselamatan

Kebakaran

90

4.15 Analisis Langkah-langkah yang Diambil

Untuk Mengurangkan Masalah-masalah yang

Dihadapi Dalam Mematuhi Piawaian

Keselamatan Kebakaran

99

Page 18: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

xv

SENARAI RAJAH

NO.CARTA TAJUK

HALAMAN

3.1 Bentuk Populasi dan Sampel Kajian 45

4.4 Bangunan Pusat Tahfiz A 55

4.5 Bangunan Pusat Tahfiz B 59

4.6 Bangunan Pusat Tahfiz C 64

4.7 Bangunan Pusat Tahfiz D 68

4.8 Bangunan Pusat Tahfiz E 71

4.9 Bangunan Pusat Tahfiz F 74

4.10 Bangunan Pusat Tahfiz G 78

4.11 Bangunan Pusat Tahfiz H 80

4.12 Bangunan Pusat Tahfiz I 82

4.13 Bangunan Pusat Tahfiz J

85

Page 19: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

xvi

SENARAI CARTA

NO.CARTA TAJUK HALAMAN

1.1 Peringkat-peringkat Kajian 8

2.1 Aktiviti yang Terlibat Dalam Penubuhan

Sekolah Islam dan Pusat Tahfiz

25

Page 20: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

xvii

SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL

SINGKATAN KETERANGAN

CCC - Certificates Of Compliance Completion

JAIS - Jabatan Agama Islam Selangor

MAIS - Majlis Agama Islam Selangor

NIOSH - National Institute for Occupational Safety and Health

DBKL - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

JPBM - Jabatan Persatuan Bomba Malaysia

PITAS - Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor

PIBG - Persatuan Ibu Bapa dan Guru

PBT - Pihak Berkuasa Tempatan

Page 21: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

iv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Instrumen Pengumpulan Data 119

B Transkrip Temu Bual Semi Struktur 125

C Surat Permohonan Mendapatkan Maklumat 144

D Pengesahan Pengumpulan Data Temu Bual

Semi-struktur

145

Page 22: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Sistem pendidikan berasaskan agama Islam di Malaysia menjadi proses

persediaan diri untuk menjadi pendakwah dan juru tarbiyyah atau pun ulama dan

kian berkembang sehingga wujudnya pondok-pondok, maahad tahfiz dan juga

madrasah yang dibina beberapa puluh tahun lalu. Sebahagian sekolah tahfiz

diuruskan oleh pihak kerajaan (pusat atau negeri) dan sebahagiannya pula diuruskan

oleh pihak swasta (Binyamin, 2013).

Bagi pusat atau sekolah tahfiz kerajaan, pembelajaran adalah berdasarkan apa

yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan ianya berjalan secara

sistematik serta teratur dengan memperkenalkan kurikulum bersekali dengan

akademik termasuk di peringkat SPM, sekurang-kurangnya pelajar tahfiz mempunyai

dua aliran dan kelulusan iaitu SPM dan tahfiz al-Quran (Nazura, 2017).

Kebiasaannya, sekolah tahfiz milik kerajaan mempunyai bangunan sendiri.

Manakala, pembelajaran di pusat atau sekolah tahfiz swasta ada kalanya tidak

beberapa sistematik dan teratur. Tetapi, masih ada juga yang diuruskan dengan baik

dan moden. Namun , berbeza dengan tahfiz kerajaan, pusat tahfiz swasta dibina di

atas tanah sendiri, disewa atau diwakafkan (Azhar, 2017).

Page 23: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

2

Antara contoh tragedi tragis kebakaran pusat tahfiz adalah seperti Sekolah

Agama Rakyat Tauiqiah Al-Khairiah Al-Halimiah atau lebih dikenali sebagai

Pondok Pak Ya di Yan di Kedah yang terbakar. Tragedi sama berlarutan sehingga

Pusat tahfiz Darul Ittifaqiyah juga hangus terbakar. Malah, berdasarkan rekod

Bernama, keadaan semakin membimbangkan apabila dalam tempoh Januari hingga

September 2017 sahaja, sebanyak 10 buah pusat tahfiz di Malaysia dilaporkan

musnah dijilat api. Perkara ini secara tidak langsung, telah mengakibatkan banyak

kerugian.

Aspek keselamatan yang diterapkan oleh pemilik premis terhadap bangunan

dan penghuni-penghuni iaitu tenaga pengajar dan pelajar sangat lemah. Banyak pusat

tahfiz yang didirikan di Malaysia hari ini kebanyakannya merupakan rekabentuk

sendiri yang tiada elemen-elemen keselamatan untuk dipraktikkan. Hal ini terbukti

atas siasatan yang dilakukan oleh pihak bomba sejurus berlakunya insiden-insiden

yang tidak diingini seperti kebakaran berlaku. Namun, perkara yang sama tetap

berlarutan dari semasa ke semasa walaupun beberapa tidakan tegas diambil.

Membuka dan menguruskan pusat tahfiz memerlukan keikhlasan namun

bahawa keikhlasan sahaja tidak mencukupi sehingga mengabaikan kepentingan

keselamatan (Khairol, 2017). Sebaliknya, ia harus disertai dengan kemampuan

mereka untuk mematuhi piawaian yang disediakan kerajaan. Oleh itu, aspek

keselamatan kini menjadi perhatian orang ramai terhadap pusat tahfiz dan maahad di

Malaysia disebabkan oleh kebakaran yang semakin merebak dan, tragedi ini sahaja

telah meragut banyak nyawa mereka yang tidak bersalah.

Oleh itu, maklumat terpeinci mengenai masalah mahupun kekangan yang

dihadapi oleh pusat-pusat tahfiz dalam mematuhi piawaian perlu dirungkaikan

dengan segera supaya pihak berkuasa dan orang awam perlu peka serta juga boleh

mengambil tindakan-tindakan alternatif yang sewajarnya untuk membantu selain

dapat mengelakkan tragedi tidak diingini pada masa hadapan (Nizar, 2017).. Selain

Page 24: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

3

itu, langkah-langkah yang diambil oleh Pusat tahfiz dalam mengurangkan masalah-

masalah tersebut juga perlu dikaji supaya dapat mengetahui sejauh mana aspek

keselamatan kebakaran menjadi keutamaan bagi mereka. Dengan hal yang demikian,

pentingnya kajian ini dilakukan.

1.2 Penyataan Masalah

Kini ternyata sebanyak 50 peratus daripada 956 buah pusat tahfiz yang

diperiksa Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di seluruh negeri sejak

September lalu, didapati dalam keadaan tidak selamat (Fairuz, 2017). Hasil daripada

pemeriksaan tersebut, banyak kesalahan yang telah disenaraikan. Antaranya adalah

tidak mempunyai peralatan kebakaran dan hasil pemeriksaan, sebanyak 291 notis

telah dikeluarkan sehingga 13 Oktober 2017. Alatan kebakaran tersebut juga adalah

seperti alat pengesan dan penggera kebakaran yang berfungsi untuk memberi amaran

kebakaran dalam bangunan. Jika masih berdegil tidak menyediakan peralatan-

peralatan kebakaran, peruntukan hukuman denda sebanyak lima ribu ringgit atau

penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali akan dikenakan (Jabatan

Bomba dan Penyelamat, 2017)

Selain itu, aspek keselamatan kebakaran di Pusat tahfiz Darul Quran

Ittifaqiyah Jalan Keramat Ujung bukan sahaja banyak kesalahan, malah ada yang

diabaikan. Hasil siasatan mendapati ianya tidak berdaftar dengan Kementerian

Pendidikan (Zahid,2017). Perkara ini telah menyukarkan Kementerian Pendidikan

atau jabatan agama untuk melaksanakan audit keselamatan secara komprehensif ke

atas pusat tahfiz terbabit yang dapat mengenalpasti tahap keselamatan sekolah

termasuk bahaya kebakaran dan langkah pembaikan dapat diambil dengan segera.

Page 25: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

4

Oleh itu, pentingnya, semua pengendali sekolah agama di negara ini perlu

diwajibkan untuk berdaftar (Kasyfi Alawi, 2017).

Pusat-pusat tahfiz ini seharusnya memenuhi syarat dan keperluan yang

ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan dan JAKIM walaupun jika telah berdaftar.

Sekiranya mereka melanggar syarat-syarat yang ditetapkan, tindakan pembatalan

lesen akan dikenakan (Datuk Seri Mahdzir Khalid,2017). Penguatkuasaan seperti ini

dilakukan supaya dapat menghindari pemilik premis daripada mengingkari terma dan

rujukan yang telah digariskan iaitu merangkumi penyediaan infrastruktur,

kokurikulum dan guru.

Di samping itu, dalam pembinaan sebuah bangunan, pemilik bangunan

dibenarkan menghuni sejurus diberikan Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan atau

„Certificate Completion and Compliance’ (CCC) iaitu hasil pengesahan pemeriksaan

bangunan siap daripada pihak bomba. Hal ini kerana, untuk menjamin keselamatan

penghuni bangunan daripada bahaya kebakaran atau apa-apa kemalangan. Namun

begitu, masih banyak pusat tahfiz yang tidak menerima kelulusan tersebut tetapi

telah pun beroperasi. Antaranya termasuklah Darul Ittifaqiyah dan hanya satu

daripada 63 buah tahfiz di Negeri Sembilan yang memiliki sijil tersebut namun telah

juga beroperasi (Noh Omar, 2017).

Di samping itu, tinjauan bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

di pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah mendapati tiada elemen keselamatan

bangunan tersebut untuk kegunaan kecemasan. Mangsa-mangsa terperangkap

disebabkan oleh pintu dan tingkap di sekolah itu tidak mempunyai aspek

keselamatan. Hal ini secara tidak langsung mencetuskan kebimbangan mengenai

kejadian kebakaran di pusat-pusat tahfiz memandangkan sebanyak 211 kebakaran

berterusan dilaporkan sejak tahun 2015 (Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia,

2017). Malah, susulan tragedi kebakaran yang semakin meningkat ini termasuk

Page 26: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

5

tragedi kedua terbesar selepas Pondok Pak Ya itu, pentingnya pecegahan kebakaran

sangat dituntuti.

Dengan hal demikian, insiden kebakaran ini secara tidak langsung

mencetuskan pertanyaan dalam pemikiran masyarakat mengenai kekangan atau

masalah yang dialami oleh institusi-institusi tahfiz yang semakin bercambah di

negara ini sejak beberapa tahun lalu sehingga sukarnya untuk mematuhi piawaian

yang ditetapkan. Bertambah kritikal apabila bekas bekas Perdana Menteri, Datuk

Seri Najib Razak (2017) menyatakan bahawa masih yang tidak mematuhi piawaian

bomba walaupun telah menerima kelulusan pendaftaran daripada Majlis Agama

Islam. Rakyat pula banyak memandang remeh terhadap hal ini dek kerana pegangan,

pembinaan pusat tahfiz ini adalah sebagai amal jariah semata-mata.

Berdasarkan segala penyataan di atas, ternyata kurangnya penyiasatan

terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh pusat tahfiz dalam mematuhi piawaian

dan demikianlah betapa pentingnya kajian ini perlu dilakukan secara mendalam

supaya dapat merungkai kerumitan yang dialami oleh pihak tahfiz di samping semua

pihak berperanan mengambil tindakan daripada menyalahkan pihak tahfiz sahaja.

Seterusnya juga, daripada tahap pematuhan, langkah-langkah yang diambil oleh

pusat tahfiz dalam mengatasi masalah harus dikenalpasti agar dapat mengetahui

sejauh mana mereka benar-benar mengambil berat akan hal ini atau sebaliknya.

1.3 Persoalan Kajian

Melalui penyataan masalah kajian ini, timbulnya persoalan berkaitan

masalah-masalah serta langkah-langkah dalam mematuhi piawaian keselamatan

kebakaran. Persoalan tersebut adalah:

Page 27: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

6

a. Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh pusat-pusat tahfiz dalam

mematuhi piawaian keselamatan kebakaran?

b. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh pusat-pusat tahfiz untuk

mengurangkan masalah-masalah yang dihadapi dalam mematuhi piawaian

keselamatan kebakaran?

1.4 Objektif Kajian

Berdasarkan persoalan di atas, demikianlah faktor kajian ini dilakukan di mana

objektif untuk kajian ini adalah:

i. Mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pusat-pusat tahfiz

dalam mematuhi piawaian keselamatan kebakaran.

ii. Mengenalpasti langkah-langkah yang diambil oleh pusat-pusat tahfiz untuk

mengurangkan masalah-masalah yang dihadapi dalam mematuhi piawaian

keselamatan kebakaran.

1.5 Skop Kajian

Skop kajian adalah di pusat-pusat tahfiz Negeri Selangor. Hal ini secara tidak

langsung dapat mengetahui masalah yang dihadapi dalam kelompok pusat tahfiz

dalam mematuhi piawaian keselamatan kebakaran. Pada masa yang sama, langkah-

Page 28: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

7

langkah untuk mengurangkan masalah-masalah yang dihadapi dalam mematuhi

piawaian keselamatan kebakaran sepenuhnya.

1.6 Kepentingan Kajian

Maklumat dan perincian mengenai masalah-masalah yang dihadapi oleh

Pusat tahfiz dalam mematuhi piawaian keselamatan kebakaran adalah penting supaya

pihak-pihak yang terlibat boleh mengambil alternatif sama ada menaiktaraf atau

memperbaiki piawaian. Selain itu, pentingnya juga supaya pusat-pusat tahfiz yang

didirikan di dalam negara ini tidak disisihkan dari segi semua sudut.

Selain itu, langkah-langkah yang diambil oleh pusat tahfiz sendiri juga harus

dikenalpasti supaya mereka sentiasa peka dengan keselamatan kebakaran. Dalam hal

ini, ia perlu menjadi keutamaan supaya tindakan sewajarnya boleh diambil. Dengan

itu, tindakan boleh dikenakan pada pengusaha maahad tahfiz yang tidak mengambil

inisiatif, malah masih ingkar mematuhi kewajiban piawaian keselamatan juga perlu

dilihat, demi keselamatan penghuni dan pelajar maahad tahfiz. Dasar Pendidikan

Tahfiz Negara harus diikuti walaupun berbentuk sementara (sedang dirangka) atau

kekal (Zahid, 2017). Hal ini bertujuan memberi peringatan sekiranya masih gagal

mematuhi piawaian keselamatan.

Hal-hal pematuhan piawaian bukan memfokuskan tahap sesebuah pusat

tahfiz sahaja malah, keadaan semasa yang dihadapi seharian oleh pusat-pusat tahfiz

juga perlu diselidik supaya semua individu tidak menyalahertikan keselarian tahap

pematuhannya. Sesebuah institusi sekolah walaupun namanya ditempek istilah Arab,

Mandarin, Tamil atau apa jua bahasa, tetap wajib ada ciri-ciri keselamatan

Page 29: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

8

sepertimana perlu dan layaknya bagi sebuah sekolah di negara ini.

Keteraturan masyarakat bermula daripada keteraturan sekolah. Jika bercelaru

sekolahnya, maka bercelarulah masyarakatnya (Roos, 2017).

1.7 Kaedah kajian

Secara amnya, terdapat lima peringkat yang terlibat bagi metodologi kajian

ini. Ini termasuklah kajian awal, kajian literatur, pengumpulan data, analisis data dan

yang terakhir, kesimpulan dan cadangan kajian masa hadapan. Peringkat-peringkat

kajian ini diterangkan seperti rajah di bawah.

Page 30: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

9

Rajah 1.1: Peringkat-peringkat kajian

Page 31: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

10

1.7.1 Kajian Awal

Kajian awal merupakan kerja kerja awalan sebelum pengumpulan data boleh

dilakukan. Pada peringkat ini, pembacaan, perbincangan dan pemerhatian dijalankan

bagi mendapatkan gambaran awal atau idea mengenai tajuk kajian yang ingin

dilaksanakan. Kemudian, pemahaman mengenai setiap aspek kajian perlu diketahui

dengan lebih mendalam terutama mengenai isu dan masalah yang timbul, agar kajian

dapat dilaksanakan mengikut susunan yang tepat dan mengikut arah tujuan yang

betul. Kajian awal turut meliputi kajian mengenai penyataan masalah, persoalan

kajian, objektif kajian, skop kajian dan kepentingan kajian.

1.7.2 Kajian Literatur

Kajian literatur bertujuan untuk mendapatkan fakta yang tepat berkaitan

dengan kajian yang dilakukan. Kajian literatur dilaksanakan untuk mendapatkan teori

mengenai masalah-masalah yang dihadapi oleh pusat tahfiz serta langkah-

langkahnya yang diperolehi terutamanya daripada surat-surat khabar memandangkan

kebakaran semakin banyak berlaku. Selain itu juga adalah jurnal, dan tesis-tesis

terdahulu. Rujukan melalui Internet turut digunakan bagi mendapatkan maklumat

yang berkaitan dengan lebih meluas seperti di laman portal JAIS, MAIS dan lain-lain

badan organisasi terhadap sejarah, penubuhan, serta struktur yang terlibat dalam

pembangunan pusat-pusat tahfiz Malaysia.

1.7.3 Pengumpulan Data

Pengumpulan data bagi kajian ini memfokuskan mengenai dapatan maklumat

daripada pihak-pihak tahfiz, seperti mana objektif kajian yang ingin mengkaji

masalah atau kekangan yang dihadapi oleh mereka menurut pengalaman, pandangan

Page 32: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

11

serta situasi yang dialami sendiri. Begitu juga dengan usaha-usaha yang dilakukan

dalam mengurangkan masalah yang dialami. Maka kaedah temu bual semi-struktur

digunakan sebagai pengumpulan data dan borang temu bual semi-struktur adalah

instrument kajian yang berperanan menjadi panduan penyelidik semasa menemu bual

serta untuk dianalisis. Kesemuanya diterangkan dengan lebih jelas di dalam bab 3

(metodologi kajian).

1.7.4 Analisis Data

Analisis data dengan lebih jelas dibincangkan di dalam bab 3 iaitu

Metodologi Kajian. Analisis data akan dijalankan setelah data diperoleh melalui sesi

temu bual yang dijalankan. Analisis data dapat memberi gambaran yang lebih jelas

mengenai kajian yang dikaji agar memberi pemahaman yang senang kepada

penyelidik.

1.7.5 Rumusan dan Cadangan

Rumusan dan cadangan dibincangkan di dalam Bab 5. Hasil dapatan melalui

kajian literatur, metodologi kajian dan analisis data yang dilaksanakan, satu rumusan

dibuat bagi merumuskan semua hasil dapatan kajian termasuk mengemukakan

cadangan bagi kajian seterusnya. Ia merupakan langkah terakhir bagi mencapai

keputusan kajian dan memenuhi objektif kajian.

Page 33: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

12

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pendahuluan

Memandangkan insiden kebakaran pusat-pusat tahfiz saban hari semakin

meningkat, pematuhan piawaian kini sangat ditekankan oleh pihak berkuasa dan

penyiasatan semakin giat dijalankan untuk mengenalpasti tahap keselamatan pusat-

pusat tahfiz. Walaupun begitu, telah banyak piawaian, serta perundangan ditetapkan

sebelumnya bagi membantu pihak-pihak bertanggungjawab terhadap keselamatan

dan kesihatan penghuni-penghuni bangunan. Namun, kepatuhan masih dalam

keadaan merosot. Prosedur pembinaan bangunan tetap perlu diikuti bagi menghindari

sebarang kecelakaan berlaku. Secara tidak langsung, dapat melaksanakan langkah-

langkah yang sesuai dalam mencegah dan mengurangkan kemungkinan terjadinya

risiko kemalangan. Oleh itu, piawaian dan perundangan keselamatan kebakaran akan

diterangkan.

Page 34: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

13

2.2 Definisi Piawaian, Keselamatan dan Kebakaran

Piawaian adalah hal-hal piawai iaitu piawai yang bermaksud sebuah

keputusan yang adil yang berhubung dengan iaitu sesuatu perkara yang ditetapkan

atau yang menjadi asas (bukan sesuatu sukatan, mutu dan lain-lain) kerana sudah

diuji. (Aziah,2016).

Perundangan pula adalah hal mengenai undang-undang dimana undang-

undang adalah set peraturan sama ada disetujui umum atau dibuat melalui badan

perundangan (badan statut- akta,enakmen,ordinan),untuk melindungi, mengaturkan,

dan memelihara hak seseorang serta mewujudkan keharmonian sosial (Aziah,2016).

Seterusnya, keselamatan didefinisikan sebagai keadaan dilindungi daripada

atau tidak mungkin menyebabkan bahaya, risiko, atau kecederaan (Oxford,2018).

Manakala, kebakaran didefinisikan sebagai kesan yang nyata dari proses pembakaran

iaitu tindak balas kimia khas. Ia berlaku antara oksigen di udara dan sejenis bahan

bakar (Science Learning Hub, 2009). Dengan ini, keselamatan kebakaran membawa

maksud perancangan dan infrastruktur dalam organisasi yang direka untuk

mengurangkan kebakaran dan kesannya. Ini termasuk perkara seperti infrastruktur

tahan api terbina dalam, tindakan pencegahan, dan kehadiran peralatan pemadam

kebakaran (Safeopedia,2015).

Di samping itu, masalah merupakan “soal”, membawa maksud sesuatu yang

mesti diselesaikan.“Masalah-masalah” pula merujuk kepada pelbagai soal yang harus

diselesaikan di mana soal tersebut adalah lebih daripada satu (Aziah,2016). Melalui

Kamus Oxford pula, masalah merupakan satu perkara atau keadaan yang dianggap

sebagai tidak diingini atau berbahaya dan perlu ditangani dan diatasi. Selain keadaan,

masalah juga menunjukkan sikap manusia sehingga menyebabkan kesulitan kepada

Page 35: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

14

diri sendiri dan orang lain. Manakala langkah-langkah adalah tindakan,

perbuatan, ikhtiar, usaha (Aziah,2016).

Oleh hal berkaitan definisi-definisi demikian, dalam bab ini akan

menerangkan mengenai masalah-masalah yang dihadapi oleh pusat-pusat tahfiz

dalam mematuhi piawaian serta perundangan keselamatan kebakaran yang telah

ditetapkan oleh kerajaan mahupun pindaan oleh pihak berkuasa sebagai garis

panduan pusat-pusat tahfiz tersebut demi menjamin keselamatan penghuni bangunan.

Pada masa yang sama, adalah langkah-langkah adalah usaha yang diambil untuk

mengurangkan masalah agar dapat mengurangkan sebarang kemalangan di negara

yang disebabkan oleh tahap pematuhan itu sendiri.

Kebanyakan pakar mendefinisikan kemalangan sebagai kejadian yang tidak

dapat diramal menyebabkan kecederaan fizikal kepada manusia dan kerosakan harta

benda (Peyton dan Rubio, 1991).

2.3 Masalah-masalah yang dihadapi dalam mematuhi piawaian keselamatan

kebakaran

Pihak-pihak tertentu terutamanya orang awam kini hanya meluahkan

kebimbangan bila nyawa tidak berdosa tergadai. Walaupun bangunan bereka bentuk

moden yang dihuni pelajar tahfiz, ia boleh mengundang bahaya jika langkah

keselamatan tidak dilakukan secara serius. Persoalan yang sering difikirkan adalah

tragedi sebegini kerap berlaku dalam kelompok yang sama serta berterusan. Oleh itu,

terdapat beberapa faktor asas yang menjadi kekangan pusat tahfiz yang mungkin

sukar untuk mematuhi piawaian yang telah digariskan.

Page 36: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

15

2.3.1 Sumber kewangan yang tidak mencukupi

Antara masalah lain yang dihadapi oleh premis bangunan adalah dari sudut

kewangan. Mengimbau tragedi kebakaran Grenfell Tower di London iaitu antara

kebakaran terbesar di dunia, Pengurusan Penyewaan Kensington dan Chelsea

(KCTMO) tidak menyegerakan pemasangan kemudahan sistem pemadam kebakaran

disebabkan dasar berjimat cermat (Salleh Buang, 2017). Walaupun mempunyai

kewangan lebihan dalam bajet tahunan, tetapi dengan menggunakan dasar jimat

cermat itu sebagai alasannya, ia enggan mengambil langkah-langkah keselamatan

yang sepatutnya diambil untuk menjaga keselamatan dan kesejahteraan penghuni

rumah awam di bawah pengurusannya (Salleh Buang, 2017).

Di samping itu, seperti yang diketahui umum, pusat-pusat tahfiz didirikan

bukan bersifat komersial, tetapi bersifat tanggungjawab sosial. Yuran yang diterima

adalah rendah dan ianya untuk membiayai gaji tenaga-tenaga pengajar. Selebihnya

adalah sumbangan yang diterima daripada ibu bapa, orang luar dan syarikat-syarikat

persendirian. Hal ini menyebabkan banyak prasarana serba kurang serta kelengkapan

bangunan seperti alat atau sistem keselamatan kebakaran yang tidak sempurna.

(Roos Niza Mohd Shariff, 2016). Tambah-tambah lagi, pusat-pusat tahfiz yang telah

didirikan pada puluhan tahun dahulu. Disebabkan sudah terlalu lama dibina, mereka

yang menubuhkan sekolah pondok secara persendirian tidak mempunyai dana yang

cukup untuk mengubah suai atau membina sekolah baharu kerana tidak menerima

bantuan penuh daripada kerajaan, sekaligus tiada Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan

atau „Certificates of Completion Compliance‟ (CCC) (Mohd Zulkifli Zainuddin,

2017).

2.3.2 Mengalami konflik dengan kehendak-kehendak dan syarat-syarat yang

diperlukan oleh JAIS

Page 37: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

16

Setelah banyak pusat tahfiz disemak oleh bomba, dapat dilihat bahawa bukan

sahaja faktor kewangan menjadi kekangan malah Pusat tahfiz sebenarnya tidak peka

akan bahaya kebakaran di dalam bangunan. Jika penggunaan bangunan ditukar

menjadi tempat pengajian, seharusnya perlu merujuk kepada bomba. Kehendak yang

diperlukan oleh JAIS bagi memulakan penubuhan pusat tahfiz adalah sebanyak 20

orang pelajar. Malangnya mereka yang kebanyakannya berada di kawasan luar

bandar dan berbekalkan bilangan pelajar yang sedikit menganggap ianya tidak

berbahaya dan tiada keperluan dengan keperluan bomba (Khairulkheiza, 2017).

2.3.3 Mempunyai pengetahuan kepentingan dan ilmu keselamatan kebakaran

yang terhad

Banyak kempen, seminar, ceramah dan latihan mengenai kepentingan

keselamatan kebakaran dijalankan namun begitu, tahap masih lemah dan

mengecewakan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Program-program ini

dijalankan adalah disebabkan oleh keprihatinan yang kurang oleh pemilik bangunan

dan orang awam serta peningkatan ketidakpatuhan masyarakat terhadap piawaian

dan perundangan yang ditetapkan (Canaan Building Inspection, 2017). Dengan erti

kata lain, kempen yang dijalankan tidak mampu membantu menaikkan tahap

kesedaran keselamatan kebakaran ke peringkat yang lebih tinggi. Malah, masyarakat

mengambil sikap sambil lewa terhadap aspek keselamatan, dimana mereka lebih

mementingkan tumpuan untuk mencari rezeki (Jabatan Bomba dan Penyelamat

Malaysia, 2016).

Hal ini terbukti apabila kurangnya pengetahuan terhadap pengaplikasian

keselamatan kebakaran. Sebagai contoh, masih ada yang langsung tidak

mengutamakan keselamatan apabila sengaja menukar pintu rintangan api dengan

pintu biasa (Mohd Roji Kawi, 2016). Malah penggunaan elektrik juga dalam keadaan

yang membimbangkan kerana masih ada yang menggunakan tenaga elektrik

Page 38: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

17

melebihi had yang telah ditetapkan atau menggunakan barangan elektrik tanpa henti.

Untuk masalah pendawaian elektrik di dalam bangunan sahaja 292 kematian

dilaporkan akibat dari kebakaran dan menyebabkan kerugian sebanyak RM 4.4 bilion

di seluruh negara. Pada 2015, pihak bomba dah terima 80,183 panggilan kecemasan

dengan purata 220 sehari.

Tambahan lagi, ramai individu yang masih tidak mengenali dan biasa dengan

alat pemadam kebakaran bertahun-tahun lamanya. Individu masih tidak

menggunakan alat pemadam api kebakaran yang banyak disimpan di dalam

bangunan ketika berlakunya kebakaran. Bukan sahaja tidak digunakan, cara

penggunaannya juga tidak diketahui. Mereka menganggap bahawa peralatan-

peralatan tersebut hanyalah dikendalikan oleh pihak bomba sahaja (Utusan Malaysia,

2011).

2.3.4 Tidak mempunyai sistem pengurusan yang sistematik

Lambakan Pusat tahfiz di negara ini yang beroperasi turut dikesan tidak

mempunyai pengurusan yang sistematik. Sumber kewangan yang tidak mencukupi,

ditambah lagi dengan pengurusan yang tidak sistematik dari sudut pelbagai bahagian

menyebabkan pusat tahfiz lemah (Norshikin, 2017).

Hampir semua Pusat tahfiz yang beroperasi mempunyai yuran yang tidak

mencukupi secara tidak langsung menyebabkan pengurusan tidak seimbang. Malah,

jumlah derma yang disumbangkan tidak dapat ditetapkan untuk seorang individu

melainkan yuran yang sudah tahu nilai dapatan dan boleh merancang keperluan.

Budaya seperti pemberian beras, makanan dan lain-lain seperti zaman dahulu dan

kadar bayaran yuran secara ikhlas kini sudah tidak relevan lagi kerana semuanya

memerlukan kos demi guru-guru dan fasiliti yang baik (Jelani, 2017). Yuran juga

Page 39: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

18

menjadi dilemma buat ibu bapa dan operator sendiri kerana jika caj yang dikenakan

oleh Pusat tahfiz tinggi, ibu bapa tidak akan hantar, apabila caj rendah Pusat tahfiz

masih boleh beroperasi tetapi tidak terjaga dan dilema.

2.3.5 Mengalami konflik dengan kehendak-kehendak sistem keselamatan

Ciri-ciri keselamatan pada setiap elemen dalam bangunan sama ada tingkap,

pintu, bumbung atau lain-lain lagi merupakan perkara penting dalam memastikan

rumah dan penghuni-penghuni terpelihara daripada gangguan serta sebarang

pencerobohan. Perkembangan teknologi dalam industri pembinaan kini semakin

canggih seiring dengan arus permodenan dunia yang kian pesat, menyebabkan

pelbagai jenis sistem keselamatan pada elemen bangunan dipasang. Namun,

masyarakat tidak sedar bahawa peningkatan elemen keselamatan pada bangunan

secara tidak sengaja telah menyumbang kepada maut kebakaran yang tidak terkira

(Chris Jelenewicz, 2015).

Antara contoh pemasangan elemen keselamatan adalah seperti kunci pintu

magnetik, pagar bergeriji dan akses kad magnetik. Namun, kebanyakan peralatan

tersebut dikawal oleh sistem kawalan akses yang tidak mematuhi kod keselamatan

hayat. Ianya digunakan secara meluas selain merupakan kebiasaan bagi pemilik

bangunan demi memastikan aset dan keselamatan penghuni terjamin (Ong and

Suleiman, 2015) Kesalahan pengaplikasian peralatan ini adalah berpunca daripada

pengabaian kehendak keselamatan hidup daripada pengeluar. Faktor lain yang

menyumbang adalah bahawa banyak jabatan bomba dan pegawai jabatan bangunan

sendiri tidak mengetahui dengan banyak peralatan keselamatan dan akan sering

dilihat sebagai pelanggaran apabila mereka tidak memahami sepenuhnya teknologi

yang digunakan. (Siva Consultants, 2017).

Page 40: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

19

Pemasangan sistem tersebut pada bangunan berisiko tinggi mengakibatkan

ramai penghuni terperangkap jika berlaku kebakaran. Hal ini terbukti apabila banyak

berita dan isu-isi di akhbar, televisyen dan alat media lain mennyebarkan kes

kematian akibat pemasangan sistem keselamatan dalam bangunan. Sebagai contoh

pintu terkunci di dalam tangga keluar menyumbang kepada enam kematian di

Bangunan Pentadbiran Cook County Chicago pada tahun 2003. Satu lagi kebakaran

bencana berlaku di kelab malam Buenos Aires pada tahun 2004 apabila pintu keluar

padlocked menyumbang kepada kematian lebih daripada 190 orang. Secara tidak

langsung, mereka tiada jalan keluar untuk menyelamatkan diri. Walaupun kebakaran

berlaku berbelas tahun yang lalu, ancaman masih boleh wujud hari ini jika

keselamatan tidak seimbang dengan perlindungan kebakaran.

Reka bentuk semua sistem kawalan akses yang dicadangkan perlu disemak

oleh arkitek, jurutera perlindungan kebakaran, atau perunding keselamatan bebas

untuk memastikan pematuhan terhadap semua kod keselamatan bangunan dan

keselamatan yang berkaitan (Siva Consultants, 2017). Bukan sahaja itu, individu

yang bertanggungjawab terhadap kemudahan dalam bangunan juga perlu memahami

keperluan menyelaraskan reka bentuk sistem keselamatan dengan jurutera

perlindungan kebakaran supaya pertimbangan keselamatan dan keselamatan hidup

tidak bertentangan dengan satu sama lain (Chris Jelenewicz, 2015).

2.3.6 Berhadapan dengan kerumitan prosedur pendaftaran dan tindak balas

daripada JAIS

Terdapat dua badan yang terlibat dalam mentadbir urus institusi tahfiz

persendirian di negeri Selangor iaitu Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS)

dan Persatuan Institusi Tahfiz Negeri Selangor (PITAS). Satu kajian mendapati

bahawa prosedur untuk mendapatkan sijil pendaftaran dan memperbaharui sijil

pendaftaran JAIS amat sukar. Ini menyebabkan terdapat beberapa institusi tahfiz

Page 41: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

20

persendirian di negeri Selangor tidak didaftarkan atas beberapa alasan di antaranya

dari segi prosedur,birokrasi dan sebagainya (Noorhafizah, 2017). Prosedur-prosedur

untuk mendapatkan sijil pendaftaran dan memperbaharui sijil pendaftaran untuk

memudahkan pihak institusi beroperasi dengan sempurna adalah penting kerana

ianya menjadi isu kesulitan pihak tahfiz dalam mematuhi piawaian. Pihak berwajib

juga perlu bersedia menerima sebarang laporan atau aduan dari pihak institusi

(Noorhafizah, 2017).

2.3.7 Kebuntuan antara manfaat pematuhan dengan perkara penting lain

Pada masa yang sama, orang yang bertanggungjawab menyedari pelanggaran

itu, tetapi tidak peduli untuk membetulkan keadaan. Walaupun banyak pemilik

premis dan pengendali bangunan akan cuba mematuhi peraturan keselamatan yang

ditetapkan, namun kajian telah mendapati bahawa hanya sebanyak 10-20% sahaja

pemilik yang mematuhi namun dengan melihat dari sudut kos dan manfaat yang akan

diperolehinya (Chief and Garis, 2013). Oleh itu, berhubung pematuhan dengan

keselamatan kebakaran, pihak berkuasa bukan sahaja perlu menjalankan pemeriksaan

di mana mereka boleh menyiasat pematuhan, tetapi sepatutnya dapat

menguatkuasakan penalti bagi yang gagal mematuhi. Amaran yang lebih formal

boleh diambil, dan akibat yang lebih serius mungkin berlaku Contohnya, pematuhan

memerlukan tindak balas undang-undang, termasuk denda dan / atau penjara.

