11
PENGENALAN METABOLISMA SELULAR Metabolisma atau bahasa inggerisnya metabolism adalah kadar pembakaran glukos dalam sel badan kita. Ia adalah satu set reaksi kimia yang berlaku dalam kehidupan semua organisma untuk meneruskan kehidupan. Proses ini menyebabkan oraganisma untuk membesar, membiak, dan member tindak balas dalam kehidupan seharian. Ia dapat dibahagikan kepada dua kategori. Pertama, katabolisma yang memisahkan bahan organic sebagai contoh proses respirasi. Kedua, anabolisma yang menggunakan tenaga untuk membina komponen seperti protein dan asid muklei. Metabolism sel ialah perubahan tenaga dari satu bentuk ke bentuk yang lain. Metabolisme mencakup sintesis (anabolisme) dan penguraian (katabolisme) molekul organik kompleks. Metabolisme biasanya terdiri atas tahap-tahap yang melibatkan enzim, yang dikenal pula sebagai jalur metabolisme. Jumlah metabolisma merupakan semua prosesbiokimia di dalam organisma. Metabolisme sel mencakup semua proses kimia di dalam sel. Tanpa metabolisme, makhluk hidup tidak dapat bertahan hidup. METABOLISMA KARBOHIDRAT KARBOHIDRAT merupakan hidrat dari unsure karbon (C). Peristiwa ini banyak dijumpai pada tubuh makhluk hidup, baik tumbuhan, haiwan, atau manusia.Karbohidrat merupakan sebatian organik yang terdiri daripada unsur karbon, hydrogen dan oksigen. Karbohidrat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu monosakarida, disakarida, dan polisakarida.monosakarida merupakan gula ringkas. Monomer (unit asas) bagi karbohidrat ialah monosakarida seperti glukosa, fruktosa dan galaktosa. Glukosa terdapat dalam anggur, bawang, dan jagung manis. Fruktosa adalah gula dalam madu dan buah-buahan manis. Galaktosa pula adalah hasil pencernaan gula susu. Semua monosakarida mempunyai kuasa penurunan dan dikenali sebagai gula penurunan. Kehadiran gula penurunan dalam makanan diuji dengan Ujian

NUTRISI & METABOLISME

Embed Size (px)

DESCRIPTION

bsjhd

Citation preview

PENGENALAN METABOLISMA SELULARMetabolisma atau bahasa inggerisnya metabolism adalah kadar pembakaran glukos dalam sel badan kita. Ia adalah satu set reaksi kimia yang berlaku dalam kehidupan semua organisma untuk meneruskan kehidupan. Proses ini menyebabkan oraganisma untuk membesar, membiak, dan member tindak balas dalam kehidupan seharian. Ia dapat dibahagikan kepada dua kategori. Pertama, katabolisma yang memisahkan bahan organic sebagai contoh proses respirasi. Kedua, anabolisma yang menggunakan tenaga untuk membina komponen seperti protein dan asid muklei. Metabolism sel ialah perubahan tenaga dari satu bentuk ke bentuk yang lain. Metabolisme mencakup sintesis (anabolisme) dan penguraian (katabolisme) molekul organik kompleks. Metabolisme biasanya terdiri atas tahap-tahap yang melibatkan enzim, yang dikenal pula sebagai jalur metabolisme. Jumlah metabolisma merupakan semua prosesbiokimia di dalam organisma. Metabolisme sel mencakup semua proses kimia di dalam sel. Tanpa metabolisme, makhluk hidup tidak dapat bertahan hidup.METABOLISMA KARBOHIDRATKARBOHIDRAT merupakan hidrat dari unsure karbon (C). Peristiwa ini banyak dijumpai pada tubuh makhluk hidup, baik tumbuhan, haiwan, atau manusia.Karbohidrat merupakan sebatian organik yang terdiri daripada unsur karbon, hydrogen dan oksigen. Karbohidrat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu monosakarida, disakarida, dan polisakarida.monosakarida merupakan gula ringkas. Monomer (unit asas) bagi karbohidrat ialah monosakarida seperti glukosa, fruktosa dan galaktosa. Glukosa terdapat dalam anggur, bawang, dan jagung manis. Fruktosa adalah gula dalam madu dan buah-buahan manis. Galaktosa pula adalah hasil pencernaan gula susu. Semua monosakarida mempunyai kuasa penurunan dan dikenali sebagai gula penurunan. Kehadiran gula penurunan dalam makanan diuji dengan Ujian Benedict atau ujian Fehling. Apabila monosakarida dipanaskan dengan larutan Benedict atau Fehling, kuprum (II) sulfat buri diturunkan kepada kuprum (I) oksida yang merupakan mendakan merah bata. Seterusnya jenis karbohidrat yang kedua iaitu disakarida. Disakarida merupakan gula kompleks. Ia terbentuk daripada dua molekul monosakarida yang bergabung secara kimia melalui kondensasi dengan penyingkiran satu molekul airMonosakarida + monosakarida - disakarida +airAntara contoh disakarida ialah sukrosa (gula tebu), maltose (gula mal daripada bijirin bercambah ) dan laktosa (gula susu). Sukrosa terbentuk daripada glukosa dan fruktosa. Maltose terbentuk daripada dua molekul glukosa. Laktosa terbentuk daripada glukosa dan galaktosa. Glukosa + fruktosa ---sukrosa + airGlukosa + glukosa ---maltosa + airGlukosa + galaktosa ---laktosa + air