Pendekatan ini hanya boleh digunakan untuk ketidakpatuhan atas dasar kes demi kes.

2.4 Langkah-langkah mengurangkan masalah-masalah yang dihadapi

dalam mematuhi piawaian keselamatan kebakaran

Page 42: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

21

Usaha bagi mengurangkan masalah-masalah yang dihadapi oleh Pusat tahfiz

adalah sangat wajar dilakukan kepada semua pelajar di sekolah serta kakitangan

mahupun yang tinggal di asrama. Ini adalah salah satu langkah keselamatan yang

perlu diamalkan sebagai satu aktiviti luar darjah. Pendedahan dalam bentuk

pencegahan ini akhirnya akan menguntungkan semua pihak. Terdapat beberapa

langkah asas yang boleh dipraktikkan oleh Pusat tahfiz selain menerima bantuan

daripada penyumbang atau pihak-pihak berkuasa.

2.4.1 Memohon bantuan kewangan

Bantuan kewangan bagi menyediakan kemudahan lengkap, sekali gus

mengelak daripada bahaya, termasuk kebakaran. Terdapat banyak alternatif untuk

Pusat tahfiz memohon bantuan kewangan dan tidak seharusnya bergantung semata-

mata pada yuran sahaja (Datok Nik, 2017) Katanya, semua pihak perlu lebih peka

dan mengambil perhatian mengenai aspek keselamatan memandangkan banyak

kejadian kebakaran berlaku dan mengorbankan ramai nyawa.

2.4.2 Mengenakan kadar bayaran yuran yang adil

Secara asasnya, seorang guru mendidik 10 pelajar dengan gaji sekitar RM

2000-RM3000, iaitu RM200-400 yurang dikenakan. Namun, ia tidak menampung

kos operasi dan lain-lain kemudahan asas. Seharusnya, penampatan asrama dibayar

dengan caj lain supaya dapat menguruskan hal-hal penyelenggaraan seperti

kemudahan, pendawaian dan penambahbaikan prasarana secara berkala (Jelani,

2017).

Page 43: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

22

2.4.3 Mendapatkan nasihat daripada Jabatan Bomba mengenai tahap

keselamatan dalam bangunan

Pusat tahfiz boleh mendapat nasihat daripada Jabatan Bomba ketika proses

pembinaan, atau sekiranya bangunan sudah siap. Pusat tahfiz sangat digalakkan

meminta Jabatan Bomba memeriksa tahap keselamatan (Jabatan Bomba dan

Penyelamat Malaysia, 2015). Hal ini kerana, banyak antara punca berlaku kebakaran

dan kematian dalam kelompok Pusat tahfiz ialah sistem pendawaian usang, penghuni

memasak di dalam bilik, dapur memasak hampir dengan ruang tidur, menggunakan

mancis serta tiada laluan keluar bila berlaku kebakaran.

2.4.4 Beterusan Mendapatkan Susulan dan Pengemaskinian Daripada Pihak

JAIS

Pihak institusi perlu memandang serius terhadap aspek pendaftaran institusi

bagi memastikan proses pengurusan berjalan dengan lancar dengan sentiasa

mengikuti perkembangan pihak JAIS (Norhafizah,2017). Mereka, pihak berwajib

seharusnya perlu bersedia menerima sebarang laporan atau aduan dari pihak institusi.

2.4.5 Menghadiri dan mengadakan aktiviti ceramah, seminar dan demonstrasi

kebakaran

Sama ada pembelajaran dijalankan di dalam bangunan yang baru dibina

mahupun diwakaf oleh orang luar, dengan cara ini, pengusaha, pelajar, warden dan

tenaga pengajar tahu langkah keselamatan yang perlu diambil sekiranya berlaku

kecemasan (Aslina Abu Bakar, 2017). Secara tidak langsung juga dapat memupuk

kesedaran keselamatan kebarkaran di dalam diri setiap individu tertutamanya Mudir

supaya dapat menggerakkan sistem yang sepatutnya di dalam pengurusan. Kempen

Page 44: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

23

dan cerama bukan sahaja membincangkan akan keselamatan kebakaran, tetapi tips

dan motivasi supaya kakitangan dapat memperbetulkan kekurangan dengan segera.

2.4.6 Memberikan khidmat pendidikan kebakaran di dalam kelas

Selain daripada pengajian hafazan Al-Quran mahupun akademik di dalam

kelas, saluran mengenai ilmu keselamatan kebakaran perlu diterapkan dalam diri

kakitangan dan pelajar. Bukan sahaja perlu menghadiri kempen daripada pihak

kerajaan atau pun bukan kerajaan di luar, Malah, Mudir sendiri harus memikirkan

sendiri cara penerapan ilmu tersebut kepada semua individu di dalam bangunan dari

awal penubuhan. Aspek pendidikan kebakaran penting kerana sekiranya berlaku

sebarang kejadian terutamanya kebakaran di pusat tahfiz, pelajar terlibat tidak cemas

dan dapat bertindak dengan bijak menggunakan pengetahuan asas yang diperoleh

(Kamarulzaman Malek, 2017).

2.4.7 Mewujudkan skuad Bomba Tahfiz

Inisiatif Skuad Bomba Tahfiz diperkenalkan pada Mei lepas bagi menangani

masalah kebakaran di sekolah tahfiz, melibatkan sukarelawan dari institusi itu

sendiri dan sehingga kini disertai oleh 319 sukarelawan. Kita akan menyusun jadual

bagi balai-balai berhampiran memberi tunjuk ajar kepada mereka berkaitan

penggunaan alat pemadam api dan mengajar mereka cara-cara untuk menyelamatkan

diri dengan betul sekiranya berlakunya kebakaran," katanya. Pada 6 Mei lepas,

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melancarkan Skuad

Bomba Pondok (zon utara) yang antara lain berperanan sebagai ejen kecil

menyampaikan mesej dan maklumat berhubung aspek pencegahan dan keselamatan

kebakaran kepada komuniti sekolah pondok.

Page 45: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

24

2.5 Proses Penubuhan Sekolah Islam dan Tahfiz Persendirian

Sekiranya hendak menubuhkan sebuah sekolah agama mahupun pusat tahfiz

persendirian, antara perkara awal yang perlu diambilkira adalah mengetahui prosedur

pembinaan tahfiz supaya tiada timbul masalah pada masa akan datang. Mengikut

Portal Jabatan Agama Islam Negeri, prosedur tersebut akan dijelaskan pada sub topik

seterusnya.

2.5.1 Prosedur Pendaftaran Sekolah Islam Persendirian

Seperti yang sedia maklum, Maahad tahfiz atau sekolah-sekolah agama

persendirian di Malaysia pada masa ini adalah masih terletak di bawah bidang kuasa

kerajaan Negeri atau lebih tepatnya Majlis Agama Islam negeri. Namun begitu,

Kementerian Pendidikan sedang melakukan perbincangan lanjut bersama JAKIM

sama ada untuk menyelaraskan pendaftaran sekolah tersebut dalam satu kementerian

atau mengekalkan kaedah yang diguna pakai sekarang (Mohd Roji Kawi, 2017). Hal

ini adalah kerana berikutan isu dan spekulasi berkaitan piawaian keselamatan di

pusat tahfiz dan madrasah seluruh negara selepas berlakunya kebakaran tingkat tiga

Pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung di ibu negara.

Sebab-sebab pelarasan tersebut harus diperbincang dengan JAKIM walaupun

badan tersebut tidak memiliki sekolah antara lain adalah, JAKIM menyelaraskan

program yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri selain mengelola kelas agama dan

fardhu ain di seluruh negara (Mohd Roji Kawi, 2017)). Pada masa yang sama juga,

kerajaan melalui JAKIM kini sedang merangka Dasar Pendidikan Tahfiz Negara

(DPTN) bagi memperkasakan institusi pendidikan tahfiz al-Quran termasuk

pendaftaran sekolah-sekolah tersebut. Dengan cara ini, memudahkan pihak berkuasa

untuk melakukan pemantauan dan mengenakan apa-apa prosedur terhadap pusat-

pusat tahfiz negara (“Sekolah Agama Persendirian”, 2017).

Page 46: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

25

Walaubagaimanapun, pihak persendirian yang ingin menubuhkan atau telah

menubuhkan maahad tahfiz dan sekolah-sekolah agama mestilah mengikuti terma

dan syarat proses yang sedia ada sekarang seperti berikut

Carta 2.1: Aktiviti yang terlibat dalam penubuhan sekolah Islam dan

Pusat Tahfiz

Page 47: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

26

Berdasarkan jadual di atas, perkara pertama yang perlu dilakukan untuk

menubuhkan sebuah sekolah islam atau pusat tahfiz persendirian adalah perlu

mewujudkan sekolah terlebih dahulu mengikut peraturan dan syarat daripada pihak

berwajib. Pembinaan sekolah mestilah mengikut prosedur pembinaan yang betul

walaupun menggunakan tanah sendiri iaitu bermula daripada kelulusan pelan,

peringkat pembinaan sehingga ke penyerahan kunci dan seterusnya penyerahan Sijil

Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC).

Peringkat kedua adalah peringkat yang paling penting dalam pembinaan

bangunan namun sering diambil ringan oleh pemilik sekolah-sekolah islam dan

pusat-pusat tahfiz. Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan yang dikeluarkan oleh arkitek

atau jurutera prosfesionl ini membuktikan bahawa bangunan adalah selamat untuk

dihuni dan telah selamat menjalani pemeriksaan daripada pihak berkuasa. Banyak

kes kebakaran yang berlaku pada pusat-pusat tahfiz hari ini adalah berpunca daripada

ketiadaan Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) bomba termasuklah Darul

Ittifaqiyah. Sebagai contoh lain, hanya sebuah daripada 63 pusat tahfiz di Negeri

Sembilan dilaporkan memiliki Sijil ini. Pokok pangkal yang menyebabkan ketiadaan

sijil ini oleh premis-premis tersebut adalah mereka langsung tidak mengetahui proses

untuk mendapatkan kelulusan berkaitan (Khairul Najib Asarulah Khan, 2017).

Setelah menerima CCC, prosedur seterusnya adalah mengisi borang

pendaftaran sekolah yang boleh diperolehi di Unit Pendidikan Islam, Pejabat Agama

Islam Daerah, atau di Bahagian Pendidikan Islam di Jabatan Agama Islam atau

mengikut terma Majlis Agama Islam Negeri masing-masing. Isu pendaftaran pusat

tahfiz juga kian berleluasa pada masa ini. Seperti yang dilaporkan September lalu,

Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) telah mengenalpasti 25 pusat tahfiz yang

masih belum berdaftar di negeri itu, berbanding sebelum ini 15 tahfiz yang belum

berdaftar (Nurul Amanina Suhaini, 2017). Kesan daripada hal ini, pihak berkuasa

tidak mengetahui sama ada sekolah islam atau pusat tahfiz tersebut telah beroperasi.

Page 48: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

27

Seterusnya, menyukarkan mereka untuk melakukan pemeriksaan berkala dan status

keselamatan penghuni secara tidak langsung mungkin berada dalam bahaya.

Borang yang telah lengkap hendaklah dikembalikan kepada Unit Pendidikan

Islam (UPI), Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) beserta dengan kehendak-

kehendak yang dijelaskan oleh Jabatan Agama Islam Negeri. Antara kehendak

tersebut adalah seperti kertas kerja permohonan, Minit Mesyuarat penubuhan

sekolah, sesalinan senarai ahli jawatankuasa pengurusan sekolah dan kelulusan

premis dari Bomba (CCC).

Walau bagaimanapun, keputusan kelulusan pendaftaran mengambil sedikit

masa kerana akan melalui beberapa peringat termasuklah semakan dokumen,

pemeriksaan premis, penyediaan laporan dan pembentangan laporan ke

Jawatankuasa Pendaftaran sekolah agama atau tahfiz persendirian. Setelah selesai

perkara-perkara tersebut, barulah Surat Perakuan Pendaftaran akan dikeluarkan oleh

Bahagian Pendidikan Islam (BPI), Jabatan Agama Islam Negeri setelah borang

tersebut diperaku dan diserahkan oleh Unit Pendidikan Islam (UPI), Pejabat Agama

Islam Daerah (PAID) (Jabatan Agama Islam Selangor, 2017).

2.6 Peruntukan Piawaian dan Perundangan Pencegahan Kebakaran dan

Elektrik

2.6.1 Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam, 1984 (UKBS 1984)

Page 49: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

28

Undang-undang sedia ada di Malaysia yang mengawal keselamatan

kebakaran dalam bangunan adalah Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam, 1984

(Uniform Building By-Laws, 1984) iaitu terletak di bawah Akta Jalan, Saliran dan

Bangunan, 1974. Ianya diluluskan di parlimen sehingga ke peringkat pelaksanaan

bidang kuasa Kerajaan Negeri. Oleh itu, kesemua Negeri di Malaysia kecuali

Sarawak yang sememangnya mempunyai ordinan bangunan sendiri, perlu mematuhi

undang-undang berkenaan bagi memberi peringatan bahawa kini banyak bangunan

strata dibina di seluruh negara.

Pelbagai kehendak serta keperluan berkenaan reka bentuk dan pembinaan

sesebuah bangunan ditetapkan mengikut sembilan bahagian seperti yang berikut:

i. Bahagian I: Permulaan

ii. Bahagian II: Pengemukaan pelan-pelan untuk diluluskan

iii. Bahagian III: Ruang kawasan, cahaya dan pengudaraan

iv. Bahagian IV: Kerja-kerja sementara berhubung dengan kerja-kerja bangunan

v. Bahagian V: Kehendak-kehendak struktur

vi. Bahagian VI: Kehendak-kehendak pembinaan

vii. Bahagian VII: Kehendak-kehendak menentang kebakaran

viii. Bahagian VIII: Penggera kebakaran, pengesan api, pemadam api dan akses

menentang kebakaran

ix. Bahagian IX: Pelbagai

Pada setiap Bahagian seperti yang disenarai pendekkan di atas, terdapat kerja-

kerja berkaitan untuk tajuk Bahagian tersebut iaitu diklasifikasikan sebagai Undang-

undang kecil. Undang-undang kecil tersebut menjelaskan maklumat lanjut mengenai

kehendak-kehendak sesuatu dengan lebih terpeinci.

Di samping itu, terdapat juga sepuluh jadual yang menyenaraikan kehendak-

kehendak reka bentuk terpeinci. Walaubagaimanapun jadual berikut sahaja yang

berkaitan dengan keselamatan kebakaran iaitu:

Page 50: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

29

i. Jadual Kelima: Ketetapan kumpulan maksud

ii. Jadual Ketujuh: Jarak perjalanan maksimum

iii. Jadual Kelapan: Pengelasan sekatan kemerebakan api ke atas permukaan

dinding dan siling

iv. Jadual Kesembilan: Had-had kompatmen dan tempoh minimum ketahanan

api bagi elemen struktur

v. Jadual Kesepuluh: Kehendak-kehendak sistem pemadaman api, sistem

penggera kebakaran dan pencahayaan kecemasan

Jadual-jadual tersebut menentukan aspek-aspek utama bagi sistem keselamatan

kebakaran dalam bangunan begitu juga seperti undang-undang yang terdapat pada

Bahagian VII, Kehendak-kehendak Menentang Kebakaran dan Bahagian VIII,

Penggera kebakaran, pengesan api, pemadam api dan akses menentang kebakaran.

Bersama dengan kod dan standard yang dirujuk di dalam Undang-undang Kecil,

standard keselamatan kebakaran di Malaysia adalah setanding dengan mana-mana

negara maju dan ianya dianggap mencukupi untuk memastikan keselamatan awam

terjamin. Manakala, undang-undang yang berkaitan dengan pemasangan elektrik dari

sudut keselamatan kebakaran adalah sepeerti berikut:

i. Undang-undang Kecil 39 menyatakan kehendak-kehendak Cahaya dan

pengudaraan semulajadi.

ii. Undang-undang Kecil 154

iii. Undang-undang Kecil 155 menyatakan kehendak-kehendak cara gerakan

menentang kebakaran.

iv. Undang-undang Kecil 239 menyatakan kehendak-kehendak mengenai Sistem

komunikasi suara

v. Undang-undang Kecil 240 menyatakan kehendak-kehendak suis pengasingan

elektrik

vi. Undang-undang Kecil 253 menyatakan kehendak-kehendak Sistem kuasa

kecemasan seperti pengesan kebakaran, dan sistem perlindungan kebakaran.

Page 51: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

30

Walaubagaimanapun, kesemua senarai undang-undang dan peraturan yang

ditetapkan tersebut hanya berkaitan dengan reka bentuk dan pembinaan bangunan

sebelum Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan. Apabila CCC diisukan, pihak berkuasa

tempatan termasuk Jabatan Bomba mempunyai sedikit kuasa di bawah undang-

undang dan peraturan ini untuk terus menguatkuasakan langkah-langkah yang perlu

diambil untuk keselamatan penghuni.

Secara ringkasnya, kehendak-kehendak reka bentuk tersebut adalah bertujuan

menjamin keselamatan di samping untuk menghindari sebarang kesan buruk berlaku

disebabkan oleh pemilihan elemen yang tidak mengikut garisan yang ditetapkan.

2.6.2 Akta Perkhidmatan Bomba, 1988

Bagi sesebuah premis yang telah diluluskan iaitu memenuhi kepentingan

penggunaan dan penyelenggaraaan bangunan yang betul, keselamatan kebakaran

sangat diutamakan. Oleh itu, Akta Bomba digubal untuk memastikan bahawa

keselamatan kebakaran yang diaplikasikan terjamin serta berterusan. Terdapat lapan

bahagian di dalam akta ini iaitu:

i. Permulaan

ii. Pentadbiran

iii. Penghapusan bahaya kebakaran

iv. Air dan pili bomba

v. Perakuan bomba

vi. Penguatkuasaan

vii. Siasatan tentang kebakaran

viii. Kumpulan wang kebajikan

ix. Pelbagai

Page 52: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

31

Berdasarkan lapan bahagian dalam Akta Bomba tersebut, bahagian yang

paling memberi kesan kepada pemilik dan pengurus bangunan adalah Bahagian III,

V dan VI. Di bawah Bahagian V telah jelas menerangkan bahawa sesebuah

bangunan yang telah dikelaskan secara tetap sebagai premis untuk dihuni,

dikehendaki untuk memperolehi Sijil Perakuan Kebakaran. Sijil tersebut dikeluarkan

secara rasmi oleh FRDM dan akan diperbaharui setiap tahun melalui pemeriksaan

oleh Pihak Berkuasa Bomba. Hal ini bertujuan untuk mengesahkan bahawa

bangunan itu selamat daripada bahaya kebakaran.

Kewujudan Akta Bomba ini, membolehkan pihak bomba memantau. Pada

masa yang sama mengawal pengurusan dan pengoperasian bangunan-bangunan di

negara. Malah, yang lebih penting adalah memastikan bahawa peralatan keselamatan

kebakaran tidak terjejas sebagaimana berlaku pada masa-masa yang lalu.

2.6.3 Akta Bekalan Elektrik

Undang-undang ini diwujudkan bukan sekadar sebagai pengawalseliaan

terhadap harga dan lesen dalam pembakalan elektrik, malah mengawal pepasangan

elektrik tersebut selari dengan keselamatan orang dan penggunaan elektrik dengan

cekap. Penggunaan elektrik yang salah seperti melebihi kadar yang ditetapkan serta

melanggar arahan panel meter yang dipasang, menyebabkan pengaliran kuasa yang

besar tidak mampu ditampung sekaligus menjadi punca berlakunya kejadian litar

pintas (Sinar Online, 2012).

Terdapat sebelas bahagian di dalam akta ini antaranya termasuklah:

i. Bahagian I: Permulaan

ii. Bahagian II: Perjawatan

iii. Bahagian III: Fungsi, tugas dan kuasa suruhanjaya

iv. Bahagian IV: Pepasangan berlesen dan berdaftar

Page 53: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

32

v. Bahagian V: Kawalan kompeten

vi. Bahagian VA: Penggunaan elektrik dengan cekap

vii. Bahagian VI: Pembekalan oleh pemegang lesen

viii. Bahagian VII: Pemberitahuan kemalangan atau kebakaran

ix. Bahagian VIII: Siasatan dan timbang tara

x. Bahagian IX: Kesalahan dan penalti

Bahagian yang berkait rapat dengan keselamatan kebakaran adalah Bahagian

VA, Penggunaan elektrik dengan cekap dan Bahagian VII iaitu Pemberitahuan

kemalangan atau kebakaran.

2.6.4 Keperluan-keperluan Am Yang Ditetapkan Oleh Jabatan Bomba Dan

Penyelamat, Malaysia untuk Pepasangan Pencegahan Kebakaran

Berikut adalah garispanduan yang telah ditetapkan oleh Bahagian

Pencegahan dan Keselamatan Kebakaran, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia

untuk pepasangan pencegahan kebakaran. Keperluan-keperluan ini boleh dijadikan

rujukan dan panduan dalam menyediakan keperluan sistem pengurusan kebakaran

dari kelengkapan, fasiliti dalam sesebuah bangunan.

i. Semua tangga keselamatan hendaklah di kepong dengan tembok batu-bata

setebal 115 mm sepertimana yang ditandakan di dalam pelan.

ii. Adakan pintu rintangan api satu jam sepertimana yang ditandakan di dalam

pelan. Pemasangannya hendaklah tertutup sendiri, tertutup rapat dan

bukaannya hendaklah menghala ke dalam ruangan tangga.

iii. Adakan lampu tanda `KELUAR' kecemasan yang menggunakan dua kuasa

karan sepertimana yang ditandakan di dalam pelan. Lampu-lampu tersebut

Page 54: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

33

hendaklah dari jenis yang dibenarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat,

Malaysia.

iv. Adakan lampu kecemasan yang menggunakan dua kuasa karan sepertimana

yang ditandakan di dalam pelan. Lampu-lampu tersebut hendaklah dari jenis

yang dibenarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia.

v. Adakan sistem pengudaraan bagi tangga keselamatan sama ada secara biasa

atau mekanikal.

vi. Saluran pendingin hawa hendaklah dipasang dengan sesekat api (Fire

Damper) yang boleh digerakkan dengan kuasa `fisible link' atau `motorised'

mengikut syarat-syarat penentuan yang dibenarkan oleh Jabatan Bomba dan

Penyelamat, Malaysia.

vii. Adakan sistem penyembur air automatik mengikut peraturan LPC atau mana-

mana peraturan yang dibenarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat,

viii. Adakan sistem pancur basah mengikut peruntukkan dalam UBBL 1984.

ix. Adakan sistem pancur kering mengikut peruntukkan dalam UBBL 1984.

x. Adakan sistem saluran bantu mula (Hose Reel) mengikut syarat-syarat

penentuan Tatatertib Amalan Piawaian British atau mana-mana penentuan

yang dibenarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia.

xi. Adakan sistem pengesan haba / asap mengikut syarat-syarat penentuan

Tatatertib Amalan Piawaian British atau mana-mana penentuan yang

dibenarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia.

Page 55: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

34

xii. Adakan sistem penggera kebakaran jenis pecah kaca mengikut syarat-syarat

penentuan Tataertib Amalan Piawaian British atau mana-mana penentuan

yang dibenarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia.

xiii. Semua pintu-pintu yang menghala ke dalam bangunan hendaklah dari jenis

rintangan api dua jam.

xiv. Adakan sistem komunikasi bomba (Telefon Bomba). Sistem komunikasinya

hendaklah tiga hala dan penempatannya di dalam tangga keselamatan / lobi

menentang kebakaran, bilik motor lif, bilik pam bomba dan bilik janakuasa

xv. Adakan sistem siaraya (Public Address System) bagi bangunan ini dan

pemasangannya hendaklah menepati kehendak-kehendak Jabatan Bomba dan

Penyelamat, Malaysia.

xvi. Adakan sebuah pusat pemerintahan dan kawalan kebakaran di lantai tetuan

(Designated Floor) yang dilengkapi dengan peti penggera kebakaran.

xvii. Adakan lif bomba sepertimana yang ditandakan di dalam pelan mengikut

syarat-syarat penentuan Piawaian British 2655 : Bahagian 1: Lampiran E.

xviii. Bagi bangunan yang melebihi 30 meter, semua tangga yang dicadang untuk

digunakan sebagai jalan keluar hendaklah dilanjutkan ke paras bumbung

untuk memberi akses kepadanya.

xix. Semua lubang perkhidmatan (service shaft) hendaklah ditutup pada setiap

tingkat dengan bahan rintangan api dua jam.

xx. Tangga `Central Core' hendaklah diadakan sistem isitekan mengikut

Piawaian Australia 1668 : Bahagian 1 : 1974 atau mana-mana penentuan

yang dibenarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia.

Page 56: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

35

xxi. a) Adakan 4.5 kg / 9 kg ABC alat pemadam api jenis debu kering sepertimana

yang ditandakan di dalam pelan.

b) Adakan 2.2 kg gas CO2 alat pemadam api sebagaimana yang ditandakan di

dalam pelan.

xxii. Adakan suis pengasingan elektrik “Electrical Isolation Switch” dan

hendaklah tidak menjejaskan lampu kecemasan apabila ia ditutup. Adakan

sistem `Smoke Spill Air' mengikut syarat-syarat penentuan yang dibenarkan

oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia.

xxiii. Adakan sistem `Smoke Extractor' pada basement dan `lower ground floor'

mengikut Piawaian Australia 1668 : Bahagian 1 : 1974 atau mana-mana

penentuan yang dibenarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia.

xxiv. Semua papan tanda keselamatan kebakaran hendaklah mematuhi M.S. 982 :

1985

xxv. Adakan `Graphic Design of Floor Plan' berlatarbelakang warna putih yang

menunjukkan tangga keselamatan, laluan-laluan keselamatan, jalan-jalan

keluar dan kedudukan alat-alat pencegah kebakaran. Penempatannya

hendaklah di tempat yang mudah dilihat.

xxvi. Kemukakan tiga ( 3 ) set buku operasi mengikut syarat-syarat Jabatan Bomba

dan Penyelamat, Malaysia.

Walaupun terdapat peruntukan perundangan dan keperluan-keperluan am

seperti yang dinyatakan di atas, rakyat Malaysia masih belum mencapai tahap

kesedaran yang tinggi dalam keselamatan kebakaran ini (Datuk Seri Ong Ka Ting,

2001).

Page 57: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

36

2.7 Rumusan Bab

Dalam bab ini pelbagai bahagian telah ditulis untuk memberi penerangan yang

jelas secara kasarnya mengenai aspek-aspek keselamatan mahupun isu-isu yang

semakin berleluasa akibat daripada sikap pematuhan masyarakat terhadap

perundangan yang telah ditetapkan. Kesemua undang-undang atau piawaian yang

digariskan itu ditekankan supaya dapat membuka mata ramai pihak betapa

pentingnya keselamatan. Pengetahuan mengenai proses serta prosedur menubuhkan

pusat tahfiz juga merupakan perkara penting untuk diketahui umum supaya tiada

kesilapan berlaku dan tidak akan menyusahkan mana-mana pihak pada masa akan

datang. Malah, dapat melancarkan sistem pembelajaran di sekolah agama atau tahfiz

dengan baik sekaligus.

Kesimpulannya, kesemua pihak terlibat dari awal proses sehingga sekolah

berjaya beroperasi hendaklah memenuhi tanggungjawab dan peranan mereka dalam

usaha memajukan sekolah-sekolah islam dan pusat-pusat tahfiz di Malaysia. Hal ini

supaya dapat mengelakkan situasi tunding-menunding jari pada masa hadapan kelak.

Dengan itu, ilmu agama islam dapat dibawa ke persada dunia dengan baikknya.

Page 58: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

37

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Metodologi kajian menerangkan mengenai sistem yang digunakan untuk

mendapatkan maklumat berkaitan kajian. Ia merangkumi pengaplikasian prinsip dan

kaedah dalam sebuah kegiatan, disiplin dalam kajian dan memenuhi segala kehendak

tertentu. Pada masa yang sama, bertujuan memastikan kaedah pengumpulan data

untuk penyelidikan kajian bersesuaian dengan matlamat dan objektif kajian yang

ingin dicapai. Metodologi kajian merujuk kepada perilaku atau instrumen yang

digunakan dalam memilih dan menyediakan teknik penyelidikan (Mohd Najib,

1999).

Metodologi kajian amat penting sebelum pelaksanaan gerak kerja kajian. Ia

bertindak sebagai sebuah percancangan teliti supaya memudahkan proses pencarian

maklumat dan juga memastikan setiap maklumat yang diperoleh bertepatan dengan

kajian yang ingin dilakukan. Tanpa pengurusan perancangan yang terpeinci, pelagai

Page 59: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

38

masalah akan timbul daripada pelbagai sudut. Oleh itu, bab ini akan menjelaskan

peringkat-peringkat penyelidikan dan kaedah-kaedah kajian yang digunakan untuk

mendapatkan data bagi menganalisis kajian.

3.2 Rekabentuk Kajian

Kajian merujuk kepada satu proses yang sistematik yang melibatkan proses

merancang kaedah kajian, mengumpul data, menghurai data dan melaporkan

maklumat (Chua, 2011). Dengan kata lain, kajian merupakan satu kaedah yang

dilakukan untuk memastikan maklumat yang diperoleh munasabah dan disokong

oleh data-data kuantiti dan kualiti. Ia dilakukan dengan mengumpul data daripada

individu, kumpulan individu, bahan-bahan dokumentasi dan pelbagai sumber

maklumat yang lain (Soy, 1997). Kajian boleh dikategorikan kepada tiga jenis iaitu

kajian kuantitatif, kajian kualitatif dan kajian campuran.

Objektif yang perlu dicapai adalah masalah-masalah yang dihadapi oleh pusat

tahfiz dalam mematuhi piawaian keselamatan kebakaran dan langkah-langkah yang

diambil dalam mengurangkan masalah-masalah yang dihadapi. Untuk tesis ini,

rekabentuk kajian yang digunakan adalah kajian kualitatif. Kategori ini sangat

penting dalam menentukan kaedah metodologi yang akan digunakan untuk

membantu dalam proses analisis kajian.

3.2.1 Kajian Kualitatif

Page 60: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

39

Kaedah kualitatif adalah sebagai proses inkuiri ke arah pemahaman yang

didasari kaedah pengumpulan data yang lazim digunakan apabila meninjau sesuatu

permasalahan sosial (Cresswell,2011). Dalam kajian tesis ini, kaedah kualitatif

digunakan kerana bersesuaian serta menepati dengan ciri-ciri kajian kualitatif itu

sendiri. Hal ini kerana, memandangkan kes kebakaran semakin serius berlaku dalam

kelompok pusat tahfiz, pengkaji bergantung kepada pandangan pihak-pihak tahfiz

dengan menanyakan soalan yang luas dan umum supaya dapat memahami masalah

serta langkah yang dialami oleh mereka, pengalaman, dan struktur kehidupan yang

dilalui. Seterusnya, kefahaman maklumat yang disampaikan daripada pihak tahfiz

adalah realiti dan bukan sesuatu yang statik.

Di samping itu, pengkaji sendiri mendapatkan maklumat secara terpeinci dan

mendalam iaitu secara interaksi dan bersemuka dengan mudir (pengetua) pusat tahfiz

tersebut sepanjang pengumpulan dan penganalisaan data. Segala data yang diperoleh

adalah berlatarbelakangkan persekitaran yang semulajadi tanpa sebarang manipulasi

ke atas pemboleh ubah yang dikaji. Secara tidak langsung, pengkaji dapat membina

konsep, hipotesis dan teori untuk dikembangkan, dinyatakan dan dijelaskan.

Walaubagaimanapun kajian kualitatif ini menyumbang „sesuatu‟ kepada kajian

berstatistik. „Sesuatu‟ di sini bermaksud yang bermakna dan tidak boleh diukur

(Schostak, John F2002).

3.2.1.2 Rekabentuk Kajian Teori Grounded

Rekabentuk Grounded Theory (GT) merupakan salah satu daripada

rekabentuk dalam dalam kjian kualitatif. Ia merupakan sesuatu yang bersifat

konseptual atau teori sebagai hasil pemikiran induktif dari data yang dihasilkan

dalam penelitian mengenai suatu fenomena. Atau suatu teori yang dibangun dari data

suatu fenomena dan dianalisis secara induktif, bukan hasil pengujian teori yang telah

ada.

Page 61: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

40

Dalam kajian ini, teori grounded digunakan kerana pengkaji ingin

membina teori mengenai objektif yang perlu dikenalpasti iaitu masalah-masalah

dalam mematuhi piawaian dan langkah-langkah yang diambil dengan lebih

mendalam secara khusus dan bersituasi.

3.3 Prosedur Kajian

Dalam melaksanakan kajian ini, terdapat dua proses yang perlu dilakukan

supaya dapat menyusun data dengan lebih teratur. Proses pertama iaitu kajian

literatur dan kemudiannya adalah proses pengumpulan data.

3.3.1 Kajian Literatur

Kajian literatur bertujuan untuk memperolehi pemahaman secara dasar

terdahulu serta mendapatkan fakta yang tepat berkaitan dengan kajian yang

dilakukan. Kajian literatur dilaksanakan untuk mendapatkan teori mengenai masalah-

masalah yang dihadapi oleh pusat tahfiz serta langkah-langkahnya yang diperolehi

terutamanya daripada surat-surat khabar memandangkan kebakaran semakin banyak

berlaku. Selain itu juga adalah jurnal, dan tesis-tesis terdahulu. Rujukan melalui

Internet turut digunakan bagi mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan lebih

meluas seperti di laman portal JAIS, MAIS dan lain-lain badan organisasi terhadap

sejarah, penubuhan, serta struktur yang terlibat dalam pembangunan pusat-pusat

tahfiz Malaysia.

Page 62: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

41

3.3.2 Proses Pengumpulan Data

Seterusnya, setelah memahami teori yang hendak dikaji, proses kajian

seterusnya adalah untuk mengumpul data. Proses-proses ini bertujuan mendapatkan

data mengikut kaedah yang bersuaian dengan objektif.

3.3.2.1 Kaedah Pengumpulan Data

Pengumpulan data bagi kajian ini memfokuskan mengenai situasi pihak-

pihak tahfiz seperti mana objektif kajian yang ingin mengkaji masalah-masalah yang

dihadapinya. Maka bagi kajian ini, kaedah data yang akan digunakan ialah kaedah

temu bual untuk mencapai objektif pertama dan objektif kedua kajian (Robson,

2007).

.

3.3.2.1.1 Temu Bual

Proses temu bual ini dijalankan dari semasa ke semasa dengan responden

mengikut jadual yang ditetapkan oleh responden. Temu bual mempunyai perbezaan

cara melaksanakannya, iaitu temu bual dilakukan secara lisan (perbualan), dan

jawapan direkod secara bertulis, melalui rakaman, video dan media elektronik yang

lain. Responden untuk temu bual ini adalah pihak tahfiz iaitu pengetua bagi setiap 10

buah pusat tahfiz tersebut mahupun wakil pihak tahfiz yang mewakili pengetua jika

berlaku ketiadaannya.

Jenis temu bual yang digunakan pula ialah temu bual semi-struktur. Knox &

Burkard (2009) menekankan bahawa penggunaan kaedah wawancara separuh

Page 63: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

42

berstruktur boleh mendedahkan pengalaman peserta. Manfaat menggunakan kaedah

ini adalah lebih tepat, maklum balas adalah lebih tinggi iaitu sekitar 60 hingga 70%,

terutamanya temu bual bersemuka dan jawapannya boleh lebih diterokai

menggunakan soalan "mengapa" untuk dijawab (Naoum, 2007). Melalui kajian ini,

temu bual bersemuka sangat penting kerana dapat mengenalpasti masalah yang

dialami oleh setiap pusat tahfiz dengan lebih mendalam memandangkan orang ramai

semakin memberikan tumpuan pada isu-isu yang berkaitan dengannya.

3.3.2.2 Instrumen Kajian

Pemilihan instrumen yang sesuai adalah sangat penting kerana ia akan

mempengaruhi pemerolehan data. Data yang diperoleh akan menentukan sama ada

objektif penyelidikan dicapai. Menurut Mok (2010), instrumen kajian adalah satu

proses untuk mengumpulkan data yang tidak hanya termasuk pemilihan atau reka

bentuk instrumen, tetapi juga termasuk prosedur dan syarat yang digunakan oleh

instrumen tersebut.

3.3.2.2.1 Borang temubual semi-struktur

Memandangkan kaedah pengumpulan data adalah secara temu bual,

instrumen yang diaplikasikan untuk kajian ini ialah borang temu bual semi-struktur.

Proses penyediaan soalan temu bual adalah proses yang paling penting kerana

soalan-soalan yang dirancang harus meliputi semua soalan yang diperlukan untuk

mendapatkan jawapan yang tepat untuk mencapai tujuan kajian. Setiap soalan yang

disediakan mesti terperinci, cukup munasabah dan mudah dipahami supaya objektif

penyelidikan dapat dipenuhi.

Page 64: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

43

Oleh itu, soalan yang dikemukakan telah dirangka terlebih dahulu supaya

soalan yang diberikan kepada responden menepati objektif kajian yang

dikehendaki.Maklumat-maklumat yang diperolehi akan disusun dan dibandingkan

dengan maklumat yang diperolehi daripada kajian literatur.

Soalan temu bual semi berstruktur disediakan terdiri daripada tiga bahagian,

iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Bahagian A ialah latarbelakang

responden dan pusat tahfiz, bahagian B pula soalan-soalan untuk memenuhi objektif

1 yang ingin dicapai iaitu masalah-masalah yang dihadapi oleh pusat tahfiz dan

bahagian B pula soalan-soalan untuk memenuhi objekti 2, langkah-langkah yang

diambil untuk mengurangkan masalah yang dihadapi dalam mematuhi piawaian

keselamatan kebakaran

Bahagian A

Dalam bahagian pertama soalan kajian, maklumat umum responden akan

diperlukan yang termasuk nama responden, kedudukan responden semasa dan tahun

pengalaman kerja mereka. Maklumat mengenai latar belakang pusat tahfiz juga amat

penting supaya dapat memahami keadaan serta situasi pusat tahfiz sendiri seperti

tahun penubuhan, jumlah pelajar dan kakitangan, jenis pengajian dan sumber

pembinaannya.

Bahagian B

Bahagian B adalah soalan-soalan untuk mengumpulkan maklumat untuk

mencapai objektif pertama kajian yang merupakan masalah-masalah yang dihadapi

oleh pusat tahfiz dalam mematuhi piawaian keselamatan kebakaran. Setiap data yang

Page 65: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

44

diperolehi daripada pihak tahfiz tersebut akan disoal lagi seperti apa, mengapa,

bagaimana, bila, dan siapa untuk mengetahui sebab-sebab dan sebagainya.

Bahagian C

Begitu juga dengan bahagian C iaitu soalan-soalan untuk mengumpulkan

maklumat bagi mencapai objektif kedua kajian yang merupakan langkah-langkah

yang diambil untuk mengurangkan masalah-masalah yang dihadapi oleh pusat tahfiz

dalam mematuhi piawaian keselamatan kebakaran. Setiap data yang diperolehi

daripada pihak tahfiz tersebut akan disoal lagi seperti apa, mengapa, bagaimana, bila,

dan siapa untuk mengetahui sebab-sebab dan sebagainya.

3.3.2.3 Sampel dan Populasi Kajian

Kajian dilakukan bertujuan untuk mendapatkan maklumat bagi mewakili

keadaan sebenar populasi bagi membolehkan satu rumusan atau kenyataan dibuat

terhadap sesuatu yang dikaji (A. Mahdzan, 2007). Tambahan lagi, kajian kualitatif

merujuk kepada kajian yang dijalankan memerlukan pemerhatian yang teliti. Kajian

kualitatif tidak memerlukan bilangan responden yang banyak tetapi memperolehi

maklumat yang berkualiti dengan memberikan tumpuan terhadap sampel yang kecil

dalam satu kumpulan (Hamzah, 2010). Ini bermaksud, sampel diambil daripada

beberapa unit dalam suatu populasi seperti individu, organisasi dan sebagainya bagi

mewakili populasi tersebut dan sampel yang dikaji akan menggambarkan populasi

tersebut secara generalisasi mengenai populasi tersebut.

3.3.2.3.1 Persampelan Rawak Mudah

Page 66: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

45

Jenis persampelan yang diaplikasikan dalam kajian ini adalah persampelan

rawak mudah. Persampelan rawak mudah ialah persampelan di mana setiap elemen

dalam populasi itu mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai sampel.

Persampelan ini merupakan salah satu jenis di dalam persampelan rawak yang

dikategorikan sebagai sampel kebarangkalian. Kelebihan atau kebaikan pensampelan

rawak mudah ini ialah jika bilangan sampel besar maka sampel yang dipilih akan

mewakili populasi (Noraini Idris, 2013). Oleh itu, hanya 10 buah Pusat tahfiz di

Selangor dikaji bagi merungkai objektif yang ingin dicapai.

Bagi penyelidikan ini, “Pematuhan Piawaian Keselamatan Kebakaran Pusat-

pusat tahfiz” populasinya adalah pusat-pusat tahfiz di Negeri Selangor. Manakala, 10

buah pusat tahfiz yang akan diwakili oleh mudir (pengetua) setiap satu daripadanya

di Negeri Selangor dikaji bagi mewakili dan memperlihatkan semua ciri populasi

dengan tepat. Hal ini kerana, mereka mempunyai segala maklumat, perspektif,

pengalaman atau apa sahaja bahan berkenaan pusat tahfiz yang dikelola supaya dapat

mencapai kedua-dua objektif kajian ini. Secara tidak langsung penyelesaian daripada

pihak yang lebih spesifik boleh dirangka selain memahami fenomena dengan lebih

jelas.

Secara keseluruhannya, jumlah populasi bagi pusat tahfiz di Negeri Selangor

seperti yang tertera di portal Jabatan Agam Islam Selangor (JAIS) adalah sebanyak

Pusat-pusat Tahfiz Negeri

Selangor

10 buah Pusat

Tahfiz yang dikaji

Rajah 3.1: Bentuk populasi dan sampel kajian

Page 67: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

46

139 buah. Walaubagaimanapun, berdasarkan jadual penentuan saiz sampel seperti

yang disyorkan oleh Krecjie dan Morgan (1970), sampel yang perlu digunakan

adalah melebihi 30 buah. Disebabkan faktor masa, kewangan dan lain-lain yang

terhad, sampel kajian adalah terdiri daripada 10 orang responden yang mewakili

setiap 10 buah tahfiz . Teknik penentuan sampel 10 buah pusat tahfiz yang dikaji

pula adalah berdasarkan senarai kesemua pusat tahfiz Negeri Selangor, setiap unit di

dalam senarai tersebut dipilh secara rawak kerana populasi dalam persampelan rawak

ini mempunyai ciri-ciri yang seragam.

3.3.3 Proses Penganalisaan Data

Peringkat seterusnya selepas pengumpulan data adalah analisis data. Analisis

data adalah proses menukarkan data mentah, yang merupakan jawapan dari soalan

yang dibuat sebelum ini menjadi kenyataan yang bermakna. Kaedah menganalisis

data adalah penting kerana ia mempengaruhi penyampaian hasil kajian secara

keseluruhan. Dalam kajian ini, kaedah analisis kandungan digunakan. Semua

maklumat yang bermakna dan data yang dikumpulkan diteliti, ditapis dan

dikategorikan untuk memudahkan proses menganalisis data. Berikut adalah kaedah

yang digunakan dalam kajian ini untuk menganalisis data yang dikumpul oleh

responden.

3.3.3.1 Analisa Kandungan

Pengumpulan dan analisis data pada kajian kualitatiif dengan menggunakan

rekabentuk teori grounded merupakan proses yang saling berhubung dan harus

dilakukan secara bergantian. Jenis kaedah analisis data dalam rekabentuk teori

grounded ini dilakukan dalam analisis kandungan, yang merupakan proses

penguraian data, pembuatan konsep dan penyusunan kembali dengan cara yang baru.

Page 68: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

47

Kajian kualitatif turut menggunakan analisis kandungan bagi menganalisis tema-

tema daripada temu bual dan juga pemerhatian. Tujuan analisis kandungan dalam

penelitian teori grounded adalah untuk menyusun teori, memberikan ketepatan

proses penelitian, (membantu peneliti mengatasi bias dan asumsi yang keliru, dan

memberikan landasan, memberikan kepadatan makna, dan mengembangkan

kepekaan untuk menghasilkan teori)

3.3.3.2 Pengekodan Teks

` Analisis kandungan kualitatif teori grounded akan dianalisis menggunakan

analisis tema dengan pengekodan dan pengkategorian. Selalunya, proses analisis

data berlaku secara berterusan dan non-linear (Rosmawati, 2011). Kaedah ini

mempunyai tujuan yang lebih luas, tidak hanya membolehkan penyelidik

memberikan beberapa tema, atau mengembangkan rangka kerja deskriptif yang

teorinya berdasarkan konsep-konsep yang terjalin secara longgar. Menurut Strauss

dan Corbin (1990: 57) prosedur analisis dalam grounded theory direka sebagai

berikut:

a) Membina teori lebih daripada sekadar menguji pada teori.

b) Memberikan proses kajian suatu kepastian / keketatan yang diperlukan

untuk membuat teori menjadi ilmu pengetahuan “yang baik”.

c) Membantu penganalisaan yang bebas dari bias-bias dan andaian-andaian

yang terbawa, dan yang boleh berkembang selama proses kajian

berlangsung.

d) Memberikan dasar atau alas (grounding), membina kepaduan, dan

mengembangkan kepekaan dan integrasi yang diperlukan untuk

menghasilkan teori yang kaya, tersusun secara ketat (tightly woven),

penerangan teori yang lebih mendekati kenyataan / realiti yang ada.

Page 69: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

48

3.3.3.2.1 Pengekodan Terbuka (Open Coding)

Pengekodan Terbuka (Open Coding) adalah proses melakukan pengekodan

yang memperincikan, menguji, membandingkan, konseptualisasi, dan melakukan

bentuk kategori data.Sebab biasa untuk menggunakan soalan terbuka adalah bahawa

penyelidik tidak mempunyai hipotesis yang jelas tentang jawapan, yang akan

menjadi banyak dan pelbagai.

Analisis melalui pengekodan terbuka boleh agak rumit juga memerlukan

kemahiran yang hebat untuk melaporkan maklumat dengan tepat. Cara terbaik untuk

menganalisis adalah dengan mengodkan maklumat dari segi idea dan tema. Tujuan

pengkodan soalan tersebut adalah untuk mengurangkan bilangan jawapan individu

yang banyak kepada beberapa kategori umum jawapan yang boleh diberikan kod

berangka. Oleh itu, untuk pertanyaan terbuka dalam soalan temu bual, kajian

menggunakan kaedah pengekodan terbuka ini. Maklumat dan data yang

dikumpulkan telah diberikan kepada pengekodan yang sesuai dari segi idea dan

tema. Proses pengekodan ini memerlukan bacaan berulang oleh penyelidik untuk

mengenal pasti kata kunci untuk menyerlahkan dan mengkategorikan data. Data yang

telah diserlahkan dipindahkan ke dalam jadual ringkasan yang digunakan untuk

menggambarkan hasilnya. Data yang sama dari semua maklumbalas dari jumlah

responden dikategorikan ke sub-tajuk dan diberikan kod yang mengandungi huruf

dan nombor. Contoh analisis pengekodan bagi kajian ini adalah seperti jadual

berikut.

Jadual 3.2: Contoh Analisis Pengekodan Terbuka

BAHAGIAN B

Jawapan data Data Kod

Objektif 1 Apakah masalah-masalah

yang dialami oleh pusat

tahfiz ini dalam

mematuhi piawaian

keselamatan kebakaran?

Masalah-masalah

dalam mematuhi

piawaian

keselamatan

kebakaran

B

Page 70: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

49

Responden Ok sebenarnya..secara

peribadi saya

la….kekurangan yang

pertama..kekurangan

bajet. Tangga

keselamatan pun berapa

ribu nak buat kan.

kekurangan bajet B1

BAHAGIAN C

Objektif 2 Disebabkan kekurangan

bajet, apa langkah-

langkah yang pihak

tahfiz ini ambil untuk

mengurangkan masalah

ini?

Langkah-langkah

yang diambil untuk

mengurangkan

masalah-masalah

dalam mematuhi

piawaian

keselamatan

kebakaran

C

Responden Satu..dengan keluarga

sendiri dah boleh

kumpulkan dana

semua…orang

kata..ada…apa-apa..dan

juga aaa….yuran… yuran kena ambil la

sebab zaman sekarang ni

semua benda

Dana ahli keluarga

Yuran

C1.1

C1.2

Kod B dan C tersebut mewakili bahagian soalan yang mana Bahagian B dan

nombor 1 di sebelah B mewakili bilangan data bagi Soalan No.B begitu juga untuk

C.

3.4 Rumusan Bab

Dalam melaksanakan kajian, metodologi adalah tulang belakang bagi

memastikan kelancaran perjalanan kajian. Keseluruhan bab ini menerangkan secara

terpeinci mengenai kaedah penyelidikan yang telah dirancang kemudian dijalankan

bagi mencapai objektif dan matlamat yang telah ditetapkan pada awal kajian. Pada

akhir kajian ini akan dibentuk satu kesimpulan untuk menjawab persoalan yang

timbul dan cadangan terbaik bagi kajian akan datang.

Page 71: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

50

BAB 4

ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan

Bab ini akan menerangkan mengenai data dan maklumat yang diperoleh hasil

daripada kajian yang telah dijalankan. Analisa data diperoleh melalui kaedah kajian

yang diterangkan di dalam Bab 3 iaitu berdasarkan temu bual semi-struktur daripada

pihak tahfiz. Sebanyak sepuluh buah pusat tahfiz negeri Selangor diselidik dengan

terpeinci dan hasil data diilustrasikan dalam bentuk jadual dan graf.

Pematuhan piawaian keselamatan kebakaran adalah sangat penting supaya

keselamatan penduduk di dalam bangunan terjamin. Dalam konteks ini bermaksud,

kepatuhan pusat-pusat tahfiz di Malaysia terhadap piawaian dapat menghindari

kerugian yang sangat besar dan di samping risiko kehilangan nyawa dan harta benda.

Selain daripada faktor bentuk binaan bangunan, banyak lagi aspek lain orang ramai

harus peka terhadap bahaya kebakaran pada setiap masa.

Page 72: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

51

Memandangkan kejadian kebakaran semakin besar dan serius berlaku dalam

kelompok pusat tahfiz, kajian ini dibuat adalah untuk mencapai objektif terutamanya

untuk mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh Pusat tahfiz dalam

mematuhi piawaian keselamatan kebakaran. Sangat jelas kini, ramai masyarakat

ingin tahu kekangan atau kerumitan yang pusat tahfiz sendiri hadapi dalam mematuhi

piawaian. Perkara ini seterusnya, tidak harus dinilai melalui pandangan mata kasar

serta menunding jari sesuka hati, malah sebagai individu yang bertimbang rasa,

sangat perlu untuk dalami situasi keadaan yang mereka hadapi setiap hari. Pada masa

yang sama mengetahui masalah, dapat juga ketahui punca mengapa Pusat-pusat

tahfiz antara yang terbanyak mengalami kejadian kebakaran berbanding dengan

institusi-institusi swasta yang lain seperti rumah-rumah orang tua, pusat kebajikan

atau sebagainya.

Langkah-langkah yang diambil untuk mengurangkan masalah yang dihadapi

oleh pusat tahfiz juga turut dikenalpasti supaya dapat mencapai objektif kedua.

Sejauh mana mereka mengambil berat akan hal yang semakin menular ini dalam

sehaluan mengekalkan atau meningkatkan kecemerlangan pusat tahfiz untuk jangka

masa yang panjang. Sama ada mereka benar-benar mengambil iktibar akan kes-kes

yang berlaku sebelumnya atau masih kekal sama. Banyak langkah yang boleh

diambil sendiri oleh pihak tahfiz tanpa mengharapkan pihak berkuasa terlebih dahulu

antaranya seperti mempersiapkan diri dengan sedikit ilmu pengetahuan kebombaan

seperti mempunyai alat pemadam api persendirian, ilmu pencegahan dan mengawal

kebakaran dan cara menyelamatkan diri sebelum tiba bantuan dari Jabatan Bomba

Dan Penyelamat.

4.2 Analisis Kajian Temu Bual

Page 73: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

52

Temu bual semi-struktur telah dilakukan kepada 10 orang Mudir (pengetua)

pusat tahfiz di Selangor iaitu merangkap pengetua pusat tahfiz. Sepanjang proses

pengumpulan data dilakukan, borang temu bual semi-struktur menjadi panduan

untuk bertanya, seterusnya maklumat direkodkan. Pengkaji terlibat secara langsung

iaitu bersemuka sendiri dengan reponden semasa menemu bual.

Soalan-soalan yang ditanyakan adalah mengenai latar belakang pusat tahfiz

dan responden seterusnya, maklumat mengenai masalah dan langkah yang diambil

oleh pusat tahfiz yang terlibat. Sampel borang temubual berstruktur dilampirkan di

Lampiran A sebagai rujukan. Alasan penyelidik memilih temubual semi-struktur

adalah untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat dari responden selain

mengetahui perkara-perkara lain yang terlibat dengan lebih mendalam.

Maklumat-maklumat yang diperolehi melalui kaedah temubual ini dianalisis

dengan menggunakan kaedah Analisis Kandungan. Menurut A. S. Long (2009),

analisis kandungan merupakan satu bentuk analisis terhadap bahan–bahan media

cetak bertulis seperti jurnal, buku, laporan bertulis, akhbar, majalah dan sebagainya

juga bahan – bahan elektronik seperti CD, radio, drama, filem dan sebagianya.

Menurutnya lagi, ia sesuai digunakan untuk mendapatkan maklumat mengenai

istilah, konsep, frasa dan sebagainya bagi melengkapkan penyelidikan. Penyelidik

memilih untuk menggunakan kaedah analisis ini kerana ia adalah kaedah paling

sesuai dan mudah digunakan bagi kaedah temubual ini. Hal ini demikian kerana,

segala maklumat temubual telah direkodkan dalam bentuk penulisan dan juga

rakaman audio. Setelah semua maklumat diekstrak, seterusnya jadual akan

digunakan bagi mewakili maklumat yang diperolehi. Kemudian kesimpulan akan

dibuat berdasarkan jadual ini.

Page 74: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

53

4.3 Analisis Bahagian A- Latar Belakang Responden & Pusat Tahfiz

Bahagian ini membincangkan mengenai demografi pusat tahfiz bagi

memberikan gambaran yang jelas mengenai latar belakangnya. Sepuluh orang mudir

terlibat sebagai responden yang mewakili pusat tahfiz bagi menjawab mengenai

demografi institusi.

4.3.1 Maklumat Responden

Jadual 4.1 : Latar Belakang Responden Setiap Pusat Tahfiz

Jadual 4.1 menunjukkan latar belakang responden mewakili pihak tahfiz yang

telah memberi kerjasama dalam temubual yang dijalankan oleh penyelidik. Mengikut

jadual di atas, kesemua responden merupakan mudir (pengetua) pusat tahfiz dan

hanya seorang daripada sepuluh responden tersebut mempunyai pengalaman kurang

dari 5 tahun iaitu pusat tahfiz E. Manakala sekolah tahfiz H merupakan responden

yang mempunyai pengalaman tertinggi iaitu 28 tahun dan merupakan seorang bekas

kakitangan di Pejabat Kesihatan Sungai Besar di Daerah Sabak Bernam yang

Pusat Tahfiz Jawatan Pengalaman (Tahun)

A Mudirah (Pengetua) 6

B Mudir (Pengetua) 14

C Mudirah (Pengetua) 6

D Mudirah (Pengetua) 4

E Mudir (Pengetua) 3

F Mudir (Pengetua) 10

G Mudir (Pengetua) 9

H Mudir (Pengetua) 28

I Mudir (Pengetua) 13

J Mudir (Pengetua) 6

Page 75: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

54

berusaha untuk menubuhkan intitusi tahfiz bagi memelihara kesucian kalimah Allah

s.w.t. Kemudian, tiga daripada sepuluh responden di atas merupakan mudirah iaitu

pengetua perempuan yang juga sebagai penaung pusat tahfiz perempuan. Kesemua

jawapan dari responden yang terlibat dalam sesi temubual bersama penyelidik telah

membantu untuk mencapai kedua-dua objektif kajian ini kerana kerana setiap

jawatan yang dipegang oleh semua responden yang terlibat adalah jawatan yang

penting dan sememangnya berkaitan.

4.3.2 Maklumat Pusat Tahfiz

Jadual 4.2: Latar Belakang Pusat Tahfiz yang dikaji

Jadual 4.2 menunjukkan maklumat mengenai latar belakang kesemua buah

tahfiz yang dikaji. Maklumat ini dianalisis secara umum melalui jawapan yang

diterima daripada temubual yang dijalankan.

Pusat

Tahfiz Daerah

Tahun

Penubuhan

Bilangan

Kapasiti

(orang)

Bilanga

n Blok

Bentuk

Pengajian Sumber

Pembinaan

A Petaling 2012 147 2 Tahfiz dan fardhu

ain Sendiri

B Petaling 2013 30 1 Tahfiz sahaja Sendiri

C Petaling 2011 90 1 Tahfiz, fardhu ain

dan akademik Sendiri

D Petaling 2016 30 1 Tahfiz, fardhu ain

dan akademik Sendiri

E Petaling 2013 72 3 Tahfiz, fardhu ain

dan akademik Waqaf

F Petaling 2011 63 1 Tahfiz, fardhu ain

dan akademik

Bentuk

Organisasi

G Petaling 2008 105 3 Tahfiz, fardhu ain

dan akademik Waqaf

H Sabak

Bernam 1988 97 3

Tahfiz, fardhu ain

dan akademik Sendiri

I Sabak

Bernam 1997 89 3 Tahfiz dan fardhu

ain Sendiri

J Sabak

Bernam 2016 30 1 Tahfiz sahaja Waqaf

Page 76: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

55

4.4 Pusat Tahfiz A

Daripada analisis yang dibuat, pusat tahfiz A terletak di daerah Petaling dan

jarak antara Bandar adalah sebanyak 20km. Ia dikelolakan dan ditubuhkan oleh

sebuah keluarga bermula daripada bapa dan diwarisi oleh anaknya iaitu Mudirah

(pengetua perempuan) sekarang. Pusat tahfiz ini merupakan pusat tahfiz perempuan

dan telah ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2012. Terdapat seramai 136 orang

pelajar serta 11 orang guru dan keseluruhannya adalah seramai 147 orang. Pengajian

di sini berbentuk tahfiz dan fardhu ain secara sepenuh masa. Pembinaan pusat tahfiz

ini sepenuhnya hasil perusahaan sendiri iaitu daripada keluarga. Pengoperasian pusat

tahfiz dijalankan di pusat komersial iaitu sebanyak 2 blok sahaja.

4.4.1 Masalah-masalah yang dihadapi dalam mematuhi piawaian keselamatan

kebakaran

Bagi pusat tahfiz A, dalam menyediakan peralatan keselamatan kebakaran,

pihak ini mengaku agak sukar untuk penuhi pada awalnya. Penyediaan alat

perlindungan kebakaran seperti pemadam api dan tangga keselamatan juga

mengambil masa yang lama disebabkan kewangan yang terhad. Hal ini kerana,

Rajah 4.4: Dua blok pusat tahfiz A

Page 77: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

56

tangga keselamatan mencecah ribuan ringgit untuk dibina. Malah, merasa perkara

tersebut bukan perkara utama kerana harus mendahului urusan yang lain terdahulu.

Selain itu, mudir juga mengatakan bahawa hampir kesemua pusat tahfiz

mengalami masalah dalam mendapatkan pendaftaran tetap iaitu memenuhi

kehendak-kehendak yang diperlukan oleh JAIS. Mereka melalui konflik ini apabila

terdapat tiga kehendak asas yang dikenakan iaitu semua bomba, kesihatan dan pihak

berkuasa tempatan. Oleh itu, dalam memenuhi banyak keperluan dan syarat

penyediaan alat-alat keselamatan kebakaran, susun atur bangunan dan sebagainya

memerlukan banyak sokongan kewangan, pengurusan dan usaha barulah pendaftaran

disahkan. Walaubagaimanapun disebabkan kehendak yang terlalu banyak ini, Mudir

merasa perkara tersebut agak leceh seterusnya dilengah-lengahkan.

Bukan sahaja kehendak, tetapi prosedur pendaftaran yang panjang dan agak

melecehkan seperti pengisian borang, pengesahan dan penyemakan sehingga lengkap

membuatkan Pusat tahfiz A berputus asa untuk meneruskan pendaftaran pada

awalnya. Tambah-tambah lagi dengan ketiadaan kakitangan lain, pusat tahfiz A

harus ditinggalkan tanpa pemantauan kerana Mudir terpaksa berulang-alik ke Jabatan

Agama Islam serta membuat susulan berkali-kali. Bukan itu sahaja, tindak balas

daripada kakitangan JAIS sendiri sangat tidak membantu dalam mempercepatkan

proses pendaftaran kerana seorang pegawai hanyalah untuk menguruskan pusat

tahfiz tertentu sahaja. Bermakna, pegawai lain tidak tahu menahu jika ditanya status

sesuatu Pusat tahfiz. Hingga akhirnya, Mudir merasa malas untuk berdaftar,

seterusnya banyak kehendak tidak dipatuhi.

Walaubagaimanapun, hasil daripada temubual yang dijalankan, didapati

bahawa pihak tahfiz A mempunyai pengetahuan akan kepentingan keselamatan

kebakaran yang amat cetek. Hal ini kerana, walaupun tidak diakui sendiri oleh

mudir, penyelidik mendapati bahawa mereka mempunyai masalah yang sama seperti

Page 78: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

57

mengubahsuai penggunaan bangunan dan seterusnya terus menjalankan

pengoperasian tanpa peka serta sedar akan bahaya kebakaran yang sentiasa wujud

dalam bangunan. Malah, dalam kalangan mereka juga turut dengan sengaja

melengah-lengahkan kehendak-kehendak bomba seperti yang diperlukan oleh JAIS

sehingga tiada pendaftaran dilakukan.

Selain itu Pusat tahfiz A mengalami masalah kerana di sini sepenuhnya

diuruskan oleh Mudir. Walaupun ahli kelurga turut terlibat sama, seperti ayah dan

ibunya namun hanya membantu perkara yang kecil-kecilan sahaja. Oleh itu, Mudir

kadangkala terpaksa berkejar-kejaran menguruskan kesemua bahagian termasuk

keselamatan kebakaran. Hal ini menyebabkan banyak urusan tergendala dan

diketepikan dahulu sehingga kehendak bomba terpaksa diabaikan. Malah, apa-apa

keperluan borang dan kertas kerja juga tiada siapa yang boleh membantu.

4.4.2 Langkah-langkah mengurangkan masalah-masalah yang dihadapi

dalam mematuhi piawaian keselamatan kebakaran

Disebabkan bajet yang tidak cukup untuk melengkapi kehendak yang tiada

seperti pintu, tangga dan alat pemadam api, Mudir telah menjana kewangan daripada

pernigaan. Perniagaan yang diusahakan berbentuk jualan barang-barang kesihatan

dan dilakukan secara tak langsung dan langsung kepada orang ramai. Ahli

keluarganya juga sama-sama membantu melaburkan apa yang tidak mencukupi.

Selain itu, sebahagian jumlah yuran juga akan diambil untuk memenuhi prasarana

yang sepatutnya. Oleh itu, hasil daripada kewangan tersebut termasuk sumbangan

daripada individu-individu yang prihatin juga, sedikit sebanyak telah membantu

Pusat tahfiz ini dalam penukaran pintu, penyediaan tangga kecemasan dan lain-lain

lagi.

Page 79: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

58

Pusat tahfiz A juga akan memastikan bahawa premisnya didaftarkan di

bawah JAIS agar mudah menerima apa-apa jenis bantuan.Oleh itu, mudir akan

sentiasa memastikan pengurusan yang mantap daripada semua sudut dan penubuhan

yang kukuh untuk jangka masa yang lama, Mudir telah memastikan Pusat tahfiz

didaftarkan dengan JAIS dengan apa cara sekali pun. Akui ianya memakan masa

yang lama, Mudir kerap menghubungi JAIS untuk mengenalpasti status pendaftaran

walaupun tiada individu lain yang boleh dipertanggungjawabkan. Hasil setelah

hampir selama 2 tahun menanti, baru disahkan JAIS. Pembaikan terhadap elemen-

elemen keselamatan kebakaran hanya ditampung oleh yuran tahunan sahaja.

Bagi pusat tahfiz A, Mudir telah mengambil langkah menghadiri kursus

keselamatan kebakaran yang dianjurkan sendiri oleh dan badan-badan persendirian.

Kursus tersebut telah ditawarkan sendiri oleh pihak berkenaan memandangkan kes

kebakaran semakin serius berlaku. Kursus khas untuk pengetua juga anjuran daripada

JAIS telah dihadiri. Sedar akan kepakaran yang kurang, pengetahuan yang terhad dan

kakitangan yang tidak mencukupi, Mudir juga akan mengambil langkah dalam

menghadiri dan memohon demonstrasi kebakaran yang dianjurkan oleh pihak bomba

secara percuma.

Page 80: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

59

4.5 Pusat Tahfiz B

Kemudian, bagi pusat tahfiz B, ia terletak di daerah Petaling dan dikendalikan

oleh pasangan suami isteri pada tahun 2013. Pusat tahfiz ini merupakan sebuah pusat

tahfiz berasrama untuk pelajar lelaki yang terdiri daripada anak-anak yatim dan fakir

miskin seramai 25 orang manakala kakitangan pula 5 orang termasuk pengelola pusat

tahfiz ini. Pengajian di sini adalah sepenuhnya percuma tanpa bayaran berasaskan

tahfiz sahaja. Pengajian di sini adalah tahfiz sahaja dan pembinaannya adalah hasil

sendiri iaitu dijalankan di sebuah rumah dua tingkat, juga merupakan rumah

kediaman pengetua dan isterinya. Namun, bangunan tersebut hanya disewa sahaja.

4.5.1 Masalah-masalah yang dihadapi dalam mematuhi piawaian keselamatan

kebakaran

Selain itu untuk pusat tahfiz B, oleh kerana pembelajaran yang dilaksanakan

adalah sepenuhnya percuma, bajet untuk keselamatan kebakaran sangat lah terhad.

Tidak seperti pusat tahfiz lain yang menjadikan yuran sebagai sumber kewangan,

Pusat tahfiz B berharap semua keselamatan kebakaran daripada penyumbang.

Rajah 4.5: Bangunan Pusat Tahfiz B

Page 81: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

60

Berdasarkan temu bual lagi, Mudir akui tidak mampu untuk menyediakan tangga

keselamatan kerana bajet untuk pembiayaan sewa rumah juga turut tersangkut.

Pusat tahfiz B juga mengharungi masalah yang sama sepertimana yang

dihadapi oleh pusat tahfiz A dan lain-lain iaitu konflik ini apabila harus memenuhi

banyak keperluan dan syarat penyediaan alat-alat keselamatan kebakaran, susun atur

bangunan dan sebagainya. Malah bilangan pelajar pada awal penubuhan juga tidak

mengikut syarat yang diperlukan. Oleh itu, mudir merasa perkara tersebut agak leceh

seterusnya dilengah-lengahkan.

Selain itu, kegagalan untuk memenuhi syarat yang ditetapkan oleh JAIS

untuk mendaftar, menyebabkan Pusat tahfiz B tidak mampu untuk meneruskan lagi.

Malah, proses pengesahannya juga memakan masa yang lama sehingga penukaran

pegawai baru. Hal ini menyebabkan prosedur pendaftaran diubah dan kesemua

dokumen yang telah dihantar oleh Mudir turut hilang. Mudir menjelaskan lagi

bahawa pegawai yang berurusan dengannya juga membuat kerja seperti melepaskan

batuk ditangga sahaja. Kehilangan dokumen yang disediakan oleh mudir dan

pihaknya juga tidak langsung dipertanggungjawab sebaliknya dilepaskan begitu

sahaja.

Walaubagaimanapun, hasil daripada temubual yang dijalankan, didapati

bahawa pihak tahfiz B juga mempunyai pengetahuan akan kepentingan keselamatan

kebakaran yang amat cetek kerana, menjalankan pengoperasian tanpa peka serta

sedar akan bahaya kebakaran yang sentiasa wujud dalam bangunan. Malah, dalam

kalangan mereka juga turut dengan sengaja melengah-lengahkan kehendak-kehendak

bomba seperti yang diperlukan oleh JAIS sehingga pendaftaran masih di dalam

proses.

Page 82: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

61

Bertambah teruk lagi apabila dalam persediaan untuk berdaftar, Pusat tahfiz

B tidak mampu untuk menyediakan penyata bank atau apa-apa dokumen yang

membuktikan aliran keluar masuk duit. Hal ini kerana, pengurusan kewangan Pusat

tahfiz ini sejak awal lagi hanya diuruskan oleh Mudir dan isterinya sahaja. Tiada

kakitangan lain yang bertanggungjawab untuk menumpukan bahagian kewangan

seperti pembiayaan bil, yuran dan prasarana. Malah, tiada rekod kewangan yang

dilakukan oleh Mudir dan isterinya. Hal ini menyebabkan proses pendaftaran mereka

sentiasa tersangkut dan berulang-ulang sehingga Mudir tidak terdaya untuk

meneruskan lagi. Dengan hal yang demikian, piawaian keselamatan kebakaran yang

digariskan dianggap biasa oleh Mudir dan secara tak langsung, banyak kehendak

bomba yang tidak dapat dipenuhi seperti tangga keselamatan dan alat perlindung

kebakaran.

Berdasarkan temu bual dengan mudir bagi pusat tahfiz B lagi, mereka tidak

menerima apa-apa sumbangan serta sokongan untuk pembaikan keselamatan

daripada pihak kenamaan. Hanya daripada individu biasa sahaja. Malah pihak-pihak

bernama hanya berkunjungn serta mengkritik apa yang sepatutnya diperbaiki.

Akhir sekali, hanya satu sahaja pusat tahfiz yang terbeban dengan tanggungan

lain seperti yang ditunjukkan di dalam jadual iaitu sebanyak 10% . Hal ini kerana,

Dalam kesukaran pusat tahfiz B menyediakan tangga keselamatan dan kehendak

keselamatan lain yang memakan ribuan ringgit, Mudir juga mengalami kesulitan lain

dari sudut kewangan iaitu pembiayaan sewa rumah sebanyak RM2,400 sebulan.