Disakarida diuraikan kepada monosakarida melalui proses hidrolisis. Semua disakarida adalah gula penurunan kecuali sukrosa. Polisakarida pula ialah molekul yang besar dan berantai panjang. Ia terbentuk daripada banyak gabungan unit monosakarida melalui kondensasi dan pempolimeran untuk membentuk polimer yang panjang. Contoh polisakarida ialah kanji, selulosa, dan glikogen. Kanji merupakan karbohidrat simpanan dalam haiwan pada hati dan ototnya. Selulosa ialah polimer karbohidrat berantai lurus yang membentuk dinding sel tumbuhan. Rajah 1 menunjukkan pengelasan karbihidrat dan cirri-cirinya.

Rajah 1METABOLISMA PROTEINProtein merupakan bahan organik yang terdiri daripada unsur sulphur, nitrogen, dan fosforus selain karbon, hydrogen dan oksigen. Protein adalah molekul yang besar dan kompleks. Monomer protein adalah asid amino. Protein dibina daripada gabungan molekul-molekul asid amino melalui proses kondensasi. Satu molekul protein dipeptida terbina daripada molekul asid amino dengan penyingkiran satu molekul air. Ikatan antara dua molekul asid amino disebut ikatan peptida. Asid amino + asid amino ---------------- dipeptida + air Polipeptid terbentuk daripada gabungan banyak molekul asid amino untuk membentuk satu rantai asid amino yang panjang. Satu molekul protein terdiri daripada satu atau lebih rantaian polipeptida. Terdapat 20 jenis asid amino yang boleh membentuk protein. Asid amino dibahagikan kepadadua jenis iaitu asid amino perlu dan asid amino tidak perlu. Asid amino perlu ialah asid amino yang tidak dapat disentisiskan dalam badan manusia. Oleh itu, asid amino ini perlu diperoleh daripada makanan. Asid amino tidak perlu pula ialah asid amino yang dapat disentisiskan dalam badan manusia. Oleh itu, asid amino ini tidak perlu diperoleh daripada makanan. Kesemua asid amino perlu didapati daripada protien haiwan. Oleh itu, protein haiwan digelar sebagai protein kelas pertama. Protein tumbahan tidak mempunyai kesemua asid amino perlu. Oleh itu, proten tumbuhan digelar sebagai protein kelas kedua. Protein yang terdiri daripada asid amino mempunyai pelbagai struktur. Struktur molekul protein boleh dibahagikan kepada struktur primer, sekunder, tertier dan kuartener. METABOLISMA LIPIDLipid merupakan sebatian organik yang terdiri daripada karbon, hydrogen dan oksigen. Lipid mempunyai nisbah hidrogen yang lebih tinggi berbanding oksigen. Jenis lipid yang utama ialah lemak, minyak, lilin, fosfolipid, steroid sepperti kolestrol, testosterone, estrogen dan progesterone. Pada suhu bilik, lemak seperti mentega wujud dalam bentuk pepejal tetapi minyak seperti minyak kelapa wujud dalam bentuk cecair. Kedua-dua lemak dan minyak terdiri daripada dua komponen utama, iaitu gliserol dan asid lemak. Satu molekul lemak atau minyak terdiri daripada satu molekul gliserol yang berpadu dengan tiga molekul asid lemak. Lipid terbentuk daripada gabungan molekul gliserol dengan asid lemak melalui kondensasi. Berdasarkan bilangan asid lemak yang berpadu dengan molekul gliserol, lipid dibahagikan kepada tiga jenis struktur iaitu monogliserida, digliserida dan trigliserida. Monogliserida terbentuk daripada tindak balas kondensasi antara satu molekul gliserol dengan satu molekul asid lemak. Digliserida terbentuk daripada tindak balas kondensasi antara satu molekul gliserol dengan dua molekul asid lemak. Digliserida terdapat dalam lipid pada membrane plasma. Trigliserida terbentuk daripada tindak balas kondensasi antara satu molekul gliserol dengan tiga molekul asid lemak. Trigliserida terdapat pada lemak dan minyak. Lemak dibahagikan kepada dua jenis iaitu lemak tepu dan lemak tak tepu. Perbandingan antara asid lemak tepu dan asid lemak tidak tepu ditunjukkan dalam jadual 1LEMAK TEPULEMAK TIDAK TEPU