Malah mengalami tunggakan sebanyak 7 bulan berturut. Hal ini menyukarkan

mereka untuk mematuhi piawaian keselamatan kebakaran dalam jangka masa

pendek.

Page 83: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

62

4.5.2 Langkah-langkah mengurangkan masalah-masalah yang dihadapi

dalam mematuhi piawaian keselamatan kebakaran

Oleh kerana banyak yang harus dipenuhi, mudir mengambil langkah

mengusahakan perniagaan untuk menampung keperluan pelajar-pelajar. Pelbagai

produk dijual untuk menjana kewangan supaya dapat penuhi apa yang masih tidak

cukup. Walaupun agak banyak jumlah yang perlu dilangsaikan, Pusat tahfiz ini tidak

mengambil langkah untuk memohon derma

Seperti yang dilakukan oleh mudir Pusat Tahfiz B, pada awal pemindahan

pusat tahfiz ke Bukit Bandaraya tersebut, tiada tangga keselamatan disediakan kerana

struktur bangunan tersebut hanyalah rumah biasa. Pusat tahfiz tidak mampu untuk

membiayai kos tangga sebanyak RM6000. Langkah yang telah diambil ialah mencari

penyumbang dan tajaan dalam kalangan rakan-rakan. Pelbagai informasi diberikan

oleh rakan-rakan termasuk Mudir Pusat tahfiz lain dalam memberikan pertolongan.

Hasil kumpul daripada rakan-rakan, sedikit demi sedikit dapat membina tangga

keselamatan.

Walaubagaimanapun bagi pusat tahfiz B, mudir juga telah mengambil

langkah yang sama iaitu sentiasa mendapatkan susulan daripada JAIS. Namun, ianya

hanya separuh jalan sahaja disebabkan faktor masa yang terlalu panjang dan

kekurangan pihak pengurusan yang sedikit menyebabkan status pusat tahfiz ini

masih di dalam proses pendaftaran.

Memandangkan masih dalam proses pendaftaran, banyak pengetahuan perlu

dimantapkan agar aspek keselamatan kebakaran tidak diabaikan sewenang-

wenangnya. Tambahan lagi atas nasihat bomba supaya hadir agar dapat mewujudkan

kesedaran terhadap pentingnya keselamatan kebakaran. Oleh itu, Mudir mengambil

Page 84: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

63

langkah untuk memantapkan ilmu dengan menghadiri kursus keselamatan kebakaran

yang dianjurkan oleh kerajaan iaitu kursus keselamatan kebakaran pusat-pusat tahfiz

di bawah Dasar Tahfiz Negara.

Pusat tahfiz B pula, disebabkan oleh pihak bomba telah berulang kali datang

memantau, mereka menggalakkan Pusat tahfiz ini untuk berdaftar supaya

keselamatan dan aspek-aspek lain turut terjamin. Oleh itu, mudir telah berusaha

memperbaiki sistem pengurusan dengan memastikan segala dokumen berkenaan

dengan maklumat pelajar, kewangan, dan keseluruhan Pusat tahfiz tersebut telah

dibuat semula dan difailkan dengan baik. Malah, salinan juga dibuat jika apa-apa

berlaku.

Tidak seperti pusat-pusat tahfiz yang lain, pusat tahfiz B mempunyai beban

yang berlebihan kerana pengajian yang diberikan adalah sepenuhnya percuma. Tiada

yuran tahunan yang boleh menampung perbelanjaan asas pelajar-pelajar, kakitangan

mahupun bangunan yang digunakan.Tambahan lagi, pusat tahfiz B terpaksa

menanggung sewa bangunan yang tertunggak sehingga mencecah RM16000. Oleh

itu, mereka menyediakan tabung bantuan pada setiap majlis yang dijemput untuk

memohon sedikit sumbangan daripada orang ramai. Walaubagaimanapun, mudir dan

pihaknya cuba menghindari permohonan derma yang keterlaluan

Page 85: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

64

4.6 Pusat Tahfiz C

Seterusnya ialah pusat tahfiz C. Pusat tahfiz ini juga terletak di daerah

Petaling dan telah ditubuhkan pada tahun 2011. Ia merupakan sebuah pusat tahfiz

perempuan yang terdiri daripada pelajar-pelajar berumur 12 tahun hingga 18 tahun.

Bilangan pelajarnya kini lebih daripada 80 orang dan terdapat yang duduk di luar

mahupun di asrama. Manakala, guru dan kakitangan pengurusan pula adalah

sebanyak 10 rang sahaja. Pengajian di sini melibatkan semua perkara seperti tahfiz,

fardhu ain dan juga akademik iaitu termasuk subjek akademik Bahasa Arab,

Matematik dan Bahasa Inggeris. Pusat tahfiz ini juga giat menjalankan aktiviti

kokurikulum seperti silat dan memanah. Walaupun giat menjalankan aktiviti, pusat

tahfiz ini hanya mempunyai 1 blok kerana pengoperasiannya ialah di sebuah rumah

teres dua tingkat iaitu berhampiran dengan pusat tahfiz B. Pembinaannya adalah

hasil sendiri daripada pihak pengetua yang ingin menerapkan pendidikan Al-Quran

pada generasi masa kini.

4.6.1 Masalah-masalah yang dihadapi dalam mematuhi piawaian keselamatan

kebakaran

Rajah 4.6: Bangunan Pusat Tahfiz C

Page 86: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

65

Walaupun pusat tahfiz C dikira antara pusat tahfiz yang terbaik dari sudut

pengurusannya dan juga berdaftar, namun mereka tetap kekurangan bajet dalam

menyediakan infrastruktur keselamatan.

Pihak tahfiz juga tidak lari daripada mengalami konflik dengan kehendak-

kehendak JAIS. Dari awal penubuhan Pusat tahfiz C, ia beroperasi terlebih dahulu

tanpa berdaftar. Mengikut Mudir daripada temu bual tersebut, operasi yang

dijalankan itu adalah secara haram dari sudut undang-undangnya. Hal ini kerana,

bilangan pelajar pada waktu tersebut adalah beberapa orang sahaja walhal kehendak

yang diperlukan oleh JAIS adalah 20 orang. Sepanjang beroperasi itu, Pusat tahfiz

tidak langsung mengikuti syarat dan kehendak-kehendak yang ditetapkan

termasuklah keselamatan kebakaran. Malah, pusat tahfiz beroperasi seperti biasa di

rumah sehinggalah setelah beberapa tahun apabila permintaan daripada ibu bapa

semakin berkembang, Pusat tahfiz kemudiannya semakin membesar dan melebihi

bilangan yang ditetapkan. Barulah mudir mengambil langkah untuk berdaftar dan

memenuhi kehendak yang ditetapkan. Oleh itu, dalam masa yang singkat, mereka

terpaksa mengambil tahu semua perkara termasuklah hal bomba.

Apabila telah mampu memenuhi kehendak-kehendak yang ditetapkan,

Perkara yang sama juga berlaku pada pihak tahfiz C, iaitu berhadapan dengan sikap

tidak kerjasama pegawai JAIS dan prosedur yang amat memenatkan.

Selain itu, Mudir akui bahawa pihaknya memang kurang pengetahuan

mengenai keselamatan kebakaran sehinggalah tragedi kebakaran terbesar berlaku.

Tambahan lagi, semasa bomba menjalankan pemeriksaan, banyak yang masih perlu

diperbaiki dan dikehendaki. Antaranya seperti pemasangan pagar bergeriji

keselamatan, tangga keselamatan dan penggunaan pedawaian yang betul.

Page 87: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

66

Seterusnya,. memandangkan Pusat tahfiz baru mahu mengikuti kehendak

piawaian setelah mencukupi syarat, banyak kesalahan dan kekurangan diperbaiki.

Semuanya bermula daripada pengurusan supaya segala perkara teratur.

4.6.2 Langkah-langkah mengurangkan masalah-masalah yang dihadapi

dalam mematuhi piawaian keselamatan kebakaran

Bagi pusat tahfiz C juga, oleh kerana bajet yang sederhana sahaja untuk

peralatan kebakaran, Mudir mengambil usaha untuk menjana kewangan daripada

bisnes seperti menjual karpet. Kemudian, dijualkan kepada orang awam, rakan-rakan

dan ibu bapa pelajar. Hasil daripada jualan tersebut akan disalurkan kepada madrasah

dan menjadi tampungan untuk kekurangan kelengkapan kebakaran.

Pusat tahfiz C juga menggunakan langkah yang sama iaitu mencari

penyumbang dalam kalangan rakan-rakan melalui perkembangan teknologi seperti

komunikasi “whatsapp” dan sosial media sahaja. Hal ini kerana, Mudir sangat peka

dengan nasihat yang diberikan oleh bomba sejurus menjalankan pemeriksaan ke atas

premis mereka. Beliau mengaplikasikan langkah ini sebagai tindakan segera untuk

memenuhi beberapa kehendak bomba salah satunya adalah alat pemadam api.

Seterusnya, dalam mengatasi masalah kehendak JAIS, mudir berusaha keras

dalam mendapatkan status pendaftaran. Beliau kerap berulang alik ke pejabat

semata-mata mendapatkan susulan daripada pegawai yang terlibat sehingga sah

didaftarkan. Hasil daripada usaha tersebut, pihak tahfiz telah menerima pelbagai

bantuan daripada JAIS seperti pentauliahan guru, kursus keselamatan dan lain-lain

lagi yang mampu menampung kekurangan kewangan mereka dalam pembaikan

elemen keselamatan kebakaran.

Page 88: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

67

Sedar akan kekurangan kepentingan dan ilmu keselamatan kebakaran,

mudir telah melakukan banyak alternatif dalam mengurangkan masalah tersebut

untuk memantapkan kesedaran serta peka dengan isu keselamatan kebakaran seperti

mengadakan ceramah mengenai keselamatan kebakaran diberikan kepada semua

pelajar dan kakitangan pusat tahfiz serta diadakan di dalam pusat tahfiz itu sendiri

sahaja. Ia menekankan akan bahanya api dan pentingnya pencegahan. Demonstrasi

kebakaran juga turut dijalankan. Demonstrasi diketuai oleh pasukan bomba yang

hadir pada tengah malam untuk membuat latihan kecemasan kebakaran. Latihan

tersebut merangkumi cara penggunaan alat pemadam api, cara memadamkan api,

prosedur keluar daripada bangunan dan pelbagai lagi. Selain itu juga, pusat tahfiz C

telah berjaya menubuhkan skuad bomba. Beberapa orang pelajar dipilih supaya

mengetuai hal-hal kecemasan. Mereka dilatih untuk memberi arahan jika berlaku

kecemasan seperti kebakaran dan berperanan penting dalam memastikan

keselamatan antara para pelajar terjamin. Malah, mereka juga dibawa ke Balai

Bomba untuk menghadiri sesi ceramah mengenai cara pencegahan kebakaran dan

infor lain-lain lagi. Mudir turut melantik kaunselor daripada pihak luar untuk

memberikan khidmat kaunseling kepada para pelajar. Antara lain perkara yang

ditekankan selain keselamatan diri adalah mengenai keselamatan kebakaran. Hal ini

demikian, kebakaran semakin menular dalam kalangan Pusat tahfiz. Tambah-tambah

lagi Pusat tahfiz ini adalah kesemuanya perempuan. Mudir pusat tahfiz C sangat peka

dengan kepentingan keselamatan kebakaran sehingga bukan sahaja menghadiri atau

mengadakan ceramah, tetapi juga menerapkan pengajaran keselamatan kebakaran di

dalam sistem pembelajaran. Setiap kali mengadakan perhimpunan, guru-guru akan

sentiasa memperingatkan para pelajar akan pentingya keselamatan kebakaran.

Informasi mengenai alat-alat kebakaran juga diterangkan di dalam kelas.

Mudir menggunakankan pengalamannya yang bekerja di bahagian

pentadbiran sebuah syarikat jurutera. Antara perkara yang dibuat ialah melantik

kerani dan beberapa orang ustazah untuk mengambil bahagian dalam semua sudut

pengurusan termasuklah keselamatan kebakaran.

Page 89: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

68

4.7 Pusat Tahfiz D

Seterusnya, pusat tahfiz D adalah sebuah institusi tahfiz berasrama untuk

pelajar perempuan yang terletak di daerah Petaling. Penubuhannya baru menjangkau

dua tahun, tiga bulan iaitu bermula pada tahun 2016. Jumlah pelajar di sini juga baru

mencecah 25 orang dan 5 orang lagi adalah kakitangan pengurusan dan guru.

Pengambilan pelajar adalah berumur 12 tahun ke atas. Walaubagaimanapun, seawal

10 tahun masih boleh dipertimbangkan dan harus melepasi temuduga yang

dijalankan. Pengajian di sini adalah sepenuh masa, berasaskan al-quran, fardhu ain

dan akademik seperti sekolah-sekolah agama lain. Bilangan setiap kelas adalah

seramai 10 hingga 12 orang sahaja bersama seorang ustazah. Selain hafazan, Pusat

tahfiz ini juga turut aktif dalam seni silat gayong dan penglibatan dengan program

jati diri. Sumber pembinaannya juga adalah hasil sendiri iaitu oleh pasangan suami

isteri yang kedua-duanya juga merupakan kakitangan kerajaan di sebuah sekolah.

Pengoperasian pusat tahfiz dijalankan di tengah-tengah deretan rumah teres dua

tingkat dan blok pembelajaran hanyalah satu sahaja.

Rajah 4.7: Bangunan Pusat Tahfiz D

Page 90: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

69

4.7.1 Masalah-masalah yang dihadapi dalam mematuhi piawaian keselamatan

kebakaran

Bagi pusat tahfiz D, pengubahsuaian bangunan yang dilakukan adalah sendiri

dan tidak mampu untuk membayar perunding atau mana-mana kontraktor yang

berkelayakan. Penyediaan alat-alat keselamatan kebakaran hanyalah minima

berbanding yang sepatutnya seperti alat pemadam api,pintu dan tangga keselamatan

sahaja.

Dari awal penubuhan pusat tahfiz D juga, ia telah beroperasi terlebih dahulu

dengan beberapa bilangan pelajar sahaja walhal kehendak yang diperlukan oleh JAIS

adalah 20 orang. Penekanan mengenai keselamatan mula serius apabila jumlah

bilangannya telah menepati kehendak JAIS. Oleh itu, banyak keperluan yang perlu

dipenuhi memandangkan mudir tidak membuat apa-apa persediaan mengenai

keselamatan kebakaran pada awal penubuhan tersebut.

Namun hasil daripada temubual yang dijalankan, didapati bahawa pihak

tahfiz D juga mempunyai pengetahuan akan kepentingan keselamatan kebakaran

yang amat cetek kerana, menjalankan pengoperasian di dalam bangunan yang

diubahsuai penggunaannya. Mudir ttidak peka serta sedar akan bahaya kebakaran

yang sentiasa wujud dalam bangunan. Malah, dalam kalangan mereka juga turut

dengan sengaja melengah-lengahkan kehendak-kehendak bomba seperti yang

diperlukan oleh JAIS sehingga pendaftaran hanya berstatus sementara dan tiada

langkah segera mengurangkan masalah tersebut.

4.7.2 Langkah-langkah mengurangkan masalah-masalah yang dihadapi

dalam mematuhi piawaian keselamatan kebakaran

Page 91: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

70

Bagi pusat tahfiz D, walaupun bajet yang sederhana, Mudir tidak mengalami

masalah kewangan yang serius kerana ditampung dengan gaji tetap sebagai penjawat

awam daripada beliau dan suaminya sendiri. Malah, kewangan juga diusahakan

sendiri melalui perniagaan yang dilakukan seperti jualan apam balik dan aiskrim.

Mereka juga turut mengusahakan penyewaan khemah untuk kegunaan majlis dan

sebagainya. Dengan hasil perniagaan yang dihasilkan, mudir telah memperbaki susun

atur dalam bangunan untuk menjamin keselamatan pelajar. Namun untuk pusat tahfiz

ini, tangga keselamatan tidak disediakan kerana khuatiri dimasuki oleh penceroboh.

Merekah hanya menyediakan tali melepaskan diri kerana pelajar-pelajar di sini

adalah perempuan.

Bagi pusat tahfiz D dan J pula, penubuhannya baru menjangkau tidak

melebihi 3 tahun. Status pusat tahfiz kedua-duanya adalah masih di dalam proses.

Namun begitu, mudir sentiasa berterusan mendapatkan susulan daripada pihak JAIS

sehingga sekarang supaya pendaftaran berjaya dilakukan. Demonstrasi kebakaran

juga masih di dalam status permohonan.

Page 92: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

71

4.8 Pusat Tahfiz E

Bagi pusat tahfiz E, penubuhannya di daerah Petaling merupakan cawangan

yang kedua daripada empat cawangan iaitu ditubuhkan pada tahun 2013. Pusat tahfiz

ini juga merupakan salah satu institusi pengajian tahfiz yang komited melahirkan

Generasi Al-Quran. Ia juga merupakan cawangan kedua dalam rangkaiannya yang

juga diseliakan oleh Centre Pusat tahfiz itu sendiri dan menerima kemasukan untuk

pelajar perempuan dan lelaki. Jumlah keseluruhan para pelajar pada masa kini adalah

sebanyak manakala kakitangan pula ialah. Pembinaan blok telah diagihkan mengikut

segmen iaitu maahad tahfiz, pusat perubatan islam dan pengajian awam. Pengajian di

sini termasuk ketiga-tiga sudut iaitu tahfiz, akademik dan fardhu ain. Pelajar-pelajar

diwajibkan untuk menghafal surah As-Sajdah, Yasiin, Ad-Dukhan, Al-Mulk, Al-

Insan dan barulah mereka dibenarkan untuk menghafal juzuk satu dan juzuk-juzuk

seterusnya. Hasil daripada pembinaan pusat tahfiz yang pertama, ianya menerima

sambutan yang sangat menggalakkan sehingga pembinaan kedua pula dijalankan

iaitu hasil waqaf dari individu dan sumbangan orang ramai.

4.8.1 Masalah-masalah yang dihadapi dalam mematuhi piawaian keselamatan

kebakaran

Rajah 4.8: Bangunan Pusat Tahfiz E

Page 93: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

72

Mudir pusat tahfiz E pula akui bahawa, untuk membangunkan Tahfiz ini,

perlu usaha yang sangat kuat daripada semua pihak walaupun Pusat tahfiz ini

mempunyai pengurusan kewangan yang sistematik. Namun, hampir 60% semuanya

hasil daripada sumbangan orang ramai yang tidak lokek membantu dan pemimpin-

pemimpin yang prihatin. Tanpa bantuan tersebut, Pusat tahfiz ini tidak akan

membesar seperti sekarang.

Namun bagi pusat tahfiz E, dalam memperbaharui pendaftaran, semakin

menjangkau ke tahun baru, semakin ketat syarat-syarat yang dikenakan oleh JAIS.

Termasuklah kehendak-kehendak bomba yang semakin berat. Sebagai contoh,

pembaharuan yang terkini dilakukan adalah perlu mempunyai pili bomba. Namun,

faktor kewangan, pihak tahfiz tidak dapat menyediakan pili tersebut dengan segera.

Di samping itu, melalui temubual yang dijalankan dengan mudir pusat tahfiz

E, didapati masalah yang dihadapi adalah pendaftaran dan pembaharuan pendaftaran

dengan JAIS. Walaupun Pusat tahfiz ini komited daripada semua sudut, tidak dapat

dinafikan sememangnya untuk mendapatkan pembaharuan daripada pihak JAIS amat

sukar.

4.8.2 Langkah-langkah mengurangkan masalah-masalah yang dihadapi

dalam mematuhi piawaian keselamatan kebakaran

Bagi pusat tahfiz E, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) ditubuhkan untuk

mengekalkan kestabilan operasi pusat tahfiz. Selain dapat merapatkan ukhuwah,

PIBG juga diwujudkan oleh Pihak Tahfiz supaya dapat membantu hal-hal ehwal

murid. Malah, pendapat serta cadangan daripada mereka sangat digalakkan supaya

Page 94: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

73

dapat memperbaiki apa yang kurang sama ada dari segi pelajaran, prasarana atau

sebagainya. Penubuhan ini juga mendapat respon yang positif apabila ada kalangan

ibu bapa yang sanggup turun padang menyumbangkan kepakaran masing-masing

untuk menaik taraf Pusat tahfiz. Sebagai contoh, mereka yang bekerja di dalam

pembinaan seperti jurutera atau arkitek sama-sama memberi bantuan dari sudut

perancangan plan bangunan dan elemen keselamatan kebakaran. Hal ini secara tidak

langsung, dapat membantu peruntukan kewangan Pusat tahfiz.

Pusat tahfiz ini juga ke arah usaha mendapatkan susulan daripada pihak JAIS

untuk pembaharuan pendaftaran secara konsisten. Sejurus memenuhi kehendak dari

sedikit demi sedikit, pihak tahfiz akan memastikan urusan dengan pegawai JAIS

dikemaskini.

Walaupun mempunyai sistem keselamatan yang mantap, pusat tahfiz tetap

mengambil alternatif mengadakan ceramah mengenai keselamatan kebakaran

diberikan kepada semua pelajar dan kakitangan pusat tahfiz serta diadakan di dalam

pusat tahfiz itu sendiri sahaja. Ia menekankan akan bahanya api dan pentingnya

pencegahan. Demonstrasi kebakaran juga turut dijalankan serta diketuai oleh

pasukan bomba yang hadir pada tengah malam untuk membuat latihan kecemasan

kebakaran. Latihan tersebut merangkumi cara penggunaan alat pemadam api, cara

memadamkan api, prosedur keluar daripada bangunan dan pelbagai lagi.

Page 95: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

74

4.9 Pusat Tahfiz F

Kemudian, pusat tahfiz F pula terletak di daerah Petaling dan telah didirikan

secara tidak rasmi pada tahun 2008 iaitu tidak berdaftar. Proses pendaftarannya

sudahpun lengkap pada 2012 dan merupakan sebuah institusi pendidikan yang telah

beroperasi selama empat tahun, kini dengan jumlah 52 orang pelajar yang terdiri

daripada pelajar lelaki dan perempuan daripada 7 hingga 12 tahun. Manakala

kakitangan pula adalah seramai 11 orang. Institusi ini memberi khidmat kepada

anak-anak penduduk sekitar Jalan Kebun dan Shah Alam. Terdapat banyak

permintaan dari asnaf untuk belajar di sini, tetapi setakat ini, hanya mampu

mengambil beberapa asnaf miskin dan yatim sahaja. Pada asalnya, kedua-dua lelaki

dan perempuan dikelaskan dalam satu bangunan yang sama. Setelah semakin besar,

Pusat tahfiz ini kemudiannya mengasingkan pusat tahfiz antara lelaki dan

perempuan. Pembinaannya adalah hasil sebuah organisasi yang terdiri daripada

badan pemegang amanah, majlis lembaga tadbir dan badan pengurusan.

4.9.1 Masalah-masalah yang dihadapi dalam mematuhi piawaian keselamatan

kebakaran

Rajah 4.9: Bangunan pusat tahfiz F

Page 96: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

75

Berdasarkan temu bual dengan Mudir pusat tahfiz F, beliau menceritakan

masalah yang dialami tiga tahun lepas di mana pemilik ingin menjual rumahnya iaitu

Pusat tahfiz sekarang atas sebab-sebab perancangan kewangan. Mereka ditawarkan

membeli bangunan tersebut dengan harga RM 400,000.00 (Ringgit Malaysia empat

ratus ribu sahaja) dalam tempoh 6 bulan yang akan berakhir pada hujung bulan Julai

2014. Pemilik berhasrat menjualnya pada umum jika pihak tahfiz gagal membeli

dalam tempoh tersebut. Dengan kedudukan kewangan yang sederhana dan masa

yang suntuk, amatlah sukar untuk menyediakan jumlah wang tersebut, dan

kemungkinan besar mereka terpaksa berpindah.

Di samping itu, pusat tahfiz F telah bangun dan berjaya mendirikan sebuah

lagi tahfiz lelaki di kawasan yang sama, namun disebabkan berpindah ke bangunan

yang diwakafkan, amatlah sukar untuk mereka melengkapkan semula semua

peraturan dan syarat-syarat bagi pendaftaran penuh dengan JAIS di premis baru.

Perkara ini sedikit sebanyak agak menggangu pengajian pelajar. Bukan itu sahaja,

mereka juga mengalami masalah untuk menukar pendaftaran sementara ke

pendaftaran tetap. Pembinaan perpusatakaan dan kantin merupakan antara syarat

untuk pendaftaran tetap. Ia juga akan mempengaruhi kedudukan kewangan kerana

memerlukan banyak pengubahsuaian ke arah susun atur keselamatan.

Perkara yang sama juga berlaku pada pihak tahfiz F iaitu berhadapan dengan

sikap tidak kerjasama pegawai JAIS dan prosedur yang amat memenatkan walaupun

syarat yang dikenakan telah hampir berjaya dipenuhi.

Selain itu, seperti yang ditemu bual Mudir mengatakan masih banyak yang

baru dipelajari oleh kakitangan dan pelajar-pelajar di pusat tahfiz F. Banyak

penggunaan elektrik digunakan dalam satu soket kerana pejabat terletak di dalam

bangunan yang sama dan urusan pejabat dilakukan setiap hari.

Page 97: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

76

Tidak dinafikan bahawa pengurusan di Pusat tahfiz F adalah cemerlang

kerana terdiri daripada ramai kaitangan.Pematuhan piawaian keselamatan juga baik

kerana terdapat tangga keselamatan, laluan keluar, alat pemadam api dan

pemasangan pagar bergeriji. Namun, Pihak Tahfiz berhadapan dengan konflik

apabila bomba telah menasihati agar menukar pagar bergeriji kerana iainya tidak

boleh dibuka dari dalam. Walhal beberapa tahun lepas, pengurusannya telah meneliti

dengan betul dan menerima pendapat sendiri daripada pembekal pagar itu. Pihak

tahfiz telah cuba memenuhi kehendak-kehendak bomba namun mengalami

kekeliruan dengan spesifikasi elemen daripada pembekal dengan bomba.

4.9.2 Langkah-langkah mengurangkan masalah-masalah yang dihadapi

dalam mematuhi piawaian keselamatan kebakaran

Walaupun tiada masalah yang kritikal dari sudut kewangan kerana berbentuk

organisasi, Pusat tahfiz F mula berjinak-jinak dengan perniagaan supaya dapat

menampung perbelanjaan pengurusan. Mudir akui bahawa kewangan adalah sumber

utama kelancaran sistem pusat tahfiz persendirian. Oleh itu, pihak tahfiz ini juga

turut mengusahakan perniagaan sendiri yang masih dalam peringkat perancangan

lagi.

Organisasi yang ditubuhkan juga mempunyai tanggungjawab untuk

memastikan pusat tahfiz ini berdaftar tetap dengan JAIS. Walaubagaimanapun,

mudir akui bahawa usaha-usaha untuk memenuhi kehendak JAIS terutamanya

kehendak bomba masih dalam usaha pembaikan kerana bomba telah menjalankan

pemeriksaan di sini lebih daripada sekali.

Pihak Tahfiz F kini dalam proses untuk memohon kepada pihak

bomba mengenai latihan dan demonstrasi kebakaran kerana sebelumnya, tiada

Page 98: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

77

sebarang latihan dilakukan kerana tiada kepakaran. Permohonan adalah secara

percuma dan disyorkan sendiri oleh pihak bomba semasa menjalankan penyiasatan.

Melalui temu bual pihak tahfiz F juga, pihak tahfiz kerap menerima tawaran secara

panggilan daripada badan-badan bukan kerajaan untuk memberikan ceramah

mengenai keselamatan kebakaran. Pihak tahfiz juga dalam usaha untuk memberikan

respon terhadap tawaran tersebut kerana masih lemah dalam pengetahuan

keselamatan. Mudir pusat tahfiz F sangat peka dengan kepentingan keselamatan

kebakaran sehingga bukan sahaja menghadiri atau mengadakan ceramah, tetapi juga

menerapkan pengajaran keselamatan kebakaran di dalam sistem pembelajaran. Setiap

kali mengadakan perhimpunan, guru-guru akan sentiasa memperingatkan para

pelajar akan pentingya keselamatan kebakaran. Informasi mengenai alat-alat

kebakaran juga diterangkan di dalam kelas.

Setelah menerima nasihat daripada bomba untuk memasang pagar bergeriji

yang selamat iaitu yang boleh buka dari dalam, pihak tahfiz F mengambil langkah

mewujudkan yang baru untuk pemasangan di asrama lelaki yang baru sahaja

ditubuhkan itu. Manakala yang sedia ada di bangunan itu akan ditukar apabila bajet

yang dikehendaki mencukupi.

Page 99: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

78

4.10 Pusat Tahfiz G

Bagi pusat tahfiz G, ia telah berjaya ditubuhkan di sebuah lot daerah Petaling.

Pusat tahfiz ini secara rasmi di tubuhkan pada 14 mei 2008. Pada mulanya pusat

tahfiz ini bertempat di Masjid Lembaga Getah Malaysia. Permulaan operasi, maahad

ini hanya menampung seramai 15 orang pelajar, dan 4 orang tenaga pengajar.Tetapi

pada awal tahun 2010, jumlah pelajar telah meningkat kepada 100 orang. Binaan

blok adalah sebanyak 3 buah iaitu terdiri daripada pejabat, asrama dan blok

pembelajaran yang termasuk surau. Pengajian di sini menawarkan pendidikan Tahflz

Al-Quran diniah (agama) dan akademik (kementerian) kepada para pelajar dengan

menggunakan sistem pendidikan yang berkualiti serta mempunyai peperiksaan

kepada pelajar seperti UPKK, PSRA (tahun 5 & 6) dan UPSR (tahun 6) seimbang

dunia dan akhirat dan pelajar di sini ini terbahagi kepada dua kategori iaitu Tahfiz

dan Pra- Tahfiz. Pembinaan pusat tahfiz ini merupakan hasil sumbangan ikhlas

seorang individu yang telah mewakafkan bangunan serta sebidang tanah milik beliau

di Lot Sungai Buloh, Selangor untuk kegunaan pihak organisasi ini bagi

menempatkan pelajar pelajar tahfiz yang berdaftar.

4.10.1 Masalah-masalah yang dihadapi dalam mematuhi piawaian keselamatan

kebakaran

Rajah 4.10: Bangunan Pusat Tahfiz G

Page 100: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

79

Bagi pihak tahfiz G, mereka tidak mengalami masalah kewangan yang

kritikal kerana mempunyai pengurusan yang bertanggungjawab terhadap perkara

yang diagihkan. Tetapi, responden sangat bersetuju mengatakan bahawa pusat-pusat

tahfiz di Malaysia semestinya mempunyai masalah kewangan kerana seratus peratus

diuruskan sendiri dan tiada sumber tetap yang boleh mengawal perbelanjaan.

Selain itu, mudir pusat tahfiz G banyak menggunakan elektrik dalam

satu soket. Alasannya adalah kerana tidak mempunyai socket lain yang boleh

digunakan selain daripada penyambung soket. Mudir juga mengatakan bahawa

urusan pejabat dilakukan setiap hari.

4.10.2 Langkah-langkah mengurangkan masalah-masalah yang dihadapi

dalam mematuhi piawaian keselamatan kebakaran

Pusat tahfiz C dan G juga menggunakan langkah yang sama iaitu mencari

penyumbang dalam kalangan rakan-rakan melalui perkembangan teknologi seperti

komunikasi “whatsapp” dan sosial media sahaja. Hal ini kerana, Mudir sangat peka

dengan nasihat yang diberikan oleh bomba sejurus menjalankan pemantauan. Beliau

mengaplikasikan langkah ini sebagai tindakan segera untuk memenuhi beberapa

kehendak bomba salah satunya adalah alat pemadam api.

Sejak insiden kebakaran semakin membesar dalam kelompok pusat tahfiz,

Pengetua dan kaki tangan lain dalam pusat tahfiz G sudah mula menggerakkan

aktiviti seperti demonstrasi dan ceramah kepada semua pelajar. Hal ini kerana,

kakitangan Pusat tahfiz ini tidak tahu bahawa servis ceramah yang dilakukan

daripada bomba sebelumnya juga adalah percuma.

Page 101: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

80

4.11 Pusat Tahfiz H

Pusat tahfiz H pula terletak di daerah Sabak Bernam dan tertubuh sejak tahun

1988. Kini setelah 30 tahun, pusat tahfiz ini telah berjaya melahirkan lebih kurang

2000 pelajar. Bilangan pelajar pada tahun 2018 pula adalah seramai 85 orang.

Manakala, kakitangannya pula adalah seramai 12 orang. Blok pembelajarannya

terdiri daripada sebuah bangunan dua tingkat dibina separuh kayu dan batu hasil

sumbangan orang ramai dan organisasi dijadikan pejabat, asrama pelajar muslimat

dibahagian bawah dan mussolla dan kelaz tahfiz di atas. Pusat tahfiz ini pada

asalnya hanya menawarkan pengajian tahfiz sepenuh masa. Memandangkan ilmu

akademik dan diniah juga adalah penting dalam kehidupan dan membina kerjaya, di

atas kesedaran itu, pengetua telah mengitegrasikan pengajian tahfiz Al Quran dan

akademik serta diniah sebagai “tiga dalam satu”. Pelajaran wajib dipelajari disetiap

perigkat usia mengikut tahap UPSR, PSRA, PMR, SPM, SMA, STPM dan STAM.

4.11.1 Masalah-masalah yang dihadapi dalam mematuhi piawaian keselamatan

kebakaran

Rajah 4.11: Bangunan Pusat Tahfiz H

Page 102: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

81

Kemudian bagi pusat tahfiz H, tiada masalah kewangan secara kritikal

dialami kerana penubuhannya lebih daripada 15 tahun, memudahkan orang ramai

memberikan sumbangan kerana telah dikenali. Namun, dalam penyediaan keperluan

keselamatan kebakaran, kebanyakan alat pemadam kebakaran aktif di pusat tahfiz H

adalah sumbangan daripada pihak bomba kerana kos untuk membeli alat-alat

tersebut daripada pembekal mencecah ribuan ringgit.

Bagi pusat tahfiz H, biarpun selamat dan baik dari struktur binaan bangunan,

namun Pusat tahfiz ini lari daripada masalah pengetahuan keselamatan kebakaran.

Hal ini kerana, banyak alat pemadam api yang disumbangkan dan juga ada yang

dibeli dilonggok sahaja di dalam stor. Malah, melalui temu bual dengan mudir,

mengatakan bahawa kebanyakan kakitangannya juga tidak tahu malah alpa untuk

menyelenggara peralatan tersebut secara berkala. Selain daripada itu, latihan

penggunaannya juga tidak dipraktikkan menyebabkan tong-tong pemadam api

tersebut lama di simpan di di bilik stor.

4.11.2 Langkah-langkah mengurangkan masalah-masalah yang dihadapi

dalam mematuhi piawaian keselamatan kebakaran

Pihak Tahfiz H pula kini dalam proses untuk memohon kepada pihak bomba

mengenai latihan dan demonstrasi kebakaran kerana sebelumnya, tiada sebarang

latihan dilakukan kerana tiada kepakaran. Permohonan adalah secara percuma dan

disyorkan sendiri oleh pihak bomba semasa menjalankan penyiasatan. Pihak tahfiz

juga kerap menerima tawaran secara panggilan daripada badan-badan bukan kerajaan

untuk memberikan ceramah mengenai keselamatan kebakaran serta dalam usaha

untuk memberikan respon terhadap tawaran tersebut kerana masih lemah dalam

pengetahuan keselamatan.

Page 103: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

82

4.12 Pusat Tahfiz I

Kemudian untuk pusat tahfiz I, ia terletak di daerah Sabak Bernam dan

lokasinya daripada pekan Sungai Besar adalah sejauh 25km. Pusat tahfiz ini telah

ditubuhkan pada tanggal 1.3.1997 dengan bilangan pelajar pada ketika itu hanya 4

orang sahaja. Namun, kini semakin meningkat sebanyak 80 orang dan kakitangan

pengurusan serta guru pula ialah seramai 9 orang. Bangunannya pula terdiri daripada

3 buah blok iaitu bangunan pengajian perempuan, bangunan pengajian serta asrama

lelaki dan pentadbiran, dan surau. Pengajian di Tahfiz ini hanyalah tahfiz dan fardhu

ain sahaja. Ia dijangkakan akan mengambil masa 3 hingga 4 tahun mengikut

kemampuan masing-masing. Setelah tamat pengajian satu peperiksaan akhir akan

diadakan dan syahadah pengajian akan diberikan kepada pelajar yang berjaya.

Pembinaan pusat tahfiz ini adalah hasil waqaf daripada bekas pengetua pusat tahfiz

ini yang telah memberikan tanahnya untuk membangunkan pusat tahfiz sehingga

sekarang.

4.12.1 Masalah-masalah yang dihadapi dalam mematuhi piawaian keselamatan

kebakaran

Rajah 4.12: Salah satu blok pusat tahfiz I

Page 104: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

83

Bagi pusat tahfiz I juga tiada masalah dari sudut kewangan kerana

mempunyai pengurusan yang cekap selain berpengalaman lama dalam bidang

pendidikan. Pusat tahfiz ini telah ditubuhkan lebih daripada 15 tahun dan setiap

masalah yang berlaku daripada sudut kewangan utamanya, dapat diatasi dengan baik

oleh kakitangan di pusat tahfiz ini.

Selain itu, banyak elemen dalam bangunan pusat tahfiz I yang telah rosak

akibat daripada perbuatan para pelajar termasuklah pintu dan cermin tingkap.

Kerosakan terhadap bahan tersebut berterusan tanpa melakukan sebarang

penyelenggaraan sehinggalah dengan kehadiran bomba yang mengarah untuk

memperbetulkan elemen-elemen tersebut. Walaupun Mudir dan pihaknya mengambil

tindakan dengan menggantikan elemen-elemen tersebut hampir setiap tahun, namun

disebabkan oleh kurang pemerhatian penggunaan, banyak kerosakan berlaku

seterusnya harus diselenggara. Selain itu, peralatan keselamatan juga seperti

pemadam api turut tidak diselenggara secara berkala. Hal ini demikian menyebabkan

para pelajar bermain alat-alat tersebut.

4.12.2 Langkah-langkah mengurangkan masalah-masalah yang dihadapi

dalam mematuhi piawaian keselamatan kebakaran

Pihak tahfiz I juga telah dan akan menghadiri banyak ceramah, seminar dan

demonstrasi yang diadakan oleh pihak kerajaan mahupun badan bukan kerajaan

termasuklah program yang dianjurkan di bawah Dasar Tahfiz Negara. Kursus

pendawaian yang menfokuskan penggunaan elektrik dengan betul juga kini turut

aktif dihadiri oleh pelajar-pelajar lelaki Pusat tahfiz ini. Kursus tersebut dilakukan di

sekitar kawasan Sabak Bernam memudahkan lagi Pihak Tahfiz untuk menghantar

para pelajarnya. Bukan itu sahaja, kewujudan skuad bomba masih di dalam peringkat

perancangan setelah pihak bomba mecadangkan pihak tahfiz ini menubuhkan skuad

Page 105: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

84

bomba tahfiz semasa pemeriksaan dilakukan supaya dapat membantu jika perkara-

perkara kecemasan berlaku. Namun beberapa pelajar yang dipilih dalam skuad

bomba tahfiz sentiasa mewakili Pusat tahfiz dalam menghadiri apa-apa ceramah

yang dianjurkan oleh pihak bomba.

Page 106: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

85

4.13 Pusat Tahfiz J

Akhir sekali, pusat tahfiz J pula adalah sebuah pusat tahfiz baru yang terletak

di daerah Sabak Bernam. Lokasi pusat tahfiz ini adalah di dalam sebuah kawasan

pedalaman dan berada di tengah-tengah sawah padi. Pusat tahfiz ini baru sahaja

didirikan pada tahun 2016 iaitu baru dua tahun beroperasi. Ianya masih dalam proses

pembesaran kerana mendapat galakan daripada ibu bapa yang sangat jitu. Pelajar di

sini terdiri daripada 25 orang lelaki dan 3 orang guru yang turut berperana sebagai

pihak pengurusan. Namun terdapar juga pelajar-pelajar perempuan dalam nama

tahfiz yang sama namun kesemua pelajar pusat tahfiz lelaki dan perempuan

ditempatkan di bangunan pentadbiran yang lain. Pengajian di sini pula sepenuhnya

tahfiz dan pebangunannya bermula daripada sumbangan seorang individu yang

memberikan rumah dan tanahnya untuk dijadikan pusat tahfiz. Memandangkan

bilangan pelajar semakin meningkat, pihak tahfiz seterusnya membina sebuah lagi

bangunan sebagai asrama pelajar. Sumber pembinaan bangunan baru tersebut adalah

hasil sumbangan orang ramai.

4.13.1 Masalah-masalah yang dihadapi dalam mematuhi piawaian keselamatan

kebakaran

Rajah 4.13: Bangunan Pusat Tahfiz J

Page 107: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

86

Bagi Pusat Tahfiz J, banyak kehendak bomba yang tidak dapat dipenuhi oleh

pusat tahfiz J memandangkan bangunannya adalah sumbangan daripada orang awam.

Antaranya seperti binaan longkang yang perlu ditambak supaya memudahkan

kemasukan jentera bomba jika berlaku kecemasan. Namun disebabkan faktor

kewangan yang sangat sempit, pembinaan tersebut perlu mengambil masa. Pihak

Tahfiz ini juga terpaksa memenuhi kehendak-kehendak bomba apabila betul-betul

mempunyai lebihan kewangan kerana tiada sumber kukuh untuk menyelesaikannya.

Daripada temubual yang dijalankan, mudir menjelaskan walaupun terdapat berita

mengenai saluran dana kepada sekolah agama dan pusat tahfiz sebanyak 50 juta di

kawasan itu, namun pihak tahfiz ini tidak menerima apa-apa lagi. Dengan ini, mereka

tidak dapat memperbaiki semua prasarana yang kurang. Bukan sahaja itu, dalam

menukar status tanah juga memerlukan jumlah wang yang banyak memakan belanja

beribu-ribu. Oleh itu, Mudir mendahului keutamaan perbelanjaan dalam mendirikan

bangunan berbanding pembayaran kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk

penukaran tersebut.

Seterusnya, semasa awal penubuhan pusat tahfiz J, ia beroperasi selama

setahun tanpa berdaftar. Hal ini kerana, bilangan pelajar pada waktu tersebut

hanyalah 5 orang sahaja walhal kehendak yang diperlukan oleh JAIS adalah 20

orang. Pusat tahfiz beroperasi seperti biasa di rumah sehinggalah mencukupi

bilangan kapasiti yang diperlukan oleh JAIS. Namun, JAIS hanya akan mengesahkan

pendaftaran jika pusat tahfiz mendapat kelulusan daripada bomba dan pejabat

kesihatan. Barulah Mudir mengambil langkah dari masa ke semasa itu memenuhi

kehendak bomba.

Setelah bilangan pelajar mencukupi, pihak tahfiz telah mengalami kerumitan

dengan prosedur JAIS pula. Mudir mengatakan bahawa tindak balas daripada

pegawai tidak beberapa meberangsangkan.

Page 108: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

87

Walaubagaimanapun, hasil daripada temubual yang dijalankan, didapati

bahawa pihak tahfiz J mempunyai pengetahuan akan kepentingan keselamatan

kebakaran yang amat cetek. Hal ini kerana, walaupun tidak diakui sendiri oleh

mudir, penyelidik mendapati bahawa mereka mempunyai masalah yang sama seperti

mengubahsuai penggunaan bangunan dan seterusnya terus menjalankan

pengoperasian tanpa peka serta sedar akan bahaya kebakaran yang sentiasa wujud

dalam bangunan. Malah, dalam kalangan mereka juga turut dengan sengaja

melengah-lengahkan kehendak-kehendak bomba seperti yang diperlukan oleh JAIS

sehingga tiada pendaftaran dilakukan dan tiada mengambil langkah untuk mencegah

daripada bahaya kebakaran.

Selain daripada itu, pihak tahfiz J juga tidak ramai dihadiri oleh orang-orang

besar ataupun bernama menjenguk dan menyertai apa-apa yang dilakukan.

Sebaliknya, hanya individu biasa sahaja yang banyak meghulurkan bantuan. Hal ini

kerana, Pusat tahfiz ini masih baru untuk dibandingkan dengan Pusat-pusat tahfiz

yang berada di sekitarnya. Malahan, pemasangan papan tanda nama pun tidak

ditubuhkan lagi.

4.13.2 Langkah-langkah mengurangkan masalah-masalah yang dihadapi

dalam mematuhi piawaian keselamatan kebakaran

Bagi pusat tahfiz J, sumber kewangan adalah masalah utama. Tambah-

tambah lagi pusat tahfiz ini baru mula berkembang selama dua tahun dan bangunan

pentadbirannya adalah sebuah rumah papan yang diwaqafkan. Walaupun begitu,

tidak banyak alternatif yang dilakukan memandangkan pihak pengurusannya hanya

dua orang sahaja. Mudir hanya mencari tajaan serta penyumbang daripada kenalan

rapat dan ahli keluarga. Segala pembaikan keselamatan kebakaran juga dilakukan

Page 109: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

88

sikit demi sedikit mengikut keadaan semasa dan apabila pengumpulan wang

mencapai tahap yang memuaskan dan

Di samping itu, penubuhannya baru menjangkau tidak melebihi 3 tahun.

Status pusat tahfiz kedua-duanya adalah masih di dalam proses. Namun begitu,

mudir sentiasa berterusan mendapatkan susulan daripada pihak JAIS sehingga

sekarang supaya pendaftaran berjaya dilakukan.

Selain itu melalui temu bual, Pihak Tahfiz J tidak memohon sebarang

demonstrasi atau ceramah untuk diadakan sendiri kerana hanya menunggu giliran

kehadiran daripada pihak bomba. Faktor keluasan jalan masuk yang sempit juga

mungkin salah satu faktor bomba tidak dapat hadir dalam masa yang singkat untuk

mengadakan latihan. Namun, telah banyak menghadiri seminar yang dianjurkan.

Sama ada keselamatan kesihatan serta sebagainya. Malah, seminar tersebut juga

menerangkan cara-cara mengatasi masalah yang mereka alami,

Page 110: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

89

0 2 4 6 8 10

Sumber kewangan tidak…

Kurang keprihatinan d pihak-…

Pengetahuan kepentingan dan…

Sistem pengurusan tidak…

Turut menanggung kesulitan lain

Konflik dengan kehendak-…

Kerumitan prosedur…

Konflik dengan kehendak dan…

Kebuntuan antara manfaat…

Masalah-masalah yang dihadapi mematuhi piawaian keselamatan

kebakaran

Jumlah

kekerapan

4.14 Analisis Bahagian B (objektif 1) - Masalah-masalah yang dihadapi oleh

pusat tahfiz dalam mematuhi piawaian keselamatan kebakaran

Bahagian ini adalah bertujuan untuk menganalisis maklumat mengenai

masalah-masalah yang dihadapi dalam mematuhi piawaian keselamatan kebakaran

bagi setiap pusat tahfiz yang dikaji. Setiap maklumat yang diperoleh daripada

temubual yang dibuat membantu penyelidik dalam mengetahui maklumat terperinci

mengenai perkara yang dilalui oleh pusat-pusat tahfiz seterusnya menjawab objektif

pertama dan kedua kajian.

Berikut merupakan senarai jawapan dan analisis bagi setiap soalan yang telah

ditanya bagi setiap pusat tahfiz yang dikaji. Jawapan daripada responden telah

hasilnya telah dianalisis dan dipersembahkan di dalam bentuk jadual berikut dengan

lebih jelas. Semua sebab atau keterangan bagi setiap jawapan tersebut telah

diterangkan secara terpeinci oleh responden seperti yang dijelaskan di bawah.

Rajah 4.14: Graf Jumlah Pusat Tahfiz bagi Masalah-Masalah Yang Dihadapi Mematuhi

Piawaian Keselamatan Kebakaran

Page 111: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

90

Hasil analisis yang telah dijadualkan di dalam Jadual 4.3 dan Rajah 4.11,

didapati bahawa terdapat lapan masalah yang dialami oleh pusat-pusat tahfiz dalam

mereka mematuhi piawaian keselamatan kebakaran. Antaranya ialah sumber

kewangan yang tidak mencukupi iaitu sebanyak sembilan buah pusat tahfiz daripada

sepuluh mengalaminya. Masalah kedua tertinggi pula adalah konflik dengan

kehendak dan syarat yang diperlukan oleh JAIS semasa pendaftaran.

Walaubagaimanapun, tiada pusat tahfiz yang mengalami kebuntuan antara manfaat

pematuhan dengan perkara penting yang lain. Susunan masalah-masalah yang

dihadapi ini disusun seperti dalam jadual yang berikut dan diterangkan dengan jelas

mengenai pengalaman, pandangan serta pemahaman yang dilalui oleh pusat-pusat

tahfiz sendiri.

Jadual 4.14: Susunan Masalah-masalah yang Dihadapi Oleh Pusat Tahfiz Dalam

Mematuhi Piawaian Keselamatan Kebakaran

Masalah-masalah yang dihadapi

mematuhi piawaian keselamatan

kebakaran

PUSAT TAHFIZ Jumlah

kekerapan A B C D E F G H I J

Sumber kewangan tidak

mencukupi √ √ √ √ √ √ √ √ √ 9/10

Melalui konflik dengan kehendak

dan syarat yang diperlukan oleh

JAIS √ √ √ √ √ √ √ √

8/10

Berhadapan dengan kerumitan

prosedur pendaftaran dan tindak

balas daripada pihak JAIS

√ √ √ √ √ √ √ 7/10

Mempunyai pengetahuan

kepentingan dan ilmu keselamatan

kebakaran yang terhad

√ √ √ √ √ √ 6/10

Tidak mempunyai sistem

pengurusan yang sistematik √ √ √ 3/10

Kurang menerima keprihatinan

daripada pihak-pihak bernama √ √ 2/10

Mengalami konflik dengan

kehendak-kehendak sistem

keselamatan

√ 1/10

Turut menanggung kesulitan lain √ 1/10

Kebuntuan antara manfaat

pematuhan dengan perkara penting

lain

0

Page 112: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

91

4.14.1 Sumber kewangan yang tidak mencukupi

Berdasarkan jadual 4.4, hasil kajian mendapati bahawa 9 daripada 10 pusat

tahfiz yang dikaji mengalami masalah yang sama iaitu sumber kewangan yang tidak

mencukupi. Malah, masalah ini juga merupakan masalah yang paling tinggi iaitu

sebanyak 90% pusat-pusat tahfiz yang mengalaminya dan kesemua pihak tersebut

memberikan pandangan yang jelas mengenai masalah ini bagi pusat-pusat tahfiz lain

di Selangor mahupun luar Selangor.

Hasil kajian menunjukkan bahawa masalah utama yang dihadapi oleh pusat-

pusat tahfiz dalam mematuhi piawaian ialah sumber kewangan pusat tahfiz tidak

mencukupi. Tambahan lagi, hakikatnya kini pertumbuhan Pusat-pusat tahfiz

bagaikan cendawan selepas hujan hasil daripada galakan dan dorongan ibu bapa yang

mahukan anak-anak mereka soleh seterusnya menjadi saham di akhirat kelak. Hal ini

demikian kerana, melalui hasil temu bual semua responden, dapat dilihat bahawa

penubuhan Pusat tahfiz ini sememangnya didirikan atas niat untuk membangunkan

agama islam dan mewujudkan hafiz dan hafizah yang cemerlang. Mereka tidak

mengambil hal akan soal wang, semua mudir dan kakitangan lain gigih berusaha

semampu yang boleh untuk mencukupkan apa yang perlu dan yakin semuanya

dipermudahkan. Selain itu juga terbukti dalam masa sumber kewangan yang terhad,

kesemua Pusat tahfiz yang dikaji sama ada yang kukuh atau tidak

walaubagaimanapun tidak mengenakan caj yuran yang mahal mahupun tambahan

lain. Kadar yang dikenakan adalah sederhana iaitu dari RM100-RM450 sekepala

sahaja. Sebaliknya ada yang percuma kerana faktor kemiskinan. Tidak dinafikan juga

bahawa, terdapat Mudir yang sememangnya kukuh dari sudut kewangan dalam

membina pusat tahfiz dan kebanyakannya ianya adalah daripada mereka yang

mendirikan Pusat tahfiz secara sampingan sebagai saham akhirat dan sedia ada

mempunyai kerjaya lain yang tetap serta latar belakang akademik yang baik.

Page 113: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

92

4.14.2 Melalui konflik dengan kehendak dan syarat yang diperlukan oleh JAIS

Berdasarkan jadual 4.13, hasil kajian mendapati bahawa 80% daripada pusat

tahfiz yang dikaji melalui konflik dengan kehendak dan syarat yang diperlukan oleh

JAIS. Malah, masalah ini telah mencatatkan masalah yang kedua tertinggi

berbanding masalah-masalah lain. Walaubagaimanapun, masalah ini disokong lagi

dengan semua perspektif daripada mudir-mudir yang ditemubual bahawa semua

pusat tahfiz Malaysia melalui konflik ini dalam proses penubuhannya.

Seperti yang diketahui, setiap pusat tahfiz yang didirikan haruslah berdaftar

dengan JAIS supaya sah dan terjamin daripada semua sudut bahagian seperti bomba,

kesihatan dan kehendak pihak berkuasa tempatan. Masalah konflik ini semakin serius

lagi apabila ketiga-tiga kehendak yang diperlukan ini sangat membebankan pihak

tahfiz. Bukan sahaja sumber kewangan menjadi punca, malah kehendak dan syarat

tersebut juga mempengaruhi masa dan usaha yang sangat melecehkan kerana

memerlukan pengesahan daripada ramai pihak berkuasa. Bagi pihak tahfiz yang akur

dengan kehendak-kehendak tersebut pula, mereka turut mengalami ketidaklulusan

daripada pihak bomba sendiri akibat daripada peralatan keselamatan kebakaran yang

masih tidak mencukupi. Hal ini seterusnya telah menyebabkan banyak pihak tahfiz

berputus asa dalam mematuhi piawaian keselamatan kebakaran. Pusat tahfiz yang

kecil-kecilan mahupun sederhana yang baru membangun, banyak kehendak yang

perlu dipenuhi termasuklah aspek keselamatan kebakaran seperti laluan kecemasan,

pintu dan tangga keselamatan, tingkap berjiriji kecemasan, alat-alat pemadam api,

pendawaian yang baik, pengesan asap dan aliran keluar masuk wang yang sistematik

serta kakitangan yang berkelayakan. Hal ini menimbulkan rasa leceh seterusnya hal-

hal di atas tersebut menyebabkan pengabaian pada kehendak-kehendak keselamatan

kebakaran.

Page 114: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

93

Walaupun kesempitan sumber kewangan, namun ianya juga bermula dengan

konflik syarat-syarat dan kehendak-kehendak yang diperlukan oleh JAIS dalam

penubuhan pusat tahfiz iaitu pendaftaran sementara. Dalam hal ini, kebanyakan

mudir yang ditemui terus mendirikan pusat tahfiz adalah sebagai inisiatif saham

akhirat namun melalui kemampuan yang ada sahaja. Proses penubuhan pusat tahfiz

bertambah mudah apabila terdapat orang awam yang mewakafkan bangunan untuk

dijadikan pusat tahfiz. Walaubagaimanapun, kerumitan serta kekeliruan bermula

apabila, pada awal penubuhan persendirian oleh individu-individu ini, bilangan

pelajar hanya sedikit sahaja yang mana ia telah melanggar kehendak yang diperlukan

oleh pendaftaran JAIS iaitu 20 orang dan ke atas. Secara tidak langsung,

pengoperasian dijalankan secara tidak rasmi dan diteruskan.Seterusnya menyebabkan

keabaian terhadap piawaian keselamatan kebakaran. Malah bangunan tersebut tidak

mempunyai reka bentuk yang selamat untuk semua penghuni. Oleh itu untuk

masalah ini, orang luar yang berkeinginan untuk mewakafkan bangunan mereka

harus mengimbangkan faktor keselamatan yang akan dihuni oleh para pelajar dan

guru kerana berkemungkinan berisiko dan memberi kesan pada masa akan datang.

Untuk individu yang mahu mendirikan pusat tahfiz juga seharusnya tidak sewenang

menerima reka bentuk bangunan yang tiada unsur-unsur keselamatan.

4.14.3 Berhadapan dengan kerumitan prosedur pendaftaran dan tindak balas

daripada pihak JAIS

Berdasarkan jadual 4.13, hasil kajian mendapati bahawa 70% daripada pusat

tahfiz yang dikaji berhadapan dengan kerumitan prosedur pendaftaran dan tindak

balas daripada pihak JAIS. Jumlah yang dipersembahkan di dalam jadual bagi

masalah ini juga telah mencatatkan masalah yang ketiga tertinggi daripada masalah-

masalah yang lain berlaku dalam pusat-pusat tahfiz yang dikaji. Seperti masalah di

atas, ia juga masalah ini juga mendapat respon daripada mudir-mudir yang

Page 115: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

94

ditemubual bahawa pusat tahfiz Malaysia tidak sah jika tidak berhadapan dengan

kerumitan tindak balas JAIS.

Seterusnya, pendaftarn secara rasmi setelah mencukupi kehendak kapasiti

serta kehendak lain yang ditetapkan, pendaftaran dilakukan supaya terjamin dari

semua sudut dan boleh beroperasi sebagai pusat tahfiz yang disahkan rasmi.

Walaupun begitu, prosedur pendaftaran yang panjang dan agak melecehkan seperti

pengisian borang, pengesahan dan penyemakan sehingga lengkap membuatkan rata-

rata responden atau secara umumnya hampir semua pusat tahfiz persendirian di

Malaysia mengalami kerumitan dengan proses pendaftaran serta tindak balas

daripada pegawai-pegawai JAIS sendiri. Tiada apa-apa respon selama berbulan-

bulan daripada JAIS walaupun borang berserta dokumen-dokumen telah dihantar,.

Malah, pergerakan ke JAIS berpuluh-puluh kali dilakukan untuk mendapatkan

susulan status pendaftaran. Perkara ini memberi kesan kepada pegusaha Pusat tahfiz

sehingga timbul rasa putus asa seterusnya mengabaikan keselamatan kebakaran.

Berlainan dengan pihak tahfiz G,H dan I yang lebih mudah disebabkan oleh

fakor penubuhan yang lebih awal.

4.14.4 Pengetahuan kepentingan keselamatan kebakaran yang terhad

Berdasarkan jadual 4.13, hasil kajian mendapati bahawa 60% daripada pusat

tahfiz yang dikaji mempunyai pengetahuan kepentingan keselamatan kebakaran yang

terhad. Jumlah yang dipersembahkan di dalam jadual bagi masalah ini juga telah

mencatatkan masalah yang keempat tertinggi daripada masalah-masalah yang lain

berlaku dalam pusat-pusat tahfiz yang dikaji.

Page 116: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

95

Selain itu adalah pengetahuan kepentingan dan ilmu keselamatan kebakaran

pihak-pihak tahfiz yang terhad. Ianya diakui oleh mudir-mudir yang ditemu bual.

Walaupun pembelajaran dilakukan di dalam bangunan yang telah diubahsuai

penggunaan, hakikatnya, kepatuhan terhadap piawaian disedari. Namun, dengan

bilangan pelajar adalah sedikit, menyebabkan perkara tersebut seperti biasa tanpa

perlu merujuk pada mana-mana pihak berkuasa seperti bomba. Tiada kesedaran akan

bahaya kebakaran di dalam bangunan . Pengetahuan terhadap penyelenggaan

peralatan kebakaran juga lemah walaupun telah memenuhi kehendak bomba yang

diperlukan. Akibatnya, banyak alat-alat keselamatan kebakaran yang berlonggok

serta tidak berfungsi di dalam bangunan. Penggunaan elektrik dalam satu soket juga

berterusan diaplikasikan. Apabila kurangnya pengetahuan terhadap keselamatan

kebakaran, semua perkara diambil sambil lewa.

4.14.5 Tidak mempunyai sistem pengurusan yang sistematik

Berdasarkan jadual 4.13, hasil kajian mendapati bahawa 30% sahaja daripada

pusat tahfiz yang dikaji mempunyai pengurusan yang tidak sistematik. Pengurusan

pihak tahfiz hanya dilakukan oleh mudir sahaja yang menyebabkan hanya beliau

yang berulang alik menguruskan hal-hal tahfiz termasuk keselamatan kebakaran.

Pengurusan pusat tahfiz juga didapati ada yang terdiri daripada ahli keluarga seperti

campuran ibu bapa dan suami isteri. Perkara ini sedikit sebanyak mengganggu

pengurusan keselamatan kebakaran kerana ketiadaan kakitangan yang memfokuskan

hal tersebut. Hal ini menyebabkan elemen keselamatan kebakaran diketepikan kerana

banyak perkara yang harus dilakukan oleh mudir dalam satu masa. Hal-hal

pendafataran serta pembaharuan seharusnya diambil oleh orang yang lebih

berkelayakan atau lebih baik apabila tanggungjawab diberikan dengan betul serta

sistematik mengikut setiap sudut walaupun kakitangan adalah ahli keluarga supaya

sentiasa dapat dikemaskini.

Page 117: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

96

4.14.6 Kurang menerima keprihatinan daripada pihak bernama

Mengikut jadual 4.4, hasil kajian mendapati bahawa 20% sahaja daripada

pusat tahfiz yang dikaji kurang menerima keprihatinan daripada pihak bernama. Ia

merupakan masalah kedua paling rendah dialami oleh pusat-pusat tahfiz. Masalah

kurang menerima keprihatinan daripada pihak-pihak bernama kebiasannya berlaku

pada pusat tahfiz yang baru sahaja membangun kerana tidak beberapa dikenali oleh

orang ramai lagi terutamanya menteri besar, wakil rakyat dan sebagainya. Bagi pihak

tahfiz tertentu, perkara ini dikira sebagai masalah kerana mereka ketiadaan sokongan

yang boleh membantu dalam menaiktaraf pusat tahfiz. Memandangkan kebakaran

kini makin kerap berlaku, mereka kadangkala memerlukan pemantauan daripada

pihak-pihak bernama bukan untuk mengharapkan sumbangan, namun sikap ambil

berat yang membolehkan pusat tahfiz ini bersemangat untuk memperbaiki sistem

keselamatan kebakaran yang sedia ada.

4.14.7 Mengalami konflik dengan kehendak-kehendak sistem keselamatan

Berdasarkan jadual 4.4, hasil kajian mendapati bahawa 10% sahaja daripada

pusat tahfiz yang dikaji mengalami konflik dengan kehendak-kehendak sistem

keselamatan. Ia merupakan masalah yang paling rendah dan sedikit dialami oleh

pusat-pusat tahfiz Malaysia kerana kebanyakannya telah memperbaiki dan sedar

akan masalah ini.

Selain itu, bagi pihak tahfiz yang patuh dengan kehendak-kehendak

keselamatan kebakaran pula, konflik dengan spesifikasi elemen keselamatan

terutamanya bahagian pintu geriji yang dianggap „safety‟ tetapi hanyalah „security‟

bagi bomba. Oleh itu, penukaran segera dengan segera harus dilakukan untuk ke

beberapa kalinya. Perkara ini menyebabkan penggunaan kewangan lain untuk

pemasangan yang baru. Tambah-tambah lagi elemen yang perlu diperbaharui adalah

Page 118: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

97

canggih dan terkini yang pastinya jauh lebih mahal. Pengumpulan dana untuk

pembaikian pula mengambil masa dan menyebabkan kehendak keselamatan tersebut

tergandala malah ada yang terbiar sahaja akhirnya

4.14.8 Turut menggalas tanggungan lain

Dalam masa tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk

memenuhi kesemua kehendak bomba, terdapat juga tanggungan lain lagi yang tidak

dapat dijelaskan. Sebagai contoh, terpaksa melangsaikan kos penyewaan premis atau

rumah dan pembelajaran guru-guru terlebih dahulu. Pembiayaan sewa rumah pun

terpaksa ditunda inikan pula untuk memenuhi piawaian keselamatan. Malahan juga,

gaji yang dikenakan bukan memakan sebanyak ratusan. Tapi untuk guru yang

berkelayakan, ada yang melebihi RM1500 sebulan seorang. Tanpa kewangan,

kelancaran penambahbaikan Pusat tahfiz mungkin terbatas.

4.15 Analisis Bahagian C (objektif kedua) – Langkah-langkah yang diambil

untuk mengurangkan masalah yang dihadapi dalam mematuhi piawaian

keselamatan kebakaran.

Bahagian ini adalah bertujuan untuk menganalisis maklumat mengenai

langkah-langkah yang diambil oleh pusat tahfiz untuk mengurangkan masalah yang

dihadapi dalam mematuhi piawaian keselamatan kebakaran bagi setiap pusat tahfiz

yang dikaji. Pandangan bagi setiap langkah juga dijelaskan. Setiap maklumat yang

diperoleh daripada temubual yang dibuat membantu penyelidik dalam mengetahui

maklumat terperinci mengenai perkara yang dilalui oleh pusat-pusat tahfiz seterusnya

menjawab objektif pertama dan kedua kajian.

Page 119: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

98

Berikut merupakan senarai jawapan dan analisis bagi setiap soalan yang telah

ditanya bagi setiap pusat tahfiz yang dikaji. Jawapan daripada responden telah

hasilnya telah dianalisis dan dipersembahkan di dalam bentuk jadual berikut dengan

lebih jelas. Semua sebab atau keterangan bagi setiap jawapan tersebut telah

diterangkan secara terpeinci oleh responden seperti yang dijelaskan di bawah.

Page 120: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

99

Masalah-masalah yang dihadapi

dalam mematuhi piawaian

keselamatan kebakaran

Langkah-langkah mengurangkan

masalah-masalah yang dihadapi

dalam mematuhi piawaian

A B C D E F G H I J Jumlah

Kekerapan

Sumber kewangan yang tidak

mencukupi

Menjana kewangan daripada

perusahaan perniagaan √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 10/10

Mencari tajaan keperluan

keselamatan kebakaran daripada

kenalan √ √

√ 4/10

Menubuhkan PIBG

1/10

Mengenakan kadar bayaran

yuran yang adil 0

Memohon bantuan kewangan

dan derma

Melalui konflik dengan kehendak

dan syarat yang diperlukan oleh

JAIS

Mendapatkan nasihat daripada

Jabatan Bomba mengenai tahap

keselamatan dalam bangunan 0

Berhadapan dengan kerumitan

prosedur pendaftaran dan tindak

balas daripada pihak JAIS

Berterusan mengikuti serta

mendapatkan susulan dan

kemaskini daripada pegawai

JAIS

√ √ √ √

√ 6/10

Jadual 4.15: Analisis Langkah-langkah Mengurangkan Masalah-masalah yang dihadapi oleh pusat tahfiz dalam mematuhi

piawaian keselamatan kebakaran

Page 121: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

100

Masalah-masalah yang dihadapi

dalam mematuhi piawaian

keselamatan kebakaran

Langkah-langkah mengurangkan

masalah-masalah yang dihadapi

dalam mematuhi piawaian A B C D E F G H I J Jumlah

Kekerapan

Pengetahuan kepentingan keselamatan

kebakaran yang terhad

Memohon, menghadiri dan

mengadakan aktiviti ceramah,

seminar dan demonstrasi kebakaran

daripada bomba

√ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 10/10

Mewujudkan Skuad Bomba Tahfiz

3/10

Memanggil badan bukan kerajaan

memberikan ceramah √

2/10

Memberikan khidmat pendidikan

kebakaran di dalam kelas √

2/10

Mengadakan sesi kaunseling

pentingnya keselamatan kebakaran √

1/10

Tidak mempunyai sistem pengurusan

yang sistematik

Memperbaiki teknik sistem

pengurusan tahfiz √

3/10

Page 122: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

101

Masalah-masalah yang dihadapi

dalam mematuhi piawaian

keselamatan kebakaran

Langkah-langkah mengurangkan

masalah-masalah yang dihadapi

dalam mematuhi piawaian A B C D E F G H I J

Jumlah

Kekerapan

Mengalami konflik dengan kehendak-

kehendak sistem keselamatan

Menaiktaraf pemasangan elemen

keselamatan kebakaran √

√ 3/10

Turut menggalas tanggungan lain Memohon derma dan kewangan √ 1/10

Kurang menerima keprihatinan pihak-

pihak bernama -

0

Page 123: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

102

Berdasarkan jadual 4.15, hasil kajian mendapati bahawa masalah utama iaitu

sumber kewangan yang tidak mencukupi dikurangkan dengan mengambil langkah

dalam perusahaan perniagaan, yuran dan usaha sendiri dimana kesemua tahfiz

mengambil langkah ini. Namun tiada yuran yang adil dikenakan, hanya yuran

tahunan. Walaubaimanapun, tiada pusat tahfiz yang mendapatkan nasihat daripada

Jabatan Bomba mengenai tahap keselamatan dalam bangunan dalam konflik

kehendak-kehendak dan syarat yang diperlukan oleh JAIS memandangkan ini adalah

masalah kedua tertinggi. Langkah yang terbanyak seterusnya adalah dalam

memantapkan kepentingan dan ilmu keselamatan kebakaran iaitu dengan pelbagai

alternatif terutamanya melalui seramah, seminar serta demonstrasi, penubuhan skuad

bomba tahfiz, sepertimana yang dicadangkan di dalam Dasar Tahfiz Negara dan

lain-lain aktiviti ilmu keselamatan kebakaran. Usaha dalam membaiki teknik sistem

pengurusan juga dilakukan supaya kelancaran pembelajar pusat tahifz terjamin iaitu

sebanyak 3 buah tahiz yang bersetuju dan menggerakkan langkah tersebut.

4.15.1 Menjana kewangan perniagaan daripada perniagaan, usaha sendiri dan

yuran

Hasil analisis objektif pertama mendapati bahawa sumber kewangan yang

tidak mencukupi merupakan masalah utama bagi setiap tahfiz yang dikaji. Oleh itu,

salah satu langkah yang diambil oleh setiap tahfiz adalah dengan menjana sumber

kewangan daripada perusahaan perniagaan, usaha sendiri dan yuran tahunan. Namun

secara umunya, pusat semua pusat tahfiz yang dikaji menggerakkan

pengoperasiannya dan menampung perbelanjaan hasil daripada yuran tahunan

pelajar. Kadar yang dikenakan adalah tidak tinggi tetapi sederhana iaitu RM250

hingga RM450 sahaja yang hanya mampu menampung perbelanjaan asas sahaja.

Selebihnya adalah usaha dan alternatif sendiri.