Setiap atom karbon pada asid lemak terikat kepada bilangan maksimum hydrogen.

Tiada ikatan ganda dua di antara dua atom karbon

Bersifat pepejal pada suhu bilik Contoh: lemak haiwan seperti minyak sapid dan mentega

Meningkatkan aras kolestrol dalam darah

Meningkatkan risiko penyakit jantung kerana kolestrol yang berlebihan akan terenap pada dinding salur darah dan menyebabkan salur darah tersumbat serta menghalang pengaliran darah Atom karbon pada asid lemak tidak sepenuhnya tepu dengan hydrogen. Mampu menerima hydrogen lagi.

Terdapat ikatan ganda dua antara dua atom karbon.

Bersifat cecair pada suhu bilik Contoh lemak tumbuhan seperti minyak kacang soya, minyak jagung, dan minyak kelapa sawit.

Menurunkan aras kolestrol dalam darah.

Tidak meningkatkan risiko penyakit jantung kerana tiada enapan kpolestrol pada dinding salur darah dan salur darah tidak tersumbat.

METABOLISMA NUKLEIK ASID Asid nukleik merupakan merupakan sejenis makromolekul yang terdiri daripada rantaian nukleotida . Dalam biokimia molekul ini mampu membawa maklumat atau membentuk struktur dalam sel . Asid nukleik yang biasa termasuk asid deoksiribonukleik (DNA) dan asid ribonukleik (RNA). Asid nukleik terdapat dalam semua benda hidup, kerana mereka terkandung dalam segala sel. Asid nukleik juga terdapat di dalam virus . DIET DAN PEMAKANANDiet Dan Pemakanan Makanan berfungsi untuk membekalkan tenaga kepada manusia untuk terus hidup. Makanan yang dimakan setiap hari membekalkan zat-zat makanan yang diperlukan oleh tubuh badan kanak-kanak. Terdapat pelbagai jenis makanan untuk tubuh badan yang sihat dan cergas seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin, garam mineral dan gentian.Vitamin merupakan satu kumpulan sebatian organik yang diperlukan dalam kuantiti yang kecil untuk emmelihara kesihatan manusia. Ia tidak berfungsi sebagai substrat. Kekurangan vitamin akan menyebabkan penyakit. Vitamin diperlukan dalam proses fidiologi dan metabolisme badan. Fisiologi adalah semua proses yang berlaku dalam badan manakala metabolisme ialah semua tindak balas biokimia yang berlaku dalam badan. Contoh proses fisiologi yang memerlukan vitamin adalah pembekuan darah. Contoh metabolisme yang memerlukan vitamin adalah respirasi sel. Vitamin dapat dikelaskan kepada dua kumpulan. Pertama, vitamin larut lemak iaitu vitamin A,D,E, dan K. Kedua, vitamin larut air iaitu vitamin B kompleks dan Vitamin C. Vitamin larut lemak tidak dikumuhkan oleh air kencing tetapi disimpan dalam badan. Vitamin A,D,E dan K yang larut dalam lemak terdapat dalam haiwan dan penting dalam proses metabolisme. Vitamin larut air tidak dapat disimpan dalam badan dan sebarang kuantiti berlebihan akan larut dalam air dan dikumuhkan keluar melalui air kencing. Vitamin B dan C terdapat dalam tumbuhan, haiwan, dan mikroorganisma serta fungsi sebagai koenzim. Antara sifat-sifat vitamin ialah vitamin tidak dicerna atau diurai untuk menghasilkan tenaga. Oleh itu, vitamin tidak berfungsi sebagai substrat. Vitamin mudah termusnah akibat haba yang tinggi terutama vitamin C. Vitamin diperlukan dalam kuantiti yang kecil. Vitamin tidak dapat disintesis oleh badan manusia kecuali vitamin D. Vitamin terutama vitamin C mudah dioksidakan oleh oksigen dalam udara. Vitamin diperlukan untuk tindak balas kimia dalam sel sebagai koenzim. Seterusnya, garam mineral. Garam mineral merupakan bahan bukan organic dalam bentuk ion yang diperlukan dalam kuantiti tertentu untuk pemeliharaan kesihatan manusia. Garam mineral diperlukan dalam gizi untuk menjaga kesihatan badan manusia. Kekurangan garam mineral mengakibatkan pelbagai penyakit. Antara contoh garam mineral ialah kalsium yang berfungsi untuk pembinaan tulang, gigi yang kuat. Selain itu, ia digunakan untuk pembekuan darah dan pengecutan otot dan pemindahan impuls saraf. Fosforus pula berfungsi untuk membentuk tulang dan gigi yng kuat di samping membentuk ATP semasa respirasi sel. Garam mineral dapat dibahagikan kepada dua kumpulan mengikut kuantiti yang diperlukan, iaitu makromineral dan mikromineral. Makromineral merupakan garam mineral yang diperlukan dalam kuantiti yang banyak. Sebagai contoh natrium (2500 mg), kalium (2500 mg) dan magnesium (350 mg). Mikromineral merupakan garam mineral yang diperlukan dalam kuantiti yang kecil seperti iodine dan ferum.