Seterusnya, sedar akan kekurangan dana dalam penambahbaikan

infrastruktur, pusat tahfiz juga bergiat aktif dalam menjana kewangan daripada

Page 124: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

103

perniagaan kerana, kos penyewaan sahaja mencecah ribuan ringgit. Begitu juga

dengan keperluan keselamatan kebakaran. Hasil kajian ini telah menjelaskan bahawa

pusat tahfiz tidak mampu untuk melengkapkan kesemua peralatan tersebut dengan

segera dan serentak kerana harus menjana kewangan terlebih dahulu di samping

mengumpul dana serta sumbangan yang diterima.

Bagi Pusat Tahfiz E, G, H, I tidak mengalami masalah dalam sudut kewangan

secara kritikal kerana sistem pengurusannya yang sangat konsisten dan telah

berpengalaman lebih dari 5 tahun. Oleh sebab itu, kewujudan keempat-empat pusat

tahfiz ini telah dikenali oleh masyarakat serta memudahkan pusat tahfiz dalam

menerima banyak sumbangan sekali gus melancarkan pengurusan pihak tahfiz.

Namun begitu, setiap pusat tahfiz ini tetap mengambil langkah dalam menjana

kewangan kerana khuatiri ketidakseimbangan dana pada masa depan. Langkah yang

diambil dalam memastikan sumber kewangan terjamin adalah dengan usaha sendiri.

Ini bermaksud, individu di dalam organisasi termasuk mudir mengeluarkan

perbelanjaan sendiri untuk menampung apa yang tidak mencukupi.

4.15.2 Mencari tajaan untuk keperluan keselamatan kebakaran daripada

kenalan

Selain daripada perusahaan perniagaan, usaha sendiri dan yuran tahunan,

terdapat juga pusat tahfiz yang mencari tajaan untuk keperluan kebakaran daripada

kenalan-kenalan sendiri disebabkan oleh kos peralatan keselamatan kebakaran yang

tinggi. Faktor lain juga disebabkan penggunaan keselamatan kebakaran dengan

segera seperti yang telah dinasihati oleh bomba hasil daripada pemantauan.

Page 125: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

104

4.15.3 Menubuhkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru

Terdapat juga pusat tahfiz yang menubuhkan PIBG dalam pelancaran

pengoperasian mereka. Hasil daripada kajian mendapati bahawa persatuan ini

memberikan banyak faedah dalam sudut pembaikan pengurusan dan menampung

segala kekurangan. Suara dan hak daripada ibu bapa juga diambil berat dan supaya

dapat memperbaiki serta menaiktaraf sistem keselamatan kebakaran di dalam

bangunan. Malah, sumbangan kepakaran daripada pihak ibu bapa sendiri menjamin

kualiti pengurusan pusat tahfiz tersebut.

4.15.4 Memohon, menghadiri dan mengadakan aktiviti ceramah, seminar dan

demonstrasi kebakaran

Tidak dapat dinafikan bahawa pengetahuan pihak-pihak tahfiz yang dikaji

masih lemah. Hal ini sendiri diakui oleh mudir pusat-pusat tahfiz tersebut. Oleh itu,

banyak langkah yang telah dipraktikkan oleh setiap pusat tahfiz dalam meningkatkan

ilmu keselamatan kebakaran. Antaranya ialah dengan memohon, menghadiri dan

mengadakan aktiviti cerama, seminar dan demonstrasi kebakaran.

Berdasarkan jadual 4.14 di atas, jelas menunjukkan bahawa kesemua pusat

tahfiz telah bergiat aktif dalam memantapkan kesedaran dalam keselamatan

kebakaran. Perkara ini menunjukkan bahawa isu ini sangat diambil berat oleh pihak

berkuasa sehingga banyak program dan ceramah berkaitan keselamatan kebakaran

dianjurkan. Malah, berdasarkan temu bual dengan mudir, ceramah yang dihadiri juga

memberikan jalan penyelesaian terhadap masalah-masalah yang membelenggu pusat

tahfiz. Namun, sumber untuk membaik pulih harus diusahakan.

Page 126: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

105

4.15.5 Mewujudkan skuad Bomba Tahfiz

Antara langkah lain dalam memperkasakan pengetahuan kepentingan

keselamatan kebakaran adalah dengan mewujudkan skuad bomba tahfiz. Namun,

seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 4.15, tidak semua pusat tahfiz yang telah

mewujudkan skuad bomba tersebut. Alternatif ini adalah hasil galakan yang

disyorkan oleh bomba sebagai pencegahan kebakaran. Dengan wujudnya skuad ini,

pihak tahfiz dapat mengenalpasti perkara-perkara yang perlu dilakukan jika

berlakunya keselamatan.

4.15.6 Memberikan khidmat pendidikan kebakaran di dalam kelas

Terdapat juga pusat tahfiz yang konsisten memberikan pembelajaran

mengenai keselamatan kebakaran di dalam kelas. Hal ini kerana, mereka sedar akan

kekurangan ilmu serta kepentingan keselamatan kebakaran yang telah banyak

menyebabkan konflik, kekeliruan, kesalahan terhadap penyalahgunaan elektrik, alat-

alat kecemasan dan sebagainya setelah menerima arahan daripada pihak bomba.

Pihak tahfiz juga sentiasa mengingatkan para pelajar akan bahaya kebakaran di

dalam bangunan melalui kelas sahaja.

4.15.7 Memanggil badan bukan kerajaan memberikan ceramah

National Institute of Safety and Health (NIOSH) giat menjalankan ceramah

dan seminar kepada pusat-pusat tahfiz memandangkan masalah kebakaran dalam

kelompok pusat tahfiz semakin meningkat. Berdasarkan temu bual dengan mudir,

pihak NIOSH sendiri menawarkan pusat-pusat tahfiz aktiviti-aktiviti tersebut kerana

pentingnya akan kesedaran terhadap pekerja mengenai keselamatan dan latihan

kebakaran dan penyertaan dalam latihan seperti ini akan membantu untuk

Page 127: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

106

memberikan rasa segera kepada orang yang terlibat dalam hal kehidupan atau

kematian.

4.15.8 Mengadakan sesi kaunseling pentingnya keselamatan kebakaran

Bagi pusat tahfiz yang berkemampuan, mereka melantik sendiri pegawai

kaunselor daripada universiti tempatan untuk memberikan kaunseling kepada para

pelajar akan pentingnya keselamatan diri yang merangkumi segala aspek termasuk

kebakaran.

4.15.9 Berterusan mengikuti serta mendapatkan susulan dan kemaskini

daripada pegawai JAIS

Pada masa yang sama, MAIS, JAIS dan PITAS perlu memberikan kerjasama

terhadap penubuhan Pusat tahfiz ini. Hal ini kerana, masalah yang di alami oleh

mereka juga bukanlah berpunca daripada pusat tahfiz itu sendiri. Akan tetapi, tidak

mendapat kerjasama daripada pihak luar yang menyebabkan mereka lemah dan tiada

semangat untuk mematuhi piawaian itu sendiri. Walhal, mereka telah cuba sedaya

upaya untuk mendapatkan susulan. Oleh itu pihak JAIS perlu menyemak semula

prosedur-prosedur untuk mendapatkan sijil pendaftaran dan memperbaharui sijil

pendaftaran untuk memudahkan pihak institusi beroperasi dengan sempurna. Pihak

berwajib juga perlu bersedia menerima sebarang laporan atau aduan dari pihak

institusi.

Page 128: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

107

4.15.10 Memperbaiki teknik sistem pengurusan tahfiz

Berdasarkan Jadual 4.15 di atas, terdapat beberapa buah pusat tahfiz yang

tidak mempunyai sistem pengurusan yang sistematik. Perkara ini seterusnya

berpotensi menjejaskan banyak perkara pengoperasian pusat tahfiz. Namun begitu,

selepas menemu bual reponden daripada pusat-pusat tahfiz berkenaan, langkah

dalam memperbaiki mutu serta teknik pengurusan ada diambil. Walaupun tidak

secara keseluruhan dan sempurna, langkah memperbaiki dapat membantu kelancaran

aktiviti pusat tahfiz.

4.15.11 Menaiktaraf pemasangan elemen keselamatan kebakaran

Bagi pusat tahfiz yang mengalami konflik terhadap kehendak-kehendak

sistem keselamatan, pihak tahfiz masih dalam usaha memperbaiki serta menaiktaraf

sistem dan elemen tersebut. Walaubagaimanapun, terdapat antara mereka yang tidak

dapat menyegerakan pembaikan tersebut atas faktor kewangan. Bantuan daripada

MARA juga telah mampu mengurangkan masalah kerosakan pendawaian yang telah

usang.

4.15.12 Memohon bantuan kewangan dan derma

Hasil temubual dengan responden mendapati bahawa hampir kesemua pusat

tahfiz tidak memohon bantuan kewangan atau derma. Selain daripada tidak suka

meminta-minta, pihak tahfiz juga menjelaskan bahawa permohonan tersebut

memerlukan pengesahan daripada JAIS di mana memerlukan banyak prosedur.

Page 129: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

108

4.16 Rumusan Bab

Berdasarkan data yang dikumpul oleh responden, penyelidik berjaya

menganalisis data menggunakan kaedah analisis yang sesuai seperti yang dinyatakan

dalam Bab 3 kajian ini. Berdasarkan bab ini, secara keseluruhan, dapat disimpulkan

bahawa penyelidik telah berjaya mencapai objektif penyelidikan dimana semua data

dan maklumat oleh responden berpuas hati dengan apa yang diperlukan oleh

penyelidik untuk memenuhi objektif tersebut.

Menurut hasil kajian, objektif penyelidikan No.1 dan No.2 yang merupakan

"masalah-masalah yang dihadapi oleh pusat tahfiz dalam mematuhi piawaian

keselamatan kebakaran" dan " langkah-langkah yang diambil untuk mengurangkan

masalah-masalah yang dihadapi oleh pusat tahfiz dalam mematuhi piawaian

keselamatan kebakaran " berjaya dikenalpasti. Kesimpulan mengenai analisis

penyelidikan dan cadangan untuk penyelidikan masa depan dibincangkan dalam bab

yang berikut - Bab 5.

Page 130: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

109

BAB 5

KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

Dalam bab ini akan menerangkan hasil penyelidikan yang dibuat dan ia

adalah berasaskan pada analisis yang dibincangkan dalam bab 4. Bab ini akan

merumuskan hasil analisis yang telah dijalankan. Seterusnya, merujuk kepada hasil

analisis yang telah diperolehi padangan serta cadangan akan diberikan bagi

memperbaikkan lagi masalah dan langkah dalam pematuhan piawaian keselamatan

kebakaran.

Di samping itu juga, masalah-masalah yang dihadapi semasa menjalankan

penyelidikan turut dibincangkan. Cadangan untuk penyelidikan akan datang juga

dikemukakan supaya kajian dapat dijalankan dengan teratur dan terpeinci.

Page 131: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

110

5.2 Semakan Objektif

Kajian ini telah menggunakan kaedah grounded theory di mana penyelidik

telah menggunakan teori-teori yang diambil daripada kajian literatur iaitu melalui

pembacaan jurnal, tesis-tesis lama, akhbar dan artikel. Kesemua teori tersebut dikaji

serta teori baru juga ditambah dengan menemu bual responden-responden dan

perbincangan mengenai dapatan kajian bertumpu kepada dua objektif kajian.

5.2.1 Masalah-masalah yang dihadapi dalam mematuhi piawaian keselamatan

kebakaran

Kajian ini secara tidak langsung telah mencapai objektif yang diketengahkan.

Ia menjelaskan dengan terpeinci masalah-masalah yang dihadapi sendiri oleh Pusat-

pusat tahfiz dalam mematuhi piawaian keselamatan kebakaran yang terdiri daripada

seperti beikut:

1. Sumber kewangan yang tidak mencukupi

2. Mengalami konflik dengan kehendak-kehendak dan syarat-syarat yang

diperlukan oleh JAIS

3. Berhadapan dengan kerumitan prosedur pendataran dan tindak balas

daripada pihak JAIS

4. Mempunyai pengetahuan kepentingan dan ilmu keselamatan kebakaran

yang terhad

5. Tidak mempunyai sistem pengurusan yang sistematik

6. Mengalami konflik dengan kehendak-kehendak sistem keselamatan

7. Kurang menerima keprihatinan daripada pihak bernama

8. Turut meggalas tanggungan lain

Page 132: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

111

Analisis penyelidikan yang dijalankan telah berjaya mengenalpasti, kesemua

8 masalah yang dialami oleh pusat tahfiz yang berada pada tahap penting dalam

mengurangkan kebakaran dalam kelompok pusat tahfiz berdasarkan maklum balas

yang diberikan oleh responden melalui temu bual yang dijalankan. Ini menunjukkan

majoriti responden bersetuju bahawa masalah-masalah tersebut membelenggu pusat-

pusat tahfiz dalam mematuhi piawaian. Ini adalah jawapan kepada status pematuhan

piawaian yang masih lemah dalam kelompok pusat tahfiz. Oleh itu, tiga masalah

utama paling penting dengan ialah sumber kewangan yang tidak mencukupi,

berhadapan dengan konflik kehendak-kehendak JAIS dan kerumitan pendaftaran

tahfiz itu sendiri. Kesemuanya telah berjaya dirungkai dan dijelaskan.

Kesimpulan daripada masalah tersebut didapati bahawa sumber dalam

memperbaiki pembangunan pusat tahfiz adalah sangat terhad kerana pusat tahfiz

adalah seratus peratus dibangunkan oleh individu itu sendiri. Walaubagaimanapun,

kesalahan tidak seharusnya dipersalahkan kepada pihak tahfiz namun orang luar

yang prihatin dalah menyumbangkan bangunan perlu peka terhadap aspek-aspek

keselamatan supaya pengubahsuaian penggunaan bangunan dapat dihindari dan

secara langsung bahaya kebakaran dapat dielakkan.

5.2.2 Langkah-langkah yang diambil dalam mengurangkan masalah-masalah

mematuhi piawaian keselamatan kebakaran

Kajian ini juga telah mencapai objektif kedua yang diketengahkan. Ia

menjelaskan dengan terpeinci langkah-langkah yang diambil untuk mengurangkan

masalah-masalah mematuhi piawaian keselamatan kebakaran seperti:

Meningkatkan sumber kewangan:

1. Menjana kewangan daripada perusahaan perniagaan

Page 133: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

112

2. Mecari tajaan untuk keperluan keselamatan kebakaran

3. Mewujudkan PIBG

Meningkatkan pengetahuan kepentingan dan ilmu keselamatan kebakaran

4. Memohon, menghadiri dan mengadakan aktiviti ceramah, seminar dan

demonstrasi kebakaran daripada bomba

5. Mewujudkan skuad bomba tahfiz

6. Memberikan pendidikan ilmu kebakaran di dalam kelas

7. Memanggil badan bukan kerajaan mengadakan ceramah

8. Mengadakan sesi kaunseling mengenai keselamatan kebakaran

9. Berterusan mendapatkan susulan dan kemaskini daripada pihak JAIS

10. Memperbaiki sistem pengurusan pusat tahfiz

11. Menaiktaraf pemasngan elemen-elemen keselamatan kebakaran

bangunan

12. Memohon derma dan kewangan untuk menanggung tanggungan lain

Hasil temu bual mendapati, telah banyak langkah yang dipergiatkan oleh

pusat-pusat tahfiz dalam mengurangkan masalah yang dialami terutamanya dalam

meningkatkan sumber kewangan serta ilmu pengetahuan keselamatan kebakaran dan

kesedaran bahaya kebakaran. Memang tidak dinafikan juga, anjuran daripada pihak

luar terhadap aktiviti keselamatan kebakaran semakin diperluas.

Walaubagaimanapun, ianya mendapat timbang rasa daripada pihak bomba

yang memahami akan kondisi Pusat tahfiz dan telah menyediakan piawaian minima

untuk pusat tahfiz patuhi sejak 2017. Hal ini kerana, banyak kehendak-kehendak

yang tidak dapat dilunaskan oleh pihak tahfiz kerana terdapat tanggungan lain yang

harus didahului terlebih dahulu.

Page 134: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

113

Dalam pada itu, platform media sosial seperti akhbar, radio dan televisyen

memainkan peranan penting dalam memperingati serta menekankan ibu bapa bahawa

memilih Pusat tahfiz yang serba boleh daripada semua sudut jika ingin menghantar

anak mereka. Hal ini kerana, kebanyakan ibu bapa mengalami dilemma terhadap caj

pembayaran yuran. Jika ianya mahal, maka mereka tidak menghantar anak-anak pada

institusi tersebut. Oleh itu, pentingnya platform ini supaya dapat menjelaskan lagi

faktor-faktor lain dalam memilih Pusat tahfiz. Nyawa sangat berharga berbanding

wang ringgit

Secara keseluruhannya, terdapat 12 langkah yang diambil oleh pusat-puat

tahfiz dalam mengurangkan masalah. Langkah-langkah yang diambil juga

menunjukkan bahawa pusat tahfiz masih bergiat aktif dan membangunkan institusi

ke arah yang lebih jauh. Kesimpulannya langkah-langkah ini haruslah sentiasa

dikembangkan dari masa ke semasa di mana semua pihak di dalam negara harus

berperanan supaya keselamatan kebakaran pusat tahifz ini dapat terjamin

sepenuhnya.

5.3 Masalah yang dihadapi semasa penyelidikan

Semasa menjalankan penyelidikan, penyelidik telah mengalami beberapa

kesukaran sepanjang proses tersebut. Berikut adalah masalah yang dihadapi oleh

penyelidik semasa penyelidikan

5.3.1 Kesukaran memahami penyampaian maklumat yang disampaikan oleh

responden

Page 135: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

114

Memandangkan responden-responden kajian ini merupakan pengetua dan

juga individu yang berlainan umur, latar belakang serta pendidikan, terdapat

kesukaran untuk memahami apa yang mereka sampaikan. Cara penyampaian mereka

ada yang tidak formal dan juga mengikut loghat keturunan contohnya bahasa jawa.

Hal ini kerana, Pusat-pusat tahfiz Selangor banyak ditubuhkan di kawasan

pedalaman. Bagi mereka yang berusia pula, sukar untuk memahami soalan yang

diajukan, sebaliknya menjawab perkara yang tidak berkaitan. Hal ini terpaksa

diulangi beberapa kali sehingga memenuhi kehendak objektif.

5.4 Cadangan dan kajian lanjutan

Hasil daripada kajian yang dijalankan, terdapat beberapa perkara yang boleh

digunakan untuk dikaji sebagai penyelidikan lanjutan iaitu.

5.4.1 Pengurusan Sistem Keselamatan Kebakaran Pusat tahfiz

Selain daripada kewangan, akademik, pembelajaran dan lain-lain, kajian

mengenai pengurusan sistem keselamatan kebakaran perlu diselidik lagi untuk

melihat sejauh mana Pusat-pusat tahfiz di Malaysia mengambil berat akan hal ini.

Perkara ini bukan dilihat pada sudut pengaplikasian kehendak aktif dan pasif

keselamatan kebakaran sahaja, namun bagaimana dan sejauh mana cara yang

digunakan oleh Pusat tahfiz menguruskan sistem tersebut daripada awal penubuhan

sehingga sekarang. Sebagai contoh, seperti agihan masa untuk latihan dan

demonstrasi, bajet kewangan bahagian keselamatan dan penyelenggaraan dan

sebagainya . Ianya akan memberikan impak positif yang besar kepada semua pihak

supaya sentiasa menjadi amalan dan budaya dalam memperkasa hal ini.

Page 136: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

115

RUJUKAN

Selangor, P. (2012) „Akta Jalan, Parit Dan Bangunan [Akta 133]‟, Undang-Undang

Kecil Bangunan Seragam Selangor 1986

Akta 672 (1990) Akta Bekalan Elektrik [Akta 447] Undang-undang Malaysia. Edited

by Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

Perkhidmatan, A. (2009) „Akta Perkhidmatan BombaUndang-Undang Akta

Perkhidmatan‟.

Dan, J. B. and Malaysia, P. (2017) „Senarai Semakan Kehendak Kebombaan‟, (3),

pp. 7–10.

Khudzairi, N. B. H. M. (2007) „Sikap dan Tindakbalas Penghuni Bangunan Dalam

Menghadapi Situasi Kebakaran‟, (April).

Chief, F. and Garis, L. (2013) „The Non-Random Nature of Fire Safety Inspection

Compliance‟, (June).

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (2007) Pelaksanaan Kaedah

Pengeluaran Perakuan Siap dan Pematuhan Oleh Profesional. Kementerian

Perumahan dan Kerajaan Tempatan Semenanjung Malaysia.

Ong, C. and Suleiman, M. Z. (2015) „Problems in Implementation of Fire Safety

Management in Malaysia Government Hospital‟, Advance of Environmental

Page 137: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

116

Biology, 9(March), pp. 47–50. doi: 10.13140/RG.2.1.4150.4887.

Badarudin Mat Isa & Syahrul Nizam Kamaruzzaman. Keselamatan Bangunan dan

Kawalan Kebakaran. Malaysia, 2012

Abd, R.G, Mohd K. and Noorhafizah (2012) „Pegurusan Institusi Tahfiz Persendirian

Negeri Selangor‟

Aslina Abu Bakar, (2017, September 20). Pusat tahfiz lemah soal keselamatan,

Berita Harian Online.

Roos Niza Mohd Sharif, (2017, October 9). Piawaian keselamatan maahad tahfiz,

Utusan Online.

Sufiah Akmal, (2017, September 14). Tak sangka cucu saudara turut terkorban, Sinar

Online.

Bomba: 50% pusat tahfiz tidak selamat,( October 15, 2017). Free Malaysia Today

Pusat tahfiz Darul Ittifaqiyah Tidak Berdaftar Dengan Kementerian Pendidikan

(2017, September 14). Malaysian Digest

Ahmad Kasyfi Alawi. (2017, September 14). Apa Boleh Kita Belajar Daripada

Insiden Kebakaran Pusat tahfiz Darul Ittifaqiyah? Kasyfi Alawi News

Jawatankuasa Penyeragaman Sekolah Tahfiz Harus Diwujudkan, Khalid. (2017,

September 15). Free Malaysia Today.

Pusat tahfiz tiada sijil layak menduduki, (2017, September 14). The Malaysian

Insight.

Rohana Ismai, (2017, Mac 2). Bina sekolah pondok kena ada kelulusan bomba, Sinar

Online

Page 138: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

117

Mohd Roji Kawi, (2017, September 16) Masih teliti mekanisme pendaftaran sekolah

agama - KP Pelajaran, BH Online.

Sekolah agama persendirian, madrasah tahfiz didaftar bawah Jakim, (2017, April

27). Malaysiakini

Khairul Najib Asarulah Khan, (2017, Oktober 6). Bomba akan bantu pusat tahfiz, My

Metro.

Nurul Amanina Suhaini, (2017, September 25). 25 Sekolah Tahfiz Di Johor Tidak

Berdaftar, BH Online.

Mohd Roji Kawi, (2016, Mei 24). Kesedaran terhadap aspek keselamatan kebakaran

masih rendah – Bomba, BH Online.

Salleh Buang, (2017, Julai 6). Tragedi Grenfell Tower dedahkan kelemahan, Utusan

Online.

Roos Niza Mohd Shariff, (2017, Oktober 9). Piawaian keselamatan maahad tahfiz,

Utusan Online.

Mohd Zulkifli Zainuddin, (2017, September 15). Sekolah pondok tiada ciri

keselamatan, BH Online.

Fire Behaviour. (2009). Science Learning Hub, The University of Wakaito

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, (2017). Portal Rasmi

Daripada laman sesawang Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia:

http://www.bomba.gov.my/

Jabatan Agama Islam Negeri Selangor, (2017, November 29) Permohonan/Proses

Pendaftaran Sekolah

Page 139: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

118

Daripada laman sesawang Jabatan Agama Islam Selangor

http://www.jais.gov.my/content/permohonanproses-pendaftaran-sekolah

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, (2017, Disember 3) Pendaftaran Sekolah

Agama dan Tahfiz Swasta

Daripada laman sesawang Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

http://www.jawi.gov.my/my/agensi-swata-umum/komuniti-soalan-

lazim/1188-soalan-lazim-bahagian-pelajaran

Canaan Building Inspection, (2017) http://www.canaanbuildinginspector.com/

Page 140: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

119

LAMPIRAN

Page 141: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

120

Lampiran A

BORANG TEMU BUAL

TAJUK KAJIAN

PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT

TAHFIZ

Bagi menjawab objektif Projek Sarjana Muda iaitu

1. Mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh Pusat Tahfiz dalam mematuhi

Piawaian Keselamatan Kebakaran

2. Langkah-langkah mengurangkan masalah-masalah yang dihadapi oleh Pusat Tahfiz

dalam mematuhi Piawaian Keselamatan Kebakaran

MAKLUMAT RESPONDEN

Nama Institut :

Nama Responden :

Jawatan :

Pengalaman :

Cop Institut :

MASA

TARIKH

HARI

Page 142: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

121

1) Kajian yang dijalankan hanya bertujuan untuk penyelidikan akademik semata-mata

dan segala maklumat yang diberikan adalah SULIT.

2) Soalan temubual ini terbahagi kepada dua Bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian

B

3) Bahagian A merupakan soalan berkenaan latar belakang syarikat secara ringkas.

4) Bahagian B. C, D merupakan soalan semi-struktur berkenaan masalah dan langkah

dalam ketidakpatuhan kehendak keselamatan kebakaran yang yang telah

dikenalpasti melalui kajian literatur yang dijalankan.

BAHAGIAN A: Maklumat Latar Belakang Individu/Institut

1) Bolehkah anda terangkan secara ringkas latar belakang Pusat Tahfiz ini?

BAHAGIAN B: Masalah-Masalah Yang Dihadapi Oleh Pusat Tahfiz Dalam

Mematuhi Piawaian Keselamatan Kebakaran

1) Bolehkah anda jelaskan apakah sebenarnya masalah-masalah yang dihadapi oleh

Pusat Tahfiz dalam mematuhi Piawaian Keselamatan Kebakaran?

2) Bolehkah anda jelaskan sebab bagi setiap pemilihan jawapan tersebut?

Page 143: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

122

3) Selain daripada itu, apakah masalah-masalah di bawah ini turut dihadapi olehPusat

Tahfiz dalam mematuhi Piawaian Keselamatan Kebakaran?

4) Bolehkah anda menjelaskan sebab bagi setiap pemilihan jawapan di atas?

B1:

B2:

B3:

B4:

B5:

B6:

B Senarai masalah yang dihadapi Ya Tidak

1 Sumber kewangan yang tidak mencukupi

2 Mempunyai pengetahuan kepentingan dan ilmu

keselamatan kebakaran yang terhad

3 Tidak mempunyai sistem pengurusan yang

sistematik

4 Mengalami konflik dengan kehendak-kehendak

sistem keselamatan

5 Berhadapan dengan kerumitan prosedur pendaftaran

dan tindak balas daripada pihak JAIS

6 Mangalami dengan konflik dengan kehendak dan

syarat yang diperlukan oleh JAIS

7 Kebuntuan antara manfaat perbaiki keselamatan

kebakaran

Page 144: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

123

BAHAGIAN C: Langkah-Langkah Mengurangkan Masalah-Masalah

Yang Dihadapi Oleh Pusat Tahfiz Dalam Mematuhi Piawaian Keselamatan

Kebakaran

1) Bolehkah anda jelaskan apakah langkah-langkah yang telah dilakukan dalam

mengurangkan masalah yang dihadapi oleh Pusat Tahfiz dalam mematuhi piawaian

keselamatan kebakaran?

2) Bolehkah anda jelaskan sebab bagi setiap pemilihan jawapan tersebut?

3) Selain daripada itu, apakah langkah lain lagi yang diambil di bawah ini turut dialami

oleh pusat tahfiz dalam mematuhi piawaian keselamatan kebakaran?

Page 145: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

124

4) Bolehkah anda huraikan bagi setiap jawapan di atas?

C1

C2

C3

C4

C5

C6

C7

C Masalah- masalah yang

dihadapi

Langkah-Langkah

Mengurangkan Masalah

Yang Dihadapi Dalam

Mematuhi Kehendak

Keselamatan Kebakaran

Ya Tidak

1

Sumber kewangan yang tidak

mencukupi

Memohon bantuan kewangan

dan derma

Mengenakan kadar bayaran

yuran yang adil

2

Mempunyai pengetahuan

kepentingan dan ilmu

keselamatan kebakaran yang

terhad

Memohon, menghadiri dan

mengadakan aktiviti ceramah,

seminar dan demonstrasi

kebakaran

Mewujudkan skuad Bomba

Tahfiz

Memberikan khidmat

pendidikan kebakaran di dalam

kelas

3 Berhadapan dengan kerumitan

prosedur pendaftaran dan

tindak balas daripada pihak

JAIS

Berterusan Mendapatkan

susulan dan kemaskinii

daripada JAIS

4 Tidak mempunyai sistem

pengurusan yang sistematik

Mengenakan kadar bayaran

yuran yang adil

5 Mengalami konflik dengan

kehendak-kehendak dan syarat-

syarat yang diperlukan oleh

JAIS Mendapatkan nasihat daripada

Jabatan Bomba mengenai

tahap keselamatan dalam

bangunan

6 Kebuntuan antara manfaat

perbaiki keselamatan

kebakaran

7 Mengalami konflik dengan

kehendak-kehendak sistem

keselamatan

Page 146: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

125

Malumat/Data (Pusat Tahfiz A)

Kod/

Tema

Pengkaji Ok boleh saya tahu sejarah penubuhan tahfiz di sini? Sama ada sini bangunan

waqaf ke….boleh ustazah ceritakan?

Responden ayah saya nak sekolah tahfiz…memang turun temurun mewarisi. Jadi

tertubuhlah di sini. Terutamanya di Selangor ni kan banyak Tahfiz, tapi

kebanyakannya yuran mahal…jadi kita nak tubuhkan Pusat Tahfiz untuk

orang yang sederhana…yang kalau kata untuk empat ratus macam tak mampu

pula kan..tapi saya tak salahkan dorang..tadika sekarang sahaja dah empat

ratus kan..yang balik hari. Ni duduk asrama empat ratus setengah. Jadi kita

nak bagi semua orang merasa..jadi untuk yang mampu tu, datang belajar.

Bayar yuran tak mahal sangat, tak murah sangat…Yuran tak mahal sangat dua

ratus setengah. Yang belakang tiga ratus..jadi sekarang kita ada 3 lot..sebelum

ni ayah saya buka yang lelaki di Sungai Buloh, jadi bila saya ambil alih, saya

buka yang perempuan pula. Pelajar pula ada 140 orang…termasuk kakitangan

ahli kelurga saya emm adalah dalam 7 orang. Dan bangunan ni kami sendiri

usahakan tapi secara sewa la. Cuma bukan waqaf…

A1

Pengkaji Sini kakitangan ada berapa?

Responden Sekarang yang mengajar ada sepuluh orang. Bulan depan mungkinlah…

sebelas. Yang buat urusan management…tujuh orang…

Pengkaji Oh ada juga yang buat management? Ditempatkan dimana ye?

Responden Kita balik rumah lah…ayah saya, emak saya, kakak saya… C4.2

Pengkaji Oh keluarga sendiri la….orang luar ada ambil ke?

Responden Orang luar daripaa Jemaah pengurusan…itu semua 7 orang..keluarga dan

orang luar. JAIS memang mintak 7 orang atau lebih lah..Jadi kita minta

parents pelajar ke apa la..

Pengkaji Okay…aaa…..boleh kita tengok tajuk saya berkenaan dengan Pusat Tahfiz

dan keselamatan kebakaran sebab kita tengok sekarang ni Pusat Tahfiz banyak

terbakar la macam baru-baru ni kes yang Darul Ittifaqiyah tu kan…so dalam

tempoh menubuhkan Pusat Tahfiz ni, at the same time kena patuh piawaian tu

kan. Sebenarnya apa kekangan atau masalah-masalah Pusat Tahfiz ni dalam

menyediakan kehendak-kehendak bomba…

Responden Ok sebenarnya..secara peribadi saya la ….kekurangan yang

pertama..kekurangan bajet

B1

Pengkaji Dana?

Responden Ha…Kewangan. Sebab macam kalau nak mohon untuk bomba kan, dia nak

tangga keselamatan, tong la pe la….

Pengkaji Haah…ada syarat-syarat dia.

Reponden Tangga keselamatan pun berapa ribu nak buat kan. Banyaklah…banyak

benda. Macam yang jais ni…hm..kita kertas kerja tu kena buat..lepastu kena

proses..proses yang sangat panjang. Ha….jadi kena pegi banyak

kali…banyak kali kena follow up semua. Lepastu kertas kerja sendiri

kan…kalau macam yang baru biasanya takde…yang pertama taktahu nak

buat macam mana…yang kedua takde orang yang boleh buat

B1

B5

B3

Pengkaji Assist?

Responden Ha…yang buat kertas kerja tu..

Pengkaji Maksudnya takde pengurusan yang focus untuk benda tu eh?

Responden Ha….macam tulah..macam sekolah kan dia ada kerani-kerani buatkan. Ni

kalau maahad, dia lah tu…dia lah semua benda…semua benda dia…bila

masa dia nak pergi JAIS, pastu kadang setengah orang ni kalau kita dengar

macam kawan-kawan saya kan, kadang nak pergi tu pun susah dah.

Ha…nak nak pergi tu susah dah..semua benda kewangan..

B3

Pengkaji Kakitangan pun tak cukup ye?

Responden Kakitangan pun takde..kalau tinggal maahad takde orang nak jaga.. B3

Pengkaji Nak ambil kakitangan pun kena ada jugak ye?

Responden Ha..ye….

Lampiran B- Contoh Transkrip Temu Bual Semi-struktur

Page 147: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

126

Pengkaji Ni kalau macam prosedur JAIS tadi, ambil masa yang lama ke?

Responden Ha…lama jugak lah..mula-mula kita ambil borang, lepastu kalau orang

taktahu, dia ambil borang dulu lepastu balik rumah, isi borang, kena pergi

hantar balik…lepastu orang daripada JAIS tu akan datang..pegawai akan

datang..cek….pastu kalau borang tu tak cukup kena…kena perlukan kan lah

apa lagi yang dia nak. Ha….sebenarnya em…benda ni senang-senang je

tapi…bila nak penuhkan semua yang…

Pengkaji Checklist dia? Syarat-syarat?

Responden Ha…list-list tu, syarat-syarat tu dia ambil masa lah. Ha…jadi itulah….Jadi

last sekali orang kata em tak payah lah….macam tu.. Lagi ada soalan?

B4

Pengkaji Pusat tahfiz ini ada masalah dari sudut pendaftaran?

Responden Mana? Sini? Aaaa..takde..

Pengkaji Semua dah daftar lah?

Responden Memang dah daftar…cuma memang masalah la bagi kami mula-mula

tu..kena..lagi satu yang macam saya perasan, yang dekat JAIS sendiri, saya tak

tahu la daerah lain..yang macam daerah aaa Petaling ni..macam…em…

Pengkaji Endah tak endah?

Responden Bukan endah tak endah…kita tak tahu cukup orang ke tak.. B5

Pengkaji Oh kakitangan JAIS tu sendiri?

Responden Ha…sebabnya macam kalau kita ni kan…kita berurusan dengan sorang,

macam kita pergi..sini Ustaz Ansar. Pastu ape-ape hal kita tanya orang lain,

orang lain taktahu.

B5

Pengkaji Oh….

Responden Ha…kadang-kadang kita submit tu..

Pengkaji Bersungguh dah?

Pengkaji Kita dah submit dah..banyak kali dah…haa..kita dah hantar borang yang

sama..pastu masih minta lagi..