Serabut terdiri daripada gentian seperti selulosa pada tumbuhan dan tidak dapat dicernakan. Sumber serabut dalam makanan mestilah berasal daripada tumbuhan. Contoh serabut dalam makanan ialah bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran. Fungsi serabut dalam nutrisi ialah merangsang tindakan peristalsis dan mengelakkan sembelit. Kedua, menyebabkan rasa kenyang dan lambat lapar. Ketiga, serabut yang larut air dalam sayur-sayuran serta buah-buahan dapat mengurangkan aras kolestrol darah. Seterusnya, air. Air merupakan 60 hingga 70 peratus diperbuat daripada berat badan manusia. Air terkandung dalam semua makanan semulajadi. Air bertindak sebagai pelarut untuk semua sebatian organik dan garam meineral dalam badan. Sumber utama air termasuk makanan seperti buah-buahan, saur-sayuran, sup, jus dan buah-buahan. Air berperanan sebagai medium untuk semua tindak balas kimia dalam sel. Contoh, air diperlukan untuk tindak balas hidrolisis dalam proses pencernaan. Air juga berfungsi sebagai medium pengangkutan plasma darah yang terdiri daripada 92% air berperanan dalam pengankutan bahan makanan tercerna, bahan perkumuhan dan garam mineral ke bahagian badan yang tertentu. Ketika proses perkumuhan pula, urea, asid laktik, garam mineral berlebihan akan disingkirkan daripada badan melalui air kencing dan air peluh. Air juga membantu mengimbangkan suhu badan melalui penyejatan air peluh pada hari panas. Air mempunyai muatan haba spesifik yang tinggi . Oleh itu, kehadiran air yang banyak dalam badan boleh membantu menstabilkan suhu. BIOENERGETIK>Makanan>Kadar Metabolik>Thermoregulasi

MakananMakan dalam kuantiti kecil tetapi kerap iaitu setiap empat hingga lima jam. Apabila ada kemasukan makanan, kadar metabolisme akan meningkat kerana badan perlu bekerja untuk mencernakan makanan. Secara tidak langsung ia juga akan meningkat bagi menukarkan makanan kepada tenaga sebagai contoh, pengambilan sarapan. Kita haruslah mengambil sarapan. Kajian menunjukkan individu yang mengambil sarapan secara tetap dalam masa dua jam selepas bangun tidur mempunyai keupayaan lebih baik untuk mengawal berat badan. Antara contoh pemakanan yang sihat ialah makan sekurang-kurangnya cawan sayur pada setiap waktu makan, makan sekurang-kurangnya satu jenis buah pada setiap waktu malam. Selain itu, mempelbagaikan jenis buah dan sayur dan memilih hidangan yang mengandungi buah dan sayur.-Jadikan buah sebagai snek.MASALAHKESIHATANPUNCAGEJALACARA MENCEGAHCARA MERAWAT

MalnutrisiKekurangan gizi seimbangSangat lurus dantidak bertenagaMakan makananseimbang danmencukupiMemberi zattambahan

AnorexiaTabiat tidakmahu makankerana inginmenguruskanbadanTerlalu kurusPendidikanKaunseling

KegendutanPengambilankalori berlebihanKelihatan terlalugemuk,pengumpulanlemak di bawahkulitMengawalpengambilanmakananBersenam ataumengambil ubatdari doktor.

Penyakit jantungdan TekananDarah TinggiMakan makananberlemakberlebihanSeranganpenyakit jantungdan cepat letihapabilamelakukanaktiviti fizikal.MengurangkanmakananberlemakPembedahandan pengambilanubat

KADAR METABOLIK

Kadar metabolic lebih kepada penggunaan kimia daripada secara fizikal dalam keadaan sejuk hipotalamus akan mengawal otot rangka untuk mengecut dan mengedur secara aktif dan menyebabkan seseorang menggigil dan meningkatkan suhu badan. Dalam masa yang sama kalenjar adrenal merembeskan hormone adrenalina dan noradrenalinamanakala kalenjar tiroid akan merembeskan hormone tiroksina, semua hormone ini bertujuan untuk meningkatkan suhu badan dengan cara meningkatkan metabolism badan.Dalam keadaan panas, aktiviti otot rangka akan berkurangan, begitu juga dengan perembesan hormone-hormon tertentu oleh kalenjar adrenal dan kalenjar tiroid akan berkurangan.

Dalam kehidupan harian, tenaga kimia dalam makanan ditukar semasa respirasi kepada tenaga kinetic dan tenaga haba. Tenaga kinetic digunakan untuk membuat kerja manakala tenaga haba memanaskan badan. Jumlah tenaga kimia yang dihasilkan oleh makanan diukur dalam unit kilojoule (kj). 1 kj = 1000joule(J). Jumlah tenaga yang diperlukan oleh seseorang bergantung kepada beberapa factor seperti jantina, umur, saiz badan dan aktiviti fizikal yang dijalankan. Apabila saiz badan bertambah keperluan tenaga juga bertambah. Luas permukaan yang lebih menyebabkan lebih banyak tenaga haba hilang. Jadi lebih banyak tenaga diperlukan untuk menggantikan tenaga yang hilang. Individu yang aktif boleh memakan makanan(karbohidrat dan lemak) yang banyak kerana apa yang dimakan akan dipecahkan secara pengoksidaan untuk membebaskan tenaga. Perempuan memerlukan kurang tenaga jika dibandingkan dengan lelaki kerana purata berat badan perempuan kurang. Kanak-kanak sedang membesar memerlukan lebih banyak tenaga jika dibandingkan denga orang dewasa kerana kadar pertumbuhan mereka lebih pesat dan kadar metabolism mereka lebih tinggi kerana mereka lebih aktif dan cergas.

THERMOREGULASI

Thermo bermaksud haba manakal regulais ialah pengawalan haba. Kemampuan organisma untuk mengekalkan suhu badan dalam keadaan tertentu walaupun keadaan suhu persekitaran berbeza. Jika badan tidak mampu untuk mengekalkan suhu badan pada aras normal dan meningkat melebihi aras normal, keadaan hyperthermia akan berlaku. Sebaliknya, apabila suhu badan menurun melebihi aras normal dikenali sebagai hypothermia. Suhu badan dikawal oleh hipotalamus, satu struktur di otak yang merupakan sebahagian dari system saraf pusat. Hipotalamus anterior berfungsi mengatur pembuangan panas.Hipotalamus posterior berfungsi mengatur upaya penyimpanan panas. Contohnya, sekiranya kulit kita menjadi panas kerana cuaca panas atau demam, tubuh badan akan membuat penyesuaian untuk mengurangkan haba. Pertama, lebih darah akan mengalir berdekatan dengan kulit supaya haba dapat dibebaskan dengan lebih mudah melalui kulit. Kedua, perpeluhan akan bermula dan penyejatan peluh akan mengurangkan haba badan.