B5

Pengkaji Maksudnya progress dorang?

Responden Sebabnya…dia pun…kita pun tak boleh salahkan dia juga..sebab dia

banyak…macam banyak tingkat pulak…kita pergi hantar sini dia akan proses

demi proses…proses dia tu pun banyak tingkat juga..

B5

Pengkaji Makan masa?

Responden Ha…memakan masa…lepastu em….tulah..mungkin takde ramai orang ke…tu

saya tak tahu lah..

B5

Pengkaji Kemudian…aaa kalau macam Pusat Tahfiz ini ditubuhkan, Bahagian

keselamatan tu dia ambil endah sangat tak? Maksudnya penumpuan terhadap

ibadat, agama kan…kemudian, abaikan keselamatan kebakaran ke tidak?

Responden Saya rasa la…bukan tak endah..nak kata tak endah sangat tu…tak lah.

Mungkin dia macam….em…orang kata, “biar dulu la…” macam lengah-

lengah…haaa…biar dulu la..macam satu tong tu seratus lebih. Satu tong api

pemadam api tu…kan..pastu kalau nak buat aaa….tangga keselamatan,

macam kalau bangunan ni kena tebuk…ha…dia kena tebuk. Yang itu pun…

B6

Pengkaji Kena ikut pelan bomba kan?

Responden Ha…nak plan pun kena cari orang…banyak la…memang banyak yang dia

mintak la…

B3

Pengkaji Yela…kakitangan pun sikit…pape pun kena dia.. B3

Responden Ha…lepastu kalau macam kata em…nak dapat bantuan kan..bantuan…hanya

diberi selepas dapat JAIS

Pengkaji Oh….

Responden Ha….kalau tak…kalau tak dapat….

Pengkaji Oh…maknanya dia nak tengok pendaftaran tu dulu la?

Responden Ha…kelulusan JAIS. Kalau takde tu, takde orang layan. B6

Pengkaji Oh…macam tu…

Responden Ha…Itu yang kalau kita tengok banyak Pusat Tahfiz yang macam baru nak

buka ke apa ke..dia banyak aaa…minta derma apa semua tu. Sebab semua

benda tu perlukan duit zaman sekarang. Nak tukar pintu, nak buat tangga,

B1

Page 148: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

127

pemadam api kena beli…pastu segala urusan ni kalau…kalau nak suruh orang

kena upah. Kalau kita sendiri pun kena keluarkan duit juga..

Pengkaji Kira Pusat Tahfiz ini dananya hasil daripada yuran?

Responden Ha ah..yuran..

Pengkaji Lagi?

Responden Yuran…pastu ada la..ada..ape ni sumbangan individu la..tapi kita takde minta

macam tahfiz lain…kadang..kita pergi dekat kedai, ha…dah kenal dah..dah

kenal dah Tahfiz ni. Sebab apa? Sebab selalu Nampak tabung dia….kita

takde…cuma..kalau siapa yang nak bagi tu, kita terima la..tapi kita takde pergi

minta..aaaa minta tepi jalan macam tu takdela..

Pengkaji Okay..kalau macam aaa…masalah-masalah tadi tu, apa langkah-langkah

macam Pusat Tahfiz ni…sekarang isu ni semakin membesar kan…kes-kes

macam ni…orang pun macam baru nak ambil tahu, buka mata semua tu

kan…jadi, apa langkah-langkah Pusat Tahfiz ini sendiri sebenarnya nak

mengatasi masalah tu?

Responden Masalah apa? Kebakaran ke yang derma tu?

Pengkaji Ha…kewangan..masalah JAIS…

Responden Okay…kalau macam yang saya..saya sekolah dulu pun, aaa…saya belajar di

South Africa, lepastu macam guru-guru ni semua dia ada bisnes dia

sendiri..tapi…dia dah ada…kewangan dia tu dah kukuh dah..pastu baru dia

buka maahad. Jadi kalau dia buka maahad, dia tak…aaaa nak kata..sampai

kena pergi…hantar pelajar tu…minta derma tu

tak…dia…sebabnya…satu..dengan keluarga sendiri dah boleh kumpulkan

dana semua…orang kata..ada…apa-apa..dan juga aaa….yuran…yuran kena

ambil la sebab zaman sekarang ni semua benda guna duit kan..aaaa setengah

free, free pun kita tengok juga lah..

C1.3

C1

Pengkaji Oh…setengah ada yang free?

Responden Ha..ada yang free….

Pengkaji Kalau yang free tu macam mana dorang dapat kewangan?

Responden Yang saya nampaklah…yang saya nampak…yang free tu kan bukan

dia…negara Islam kan…jadi semua orang Islam, bagi zakat, dia pergi dekat

Madrasah. Macam kat sini, kita dah ada JAKIM yang terima kan…tapi kalau

macam kat sini, kalau nak buat free pun, kita sendiri tu kena ada kekuatan

lah…kita kena ada sendiri…kita tak boleh buat sendiri ha lepastu..suruh

pelajar minta. Kan…sebab pelajar datang, nak belajar. Yang khidmat tu lain la

kan…kata khidmat…kata la sapu sampah ke pe ke…sekitar madrasah..tulah..

Pengkaji Kalau macam langkah-langkah nak atasi masalah JAIS, macam lesen pun

kene renew juga eh? Itu semua memang makan masa juga ke?

Responden Itu…dia…aaaa…sebenarnya dia kena banyak follow up la.. C3

Pengkaji Kena chase, kejar-kejar eh?

Responden Sebab kita…kadang-kadang…kita dah hantar kan, kita hantar…dia kata okay

nanti kita akan hubungi…pastu nak habis dah..dia punya apeni…errr

tempoh..takde-takde call lagi..

Pengkaji Oh…tak dapat info?

Responden Ha…..jadi memang…masa mula-mula saya…memang orang pun cakap la

memang kena banyak follow up la..takpela dia kata nanti saya..takpe kita

telefon..yang pasti apa yang kita nak tu dah dapat dah..kadang-kadang dia pun

banyak kan…

C3

Pengkaji Banyak kerja…

Responden Ha..banyak kerja

Pengkaji Kakitangan sikit pula kan…

Responden Macam kita nak tunggu list err queue tu pun…macam kita pergi kan..kita

pergi, okay. “bila…bila nak datang?” Haa…dia banyak queue…dia…kalau

tak silap saya tadika pun bawah ni juga…mungkin tadika itu ada…ada

apa..ada tahfiz ke apa…saya taktahu lah…jadi dia termasuk juga..dia banyak

lah queue nya…

B5

Page 149: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

128

Pengkaji Queue nak kena tunggu ya?

Responden Ha…nak kena tungu dia datang dulu..pastu dia nak kena proses

Pengkaji Kalau macam tadi, langkah-langkah nak kena follow up kan, jadi kalau betul-

betul follow up dia memang…boleh dapat?

Responden Boleh dapat….nak kena pastikan kita punya borang tu lengkap lah…kalau tak

dia akan datang pulangkan..

Pengkaji Oh dia pulangkan balik…

Responden Yang dia nak tu apa…Kalau tak cukup…haaa dia tak nil ah..kalau macam

Pusat Tahfiz dia 20 orang pelajar, baru dia proceed. Kalau tak, dia biarkan

je…

Pengkaji Untuk bangunan seperti ini, ada kapasiti dia…

Responden Ha…ye..ye…

Pengkaji Kalau sini memang cukup syarat?

Responden Kat sini….ada..lebih kurang lah..80 katil..sini ade…sini tiga..sini tiga…tiga

tingkat

Pengkaji Yang hujung sana?

Responden Oh yang hujung sana tu tak…yang tu dah pindah…yang tu..budak lelaki

punya..

Pengkaji Oh sini perempuan punya?

Responden Ha..sini perempuan

Pengkaji Oh ha….Azzahrah perempuan kan?

Responden Perempuan dan lelaki…

Pengkaji Oh lelaki ada juga…Bomba pernah datang cek?

Responden Pernah..

Pengkaji So macam…apa er..ada masalah?

Responden Aaaa…kat sini..mcm kat sini banyak pintu..jadi kita..yang tu takde

masalah..cuma yang bahagian…ok dia dua blok kan…dia macam ni..blok

sini..dengan sini…ok sini ada pintu, untuk ape….untuk keluar

ni…aaa…tangga ni kan…ok…lepastu..yang sini tengah kan…yang tengah

ni…kecil je..dia punya pintu..haa yang tu laa yang dia complaint..sebab dia

kata kalau…ada…kecemasan, pelajar tak beratur…lepastu yang kat sini, ada

satu pintu kecemasan, ada satu tangga biasa…jadi setiap tingkap ada tu

lah..ada tiga pintu…

Pengkaji Okay…kemudian ada tak hantar pelajar ke….atau kakitangan kat sini ke

latihan kebakaran ke…

Responden Aaaaa…haritu dorang datang…yang NGO tu buat.. C2.1

Pengkaji Oh adalah… NGO tu ke…atau Pusat Tahfiz ini yang request?

Responden Ha….itu..masa saya pergi…kursus bomba haritu, bomba cakap dia pun boleh

terima la kalau ada request..

Pengkaji Kalau request bayar ke?

Responden Aaaa…tak. Bomba free…tapi setakat ni yang dengan bomba takde lagi

la..cuma yang…macam ada yang NGO kebakaran tu dia datang sini, dia

bagitahu kita…aaa…macam…dia bagilah…dia ajar kita macam mana…

C2.1

Pengkaji Dekat sini lah? Dia ajar cara nak guna…?

Responden Haah…setakat ni yang pergi..takde lagi lah…cuma kursus macam individu

je..saya sendiri pergi tu ade lah..

C2.1

Pengkaji Oh kursus individu ada? Kursus latihan?

Responden Kursus…em…untuk pengetua sahaja..yang saya pergi haritu melalui

PINTAR..PINTAR Selangor…haa….NGO juga..

Pengkaji Kalau kewangan di sini, biasa kalau bantuan macam mana? Apa langkah-

langkah untuk memohon bantuan? Kerana ketidakcukupan prasarana dan

sebagainya…

Responden Bantuan..macam..kalau sayalah, masa mula-mula tu abah saya lah yang

banyak bantu…aaaa dengan..abang saya..dia bantu..apa yang tak cukup..dia

cukupkan..

C4.2

Pengkaji Maksudnya dari usaha sendiri lah eh?

Page 150: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

129

Responden Ye….lepastu..tahun lepas, peruntukan Dasar Tahfiz Negara. Sebelum-sebelum

ni dari JAIS takdelah…belum pernah dapat..saya taktahu la kena mohon ke

ape ke…tapi yang pertama kali yang saya dapat yang tulah..Dasar Tahfiz

Negara. Yang tu tak minta pun.. untuk pendawaian…ha..untuk

pendawaian..masih dalam proses lagi lah..yang aaaa…apeni…dari Mara..dia

yang buatkan..dia yang cek wiring…

C2.1

C6.2

Pengkaji Ada masalah wiring ke sebelum tu?

Responden Aaaaa…takde..cuma..cuma dia ni lah..dia datang cek semua Pusat Tahfiz yang

berdaftar lah..yang tak berdaftar…biasanya yang tidak berdaftar nil ah susah

nak dapat bantuan..yela sebab orang pun taktahu..jadi macam mana orang nak

bantu..kalau macam…dengan PINTAR NI, emm…berdaftar dengan tak

berdaftar setakat ni yang kita tahu dalam Persatuan ni…kita tahu gitu jela..Jadi

yang dalam PINTAR ni tak perlu daftar apa kan…yang kita tahu Pusat Tahfiz

tu kat situ je lah..kalau yang berdaftar pun..benda tu wujud..Pusat Tahfiz tu

wujud daripada situ

Pengkaji Bila sudah dapat sumber kewangan daripada DTN, sumber kewangan itu

digunakan untuk apa?

Responden Untuk bangunan…untuk renovate semua tu..tapi..kalau macam yang hari tu,

sebab sekarang ni kan dah besar..masa yang saya dapat bajet tu masa…dia

ikut statistic 2016..tahun 2016, pelajar saya 30 orang lebih..masa dapat tu 80

orang lebih..jadi bangunan tu kita dah tambah…dulu sini kedai makan…

Pengkaji Jadi renovate tu…ikut pelan?

Responden Sepatutnya macam tulah…ini kita buat..lepastu kita minta kelulusan.. B2

Pengkaji Dah dapat kelulusan?

Responden Belum lagi..saya baru pegi buat…

Pengkaji Semasa hendak renovate, design semua siapa yang buat ya?

Responden Design…biasanya kita sendiri la..

Pengkaji Takde arkitek ke…or mana-mana consultant?

Responden Takde…kalau tak macam…itu lah macam yang saya cakap tadi..macam

mahal kan…tapi yang haritu pun bomba datang..dia kata okay..ini..ini…dia

cakaplah…jadi kita macam ada idea la lebih kurang…contoh…tangga

keselamatan, dia tak boeh yang straight tu. Dia kena..ada tangga..pastu dia ada

mcm hentian kan..kemudian dia nak…dulu kita buat..sini tiga tingkat kan,

setiap tingkat ada acess kepada tangga..jadi kita buatlah..

B1

Pengkaji Nak buat tu kena ada dana jugak kan

Responden Ha yela…

Pengkaji So cara nak dapatkan dana balik tu macam mana ya?

Responden Itu..emmm…biasanya kita…macam kat maahad nil ah…kita buat awal tahun

ke…awal tahun kan ada pendaftaran kan..jadi masa awal tahun tu ok

lah…boleh lah..kita kena susun lah..jangan buat terbengkalai pula..

C1

Pengkaji Ada tak alternatif lagi untuk melantik guru atau untuk menambah lagi dari

sudut pengurusan keselamatan ke..atau staf ke?

Responden Err..yang tambah guru tu…sebab sekarang setiap asrama ada guru yang

bujang la…yang dia tinggal sini..sebab dia tinggal jauh. Dia duduk sini..Jadi

kita…err…kita daripada situ la kita minta ustazah tengok-tengokkan kat atas..

B3

Pengkaji Kemudian…perlantikan ustazah tadi tersebut tengok latar belakang dari sudut

apa?

Responden Saya kalau kat sini…ada sijil khatam..ok la..saya ambil la..sijil khatam tu

daripada madrasah dia la…

Ok…rasanya itu sahajalah temubual saya. Terima kasih banyak-banyak

ustazah kerana sudi nak luangkan masa ye…

Responden Ye sama-sama….takde ape pon..

Page 151: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

130

Maklumat/Data (Pusat Tahfiz B)

Kod/Te

ma

Pengkaji Bagaimana ustaz boleh dirikan Pusat Tahfiz ni..

Responden Tergeraknya sebab sebelum ni saya mengajar…di Tahfiz…dalam 14

tahun..dalam masa tu saya terdorong untuk buat ni…satu, yang belajar

diinterview. Dia betul-betul nak diinterview. Bila interview, tak lepas. Tak

boleh baca, tak boleh tulis. Seminggu dua minggu kami panggil. Habis nak

belajar macam mana kalau iv tak lepas… Kedua, tujuan kita nak buka

sebab untuk mendidik…kalau nak ambil yang bagus saja, yang jahat tu

nak campak mana… Henry gurney..nabi bentuk akhlak…kita pandai

macam mana, tapi takde akhlak.. student ada 26 orang..anak yatim dan

fakir miskin semuanya..

A1

Pengkaji Kakitangan di sini bagaimana?

Responden Saya ada 4 lah..ustaz daripada luar…2 di luar, dua di sini…tinggal rumah

di perumahan orang asli..

Pengkaji Sekarang kita tengok kes-kes kebakaran pada Pusat Tahfiz semakin besar,

dan mostly Pusat Tahfiz ditubuhkan sendiri macam di sini. Disebabkan

semakin banyak, boleh tahu apa masalah-masalah untuk mematuhi

piawaian ini? Bomba pernah datang tak? Sebab apabila bomba dah datang,

baru dapat tahu banyak ketidakcukupan. Contoh tiada CCC, tiada

pendaftaran…

Responden Modal bak orang kata tu bergolok gadai juga la…ahahaha…orang rumah

dulu saya bekerja…dia ada KWSP…first deposit saya 27000…pinjam

sana, pinjam sini..pinjam abang..nak cukup 27000 tempoh satu

minggu..alhamdulillah tuhan mudahkan..saya pun dah ada deposit, kerja

pun dah berhenti…owner tak bagi kunci, sewa lah hotel..saya baru dalam

proses pendaftaran sebenarnya…yang member tu daftar 2013, baru dapat.

Saya dulu daftar 2013 la pergi…tanya…setelah dah lama tak nampak

kan…apehal ni lama sangat kan…dokumen-dokumen dah dihapuskan..ikut

cara bos baru. Kau ape bodoh sangat? Kau simpan la aku punya

profil…kalau kita tak refer, silap saya takde copy…yang kedua, saya dah

buat-buat, satu JAIS, satu saya. Maknanya dah endorsed. Kalau saya refer

balik, kalau dia kata takde, ada bukti dah buat. Member saya pun dah

seminggu. Kata minggu ni buat, minggu depan sampai. Apa korang buat?

Mungkin dalam situasi tu dia takde yang betul kerja dalam agama. Tapi

akademik ni takde macam tu…

B5

B3

B5

Pengkaji Ustaz ada follow up?

Responden Tanya juga kadang kan…tapi tak terfikir pula pendaftaran ni macam tu

gaya…tak terfikir la kan. Ok Alhamdulillah dah buat pendaftaran,

mungkin dia akan hantar surat. Takdelah fikir benda jadi macam ni. Tanya

member, dia kata ustaz kena follow up..oh..yang tu kita tak tahu la…yang

follow up pun kata takde..semingu sekali, seminggu sekali pergi..apetah

kita yang dah 2, 3 tahun…memang kena la..bukan kata kita tak percaya

diaorang..tapi kenapa nak kena buat macam ni…bukan kita ada masa nak

turun naik turun naik..kan….macam kita nak follow up, follow up, macam

korang tak buat kerja la pula…ha ni menyibuk tiap-tiap minggu nak

tanya…orang mesti cakap macam tu…aku buat kerja, aku tahu la…orang

mungkin cakap macm tu…saya mungkin macam tu juga…takpela

mungkin dorang buat keje dia..nanti dah siap settle urusan dia akan telefon

kita…saya fikir macam tu…mungkin macam tu..rupanya tak macam

tu…kita kena follow up, follow up…saya pula kalau mikir follow up orang

jemu juga…eh aku tahu la aku buat kerja. Ha…orang akan cakap macam

itu..member saya pun sama…banyak…banyak madarasah yang macam

tu…nasib baik ada copy..kalau takde copy agak-agak? kita buat kerja

bukan senang….photostat ic orang…AJK apa semua…saya pula computer

rosak…dokumen dalam pendrive semua…pindah kan..bila pindah…pula

letak mana..ustaz ni takde sponsor? Bulan-bulan macam mana nak

B2

C3

B5

B3

B5

C3

Page 152: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

131

bayar..Overhead 12 ribu ni..saya kata..saya cuba untuk belajar..Datuk tu

datuk ini…ustaz tak boleh buat tu..buat ni nanti budak-budak tu nak

makan apa…saya yakin Allah taala yang bagi segalanya..kita ikhtiar apa

yang mampu..5 tahun pun datu tu cerita…ada hantar duit? Saya pun di sini

sudah 5 tahun dah pun… Ustaz takde sponsor itu la ini laaa…macam mana

nak hidup? Hantar duit!

B8

B9

Pengkaji Siapa ya Datuk tesebut? Dapat keprihatinan yang cukup tak daripada

mereka?

Responden Adala something…orang bernama..orang kenamaan lah….kalau dorang

prihatin, dia ada bagi sponsor saya la…kalau prihatin, hulur lah….sekadar

cakap ustaz tak boleh itu ini…saya usaha…untuk berdaftar..tak daftar pun

macam ni juga..kalau daftar pun menyusahkan saya…nak buat apa

daftar…sama juga..kan..bagi saya, pendapat saya lah…kalau nak dapat

sumbangan tu…daftar ke tak daftar…salah ke nak bagi? Kalau kata you

duduk USM memang kena daftar…kalaupun takde daftar, kita kena ada

Ihsan..Ihsan, budi bicara….dah tentu kita tahu dia susah…nak perlu daftar

ke? Budi bicara kita…silakan…saya nak bagi sumbangan, nak kena tulis

surat kat JAIS ke? RM50 ni saya nak sumbang kat awak saya kena tulis

surat kat JAIS ke…patut ke? Macam tu la jadinya…

B9

B2

Pengkaji Apabila bomba sudah datang, ada apa-apa pesanan dari mereka?

Responden Tangga…tangga keselamatan la…dia mesti kena ada dua tangga. Sebab tu

Pusat Tahfiz ke..taska ke..kitaorang akan corner lot….kalau tengah-tengah

dah menggangu kiri kanan kan..sewa tu agak mahal jugak lah…macam ni

2600..tapi alhamdulillah lah owner rumah bagi dalam 2400..dia pun

Melayu kita..mungkin faham dengan keadaan kita kan…tunggakan pun

ada..dalam 7 bulan..2400 kali 7 lah..kita kena ada dalam 16000 setengah

nak settlekan hutang..pasal pendaftaran pun lambat… dalam proses la

sebenarnya…saya dah buat pendaftaran 2013 lagi dah buat...sebelum ni

takde masalah pun. Bertahun-tahun kan..tapi sejak kebelakangan

ni..berlakunya kebakaran di Keramat tu kan..baru la pihak berkenaan tu

buka mata..sebelum ni mana ada ambil port. Ada..individu yang sumbang

tu ada sebenarmya…tapi dorang nak mintak surat kelepasan kad untuk

come tax daripada dorang bayar ribu-ribu bayar sana baik dorang infak

pada madrasah. Ada setengah madrasah yang tak berdaftar tu takde surat

pelepasan cukai tu…setakat resit kita ade..sejak berlaku tu, macam-macam

lah..kan..bila dah berlaku tu…dengan bombanya… Dia kata tu jelah…

akan datang balik lah…maknanya tu kita faham lah…tak clear lagi

lah…saya nak kena settlekan cover tu…

B8

B2

B3

Pengkaji Maksudnya, nak patuh piawaian tu, ada masalah la.. Kekangan?

Responden Kekangannya contoh macam saya, dorang nak mintak bulan-bulan duit

keluar masuk…macam saya mana ada…kita takde sharp..katalah bulan-

bulan overhead saya dua belas ribu…kalau dia minta data untuk duit

keluar masuk tu..nak bagi macam mana…mungkin dia akan kata kita

menipu..mungkin dia kata kita makan duit..dia taktahu…mungkin..ha tu

jadi kemungkinan mungkin,mungkin,mungkin dia yang banyak

tu…padehal dia taktahu kita punya masalah...cakap sembang gebang boleh

lah..dia tahu kita punya masalah? Dia minta itu..minta ini…contoh kata la,

dia nak minta saya bulan-bulan ok…tiga bulan sekali nak minta duit

overhed..duit keluar masuk gini…gini..kita tak buat benda-benda macam

tu…

B3

B3

Pengkaji Yang minta tu siapa ya?

Responden Pihak-pihak yang berkenaan lah kan..kalau ada pendaftaran

ni..mungkin…pendaftaran mungkin pihak JAIS ke mungkin…pihak

kerajaan pusat ke…dorang ada pemantauan..keluar masuk apa semua

kan..kitaorang dapat macam-macam mesej..setiap bantuan yang dia bagi

tu, dia akan tengok..contoh dia bagi 10000, 10000 tu pegi mana..buat apa

dengan 10000 tu..tu yang dia nak tengok keluar masuk…kalau kita nak

Page 153: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

132

makan duit buat apa…kita bukan orang macam mana diorang fikir…

Pengkaji Di sini pengurusan kewangan itu sendiri macam mana ya? Siapa yang

akan sediakan?

Responden Pengurusan kewangan kalau duit masuk, kita settle sendiri la kan…kadang

bil apa semua..kita buat sendiri..yelah kita nak gajikan orang pun..paling

kurang kalau seribu setengah ustaz..Shah Alam miskin Bandar pun tiga

ribu…miskin bandar…kalau seribu setengah…kalau yang anak yatim dan

fakir miskin tiada bayaran..saya kadang-kadang..macam-macam bisnes

yang kita buat ni, salah satu untuk kita tampung lah..kalau ada individu

yang bagi duit…alhamdulillah lah kan kita dapat cover dari kawan-

kawan..yang ada kawan-kawan lain…akan bagi info la…contoh ada

masalah pembayaran sewa rumah…dorang info kadang..kita dapat

collection..kita settle la satu-satu

B3

C1.3

Pengkaji: Kalau dapat collection tu, ada menambahbaikan prasarana keselamatan?

Responden Keselamatan ada…yang pemadam api tu…ada ahamdulillah…start

daripada kes itu, diorang memang bagi..bomba dah tengok tangga..tak

lulus..tangga tu dia nak ikut piawaian dia…kena kepung..dia ada piagam-

piagam untuk keselamatan la..bagus la sebenarnya benda tu..tapi kalau nak

dapat kelulusan tu…kita kena nak ikut…takde duit nak buat apa..paling

kurang 6000 kena ada..kita pun sewa sangkut…nak cari 5,6 ribu?..kena

cari penyumbang la. Member saya pun ada 1,2…semalam ada jumpa..ada

yang nak datang tengok laa untuk buat cover ke kan…ha alhamdulillah

la…

B1

C1.3

Pengkaji Okay…jadi langkah-langkah yang diambil sekarang apa sahaja ya?

Responden Saya tak terfikir la nak memohon bantuan ni…bukan nak takbur…saya di

sini pun dah lima tahun dah…Alhamdulillah ada sumbangan daripada

individu...orang yang datang ikhlas. Ustaz, ni ada sumbangan sikit…

C1.3

Pengkaji Maksudnya, ustaz memang tidak sendiri memohon bantuan lah?

Responden Takde..nak kata kita berlagak, takde…ni bukan kerja main-main..kita nak

bagi anak orang makan…kita nak bentuk dia.

Pengkaji Untuk tangga keselamatan tersebut, dapat sponsor daripada member?

Ha…kita ada kawan-kawan kan…bomba dah tegur kesilapan tangga tu,

jadi saya suruh member buatkan semula. Ikut safety lah kan….memang

kita utamakan keselamatan sebenarnya..owner pun dah buat grill, tapi grill

tu boleh buka dari dalam…kira ok lah..tak terperangkap…dia ada grill,

tapi ada juga pintu..bomba tengok pun kira ok lah kira pasal owner buat

pun dia dah tahu…

C7.2

Pengkaji Di sini ada ubahsuai penggunaan rumah?

Buat tu jelah…Ha..kat dapur je lah..buat tu ape namanya…dia

panggil..kabinet tu la..macam ni, kalau ikut itu hari ada almari di tengah-

tengah ni…tapi bomba taknak ni…dia suruh clearkan…kalaupun dia tak

lulus, nak kena pecah ke? Kalau awak kata saya nak lawan awak…terserah

pada awak lah kan..dah 3 kali sebenarnya bomba datang…3 ke 4 kali….

Pengkaji Okay…dari sudut keselamatan kebakaran, ustaz ada pergi mana-mana

latihan?

Ada ni…3 februari di Perak… C1.1

Pengkaji Kursus ini berdasarkan Dasar Tahfiz Negara?

Ye saya..PITAS…eh..PINTA…yang ini di Sabak Bernam…Niosh pun

ada..Datuk Lim Lam Thye yang buat buku keselamatan. Dan telah pergi

kursus di Bangi..

Pengkaji Kira bomba pun telah datang untuk buat demonstrasi kebakaran? C1.1

Responden Yang itu belum…mungkin dia nak tunggu kelulusan baru buat demo itu

kita taktahu lah kan..

Pengkaji Jadi, ustaz-ustaz yang mengajar di sini kelayakannya macam mana?

Page 154: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

133

Kelayakan ok…yang baik..

Pengkaji MBSA ada menghantar orang juga? Berfungsi untuk apa ya?

Responden MBSA function kalau pendaftaran, naik signboard semua daripada

MBSA..kalau yang tidak berdaftar, dia akan diarah untuk cabut

signboard..kalau banner pun ikut law, memang tak boleh…MBSA minta

saya yang untuk buat signboard..cari gambar…kita keperluan nak buat pun

takde…

B1

Pengkaji Bilangan kapasiti ikut yang ditetapkan?

Responden Kalau ikut betul…4 kaki, untuk satu orang. Kalau macam tu berapa besar

kita nak pakai..kalau 6 orang? Agak-agak berapa orang boleh duduk? Tak

boleh ramai-ramai….kalau orang anak ramai pun tak boleh lulus..kalau

anak saya 10? Bomba pun tak lulus….kalau nak ikut semua banyak

benor….

Pengkaji Kemudian, daripada sudut pengurusan keselamatan, ustaz ada

pertingkatkan lagi?

Responden In shaa allah…pintu pun dah ada banyak…bahagian dapur memang tidak

diusik…makanan hari-hari dapat tajaan daripada orang luar..alhamdulillah

la..komuniti semua bagus…prihatin..

Pengkaji Sememangnya pusat tahfiz yang didirikan memang ada masalah ya dalam

mematuhi piawaian?

Responden Kewangan la…sewa kadang-kadamg…pasal kita memang takde sponsor

sharp..kalau yang berdaftar ni, bila bantuan daripada kerajaan, JAIS

dorang akan hantar la…ha…tu kelebihan yang berdaftar…dalam proses

tak dapat juga..mereka baru bagi minggu lepas agihan untuk sekolah

tahfiz..ada yang dapat 10000…yang dalam proses tak dapat..wang

pendahuluan pun tak dapat..bagi saya daftar ke tak daftar ke macam ni

jugak…dah 5 tahun..nak bagi, bagi. Taknak bagi sudah.. So far dah 5

tahun juga jalan…sini setahun. Yang lama dah 4 tahun.

B1

Pengkaji Pindah sebab apa ya?

Owner nak jual rumah…kita kena pindah la..cari lain. Masa mula-mula

pindah saya ada buat tahlil..keselamatan memang la..sebab kita dah tahu

kan. Bekalan air dan getah paip memang saya standbykan di sini…

Pengkaji Okay…nampaknya sampai situ sahajalah interview saya. Terima kasih

ustaz sebab sudi meluangkan masa

Responden Ya..sama….inshaallah

Page 155: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

134

Malumat/Data (Pusat Tahfiz C)

Kod/

Tema

Pengkaji Ok usatzah, boleh tak terangkan latar belakang pusat tahfiz ini dan ustazah

sekali

Responden Ok…sebenaranya pusat tahfiz ni seperti adik syahira tahu… perempuan…

yang pelajar-pelajar nya berumur 12 tahun hingga 18 tahun. Tapi bilangan

pelajar buat masa ni lebih daripada 80 orang dan terdapat yang duduk di

luar jugak.. DAN ada jugakdi asrama. Guru dan kakitangan pengurusan

pulak dalam 10 rang je… Pengajian di sini tahfiz, fardhu ain dan juga

akademik. Then…sini juga aktif buat silat dan memanah. Asal usulnya

saya lah yang dirikan…dan suami saya belakang takbir je

A1

Responden Sebenarnya kalau ikutkan masalah dia begini, kebiasaannya…bila kita

membina sekolah, kita akan mendaftar, betul…..bila kita buat

permohonan, dan kita baru dapat dan duduk. Tapi di madrasah lain, syarat

dia JAIS. Dia kena kecukupan 20 pelajar. Beroperasi

dulu…aaaa..beroperasi dulu, maknanya secara haram. Beroperasi dahulu,

baru apply. Buat permohonan kepada JAIS. Di situlah timbul beberapa

masalah sebenarnya. Sebab di situ baru kita, Oh…baru nak pergi buat

bomba, baru nak cari kesihatan…kan…dalam masa tu baru nak buat. Yang

saya tahu sebab mungkin di situ kelonggaran undang-undang. Tidak ada

sistem…atau pun tidak ada peraturan terlebih dahulu…nak buat kena ada

ini, ini….kebanyakan pusat tahfiz tidak tahu…sama seperti di sini pada

permulaan dulu…bila tidak berdaftar, jahil…kita tidak tahu…tu banyak

yang takde.. sebab kita dah 3 kali bomba datang…ada je benda yang tak

cukup…bila berdaftar tu in shaa allah tahu peraturan gini…kena ada fire

extinguisher, kena ada pintu keluar, signage, kena ada lampu

emergency..kan…kena ada pintu kedua ataupun pintu kecemasan…dan

kena ada lah sekali kalau rumah dua tingkat kena ada pintu kedua di

atas…kalau ada tingkap, boleh buka…dipanggil, window escape…ataupun

door escape di atas…dan pintu keluar masuk kena ada dua jalan…di depan

dan di belakang..semua syarat-syarat tu..kita tahu semasa kita berurusan

dengan bomba..kalau kita tak berurusan kita taktahu apa syarat dia....dan

last sekali kita kena ada detector…detector yang paling baik bukan asap

sahaja, tapi api…benda tu kita tahu bila kita daftar dengan bomba…bomba

datang cek…oh..”ustazah takde ni, ustazah takde tu….so kita, kita

perbaiki….

B6

B2

B6

Pengkaji Dari segi pendaftaran, ada masalah tak? Mungkin tidak berdaftar pada

permulaan dahulu kerana proses itu sendiri…atau macam mana?

Responden Dia proses memang mengambil masa yang lama…

Pengkaji Tu yang beropasi dulu tu?

Responden Yes….kelemahan…bukan kelemahan la…mungkin satu pegawai, satu

daerah…satu daerah pegang banyak…banyak maahad…macam bomba

sekarang bergiat aktif..sejak kebakaran besar berlaku di Darul Ittifaqiyah

tu..dia cek secara rambang je, tanpa inform. Ada pengetua ke, takde

ke…terus masuk tengok…mana yang takde, bagitau…so kita

tahu…sekarang baru berlaku…mereka jalan bomba…masa berlaku yang

kebakaran besar tu, bulan berikutnya kat sini, berikutnya kat sini… ubat

nyamuk, litar pintas…Alhamdulillah banyak rahmat sebenarnya berlaku di

sebalik kejadian itu..ada pihak kerajaan ambil tahu…baru datang Giat

Mara..selalu berlaku pada bangunan yang lama…aaa…yang berlaku

kebakaran ada wiring yang tak betul…bila kita diberi makluman, bagus

juga JAIS…bila berlaku kebakaran, mereka panggil..taklimat

keselamatan..setiap daerah dah complete dah setiap taklimat keselamatan

dan kita tahu apa berlaku…kita tahu apa persediaan kita masa bukak

beroperasi ni….dia guna untuk kita, yang rumah dan

sekolah….contoh…ni..yang socket ni, tak boleh pakai extension even nak

Page 156: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

135

charge kan…itu yang membuatkan litar pintas..itu yang membuatkan

terbakar…jangan pandai-pandai ada extension…kami pun pandai-pandai

buat extension..so bila kita dapat maklumat ni, kita tak buat.. kadang-

kadang la….especially, aaa…apa tu..alat-alat elektrik yang

berat..apa..contohnya pemanas air…

B2

Pengkaji Maksudnya, ini dari sudut pengetahuan kan…

Responden Yes…benda-benda ni bukan sahaja pada Maahad, kita sebagai orang biasa

pun, orang awam, taktahu apa keselamatan yang sepatutnya kita guna pada

sekolah atau pada rumah pun…tak patut ada extension wire…kalau kita nak

tambah, tambah satu kat sini…jangan tambah extension…pemanas air tak

boleh buat..yang kering tiba-tiba tu…kami jahil…kes yang terbaru dekat

Seksyen 27 tu, sebab bukan pasal Madrasah, pasal budak-budak dalam tu

dia…main ubat nyamuk..ada yang budak super aktif, dia suka main ubat

nyamuk…mula-mula dah terbakar, lepas tu dah padam..rupanya dalam tilam

ni, ubat nyamuk tu life lagi…dia punya marak dia tu…ada kat

dalam…dorang dah cuci semua…dalam dia-dam terbakar..terus terbakar

Pengkaji Terbakar besar ke?

Responden Ubat nyamuk…dia main-main dekat dalam bilik, lepastu…dia..benda ni dia

terbakar..pihak sekolah dah cuci dah semua..tapi tak perasan ada bantal yang

ada saki baik…dia kecil je…masa azan asar tu la dia marak…itu

je…kesalahan individu…madrasah dah betul dah…ada tangga…semua

cukup…

Pengkaji Pemantauan macam mana ya?

Responden Pemantauan bomba lah..

Pengkaji Maksud saya, pemantauan kanak-kanak tadi…

Responden Tenaga pengajar…guru katakan dapatan 10 paling kurang…1 guru dalam 11

atau 12 pelajar yang handle…jadi guru pun tak boleh pantau semua..katakan

budak tu lari kat atas ke..kita tak perasan..setakat kita pantau yang depan

mata kita….kawan-kawanlah kena ada rakan sebimbing…

Pengkaji Kalau macam Pusat Tahfiz di sini semua berdaftar kan…untuk renew..ada

masalah?

Reponden Alhamdulillah berdaftar…renew…takde…cuma kita…nampak…

Pengkaji Setakat ni ada sangkut dengan apa-apa pendaftaran ke…

Responden Setakat ni tiada… Semua lulus….injection berkala untuk pelajar…kita

buat..untuk tingkatan 1..tingkatan 3…tingkatan 5…

Pengkaji Selain daripada tu, dari sudut kewangan di sini pula macam mana? Sebab

ada juga Pusat Tahfiz yang tidak mampu nak sediakan prasarana..dan di sini

pun bomba dah komen banyak..

Responden Tu la…macam madrasah ni, madrasah perempuan…saya pengetua

perempuan…saya tak keluar bagi tazkirah..saya takde ceramah…masa saya

di sini lah..sepenuhnya….kalau lelaki mungkin…dia boleh keluar..bagi

ceramah…minta tabung…saya takde..saya hanya berserah pada Allah

Taala…permudahkan rezeki…itu je..

Pengkaji Jadi sumber kewangan daripada mana? Yuran lah?

Responden Yuran pelajar….yuran pelajar dan juga individu..alhamdulillah bantuan

kerajan baru nak datang..hujung tahun haritu..nak kata operasi bulanan

memang sakit..bayangkan pusat tahifz ni…operasi sahaja 22 ribu

sebulan..sedangkan dana yang kita dapat, daripada yuran baru 20..yang lebih

tu, kita usaha…kena ada satu backup yang strong la…memang nak cakap,

selalu rasa macam cukup…selalu akan timbul benda tu kecukupan..kita ada

allocation untukanak yatim, fakir miskin…kita memang raikan dia…

Pengkaji Apa lagi kekangan lain yang mungkin orang taktahu sepanjang Pusat Tahfiz

ini beroperasi? Daripada kepakaran sudut pengurusan kelamatan kebakaran

macam mana?

Reponden Sebenarnya daripada awal la…memang ada niat nak buka madrasah, niat

kerana Allah Taala dan kebanyakannya Madrasah, dia buka kerana niat

Page 157: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

136

hanya kerana Allah kan…jadi kita…macam saya sendiri memang segan nak

minta sumbangan…saya memang tak pernah buat..tapi Alhamdulillah…saya

yakin..bila kita bantu Agama Allah, Allah bantu kita daripada apa…rezeki

yang kita sendiri tidak jangka…sepanjang 7 tahun beroperasi..jadi

bila…saya fikir-fikir dari sudut keselamatan, itu sebenarnya bergantung

pada management masing-masing..memang sangat susah pada awalnya

kerana saya memerlukan modal untuk membayar tenaga pekerja di bahagian

pengurusan…pengalaman saya, saya memang bekerja dengan satu syarikat

yang agak besar iaitu engineer. So saya pula bahagian management memang

tahu macam mana nak handle satu office. Apa-apa dulu memang saya yang

urus. Memang jenuh…banyak juga benda yang tak cukup..jadi kita cuba je

cukupkan daripada segi keselamatan dulu..iaitu kumpul wang..itu yang

paling utama…macam dapur ni…cik tengok ..saya tak bagi budak masak kat

dapur. Dapur kalau nak masak, kat luar. Lepastu saya ada satu lagi saya

tengah siapkan..pun saya nak buat macam mana saya buat kat sini…biar dia

elakkan benda berlaku sesuatu yang tak elok kan…sebab

bila…alhamdulillah la pengalaman saya bahagian management, saya tengok

benda ni jadi kita cukupkan dulu keperluan pelajar….jadi saya

cukupkan..bukan ala-ala kadar….saya nak budak mujahadah…tapi dalam

masa yang sama kita nak dia selesa di sini…keselamatan…benda tu sangat-

sangat jaga…kita dah buat dua escape door kat sini…sebagai pengurusan

kena up to date lah…

B1

C4.2

C4.2

Pengkaji Ada apa-apa lagi masalah tak Puan dalam mematuhi piawaian?

Responden Sebenarnya….bila kita dah ada niat nak buka madrasah semasa ada

kesukaran, dari segi kewangan lah contoh….tangga tu mahal…dalam 5000.

Lama juga nak ada tu…sebab kami di kawasan perumahan… macam mana

pun kita kena usahakan. Kalau tak boleh nak follow pun dari segi bangunan.

Macam awal dulu, kita taktahu tak boleh beroperasi di tengah..di situ rasa

macam tak selamat…so pindah rumah tepi..tanah kecil…bukan corner

lot…end lot…jadi tanah dah besar. Kita usaha walaupun modal

kecil….mudah-mudahan Allah bagi…

B1

C1.3

Pengkaji Selain daripada tu, apa langkah-langkah Puan yang mungkin dah buat atau

belum dalam mengatasi untuk megurangkan masalah yang dihadapi oleh

Pusat Tahfiz ini tadi?

Reponden Sebenarnya…itu lah macam kitat takde tadi…bila dah buka Tahfiz, kita

kena patuh piawaian keselamatan….kalau kita takde duit, bajet

terhad…tangga di caj 7000, 5000…saya buat…tukar lagi tangga takut budak

jatuh kan..cara saya buat, kadang-kadang terpaksa juga tanya kawan…ada

bajet tak…boleh tak infak sikit…kita kena rajin juga tanya benda tu..kawan-

kawan rapat..melalui whatsapp sahaja..kita tak perlu mengharap 100%..kita

kena ada usaha untuk cari dana….macam saya, masa saya nak lengkapkan

prasarana keselamatan tangga tu…saya meniaga..jual karpet pada parents,

sahabat-sahabat…dan duit tersebut disumbangkan pada Madrasah..saya buat

jualan langsung..

C1.3

Pengkaji Okay..lagi dari sudut keselamatan kebakaran, Pusat Tahfiz atauan atau ada

menghadiri latihan atau ceramah?

Responden Oh alhamduillah…disebabkan pengetahuan kami pun terbatas mengenai

kebakaran ni kan…semua tahu tu tak lah..bomba memang rajin datang

sini…saya ingat 3 ke 4 kali bomba datang..lepastu buat lagi latihan

kebakaran..latihan macam mana nak guna fire extinguisher..lepastu malam

mereka datang dalam 11 ke..12..mereka nak buat demonstrasi

kebakaran..kami kena sediakanlah…minyak petrol, minyak diesel..apa

lagi..err kayu…nak tengok macam mana cara kepakaran tu guna fire

extinguisher..semua diterangkan dan ajar..bagi kesempatan pada pelajar

untuk cuba…tapi kami renew

C2.1

Pengkaji Dari sudut keprihatinan orang besar ada tak? Seperti menjenguk dan

sebagainya…

Page 158: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

137

Reponden Takde…YB takde menjenguk..cuma saya ingat YB SUK ada sorang..YB

Zaidi…dia prihatin..dia datang alhamdulillah. Yang lain tahu, tahu macam

tu jelah..bukan kita nak banggakan tidak..tapi sebagai orang

awam..sebenarnya sangat bersyukur kalau ada YB datang..sebab dia dilantik

oleh rakyat..dia sepatutnya tahu…sorang lagi..YB Dr Darulyah…dia bagi

makan..program-program dia dia minta anak-anak ni hadir seperti program

kesihatan di Hotel…lagi siapa ya…macam Nik Nazmi bahagian Pengajian

Tinggi, dia pun bagi motivasi…dia sediakan pengangkutan..JAIS pun bagi

program di Klang…

C9

Pengkaji Banyak juga bantuan dapat lah?

Responden Bantuan daripada duit, JAIS tak bagi…baru ni je lah yang JAKIM

bagi..aaa…yang lain SUK bagi..tapi tak banyak. Saya dapat 5000 sahaja

dalam setahun.

C1

Pengkaji Okay…apa lagi langkah-langkah lain yang diambil untuk menaiktaraf

bahagian keselamatan Pusat Tahfiz ni?

Responden Bila kita bina di Shah Alam ni, kita bina di kawasan

perumahan…sebenarnya bagus..penurun keberkatan…alhamdulillah di sini

mereka raikan lah..mereka acknowledge our present lah kat sini…dari segi

apa-apa program keselamatan kita maklumkan kepada

penduduk…pengerusi penduduk…dia sangat menghargai kita di sini…tapi

ada juga yang sebaliknya..dihalau…

Pengkaji Rumah ini sendiri atau owner?

Responden Di sini sewa…tapi owner sangat bagus…katalah sewa 3500, dia bagi 2500

sahaja…Alhamdulillah…

Pengkaji Biasanya bahagian keselamatan di sini, siapa yang in charge? Puan sorang

sahaja ke?

Responden Saya dan kerani…pegawai admin saya ada lah..lepastu ustazah..dia akan

bagitahu..

Pengkaji Kira mereka semua berkelayakan lah ya? Kerana ketinggian kelulusan juga

mempengaruhi pengetahuan keselamatan…

Responden Okay…rata-rata, guru-guru yang mengajar al-quran ni adalah guru-guru

yang layak untuk hafal alquran lah…dan diberi tauliah…diberi oleh JAIS

sampai 2019 termasuk saya..daripada semasa ke semasa, memang akan

diberi motivasi…dan saya juga ada kaunselor di sini…saya ambil dia untuk

5 hari sahaja…setiap minggu dua hari…satu sesi kaunseling, 200 kena

bayar…

Pengkaji Dia kaunsel dari sudut apa ya?

Responden Mengawal emosi, menangani stress…apa itu keselamatan di Pusat

Tahfiz…cara-cara untuk keselamatan diri dari sudut pencerobohan,

penjagaan wanita…di sini banyak program dibuat untuk pelajar…

C2.3

Pengkaji Puan ada mengaplikasikan apa-apa sistem sendiri keselamatan kebakaran di

sini? Praktis ke…

Responden Oh dah ada dah…kita buat haritu…last bulan 12….banyaklah yang kita dah

buat..kita ajar pelajar, kita bagi satu team…kita submit team bomba pada

balai bomba terdekat..

C2.1

Pengkaji Team bomba yang macam mana ye tu?

Responden Tiap-tiap bulan, team ni akan ke bomba untuk latihan dan belajar…so bila

ada kebakaran, budak-budak ni yang akan menggerakkan…suruh budak

lain turun..

C2.2

Pengkaji Yang ini bomba yang syorkan atau Puan sendiri buat ye?

Yes…bomba syorkan…kita hantar…kita tinggal tulis surat je…dan bawa

team ni pergi buat latihan bomba..masa kejadian, mereka akan pastikan tiada

budak tertinggal dan dalam 2 minit sahaja boleh keluar…jangan bawa satu

barang pun…alhamdulillah setiap yang berlaku ada hikmahnya..kalau cik

Syahira tengok kita ada buat kunci lock….yang emergency lock tu…supaya

kunci budak tak letak merata-rata…so kunci tu letak situ sahaja..if anything

Page 159: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

138

happen ambil di situ je..

Pengkaji Kalau grill pula macam mana? Mengalami konflik tak?

Responden Grill boleh buka…kita buat escape window semua di atas…setiap pintu ni

semua boleh buka. Semua pintu ni boleh dibuka tak dikunci….kita akan

pastikan ada satu pintu yang boleh dibuka…at least kita dah buat apa bomba

punya requirement…macam bomba datang haritu, dia cek dia tengok tangga

sebelah sana. Escape window tu you have to go through pelajar punya

bilik…dia kata tak sesuai…dia suruh ubah tangga…tapi kami punya bajet

sekerat. Saya taknak esok bila bomba cek lagi, tapi tak ubah…saya terpaksa

jana pendapatan la…yang lakunya sebab kami main whatsapp kan….tapi

kami tak minta..buat something yang we get the profit…macam tabung kat

kedai tu saya tak buat….bagi saya tak perlulah…bagi saya, saya taknak

berlebihan..memang kos operasi tinggi…bila JAKIM datang bagi dana,

Alhamdulillah..

C7.2

B1

C1.3

Pengkaji Sebab ni persendirian kan?

Responden Tapi kita masih under JAIS lah even swasta…apa-apa kita kena dengan

JAIS…setiap bulan kena update JAIS berapa pelajar, kehadiran guru,

pelajar…kita juga dipantau oleh Jabatan Agama Islam…

Pengkaji Masa pendaftaran Pusat Tahfiz, ada masalah tak?

Responden Kita tak cukup syarat…daftar dapat full kelulusan tahun 2014..nak bagi

lulus tu dalam setahun..masa mula beroperasi tu tak cukup syarat..nak cukup

syarat tu slow-slow la…tak semua tempat juga dibenarkan untuk buka

Tahfiz..masalah lokasi sehingga sekarang sebab status masih tak

sahih..cuma dibuka di corner lot.

Pengkaji Rumah ni ada di renovate ke? Maksudnya, setelah diduduki kemudia

renovate?

Responden Saya tak renovate pun..rumah ni memng dah macam ni…cuma saya tambah

awning untuk pelajar selesa…tu pun banyak..15 thousand…SUK bagi masa

tu 5 thousand…

Pengkaji Ada apa-apa masalah lain tak sepanjang Pusat Tahfiz ini beroperasi untuk

patuhi piawaian? And ada langkah-langkah lain lagi?

Responden Itulah…itu saje yang boleh saya katakana…apa-apa terjadi pun berbalik

pada niat kita untuk buka pusat tahfiz ini..in shaa allah semunya

dipermudahkan…

Pengkaji Yelah…terima kasih Puan luangkan masa…

Page 160: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

139

Malumat/Data (Pusat Tahfiz F)

Kod/

Tema

Pengkaji Boleh ustaz perkenalkan diri dan tahfiz ni?

Responden Latar belakang lah kan..ok in shaallah. Pertama sekali..nama saya

Adni..selaku mudir Maahad Tahfiz Al Aqsa. Maahad ini mula beroperasi

2008 secara tidak rasmi. Dan 2012 secara rasmi iaitu berdaftar dengan JAIS.

2012-2017 dan 2017 kiranya maahad dah dikira yang berdaftar dengan JAIS

dan MAIS. Maahad ini boleh dikategorikan sebagai Maahad Tahfiz Al Aqsa

Rendah. Dan maahad Tahfiz ni asalnya bangunan inilah….semua lelaki dan

perempuan. Bila membesar, kita menyewa Taman Alam Permai di sini

jugak….depan ni je untuk maahad lelaki. Dan tahun ini dengan izin Allah

kita dapat sumbangan daripada masyarakat lah di Bukit Naga. Ni namanya

Jalan Kebun. Sebelah Kesas sana Bukit Naga. Yang kite sewa di sini

berpindah ke Bukit Naga…di sini tu hanya sementara jelah….sebelum ni tak

pindah lagi….nak cari tempat lebih sesuai…jadi tahun lepas ada orang

sumbang rumah dia. Macam ni juga…tapi bangle la..dia sebiji rumah..untuk

ditempatkan pelajar lelaki..Jadi untuk 2018 ni, dia ada lelaki dan

perempuan…Dan kalau di google, sini la dia tunjuk. Dan office semua di

Taman Malindo iaitu di sini…Jadi office kita tu belum seperate lg. Jadi saya

lebih berada di sanalah..sebab Januari lagi..banyak nak kena setup dan

sebagainya..Walaubagaimanapun alamat surat menyurat di sini. Dan kami di

sini ada pengelola la… yang memantau. Saya di peringkat mudir, operasi

sekolah. Dan di atas ataupun yang memiliki Mahad ini ialah Pertubuhan

Wakaf Al Aqsa..dia ada lembaga amanah dia..mana-mana maahad tahfiz

yang berdaftar dengan JAIS haruslah dimiliki dengan mana-mana. Yang ini

juga swasta, tapi syarat kena ada NGO ka..pertubuhan ka..ataupun persatuan

penduduk ka..itu dikatakan syarat pendaftaran…maksudnya maahad tak

boleh running atau berdaftar melainkan dia bagitahu siapa yang memiliki

Maahad ni..dia ada dia punya Board…jadi mudir yang melaporkan pada

PWAA.

Pengkaji Jadi, tesis saya mengenai keselamatan kebakaran, objektif saya adalah

masalah dan langkah. Cuma nak tahu apa masalah-masalah atau kekangan

Pusat Tahfiz ni dalam mematuhi piawaian? Maksudnya dari segi

menyediakan peralatan dan sistem kebakaran…apa yang susah untuk patuhi

piawaian ni sebenarnya?

Responden Pertama sekali, Maahad Tahfiz ini, kita menubuhkan maahad ini bermula

dengan individu-individu…yang mana ada anak-anak, yang mana mereka

tidak yakin dengan sistem pendidikan yang ada pada harini… yang boleh

memberikan pendidikan agama dan islam dan alquran kpd anak mereka.

Ditubuhkan maahad tahfiz ini berdasarkan inisiatif beberapa orang

individu…dia bukan ditubuhkan daripada kerajaan, tapi daripada indvidu-

individu yang ada kesedaran…untuk nak…contoh istilah home schooling

kan…nak didik anak-anak..nak jaga anak-anak…dengan sistem sendiri..jadi

individu dengan kemampuan yanga ada kan…dua tiga orang mak

bapak..jadi pakat2, jadikanlah rumah saya sebagai kelas tahfiz…rumah,

bukan sekolah….di rumah memang bentuk rumah lah..memang tak ikutlah

piawaian kementerian..sekolah kementerian..rumah tentu berbeza

dengan..penubuhan yang tak official..mana maahad dan kebanyakan..untuk

pengetahuan cik, di Selangor ada 400 maahad tahfiz..Selangor sahaja..yang

berdaftar hanya 200..ni sumber daripada sumber PU Hafiz…pengerusi

PITAS..yang membantu JAIS dalam memantapkan tahfiz di Selangor..jadi,

mula dengan individu-individu..individu ni mana ada bajet…bermula

dengan ada yang seadanya…kemudian, masyarakat nampak kita buka

maahad, dan mula menghantar anak-anak mereka..orang yang nak belajar

alquran, kita kena tolak ke? orang nak kenal allah, kita nak kata tak boleh

ke? Kemudian kita…pakatlah…pakat2 dan daftar dengan JAIS…buat secara

C1

Page 161: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

140

rasmi..

Pengkaji Bagi yang tidak berdaftar tu pula, apa punca mereka demikian ya?

Responden Ni saya punya pengalaman la…contoh la kan…pendaftran pun ada

pelbagai..pendaftaran sementara…pendaftran tetap…ada dua

pendaftaran..dengan JAIS…jadi maknanya, untuk mendapat pendaftran

tetap, mereka punya syarat kena dapat kelulusan daripada bomba, persatuan

penduduk dan kesihatan..jadi kena dapat ketiga tiga persetujuan daripada

pihak berkuasa nin baru JAIS bagi kelulusan pendaftaran

sementara…sementara baru…jadi, ini mungkin msalah juga..msalah

apa…tak dapat bomba punya kelulusan…ha…mungkin tak dapat kita kata

penduduk tak support..contoh kita buat kat sini, kalau penduduk kata kata

tak aman, terganggu lalu lintas atau sebagainya…ini tak dapat lah

recommendation..surat tu…

B6

Pengkaji Jadi bagaimana cara untuk dapatkan support tu?

Responden Jadi kita Al Aqsa, nak masuk rumah orang bagi salam dulu pada ketua

kampong ke..kepada pengerusi taman ke…kita kena jadi orang masyarakat

la…takkan lah kita duduk sini kita tak bergaul dengan orang sekeliling

kan…kita pun di sini, kat sini masyarakat welcome..contoh maahad kami

kalau ramdhan kita offer solat kat sini….solat terawih..nak buat mesyuarat,

bagi dewan..nak kenduri, kita bagi…maknanya hubugan baik sgt

penting..sebab nak menyokong maahad adalah masyarakat…masyarakat ini

power…mereka yang akan bantu…JAIS pun akan refer pada mereka..tp

saya tak nampak pun mereka kritikal pada persatuan penduduk ni…dan

sebab apa setengah tu tak daftar? sebab masyarakat pun dah terima

mereka..jadi buat apa mereka nak daftar lagi…mungkin juga attach dengan

masjid dan surau..jadi tak perlu pada pendaftaran..maksudnya, kan 200 tak

berdaftar…bahkan dia boleh running pun…bahkan ber batch-batch yang

keluar daripada Maahad dah…dan yang ketiga daripada kesihatan..macam

disini, daftar dengan JAIS, bomba datang…first dia datang, dia suruh kita

buat tangga kedua…tangga keselamatan kat belakang..sebelum ni

takde…tapi di sini, kita jadikan ianya utama..bahkan minima syarat yang

ditentukan JAIS kita buat…sebab kita buat institute agama, agama kan..kita

taknak jadi fitnah…jadi perkara-perkara ini, kami ikut apa yang JAIS

nak..bomba, kesihatan kemudian PBT…tiga benda ni mesti kena

dapat..mungkin ketiga ini menjadi susah bagi Maahad lain…dan satu lagi,

kebanyakan maahad tahfiz ni…dia dibuka…mudir kan..semua benda dia

fikir…macam kita ada pemegang amanah..yang akan buat kerja semua

tu…saya hanya pendidikan sahaja…pembahagian tugasan tu penting untuk

melancarkan…bagi saya tak nampak lah susah…saya nampak ini antara

faktornya…yang kedua, memang cabaran juga la…cabaran

contoh…pendafataran sementara ke tetap…syarat memang semakin

tinggi…contoh sekolah kena ada kantin..sekolah kena ada kita kata

perpustakaan..biar la kecil pun takpe, tapi cuba fikirkan…tapi kalau rumah

macam ni macam nak buat…itu juga menjadikan orang kadang-kadang..

malaslah nak daftar ni..syaratnya panjang sangat..kemudian guru-guru pun

kena ada tauliah…dia kena pergi kursus untuk lesen..itu pun mungkin

dianggap rasa renyah atau leceh lah…tapi kami sedang ke arah memberikan

pendidikan yang kondusif…

B6

Pengkaji Tadi ustaz kata dari 2008-2011 baru rasmi? Jadi dalam tempoh tersebut, apa

masalah sebenarnya?

Responden Tiada apa masalah….mula dengan 11 orang…2009 tampah 5 orang..bila

semakin banyak..ibu bapa pun semakin byk idea utk membantu..jadi utk

marketing maahad kita..keperluan2 tu perlu..daftar…sekarang google dah

ada…sekarang kami mencari ekar untuk buat kompleks…sebab syarat utk

buat sekolah sekurang-kurangnya ada 6 ekar…dengan TNB, loji dan

sebagainya…mcm ni baru 3 ekar…tapi mungkin lah…cik datang ni kami

ada team yang menguruskan bahagian dana..mudir tak perlu fikir…sebab

B6

Page 162: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

141

kita ada lembaga yang menguruskan…maahad lain tiada satu team dana

yang mantap…dan PIBG ynag menyokong..seorang ustaz nak fikir dana

lagi…

Pengkaji Dan kebanyakan mereka, mereka tidak minta bantuan pun…mereka hanya

terima siapa yang nak bagi..

Responden Kemudian, gini juga…yang seterusnya, ialah…bermula daripada kecil-

kecilan…sbb yg mula buat mungkin bukan daripada kerajaan. Bila nak masuk

pendaftran, bila nak masuk pendaftaran, syarat-syarat banyak dan ketat dari

tahun ke tahun…macam..kteorang maahad ni, lepas 5 tahun sudahpun boleh

dapat yang tetap…tapi smapai skg tak dpt lagi tetap..tapi basicnya macam

bomba, PBT, kesihatan yangtu dapat dah…tp bila berlaku kebakaran baru ni,

bomba datang lagi sekali…bomba, JAIS, giat mara…kerajaan salurkan bantuan

pada giat mara pada maahad. termasuk tangga kedua….wiring tak kena apa

semua…bagi Pihak Aqsa, kita sudah cuba lengkapkan minima yang

diminta…dan baru-baru ni pun PITAS iaitu PU Hafiz mereka buat meeting

untuk meletakkan piaiwan minima keselamatan kebakaran utk maahad tahfiz.

Kalau ikut kerajaan tu memang sampai bila maahad takkan buat…macam

Selangor ni agak…semangat sikit dan paling kita kata…ustaz2 prihatin…tapi

yang minima tak keluar lg. contoh, bomba datang…dia cakap tangga tu buat

bagi ada je…kalau kami bgtahu spec sebenar dia memang kamu tak boleh

buat…kemudian, yg grill pun dia btahu buat bagi ada yang boleh access dari

dalam…tp dia juga memahami akan kemampuan pusat tahfiz…lampu di tangga

malap, smoke detector takde…

B6

Pengkaji Dari sudut kakitangan di sini, mempengaruhi tak sistem keselamatan?

Maksudnya

Responden Majoriti…kira pengalaman staff ni macam pengelola pun dari kakitangan guru-

guru…maksudnya guru yang berpengalaman lah dengan sekolah2…kemudian

peringkat operasi..jadi dari segi keilmuan dari sudut kesealamtan tu ada

lah…guru yang dari Mesir tu, kami offer, dia dtg…mungkin ilmu keselamatan

orang luar kurang…dari segi sekolah, dia ada akta..jaga dan

menjaga..keselamatan murid, keselamatan guru…kawasan persekitaran…tp

bagi saya dari segi ilmu tu memang kurang lah..contoh, kalau berlaku

kebakaran taktahu nak buat apa..

B2

Pengkaji Langkah pusat tahfiz ini sendiri?

Responden Sebagai langkahnya, kita pun bukan tak seberapa berat. Tp bila berlaku kita

lebih alert lah. Dan kita pun diziarahi JKR. Memaklumkan pihak bomba untuk

mengadakan demonstrasi latihan kebakaran. Free sahaja. Kita tulis surat saje.

Tapi belum buat lah. Dalam planning peringkat pengurusan memang nak

panggil pihak bomba. Dan ada masa yang sama, ada juga yang pihak swasta

pihak NIOSH offer, beberapa kali dah…jika maahad ada ruangm, dia akan

datang..dan mereka juga offer..dan kita juga mencari kesesuaian lah..untuk

memanggil lah..call saje..tapi yang terbaik bomba lah….sebab alamat sini ada

pada bomba Shah Alam.. Sebab yang satu lagi tiada…dia dtg, dia marah lah

sebab tak malum alamat..jadi tu langkah yang cuba kita ambil lah. Dari segi

kedua, kita kata taklimat kepada anak2 murid tentang topic keselematan.

Bukan dari kebakaran sahaja tapi diri juga. Tu memang HEM…setiap kali

assembly sahaja, kita akan ingatkan..Kemudian dari sudut update dengan gril2

tadi kan. Bila dah pindah sana. Memang kita dah buat dah yang boleh buka.

Macam kita ada asrama. Majority ulang alik, 85 orang pelajar..tp buat juga

asrama dalam 20,30 orang. 10 pmpn, 20 lelaki. Bila asrama ni, kita buat grill

yang boleh buka dari dalam…maksud dia berbeza dari security dan safety…tu

yang maahad ni konfius…jsebab bomba dah tegur haritu..mcm ni security

sahaja…tak safety…jadi kita update dari situ la..cuma takk seaggressive..dan

yang baru ni, tangga takde lagi….yang sini minima dah okay…kat sini grill

kena tukar…dan kita kena bagitahu pelajar…bomba suruh letak mcm box kat

sini yang dorang boleh ambil kunci kat sini…ataupun kunci guna masterkey

ka…

C2.1

C2.3

C7.2

Page 163: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

142

Pengkaji Dari sudut peruntukan semua ni mcm mana utk sediakan semua tu?

Responden Kalau dana ni, maahad secara umumnya semua daripada

masyarakat..Masyarakat yang meyakini. Kita kata…operasi maahad ni…Jika

kita dapat berikan keyakinan dalam mendidik, tarbiyah anak2 mereka jadi

orang yg baik…dari segi rekod pun elok… dan masyarakat sgt mudah untuk

sumbang…

C1.3

Pengkaji Tapi tiada minta derma?

Responden Dari segi minta derma, Selangor ada polisi. Kena mohon dari pejabat agama

islam daerah untuk kutipan khairat. Boleh buat…kita buat…tapi kita buat 2

kali je..dan lepastu kita buat tu kita kena bgtahu..contoh unutk

renovasi..berapa bajet..kita kumpul semua cukup dah..kemudian buat

laporan…cara kutip tu kita buka kaunter sebab kita surat kuasa…buka kaunter

di masjid ketika solat jumaat. Tp kena jumpa pengerusi masjid

dahulu…maksudnya kalau orang buat apa-apa event ke, kita bole…tapi kita

tak buat macam tu la..yang kita buat di masjid..kalau ada apa-apa program,

kita minta la…tapi kena buat tazkirah ka apa ka…tapi kutipan khairat tu

memang boleh buat di mana-mana saja…kemudia juga..tapi kami ni takde lah

banyk sangat kutip sebab dah lebih 10 tahun dan rekod pun baik..jadi memang

dapat dari masyarakat…

C1.1

Pengkaji Keprihatanan daripada orang bernama?

Responden Mahaad tahfiz ni pernah mendapat perhatian daripada bekas menteri Selangor,

Mohd Taib..bahkan guru kami pun bekas pengajar Mohd Taib…yang

mengajar tiap-tiap minggu. Tapi masa tu dia bukan menteri besar la…mereka

datang apa yang maahad perlu..ontoh kita perlu laptop guru…then dorang

bagi..kemudian sumbangan daripada pihak korporat…masyarakat di Selangor

memang prihatin..kalau lah berdasarkan yuran pelajar memang tak cukup

la…seorang dalam 310 sebulan. Tetapi seorang pelajar peruntukkan 800

ringgit. Kira kalau nak belajar kena bayar 800 ringgit. Lagi 500 ni adalah

sumbangan orang ramai. Kami di maahad sentiasa nak mengurangkan

yuran…bukan menambhakan…sehinggakan kami mahu memberi tanpa

bayaran..jadi dari segi dana ni maknanya usaha yang maahda buat

perkemaskan sistem. Sehingga dapar kepercayaan dr msayrakt. Dan usaha

yang kedua maahad ada bisnes. Kita terlibat dengan pelaburan…sebab kalau

ikut yuran pelajar, tiap bulan kita disisik 15-20k…tpi kita dapat bisnes ni

untuk dapat jumlah ini…sebab kita tidak berfikir ke arah nak meminta…kita

kalau nak minta, maruah nak letak mana..kita kena berfikir untuk

bisnes…maknanya, faktor utama utk keberlangsungan adalah dengan buat

bisnes. Klau kita buat, maruah tinggi sikit kan…contoh kita buat jualan

produk2 makanan, kemudia barang-barang hygiene…jadi itu antara benda

yang kita cuba buat la…tp kita jug mencari binnes yang low risk untuk buat

pelaburan..conto kita ada emas,…emas ni orang bagi..kalau harga emas naik,

kita jual emas itu..ini baru kecil sahaja.

Pengkaji Semasa renovation ikut plan atau tidak?

Responden Kalau kita tengok susun atur maahad ni, memang tak ikut plan

MBSA..maksud, kita tak boleh bina bangunan lebih daripada 5 kaki. Tp kita

buat habis all put tanah kita…tp dari segi aspek kejuruteraan memang ikut…

B6

Pengkaji Siapa yang design?

Responden Pengelola. Maksunya pertubuhan maahd tahfiz al aqsa. Sebab kita habis bina

tanah sebab ianya keperluan... Nak bagi suasana yang selesa untuk pelajar

belajar. Tp mmg maahad yang buat kat rumah memang tak sesuai dari sudut

keselamat. Tp ni semua untuk keperluan anak-anak, hajat ibu bapa…dari

undang2 dunia memang salah lah…tp dari segi undang akhirat tu serah dekat

Allah nilai mcm mana kan…untuk mendapatkan syarat tetap JAIS ada effect

la. Tp ini yang setakat kita mampu buat…tp tulah nak buat maahad betul2

kena ada 6 ekar…

B6

Pengkaji Macam mana dari sudut langkah penambahan kepakaran keselamatan..

Page 164: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

143

Responden Tulaa sama ada kami panggil NIOSH ataupun…sebab mereka antara NGO

yang pakar kan dalam bidang ni..…daripada sudut pengelola sendiri di

peringkat kita ni memnag takde lagi la orang yng pakar..tp knowledge tu ada

cuma saya bgtahu la..tak menyeluruh…nak tawakal pun tak boleh kena usaha

sebanyak mungkin dulu…

Pengkaji Advantage bila daftar dengan JAIS

Responden Bila kita berdaftar, memang kita disalurkan degan bantuan. Tetapi kita punya

pendaftaran ni, dari sudut kemaslahatan…maknanya gini..kita madrasah,

mesti ada kemeterian, ataupun pihak yang memantau..berjalannya syllabus di

sini…jadi MAIS dand JAIS pantau..sebab guru-guru international kita,

mereka di scan, ada iv, di hantar ke bukit aman…sebelum kita dapa imegresen

punya cop visa…ada iv di MAIS dan JAIS…lepastu hantar nama ke JAKIM

dan JAKIM sebelum hantar nama ke imegresen, kena ke bukit aman..untuk

tengok tenaga pengajar ini ada masalah di negara dia…tu lah advantage dari

JAIS…advantage bukan sahaja sumbangan..bahkan JAIS bukan bagi pun

sangat…dafar ini untuk sah kita operasi…setiap bulan memang kita kena

submit endorsement..walaupun fail kita banyak kali mereka buat

hilang…suruh buat baru lagi…ini lah kejenuhan-kejenuhan yang kami

hadapi..macam nil ah reality maahad. Macam pondok Pak Ya tu kan…Bahkan

ramai graduan Pak Ya yang kerja di JAKIM…bahkan mereka tak disemak

bomba pon…

Page 165: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

144

Lampiran C: Surat Permohonan Mendapatkan Maklumat

Page 166: NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH · 2018. 9. 13. · JUDUL PEMATUHAN PIAWAIAN KESELAMATAN KEBAKARAN PUSAT-PUSAT TAHFIZ SELANGOR NURUL SYAHIRA BINTI MOHD NAFIAH Laporan projek ini dikemukakan

145

Lampiran D: Pengesahan Pengumpulan Data Temu Bual Semi-struktur